Sei sulla pagina 1di 11

GOLONGAN KATA (morfologi)

Kata Tanya

1. Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.


2. Kata Tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata Tanya mesti diikuti oleh partikel 'kah' apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata Tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
5. Partikel 'kah' tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.

Contoh Ayat :
(a) Apakah benda itu ?
(b) Buku siapakah ini ?

Kata Tanya Contoh Ayat


kenapa Kenapakah Amin gagal dalam ujian itu ?
bila Bilakah Wati akan sampai ?
siapa Siapa nama kamu ?
mengapa Mengapakah baju awak ini basah ?
apa Apakah nama binatang itu ?
bagaimana Bagaimanakah kemalangan itu berlaku ?
berapa Di dalam kelas itu ada berapa orang pelajar lelaki ?
mana Nelayan itu dari mana ?

Kata Pemeri

1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam
prediket.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri biasanya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
5. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri :

-> Perempuan yang berambut pendek itu ialah kakak saya.


-> Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
-> Nasi lemak ialah makanan kegemaran saya.
-> Tarikh tutup penyertaan itu adalah pada hari Jumaat.

Kata Nafi

1. Kata Nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata Nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh ayat :
-> Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
-> Baju ini bukan untuk Yati, tetapi untuk adiknya.

1
4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh ayat :
-> Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
-> Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Contoh ayat :
-> Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
-> Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

KATA KERJA

- Kata kerja ialah kata yang pada umumnya disertai awalan ber-,men-,ter-, dan sebagainya.
- Kata kerja terbahagi kepada:
(a)Kata kerja tak transitif
(b)Kata kerja transitif
(c)Kata kerja pasif

- Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang
lengkap.Misalnya:
(a) Ayah tidur.
(b) Penyanyi itu menari.
- Beberapa contoh kata kerja tak transitif ialah:
ada, bocor, kandas.

- Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang lengkap.
- Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama. Misalnya:
Abang membaca buku.
(a) membaca -> kata kerja transitif
(b) buku -> objek
- Beberapa contoh kata kerja transitif ialah:
makan, mewarna,minum.

- Kata kerja pasif terjadi daripada kata kerja transitif yang awalan me- nya ditiadakan.
- Contohnya:
Kata kerja Transitif Kata Kerja Pasif
mengambil ambil
- Ada 3 jenis kata kerja pasif.
(a) Kata kerja pasif diri pertama
(b) Kata kerja pasif diri kedua
(c) Kata kerja pasif diri ketiga
- Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuambil, keduduki,kuperolehi
- Kata kerja pasif diri kedua ialah kata kerja yang berimbuhan kau-.
Contohnya: kauambil, kauberikan, kaududuki
- Kata kerja pasif diri ketiga ialah kata kerja yang berimbuhan di-.
Contohnya: diambil, diberikan, diduduki

2
KATA HUBUNG

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabung perkataan dengan perkataan rangkai
kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu;


(a) kata hubung gabungan.
(b) kata hubung pancangan.
(c) kata hubung berpasangan.

3.Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah
seperti yang berikut:

Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh Ayat Contoh


agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila Mukanya pucat apabila disoal.
atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan Leela dan kawannya berbual hingga larut malam.
hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika Saya berpayung jika hujan.
Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.
serta Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari.
supaya Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai.
walaupun Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu.
tetapi Badannya besar tetapi penakut.

3
Kata Hubung Berpasangan

Contoh Ayat Contoh


Baik.. mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong-royong membersihkan balai
raya itu.
Baik.. baik Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar.
bukan sahaja.. Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
malah
Entah.. entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan.. pun Jangankan sepulluh ringgit, seringgit pun dia tidak ada.
Kian.. kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada.. ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke sekolah.
sedangkan.. inikan Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
pula
semakin.. semakin Encik Azreen semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun.. tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun.. namun Walaupun cacat namun Hamid rajin berusaha.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

Dan hingga lalu ketika


Dengan yang tetapi jika
kerana serta kalau kemudian
demikian walhal walau agar
atau demi supaya .

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

semasa sementara seharusnya andaikata


semoga seketika sebaliknya sedangkan
setelah walaupun meskipun mudah-mudahan
sesungguhnya sewaktu sekalipun moga-moga
itupun seandainya jikalau bagaimanapun
padahal . . .

Contoh ayat

1. menggabungkan dua ayat


Azahar dan Annuar pergi bercuti ke Pulau Pinang.
2. menggabungkan dua rangkai kata
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.

4
KATA GANTI

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.


Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum,
Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.

1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b) kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.

A) Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama

1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri Penggunaannya


Pertama
aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan
Tuhan
saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru
dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya
apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

Bentuk contoh kata nama diri pertama


tunggal beta, patik, aku, saya
jamak kita, kami, kita orang

Kata ganti nama Diri Kedua


Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut
:

Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua


Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak kalian

5
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Kedua
anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan
dengan kita
awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita
engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita dan dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
jamak) dengan kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua


1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejap lagi.

Kata Ganti diri ketiga

kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata
seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga


tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak mereka

Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya


baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal) digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa
dan rakan
mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih
daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.

1. Dia sangat sombong.


2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.

6
Ringkasan

Bilangan Banyak /
Kata Ganti Nama Diri Tunggal
Jamak
Diri Pertama aku kami
( Orang yang bercakap ) saya kita
patik
hamba
Diri Kedua awak awak semua
( Orang yang dilawan bercakap ) kamu kamu semua
engkau saudara sekalian
encik saudari sekalian
cik encik-encik
saudara cik-cik
saudari tuan-tuan
tuan puan-puan
puan anda semua
anda kalian
tuanku
Diri Ketiga dia mereka
( Orang yang diceritakan halnya) ia
nya
beliau
baginda

C) Kata Ganti Tanya

1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan
hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda apakah
Orang siapakah
Tempat manakah
Masa bilakah
bagaimanakah
Hal kenapakah
mengapakah
Bilangan berapakah
Kata Ganti Nama Penggunaannya
apa digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda,
mana
dan tempat

Contoh ayat

1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?


2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?

7
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?

D) Kata Ganti Tempat

1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.


2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Tempat Penggunaannya


sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
sini
yang bercakap
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
situ
sejauh sana

Benda, orang, Binatang ini, itu


sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan
penutur)
Tempat
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan begini, begitu, demikian

Contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.

E) Kata Ganti Umum / Tak Tentu

Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana.
Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.

Kata Ganti Nama Penunjuk

Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i. Ini komputer.
ii. Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.

8
Kata Ganti tak tentu.

1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Umum / Tak Tentu Ayat-ayat contoh


apa-apa 1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya
Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menyaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.

Kata Ganti Tak Tentu Penggunaannya


sapa-sapa digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
mana-mana, masing-masing,
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu

Kata Bilangan
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atua bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
Jenis Kata Bilangan Contohnya
Kata Bilangan Tentu satu, dua, tiga dan seterusnya...

Kata Bilangan Tak Tentu beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah dan
- Menunjukkan bilangan yang tidak sebagainya.
tentu. * Segala maklumat akan dikumpulkan.

Kata Bilangan Pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku,sepertiga, seratus-peratus dan
sebagainya
* Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun 6 yang hadir ke majlis
itu.

Kata Bilangan Pisahan Masing-masing, setiap dan tiap-tiap


* Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan
segera

Kata Bilangan Himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, bermingu-minggu,


- Menunjukkan bilangan yang tertentu. berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya.
- Boleh diikuti dengan penjodoh * Kedua-dua ekor kambing itu akan disembelih raya nanti.
bilangan. * Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap
- Menunjukkan sesuatu bilangan tahun.
secara himpunan
Kata Bilangan Tingkat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya
- Menunjukkan giliran atau urutan * Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.
dalam sesuatu jumlah.
Kata Bilangan Tanya berapa
* Berapa baki duit kamu?

9
Kata Adjektif

1. Kata Adjektif ialah perkataan perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama
seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit, sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang
dan sebagainya.

2. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya yang bertugas sebagai
penguat.

Contohnya : sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

Jenis-jenis kata Adjektif

Adjektif Jati

Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.


Contoh :
- Basikal itu berwarna biru.
- Budak gemuk itu kawan saya.

Adjektif Bilangan atau Pecahan


Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.

Contoh :
- Ayah memiliki dua buah kereta.
- Saya membeli beberapa kuntum bunga.

Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan "bagaimana" / "yang mana"

Contoh :
- Baju ini mahal harganya.
- Perkara demikian jangan diulangi lagi.

Adjektif pencerai / pengasingan


Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh :

- Setiap pelajar mesti berdisplin.


- Ambil barang asing-masing.

Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:


(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pancaindera seperti masin dan harum.

10
Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat Biasa
Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa
.
Contoh :

-Cikgu saya seorang yang garang.


-> Buah betik itu manis.

2. Pangkat Perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.

Contoh :
-> Tenaganya sekuat Badang.
-> Buah jambu itu semanis gula.

3. Pangkat Menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.

Contoh :
-> Cuaca hari ini sangat mendung.
-> Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

hayati../skba

11

Potrebbero piacerti anche