Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KAPAL

TAMAN BAYU DAMAI


PENGERANG, JOHOR.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN


SUNGAI KAPAL
BIL. 1/2020

Tarikh : 09 Januari 2020


Masa : 1.00 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn Maslizah Binti Md Dadi (GPK HEM)
Kehadiran : 4/4 orang

1. Pn. Maslizah Binti Md Dadi


2. Pn. Nadhirah Binti Ashari
3. Pn. Harizah Binti Abd Hamid
4. Cik Sopana a/p Kalaichelvam
5. Pn. Aspalilah Bt Abd Karim

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran guru-guru serta
Ahli Jawatankuasa pada mesyuarat Kantin dan RMT hari ini.

Tindakan: Untuk Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU:

Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Harizah Binti Abd Hamid


Disokong untuk pengesahan oleh : Pn . Nadhirah Binti Ashari

3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

4.0 Pembentangan dan Perbincangan

4.1Pn.Maslizah Binti Md Dadi membincangkan tentang perjanjian kantin.


Makanan dan minuman hendaklah dijual pada harga sebagaimana yang
ditetapkan dalam lampiran D iaitu “ Tender kantin“.
4.2 Pn. Maslizah Binti Md Dadi menekankan kepada pihak kantin supaya
keceriaan kantin perlu dipertimbangkan lagi untuk mewujudkan keadaan
selesa dan kondusif. Meminta pihak kantin untuk pasangkan ‘sketing‘ pada
meja makanan murid dengan ukuran panjang 6 inchi.

4.3 Pihak Kantin dikehendaki menyediakan atau mempelbagaikan menu


makanan guru dan murid. Pihak kantin perlu mempertingkatkan kualiti
makanan para guru. Pihak kantin juga meminta merasa dahulu makanan
dan memastikan makanan dalam keadaan baik sebelum dijual kepada
murid.

4.4 Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin handaklah sentiasa dalam
keadaan bersih, kemas dan selamat. Lantai, longkang, siling dan dinding
hendaklah sentiasa dibersihkan.Tempat makan hendaklah sentiasa bersih,
teratur dan selamat.

4.5 Pihak pengusaha kantin perlu memberikan maklumat terkini berkenaan


pekerja kantin. Maklumat ini penting untuk disimpan di fail dan rujukan pihak
pemantau.

4.6 Pihak kantin diminta memberi kerjasama untuk membuat laporan kendiri
kantin iaitu dua minggu sekali bagi setiap awal bulan. Laporan tersebut
perlu dihantar kepada Setiausaha Kantin , Cikgu Sopana a/p Kalaichelvam
untuk memeriksa dan menandatangani laporan tersebut. Setiap hujung
bulan laporan tersebut akan disemak oleh guru Hal Ehwal Murid ,
Pn Maslisah Bt Md Dadi. Ia bagi memudahkan pihak sekolah membuat
laporan bulanan kantin.

4.7 Pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan typoid oleh semua


pekerja kantin. Pengendali makanan perlu sentiasa merujuk buku panduan
dan peraturan mengendalikan kantin sekolah dengan pakaian dan amalan
yang baik

Tindakan: Ajk Kantin, RMT & Pihak Kantin

5.0 Hal-hal lain

Tiada hal-hal lain yang berbangkit


6.0 Penutup
Pengerusi mengharapkan semua guru-guru serta AJK Kantin , AJK RMT DAN
Pihak Kantin dapat memberikan kerjasama pada mesyuarat kali pertama ini.
Mesyuarat akan ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

........................................... ...............................................
(CIK.SOPANA KALAICHELVAM) (PN. MASLIZAH BINTI MD DADI)
PENYELARAS KANTIN GPK HAL EHWAL MURID

Potrebbero piacerti anche