Sei sulla pagina 1di 1

Rosmi Binti Othman,

No.4813, Kg. Pusu Tiga,


Lorong Haji Mat Amin,
Bukit Payong, 21400 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Pusat Khidmat Pelanggan Marang,


Tenaga Nasional Berhad (TNB),
No.15, Bangunan MDM,
Jalan Sungai Kerak,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman. 27 Mei 2020

Tuan/puan,

PERMOHONAN PENGALIHAN TIANG ELEKTRIK

Merujuk perkara di atas, saya ingin memohon pihak TNB untuk mengalihkan tiang
elektrik yang berada di atas tanah milik saya di alamat Lot 1327, Jalan Kg. Tasek,
Kg. Wakaf Che Ali, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman

2. Hal ini adalah kerana kedudukan tiang tersebut di atas tanah saya dan
mengganggu urusan meratakan tanah serta pembinaan rumah dan dikhuatiri akan
merosakkan aset tuan/puan.

3. Bersama-sama ini dilampirkan juga maklumat pengguna tiang TNB tersebut


dan pelan kedudukan tanah untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Segala
kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………
Rosmi binti Othman

Potrebbero piacerti anche