Sei sulla pagina 1di 2

Memetik kata-kata mantan perdana menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak

Hussein “Rahsia kesempurnaan Rukun Negara adalah pada amalannya.Tanpa


amalan, Rukun Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak mempunyai
makna.”
Terima kasih diucapkan kepada nakhoda pimpinan majlis yang berwisi, Tuan
pengerusi majlis yang dihormati, kombinasi kehakiman yang berintergriti, seterusnya
sidang hadirin yang dikasihi. Salam sejahtera dan salam perpaduan. Berdirinya saya
di sini dengan penuh iltizam, ingin menyampaikan pidato yang berbunyi “Rukun
Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia”
Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, saya mewartakan dengan
lebih jelas pendefinisian Rukun Negara. Rukun negara ialah satu ideologi negara
yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan
dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi,
politik dan perundangan.
Hadirin yang penuh santun,
Menurut Tun Abdul Razak “Adalah mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami
oleh setiap rakyat , tetapi juga diamalkan dengan sepenuhnya dan segala hikmat-
hikmat yang terkandung di sebalik tiap-tiap perkataan dan kalimat Rukun Negara itu
benar-benar menjadi darah daging”. Oleh itu bagi merungkai kepentingan rukun
negara dan membuktikan kemampuannya, tiga perspektif hujah saya unjurkan.
Hadirin sekalian,
Hijab pidato ini saya buka dengan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.
Albert Einstein pernah berkata, “Agama tanpa ilmu itu lumpuh, ilmu tanpa agama itu
buta”. Nah, terbuktilah bahawa agama amat penting dalam kehidupan manusia.
Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan juga negara.
Perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan bahawa Islam ialah agama
rasmi persekutuan tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan bebas di negara kita sekaligus membuktikan bahawa rakyat
negara ini mengamalkan sikap toleransi yang tinggi kerana tidak membeza-bezakan
warganya.
Pendengar yang penuh santun,
Hujah saya yang kedua di bawah lembayung kata, Prinsip Kesetiaan Kepada Raja
dan negara amat penting diamalkan bagi melahirkan rakyat yang taat setia kepada
pemerintah dan negara. Setiap warganegara haruslah menumpukan taat setia
kepada raja dan negara kerana Raja lambang perpaduan negara. Sumpah taat setia
kepada raja dapat mengelakkan sesetengah rakyat bersikap seperti menggunting
dalam lipatan atau menangguk di air yang keruh demi kepentingan diri sendiri.
Perkara buruk seperti rusuhan kaum dapat dielakkan jika rakyat mematuhi prinsip
kedua ini sekali gus, menjamin kestabilan negara yang berterusan.
Keluhuran perlembagaan ialah prinsip ketiga dalam rukun negara. Prinsip ini
menekankan perlunya rakyat Malaysia menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan perlembagaan negara kerana perlembagaan negara
merupakan sumber perundangan yang tertinggi. Rakyat perlu sedar bahawa
Perlembagaan negara berfungsi untuk melindungi hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara. Nah, sudah terang lagi bersuluh, sudah tentulah setiap
pesalah akan dikenakan tindakan tanpa mengira darjat.
Hadirin yang berwisi,
Sebelum kata mengunci bicara, sebelum langkah mengundur pergi, ingin saya
simpulkan pidato saya, bahawa kita mestilah menjunjung tinggi Perlembagaan
negara kita dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara.

Sekian terima kasih, srikandi mohon permisi.

Potrebbero piacerti anche