Sei sulla pagina 1di 1

Ruj.

Kami : SKLJ 50/003/3(68)


Tarikh : 17 September 2019
Tuan Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,
Kompleks Pendidikan,
Jalan Stadium,
05604 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(u.p : Ketua Unit Sukan )

Melalui dan salinan


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MENYERTAI KEJOHANAN RAGBI RIMAU PROTON


CITY 7’S (PC7) EDISI KE 6, TAHUN 2019

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan ragbi sekolah kami akan menyertai Kejohanan Ragbi
Rimau Proton City di SK Proton City, Tanjung Malim, Perak pada 12 dan 13 Oktober 2019.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon kelulusan dari tuan untuk menyertai kejohanan
tersebut. Bersama-sama dengan ini disertakan kertas kerja berkaitan.

4. Sebarang pertanyaan tentang perkara berkaitan, sila hubungi Encik Rostam Bin Che Wan
ditalian 013-4090003/04-4843973, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Lunas Jaya.

Sekian dan semoga dalam makluman dan kelulusan pihak tuan.

Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“HARAPAN BERSAMA MEMAKMURKAN RAKYAT”
“KBB SMART 2016-2020”

Saya yang menjalankan amanah,

(KHAIROL ANUWAR BIN MAT HALIP)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya
Sk : PPD KBB (Unit Sukan)
: Fail Sekolah

Potrebbero piacerti anche