Sei sulla pagina 1di 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU

JALAN BERJAYA, 14000 BUKIT MERTAJAM


SEBERANG PERAI TENGAH
Emel Sek: pbb0021@jpnpp.edu.my

Tel: 04-5393623 / Fax : 5385794


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Ruj. Kami : SKKB.0021 (002) 800-1/3/3
Tarikh : 23 Januari 2019
Ibu bapa/Penjaga
Murid-murid Tahun 4,5 dan 6 ,
Sekolah Kebangsaan Kampung Baru,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tuan,

LATIHAN PASUKAN BOLA JARING SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU

Dengan hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan latihan pasukan sekolah bagi permainan
Bola Jaring. Tujuan diadakan latihan ini adalah untuk menggilap bakat dan membuat
persediaan bagi kejohanan MSSPP diperingkat zon dan negeri yang akan dijalankan pada
bulan April 2019.

3. Berikut adalah maklumat tentang program latihan yang akan berlangsung nanti:

Hari : Setiap hari Rabu


* Kecuali cuti umum dan cuti yang dimaklumkan oleh jurulatih.
Tarikh : Bermula pada 30 Januari 2019 hingga 27 Februari 2019
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Padang Latihan SK. Kampung Baru
Nama Jurulatih : 1 ) Pn. Kamilah bt Abdul Karim (ketua)
2) Pn. Wan Esah bt Wan Yunus

4. Sehubungan dengan itu, mohon tuan/puan memberi kebenaran kepada anak untuk
hadir ke program ini. Sila uruskan makanan, pengangkutan dan keselamatan anak semasa
datang dan pulang . Pihak sekolah juga akan memastikan keselamatan anak-anak tuan/puan
semasa berada di dalam sekolah. Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Yang menjalankan amanah,

(NORFAIZAH BINTI ABDULLAH)


Guru Besar,

Potrebbero piacerti anche