Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA SIN MIN

34700 SIMPANG
PERAK.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)


KALI PERTAMA 2019

Tarikh : 28 Feb 2019


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Guru

Kehadiran :

1. Pn Tan Choy Ying (Guru Besar)


2. Pn Ong Lay Peng (PK Pentadbiran)
3. Pn Ooi Ai Tee ( PK HEM )
4. Pn Liew Sek Man (PK Kokurikulum)
5. En Oon Han Kuen ( Setiausaha )
6. Semua guru. ( AJK )

`
1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua AJK ke mesyuarat Transformasi


Sekolah Kali Pertama ini dan memohon agar semua ahli dapat bekerjasama dan
memberi pandangan untuk kebaikan bersama.

Tindakan : Semua guru

2. Objektif TS25
2.1 Menggalakkan pembelajaran murid secara aktif dan meningkatkan pemikiran
kritis dan kreatif dalam kalangan murid.

2.2 Pembangunan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan , iklim bilik


darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang kreatif dan berkesan.

2.3 Memperkasakan pengurusan sekolah yang cekap dan mengutamakan


kemenjadian murid.

2.4 Peningkatan capaian dan penggunaan ICT.

2.5 Penglibatan aktif komuniti setempat

2.6 Pembangunan sahsiah dan kesejahteraan mental.

Makluman : Semua guru


3. Tatacara Perbelanjaan Peruntukan

3.1 Semua pembelian atau perbelanjaan yang akan dilakukan menggunakan


peruntukan ini mestilah untuk kegunaan aktiviti murid sahaja berdasarkan
perancangan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PlnTas) seperti berikut:

 penyediaan bahan PdP berkaitan aktiviti melibatkan Pembelajaran


Abad Ke-21
 penganjuran dan penyertaan seminar , bengkel , kursus , wacana ,
dialog atau forum untuk murid
 program perkongsian ilmu antara sekolah yang melibatkan murid

3.2 Perbelanjaan peruntukan ini TIDAK BOLEH digunakan bagi tujuan berikut:

 latihan untuk guru


 perolehan harta modal dan penyelenggaran
 bayaran kepada penceramah program / aktiviti / projek
 program kokurikulum , sukan dan kesenian yang telah sedia ada

Tindakan : Semua guru

4. Pelaporan Prestasi Perbelanjaan Peruntukan


4.1 Sekolah TS25 hendaklah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan
TS25 dengan kekerapan 3 kali setahun iaitu pada bulan April , Julai dan
Oktober. Mesyuarat ini hendaklan dipengerusikan oleh Guru Besar. Laporan
Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan TS25 hendaklah sihantar kepada PPD
untuk tujuan perekodan.

Tindakan : Setiausaha TS25

5. Penangguhan Mesyuarat

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disedia oleh: Disemak oleh :

………………………………… ………………………………..
( OON HAN KUEN) (PN TAN CHOY YING)
SETIAUSAHA TS25 GURU BESAR SJKC SIN MIN

Potrebbero piacerti anche