Sei sulla pagina 1di 19

THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND

ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

PROCEEDING OF THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND


CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND ARABIC
EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES, AND EDUCATIONAL
TECHNOLOGY 2019

20 MEI 2019

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2019

Cetakan Pertama 2019

ISBN 978-967-2224-44-0

Hak Cipta Terpelihara

Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dan buku ini tidak boleh diterbitkan
semula, disimpan dan cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dan
sebarang bentuk atau dengan sebarang cara elektronik, mekanik, penggambaran semula,
perakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu dari Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Susun atur Huruf:


Maimun Aqsha Lubis, Mohd Hakiman Zakaria, Mohd Khairuldin Samak, Noorazlinah Awang,
Nurul Fatanah Mohamad, Abd Wahab Abd Hamid, Nur Syahirah Munzani, Sharifah Hani
Bahjan Wan Yusof, Afidah Azman, Nur Ain Syahirah Mohd Radhuan, Nur Aina Mardhiah
Mohd Nain, Norhayati Zakaria, Nur Fatanah Mohd Nor, Nur Saadah Jusoh, Puteri Nur Hazirah
Othman, Aina Fazleeny Zamry, Madihah Baharudin, Ariyana Adam, Siti Nur Fatin Farhana
Yusof, Nornajihah Md Nor, Fatin Nabila Che Razak, Nor Hashimah Ahmad Shukri, Puteri Nur
Hazirah Othman, Qurratu 'Aini Syamimi Rahman Hadzari

Huruf: Times New Roman 10/11/12

Reka bentuk kulit/Reka letak:


Nama : Nor Hashimah bt Ahmad Shukri
Tel : 011-23160766
Email : norhashimahshukri@gmail.com
: p95911@siswa.ukm.edu.my

Dicetak di Malaysia oleh,


AWAL HIJRAH ENTERPRISE (002197243-W)
No 12, Jalan 3/69 Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 012 - 311 1844
Faks : 03 - 8920 4096
Email : salesawalhijrah@gmail.com

i
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

PROCEEDING OF THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND


CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND ARABIC
EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES, AND EDUCATIONAL
TECHNOLOGY 2019

(POLMED - UKM - UIN)


20 MEI 2019

SIDANG EDITOR

PROFESOR MADYA DR. HJ. MAIMUN AQSHA ABDIN LUBIS


MOHD HAKIMAN ZAKARIA
MOHD KHAIRULDIN SAMAK
NOORAZLINAH AWANG
NURUL FATANAH MOHAMAD
ABD WAHAB ABD HAMID
NUR SYAHIRAH MUNZANI
SHARIFAH HANI BAHJAN WAN YUSOF
AFIDAH AZMAN
NUR AIN SYAHIRAH MOHD RADHUAN
NUR AINA MARDHIAH MOHD NAIN
NORHAYATI ZAKARIA
NUR FATANAH MOHD NOR
NUR SAADAH JUSOH
PUTERI NUR HAZIRAH OTHMAN
AINA FAZLEENY ZAMRY
MADIHAH BAHARUDIN
ARIYANA ADAM
SITI NUR FATIN FARHANA YUSOF
NORNAJIHAH MD NOR
FATIN NABILA CHE RAZAK
NOR HASHIMAH BT AHMAD SHUKRI
QURRATU 'AINI SYAMIMI RAHMAN HADZARI

Diterbitkan di Malaysia
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 0389216245
Faks : 0389254372
Email : draqsha@gmail.com
Dengan kerjasama Politeknik Medan (POLMED) & Universiti Islam Negeri Sumatera Utara
(UIN SU) Medan

ii
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

DAFTAR KANDUNGAN HLM.

Prakata Pengarah Seminar, UKM x

Kata Aluan Rektor Universitas UIN xi


Sumatera Utara Medan

Kata Aluan Rektor POLMED xii

Sekapur Sireh Pengerusi Seminar UKM xiii

UCAPTAMA

Amalan Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan 1


Kuiz Interaktif dalam Pengajaran Mengingat Kosa Kata Bahasa Arab
Prof. Madya Dr Maimun Aqsha bin Abdin Lubis

Media Papan Pintar - Mengembangkan Strategi Pembelajaran 11


Dari Matematika Sampai Mata Pelajaran Lainnya
Dr. Mardianto, M.Pd

TEMA 1: PENDIDIKAN DAN FALSAFAH


Kontribusi Pemahaman Epistemologi Pendidikan Islam Terhadap Aktivitas 19
Ilmiah Mahasiswa Tarbiyah dan Ilmu Keguruan Iain Zawiyah Cot Kala Langsa
Penulis: Budiman. UIN SU Medan

Pembelajaran Berasaskan Projek dalam Bidang Adab Bagi Murid Berkeperluan Khas 30
Penulis: Nor Mahanom Bt Ahmad Subaili, Hafizhah Zulkifli, Maimun Aqsha Lubis

Aplikasi Kooperatif Stad dalam Pengajaran dan Pembelajaran Akhlak 39


Penulis: Nor Fasihah Bt Adnan, Hafizhah Zulkifli, Mohd Aderi Che Noh, Nor
Mahanom Ahmad Subalili

Perbandingan Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia dan Andalus dalam 48


Konteks Syumul dan Al-Waqi’iyyah
Penulis: Puteri Nur Hazirah Bt Othman, Hafizhah Zulkifli, Maimun Aqsha Lubis,
Noorazlinah Awang

Tahap Pengetahuan dan Sikap Terhadap Pendidikan Nilai Islam dalam 62


Kalangan Mahasiswa UKM
Penulis: Sharifah Hani Bahjan Bt Wan Yusof, Khadijah Abdul Razak, Afidah Azman

Sekularisme dan Kesannya Terhadap Pembangunan Modal Insan di Malaysia 71


Penulis: Siti Naasihah @ Nizierulhuda Bt Mohd Yusoff, Mohd. Aderi Che Noh,
Maimun Aqsha Lubis, Afidah Azman

Pemerkasaan Pendidikan Menghadapi Penjajahan Pemikiran Moden 77


Penulis: Yazid Bin Isa, Mohd Isa Hamzah, Maimun Aqsha Lubis, Nadhirah Mohd Farid

iii
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

TEMA 2: TOKOH-TOKOH ISLAM


Konsep Pendidikan Islam Menurut Imam Al-Ghazali 85
Penulis: Nur Syafikah Bt Husin, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff,
Maimun Aqsha Lubis, Noorazlinah Awang

Inovasi Metodologi Ibnu Khaldun dalam Pengajaran dan Pembelajaran 93


Pendidikan Islam
Penulis: Nurliyana Bt Md Mokhtar, Mohd Isa Hamzah, Mohd Aderi Che Noh,
Afidah Azman

TEMA 3: TAMADUN ISLAM


Isu dan Cabaran dalam Pembinaan Peradaban dan Tamadun Islam 104
di Brunei
Penulis: Ahmad Akram Bin Sanusi, Mohd Aderi Che Noh,
Maimun Aqsha Lubis, Mohd Hakiman Zakaria

Pendidikan Akidah Asas Pembinaan Tamadun Islam di Malaysia 113


Penulis: Khairi Bin Jalalludin, Khadijah Abdul Razak, Maimun Aqsha Lubis

Pembangunan Peradaban Manusia Berasaskan Falsafah Pendidikan Islam 125


Penulis: Mohd Khairuldin Bin Samak, Khadijah Abd. Razak, Maimun Aqsha Lubis

Peradaban Islam dan Kesejahteraan Dunia 133


Penulis: Nazatul Azreen Bt Abdul Hayi, Khadjah Abdul Razak, Maimun Aqsha Lubis

Pengaruh Islam Terhadap Tamadun Melayu dari Pelbagai Aspek 144


Perkembangan Masyarakat Melayu
Penulis: Nazura Bt Sairan, Khadijah Abdul Razak, Maimun Aqsha Lubis,
Nor Mahanom Ahmad Subaili

Sumbangan Tamadun Islam ke Arah Pembinaan Tamadun Bangsa dari Aspek 150
Pendidikan
Penulis: Nur Sakdianah Bt Hashim, Mohd Isa Hamzah, Maimun Aqsha Abdin Lubis,
Nor Atasya Ayub
Ketamadunan Islam dalam Amalan Tamadun Melayu: Aspek Budaya 158
Penulis: Nor Hashimah Bt Ahmad Shukri, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha Lubis,
Nurul Fatanah Mohamad

Kesenian Islam dalam Peradaban Islam di Malaysia 173


Penulis: Nurul Najwa Bt Yahya, Hafizhah Zulkifli, Maimun Aqsha Lubis

Peradaban Islam dalam Tamadun Melayu dari Aspek Pemikiran Politik Pada 180
Pra-Kemerdekaan
Penulis: Siti Nur Fatin Farhana Bt Yusof, Mohd. Isa Hamzah, Maimun Aqsha Lubis,
Ariyana Adam

Islam Menolak Liberalisme Agama Yang Mengancam 189


Pemikiran Umat Islam di Malaysia
Penulis: Zaharah Bt Ismail, Maimun Aqsha Lubis, Afidah Azman

iv
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

TEMA 4: PENDIDIKAN ARAB


)‫تحريفات العامية للفصحى في صيغ األفعال واألسماء واالعراب (دراسة تحليلية وصفية‬ 199
Penulis: Dr. Sakholid Nasution, M.Pd, Dr. Akmal Walid, Ma, Dr. Mhd. Syahnan, Ma,
Dr. Waized Qomi, Ma

‫أهمية المعجم والقاموس في تعليم اللغة العربية بإندونيسي‬ 211


Penulis: Dr. Salminawati, Ma, Dr. Fatma Yulia, Ma
Tahap Pemikiran Kritis dalam Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan 225
Murid Orang Asli sebagai Bahasa Tambahan
Penulis: Aimi Nadia Bt Shuaib, Harun Baharudin, Maimun Aqsha Lubis

Pendekatan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab dalam 233


Kalangan Guru Bahasa Arab di Malaysia
Penulis: Aini Nafi'ah Bt Samsuri, Harun Baharudin, Maimun Aqsha Lubis

Kaedah-Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Yang Disarankan Oleh Pakar-Pakar 243


Bahasa
Penulis: Fadzlina Bt Esa, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Maimun Aqsha Lubis

Kefahaman dalam Kemahiran Membaca Bahan Rujukan Bahasa Arab dalam 250
Kalangan Pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM
Penulis: Fatin Nabila Bt Che Razak, Maimun Aqsha Lubis, Jasminah Jimin

Pendekatan Pengajaran Kosa Kata Bahasa Arab di Peringkat Menengah 258


Rendah: Kajian Kepada Guru Bahasa Arab Di SMKA Tun Ahmad Zaidi
Kuching Sarawak (SMKATUNAZ)
Penulis: Jasminah Bt Jimin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Maimun Aqsha Lubis

Toriqah Furu’: Pelaksanaannya dalam Pengajaran Bahasa Arab di Kuiscell 267


Penulis: Madihah Bt Baharudin, Maimun Aqsha Lubis, Nur Syahirah Munzani

Amalan Perkaedahan dalam Pengajaran Sebutan Huruf Arab 276


Penulis: Nur Ain Syahirah Bt Mohd Radhuan, Harun Baharudin, Nor Najatulhayah Suror,
Siti Syuhaida Misnan

Penguasaan Kemahiran Membaca Teks Bahasa Arab dalam Kalangan 290


Pelajar Sekolah Menengah Agama Melalui Teknik SQ3R
Penulis: Nur Aina Mardhiah Bt Mohd Nain, Harun Baharudin, Nur Ain Syahirah Bt
Mohd Radhuan

Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab 297


Penulis: Nur Amalina Bt Mohd Zamri, Harun Baharudin, Siti Anisah Jaapar,
Amnah Amira Razak, Zahra Sharif, Nurul Fatanah Mohamad

Tahap Kebolehbacaan Teks Bahasa Arab Al-Taisir dalam Kalangan Murid 306
Tahun 5 di Sekolah Rendah Islam (Sri) Al-Amin, Nilai
Penulis: Nur Hidayah Bt Hussain, Maimun Aqsha Lubis

Analisis Kesalahan Kolokasi Bahasa Arab dalam Pembelajaran di Sekolah Menengah 316
Penulis: Nur Saadah Bt Jusoh, Maimun Aqsha Lubis, Jasminah Jimin

Penerapan Pola Nabr dan Tanghim dalam Kemahiran Bertutur Menerusi 324
Aktiviti Lakonan Mahasiswa UITM
Penulis: Nur Syahirah Bt Munzani, Harun Baharudin, Maimun Aqsha Lubis

v
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

Prinsip-prinsip Utama dalam Kaedah Pengajaran Bahasa Arab bagi Murid 331
Tahap Satu di Peringkat Sekolah Rendah
Penulis: Nadhirah Bt Mohd Farid, Harun Baharudin, Maimun Aqsha Lubis
Ilmu Fonetik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab: Satu Tinjauan 337
Literatur
Penulis: Qurratu ‘Aini Syamimi, Harun Baharudin, Nur Syahirah Munzani

Penggunaan Teknik Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 349
di Sekolah Rendah Agama (SRA)
Penulis: Siti Syuhaida Bt Misnan, Harun Baharudin, Maimun Aqsha Lubis, Afidah Azman

Piawaian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia 356


Penulis: Siti Hajar Bt Taib, Harun Baharuddin, Maimun Aqsha Lubis

Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia: Prospek dan Harapan Masa Depan 365
Penulis: Sharifah Kmariah Bt Wan Morsidi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Maimun
Aqsha Lubis, Aini Nafi’ah Samsuri

Pengajaran Bahasa Arab Bukan Penutur Jati Menerusi Kaedah Syafawi dan Ta’lim 373
Penulis: Sahrum Bin Samlan, Maimun Aqsha Lubis

Isu dan Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Bahasa Arab Abad ke-21 380
di Sekolah-sekolah Rendah di Malaysia
Penulis: Wan Azuadi Bin Wan Yusoff, Maimun Aqsha Lubis

Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Peringkat Awal 390


Penulis: Wan Muhammad Najib Bin Wan Abdullah, Maimun Aqsha Lubis

TEMA 5: PENDIDIKAN ISLAM


Dinamika Pesantren Darul Arafah Raya Sebagai Pusat Keunggulan Pendidikan Islam 397
Penulis: Dr. Salim, M.Pd, Drs. Isran Rasyid Karo-Karo, M.Pd, Dr. Inom Nasution, M.Pd

Kebijakan Majelis Pendidikan Al-Washliyah dalam Pengembangan Kurikulum 412


Pendidikan Islam
Penulis: Dr. Mesiono, M.Pd, Prof. Dr. Syafaruddin, M.Pd, Mursal Aziz,
M.Pd.I Dr. H. Amiruddin Ms, Ma

Evaluasi Program Pembinaan Guru 421


Penulis: Drs. Asrul, M.Si, Prof. Dr. Syafaruddin, M.Pd, Muhammad Kaulan, Karima,
M.Pd, Juliani, M.Pd.I

Fungsi Psikologi dalam Pendidikan Islam 429


Penulis: Aisyah Alwany Bt Zainuddin, Maimun Aqsha Lubis, Ariyana Adam

Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pendidikan Islam 438
Penulis: Abd Wahab Bin Abd Hamid, Khadijah Abdul Razak

Inovasi Pengintegrasian Ilmu Sains dan Al-Quran dalam 448


Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Islam
Penulis: Ariyana Bt Adam, Mohd Aderi Che Noh

Kaedah Gamifikasi: Penyampaian Pendidikan Islam dalam Pendidikan Abad ke-21 457
Penulis: Dayangku Nuruljannah Bt Awangku Mansor, Maimun Aqsha Lubis

vi
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

Kesan Tamadun Islam di Negeri Kedah 466


Penulis: Ilyas Bin Ku Ahmad, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha Lubis,
Wan Muhammad Najib

Penggunaan Kaedah Nasyid dalam PdPc Pendidikan Islam di Daerah 472


Cameron Highlands
Penulis: Mohd Khairul Sahrie Bin Abdul Rashid, Khadijah Abdul Razak,
Wan Muhammad Najib Wan Abdullah

Elemen Pembelajaran Abad ke-21 dalam Pendidikan Islam 479


Penulis: Mohd Hakiman Bin Zakaria, Maimun Aqsha Lubis

Kaedah Lesson Study dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam bagi Mata Pelajaran 489
Pendidikan Islam
Penulis: Nur Assyura Bt Ahmad Natsir, Hafizhah Zulkifli, Maimun Aqsha Lubis,
Rohana Misran

Analisis Kelebihan Kaedah “Think-Pair-Share” dalam Matapelajaran 496


Pendidikan Islam
Penulis: Nor Atasya Bt Ayub, Hafizhah Zulkifli, Maimun Aqsha Lubis

Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek dalam Pendidikan Islam dalam 506


Kalangan Pelajar Sekolah Rendah
Penulis: Norrulhuda Bt Mohamed Ali, Khadijah Abdul Razak, Mohd Aderi Che Noh,
Wan Azuadi

Inovasi Metod Tadabbur Tazakkur Al-Quran untuk Pengajaran Ayat Tilawah 514
Penulis: Noorazlinah Bt Awang, Mohd Isa Hamzah, Mohd Aderi Che Noh

Kaedah Demonstrasi dalam Pengajaran Ibadah di Sekolah Rendah 526


Penulis: Norhayati Bt Zakaria, Khadijah Abdul Razak

Pengaplikasian Pedagogi Hikmah Meningkatkan Tahap Kemahiran Berfikir 534


dalam Pengajaran Pendidikan Islam
Penulis: Roszaiema Bt Zulbahrim, Mohd Isa Hamzah

The Tikrar Method in The Program of Al-Quran at Tahfiz School 542


Penulis: Saiful Rafizan Bin Jamil, Mohd Aderi Che Noh

Kaedah Permainan dalam Pembelajaran Jawi dalam Kalangan Murid Orang 551
Asli Sekolah Rendah
Penulis: Siti Mariam Bt Ayob, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha Lubis

Kaedah Main Peranan: Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Adab 562
dan Akhlak Pendidikan Islam
Penulis: Siti Nor Aisyah Bt Awang, Mohd Aderi Che Noh

Pendekatan Projek dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sembelihan Pendidikan 570


Islam Tingkatan 4
Penulis: Syamsul Maarif Bin Rapie @ Shafei, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha Lubis

Hubungan Konsep Rahmatan li al-‘Alamin dan Bantuan Kebajikan Terhadap 583


Mu’allaf
Penulis: Aina Fazleeny Zamry, Hafizhah Zulkifli, Maimun Aqsha Lubis,
Mohd Aderi Che Noh, Abd. Wahab Abd. Hamid

vii
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

Amalan Khurafat dalam Adat Resam Masyarakat Melayu: Realiti di Malaysia 593
Penulis: Nurulraudzatuladibah Bt Mohamad Alias, Mohd Isa Hamzah, Maimun
Aqsha Lubis, Nor Atasya Ayub

TEMA 6: TEKNOLOGI
Kajian Rintis Penggunaan Aplikasi Pengurusan Rujukan dalam Kalangan Pelajar 603
Siswazah Fakulti Pendidikan UKM Bangi
Penulis: Khairunnisa Bt Mohd Subri, Hazrati Husnin

Penerimaan Guru Terhadap Media Pembelajaran Bahasa Arab 610


Penulis: Muhammad Hafizuddin Bin Hussin, Maimun Aqsha Lubis

Penggunaan Peta Pemikiran dalam Pembelajaran Akhlak 617


Penulis: Nur Liyana Wahida Bt Anuar, Hafizhah Zulkifli, Nor Atasya Ayub

Kaedah Visual dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Sirah Sekolah Rendah 623
Penulis: Nurharyatie Bt Roslan, Mohd Isa Hamzah, Siti Nor Aisyah Awang

Kaedah Multimedia dalam Pembelajaran Akhlak 630


Penulis: Nurul Husna Bt Azhar, Hafizhah Zulkifli, Maimun Aqsha Lubis, Rohana Misran

Pendekatan Gamifikasi Pembelajaran dalam Penilaian Pendidikan Islam: 637


Pengenalan kepada Plickers
Penulis: Rohana Bt Misran, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha Lubis

Penggunaan Komik Digital dalam Pembelajaran Peribahasa Murid Tahun Lima 648
Penulis: Zainuddin Bin Wahono, Zamri Mahamod

Cabaran Pembentukan Keluarga Harmoni dalam Mendepani Revolusi Industri 4.0 658
Penulis: Mohd Azaharin Bin Ismail, Maimun Aqsha Lubis

TEMA 7: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Kaedah Pengajaran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam Melahirkan 670
Anak-anak yang Berakhlak Mahmudah di Peringkat Prasekolah
Penulis: Afidah Bt Azman, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha Lubis

Kefahaman Guru Terhadap Pembelajaran Melalui Bermain dalam Meningkatkan 678


Pengalaman Kanak-kanak Prasekolah
Penulis: Hazirah Bt Zainudin, Kamariah Abu Bakar, Maimun Aqsha Lubis

Penggunaan Ruang Pembelajaran dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 688


Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Penulis: Nurul Ezzati Bt Mohamad Saadon, Kamariah Abu Bakar

TEMA 8: PENTADBIRAN PENDIDIKAN


Implementasi Komunikasi Kepala Madrasah Tsanawiyah dan Meningkatkan 701
Mutu Guru di MTs Pondok Pesantren Mawaridussalam Batang Kuis Kabupaten
Deli Serdang
Penulis: Prof. Dr. Syafaruddin, M.Pd, Ahmad Sarqawi, M.Pd, Dina Nadira Amelia Siahaan,
M.Pd, Yayi Setia Ningrum, S.Pd.
Persediaan Pelaksanaan Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di Sekolah 708
Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia
Penulis : Nur Atiqah Bt Hashim, Jamalullail Abdul Wahab, Azlin Norhaini Mansor

viii
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

Cabaran Kepimpinan Teknologi Pengetua dalam Pengintegrasian ICT di Sekolah 720


Penulis : Nur Nadirah Bt Kamarudin, Jamalullail Abdul Wahab

TEMA 9: STRATEGI PENDIDIKAN


Developing Strategy of Excellent Madrasah Aliyah in North Sumatra 730
Penulis: Dr. Yusuf Hadijaya, Ma Dr. Salim, M.Pd

Realistic Mathematika Education in Operation Integer 743


Penulis: Rora Rizky Wandini, Maya Rani Sinaga

Konsep Kesepaduan Ilmu dan Strategi Perlaksanaan Terhadap Pembangunan 749


Modal Insan di Malaysia
Penulis: Nurul Fatanah Bt Mohamad, Maimun Aqsha Lubis

Strategi Pembelajaran Kemahiran Mendengar Bahasa Arab dalam Kalangan 759


Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Penulis: Nur Fatanah Bt Mohd Nor, Harun Baharudin, Maimun Aqsha Lubis,
Nur Syahirah Munzani
Kepentingan Perancangan Transisi Kerjaya Pendidikan Khas 766
Penulis: Ili Zahraa Bt Zaharudin, Mohamed Yusoff Mohd Nor, Mohd Izham Mohamad Hamzah

ix
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KE ARAH PEMBINAAN TAMADUN


BANGSA DARI ASPEK PENDIDIKAN

Nur Sakdianah Hashim1, Mohd Isa Hamzah2, Maimun Aqsha Abdin Lubis3 &
Nor Atasya Ayub4
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
nsh_87@yahoo.com1, isa_hamzah@ukm.edu.my2, draqsha@gmail.com3 &
nantasya10@gmail.com4

ABSTRAK

Pendidikan merupakan alat atau kayu ukur yang dapat membangunkan ummah. Sejarah
membuktikan melalui pendidikan yang dikendalikan oleh Rasulullah S.A.W di dalam
membangunkan ummah, beliau melaksanakan proses pendidikan menerusi dakwah dan
tarbiyyah. Dalam Al-Quran telah membuktikan banyak ayat yang mengutarakan aspek
pendidikan dalam pembinaan tamadun dan penurunan Al-Quran itu sendiri adalah bertujuan
untuk mendidik manusia. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep pendidikan yang
dijalankan pada zaman Nabi iaitu tarbiyyah, ta’alim dan ta’adib. Selain itu, artikel ini juga
mengenalpasti persamaan pendidikan di antara zaman Rasul dan masa kini di Malaysia dari
aspek peranan masjid sebagai salah satu institusi pendidikan. Selain Al-Quran sebagai
panduan asas, Hadith dan Sunnah Rasulullah juga dijadikan panduan dan bukti tentang
pentingnya pendidikan dalam membina sesebuah tamadun. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif iaitu penyelidikan perpustakaan dan analisis dokumen dengan mengkaji
dan mempelajari serta menyelidik kandungan teks yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan. Hasil kajian ini membuktikan pendidikan sebagai salah satu faktor penting ke arah
pembinaan tamadun.

Kata Kunci: Pendidikan, Tamadun, Proses tarbiyyah, Al-Quran dan Sunnah

PENGENALAN

Pendidikan merupakan aspek penting dalam pembentukan tamadun sesebuah negara.


Pendidikan juga dapat meningkatkan taraf ekonomi negara. Melalui pendidikan ianya dikatakan
sebagai medium untuk membentuk budaya sesebuah masyarakat. Tujuan pendidikan yang telah
digariskan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) adalah mengeluarkan potensi manusia agar
pembangunan yang holistik yang merangkumi aspek moral, intelektual, afektif dan lain-lain
dapat direalisasikan. Selaras dengan tujuan pendidikan dalam Islam iaitu memenuhi kehendak
Allah yang menciptakan manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjalankan tugas
khalifah di muka bumi seperti yang terkandung dalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang
bermaksud:

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan
diri kepada-Ku.”

Dan dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat: "Sesungguhnya aku


hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah, Padahal Kami Senantiasa bertasbih dengan
memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya aku
mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

150
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

Bertepatan dengan tajuk iaitu sumbangan Tamadun Islam ke arah pembinaan Tamadun
Bangsa dari aspek pendidikan, melalui ilmu yang disampaikan dan diperoleh dapat menjadikan
seseorang dan sesebuah masyarakat itu lebih bertamadun dan pentingnya ilmu yang
disampaikan itu masih berlandaskan hukum dan syariat Islam. Ilmu Allah itu luas, dan terpulang
pada manusia itu sendiri bagaiamana cara untuk mereka mendapatkan ilmu sama ada membawa
kebaikan kepada masyarakat ataupun menjadi mudarat. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui
tentang apa yang manusia kerjakan.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini secara terperincinya bertujuan untuk:


1) Mengenal pasti konsep pendidikan dalam membina tamadun bangsa.
2) Mengenal pasti persamaan pendidikan di antara Zaman Rasul dan masa kini di
Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu penyelidikan perpustakaan dan analisis
dokumen dengan mengkaji dan mempelajari serta menyelidik kandungan teks yang berkaitan
dengan kajian yang dijalankan. Bahan rujukan terdiri daripada buku, jurnal, artikel prosiding,
kajian-kajian lepas dan juga rujukan laman sesawang.

DEFINISI TAMADUN

Tamadun dapat didefinisikan kepada dua sudut iaitu etimologi iaitu bahasa dan terminologi iaitu
istilah. Dari segi bahasa, tamadun berasal daripada perkataan madana ataupun tamaddana
bererti pembukaan bandar ataupun perbuatan memperhalusi budi pekerti yang terpuji. Dari segi
istilah pula, tamadun sering digambarkan sebagai kemajuan kebendaan atau maksud pencapaian
yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Namun, ia sebenarnya melangkaui maksud
pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi di samping kemajuan penempatan ala bandar serta
kemudahan hidup yang sempurna.
Menurut Kamus Dewan (2007), tamadun didefinisikan sebagai kebudayaan, peradaban,
kemajuan dan sopan santun. Menurut Zakaria Hasyim (1970) istilah yang terawal yang
digunakan ialah perkataan umran seperti yang ditulis oleh Ibn Khaldun dalam kitabnya ‘al-
Muqaaddimah”. Perkataan umran bermaksud kawasan atau rumah yang didiami segolongan
penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi
makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar.
Secara umumya, tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dalam aspek kerohanian
dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal. Ini bertepatan
dengan tamadunnya sesuatu masyarakat dan bangsa melalui aspek pendidikan. Sebarang ilmu
yang diperoleh sama ada secara formal mahupun tidak formal adalah pendidikan. Melalui
pendidikan ini, tingakatan ilmu dan pemikiran seseorang akan bercambah dan membuktikan
ketamadunan sesuatu bangsa.

DEFINISI PENDIDIKAN

Dalam Kamus Dewan, pendidikan ialah kata nama terbitan daripada kata akar ‘didik’ yang
bermaksud jaga, pelihara dan ajar. Perkataan ‘pendidikan’ juga sinonim dengan ajaran, latihan,
tarbiah, pelajaran, bimbingan, asuhan dan tunjuk ajar (DBP, 2007:350). Dalam Bahasa Inggeris,
pendidikan disebut sebagai education (Simpson & Weiner, 1989) yang dikatakan berasal
daripada gabungan dua kalimah dalam bahasa Latin iaitu e’ex dan ducereduc bermaksud
‘memimpin’ yang dapat diinterpretasikan pula sebagai mengumpul maklumat ke dalam diri bagi
membentuk bakat (Ishak, 1995).

151
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

Menurut pandangan barat iaitu Plato mengatakan pendidikan adalah sebagai suatu
latihan jasmani dan rohani bagi mencapai kecantikan dan kesempurnaan. Manakala pandangan
John Dewey pula, pendidikan adalah suatu proses bagi mengatur dan menambah ilmu
pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan selamat. Annasaii et.el (2018)
menyatakan, definisi pendidikan mempunyai pelbagai pandangan. Para Sarjana Barat
mendefinisikan Pendidikan tanpa berlandaskan aspek ketuhanan dan kepercayaan. George F
Kneller (1971) pula menyatakan, pendidikan ialah perbuatan yang memberikan kesan kepada
fikiran, perbuatan dan pencapaian fizikal seseorang manusia. Dalam pada itu, Webster (2005)
menyatakan bahawa pendidikan merupakan proses melatih dan membangunkan ilmu,
kemahiran dan pemikiran oleh institusi pendidikan yang formal.
Dari perspektif Islam menurut Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, pendidikan adalah
suatu usaha dan kepimpinan yang teratur untuk mengembangkan dan memajukan segala
kesanggupan dan kemungkinan-kemungkinan yang ada pada anak-anak dan orang yang terdidik
dengan selengkap-lengkapnya dan setinggi-tingginya mengenai jasmani dan rohani dalam
batas-batas tertentu. Manakala pandangan dari Dr. Yusuf Al-Qardawi pula menyatakan
pendidikan merupakan mempelajari erti hidup melalui akal, jasmani, hati, rohani, akhlak dan
perbuatan. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat. Dapatan
Abdul Halim al-Muhammady (1994) pula menyatakan pendidikan merupakan proses
mengembang dan melatih akal, jasmani dan roh manusia berasaskan nilai-nilai Islam yang
bersumberkan wahyu.
Sekaligus antara dua pandangan Islam dan Barat ini dapat disimpulkan mereka
mengambil kira aspek kehidupan yang merangkumi unsur rohaniah dan lahiriah. Tetapi
pandangan sarjana Islam sangat memntingkan pendidikan bersifat menyeluruh dan holistik
yang merangkumi ilmu di dunia dan pengakhirannya di akhirat.

PENDIDIKAN DALAM KONTEKS ISLAM

Mengikut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1979:2-4) dan Rosnani Hashim (2006:6), antara
kalimah yang sering digunakan adalah seperti tarbiyyah, ta’alim dan ta’adib. Kalimah
tarbiyyah yang bermaksud mengasuh, memelihara atau memimpin ini merujuk kepada proses
perkembangan potensi individu, mengasuh atau mendidik untuk menuju kepada satu keadaan
yang selesa dan matang. (Halsted, 2004:522). Manakala kalimah ta’alim pula bermaksud
mengetahui, memberitahu, melihat dan mencerap ini merujuk kepada proses menyampaikan
atau menerima ilmu pengetahuan yang kebiasaannya terdapat melalui latihan, arahan serta
tunjuk ajar dalam bentuk pengajaran (Halsted, 2004:522). Kalimah ta’adib pula bermaksud
memperhalusi, berdisiplin dan berbudaya merujuk kepada proses pembinaan watak dan
pengajaran asas penting untuk kehidupan bermasyarakat. (Naquib al-Attas, 1979:2-4; dan
Halsted, 2004:522).
Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1992), kalimah ta’adib lebih sesuai
digunakan dalam aspek pendidikan kerana ianya diertikan sebagai satu proses
memperkembangkan pertumbuhan dan membentuk peribadi seseorang individu dalam segala
aspek kehidupan. Ianya bukan sahaja proses adab, hikmah dan adil, malahan proses membawa
manusia untuk mengenali dan mengiktiraf Allah S.W.T selaku pencipta dan pemilik alam dan
kita manusia sebagai hamba kepada-Nya. Selari dengan matlamat pendidikan yang dinyatakan
oleh Faridah, Maimun dan Wardatul (2013) ialah melahirkan individu yang serba lengkap dari
segi rohani, jasmani dan sosial bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Kalimah ta’adib ini bertepatan dengan cara yang diajar oleh Nabi S.A.W sebagai
seorang guru dimana proses mengajar yang dilakukan Nabi dapat menarik para sahabat dan
pengikutnya mendalami ilmu dan secara tidak langsung membentuk peribadi yang mulia.
Dalam Islam, guru dan ibu bapa memainkan peranan dalam membentuk akhlak seseorang dan
membimbing pemikiran mereka supaya tidak terpesong jauh dari pemikiran dan gaya hidup
liberal. Kebebasan dalam berfikir mesti dihadkan dan mengikut batasan dan syariat Agama
Islam.

152
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

PENDIDIKAN DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Sejak Nabi Muhammad s.a.w diutuskan menjadi Rasul, ianya merupakan titik permulaan baru
bagi bidang pendidikan. Pendidikan bersepadu telah diamalkan dengan berpandukan Al-Quran
dan Al-Sunnah. Kurikulum yang didedahkan oleh Rasulullah sama ada di Mekah atau pun
Madinah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual agar
memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat. Kurikulum atau ilmu yang digariskan oleh
Rasulullah s.a.w. ini kemudiannya diwarisi oleh para sahabat termasuk pengumpulan dan
pembukuan Al-Quran dan Hadis yang membawa kepada pengenalan ilmu tafsir, usuludin, fiqah
dan ilmu-ilmu lain. Generasi pertama didikan Rasulullah S.A.W selama 13 tahun di Mekah dan
10 tahun di Madinah dikenali sebagai generasi al-Quran atau Jail al-Quran (Azam Hamzah &
Zulekha Yusoff, 1990).
Rasulullah S.A.W tidak jemu memberi rangsangan supaya orang Islam tekun dan
sentiasa belajar. Membaca dan menulis merupakan kunci ilmu. Baginda pernah menerima
khidmat orang Yahudi dan Nasrani bagi menyampaikan pelajaran. Syarat pembebasan diri bagi
tawanan perang seperti tawanan perang Badar ialah mengajar anak-anak orang Islam.
Kepentingan ilmu dalam Islam jelas kelihatan dengan wahyu pertama yang diterima oleh
Rasulullah S.A.W yang memerintahkan baginda membaca iaitu melalui perkataan Iqra’.

PERSAMAAN INSTITUSI PENDIDIKAN ZAMAN RASULULLAH S.A.W DAN


MALAYSIA MASA KINI

ZAMAN RASULULLAH MALAYSIA


S.A.W
Institusi Pendidikan Rumah al-Arqam bin Abi Al- Sekolah / Universiti
Pertama Arqam / Rumah Nabi S.A.W
Institusi Pendidikan Masjid Masjid
Kedua
Institusi Pendidikan Al-Suffah / Surau Surau
Ketiga

Jadual di atas menunjukkan antara persamaan institusi pendidikan yang wujud pada
Zaman Rasulullah S.A.W dan Tamadun Melayu masa kini khasnya Malaysia. Menurut Sabariah
et.al (2013), sejak turunnya wahyu kepada Rasulullah S.A.W., rumah al-Arqam bin Abi Al-
Arqam telah dijadikan tempat untuk berkumpulnya sebilangan kecil pengikut-pengikut Nabi
S.A.W menyampaikan dakwah. Mohd Yusuf (2005) pula menyatakan, institusi pendidikan
pertama adalah rumah baginda S.A.W sendiri, dimana beliau menjadikan rumahnya sebagai
tempat untuk beliau mengajar kepada pengikutnya berkaitan agama Islam. Selaras dengan
tamadun Melayu kini khasnya Malaysia yang menjadikan sekolah atau universiti sebagai tempat
penyebaran ilmu. Tidak hanya sekolah biasa tetapi sekolah di Malaysia juga telah dikhaskan
kepada beberapa pengkhususan sekolah seperti sekolah teknikal, sekolah aliran agama dan
sekolah sains dimana matlamatnya adalah sama iaitu mendidik manusia menjadi insan yang
berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Proses didikan ataupun pentarbiyahan ini
dilakukan berperingkat di mana manusia diajar dari tidak tahu kepada tahu seiiring dengan
konsep pendidikan ta’adib iaitu memperhalusi, berdisiplin dan berbudaya merujuk kepada
proses pembinaan watak dan pengajaran asas penting untuk kehidupan bermasyarakat.
Institusi kedua pula adalah masjid yang sama fungsinya sebagai salah satu tempat
pendidikan dan pengajaran serta pengambangan ilmu dari zaman Nabi S.A.W dan masa kini.
Pada zaman Nabi, Rasulullah S.A.W menjadikan masjid sebagai sekolah untuk mendidik para
sahabat tentang pelbagai aspek kehidupan. Masjid juga dijadikan sebagai asrama untuk pelajar
suffah yang tinggal menetap untuk belajar. Selain itu, pencinta seni juga mendekati masjid
dengan bacaan puisi kerohaniannya, memuji Allah dan Rasul-Nya seperti Hasan bin Thabit

153
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

yang mendapat julukan sebagai penyair Nabi S.A.W. Demikian peranan masjid pada ketika itu
yang menjadi pusat pengembangan kebudayaan dalam semua aspek kehidupan menuju
masyarakat beradab. Masjid Nabawi juga pada masa itu berperanan menjadi pusat kegiatan
sosial. Urusan pernikahan, masalah penceraian, perdamaian dan penyelesaian sengketa
masyarakat semuanya diselesaikan di masjid. Orang-orang terluka di medan perang juga
dirawat di dalam masjid. Masjid juga menjadi tempat kegiatan dan sumber ekonomi bagi
masyarakat. Segala hasil zakat dan jizyah iaitu cukai kepala bagi penduduk bukan Islam yang
bernanung di bawah pemerintahan kerajaan Islam dikumpulkan di Masjid. Baitulmal pula
dibangunkan dan tempat harta orang kaya dikumpulkan dan diagihkan kepada fakir miskin serta
yang berkeperluan.Ianya selari dengan peranan masjid dan fungsinya pada masa kini. Sebagai
contoh, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang disediakan tempat untuk
urusan pernikahan, wujudnya kelas-kelas agama serta program-program keagamaan yang
dijalankan memberi ruang dan peluang kepada masyarakat setempat untuk mempeluaskan ilmu.
Institusi ketiga pula adalah Al-Suffah atau surau. Apabila pendidikan mula
berkembang, masjid yang dijadikan tempat menuntut ilmu tidak mampu lagi menampung
bilangan mereka yang datang untuk belajar. Maka, al-Suffah atau surau ini diwujudkan bagi
memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat melalui proses menuntut ilmu. Matlamat
penyebaran ilmu di surau sama dengan di Masjid. Ratanya di Malaysia surau diletakkan di
kawasan terpencil atau di tempat yang jauh dari Masjid. Ini memberi peluang kepada
masyarakat yang jauh dari masjid untuk mendapat ilmu dan manfaat yang sama seperti
menuntut ilmu dan solat di masjid.
Secara umumnya, institusi pendidikan yang ditubuhkan pada zaman Nabi S.A.W selari
dengan masa kini. Bezanya adalah bagaimana untuk menghidupkan sesebuah institusi
berkenaan seperti masjid dan surau sebagai tempat penyebaran ilmu dan pendidikan dengan
lebih aktif dan meriah seperti pada zaman Nabi S.A.W. Peranan pentadbir dan pengurusan
institusi berkenan sangat penting dalam melahirkan insan dan masyarakat yang lebih berilmu
dan bertamadun yang berlandaskan syariat Islam.

AYAT-AYAT PENDIDIKAN DALAM AL-QUR’AN DAN AL-SUNNAH

Pendidikan sangat penting kepada semua. Pendidikan berkait rapat dengan tingkatan ilmu
seseorang. Melalui pendidikan, manusia memperoleh ilmu untuk diaplikasikan dalam
kehidupan. Seperti yang terkandung dalam surah Al-Baqarah ayat 31 yang bermaksud:

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam Nama-nama (benda-benda) seluruhnya,


kemudian mengemukakannya kepada Para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah
kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar!"

Setiap ilmu yang diperoleh seharusnya diaplikasikan dan disampaikan kepada masyarakat yang
lain. Pendidikan yang diterima dan diamalkn oleh manusia mestilah bertepatan dengan hukum
dan syariat Islam kerana segala yang dilakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Setiap
amalan akan dihisab. Dalam Islam sendiri telah menjelaskan tujuan sebenar kehidupan adalah
untuk mendapat keredhaan Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya, seperti yang terkandung
dalam surah Az-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi
kepada-Ku”.

Bagi meramaikan ilmuan dan pemikir Islam, masyarakat Islam sendiri seharusnya
mempunyai kesedaran untung meningkatkan ilmu dan menyampaikan kepada yang lain. Jika
dilihat, banyak kajian sains dan teknologi yang kita rujuk adalah berdasarkan rujukan dari Barat
sedangkan, tokoh-tokoh ilmuan Islam yang lebih terdahulu seperti Ibnu Sina dan Ibn Khaldun
adalah tokoh terulung dalam Islam yang juga membangunkan teori-teori Sains. Oleh itu, ummat

154
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

Islam disarankan mencari ilmu supaya dapat menjadi insan yang membangunkan teori baru
yang akan dirujuk oleh generasi seterusnya berlandaskan syariat Islam. Bertepatan dengan bukti
dalam surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud:

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah


menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha
pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada
manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Umum mengetahui, setiap kelahiran anak yang beragama Islam dapat meramaikan lagi ummat
Islam di dunia. Tujuan utama adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah melalui ibadat yang
dijalankan. Untuk mengabdi kepada Allah S.W.T itu sendiri memerlukan ilmu. Ilmu berkaitan
rukun Islam yang asas seperti mengucap dua kalimah syahadah, solat, dan puasa. Ilmu asas ini
seharusnya diajar oleh ibu bapa. Ini menjadikan peranan mengajar dan menyampaiakn ilmu
bukan hanya terletak di bahu insan yang bergelar guru sahaja tetapi peranan ibu bapa itu sendiri
yang merupakan insan terdekat dengan anak-anak. Bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Al-Bukhari Radiallahu Anhu dan Abu Hurairah RA, Rasulullah S.A.W bersabda,
maksudnya:

“Tiap-tiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan suci, maka ibu bapanyalah yang
mencorakkan ia”.

Perjalanan dalm mencari ilmu juga merupakan perjalanan yang sukar. Ilmu tidak datang
dengan mudah dan sendirinya. Iniseatif insan itu sendiri jika ingin meningkatkan ilmu.
Kesukaran dan rintangan dalam mencari ilmu ini adalah saat yang akan menjadi kenangan yang
berharga apabila berjaya kelak. Allah akan memudahkan jalan seseorang dalam berjihad
mencari ilmu. Seperti yang terkandung dalam hadis riwayat Ibn Majah yang bermaksud:

“Barang siapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu maka Allah
akan memudahkan baginya jalan menuju surga, dan sesungguhnya para malaikat
membentangkan sayapnya karena rela terhadap orang yang mencari ilmu. Dan
sesungguhnya orang yang mencari ilmu akan memintakan bagi mereka siapa-siapa
yang ada di langit dan di bumi bahkan ikan-ikan yang ada di air. Dan sesungguhnya
keutamaan orang yang berilmu atas orang yang ahli ibadah seperti keutamaan
(cahaya) bulan purnama atas seluruh cahaya bintang. Sesungguhnya para ulama itu
adalah pewaris para Nabi, sesugguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan
dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barang siapa yang mengambil
bagian untuk mencari ilmu, maka dia sudah mengambil bagian yang besar”.

IMPLIKASI

Sumbangan pendidikan sangat besar dalam membina tamadun bangsa. Penurunan lima ayat
pertama daripada surah al-Alaq yang bermaksud:

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah


menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha
pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada
manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Ini membuktikan surah pertama yang diturunkan telah berjaya merevolusikan


pemikiran Arab Jahiliyyah. Apabila turunnya perkataan Iqra’ diikuti dengan dua puluh tiga
tahun pendidikan secara langsung yang bersifat Rabbani telah berjaya membentuk tasawwur
yang menjadi tunjang kepada setiap tindakan masyarakat Islam terdahulu. Tasawwur ini telah

155
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

mengubah dan membentuk kepercayaan peribadi, pemikiran idea dan pengalaman mereka dan
berhasil mencorakkan masyarakat di atas satu sistem yang memberi kebaikan kepada semua.
Sistem yang menjamin masyarakat Islam di atas maqasid shariah juga menitik beratkan hak dan
tanggungjawab masyarakat bukan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Sahifal al-
Madinah. Di atas persefahaman sebegini telah terbentuk satu kesepakatan dan kerjasama di
antara setiap anggota masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik dan agama.
Setelah itu, satu tamadun agung terhasil yang asasnya merupakan budaya ilmu yang
sungguh mengkagumkan. Usaha sama di antara Muslim, Yahudi, Nasrani, Nestorian, Syria,
Majusi yang terdiri dari bangsa Arab, Parsi, Turki, Rom, Yunani dan juga India telah
meninggalkan satu warisan intelektual yang tidak ternilai. Perkembangan dalam setiap disiplin
ilmu samada dari ilmu wahyu atau ilmu aqal menjadi asas kepada disiplin ilmu yang terdapat
pada hari ini. Ilmu ini bukan sahaja menjadi nadi kepada segenap cabang kehidupan malah ia
didukung oleh usaha pendidikan yang bermula dengan ahli al-suffah dan berkembang kepada
maktab atau kuttab, majlis, halaqah dan akhirnya madrasah.
Pendidikan yang dilaksanakan pada Zaman Rasulullah S.A.W tidak banyak perbezaan
dengan Malaysia masa kini. Hanya pengamatan dan bagaimana ilmu itu menjadi amalan yang
menjadikannya beza. Walaupun pelbagai pendapat dan pandangan tetapi selagi mana amalan
dan prinsip yang dijalankan tidak melanggar syariat Islam ianya masih dibenarkan dalam Islam.
Latar belakang pendidikan dan kemahiran yang pelbagai menjadikan sesuatu masyarakat itu
saling memerlukan dan melengkapi sekaligus menjadikan sesuatu masyarakat itu ummah yang
bertamadun.

RUMUSAN

Sejak berkembangnya institusi pendidikan dari zaman Rasulullah hingga ke zaman sekarang,
banyak terbinanya tempat untuk menimba ilmu sama ada berbentuk formal atau tidak formal
antaranya masjid, istana, kedai-kedai buku, sekolah, madrasah termasuk juga perpustakaan
yang disenaraikan sebagai tempat menimba ilmu. Penubuhan institusi pendidikan juga
melambangkan bahawa kerajaan Islam amat mementingkan ilmu dan intelek.
Satu usaha perlu dilakukan untuk mendidik masyarakat mengenai peranan Islam dalam
membentuk peribadi dan membina tamadun di atas kesedaran behawa pendidikan adalah
landasan terpenting dalam membina sesebuah masyarakat yang berilmu dan bertamadun.
Peranannya adalah untuk menyokong usaha-usaha mengislahkan masyarakat di atas prinsip-
prinsip sejagat yang selari dengan tuntutan Syariah Islam. Oleh yang demikian, satu
perancangan yang lengkap dan terperinci mengenai landasan yang terpenting ini perlu
diwujudkan untuk menghasilkan hala tuju dan perancangan pendidikan yang bergerak di atas
satu falsafah yang komprehensif. Peranan pendidikan dalam membina tamadun bangsa adalah
melahirkan satu generasi baru yang mampu mengenengahkan penyelesaian sebenar bagi
permasalahn kontemporari masyarakat Islam. Penyelesaian ini mesti lahir dari lubuk khazanah
intelektual Islam yang satu tapi punya kepelbagaian. Keluaran pendidikan hari ini tidak hanya
perlu mempunyai pemikiran dan tingkahlaku Islam yang tersendiri tetapi yang lebih penting
lagi mereka bersifat kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan dan menterjemahkan prinsip-
prinsip dan konsep-konsep Islam dalam keadaan yang sering berubah.
Islam turut meletakkan kedudukan orang yang berilmu di tempat yang tinggi. Mereka
merupakan pewaris nabi sebagaiman Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud, “Para ulama
adalah menjadi pewaris nabi”. Ini bermakna setelah baginda wafat, para cendiakawan ini akan
menyambung tugas penyebaran agama Islam dan mempertahankannya daripada musuh Islam.
Bertepatan dengan dunia masa kini, melalui pendidikan ilmu dapat disampaiakn secara
menyeluruh dan membentuk insan yang bertamadun.

156
THE 12TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND CONFERENCE OF ASEAN STUDIES IN ISLAMIC AND
ARABIC EDUCATION, LINGUISTICS, SOCIAL SCIENCES AND EDUCATIONAL TECHNOLOGY 2019

RUJUKAN

Abdul Halim al-Muhammady. 1994. Pendidikan Islam dan Peranannya Dalam Pembangunan
Ummah. Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. 2012. Sumbangan Pendidikan dalam
Memperkasakan Tamadun Bangsa:Perspektif Islam: Sosiohumanika 5(1)
Annasaii Jamar, Mohd Aderi Che Noh & Maimun Aqsha Lubis. 2018. Peradaban Islam Era Al-
Khulafa Al-Rasyidin Dalam Pendidikan dalam Proceeding the 11th. International
Workshop and Conference of Asean Studies in Linguistics, Islamic and Arabic
Education, Social Sciences and Educational Technology 2018: Fakulti Pendidikan
UKM
Azam Hamzah & Zulekha Yusoff. 1990. Tamadun Islam: Konsep dan Pencapaiannya. Shah
Alam: Penerbit Hizbi.
DBP [Dewan Bahasa dan Pustaka]. 2007. Kamus Dewan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Faridah Husain, Maimun Aqsha lubis dan Wardatul Aishah Musa. 2013. Tamadun Dalam
Bidang Pendidikan, Sejarah dan Senibina dalam Peradaban Islam dan Tamadun Dunia:
Fakulti Pendidikan UKM.
Halsted, J. Mark. 2004. “An Islamic Concept of Education” dalam Comparative Education.
40(4): 517-529.
Ishak, Abdullah. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusuf Ahmad. 2005. Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Naquib al-Attas, Syed Muhammad. 1979. “Preliminary Thoughts on the Nature of Knowledge
and the Definition and Aims in Educations” dalam Syed Muhammad Naquib al-Attas
[ed]. Aims and Objectives of Islamic Education. London: Hodder & Stoughton, ms.19
47.
Naquib al-Attas, Syed Muhammad. 1992. Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam. Kuala
Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, diterjemah oleh Samsudin Jaapar.
P.J. Webster. 2005. Changes in Tropical Cyclone Number, Duration, and Intensity in a
Warming Environment. Science. Vol.309. Issue 5742
Rosnani Hashim. 2006. Falsafah Penyelidikan Pendidikan dari Perspektif Islam: Konsep dan
Matlamat: Jurnal Pendidikan Islam, Jil 12, Bil. 1[Julai]
Simpson,J.A. & E.S.C. Weiner. 1989. The Oxford English Dictionary, Volume 5.
Oxford:Clarendon Press, 2nd edition.

157

Potrebbero piacerti anche