Sei sulla pagina 1di 695

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/324585442

PENGESAHAN INSTRUMEN TOLERANSI SOSIO AGAMA DI MALAYSIA:


ANALISIS FAKTOR PENGESAHAN

Conference Paper · March 2016

CITATIONS READS

0 208

3 authors, including:

Khadijah Muda Khairul Anwar Mastor


USIM | Universiti Sains Islam Malaysia University Kebangsaan Malaysia, Bangi
8 PUBLICATIONS   0 CITATIONS    82 PUBLICATIONS   1,233 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Muslim Religiosity View project

Penggunaan Laman Web Zakat LZS dan Pembayaran Zakat secara Online View project

All content following this page was uploaded by Khadijah Muda on 18 April 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


COSNA4

PROSIDING
PERSIDANGAN PEMANTAPAN
CITRA KENEGARAAN 4
CONFERENCE ON STRENGTHENING NATIONHOOD 4 :

13-15 MAC 2016


KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Penganjur
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4
(COSNA 4)
2016

ISBN 978-967-2084-17-4
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900, Tanjong Malim Perak.

2016
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4
(COSNA 4)
2016

KANDUNGAN

ISBN 978-967-2084-17-4

KEINGIN-SEMPURNAAN DALAM KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN 1


BERBAKAT (PCB)
Abdul Razak Bin Ismath Unoon, Grace Annammal Piragasam

TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN APLIKASI DAN PENGINTEGRASIAN 12


ICT DALAM KALANGAN GURU-GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH DI DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR
Ahmad Nazari Ismail, Norazilawati Abdullah, Mohd Nazir Md Zabit

MENCAKNA PEMIKIRAN PELAJAR DALAM MEMAHAMI HUBUNGAN 22


ETNIK MELALUI AKTIVITI BERSTRUKTUR (BUKU AKTIVITI HE)
Fazilah Idris , Rozita Ibrahim, Najah Nadiah Amran

THE USE OF COMICS IN READING COMPREHENSION AND IN 28


THE DISSEMINATION OF NATIONHOOD AND PATRIOTISM
AMONG THE YOUNG GENERATION
Ajurun Begum Ahamed, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Intan Suria Hamzah,
Mohd Azmir Mohd Nizah, Afi Roshezry Abu Bakar

PENGESAHAN INSTRUMEN PENILAIAN INPUT IPG TERHADAP 36


PENCAPAIAN KRITERIA STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)
Alias Hussain, Sabri Ahmad

PENAAKULAN MORAL MURID INDIA BERMASALAH DISIPLIN: 46


KAJIAN DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH
Ashotha Krishnan, Nadarajan Thambu

PEMBANGUNAN MODUL PETA PEMIKIRAN I-THINK BAGI MATA 58


PELAJARAN SAINS TAHUN 5 SEKOLAH RENDAH
Azlili binti Murad, Norazilawati binti Abdullah

KONSEP MELAYU DALAM PERADABAN: SATU KAJIAN AWAL 66


Adibah Sulaiman@Mohamad, Ezad Azraai Jamsari dan Noorsafuan Che Noh

KESAN KERJASAMA DALAM AKTIVITI BERKUMPULAN 76


TERHADAP KUALITI PERHUBUNGAN PELAJAR DI UNIVERSITI
Arfah Ab. Majid, Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi Talib, Sarjit Singh Darshan Singh,
Zaid Ahmad

POLA SOKONGAN PENGUNDI SELANGOR TERHADAP TOKOH 84


PEMIMPIN MENJELANG PRU14
Mohd Mahadee Ismail, Mansor Mohd Noor, Muhammad Asri Mohd Ali,
Ahmad Rizal Mohd Yusof, Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, Arvin Tajari

KAEDAH PENGURUSAN PERPECAHAN BERTERASKAN ISLAM: ANALISIS 100


PERPECAHAN PASCA KHALIFAH ‘UTHMAN BIN ‘AFFAN
Mohd Shukri Hanapi
KEBERKESANAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 110
DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
Norazilawati Abdullah, Muhammad Firdaus Omar, Mahizer Hamzah

PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PERMULAAN : 119


KEPENTINGAN HUBUNGAN INTERPERSONAL BERASASKAN
KOMUNIKASI GURU CEMERLANG
Norliza Abdul Majid

PENGAJARAN TERANCANG KARANGAN JENIS PERIBAHASA 124


Normala binti Haji Hasan

NILAI ESTETIKA DALAM TEROMBA 130


Normala binti Haji Hasan

MENARIK KEHADIRAN DAN MINAT MURID ORANG ASLI KE SEKOLAH : 135


KAJIAN KES DI TAPAH PERAK
Norwaliza Abdul Wahab, Ridzuan Jaafar, Ramlee Mustapha

PERPADUAN BERPAKSIKAN TITIK KESAMAAN FUNGSI PELBAGAI AGAMA 141


DENGAN MENGAMBILKIRA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI MALAYSIA
Nur Azuki Yusuff, Tan Hong Cheng, Kevin Fernandez, Yohan Kurniawan

SEJARAH GERAKAN ISLAMISASI ILMU DALAM RUANG SOSIAL 153


MASYARAKAT ARAB HADRAMI DI NUSANTARA
Nurulwahidah Fauzi, Nor Adina Abd Kadir

SEMANGAT PATRIOTISME: ISU DAN CABARAN DI MALAYSIA 161


Siti Noranizahhafizah Boyman, Nafisah Ilham Hussin, Marshelayanti Mohd Razali

PERKEMBANGAN DAN PERMASALAHAN SOSIAL, EKONOMI DAN 168


POLITIKS DALAM CERPEN-CERPEN (PILIHAN) SINGAPURA DARI 1965-2014
Subari bin Sukaini

MEMPERTAJAMKAN PENGUKUHAN NEGARA BANGSA; PENAHAPAN 193


PATRIOTISME SERTA HUBUNGAN SOSIAL DARI VERSI PERSPEKTIF
SOLIDARITI. SATU PEMERHATIAN DI UNIVERSITI AWAM BERALIRAN
TEKNIKAL (UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA)
Ku Hasnan Bin Ku Halim

KONOTASI NILAI DALAM PEMILIHAN KEPIMPINAN POLITIK 209


Hairol Anuar Mak Din, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd Azmir Mohd Nizah,
Md Akbal Abdullah, Afi Roshezry Abu Bakar

PEMIKIRAN MOHD YUSOF OTHMAN TENTANG PENGISLAMAN SAINS KE 216


ARAH PEMANTAPAN JATI DIRI
Hazwani Bt Che Ab Rahman, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim

MODENISASI KETENTERAAN CHINA: PERTIMBANGAN UNTUK 222


MENANGANI ANCAMAN KESELAMATAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA
Herlin Anak Aman, D.Ravichandran K.Dhakshinamoorthy & Nor Azizan Idris

MIGRASI DAN ANCAMAN KESELAMATAN MALAYSIA: ANALISA 229


TERHADAP ETNIK ROHINGYA
Intan Suria Hamzah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd Azmir Mohd Nizah,
Afi Roshezry Abu Bakar, Sity Daud
KESAN PERSEKITARAN BUDAYA SEKOLAH TERHADAP KEBERHASILAN 239
DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL PELAJAR DARI PELBAGAI JENIS
SEKOLAH
Irwan Fariza Bin Sidik, Mohd Mahzan Bin Awang, Abdul Razaq Bin Ahmad

KEMAHIRAN SOSIAL DAN AKTIVITI MENUNGGU GILIRAN 255


(TURN-TAKING)
Kamala A/P Ratnam

PENGESAHAN INSTRUMEN TOLERANSI SOSIO AGAMA DI MALAYSIA: 259


ANALISIS FAKTOR PENGESAHAN
Khadijah Muda, Fazilah Idris, Khairul Anwar Mastor

KOMUNITI PERANAKAN ARAB DI MALAYSIA: ANALISIS DARI 270


PERSPEKTIF GENEALOGI DAN PERKEMBANGAN SOSIAL
Latifah Abdul Latiff, Mashitah Sulaiman

PEMUPUKAN PATRIOTISME MENERUSI PENDIDIKAN SEJARAH DARI 284


PERSPEKTIF PEMIMPIN POLITIK MALAYSIA
Norhayati Ishak, Fathilah Akmal Ismail, Fiqkha Akma Mohd Hussein,
Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad

PELAKSANAAN KERJA SECARA BERPASUKAN DALAM PROSES 292


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI AWAM SEBAGAI
MEKANISME PENGUKUHAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Mashitah Sulaiman, Zawiah Mat, Siti Norbaya Mat Yacob, Faridah Che Hussain

DINAMIKA KESEPADUAN POLITIK MELAYU-ISLAM: ANALISIS 302


HUBUNGAN UMNO-PAS 2010-2015
Mohammad Tawfik bin Yaakub, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis,
Mohd Azmir Mohd Nizah, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd Azri Ibrahim

SIKAP POLITIK URBAN MELAYU 311


Mohd Azmir Mohd Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Afi Roshezry Abu Bakar,
Hairol Mak Din

ANALISIS ISU DOMINAN DALAM PILIHANRAYA KECIL DUN SUNGAI 320


LIMAU
Mohd Azri Ibrahim, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd Azmir Mohd Nizah,
Afi Roshezry Abu Bakar, Mohammad Tawfik Yaakub

PELAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DALAM 326


KALANGAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DI SEBUAH SEKOLAH DI
NEGERI PERAK
Mohd Faiz Bin Mohd Yaakob, Jamal@Nordin Bin Yunus

ISU PELARIAN ROHINGYA DAN KESELAMATAN INSAN 332


Mohd Kamal Omar, Bakri Bin Mat, Zarina Othman

TRANSISI POLITIK MELAYU-ISLAM DI KEDAH: ANALISIS 2008-2016 344


Mohammad Tawfik Yaakub, Ali Boerhanuddin, Mohamad Abu Bakar,
Muhammad Uzair bin Azizan, Mohd Azri Ibrahim, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis

PERSEPSI PRESTASI KERAJAAN MENJELANG PRU-14: ANALISIS 351


SEGMEN B40 DI SELANGOR
Muhammad Shamshinor Abd Azzis, Mansor Mohd Noor, Muhammad Asri Mohd Ali,
Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Mahadee Hj. Ismail, Arvin Tajari, Najiha Zainuddin
STEREOTAIP ANTARA ETNIK; MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA 359
TERHADAP MASYARAKAT CINA
Nasruddin Yunos, Fazilah Idris, Khalim Zainal, Siti Nor Baya Mat Yacob,
Abdul Aziz Mat Isa

PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF DALAM PENTAKSIRAN 366


BERASASKAN SEKOLAH: PRINSIP DAN PELAKSANAAN
Nor Hasnida Che Md Ghazali

STRATEGI KELANGSUNGAN HIDUP MYANMAR: DARI PERSPEKTIF 377


HUBUNGAN ANTARABANGSA
Nor Azizan Idris, Zarina Othman dan Aini Fatihah Roslam

KESEDIAAN GURU SAINS SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGGUNAAN 389


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DI DAERAH KUALA
LANGAT, SELANGOR
Norhayati Misran, Norazilawati Abdullah, Eftah Moh@Abdullah

DUNIA MELAYU ASIA TENGGARA PENERUS DAULAH ISLAMIAH: 401


PERADABAN MELAYU BUKAN CALANG-CALANG, PERADABAN MELAYU
PERADABAN GEMILANG
Norman Suratman, Muhd Rizal Mohd Yaakub

KREATIVITI GURU DALAM MENJANA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS 415


TINGGI: SATU KEPERLUAN
Norsaliza Sabu, Noraini Mohamed Noh, Che Nidzam Che Ahmad

SUMBANGAN KHALIJAH SALLEH MELALUI PROSES PENGISLAMAN ILMU 424


DALAM MEMANTAPKAN JATI DIRI
Nur Asyikin Hamdan, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim

AKSES KEPADA KEADILAN DALAM KOMUNITI PELBAGAI AGAMA 432


Faridah Jalil, Rohizan Halim

PENGGUNAAN KIT HB&K BAGI MEMUPUK KERJASAMA KUMPULAN 440


DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP-PJJ
Mohd Richard Neles Abdullah

KESAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN TERHADAP PENCAPAIAN DAN 453


MOTIVASI PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS
TAHUN 5 BAHAGIAN B BAGI TAJUK LITAR ELEKTRIK LENGKAP
Sabariah Md Nor, Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yusof

PEMIKIRAN PEMBANGUNAN MANUSIA NEOKLASIK DAN ISLAM 463


Sahawati Binti Harun, Sity Daud, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis,
Intan Suria Hamzah, Ajurun Begum Ahamed

PENERAPAN KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN DALAM KALANGAN 473


PELAJAR PELBAGAI ETNIK PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DI
MALAYSIA
Sitti Hasnah binti Bandu, Mohd Mahzan bin Awang, Abdul Razaq bin Ahmad

PEDAGOGI ABAD 21 BERBASISKAN RANGKAIAN SOSIAL GOOGLE PLUS 483


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Siti Salwah Bt Atan

INTERVENSI KEFUNGSIAN MURID PINTAR DAN BERBAKAT YANG 491


BERPENCAPAIAN DI BAWAH TAHAP (UNDERACHIEVER)
Thavamani a/p Selvan, Grace Annammal Piragasam
PENERIMAAN PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 496
SECARA MAYA (FROG VLE) DALAM KALANGAN GURU
Wan Mohd Syahrul Wan Md Zain, Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah

SYIAH DAN KESELAMATAN NEGARA : SATU TINJAUAN AWAL 503


Zarina Binti Othman, Nor Azizan Bin Idris, Bakri Bin Mat, Abdul Halim Bin Daud

PERANAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH KE ARAH 513


PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH RENDAH
Zunaida Zakaria, Abdul Razak Ahmad, Mohd. Mahzan Awang

PENDEKATAN MOOC UNTUK MELESTARIKAN KESEPADUAN SOSIAL 524


DALAM KALANGAN GENERASI-Y
Fazilah Idris, Rozita Ibrahim, Rozmel Abdul Latiff, Ahmad Zamri Mansor,
Hasanah Abd Khafidz, Nasruddin Yunos & Nazri Muslim

DETERMINING TEACHING METHODS FOR MALAYSIAN NATIONHOOD: 532


TOWARDS INCREASING STUDENT PATRIOTISM
Murni Wan Mohd Nor, Zatul Himmah Adnan, Ku Hasnita Ku Samsu,
Mohd Mahadee Ismail

PERUNTUKAN ORANG MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN 538


PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF PERPADUAN
Fairojibanu Zainal Abidin, Nazri Muslim

PELAKSANAAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP STRATEGI 551


PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KURSUS
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DI UNIVERSITI
MALAYA
Faridah Che Husain, Faezah Kassim, Zamre Abu Hassan, Mohd. Syariefudin Abdullah

PEMIKIRAN MOHD YUSOF OTHMAN TENTANG PENGISLAMAN SAINS KE 562


ARAH PEMANTAPAN JATI DIRI
Hazwani Bt Che Ab Rahman, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim

INTEGRASI RUHIYYAH DAN EKOLOGI BUDAYA DALAM PENDIDIKAN 568


ORANG ASLI DI MALAYSIA
Mazzlida bt Mat Deli, Salbiah bt Mohamed Salleh, Ruhizan bt Mohammad Yasin

PENILAIAN KENDIRI AKHLAK : SATU ALTERNATIF PEMBANGUNAN 576


MODAL INSAN GURU
Salbiah bt Mohamed Salleh @ Salleh, Mazzlida bt Mat Deli, Jamil bin Ahmad,
Mohd Aderi bin Che Noh

PENGURUSAN KONFLIK DI SELATAN THAILAND: ANTARA ISU DAN 583


TRANSFORMASI
Che Mohd Aziz Bin Yaacob, Rusdi Omar, Dr. Bakri Mat

PENGARUH PENTADBIR TERHADAP TAHAP PENERIMAAN PERSEKITARAN 604


PEMBELAJARAN MAYA DI SEKOLAH
Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah, Mahizer Hamzah & Wong Kung Teck

SIMBOL KEKUATAN ORANG MELAYU DALAM NOVEL MALAISIE 610


(NURANI TANAH MELAYU) KARYA HENRI FAUCONNIER
Ani Binti Haji Omar

KESEDARAN DAN PENERIMAAN KEPELBAGAIAN BUDAYA OLEH 622


MAHASISWA IBAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Samsudin Suhaili dan Setiri Simba
KAEDAH PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM PENGAJARAN 632
DAN PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF MAHASISWA
Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd. Mahadee

PENILAIAN PROGRAM GURU PENYAYANG DI KALANGAN MURID ORANG 640


ASLI BAGI SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH TAPAH PERAK
Hasniza Binti Othman, Eftah Binti Moh @ Hj. Abdullah

PERSEPSI PRESTASI KERAJAAN MENJELANG PRU-14: ANALISIS 653


SEGMEN B40 DI SELANGOR
Muhammad Shamshinor Abd Azzis, Mansor Mohd Noor, Muhammad Asri Mohd Ali,
Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Mahadee Hj. Ismail, Arvin Tajari, 7Najiha Zainuddin

PEMUPUKAN PATRIOTISME MENERUSI PENDIDIKAN SEJARAH 661


DARI PERSPEKTIF PEMIMPIN POLITIK MALAYSIA
Norhayati Ishak, Fathilah Akmal Ismail, Fiqkha Akma Mohd Hussein, Mohd Mahzan
Awang & Abdul Razaq Ahmad

PENDEKATAN EKLEKTIK DALAM MEMAHAMI KEPELBAGAIAN, 669


ETNISITI DAN BUDAYA KORPORAT DI SYARIKAT AUTOMOTIF NASIONAL
Azlina Abdullah

PEMELIHARAAN DIGITAL BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA 677


ILMU: MEREALISASI IMPIAN MENJADI KENYATAAN
Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Firdaus Hamdan & Shamsul Amri Baharuddin
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KEINGIN-SEMPURNAAN DALAM KANAK- KANAK PINTAR


CERDAS DAN BERBAKAT (PCB)

Abdul Razak Bin Ismath Unoon


razakismath@yahoo.com.my

Grace Annammal Piragasam


Jabatan Pendidikan Khas, Universiti Pendidikan Sultan Idris
grace@fppm.upsi.edu.my

Abstrak
Personaliti keingin-sempurnaan pelajar pintar dan berbakat (PCB) merupakan aspek
perkembangan yang sering disalah anggap oleh pelbagai pihak. Kanak-kanak PCB
mengalami keingin-sempurnaan yang lebih tinggi berbanding rakan sebaya dan
keadaan tersebut adalah satu cabaran kepada ibu bapa dan guru. Faktor penglibatan
ibu bapa adalah penyebab utama terbentuknya sifat keingin- sempurnaan kanak-kanak
PCB. Ciri-ciri keingin-sempurnaan dibezakan dari segi aspek negatif dan positif.
Walau bagaimanapun teori dan kajian terdahulu mengatakan pelajar PCB lebih bersifat
adaptif walaupun mengalami sifat keingin- sempurnaan. Oleh yang demikian prestasi
pencapaian akademik kanak-kanak PCB adalah cemerlang namun masalah emosi-
sosial masih ketara. Analisis kajian literatur mendapati nilai dan kepercayaan ibu bapa
yang dikenakakan terhadap anak mempengaruhi keupayaan sebenar kanak-kanak PCB
khususnya dalam pencapaian akademik. Pihak ibu bapa memainkan peranan utama
supaya mengelak daripada kawalan psikologi terhadap pemikiran anak yang ternyata
menjejaskan perkembangan kanak-kanak PCB.

Kata kunci: Pelajar PCB dan berbakat, keingin-sempurnaan, perkembangan


psikososial, maladaptif.

PENGENALAN

Pada masa kini pelajar pintar cerdas dan berbakat (PCB) dilabel sebagai bersifat ‘perfectionist’,
‘underachievers’, ‘introvert’ dan lain-lain lagi. Kepercayaan bahawa pelajar (PCB) tidak
memerlukan bantuan kerana mereka boleh melakukan terbaik, popular, gembira dengan
pencapaian, dan boleh menyesuaikan diri di sekolah ternyata salah (Bashiron et al., 2014).
Pemikiran pelajar PCB yang merasakan bahawa mereka hebat dalam bidang akademik
mahupun bukan akademik menyebabkan mereka berhadapan dengan masalah perkembangan
emosi dan sosial seperti putus asa, kemurungan, kecewa, marah dan lain-lain lagi. Hal ini
menunjukkan golongan ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri sama seperti manusia
biasa yang lain. Sejak kebelakangan ini banyak kajian dilakukan untuk membongkar mitos
keingin-sempurnaan dan kesannya kepada pelajar PCB (Fong & Yuen, 2014). Di Malaysia,
artikel mengenai keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB masih kurang berbanding dengan
negara luar. Tindakan melabel pelajar PCB sebagai ‘perfectionist’ tidak membantu kita
memahami apa yang dialami oleh mereka. Justeru itu, artikel ini ditulis bertujuan untuk
mendalami definisi, ciri-ciri, faktor-faktor, dan kesan-kesan mengenai keinginan sempurnaan
dalam pelajar PCB supaya rahsia dan misteri mereka dapat difahami dengan lebih mendalam.
Tujuan terakhir adalah untuk mengenal pasti peranan ibu bapa, keluarga, guru dan pihak
sekolah supaya keingin-sempurnaan dalam diri pelajar PCB ditangani dengan cara yang baik.

8
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PANDANGAN BERBEZA TENTANG KEINGIN-SEMPURNAAN

Keingin-sempurnaan adalah sukar untuk didefinisikan kerana terdapat banyak definisi yang
diberikan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai keingin-sempurnaan dalam bidang
psikologi dan pendidikan. Percubaan untuk mencapai standard yang terlalu tinggi adalah
definisi yang paling mudah untuk keingin-sempurnaan (Rule & Montgomery, 2013). Fong
dan Yuen (2014) mentakrifkan keingin-sempurnaan bermaksud satu usaha yang tidak terkawal
(compulsive) untuk mencapai standard tinggi, bersama-sama dengan kecenderungan menilai
harga diri seseorang terhadap keupayaan mencapai standard tersebut. Kebanyakan masyarakat
memandang keingin-sempurnaan sebagai sikap yang negatif atau masalah yang dihadapi oleh
pelajar PCB. Tetapi, sebenarnya keingin-sempurnaan perlu dilihat dari segi aspek positif dan
negatif. Sebagi contoh, ahli sains, pemimpin tinggi negara, mahupun pemain hoki terhandal
atau sesiapa sahaja yang telah berada di puncak kejayaan dalam bidang mereka melalui dedikasi
tinggi dan kerja keras akan berusaha ke arah keingin-sempurnaan bagi memastikan kejayaan
mereka sentiasa kekal di puncak tertinggi. Sama juga dengan pelajar PCB yang mendapat A
dalam semua mata pelajaran PMR ingin memperoleh A dalam semua mata pelajaran SPM.
Pengkaji-pengkaji telah mengiktiraf bahawa keingin-sempurnaan boleh membantu pelajar
untuk menjadi individu berjaya (Rule Montgomery, 2013).
Berbeza dengan kajian baru-baru ini mendapati sikap mementingkan kesempurnaan
boleh menyebabkan gejala kemurungan (Sullivan et al., 2015). Gejala kemurungan dan
kebimbangan yang teruk juga boleh berlaku apabila kanak-kanak yang mementingkan keingin-
sempurnaan menganggap diri mereka sebagai gagal mencapai matlamat yang tidak realistik
(Sullivan et al., 2015). Hal ini menunjukkan keingin-sempurnaan juga boleh dilihat dari segi
aspek negatif di mana seseorang yang mementingkan keingin-sempurnaan akan menyalahkan
diri sendiri dan sukar menerima kegagalan yang dialami sehingga boleh menjejaskan emosi.
Tan dan Chun ( 2014) dalam kajian merumuskan dapatan Burns (1980) tentang keingin-
sempurnaan sebagai penilaian diri yang negatif, tingkah laku yang merugikan diri sendiri dan
suatu penerimaan diri yang tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Para pengkaji juga sering membincangkan keingin-sempurnaan sebagai penyesuaian
diri yang sihat dan positif. Tingkah laku keingin-sempurnaan yang positif meliputi standard
peribadi, orientasi kendiri dan organisasi. Trait keingin-sempurnaan yang negatif dirujuk
sebagai kesukaran untuk menyesuaikan diri atau maladaptif. Pelajar PCB dilihat mempamerkan
tingkah laku negatif seperti kebimbangan terhadap kesilapan, keraguan mengenai tindakan
dan kekeliruan serta keadaan neurotik (Fletcher & Neumeister, 2012). Keingin-sempurnaan
lazimnya dimanifestasikan oleh ciri-ciri usaha berterusan dalam menyiapkan tugasan untuk
mencapai kecemerlangan, sedangkan keingin-sempurnaan neurotik mempunyai ciri-ciri usaha
dan tingkah laku yang tidak terkawal dalam mengejar kejayaan. Keingin-sempurnaan boleh
dilihat apabila seseorang berasa seronok dengan pencapaian dan sanggup membiarkan diri
mereka gagal dan untuk menjadi tidak sempurna. Keingin-sempurnaan neurotik pula boleh
dilihat apabila seseorang sentiasa mengelakkan kesilapan dan tidak pernah merasa bahawa
usaha mereka adalah cukup bagus (Chan, 2012; Tan & Chun, 2014). Jadual 1 menunjukkan
jenis-jenis keinginan kesempurnaan di kalangan pelajar PCB berdasarkan pandangan daripada
pengkaji-pengkaji yang lepas.

Jadual 1:Jenis-jenis keingin-sempurnaan yang dibezakan dari segi aspek positif dan negatif
di kalangan pelajar PCB
Positif Negatif
Normal Neurotik
Adaptif Maladaptif
Sihat Tidak sihat
Pelbagai dimensi Satu Dimensi

9
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

MENGENALI CIRI- CIRI KEINGIN-SEMPURNAAN DALAM PELAJAR PCB

Pelajar PCB pengenalpastian awal ciri-ciri keingin-sempurnaan dalam bilik darjah ada;ah
penting (Bashiron et al., 2014). Hal ini membolehkan langkah alternatif dapat diambil supaya
dapat mengubah keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB jika sikap tersebut memberikan
masalah kepada mereka. Apabila ibu bapa pelajar PCB mendapatkan nasihat daripada ahli
psikologi yang kurang pengetahuan tentang ciri- ciri keingin-sempurnaan dalam diri pelajar
PCB, maka mereka kadang-kadang akan percaya bahawa keingin-sempurnaan adalah suatu
ciri yang negatif. Sama seperti pendapat mengenai definisi keingin-sempurnaan yang berbeza-
beza, ciri-ciri keingin-sempurnaan dalam diri kanak- kanak pintar cerdas yang dikemukakan
pengkaji -pengkaji yang lepas adalah berbeza-beza. Ciri-ciri keingin-sempurnaan dalam
pelajar PCB dibezakan kepada ciri-ciri adaptif dan ciri-ciri maladaptif.

a. Ciri-ciri Adaptif

1. Mementingkan turutan dan organisasi


Pelajar PCB yang mempunyai sikap keingin-sempurnaan dalam diri mereka akan memastikan
setiap tugasan yang dilakukan mengikut urutan dan organisasi. Mereka akan susun tugas -tugas
mereka mengikut keutamaan. Sikap mementingkan turutan dan organisasi ini merupakan salah
satu ciri daripada enam ciri yang dikemukakan oleh beliau. Contoh yang mudah adalah, apabila
menjawab soalan peperiksaan atau kerja rumah, pelajar PCB akan memastikan supaya setiap
soalan dijawab secara berurutan walaupun mereka menghadapi masalah dalam menjawab
soalan tertentu. Mereka akan berusaha mencari jawapan sedaya upaya supaya dapat jawab
soalan tersebut tanpa melangkau ke soalan seterusnya.

2. Menunjukkan dan menerima kesilapan diri tanpa rasa malu


Pelajar PCB berani mencuba sesuatu perkara tanpa merasakan akan menemui kegagalan.
Mereka sanggup mencuba sesuatu semata-mata ingin mengejar kejayaan yang sempurna.
Meski pun mereka melakukan kesilapan, mereka boleh menerima kegagalan tersebut dan cuba
untuk melakukan perkara tersebut sehingga berjaya. Situasi ini berlaku apabila ibu bapa pelajar
PCB memberikan kebebasan melakukan kesilapan kepada anak-anak mereka supaya berani
melakukan sesuatu tugas dan menjadi cemerlang (Cross & Cross, 2015).

3. Tahu cara positif hadapi keingin-sempurnaan


Pelajar PCB yang memiliki ciri ini akan menetapkan harapan yang tinggi terhadap diri sendiri
(Tan & Chun, 2014) dan berasa yakin apabila membuat sesuatu keputusan. Mereka juga
akan menguruskan masa dan persekitaran sekolah dan rumah dengan cara yang baik (Rule
& Montgomery, 2013). Mereka bijak menyesuaikan diri dengan rakan-rakan di sekolah dan
ahli keluarga di rumah. Hal ini akan memastikan mereka dapat mengekalkan standard tinggi
mereka dan menjadi seorang yang sempurna.

4. Sukakan harapan tinggi dari ibu bapa


Pelajar PCB ini faham bahawa ibu bapa mereka meletakkan harapan yang terhadap mereka
dan sanggup menerima kritikan dari ibu bapa mereka (Speirs Neumeister et al., 2015). Mereka
tidak berfikir ibu bapa memaksa mereka untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang malah
berasa seronok dalam mengejar kecemerlangan. Oleh yang demikian, tindakan ibu bapa yang
terlalu mendesak juga tidak disedari sehingga boleh menjejaskan kemampuan pelajar PCB
untuk menyempurnakan kehendak tersebut.

5. Bermotivasi tinggi untuk berjaya


Pelajar-pelajar PCB akan bekerja keras, rajin, berfikir secara kritis, memiliki kemahiran kendiri
yang tinggi dan lain-lain lagi. Keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB akan menjadikan
10
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

mereka bermotivasi tinggi akan cuba melakukan terbaik untuk membuktikan kehebatan mereka.
Pelajar-pelajar seperti ini biasanya berfikir jauh ke hadapan tentang masa depan mereka dan
merasai kepuasan hidup. Perilaku bermotivasi tinggi yang dipamerkan pelajar PCB adalah
salah teknik adaptasi diri kepada cabaran yang dihadapi (Rule & Montgomery, 2013).

6. Memberi inspirasi kepada orang lainuntuk berjaya


Pelajar PCB sering menjadi pemimpin pasukan yang baik dan memberi inspirasi kepada orang
lain untuk memperoleh pencapaian yang tinggi sama seperti mereka (Bieling et al., 2004).
Pelajar PCB yang memiliki ciri ini sanggup membuat perancangan terbaik untuk membantu
orang lain mencapai kejayaan sama seperti mereka. Pelajar PCB yang mempunyai ciri keingin-
sempurnaan biasanya menjadi contoh model kepada rakan mereka.

b. Ciri-ciri Maladaptif

1. Berasa bimbang akan melakukan kesilapan


Kebimbangan melakukan kesilapan adalah ciri utama yang dikemukakan oleh ramai pengkaji
(Cross & Cross, 2015; Greenspon, 2012; Tan & Chun, 2014; Speirs Neumeister et al., 2015),
Pelajar PCB yang bimbang akan berasa tertekan, takut, dan tidak boleh menghadapi kegagalan.
Pelajar PCB yang memiliki ciri ini akan berusaha untuk menjaga imej dan nama baik. Mereka
mahukan orang lain menganggap mereka mempunyai standard yang tinggi. Oleh itu, mereka
bimbang menemui kegagalan dan kesilapan yang boleh menjatuhkan reputasi mereka.

2. Tidak merasai kepuasan hidup dan merasai kekurangan diri


Pelajar PCB yang mempunyai keingin-sempurnaan merasakan seolah-olah tidak puas hati
terhadap kerja yang mereka melakukan (Cross & Cross, 2015;Greenspon, 2012). Sebagai
contoh, seorang pelajar PCB yang membina istana menggunakan pasir di tepi pantai mungkin
akan menghancurkan istana tersebut secara tiba-tiba disebabkan dia berasa istana tersebut
kurang sempurna. Selain daripada itu, terdapat kanak-kanak sanggup lukis kali- kali sesuatu
lukisan sehingga mereka merasakan lukisan yang dilukis adalah sempurna pada pandangan
mereka.

3. Meletakkan harapan tinggi terhadap orang lain


Pelajar yang mempunyai keingin-sempurnaan negatif sering meletakkan harapan dan standard
yang tidak realistik terhadap orang lain. Mereka mahukan orang lain pun menjadi sempurna
seperti mereka. Keadaan ini akan menyebabkan mereka menjadi marah dan kecewa apabila
orang lain tidak mengikut arahan seperti yang dirancang. Hal ini menyebabkan mereka tidak
sukakan kerja secara kumpulan dan lebih suka melakukan sesuatu kerja dengan bersendirian
(Basak, 2012). Ciri ini jelas menunjukkan individu keingin-sempurnaan tidak boleh bertolak
ansur dengan ketidaksempurnaan orang lain.

4. Melengah-lengahkan masa untuk memulakan kerja


Pelajar PCB percaya bahawa orang lain menerima mereka disebabkan prestasi sempurna mereka
dan malu serta rasa bersalah apabila prestasi mereka menurun (Rule & Montgomery, 2013).
Hal ini akan menyebabkan mereka sukar untuk memulakan dan melengkapkan sesuatu kerja
(Basak, 2012). Ini menunjukkan tanda-tanda takut mengambil risiko. Beberapa tingkah laku
dipamerkan antaranya panik jika tidak mempunyai bahan-bahan dan data yang cukup untuk
melakukan kerja tersebut dan akhirnya kecewa serta berhenti melakukan kerja tersebut. Dalam
sesetengah situasi, mereka boleh menarik diri daripada melakukan sesuatu tugas. Situasi ini
boleh dipadankan dengan slogan yang dikatakan oleh Egan et al., (2007) iaitu “all or nothing”.

11
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

5. Cemburu terhadap orang lain


Perasaan cemburu ini timbul apabila orang lain sesuatu perkara lebih baik berbanding dengan
mereka (Basak, 2012). Masalah ini timbul apabila mereka tidak yakin dengan keputusan diri
sendiri sehingga bimbang melakukan kesilapan. Hal ini kerana mereka bahawa orang lain
akan melakukan lebih baik berbanding dengan mereka. Apabila mereka membandingkan
diri mereka dengan orang lain, mereka akan menjadi sedih dan akhirnya cemburu terhadap
pencapaian orang lain.

6. Mengharapkan persetujuan dan perhatian dari orang lain


Ciri ini menonjol apabila mereka meragui keputusan sendiri dan memerlukan orang lain
memberi jaminan bahawa kualiti kerja mereka adalah sempurna dan terbaik (Basak, 2012).
Sebagai contoh, seorang pelajar pintar cerdas akan melakukan kerja rumah yang diberi oleh
guru secara berulang kali sehingga mendapat pujian dari cikgu. Kanak-kanak seperti ini tidak
akan berhenti melakukan sesuatu perkara sehingga orang lain memuji dan memberi pendapat
bahawa mereka telah melakukan yang terbaik.

FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEINGIN-SEMPURNAAN

Kebanyakan kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa faktor ibu bapa, faktor keluarga, budaya,
dan faktor sekolah, guru, serta rakan sebaya menyebabkan keingin-sempurnaan wujud dalam
diri pelajar PCB.

a. Ibu bapa
Kebanyakan ibu bapa yang memiliki pelajar PCB memaksa anak-anak mereka untuk memperoleh
pencapaian dan prestasi yang tinggi sehingga mewujudkan ciri-ciri keingin-sempurnaan dalam
diri anak-anak mereka. Pelajar PCB sebenarnya “dibentuk” dan disuruh supaya menjadi
seorang individu yang sempurna, dan bukannya dilahirkan dengan sikap ini. Maklum balas
secara berterusan antara ibu bapa dengan guru-guru mengenai prestasi pencapaian anak-anak
mereka menyebabkan pelajar PCB memberi fokus kepada pencapaian peperiksaan berbanding
proses pembelajaran. Ibu bapa tidak sedar bahawa mereka melakukan kesilapan yang besar
sehingga boleh memberikan tekanan kepada anak mereka sendiri.
Terdapat tiga jenis gaya keibubapaan (Bashiron et al. 2014) : permisif (mengizinkan),
autoritarian (berkuasa), dan berwibawa. Ibu bapa permisif tidak memberi hukuman, menerima
kehendak anak-anak mereka dan menjadi inspirasi terhadap tingkah laku anak-anak mereka.
Ibu bapa autoritarian cuba untuk membentuk, mengawal, menilai tingkah laku dan sikap anak-
anak berdasarkan set standard tingkah laku yang ditetapkan oleh mereka sendiri. Sementara
itu, ibu atau bapa yang berwibawa pula menggunakan pendekatan rasional dalam mengawal
aktiviti anak-anak. Kajian lepas mendapati wujud hubungan antara gaya keibubapaan dan
kecenderungan keingin-sempurnaan pada kanak-kanak.
Ciri-ciri kesempurnaan maladaptif telah terbukti dikaitkan dengan gaya keibubapaan
autoritarian secara kasar (Besharat et al., 2011). Kadang-kadang jika ibu bapa memiliki ciri-
ciri keingin-sempurnaan, kemungkinan anak-anak juga akan mengikuti ciri tersebut (Cross
& Cross, 2015). Kajian juga menunjukkan bahawa ibu autoritarian kurang menyediakan
persekitaran rumah yang kondusif untuk kreativiti, dan tetapi mewujudkan persekitaran yang
ketat yang boleh menghalang kebebasan dan mengharapkan anak-anak tidak melakukan
kesilapan (Miller et al., 2012). Jika ibu mempunyai tahap keingin-sempurnaan yang tinggi,
anak-anak boleh memahami bahawa ibu bapa meletakkan harapan tinggi terhadap mereka.
Sejak kecil lagi, ibu mungkin mendidik anak-anak mereka tentang kesan daripada melakukan
kesilapan, kepentingan menarik perhatian orang lain, masa depan yang cerah jika mendapat
markah tertinggi dan lain -lain sejak dari kecil lagi. Kita sebagai seorang anak pastinya ingin
melakukan terbaik dan menjadi sempurna supaya dapat gembirakan hati seorang ibu.

12
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

b. Keluarga
Faktor keluarga juga mungkin penyebab keingin-sempurnaan. Selain ibu bapa, kadang-kadang
ahli keluarga yang terdiri daripada adik-beradik, datuk, sepupu juga boleh menyebabkan
wujudnya keingin-sempurnaan dalam seorang pelajar PCB. Kerjaya dan taraf pendidikan yang
tinggi dalam kalangan adik-beradik dan saudara mara mendorong sifat keingin-sempurnaan
disebabkan pelajar PCB membesar dalam persekitaran keluarga yang mementingkan standard
tinggi. Keingin-sempurnaan juga boleh terbentuk sebagai tindak balas apabila kanak-kanak
terdedah terhadap persekitaran keluarga yang kurang baik seperti penderaan fizikal atau tekanan
psikologi disebabkan oleh kekurangan kasih sayang, pengalaman malu, kawalan kebebasan
yang ketat, konflik atau huru-hara (Sullivan et al., 2015).Apabila pelajar PCB membesar dalam
persekitaran seperti ini mereka akan mengelakkan pergaulan dengan rakan-rakan kurangkan
aktiviti sosial disebabkan perasaan malu akan diejek oleh rakan-rakan dan ingin menutupi imej
keluarga buruk. Pelajar PCB cenderung untuk mengekalkan standard tinggi mereka di mata
masyarakat sekeliling dengan menjadi seorang yang sempurna.

c. Sekolah, guru dan rakan sebaya


Kebanyakan sekolah ingin mengekalkan nama baik dengan menjaga prestasi pencapaian yang
tinggi khususnya di kalangan pelajar pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas perlu berusaha kuat
untuk memastikan pencapaian kekal tinggi dan bersaing dengan pelajar-pelajar yang lain. Di
sinilah akan wujud keingin-sempurnaan dalam pelajar-pelajar pintar. Kadang-kadang pelajar
PCB ini percaya bahawa selain keluarga, guru - guru (Rule dan Montgomery, 2013) dan rakan
sebaya juga mengharapkan keingin-sempurnaan dari mereka. Sebagai contoh, apabila guru
memberikan masa yang singkat untuk menyiapkan tugasan dan meletakkan harapan tinggi
bahawa pelajar PCB akan menyiapkannya dalam tempoh masa yang diberikan, pastinya
pelajar PCB akan berusaha untuk menyiapkan tugasan tersebut bagi menuruti perintah guru
dan mengekalkan standard pencapaian mereka. Selain itu, kebanyakan guru pada masa kini
terlampau mementingkan pencapaian akhir semata-mata dan tidak menghargai usaha atau
proses pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar (Rule dan Montgomery, 2013). Sekali lagi, di
sinilah akan wujud keingin-sempurnaan di kalangan pelajar-pelajar pintar kerana ingin menjadi
pelajar terbaik dan menonjol dalam kelas.
Selain itu, sikap rakan yang suka mengejek dan menghina boleh menyebabkan keinginan
sempurnaan terbentuk dalam diri pelajar PCB. Apabila rakan-rakan sebaya memiliki sikap negatif
tersebut sudah pastinya sebagai seorang pelajar pintar cerdas ingin mencapai kecemerlangan
untuk membuktikan standard tinggi mereka dengan menjadi seorang yang sempurna. Tetapi
dalam sesetengah keadaan rakan sebaya juga boleh mewujudkan sikap keingin-sempurnaan
positif dalam diri pelajar PCB. Rakan sebaya yang mempunyai pencapaian tertinggi akan
menjadi role modal dan memberikan motivasi kepada pelajar -pelajar pintar cerdas sehingga
memperoleh pencapaian tertinggi. Dengan itu, keingin-sempurnaan akan wujud dalam diri
pelajar - pelajar pintar cerdas supaya dapat mencapai kejayaan seperti rakan sebaya mereka.

d. Budaya
Budaya juga boleh mempengaruhi keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB (Fong dan Yuen,
2014). Budaya di negara China mementingkan pembelajaran sepanjang hayat, keharmonian
sosial, kebijaksanaan, patuh kepada ibu bapa dan pentadbir negara, hormat- menghormati ibu
bapa dan keluarga dan pencapaian peribadi. Kesemua nilai murni tersebut terkandung dalam
ajaran Confucius mereka dan dididik sejak kecil lagi. Kanak-kanak Cina diajar untuk menjadi
terbaik dengan belajar refleksi diri, penilaian diri, dan berusaha keras yang merupakan kunci
kejayaan mereka (Fong dan Yuen, 2014).

13
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KESAN - KESAN KEINGIN-SEMPURNAAN

Ramai ibu dan guru-guru akan berfikir, ‘adakah kesempurnaan adalah sesuatu keinginan
yang baik atau tidak baik kepada anak-anak dan pelajar-pelajar mereka?’ dan ‘adakah
kesempurnaan memberikan kesan signifikan sehingga boleh menjejaskan kehidupan harian
mereka?’Kebanyakan kajian lepas mendapati keinginan sempurnaan dalam kalangan pelajar
PCB boleh memberikan kesan terhadap prestasi pencapaian (Speirs Neumeister et al., 2015)
dan masalah emosi - sosial (Blaas, 2014).
Kesan positif dari keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB ini dikaitkan dengan keingin-
sempurnaan jenis SOP iaitu “Self-Orientation Perfectionism” atau keingin-sempurnaan
berorientasikan diri yang didorong oleh matlamat mencapai kejayaan (Speirs Neumeister et
al., 2015). Hal ini menunjukkan usaha pelajar PCB untuk menjadi sempurna tidak semestinya
berakhir dengan kekecewaan, tetapi juga menyebabkan mereka memperoleh pencapaian
yang cemerlang. Selain itu, keinginan kesempurnaan dalam pelajar PCB memberikan mereka
semangat dan motivasi akademik (Fletcher dan Neumeister, 2012) untuk mengekalkan standard
pencapaian tertinggi mereka sama ada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik.
Elliot (1999, lihat Speirs Neumeister et al., 2015) telah mengemukakan rangka kerja 2 × 2
berdasarkan kecekapan dan kecenderungan pendekatan atau pengelakan yang menghasilkan
empat orientasi pencapaian yang berbeza.
Orientasi pencapaian yang dikemukakan oleh beliau adalah pertama, mastery approch
atau kebolehan untuk mencapai matlamat tetap (misalnya mendapat straight A’s dalam
peperiksaan awam), kedua, mastery avoidance atau kebolehan mengelakkan (mengelakkan
kehilangan nama dalam senarai dekan), perfomance approch atau pendekatan pencapaian
prestasi (keinginan untuk menjadi hebat berbanding orang lain) dan perfomance avoidance
atau pengelakan penurunan prestasi (keinginan untuk mengelakkan kehilangan peluang masuk
ke kolej yang sama dengan rakan-rakan yang lain). Di sini jelas menunjukkan pelajar pintar
cerdas yang mempunyai keingin-sempurnaan positif seperti bermotivasi tinggi, tidak suka pada
kegagalan, disiplin diri yang tinggi dan lain-lain lagi akan memberi kesan kepada peningkatan
prestasi pencapaian mereka.
Kesan negatif dari keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB ini dikaitkan dengan keingin-
sempurnaan jenis SPP iaitu “Socially Prescribed Perfectionism” atau Keingin-sempurnaan
orientasikan sosial (Speirs Neumeister et al. 2015) yang akan berakhir dengan masalah emosi
seperti ketakutan, tekanan, dan kebimbangan (Lamont, 2012). Kajian yang dilakukan oleh
Flett et al. (2012) juga menunjukkan terdapat korelasi positif antara kebimbangan dengan
keingin-sempurnaan. Kadang-kadang kebimbangan yang melampau terhadap kesilapan
yang memberikan kegagalan kepada pelajar PCB akan memberikan mereka tekanan emosi.
Pada masa kini, pelajar PCB hidup dalam budaya yang menghargai kecemerlangan, dan
percaya bahawa melakukan sesuatu kerja dengan sempurna akan membawa kepada kejayaan.
Apabila pelajar PCB dibebani dengan terlalu banyak kerja pada satu- satu masa, mereka akan
bertungkus-lumus untuk menyiapkan tepat pada waktu. Kegagalan menyiapkan kerja seolah-
olah satu kekurangan dalam rutin harian mereka dan berakhir dengan gejala bunuh diri. Dalam
sesetengah keadaan, ahli profesional mendakwa bahawa ciri-ciri individu berbakat seperti
keingin-sempurnaan boleh menyebabkan gejala bunuh diri (Delisle, 1986; lihat Cross dan
Cross, 2015).
Ciri-ciri keingin-sempurnaan negatif dalam pelajar PCB seperti mengadili orang lain,
tidak boleh menerima kritikan terhadap diri sendiri, menolak orang lain disebabkan orang lain
tidak sempurna akan mengurangkan interaksi sosial mereka. Apabila keadaan ini berlaku, pelajar
PCB mungkin boleh kehilangan rakan-rakan sebaya atau orang yang dekat dengan mereka.
Baru-baru ini, Fong dan Yuen (2014) telah membincangkan kesan dari segi perkembangan
emosi - sosial terhadap pelajar-pelajar cina yang mementingkan keingin-sempurnaan. Hébert
dan Speirs Neumeister (2002; lihat Fong dan Yuen, 2014) mendapati antara masalah sosial di
kalangan pelajar pintar cerdas ialah masalah kesepian atau kemurungan (kerana kurangnya
14
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

memahami pemikiran sahabat). Kesepian ini berlaku disebabkan pelajar-pelajar pintar kurang
terlibat dengan aktiviti sosial untuk sembunyikan kelemahan diri mereka. Hal ini disebabkan
sesetengah kanak-kanak pintas cerdas akan mengelak risiko dengan tidak melibatkan diri
dengan aktiviti sosial supaya tidak menemui kegagalan. Pergaulan sosial juga boleh terbatas
atau tersekat kerana mereka mempunyai jadual waktu yang padat untuk mengejar kesempurnaan
atas desakan ibu bapa yang mengharapkan prestasi cemerlang.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI KEINGIN-SEMPURNAAN

Mengajar pelajar PCB untuk menguruskan keingin-sempurnaan secara baik tanpa adalah penting
supaya mereka tidak menghadapi masalah emosi-sosial. Ia tidak boleh diubati disebabkan ia
adalah ciri yang ditunjukkan oleh pelajar PCB secara berterusan. Justeru itu, strategi yang
berkesan perlu diambil oleh ibu bapa, guru dan pakar kaunseling untuk menangani keingin-
sempurnaan dalam pelajar PCB.

a. Ibu bapa
Kajian lepas telah membuktikan bahawa perkembangan ciri keingin-sempurnaan dalam anak-
anak adalah disebabkan gaya keibubapaan autoritarian mereka (Besharat et al. 2011). Oleh
itu, ibu bapa tidak boleh meletakkan harapan yang tidak realistik terhadap pencapaian anak-
anak mereka sehinggakan mereka menjadi takut untuk berdepan dengan kegagalan. Ibu bapa
perlu memahami usaha keras mereka dan memuji setiap usaha yang dilakukan oleh anak-anak
walaupun anak-anak tidak mendapat keputusan yang diharapkan oleh ibu bapa. Ibu bapa boleh
memahami keingin-sempurnaan anak-anak mereka dengan memberikan peluang kepada anak-
anak untuk meluahkan perasaan tentang masalah yang dihadapi dalam bidang akademik mahu
pun bukan akademik
Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak untuk melakukan aktiviti riadah
seperti bermain badminton, menonton television, masak bersama-sama dan lain-lain lagi.
Apabila mereka melakukan aktiviti bersama, secara tidak langsung ibu bapa boleh mengajar
anak-anak cara menghadapi risiko, menyelesaikan masalah yang timbul dan menghadapi
kegagalan. Selain itu, ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka cara mengawal emosi jika
melakukan kesilapan dan mengendalikan keingin-sempurnaan dengan cara yang baik.
Ibu bapa perlu menceritakan atau menggalakkan anak-anak membaca buku kisah
teladan yang mengandungi watak menemui kegagalan untuk membantu anak-anak memahami
bahawa tidak ada manusia yang boleh menjadi sempurna. Terdapat banyak buku yang boleh
dibaca oleh pelajar PCB untuk menangani ciri keingin-sempurnaan mereka seperti cerita ‘kura-
kura dan arnab ’, ‘sang kancil dan buaya’, dan lain-lain lagi. Cerita -cerita ini akan fahamkan
anak-anak bahawa melakukan kesilapan dan kegagalan sebagai ‘belajar daripada pengalaman’.
Ibu bapa juga perlu menggembirakan anak-anak dengan membuat jenaka atau menonton
cerita komedi bersama dengan mereka. Ketawa bersama dengan anak-anak dapat membantu
anak-anak melupakan tekanan yang dihadapi di sekolah dan merupakan terapi semula jadi.
Dengan cara ini kesan daripada ciri keingin-sempurnaan negatif dapat ditangani dengan cara
yang baik. Ibu bapa perlu menerangkan anak-anak tentang kepentingan penjagaan kesihatan
dan tidak membiarkan pembelajaran anak-anak mengganggu pola makan dan tidur. Di samping
itu ibu bapa tidak boleh membandingkan kemampuan antara adik-beradik atau rakan-rakan
pelajar PCB yang lain. Hal ini akan mewujudkan perasaan cemburu dan lemah semangat untuk
berusaha lengan lebih baik.
Ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka yang mempunyai keupayaan aptitud
yang tinggi untuk melakukan kerja amal dan berkhidmat kepada masyarakat. Cara ini akan
menerangkan kepentingan nilai murni seperti rasa belas kasihan dan membantu orang yang
kurang mampu (Lamont, 2012) dan seterusnya memahamkan mereka erti kesusahan dan
kesedihan. Jadi, mereka tidak akan rasa bimbang untuk menemui cabaran atau kegagalan.
Sebagai langkah terakhir, ibu bapa perlu membawa anak-anak mereka untuk berjumpa pakar
15
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kaunseling jika anak-anak menolak melakukan sesuatu perkara disebabkan takut menghadapi
kegagalan akibat keingin-sempurnaan mereka.

b. Peranan guru
Jika ibu bapa dan keluarga masih gagal memahami keinginan anak-anak pintar cerdas mereka,
guru boleh menjadi wakil dalam memahami hati dan perasaan pelajar PCB yang memiliki
ciri keingin-sempurnaan. Guru perlu memuji usaha keras pelajar berbanding dengan tengok
pencapaian mereka semata- mata dan memahamkan pelajar bahawa melakukan kesilapan
membolehkan belajar daripada pengalaman.
Guru perlu mengajar pelajar cara menguruskan risiko dan menggalakkan pelajar untuk
mencuba pengalaman yang baru, berbeza, dan mencabar (Rule dan Montgomery, 2013).
Guru perlu menyedarkan pelajar bahawa cabaran adalah sesuatu yang menarik dan bukan
menakutkan. Kedua, guru perlu mengajar kemahiran menyusun tugas mengikut keutamaan
dan pengurusan masa. Hal ini dapat membantu pelajar PCB yang mementingkan keingin-
sempurnaan mengetahui cara bertindak secara terkawal dan teratur. Ketiga, guru perlu
mengajar kemahiran menyelesaikan masalah. Pelajar pintar cerdas perlu memiliki kemahiran
menyelesaikan masalah untuk menghadapi tekanan yang lebih kerap berbanding pelajar bukan
kategori pintar cerdas (Lamont, 2012).
Di samping itu, guru perlu bantu pelajar membahagikan tugas-tugas yang berat kepada
segmen - segmen yang kecil dan memberikan mereka masa yang cukup untuk menyiapkan tugas
tersebut. Jika pelajar melakukan kesilapan, guru perlu memberikan peluang untuk mencuba
kali kedua. Guru juga perlu menekankan proses pembelajaran dan semakan lebih daripada
pencapaian peperiksaan akhir (Rule dan Montgomery, 2013). Guru juga boleh berkongsi
pengalaman mereka menyemak semula kertas murid berulang-kali untuk menerangkan bahawa
semua murid ada melakukan kesilapan.
Guru boleh menceritakan pengalaman guru sendiri pernah melakukan kesilapan pada
masa lalu dalam bentuk cerita lucu kepada pelajar PCB. Ruang papan buletin lucu juga
boleh disediakan dengan menampalkan kartun lucu yang berbeza setiap hari. Semasa sesi
pembelajaran, guru boleh berbincang mengenai perwatakan yang tidak sempurna dalam cerita
kartun tersebut. Pendekatan menganalisis kartun lucu digunakan oleh (Rule dan Montgomery,
2013) kepada pelajar PCB yang memiliki keingin-sempurnaan. Tafsiran kartun lucu adalah
strategi pengajaran yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir dan motivasi pelajar. Konsep
umum keingin-sempurnaan adaptif (positif) dan maladaptif (negatif) keingin-sempurnaan juga
boleh difahamkan kepada pelajar pintar cerdas melalui cerita kartun lucu khas yang direka
oleh sekumpulan pelajar siswazah di dalam kajian beliau. Kartun lucu khas yang direka boleh
digunakan oleh guru dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas sebagai inspirasi
kepada pelajar PCB yang memiliki keingin-sempurnaan dan meliputi topik pendidikan seperti
buli, kepimpinan, dan penetapan matlamat.

c. Khidmat kaunseling
Apabila individu pintar cerdas dan berbakat telah mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi,
kaunseling diperlukan jika mereka tidak dapat menangani keingin-sempurnaan mereka dengan
cara yang baik (Cross & Cross, 2015). Disebabkan mereka memiliki kebolehan yang luar biasa
berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain, pelajar PCB mungkin akan menghadapi
tekanan daripada orang lain apabila mereka mencuba menjadi sempurna. Kadang-kadang
kanak-kanak akan meluahkan perasaan mereka kepada pakar kaunseling berbanding dengan
ibu bapa atau guru. Pelajar PCB tahu bahawa ibu bapa meletakkan harapan yang tidak realistik
terhadap kebolehan mereka, dan mereka tidak akan meluahkan ketidakupayaan mereka kepada
ibu bapa kerana takut akan dimarahi atau diberi hukuman.
Pakar kaunseling boleh berunding dengan kanak-kanak ini untuk mengurangkan
tekanan dan kebimbangan yang dihadapi oleh mereka. Pakar kaunseling boleh menganjurkan
kursus atau program pembangunan sosial yang menekankan konsep motivasi, perkenalkan
16
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

diri dengan dengan pelajar-pelajar yang memiliki keingin-sempurnaan yang lain, kemahiran
menyelesaikan masalah, mengenal pasti masalah peribadi dan lain-lain lagi supaya pelajar
PCB ini mencapai kejayaan seperti yang mereka inginkan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, konsep keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB, berbakat dan kreativiti


perlu meliputi aspek definisi, ciri-ciri, faktor-faktor,kesan-kesan dan langkah-langkah untuk
menangani keingin-sempurnaan tersebut. Penulisan manuskrip ini telah mendalami kesemua
aspek di atas. Sama ada keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB diambil kira secara positif
atau negatif oleh masyarakat sekeliling, yang penting adalah ibu bapa, guru, pihak sekolah
dan kaunselor mengambil berat tentang perkembangan dan pencapaian mereka dari masa ke
semasa.

RUJUKAN

Afshar, H., Roohafza, H., Sadeghi, M., Saadat, S., Salehi, M., Motamedi, M., …, Asadollahi,
G. (2011). Positive and negative perfectionism and their relationship with anxiety and
depression in Iranian school students. Journal of Research in Medical Sciences: The
Official Journal of Isfahan University of Medical Sciences, 16(1), 79-86. Dimuat turun
melalui http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3063422/
Basak, R. (2012). Perfectionist Attitudes of Artistically Talented Students in the Art Classroom.
Procedia Social and Behavioral Sciences, 46, 5010 – 5014. Dimuat turun melalui http://
www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042812021131
Basirion, Z., Abd Majid, R., & Mohd Jelas, Z. (2014). Big Five Personality Factors, Perceived
Parenting Styles, and Perfectionism among Academically Gifted Students. Asian Social
Science, 10, 4 (8). DOI: 10.5539/ass.v10n4p8. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.
com.ezpustaka.upsi.edu.my/
Besharat, M. A., Azizi, K., & Poursharifi, H. (2011). The relationship between parenting
styles and children’s perfectionism in a sample of Iranian families. Procedia Social and
Behavioral Sciences, 15, 1276-1279. Dimuat turun melalui http://www.sciencedirect.com/
science/article/pii/S1877042811004551
Blaas, S. (2014). The Relationship Between Social - Emotional Difficulties and Underachievement
of Gifted Students. Australian Journal of Guidance and Counselling, 24(2), 243–255. doi
10.1017/jgc.2014.1. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.
my/
Chan, D. W. (2012). Life Satisfaction, Happiness, and the Growth Mindset of Healthy and
Unhealthy Perfectionists Among Hong Kong Chinese Gifted Students. Hong Kong Chinese
Gifted Students. Roeper Review, 34(224–233). DOI: 10.1080/02783193.2012.715333.
Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/
Cross, J. R., & Cross, T. L. (2015). Clinical and Mental Health Issues in Counseling the Gifted
Individual. Journal of Counseling & Development, 93, 163-172. DOI: 10.1002/j.1556-
6676.2015.00192.x. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.
my/
Fletcher, K. L., & Speirs Neumeister, K. L. (2012). Research on Perfectionism and Achievement
Motivation: Implications for Gifted Students. Psychology in the Schools, 49(7), 668 - 677.
doi: 10.1002/pits. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.
my/
Fong, R. W., & Yuen, M. (2014). Perfectionism and Chinese Gifted Learners. Roeper
Review, 36, 81–91. doi: 10.1080/02783193.2014.884202. Dimuat turun melalui http://
web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/

17
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Flett, G. L., Panico, T., & Hewitt, P. L. (2011). Perfectionism, Type A Behavior, and Self-
Efficacy in Depression and Health Symptoms among Adolescents. Current Psychology, 30,
105–116. DOI 10.1007/s12144-011-9103-4. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.
com.ezpustaka.upsi.edu.my/
Lamont, R. T. (2012). The Fears and Anxieties of Gifted Learners: Tips for Parents and
Educators. Gifted Child Today, 35(4), 271-276. DOI; 10,1177/1076217512455479.Dimuat
turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/
Miller, A. L., Lambert, A. D., & SpeirsNeumeister, K. L. (2012). Parenting Style, Perfectionism,
and Creativity in HighAbility and HighAchieving Young Adults. Journal for the Education
of the Gifted, 35(4), 344–365. DOI: 10.1177/0162353212459257. Dimuat turun melalui
http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/
Rule, A. O., & Montgomery, S. E. (2013). Using Cartoons to Teach About Perfectionism:
Supporting Gifted Students’ Social-Emotional Development. Gifted Child Today, 36(4),
255 - 262. doi: 10.1177/1076217513497574. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.
com.ezpustaka.upsi.edu.my/
SpeirsNeumeister, K. L., Fletcher, K. L., & Burney, V. H. (2015). Perfectionism and Achievement
Motivation in High-Ability Students: An Examination of the 2 × 2 Model of Perfectionism.
Journal for the Education of the Gifted, 38(3), 215–232. DOI: 10.1177/0162353215592502.
Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/
Sullivan, P. J., Keller, M., Paternostro, J., & Friedberg, R. D. (2015). Treating Emotionally
Dysregulated and Perfectionistic Youth with Transdiagnostic Cognitive Behavioral
Procedures. J Contemp Psychother, 45, 151–158. DOI 10.1007/s10879-014-9293-9.
Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/
Tan, L. S., & Chun, K. Y. N. (2014). Perfectionism and Academic Emotions of Gifted Adolescent
Girls. Asia-Pacific Education Research, 23(3), 389–401. doi: 10.1007/s40299-013-0114-
9. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/

18
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN APLIKASI DAN


PENGINTEGRASIAN ICT DALAM KALANGAN GURU-GURU
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH
KUALA LANGAT, SELANGOR
1
Ahmad Nazari Ismail , 2Norazilawati Abdullah, 3Mohd Nazir Md Zabit
1,2 ,3
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran penggunaan aplikasi dan
pengintegrasian ICT dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah
Kuala Langat, Selangor. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan
kajian tinjauan. Sampel kajian melibatkan 152 orang guru-guru Bahasa Melayu sekolah
rendah di daerah Kuala Langat, Selangor. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen
soal selidik untuk mengumpulkan maklumat tentang kemahiran penggunaan aplikasi
dan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu di daerah Kuala
Langat, Selangor. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif
yang melibatkan taburan kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai, manakala
statistik melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikan p < 0.05.Hasil kajian menunjukkan
tahap kemahiran ICT adalah pada tahap mahir. Bagi pengintegrasian ICT pula, guru-
guru Bahasa Melayu pada tahap sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan kemahiran (asas ICT,
persembahan elektronik (Power Point) dan Internet), manakala terdapatnya perbezaan
yang signifikan antara jantina dengan kemahiran (Pemprosesan perkataan (Word) dan
Hamparan elektronik (Excel)). Berdasarkan hasil kajian ini, penyelidik mengemukakan
beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran dan pengintegrasian
ICT bagi guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah khasnya dan semua guru Bahasa
Melayu amnya.

Kata kunci: ICT, tahap kemahiran ICT, penggunaan aplikasi, pengintegrasian ICT.

PENGENALAN

Teknologi telekomunikasi dan multimedia pada masa kini telah digunakan secara global dan
holistik. Revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Kemajuan
ini telah membawa kepada pelbagai perubahan tidak terkecuali dalam bidang pendidikan.
Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, inisiatif mengintegrasikan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah amat tepat dan
penting. Kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan
kepada penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran, pengurusan pengajaran iaitu ICT
digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi serta dalam aplikasi pembelajaran iaitu sebagai
tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.
Melalui integrasi ICT, beberapa perubahan berlaku dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada
pengajaran berpusat pelajar. Kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar ini membenarkan
pelajar mengambil peranan yang lebih proaktif, bekerjasama dengan pelajar lain, menggunakan
bahan-bahan pembelajaran pelbagai serta melalui pengalaman belajar dan kemahiran menilai
yang boleh dimanfaatkan sepanjang hayat mereka. Cara ini akan menjadikan pelajar lebih
fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan proses penerokaan dan penemuan
berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya “Business @
12
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

The Speed of Thought” menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran
tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan “hands on” dan
menggunakan sepenuhnya segala persoalan yang ada dalam diri pelajar.
Teknologi maklumat dan komunikasi sememangnya mempengaruhi serta memberi
impak yang mendalam kepada peradaban manusia pada zaman ini. Menurut Hokanson dan
Hooper (2004) penggunaan ICT secara efektif mengikut keperluan teknologi yang semakin
bertambah dan juga melihat cara guru menggunakan teknologi sangat dituntut dalam dunia
pendidikan. Di negara ini, tiga dasar penting yang menjadi panduan yang telah digubal oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2001) telah menjadi landasan dan hala tuju kepada
penggunaan ICT secara komprehensif di semua sekolah awam. Dasar ini ialah memberi tumpuan
kepada penguasaan ICT dalam murid, penggunaan ICT sebagai kurikulum dan pengupayaan
pengajaran dan pembelajaran serta kecekapan pengurusan berasaskan ICT. Selaras dengan
dasar tesebut, guru-guru dan murid disediakan secara berperingkat dengan pelbagai teknologi
termasuklah infrastuktur, perkakasan dan perisian serta kursus dan latihan ICT. Proses ini
dapat melengkapkan matlamat dasar ini iaitu membudayakan penggunaan ICT dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran seterusnya menghasilkan masyarakat berkompetensi teknologi
yang semakin pesat era ini.
Kemampuan multimedia dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat
dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran menyeronokkan
(Zamri & Mohamed Amin, 2008). Rusmini Ku Ahmad (2004) menyatakan ICT boleh
diimplementasikan sebagai tutor dan alat demonstrasi dalam pengajaran manakala ICT
dalam pembelajaran dianggap sebagai tutorial, penerokaan dan komunikasi dalam bidang
masing-masing. Melalui ICT juga beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran
dan pembelajaran akan berlaku antaranya perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan
guru kepada pengajaran berpusatkan murid. ICT juga dapat merangsang minda kreatif murid
dan membenarkan penuntut melakukan eksperimen dan mencari pelbagai maklumat berguna
dalam usaha mereka menerokai perkara dipelajari dalam bilik darjah dan secara tidak langsung
dapat menyemai minat tinggi dalam bidang teknologi (Hizral Tazzif Hisham, 2004)

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran penggunaan aplikasi
dan pengintegrasian ICT guru Bahasa Melayu sekolah rendah. . Ia dapat menerangkan sama
ada tahap kemahiran guru Bahasa Melayu adalah sederhana mahir, mahir ataupun sangat mahir
sebelum ia dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti tahap kemahiran penggunaan aplikasi ICT dalam kalangan guru Bahasa
Melayu merangkumi:
a) Pengoperasian komputer;
b) Pemprosesan perkataan;
c) Hamparan elektronik;
d) Persembahan elektronik; dan
e) Internet.
2. Menentukan tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
3. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kemahiran
penggunaan aplikasi ICT mengikut jantina dan umur.

KAEDAH KAJIAN

Kajian tinjauan dijalankan bertujuan mengenalpasti beberapa konstruk seperti sikap,


kebolehpercayaan, nilai tingkahlaku, keinginan, pendapat, demografi. Tujuan kajian ini adalah
13
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai tahap kemahiran penggunaan aplikasi dan
pengintegrasian ICT dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah rendah. Populasi
kajian ini terdiri daripada 253 orang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu sekolah rendah
manakala saiz sampel melibatkan 152 guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam daerah
Kuala Langat, Selangor berdasarkan kaedah Krejcie, R.V dan Morgan, D.W (1970).
Kajian yang dijalankan merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal
selidik yang diubahsuai daripada kajian Rosnaini Mahmud, Mohd Arif dan Jalalludin Ibrahim
(2011). Ia adalah sebagai alat kajian utama untuk mengumpulkan maklumat mengenai tahap
kemahiran dan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah.
Soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat latar belakang
responden), Bahagian B (Tahap kemahiran ICT) dan Bahagian C (Tahap pengintegrasian ICT).
Bahagian A terdiri daripada enam item yang meliputi aspek jantina, umur, pengalaman mengajar,
ikhtisas, kehadiran kursus ICT dan status. Bahagian B terdiri daripada 25 item yang mengukur
tahap kemahiran asas ICT guru berdasarkan lima jenis aplikasi iaitu pengoperasian komputer,
pemprosesan perkataan (Word), persembahan elektronik (Power Point), hamparan elektronik
(Excel), dan Internet. Bahagian C terdiri daripada tujuh item yang mengukur penggunaan
aplikasi ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengukur tahap kemahiran
penggunaan aplikasi ICT guru, skala Likert empat mata digunakan iaitu: 1= tidak mahir (tidak
dapat menggunakan aplikasi), 2= kurang mahir (dapat menggunakan aplikasi dengan bantuan
orang lain), 3= mahir (dapat menggunakan aplikasi dengan baik) dan 4= sangat mahir (dapat
mengajar orang lain menggunakan aplikasi). Data yang dikumpul dianalisis secara diskriptif
dengan melihat min dan peratus serta analisis inferens iaitu ujian-t.

HASIL KAJIAN

Seramai 152 orang guru telah menghantar semula borang soal selidik yang telah dilengkapkan.
Daripada jumlah tersebut, seramai 95 responden terdiri daripada perempuan yang mewakili
62.5%, manakala selebihnya iaitu 57 responden lagi terdiri daripada kalangan lelaki (37.5%).
Seramai 54 orang responden iaitu (35.5%) diwakili oleh responden dalam kalangan umur
kurang dari 25 tahun yang menunjukkan ramai guru yang agak muda dalam perkhidmatan
pendidikan. Seramai 57 responden iaitu (37.5%) diwakili responden yang berumur 26 hingga
35 tahun. Responden yang berumur 36 sehingga 45 tahun pula adalah sebanyak 31 orang iaitu
(20.4%). Responden yang berumur lebih dari 46 tahun pula adalah jumlah yang paling sedikit
iaitu 10 orang sahaja iaitu (6.6%).
Pengalaman mengajar responden yang paling tinggi ialah 1 hingga 5 tahun mangajar
iaitu seramai 66 orang responden iaitu (43.4%). Guru yang telah mengajar sekitar 6 hingga 10
tahun pula ialah sebanyak 33 orang responden iaitu (21.7%). Pengalaman mengajar sekitar 16
hingga 20 tahun pula adalah sebanyak 20 orang responden iaitu (13.2%). Hal ini ditunjukkan
berdasarkan Rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Pengalaman Menjadi Guru

14
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Dapatan kajian kelulusan ikhtisas menunjukkan seramai 24 orang dari lulusan Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) iaitu sebanyak (15.8%) seperti dalam Rajah 2. Kebanyakan
responden daripada Sarjana Muda Pendidikan iaitu sebanyak 54 orang iaitu mewakili (35.5%).
Responden daripada Sijil Perguruan pula sebanyak 26 orang responden iaitu (17.1%).seramai
31 orang responden berkelulusan Diploma Perguruan iaitu mewakili (20.4%) dan hanya 17
orang responden dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) iaitu sebanyak (11.2
%) sahaja. Hal ini ditunjukkan berdasarkan Rajah 2 di bawah.

Rajah 2: Kelulusan Ikhtisas Responden

Manakala Rajah 3 pula menunjukkan bahawa kebanyakan responden pernah ke kursus


ICT iaitu sebanyak 121 orang responden pernah pergi ke kursus iaitu sebanyak (79.6%).
Manakala seramai 31 orang responden belum pernah pergi ke kursus ICT iaitu sebanyak
(20.4%) sahaja.

Rajah 3: Kehadiran Kursus ICT

Tahap kemahiran penggunaan aplikasi asas ICT


Tahap kemahiran asas ICT diukur berdasarkan lima kategori aplikasi ICT. Berdasarkan Jadual
1, dapatan kajian menunjukkan guru sangat mahir (m=3.17, sp=.70) dalam mengendalikan
pengoperasian asas komputer seperti menggunakan perkakasan, mengurus fail, mencetak
dokumen serta mengimbas (scan) virus. Bagi aplikasi pemprosesan perkataan didapati guru
15
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

berada pada tahap tinggi (sangat mahir) menggunakan perisian Word (m=3.43, sp=.64).
Mereka boleh menggunakan perisian tersebut termasuk mengedit teks, mengimport grafik
dan jadual. Guru juga didapati mahir (m=2.96, sp=.88) menggunakan aplikasi hamparan
elektronik seperti memasuk dan mengedit data, membina jadual, mengguna formula serta
menganalisis data. Selain itu, guru didapati mahir menggunakan perisian PowerPoint
(m=2.97, sp=.78) di mana mereka boleh menghasilkan slaid serta memasukkan elemen
multimedia (audio, grafik, animasi, teks & video) dan hyperlink. Bagi aplikasi Internet, guru
didapati sangat mahir (m=3.25, sp=.72) menggunakan emel, melayari laman web, muat naik
dan turun bahan serta berkomunikasi secara segerak (synchronized).

Jadual 1 Tahap Kemahiran Asas ICT


Kemahiran Asas ICT Min Sisihan Tahap Kemahiran
Pengoperasian computer 3.19 0.7 (Tinggi) Sangat mahir
Pemprosesan perkataan 3.43 0.64 (Tinggi) Sangat mahir
Hamparan elektronik 2.96 0.88 (Sederhana) Mahir
Persembahan elektronik 2.97 0.78 (Sederhana) Mahir
Internet 3.25 0.72 (Tinggi) Sangat mahir
Keseluruhan 3.16 0.74 (Tinggi) Sangat mahir

Tahap Pengintegrasian ICT


Dalam konteks kajian ini, pengintegrasian ICT merujuk kepada kekerapan guru menggunakan
aplikasi ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
Berdasarkan kepada Jadual 2, seramai 4 orang sahaja yang yang tidak pernah menggunakan
aplikasi pemprosesan perkataan untuk menyediakan surat, kertas ujian, nota dan latihan
iaitu 2.6%. Seramai 21 orang guru iaitu sebanyak 13.8% guru jarang-jarang menyediakan
surat, kertas ujian, nota dan latihan. Manakala seramai 68 orang iaitu 44.7% kadang-kadang
menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan untuk menyediakan surat, kertas ujian, nota dan
latihan. Seramai 59 orang iaitu 38.8% kerap menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan
untuk menyediakan surat, kertas ujian, nota dan latihan. Bagi menggunakan aplikasi hamparan
elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, seramai 10 orang iaitu 6.6% tidak
pernah menggunakan aplikasi hamparan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Seramai 34 orang iaitu 22.4% jarang-jarang menggunakan aplikasi hamparan elektronik untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Seramai 69 orang sebanyak 45.5% kadang-kadang sahaja
menggunakan aplikasi hamparan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan
41 orang iaitu 27% sahaja kerap menggunakan aplikasi hamparan elektronik untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Bagi item menggunakan aplikasi persembahan elektronik
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, seramai 35 orang kerap menggunakan aplikasi
persembahan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran iaitu sebanyak 23%. Seramai
73 responden iaitu 48% kadang-kadang menggunakan aplikasi persembahan elektronik untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hanya 34 orang responden iaitu 22.4% jarang-jarang
menggunakan aplikasi persembahan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Hanya segelintir responden iaitu 10 orang iaitu 6.6% tidak pernah menggunakan aplikasi
persembahan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bagi item menggunakan
CD coursewear yang disediakan oleh KPM, seramai 16 orang iaitu 10.6% tidak pernah
menggunakan CD coursewear yang disediakan oleh KPM. Seramai 53 orang responden
iaitu 34.9% sahaja jarang-jarang menggunakannya. Kadang-kadang sahaja responden
menggunakan CD coursewear yang disediakan oleh KPM iaitu 60 responden atau 39.5%.
seramai 23 orang responden atau 15.1% kerap menggunakan CD coursewear yang disediakan
oleh KPM. Bagi item yang ke lima iaitu berkomunikasi dengan pelajar menggunakan emel
berkaitan kerja sekolah menunjukkan jumlah guru yang tidak pernah berkomunikasi dengan
16
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pelajar menggunakan emel berkaitan kerja sekolah ialah sebanyak 24 responden iaitu hanya
15.8% sahaja. Seramai 42 orang responden iaitu sebanyak 27.6% jarang-jarang berkomunikasi
dengan pelajar menggunakan emel berkaitan kerja sekolah. Kajian juga mendapati bahawa 58
responden kadang- kadang menggunakan emel berkaitan kerja sekolah iaitu sebanyak 38.2%
sahaja. Sebanyak 28 orang sahaja yang kerap menggunakan emel berkaitan kerja sekolah iaitu
mewakili 18.4%. Bagi item yang terakhir iaitu tentang mencari informasi di World Wide Web
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, hanya 10 orang tidak pernah mencari informasi di
World Wide Web untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2: Taburan kekerapan dan peratus tahap pengintegrasian ICT


1 2 3 4
Bil Pengintegrasian
N % N % N % N %

1. Menggunakan 4 2.6% 21 13.8% 68 44.7% 59 38.8%


aplikasi pemprosesan
perkataan untuk
menyediakan surat,
kertas ujian, nota dan
latihan

2. Menggunakan 10 6.6% 32 21.1% 69 45.5% 41 27%


aplikasi hamparan
elektronik untuk
tujuan pengajaran dan
pembelajaran
3. Menggunakan 10 6.6% 34 22.4% 73 48% 35 23%
aplikasi persembahan
elektronik untuk
tujuan pengajaran dan
pembelajaran.

4. Menggunakan CD 16 10.5% 53 34.9% 60 39.5% 23 15.1%


coursewear yang
disediakan oleh KPM.
5. Berkomunikasi 24 15.8% 42 27.6% 58 38.2% 28 18.4%
dengan pelajar
menggunakan emel
berkaitan kerja
sekolah.

6. Mencari informasi 10 6.6% 32 21.1% 46 30.3% 64 42.1%


di World Wide
Web untuk tujuan
pengajaran dan
pembelajaran.
7. Berkongsi data 11 7.2% 37 24.3% 58 38.2% 45 29.6%
dengan guru lain
melalui Internet.

Nota: 1 (tidak pernah), 2 (jarang-jarang), 3 (kadang-kadang), 4 (kerap)



Jadual 3 menerangkan tentang taburan skor min dan sisihan piawai bagi tahap
pengintegrasian ICT dalam kalangan guru bahasa melayu. Analisis keseluruhan daripada jadual
tersebut menunjukkan bahawa pengintegrasian ICT adalah pada tahap mahir dengan nilai skor
min 2.87 dan 0.85 sisihan piawai.
17
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 3: Taburan skor min dan sisihan piawai tahap pengintegrasian ICT
Tahap pengintegrasian ICT dalam Skor Sisihan Piawai
Bil. Tahap
pengajara dan pembelajaran min (sp)

1. Menggunakan aplikasi pemprosesan 3.19 0.77 Sangat mahir


perkataan untuk menyediakan surat,
kertas ujian, nota dan latihan.
2. Menggunakan aplikasi hamparan 2.92 0.71 Mahir
elektronik untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
3. Saya boleh memuat turun dokumen 2.87 0.84 Mahir
yang diperlukan.
4. Menggunakan aplikasi persembahan 2.59 0.87 Mahir
elektronik untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
5. Berkomunikasi dengan pelajar 2.59 0.96 Mahir
menggunakan emel berkaitan kerja
sekolah.
6. Mencari informasi di World Wide 3.07 0.94 Sangat mahir
Web untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
7. Berkongsi data dengan guru lain melalui 2.90 0.91 Mahir
Internet.

KESELURUHAN 2.87 0.85 Mahir

Perbezaan Jantina terhadap Tahap Kemahiran Penggunaan Aplikasi Asas ICT


Jadual 4 menunjukkan hasil ujian-t yang dilakukan untuk menunjukkan sama ada terdapatnya
perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek jantina guru terhadapp kemahiran penggunaan
aplikasi ICT (pengoperasian komputer, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik,
persembahan elektronik dan internet). Merujuk kepada Jadual 4, apabila diuji dengan ujian-t,
kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara pemprosesan perkataan
dan hamparan elektronik dan jantina, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan di
antara jantina guru dengan pengoperasian komputer, persembahan elektronik dan internet.

Jadual 4: Ujian-t berdasarkan aspek jantina guru terhadap tahap kemahiran penggunaan
aplikasi asas ICT
Pembolehubah Nilai F Sig
Jantina
Pengoperasian computer -0.295 0.395
Pemprosesan perkataan -1.713 0.048
Hamparan elektronik -0.220 0.021
Persembahan elektronik -0.827 0.478
Internet -0.997 0.207
Signifikan pada tahap p<0.05

18
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERBINCANGAN

Tahap Kemahiran Penggunaan Aplikasi Asas Pengoperasian ICT


Melalui kajian ini, didapati keseluruhan kemahiran termasuklah pengoperasian komputer,
pemprosesan perkataan (Word), persembahan elektronik (Power Point), hamparan elektronik
(Excel), dan internet. Semua kemahiran menunjukkan nilai yang tinggi. Kemahiran bagi
tahap pengoperasian komputer pada tahap sangat mahir iaitu min skor (3.19). Tahap bagi
kemahiran pemprosesan perkataan (Word) juga pada menunjukkan responden sangat mahir
menggunakan perisian Word. Hal ini keranakebanyakan guru banyak membuat kerja berkaitan
seperti menyediakan jadual, kertas ujian, minit mesyuarat, kertas kerja dan sebagainya. Jadi,
guru-guru menjadikan perisian yang kerap digunakan. Namun demikian, tahap kemahiran
bagi persembahan elektronik (Power Point), hamparan elektronik (Excel) hanya pada tahap
mahir, iaitu masing-masing (2.97) dan (2.96). Nilai ini menunjukkan guru-guru jarang
menggunakan kedua-dua perisian tersebut. Bagi kemahiran penggunaan internet nilai skor min
(3.25) menunjukkan responden pada tahap sangat mahir. Ini menyangkal dapatan kajian oleh
Ashinida et al, 2004; Nor Azilah dan Mona, 2004; Robiah et al, 2003; Mohd Jasmy et al, 2003;
Siti Aishah et al, 2002;Abd Rahman, 2000; dan Bahagian Teknologi Pendidikan, 1999 yang
menyatakan bahawa penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap
yang rendah.

Tahap Kemahiran Pengintegrasian ICT


Bagi pengitegrasian ICT, guru-guru juga dilihat mempunyai tahap pengintegrasian ICT yang
sangat tinggi. Perkara ini juga menunjukkan perkembangan yang positif terhadap penggunaan
ICT oleh guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah di sekolah rendah di daerah Kuala Langat,
Selangor. Perkara ini ditunjukkan dengan nilai skor min iaitu 2.87 iaitu pada tahap tinggi.
Guru-guru masa kini peka dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran untuk meringankan
beban guru disamping menarik minat murid untuk pembelajaran yang lebih aktif dan berkesan.
Hasil kajian ini juga dapat menyangkal beberapa kajian yang menunjukkan guru sangat lemah
dalam pengintegrasian ICT seperti kajian Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah
(2010) dan Padraig & Mark (2007) yang mendapati bahawa terdapat 35% - 40% guru sekolah
menengah mengakui mereka langsung tidak pernah menggunakan komputer sama ada di
sekolah mahupun di luar sekolah.

Perbezaan Tahap Kemahiran Antara Jantina


Rumusan tahap kemahiran antara jantina daripada kajian ini menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara jantina dengan kemahiran (asas ICT, persembahan elektronik
dan internet). Manakala wujud keputusan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara jantina
dengan kemahiran (pemprosesan elektronik dan hamparan elektronik). Keputusan ini sejajar
dengan kajian oleh Howard (1986), Badrul Hisham (2000) dan Abdul Wahab Ismail Gani,
Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa (2006) yang mendapati tiada perbezaan yang signifikan
di antara jantina terhadap penggunaan komputer.

KESIMPULAN

Penggunaan ICT dalam PdP pada masa kini amatlah penting memandangkan ianya mampu
meningkatkan kualiti pengajaran (Gulbahar & Given, 2008), meningkatkan daya ingatan
(Abdul Wahab, Kamiliah & Hasrina, 2006), memotivasikan murid (Leask & Panchler, 2005)
dan murid boleh berinteraktif secara aktif dan kreatif (Volman dan Eck, 2001). Penekanan
menggunakan ICT turut dititik beratkan terutamanya oleh KPM menerusi anjakan ketujuh
dalam PPPM 2013 – 2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di Malaysia. Namun begitu, penggunaan ICT dalam PdP Bahasa Melayu masih belum
digunakan secara meluas. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekurangan perisian dan CD
19
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

coursewear yang boleh digunakan oleh guru dalam PdP serta fasiliti yang masih belum
tersedia baik dalam skop kelas di sekolah, umpamanya projektor LCD dan kelajuan internet.
Namun begitu, penggunaan ICT secara berkesan dalam PdP Bahasa Melayu tidak seharusnya
dipinggirkan memandangkan penggunaannya mampu memberi impak positif kepada mata
pelajaran Bahasa Melayu (Nor Ilyani, Ahmad Fauzi & Fadzilah, 2012), Abu Seileek &
Rabab’ah, 2007) dan Yahya Othman & Dayang Rini, 2011).
Dapatan kajian telah menunjukkan tahap kemahiran yang guru Bahasa Melayu
sekolah rendah telah mempunyai tahap sangat mahir dalam pengoperasian asas komputer
dengan nilai skor 3.19, begitu juga dengan penggunaan perisian Microsoft Word (nilai
skor 3.43 serta penggunaan Internet yang efektif dengan nilai skor 3.25. Dapatan ini selari
dengan kajian Irfan Naufal & Mohamad Tarmizi (2013) dan Department of Education and
Training, Western Australia (2006) yang menunjukkan penggunaan yang sangat tinggi iaitu
setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membuat bahan bantu mengajar
untuk pelajar seperti lembaran kerja. Oleh itu, pihak sekolah terutamanya pentadbir perlu
bekerjasama mencari langkah terbaik bagi mencapai penggunaan optimum Internet sebagai
medium utama dalam PdP. Namun masalah yang wujud kini ialah tahap capaian Internet yang
tidak konsisten terutamanya bagi mereka yang jauh dari bandar. Kelajuan capaian Internet
akan menjadi faktor penting penggunaan ICT dalam PdP kelas dengan lebih efektif.

RUJUKAN

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah:
Satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, XXIV (1-2): 203-225.
Abd. Rahman Daud. (2000). Kefahaman terhadap konsep penggunaan ICT di dalam bilik
darjah. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning, 609-623.
Abu Seileek, A.F. & Rabab’ah, G.A. (2007). The effect of computer-based grammar instruction
on the acquisition of verb tenses in an EFL context. The JALT CALL Journal, 3 (1-2): 59-
80.
Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd. Shabri Yusof. (2004). Penggunaan PBBK
(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. Online Journal of Language Studies
(GEMA). (dalam talian) http://www.fpbahasa.ukm.my/journal/20040101.html (26 Januari
2005).
Badrul Hisham. (2000). Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Berbantukan Komputer (PPBK) di Sekolah Menengah, Ipoh: Maktab Perguruan Ipoh.
Bahagian Teknologi Pendidikan. (1999). Laporan Tahunan 1999. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Department of Education and Training, Western Australia. (2006). Teacher ICT Skills:
Evaluation of the Information and Communication Technology (ICT) Knowledge and
Skill Levels of Western Australian Government School Teachers. http://www.det.wa.edu.
au/accountability/detcms/education/evaluation-and accountability/binary-files/evaluation-
reports/.
Gulbahar, Y. & Guven, I. (2008). A survey on ICT usage and the perceptions of social studies
teachers in Turkey. Educational Technology & Society, 11 (3): 37-51.
Hizral Tazzif Hisham. (2004). ICT rangsang kreativiti pengajaran-pembelajaran. Berita Harian.
14 April.
Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Levels Of Teaching: A Taxonomy For Instructional Design.
Educational Technology, 44(6), 14-22.
Howard, G.S. (1986). Computer Anxiety and the Use of Microcomputer in Management, Ann
Arbor: UMI Research Press.

20
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Irfan Naufal Umar, Mohamad Tarmizi Mohd Yusoff. (2014). A study on Malaysian teachers’
level of ICT skills and practices, and its impact on teaching and learning. Procedia - Social
and Behavioral Sciences, 116, 979 – 984.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Leask, M. & Pachler, N. (2006). Learning to teach using ICT in the secondary school-a
companion to school experience. Routledge: Taylor & Francis Group.
Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-
sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 59-65.
Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Ismail & Norsiati Razali. (2003). Tahap kesediaan
penggunaan perisian kursus di kalangan guru Sains dan Matematik. Prosiding Konvensyen
Teknologi Pendidikan ke 16, 372-380.
Nor Azilah Ngah & Mona Masood. (2004). Penilaian berterusan mengenai kedudukan pelbagai
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Prosiding
Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 17, 59-64.
Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi Mohd.Ayub, & Fadzilah Ab.Rahman. (2012). Keberkesanan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 31-42.
Padraig Wims & Mark Lawler. (2007). Investing in ICTs in educational in developing countries:
An evaluation of their impact in Kenya. International Journal of Education and Development
using Information and Communication Technology (IJEDICT) Vol.3, Issue 1, pp.5- 22.
Robiah Sidin, Juhana Salim & Nor Sakinah Mohamed. (2003). Pembudayaan teknologi
maklumat dan komunikasi di kalangan pelajar Melayu dalam arus globalisasi. Laporan
Akhir Penyelidikan Arus Perdana II. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim. (2011). Tahap Kemahiran dan
Pengintegrasian ICT Di Kalangan Guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan
Malaysia, Jilid 1, No 1.
Rusmini Ku Ahmad. (2004). Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran
dan pembelajaran. Retrieved 14 July 2008, from http://www.sazlie.com/component/
option,com_docman/task.doc
Siti Aishah Hanawi, Noraidah Sahari@ Ashaari & Hazura Mohamed. (2002). Kajian
perbandingan kesedaran, pengetahuan dan penggunaan ICT di kalangan guru-guru sekolah
bandar dan luar bandar. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, 1, 150-158.
Volman, M & Van, Eck. E. (2001). Gender equity and information technology in education.
The second decade. The Review of Educational Research, 71, 613-631.
Yahya Othman & Dayang Rini Pakar. (2011). Kesan aplikasi perisian cerita interaktif semasa
mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid tahun 4 di Brunei
Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.

21
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

MENCAKNA PEMIKIRAN PELAJAR DALAM MEMAHAMI


HUBUNGAN ETNIK MELALUI AKTIVITI BERSTRUKTUR
(BUKU AKTIVITI HE)

Fazilah Idris1, Rozita Ibrahim1&Najah Nadiah Amran2


1
Pusat Citra Universiti &2Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Mahasiswa berperanan dalam mengekalkan keharmonian negara yang telah dibentuk
hasil penat lelah dan usaha mereka yang terdahulu. Kefahaman yang jelas tentang
kesepaduan sosial menjadi fokus utama dalam membentuk mahasiswa yang berjati diri
kebangsaan. Oleh itu, kursus Hubungan Etnik (HE) telah diperkenalkan di peringkat
universiti untuk memupuk, menyubur serta memantapkan kesedaran sosial dan semangat
cintakan negara dalam kalangan pelajar. Antara cabaran utama proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) bagi kursus HEpada masa kini adalah untuk memilih pendekatan
yang paling efektif dan inovatif bagi memenuhi keperluan objektif kursus dengan latar
belakang pelajar dari kelompok Generasi Y dan Generasi Z. Kertas ini membincangkan
mengenai salah satu kaedah P&P iaitu penggunaan Buku Aktiviti Modul Hubungan
Etnik (BAMHE). Perbincangan kertas ini ditumpukan kepada peranan buku aktiviti
dalam proses P&P yang terancang, pengisian BAMHE serta respon para pelajar dan
tenaga pengajar yang menggunakan BAMHE. Akhirnya, beberapa kesimpulan dan
rancangan penambahbaikan untuk BAMHE turut dikemukakan. Bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, para pengajar haruslah
merancang aktiviti dengan lebih sistematik dan menggunapakai isu terkini di dalam
mengupas topik-topik yang diliputi di dalam kursus HE.

Kata kunci: aktiviti berstruktur, hubungan etnik, pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN

Dunia pendidikan hari ini semakin mencabar.Selain dari aspek budaya kreatif dan inovatif
yang ingin dipupuk dalam kalangan pelajar, tuntutan objektif kursus secara khusus dan
jangkaan keberhasilan graduan yang berkompeten dan menguasai bidang pengajian masing-
masing juga turut ditekankan. Antara cabaran utama proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) hari ini adalah untuk memilih pendekatan yang paling efektif dan inovatif bagi
memenuhi keperluan objektif kursus dengan latar belakang pelajar dari kelompok Generasi Y
dan Generasi Z. Kertas ini akan membincangkan mengenai salah satu kaedah P&P bagi kursus
Hubungan Etnik (HE).Kursus HE adalah kursus wajib bagi semua pelajar universiti awam
tanpa mengira fakulti dan bidang pengkhususan. Kursus HE bertujuan untuk membina pelajar
yang mempunyai jati diri kebangsaan serta memahami sejarah dan komposisi kepelbagaian
etnik di negara ini. Lebih penting lagi, kursus ini berhasrat untuk menerapkan perspektif
kesepaduan sosial dalam memahami situasi hubungan etnik di Malaysia. Sebagai kursus wajib,
bilangan pelajar bagi kursus HE bagi setiap semester adalah tinggi. Misalnya di Universiti
Kebangsaan Malaysia, sekitar 2000 orang pelajar mengambil kursus HE pada setiap semester
di bawah pengendalian lebih kurang 20 orang tenaga pengajar. Jumlah pelajar yang ramai
dan pelbagai bidang pengkhususanmemberikan satu bentuk cabaran baru kepada proses P&P
kursus HE. Tambahan lagi, keperluan dan kehendak pelajar Generasi Y dan Generasi Z adalah
berbeza daripada generasi terdahulu kerana mereka lebih terdedah dengan teknologi ICT dan
lambakan maklumat secara atas talian. Selain itu, gaya pembelajaran berbeza antara pelajar
turut menuntut perhatian dalam merangka strategi P&P yang bermakna dan efektif.
22
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Oleh yang demikian, penyediaan bahan-bahan P&P dalam pelbagai bentuk merupakan
agenda penting dalam pemantapan kursus HE. Pada masa kini, P&P kursus HE menggunakan
modul standard (Shamsul Amri Baharuddin, 2012. Modul Hubungan Etnik -Edisi Kedua.
UKM Bangi: Institut Kajian Etnik) serta Buku Aktiviti Modul Hubungan Etnik (BAMHE) dan
pembelajaran online secaraMassive Open Online Course (MOOC) di platformopenlearning.
com. Perbincangan kertas ini akan ditumpukan kepada salah satu kaedah P&P iaitu penggunaan
Buku Aktiviti Modul Hubungan Etnik (BAMHE). Fokus perbincangan termasuklah peranan
buku aktiviti dalam proses P&P yang terancang, pengisian BAMHE serta respon para pelajar
dan tenaga pengajar yang menggunakan BAMHE. Akhirnya, beberapa kesimpulan dan
rancangan penambahbaikan untuk BAMHE turut dikemukakan.

Penggunaan Buku Aktiviti Untuk P&P Yang Terancang


Penggunaan buku kerja ataupun material tambahan untuk aktiviti dalam kelas/kuliah
merupakan sebahagian perancangan pengajaran. Merancang pengajaran sangat penting
kerana ia menentukan sama ada objektif kursus berjaya dicapai ataupun tidak. Ini kerana,
tanpa modul/aktiviti yang terancang, persembahan pengajar dalam memastikan proses P&P
selesai dengan sempurna dan efektif mudah diragui (Shrawder & Warner, 2009). Perancangan
modul/aktiviti yang baik akan membantu pengajar mengendalikan aktiviti pembelajaran
yang dirangka, berobjektif, efektif lagi berimpak (Shrawder & Warner 2009). Meskipun
ada pengajar yang boleh mengendalikan kelas/kuliah tanpa perancangan teliti, kesan jangka
panjang terhadap pelajar adalah tidak baik kerana boleh merendahkan motivasi, minat dan
penglibatan aktif di kelas. Pelajar akan mudah hilang minat dan motivasi untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti P&Papabila mendapati pengajar tidak menunjukkan kesungguhan
dalam merekabentuk pembelajaran bermakna untuk mereka (Shrawder & Warner 2009).
Biggs (1989) menjelaskan empat komponen penting yang diperlukan bagi memastikan
pelajar mendapat pengetahuan dan pengalaman bermakna semasa belajar.Empat komponen
tersebut adalah; pertama, motivasi dalaman iaitu pelajar dapat mengaitkan objektif mereka
belajar dan kerelevanan mereka belajar subjek tertentu. Dengan kata lain, mereka dapat
menghubungkan objektif kursus ataupun subjek dengan pengalaman dan keperluan mereka
seharian. Kedua, aktiviti pelajar.Komponen ini sangat penting kerana pembelajaran mestilah
aktif melalui tugasan ataupun aktiviti samada aktiviti yang diselesaikan secara individu
ataupun berpasukan. Menurut Biggs (1989),‘deep learning is associated with doing rather
than passively receiving’. Pembelajaran bermakna sangat berkait rapat dengan aktiviti atau
melaksanakan tugasan secara aktif dan bukannya dengan hanya mendengar atau menerima
ilmu semata-mata. Komponen ketiga adalah interaksi dengan orang lain semasa belajar
contohnya pelajar berbincang dengan rakan mereka dengan menjelaskan pandangan. Ini akan
melatih dan meningkatkan lagi kebolehan berfikir. Komponen terakhir adalah pengetahuan
yang disusun dengan perancangan yang rapi.
Camosun (t.t.) menegaskan bahawa rekabentuk sesuatu aktiviti pembelajaran
mestilah mengambil kira dua faktor penting iaitu (1) kaitan di antara aktiviti pembelajaran
dan hasil pembelajaran yang ditetapkan, dan (2) menggalakkan penglibatan dan minat
pelajar. Tambahan dari itu, Biggs dan Tangs (2007) menjelaskan bahawa, secara umumnya
kaedah pembelajaran melibatkan aktiviti terbahagi kepada dua iaitu kaedah biasa (surface
approach) semata-mata melibatkan aktiviti menghafal sehingga faham dan kaedah mendalam
(deep approach) iaitu pelajar mencapai dan mendalami objektif pembelajaran sehingga
mendorong mereka untuk membuat refleksi, hipotesis, mengaplikasikan teori ke realiti dan
begitulah seterusnya. Biggs berpendirian bahawa kaedah pembelajaran seumpama dua ini
bukan termasuk dalam tret personaliti pelajar.Kaedah ini boleh diterapkan dan didapati
melalui didikan bergantung kepada usaha dan suasana yang direka bentuk oleh pengajar
mereka. Selain itu, faktor gaya pembelajaran pelajar juga merupakan elemen penting yang
perlu diambil kira dalam merancang dan membangunkan bahan P&P. Menurut Kolb (1981),
terdapat empat gaya pembelajaran iaitu (1) diverging – feeling and watching, (2) assimilating
23
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

– watching and thinking, (3) converging – doing and thinking, dan (4) accomodating – doing
and feeling.
Kajian-kajian lepas seperti yang dinyatakan di atas merupakan panduan penting
dalam pembangunan BAMHE supaya ianya dapat digunakan untuk membantu pengajar
mewujudkan suasana pembelajaran bermakna bagi pelajar-pelajar mereka. BAMHE adalah
bahan tambahan yang penting untuk membantu memantapkan kefahaman kognitif para
pelajar serta menjadi alat bantu mengajar bagi pengajar. Bahan-bahan yang disediakan di
dalam BAMHE boleh digunakan pengajar dalam kelas ataupun sebagai bahan kerja rumah
serta pembelajaran kendiri untuk para pelajar.

Pengisian Buku Aktiviti Modul Hubungan Etnik (BAMHE)


BAMHE disediakan dan disusun berdasarkan kandungan Modul Hubungan Etnik(2012)
dan ini meliputi sembilan bab yang merangkumi keperluan hasil pembelajaran kursus
HE. BAMHE berperanan sebagai sumber sokongan untuk pengajar bagi mewujudkan
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang interaktif. Terdapat soalan-
soalan yang spesifik bagi setiap bahagian dan dengan menjawab soalan tersebut membantu
pelajar memahami konsep-konsep penting serta persoalan dan isu berkaitan Hubungan
Etnik di Malaysia. Buku Kerja ini akan melorongkan pelajar menjawab dan menyelesaikan
aktiviti terarah sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Aktiviti-aktiviti bagi
setiap satu tajuk dalam Buku Kerja Hubungan Etnik ini dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu (1) Terjah Minda; (2) Eksplorasi dan Uji Minda; dan (3) Terokai Minda.
Bahagian pertama, Terjah Minda mengandungi pelbagai aktiviti yang membolehkan
pelajar menilai kefahaman dan pengetahuan sedia ada mereka terhadap tajuk-tajuk
dalam Modul Hubungan Etnik.Antara aktiviti bahagian ini termasuklah menonton video,
membaca teks, melakukan diskusi terpandu dan lain-lain lagi.Setiap aktiviti ini disertakan
dengan soalan-soalan atau arahan-arahan untuk pelajar selesaikan secara individu ataupun
berkumpulan sebelum atau semasa di dalam kelas.Bahagian kedua iaitu Eksplorasi dan
Uji Minda membantu pelajar dari aspek kognitif dengan memahami konsep-konsep dalam
modul HE dan menghubungkannya dengan situasi yang berkaitan.Pelajar dilatih untuk
mensintesis konsep dengan maklumat ataupun pengalaman harian yang berkaitan. Dengan
kata lain, pelajar mengaitkan konsep-konsep dalam kursus HE dengan pengalaman diri
mereka dan orang lain. Akhir sekali, bahagian ketiga iaitu Terokai Minda membantu
mengasah pelajar untuk berfikir secara kritikal dan berhujah dengan penuh melalui aktiviti-
aktiviti seperti perbahasan, mesyuarat, forum dan lain-lain lagi.Pelajar terdedah dengan
aspek-aspek yang lebih luas tentang soalan-soalan yang diberikan seperti aspek sosial,
politik, ekonomi, fakta dan data empirikal.Aktiviti ini menjadikan pembelajaran lebih
berpusatkan pelajar kerana mereka melakukan aktiviti untuk memahami sesuatu topik
bukan bergantung sepenuhnya kepada pengajar ataupun mendengar syarahan pengajar
semata-mata.

24
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Contoh 1: Aktiviti Terjah Minda

Contoh 2: Aktiviti Eksplorasi dan Uji Minda

25
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Contoh 3: Aktiviti Terokai Minda

Maklum Balas Pelajar Dan Pengajar


Hasil dari temubual kumpulan fokus bersama para pelajar yang menggunakan BAMHE,
beberapa maklumbalas penting didapati. Rata-rata pelajar merasakan pembelajaran mereka
lebih menarik dengan adanya aktiviti-aktiviti dari BAMHE. Mereka dapat mengaitkan
perbincangan tentang teori dan konsep dari Modul HE dengan realiti sebenar melalui
aktiviti-aktiviti yang dipilih oleh pensyarah dari BAMHE. Selain itu, tarikan utama BAMHE
terletak pada gaya persembahan yang banyak menggunakan gambar, rajah dan infografik
berbanding teks atau tulisan semata-mata. Hal ini menjadi pelengkap kepada Modul HE
yang berorientasikan buku akademik dengan persembahan yang penuh dengan perkataan.
Pelajar-pelajar juga mencadangkan supaya lebih banyak lagi gambar-gambar disediakan di
dalam BAMHE selain menyediakan bahan-bahan video dalam bentuk CD atau DVD supaya
mereka tidak perlu mencapainya melalui internet.
Bagi pihak pengajar pula, BAMHE banyak membantu di dalam memberikan idea
untuk aktiviti di kelas. Selain itu, bahan-bahan dari BAMHE boleh digunakan untuk
pengajaran secara teradun dan flipped learning di mana pelajar diberikan latihan lebih
dahulu melalui platform online dan perbincangan dilakukan di kelas bagi memantapkan
kefahaman. Selain itu, pengajar juga memberikan cadangan supaya bahan-bahan yang
dipersembahkan di dalam BAMHE dimantapkan lagi supaya dapat memupuk perbincangan
yang lebih mendalam serta membina kemahiran berfikir aras tinggi. Latihan yang diberikan
selain dari mengukuhkan aspek kognitif, perlu juga mengambil kira aspek afektif yang
melibatkan penghayatan nilai dan pembinaan sikap yang positif dan melambangkan jati diri
kebangsaan.

KESIMPULAN

Kursus HE sebagai kursus wajib universiti yang membawa agenda penting dalam
membina jatidiri kebangsaan haruslah dipandang serius oleh semua pihak yang terlibat
terutama para pengajar. Bagi memastikan agenda dan hasil pembelajaran kursus tercapai,
P&P yang terancang dan relevan dengan kehendak dan keperluan para pelajar sangatlah
penting untuk dititikberatkan. Kertas ini membincangkan satu daripada bahan P&P kursus
HE iaitu BAMHE. Penggunaan BAMHE memberikan impak positif ke arah pemantapan
P&P HE menurut pandangan pelajar dan pengajar. Demi meneruskan impak positif ini,
penambahbaikan berterusan bagi BAMHE mestilah dilakukan dari masa ke semasa.

26
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Biggs, J. & Tang, C. 2007. Teaching for Quality Learning at University (3rd Edition). Society
for Research into Higher Education & Open Learning Press: McGraw Hill.
Centre for Excellence in Teaching & Learning (CAMOSUN). n.d. Designing Learning
Activities. http://web.camosun.ca/cetl/content/designing-learning-activities.
Kolb, D.A. 1981. Learning styles and disciplinary differences, in The Modern American
College: Responding to the New Realities of Diverse Students and a Chaning Society.
California & London: Jossey-Bass Inc. Publishers.
Shamsul Amri Baharuddin (Ketua Editor). 2012. Modul Hubungan Etnik (Edisi Kedua). Bangi:
Institut Kajian Etnik, UKM.
Shrawder, J.H.& Warner, D. 2009. Planning A Successful Module. Pentronics Publishing.
https://www.marin.edu/WORD-PPT/TFS_HowtoPlanLearningModule.pdf. Retrieved 10
March 2016.

27
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

THE USE OF COMICS IN READING COMPREHENSION AND IN


THE DISSEMINATION OF NATIONHOOD AND PATRIOTISM
AMONG THE YOUNG GENERATION

Ajurun Begum Ahamed, 2Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, 3Intan Suria Hamzah,
1

4
Mohd Azmir Mohd Nizah, 5Afi Roshezry Abu Bakar
1
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor,
3
Universiti Kebangsaan Malaysia, 4Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, Jabatan
Kewartawanan, 5Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman

Abstract
Instilling the knowledge and value of nationhood has been conducted most
of the time using linear form of writing in the National Language. The
National Language is utilized because it is a language to be mastered by all
the citizens of Malaysia. However there should be a diversity in the types of
materials in dispersing nationhood and patriotism among the young generation.
Nationhood and patriotism values should also be imparted through materials
such as the comics. Materials regarding nationhood of Malaysia are also
present in abundance in English. Hence the second language should also be
used to inculcate nationhood and patriotism. It would contribute greater to
the knowledge in history of Malaysia. The incapability in comprehending the
materials read on nationhood and patriotism would hinder the students from
obtaining knowledge and values of nationhood. The study focused on enhancing
reading comprehension among the secondary school students in the notion of
enabling them to read and understand nationhood reading materials regardless
of types of text and language used.

Keywords: comics, reading comprehension, nationhood

BACKGROUND OF THE STUDY

The fundamental element of nation building and its progress is the young generations’
self-development. Patriotism is a prime and dominant element which is significant in
the construction and development of the young generations’ identity specifically the
adolescents in the schools. Nevertheless, the reality of the fortitude in patriotism is still
debatable. Although the government has made the nationhood based subject a compulsory
subject to instill patriotism and nation hood values, the interest and attentiveness towards
this subject is deteriorating.
The impact is evident through a study conducted among the university students
which revealed that majority of the students perceive that the current education system
has failed to impart the understanding of the social contract (Nazri Muslim 2014) which
is the fundamental constituent in the formation of this nation. This scenario should have
instigated the concern of the society since education is presumed to be a dominant instigator
to patriotism (Pronina 2012). Hence, this paper, focuses on the transformation of reading
materials used in imparting nationhood and patriotism among the young generation utilizing
not only Bahasa Malaysia but the second language too which is English. The reason
being, to enable the students to extract knowledge and information present in abundance
in English reading materials.. This two-pronged strategy which is to enhance reading
comprehension of English materials using the comics in order to enable the students to
read English comics on nationhood, would add fortune to the national education policy.

28
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

English has been widely accepted as the language for progress of a nation, especially
in the field of science and technology, in the spread and acquisition of knowledge itself and
in the boost of economy of a nation apart from being one of the languages spoken widely in
the world. It was perceived as having great influence in the world through the “relentless
hold the language has in the running of the world today” (Doshi, 2012). However the
issue regarding language specifically the national language still persisted being an issue of
contention with non-Malay elites predominantly favouring English or English and Malay
Language to be the National Language and the Malay nationalist of UMNO favouring
Malay Language only(Graham.B, 2005).
Therefore the aims of the government are to elevate the English language to be the
“international communication” and the Bahasa Malaysia as the official language of the
country internally. (Baskaran, 2005). However, English is still perceived as an important
language and as the second most important language after the National Language. The
importance of being proficient in English to acquire knowledge in the field of Science
and Technology (Bernadette Foo & Cynthia Richards, 2004) could not be revoked too.
Henceforth, English language has been accepted as the second language in Malaysia and
undoubtedly been given a lot of emphasize.
The teaching of English Language and the materials used in the classroom by the
teachers, has transformed parallel to the latest method of teaching which is the communicative
method. The advent in the technology has contributed to the transformation of teaching
aids utilizing the latest technology such as the internet, website, software and others
pertaining to the digital world. The aim of this transformation is to enhance the mastery
of the language including comprehension of the gist of the lesson taught in the English
classroom. One of the important element in learning any language including English is the
comprehension of text or materials used. The materials or the reading instruction specifically
, should enhance students’ comprehension, and suitable for the students due to the fact that
the content of the reading instruction, its quality and its difficulty would contribute to the
meaning making process (Pardo, 2004) which contributes to understanding of any reading
materials read.

Issues in Comprehending Reading Materials


It is a fact that the learners in school especially, fail to master English language even though
they have learned the language throughout their schooling years. It was found that the
‘main problem’ (Maryam Sabbah, 2013) of year 5 students who participated in a research
administered in the northern part of Malaysia is comprehending the English text read, apart
from other problems such as lack of vocabulary and grammar knowledge. Lack of vocabulary
will hinder comprehension because the reader would not be able to understand the text itself.
This leads to students not ‘understanding the overall meaning of a text’. (Maryam Sabbah,
2013). This includes reading of nationhood materials which normally convey hefty issues
of nation and nation building values. Without understanding what is being read, reading
becomes meaningless.
Similarly, the problem exist among tertiary level students in Malaysia who also face
problems such as unable to comprehend long sentences or sentences containing difficult
words in English. (Ahmad Mazli Muhammad, 2007; Nambiar, 2007; Zaira Abu Hassan,
2008; Normazidah Che Musa, Koo Yiew Lee & Hazita Azman, 2012).
Rigorous steps need to be taken to overcome the problem of comprehending what
is read especially in the secondary level in order to eliminate the problem in the future. At
present, with the internet, we have students or teenagers who are ‘digital natives (Prensky,2001
in Yuan 2011). They grew in the era of cell phones, digital camera, digital technologies and
fast spreading technology of information spreading platform. They spend most of their time
in front of the internet. Teachers should take advantage of this scenario to provide materials
that would attract students to read and the focus should be on enhancing language learners’
29
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

comprehension. Types of materials used in the classroom has a great impact as stressed by
Fletcher(2006) that the quality of comprehension is determined by the material given to be
read while Pearson and Hamm (2005) in Fletcher(2006) indicated that format of reading
materials have influence in reading comprehension of a text.
It was found in the west especially the United States that comics is effective in
enhancing students comprehension in the English Language and is utilized widely by the
educators there regardless of the levels of their students. Lehman and Witty’s large scaled
study as early as 1927 revealed that students aged 8-15 years old of both gender were
interested in reading comics. (Maryam Sabbah, 2013). Thus it is only proper for teachers to
utilize this interest in comics to enhance students understanding in reading a text especially
in English as a second language since input that is understood will increase the mastery of a
language.
However teachers in Malaysia rarely use comics in the classroom since there is a
perception that comics are just used to create fun and humor for leisure. It is not regarded as
a teaching material that can be improvised to be used in the classrooms of English Language.
Based on these factors, the researcher utilized the comics as materials in the English reading
comprehension classroom. Through the methods suggested, the researcher anticipate that
students’ interest could be engaged and their comprehension of what is read would be
enhanced since adolescents spend most of their time in front of the internet even to read.
This fact was accentuated by Serafini (2011) that at present adolescents interact very highly
with texts containing elaborated visual images apart from websites, expository texts, picture
books and graphic novels.
Comics is categorized as a multimedia material. The term ‘multimedia’ invokes variety
of definitions. However, Mayer (2009), defines multimedia as presentation of materials
utilizing both words(such as spoken text or printed text) and pictures (such as illustrations,
photos, animation, or video). The comics utilized in this study consist of picture and words
displayed on screen of the computer. Being able to create mental image of what is read
or visualize, enhances comprehension (Pressley,2002) as cited by Dymock and Nicholson
(2010). Hence diagram or visuals help students to visualize the text in their minds when
reading (Dorn and Soffos, 2005).
Furthermore, pictures and words which are also present in the comics utilized, contain
unique and individual attributes as methods of delivering information since pictures are
representations of things which are concrete (Paige Free, 2004). Words and images aid
maximization of meaning and therefore using teaching materials that include pictures can
assist meaning making Gambrell and Jawitz (1993) as cited in Paige Free (2004). Therefore,
the use of pictures and words in the form of comics would enhance students’ comprehension
of the reading materials read including materials or comics in nationhood.

Issues Regarding Nationhood


The next focus is the issues on nationhood subjects. The prime aim of the nationhood education
is to inculcate the sense of loyalty and love for the nation. Malaysia has implemented the
teaching of several subjects at the higher level of education such as Malaysian Studies and
Ethnic Relations and History as a subject in the secondary and lower level to educate students
with national values, patriotism and belongingness to the country. However, past empirical
evidence show that many students lack interest to learn such subject. Four main factors have
been identified. The factors include the suitability and interest in syllabus, types of enjoyable
activities and interest in teaching aids (Awang et al., 2013). Therefore, it is apparent that
teaching aids or the reading materials regarding this subject would influence the interest of the
students to learn the subject and absorb the nationhood values.
Malaysia is one of the nation that contains deep vertical cleavages due to differences
in race, religion, culture, language and in order to integrate these diverse groups to build
and sustain unity is still a continuous effort (Saad & Jacob, 2012). The young generations’
30
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

knowledge and passion towards the country is vital to ensure the sustainability of peace and
prosperous of the country which could only be achieved through the instilling of nationhood
values among the Young Generation.

LITERATURE REVIEW

Multimedia and comprehension


A number of concurrent studies have been administered to investigate the effects of multimedia
on comprehension. Studies were conducted to investigate the use of pictures to foster
comprehension and answering of comprehension questions of expository texts as explained
by Baggett and Graesser (1995) and Larkin and Simon (1987) as cited in Otero et al.(2002).
Studies also supported the notion that the use of multimedia such as the graphic novels which
are also comics, in secondary classrooms improved readers’ comprehension skills such as
making inference (Brenna, 2013).
Relatively, in a previous study conducted by Plass, Chun, Mayer, and Leutner (1998)
students understood the story better when they looked up both visual and verbal annotations
compared to those who only referred to visual or verbal explanations. Similarly, Yoshii and Flaitz
(2002) found that learners using a combination of text and pictures performed significantly
better compared to groups using pictorial annotations or only text annotations. Both the studies
were cited in Abraham (2007). The use of sound, pictures, video and animated pictures have
shown that they facilitate second language reading comprehension (Chun and Plass, 2005).
Research conducted by Whiting and Granoff (2010) to examine the effects of multimedia
input on the comprehension of a short story concluded that aural and visual components assist
in comprehension.Formerly, Son (2003) as cited in Alkhasawneh, Rahman, Ayub, and Daud
(2012), investigated the effect of multimedia and non-multimedia text on comprehension of
a text and the result showed that multimedia text contributed to higher comprehension. In
a more recent research by Kuo, Yang and Kuo (2010) as cited in Alkhasawneh et al. (2012)
who investigated the effect of multimedia on elementary students’ reading comprehension,
concluded that students’ reading comprehension is enhanced by multimedia integrated text.
This is due to the combination of textual and visual images which assisted students to achieve
better comprehension through greater understanding of keywords in the reading material
(Sabbah, Masood, & Iranmanesh, 2013).

Comics In Education
Comics evoke meanings and exist in a unique medium since it is viable. It allows innovations
on presentation of dry materials in variety fields and is also categorized as a form of art (Al-
Tabaa, 2014). Comics is also defined as comprising of a distinctive art form and do not belong
to the print form (R. T. Cook and Meskin, 2015).Comics are referred to as a sequential art Eisner
(1995) while ScottMc Cloud (1994) refers to comics as “juxtaposed pictorial and other images
in deliberate sequence, intended to convey information and/or produce an aesthetic response
in the viewer.as as cited in Vassilikopoulou et al. (2011). The fame of comics can be traced
back to year 1930s. Sones (1944) reports that between 1935 and 1944, more than a hundred
critical articles were published in educational and nonprofessional publications (Hammond
,2009) as cited by Sabbah et al. (2013). The 1930s and 1940s were seen as the “Golden Age”
for the comics book publication and their use as educational material (Rifas,1988) as cited by
Kneller (2009). It was reported that in 1943 six thousand schools were utilizing comics in the
classroom as supplementary texts and Sones (1944) stated that over 100 articles were published
in academic journals between 1935-1944 (Kneller, 2009). For the past ten years, it has been
observed that comics books in the form of digital or digital comics has earned high demands
and the their use have increased tremendously.(Lombard-Cook, 2015).
Apart from that, the comics industry flourished through as valuable teaching tools to
illustrate potential new pedagogical avenues for the history classroom (Decker & Castro, 2012).
31
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

The comics later delved into more important topics such as stories on war, economic and crime
and ventured into the readers mind transporting them into visual and textual settings of the text
and became the entrée of the adolescents into the adults’ world (Tilley, 2013). Furthermore, the
rise of formal comics studies in visual arts- related and literary fields resulted in increase of
comics use in the post-secondary classrooms due to their interdisciplinary nature of merging of
text and images which also enhances the meaning making process in the text (Al-Tabaa, 2014).
This include text in nationhood and patriotism.
The educational potential of comics is described as assisting students in retaining
information, incorporating the content into the body of knowledge held by the students
including the facts and elements of evidence and events. Illustration in the comics assist them
to understand easier and clearer because comics are pictures or images and words that have
been arranged in such a way so that it would be able to convey a story. It can also be perceived
as an idea being dramatized Eisner (1985) as cited in Maldonado Editor and Yuan, (2011).
Some large-scaled studies using comics in the traditional classroom were conducted. One
study was by Hutchinson (1949) who conducted a survey among over two thousand teachers
on the use of comics in the classroom. The result indicated that comics could foster reading
skills among the students (Kneller, 2009). In a study conducted among 45 students chosen
randomly and given comics to read and answer a quiz, the students concluded that the comics
assisted them in clearly and accurately summarizing the main points found in the text read
(Engler, Hoskins, & Sylvan, 2008). Besides that, the pictorial images in the comics are found
to assist students in attaining meanings of expository texts (Evans, 2003) as cited in (Engler
et al., 2008) and guide students in making connections of the information between the verbal
and the visual representation found in the text (Engler et al., 2008). Therefore, when images
and words are combined, comprehension is increased (Chute,2008) as cited in Ching and Fook
(2013).Henceforth, using of comics will also help teachers to increase students’ interest by
varying the strategies and techniques in teaching comprehension (Nesamalar, Saratha, & Teh,
2005). It would also assist students in reading other materials in English including materials
on nationhood and patriotism.
In Malaysia, comics has paved its way from the historical path initiated through the use
of comics by cartoonist Lat to promote unity, diversity and uniqueness need to be preserved
by all Malaysians. Lat’s cartoon books in the 1950’s and 1960’s have been translated into
many languages and made him popular with fans around the world (Tju, 2009) . His comic has
disseminated and spread the nationhood values and patriotism by preserving the culture and the
recognition towards the national or local values in instilling love for the country.Hence, comics
has contributed on the revolution of the education itself and therefore it is not impossible to
utilize comics as maximum as possible in Malaysia.
The components of the comics are panels, gutters, balloons and captions Saraceni
(2003) as cited in Tiemensma (2009). Based on the positive effect of comics in education,
it is anticipated that the comics would evoke all the positive elements in assisting students
to comprehend reading materials specifically reading materials on nationhood and patriotism
found in English.

Comics In Nationhood Reading Materials


In accordance with that, comics has also established its position as a tool possessing the ability to
instill patriotism values among the students. The dynamics in comics in the form of illustration
enhances the readers’ understanding of the text specifically the materials on nationhood and
patriotism.
Among the comics found in the Malaysian context is the comic on the history of
Malaysia as illustrated here.

32
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Figure 1

Figure 1 displays the content found in the comics titled 1 Malaysia. The comics explains
the events and illustrates the scenes during the Malay States including the Malacca Sultanate
and the narration is continued towards the struggle during the British occupation. The comics
consist of fifteen chapters. The narration contains illustrations ,dialogues and explanation of
scenes as exhibited in Figure 2.

Figure 2
33
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

CONCLUSION

Hence, it is proposed that the relevant authorities adopt initiatives to provide opportunities to
access reading materials in the form of comics for nationhood in English too, with the prime
notion of inculcating the interest towards nationhood and patriotism among young generations.
In the discussed scope, the secondary students learn history as a subject and therefore, the
utilization of comics as one of the materials that could be accessed in the classrooms and their
homes would be an opportunity to enhance their knowledge in nationhood . Despite being a
‘light’ type of reading comics bear a vintage role in disseminating the values of nationhood,
patriotism and sense of belonging in the form of illustrations which is close to the students
heart.

BIBLIOGRAPHY

Alkhasawneh, S., Rahman, F. A., Ayub, A. F. M., & Daud, S. M. (2012). Developing multimedia
text for reading comprehension based on Cognitive Theory of Multimedia Teaching.
International Journal of Innovative Ideas, 12(November), 11–19.
Al-Tabaa, N. (2014). TEACHING!POW!COMICS!BAM!: Pedagogical approaches to comics
in post-secondary classrooms. Image Text:Interdisciplinary Comic Studies, 7(3).
Awang, M. M., Ahmad, A. R., Bakar, N. A., Ghani, S. A., Yunus, A. N. M., Ibrahim, M. A. H.,
Rahman, M. J. A. (2013). Students’ attitudes and their academic performance in nationhood
education. International Education Studies, 6(11), 21–28.
http://doi.org/10.5539/ies.v6n11p21
Brenna, B. (2013). How graphic novels support reading comprehension strategy development
in children. Literacy, 47(2), 88–94. http://doi.org/10.1111/j.1741-4369.2011.00655.x
Ching, H. S., & Fook, F. S. (2013). Effects of multimedia-based graphic novel presentation
on critical thinking among students of different learning. The Turkish Online Journal of
Educational Technology, 12(4), 56–66.
Chun, D. M., & Plass, J. L. (2005). Research on text comprehension in multimedia environments.
Language Learning and Technology, 1(1), 1–19.
Cook, R. T., & Meskin, A. (2015). Comics , prints , and multiplicity. The Journal Aesthetics
and Art Criticism, 73(1), 57–67. http://doi.org/doi/10.1111/jaac.12138/pdf
Decker, A. C., & Castro, M. (2012). Teaching History with Comic Books: A Case Study of
Violence. War, and the Graphic Novel. History Teacher, 45(2), 169–188. Retrieved from
https://libdatabase.newpaltz.edu/login?url=http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct
=true&db=a9h&AN=72954400&site=ehost-live
Dittmer, J., & Latham, A. (2014). The Rut and the Gutter: Space and Time in Graphic Narrative.
Cultural Geographies, 22(3), 1–18. http://doi.org/10.1177/1474474014536518
Dorn, L. J., & Soffos, C. (2005). Teaching for Deep Comprehension : A Reading Workshop
Approach. Portland: Stenhouse Publishers.
Dymock, S., & Nicholson, T. (2010). “High 5!” Strategies to Enhance Comprehension of
Expository Text. The Reading Teacher, 64(3), 166–178. http://doi.org/10.1598/RT.64.3.2
Engler, S., Hoskins, C., & Sylvan, P. (2008). Computer-Produced Comics. International Jounal
of Pedagogies &Learning, 4(4), 19–33.
Graham.B. (2005). Making Ethnic Citizens: The Politics and Practise of Education in Malaysia.
University of Oxford.
Jacobs, D. (2014). Webcomics,mutimodality and information literacy. Image
Text:Interdisciplinary Comic Studies, 7(3).
Kneller, M. F. (2009). The use of Comics-Based Cases in Anchored Instruction. Northern
Illinois University.

34
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Lombard-Cook, K. (2015). Jason Shiga’s Meanwhile and digital adaptability of non-traditional


narratives in comics. Journal of Graphic Novels and Comics, 6(1), 15–30.
http://doi.org/10.1080/21504857.2014.943410
Maldonado Editor, N., & Yuan, T. (2011). Technology in the Classroom:From Ponyo to ” My
Garfield Story ”: Using Digital Comics as an Alternative Pathway to Literary Composition.
Childhood Education, 87(4), 297–301.
http://doi.org/10.1080/00094056.2011.10523197
Mayer, R. E. (2009). Multimedia Learning (Second Edi). Cambridge,U.K: Cambridge
University Press.
Nesamalar, C., Saratha, S., & Teh, S. C. (2005). Elt methodology: Principles and practice.
Shah Alam: Oxford Fajar.
Pardo, L. S. (2004). What every teacher needs to know about comprehension. The Reading
Teacher, 58(3), 272–280. http://doi.org/10.1598/RT.58.3.5
Saad, S., & Jacob, R. I. (2012). Managing ethnic conflict for nation building: A comparative
study between Malaysia and Nigeria. Asian Social Science, 8(7), 69–76.
http://doi.org/10.5539/ass.v8n7p69
Sabbah, M., Masood, M., & Iranmanesh, M. (2013). Effects of graphic novels on reading
comprehension in Malaysian year 5 students. Journal of Graphic Novels & Comics, 4(1),
146–160. http://doi.org/10.1080/21504857.2012.757246
Sean, F., Houp, T., & Taylor, L. (2004). Webcomics: The influence and continuation of the
comix revolution. Image Text: Interdisciplinary Comic Studies, 1(2). Retrieved from http://
www.engl.ufl.edu/imagetext
Serafini, F. (2011). Expanding perspectives for comprehending visual images in multimodal
texts. Journal of Adolescent & Adult Literacy, 54(February), 342–350.
http://doi.org/10.1598/JA
Steirer, G. (2014). No more bags and boards: collecting culture and the digital comics
marketplace. Journal of Graphic Novels & Comics, (June), 1–15.
http://doi.org/10.1080/21504857.2014.913646
Tilley, C. L. (2013). “Superman Says, ‘Read!’” National Comics and Reading Promotion.
Childrens Literature in Education, 44(3), 251–263. http://doi.org/10.1007/s10583-012-
193-0
Tju, L. C. (2009). Lest we forget:The importance of history in Singapore and Malaysia comics
studies. Retrieved from http://imrc.jp/
Vassilikopoulou, M., Retalis, S. ., Nezi, M., & Boloudakis, M. (2011). Pilot use of digital
educational comics in language teaching. Educational Media International, 48(2), 115–
126. http://doi.org/10.1080/09523987.2011.576522.

35
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENGESAHAN INSTRUMEN PENILAIAN INPUT IPG TERHADAP


PENCAPAIAN KRITERIA STANDARD GURU MALAYSIA
(SGM)

Alias Hussain, Sabri Ahmad

Abstrak
Makalah ini bertujuan untuk menentusahkan indikator-indikator yang
menyumbang serta signifikan terhadap pembolehubah input program IPG
(pengajaran pensyarah, pedagogi, praktikum dan kemudahan) dan pembolehubah
SGM (SGM1, SGM2 dan SGM3) bagi menilai tahap pencapaian kriteria SGM
guru pra-perkhidmatan setelah mengikuti program latihan perguruan selama
8 semester di Institut Pendidikan Guru (IPG).Borang soal selidik ( 82 item )
dengan menggunakan skala Likert 7 mata telah diedarkan kepada 123 orang
guru pra-perkhidmatan di IPG Kampus Kota Bharu.Analisis faktor pengesahan
(CFA) digunakan untuk mengesahkan setiap model pengukuran bagi Input IPG
dan SGM.Kesimpulannya, semua pembolehubah iaitu pengajaran pensyarah,
pedagogi, praktikum, kemudahan , SGM1, SGM2 dan SGM3 telah mematuhi
syarat eka-dimensi, kesahan dan kebolehpercayaan.Sebanyak 48 item yang
signifikan terhadap keseluruhan pembolehubah bagi penilaian Input IPG dan
SGM bagi guru pra-perkhidmatan.

Kata kunci : penilaian, input IPG, standard guru malaysia, analisis faktor
pengesahan.

Abstract
This paper aims to verify indicators that contribute significantly to the input variables
IPG program (lecturers teaching, pedagogy, practice, facilities) anda variable SGM
(SGM1, SGM2 and SGM3) criteria for assessing the performance of pre-service
teacher SGM after the program teacher training during the 8th semesterat the Institute
of Teacher Education (IPG). Questionnaire (82 items) using a Likert scale of 7 points
was distributed to 123 pre-service teachers in IPG Kampus Kota Bharu. Confirmatory
Factor Analysis(CFA) was used to confirm measurement model for each Input IPG and
SGM. Result of research that, all variables that lecturers teaching, pedagogy, practice,
facilities, SGM1, SGM2 and SGM3 have complied with eka-dimensional, validity
andreliability. The total of 48 items are significant tothe overall of the variables Input
IPG and SGM for pre-service teachers.

PENGENALAN

IPGM merupakan salah satu agensi yang terlibat secara langsung melatih guru
praperkhidmatan (guru pelatih) perlu memastikan program yang dilaksanakan akan dapat
mencapai kriteria standard yang telah ditetapkan oleh SGM.Pencapaian kriteria SGM ini
akan dinilai terhadap pelajar tahun akhir program PISMP.Penilaian ini dapat diukur dengan
menilai tahap kompetensi pelajar serta penilaian tahap pencapaian kendiri pelajar terhadap
tiga kriteria SGM yang perlu dicapai. Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan berikut: a)
mengenal pasti tahap kompetensi guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.b)Mengenal
pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institut latihan
perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.( SGM, KPM).

36
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Model Standard Guru Malaysia (SGM) adalah suatu standard yang dapat menjadi
penanda aras bagi para guru dan bakal guru di Malaysia dalam melahirkan guru yang
berkualiti. Pelancaran buku SGM telah dilaksanakan pada 16 Mei 2009 bersempena Hari
Guru peringkat kebangsaan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turut
memberikan jawapan terhadap persoalan para guru mengenai Model Standard Guru Malaysia
(SGM) ini semasa beliau merasmikan pelancaran buku SGM tersebut. Beliau berkata:

“Bagi guru yang sering bertanya mengenai ‘berkualiti’, apa standard yang mereka
perlu ada, maka Standard Guru Malaysia adalah petunjuknya.Walaupun pembikinan
SGM berasaskan negara luar namun penanda arasnya dibangunkan dalam konteks
dan budaya serta amalan nilai-nilai masyarakat negara ini.” (Utusan Malaysia, 14
Mei 2009)

Model CIPP yang diperkenalkan oleh Stufflebeam (1967) diguna untuk menilai
bagaimana program yang dirancang di IPG bagi guru pra-perkhidmatan dapat menepati
keperluan untuk mencapai tahap kriteria SGM yang ditetapkan. Mengikut Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 14 Tahun 1994, penilaian program wajib dijalankan dibawah Sistem
Belanjawan Diubahsuai ( Perbendaharaan Malaysia, 2002).Penilaian program juga ditekan
dalam Kod Amalan Jaminan Kualiti Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia ( 2005). Ia
merupakan satu mekanisme dibawah aspek standard ketujuh iaitu Pemantauan dan Semakan
Semula Program yang bertujuan menambah baik program berdasarkan data sahih dan boleh
dipercayai.
Model teori penilaian CIPP ( context, input,process, product) mula diperkenalkan
di Ohio University untuk menilai ESEA ( the Elementary and Secondry Education Act).
Model ini terbahagi kepada penilaian ke atas empat aspek sesuatu program iaitu terdiri
daripada konteks, input, proses dan produk.Menurut Stufflebeam(1967),penilaian boleh
dilakukan terhadap sesuatu program dengan menggunakan keempat-empat aspek tersebut
atau menggunakan salah satu daripadanya bergantung kepada matlamat program.

Asas Model Penilaian Input IPG TerhadapPencapaian Kriteria SGM

IPGM telah menganugerah Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian kepada 6
kumpulan pelatih iaitu bermula 2010,2011,2012, 2013,2014 dan 2015. Namun begitu,
tiada kajian ilmiah ataupun laporan tentang penilaian terhadap tahap pencapaian kriteria
Standard Guru Malaysia bagi guru dari program PISMP sebelum atau selepas posting
dilaksanakan.Oleh itu sejauhmanakah input program IPGM berkesan melahirkan guru
sekolah rendah yang berkompeten dan mencapai tahap SGM masih lagi menimbul
persoalan.Bagi menilai sejauhmana keberkesanan program IPG, satu model penilaian
yang berkesan perlu dilaksanakan dengan menggunakan model CIPP dan Model Anstin
dan dimodelkan dalam bentuk Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM).
Model CIPP telah mula dibentuk pada tahun 1971 oleh Stufflebeam bagi tujuan
memenuhi proses penilaian yang berorentasikan objektif (Azizi Yahaya, 2001). Model
kemudiannya diperkemaskan oleh Stufflebeam dan Shinhfield (1985), Stufflebeam (2003)
dan sekali lagi dikemaskini oleh Stufflebeam dan Shinkfield (2007). Penilaian model ini
terdiri dari empat aspek utama iaitu penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses
dan penilaian produk seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

37
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 1 : Model CIPP

Penilaian konteks ialah mengenalpasti samada objektif program selaras dengan kehendak
yang menerima program.Penilaian input berfokus kepada semua aktiviti yang dilaksanakan,
faktor yang mempengaruhi program, faktor yang membantu pelaksanaan program seperti
kemudahan, sumber manusia, persekitaran dan sebagainya.Penilaian proses merupakan
semakan berterusan dalam pelaksanaan.Penilaian produk pula bertindak sebagai pengukur
dan pentafsir terhadap tahap pencapaian objektif sesuatu program.
Astin (1991) telah mempersembahkan model yang hampir sama dengan Model
CIPP, iaitu Model Anstin I-E-O seperti yang ditunjukan dalam rajah 2.Model ini telah
diguna dalam banyak penyelidikan diinstitusi pengajian tinggi dandianggap sebagai
salah satu model kajian yang paling diiktiraf serta ia merupakan penyelidikan secara
menyeluruh kepada program pendidikan. Model ini terdiri daripada tiga komponen utama
iaitu:

a) Input Variables (Kriteria – kriteria pengajian yang disediakan dalam program),


b) Enviroment variables (medium atau aktiviti yang terlibat dalam melaksanakan
program),
c) Out Variables (produk atau hasil yang hendak dicapai daripada program ).

Enviroment

Input Output

Rajah 2 : Model Astin I-E-O

Berdasarkan model CIPP dan Model Anstin, kedua-dua model akan diguna pakai
dalam proses mengenalpasti dan menilai keberkesanan program PISMP di IPG terhadap
melahirkan guru pra-perkhidmatan yang berkompeten dan memenuhi kriteria SGM.
Model Astin digunakan untuk mengenalpasti komponen-komponen yang memberi kesan
kepada program PISMP dan bagaimana komponen-komponen ini beroperasi seterusnya
kompetensi dan kriteria dikategorikan sebagai komponen output atau produk daripada
program PISMP.
Manakala model penilaian CIPP Stufflebeam diguna sebagai panduan untuk
mentukan komponen-komponen yang terlibat dalam penilaian keberkesanan program
PISMP terhadap melahirkan guru pra-perkhidmatan yang kompeten dan mencapai kriteria
38
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

SGM.Dalam kajian ini pengkaji mengguna pakai tiga langkah sahaja dari model CIPP
iaitu input , proses dan out put.Penilaian yang dilaksanakan dalam kajian ini ialah menilai
tanggapan pelajar terhadap komponen input dalam program dan penilaian tahap kendiri
pelajar pencapaian kriteria SGM.
Model CIPP dan Model Astin’s di adaptasi kepada Model Persamaan Berstruktur
seperti Rajah 3 bagi menilai tahap pencapaian kriteria standard guru malaysia bagi
guru pra perkhidmatan program PISMP, pengkaji telah membina satu model struktur
yang menggambarkan hubungan diantara input program IPG terhadap pencapaian tahap
standard guru malaysia berdasarkan kajian literatur sebelum ini.Komponen konstruk yang
terlibat dalam input program IPG ialah praktikum, kemudahan, pedagogi dan keadah
pengajaran pembelajaran.Manakala komponen konstruk standard guru malaysia ialah
terdiri daripada amalan nilai profesional(SGM1), pengetahuan dan kefahaman(SGM2)
dan kemahiran pengajaran pembelajaran ( SGM3). Model struktur merupakan model yang
dibentuk daripada pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas yang merupakan
pembolehubah pendam dan indikatornya (Chua, 2014).Model struktur dibentuk daripada
gabungan beberapa model pengukuran yang dibentuk berdasarkan teori.Menurut Hair et
al., (2006) menyatakan selepas model ukuran telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah
menentukan model struktur dengan memberi hubungan antara pembolehubah model yang
dicadangkan.Keputusan anggaran model struktur disemak untuk melihat anggaran yang
menyimpang ( Hair et al., 2006).

Rajah 3: Model Struktur

KAEDAH KAJIAN

Populasi kajian ialah guru pra-perkhidmatan setelah mengikuti program latihan perguruan
selama 8 semester di Institut Pendidikan Guru (IPG).Borang soal selidik ( 82 item ) dengan
menggunakan skala Likert 7 mata telah diedarkan kepada 123 orang guru pra-perkhidmatan
di IPG Kampus Kota Bharu secara persampelan mudah.Penetapan jumlah sampel kajian
berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan (1970) yang telah menetapkan jumlah sampel
berdasarkan jumlah populasi, walaupun persampelan bukan kebarangkalian digunakan
dalam kajian ini.Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 22.0 dan AMOS 22.0
bagi tujuan pemodelan.
Kaedah analisis pengesahan faktor (CFA) digunakan untuk menentusahkan item-item
soalselidik yang signifikan bagi setiap pembolehubah( konstruk). Perkara yang dilakukan
ialah melaksanakan analisis faktor pengesahan (CFA) terhadap item yang terlibat dalam
instrumen kajian bagi mengesahkan eka-dimensi, kesahan dan kebolehpercayaan. Joreskog
dan Sorbon (1998) menyatakan bahawa CFA digunakan untuk menguji eka-dimensi, kesahan
dan kebolehpercayaan model pengukuran konstruk yang tidak dapat diukur secara langsung.
Menurut Byrne (2010) pula, CFA pula hanya memfokus kepada hubungan antara faktor
39
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dan item-item dalam soalselidik yang dikenali sebagai model pengukuran. Ia mengukur
sejauhmana item-item yang ada dalam soalselidik mengukur pembolehubah yang telah
ditetapkan ( Hair et al.,2010).
Menurut Zainudin (2012), terdapat tiga aspek yang perlu dipatuhi dalam proses
menentukan kebolehpercayaan iaitu pertamanya ialah kebolehpercayaan dalaman yang
ditentukan dengan menggunakan nilai Alpha Cronbach yang melebihi 0.60, kedua ialah
kebolehpercayaan konstruk (CR) dengan nilai yang melebihi 0.60 dan akhir sekali ialah
kriteria purata varian terekstrak (AVE) yang melebihi 0.50. CFA bertujuan untuk mengesah
model pengukuran yang dibentuk berdasarkan teori dan dilaksanakan dengan menggunakan
perisian AMO 22.0.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 mengambarkan pekali kebolehpercayaaan pembolehubah berdasarkan tahap


penilaian kriteria Standard Guru Malaysia terhadap guru praperkhidmatan program PISMP
dalam kajian rintis.Dapatan menunjukkan nilai kebolehpercayaan bagi setiap pembolehubah
yang diterima. Ini menunjukkan instrumen kajian yang digunakan mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang signifikan untuk semua pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini
dimana nilai Alpha Cronbach bagi setiap pembolehubah melebihi nilai 0.7.

Jadual 1: Pekali Kebolehpercayaan berdasarkan pemboleh ubah


Pembolehubah Alpha Cronbach
Pengajaran pensyarah 0.94
Praktikum 0.94
Kemudahan IPG 0.89
Pedagogi 0.94
SGM1 0.93
SGM2 0.96
SGM3 0.95

Nilai pekali kebolehpercayaan melebihi 0.70 menunjukkan pembolehubah mempunyai


kesahan yang tinggi dan boleh diterima (Sekaran 2000; Hair et al. 2010 & Mohd Majid
2009).
Seterusnya , CFA dilakukan untuk mengesahkan atau menguji setiap model
pengukuran yang dibina. CFA melibatkan pengesahan bagi setiap item yang terlibat dalam
pembolehubah penting dalam model pengukuran sebelum menguji signifikan hubungan
diantara dua pembolehubah dalam model struktur. Fornell dan Larcker (1981) menegaskan
bahawa sebelum menguji kesignifikan hubungan dalam model struktur, model pengukuran
perlu mematuhi tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang telah ditetapkan serta
telah memuaskan indek kesepadanan. Statistik padanan bagi setiap model pengukuran
adalah seperti Jadual 2. Hasil kajian menunjukkan model pengukuran pengajaran
pensyarah,pedagogi, praktikum, SGM1, SGM 2 dan SGM 3 telah telah memenuhi
syarat kesepadan model.Semua indikator yang terlibat dalam model pengukuran yang
telah sepadan dengan data kajian, ia merupakan indikator yang signifikan bagi konstruk
masing-masing. Bagi model pengukuran kemudahan, indek kesepadan tidak dipatuhi
Bagi menentukan kesepadan model pengukuran tersebut akan dijanakan sekali lagi dalam
model pengukuran bergabung ( pooled measurement model).

40
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 2: Keputusan Analisis Faktor Pengesahan(CFA) Model Pengukuran Setiap


Konstruk
Statistik Padanan
Pembolehubah/Konstruk
ChiSq df CMIN/DF CFI RMSEA
Pengajaran Pensyarah 38.9 26 1.465 0.981 0.062
Pedagogi 55.036 32 1.720 0.977 0.077
Praktikum 34.724 24 1.447 0.987 0.061
Kemudahan 3.231 1 3.231 0.992 0.135
SGM1 6.185 4 1.546 0.995 0.067
SGM 2 14.327 12 1.194 0.997 0.040
SGM 3 2.712 2 1.356 0.998 0.054

Jadual 2 menunjukkan keputusan analisis pengesahan faktor model pengukuran


bagi setiap konstruk. CFA bagi model pengukuran ini dilaksanakan bagi menentukan
indikator yang signifikan terhadap konstruk yang terlibat.Kesignifikanan indikator ini
boleh dinilai berdasarkan indek padanan yang dipilih. Hasil kajian rintis ini, didapati
model pengukuran pengajaran pensyarah,pedagogi, praktikum, SGM1, SGM 2 dan SGM
3 telah telah memenuhi syarat kesepadan model.Semua indikator yang terlibat dalam
model pengukuran yang telah sepadan dengan data kajian, ia merupakan indikator yang
signifikan bagi konstruk masing-masing.Bagi model pengukuran kemudahan, indek
kesepadan tidak dipatuhi. Bagi menentukan kesepadan model pengukuran tersebut akan
dijanakan sekali lagi dalam model pengukuran penuh ( pooled measurement model).
Hair et al. (2010) menegaskan bahawa keputusan CFA bagi model pengukuran
bercantum dengan ujian ujian bagi kesahan konstruk akan memberi penjelasan yang lebih
baik terhadap kualiti ukuran yang digunakan. Fornell dan Larcker (1981) menegaskan
bahawa sebelum menguji kesignifikan hubungan dalam model struktur, model pengukuran
perlu mematuhi tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang telah ditetapkan serta telah
memuaskan indek kesepadanan. Menurut Zainudin (2012),terdapat tiga aspek yang
perlu dipatuhi dalam proses menentukan kebolehpercayaan iaitu pertamanya ialah
kebolehpercayaan dalaman yang ditentukan dengan menggunakan nilai Alpha Cronbach
yang melebihi 0.60,kedua ialah kebolehpercayaan konstruk ( CR) dengan nilai yang
melebihi 0.60 dan akhir sekali ialah kriteria purata varian terekstrak (AVE) yang melebihi
0.50.

Jadual 3 : Kebolehpercayaan dalaman, kebolehpercayaan konstruk (CR) dan AVE


Alpha
Faktor AVE CR
Item Cronbach
Beban >0.50 >0.60
(>0.70)
Pengajaran B2,B3,B4,B5,B6
0.59-0.80 0.94 0.51 0.90
Pensyarah ,B7,B8,B9,B10
C1,C2,C3,C4,C5
Pedagogi 0.70-0.84 0.94 0.51 0.90
C6,C7,C8,C9,C10
D1,D2,D3,D4,D5,D6,D11
Praktikum 0.65-0.86 0.94 0.71 0.93
D12,D13

Kemudahan E3,E4,E5,E6 0.65-1.02 0.89 0.60 0.85

SGM1 F1,F2,F3,F5,F8 0.69-0.92 0.93 0.72 0.61

41
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

G3,G4,G5,G7,
SGM2 0.80-0.85 0.96 0.70 0.94
G9,G13 ,G15

SGM3 H10,H12,H13,H14 0.80-0.84 0.95 0.66 0.89

Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian bagi semua pembolehubah memenuhi


kriteria kebolehpercayaan dalaman ( Alpha Cronbach) yang melebihi 0.70, nilai AVE yang
melebihi 0.50 dan nilai kebolehpercayaan konstruk (CR) melebihi 0.60. Bagi menguji
kesahan pembezalayan (Discriminant Validity) nilai pepenjuru iaitu punca kuasa dua
AVE mestilah lebih besar dengan korelasi antara semua pemboleh yang diuji. Fornell dan
Larcker (1981) menyatakan bahawa menguji kesahan pembezalayan, nilai punca kuasa
dua bagi AVE perlu lebih besar dari korelasi diantara semua konstruk yang diuji bagi
setiap konstruk. Korelasi adalah varians yang dikongsi secara bersama diantara konstruk
tersebut.

Jadual 4: Kesahan Pembeza Layan


SGM SGM SGM
Pembolehubah/konstruk E B C D
1 2 3
Kemudahan,E 0.78
Pengajaran Pensyarah,B 0.32 0.71
Pedagogi,C -0.02 0.44 0.81
Praktikum,D -0.03 0.51 0.80 0.84
SGM 1,F 0.00 0.43 0.63 0.73 0.85
SGM 2,G 0.00 0.46 0.72 0.83 0.83 0.84
SGM 3,H -0.03 0.44 0.62 0.78 0.77 0.81 0.81

Jadual 4 menunjukkan kesahan pembezalayan dalam kajian. Berdasarkan hasil


kajian, syarat kesahan telah dipenuhi iaitu semua nilai korelasi bagi pembolehubah yang
diuji adalah lebih kecil nilai punca kuasa dua AVE bagi konstruk tersebut. Ini menunjukkan
bahawa semua nilai pepenjuru adalah lebih besar dari nilai dibawahnya. Semua konstruk
yang terlibat dalam kajian telah telah memenuhi syarat bagi kesahan pembezalayan.
Bagi menggambarkan kesepadan model dengan data kajian, terdapat pelbagai
padanan statistik yang boleh digunakan. Terdapat tiga indek padanan statistik yang biasa
digunakan iaitu indek padanan mutlak (absolute fit indices; RMSEA, GFI dan Chisq),
indek padanan tokokan (Incremental fi indices ; AGFI,CFI,TLI dan NFI) dan indek
parsimoni (parsimony fit indice; Chisq/df) (Byrne, 2010; Hair et al, 2010). Menurut Hair
et al. (2010) sesuatu model dikatakan memenuhi ciri model yang sepadan sekiranya ia
memenuhi sekurang-kurangnya satu ukuran dari setiap kategori. Dalam kajian ini statistik
padanan yang digunakan ialah statistik Chisq/df, CFI dan RMSEA. Ketiga-tiga ukuran
penyuaian ini juga dipanggil sebagai indek padan anggaran (Kline, 2011).
Rajah 4 menunjukkan model pengukuran bercantum (pooled measurement model)
bagi model pengukuran tahap penilaian SGM. Model ini menggabungkan semua model
pengukuran bersama dan seterusnya melaksana prosedur analisis pengesahan faktor.
Namun begitu dalam kajian ini, pengkaji telah melaksanakan terlebih dahulu CFA
terhadap semua konstruk, seterusnya mengabungkan semua model pengukuran yang telah
mencapai syarat kesepadanan termasuk model pengukuran bagi konstruk kemudahan
yang masih lagi belum mencapai tahap kesepadanan. Pooled Measurement Model ini
dilaksanakan bagi membuat pengesahan sekali lagi terhadap kesepadan model bagi semua
konstruk.
42
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Faktor beban bagi setiap konstruk adalah melebihi 0.50 iaitu berada diantara julat
0.59 hingga 0.86.Mengikut Hair et al.(2006), faktor beban yang melebihi 0.50 diperlukan
untuk memastikan bahawa sesuatu item mengukur apa yang sepatutnya yang hendak
diukur. Analisis korelasi antara konstruk telah dijalankan untuk memeriksa hubungan
antara faktor pengajaran pensyarah, pedagogi, praktikum, kemudahan, SGM 1, SGM 2
dan SGM dimana pekali korelasi adalah kurang daripada 0.85 ( Hair et al., 2010). Ini
menunjukkan setiap dimensi mengukur perkara yang sepatutnya diukur dan hubungan
antara faktor adalah secara positif.
Merujuk kepada indek kesepadanan yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah iaitu
CMIN/DF=1.378 < 5 ( mematuhi ), CFI = 0.923 > 0,.90 (mematuhi) dan RMSEA =0.056
< 0.08 (mematuhi). Semua indek kesepadan pooled model telah dipatuhi, pooled model
pengukuran bagi semua pembolehubah yang dibentuk berdasarkan teori adalah sepadan
dengan data kajian.Ini jelas menunjukkan data soal selidik adalah menepati ciri kesahan
dan kebolehpercayaan instrumen. Seterusnya dapat disimpulkan bahawa konstruk
pengajaran pensyarah, pedagogi, praktikum, kemudahan, SGM 1, SGM 2 dan SGM 3
merupakan pembolehubah yang signifikan bagi model penilaian tahap SGM.

Rajah 4: Model Pengukuran Bercantum

43
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan bagi menentusahkan item yang signifikan terhadap setiap konstruk dan
seterusnya mengesahkan konstruk pengajaran pensyarah, pedagogi, praktikum, kemudahan,
SGM1, SGM2 dan SGM3 setiap konstruk mengukur perkara yang berbeza. Berdasarkan
analisis faktor pengesahan (CFA) yang telah dilakukan untuk mengesahkan keboleh percayaan
instrumen kajian, sebanyak 48 item yang signifikan terhadap konstruk pengajaran pensyarah,
pedagogi, praktikum, kemudahan, SGM 1, SGM 2 dan SGM 3. Analisis korelasi antara konstruk
telah dijalankan untuk memeriksa kewujudan hubungan antara konstruk dan didapati bahawa
semua nilai korelasinya adalah kurang daripada 0.85. Ini membuktikan bahawa setiap konstruk
mengukur perkara yang berbeza (Hair et al. 2010). Dapat dirumuskan bahawa item dan semua
model pengukuran pengajaran pensyarah, pedagogi, praktikum, kemudahan, SGM1, SGM2 dan
SGM3 menepati ciri-ciri kesepadan model bagi menilai model struktur penilaian terhadap kesan
Input IPG terhadap pencapaian kriteria SGM guru praperkhidmatan. Walaubagaimanapun, kajian
ini masih lagi boleh dapat ditambah baik pada masa akan datang dengan mengambil kira beberapa
aspek lain yang terlibat dalam Input IPG.

RUJUKAN

Anderson R. E., Tatham R. L. & Black W. C. 2010. Multivariate data analysis. Upper Saddle
River, NJ: Prentice Hall.
Anderson, J. C., & Gerbing, D.W. 1988. Structural equation modeling in practice: A review and
recommended two-step approach. Psychological Bulletin, 103 (3), 411–423
Anderson, J., & Gerbing, D. W. (1988). Structural equation modeling in practice: A review and
recommended two-step approach. Psychological Bulletin, 103, 411-423.
Bagozzi, R. P., & Yi, Y.(1988) .On the evaluation of structural equation models. Journal of the
Academy of Marketing Science, 16, 74-94.
Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Manual Kualiti. Kementerian Pelajaran Malaysia.
(Februari). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru. (2006). Laporan Tahunan 2006. Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru. (1995). Kajian keberkesanan kurikulum Kursus Perguruan Lepas
Ijazah (KPLI) Institut/Maktab Perguruan Malaysia. Putrajaya, Malaysia: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Balkisnah S., & Norhasni Z. A. (2009). Tinjauan faktor-faktor pendorong dan penghalang
pemindahan latihan: konteks Malaysia. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan.
2(1), 107-124.
Byrne, B. M. (2001). Structural equation modeling with AMOS: Basic concepts, applications,
and programming. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
Byrne, B.M. (2010). Structural Equation Modeling with AMOS. Edisi ke-2. New York: Taylor
& Francis Group.
Chua Y. P. (2009). Statistik penyelidikan lanjutan. Kaedah dan statistik penyelidikan. Buku 5.
Mc Graw Hill Education (Malaysia) Sdn Bhd.
Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Pendidikan, buku 1 Kaedah Penyelidikan. Kuala
Lumpur: McGraw Hill.
Cronbach, L. J. (1951). Coefficient Alpha and the Internal Structural of Tests. Psychometrica,
16  (3), 297-334.
Fornell, C., & Larcker, D. (1981). Structural equation models with unobservable variables and
measurement error. Journal of Marketing Research, 18(1), 39-50.
Hair, J. F., Tatham, R. L., Anderson, R. E., & Black, W. (2010). Multivariate Data Analysis
(7th. ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

44
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Joreskog, K. G. (1966). Testing a simple structure hypothesis in factor analysis. Psychometrika,


31, 165-178.
Joreskog, K. G., & Sorbom, D. (2000). LISREL 8: Structural equation modeling with the
SIMPLIS command language. Chicago: Scientific Software.
Kline R. B. (2011). Principles and Practice of Structural Equation Modeling. New York, NY:
The Guilford Press.
Krejcie, R.Y., & D.R., Morgan. (1970). Determining sample size for research activities
edu-cational &psychological measurement. Journal of Educational and Psychological
Measurement (30), 607- 610.
Mohd Najib Abdul Ghaffar. 2003. Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Penerbitan
UTM.
Ros Ayu, A., Mohd Lazim A., Wan Salihin Wong A., Mohd Rashid A. H. (2013). Pengesahan
instrumen penerimaan pembelajaran-e. Journal of Quality Measurement and Analysis, 9
(2). pp. 1-10.
Schumacker, R. E., & Lomax, R. G. (2004). A beginner’s guide to Structural Equation Modeling
(2nd ed.). Mahwah, New Jersey, London: Lawrence Erlbaum.

45
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENAAKULAN MORAL MURID INDIA BERMASALAH DISIPLIN:


KAJIAN DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH

Ashotha Krishnan, 2Nadarajan Thambu


1

1
SMK Seksyen 4, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
2
Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Pendidikan Moral di Malaysia mempunyai matlamat untuk melahirkan murid bermoral
dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan
tindakan moral. Justeru, program Pendidikan Moral berusaha untuk mendidik murid
untuk menaakul, berfikir dengan logik dan membuat pertimbangan yang teliti sebelum
mengambil sesuatu tindakan atau keputusan moral. Aspek penaakulan moral (moral
reasoning) penting kerana kemampuan menaakul dengan memberikan sebab-musabab
dalam sesuatu dilema moral membolehkan mereka bertindak rasional untuk mengatasi
segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Oleh itu, kajian ini bertujuan
menganalisis perkembangan penaakulan moral pelajar India yang mempunyai masalah
disiplin di sekolah menengah. Seramai 10 orang pelajar india (5 pelajar perempuan dan
5 pelajar lelaki) digunakan sebagai peserta kajian. Kajian kualitatif ini menggunakan
alat terpiawai “The Sociomoral Reflection Measure-Short Form” (SRM-SF) hasil
kajian Gibbs, Basinger, dan Fuller (1992) sebagai instrumen primer di samping kaedah
temu bual, pemerhatian dan pengumpulan dokumen untuk mendapatkan data. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa 60 peratus menaakul pada tingkat penaakulan moral
matang dan 40 peratus yang lain menaakul pada tingkat penaakulan moral kurang
matang. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa keadaan sosioekonomi keluarga dan
tingkah laku rakan sebaya mempengaruhi perkembangan penaakulan moral mereka.

Kata kunci: Penaakulan moral, Sosioekonomi, Sociomoral Reflection Measure-


Short Form, Pendidikan Moral, disiplin.

PENGENALAN

Dalam kehidupan, seseorang individu perlu melalui pelbagai proses perkembangan diri
sehingga matang. Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Mengikut
Berk (1989), proses perkembangan moral melibatkan tiga komponen kendiri moral iaitu
penaakulan moral (moral reasoning), emosi moral (moral feelings) dan tingkah laku moral
(moral behavior). Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur
dan merangsangkan lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa
gembira membuat apa yang betul dan berasa salah jika melakukan sesuatu yang tidak betul
atau tidak bermoral. Kajian penaakulan moral dalam kalangan pelajar India bermasalah ini
menggunakan definisi yang diutarakan oleh Gibbs, Basinger, dan Fuller (1992). Mereka telah
mendefinisikan penaakulan moral sebagai sebab-sebab atau justifikasi yang dipegang oleh
individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan moral.
Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ia
adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan
tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan (Abdulaah Sani Yahaya, 2005). Di
sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar.Apabila seseorang
individu dapat menaakul secara rasional dan bebas, perlakuan individu dalam bentuk tingkah
laku dan tindakan akan terhasil. Perlakuan ini akan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan
individu tersebut pada masa yang sama, supaya perlakuan ini adalah bersifat moral dan bukan
46
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

hanya mengikut “perintah” atau “arahan” daripada penaakulannya, yakni penaakulan ini
mungkin dikawal oleh autoriti luaran. Sebaliknya penaakulan yang tanpa rasional dan tidak
bebas, serta tidak dipengaruhi oleh emosi dan perasaan moral, akan menghasilkan perlakuan
individu yang tidak berautonomi dan mungkin tidak bermoral, kerana tindakan atau tingkah
lakunya mungkin bertentangan dengan haluannya.
Mengambil fenomena di atas dan mengaitkannya dengan psikologi moral, kemoralan
dapat dilihat menerusi tiga komponen iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah
laku moral. Ketiga-tiga komponen moral ini saling berkait dan berhubungan yang akhirnya
diterjemahkan dalam tingkah laku moral. Justeru kajian ini berfokus untuk memperihal
pembentukan penaakulan moral pelajar India secara komprehensif.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengawasan terhadap masalah disiplin pelajar sentiasa diberi perhatian oleh semua
pihak baik oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri mahupun oleh pihak
sekolah. Pengetua atau guru besar sentiasa mengambil tindakan yang perlu dalam usaha
membendung masalah disiplin pelajar (Laporan Salah Laku Pelajar, 1994/95). Peraturan
dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran menjadi panduan semasa
melaksanakan pengawasan disiplin (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979). Menurut Zahri
Zainuddin (2005) dalam artikelnya yang dibentangkan oleh pasukan khas Kementerian
Pelajaran untuk menghadapi masalah pelajar pada bulan April (2004), lebih 670 panggilan
dirakamkan daripada pelajar membabitkan 202 aduan ingkar disiplin dan salah laku, 337
aduan terhadap pengurusan sekolah dan 135 soal jawab serta pandangan daripada orang
ramai.
Kes-kes keruntuhan akhlak yang dilaporkan oleh media dan perangkaan
yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berwajib menggambarkan wujudnya krisis moral
dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. fenomena ‘kemerosotan moral’(moral
decline)‘dekadensi moral’(moral decadence) dan juga ketidakpastian moral(moral
uncertainty) (Smith, 2000). Suasana ini sangat berkait rapat dengan penaakulan moral.
Statistik Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai salah laku disiplin pelajar dalam
tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata 2 %, manakala kes jenayah yang
diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata 0.03%. Antara kes salah laku disiplin yang
sering dilakukan pelajar terbabit termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545
kes), kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa
(17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vandalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes).
Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara
lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ini isu yang perlu ditangani secara serius
(Berita Harian, 28 Julai 2008). Data Kementerian Pelajaran tahun 2008 menunjukkan
21,060 pelajar dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar terlibat pada tahun
sebelumnya (Utusan Online, 28 Jun 2009).
Masalah disiplin yang berturutan dapat dijadikan petunjuk kepada keperluan untuk
mengumpul maklumat terperinci konflik susutan nilai dalam proses penaakulan moral
dalam kalangan pelajar di Malaysia. Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan
moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral
tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti
dapat menggerakkan tingkah laku moral. Hal ini demikian kerana penaakulan moral
merupakan satu aktiviti kognitif yang melibatkan pertimbangan moral untuk mencapai
keputusan moral. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah
Malaysia pada tahun 2004, jumlah tahanan juvana dan pelajar India di atas pelbagai
kesalahan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2004 adalah 9.65% dan 6.2% masing-
masing.

47
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 1: Penahanan Juvana / Pelajar yang Terlibat dalam Jenayah


(Jan – Okt 2004) (berusia antara 7 – 18 tahun)
Subjek Juvana Peratus Pelajar Peratus
Melayu 3,205 68.6 1,929 80.8
Cina 455 9.7 172 7.2
India 451 9.7 149 6.2
Lain-lain 563 12.0 137 5.8
Jumlah 4,674 100 2,377 100
Sumber. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (2004)

Isu penaakulan moral ini harus dikaji memandangkan meningkatnya masalah-masalah


keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat India khususnya golongan pelajar di Malaysia
pada masa ini. Justeru itu kita perlu memahami apakah tahap penaakulan moral pelajar India
agar kita dapat mengenal pasti punca dan akibatnya kelak. Yang lebih penting kita juga perlu
mempunyai cara menilai pemikiran moral pelajar India agar corak penaakulan moral itu dapat
diukur dengan lebih tepat.

PERNYATAAN MASALAH

Kajian untuk menentukan corak penaakulan moral pelajar India amat wajar dilakukan. Isu
penaakulan moral ini harus dikaji memandangkan meningkatnya masalah-masalah keruntuhan
moral dalam kalangan masyarakat India khususnya golongan pelajar di Malaysia pada masa ini
(Ramanathan, 2000). Tavecchio, Stams, Brugman, dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan
salah satu matlamat jangka panjang mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami
serta menjangka tingkah laku moral, termasuk salah laku. Secara empirikal, hubungan antara
kecekapan pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku merupakan cabang
kajian yang terbukti penting pada dekad ini (Gregg, Gibbs, & Basinger, 1994). Justeru itu
kita perlu memahami tahap penaakulan moral oleh pelajar India kini agar kita dapat mengenal
pasti punca dan akibatnya kelak. Yang lebih penting kita juga perlu mempunyai cara menilai
penaakulan moral pelajar India agar corak penaakulan moral dapat diukur dengan lebih tepat.
Justeru, kajian dilakukan perlu mengambil kira pembentukan penaakulan moral melalui
latar belakang keluarga dan salah satu aktiviti sosial iaitu interaksi dengan rakan sebaya. Menurut
Kohlberg (1975), sikap moral bukan sahaja hasil daripada sosialisasi tapi juga dari kebiasaan dan
kebudayaan. Perkembangan moral kanak-kanak mempunyai hubungan dengan latar belakang
keluarga, perbentukan peribadi, pendidikan dan aktiviti sosial. Kolhberg berpendapat tahap
perkembangan moral kanak-kanak adalah sama dalam semua masyarakat. Kebudayaan dapat
mempengaruhi perkembangan moral kanak-kanak. Rangsangan dan pendedahan yang diterima
oleh kanak-kanak akan menentukan lambat atau cepatnya perkembangan moral kanak-kanak
itu.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dilakukan adalah seperti berikut:


1) Mengetahui tahap penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin.
2) Menganalisis perkembangan penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin melalui
keadaan sosioekonomi keluarga.
3) Menganalisis perkembangan penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin melalui
tingkah laku rakan sebaya.

48
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa persoalan utama seperti berikut:


1) Apakah tahap penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin?
2) Bagaimanakah perkembangan penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin
dipengaruhi oleh keadaan sosioekonomi keluarga?
3) Bagaimanakah perkembangan penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin
dipengaruhi oleh rakan sebaya?

KEPENTINGAN KAJIAN

Salah satu tumpuan utama mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah adalah kepada
perkembangan penaakulan moral pelajar. Satu kajian mengenai tahap penaakulan moral
pelajar India patut dilakukan berbanding dengan masalah disiplin dalam kalangan mereka.
Kajian ini merupakan satu usaha yang menyahut cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia
bahawa tumpuan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral adalah kepada penyelesaian
masalah yang berkaitan dengan isu dan situasi moral yang memerlukan pertimbangan
rasional oleh pelajar sebelum membuat sesuatu keputusan diambil terhadap isu dan situasi
yang dikemukakan. Kohlberg (1975) mengakui bahawa pendidikan moral mempunyai asas
dalam merangsangkan pemikiran aktif seseorang ketika dia membuat keputusan terhadap
isu-isu moral.
Isu kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar yang selalu dibicarakan perlu dicari
jalan penyelesaian segera. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia melibatkan
banyak faktor yang boleh mendatangkan kerosakan terutamanya kepada diri remaja, agama
dan negara. Tanggungjawab membanteras masalah disiplin pelajar sekolah bukan sahaja
tanggungjawab kerajaan malah harus dipikul oleh semua pihak. Ini kerana pelajar merupakan
aset negara paling berharga yang akan menentukan masa depan masyarakat dan negara.
Penaakulan moral merupakan sesuatu yang sering dikaji di Barat tetapi di Malaysia, kajian
dalam bidang ini masih kurang. Maka adalah menjadi harapan pengkaji supaya hasil dan
dapatan kajian ini dapat memberi sedikit sumbangan yang baru. Juga diharapkan bahawa
kajian ini dapat menimbulkan minat terhadap penyelidikan yang lanjut dalam bidang ini.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian


Bissex dan Bullock (1987) menegaskan “because of its focus on the activities of individual
writers and learners, case-study analysis is arguably the most valid form of research into
the highly individual and idiosyncratic processes of writing and learning to write” (pp.23).
Justeru, kajian penaakulan moral pelajar India bermasalah ini lebih sesuai digunakan kaedah
secara kualitatif kajian kes kerana dapat menghuraikan dan menjelaskan proses penaakulan
pelajar dengan lebih dekat dan mendalam.

Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar India tingkatan empat yang belajar
Pendidikan Moral. Mereka ini dipilih dari sekolah harian biasa di daerah Petaling, negeri
Selangor dimana pengkaji bertugas. Rasional pengkaji memilih pelajar tingkatan empat
sahaja adalah kerana pengkaji tidak bertujuan untuk membuat perbandingan mengikut
umur. Pengkaji ingin melihat terperinci peringkat penaakulan moral pelajar dan faktor-
faktor yang mempengaruhi pembentukan penaakulan moral pelajar iaitu keadaan
sosioekonomi keluarga dan rakan sebaya.
Pengkaji hanya memilih pelajar tingkatan empat kerana mereka merupakan
kumpulan yang sesuai diukur tahap perkembangan penaakulan moral. Ini adalah
49
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

memandangkan pelajar tingkatan empat telah melalui sekurang-sekurangnya tiga tahun


persekolahan menengah dan cukup terdedah kepada pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral dalam KBSM. Mereka seharusnya mempunyai pengetahuan yang
mencukupi untuk memberi suatu penilaian yang adil dan objektif. Mereka juga dipilih
sebagai sampel kajian kerana jika didapati mereka tidak mencapai tahap penaakulan yang
sepatutnya, masih terdapat setahun lagi di Tingkatan lima untuk para guru memperbaiki
situasi mereka tamat persekolahan menengah.

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan empat cara untuk mengumpul data . Cara pertama Soal Selidik
Penaakulan Moral (SRM-SF), cara kedua dengan menggunakan soalan temu bual, cara
ketiga pemerhatian oleh penyelidik dan cara keempat ialah pengumpulan dokumen-
dokumen mengenai pelajar.
Tahap penaakulan moral pelajar diukur dengan menggunakan alat terpiawai “The
Sociomoral Reflection Measure-Short Form” (SRM-SF) hasil kajian Gibbs, Basinger,
dan Fuller (1992). Alat tersebut telahpun diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh pengkaji
sebelum ini supaya dapat ditadbir dalam kalangan pelajar subjek kajian yang lebih
menggunakan Bahasa Melayu. SRM-SF ini terdiri daripada 11 soalan. Lima unsur yang
diuji adalah Perjanjian dan Kebenaran, Hubungan (dengan ibu bapa dan kawan), Nyawa,
Hak Milik dan Undang-undang serta Keadilan Perudangan. Pembahagian bilangan soalan
mengikut setiap unsur. Rujuk Jadual 2.

Sociomoral Reflection Maturity score (SRMS) adalah skor yang menentukan tahap
penaakulan moral subjek kajian. SRM-SF tersebar dari nilai 1 (Peringkat 1) ke nilai
4 (Peringkat 4). Di antara setiap peringkat juga terdapat transisinya. Mengikut Gibbs,
Basinger dan Fuller (1992), pembahagian skor dalam SRM-SF secara terperinci adalah
seperti yang tercatat dalam Jadual 3.

Jadual 2: Pembahagian Soalan Mengikut SRM-SF


Nombor Soalan Unsur Kajian
Perjanjian dan Kebenaran
1 Perjanjian dengan kawan
2 Perjanjian dengan sesiapa sahaja
3 Perjanjian dengan kanak-kanak
4 Bercakap benar
Hubungan
5 Hubungan dengan ibu bapa
6 Hubungan dengan kawan
Nyawa
7 Menyelamat nyawa sesiapa sahaja
8 Nyawa sendiri
Hak milik dan perundangan
9 Menjaga harta benda orang lain
10 Mematuhi undang-undang
Keadilan perudangan
11 Menghukum pesalah

50
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 3: Peringkat Penaakulan Moral Dan Skor-skornya

TINGKAT PERINGKAT SKOR


Tingkat Matang Peringkat IV 3.75-4.00
Transisi 6 3.50-3.74
Transisi 5 3.26-3.49
Peringkat III 2.75-3.25
Transisi 4 2.50-2.74
Transisi 3 2.26-2.49
Tingkat Kurang Matang Peringkat II 1.75-2.25
Transisi 2 1.50-1.74
Transisi 1 1.26-1.49
Peringkat 1 1.00-1.25

Pengumpulan data adalah tidak lengkap tanpa pemerhatian. Ini disebabkan temu
bual hanyalah merupakan pengumpulan laporan kendiri individu atau kumpulan individu
tertentu (Marohaini Yusuf 2001). Dengan itu, adalah penting bagi seseorang penyelidik untuk
membuat triangulasi maklumat yang dikumpulkan dengan pemerhatian. Kaedah pemerhatian
juga merupakan salah satu kaedah untuk mendapatkan sumber data dan bahan bukti dalam
menjalankan kajian kes. Dalam penyelidikan, pemerhatian digunakan untuk memahami
sesuatu fenomena dengan lebih jelas. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian sistematik,
rakaman, penerangan,analisis dan interpretasi kelakuan manusia (Saunders et al., 2003).
Terdapat dua jenis pemerhatian yang boleh dijalankan iaitu pemerhatian berstruktur dan
pemerhatian penglibatan (participant observation) atau pemerhatian kurang berstruktur (Cano,
2000; Saunders et al, 2003).
Menurut Marohaini Yusoff (2001), temu bual boleh dijalankan secara berfokus
ataupun dengan tidak berfokus. Pengkaji menggunakan kedua-duanya. 10 orang pelajar India
bermasalah telah ditemubual berdasarkan satu set panduan soalan dalam kajian ini. Setiap sesi
dirakamkan demi membantu analisis data kemudian.
Di samping mendapatkan data daripada temu bual dan pemerhatian, maklumat dalam
bentuk dokumen adalah satu sumber bukti penting dalam penyelidikan kajian kes. Untuk
kajian ini, penyelidik akan mengumpulkan dokumen-dokumen seperti profil pelajar, keputusan
peperiksaan dan analisis peperiksaan, latar belakang sosioekonomi pelajar, rekod disiplin
pelajar (SSDM), catatan buku kawalan kelas, komen daripada guru dan sebagainya.

DAPATAN KAJIAN

Penaakulan Moral Pelajar India Bermasalah Disiplin

Jadual 4: Melaporkan Taburan Responden Mengikut Tingkat Penaakulan Moral


Jenis Tingkat Skor Bilangan Peratusan
Tingkat Matang

Peringkat IV 3.75-4.00 - -
Transisi 6 3.50-3.74 1 10%
Transisi 5 3.26-3.49 - -

Peringkat III 2.75-3.25 3 30%


Transisi 4 2.50-2.74 2 20%

51
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Tingkat Kurang Matang

Transisi 3 2.26-2.49 3 30%

Peringkat II 1.75-2.25 1 10%


Transisi 2 1.50-1.74 - -
Transisi 1 1.26-1.49 - -

Peringkat I 1.00-1.25 - -

Jumlah 10 100%

Mengikut Gibbs, tahap penaakulan moral boleh dibahagikan kepada dua tingkat,
iaitu tingkat kurang matang dan tingkat matang. Tingkat kurang matang terdiri daripada
peringkat I dan peringkat II. Tingkat matang pula terdiri daripada peringkat III dan
peringkat IV. Semakin tinggi peringkat, semakin matang penaakulan moral responden
kajian. Daripada analisis terdapat enam responden berada di tingkat matang dan baki
empat responden berada di tingkat kurang matang. Ini menunjukkan majoriti pelajar India
yang bermasalah disiplin iaitu 60 peratus mempunyai tahap penaakulan yang baik. Walau
bagaimanapun tidak ada responden yang mencapai peringkat yang tertinggi dalam tingkat
kematangan penaakulan moral individu iaitu peringkat IV yang dinamakan sistem dan
piawai (Systemic and standard). Tetapi terdapat seorang pelajar berada di transisi 6 iaitu
menuju ke peringkat IV dengan skornya antara 3.50-3.74.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat tiga orang responden yang berada
di peringkat III iaitu saling bergantung dan prososial (Mutual and prosocial) dengan
skornya antara 2.75-3.25. Dua responden mempunyai skornya antara 2.50-2.74 berada
di transisi 4 iaitu menuju ke peringkat III. Manakala empat responden berada di tingkat
kurang matang iaitu tiga responden berada di transisi 3 dengan skornya antara 2.26-2.49.
Seorang responden lagi berada di peringkat II yang dikatakan pertukaran dan instrumental
(Exchanging and instrumental). Perbezaan skor antara empat responden ini bukan jauh
perbezaan.
Kesimpulanya dapatan kajian ini menunjukkan bahawa antara sepuluh orang
responden 60 peratus menaakul pada tingkat penaakulan moral matang dan 40 peratus
yang lain menaakul pada tingkat penaakulan moral kurang matang. Peringkat III adalah
peringkat paling dominan sekali.

Pengaruh Sosioekonomi Keluarga Ke Atas Penaakulan Moral


Persoalan kajian kedua merungkai keadaan sosioekonomi keluarga pelajar India bermasalah
disiplin yang mempengaruhi penaakulan moral mereka. Bandura (1963) mengatakan
fungsi kognitif dalaman memainkan peranan penting dalam mempengaruhi individu
melakukan tingkah laku yang diingini. Beberapa faktor telah dikenal pasti mempengaruhi
perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu pendapatan isi rumah, pendidikan ibu bapa,
pekerjaan ibu bapa, bilangan anak, saiz isi rumah, urutan kelahiran, struktur keluarga,
suasana rumah, sikap ibu bapa, pengambilan makanan, serta status pemakanan dan kesihatan
(Azizi 2005; Kordas, 2004). Jadi, penyelidik telah mengambil kira semua perkara di atas
dan akhirnya menganalisis status sosioekonomi keluarga berdasarkan aspek berikut :

i. Tanggungjawab antara ibu bapa dan anak.


ii. Pengabaian dan diskriminasi dalam memberikan kasih sayang oleh ibu bapa.
iii. Tingkah laku dan komunikasi agresif oleh ibu bapa.
iv. Pendapatan, tahap pelajaran dan pemilihan kerjaya ibu bapa.

52
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kompenen konteks keluarga berperanan penting dalam sesebuah keluarga. Keluarga


merupakan persekitaraan pertama anak-anak. Sejak dilahirkan, sehingga berkembang dan
membesar, anak-anak mengadaptasi persekitaraan pertama mereka bersama keluarga.
Teori Bronfenbrenner (1979, 1986, 1992) menyatakan dengan jelas tentang persekitaran
keluarga dan kekuatan pengaruh persekitaran terhadap perkembangan diri anak-anak.
Ia adalah satu proses dan mengambil masa yang lama serta melibatkan ibu bapa yang
berperanan sebagai mentor. Seharusnya ibu bapa faham akan tanggungjawab mereka tidak
semudah menyediakan keperluan asas sahaja.
Dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak amat
kurang. Ini disebabkan oleh komitmen ibu bapa lebih tertumpu kepada kerjaya dan tuntutan
ekonomi keluarga berbanding dengan keperluan meluangkan lebih banyak masa bersama
keluarga dan anak-anak. Tambahan pula anak-anak di tahap menengah dianggap lebih
berdikari dan dipantau pada tahap yang paling minimum memandangkan ibu bapa lebih
bersikap memberi kelonggaran berbanding ketika anak-anak berada di tahap pra-sekolah
dan sekolah rendah (Lindey & Nye, 2000)
Tanggungjawab seorang bapa amat penting dalam perkembangan kognitif kanak-
kanak. Kajian menunjukkan semakin banyak masa yang diluangkan oleh bapa bersama
anak lelaki dalam proses pembesaran, semakin banyak tingkah laku bapa akan ditiru
terutamanya dalam cara berfikir dan menyelesaikan masalah (Radin, 1981). Dalam kajian
ini bapa kepada anak-anak ini jarang meluangkan masa dengan mereka. Perkembangan
kognitif kanak-kanak lelaki juga didapati ada hubungan dengan kekerapan bapa bersama
anak tersebut. Kewujudan bapa secara kerap boleh membentuk konsep pemikiran analitik
dan bebas dalam kalangan anak-anak.
Dapatan kajian juga menunjukkan ibu bapa melepaskan tanggungjawab mereka
kepada Pusat Asuhan Kanak-kanak, di mana anak-anak ini dibesarkan di pusat ini selama
enam tahun. Ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa memasuki Pusat Asuhan
Kanak-kanak yang berkualiti rendah berkait rapat dengan tahap tingkah laku bermasalah
yang tinggi. Menurut Belsky dan Steinberg (1990) jika seseorang kanak-kanak daripada
persekitaraan yang memberangsangkan dihantar ke Pusat Asuhan Kanak-kanak yang
berkualiti rendah, kesan-kesan negatif akan timbul.
Interaksi dan komunikasi yang rapat antara ibu bapa dan anak memberi peluang
kepada ahli-ahli keluarga berbincang tentang banyak perkara, antara lain adalah isu
moral. Ini pasti dapat membantu menajanakan kebolehan penaakulan moral kanak-kanak
yang membesar dalam keluarga sebegini. Senario tersebut mungkin juga berlaku dalam
keluarga berstatus sosioekonomi sederhana dan tidak semestinya wujud di keluarga
berstatus sosioekonomi tinggi. Ini mungkin adalah salah satu sebab kenapa dalam kajian
ini, peringkat penaakulan moral pelajar dari keluarga berstatus sosioekonomi sederhana
memperolehi skor penaakulan moral yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar dari
keluarga berstatus sosioekonomi tinggi.
Kohlberg mengatakan bahawa seseorang yang berpendidikan tinggi akan
mempunyai penaakulan yang tinggi dan sentiasa melibatkan diri dengan masyarakat.
Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan ibu bapa berpelajaran rendah sahaja dan tidak
mengambil berat dalam pelajaran anak di sekolah. Kepentingan pendidikan memerlukan
keupayaan ibu bapa menguasai kemahiran dan pengetahuan yang sewajarnya. Kajian lalu
jelas menunjukkan bahawa tahap kemahiran dan pengetahuan ibu bapa memberi kesan
kepada kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran (Green et al., 2007; Hoover-Dempsey
& Sandler, 1995, 1997, 2005). Model Proses Penglibatan Ibu Bapa (Hoover-Dempsey &
Sandler, 1995) menjelaskan bahawa bentuk dan penglibatan ibu bapa dipengaruhi oleh
pengkhususan daripada pengetahuan dan kemahiran yang ada pada ibu bapa. Ini disokong
pula oleh Model Keteguhan Keluarga (DeFrain & Asay, 1999) yang menjelaskan berkaitan
sikap ibu bapa yang sentiasa mengambil tahu akan perkembangan kognitif anak-anak.

53
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Pengaruh Rakan Sebaya Ke Atas Perkembangan Penaakulan Moral


Pengaruh tingkah laku rakan sebaya ini boleh dikategorikan kepada beberapa aspek iaitu :

i. Penolakan rakan sebaya.


ii. Penerimaan rakan sebaya berkebolehan pemikiran kognitif yang tidak seimbang.
iii. Perhubungan rakan sebaya yang mempunyai masalah tingkah laku.

Piaget dan Kohlberg percaya bahawa interaksi dengan rakan sebaya memainkan
peranan penting dalam menerbitkan bentuk-bentuk pemikiran moral yang lebih canggih.
Mereka juga berpendapat bahawa jika kanak-kanak dibiarkan mengalami pelbagai konflik
semasa berinteraksi dengan rakan, lama-kelamaan mereka akan jadi mahir dalam menghadapi
dilema iaitu mempunyai cara penaakulan yang lebih berkesan dan kompleks. Penolakan
rakan sebaya juga berkait rapat dengan masalah disiplin. Huggins (2001) mengatakan
terdapat kajian yang membuktikan penolakan rakan sebaya mendorong berlakunya tingkah
laku agresif seperti keganasan. Mereka yang tidak agresif akan menjadi agresif apabila
rakan tidak menerima mereka. Bilderaya (2004) mengatakan pengasingan iaitu tersisih dari
rakan sebaya, perhubungan rakan sebaya yang lemah, kebolehan pemikiran kognitif yang
tidak seimbang dan berhubung rapat dengan rakan yang mempunyai masalah tingkahlaku
berkait rapat dengan faktor risiko tingkahlaku.
Dapatan kajian didapati penolakan rakan sebaya berlaku antara kaum. Senario
pelajar berlainan kaum menjalankan aktiviti di sekolah bersama-sama dengan kaum yang
lain adalah jarang, mereka lebih cendurung berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-
sama kaum yang sama. Selain itu, sikap prejudis dan stereotaip dalam kalangan pelajar
berbilang kaum di peringkat sekolah menengah di luar bandar juga boleh mendorong kepada
keregangan hubungan antara kaum. Justeru itu, kajian ini juga telah meninjau kewujudan
sikap perjudis dan stereotaip dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang berlainan
kaum. Apa yang menarik di sini ialah kajian-kajian silang budaya tentang penaakulan moral
mendapati bahawa penaakulan moral tahap post-konvensional hanya wujud di negara-
negara barat yang rata-rata mengamalkan demokrasi. Sebaliknya, kebanyakan penduduk
di negara-negara yang sedang membangun begitu sukar untuk mencapai penaakulan moral
post-konvensional.
Dapatan kajian juga menunjukkan rakan subjek agresif mereka kurang popular
berbanding dengan subjek yang tidak agresif. Subjek yang agresif akan menjadikan subjek-
subjek agresif lain sebagai kumpulan rakan mereka. Subjek yang agresif ini bertindak
sebagai “Sorting Feature” dalam proses memilih rakan sebaya (Dishion & Owen, 2002).
Keadaan ini menunjukkan subjek agresif yang tidak diterima oleh kumpulan rakan sebaya
akan bergabung dengan subjek agresif lain.
Menurut Abdullah Al-Hadi Muhamed (1992), rakan sebaya bukan sahaja
mempengaruhi seseorang individu secara negatif melalui pujukan dan paksaan tetapi juga
secara positif dengan memberi khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan
pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat kumpulan rakan sebaya boleh
digunakan secara konstruktif untuk membentuk tingkah laku positif dalam kalangan mereka.
Menurut Samsudin (1992), nilai-nilai murni yang ditanam dalam kalangan pelajar
sejak kanak-kanak mungkin tidak mempunyai kesan banyak pengaruh terhadap tingkah laku
sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan
untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi
oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.
Dengan itu, remaja perlu mempunyai tanggapan kemujaraban kendiri (selfefficacy) yang
tinggi. Kemujaraban kendiri melibatkan sejauh mana seseorang itu menganggap dirinya
berupaya menyusun pelaksanaan kemahiran kognitif sosial dan tingkahlaku (Bandura,
1983).

54
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERBINCANGAN

Kajian ini telah meninjau penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin di sekolah
menengah. Adalah diharapkan bahawa kajian ini telah sedikit sebanyak dapat memberi
gambaran yang menyeluruh tentang penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin
yang dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi keluarga dan faktor tingkah laku rakan sebaya.
Keremajaan ialah proses transisi daripada kanak-kanak ke alam dewasa. Remaja
sebenarnya memerlukan bimbingan dan panduan dalam mencari identiti sebenar diri
mereka. Di sinilah, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membimbing dan memberi
tunjuk ajar sebagai panduan dalam membentuk identiti dan jati diri remaja. Oleh sebab
itulah kajian ini dijalankan bagi menyelami dan mengenal pasti penaakulan moral pelajar
India bermasalah disiplin yang dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi keluarga dan tingkah
laku rakan sebaya.
Kajian mendapati ibu bapa responden dalam kajian ini kurang bertanggungjawab
terhadap anak, mengabaikan dan diskriminasi kasih sayang oleh ibu bapa, ibu bapa
bertingkah laku dan komunikasi agresif dan keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil.
Dari segi tingkah laku rakan sebaya pula responden mengalami penolakan persahabatan
oleh rakan sebaya, penerimaan rakan sebaya berkebolehan pemikiran kognitif yang tidak
seimbang dan perhubungan rakan sebaya yang mempunyai masalah tingkah laku.
Walau bagaimanapun, ibu bapa haruslah memainkan peranan masing-masing dengan
sewajarnya kerana didikan yang berteraskan kasih sayang adalah lebih baik. Tanggungjawab
ibu bapa perlulah dilaksanakan demi melahirkan anak-anak yang berdisiplin dan berhemah
tinggi. Demi merealisasikan misi dalam memupuk dan memelihara pembangunan keluarga
bahagia ke arah pembinaan dan pengukuhan Malaysia yang dinamik lagi progresif. Keluarga
terutamanya ibu bapa adalah agen yang terbaik untuk membentuk masyarakat yang berbudi
pekerti mulia. Masyarakat yang berkualiti dan berpendidikan juga boleh dihasilkan oleh
keluarga yang bahagia dengan mengamalkan gaya keibubapaan yang berkualiti.

KESIMPULAN

Kajian ini telah meninjau penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin di sekolah
menengah. Adalah diharapkan bahawa kajian ini telah sedikit sebanyak dapat memberi
gambaran yang menyeluruh tentang penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin
yang dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi keluarga dan faktor tingkah laku rakan sebaya.
Keremajaan ialah proses transisi daripada kanak-kanak ke alam dewasa. Remaja
sebenarnya memerlukan bimbingan dan panduan dalam mencari identiti sebenar diri
mereka. Di sinilah, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membimbing dan memberi
tunjuk ajar sebagai panduan dalam membentuk identiti dan jati diri remaja. Oleh sebab
itulah kajian ini dijalankan bagi menyelami dan mengenal pasti penaakulan moral pelajar
India bermasalah disiplin yang dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi keluarga dan tingkah
laku rakan sebaya.
Kajian mendapati ibu bapa responden dalam kajian ini kurang bertanggungjawab
terhadap anak, mengabaikan dan diskriminasi kasih sayang oleh ibu bapa, ibu bapa
bertingkah laku dan komunikasi agresif dan keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil.
Dari segi tingkah laku rakan sebaya pula responden mengalami penolakan persahabatan
oleh rakan sebaya, penerimaan rakan sebaya berkebolehan pemikiran kognitif yang tidak
seimbang dan perhubungan rakan sebaya yang mempunyai masalah tingkah laku.
Walau bagaimanapun, ibu bapa haruslah memainkan peranan masing-masing dengan
sewajarnya kerana didikan yang berteraskan kasih sayang adalah lebih baik. Tanggungjawab
ibu bapa perlulah dilaksanakan demi melahirkan anak-anak yang berdisiplin dan berhemah
tinggi. Demi merealisasikan misi dalam memupuk dan memelihara pembangunan keluarga
bahagia ke arah pembinaan dan pengukuhan Malaysia yang dinamik lagi progresif. Keluarga
55
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

terutamanya ibu bapa adalah agen yang terbaik untuk membentuk masyarakat yang berbudi
pekerti mulia. Masyarakat yang berkualiti dan berpendidikan juga boleh dihasilkan oleh
keluarga yang bahagia dengan mengamalkan gaya keibubapaan yang berkualiti.

RUJUKAN

Abdullah Al-Hadi Mohamed. (1993). Faktor-faktor Keluarga dan Tingkah Laku


Penyalahgunaan Dadah: Satu Kajian Perbandingan Antara Penyelahgunaan Dadah dan
Bukan Penyalahgunaan Dadah. Journal of Science and Humanities, Vol 1, 41-45.
Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus disiplin pelajar. Bentong, Pahang: PTS.
Azizi Yahaya. (2005). Psikologi social-alam remaja. Pahang : PTS.
Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim, &Yusof Boon, (2005). Psikologi sosial:
Alam remaja. Bentong, Pahang: PTS.
Bandura, A., & Walters, R. H. (1963). Social Learning and personality development. New
York, NY: Holt, Rinehart, & Winston.
Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Baumrind, D. (1991). The influence parenting style on adolesent competence and substance
use. Journal, of Early Adolescence.
Bee, H., & Boyd, D. (2000). Life span developmental. Boston, MA: Allyn & Bacon.
Bronfenbrenner, U. (1992). Ecological systems theory. In R. Vasta (Ed), Six theories of child
development: Revised formulations and current issues. Londan: Jessica Kingsley.
Bronfenbrenner, U. (1986). Ecology of the family as a context for human development:
Research perspectives. Developmental Psychology, 22, 723-742.
Gibbs, J. C., Basinger, K. S., & Fuller, D. (1992). Moral maturity, measuring the development
of sociomoral reflection. Mahwah, NJ: Erlbaum.
Gibbs, J. C., & Widaman, K. F. (1982). Social intelligence: Measuring the development of
socio moral reflection. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Green, C. L., & Hoover-Dempsey, K. V (2007). Why do parents home-school? A systematic
examination of parental involvement. Education and Urban Society, 39, 264 – 285.
Green, C. L., Walker, J. M. T., Hoover-Dempsey, K. V., & Sandler, H. M. (2007). Parents’
motivations for involvement in children’s education: An empirical test of a theoretical
model of parental involvement. Journal of Education Psychology, 99(3), 532-544.
Hoover-Dempsey, K. V., & Sandler, H. M. (1995). Parental involment in children’s education:
Why does it make a difference? Teachers College Record,97, 310 – 331.
Hoover-Dempsey, K. V., & Sandler, H. M. (1997). Why do parents become involved in their
children’s education. Review of Educational Research, 61(3), 3-42.
Hoover-Dempsey, K. V., Walker, J. M. T., & Sandler, H. M., Whetsel, D., Green, C. L., Wilkins,
A. S., & Closson, K. (2005). Why do parents become involved? Research findings and
implications. Elementary School Journal, 106(2), 105 – 130.
Huggins, C. E. (2001). Rejection by peers may lead to violent behavior. Dimuat turun dartipada
http://www.rense.com
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1976). Minit Mesyuarat jawatankuasa pusat kurikulum.
Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1979). Laporan jawatankuasa cabinet mengkaji
pelaksanaan dasar pelajaran. Kuala Lumpur : Dewan BahasaPustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Pukal latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah: Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: DBP
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: DBP.

56
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Sekolah


Menengah. Kuala Lumpur: DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010.
Malaysia: Kementeriaan Pendidikan Malaysia.
Kohlberg, L. (1969). Stage and sequence: The cognitive developmental approach in socialization.
In D. Goslin (Ed.), The handbook of socialization theory and research. Chicago, IL: Rand
McNally.
Kohlberg, L. (1975). The cognitive-developmental approach to Moral Education. Phi
DeltaKappan, 56(10), 670- 677.
Kohlberg L. (1976). Moral stages and moralization: The cognitive-developmental approach.
Dlm. T. Lickona (Ed.), Handbook of socialization theory and research (hh.347- 480).
Chicago: Rand McNally.
Kohlberg, L. (1984). The psychology of moral development: essays on moral development:Vol
II. San Francisco, CA: Harper & Row.
Kohlberg, L., & Candee, D. (1984). ‘The relationship of moral reasoning to moral action’. In
W.M. Kurtines & J. L. Gewirtz (Eds.), Morality, moral behavior, and moral development,
52-73. New York Holt, Rinehart, & Winston.
Marohaini Yusoff (2001). Penyelidikan Kualitatif. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Tavecchio, L. W. C., Stams, G. J. J. M, Brugman, D., & Thomeer-Bouwens, M. A. E. (1999).
Moral judgement and delinquency in homeless youth. Journal of Moral Education, 28(1),
63-77.
Zainal Madon, & Mohd. Sharani Ahmad. (2004). Panduan mengurus remaja moden. Bentong,
Pahang: PTS Professional.
Zarin Ismail. (1990). Kajian tentang tanggapan mengenai masalah pengajaran Pendidikan
Moral KBSM. Tingkatan 1 di sekolah-sekolah dalam daerah Hulu Langat, Selangor Darul
Ehsan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

57
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PEMBANGUNAN MODUL PETA PEMIKIRAN I-THINK BAGI MATA


PELAJARAN SAINS TAHUN 5 SEKOLAH RENDAH

Azlili binti Murad, Norazilawati binti Abdullah


Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Modul Peta Pemikiran
i-Think bagi mata pelajaran Sains sekolah rendah. Modul ini adalah sebagai rujukan
dan panduan bagi memudahkan guru menggunakan peta pemikiran i-Think di dalam
bilik darjah. Model ADDIE dijadikan panduan pembinaan modul ini yang mempunyai
5 peringkat iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian.
Modul Peta Pemikiran i-Think ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu maklumat mengenai
i-Think, maklumat mengenai 8 peta pemikiran, rancangan pengajian harian (RPH)
dan lembaran kerja berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Modul yang
dihasilkan ini dinilai oleh guru-guru Sains, jurulatih utama i-Think dan pensyarah
dengan menggunakan instrumen senarai semak dan temubual. Penambahbaikan modul
dilakukan setelah peringkat penilaian selesai. Dijangkakan dengan adanya modul
ini dapat mengurangkan beban guru untuk menggunakan peta pemikiran i-Think di
dalam bilik darjah. Selain itu, dengan penggunaan lembaran kerja berasaskan KBAT,
diharapkan ianya dapat meningkatkan penguasaan murid di dalam mata pelajaran
Sains.

Kata kunci: modul pengajaran, peta pemikiran i-think, kemahiran berfikir, sains
sekolah rendah.

PENGENALAN

Peta minda sangat sinonim dengan pelajar sekolah menengah tetapi jarang diketengahkan
untuk murid sekolah rendah. Ini adalah kerana guru-guru beranggapan penghasilan peta minda
merupakan aras tinggi untuk murid sekolah rendah. Kebanyakan guru menyediakan peta minda
untuk kegunaan murid-murid dan tidak menggalakkan mereka menghasilkannya sendiri. Tony
Buzan (2003) menyatakan bahawa manusia akan mudah mengingati sesuatu yang menarik
untuk dipandang dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat. Bermula tahun
1995, Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) diperkenalkan dan Malaysia telah
menyertainya sejak tahun 1999. Purata skor TIMSS pada tahun 1999 dan 2003 menunjukkan
peningkatan iaitu daripada skor 492 kepada 510 dalam pencapaian pelajar Malaysia tetapi
pada tahun 2007, pencapaian Malaysia telah menurun secara drastik dari skor 510 kepada 471
(Zabani Darus, 2012). Program for International Student Assessment (PISA) pula dilakukan
3 tahun sekali bermula pada tahun 2009. Malaysia telah berjaya menduduki tempat ke-52
berbanding 74 negara yang menyertai PISA. Ia bukan merupakan kedudukan yang boleh
dibanggakan oleh negara (Zabani Darus, 2012). Kesimpulannya, pencapaian pelajar Malaysia
dalam TIMSS dan PISA adalah kurang memuaskan.
Menurut laporan kajian Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools (USA)
mendapati pemikiran aras tinggi guru dan murid Malaysia amat rendah (PPPM, KPM 2012)
Untuk meningkatkan pencapaian dalam Sains dan Matematik, kerajaan telah memperkenalkan
Program i-Think. Ia merupakan kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Agensi Inovasi Malaysia. Penggunaan thinking maps atau peta pemikiran telah digunakan di
10 sekolah rintis di seluruh Malaysia bermula tahun 2012. Laporan Kajian Kestrel Education
(UK) dan 21st Century School (USA) mendapati pemikiran aras tinggi guru dan murid Malaysia
amat rendah (BPK, 2012).Pada tahun 2014 pula, ia telah diwajibkan di semua sekolah di seluruh
58
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Malaysia. Penggunaan istilah ‘peta minda’ yang biasa digunakan telah ditukar menjadi ‘peta
pemikiran i-THINK’. Walaupun istilah yang digunakan berlainan, hakikatnya ia membawa
maksud yang sama (PPPM, KPM, 2012).
Penggunaan peta pemikiran i-Think dikatakan membebankan guru dan masih
ramai guru belum menguasai penggunaan 8 peta pemikiran i-Think. Di dalam Laporan
Program Bimbingan Penyeliaan dalam KBAT dan Lawatan Konsultasi di bawah PPPM 2013-
2025 di Kuala Terengganu (16 Ogos 2014), hasil pemantauan JNJK mendapati bahawa berlaku
kekeliruan dan kecelaruan tentang penggunaan peta pemikiran dalam kalangan murid dan guru.
Pembudayaan penggunaan 8 peta pemikiran juga masih perlu ditingkatkan kerana terdapat guru
yang masih kurang menggunakannya. Selain itu, guru kurang mahir dalam teknik penyoalan
dan kurang mahir menggunakan 8 peta pemikiran i-Think. Aspek yang perlu penambahbaikan
adalah dari segi sikap kurang positif sebahagian guru yang melaksanakan program i-Think
atas arahan semata-mata. Penulisan RPH juga perlu dikemaskini dan elemen penggunaan
peta pemikiran dan pembudayaan KBAT perlu dimasukkan. Justeru itu, modul perlu dibina
untuk dijadikan rujukan dan panduan untuk guru-guru dan ini juga secara tidak langsung dapat
mengurangkan beban guru.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif bagi kajian ini adalah


1. Membangunkan modul peta pemikiran i-Think bagi mata pelajaran Sains tahun 5

Kerangka Konseptual Penyelidikan


Dalam kajian ini, gabungan teori konstruktivisme dan peta pemikiran i-Think dipilih untuk
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun 5. Hal ini disokong oleh Harkirat
et al. (2010), yang mengatakan secara umumnya, gabungan peta minda dan teori moden
konstruktivisme dalam pembelajaran adalah sesuai. Ini kerana pembelajaran menerusi teori
konstruktivisme memberi penekanan terhadap penglibatan aktif murid yang memanfaatkan
struktur pengetahuan sedia ada dan mengkonstruk pengetahuan baru yang diperoleh dengan
mengabungjalinkan antara keduanya dalam ingatan mereka. Selain itu juga, pembelajaran
menerusi teori konstruktivisme menggalakkan murid belajar secara koperatif dan kolaboratif
yang dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains (Yahya & Othman,
2012)

Teori Konstruktivise

Pengetahuan Sedia Ada Murid Strategi Pengajaran dan


Pembelajaran Menggunakan Peta
Pemikiran i-Think

Lembaran Kerja Peta Kumpulan Modul Peta Pemikiran i-Think


Pemikiran i-Think Sasaran

(murid)

Meningkatkan pencapaian dalam


Mata Pelajaran Sains

Rajah 1

59
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Berdasarkan Rajah 1, kumpulan sasaran diajarkan maklumat baharu oleh guru menggunakan
teori konstruktivisme dengan menggunakan modul peta pemikiran i-Think dan juga penggunaan
lembaran kerja untuk murid. Dengan pengetahuan sedia ada murid dan peta pemikiran i-Think,
ianya dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana pengkaji akan bergantung kepada
pembangunan modul dan senarai semak yang disediakan. Kajian ini melibatkan pembangunan
modul di mana ianya akan dinilai oleh guru Sains, jurulatih i-Think dan penyarah UPSI.
Pemilihan penilai adalah berdasarkan pengalaman di dalam bidang sains dan pencapaian mereka
di dalam pedagogi Sains. Selain itu, mereka juga mempunyai pendedahan secara meluas di
dalam penggunaan peta pemikiran i-Think. Mereka akan diberikan senarai semak dan hasilnya
akan dianalisis oleh pengkaji. Ini adalah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan modul.

Model ADDIE

Analisis

Rekabentuk

Pembangunan

Perlaksanaan

Penilaian

Rajah 2

Model ADDIE akan digunakan sebagai panduan dalam kajian ini kerana menurut
Jamalluddin (2001) model ini merupakan asas kepada model-model rekabentuk intruksi
lain yang mempunyai beberapa kelebihan tersendiri. Di antara kelebihan model ini adalah
ia mengandungi 5 fasa asas kepada rekabentuk pengajaran. Fasa-fasa ini mempunyai
pengertian tersendiri yang boleh dirujuk dalam mengatur langkah kerja semasa menjalankan
proses pembinaan modul perisian multimedia. Rajah 4 menunjukkan carta aliran bagi kajian
ini dengan menggunakan 5 komponen yang terdapat dalam Model ADDIE (Jamalluddin,
2001).

Fasa Analisis
Pada peringkat awal kajian, analisis akan dibuat untuk mengenalpasti masalah yang timbul,
menentukan matlamat dan objektif pembangunan modul, rasional penghasilan modul, skop
modul dan pengguna sasaran yang akan menggunakan modul peta pemikiran i-Think ini.
Setelah sesuatu masalah dikenalpasti, punca dan faktor terjadinya masalah tersebut akan
ditentukan untuk memastikan modul yang akan dihasilkan menepati keperluan pengguna
secara umumnya. Murid yang terlibat adalah murid tahun 5 sekolah rendah. Analisis
juga perlu dilakukan kepada guru sekolah rendah yang terlibat dalam penggunaan modul
pembelajaran i-Think bagi mata pelajaran Sains.

60
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Fasa Reka bentuk


Fasa reka bentuk dilaksanakan selepas fasa analisis selesai dilaksanakan. Fasa ini
merangkumi pandangan keseluruhan tentang rupa bentuk, struktur, pendekatan pengajaran,
teori pembelajaran dan jenis media yang akan terlibat. Selain itu, objektif pembelajaran
yang sesuai dan boleh dicapai oleh murid perlu ditentukan. Kaedah penyampaian sesuatu
maklumat juga perlu ditentukan sama ada mudah difahami serta bersesuaian dengan
pengguna atau pun tidak.

Fasa Pembangunan
Selepas fasa reka bentuk selesai, fasa pembangunan akan dilaksanakan. Dalam fasa
ini, pengkaji akan menghasilkan modul menggunakan semua elemen yang telah dipilih
berdasarkan kepada reka bentuk yang telah ditetapkan. Pembangunan merujuk kepada
proses membangun atau menghasilkan modul peta pemikiran i-Think termasuklah
rancangan pengajaran harian, templat peta pemikiran, latihan untuk murid dan sebagainya.
Selain itu, fasa ini memerlukan masa yang agak panjang untuk disiapkan. Ini adalah kerana
banyak perkara atau elemen penting harus dititikberatkan sepanjang proses pembangunan
agar menepati kandungan pembelajaran dan ianya boleh diterima serta difahami oleh guru
dan murid.

Fasa Pelaksanaan
Dalam fasa ini, modul yang telah siap dihasilkan akan digunakan atau dipersembahkan
kepada beberapa orang guru sains dan pensyarah untuk menguji keberkesanannya serta
melihat masalah-masalah yang tidak disedari semasa fasa rekabentuk dan pembangunan
yang mungkin wujud. Seterusnya, jika mempunyai masalah, proses pembaikan akan
dilaksanakan sebelum modul ini digunakan secara rasmi.

Fasa Penilaian
Penilaian terbahagi kepada dua iatu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian
formatif dilakukan pada semua fasa untuk memastikan keberkesanannya. Penilaian sumatif
pula berlaku di peringkat akhir penghasilan modul. Ia melibatkan maklum balas daripada
pengguna terhadap isi kandungan, strategi, gaya persembahan, penggunaan bahasa dan
sebagainya melalui penyeliaan, soal selidik, temubual dan sebagainya untuk memastikan
ianya sesuai atau pun tidak.

DAPATAN KAJIAN

Rajah 3 merupakan muka depan Modul Peta Pemikiran i-Think Sains Tahun 5 yang telah
siap dihasilkan. Pada mukasurat terawal modul ini mengandungi isi kandungan yang
membolehkan pengguna untuk merujuk mana-mana subtopik dalam modul ini dengan
cepat dan mudah. Selain itu, muka surat yang pertama juga menceritakan tentang modul
ini yang mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian 1, 2, 3 dan 4.

61
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 3 : Paparan muka depan modul

BAHAGIAN 1 – Bahagian ini memberi gambaran secara jelas tentang membudayakan


kemahiran berfikir agar dapat membantu guru dan murid untuk memahami secara mendalam
tentang program i-THINK. Selain itu ia juga mempunyai maklumat mengenai kemahiran
berfikir dan cara untuk membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid (rujuk
rajah 4).

Rajah 4: Maklumat mengenai program i-Think

BAHAGIAN 2 - Bahagian ini memperkenalkan lapan Peta Pemikiran yang digunakan dalam
program i-THINK. Setiap peta disertakan dengan proses pemikiran dan langkah penggunaannya.
Satu penerangan tentang penggunaan Bingkai Rujukan turut disertakan. Penerangan mengenai
Peta Pemikiran merujuk kepada Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). Thinking Maps: A Language
for Learning. US: Thinking Maps Incorporated dan nota yang dibekalkan oleh Kestrel Education
(UK). Templat bagi 8 peta i-Think juga disediakan untuk kegunaan guru di dalam bilik darjah
(Rujuk rajah5).

62
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 5: 8 Peta Pemikiran i-Think

BAHAGIAN 3 – Bahagian ini mengandungi rancangan pengajian harian (RPH) yang telah
dibuat berdasarkan rancangan pengajian tahunan (RPT) yang dibekalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
(DSKP). Setiap RPH akan disertakan sekali dengan peta pemikiran i-THINK yang berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran (Rujuk rajah 6).

Rajah 6: Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

63
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

BAHAGIAN 4 – Lembaran Kerja i-Think yang boleh digunakan oleh murid sebagai latihan di
dalam kelas atau di luar kelas. Ia juga boleh dijadikan sebagai instrumen pentaksiran di akhir
pembelajaran setiap topik. Setiap soalan merupakan soalan KBAT dan boleh membantu murid
untuk menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Rujuk rajah 7).

Rajah 7: Lembaran Kerja i-Think

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Setelah Modul Peta Pemikiran i-Think diteliti oleh guru Sains, jurulatih i-Think dan
pensyarah, ianya telah melalui peringkat pembetulan di mana semua kelemahan telah
dibaiki dan ditambahbaik untuk mengoptimumkan keberkesanan modul ini. Modul ini telah
melalui 5 fasa ADDIE yang membolehkan ianya dibangunkan dengan jayanya menepati ciri-
ciri sebuah modul yang menggunakan teori konstruktivisme dalam pengajaran. Rancangan
Pengajian Harian (RPH) yang disediakan menepati kehendak kurikulum kebangsaan iaitu
KSSR selaras dengan 5 fasa Needham yang dijadikan teras dalam pembangunan RPH
tersebut. Selain itu, penerangan mengenai i-Think yang telah dijelaskan secara terperinci
di dalam modul boleh membantu guru dalam memahami kesemua 8 peta pemikiran i-Think
dan cara menggunakannya dengan betul. Lembaran kerja yang disediakan juga menepati
kriteria kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta mudah digunakan oleh murid.
Ketelitian dalam menghasilkan modul ini dititikberatkan terutamanya di bahagian
penghasilan RPH dimana ianya perlu mencapai tahap tertentu agar pengajaran oleh guru
berkualiti. Guru-guru bebas menggunakan RPH ini sama ada ingin menggunakannya secara
terus atau mengubahnya berdasarkan senario sekolah masing-masing. Modul ini juga
menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berbentuk peta pemikiran i-Think yang
mana boleh membantu guru untuk menyampaikan maklumat kepada murid dengan lebih
berkesan. Guru boleh menggunakan BBM tersebut di dalam kelas atau menjadikannya
sebagai nota kepada murid. Lembaran kerja juga dihasilkan dengan menitikberatkan
penelitian terhadap tahap pemikiran murid tahun 5 dan ianya boleh diubahsuai mengikut
keperluan dan tahap penguasaan seseorang murid. Selain dijadikan latihan, peta pemikiran
tersebut boleh dijadikan nota setelah ianya selesai dijawab oleh murid.
Kelebihan penggunaan Modul Peta Pemikiran i-Think sendiri ialah boleh menjadi
panduan kepada guru dalam menggunakan i-Think di dalam bilik darjah. Selain itu, ia
64
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

boleh mengurangkan beban guru sekaligus menjadikan i-Think sebagai bahan utama dalam
membantu murid dalam menguasai mata pelajaran Sains. Modul ini juga mesra pengguna
kerana ianya dibina mengikut susunan topik yang ada di dalam buku teks dan menepati
Rancangan Pengajian Tahunan (RPT).

KESIMPULAN

Pembangunan modul ini berjaya membangunkan satu modul Peta Pemikiran i-Think yang
berasaskan teori konstruktivisme serta penggunaan 5 fasa Needham dalam Rancangan
Pengajian Harian. Ia juga mempunyai Bahan Bantu Mengajar yang boleh mengurangkan
beban guru dalam penyediaan RPH. Diharapkan dengan adanya modul ini, guru mempunyai
motivasi untuk menggunakan i-Think di dalam bilik darjah. Lembaran Kerja i-Think
juga dibangunkan agar murid-murid boleh didedahkan dengan solan-soalan i-Think dan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Panduan Program i-Think. Kementerian


Pelajaran Malaysia.Diperolehi pada 18 November 2015 daripada http://www.ithink.
org.my
Buzan, T. (2003). Mind Maps for Kids – the shortcut to success at school. Thorsons
HarperCollins Publisher, London.
Harkirat, S.D., Makarimi Kasim & Anderson, O.R. (2010). Constructivist-mind map
teaching approach and the quality of students’ cognitive structures. Journal Science
Education and Technology (2011) 20:186 - 200.doi: 10.1007/s10956-010-9245-4
Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A Language for learning: Thinking maps
incorporated. NorthCarolina; Thinking Maps. Inc.
Jamalluddin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Thasir (2001). Pembangunan Perisian
Multimedia – Satu pendekatan Sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
– 2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tajulddin Muhammad. Overview Program Bimbingan Penyeliaan dalam KBAT dan
Lawatan Konsultasi di bawah PPPM 2013-2025. Diperolehi pada 20 Januari 2016
daripada http://www.slideshare.net/TajulddinMuhammad/overview-program
Yahya Othman & Azmey Hj Othman (2012). Keberkesanan Penggunaan Peta minda dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Karangan Argumentatif di Sebuah Sekolah Menengah
Arab di Negara Brunei Darussalam. Brunei. Universiti Brunei Darussalam.
Zabani Darus (2012). Status Pencapaian Malaysia Dalam TIMSS dan PISA:Satu Refleksi.
Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.

65
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KONSEP MELAYU DALAM PERADABAN: SATU KAJIAN AWAL

Adibah Sulaiman@Mohamad1.2, Ezad Azraai Jamsari3 dan Noorsafuan Che Noh4


1
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia
2
Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
3
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
4
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Perkataan Melayu menjadi satu polemik dan perdebatan yang mencetus dan
menghasilkan pelbagai pandangan dalam kalangan ilmuwan dan pengkaji berkenaan
konsep Melayu. Konsep ini berkait rapat dengan etimologi perkataan Melayu dan
bangsa Melayu sendiri. Makalah ini bertujuan untuk menjelas dan membincangkan
tentang konsep Melayu dari pelbagai sumber dan perspektif. Makalah ini turut mengkaji
pemikiran dan pandangan golongan sarjana tentang asal-usul bangsa Melayu yang
berkait secara langsung dengan konsep Melayu. Kajian awal tentang konsep Melayu ini
menggunakan metode berbentuk kualitatif. Ia dilakukan menerusi pendekatan analisis
sejarah terhadap dokumen, bahan dan teks sejarah berkenaan Melayu dan Tanah
Melayu bagi meneliti sumber berkaitan konsep Melayu bagi memastikan kesahihan
maklumat yang diperoleh. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa definisi konsep
Melayu yang jelas dan kukuh masih memerlukan kajian lanjutan untuk menerangkan
maksud Melayu terutama dalam konteks Malaysia hari ini.

Kata kunci: Nusantara, Melayu, Malaysia.

PENGENALAN

Melayu merupakan satu bangsa yang diiktiraf kewujudannya di seluruh dunia. Bahkan
terdapat tempat yang dinamakan sebagai Kepulauan Tanah Melayu yang merujuk kepada
lokasi penempatan bangsa ini. Namun Ahmad Jelani (2008: ix) menyatakan tidak ada definisi
yang jelas bagi menjelaskan mereka yang dapat dikategorikan ke dalam golongan bangsa
Melayu. Dakwaan ini diperkukuhkan melalui pandangan beberapa orang sarjana yang gagal
mendefinisikan ‘Melayu’, antaranya ialah Ariffin Omar (1993), R.O. Winstedt (1981), Lah
Husny (1975: 7) dan J. Crawford (1971: 249). Malah catatan orang Barat sejak abad ke-16
seperti Tome Pires, William Dampier, J.A. Pope dalam A.C. Milner (1982: 3) telah menunjukkan
kekaburan dalam menentukan mereka yang dikenali sebagai orang Melayu. Justeru, makalah
ini menjelaskan etimologi Melayu, definisi bangsa Melayu dan asal usul mereka yang
dibincangkan oleh pelbagai pihak berhubung konsep Melayu.

ETIMOLOGI MELAYU

Terdapat pelbagai pandangan dan penulisan berhubung etimologi perkataan ‘Melayu’ antaranya:
1. Menurut Werndly dalam Ismail (1991: 1), perkataan Melayu berasal daripada ‘Melaju’.
Perkataan ini berasal daripada kata dasar ‘laju’ yang bermakna cepat, deras, dan tangkas.
Perkataan ‘melaju’ ini memberi pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas dan
cerdas, iaitu segala tindak tanduk mereka adalah cepat dan deras.
2. Manakala Van Der Tuuk, seperti dipetik oleh Ismail (1991), berpendapat perkataan
‘Melayu’ bererti ‘Penyeberang’. Pendapat ini membawa pengertian bahawa orang Melayu
menyeberang atau menukar agamanya daripada Hindu-Buddha kepada Islam.
3. Penggunaan istilah ‘Melayu’ dikatakan muncul buat pertama kali kira-kira pada tahun 100-
150 Masihi dalam karya M. Ptolemy berjudul, Geographike Sintaxis. Beliau menggunakan
66
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

istilah ‘Maleu-Kolon’ yang dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu ‘Malayakom’
atau ‘Malaikurram’ (Gerini, 1974). Ia dikatakan oleh G.E.Gerini sebagai merujuk kepada
Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia manakala Roland Bradell merujuk kepada
Tanjung Penyabung (Anon, 2016a).
4. Perkataan Melayu juga dikatakan berasal daripada istilah ‘Malaya Dvipa’, iaitu ‘Dvipa’
bermaksud ‘tanah yang dikelilingi air’ dan ‘Malaya Dvipa’ ialah Pulau Sumatera. Ia adalah
sebagaimana tertulis dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba yang ditulis sebelum
zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi (Grag, 1992).
5. Selain ‘Malaya Dvipa’, perkataan Melayu dikatakan merujuk kepada istilah ‘Mo-lo-yu’
yang tertulis dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645
Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji secara sepakat berpendapat bahawa
perkataan ‘Mo-lo-yo’ yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi, Sumatera
dan Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang. Dalam sejarah Yuan, istilah Melayu ialah
Ma la-yu atau Ma li yi er (Obaidellah, 1993).
6. Perkataan Melayu juga dikatakan merujuk kepada istilah ‘Ma-lo-yu’ yang telah ditemui
dalam catatan rahib Buddha China bernama I-Tsing. Catatan itu dibuat semasa beliau
melawat rantau ini pada 674 Masihi. Istilah ‘Ma-lo-yu’ merujuk kepada dua buah kerajaan
yang dilawatinya iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di
Palembang (Asmah 1983: 37).
7. Dalam bahasa Sanskrit, perkataan ‘Malaya’ yang bermaksud ‘bukit’ ataupun tanah tinggi
merujuk kepada Sungai Melayu. Dikatakan bahawa sumber sejarah menyebut bahawa
perkataan ‘Melayu’ atau ‘Malayu’ berasal daripada ‘Sungai Melayu’ di Jambi, di mana
terdapat sebuah kerajaan yang berpusat di muaranya. Kerajaan Malayu ini wujud pada
abad ke-7 (644M) dan pernah dilawati oleh I-Tsing pada tahun 671M. Nama Malayu bagi
kerajaan Malayu ini dipercayai berasal daripada nama Sungai Malayu yang terletak di
situ. Dalam hal ini, buku Sejarah Melayu ada mengaitkan perkataan Melayu dengan nama
Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Kerajaan Melayu
tersebut dipercayai wujud di situ sekitar 1500 tahun dahulu iaitu sebelum atau semasa
pemerintahan Kerajaan Srivijaya.
8. Sumber-sumber tulisan watan seperti oleh Nagaratargama (1365) menyatakan ‘Melayu’
ialah nama sebuah tempat di Palembang. Tempat tersebut menyokong catatan dalam
Sejarah Melayu sepertimana dinyatakan sebelum ini.
9. Menurut satu catatan lain, perkataan ‘Malaya’ atau ‘Melayu’ pada bahagian belakang
sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M adalah asal usul istilah
Melayu.
10. Istilah Melayu, menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari (2006), berasal daripada perkataan
‘Himalaya’ yang disingkatkan kepada ‘Malaya’ dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan
‘Himalaya’ berasal daripada perkataan ‘hima’ bererti salji atau salju dan ‘alaya’ pula bererti
tempat. Dalam kata lain, ‘Himalaya’ bermaksud tempat sejuk seperti di puncak gunung
yang tinggi.
11. Istilah Melayu turut dikatakan berasal daripada perkataan Malayapura yang bermaksud
‘Kota Melayu’ atau ‘Kerajaan Melayu’ atau perkataan ‘Malaiyur-pura’ yang bererti ‘Kota
Malaiyur’ atau kota gunung. Perkataan ‘Malaiyur-pura’ yang terpahat pada prasasti Bukit
Gombak I di Sumatera Barat melahirkan perkataan ‘Malaiyur’, ‘Malaiyu’, ‘Malayu’ dan
‘Melayu’.
12. Selain itu, asal usul istilah Melayu termasuklah perkataan bahasa Jawa kuno, ‘Melayu’,
yang bermaksud ‘mengembara’ atau ‘pergi ke mana-mana’ (Anon, 2016b).
13. Terdapat juga pandangan bahawa perkataan Melayu dikatakan berasal daripada perkataan
Jawa Kuno dan Jawa Baru, iaitu ‘Mlaya’ dan ‘Mlayu’ yang bererti ‘lari’.
14. Harun (1966: 4) menyatakan perkataan ‘Melayu’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu
‘Malaya’ atau daripada perkataan Tamil iaitu ‘Malai’ yang bererti bukit atau tanah tinggi.
Orang Portugis menyebutnya sebagai ‘Malayo’.
67
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

15. Manakala Omar Amir Husin, dalam Ismail (1991), menjelaskan perkataan ‘Melayu’ berasal
daripada satu daerah yang bernama ‘Mahaluyah’. Penduduk Mahaluyah telah mengembara
ke sebelah Asia Tenggara lalu menetap di Sumatera dan kepulauan sekitarnya dengan
membawa bersama mereka pengaruh kebudayaan Persia. Pengaruh tersebut dapat dilihat
dalam kesusasteraan Melayu. Menurutnya, perkataan ‘Melayu’ mungkin juga berasal
daripada guru-guru yang digelar ‘Mulaya’. Mereka dikatakan memainkan peranan penting
dalam menyuburkan kebudayaan Melayu.
16. Darus, dalam Ismail (1991), menyatakan perkataan ‘Melayu diambil sempena nama sejenis
pohon yang harum baunya iaitu pohon gaharu. Hal ini kerana orang India pada masa silam
memanggil Semenanjung Tanah Melayu sebagai Negara Gaharu.
17. Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa asal-usul istilah Melayu adalah daripada
perkataan ‘pamalayu’, iaitu peristiwa serangan Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa
Timur di Hulu Jambi ke atas sempadan Sumatera Barat. Pamalayu bermaksud Ekspedisi
Malayu, iaitu penyerangan dan penguasaan ke atas negeri Malayu. Prasasti Amoghapasa
dibina di situ sebagai peringatan tentang ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur ke
daerah Malayu pada tahun 1286.
18. Perkataan Melayu dikatakan sebagai bahasa dan bangsa yang baru wujud, terutama setelah
Kerajaan Melayu Melaka didirikan. Penulisan orang Cina pada zaman awal tentang
peristiwa yang berlaku di Timur termasuk di Asia Tenggara menyatakan bahawa penduduk
di Asia Tenggara dikenali sebagai bangsa ‘Kun L’un’ dan berbahasa Kun L’un.

Menurut Liang Liji, nama Kun L’un diambil daripada perkataan ‘gunung’ dalam bahasa
Cina kerana orang Cina yang belayar ke Laut China Selatan telah singgah di tempat yang
didiami oleh orang Kun L’un dan terdapat gunung-ganang seperti Gunung Daik, Gunung Jerai,
Bukit Siguntang, Santubung, gunung-gunung di Pulau Jawa, Sabah, Filipina, dan lain-lain di
tempat tersebut. Semua orang yang datang dari selatan, berbahasa dan berkebudayaan yang
sama dengan penduduk di Kun L’un juga dipanggil sebagai Kun L’un.
Dalam teori lain, istilah Kun L’un dikatakan berasal daripada perkataan Kundur, iaitu
nama sebuah pulau di Sungai Mekong di Vietnam Selatan. Pulau Kundur atau biasa dieja Pulo
Condor dalam tulisan orang Barat disebut oleh orang Cina sebagai Kun L’un, iaitu bunyi pelat
orang Cina. Orang Melayu pernah menduduki pulau ini dan juga beberapa tempat lain di pantai
Vietnam Selatan hingga ke Vietnam Tengah seperti di Pandurangga, Dharawati dan Phanrang.
Mereka belayar di kawasan Asia Tenggara, terutama di kawasan kepulauan dan juga di pantai-
pantai daratan Asia Tenggara. Orang Cina yang datang dari utara telah menemui kumpulan
orang Melayu ini di Pulo Condor dan menamakan mereka sebagai Kundur atau pelatnya Kun
L’un.
Nama Kun L’un bukan sahaja diberikan kepada penduduk Pulau Kundur, bahkan juga
kepada mereka yang datang dari Selatan, terutama kepulauan Asia Tenggara. Hal ini kerana
bahasa, kebudayaan dan adat resam mereka adalah sama. Dalam kata lain panggilan Kun L’un
merujuk kepada orang Melayu keseluruhannya dan panggilan ini telah wujud sejak zaman-
zaman selepas tarikh Masihi.

DEFINISI BANGSA MELAYU

Makna yang tepat untuk menjelaskan identiti sebenar orang Melayu agak sukar kerana
definisi Melayu sentiasa berubah dan berkembang. Perkembangan ini bergantung kepada
keadaan dan kepentingannya. Menurut Wan Hashim (2012), Stamford Raffles mencatat
takrifan bangsa Melayu berdasar pemerhatian dan pengalaman berdamping dengan orang
Melayu sebagaimana berikut, “I cannot but consider the Malay nation as one people,
speaking one language though spread over so wide a space, preserving the character and
customs, in all the maritime states, lying between Sulu Seas and Southern Oceans.”

68
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Dari segi lahiriah, iaitu fizikal dan rupa paras, orang Melayu lazimnya didefinisikan
sebagai mereka yang berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan
selalu berlemah-lembut serta berbudi bahasa. Dari konteks yang berbeza-beza, istilah
Melayu mempunyai pelbagai makna. Definisi Melayu dari sudut sosial dan budaya tidak
membataskan istilah tersebut kepada mereka yang tinggal di Semenanjung sahaja tetapi
turut membabitkan mereka yang berada dalam lingkungan Kepulauan Melayu, meliputi
Semenanjung Tanah Melayu dan beribu-ribu pulau yang membentuk Republik Indonesia
dan Filipina pada hari ini (Syed Husin, 2008: 1).
Oleh itu, dari aspek budaya dan geografi, definisi Melayu meliputi penduduk kawasan
yang lebih luas, iaitu gugusan pulau-pulau Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia,
Filipina dan lain-lain. Pembahagian Melayu mengikut sempadan geografi bermula pada
era kolonialisme yang memperkenalkan sempadan politik baru yang membahagikan orang
Melayu kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk membentuk negara bangsa yang baru
(Syed Husin, 2008: 2).
Selain daripada definisi Melayu berasaskan negara, terdapat juga definisi Melayu
yang didasarkan kepada daerah atau negeri seperti orang Melayu Johor, orang Melayu
Kelantan, orang Melayu Kedah dan sebagainya. Definisi Melayu yang didasarkan kepada
daerah atau negeri seperti Melayu Johor, Melayu Kelantan, Melayu Kedah dan sebagainya
dianggap paling sempit. Berpandukan definisi sempit yang diberikan terhadap orang Melayu
mengikut negeri atau daerah, berlaku pengkategorian Melayu yang lebih luas apabila definisi
itu dikaitkan dengan beberapa suku tertentu. Hal ini dapat dilihat daripada kelahiran definisi
Melayu seperti suku Indonesia, orang Melayu keturunan Arab dan orang Melayu keturunan
Keling dan lain-lain bangsa yang memeluk agama Islam, bertutur bahasa Melayu dan
mengamalkan adat istiadat Melayu. Definisi ini bersifat lebih luas kerana ia merangkumi
etnik-etnik yang mendiami luar kawasan sempadan Malaysia seperti Minangkabau, Jawa,
Bugis, Banjar, Mendaleng dan sebagainya.
Dalam konteks hari ini, menurut Wan Hashim (2008), perkataan Melayu mempunyai
beberapa pengertian dan dalam konteks yang berbeza (Wan Hashim, 2008). Pengertian
pertama digunakan dalam konteks di Indonesia, iaitu Melayu sebagai satu daripada beberapa
suku bangsa atau etnik seperti orang Jawa, Acheh, Bugis, Bali, Mandailing, Batak, Banjar,
Minangkabau, Boyan, Patani dan sebagainya. Pengertian ini masih digunakan di Indonesia
dengan merujuk kepada mereka yang mendiami Kepulauan Riau dan pantai timur Sumatera
serta bertutur dalam bahasa Melayu Riau sebagai bahasa pertama dan bahasa ibunda. Bahasa
ini dijadikan bahasa nasional Negara-bangsa Indonesia pada tahun 1928. Di Malaysia,
gerakan nasionalisme Melayu pada tahun 30-an dan 40-an telah menolak pemisahan suku
bangsa dan etnik dengan mewujudkan bangsa Melayu.
Pengertian kedua adalah kesan daripada gerakan nasionalisme di mana Melayu adalah
merujuk kepada perkara yang termaktub dalam Fasal 160, Perlembagaan Malaysia, iaitu
Melayu sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bertutur dan menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, mengamalkan adat resam yang biasa dipraktikkan
oleh orang Melayu, dan “(a) lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura
atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau Singapura, atau pada Hari Merdeka ia adalah
berdominasi di Persekutuan atau di Singapura atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang
tersebut.” Konsep Melayu ini bersifat terbuka. Ia membolehkan mereka yang asalnya bukan
orang Melayu menjadi orang Melayu jika memenuhi ketiga-tiga ciri tersebut dan mengaku
diri sebagai orang Melayu.
Menurut Syed Husin (2008), istilah Melayu menjadi lebih kompleks dari konteks
definisi perundangan. Secara teori, takrifan perundangan menunjukkan orang Melayu ialah
sesiapa sahaja daripada mana-mana keturunan selagi beliau ialah seorang yang beragama
Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, jika
seseorang yang bukan Melayu memeluk agama Islam, berkahwin dengan orang Melayu,
bertutur dalam bahasa Melayu dengan isteri dan anaknya, serta mempraktikkan budaya
69
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Melayu boleh dianggap sebagai orang Melayu dalam konteks kedudukan perundangan.
Tambahan lagi, jika seorang Melayu tidak bertutur atau tidak boleh bertutur dalam bahasa
Melayu, kedudukannya sebagai orang Melayu boleh dipertikai (Syed Husin, 2008).
Menurut Ahmad Jelani (2008), definisi Melayu seperti yang ditakrifkan dalam
Perlembagaan Malaysia dianggap sebagai satu definisi yang tidak dapat memberi gambaran
yang jelas tentang orang Melayu.Terdapat pelbagai persoalan lain yang perlu dijawab
untuk menjelaskan definisi orang Melayu yang sebenar. Jika seorang Cina atau India
mengamalkan budaya Melayu, adakah beliau boleh dikategorikan sebagai orang Melayu?
Begitupun, mereka yang yang tidak beragama Islam tidak dianggap sebagai Melayu
walaupun bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ringkasnya, Syed
Husin (2008) menjelaskan terdapat perbezaan dari segi definisi Melayu berdasarkan definisi
perlembagaan dan undang-undang, serta definisi sejarah dan sosio-budaya.
Hal ini berkait rapat dengan penggubalannya kesan daripada politik pada zaman
tersebut. Definisi Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, secara sedar atau
tidak, telah membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi Melayu dengan syarat
beliau memeluk agama Islam, pandai berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat
orang Melayu. Oleh itu, bangsa-bangsa lain yang menganut agama Islam dikatakan sebagai
‘masuk Melayu’ (Ismail 1989).
Manakala pengertian Melayu yang ketiga bermaksud satu kelompok bangsa yang
besar atau ras atau rumpun bangsa dengan merujuk kepada penduduk asal di Semenanjung
dan Gugusan Pulau-pulau yang dikenali sebagai Alam Melayu pada hari ini. Pengertian
ini tidak menjadikan agama Islam sebagai satu daripada takrifan Melayu. Oleh itu, etnik
Batak atau Bali, etnik Cham dan suku asal di Semenanjung Indo-China (Vietnam dan
Kemboja), etnik Melayu Patani di Thailand, penduduk asal di Pulau Taiwan, suku bangsa
Merina di Pulau Madagascar dan penduduk asal di Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura
dan Brunei dikategorikan sebagai rumpun Melayu. Satu daripada elemen persamaan antara
mereka ialah bertutur dalam bahasa daripada cabang atau rumpun induk Austronesia atau
Melayu-Polinesia. Bangsa Polinesia yang tersebar di Kepulauan Pasifik hingga ke Pulau
Hawaii, New Zealand dan lain-lain dipercayai berasal dari Alam Melayu dan berkingsi akar
bahasa yang sama iaitu Austronesia.

ASAL USUL BANGSA MELAYU

Para sarjana mempunyai pandangan yang pelbagai tentang asal-usul bangsa Melayu.
Mereka, sama ada sarjana tempatan dan antarabangsa, mengutarakan pandangan
berasaskan teori berikut:
1. Teori Yunnan iaitu bangsa Melayu dipercayai berasal dari kawasan Asia Tengah
khususnya bahagian selatan China seperti Indo-China, pantai timur selatan China
(Champa dan Kampuchea) dan Burma. Mereka dipercayai berasal daripada golongan
Austronesia di Yunnan yang telah berhijrah secara berkelompok-kelompok dari selatan
China ke Nusantara. Teori ini menjelaskan tentang perkara berikut:
i. Terdapat suku-suku penduduk asli yang berkemungkinan nenek moyang Orang Asli
di wilayah Alam Melayu atau Asia Tenggara kini pada sekitar tahun 3,500 – 3,000
SM yang lalu, iaitu sekitar 5,000 tahun yang lalu dan sebelum penghijrahan nenek
moyang rumpun atau ras Melayu. Mereka dikenali sebagai orang Vedda. Sebelum
itu, ras Australoid, Negroid dan Melanesoid telah berhijrah dari utara ke selatan
pada sekitar 40,000 tahun lebih awal. Tekanan pendatang yang baru tiba dari utara
menyebabkan mereka terpaksa bergerak lebih jauh ke selatan (Wan Hashim, 2012).
Orang Negrito dikatakan merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu.
Berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan, mereka dikatakan telah
wujud di Kepulauan Melayu sejak tahun 10,000 SM. Genetik orang Negrito telah
diperturunkan kepada orang Semang dengan ciri-ciri fizikal tertentu iaitu kulit
70
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

gelap, rambut kerinting, mata bundar, hidung lebar, bibir penuh dan saiz badan
yang pendek.
ii. Melayu-Proto, menurut catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976) dalam A History of
Malaysia and Singapore, adalah kelompok pertama sampai ke Nusantara. Bangsa ini
berpindah dan berhijrah dari selatan Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Asia Tenggara
dan menduduki Nusantara pada Zaman Batu Baru iaitu antara tahun 2500 SM - 2000
SM. Keturunan Melayu-Proto adalah orang asli yang merangkumi kaum Jakun,
Mah Meri, Jahut, Temuan, Biduanda di Semenanjung Malaysia sekarang, Dayak
di Sarawak dan Batak di Sumatera. Mereka tinggal di tepi-tepi laut dan sungai,
mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian, berperadaban rendah dan berada
pada tahap kebudayaan batu lama dan pertengahan. Penghijrahan gelombang kedua
Melayu Deutro yang membuka penempatan di tepi laut dan sepanjang tebing sungai
menyebabkan kumpulan Melayu Proto ke gunung dan hutan rimba (Abdullah, 1980;
Wan Hashim, 2012).
iii. Orang Melayu Deutro telah menggantikan orang Melayu Proto dalam gelombang
kedua penghijrahan dari tanah besar Asia. Mereka berpindah ke Nusantara pada
Zaman Logam kira-kira pada tahun 1500 SM – 300 SM. Berbeza dengan Melayu
Proto, mereka dikatakan lebih bijak, mempunyai peradaban yang lebih tinggi dan
mahir dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan Melayu-
Deutro adalah lebih ramai daripada Melayu Proto. Keturunan mereka menduduki
kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara dan di Malaysia secara khusus.

Teori ini adalah berasaskan kepada saranan dua orang sarjana etnografi iaitu P.Sarasin
dan F.Sarasin pada tahun 1892-1893 (Wan Hashim, 2012). Teori Yunnan disokong oleh beberapa
orang sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slamet Muljana dan
Asmah Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti
berikut:
i. Penemuan Kapak Tua atau beliung batu bersegi empat di Kepulauan Melayu yang mirip
kepada Kapak Tua di Asia Tengah menunjukkan berlaku perpindahan dan penghijrahan
penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
ii. Penemuan beberapa buah gendang dongsong di Semenanjung Melayu dengan bilangannya
lebih banyak di wilayah Alam Melayuatau Semenanjung Indo-China. Gendang dongsong
menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam aspek seni ukiran tangan dan seni kraf
daripada tembaga. Ia dipercayai dibuat di sebuah perkampungan di daerah Dong Song,
utara Vietnam kini, yang merupakan Kerajaan Melayu Champa satu ketika dahulu.
iii. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam yang terletak
berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.
iv. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa yang digunakan di Kemboja (Champa).
Penduduk Kemboja dikatakan menyusuri Sungai Mekong dari Dataran Yunnan yang
mewujudkan perhubungan antara bangsa Melayu dan bangsa Kemboja, sekaligus
menandakan pertaliannya dengan Dataran Yunnan.

Ringkasnya teori Yunnan merupakan teori yang popular dan diterima umum iaitu ‘nenek
moyang’ orang Melayu berasal dari Yunnan. Berdasarkan teori ini, orang Melayu dikatakan
datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang utama dan ditandai dengan
perpindahan orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.
Walaupun teori ini popular, teori migrasi rumpun Melayu dari utara ke selatan masih
dianggap bersifat spekulatif. Hal ini kerana tidak ada bukti secara empirikal dan etnografi untuk
menunjukkan bahawa rumpuan atau ras Melayu adalah berasal dari Yunnan. Malah zaman
migrasi, iaitu 3,500 SM, adalah amat baru jika dibandingkan dengan dapatan cari gali arkelogi.
Ia menjelaskan bahawa nenek moyang rumpun Melayu telah tinggal menetap lebih daripada
15,000 tahun yang lalu (Wan Hashim, 2012).
71
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

2. Teori Taiwan yang dipelopori Peter Belwood. Teori ini tidak jauh berbeza dengan Teori
Yunnan iaitu migrasi berlaku dari utara ke selatan. Generasi awal rumpun Melayu-
Polinesia yang merupakan penutur bahasa Austronesia dikatakan telah berhijrah dari Tanah
Besar China ke Taiwan dan kemudiannya melakukan migrasi ke selatan dengan memasuki
Alam Melayu. Sebahagian mereka yang dikenali sebagai rumpun Polinesia telah berhijrah
ke wilayah Kepulauan Pasifik. Rumpun ini telah menyebabkan penduduk lebih tua dan
awal di Alam Melayu seperi ras Australoid, Negroid dan Melanesian terpaksa bermigrasi
jauh ke selatan hingga ke benua Australia dan kepulauan sekitarnya. Manakala kumpulan
penghijrah dari utara yang lebih tua kekal menetap di daerah pedalaman Semenanjung dan
Kepulauan Melayu. Pada hari ini, mereka ini dikenali sebagai orang Asli (Wan Hashim,
2012).
3. Teori Nusantara menjelaskan bahawa orang Melayu, berdasarkan bukti geografi, berasal dari
Nusantara. Antara bukti yang jelas ialah bahasa Melayu berasal dari rumpun Austronesia.
Teori ini turut diperkukuhkan dengan beberapa bukti lain antaranya ialah:
i. Penemuan beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di
seluruh dunia.
ii. Kajian arkeologi mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak
manusia di Asia Tengah.
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J. Crawford, K. Himly, Sutan Takdir Alisjahbana
dan Gorys Keraf dengan alasan-alasan berikut:
i. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.
Keadaan ini hanya dapat dicapai oleh satu perkembangan budaya yang telah melalui
tempoh yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari luar
Nusantara tetapi berasal dan berkembang di Nusantara semata-mata.
ii. Pandangan bahawa bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa Champa adalah
tidak benar kerana persamaan yang ada antara kedua-dua bahasa adalah satu fenomena
‘ambilan’.
iii. Terdapat manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis di Pulau Jawa.
Penemuan manusia kuno ini menjelaskan bahawa orang Melayu berkemungkinan
merupakan keturunan manusia kuno tersebut yakni berasal dari Jawa dan ada tamadun
tersendiri.
iv. Rumpun bahasa di Nusantara iaitu bahasa Austronesia mempunyai perbezaan yang
sangat ketara dengan bahasa di Asia Tengah iaitu bahasa Indo-Eropah.

Kedua-dua bangsa Melayu dan Jawa yang dibincangkan di atas dikenali sebagai
Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang adalah sub-rumpun bahasa
Austronesia. Dari sudut asal-usul bangsa Melayu, tafsiran Melayu mengikut pengertian ras
adalah merangkumi penduduk seluruh Nusantara. Mereka berasal daripada satu kelompok
bangsa yang tersebar ke seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada
satu rumpun bangsa yang besar. Kajian tentang asal-usul orang Melayu bersifat sangat luas
kerana terdapat pelbagai etnik bangsa Melayu di Malaysia (Ahmad Jelani, 2008).
Kajian bertajuk Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia oleh Pusat Sains
Kesihatan, Universiti Sains Malaysia sejak Januari 2006 mendapati terdapat pelbagai corak
DNA dalam masyarakat Melayu moden hari ini kerana percampuran mereka dengan orang
Arab, Cina, India dan Thai. Dapatan kajian ini menyokong fakta sejarah bahawa Kerajaan
Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan entrepot. Kedatangan pedagang dari China, India dan
Arab membawa kepada perkahwinan campur (Ahmad Jelani, 2008). Kajian tersebut turut
menunjukkan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:
i. Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan,
ii. Melayu Yunnan di Terengganu,
iii. Melayu Minang di Negeri Sembilan,
iv. Melayu Aceh di Perak,
72
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

v. Melayu Mandailing di Perak,


vi. Melayu Rawa di Perak,
vii. Melayu Riau di Johor,
viii. Melayu Bugis di Johor,
ix. Melayu Kerinci di Selangor,
x. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan,
xi. Melayu Jawa di Johor dan Selangor,
xii. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak,
xiii. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang, dan
xiv. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak.

Kepelbagaian pendapat berkenaan asal-usul bangsa Melayu menunjukkan bangsa


ini sudah lama wujud di Alam Melayu iaitu sebelum Masihi lagi. Namun Anwar (2011)
menyatakan semua teori tersebut merupakan spekulasi semata-mata. Menurutnya,
pencarian asal-usul bangsa Melayu tidak boleh ditelusuri oleh bahasa purba (Austronesia
dan Austroasia), bahan arkeologi, bahan antropologi, rupa-fizikal, fosil dan genetik sahaja.
Sebaliknya, pencarian asal-usul bangsa Melayu perlu berasaskan sumber sejarah iaitu
sebagaimana penjelasan berikut:
i. Catatan Ptolemy dianggap sudah memadai kerana beliau merupakan sejarawan yang
terdidik dengan metode penulisan sejarah dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh
sebagaimana pernyataan berikut (Anwar, 2011):
“Di atas segala-segala sumber yang ada, selewat-lewatnya sejak abad ke-2 Masihi
sudah wujud entiti ‘Melayu’ iaitu seperti mana dicatatkan oleh Ptolemy yang menyebut
disebut Malayu-Kulon.” Catatan ini sekali gus sudah memadai dijadikan bukti bagi
menunjukkan rumpun penutur bahasa Austronesia telah mengidentitikan diri mereka
sebagai Melayu sejak zaman purba.
Kewujudan tersebut menunjukkan entiti Melayu itu adalah berakar daripada
manusia-manusia penutur bahasa Austronesia. Ini kerana tidak mungkin entiti tersebut
muncul secara tiba-tiba pada abad tersebut. Pastilah ia sudah muncul daripada akumulasi
perkembangan-perkembangan pada abad-abad sebelum itu…
Lagi pun catatan Ptolemy itu adalah sumber bertulis. Tentulah seseorang yang dilatih
dalam disiplin ilmu, terutamanya dalam bidang arkaeologi, sejarah dan antropologi, akan
menyatakan bahawa secara bandingannya sumber bertulis lebih tepat daripada dialek,
artifak, fosil dan sumber-sumber lain bukan-tulisan.”
ii. Catatan pengembaraan sarjana I-Tsing turut mengukuhkan pandangan bahawa sumber
sejarah dapat membuktikan kewujudan entiti bangsa Melayu. Catatan beliau tentang
persinggahannya ke negeri Melayu menunjukkan terdapat nama bahasa yang digunakan
oleh bangsa Melayu iaitu Kunlun dan Kulon sebagaimana petikan di bawah (Anwar,
2011):
“Entiti Melayu itu wujud secara berterusan. Ini dapat dibuktikan dengan catatan
I-Tsing (Yijing) (abad ke-7 Masihi) - suatu catatan yang sudah begitu popular dalam
kalangan pengkaji moden - yang singgah di Sumatera pada tahun 644 Masihi dan
661 Masihi dalam perjalanan ke dan dari India. Di samping itu, mencatatkan nama
Sriwijaya di Palembang, beliau juga mencatatkan nama “negeri Molo-yui” di daerah
Jambi. Palembang disebut dalam sumber sebagai Sribhoja atau Bhoja atau Shih-li-fo-
shih. Manakala Melayu disebut Mo-lo-you atau Molo-yui. Betul-betul pada ketika beliau
pulang dari India, beliau mencatatkan bahawa “sekarang Melayu menjadi Srivijaya.”
Catatan beliau ini merupakan bukti selewat-lewatnya sejak abad ke-6 Masihi sudah
wujud sebuah entiti yang dinamakan Sriwijaya-Melayu di wilayah Palembang dan
Jambi. Ini kerana keberadaan entiti tersebut pada abad tersebut tidak mungkin muncul
secara tiba-tiba, pastilah ianya akumulasi perkembangan-perkembangan daripada abad-
abad sebelum itu. Berdasarkan catatan beliau itu juga, pada abad ke-7 itu Melayu dan
73
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Sriwijaya bersatu sebagai satu entiti. Agak menariknya, I-Tsing juga mencatatkan bahasa
yang digunakan dalam empayar Kerajaan Melayu-Sriwijaya dengan menyebutnya sebagai
bahasa Kun-lun, sangat mirip dengan penyebutan Ptolemy beberapa abad sebelum itu.
Selain itu, I-Tsing mencatatkan juga bahawa kerajaan Sriwijaya-Melayu itu mempunyai
jajahan takluk yang luas. Kerajaan Sriwijaya-Melayu secara berkesinambungan kerana
ia dalam Batu Bersurat Chola bertarikh 1030 Masihi yang menyebut sebagai “Malaiyur”
(Tibbets 1979: 43). Ia terus dicatat oleh pelawat Arab, seperti oleh Edrisi pada tahun 1150
sebagai “kepulauan Malai yang besar.” Ia dicatatkan oleh pelawat China pada tahun 1273
yang menyebut “The Siamese had long been at war with the Maliyi, or Maliurh, but both
nations laid aside their feud and submitted to China.”
Ia dicatatkan oleh Marco Polo - tokoh tersohor dunia itu - yang tiba di utara Sumatera
pada tahun 1292 yang menyebut “You come to an Island which forms a kingdom, and is
called Malaiur. The people have a king of their own, and a peculiar language. The city is
a fine and noble one, and there is a great trade carried on there. All kínds of spicery are
to be found there.” Ia terus dicatatkan dalam sumber-sumber peribumi abad ke-15 seperti
Nagarakertagama dan Pararaton. Dan ia dicatatkan oleh para penakluk Portugis seperti
Alfonso De Albuquerque (1511), Tome Pires (1512) dan Anon. (eds. 1824).
iii. Bukti lain tentang asal-usul Melayu ialah catatan batu bersurat. Kebanyakan batu bersurat
memaparkan tentang kerajaan Sriwijaya-Melayu yang berpusat di daerah Palembang dan
Jambi. Hal tersebut, menurut Anwar (2011), adalah seperti pernyataan di bawah:
“Berdasarkan sejumlah besar batu bersurat yang dijumpai di sekitar Palembang
dan Jambi, iaitu Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang bertarikh 683 Masihi), batu
bersurat Sabokingking (berhampiran Telaga Batu di Palembang, tidak bertarikh), batu
bersurat Talang Tuwo (Palembang, 684 Masihi), batu bersurat Karang Brahi (di hulu
sungai Batang Hari di Jambi, tidak bertarikh), batu bersurat Kota Kapur (Bangka, 686
Masihi), batu bersurat Palas Pasemah (Lampung, tidak bertarikh), dan batu bersurat
Boom Baru (Palembang, tidak bertarikh), para sarjana berwibawa seperti Coedes dan
Wolters yang melakukan kajian secara langsung terhadap sumber-sumber tersebut, pusat
Kerajaan Sriwijaya-Melayu adalah dalam daerah Palembang dan Jambi.
Berdasarkan jumpaan inskripsi tembaga di Laguna (Bulakan, Filipina), patung
Bodhissattva Avalokitesvar (yang begitu identikal dengan Sriwijaya) di selatan Thailand
dan batu bersurat Ligor (775 Masihi) juga di selatan Thailand, Kerajaan Sriwijaya-Melayu
adalah sebuah empayar besar. Sempadan empayarnya adalah dari selatan Thailand hingga
ke selatan Filipina dan meliputi Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Singapura,
Kalimantan (termasuk Brunei) dan kepulauan Riau-Lingga. Agak menariknya, seperti
telah dicatatkan oleh I-Tsing, bahasa yang digunakan dalam empayar Kerajaan Melayu-
Sriwijaya itu adalah bahasa Kun-lun, suatu penyebutan yang sangat mirip dengan
penyebutan (Malayu-Kulon) oleh Ptolemy beberapa abad sebelum itu.”
iv. Sumber-sumber penulisan klasik peribumi tulisan Hamzah Fansuri dan Shamsuddin
Pasai turut menjelaskan tentang asal-usul Melayu. Selain itu, terdapat juga tulisan para
sarjana luar yang datang atau pernah mendiami di Tanah Melayu seperti mana petikan di
bawah (Anwar, 2011):
“Walau bagaimanapun, berdasarkan sumber-sumber klasik peribumi (seperti Sejarah
Melayu, Hikayat Hang Tuah, syair Hamzah Fansuri dan Shamsuddin Pasai, Tuhfat al-
Nafis, Hikayat Melayu/Siak, catatan Portugis (seperti oleh Tome Pires, Alfonso De
Albuquerque dan Anon. eds. 1824) dan British (seperti Marsden, Stamford Raffles,
Cruwford, Logan), dihujahkan bahawa orang Melayu sebagai satu kesatuan identiti
yang disebut ‘bangsa Melayu’ dengan sifat-sifat yang ada pada hari ini (lihat di atas)
adalah satu ‘bangsa jadian’ (invented-nation) yang hanya muncul pada abad ke-18 hasil
pengembangan imagine communities berasaskan identiti Melayu yang pada mulanya,
iaitu sebelum abad ke-17, hanya terbatas dalam kalangan kelompok kerabat raja pengasas
Kesultanan Melayu Melaka (termasuk semasa pemerintahannya di Johor) - yang berakar
74
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

umbi daripada Kerajaan Melayu Sriwijaya-Jambi. Berdasarkan sumber-sumber tersebut,


pengembangan imagine communities pada abad ke-18 itu berlaku setelah terputusnya
ikatan identiti tersebut daripada kelompok raja Melaka itu dan seterusnya menjadi identiti
masyarakat massa dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik. Pengembangan identiti
massa sejak abad tersebutlah masih berlaku pada hari ini.”

KESIMPULAN

Secara tuntas, istilah Melayu masih menjadi satu polemik yang memerlukan kajian dan
penilaian dari segenap aspek oleh para sarjana, pengkaji, penggubal undang-undang dan
mereka yang berautoriti. Hal ini kerana peredaran masa menuntut kepada makna yang jelas
dan tepat untuk mendefinisikan konsep Melayu. Definisi konsep Melayu yang jelas sangat
penting untuk menjelaskan maksud Melayu yang sebenar terutama dalam konteks Malaysia
hari ini. Kesamaran definisi boleh menyukarkan keputusan untuk menentukan mereka
yang boleh dikategorikan ke dalam golongan bangsa Melayu dan seterusnya menjelaskan
kedudukan mereka sebagai golongan yang boleh mendapat hak dan keistimewaan Melayu.

RUJUKAN

Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain. 2006. Sejarah Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Anon. 2016a. Etnik Melayu. http://tinyurl.com/z2m74ma. Diakses pada 17 Februari 2016.
Anon. 2016b. Asal-usul Bahasa Melayu. http://tinyurl.com/hbq634z.Diakses pada 17
Februari 2016.
Anwar Din. 2007. Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ismail Noor dan Muhammad Azaham. 2000. Takkan Melayu Hilang di Dunia. Selangor:
Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.
Gerini, G.E..1974. Researches on Ptolemy’s Geography of Eastern Asia (further India and
Indo-Malay Archipelago). New Delhi: Munshiram Manoharlal Publishers.
Garg, Ganga Ram (pnyt.). 1992. Encyclopaedia of the Hindu World. Jilid 1. Missouri: South
Asia Books.
Harun Aminurrashid. 1966. Kajian Sejarah Perkembangan bahasa Melayu. Singapura :
Pustaka Melayu.
Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Obaidellah Mohamad. 1993. Catatan tentang Negeri-negeri Melayu dalam Bahan Sejarah
China: Satu Tinjauan Umum. Dlm. Ismail Hussein A.Aziz Deraman dan Abd. Rahman
al-Ahmadi (pngr.). Tamadun Melayu. Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Husin Ali. 2008. The Malays: The Problems and Future. Kuala Lumpur: The Other
Press.
Wan Hashim Wan Teh. 2012. Rumpun Melayu: Teori Migrasi dan Diaspora. Siri Syarahan
Umum. Bandar Baru Nilai: Penerbit USIM.

75
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KESAN KERJASAMA DALAM AKTIVITI BERKUMPULAN


TERHADAP KUALITI PERHUBUNGAN PELAJAR DI UNIVERSITI

Arfah Ab. Majid, Ahmad Tarmizi Talib,


Sarjit Singh Darshan Singh, Zaid Ahmad
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Abstrak
Walaupun kepelbagaian etnik, agama dan budaya merupakan satu kebanggaan, Malaysia
tidak pernah sunyi daripada isu-isu etnik dan agama yang sensitif. Terkini isu pergaduhan
etnik di Plaza Low Yat telah menimbulkan persoalan adakah hubungan antara etnik di
Malaysia semakin rapuh? Jika benar, apakah mekanisme untuk memperbaiki hubungan
ini? Menurut Teori Perhubungan (Contact Theory) yang diperkenalkan oleh Gordon
Allport (1954), hubungan antara etnik dapat diperbaiki sekiranya sesuatu perhubungan
itu memenuhi empat syarat iaitu persamaan status, persamaan matlamat, keizinan
pihak berkuasa dan interaksi yang melibatkan kerjasama. Justeru, kajian ini adalah
satu percubaan untuk mengaplikasikan Teori Perhubungan ini dalam aktiviti pelajar di
universiti dengan memberikan tumpuan pada aspek kerjasama. Untuk tujuan ini, sebuah
eksperimen telah dijalankan di kalangan pelajar yang mengambil kursus (Tamadun
Islam dan Tamadun Asia) TITAS dan Hubungan Etnik. Pelajar telah dibahagikan
kepada tiga kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan. Setiap kumpulan
eksperimen telah diberikan tugasan yang mempunyai sifat dan tahap kerjasama yang
berbeza. Menurut hasil analisis ANOVA, tahap integrasi yang tinggi dan kerjasama
antara pelajar yang berbilang etnik mempunyai kesan terhadap kualiti perhubungan.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sesuatu perhubungan yang berkualiti dan baik
itu perlu disertai dengan empat elemen yang dicadangkan dan sebaliknya akan berlaku
jika sesuatu perhubungan itu tidak disertai empat elemen tersebut.

Kata kunci: hubungan etnik, teori perhubungan, kerjasama

PENGENALAN

Kajian ini berlatar-belakangkan realiti hubungan antara agama dan etnik di Malaysia yang
masih lagi dibelenggu sikap prejudis. Menurut Sidanius dan Pratto (1999) jaminan ekonomi,
penguasaan politik dan peluang untuk perkembangan sosial membentuk perbezaan realiti
sosial antara kumpulan majoriti dan minoriti dalam sesebuah negara yang akhirnya membentuk
matlamat dan perjuangan yang berbeza (Demoulin, Leyens, & Dovidio, in press). Perjuangan
kumpulan majoriti didorong oleh keperluan mereka untuk mengekalkan dan menyokong sistem
sosial sedia ada yang memanfaatkan mereka, perjunagan kumpulan minoroti pula didorong
oleh hasrat mereka untuk perubahan sosial (Sidanius, & Pratto, 1999; Tajfel & Turner, 1979).
Dalam konteks Malaysia, kebanyakan dasar yang diwujudkan oleh kerajaan termasuklah
dasar pendidikan dan kebudayaan dilihat sebagai menindas hak golongan minoriti. Perkara ini
telah menyebabkan rasa kurang berpuas hati dalam kalangaan mereka. Tidak terkecuali adalah
dasar Islamisasi yang diperkenalkan sekitar tahun 80an. Dasar yang berupaya mengembangkan
syi’ar Islam dan budaya Melayu ini dilihat sebagai satu ancaman kepada agama dan budaya
lain di negara ini. Pada masa yang sama, masyarakat Melayu Islam pula dibelenggu oleh
masalah ekonomi yang terhad kepada pertanian dan perikanan. Mereka melihat penguasaan
ekonomi masyarakat minoriti sebagai satu ancaman.
Perbezaan persepsi terhadap ketidaksamarataan dari aspek budaya, agama dan
ekonomi ini telah merangsang sikap prejudis. Hakikatnya, disebalik slogan “1 Malaysia” yang
76
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dicanangkan, masih lagi tersemat bibit-bibit prejudis dalam kalangan masyarakat minoriti
dan majoriti di Malaysia memandangkan sikap negatif ini tidak pernah ditangani sebaiknya.
Menurut Ani Arope (2009), di negara ini sebarang isu atau masalah yang berkaitan dengan
sikap prejudis telah disembunyikan dari pengetahuan umum dan akhirnya masyarakat hidup
dalam penafian (self-denial) (“Enhancing tolerance,” 2009). Sebuah kajian yang dijalankan
oleh Abdul Rahman Embong pada tahun 2001, telah memberikan gambaran tentang realiti
kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini. Salah seorang daripada informan mengakui
bahawa keharmonian dan perpaduan yang dikecapi pada hari ini adalah semata-mata kerana
keperluan untuk kelangsungan hidup dan bukannya perpaduan yang sebenar dan ikhlas (Abdul
Rahman Embong, 2001)
Berdasarkan kenyataan ini, tidak hairanlah sekiranya kita kerap mendengar isu-isu etnik
dan agama di negara ini seperti isu pergaduhan etnik di Low Yat. Jika isu-isu seumpama ini
tidak ditangani dengan baik, ia akan memperkukuhkan prejudis yang sedia ada dan dikhuatiri
akan mencetuskan rusuhan seperti tragedi 13 May, 1969. Peranan prejudis sebagai penyumbang
kepada rusuhan kaum telah dibuktikan melalui hasil kajian yang dijalankan oleh Sri Rahayu
Ismail, Zaid Ahmad, Haslinda Abdullah and Norbaya Ahmad (2009). Sebelum tercetusnya
tragedi yang sama, tindakan sewajarnya perlu diambil untuk mencegah sikap yang berbahaya
ini.

MEKANISME MENANGANI PREJUDIS

Berdasarkan beberapa kajian terperinci, sesetengah penyelidik telah mencadangkan beberapa


pendekatan atau mekanisme untuk mencegah sikap prejudis. Ini termasuklah kerjasama
dalam pembelajaran, hiburan, latihan lintas/silang-budaya, pegkategorian sosial dab latihan
kepelbagaian. Kesemua pendekatan yang disenaraikan ini, telah mengaplikasikan sebuah teori
yang dikenali sebagai Teori Perhubungan (Contact Theory) yang diperkenalkan oleh Gordon
Allport pada tahun 1954.

Teori Perhubungan (Contact Theory)


Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan, perhubungan antara kumpulan yang berlainan
telah terbukti membantu dalam mengurangkan bias (Gaertner, Dovidio, & Bachman, 1996) dan
memperbaiki hubungan (Brown & Mistry, 2005). Gordon Allport (1954) telah menyatakan
empat syarat untuk memastikan sesebuah perhubungan itu dapat memberikan kesan yang
positif.

1. Persamaan status
2. Persamaan matlamat
3. Kerjasama dalam interaksi
4. Sokongan atau keizinan pihak berkuasa

Sebuah ujian meta-analytic telah mengukuhkan lagi peranan teori perhubungan dalam
mengurangkan prejudis dan menghasilkan kesan yang positif terhadap hubungan antara kaum.
Hasil meta-analytic daripada 696 sampel menunjukkan lebih banyak perhubungan lebih
rendah prejudis (Pettigrew & Tropp, 2006). Pengetahuan tentang kaum lain yang diperolehi
melalui perhubungan akan meningkatkan kefahaman dan menjelaskan segala salah faham yang
berlaku. Kefahaman yang wujud akan melahirkan sikap yang lebih menyenangkan antara
kaum yang berbeza.
Sebuah kajian telah membuktikan bahawa sekolah yang tinggi tahap integrasi kaumnya
dapat menggalakkan kefahaman antara satu sama lain dan akhirnya dapat mengekang stereotaip
dan bias. Kajian yang sama menunjukkan sekolah yang kurang integrasi menyebabkan proses
pembelajaran dan kefahaman antara kaum lebih sukar berlaku. Penyampaian maklumat
tentang kaum lain melalui medium pengajaran biasa dan tiada perhubungan antara kaum secara
77
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

langsung kurang menunjukkan kesan terhadap sikap pelajar (Aboud & Amato, 2001). Wood
dan Sonleitner (1996) juga menegaskan bahawa murid-murid dari sekolah yang terdiri dari
kaum yang sama sukar untuk memperolehi pengetahuan dan empati tentang kaum lain.
Hasil kajian yang lain melaporkan murid-murid dari sekolah yang tinggi tahap integrasi
kaum berasa lebih selesa apabila berada dalam kalangan kaum lain berbanding murid-murid dari
sekolah yang tiada integrasi (Kurlaender & Yun, 2007). Di sekolah yang tiada integrasi, sikap
negatif lebih mudah terbentuk kerana fakta yang tidak tepat dan stereotaip yang disebabkan
oleh kurangnya perhubungan dan interaksi dengan kaum lain (Turner, R.N., Tam, T., Hewstone,
M., Kenworthy, J. & Cairns, E., 2013).

Kerjasama sebagai Syarat Utama dalam Perhubungan


Keempat-empat syarat perhubungan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini saling berkaitan
antara satu sama lain, yang mana ketiadaan salah satu syarat akan mempengrahi keberkesanan
syarat-syarat yang lain. Sebagai contoh, persamaan matlamat merupakan satu factor atau
syarat yang penting (Chu & Griffey, 1985), tetapi, kepentingannya akan berkurangan apabila
ia tidak hadir sekali dengan kerjasama (Gaertner, Dovidio, Rust, Nier, Banker & Ward, 1999).
Hasil beberapa kajian berkaitan dengan teori perhubungan menunjukkan saling
kebergantungan dalam bentuk kerjasama adalah penting untuk mengurangkan konflik antara
kaum dan prejudis (Brewer, 1996). Ini disebabkan kerana kerjasama antara kumpulan kaum
yang berbeza menghasilkan perasaan pembentukan satu kumpulan (Gaertner, Dovidio,
Bachman, 1996).

KAEDAH KAJIAN

Reka Bentuk Kajian


Untuk menguji kesan teori perhubungan terutamanya elemen kerjasama, sebuah eksperimen
telah dijalankan. Peserta telah dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan.Selain dua kumpulan ini, dua buah kumpulan perbandingan
juga telah diwujudkan untuk melihat perbezaan kerjasama dalam kumpulan yang tinggi tahap
integrasi dan kumpulan yang rendah tahap integrasi.

Sampel Populasi

Pengagihan secara Rawak


Dalam kajian ini, 50 pelajar tahun pertama dari Fakulti Perubatan Veterinar yang mendaftar
untuk kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia dari Universiti Putra Malaysia (Tamadun
Islam dan Asia) telah dibahagikan kepada dua kumpulan menggunakan kaedah sampel rawak
mudah dengan 25 orang setiap satu kumpulan.
Satu kumpulan terdiri daripada peserta yang terlibat dalam aktiviti berkumpulan yang
melibatkan kerjasama antara pelajar (iaitu kumpulan eksperimen) manakala yang lain terdiri
daripada pelajar-pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam program ini, iaitu kumpulan
kawalan. Antara pembolehubah kawalan yang telah diketengahkan dalam kajian ini ialah jantina
(lelaki atau perempuan), bangsa (Melayu, Cina, India dan peribumi Sabah dan Sarawak), umur
(bermula dari 19 ke 20) dan agama (Islam, Kristian, Buddha dan Hindu).
Sebagai contoh, seorang pelajar lelaki Melayu Islam, berusia 20 tahun dari Fakulti
Perubatan Veterinar dipasangkan dengan pelajar lain dengan ciri-ciri yang sama. Bagi setiap
kumpulan terdapat 13 perempuan Melayu Muslim, 5 perempuan Cina Buddha, 3 perempuan
India Hindu, 2 lelaki Melayu Muslim, 1 perempuan Cina Kristian dan 1 perempuan Bugis
Muslim. Kedua-dua kumpulan juga telah mendaftar dan belajar dalam kumpulan kuliah
yang berbeza. Kumpulan eksperimen mendaftar dalam kumpulan 15 dan kumpulan kawalan
mendaftar dalam kumpulan 16. Kedua-dua kumpulan adalah sangat tinggi tahap integrasi di
mana mereka terdiri daripada pelajar dari latar belakang etnik dan agama yang berbeza. Dalam
78
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kumpulan 15 misalnya terdapat 25 Melayu Islam, 15 Cina Buddha, 5 India Hindu, 1 Cina
Kristian, 2 Cina Tao, 1 India Kristian, 1 Dusun Kristian, 1 Iban / Kadazan Kristian, 1 Siam
Buddha, 1 India / Cina Kristian dan 1 Bugis / Sungai Islam.

Kumpulan Perbandingan
Selain daripada kumpulan eksperimen dan kawalan, kajian ini juga mengukur dua kumpulan
pelajar yang mengikuti kursus Hubungan Etnik dari Fakulti Pengajian Pendidikan dan Fakulti
Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Kedua-dua kumpulan pada dasarnya adalah
homogen iaitu majoriti pelajar yang mendaftar adalah Melayu Islam.
Setiap satu daripada kumpulan perbandingan terdiri daripada 25 orang peserta.
Salah satu kumpulan perbandingan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat
mengandungi 8 Lelaki Melayu Islam, 3 lelaki Cina Buddha, 11 perempuan Melayu Muslim, 1
perempuan Cina Buddha, 1 perempuan Iban Kristian dan 1 perempuan Cina Kristian manakala
kumpulan perbandingan yang lain dari Fakulti Pendidikan termasuk 21 Melayu perempuan
Muslim, 1 perempuan Cina Kristian dan 3 Lelaki Melayu Muslim. Pelajar-pelajar ini telah
dipilih secara rawak daripada jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar untuk kumpulan
terlibat. Kumpulan perbandingan telah diwujudkan untuk menguji jika kesan kerjasama dalam
aktiviti berkumpulan itu boleh dikaitkan dengan tahap integrasi kaum dan agama. Selain
daripada bersifat homogen, kedua-dua kumpulan perbandingan ini juga dilibatkan dengan
unsur kerjasama yang kurang berbanding kumpulan eksperimen.

Prosedur Pengumpulan Data

Penilaian Kumpulan Eksperimen


Jangka masa pengumpulan data untuk kajian ini merangkumi satu semester (Semester 1 sesi
2014/2015) memandangkan pelajar perlu menganjurkan beberapa buah program. Program
pertama yang dilaksanakan ialah lawatan ke rumah ibadat. Lawatan itu meliputi dua kawasan
(iaitu Kuala Lumpur dan Melaka).
Di Kuala Lumpur, terdapat tiga tempat yang dilawati seperti Gurdwara Tatt Khalsa, Kuil
Batu Caves Sri Subramaniam dan Kuil Fo Guang Shan Dong Zen manakala di Melaka tempat
yang dipilih adalah Gereja St. Francis Xavier. Lawatan ke Kuala Lumpur telah diadakan pada 2
November 2014 dan lawatan Melaka telah dijalankan pada 9 November 2014. Kumpulan yang
bertanggungjawab untuk lawatan adalah kumpulan 6 dari Fakulti Pengajian Pendidikan.
Program seterusnya dan yang terbesar di bawah penyelidikan ini ialah Inter-cultural
Exhibition and Dialogue atau Iced 2014. Program ini terdiri daripada pameran antara budaya
pada siang hari dan forum dialog antara agama yang telah dijalankan kemudian pada waktu
malam. Acara ini merupakan kerjasama antara kumpulan 25 dari Fakulti Sains Komputer dan
kumpulan 15 dari Fakulti Perubatan Veterinar. Dengan berakhirnya acara itu menandakan
berakhirnya kerjasama di kalangan pelajar dan acara ini meruapakan pencapaian terbesar
mereka.
Program Inter-cultural Exhibition and Dialogue atau Iced 2014 ini telah dijalankan
pada 12 Disember 2014. Ia adalah minggu ke-13 pengajaran. Alat komunikasi utama di
kalangan pelajar dalam menganjurkan acara ini adalah aplikasi mudah alih “Whats App”.
Sebarang perbincangan atau keputusan berlangsung di aplikasi ini. Selepas semester berakhir
pada minggu ke-14 pengajaran, proses pengumpulan data juga telah berakhir.
Sebagai responden dan subjek eksperimen ini, ketiga-tiga kumpulan pelajar telah
diberikan set soal selidik selepas peperiksaan akhir mereka. Satu sesi khas telah dianjurkan
untuk ketiga-tiga kumpulan sebagai majlis penghargaan dan sesi untuk menjawab soal selidik.
Soal selidik telah diedarkan bersama-sama dengan “Arahan-arahan untuk Peserta”, “Gambaran
Keseluruhan Penyelidikan” dan “Maklumat dan Persetujuan Peserta” kepada peserta untuk
dibaca dan ditandatangani. Peserta dalam kumpulan ini juga telah diberikan masa sebanyak
yang mereka perlukan untuk melengkapkan soal selidik tersebut
79
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Penilaian Kumpulan Kawalan


Pada satu kesempatan yang lain, peserta dalam kumpulan kawalan (kumpulan 16 dari Fakulti
Perubatan Veterinar) telah diberikan set borang soal selidik yang sama. Pelajar diberi masa
sebanyak yang diperlukan untuk melengkapkan soal selidik tersebut.

KESAN KERJASAMA DALAM AKTIVITI BERKUMPULAN TERHADAP KUALITI


PERHUBUNGAN

Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen
dan kumpulan perbandingan 1; dan kumpulan eksperimen dan kumpulan perbandingan 2
dalam kualiti hubungan. Perbezaan dalam kualiti hubungan mungkin dipengaruhi oleh sifat
kumpulan-kumpulan ini yang berbeza dari segi komposisi etnik dan agama dan sifat program
sendiri yang didedahkan kepada kumpulan-kumpulan ini.
Seperti yang disebut sebelum ini, kumpulan eksperimen terdiri daripada pelajar dari
Fakulti Perubatan Veterinar yang mendaftar dalam kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia
di bawah kumpulan kuliah 15 manakala kumpulan kawalan juga terdiri daripada pelajar dari
Fakulti Perubatan Veterinar yang mendaftar dalam kursus yang sama tetapi dalam kumpulan
kuliah 16. Kedua-dua kumpulan terdiri daripada pelajar dari latar belakang etnik dan agama
yang berbeza.
Dua kumpulan yang lain (iaitu kumpulan perbandingan 1 dan kumpulan perbandingan
2), terdiri daripada pelajar-pelajar yang kurang kepelbagaian dari segi komposisi etnik dan
agama. Majoriti pelajar dalam kumpulan perbandingan 1 adalah perempuan Melayu Islam (40
pelajar) dan hanya 1 perempuan Cina Kristian dan 1 perempuan Cina Buddha. Majoriti pelajar
dalam kumpulan perbandingan 2 pula adalah lelaki Melayu Islam (16 pelajar) dan perempuan
Melayu Islam (13 pelajar). Pelajar lain ialah 1 perempuan Cina Kristian, 3 lelaki Cina Buddha
dan 1 perempuan Cina Buddha.
Keputusan ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara
kumpulan eksperimen (integrasi tinggi) dan dua kumpulan perbandingan (integrasi rendah)
dalam kualiti hubungan. Ini bermakna bahawa kepelbagaian dan program berbentuk kerjasama
mempunyai kesan ke atas kualiti hubungan. Selain daripada komposisi etnik dan agama yang
berbeza dia antara kumpulan-kumpulan ini, sifat dan bentuk kerjasama yang berbeza dalam
aktiviti berkumpulan mungkin mempunyai pengaruh ke atas kualiti hubungan.
Pelajar dalam kumpulan eksperimen diarah untuk membahagikan diri mereka ke dalam
kumpulan-kumpulan kecil yang berbeza (contoh: Kumpulan yang bertanggungjawab bagi
protokol, makanan, teknikal dan penceramah) yang terdiri daripada latar belakang etnik dan
agama yang pelbagai. Pelajar-pelajar telah diminta untuk menganjurkan forum dialog antara
agama. Sama seperti mana-mana forum lain, forum ini melibatkan penceramah jemputan dan
penonton. Oleh itu, ia memerlukan komitmen yang tinggi dan keazaman untuk melaksanakan
program ini. Walaupun pelajar-pelajar ini bermula dengan kumpulan kecil yang berasingan,
kerjasama semakin ketara antara mereka apabila tarikh forum semakin hampir.
Kumpulan perbandingan 1 telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan
lawatan ke tempat-tempat ibadat. Seperti kumpulan eksperimen, pelajar dalam kumpulan ini
juga diminta untuk membahagikan diri mereka ke dalam beberapa kumpulan kecil. Antara
kumpulan-kumpulan tersebut adalah: 1) Kumpulan yang bertanggungjawab untuk mengatur
perjalanan di tempat-tempat ibadat di sekitar Kuala Lumpur (iaitu untuk Gurdwara Tatt
Khalsa, Kuil Batu Caves Sri Subramaniam dan Kuil Fo Guang Shan Dong Zen); 2) Kumpulan
yang bertanggungjawab mengatur perjalanan di tempat-tempat ibadat sekitar Melaka (iaitu
St Francis Xavier Church) dan kumpulan yang bertanggungjawab mengatur perjalanan di
tempat-tempat ibadat di sekitar Pulau Pinang (iaitu Masjid Kapitan Kling). Perjalanan ke
Pulau Pinang bagaimanapun dibatalkan kerana beberapa masalah teknikal di saat akhir. Walau
bagaimanapun, kumpulan Pulau Pinang tersebut telah ditugaskan untuk perjalanan yang lain di
sekitar Selangor.
80
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Terdapat kira-kira 15 pelajar dalam setiap kumpulan ini dan mereka telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil seperti kumpulan yang bertanggungjawab bagi
keselamatan, makanan, perhubungan awam dan pengangkutan. Bentuk aktiviti seumpama
ini tidak begitu memerlukan interaksi dan kerjasama yang tinggi antara ketiga-tiga kumpulan
kerana mereka yang bertanggungjawab bagi perjalanan yang berbeza. Matlamat Sifat program
ini berbeza daripada kumpulan eksperimen yang mana mereka mempunyai matlamat yang
sama iaitu menganjurkan forum yang sama. Kumpulan perbandingan 1 pula tidak berteraskan
matlamat yang sama misalnya terdapat satu kumpulan bagi perjalanan Kuala Lumpur dan
terdapat satu kumpulan bagi perjalanan Melaka.
Begitu juga dengan kumpulan perbandingan 2. Sifat program itu sendiri tidak membawa
kepada tahap kerjasama yang tinggi dalam kalangan pelajar. Tema bagi kumpulan ini adalah
pameran. Oleh itu, pelajar telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil seperti kumpulan
yang bertanggungjawab dalam pameran seni mempertahankan diri, makanan, kaligrafi, muzik
tradisional dan perubatan tradisional. Terdapat kira-kira lima hingga enam orang pelajar dalam
satu kumpulan.
Sama seperti kumpulan perbandingan 1, kumpulan perbandingan 2 juga tidak memfokuskan
pada matlamat yang sama. Setiap kumpulan hanya melaksanakan tugas yang berkaitan dengan
pameran mereka sendiri. Oleh yang demikian, tidak wujud interaksi yang aktif dan kerjasama
dalam kalangan kumpulan pameran. Secara ringkasnya, kualiti hubungan boleh diperbaiki
melalui interaksi dalam bentuk kerjasama antara kumpulan etnik dan agama yang pelbagai.
Satu lagi penemuan penting bagi kajian ini adalah kepentingan kerjasama antara
kumpulan yang tinggi tahap integrasi ke arah kualiti hubungan. Kajian ini membuktikan
bahawa, kualiti hubungan, hanya dapat diperbaiki jika terdapat unsur kerjasama dalam
sesebuah perhubungan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, untuk mendapatkan manfaat
daripada hubungan antara kaum, kesemua empat syarat hubungan yang dicadangkan mesti
wujud bersama-sama dan kerjasama adalah salah satu elemen yang sangat penting. Peranan
kerjasama dalam hubungan disokong oleh beberapa penyelidik seperti Brewer (1996) dan;
Gaertner, Dovidio dan Bachman (1996).

KESIMPULAN

Walaupun Malaysia adalah negara yang pelbagai etnik, agama dan budaya namun kepelbagaian
ini kurang diuruskan dengan baik. Ini dapat dibuktikan dengan terdapatnya isu-isu sensitif
yang berkaitan etnik dan agama dari masa ke masa. Melalui kajian ini, dapat difahami bahawa
sesuatu hubungan yang terjalin tidak akan bermakna jika tidak memenuhi empat syarat yang
dikemukakan oleh Gordon Allport terutamanya elemen kerjasama antara kaum. Dalam erti
kata lain, hubungan yang sekadar terjalin di sekolah, tempat kerja mahupun pasar raya tidak
mempunyai nilai dan kualiti yang tinggi sekiranya empat syarat tersebut tidak dapat dipenuhi.
Selain interaksi yang memerlukan kerjasama, tahap integrasi yang tinggi juga dapat memastikan
kualiti hubungan yang baik. Masyarakat yang homogen dan tidak pelbagai akan kurang
interaksi dengan etnik atau penganut agama lain lantas sukar untuk memperbaiki hubungan.

RUJUKAN

Abdul Rahman Embong. (2001). The Culture and practice of pluralism in post-colonial
Malaysia in R. W. Hefner (ed), The politics of multiculturalism: pluralism and citizenship
in Malaysia, Singapore, and Indonesia (pp. 59-87). University of Hawai’i Press.
Aboud, F. E., & Amato, M. (2001). Developmental and socialization influences on intergroup
bias. In R. Brown & S.L. Gaertner (Eds.), Blackwell handbook of social psychology:
intergroup processes (pp. 65-85). Oxford: Blackwell.
Adorno, T. W., Frenkel-Brunswik, E., Levinson, D. J., & Sanford, R. N. (1950). The authoritarian
personality. New York: Harper & Brothers.
81
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Allport, G.W. (1954). The nature of prejudice. Cambridge, Mass: Addison-Wesley.


Allport, G.W. (1979). The nature of prejudice: Unabridged, forwarded by Thomas Pettigrew,
Reading: Addison-Wesley.
American Psychological Association. (2001). Declaration for the UN world conference against
racism, racial discrimination, xenophobia, and related intolerance. Retrieved October 10,
2011.
http://wwwapaorg/pi/oema/racismdeclarationpdf
Arfah Ab. Majid. (2013). Inter-religious Dialogue in Malaysia: A Study of the Dialogue Designs
and Their Effects on Level of Prejudice and Understanding. Unpublished doctoral thesis.
International Islamic Universiti Malaysia.
Azizan Baharudin. (2008). Peranan dialog peradaban di dalam wacana “Tamadun Malaysia”
[The role of civilizational dialogue in the discourse of “Malaysia Civilization]. Jurnal
peradaban. Vol. 1, 1-14.
Brewer, M. B. & Miller, N. (1984). Beyond the contact hypothesis: Theoretical perspectives on
desegregation. In N. Miller & M. B. Brewer (Eds), Groups in contact: The psychology of
desegregation (pp. 281-302). Orlando, FL: Academic Press.
Brown., A & Mistry., T. (2005). Group work with “mixed membership” groups: Issues of race
and gender. Social Work with groups. 28 (3/4), 133-148.
Demoulin, S., Leyens, J. P., & Dovidio, J. F. (Eds.). (in press). Intergroup misunderstandings:
Impact of divergent social realities. Philadelphia: Psychology Press.
Dessel, A., Rogge, M., & Garlington, S. (2006). Using intergroup dialogue to promote social
justice and change. Social work, 51(4), 303-315. Enhancing tolerance in Malaysia. (2009).
Retrieved 28 February 2010.
http://www.heraldmalaysia.com/news/storydetails.php/Enhancing-Tolerance-in Malaysia
Gaertner, S. L., Dovidio, J. F., & Bachman, B. A. (1996). Revisiting the contact hypothesis: The
induction of a common in-group identity. International Journal of Intercultural Relations,20
(3 & 4), 271-290. Special Issue: International Congress on Prejudice, Discrimination and
Conflict, Jerusalem, Israel.
Ghazali Basri (2005), Dialog antara Agama di Malaysia [Inter-religious dialogue in Malaysia].
Kuala Lumpur. Pusat Dialog Peradaban. UM.
´IsmÉÑÊl RÉjÊ al-FÉrËqÊ. (1992). Islam and Christianity: Diatribe or dialogue. In L. Swidler
(Ed.). Muslims in dialogue: The evolution of a dialogue (pp. 1-35) Lewiston,NY: The
Edwin Mellen Press.
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (2005). Interaksi dan dialog agama (Dialog peradaban):
Satu paparan [Interaction and religious dialogue (Dialogue of civilisations): An overview].
In Azizan Baharuddin (ed.). Islam dan dialog peradaban: Satu perspektif (pp. 91-121).
Universiti Malaya: Pusat Dialog Peradaban.
Khairulnizam Mat Karim & Suzy Aziziyana Saili. (2012, September). The role of inter-
faith dialogue in societal development: Malaysian experience. Paper presented at World
Conference on Islamic Thought 2012: Contemporary Challenges and Realities organized
by Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Perak.
Michal Kurlaender and John T. Yun, “Measuring School Racial Composition and Student
Outcomes in a Multiracial Society,” American Journal of Education (2007). v113 n2 p213-
243 Feb 2007, University of Chicago Press.
Muhammad Farid Muhammmad Shahran. (2008, January). Dialog antara Agama dan
peradaban: Perspektif agama dan tamadun [Inter-religious and inter-civilizational dialogue:
Religious and civilizational perspectives]. Paper presented at Muzakarah Pendisiplinan
Dialog Antara Agama dan Peradaban organized by Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM), Kuala Lumpur.
Nagda, B., Gurin, P., & Zuniga, X. (2008). A multi-university evaluation of the educational
effects of inter-group dialogue. Retrieved February. 23, 2010. http://depts.washington.edu/
sswweb/resweb/project.php?id61.
82
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Osman Bakar. (2008). Malaysian Islam in the twenty-first century: The promise of a democratic
transformation?. In J. L. Esposito, J. O. Voll and B. Osman (Eds.) Asian Islam in the 21st
century (pp 81-108), Oxford University Press.
Paluck, E. L., & Green, D. P. (2009). Prejudice reduction: What works? A Review and
assessment of research and practice. Annual review of psychology, 60. 339-367
Peter B. Wood and Nancy Sonleitner, “The Effect of Childhood Interracial Contact on Adult
Antiblack Prejudice,” Journal of Intercultural Relations 20, no. 1 (1996): 1-17.
Pettigrew, T. F. (1998). Inter-group contact theory. Annual review of psychology, 49, 65–85.
Pettigrew., T.F & Tropp., L.R. (2006). A meta-analytic test of intergroup contact theory. Journal
of Personality and Social Psychology, 90, 751-783.
Rohaini Amin, Ayu Nor Azilah Mohamad & Nor Azlina Binti Endut (2011, December).
Dialog dan keterbukaan: Kepentingannya kepada perpaduan di dalam peradaban di
Malaysia[Dialogue and openness: Its importance towards unity in Malaysian civilization].
Paper presented at Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional organized by Majlis
Professor Negara, Kuala Lumpur.
Schoem, D., Hurtado, S., Sevig, T., Chesler, M. & Sumida, S. H. (2001). Intergroup dialogue:
Democracy at work in theory and practice. In D., Schoem. & S, Hurtado (Eds.). Intergroup
dialogue: Deliberative democracy in school, college, community and workplace (pp.1-21).
Ann Arbor: University of Michigan Press.
Sidanius, J. & Pratto, F. (1999). Social dominance: An inter-group theory of social hierarchy
and oppression. New York: Cambridge University Press.
Sri Rahayu Ismail, Zaid Ahmad, Haslinda Abdullah & Norbaya Ahmad. (2009). The socio-
psychological dimension of ethnic relations in Malaysia. European journal of social
sciences. 12 (1). 76-82.
Stephan, W. G. & Stephan, C. W. (1993). Cognition and affect in stereotyping: Parallel interactive
networks. In D. M. Mackie and D. L. Hamilton (eds.), Affect, cognition and stereotyping:
Interactive processes in group perception. (pp. 111-136). Orlando, FL: Academic Press.
Stephan, W. G. & Stephan., C.W. (2000). An Integrated threat theory of prejudice. In C.
Oskamp, S. (Ed.). Reducing prejudice and discrimination. (pp. 23-46). Mahwah, New
Jersey London: Lawrence Erlbaum Associates.
Sternberg., R.J. (2003). A duplex theory of hate: Development and application to terrorism
massacres and genocide. Review of general psychology, 7(3). 299-328.
Tajfel, H. & Turner, J. C. (1979). An integrative theory of inter-group conflict. In W. G. Austin
& S. Worchel (eds.), The social psychology of inter-group relations (pp. 33-48). Monterey,
CA: Brooks/Cole.
Tan, S. K. (2011). Public confidence in state of ethnic relations decline. Retrieved July 22,
2012. www.merdeka.org
Turner, R.N., Tam, T., Hewstone, M., Kenworthy, J. & Cairns, E. (2013). Contact between
Catholic and Protestant schoolchildren in Northern Ireland. Journal of Applied Social
Psychology, 43, E216-E228.

83
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

POLA SOKONGAN PENGUNDI SELANGOR TERHADAP TOKOH


PEMIMPIN MENJELANG PRU14

Mohd Mahadee Ismail, Mansor Mohd Noor, Muhammad Asri Mohd Ali,
Ahmad Rizal Mohd Yusof, Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, Arvin Tajari

Abstrak
Makalah ini membincangkan tentang pola sokongan pengundi Selangor terhadap
tokoh kepimpinan peringkat negeri dan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Sepertimana yang diketahui umum, dalam Pilihan Raya Umum ke-13 Pakatan Rakyat
telah berjaya mempertahankan kekuasaan mereka di Selangor. Salah satu faktor yang
dikenal pasti adalah keyakinan rakyat Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid
Ibrahim sebagai Menteri Besar yang telah berjaya menjana pendapatan negeri dengan
lebih kukuh dan membawa beberapa perubahan yang diharapkan. Akan tetapi, teraju
kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dapat bertahan ekoran pengenalan ‘Langkah
Kajang’ pada bulan September 2014 dengan tujuan untuk menggantikan jawatan
Menteri Besar kepada Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Krisis tersebut menjadi
pencetus kepada pergolakan dalam Pakatan Rakyat apabila PAS cuba mempertahankan
Tan Sri Khalid Ibrahim manakala PKR dan DAP menyokong Datin Seri Wan Azizah
Wan Ismail menjadi Menteri Besar yang baharu. Setelah gagal mengangkat Datin Seri
Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, akhirnya Dato’ Seri Azmin Ali telah
dilantik ke jawatan tersebut. Begitu juga dengan apa yang berlaku di peringkat nasional
apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah menarik balik sokongan terhadap kepimpinan
Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tun Dr Mahathir Mohamad telah melontarkan pelbagai
kritikan dan mendesak agar Dato’ Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri. Rentetan dari itu, kegagalan dalam penyelesaian isu 1MDB dan
sumbangan derma bernilai 2.6 billion ringgit sepertimana yang telah dibangkitkan
oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku
Timbalan Perdana Menteri ketika itu mula mempertikaikan kredibiliti Dato’ Seri Najib
Tun Razak. Akibatnya, berlaku rombakan kabinet di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Dato’ Seri Shafie
Apdal selaku Naib Presiden UMNO telah digugurkan dari menganggotai kabinet baru.
Krisis kepimpinan yang berlaku di peringkat negeri Selangor dan di peringkat nasional
sudah pasti membawa satu persepsi baru dalam kalangan pengundi. Sehubungan
dengan itu, satu kajian khusus telah dijalankan dalam kalangan pengundi di Selangor
untuk melihat sokongan terhadap tokoh pemimpin khususnya menjelang PRU14 nanti.
Kajian ini melibatkan seramai 393 orang responden yang terdiri daripada pengundi
berdaftar yang telah diedarkan di lapan kawasan Parlimen di negeri Selangor.

PENGENALAN

Pola sokongan pengundi terhadap tokoh-tokoh kepimpinan politik sama ada di peringkat pusat
mahupun di peringkat negeri boleh berubah dari masa ke semasa. Perubahan pola sokongan
yang berlaku sama ada meningkat, menurun atau statik bergantung kepada banyak faktor
merangkumi personaliti, parti, isu-isu semasa dan pelbagai lagi. Dalam keadaan biasa tanpa
isu-isu yang panas, sokongan terhadap tokoh-tokoh kepimpinan politik mungkin statik dan
mungkin juga meningkat. Tetapi, berdasarkan kepada generalisasi umum, boleh kita katakan
pola sokongan terhadap tokoh-tokoh kepimpinan politik mungkin menurun sekiranya wujud
isu-isu panas yang tidak dapat diselesaikan dengan sempurna atau tidak menyebelahi kehendak
rakyat. Adakah generalisasi tersebut tepat dalam melihat pola sokongan pengundi khususnya
dalam persekitaran yang masih jauh dari pilihan raya umum akan datang? Atau mungkin
84
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sebaliknya yang akan berlaku. Bagi mencari jawapan kepada persoalan yang dikemukakan
tersebut, satu kajian khusus telah dilaksanakan dalam kalangan pengundi Selangor untuk melihat
dinamika pola sokongan pengundi terhadap tokoh-tokoh kepimpinan politik di peringkat pusat
dan juga peringkat negeri. Kajian ini walaupun dijalankan dalam tempoh waktu yang agak
singkat, tetapi telah memberikan suatu gambaran awal yang bersifat kontemporari tentang
persepsi pengundi yang sentiasa menjadi pemerhati setia terhadap perkembangan politik tanah
air. Persepsi mereka perlu dinilai dengan telus dan terbuka supaya tidak condong kepada mana-
mana pihak yang berkepentingan.

SOROTAN KEMELUT KEPIMPINAN POLITIK

Kepimpinan di Selangor telah dikuasai oleh pemimpin dari Pakatan Rakyat semenjak
PRU12 dan penguasaan mereka semakin kukuh selepas PRU13. Berdasarkan kepada pola
sokongan pengundi melalui kedua-dua pilihan raya umum tersebut, sokongan terhadap
Pakatan Rakyat semakin kuat dan semakin mendapat tempat di hati para pengundi. Dengan
kata lain, walaupun Barisan Nasional berjaya mengekalkan kekuasaan di peringkat
nasional, tetapi di Selangor sokongan pengundi semakin merosot. Kepimpinan dan tokoh-
tokoh popular Barisan Nasional tidak lagi diberi mandat oleh pengundi. Dari itu, timbul
pelbagai persoalan kenapa suasana ini berlaku, apakah faktor-faktor yang mendorong
berlakunya perubahan yang cukup dramatik terhadap pemerintahan Barisan Nasional yang
menerajui kepimpinan negara sejak merdeka hingga ke saat ini. Adakah ini suatu petanda
perubahan masyarakat yang giat berlaku kesan dari modenisasi, perkembangan teknologi,
globalisasi, migrasi dan pelbagai lagi yang membawa impak langsung pada perkembangan
politik Malaysia? Selain itu, adakah pola sokongan pengundi ini akan kekal menjelang
PRU14 nanti?
Perkembangan politik Malaysia mutakhir ini nampak semakin kusut dan bercelaru
terutamanya selepas wujud pelbagai isu di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri,
perpecahan dalam parti mahupun perpecahan kerjasama antara parti. Perkembangan-
perkembangan sedemikian dijangkakan akan mempengaruhi pola sokongan semasa
pengundi yang dilihat semakin matang dan sentiasa mengikuti perkembangan politik
arus perdana. Sekiranya dilihat dari sudut isu, di peringkat nasional wujud pelbagai isu
yang telah mengegarkan politik Malaysia seperti isu 1MDB, sumbangan derma bernilai
2.6 billion ringgit yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri, pengenalan Good and
Service Tax (GST), kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar baru tol, kenaikan harga barang,
peningkatan kos sara hidup, masalah rasuah, peningkatan kadar jenayah dan pelbagai lagi.
Sebahagian daripada isu-isu tersebut gagal dijelaskan dengan baik kepada rakyat yang
sekian hari menuntut keadilan, ketelusan dan integriti dalam kepimpinan negara. Tambahan
lagi rakyat mula mempertikaikan kredibiliti kepimpinan negara apabila terdapat jemaah
menteri yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengguris hati rakyat.
Tidak cukup dengan itu, Barisan Nasional terus mendapat tamparan hebat apabila
Tun Dr Mahathir Mohamad telah menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Dato’
Seri Najib Tun Razak. Tun Dr Mahathir Mohamad telah melontarkan pelbagai kritikan,
mempertikaikan pelbagai keputusan kerajaan dan mula mendesak agar Dato’ Seri Najib Tun
Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Rentetan dari itu, kegagalan dalam
penyelesaian isu 1MDB dan sumbangan derma bernilai 2.6 billion ringgit sepertimana yang
telah dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyebabkan Tan Sri Muhyiddin
Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu mula mempertikaikan kredibiliti Dato’
Seri Najib Tun Razak. Akibatnya, berlaku rombakan kabinet di mana Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Dato’ Seri Shafie
Apdal selaku Naib Presiden UMNO telah digugurkan dari menganggotai kabinet baru.
Tindakan tersebut bukan sahaja mencetuskan perpecahan dalam UMNO malah membawa
satu persepsi negatif dalam kalangan rakyat jelata.
85
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Dalam pada itu, pentadbiran kerajaan negeri Selangor juga turut dilanda krisis yang
hebat dan isu-isu dalaman. Antara krisis utama yang berlaku di Selangor ialah krisis jawatan
Menteri Besar selepas pengenalan ‘Langkah Kajang’ (September 2014) yang bertujuan
untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Krisis tersebut menjadi pencetus kepada pergolakan dalam Pakatan Rakyat apabila PAS cuba
mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim manakala PKR dan DAP menyokong Datin Seri
Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar yang baharu. Setelah gagal mempertahankan
Tan Sri Khalid Ibrahim, PAS kemudiannya telah menyokong Dato’ Seri Azmin Ali sebagai
Menteri Besar yang baharu dan menolak pencalonan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
atas alasan wanita tidak sesuai memegang jawatan yang besar tersebut. Akhirnya Dato’ Seri
Azmin Ali telah dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu. Selain itu, pentadbiran kerajaan
negeri Selangor turut dilanda pelbagai kontroversi lain seperti isu penubuhan Darul Ehsan
Investment Group (DEIG), projek lebuhraya KIDEX, pengurusan air, pengurusan sampah
dan pelbagai lagi.
Pergolakan dalam Pakatan Rakyat semakin retak apabila PAS cuba membentang
pelaksanaan Enakmen Hukum Kanun Jenayah Syariah II (Kelantan) di Parlimen. Usul
tersebut telah ditentang sekeras-kerasnya oleh DAP dan tidak mendapat sokongan daripada
PKR. Isu tersebut bukan sahaja membawa keretakan dalam hubungan kerjasama Pakatan
Rakyat tetapi telah mencetuskan perpecahan dalaman PAS. PAS dilanda krisis serius
selepas Muktamar pada bulan Jun 2015 yang membawa kepada penubuhan Parti Amanah
Nasional (PAN) pada September 2015 di mana sebilangan pemimpin popular PAS telah
berhijrah ke PAN. Penubuhan PAN telah mendorong kepada penubuhan Pakatan Harapan
yang melibatkan kerjasama di antara DAP, PKR dan PAN. Namun begitu, dalam konteks
Selangor, kerjasama melalui Pakatan Rakyat di antara PKR dan PAS masih lagi dikekalkan.
Perkembangan sedemikian telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat khususnya
pengundi Selangor yang tidak pasti haluan sebenar dan bentuk integrasi politik yang sedang
berlaku.
Isu-isu yang wujud di peringkat nasional yang banyak melibatkan Barisan Nasional
dan isu-isu di peringkat negeri yang banyak melibatkan Pakatan Rakyat serta Pakatan
Harapan secara langsung mahupun tidak langsung dijangka mempengaruhi persepsi dan
seterusnya pola sokongan pengundi. Parti mana yang dapat mengambil manfaat dan parti
mana yang terkesan daripada isu-isu yang wujud tersebut bergantung sepenuhnya kepada
bentuk pendekatan dan penyelesaian yang diambil oleh parti-parti yang terlibat. Dari
itu wujud persoalan apakah reaksi penduduk di Selangor terhadap isu-isu yang wujud di
peringkat nasional mahupun di peringkat negeri? Apakah pola sokongan mereka terhadap
tokoh-tokoh kepimpinan politik di peringkat nasional dan juga di peringkat negeri?

RANGKUMAN KONSEP KEPIMPINAN POLITIK

Umumnya, kepimpinan wujud dari perkataan pemimpin. Pemimpin merujuk kepada seseorang
individu yang memiliki kemampuan tertentu untuk mempengaruhi perlakuan orang lain melalui
pemikiran, kata-kata, kedudukan, tindakan dan perbuatan (Shamsul, 1990: 100). Pemimpin
dan kepimpinan wujud dalam pelbagai bentuk persekitaran, peringkat mahupun budaya.
Persekitaran, peringkat dan budaya yang berbeza menjadi penentu kepada kepimpinan yang
berbeza-beza. Walau apapun keadaannya, aspek kepimpinan ini sentiasa berkembang seiring
dengan perkembangan yang dilalui oleh sesebuah masyarakat. Begitu juga dengan konsep
kepimpinan turut berubah dan berkembang mengikut apa yang dilalui oleh masyarakat (Chek
Mat, 2007). Akan tetapi, cara gaya kepimpinan yang ideal akan terus terpelihara meskipun
persekitaran masyarakat telah berubah. Perkara yang sama juga turut berlaku dalam takrifan
kepimpinan. Suatu masa dahulu, kepimpinan ditakrifkan sebagai “kesanggupan menggerakkan
sekelompok manusia ke arah tujuan bersama dengan menggunakan daya fizikal dan kerohanian
yang ada dalam kelompok tersebut” (Chek Mat, 2007: 24). Kemudiannya kepimpinan ditakrifkan
86
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sebagai “setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar
bermanfaat” (Chek Mat, 2007: 24). Merujuk kepada Kamus Sains Politik Pentadbiran Awam
(2009: 58), kepimpinan boleh ditakrifkan sebagai “sifat pentadbir yang mengurus sesebuah
organisasi untuk mencapai matlamat tertentu”. Bagi Heywood (2013) pula, kepimpinan boleh
difahami sebagai satu corak tingkah laku atau sifat peribadi individu. Kepimpinan sebagai
satu corak tingkah laku individu melibatkan elemen pengaruh-mempengaruhi orang lain atau
pengaruh sesebuah perkumpulan ke atas perkumpulan yang lebih besar untuk menganjurkan
atau mengarahkan usaha ke arah mencapai sesuatu matlamat yang disasarkan (Heywood,
2013). Di samping itu, kepimpinan sebagai sifat peribadi merujuk kepada sifat-sifat watak atau
karakter tertentu yang membolehkan pemimpin untuk mempengaruhi orang lain (Heywood,
2013). Walaupun apapun takrifan tentang kepimpinan, elemen yang melahirkan kepimpinan
adalah pengikut. Tanpa pengikut maka tidak akan wujud pemimpin dan seseorang pemimpin
tidak boleh untuk menanam pengaruh mereka. Maka tidak akan lahir elemen kepimpinan.
Kepimpinan politik pula merujuk kepada “gaya kepimpinan seseorang ketua dalam
bidang politik yang mencakupi ketua kerajaan, presiden parti atau pemimpin pembangkang di
mana kedudukan mereka sangat penting dalam masyarakat” (Kamus Sains Politik Pentadbiran
Awam, 2009: 59). Mereka mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam mempengaruhi masyarakat
melalui interaksi yang berlaku secara langsung mahupun tidak langsung. Bagi Piege (1977),
kepimpinan politik wujud dengan lahirnya interaksi antara individu, adanya organisasi,
perlunya peranan tertentu dimainkan, ada nilai dan latar tertentu yang berkaitan dengan aktor
politik. Kepimpinan politik dipilih bagi mewakili perkumpulan tertentu dalam menunaikan
tanggungjawab khususnya dalam hal untuk menyusun dan mengurus perkumpulan berkenaan
(Keesing, 1989). Elemen yang menjadi teras dalam konteks kepimpinan ini ialah politik.
Dimensi yang paling dominan dalam mengupas konsep kepimpinan politik ialah pengaruh.
Seseorang pemimpin politik akan cuba mempengaruhi orang lain untuk patuh kepada mereka,
memberikan kesetiaan yang tinggi dan menguasai pemikiran mereka. Lagi tinggi autoriti
yang ada pada mereka, maka lagi kuatlah pengaruh yang boleh ditanam. Dimensi kedua ialah
kekuasaan. Pemimpin politik biasanya mempunyai autoriti atau kuasa tertentu yang sukar
dicabar mahupun digugat. Mereka memperolehi kuasa secara sah melalui unit politik yang
diwakilinya (Herman, 1977). Dengan kuasa yang ada, pemimpin politik mampu mengarah
dan mengawal tindakan individu lain (Jamaie, 2006). Pendekatan seseorang pemimpin dalam
mengarah, mengawal, mempengaruhi orang lain secara prinsipnya bukanlah dilakukan dengan
tujuan menunjukkan autoriti yang ada pada mereka tetapi lebih kepada untuk mencapai
matlamat tertentu yang disasarkan (Jamaie, 2006). Dimensi ketiga ialah ideologi yang dibawa
oleh pemimpin. Ideologi yang dibawa akan mempunyai impak langsung ke atas matlamat yang
hendak dicapai. Bagaimana seseorang pemimpin mengetengahkan ideologi yang dipegang
bergantung kepada kreativiti, kepintaran dan strategi yang disusun dalam meyakinkan para
pengikutnya. Dalam konteks ini akan melibatkan keupayaan pemimpin untuk mengurus,
menghadapi dan mengatasi pelbagai cabaran semasa yang wujud. Keberkesanan gaya
kepimpinan politik seseorang pemimpin pula bergantung kepada beberapa faktor kepimpinan
seperti latar belakang individu, pengalaman personal, pendidikan yang diperolehi dan kualiti
peribadi (Kamus Sains Politik Pentadbiran Awam, 2009). Selain itu, ia juga turut dipengaruhi
oleh dominasi etnik yang diwakilinya (Jamaie, 2006).

METODOLOGI KAJIAN

Dalam sesebuah penyelidikan, terdapat beberapa bentuk pilihan metodologi sama ada kualitatif,
kauntitatif atau gabungan di antara kualitatif dengan kuantitatif. Setiap pendekatan mempunyai
kekuatan dan kelemahan masing-masing. Oleh kerana kajian ini memerlukan penjelasan yang
jitu dalam bentuk numerikal, maka penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif
sebagai metod utama. Asasnya, penyelidikan kuantitatif menjana statistik melalui pendekatan
kajian tinjauan bersaiz sampel besar yang pada kebiasaannya menggunakan kaedah seperti
87
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

borang soal selidik atau temu bual berstruktur. Pemilihan metodologi penyelidikan kuantitatif
ini memberi kesempatan kepada pasukan kajian untuk memahami secara statistikal sesuatu
pola yang wujud dalam menjelaskan fenomena yang sedang berlangsung melalui pengumpulan
data empirikal.
Di samping itu, penyelidikan ini turut mengaplikasi pendekatan kualitatif bagi
mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam tentang isu-isu politik yang wujud
dalam persekitaran masyarakat yang dikaji. Secara spesifiknya, kaedah penyelidikan yang
telah digunakan ialah pendekatan kuantitatif yang disokong oleh pendekatan kualitatif.
Pendekatan kuantitatif telah mengaplikasikan teknik survey menggunakan borang soal-
selidik manakala pendekatan kualitatif telah menggunakan teknik Perbincangan Meja Bulat
(Round Table Discussion). Penyelidikan ini telah mengaplikasi pendekatan Perbincangan
Meja Bulat (RTD) yang lebih bersifat perbincangan dua hala. Bentuk perbincangan meja
bulat yang diaplikasi dalam penyelidikan ini dipecahkan kepada dua pendekatan utama iaitu;
(i) RTD bersama pimpinan parti peringkat grassroot di mana perbincangan dibuat dalam
kumpulan-kumpulan kecil. Melalui pendekatan ini, RTD berjaya dilaksanakan dengan parti
UMNO, PKR, DAP, PAN; dan (ii) RTD bersama pimpinan tertinggi parti politik. RTD ini
lebih bersifat focus group discussion yang telah berjaya dilaksanakan dengan pimpinan
tertinggi UMNO dan PAS di Selangor. Melalui RTD yang telah dilaksanakan, pasukan
kajian telah berjaya mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci terhadap sesuatu isu
yang wujud dalam parti, mendapatkan maklumat semasa tentang perkembangan parti dan
menilai kekuatan serta kelemahan semasa parti politik. Penggunaan kedua-dua kaedah ini
adalah untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh dan terperinci dari pelbagai sudut
dan pandangan tentang pola sokongan pengundi serta perkembangan politik semasa di
Selangor.
Populasi kajian ini adalah terlalu besar melibatkan semua pengundi berdaftar bagi
negeri Selangor. Dengan kata lain, populasi kajian adalah golongan yang berumur 21 tahun
ke atas dan telah mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Kriteria
tersebut telah dijadikan elemen utama dalam mentakrifkan populasi kajian ini. Berdasarkan
kepada laporan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya, jumlah pemilih berdaftar bagi
negeri Selangor sehingga tahun 2015 ialah sebanyak 2,068,987 orang. Jumlah populasi
tersebut telah dijadikan asas dalam penentuan kerangka persampelan kajian ini.
Unit persampelan merupakan elemen atau satu set elemen yang dipertimbangkan
untuk dipilih sebagai sampel dalam sesebuah kajian. Dalam penentuan sampel kajian, kajian
ini memusatkan kepada semua ahli dalam populasi yang telah ditakrifkan. Memandangkan
ahli populasi yang ditakrifkan adalah terlalu besar, kajian ini telah menggunakan pendekatan
yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970) dalam penentuan saiz sampel sesebuah
populasi. Populasi keseluruhan bagi negeri Selangor adalah melebihi 100,000 sepertimana
yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970) memerlukan saiz sampel sekurang-
kurangnya 384 responden. Oleh itu, kajian ini telah mensasarkan saiz sampel sebanyak 400
responden pengundi Selangor. Berdasarkan kepada dapatan borang soal selidik yang berjaya
diperolehi, jumlah keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 393
orang responden. Jumlah tersebut telah memenuhi kriteria asas yang dicadangkan oleh
Krejcie dan Morgan (1970).
Satu lagi prosedur yang dipatuhi dalam penentuan sampel kajian ialah jenis-jenis
persampelan. Kajian ini telah mengaplikasi jenis persampelan kebarangkalian rawak mudah
di mana kumpulan sasar responden kajian adalah kumpulan yang boleh mengundi. Setiap
elemen dalam populasi yang dikaji mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
sampel. Oleh itu, jenis persampelan kebarangkalian rawak mudah amat bertepatan digunakan
bagi kajian ini memandangkan populasi adalah terlalu besar. Namun begitu, walaupun
kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah, pemilihan responden berdasarkan
kepada jantina dan kumpulan etnik tetap diberikan perhatian utama dalam menggambarkan
kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat dan kawasan kajian.
88
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Dari segi lokasi kajian, kajian ini memberikan tumpuan terhadap negeri Selangor
yang menjadi tumpuan utama parti Barisan Nasional khususnya untuk mengambil alih teraju
pemerintahan negeri. Berdasarkan kepada statistik pilihan raya umum ke-13, sebanyak
22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang telah dipertandingkan
di negeri Selangor (Harian Metro, 2013). Daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan
tersebut, sebanyak lima kerusi Parlimen dimenangi oleh Barisan Nasional, empat kerusi
Parlimen dimenangi oleh PAS, 11 kerusi Parlimen dimenangi oleh PKR dan empat kerusi
Parlimen dimenangi oleh DAP. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri pula, sebanyak 12
kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional, 15 kerusi masing-masing dimenangi oleh PAS
dan DAP, serta 14 kerusi dimenangi oleh PKR. Dengan jumlah sebanyak 44 kerusi Dewan
Undangan Negeri, Pakatan Rakyat telah berjaya mengekalkan pemerintahan di Selangor
(Harian Metro, 2013).
Dari senario yang dipaparkan tersebut, kajian ini hanya memfokuskan lapan
kawasan Parlimen di negeri Selangor sebagai lokasi kajian. Kawasan kajian yang
dimaksudkan tersebut merangkumi; (i) Dua kawasan yang telah di Barisan Nasional iaitu
Kuala Selangor dan Tanjong Karang; (ii) Dua kawasan yang telah dimenangi oleh PAS
iaitu Hulu Langat dan Shah Alam; (iii) Dua kawasan yang telah dimenangi oleh PKR iaitu
Subang dan Ampang; dan (iv) Dua kawasan yang telah dimenangi oleh DAP iaitu Puchong
dan Petaling Jaya Utara.
Bagi kawasan Parlimen Kuala Selangor, ia melibatkan tiga DUN iaitu Bukit
Melawati, Ijok dan Jeram, sementara itu bagi kawasan Parlimen Tanjong Karang, ia
melibatkan DUN Sungai Burong dan DUN Permatang. Kawasan Parlimen Hulu Langat
melibatkan tiga DUN iaitu Dusun Tua, Semenyih dan Kajang manakala kawasan Parlimen
Shah Alam pula merangkumi DUN Kota Anggerik dan Batu Tiga. Bagi kawasan Parlimen
Subang, ia melibatkan DUN Bukit Lanjan, Paya Jaras dan Kota Damansara manakala
kawasan Parlimen Ampang, merangkumi dua DUN iaitu Bukit Antarabangsa dan Lembah
Jaya. Kawasan Parlimen Puchong pula melibatkan dua DUN iaitu Seri Serdang dan
Kinrara serta kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara merangkumi DUN Kampung Tunku
dan Damansara Utama.
Pemilihan lokasi kajian sepertimana yang dipaparkan di atas dapat menjelaskan
situasi semasa perkembangan politik di Selangor. Kawasan kajian yang dipilih tidak
hanya tertumpu di kawasan yang dimenangi oleh satu pihak sahaja tetapi melibatkan
kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang dalam situasi yang berbeza. Di satu pihak,
Barisan Nasional membentuk kerajaan di peringkat nasional dan Pakatan Rakyat menjadi
pembangkang. Manakala di pihak yang lain pula, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan
dan Barisan Nasional menjadi pembangkang. Situasi ini memaparkan fenomena sokongan
yang berperingkat-peringkat dan pemilihan lokasi dari kedua-dua pihak kerajaan dan
pembangkang adalah penting dalam mengambarkan keadaan semasa politik di Selangor.

PROFIL RESPONDEN

Daripada 393 orang responden yang mengambil bahagian, 60.7 peratus adalah lelaki dan
39.3 peratus adalah responden wanita. Kebanyakan responden masih berada dalam ketegori
umur 21-29 tahun, iaitu sebanyak 41.5 peratus. Kategori umur 30-39 tahun sebanyak 27.5
peratus, kategori umur 40-59 tahun sebanyak 16.8 peratus, kategori 50-59 sebanyak 10.2
peratus dan kategori 60 tahun dan ke atas sebanyak 4.1 ke atas. Secara ringkas, dari segi
umur didapati responden dalam kajian ini terdiri daripada golongan muda (41.5 peratus).

89
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 1.1: Profil Responden Selangor

KATEGORI PERATUS (%)

21-29 30-39 40-49 50-59 60 ke atas


UMUR
41.5 27.5 16.8 10.2 4.1

JANTINA Lelaki 60.7 Perempuan 39.3

Melayu Cina India Bumiputera Lain-lain


ETNIK
72.6 12.8 11.5 2.6 0.5
Sek. Rendah & Sijil
KELAYAKAN Diploma Ijazah Lain-lain
Menengah Kemahiran
AKADEMIK 32 34.3 3.1
27.1 3.6
SEKTOR
Kerajaan 26.5 Swasta 73.5
PERKERJAAN
PENDAPATAN 3000 ke bawah 3001-6000 6001-9000 9001 ke atas
(RM) 57 29 5.5 8.5

Dari segi etnik, pengundi Melayu merupakan 72.6 peratus, pengundi Cina sebanyak
12.8, India sebanyak 11.5 peratus, Bumiputera (Sabah dan Sarawak) sebanyak 2.6 peratus dan
lain-lain sebanyak 0.5 peratus. Dari segi kelayakkan akademik, sebanyak 34.3 peratus memiliki
Ijazah, sebanyak 32 peratus memiliki Diploma, sebanyak 3.6 peratus memiliki sijil kemahiran,
27.1 peratus terdiri daripada lepasan sekolah rendah dan menengah dan 3.1 peratus lain-lain.
Dari segi sektor pekerjaan pula, majoriti responden iaitu sebanyak 73.5 peratus bekerja
di sektor swasta dan selebihnya iaitu sebanyak 26.5 peratus bekerja disektor kerajaan. Dari
segi pendapatan, majoriti responden iaitu sebanyak 57 peratus berpendapatan bawah RM3000
sebulan. Sebanyak 29 peratus berpendapatan antara RM3001 hingga RM6000 sebulan,
sebanyak 5.5 peratus dan 8.5 peratus lagi berpendapatan antara RM6001 hingga RM9000
sebulan dan melebihi RM9001 sebulan.

PERSEPSI TERHADAP PRESTASI KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI

Rajah 1.2 di bawah menunjukkan persepsi responden terhadap prestasi kerajaan pusat. Hasil
kajian menunjukkan bahawa sebanyak 65.1 peratus responden menyatakan prestasi kerajaan
pusat tidak berkesan. Dengan erti kata lain, kerajaan pusat dilihat gagal menyelesaikan masalah
utama yang dihadapi oleh rakyat, khususnya dalam mewujudkan persekitaran ekonomi yang
lebih baik, memastikan kos hidup tidak meningkat, kenaikan harga barangan dapat dikawal
dengan sistematik dan tambang pengangkutan awam tidak dinaikkan dengan sewenang-
wenangnya.

Rajah 1.2: Persepsi Terhadap Prestasi Kerajaan Pusat

90
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 1.3 pula menunjukkan penilaian responden terhadap prestasi kerajaan


negeri Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 66.2 peratus responden
berpendapat kerajaan negeri telah berjaya menunjukkan prestasi semasa yang efektif. Data
ini menunjukkan bahawa, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat
dilihat positif dan mempunyai polisi yang diyakini oleh rakyat umumnya. Perkembangan
sedemikian memberikan gambaran bahawa para pengundi Selangor lebih percaya dan
yakin dengan pentadbiran kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan pusat.

Rajah 1.3: Persepsi Terhadap Prestasi Kerajaan Negeri

PENILAIAN TERHADAP ISU SEMASA PERINGKAT NASIONAL DAN


PERINGKAT NEGERI

Rajah 1.4 menunjukkan penilaian responden terhadap isu-isu semasa peringkat nasional.
Didapati bahawa majoriti responden tidak puas hati dengan isu kenaikan harga barang (93.9
peratus), perlaksanaan GST (92.8 peratus), kejatuhan nilai ringgit (81.6 peratus), situasi
rasuah (79.7 peratus), pekerja asing (74.5 peratus), kadar jenayah (69.1 peratus), masalah
jerubu (67.9 peratus), rumah mampu milik (65.5 peratus), peluang pekerjaan (62.1 peratus)
dan perpaduan kaum (57.5 peratus). Tiga isu utama yang menjadi intipati penting rasa
tidak puas hati dalam kalangan rakyat ialah berkaitan dengan kedudukan ekonomi semasa.
Kerajaan pusat dilihat gagal mengimplementasi dasar pengurusan ekonomi dengan lebih
cekap, sistematik dan efektif yang akhirnya telah membebankan rakyat. Kos sara hidup
rakyat dikatakan meningkat dari masa ke semasa.

Rajah 1.4: Penilaian Terhadap Isu Semasa Peringkat Nasional

91
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 1.5: Penilaian Terhadap Isu Semasa Peringkat Negeri

Rajah 1.5 pula menunjukkan penilaian responden terhadap isu-isu semasa yang
dikaitkan dengan kerajaan negeri. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden,
iaitu sebanyak 55.7 peratus responden tidak puas hati dengan usaha kerajaan negeri dalam
mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas. Sementara itu, terdapat juga pelbagai isu
lain yang melahirkan rasa tidak puas hati responden, tetapi jumlahnya di bawah paras
50 peratus. Antara isu-isu yang mendapat perhatian responden merangkumi masalah
perumahan rakyat, pengurusan Darul Ehsan Investment Group (DEIG), layanan terhad
terhadap aduan rakyat, kebajikan terhadap golongan miskin, tindakan mengawal penyakit,
pengurusan kewangan, layanan jentera kerajaan, isu pengurusan air dan pengurusan sampah
yang kurang efisyen. Isu-isu semasa yang bermain dalam kalangan pengundi Selangor
lebih kepada isu kesejahteraan sosial berbanding dengan isu ekonomi yang dihadapi
oleh kerajaan pusat. Berdasarkan kepada peratusan bagi kedua-dua peringkat pusat dan
peringkat negeri, pengundi Selangor melahirkan rasa tidak puas hati yang lebih tinggi
terhadap kerajaan pusat berbanding dengan kerajaan negeri. Perkembangan ini memberi
gambaran bahawa pola sokongan pengundi Selangor terhadap kerajaan pusat semakin
merosot kerana kegagalan menjalankan tadbir urus ekonomi dengan lebih baik.

PERASAAN TERHADAP ADUN, PENILAIAN PRESTASI ADUN DAN PARTI YANG


AKAN DI UNDI PERINGKAT DUN

Rajah 1.6: Perasaan Terhadap ADUN

Rajah 1.6 menunjukkan perasaan responden terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
yang mewakili kawasan mereka sekarang. Kajian mendapati bahawa majoriti 64.3 peratus
responden menyatakan mereka ‘suka’ dengan ADUN yang mewakili mereka pada hari ini.
Sementara itu, sebanyak 35.7 peratus lagi menyatakan mereka ‘tidak suka’ terhadap ADUN
92
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

mereka. Dengan kata lain, sebahagian besar responden masih menaruh harapan dan kepercayaan
yang tinggi terhadap ADUN yang mewakili mereka. Memandangkan kerusi DUN secara
majoritinya disandang oleh PKR, DAP dan PAS di Selangor, dapatan kajian ini menunjukkan
responden masih berminat dan memberikan sokongan terhadap penguasaan ADUN PKR, DAP
dan PAS pada peringkat negeri Selangor.
Dalam pada itu, rajah 1.7 pula menunjukkan penilaian responden terhadap ADUN
di Selangor. Didapati bahawa majoriti 78.4 peratus responden berpendapat ADUN yang ada
tidak sombong, ada kebolehan (73.8 peratus), amanah (73.4 peratus), tegas (72.6 peratus),
menghargai perbezaan pendapat (72.1 peratus), peka pada kehendak rakyat (71.2 peratus), adil
(70.2 peratus), rajin turun padang (67.3 peratus), tepat dalam membuat keputusan (65.8 peratus)
dan menunaikan janji (62.9 peratus). Ciri-ciri yang diukur tersebut dapat menggambarkan
ciri-ciri kepimpinan seseorang ADUN yang dikehendaki oleh rakyat. Dapatan rajah 1.7
ini menyokong dapatan rajah 1.6 di mana sebahagian besar responden senang hati dengan
kepimpinan peringkat DUN Selangor.

Rajah 1.7: Penilaian Terhadap Prestasi ADUN

Rajah 1.8 menunjukkan parti mana yang akan diundi oleh responden pada PRU ke-14 kelak.
Kajian mendapati hampir sebahagian besar pegundi iaitu sebanyak 42.2 peratus masih belum
membuat keputusan dengan memberi jawapan tidak pasti. Bagi responden yang telah membuat
keputusan, didapati 21.4 peratus menyatakan mereka akan mengundi Pakatan Harapan, 19.8
peratus menyatakan akan mengundi Barisan Nasional dan 16.6 peratus akan mengundi PAS.
Berdasarkan kepada dapatan ini, boleh dinyatakan bahawa jumlah pengundi atas pagar adalah
besar dan kumpulan ini akan menjadi penentu kepada parti mana yang akan memenangi PRU
ke-14 nanti.

Rajah 1.8: Parti Yang Akan Diundi Peringkat DUN

93
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERASAN TERHADAP AHLI PARLIMEN, PENILAIAN TERHADAP AHLI


PARLIMEN DAN PARTI YANG AKAN DIUNDI PERINGKAT PARLIMEN

Rajah 1.9 di sebelah menunjukkan perasaan responden terhadap ahli parlimen yang mewakili
kawasan mereka sekarang. Kajian mendapati bahawa sebanyak 62.4 peratus responden
menyatakan perasaan ‘suka’ terhadap wakil parlimen mereka sekarang di negeri Selangor.
Manakala hanya 37.6 peratus sahaja responden menyatakan ‘tidak suka’ dengan ahli parlimen
mereka.

Rajah 1.9: Perasaan Terhadap Ahli Parlimen

Sementara itu, rajah 1.10 di bawah menunjukkan penilaian responden terhadap


prestasi ahli parlimen di kawasan mereka. Didapati bahawa majoriti 74.5 peratus responden
menyatakan wakil rakyat mereka tidak sombong (74.5 peratus), tegas (72.9 peratus), amanah
(72.4 peratus), kompeten (71.4 peratus), menghargai perbezaan pendapat (69.7 peratus),
rajin turun padang (68.7 peratus), peka dengan kehendak rakyat (67.2 peratus), adil dalam
tindakan yang diambil (66.8 peratus), tunai janji (62.5 peratus) dan tepat dalam membuat
keputusan (61.3 peratus). Dapatan bagi rajah 1.10 ini menyokong dapatan di rajah 1.9 di
mana dengan ciri-ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh ahli parlimen, mereka mendapat
sokongan dari pengundi.

Rajah 1.10: Penilaian Terhadap Prestasi Ahli Parlimen

Rajah 1.11 di sebelah pula menunjukkan parti yang akan diundi pada peringkat
parlimen oleh responden bagi PRU ke-14 kelak. Didapati bahawa sebahagin besar responden
iaitu sebanyak 42.7 peratus masih belum membuat keputusan. Bagi yang telah membuat
keputusan didapati sebanyak 22.5 peratus menyatakan mereka akan mengundi Pakatan
Harapan, sebanyak 18.6 peratus akan mengundi Barisan Nasional dan sebanyak 16.2 peratus
akan mengundi PAS. Pola keputusan pengundian pada peringkat parlimen ini hanpir sama
dengan pola pada peringkat DUN (rajah 1.8). Perkembangan ini menunjukkan bahawa masih
ramai pengundi atas pagar yang belum membuat keputusan. Dalam pada itu, bagi pengundi
yang sudah membuat keputusan, mereka lebih cenderung untuk memilih ahli parlimen yang
mewakili Pakatan Harapan pada PRU ke-14 nanti.
94
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 1.11: Parti Yang Akan Diundi Peringkat Parlimen

PERASAAN TERHADAP MENTERI BESAR DAN KEPEMIMPINAN NEGERI

Rajah 1.12 di bawah menunjukkan perasaan responden terhadap Menteri Besar Selangor,
iaitu Dato’ Seri Azmin Ali. Didapati bahawa majoriti responden iaitu sebanyak 67.7 peratus
menyatakan perasaan ‘suka’ terhadap pentadbiran dan kepimpinan Dato’ Seri Azmin Ali,
manakala hanya sebanyak 32.3 peratus responden menyatakan sebaliknya. Dapatan ini
menggambarkan bahawa pentadbiran dan kepimpinan Menteri Besar dari Pakatan Rakyat
atau Pakatan Harapan masih mendapat mandat yang kuat dari rata-rata pengundi Selangor.

Rajah 1.12: Perasaan Terhadap Menteri Besar

Rajah 1.13 di sebelah menunjukkan perasaan ‘suka’ atau ‘tidak suka’ responden terhadap
pemimpin parti pada peringkat negeri Selangor. Hasil kajian menunjukkan bahawa Tan Sri
Khalid Ibrahim (mantan Menteri Besar), Dato’ Seri Azmin Ali (Menteri Besar sekarang) dan
Abdul Aziz Bari merupakan antara tiga pemimpin negeri yang disukai oleh para responden.
Sementara itu, Dato’ Seri Noh Omar dan Teng Chang Kim merupakan antara pemimpin
peringkat negeri yang kurang diminati oleh responden. Dari data yang diperolehi tersebut,
kajian mendapati tokoh kepimpinan dari Pakatan Harapan lebih mendapat tempat di hati
para pengundi Selangor berbanding dengan tokoh kepimpinan dari Barisan Nasional.
Keadaan ini dapat memberikan gambaran awal tentang tokoh-tokoh yang akan diundi pada
PRU ke-14 nanti.

95
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 1.13: Perasaan Terhadap Pemimpin Negeri

PERASAAN DAN KEYAKINAN TERHADAP KEPIMPINAN NEGARA

Rajah 1.14 di bawah menunjukkan perasaan responden terhadap tokoh kepimpinan pada
peringkat negara. Hasil kajian menunjukkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’
Seri Abdul Hadi Awang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim
merupakan antara tokoh pemimpin yang disukai oleh responden kajian. Sementara itu, Lim
Guan Eng, Mat Sabu, Dato’ Seri Najib Razak dan Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi antara tokoh
pemimpin yang kurang diminati oleh pengundi Selangor.

Rajah 1.14: Perasaan Terhadap Pemimpin Negara

Rajah 1.15 di sebelah menunjukkan keyakinan responden terhadap pemimpin yang mampu
menguruskan ekonomi Malaysia dengan baik. Didapati bahawa, Dato’ Seri Abdul Hadi
Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr. Wan Azizah antara tokoh pemimpin
yang dilihat mampu menguruskan ekonomi Malaysia dengan lebih baik. Sementara itu,
Dato’ Seri Najib Razak antara pemimpin yang dilihat kurang mampu dalam pengurusan
ekonomi negara. Hal ini menunjukkan bahawa para responden telah hilang keyakinan
terhadap kepimpinan dan pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak khususnya dalam konteks
pembangunan ekonomi negara.

96
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 1.15: Keyakinan Terhadap Pemimpin Yang Mampu Urus Ekonomi Malaysia

PERBINCANGAN

Kajian ini telah dijalankan di antara bulan September 2015 hinggalah sekitar akhir bulan
November 2015. Pada ketika kajian dijalankan, negara sedang hangat dilanda beberapa isu
besar seperti wang derma RM2.6b yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri,
isu 1MDB, kenaikan harga barang, rakyat masih lagi kurang selesa dengan pelaksanaan
GST,kejatuhan nilai semasa ringgit, kenaikan harga tol dan pelbagai isu lagi. Kebanyakan
isu-isu tersebut berkait rapat dengan tokoh kepimpinan dan pentadbiran kerajaan pusat.
Banyak isu-isu yang wujud di peringkat nasional ini gagal urus tadbir dan diselesaikan
dengan baik. Antara intipati penting yang melahirkan rasa tidak puas hati kebanyakan
rakyat Selangor ialah berkaitan dengan kedudukan ekonomi semasa di mana pihak
kerajaan pusat dilihat telah gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik. Kegagalan
pengurusan ekonomi dengan cekap dan efektif telah menambah bebanan pada rakyat. Kos
sara hidup rakyat dikatakan semakin hari semakin meningkat. Perkembangan tersebut
secara langsung mahupun tidak langsung telah menjejaskan sokongan rakyat Selangor
terhadap tokoh kepimpinan kerajaan pusat. Oleh itu tidak menghairankan mengapa
pengundi Selangor telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun
Razak dari segi pengurusan ekonomi negara. Alternatif terhadap kepimpinan Dato’ Seri
Najib Tun Razak, pengundi Selangor melihat dua tokoh kepimpinan lain yang mampu
menguruskan ekonomi negara dengan baik iaitu Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan
Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kedua-dua pemimpin tersebut adalah pemimpin dari pihak
pembangkang. Ini bermakna, pola sokongan semasa pengundi Selangor lebih cenderung
kepada pimpinan pembangkang dalam konteks untuk mencapai pengurusan ekonomi
dengan lebih baik.
Dalam konteks kepimpinan politik secara umumnya, pengundi Selangor lebih
berminat dengan tokoh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Abdul Hadi
Awang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Nama Tan Sri
Muhyiddin Yassin melonjak naik kerana dilihat sebagai pemimpin yang mencari kebenaran
terhadap isu-isu yang dikaitkan dengan nama Perdana Menteri seperti isu 1MDB dan isu
wang derma RM2.6b. Dalam hal ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin diandaikan mendapat undi
simpati kerana menjadi mangsa yang cuba memperjuangkan kebenaran dan bukannya
sebagai tokoh kepimpinan dalam UMNO atau Barisan Nasional. Ini terbukti apabila nama-
nama tokoh pimpinan utama UMNO dan Barisan Nasional seperti Dato’ Seri Najib Tun
Razak serta Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi menjadi tokoh pemimpin yang kurang diminati
oleh pengundi Selangor. Berbanding dengan nama-nama tokoh pemimpin pembangkang
seperti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang lebih mendapat
tempat di hati pengundi Selangor. Pola sokongan ini menggambarkan bahawa tokoh
kepimpinan dari UMNO dan Barisan Nasional semakin kurang mendapat tempat dalam
kalangan pengundi Selangor.
Pola sokongan pengundi Selangor terhadap kepimpinan peringkat negeri pula
menunjukkan pola sokongan yang agak positif. Walaupun wujud pelbagai bentuk isu
97
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

terhadap kepimpinan dan pentadbiran kerajaan negeri, tetapi isu-isu tersebut lebih
berkisar kepada isu kesejahteraan sosial berbanding dengan isu ekonomi yang dihadapi
oleh kerajaan pusat. Antara isu-isu utama yang dihadapi oleh kerajaan negeri Selangor
ialah masalah kesesakan lalu lintas, pengurusan Darul Ehsan Investment Group
(DEIG),masalah perumahan rakyat, layanan terhad terhadap aduan rakyat, kebajikan
terhadap golongan miskin, tindakan mengawal penyakit seperti denggi, pengurusan
kewangan, layanan jentera kerajaan, isu pengurusan air dan pengurusan sampah yang
kurang efisyen. Wujudnya isu-isu sedemikian tidak menjejaskan secara langsung
kepimpinan kerajaan negeri. Hal ini terbukti di mana sebahagian besar responden masih
menaruh minat dan meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap kepimpinan Dato’ Seri
Azmin Ali. Walaupun beliau masih lagi baru dalam menerajui kepimpinan di Selangor,
tetapi sokongan terhadap kepimpinan beliau semakin kuat dan disegani. Begitu juga
dengan tokoh-tokoh kepimpinan pembangkang yang lain seperti Tan Sri Khalid Ibrahim,
Abdul Aziz Bari, Shukor Idrus dan Nik Nazdmi semakin mendapat tempat dan semakin
digemari di Selangor. Penerimaan terhadap tokoh kepimpinan di pihak pembangkang
secara langsung mahupun tidak langsung telah menunjukkan penolakan terhadap tokoh
kepimpinan di pihak kerajaan seperti nama Dato’ Seri Noh Omar yang semakin hilang
populariti dalam kalangan pengundi Selangor. Perkembangan sedemikian menggambarkan
bahawa tokoh kepimpinan dari Pakatan Harapan atau Pakatan Rakyat lebih mendapat
tempat di hati para pengundi Selangor berbanding dengan tokoh kepimpinan dari Barisan
Nasional.
Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti dalam kajian ini berkaitan dengan
ciri-ciri kepimpinan yang diterima dan disukai oleh rakyat Selangor khususnya dan
mungkin rakyat Malaysia secara amnya. Antara ciri-ciri tersebut ialah; (i) Tidak sombong
dan mudah didekati oleh rakyat; (ii) Seorang yang tegas dan amanah dalam menjalankan
tanggungjawab pada rakyat dan negara; (iii) Seorang yang cekap dan berkebolehan dalam
pentadbiran; (iv) Seorang pemimpin perlu menghargai perbezaan pendapat; (v) Rajin
turun padang dan peka pada kehendak rakyat; (vi) Berlaku adil dalam setiap tindakan
yang diambil; serta (vii) Menunaikan janji dan tepat dalam membuat keputusan. Ciri-ciri
kepimpinan sepertimana yang disenaraikan tersebut menjadi kayu ukur dalam menentukan
prestasi semasa seseorang pemimpin sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri
mahupun parlimen.

RUMUSAN

Daripada penemuan kajian ini, beberapa rumusan dapat dibuat. Pengundi di Selangor
melihat keadaan ekonomi Malaysia tidak memberansangkan. Keadaan ini mungkin
disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup, kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan
pendapatan negara berikutan dengan kejatuhan harga minyak yang begitu mendadak
di pasaran antarabangsa. Kerajaan pusat dilihat tidak berkesan dalam menguruskan
pentadbiran negara dan pengurusan ekonomi. Kegagalan kerajaan pusat tersebut telah
menjejaskan sokongan pengundi Selangor terhadap tokoh kepimpinan di peringkat pusat.
Berbeza dengan persepsi kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang dilihat berjaya
menguruskan pentadbiran negeri dengan baik. Hal ini menyebabkan sokongan pengundi
Selangor terhadap tokoh kepimpinan negeri masih lagi kuat. Akan tetapi, kajian ini turut
mendapati sebahagian besar pengundi masih belum membuat keputusan parti mana yang
akan mereka undi pada peringkat DUN dan parlimen bagi PRU ke-14 nanti. Dari itu,
pengundi atas pagar akan menjadi penentu parti mana yang akan menerajui kepimpinan
negara serta kepimpinan negeri Selangor kelak. Mana-mana pihak yang berjaya menarik
sokongan pengundi atas pagar pasti akan mendapat manfaat yang baik memandangkan
golongan ini merupakan kelompok terbesar dalam kalangan pengundi Selangor.

98
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Chek Mat. 2007. Kemahiran Memimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Harian Metro. 2013. Analisis Pilihan Raya Umum 2013. Selasa, 7 Mei.
Herman, M. G. 1977. Introduction: A Statement of Issues. Dlm. Herman, M. G. (edt.).
Psychological Examination of Political Leaders. New York: Free Press.
Heywood, A. 2013. Politics. New York: Palgrave Macmillan.
Jamaie Hamil. 2006. Dinamika Kepimpinan Politik UMNO. Dlm. Ghazali Mayudin, Jamaie
Hamil, Sity Daud & Zaini Othman (pnyt.). Demokrasi, Kepimpinan dan Keselamatan
dalam Politik Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Sains Politik Pentadbiran Awam. 2009. Siri Kamus Istilah MABBIM. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keesing, R. M. 1989. Antropologi Budaya: Suatu Perspektif Kontemporer. Terj. Samuel
Gunawan. Jakarta: Erlanga.
Piege, C. D. 1977. The Scientific Study of Political Leadership. New York: Free Press.
Shamsul Amri Baharuddin. 1990. Kepimpinan Melayu: Jenis, Pola dan Peranan. Dlm.
Masyarakat Malaysia yang Membangun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

99
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KAEDAH PENGURUSAN PERPECAHAN BERTERASKAN ISLAM:


ANALISIS PERPECAHAN PASCA KHALIFAH ‘UTHMAN BIN ‘AFFAN

Mohd Shukri Hanapi


Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang

Abstrak
Perpecahan terjadi apabila kepentingan atau matlamat dua atau lebih individu sudah
tidak sehaluan. Dalam hal ini, wujud konflik, pertembungan kepentingan, nilai, tindakan,
status, hala tuju dan berbagai keinginan. Sebagai akibatnya berlakulah perpecahan.
Paling tidak terdapat dua tahap perpecahan, iaitu al-iftiraq al-sughra (perpecahan
kecil) dan al-iftiraq al-kubra (perpecahan besar). Tidak kira sama ada perpecahan itu
kecil atau besar, ia perlu diuruskan dengan menggunakan kaedah yang berteraskan
Islam bagi mengelakkan keutuhan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran Negara
terjejas. Persoalannya, apakah kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam? Bagi
menjawab persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal
pasti kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam berdasarkan pengajaran
daripada sejarah perpecahan umat Islam pasca Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan; dan
kedua, menganalisis elemen-elemen kaedah pengurusan perpecahan berteraskan
Islam. Kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan ini mendapati
kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam mempunyai beberapa elemen iaitu
berpandukan tasawur al-Qur’an dan al-Sunnah; menggunakan kebolehan, kemahiran
dan kepakaran dengan bertunjangkan keikhlasan; berwaspada dengan musuh;
istiqamah; mengetepikan penglibatan pihak luar; dan menyelidiki sesuatu maklumat
yang disebarkan.

Kata kunci: strategi, pengurusan, perpecahan, berteraskan Islam

PENDAHULUAN

Perpecahan merupakan suatu perkara yang bertentangan dengan penyatuan atau perpaduan
(al-Zuhaili, 1991:26). Ia bermaksud saling berpecah (al-mufaraqah), terpisah (al-mufasalah),
terputus (al-inqita‘), bergolong-golongan (al-insyi‘ab), dan menyimpang dari barisan (al-
syuzuz) (Mas‘ud, 1986:1115). Secara umumnya, perpecahan itu berlaku apabila kepentingan
atau matlamat dua atau lebih individu sudah tidak sehaluan. Dalam hal ini, wujud konflik,
pertembungan kepentingan, nilai, tindakan, status, hala tuju dan berbagai keinginan. Dengan
itu, perpecahan mulai berlaku.
Perpecahan yang berlaku itu pula paling tidak terbahagi kepada dua tahap, iaitu al-
iftiraq al-sughra (perpecahan kecil) dan al-iftiraq al-kubra (perpecahan besar). Perpecahan
kecil seperti yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga, rakan-rakan, ahli jawatankuasa
masjid, syarikat perniagaan, organisasi, institusi dan sebagainya. Meskipun ia perpecahan
kecil dan tidak menggugat kestabilan serta keamanan negara, namun jika tidak diuruskan
dengan baik, maka sudah pasti ia akan merebak dan makin parah. Hal ini berbeza pula dengan
perpecahan besar seperti perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Melayu-Islam dan
antara kumpulan parti pemerintah sesebuah negara kerana ia sama sekali boleh menjejaskan
keutuhan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara. Jika perpecahan kecil pun tidak
boleh dibiarkan terus berlaku, apatah lagi perpecahan besar sebegini, ia sudah semestinya
perlu diuruskan dengan lebih tersusun dan berstrategi.
Jelas di sini bahawa, perpecahan itu adalah sesuatu yang sentiasa berlaku, cuma
tahapnya sahaja yang berbeza bergantung kepada sejauh mana berlakunya pertembungan
100
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kepentingan, matlamat, tindakan, hala tuju dan keinginan antara dua atau lebih individu
serta kumpulan yang berkaitan. Tidak kira sama ada perpecahan itu kecil atau besar, ia perlu
diuruskan dengan menggunakan kaedah yang berteraskan Islam bagi menjamin keutuhan,
kestabilan, keamanan dan kemakmuran Negara terpelihara. Persoalannya, apakah kaedah
pengurusan perpecahan berteraskan Islam? Bagi menjawab persoalan ini, kertas kerja
ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti kaedah pengurusan perpecahan
berteraskan Islam berdasarkan pengajaran daripada sejarah perpecahan umat Islam pasca
Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan; dan kedua, menganalisis elemen-elemen kaedah pengurusan
perpecahan berteraskan Islam.

DEFINISI KAEDAH PENGURUSAN

Perbincangan berkaitan definisi kaedah pengurusan boleh dibahagikan kepada dua


bahagian. Pertama, definisi kaedah pengurusan yang hanya melibatkan hal-hal fizikal atau
material. Misalnya, Standingford (1967:544) dan Warner (1996:652) yang mendefinisikan
kaedah pengurusan sebagai cara, proses, prosedur atau peraturan yang bersistematik untuk
melaksanakan aktiviti pengurusan demi mencapai matlamat yang ditetapkan. Menurut
Amstrong (1993), semua cara, proses, prosedur atau peraturan itu mestilah bersifat objektif,
saintifik dan kuantitatif.
Kedua, definisi kaedah pengurusan yang mengambil kira kedua-dua aspek iaitu fizikal
dan spiritual. Misalnya, Carroll (1973:577) yang berpandangan sesuatu kaedah pengurusan
mestilah mengambil kira elemen fizikal dan mental. Hal ini juga ditekankan oleh Mohd
Affandi Hassan (1992:70) bahawa elemen spiritual merupakan elemen yang sangat penting
dalam kaedah pengurusan, lebih-lebih yang diuruskan itu pula adalah manusia. Menurut
Mustapha Hj. Mohd. Jar (1986:17) dan Wan Azhar Wan Ahmad (2014), manusia sebagai
suatu komposit yang terdiri daripada unsur-unsur fizikal, roh, akal dan nafsu. Aspek fizikal
itu sebagai diri haywaniyyah (haiwan), manakala aspek roh itu sebagai diri natiqah (rasional).
Simbiosis antara kedua aspek inilah menjadikan manusia itu manusia. Kedua-duanya saling
bergantungan antara satu sama lain untuk memberi makna kepada kehidupan. Sekiranya
salah satunya tiada atau kepentingan salah satunya terabai, maka manusia tidak lagi menjadi
manusia.
Kaedah pengurusan yang digunakan dalam kertas kerja ini merujuk kepada cara,
proses, prosedur atau peraturan dalam mengurus perpecahan yang berlaku untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan. Pengurusan perpecahan ini pula mengambil kira aspek fizikal dan
spiritual pengurusan secara bersepadu.

PERPECAHAN UMAT ISLAM PASCA KHALIFAH ‘UTHMAN BIN ‘AFFAN

Jika disoroti sejarah perpecahan umat Islam, khususnya pada pasca Khalifah ‘Uthman bin
‘Affan r.a., didapati faktor politik merupakan faktor yang paling dominan membawa kepada
perpecahan. Hal ini kerana dalam berpolitik setiap pihak mempunyai kepentingan, matlamat,
hala tuju dan keinginan masing-masing. Apabila bertembung semua perkara ini, maka
perpecahan pun berlaku. Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan faktor politik merupakan
sumber perpecahan umat Islam yang paling dominan. Namun hal ini telah diakui oleh al-
Syahrastani (t.th:13) dengan mengatakan:

“Perpecahan terbesar antara umat ialah perpecahan mengenai imamah (kepemimpinan),


kerana tidak pernah pedang dihunus dalam Islam atas alasan agama sebagaimana
(sesering) dihunus pedang karena imamah pada setiap zaman”.

Jelas di sini bahawa masalah imamah adalah masalah politik. Ia merupakan masalah
menentukan seseorang pemimpin yang akan memimpin umat (Fikri Mahmud, t.th). Walaupun
101
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

perbalahan mengenai imamah itu sudah bermula sejak kewafatan Rasulullah SAW, terutama
antara golongan Muhajirin dengan Ansar, tetapi ia dapat diuruskan dengan baik sehingga
kedua-dua pihak bersetuju melantik Abu Bakar al-Siddiq r.a. sebagai khalifah Islam yang
pertama. Dengan itu keadaan menjadi tenang dan tiada sebarang pertumpahan darah berlaku
(Mahmud Syakir, 1991: 49-56).
Sejak peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. (tahun 35 H) sehingga
ke hari ini, umat Islam tidak lagi memiliki pemimpin yang dipersetujui sepenuhnya oleh
semua pihak. Setiap kelompok mempunyai pemimpinnya yang tersendiri dan tidak mengakui
pemimpin dari kelompok yang lain. Sebenarnya, peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman
bin ‘Affan r.a. itu juga ada kaitan dengan masalah politik. Kelompok pemberontak yang tidak
senang dengan para gabenor yang dilantik oleh Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. menuntut
agar Khalifah ketiga itu meletakkan jawatan, tetapi ‘Uthman bin ‘Affan r.a. enggan berbuat
demikian. Keengganan ‘Uthman bin ‘Affan r.a. meletak jawatan membuatkan kelompok
pemberontak marah dan akhirnya ‘Uthman bin ‘Affan r.a. mati dibunuh (Abu Zahrah,
1996:26-29; Ahmad Jilli, 1988:30-45; al-Syakah, 1994:101).

Kematian ‘Uthman bin ‘Affan r.a. menjadi titik tolak perpecahan umat Islam. Al-Baghdadiy
(1997:24) mengatakan:

“Setelah terbunuhnya (‘Uthman bin ‘Affan r.a.), mereka (para shahabat) bertelagah
mengenai orang-orang yang telah membunuhnya dan membiarkannya terbunuh.
Perselisihan ini kekal (berbekas) sampai ke hari ini (zaman sekarang)”.

Sebagai akibat daripada pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a. itu, perang saudara pun
mulai tercetus. Perang yang pertama terjadi ialah Perang Jamal (Unta) pada tahun 36H.
Dalam peperangan ini, kelompok yang dipimpin oleh Sayyidatina A’isyah r.ah menuntut
bela atas kematian ‘Uthman bin ‘Affan r.a. terhadap kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. yang
dilantik menjadi khalifah sesudah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Setelah membunuh ‘Uthman bin
‘Affan r.a., kelompok pemberontak bergabung dengan ‘Ali bin Abi Talib r.a. Sebab itulah
kelompok A’isyah r.ah. dan kelompok Mu‘awiyah bin Abi Sufyan r.a. menuntut agar ‘Ali
bin Abi Talib r.a. menjatuhkan hukuman terhadap kelompok pemberontak. Namun, ‘Ali bin
Abi Talib r.a. tidak dapat melaksanakan tuntutan itu. Hal ini menyebabkan konflik politik
yang berpanjangan. Konflik politik yang berlaku ini merupakan al-Fitnah al-Kubra (bencana
besar) dalam kalangan umat Islam. Sebagai akibatnya, umat Islam berpecah kepada tiga
kelompok. Pertama, kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a.; kedua, kelompok Mu‘awiyah bin Abu
Sufyan; dan ketiga, kelompok moderat (neutral) yang tidak memihak kepada mana-mana
kelompok tersebut (al-Syahrastaniy, t.th:136-137).
Dua kelompok pertama memiliki pengikut yang ramai, sedangkan kelompok moderat
jumlah pengikutnya tidak diketahui kerana mereka tidak masuk campur dalam masalah
politik. Walau bagaimanapun, kelompok moderat ini merupakan majoriti umat. Antara para
sahabat yang bergabung dalam kelompok moderat ini ialah Abdullah bin Umar r.a. (Ibn
Umar), Sa‘ad bin Malik r.a, Sa‘ad bin Abi Waqqas r.a, Muhammad bin Maslamah r.a, Usamah
bin Zaid r.a, dan lain-lain (al-Syahrastaniy, t.th:136-137).
Pertentangan antara kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dengan ‘Ali bin Abi Talib
r.a. semakin meruncing dan membawa kepada berlakunya Peperangan Siffin pada tahun
37H. Ada pelbagai riwayat tentang tragedi perang saudara ini. Secara ringkasnya, Perang
Siffin memperlihatkan perbezaan pandangan berhubung bagaimana menangani peristiwa
pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a. oleh pemberontak yang terdiri daripada golongan fasik
dan munafik pada masa itu. ‘Ali bin Abi Talib r.a.dan para sahabat yang bersama beliau
berpandangan bahawa kukuhkan terlebih dahulu pemerintahan Islam dan kedudukan kaum
Muslimin sebelum mencari, menghukum dan melemahkan kedudukan pemberontak dan
pembunuh ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Sementara itu, Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dan para
102
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sahabat yang bersamanya pula berpandangan sebaliknya. Akhirnya berlakulah peperangan


antara dua kelompok sahabat ini di tempat yang bernama Siffin sebagai akibat daripada
kesilapan memahami maklumat yang sampai (Abu Zahrah, 1996:26-29; Ahmad Jilli,
1988:48; al-Syahrastaniy, t.th:106; al-Syakah, 1994:103; al-Maghribiy, 1995:170).
Setelah kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan hampir kalah, mereka mengajak
kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. untuk bertahkim (berunding) bagi mencari jalan penyelesaian
kepada konflik yang berlaku. Majlis Tahkim ini diadakan di Da‘umah al-Jandal pada bulan
Ramadan tahun 37H. Dalam Majlis Tahkim ini, kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan r.a.
diwakili oleh ‘Amru bin al-‘As r.a. dan kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. diwakili oleh Abu Musa
al-Asy‘ari r.a. Kedua-duanya individu ini berperanan sebagai hakim dari kelompok masing-
masing. Dalam Majlis Tahkim tersebut, ‘Amru bin al-‘As r.a. berpandangan bahawa konflik
yang terjadi adalah disebabkan oleh dua orang, iaitu ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan Mu‘awiyah
bin Abu Sufyan r.a. Bagi tujuan perdamaian, ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan Mu‘awiyah bin Abu
Sufyan patut ketepikan dan kemudian urusan pemilihan khalifah baru diserahkan kepada umat
Islam. ‘Amru bin al-‘As r.a. terlebih dahulu memberi ruang kepada Abu Musa al-Asy‘ari r.a.
untuk naik mimbar bagi mengumumkan pemecatan Khalifah ‘Ali bin Abi Talib r.a. Sesudah
itu, ‘Amru bin al-‘As r.a. pula naik ke atas mimbar bagi mengetepikan Mu‘awiyah bin Abu
Sufyan r.a. Namun, ‘Amru bin al-‘As r.a. tidak mengetepikan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan
r.a., sebaliknya menerima pemecatan ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan terus melantik Mu‘awiyah
bin Abu Sufyan sebagai khalifah umat Islam kerana ‘Ali bin Abi Talib r.a. sudah dipecat
daripada jawatan khalifah. Hal menyebabkan kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. tidak puas hati
(Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy & Mohd Mauli Azli Abu Bakar, 2006)1.
Perundingan tersebut bukan sahaja tidak menyelesaikan konflik, malah menimbulkan
kelompok baru. Kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. berpecah dua. Pertama, kelompok yang taat
setia kepadanya (pada ketika ini dikenali sebagai golongan Syiah); kedua, kelompok yang
1 Maulana Muhammad Ali (1951:302) menolak cerita ini dengan beberapa alasan. Pertama, selepas
berlakunya MajlisTahkim didapati kedua-dua pemimpin(‘Ali dan Mu‘awiyah) masih terus kekal berkuasa
ke atas wilayah masing-masing; kedua, jika yang dimaksudkan dengan ‘al-amr’ ialah kuasa kepimpinan
umumdan kuasa sebagai amir al-mu’minin, maka Mu‘awiyah semasa Majlis Tahkim belum lagi menjadi
imam (khalifah) hingga mendorong ‘Amr bin al-‘Asuntuk menetapkannya sebagai khalifah; ketiga, punca
kekeliruan cerita ini adalah kejahilan mengenai hakikat sebenarbahawa Mu‘awiyah pada masa itu masih
belum menjadi khalifah dan beliaujuga tidak mendakwa dirinya sebagai khalifah hingga mendorong ‘Amr
bin al-‘Asuntuk melucutkannya daripada jawatan khalifah. Perkara yang telahdisepakati oleh Abu Musa al-
Asy‘ari dan ‘Amr bin al-‘Asadalahmenyerahkan urusan pelantikan khalifah kepada para sahabat Rasulullah
SAW yang terkemuka dan diredai oleh baginda sehingga akhir hayatnya. Olehitu, persetujuan Tahkim tidak
melibatkan Mu‘awiyah kerana beliau belummenjadi khalifah dan beliau tidak berperang kerana menuntut
jawatankhalifah, bahkan beliau menuntut hukuman qisas ke atas mereka yangmembunuh Sayyidina ‘Uthman
bin ‘Affan. Apabila kedua-dua wakil tersebut bersetuju untukmenyerahkan urusan pelantikan khalifah kepada
tokoh dan sahabatRasulullah SAW yang utama, maka MajlisTahkim hanya menyentuh satu perkara sahajaiaitu
‘al-imamah’ atau kepimpinan umat; dan keempat, selain itu, Mu‘awiyah juga tidak mendakwa dirinya
sebagai khalifah kecualisetelah Sayyidina al-Hasan bin‘Alimemberikan baiah kepadanya sebagaikhalifah
pada tahun 41 H. Selepas peristiwa itu, barulah Mu‘awiyah memakaigelaran amir al-mu’minin. Selain
itu, Marzuki Hj Mahmood (1994) menolak sekeras-kerasnya cerita ini. Beliaumengatakan bahawa perkara
yang diketengahkan oleh sejarah mengenai keputusan kedua-dua hakim memecat ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan
Mu‘awiyah daripada jawatan masing-masing adalahsesuatu yang amat palsu kerana dua sebab. Pertama,
peristiwa pemecatan ‘Ali bin Abi Talib r.a. memang kena pada tempatnya, sebabia berjawatan khalifah, tetapi
bagi Mu‘awiyah, apakah jawatan yang dipecat daripadanya? Hal ini kerana Mu‘awiyah pada waktu itu bukan
seorang khalifah danbukan pula seorang gabenor. Jawatan gabenornya sudah lama dipecat oleh Khalifah ‘Ali
bin Abu Talib r.a.; dan kedua, lebih palsu lagi, perkara yang dikatakan kononnya ‘Amr bin al-‘As menipu Abu
Musa al-Asy‘ari dengan mengekalkan Mu‘awiyah.Soalnya, apakah yang dikekalkan oleh ‘Amr bin al-‘As
itu? Jawatan sebagai khalifahatau sebagai gabenor? Kedua-dua jawatan itu tidak berhak dikekalkan,kerana ia
sememangnya tidak disandang oleh Mu‘awiyah. Cuma yang masih disandang oleh Mu‘awiyah ialah pengaruh
dan kuasa pimpinannya ke atas masyarakat Syam, serta sifatnya sebagai ketua pemberontak dari Syam.Jadi,
apakah pernah berlaku dalam mana-mana sejarah, hakimnegara menjatuhkan hukuman melucutkan pengaruh
dan kuasa pimpinanseseorang dari kumpulan pimpinannya, atau melucutkan seorang ketuapemberontak dari
mengetuai pemberontak yang lain?
103
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

memberontak dan keluar dari kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. Mereka berbalik menjadi
musuhnya, karena tidak puas dengan keputusan ‘Ali bin Abi Talib r.a. untuk mengikuti
perundingan tersebut (kelompok ini dikenali sebagai Khawarij). Kelompok ini pada
mulanya memaksa ‘Ali bin Abi Talib r.a. untuk ikut bertahkim, tetapi setelah ‘Ali bin Abi
Talib r.a. menerima Tahkim mereka menolaknya. Mereka berpegang dengan la hukm illa
li Allah (tiada hukum (keputusan) melainkan bagi Allah SWT semata-mata) (Abu Zahrah,
1996:26-29; Ahmad Jilli, 1988:48; al-Syahrastaniy, t.th:106; al-Syakah, 1994:103; al-
Maghribiy, 1995:170).
Hasil daripada konflik berhubung masalah politik ini, perpecahan berlaku.
Perpecahan ini sangat jelas dilihat apabila kelompok yang berkonflik itu menjadi tiga, iaitu
kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan kelompok
Khawarij. Kelompok Khawarij ini mengkafirkan kelompok pertama dan kedua. Sebagai
akibatnya, kelompok Khawarij menghalalkan darah orang Islam yang tidak sependapat
dengan mereka; memerangi kelompok pertama dan kedua; dan mengutus utusan rahsia
untuk membunuh ‘Ali bin Abi Talib r.a., Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dan ‘Amru bin al-
‘As r.a.Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dan ‘Amru bin al-‘As r.a. selamat daripada cubaan
membunuh, sedangkan ‘Ali bin Abi Talib r.a. terbunuh di tangan Abdul Rahman bin
Muljam pada tahun 40 H.
Kewafatan ‘Ali bin Abi Talib r.a. menyebabkan para pengikutnya sedih. Hasan,
Putra Ali pertama, diangkat menjadi khalifah menggantikan ayahnya. Hasan berpandangan
bahawa pertentangan politik ini merugikan umat Islam seluruhnya. Oleh sebab itu, beliau
mengadakan perdamaian dengan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan bagi mengelakkan lebih
banyak pertumpahan darah dalam kalangan umat Islam berlaku. Hasan melepaskan jawatan
pada tahun 41H dan menyerahkan kekuasaan kepada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Hasan
meminta agar Mu‘awiyah bin Abu Sufyan menyerahkan urusan khilafah kepada kaum
Muslimin apabila ia meninggal nanti. Hasan juga meminta agar kelompok Mu‘awiyah bin
Abu Sufyan berhenti menghina ‘Ali bin Abi Talib r.a. dalam khutbah-khutbahnya (Abu
Zahrah, 1996:34). Gerakan perdamaian ini disokong oleh masyarakat Islam, sehingga tahun
itu disebut sebagai Tahun Persatuan (‘am al-jama‘ah). Walau bagaimanapun, perjanjian
tersebut tidak kekal lama kerana Mu‘awiyah bin Abu Sufyan menabalkan putranya Yazid
bin Mu‘awiyah sebagai Putra Mahkota bagi menggantikannya setelah beliau wafat.
Setelah Mu‘awiyah bin Abu Sufyan wafat pada tahun 60H, Yazid bin Mu‘awiyah
bin Abu Sufyan dilantik menjadi khalifah. Hal itu membuatkan bukan sahaja kelompok
Syiah marah, malah seluruh kaum Muslimin melahirkan kemarahan mereka. Kemarahan
ini disebabkan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan jelas melanggar perjanjian damai yang telah
dipersetujui dengan Hasan sebelum hari. Namun begitu, kaum Muslimin tidak dapat
mengambil sebarang tindakan kerana Mu‘awiyah bin Abu Sufyan memerintah dengan
kuku besi. Pada zaman Yazid bin Mu‘awiyah memerintah, permusuhan kelompok Umawi
terhadap Syiah semakin menjadi-jadi. Kelompok Syiah diperangi habis-habisan. Hussin
terbunuh di Karbala (10 Muharram tahun 61H) dalam pertempuran yang tidak seimbang.
Kepalanya dipenggal dan dibawa ke hadapan Yazid bin Mu‘awiyah sebagai persembahan.
Dengan itu, Bani Umayyah bertambah kuat sehinggakan tidak dapat ditandingi.
Berdasarkan peristiwa awal perpecahan umat Islam, jelas didapati faktor imamah
(kepimpinan) yang termasuk dalam aspek politik merupakan faktor yang paling dominan
membawa kepada perpecahan. Begitu juga dengan perpecahan umat Islam di negara ini,
ia berlaku apabila terdapat beberapa kumpulan dan parti politik yang disertai oleh orang
Islam. Perbezaan ideologi dan fahaman menyebabkan mereka berpecah belah sedangkan
Islam amat mementingkan umatnya bersatu padu (Sapora Sipon, 2008). Hal ini kerana
dalam berpolitik setiap pihak mempunyai kepentingan, matlamat, hala tuju dan keinginan
masing-masing. Dengan itu, sudah tentu mereka menginginkan segala kepentingan,
matlamat, hala tuju dan keinginan tercapai.

104
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KAEDAH PENGURUSAN PERPECAHAN BERTERASKAN ISLAM

Banyak pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa awal perpecahan umat Islam.
Salah satu daripadanya ialah kaedah pengurusan perpecahan ummah yang berteraskan
Islam dapat dirumuskan. Paling tidak terdapat enam elemen kaedah pengurusan perpecahan
berteraskan Islam ini iaitu:

a) Berpandukan Tasawur al-Qur’an dan al-Sunnah


Berdasarkan peristiwa perpecahan umat Islam yang dijelaskan sebelum ini, didapati aspek
politik menjadi faktor utama perpecahan mereka. Sebenarnya perpecahan ini bukanlah
disebabkan masalah politik semata-mata, tetapi juga disebabkan tidak berpandukan tasawur
al-Qur’an dan al-Sunnah. Sebagai contoh, terdapat kekurangan pada aspek kejujuran dalam
Majlis Tahkim antara ‘Amru bin al-‘As r.a. yang mewakili Mu‘awiyah bin Abu Sufyan
dengan Abu Musa al-Asy‘ari r.a. yang mewakili kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a.Kedua-
duanya bertindak sebagai hakim daripada kelompok masing-masing. Mengikut sesetengah
riwayat, ‘Amru bin al-‘As r.a. telah melakukan tipu helah terhadap Abu Musa al-Asy‘ari
r.a. dengan mengatakan konflik yang terjadi adalah disebabkan oleh dua orang, iaitu ‘Ali
bin Abi Talib r.a. dan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Bagi mewujudkan perdamaian, ‘Amru
bin al-‘As r.a. memutuskan kedua-dua mereka patut diketepikan dan kemudian diserahkan
kepada umat Islam untuk memilih khalifah yang baru. Tipu helah yang dilakukan oleh
‘Amru bin al-‘As r.a. itu telah berjaya menarik perhatian Abu Musa al-Asy‘ari r.a. Dalam
hal ini, ‘Amru bin al-‘As r.a. memberikan peluang kepada Abu Musa al-Asy‘ari r.a. untuk
menaiki mimbar dan mengumumkan pemecatan ‘Ali bin Abi Talib r.a.Selepas itu, ‘Amru
bin al-‘As r.a. pula menaiki mimbar dan mengumumkan penerimaan pemecatan ‘Ali bin
Abi Talib r.a.Oleh sebab ‘Ali bin Abi Talib r.a.sudah dipecat daripada jawatan khalifah,
maka tinggal seorang sahaja lagi, iaitu Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Dengan itu, ‘Amru
bin al-‘As r.a. menetapkan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan r.a. sebagai khalifah umat Islam
seluruhnya. Penetapan ini menyebabkan kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a.tidak puas hati
(Abu Zahrah, 1996:26-29; Ahmad Jilli, 1988:48; al-Syahrastaniy, t.th:106; al-Syakah,
1994:103; al-Maghribiy, 1995:170).
Sebenarnya, berpolitik dengan tidak berpandukan tasawur al-Qur’an dan al-Sunnah
akan menyebabkan perpecahan. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika
berucap dalam Persidangan Islam Global mengenai Perpaduan dan Ekonomi anjuran
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia pada 2013 berkata,

“Umat Islam berpecah kerana mereka mengabaikan ajaran Islam. Kita (umat Islam)
perlu berpandukan al-Qur’an (kerana) ia panduan terbaik untuk semua. Seandainya
anda mengikut al-Qur’an, anda tidak akan berpecah kepada parti-parti politik
berbeza” (The Malaysian Insider, 2013).

Jelas di sini bahawa faktor utama perpecahan umat Islam di Malaysia pada hari ini adalah
berpunca daripada berpolitik dengan tidak berpandukan tasawur al-Qur’an dan al-Sunnah.
Dengan itu, ada kelompok yang bertindak menghina dan mengaibkan kelompok lain di
mimbar-mimbar dan ceramah-ceramah, bahkan ada yang dengan mudah mengkafirkan
sesama Muslim. Jika perpecahan politik ini dibiarkan terus berlaku tanpa diuruskan secara
Islam, maka ia bagaikan mengulangi sejarah silam perpecahan umat Islam. Bagi mengurus
perpecahan dalam kalangan umat Islam, tidak semestinya semua organisasi dan parti yang
sedia ada perlu dibubarkan. Dalam hal ini, perbalahan dan perpecahan itu perlu diuruskan
mengikut tasawur al-Qur’an dan al-Sunnah.

105
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

b) Menggunakan Kebolehan, Kemahiran dan Kepakaran Dengan Bertunjangkan


Keikhlasan
Setiap pengurus perpecahan mestilah mempunyai kebolehan, kemahiran dan kepakaran dalam
menyatukan ummah, terutama masyarakat yang baru memeluk dan memahami agama Islam.
Pada masa yang sama, seseorang pengurus wajib mengurus perpecahan hanya kerana Allah
SWT. Ketika terjadinya Peperangan Siffin, empayar pemerintahan Islam sangat luas. Hal ini
ditambah pula dengan ramai orang yang baru memeluk Islam, tetapi belum memahami ajaran
Islam sepenuhnya. Dalam situasi sedemikian, dengan ketiadaan pemimpin agung seperti
Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yang hebat seperti Abu Bakar al-Siddiq r.a, ‘Umar
bin al-Khattab r.a, dan ‘Uthman bin ‘Affan r.a. serta para sahabat besar Rasulullah SAW yang
lain, maka kesatuan ummah mudah tergugat. Kelemahan ini memberi peluang kepada musuh-
musuh Islam seperti Yahudi, Nasrani, golongan fasik dan munafik yang mempunyai agenda
kepentingan peribadi atau agenda untuk memecah-belahkan ummah memanipulasikan pelbagai
isu kecil dan remeh sehingga boleh bertukar menjadi isu besar. Dalam keadaan yang sebegini,
pemimpin atau pengurus perpecahan yang ikhlas dan berkebolehan sangat diperlukan kerana
mereka tidak mudah terikut-ikut dengan ‘tarian’ musuh. Malah, mereka tidak mempunyai
tujuan lain, melainkan hanya untuk mendapat keredaan Allah SWT.

c) Berwaspada Dengan Musuh


Sentiasa berwaspada dengan musuh terutamanya musuh yang secara zahirnya nampak sebagai
Muslim, tetapi secara batinnya memusuhi Islam (munafik). Musuh dalam selimut sebegini boleh
merosakkan Islam dari dalam seumpama api dalam sekam. Barisan kepemimpinan ‘Ali bin
Abi Talib r.a.dan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan yang lemah memudahkan musuh dalam selimut
memainkan peranannya untuk memecah belahkan umat Islam dari dalam. Dalam Perang
Siffin, terdapat golongan munafik yang berada dalam kumpulan ‘Ali bin Abi Talib r.a.Mereka
berusaha meletakkan pemimpin-pemimpin mereka berdampingan dengan ‘Ali bin Abi Talib
r.a.dan membuat keputusan demi keputusan yang sentiasa berlawanan dengan keputusan ‘Ali
bin Abi Talib r.a.dan para sahabat Rasulullah SAW yang lain. Mereka mempunyai kemahiran
memanipulasikan keadaan dan pandangan ‘Ali bin Abi Talib r.a.dan orang kepercayaannya.
Mereka dapat kenal pasti kelemahan ‘Ali bin Abi Talib r.a.dan memanipulasikan kelemahan
itu. Antara yang mereka lakukan adalah membantah keputusan ‘Ali bin Abi Talib r.a.untuk
menghantar pesanan secara rahsia kepada Ibn ‘Abbas r.a. dalam Majlis Tahkim. Mereka mahu
setiap pesanan perlu didedahkan kepada semua pengikut setia ‘Ali bin Abi Talib r.a.Selain
itu, mereka juga membantah pelantikan Ibn Abbas r.a. sebagai wakil ‘Ali bin Abi Talib r.a.ke
Majlis Tahkim, dan mendesak supaya Abu Musa al-Asy‘ari r.a dilantik sebagai wakilnya. Ada
juga riwayat yang menyatakan pada mulanya ‘Ali bin Abi Talib r.a.ke Syam untuk bertemu
dan berbincang dengan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Bagi menggagalkan pertemuan dan
perbincangan yang dirancang itu, kelompok munafik yang berada dalam kumpulan ‘Ali bin Abi
Talib r.a.telah memulakan serangan terhadap tentera Mu‘awiyah bin Abu Sufyan di Siffin tanpa
arahan daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a.sendiri (al-Baladuri, 1996:108; al-Tabari, 1988:102).
Hal yang sama terjadi dalam kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Golongan
munafik mula memainkan peranan mereka tatkala berlakunya Perang Siffin. ‘Amru bin al-‘As
mencadangkan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan menghentikan peperangan dan kembali kepada
al-Qur’an dan al-Sunnah iaitu mengadakan perbincangan bagi tujuan perdamaian. Namun,
golongan munafik memanipulasikan isu tersebut sehinggakan ramai umat Islam terpedaya
dan telah meletakkan al-Qur’an di hujung pedang dan tombak serta melaung-laungkan supaya
peperangan dihentikan. Perbuatan meletakkan al-Qur’an di hujung pedang dan tombak dilihat
sebagai menghina al-Qur’an dan bukanlah arahan daripada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan.
Jelas di sini bahawa, dalam mengurus perpecahan, seseorang pengurus perlu berwaspada
dengan musuh-musuh ‘dalam selimut’. Mereka mempunyai agenda-agenda tertentu dan
berusaha untuk menggagalkan usaha menyatupadukan ummah. Dalam hal ini, seseorang
pengurus perpecahan perlu lebih berhati-hati dan bijaksana.
106
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

d) Istiqamah
Istiqamah membina perpaduan. Sebenarnya, sikap mengecualikan diri (neutral) daripada
menghadapi perpecahan yang berlaku dan tidak berusaha membina perpaduan merupakan satu
perbuatan yang tidak memberikan manfaat kepada umat Islam, malah memberi peluang kepada
musuh-musuh Islam untuk menghancurkan perpaduan yang dibina. Dalam hal ini, seseorang
pengurus perpecahan patut meneladani usaha yang dilakukan oleh Abu Umamah al-Bahili,
Abu Darda’ dan para Sahabat Rasulullah SAW yang lain untuk memperdamaikan perpecahan
yang berlaku. Apabila berlakunya perbezaan pandangan dan perpecahan umat, maka perlu ada
golongan yang tampil membina jalan-jalan ke arah kesatuan antara pihak yang bertelagah.
Mereka perlu membuka minda dua kelompok yang bertelagah supaya melihat isu yang lebih
besar iaitu perpaduan ummah berasaskan akidah Islam dan menjaga kesucian Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika dua puak daripada orang beriman berperang, maka damaikanlah antara
keduanya. Jika salah satunya melakukan kezaliman terhadap yang lain, maka perangilah
puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh
maka damaikanlah antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah) serta berlaku
adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang bertindak
adil. Sebenarnya semua orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikan antara dua
saudara kamu (yang berpecah) itu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh
rahmat” (al-Hujurat, 49:9-10)

Dalam ayat ini Allah SWT menyeru semua umat Islam berusaha mendamaikan dua golongan
yang saling bertelagah dan fitnah-memfitnah, seterusnya berusaha menyekat daripada
berlakunya peperangan yang boleh mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda.
Berhubung peristiwa yang berlaku ini, seseorang Muslim yang berperanan sebagai pengurus
tidak seharusnya berdiri sebagai penonton dan membiarkan perpecahan bertambah buruk dan
semakin parah. Setiap orang yang berkebolehan dan berkemahiran patut membabitkan diri
sebagai pengurus untuk mengekang perpecahan yang berlaku.

e) Ketepikan Penglibatan Pihak Luar


Dalam mengurus sesuatu perpecahan yang berlaku antara dua kelompok dalam kalangan umat
Islam, jangan sama sekali membenarkan campur tangan pihak luar atau kuasa asing yang pada
zahirnya nampak seperti ingin membantu, tetapi pada hakikatnya ingin memusnahkan kesatuan
umat Islam. Ada riwayat yang menyatakan bahawa kerajaan Rom telah menghantar utusan
bertemu dengan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dan menawarkan pertolongan untuk memerangi
tentera ‘Ali bin Abi Talib r.a.Dengan ketegasan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, beliau menolak
campur tangan kuasa asing itu kerana beliau sendiri tahu yang beliau bukan menentang
kepemimpinan ‘Ali bin Abi Talib r.a.sebagai Khalifah Islam, tetapi hanya menuntut supaya
pembunuh ‘Uthman bin Affan r.a. diadili dan dihukum terlebih dahulu. Perkara ini dapat dilihat
berdasarkan kata-katanya yang masyhur, “Aku tidak memerangi Ali (bukan kerana perebutan
jawatan khalifah) kecuali kerana urusan pembunuhan Uthman”(Maulana Muhammad Ali,
1951:302).

f) Menyelidiki (Tabayyun) Segala Maklumat


Dalam situasi tegang dengan perbalahan dan perpecahan, maklumat yang benar, sahih dan tepat
sukar diterima dan dihayati oleh kedua-dua belah pihak yang bertelagah. Matlamat dan hala tuju
perjuangan akan menjadi kabur; sesuatu isu mudah dimanipulasikan dengan suntikan emosi.
Apabila golongan munafik yang bergerak secara berstrategi berjaya menguasai penyebaran
maklumat dalam masyarakat, maka kebanyakan orang akan terkeliru dan terpengaruh.
Contohnya, dalam periwayatan Perang Siffin, kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dikatakan
107
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sebagai pemberontak yang menentang ‘Ali bin Abi Talib r.a.berdasarkan hadis Nabi SAW yang
menyatakan bahawa Ammar bin Yasir akan dibunuh oleh pemberontak dan Ammar pada waktu
itu berada dalam kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a.dan syahid. Mereka terlupa dengan hadis
Nabi SAW yang lain, yang menyatakan pembunuh Zubair Ibn ‘Awwam akan mendapat balasan
di neraka, sedangkan ketika itu Zubair berada dalam kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan
dan juga syahid. Para sahabat Rasulullah SAW yang berada dalam kedua-dua kelompok itu
menjadi keliru dengan dasar perjuangan mereka.

KESIMPULAN

Mengurus manusia amatlah rumit, lebih-lebih lagi mengurus perpecahan dalam kalangan
mereka. Justeru, bagi mengembalikan kesatuan umat Islam di negara ini, pengajaran daripada
peristiwa perpecahan umat Islam pasca Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. patut diambil agar
sejarah perpecahan tidak lagi berulang. Setiap pengajaran yang diperoleh itulah dijadikan
sebagai kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam. Kaedah pengurusan perpecahan
berteraskan Islam ini mempunyai enam elemen iaitu berpandukan tasawur al-Qur’an dan al-
Sunnah; menggunakan kebolehan, kemahiran dan kepakaran dengan bertunjangkan keikhlasan;
berwaspada dengan musuh; istiqamah; mengetepikan penglibatan pihak luar; dan menyelidiki
sesuatu maklumat yang disebarkan. Berdasarkan elemen-elemen ini, jelaslah bahawa kaedah
pengurusan perpecahan berteraskan Islam merangkumi kedua-dua aspek iaitu fizikal dan
spiritual.

SENARAI RUJUKAN

Abu Zahrah, Muhammad. (1996). Tarikh al-madzahib al-Islamiyyah. Kaherah: Dar al-Fikr al-
Arabi.
Ahmad Jilli, Ahmad Muhammad. (1988). Dirasah an al-firaq fi tarikh al-muslimin: al-khawarij
wa al-syiah. Riyadh: King Faisal Centre for Research and Islamic Studies.
Al-Baghdadiy, Abd al-Qadir bin Tahir bin Muhammad. (1997). Al-farq bayn al-firaq. Beirut:
Dar al-Marifah.
Al-Baladuri, Ahmad Ibn Yahya Ibn Jabir. (1996). Ansab al-asyraf. Jld. 3. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Maghribiy, Ali Abd al-Fattah. (1995). Al-firaq al-kalamiyyah al-Islamiyyah. Kaherah:
Maktabah Wahbah.
Al-Syahrastaniy, Abu al-Fath Muhammad bin Abd al-Karim. (t.th.). Al-milal wa al-nihal, Jld.
1. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Al-Syakah, Mustafa Muhammad. (1994). Islam tidak bermazhab, A.M. Basalamah (terj.),
Jakarta: Gema Insani Press.
Al-Tabari, Abu Jafar Muhammad Ibn Jarir. (1988). Tarikh al-umam wa al-muluk. Jld. 3. Beirut:
Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Al-Zuhaili, Wahbah. (1991). Al-tafsir al-munir fi al-‘aqidah wa al-syari‘ah wa al-minhaj, Jld.
4. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.
Carroll, Phil. (1973). Method improvement, dlm. Heyel, Carl. (ed.), The encyclopedia of
management 2nd edition. New York: Van Nostrand Reinhold Company.
Marzuki Hj Mahmood. (1994). Isu-isu kontroversi dalam sejarah pemerintahan khulafa’ al-
rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mas‘ud, Jubran. (1986). Al-ra’id mu‘jam lughawiy ‘asriy. Jld. 2. Beirut, Lubnan: Dar al-‘Ilm
li al-Malayin.
Maulana Muhammad Ali. (1951). The early caliphate. Lahore: Ahmadiyyah Anjuman Ishaat
Islam.
Mohd. Affandi Hassan. (1992). The tawhidic approach in management and public
administration: concepts, principlies, and an alternative model. Kuala Lumpur: National
Institute of Public Administration (INTAN).
108
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Mustapha Hj. Mohd. Jar. (1986). Konsep manusia dari perspektif barat dan Islam, dlm. Wan
Hashim & Mahayudin Haji Yahaya (Eds.), Sains sosial dari perspektif Islam. Bangi,
Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurazmallail Marni. (2003). Peristiwa tahkim antara ‘Ali dan Mu‘awiyah (tahun 36H): suatu
kajian dan pengajaran.Jurnal Teknologi 38(E), hlm. 75-92.
Sapora Sipon. (2008). Selesai konflik mengikut etika pengurusan Islam. Diakses daripada
http://ww1. utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0530&pub=utusan_
malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm&arc=hive, pada2 Februari 2016.
Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy & Mohd Mauli Azli Abu Bakar. (2006). Etika
penyelesaian konflik dalam pentadbiran Islam, Jurnal Syariah, 14:1, hlm. 1-22.
Standingford, Oliver. (1967). Organisation and methods, dlm. Newnes Encyclopedia of Business
Management. London: George Newnes Ltd.
The Malaysian Insider (2013). Perpecahan di kalangan umat Islam kerana abai ajaran Islam
– Dr. M. Diakses daripada http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perpecahan-
di-kalangan-umat-islam-kerana-abai-ajaran-islam-dr-m, pada 7 Februari 2016.
Wan Azhar Wan Ahmad. (2014). Hak asasi manusia: faham kontemporari vs kebenaran Qur’ani,
Majalah dakwah, Januari/Februari, Bil. 23, hlm. 4-10.
Warner, Malcolm. (1996). Management as art, science and theory, dlm. Warner, Malcolm. (ed.),
International encyclopedia of business and management. London: Routledge.

109
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KEBERKESANAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH

Norazilawati Abdullah, Muhammad Firdaus Omar, Mahizer Hamzah


Fakulti Pendidikan Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Malaysia

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru sekolah rendah di daerah
Hilir Perak terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kajian ini
juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan persepsi guru terhadap pelaksanaan
PBS berdasarkan pengalaman bekerja dan umur. Reka bentuk kajian ini adalah kajian
tinjauan yang melibatkan sekolah rendah di sekitar Hilir Perak. Instrumen kajian
yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden dan bahagian B mengenai tahap
kesediaan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan PBS. 300 orang guru
telah dipilih sebagai sampel kajian. Pengkaji menggunakan statistik deskriptif untuk
menganalisis profil responden dan analisis borang soal selidik mengenai persepsi guru
terhadap pelaksanaan PBS. Statistik deskriptif yang digunakan ialah skor min, sisihan
piawai dan ujian Anova satu hala. Hasil kajian menunjukkan guru memberi persepsi
yang positif terhadap pelaksanaan PBS di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan nilai
min yang tinggi bagi tahap kesediaan, pengetahuan dan kemahiran. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan
guru berdasarkan pengalaman bekerja dan umur. Kesimpulannya guru di Daerah Hilir
Perak menerima baik perlaksanaan PBS. Hal ini jelas membuktikan bahawa guru-guru
telah bersedia, berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan PBS.

Kata kunci: Keberkesanan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Penerimaan Guru.

PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia sebelum ini adalah berteraskan peperiksaan “exam oriented”
yang dikatakan tidak bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan
modal insan murid hendaklah seimbang dari pelbagai aspek. Ini adalah tujuan sebenar
pendidikan di Malaysia. Namun begitu, aktiviti pembelajaran dan pengajaran (pdp) yang
dilaksanakan selama ini adalah berfokus kepada pencapaian dalam peperiksaan sahaja.
Pentaksiran yang dilaksana adalah lebih tertumpu ke arah pencapaian murid dalam
sesuatu mata pelajaran dan tidak menyentuh aspek sahsiah serta perkembangan murid itu
sendiri. Untuk itu satu pentaksiran yang bersifat holistik perlu dibentuk untuk memenuhi
keperluan sistem pendidikan masa kini. Pentaksiran merupakan satu proses yang bertujuan
untuk mengumpul maklumat tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dan
membuat penambahbaikan terhadap masalah murid melalui data yang diperolehi (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, LPM, 2012). Menurut McMillan (2000), pentaksiran dalam bilik
darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti penting dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran
yang bersifat holistik kerana merangkumi aspek kognitif, afektif dan juga psikomotor
seperti yang termaktub di dalam panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM, 2012).
Murid dinilai secara menyeluruh berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan pada
subjek yang dinilai. Pentaksiran merupakan elemen yang penting dalam menilai tahap
penguasaan murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Mengikut Mc Millan (2008), tujuan
110
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pentaksiran adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai kemajuan dan pencapaian


seseorang murid. Dalam era komodenan, seharusnya sistem pendidikan mempunyai satu
bentuk pentaksiran yang dapat melihat pencapaian seseorang murid secara menyeluruh. Oleh
sebab itu, pada tahun 2010, satu transformasi pendidikan telah dilaksanakan. Transformasi
yang dibawa dengan membentuk satu sistem pentaksiran yang dinamakan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS).
Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu sistem pentaksiran baru yang
digunapakai dalam mentaksir murid. PBS adalah satu inisiatif kementerian dalam
membentuk satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu mentaksir murid dari pelbagai
aspek. PBS telah dilaksanakan mulai tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikkan UPSR
pada 2016, mulai tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014 (KPM,
2012). Pada dasarnya konsep PBS adalah bukan sesuatu yang baru. Ini kerana ia masih
sama seperti pentaksiran yang terdahulu seperti kuiz, latihan, kerja rumah, kerja projek
dan lain-lain. Namun begitu terdapat penambahbaikan yang dibuat dalam pentaksiran ini.
Murid ditaksir secara holistik iaitu menyeluruh. PBS meliputi penilaian dari aspek kognitif,
afektif dan psikomotor. Pentaksiran Berasaskan Sekolah mentaksir bidang akedemik dan
juga bukan akedemik. Pentaksiran akedemik meliputi pentaksiran di peringkat pusat dan
sekolah manakala pentaksiran bukan akedemik meliputi aspek pentaksiran aktiviti jasmani,
sukan dan kokurikulum (PAJSK) dan pentaksiran psikometrik.
Perubahan sistem pentaksiran yang sebelum ini bersifat sumatif kepada formatif
banyak menimbulkan persoalan dalam kalangan guru. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan
untuk melihat sejauh mana kesediaan guru dalam melaksanakan PBS di sekolah. Kebanyakan
guru masih ragu-ragu dan menyatakan rungutan mereka. Mengikut kajian yang dilaksanakan
oleh Suzana dan Jamil (2012), terdapat rungutan yang diutarakan oleh guru mengenai PBS.
Kemahiran yang lemah dan kekurangan maklumat mengenai PBS menyebabkan
segelintir guru mengambil mudah untuk melaksanakan PBS. Hal ini menyebabkan guru
kurang motivasi untuk melaksanakan PBS. Pelbagai rungutan telah disuarakan oleh guru-
guru mengenai PBS. Penambahbaikan dalam sistem PBS yang dilaksana secara mengejut
dan penyampaian dalam bentuk versi yang berbeza menyebabkan sebahagian guru merasa
keliru dengan perubahan yang dilaksanakan. Mengikut keratan akhbar yang dilaporkan
oleh Raziatul Hanum (2014), perjalanan pelaksanaan PBS yang pelbagai versi disampaikan
kepada warga pendidik dan pelajar serta kenyataan daripada pihak atasan kementerian
juga tidak konsisten sehingga menyebabkan keadaan semakin kelam kabut. Hal ini
menyebabkan perlaksanaan PBS diperingkat sekolah menjadi semakin sukar. Pengetahuan
guru yang berbeza menjadikan perlaksanaan PBS merupakan satu masalah yang berat bagi
mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru masih memerlukan tempoh untuk bersedia
dalam malaksanakan PBS. Prosedur PBS yang pelbagai memerlukan komitmen yang amat
tinggi daripada pihak guru. Komitmen guru dalam melaksanakan sesuatu dasar merupakan
tunjang utama dalam menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid.
Mengikut Robiah dalam kajian yang dilaksanakan oleh Asraf Mubarak (2013) mengenai
beban tugas guru dalam melaksanakan PBS di sekolah kebangsaan bandar dan luar bandar
di Daerah Muar, menyatakan bahawa pengajaran yang berkesan seseorang guru merupakan
penggerak utama kepada segala pembaharuan dalam kurikulum. Oleh sebab yang demikian,
peranan guru merupakan aspek utama dalam kejayaan PBS. Guru seharusnya bersedia dan
mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang lengkap dalam melaksanakan PBS.
Oleh sebab itu, kajian ini telah dilaksana untuk melihat sejauh manakah tahap
persepsi guru sekolah rendah di daerah Hilir Perak terhadap perlaksanaan PBS. Guru pada
dasarnya dilihat bersedia, berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan sesuatu
program. Namun begitu adakah mereka benar-benar bersedia ataupun tidak merupakan
agenda utama kajian ini dilaksanakan.

111
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

OBEJKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah;


1. Mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PBS
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru mengenai PBS.
3. Mengenal pasti tahap kemahiran guru dalam melaksanakan PBS
4. Mengenal pasti perbezaan kesediaan guru dalam melaksanakan PBS berdasarkan
pengalaman bekerja dan umur responden

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk menjelaskan persoalan;


1. Apakah tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PBS?
2. Apakah tahap pengetahuan guru mengenai PBS?
3. Apakah tahap kemahiran guru dalam merancang dan melaksanakan PBS?
4. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PBS
berdasarkan pengalaman bekerja dan umur responden?

HIPOTESIS

Hº : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap kesediaan guru berdasarkan
pengalaman bekerja dan umur responden.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini ialah kajian berbentuk deskriptif. Menurut Majid Konting (2004), penyelidikan
deskriptif bertujuan untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Kaedah
tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang responden; tahap
kesediaan guru, tahap pengetahuan guru dan tahap kemahiran guru mengenai PBS. Data
diperolehi menggunakan borang soal selidik.
Maklum balas daripada borang soal selidik dapat menunjukkan gambaran sebenar
persepsi bakal guru sekolah rendah terhadap pentaksiran berasaskan sekolah rendah. Ini kerana
mengikut menurut Majid Konting (1998), penggunaan borang soal selidik dapat meningkatkan
ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana tidak dipengaruhi
oleh gerak laku pengkaji. Borang soal selidik ini berfokuskan kepada persepsi guru terhadap
PBS. Pembinaan soal selidik adalah hasil pengubahsuaian instrumen penyelidik lepas dan
penambahbaikan daripada pengkaji sendiri berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Soalan
soal selidik adalah mirip dengan kajian yang telah dilaksanakan oleh Rosni Zamuddin dan Siti
Fatihah (2010), mengenai kesediaan guru sekolah menengah di daerah Kota Baharu dalam
melaksanakan sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah. Pengkaji menggunakan
soal selidik kerana soal selidik boleh membuat responden lebih rela memberi maklum balas
yang benar, bebas dan dapat mengurangkan kesilapan yang disebabkan oleh catatan pengkaji
(Burns, 2000). Responden dikehendaki menjawab setiap soalan yang telah disediakan
berdasarkan pilihan jawapan yang diberi.
Responden terdiri daripada 310 orang guru yang mengajar di sekolah rendah kebangsaan
sekitar Hilir Perak. Masa telah diberi kepada responden untuk menjawab soalan soal selidik.
Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Ini merupakan asas dalam teknik persampelan.
Setiap individu mempunyai peluang yang sama dipilih sebagai responden.
Guru sekolah rendah kebangsaan dipilih untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh
dan lengkap. 310 orang responden dipilih berdasarkan kiraan jadual Krecjie dan Morgan (1970),
Namun begitu hanya 300 responden memberi maklum balas. Oleh yang demikian, responden
untuk kajian ini adalah seramai 300 orang sahaja.
112
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENGANALISISAN DATA

Kajian dibahagikan kepada dua bahagian item soalan iaitu bahagian A dan B. Pecahan
penganalisisan data adalah seperti berikut:

Bahagian A
Bahagian A merupakan item soalan yang mengkaji latar belakang responden. Data dianalisis
berdasarkan nilai kekerapan dan peratusan bagi setiap item menggunakan perisian SPSS
17.Interpretasi data berdasarkan kekerapan responden menjawab bagi setiap item soalan yang
ditanya dan seterusnya dianalisis menggunakan peratusan supaya hasil data lebih berfokus.

Bahagian B
Sebanyak tiga puluh soalan dalam soal selidik di bahagian B yang diberikan kepada responden
kajian. Item soalan dalam soal selidik telah dipecahkan kepada tiga bahagian utama untuk
menguji objektif kajian seperti jadual 1.

Jadual 1 Jadual Pecahan Item Soalan


Bil Jumlah item soalan Perkara
1. 10 Menguji kesediaan guru melaksanakan PBS
2. 10 Menguji kefahaman guru melaksanakan PBS
3. 10 Menguji kemahiran guru melaksanakan PBS

Data dianalisis menggunakan nilai min, skor min, sisihan piawai dan nilai min secara
keseluruhan bagi setiap item soalan dibahagian B. Analisis dibuat menggunakan perisian SPSS
17. Nilai min diinterpretasi berdasarkan jadual skor min seperti jadual 2.

Jadual 2 Interpretasi Skor Min


Skor Min Interpretasi min Tahap
1.01-2.33 Rendah Lemah
2.34-3.66 Sederhana Sederhana
3.67-5.00 Tinggi Baik

Hipotesis kajian dianalisis menggunakan SPSS Annova satu hala bagi membuktikan
hipotesis yang telah dibuat sebelum kajian dilaksanakan. Hipotesis dibuat berdasarkan dua
aspek utama iaitu pengalaman guru bekerja dan umur guru. Dua aspek ini dikaji untuk melihat
adakah terdapat sebarang perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan dua
aspek ini.

DAPATAN KAJIAN

i. Analisis Demografi

Jadual 3 Taburan Maklumat Profil Responden Mengikut Jantina


Jantina
Kekerapan Peratusan
Lelaki 142 47.3
Perempuan 158 52.7
Jumlah 300 100.0

113
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 4 Taburan Maklumat Umur Responden


Umur
Kekerapan Peratusan
21-30 tahun 92 30.7
31-40 tahun 168 56.0
40 tahun ke atas 40 13.3
Jumlah 300 100.0

Jadual 5 Taburan Maklumat Tahap Akedemik Responden


Akademik
Kekerapan Peratusan
Diploma 34 11.3
Ijazah sarjana muda 266 88.7
Jumlah 300 100.0

Jadual 6 Pengalaman Bekerja Responden


Pengalaman
Kekerapan Peratus
1-3 tahun 30 10.0
4-10 tahun 132 44.0
lebih daripada 10 tahun 138 46.0
Jumlah 300 100.0

ii. Analisis Persepsi Guru Berdasarkan Soal Selidik

Bahagian ini menerangkan hasil dapatan kajian yang berkaitan dengan bilangan min,
sisihan piawai, skor min dan jumlah min keseluruhan bagi melihat persepsi responden terhadap
perlaksanaan PBS di sekolah rendah. Analisis menjurus kepada pendapat, pengetahuan dan
juga kemahiran responden terhadap setiap item soalan yang diajukan oleh penyelidik dalam
soalan soal selidik yang diberikan. Kesemua item soalan menggunakan skala likert lima mata
yang sama iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Analisis
persepsi guru ini dibahagi kepada tiga bahagian iaitu:

i. Analisis tahap kesediaan guru.


ii. Analisis tahap pengetahuan guru.
iii. Analisis tahap kemahiran guru.

Jadual 7 Item Soalan Tahap Kesediaan Guru


Sisihan
Bil Kenyataan Min Skor min
piawai

1. Saya bersedia untuk melaksanakan PBS di sekolah. 4.39 Tinggi 0.70

2. Saya menyokong perlaksanaan PBS di sekolah 4.43 Tinggi 0.71


3. Saya yakin penggunaan PBS dapat meningkatkan 4.45 Tinggi 0.68
motivasi saya untuk mentaksir murid dengan lebih
berkesan.
4. Saya bersedia untuk memikul tanggungjawab 4.39 Tinggi 0.63
mentaksir murid dalam bidang akedemik dan bukan
akedemik.

114
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

5. Saya selesa mentaksir murid menggunakan PBS 4.37 Tinggi 0.69


6. PBS lebih baik dan berkesan berbanding dengan 4.33 Tinggi 0.77
pentaksiran sebelumnya.
7. PBS perlu diteruskan. 4.36 Tinggi 0.73
8. PBS meningkatkan beban kerja saya. 1.82 Rendah 0.82
9. Saya perlu bekerja lebih masa untuk melaksanakan 1.79 Rendah 0.85
PBS.
10. Saya bersedia dan mampu melaksanakan pentaksiran 4.27 Tinggi 0.65
bersifat formatif sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran.
Min Keseluruhan 3.86 Tinggi

Secara keseluruhannya min bagi menguji tahap kesediaan guru dalam melaksanakan
PBS berada di tahap yang tinggi dengan skor min yang tinggi iaitu dengan nilai min (M= 3.86).
Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru untuk melaksanakan PBS
adalah tinggi.

Jadual 8 Item Soalan Tahap Pengetahuan Guru


Sisihan
Bil Kenyataan Min Skor min
piawai
Konsep PBS amat mudah untuk
1 4.21 Tinggi 0.75
difahami.
Pendedahan yang diberikan kepada saya
2 4.20 Tinggi 0.77
sudah mencukupi.
Saya yakin untuk menjalankan kursus
3 dan latihan kepada pihak lain mengenai 4.26 Tinggi 0.70
PBS.
Saya dapat menguasai PBS dengan
4 4.23 Tinggi 0.74
mudah dan cepat.
Buku panduan PBS membantu saya
5 4.30 Tinggi 0.67
dalam mempelajari sistem tersebut.
Bahan rujukan mengenai PBS perlu
6 4.34 Tinggi 0.61
diedar ke setiap sekolah.
Masih banyak yang perlu saya pelajari
7 1.70 Rendah 0.95
mengenai PBS.
Saya tahu cara merekod hasil kerja
8 4.32 Tinggi 0.65
murid menggunakan PBS.
Penambahbaikan sedia ada memudahkan
9 4.58 Tinggi 0.61
saya untuk merekod hasil kerja murid.
10 Bahan Rujukan PBS mudah difahami. 4.58 Tinggi 0.65

Min Keseluruhan 4.07 Tinggi

Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan dalam
melaksanakan PBS. Mereka mampu merekod hasil kerja murid menggunakan PBS. Guru-guru
juga jelas menyatakan bahawa konsep PBS mudah difahami dan boleh memberi latihan dan
pengetahuan kepada pihak lain mengenai PBS. Hal ini jelas membuktikan bahawa guru-guru
sudah mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam proses pelaksanaan PBS di sekolah. Mereka
mampu mentadbir PBS dengan cara yang efektif.

115
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 9 Item Soalan Tahap Kemahiran Guru


Sisihan
Bil Kenyataan Min Skor min
piawai

Saya yakin untuk melaksanakan PBS


1 secara berkesan dengan kemahiran yang 4.29 Tinggi 0.71
saya ada.
Saya bersetuju sekiranya latihan dalam
2 perkhidmatan mengenai PBS dilaksanakan 1.93 Rendah 0.84
secara berterusan di sekolah.
Pada pendapat saya, PBS amat mudah
3 4.27 Tinggi 0.77
untuk dilaksanakan.
Saya mudah mentaksir murid
4 4.27 Tinggi 0.75
menggunakan PBS
Kursus dan latihan perlu dilaksanakan
5 untuk meningkatkan kemahiran saya 1.78 Rendah 0.91
mengenai PBS.
Saya boleh membimbing rakan sejawat
6 4.54 Tinggi 0.68
untuk melaksanakan PBS.
Penambahbaikan perlu dilakukan lagi
7 dalam sistem PBS untuk meningkatkan 1.86 Rendah 0.89
kemahiran saya.
8 PBS membantu meningkatkan mutu kerja
4.56 Tinggi 0.68
saya.
9 Saya tahu mengaplikasikan PBS dalam
4.58 Tinggi 0.62
sistem pendidikan di sekolah.
10
Melalui PBS, saya dapat mentaksir hasil
4.30 Tinggi 0.73
kerja murid lebih menyeluruh.

Min Keseluruhan 3.63 Tinggi

Hasil analisis dapatan kajian bagi item soalan yang menguji tahap kemahiran guru
dalam melaksanakan PBS, mendapati kesemua guru mempunyai kemahiran yang cukup
dalam melaksanakan PBS disekolah. Guru-guru juga dilihat mempunyai tahap kemahiran
yang tinggi dalam melaksanakan PBS. Mereka bersetuju bahawa tiada latihan tambahan
perlu diberikan kepada mereka. Namun yang demikian, latihan secara berterusan perlu
dilaksanakan bagi memperkasakan kemahiran sedia ada mereka.

iv. Analisis Hipotesis Kajian

Jadual 10 Jadual ANOVA Umur Responden


Jumlah Darjah Min Kuasa
Nilai F Signifikan.
Kuasa Dua kebebasan Dua
Antara Kumpulan 2.237 2 3.56 2.25 0.10
Dalam Kumpulan 147.35 297 0.49
Jumlah 149.58 299

Berdasarkan jadual 10, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap
kesediaan guru berdasarkan umur (F(2, 297) =2.25; p > 0.05 ). Persepsi guru yang
berumur antara 21-30 tahun (M=4.50, S.P = 0.56) dan guru berumur 31-40 tahun pula
adalah (M=4.37, S.P=0.70). Manakala bagi guru yang berumur 40 tahun ke atas pula
ialah (M=4.22. S.P=0.94). Perbezaan yang minimum dalam skor min menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru melaksanakan

116
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PBS berdasarkan umur. Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru tidak kira umur telah
bersedia untuk melaksanakan PBS di sekolah.

Jadual 11 Jadual ANOVA Pengalaman Bekerja


Jumlah Darjah Min Kuasa
Nilai F Signifikan.
Kuasa Dua kebebasan Dua
Antara Kumpulan .57 2 0.28 0.57 .56
Dalam Kumpulan 149.01 297 0.50
Jumlah 149.58 299

Berdasarkan jadual 11 analisis annova sehala, menunjukkan tidak terdapat perbezaan


yang signifikan tahap kesediaan guru melaksanakan PBS berdasarkan pengalaman bekerja
(F(2, 297 ) = 0.57; p > 0.05). Persepsi guru yang mempunyai tahap pengalaman bekerja
1-3 tahun (M=4.50, S.P=0.50), guru yang mempunyai pengalaman 4-10 tahun (M=4.40,
S.P=0.69) manakala guru yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun (M=4.35,
S.P=0.75). Hasil dapatan menujukkan ketiga-tiga aspek mempunyai perbezaan skor min
yang minimum. Ini jelas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
tahap kesediaan guru berdasarkan pengalaman bekerja. Dapatan ini membuktikan bahawa
guru yang mempunyai pelbagai tahap pengalaman tidak kira 1-3 tahun, 4-10 tahun dan
lebih daripada 10 tahun telah bersedia dan mampu melaksanakan PBS di sekolah.
Keseluruhannya, analisis data menunjukkan persepsi yang diberikan adalah positif
terhadap pelaksanaan PBS. Hasil analisis data menunjukkan bahawa guru di Daerah Hilir
Perak bersedia, berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan. Responden
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru
terhadap PBS berdasarkan pengalaman bekerja dan umur responden. Ini membuktikan
bahawa guru tidak kira umur dan pengalaman bersedia untuk merancang dan melaksanakan
PBS dengan berkesan.

KESIMPULAN

Perlaksanaan transformasi dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini
kerana, pelbagai aspek hendaklah dikaji dan ditambah baik sepanjang proses transformasi
ini dilaksanakan. Perlaksanaan PBS diperingkat sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran
yang baru dan bukan mudah untuk dilaksanakan kerana guru perlu menyesuaikan diri dengan
setiap perubahan yang dibuat. Guru juga terpaksa menempuh pelbagai tomahan dan gelagat
masyarakat dalam melaksanakan PBS secara berkesan. Setiap masalah dan halangan yang
timbul dikaji untuk mencari jalan penyelesaiannya agar transformasi yang dibuat sesuai dengan
keadaan persekitaran pendidikan masa kini. Guru hendaklah sentiasa bersikap positif dalam
mengharungi setiap perubahan sistem pendidikan supaya sentiasa melangkah jauh kehadapan.

RUJUKAN

Asraf Mubarak Atan (2013). Beban Tugas Guru Dalam Perlaksanaan PBS di Sekolah
ebangsaan Bandar dan Luar Bandar di Daerah Muar. Fakulti Pendidikan.Universiti
Teknologi Malaysia.
Burns, R.B. (2000). “Introduction to Research Method .” Fourth Edition. Frenchs Forest:
Pearson Education Australia Pty Limited.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM 2012). Soalan lazim PBS. Diambil dari http://www.
moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=147&keyword=&
Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.

117
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Lembaga Peperiksaan Malaysia (202). Buku Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Kementerian Pelajaran Malaysia.
McMillan, J. H. (2000). Fundamental assessment principles for teachers and school
administrators. Practical Assessment, Research & Evaluation, 7 (8).
Mohd Majid Konting (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Edisi keempat. Kuala Lumpur;
Dewan Bahasa dan Pustaka
Raziatul Hanum (2014). Isu PBS: Makin Kelam Kabut, Makin Berserabut. Diambil dari
http://www.sinarharian.com.my/isu-pbs-makin-kelam-kabut-makin berserabut-1.255373
Rosni Zamuddin Shah & Siti Fatihah (2010). Kesediaan Guru Sekolah Menengah di Daerah
Kota Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Berasaskan Sekolah.
Universiti Teknologi Malaysia.
Suzana Mutalib & Jamil Ahmad. (2012). Penggunaan teknik pentaksiran
formatif dalam subjek bahasa melayu darjah satu: Kajian kes. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 2 (1): 17-30.

118
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PERMULAAN :


KEPENTINGAN HUBUNGAN INTERPERSONAL BERASASKAN
KOMUNIKASI GURU CEMERLANG

Norliza Abdul Majid


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan terhadap kemahiran hubungan
interpersonal yang perlu diberi perhatian untuk perkembangan pendidikan dan
keberkesanan sesuatu pengajaran. Keperluan hubungan interpersonal yang memberi
penekanan terhadap perkembangan emosi dan sosial pelajar juga menjadi fokus
kajian.Peranan interpersonal dari aspek kemahiran komunikasi dilihat dari kebolehan
guru menguasai pelbagai bentuk kemahiran yang merangkumi kemahiran bertutur,
mengawal bilik darjah, teknik pengajaran dan penggunaan komunikasi yang berkesan.
Kemahiran komunikasi interpersonal guru permulaan diberi perhatian dan perkongsian
kepakaran melalui pengalaman dan kemahiran guru cemerlang dijadikan panduan
dengan memberi tumpuan terhadap elemen komunikasi. Kajian kes kualitatif ini
berasaskan maklumat yang terperinci daripada lima orang guru permulaan melalui
temu bual secara mendalam dan pemerhatian. Maklumat dianalisis secara interpretif-
deskriptif berdasarkan tema-tema yang muncul dan teknik triangulasi data dilakukan
bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian. Hasil kajian mendapati
kemahiran hubungan interpersonal memainkan peranan penting dalam mewujudkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik selain mewujudkan suasana
kemesraan, berkongsi perasaan, kasih sayang dan sikap yang prihatin. Perbincangan
kajian merumuskan bahawa tugas guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan
semata-mata, tetapi kemahiran interpersonal perlu dikuasai untuk meningkatkan
perkembangan sosial pelajar dan kualiti pembelajaran. Oleh itu, kajian ini diharap dapat
memberi panduan kepada program pendidikan guru untuk merancang dan melaksanakan
usaha-usaha pembangunan profesional guru permulaan dengan memberi penekanan
terhadap kepentingan kemahiran hubungan interpersonal bagi meningkatkan kualiti
dan keberkesanan pengajaran.

Kata kunci: hubungan interpersonal, kemahiran komunikasi, interpretif- deskriptif.

PENGENALAN

Peningkatan profesional bagi guru-guru permulaan yang akan ditempatkan di sekolah perlu
dikemaskini melalui latihan dan bimbingan yang lebih berfokus kepada keperluan dan
kepentingan hubungan interpersonal khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan yang sistematik berasaskan guru sebagai role model merupakan suatu strategi
terancang dalam membentuk modal insan yang intelektual, seimbang dan harmonis.
Perkongsian kepakaran guru cemerlang sebagai guru berpengalaman yang berefikasi tinggi
boleh diaplikasikan untuk membimbing guru-guru permulaan mengembangkan kemahiran
dalam pengurusan kelas dan strategi pengajaran memandangkan pengalaman yang lebih lama
berbanding guru permulaan (Tschannen-Moran dan Hoy, 2002). Oleh yang demikian, Sebagai
pendidik yang berinteraksi secara langsung, guru seharusnya memahami keperluan dan
kehendak pelajar agar keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat direalisasikan.
Proses sosialisasi di dalam bilik darjah tidak akan wujud tanpa hubungan interpersonal
yang berkesan di antara guru dan pelajar. Menurut Wolk (2002) untuk mendapatkan suasana
119
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pengajaran yang baik, guru bukan sahaja perlu berkongsi perasaan, tetapi pendekatan kasih
sayang juga perlu diutamakan agar pelajar dapat merasakan bahawa mereka dihormati. Sikap
guru seperti mesra, peramah, bertimbang rasa dan penyayang dilihat sebagai faktor penting
yang memainkan peranan dalam membina hubungan di antara guru dan pelajar. Oleh yang
demikian, langkah pragmatis dan proaktif haruslah diambil untuk menangani cabaran dari
peringkat awal bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan
profesionalisme keguruan khasnya dalam kalangan guru permulaan.
Kajian ke atas guru permulaan ini adalah berfokus kepada kemahiran komunikasi dari
aspek hubungan interpersonal yang berfokus kepada kebolehan guru permulaan mengawal
bilik darjah dan memahami perkembangan sosial dan emosi pelajar. Menurut Cremin (2012),
pelajar mudah hilang tumpuan semasa pembelajaran dalam bilik darjah disebabkan cara guru
menerangkan dan guru seharusnya menimbulkan ciri kesefahaman, ciri keseronokan dan dapat
mempengaruhi sikap pelajar melalui jalinan komunikasi yang berkesan (Ulfah, S., Mahamod,
Z., Badusah, J., & Yamat, H, 2012). Oleh yang demikian, kajian yang berfokus kepada
guru permulaan ini adalah untuk mengenalpasti keupayaan guru permulaan mempraktikkan
kemahiran komunikasi interpersonal dalam menarik perhatian dan minat pelajar selain dapat
menyampaikan ilmu pengetahuan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bukan sahaja memberi
tumpuan terhadap keperluan interpersonal dalam proses penyampaian maklumat semata-mata,
tetapi kepentingan interpersonal juga dilihat dari aspek yang lebih luas seperti memahami
keperluan dan kehendak pelajar agar keberkesanan pengajaran dapat direalisasikan.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan menghuraikan persoalan kajian iaitu:


Mengenal pasti bagaimana guru permulaan mempraktikkan kemahiran hubungan interpersonal
dan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

METODOLOGI

Kaedah ini merupakan kajian kes kualitatif berasaskan kaedah kualitatif yang dapat meneliti dan
memahami sesuatu fenomena secara mendalam berkenaan keperluan hubungan interpersonal
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai lima orang guru permulaan dari lima
buah sekolah yang berlainan telah dijadikan sampel kajian utama melalui kaedah persampelan
bertujuan atau ‘purposive sampling’. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan senarai nama
guru permulaan yang ditempatkan di sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan
peserta kajian tidak dilakukan berdasarkan bidang subjek atau jantina, tetapi berdasarkan guru
permulaan yang sesuai dalam konteks kajian ini yang terdiri daripada tiga orang peserta kajian
lelaki dan dua orang peserta kajian perempuan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan temu
bual secara mendalam dan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada
peserta kajian. Konteks temu bual di dalam kajian ini adalah menyentuh secara langsung
tentang keperluan dan kepentingan hubungan interpersonal dari aspek kemahiran komunikasi
dalam membantu guru menjadikan pengajaran menarik dan berkesan. Penganalisisan data
adalah berasaskan tema-tema yang diperoleh hasil daripada temu bual dan pemerhatian.

DAPATAN KAJIAN

Aspek perbincangan ini memberi tumpuan terhadap penguasaan kemahiran interpersonal di


dalam pengajaran yang perlu diberi perhatian untuk perkembangan pendidikan dan sosial
pelajar. Hasil kajian mendapati untuk mendapatkan keberkesanan pengajaran, hubungan
komunikasi interpersonal yang melibatkan guru dan pelajar perlu terjalin dalam suasana yang
harmoni kerana proses pengajaran melibatkan pelajar yang berbeza dari segi latar belakang,
perlakuan dan pengalaman.Kajian mendapati, guru permulaan berusaha menguasai unsur-
120
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

unsur penting komunikasi interpersonal seperti kemahiran suara, kemahiran mendengar serta
kemahiran tingkah laku bukan lisan.
Kelebihan suara dalam mempengaruhi sesuatu tindakan memberi ruang dan peluang
kepada guru permulaan untuk mendapat tindak balas yang diperlukan daripada pelajar.
Ketegasan yang ditunjukkan oleh guru permulaan melalui penggunaan suara yang lantang
bukan sahaja dapat menarik tumpuan pelajar, tetapi merupakan suatu arahan yang perlu diberi
perhatian. Zulkifli (2000) turut menegaskan bahawa sebagai alat menyampaikan mesej, suara
memainkan peranan penting semasa berkomunikasi kerana suara berupaya menyampaikan
sesuatu perasaan. Suara yang jelas dan kuat dapat membantu proses komunikasi berjalan
lancar kerana penegasan suara dapat menarik tumpuan atau minat pelajar terhadap pengajaran
selain untuk mengubah sesuatu tingkah laku. Namun demikian guru permulaan masih belum
menguasai kemahiran suara sebaiknya kerana didapati sukar untuk menyesuaikan suara
dengan persekitaran seperti bunyi bising yang memerlukan perbezaan dari segi tekanan nada
suara atau pengulangan sesuatu pernyataan. Hal ini menyebabkan proses pengajaran terganggu
disebabkan oleh kegagalan guru permulaan untuk menarik perhatian pelajar.
Sementara itu, berasaskan kajian ke atas kemahiran komunikasi guru cemerlang,
didapati perbezaan nada suara seperti tegas ketika memberi arahan atau perlahan ketika memberi
penerangan menunjukkan guru cemerlang menggunakan kepelbagaian nada suara untuk
menyampaikan pengetahuan dan maklumat. Tindakan ini dilakukan untuk memastikan pelajar
masih memberi tumpuan atau dilakukan sekiranya terdapat gangguan seperti bunyi bising yang
boleh menjejaskan tumpuan pelajar. Peluang untuk menjalin hubungan jelas kelihatan apabila
peserta kajian mengucapkan kata-kata melalui suara yang jelas disertai dengan intonasi suara
yang perlahan untuk menarik minat pelajar (Norliza, 2011). Teknik yang sama turut ditekankan
oleh Abdull Sukor (2008) yang menegaskan bahawa teknik penggunaan suara yang berkesan
seperti menggunakan teknik berhenti sejenak ketika bercakap, teknik menekankan kepada
kata kunci perkataan dan penggunaan kepelbagaian nada perlu untuk mengekalkan minat dan
perhatian orang.
Kajian juga mendapati, kemahiran mendengar memainkan peranan penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Brooks (2006), menjelaskan keupayaan mendengar
dengan teliti amat penting untuk menarik seseorang dalam sesuatu perbincangan. Seorang
pendengar yang baik dapat memahami fikiran dan perasaan seseorang kerana kemahiran
mendengar dapat memupuk sikap terbuka di antara satu sama lain. Dalam hal ini, hubungan dua
hala memainkan peranan penting kerana tumpuan terhadap sesuatu perbincangan memerlukan
kerjasama daripada kedua-dua pihak untuk saling memahami. Untuk menilai setiap percakapan
dan luahan pelajar, guru permulaan didapati menggunakan kemahiran mendengar untuk
memastikan luahan pandangan dan perasaan pelajar dapat difahami dengan sebaiknya.
Namun demikian, kebolehan mendengar dengan sifat empati perlu dipraktikkan oleh
guru permulaan agar pelajar berasa selesa dengan suasana perbincangan yang dilakukan.
Berdasarkan pemerhatian, guru permulaan perlu mempertingkatkan kemahiran interpersonal
bagi memastikan pelajar mematuhi arahan dan memberi perhatian terhadap pengajaran.
Justeru itu, kemahiran mendengar boleh memberi peluang kepada guru permulaan untuk
memahami pandangan dan masalah yang dikemukakan oleh pelajar. Dengan kata lain, guru
haruslah mendengar dengan aktif untuk memberi maklum balas dan menilai setiap percakapan
dan luahan pelajar. Untuk memastikan proses pengajaran berjalan dengan lancar, kesediaan
mendengar pandangan atau alasan yang diberikan oleh pelajar merupakan suatu langkah yang
wajar dilakukan. Menurut Abdullah dan Ainon (2006), punca konflik komunikasi adalah
disebabkan oleh kurangnya kemahiran mendengar dan empati terhadap apa yang didengar.
Kajian ini juga mendapati bahawa kemahiran tingkah laku telah digunakan untuk
mengukuhkan penerangan, memberi sesuatu contoh atau untuk tujuan penegasan. Dapatan
kajian menunjukkan guru permulaan menggunakan kemahiran tingkah laku bukan lisan
untuk menyampaikan pengajaran yang memerlukan pergerakan fizikal seperti mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kemahiran Hidup. Hasil pemerhatian menunjukkan
121
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

guru permulaan kurang menggunakan kemahiran tingkah laku semasa pengajaran di bilik darjah
terutama semasa menjelaskan tentang sesuatu maklumat atau semasa perbincangan. Kemahiran
menarik perhatian pelajar amat penting bagi memastikan maklumat yang disampaikan dapat
difahami.
Sehubungan dengan itu, untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai,
guru permulaan perlu mahir menggunakan tingkah laku yang bersesuaian dengan situasi
pembelajaran. Pergerakan tubuh dan tangan, mimik muka dan komunikasi mata didapati
mempunyai pengaruh dalam menarik minat pelajar terhadap maksud yang hendak disampaikan.
Kepentingan kemahiran tingkah laku ini dijelaskan oleh (Bovee, Thill & Dovel, 1993) bahawa
isyarat komunikasi bukan lisan dikatakan membawa lebih daripada 90 peratus makna yang
terkandung dalam sesuatu mesej dan selalunya terjadi secara spontan dan cepat.
Selain itu, isyarat mata juga kurang dilakukan oleh guru permulaan untuk mempengaruhi
suasana pengajaran. Hasil pemerhatian mendapati guru permulaan serius memandang ke arah
semua pelajar untuk menarik perhatian tetapi masih kurang menggunakan gerak mata atau
renungan untuk mendapat tumpuan pelajar. Oleh yang demikian kemahiran guru menggunakan
isyarat mata perlu untuk menimbulkan minat dan keseronokan semasa pembelajaran kerana
tindakan sebegini dapat membantu guru untuk menyampaikan mesej secara tidak langsung.

RUMUSAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, kajian ini melihat kemahiran interpersonal guru amat penting bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mencapai matlamat yang diharapkan.
Dalam membentuk komunikasi yang berkesan, hubungan interpersonal diperlukan bagi
menjalin rasa hormat di antara satu sama lain dan memberi kepuasan kepada setiap orang
dalam hubungan interpersonal yang terbentuk. Hal ini bersesuaian dengan pandangan
Pearson (2000), bahawa komunikasi interpersonal diperlukan untuk menyelesaikan
masalah, berkongsi maklumat,membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluansosial
seperti ingin menyayangi dan disayangi.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Berdasarkan penemuan hasil kajian, kemahiran hubungan interpersonal mempunyai


pengaruh yang besar dalam aspek pengajaran guru. Kemahiran guru berkomunikasi dapat
mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar dalam mencorakkan suasana pengajaran yang
menarik dan menyeronokkan. Meskipun guru permulaan mempunyai ciri-ciri kemahiran
interpersonal, namun kelancaran proses pengajaran boleh terganggu disebabkan oleh
persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah yang dipenuhi oleh bilangan pelajar yang
ramai, suasana bilik darjah yang tidak selesa, kekurangan bahan sumber atau gangguan
seperti bunyi bising yang mengganggu konsentrasi guru dan pelajar.
Justeru langkah-langkah yang proaktif dan dinamis perlu diberi perhatian untuk
membimbing guru permulaan ke arah pengajaran yang lebih berkualiti. Peranan guru
cemerlang dari aspek kemahiran komunikasi interpersonal boleh dijadikan panduan untuk
mencapai keberkesanan pengajaran. Pihak pentadbir sekolah perlu memainkan peranan
dengan memastikan guru cemerlang sebagai role model dapat membimbing dan memantau
proses pengajaran dan pembelajaran guru permulaan pada peringkat awal. Pihak pentadbir
juga perlu menyediakan ruang pembelajaran yang lebih selesa, penyediaan bahan sumber
seperti perkhidmatan media dan ICT, dan memastikan keadaan sekeliling yang tenteram agar
guru permulaan dapat menghasilkan corak pengajaran yang berkesan dalam meningkatkan
keperluan profesionalisme keguruan.

122
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2006). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Pahang: PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Abdull Sukor Shaari. (2008). Guru Berkesan, Petua dan Panduan. Sintok: Universiti Utara
Malaysia.
Bovee, Thill & Dovel. 1993. Management International Education. New York: Mc Graw-Hill,
Inc.
Brooks, Bill. (2006). The Power Of Active Listening. The American Salesman 51, no. 6, 12.
Cremin, T. (2012). Creative Teachers For Creative Learners: Implications For Teacher
Education Programme. The Standing Conference on Teacher Edu. North and South. 10th
Annual Conference.11-12 Oct 2012.
Norliza Abdul Majid. (2011). Kemahiran Komunikasi dan Motivasi Kerja Dalam Kalangan
Guru Cemerlang. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pearson. J. C & Nelson P. E. (2000). An Introduction to Human Communication Understanding
and Sharing. Amerika Syarikat: McGraw-Hill.
Tschannen-Moran, M. & Hoy, A.W. (2002). The Influence of Resources and Support on Teachers’
Efficacy Beliefs. Paper Presented at the Annual Meeting of the American Educational
Research Association:What is the Value of Understanding Beliefs? An Exploration of
Beliefs Related to Academic Achievement. April 2, 2002. New Orleans, La.
Ulfah, S., Mahamod, Z., Badusah, J., & Yamat, H. (2012). Amalan komunikasi interpersonal
direktif guru bahasa Indonesia ketika memulakan pengajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa
melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 2(2), 71-83.
Wolk, S. (2002). Being Good: Rethinking Classroom Management and Student Discipline.
Portsmouth: Heinemann.
Zulkifli Yusof. (2000). Sukarkah Komunikasi Anda? Seni Berhubung Dengan Orang Lain.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

123
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENGAJARAN TERANCANG KARANGAN JENIS PERIBAHASA

Normala binti Haji Hasan


SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji Karangan Jenis Peribahasa dalam pengajaran
terancang. Kajian ini dilakukan terhadap murid-murid tingkatan dua di sekolah
menengah di Pulau Pinang. Teori kognitif oleh Jean Piaget dan Teori Hipotesis Nurani
oleh Chomsky digunakan sebagai landasan kajian ini. Seramai 60 murid dipilih secara
rawak. Semasa rawatan kajian, pengkaji memilih pendekatan deduktif, kaedah terus dan
pelbagai teknik pengajaran bahasa. Kajian ini dilakukan berdasarkan anggapan para
guru bahawa guru mengalami kesukaran untuk mengajar Karangan Jenis Peribahasa
kerana murid tidak memahami maksud peribahasa. Selain itu, murid mengalami
kesukaran untuk menghasilkan karangan yang benar-benar menarik dengan gandingan
kemahiran bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, iaitu plot, watak dan perwatakan,
latar, gaya bahasa dan teknik penceritaan untuk memperoleh penskoran yang tinggi
dalam penulisan karangan jenis ini, Pemprosesan data bahan bahasa melibatkan analisis
berstatistik, iaitu min, skor, julat, sisihan piawai dan varian. Dapatan kajian mendapati
bahawa Karangan Jenis Peribahasa menjadi pilihan murid berbanding Karangan Jenis
Bukan Peribahasa kerana Karangan Jenis Peribahasa berbentuk naratif. Kajian ini juga
mendapati bahawa faktor sosiobudaya mempengaruhi penguasaan peribahasa Melayu,
iaitu faktor demografi, faktor pengetahuan peribahasa dan faktor peribahasa. Dengan
adanya kajian seperti ini, para guru bahasa Melayu dapat menjadikan dapatan kajian
ini sebagai inovasi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

PENGENALAN

Peribahasa sejenis puisi tidak terikat tetapi terdiri daripada sekurang-kurangnya dua larik
serangkap dengan jumlah perkataan terdiri daripada empat, enam atau lebih perkataan
dalam selarik. Terdapat peribahasa yang mempunyai rima dan ada juga yang tidak
mempunyai rima. Setiap rangkap peribahasa dapat menyatakan satu keseluruhan idea.
Peribahasa yang selarik tidak mempunyai unsur-unsur puitis, tidak digolongkan sebagai
puisi walaupun ddikenali juga sebagai peribahasa (Zalila Sharif dan Jamilah Ahmad,
1993).
Pengajaran terancang adalah satu konsep yang diperkenalkan hanya dalam beberapa
dekad yang lalu di Amerika Syarikat, Pengajaran terancang berbeza dengan pengajaran
konvensional bukan kerana kesemua prinsip asasnya belum pernah wujud, tetapi kerana
ciri-cirinya yang membolehkan banyak prinsip penting dapat diamalkan oleh guru di bilik
darjah. Sebelum wujudnya pengajaran terancang prinsip-prinsip pengajaran berkenaan,
walaupun telah lama diakui, tidak pernah atau jarang sekali diamalkan oleh guru di bilik
darjah disebabkan bermacam-macam batasan (Koh Boh Boon, 1984).
Pengajaran terancang merupakan kaedah pengajaran yang boleh disampaikan
melalui buku ataupun mesin pengajar. Sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran
dicerakinkan kepada unit-unit yang kecil yang hanya ada satu konsep. Unit-unit itu
disusun dari aras yang mudah kepada aras yang susah. Sekiranya buku pengajaran
terancang digunakan, murid akan membaca setiap soalan dan mencatatkan jawapan di
tempat yang ditentukan. Selepas itu, murid akan membandingkan jawapannya dengan
jawapan yang disediakan di sebelah tepi halaman yang sama. Dengan cara ini, murid
akan dapat maklumat balik dengan serta-merta mengenai prestasinya dan pengajaran
terancang ini akan memberikan peneguhan kepada murid itu (Ee Ah Meng, 1988).
124
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Berdasarkan keterangan yang dinyatakan di atas pengkaji ingin menunjukkan


perbezaan antara pengajaran konvensional dengan pengajaran terancang berdasarkan
pendapat-pendapat tokoh di negara Barat dan di Malaysia, iaitu Skinner, Collins, Gibbon
Keeya dan Koh Boh Boon berkaitan pengajaran terancang Pengajaran Konvensional
menumpukan kepada prosedur pelaksanaannya secara unum, ciri-ciri pengajaran secara
umum, prinsip-prinsip pengajaran mengikut kepelbagaian kebolehan pelajar, bahan-bahan
pengajaran mengikut kesesuaian pelaksanaan pengajaran, murid-murid kurang aktif dan
pengajaran sehala, Jika dibandingkan dengan pengajaran terancang yang menitikberatkan
kepada prosedur pelaksanaannya yang amat teratur dan empirik, isi pelajaran disusun dan
disampaikan secara teratur langkah demi langkah supaya murid dapat mengikutinya secara
mudah dan terbimbing. Selain itu, setiap bahagian isi membentangkan sesuatu konsep atau
generslisasi, Seterusnya, terdapat dua ciri pengajaran terancang, iaitu pemerihalan dan
penganalisisan yang teliti terhadap hasil pembelajaran yang dikehendaki dan penyususnan
rapi secara berturutan terhadap isi kandungan dan perancangan, pengembangan dan
pengawalan rapi atas perangsang dan persekitaran pengajaran untuk memperoleh gerak
balas yang terus dan jelas daripada murid di bawah keadaan yang membenarkannya
mendapat pengesahan segera terhadap jawapan-jawapannya. Seterusnya, prinsip-prinsip
pengajaran terancang mempunyai persamaan dengan pengajaran pemulihan. Objektif-
objektif bahan pengajaran dinyatakan secara khusus dan jelas dari segi kemahiran yang
hendak dikuasai oleh murid. Akhir sekali, murid-murid bergerak balas dengan bahan
pengajaran terancang secara aktif.
Beberapa kajian terhadap peribahasa telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik
sebelum ini, sungguhpun peribahasa Melayu dianggap penting dalam aspek kemahiran
berbahasa tetapi aspek ini kurang dititikberatkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah khususnya Pengajaran Terancang Karangan Jenis
Peribahasa. Pada hal, peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan,
pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat dan bahasa
kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat
Malaysia (Sukatan Pelajaran kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu,
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001).. Hal ini demikian kerana tajuk Karangan Jenis
Peribahasa boleh dipilih daripada jenis-jenis peribahasa tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai tujuan utamaseperti paparan berikut:


(i) Mengkaji faktor sosiobudaya yang mempengaruhi penguasaan Karangan Jenis Peribahasa.
(ii) Mengkaji keberkesanan Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa.

METODOLOGI

Populasi bagi kajian ini ialah seramai 90 orang. Populasi kajian ini terdiri daripada murid-murid
Tingkatan 2. Subjek-subjek bagi kajian ini ialah 60 orang. Subjek-subjek ini dipilih berdasarkan
pencapaian subjek dalam Ujian Karangan Jenis Peribahasa dan Ujian Karangan Bukan Jenis
Peribahasa (Ujian Pra dan Ujian Pasca). Tempat kajian yang dipilih bagi melaksanakan kajian
ini terletak di negeri Pulau Pinang. Lokasi ini dipilih kerana kesesuaian dengan subjek-subjek
kajian ini kerana murid-murid sering mendengar dan menggunakan peribahasa Melayu.
Pengumpulan data yang digunakan untuk kajian ini ialah soal selidik (Soal Selidik
Pertanyaan Terbuka atau Tidak Berstruktur). Soal selidik jenis ini akan menunjangi analisis
dengan maklumat diri sampel, maklumat pengetahuan peribahasa sampel, maklumat penggunaan
peribahasa sampel.Selain itu, teknik ujian, iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk
menilai kebolehan subjek-subjek mengorganisasikan buah fikiran untuk mengarang Karangan
125
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jenis Peribahasa dan Karangan Jenis Bukan Peribahasa. Peribahasa Melayu yang terdiri
daripada empat simpulan bahasa, empat perumpamaan, empat bidalan, empat pepatah dan
empat perbilangan terdapat dalam set rawatan kajian ini. Setiap satu peribahasa Melayu
disusuli dengan empat soalan yang berkaitan dengan peribahasa ini, iaitu maksud peribahasa
berfokus, pengetahuan tentang peribahasa lain yang membawa maksud yang sama dengan
setiap peribahasa yang diberi, mengaitkan maksud peribahasa yang diberi dengan salah satu
kejadian yang subjek-subjek tahu daripada pengalaman sendiri atau yang dibaca dan soalan-
soalan kemahiran berfikir, iaitu kesesuaian peribahasa yang diberi pada masa kini. Rawatan
kajian dilaksanakan sebelum Ujian Pasca. 20 peribahasa Melayu yang terdiri daripada empat
simpulan bahasa, empat perumpamaan, empat bidalan, empat pepatah dan empat perbilangan
dipilih oleh pengkaji untuk pengisian Model Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa.
Model Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa menggunakan pendekatan deduktif
sebagai teori bahasa untuk kajian ini. Teori Kognitif oleh Jean Piaget digunakan sebagai landasan
kajian ini. Pendekatan deduktif adalah satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran
dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum tertentu, Pendekatan ini menggunakan proses
penaakulan yang tinggi. Berdasarkan pendekatan ini, sesuatu pembelajaran itu akan dimulakan
dengan melihat hukum-hukum atau mempunyai peraturan-peraturan tertentu dan dari sini,
pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum tadi melalui contoh-contoh
atau mengaplikasi peraturan-peraturan yang telah diberi (Kamarudin Husin, 1994). Kaedah
Terus yang mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak
dipilih untuk kajian ini. Pelbagai teknik pengajaran terancang yang bersesuaian dipilih oleh
pengkaji untuk Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa.

DAPATAN

Dapatan soal selidik ini menunjukkan bahawa faktor sosiobudaya mempengaruhi tahap
penguasaan Karangan Jenis Peribahasa Melayu dalam kalangan subjek berdasarkan faktor
demograf ((jantina, etnik, jenis sekolah, lokasi sekolah dan keluarga), faktor pengetahuan
peribahasa subjek-subjek dan faktor penggunaan peribahasa subjek-subjek. Contoh, dapatan
soal selidik, pengkaji memperoleh persamaan peribahasa antara peribahasa Melayu (PM)
dengan peribahasa Tamil (PT), peribahasa Melayu (PM) dengan peribahasa Arab (PA),
peribahasa Inggeris (PI) dengan peribahasa Melayu (PM) dan peribahasa Inggeris (PI)
dengan peribahasa Melayu (PM) dengan peribahasa Arab (PA) daripada subjek-subjek
kajian. Peribahasa Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing (PM) dan Ondra pattal
undu vakhvu (PT) membawa maksud yang sama, iaitu bersama-sama melakukan sesuatu
pekerjaan sama ada pekerjaan itu berat atau ringan. Selain itu, peribahasa Sedikit-sedikit
lama-lama jadi bukit (PM) dan Siru tuili peru veilam (PT) yang turut mempunyai
persamaan maksud, iaitu seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan secara berperingkat-
peringkat sehingga berjaya menyelesaikan pekerjaan itu. Seterusnya, peribahasa the
pen is mightier than the sword (PI) mempunyai persamaan maksud demgan mata pen
lebih tajam daripada pedang (PM). Peribahasa like father like son (PI) mempunyai
persamaan maksud dengan peribahasa bapa borek anakrintik (PM) dan Attufahatu
la tasquthu ba”idatan “an syajaratiha (PA).Gabungan tiga peribahasa ini membawa
maksud anak menurut sikap atau perangai bapanya. Peribahasa two pen in a pot (PI)
turut mempunyai persamaan maksud dengan peribahasa satu kapal dua nakhoda (PM).
Kedua-dua peribahasa ini bermaksud (a) satu pekerjaan dua orang yang mengarahkannya
(b) perempuan yang menduakan suami. Akhir sekali, peribahasa masa itu emas (PM)
mempunyai maksud yang sama dengan masa ibarat pedang, jika tidak melaksanakannya
ia akan memotong kita (PA), iaitu kepentingan masa dalam kehidupan seharian.Hal ini
demikian kerana tahap pemikiran Pra Operasi oleh Jean Piaget. Tahap ini dibahagikan
kepada dua bahagian yang lain, iaitu tahap yang pertama adalah tahap pemikiran simbolik
(2-4 tahun) manakala tahap yang kedua adalah tahap pemikiran intuitif (4-7 tahun), kanak-
126
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kanak sudah mempunyai kemahiran menyusun rumusan-rumusan bahasa ibundanya.(Jean


Piaget dalam Abdullah Yusof dan Ahmad Kamil Ghazali, 1996)
Dapatan Ujian Pra, terdapat hubungan antara persekitaran bahasa dengan latihan
terhadap penggunaan peribahasa Melayu agak lemah. Hal ini demikian kerana faktor
psikologi, faktor budaya, faktor sosial, faktor sosioekonomi dan faktor intrinsik, iaitu
sikap bahasa. Berkaitan faktor psikologi pula disebabkan oleh subjek-subjek berasa takut
untuk melakukan kesilapan apabila digunakan dalam situasi yang tidak tepat ataupun
salah penggunaan peribahasa Melayu. Adakalanya terdapat peribahasa Melayu yang
mengelirukan manakala faktor budaya juga menyebabkan dapatan kajian ini, iaitu subjek-
subjek yang bukan bangsa Melayu tidak faham peribahasa Melayu dan mereka kurang
menggunakan peribahasa Melayu dalam aspek kehidupan. Faktor sosioekonomi yang
sederhana juga menyebabkan dapatan kajian ini terjadi kerana subjek-subjek tidak mampu
membeli dan memiliki buku-buku yang berkaitan dengan peribahasa Melayu. Tambahan
pula, faktor-faktor seperti kurang pembacaan tentang peribahasa Melayu, kefahaman yang
rendah tentang peribahasa Melayu, penguasaan peribahasa yang lemah menyukarkan
penggunaannya dalam interaksi sehari-hari dan pertembungan peribahasa antara peribahasa
Melayu dengan peribahasa Cina dan peribahasa India. Selain itu, berkaitan faktor intrinsik
yang berkaitan sikap bahasa, subjek-subjek tidak gemar membaca peribahasa Melayu
kerana sukar difahami dan mereka cepat merasa bosan terhadap peribahasa Melayu
yang sukar difahami. Hal ini ditegaskan berdasarkan pendapat Jean Piaget, iaitu terdapat
beberapa banyak faktor penyebab yang mengakibatkan perbezaan itu, yakni faktor seperti
baka , persekitaran dan kematangan. Faktor kematangan ini adalah hasil interaksi antara
faktor baka, persekitaran dan pengalaman. (Jean Piaget dalam Rosnah Abd . Kahar, 1994).
Rawatan kajian dilakukan oleh pengkaji untuk melihat keberkesanan Pengajaran
Terancang Karangan Jenis Peribahasa dengan menggunakan 20 Model Pengajaran
Terancang Peribahasa Menggunakan Pendekatan Deduktif, Kaedah Terus dan pelbagai
teknik pengajaran. Ketika melaksanakan rawatan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa
subjek-subjek bersedia untuk memberikan contoh-contoh peribahasa dengan merujuk
kepada Kamus Peribahasa (Rubiah Aksah, 2005). Buktinya, 20 peribahasa yang dipilih oleh
pengkaji semasa pelaksanaan rawatan kajian ini merupakan peribahasa berfokus. Terdapat
banyak peribahasa sampingan yang membawa maksud yang sama dengan peribahasa
berfokus yang diberi telah diperoleh oleh subjek-subjek semasa pelaksanaan rawatan
kajian ini. Contohnya: Peribahasa berfokus: Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata
emas padahnya. Maksud peribahasa berfokus ini ialah berfikir terlebih dahulu sebelum
berkata kerana terlangsung kata tidak boleh ditarik balik.Antara peribahasa sampingan
yang membawa maksud yang sama dengan peribahasa berfokus yang telah diperoleh
subjek-subjek kajian ini ialah Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah,
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa, Padang perahudi lautan,
padang hati di fikiran, Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia, Pisau
senjata tiada bisa, bisa lagi mulut manusia dan Cakap siang pandang-pandang, cakap
malam dengar-dengar

PERBINCANGAN

Kesemua subjek untuk kajian lapangan ini telah dapat mengaitkan maksud peribahasa berfokus
yang dikemukakan dengan salah satu kejadian yang subjek-subjek tahu daripada pengalaman
sendiri atau yang dibaca oleh subjek-subjek. Paparan kejadian yang ditulis oleh subjek-subjek
menarik dan logik, sama ada kejadian yang subjek-subjek tahu daripada pengalaman sendiri
atau yang dibaca oleh subjek-subjek kerana kejadian-kejadian yang ditulis oleh subjek-subjek
menepati maksud peribahasa berfokus dan peribahasa Melayu yang lain yang membawa
maksud yang sama dengan peribahasa berfokus. Kejadian yang subjek tulis mempunyai plot,
watak dan perwatakan yang terdiri daripada watak utama dan watak sampingan, latar, iaitu latar
127
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

masa, latar tempat dan latar masyarakat dan tema (maksud peribahasa berfokus). Berkaitan
dengan kejadian yang dibaca oleh subjek-subjek sememangnya paparan kejadian tersebut
berdasarkan fakta yang telah dibaca oleh subjek-subjek.Hal ini disokong oleh Asmah Omar
(1993), pencerita akan bercerita tentang pengalamannya, baik yang merupakan pengalaman
yang betul-betul berlaku mahupun yang berupa khayalan. Dalam pengalaman jenis pertama
itu, biasanya ceritanya itu berkisar pada dirinya dan orang yang dekat dengannya, baik dari segi
fizikal mahupun dari segi sosial dan kekeluargaan. Contoh: Samad merupakan seorang yang
lurus bendul. Setiap apa yang diarah dan disuruh, dia tetap akan ikut. Pada suatu hari, dia telah
disuruh oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu menyuruh Samad menyerahkan
beberapa bungkus dadah kepada pelanggannya, Tanpa mereka sedari,, perbuatan mereka itu
telah dilihat oleh seorang anggota polis. Akhirnya, Samad dan lelaki itu telah ditangkap dan
dipenjarakan. Samad menyesal dengan sikapnya yang amat suka mengikut telunjuk lelaki itu,
Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. (Sumber: Subjek 6).

Jadual 1 Ujian –t Melihat Perbezaan Jenis-Jenis Peribahasa Melayu


Kumpulan Nilai-t Df Nilai-p Perbezaan min
Simpulan Bahasa 87.844 89 0.000* 22.81667
Perumpamaan 71.553 89 0.000* 23.95556
Bidalan 58.746 89 0.000* 24.25000
Pepatah 80.017 89 0.000* 25.54444
Perbilangan 60.515 89 0.000* 23.22222
*Perbezaan skor min yang signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan Jadual 1, hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan pemahaman
dalam kalangan subjek-subjek terhadap peribahasa Melayu. Namun begitu, hubungan antara
persekitaran bahasa dengan latihan terhadap penggunaan peribahasa Melayu agak lemah.
Kajian ini juga mendapati bahawa faktor sosiobudaya mempengaruhi penguasaan peribahasa
Melayu pada tahap sederhana. Kemahiran berfikir dikuasai oleh subjek-subjek di sekolah
menengah dan begitu juga penggunaan peribahasa berkesan dalam Pengajaran Terancang
Karangan Jenis Peribahasa. Selain itu, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dikuasai
oleh subjek sekolah menengah. Begitu juga, Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa
berkesan dan murid-murid di sekolah menengah dapat menguasainya dengan baik berbanding
Karangan Jenis Bukan Peribahasa.

KESIMPULAN

Setelah melihat kepada rumusan penemuan hasil kajian, pengkaji mendapati bahawa
Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa akan memberi kesan utama kepada
murid-murid dan para guru. Hal ini demikian kerana murid-murid dan para guru adalah
perintis kepada keberkesanan Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa, khususnya
di Malaysia.
Murid-murid dapat memahami, menggunakan peribahasa dengan betul dalam Karangan
Jenis Peribahasa dan menghayati peribahasa sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Hal
ini dapat dicapai oleh murid-murid melalui Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa
dengan beberapa matlamat dalam pengajaran Bahasa Melayu, iaitu mendengar, memahami
dan menilai pertuturan dalam siaran am dan media massa, bertutur dengan fasih dan lancar.
Selain itu, murid boleh memberikan pendapat dan hujah-hujah yang kritis dan analitis dalam
pelbagai situasi, membaca pelbagai jenis bahan dengan cekap dan kritis serta dapat membuat
tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar, membaca, memahami dan menghayati pelbagai
bahan sastera dan ilmiah dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan, sama ada Pengajaran
Karangan Jenis Peribahasa atau Pengajaran Karangan Jenis Bukan Peribahasa.

128
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Para guru dapat mengamalkan Pengajaran Terancang Katangan Jenis Peribahasa ini
kerana keupayaan dan keberkesanannya mampu memberi rangsangan kepada murid-murid
dan akan berlaku tindak balas sehingga membentuk pembelajaran dalam kalangan murid.
Semasa proses Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa, pengetahuan para guru
tentang peribahasa, pengalaman mengajar dan pengetahuan para guru terhadap sesuatu
pendekatan, perkaedahan atau teknik pengajaran akan menjamin keberkesanan Pengajaran
Terancang Karangan Jenis Peribahasa. Pelbagai aktiviti dan rangsangan pembelajaran dapat
dirancang oleh para guru baik sebelum pengajaran, semasa pengajaran mahupun sesudah
pengajaran kerana kesemua bentuk peribahasa bersifat subjektif dan abstrak yang memerlukan
pendedahan dan penguasaan konsep untuk murid-murid lebih memahami Karangan Jenis
Peribahasa.

RUJUKAN

Abdullah Yusof dan Ahmad Kamil Ghazali (1996). Kognisi dan hubungannya dengan bahasa.
Jurnal Dewan Bahasa, 40(2), 164-173.
Asmah Omar (1993). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Kementerin Pendidikan Malaysia.
Ee Ah Meng (1988). Pedagogi untuk bakal guru. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin ( 1994). KBSM dan strategi pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah- Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum.
Koh Boh Boon ( 1984). Bahan pengajaran kendiri terancang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rosnah Abd . Kahar ( 1994).Bahasa dan pemikiran. Pelita Bahasa, Disember, 36-37.
Rubiah Aksah (2005). Seribu satu peribahasa Melayu. Shah Alam:Karya Bestari Sdn. Bhd.
Zalila Sharif dan Jamilah Ahmad (1993). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

129
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

NILAI ESTETIKA DALAM TEROMBA

Normala binti Haji Hasan


SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal

Abstrak
Kajian ini merupakan satu interpretasi intelektual puisi melalui bahasa Melayu
terhadap teromba (Puisi Melayu Tradisional). Tujuan kajian ini diadakan untuk
mengenal pasti konsep bahasa, lambang dan makna sebagai cerminan nilai estetika dan
untuk menginterpretasi dan mengapresiasi nilai estetika dalam teromba. Teori yang
digunakan dalam kajian ini ialah teori Relativisme, iaitu penilaian estetika kepada
sifat psikologi manusia dan kepada sifat yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan manusia
tertentu. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis
kandungan. Hasil kajian ini telah mendapati bahawa teromba yang lahir daripada
sistem kehidupan masyarakat Melayu yang mengamalkan Adat Perpatih khususnya di
Negeri Sembilan dan Melaka telah memperlihatkan nilai yang amat menarik, iaitu nilai
estetika. Keindahan bahasa yang terpancar melalui unsur pengulangan dalam teromba,
unsur perlambangan dan perbandingan dalam teromba dan diksi dalam teromba telah
menjadikan teromba begitu tinggi nilainya. Oleh itu, nilai estetika dalam teromba jika
diamalkan boleh menjamin pembentukan masyarakat unggul dengan ciri-ciri ikram,
bersatu-padu, kasih sayang dan penyayang antara setiap individu.

PENGENALAN

Bahasa dan sastera ialah dua bahasa daripada satu entiti yang amat rapat ibarat tulang dan
daging dalam tubuh manusia. Bahasa ialah alat komunikasi yang digunakan oleh manusia
dalam masyarakat kehidupannya sehari-hari untuk bekerjasama dan berhubungan untuk
melestarikan kebudayaannya serta menyebarkan dan mengembangkan pemikirannya
dalam kalangan anggota masyarakatnya serta generasi penerusnya. Sastera ialah hasil
seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan
yang tertentu (Koh Boh Boon, 1989).
Nilai merupakan sesuatu yang sangat relative sifatnya. Nilai mempunyai hubungan
rapat dengan sikap yang mempunyai unsur-unsur kognitif, afektif dan tanggapan. Sistem
nilai member sepatutnya i sumbangan yang utuh dan ampuh dalam cetusan perlakuan
manusia. Nilai sebagai kepercayaan yang wujud dalam keseluruhan sistem kepercayaan
terutama berkaitan dengan bagaimana seseorang itu sepatutnya atau tidak sepatutnya
bertingkah laku atau menghargai sesuatu yang bernilai untuk dimiliki atau sebaliknya.
Nilai tidak sama dengan sikap dan kepercayaan lain dan tidak mempunyai perkaitan
dengan sebarang onjek tertentu, orang ayau kumpulan, tetapi nilai mempengaruhi tingkah
laku manusia terhadap objek atau orang lain. Selain itu, nilai merupakan satu ukuran bagi
menentukan sama ada sesuatu itu baik atau tidak baik dan nilai dapat mengadili tingkah
laku seseorang (Milton Rokeach, 1970).
Kesenian dalam kemanusiaan dapat menimbulkan getaran rasa keindahan. Es
tetika sebagai ilmu tentang keindahan dalam seni dan alam semesta, yang berhubung
drngan watak, keadaan dan bersesuaian dengan hokum. (Safian Hussain, 1988). Berkaitan
dengan hal ini, Al-Ghazali, ahli falsafah Islam pendapat bahawa setiap yang indah ialah
sesuatu yang sempurna. Manusia akan berusaha untuk mencapai kesempurnaan hidup
kerana setiap yang berkurangan adalah sesuatu yang tidak sempurna. Sesuatu yang
tidak sempurna ialah sesuatu yang tidak indah. Oleh itu, manusia terdorong memiliki
dan menghias diri dan suasana sekelilingnya dengan objek yang indah, iaitu objek yang
sempurna sifatnya, Kehadiran objek yang sempurna atau indah di sekeliling manusia ini
130
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

menjadi penyokong kepada kewajudan manusia itu. Objek indah ini dikasihi bukan kerana
kualiti keindahannya tetapi kerana estetika dapat membantu memelihara kewujudan
sesseorang yang menghubungkan dirinya dengan objek indah itu (Hamidah Abdulhamid,
1995).
Puisi termasuk teromba merupakan satu bentuk penglajiran idea, penyataan, perasaan
dan pengolahan kata-kata yang indah dan kadang kala simbolik. Pada kebiasaannya, puisi
mengandungi bunyi-bunyi yang puitis, bahasa yang berirama, dan terkandung kiasan.
Kajian ini akan menyentuh nilai estetika dalam teromba. Unsur estetika yang terserlah
dalam teromba ialah gaya bahasa atau kata yang digunakan oleh penulis.(Abdul Ghalib
Yunus, 1997). Teromba dapat ditakrifkan sebagai kata-kata adat atau pepatah petitih, adat,
iaitu rangkai kata yang indah susunannya seolah-olah pantun atau seloka yang mempunyai
makna dan tujuan yang tajam dan dalam mengikut intepretasi tersendiri.Kadang-kadang
makna dan tujuannya itu terang dan nyata serta mudah difahami, terkandung pula makna
dan tujuannya itu berupa sindiran atau kiasan yang payah difahami, melainkan setelah
dikaji, direnung atau diertikan oleh ahlinya (Mustafa Ahmad, 1988).

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:


1. Untuk mengenal pasti konsep bahasa, lambang dan makna sebagai cerminan nilai
estetika.
2. Untuk menginterpretasi dan mengapesiasi nilai estetika dalam teromba.

METODOLOGI

Bagi tujuan penulisan kajian ini, kaedah kepustakaan digunakan untuk membuat rujukan
kepada buku-buku yang berkaitan, kajian ilmiah pelajar atau ahli akademik, majalah, jurnal,
kertas seminar, laporan akhbar, rencana dan sebarang penulisan berbentuk ilmiah dan tidak
ilmiah yang relevan dengan tajuk ini. Kaedah kedua yang digunakan untuk kajian ini ialah
kaedah analisis kandungan. Teromba dipilih untuk dianalisis bagi membuktikan terdapat
konsep bahasa, lambing dan makna sebagai cerminan nilai estetika.
Sebagai asas kepada kajian ini, pengkaji akan menggunakan dua kumpulan teromba
Adat Perpatih yang telah dikumpulkan oleh Mohamed Din bin Ali (1957) dan A.Caldecott
(1918), di samping kata-kata teromba yang penulis kutip daripada beberapa informan serta
bahan-bahan bertulis yang lain.Kata-kata teromba yang diusahakam oleh Mohamed Din
bin Ali termuat dalam bukunya Sambaan Chakap dan Pepstah Adat Melayu, manakala A.
Caldecott (1918) mengumpulkan kata-kata teromba dalam Jelebu Customary Songs and
Saying.

DAPATAN

Dapatan kajian akan memaparkan kajian tentang unsur pengulangan dalam teromba.
Pengulangan kata merupakan pengulangan satu atau lebih kata (ungkapan) dalam karya sastera,
terutama puisi sehingga menimbulkan nilai keindahan Unsur pengulangan merupakan teknik
penulisan yang paling besar dan paling penting dalam pembinaan puisi Pengkaji mendapai
bahawa terdapat beberapa jenis unsur pengulangan dalam teromba ini Antaranya, unsur
paralelisma (anafora dan epifora, simplok, mesodiplosis, anadiplosis, asonansi, aliterasi dan
tautologi. Anafora merupakan pengulangan kata pada awal kalimat (Umar Junus, 1970). Hal
ini dipersetujui oleh Safian Hussain dan rakan-rakan seterusnya mereka berpendapat bahawa
anaphora merupakan satu cara pengulangan, iaitu pengucapan perkataan atau perkataan yang
sama diulang pada permulaan dua atau lebih baris, ayat atau ungkapan.

131
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kunci bini laki,


Kunci semenda tempat semenda,
Kunci anak buah ibu bapa,
Kunci luak penghulu,
Kunci alam raja.
(Caldecott, 1918)

Kata kunci diulang sebanyak lima kali pada setiap baris teromba itu, Kata kunci diulang
bukan sahaja untuk memberikan penekanan kepada kata tersebut yang boleh menimbulkan
bunyi yang jelas dan lembut.tetapi dapat menimbulkan rasa harmoni kerana teromba ini
diucapkan secara lisan. Kata kunci dalam teromba ini bermaksud kedudukan atau jawatan
penting atau berpengaruh.
Unsur perlambangan dan perbandingan terkandung dalam unsur-unsur estetika yang terdapat
dalam teromba. Terromba yang dicipta sebagai peraturan hidup, undang-undang adat dan
sebagainya merangkumi seluruh bidang kehidupan. Keunikan ciptaan teromba ini turut
menonjolkan nilai estetika yang tinggi. Personifikasi, metafora, figurative, simile, alegori,
sindiran dan sebagainya terdapat dalam unsur-unsur perlambangan dan perbandingan. Unsur-
unsur ini merupakan manipulasi bahasa yang selalunya bersifat pembaharuan di sekitar
kemungkinan yang dapat ditimbulkannya,
Unsur figuratif merupakan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada
makna biasa. Dalam unsur figuratif ini terdapat makna yang tersirat. Misalnya, dalam teromba
terdapat penggunaan kata-kata seperti sungai, laut, lembu, kerbau, kambing, bukit, gunung dan
sebagainya yang digunakan sebagai lambang.

Ayam putih terbang siang,
Terbang hinggap papan gendeng,
Berkili-kili gadeng,
Mengelebng-ngelebang laman yang luas,
Berseri-seri kampung yang besar,
Akan gembala rumah yang gadang
Ayam hutan terbang malam,
Hinggap di rumpun pandan,
Kukutnya ada tampaknya tidak.
(Mohd. Taib Osman, 1975)

Ayam putih dan ayam hitam sebagai lambang utama dalam teromba ini dan menjadi
dasar bertolaknya perkembangan perkaitan perasaan dan pemikiran. ‘Putih’ sering dikaitkan
dengan kesucian, kejujuran atau kemuliaan sikap hidup individu yang dalam amalannya
akan membawa kepada keselamatan, keamanan dan kebahagiaan masyarakat. Pernyataan ini
dijelaskan lagi dengan berkesan oleh gambaran kata-kata teromba. iaitu Berseri-seri kampung
yang besar dan Akan gembala rumah yang gadang. ‘Hitam’ pula lebih menyarankan keburukan
sikap hidup individu, seperti kecurangan, ketidakjujuran atau kepura-puraan, yang akibatnya
menimbulkan kebimbangan, ketakutan, kegelisahan fan kekacauan hidup dalam masyarakat.
Pernyataan ini dijelaskan lagi fengan berkesan oleh gambaran kata-kata teromba. iaitu ‘terbang
malam’ dan ‘Kukutnya ada tampaknya tidak’ itu.
Diksi dalam teromba merupakan perkataan yang dipilih itu selalunya terbahagi kepada
konkrit dan abstrak. Perkataan konkrit adalah untuk menamakan benda-benda yang boleh kita
lihat, dengar, rasa, hidu atau sentuh. Misalnya, perkataan makan, tumbuk dan lain-lain seperti
yang diterangkan ialah konkrit. Perkataan abstrak untuk menamakan perkara yang kita alami
melalui fikiran. Penilai perlu membuat rafsiran atau kesimpulan. Misalnya, perkataan benci,
suka, takut dan lain-lain seperti yang diterangkan.

132
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Sehalaman sepermainan,
Seperigi sepermandian,
Segayung sepergiliran
Sejamban seperulangan.
(Dharmawijaya, 1987)

Teromba ini memaparkan pemilihan dan pembentukan kata yang menggunakan imbuhan
‘se’ dan ‘se…am’. Penggunaan imbuhan tersebut sesuai dan tepat dengan maksud teromba ini.
Semangat kekitaan dan kesepaduan, iaitu nilai hidup bermasyarakat yang dirpegang teguh oleh
masyarakat Adat Perpatih.

PERBINCANGAN

Teromba sebagaimana bahan-bahan puisi yang lain turut menggunakan unsur


pengulangan sebagai penekanan pada apa-apa yang diperkatakan. Unsur pengulangan ini
secara langsung mampu menimbulkan kesan yang amat mendalam kepada para pendengar
atau pembaca.Unsur pengulangan dalam teromba ialah unsur paralelisma, unsur simplok,
unsur response, unsur mesodiplosis, unsur anadiplosis, unsur tautologi, unsur rima, unsur
asonansi,unsur aliterasi dan unsur repitisi.
Unsur perlambangan dan perbandingan bukan sahaja merupakan keindahan bentuk,
tetapi juga bersifat estetik yang mebyangkut keindahan isi, makna dan rasa pada keseluruhannya.
Unsur-unsur ini secara tidak langsung dapat menghidupkan suasana, mood, situasi dan juga
menghidupkan serta memperluas rasa, sensitiviti dalam makna dan erti. Lambang adalah
sesuatu yang dipakai untuk menunjukkan sesuatu yang lain. Dalam kesusasteraan, lambang
ialah benda atau peristiwa konkritn yang menyarankan sesuatu yang lain biasanya berhubung
dengan fikiran, sikap dan perasaan. Lambang ini dilahirkan dengan satu ataupun sebilangan
perkataan . Lambang boleh bersifat tradisional ataupun peribadi. Lambang yang bersifat
tradisional ialah lambang yang biasa dan umum dipakai. Lambang bersifat peribadi pula ialah
yang tersendiri dan bermaksud lain daripada yang biasa difahami. Lambang peribadi begini
memerlukan ketelitian yang lebih besar daripada pihak pembaca. Lambang peribadi lebih sukar
difahami daripada lambang yang tradisional. Selain itu lambang berfungsi untuk melahirkan
makna sesebuah karya sastera pada tahap luaran dan tahap dalaman (Hashim Awang, 1985).
Selain itu, lambang ialah pengwujudan konsep dan konsep adalah hasil daripada persepsi.
Persepsi, yakni kesedaran kata melalui pancaindera akan alam sekeliling, boleh wujud tanpa
bahasa, Persepsi berlaku melalui pancaindera kita, tetapi dalam melakukan persepsi kita
menghayati alam sekeliling kita dan menimbulkan penggolongan atau pengkategorian bagi apa
yang kita saksikan itu. Penggolongan atau pengkategorian tidak mungkin diwujudkan tanpa
kewujudan bahasa. Persepsi boleh dicerminkan atau dipengaruhi oleh berbagai-bagai media,
bahasa kebudayaan, agama dan sebagainya (Asmah Haji Omar, 1993).Unsur perlambangan
dan perbandingan dalam teromba ialah unsur figurative, unsur personifikasi, unsur simile,
unsur hiperbola dan unsur metafora.
Diksi merupakan pemilihan kata yang mempunyai pengertian yang tersirat dalam
sesebuah kata yang mengandungi makna bahawa setiap kata mengungkapkan satu gagasan
atau satu idea (Gorys Keraf, 1990). Pemilihan kata dalam teromba lebih didasarkan kepada
kejelasan, ketepatan dan keutuhan maknanya. Dengan demikian setiap penggunaannya
tidak menyediakan ruang untuk memungkinkan diksi dapat ditukar ganti dengan kata atau
perkataan lain (Dharmawijaya, 1987). Diksi dalam teromba ialah kata arkaik dan metonimi.

KESIMPULAN

Konsep bahasa, lambing dan makna yang terdapat dalam teromba dapat menjadi cerminan
nilai estetika. Melalui ungkapan bahasa cerminan bangsa, bangsa telah dikenali melalui
133
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

bangsanya. Masyarakat pula ialah wadah budaya dan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan
manifrstasi pemikiran. Masyarakat membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula mengatur
kehidupan masyarakat. Hubungan kebudayaan dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan.
Budaya ialah cara hidup yakni cara berfikir, cara berinteraksi, cara menilai estetika dan cara
perlakuan masyarakat, Masyarakat berbudaya harus mampu memanifestasikan perkembangan
idea, adat resam dan imaginasi yang akan memenuhi masyarakat multirasial dan multikultur
yang mempunyai asas-asas yang kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya
dan tidak terlepas hubungan yang rapat antara bahasa, pemikiran dan alam masyarakat yang
mengucapkan bahasa itu.
Teromba bukanlah hasil kesusasteraan yang senggaja dicipta untuk tujuan hiburan,
pengajaran, teladan dan sebagainya sebagaimana hasil kesusasteraan tradisi yang lain, Teromba
sebenarnya telah diperaku oleh para pengkaji dan ilmuan bahasa dan sastera sebagai puisi yang
mempunyai kata-kata yang indah dan halus yang sekaligus dapat dikaitkan dengan pemikiran
yang tinggi dan daya keintelektualan masyarakat yang menciptanya,
Kesimpulannya, estetika itu dikaitkan dengan keindahan atau kecantikan yang dapat
ditanggapi melalui perasaan atau pancaindera khususnya alat rasa manusia. Misalnya, patah-
patah perkataan yang diungkapkan, mudah ditanggapi oleh deria rasa pendengar dan mudah
difahami, seterusnya meresapi ke samubari penfengar untuk dihayati. Pada pendapat saya. nilai
estetika dalam teromba dapat diinterpretasi dan diapresiasi. Sesungguhnya, saya memperakui
bahawa teromba adalah unik. klasik, unggul, kraetif, dinamik dan bermutu tinggi di era
millennium.

RUJUKAN

Abdul Ghalib Yunus ( 1997). Penggunaan puisi dalam pendidikan bahasa Melayu. Pelita
Bahasa, Julai 20-22.
Asmah Haji Omar (1993).Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Kementerian Pendidiakan Malaysia.
Caldecott, A (1918). Jelebu Customary Songs and Saying. Journal Straits Branch of Royal
Asiatic Socirty, No. 78.
Dharmawijaya (1987).Adat Perpatih ditinjau dari segi keindahan bahasanya, Seminar
Kebangsaan Adat Perpatih dan Wilayah Budaya Negeri Sembilan, 3-5 Mei 1984 di
Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor.
Gorys Kera (1990).Diksi dan gaya bahasa. Jakarta: Penerbit Gramedia.
Hamidah Abdulhamid (1995).Pengantar estetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hashim Awang (1985). Teman pelajar kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Koh Boh Boon (1989). Perspektif-perspektif dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohamed Din bin Ali (1957). Sambaan cakap dan pepatah adat Melayu. Kuala Lumpur: The
Economic Printers Sdn. Bhd.
Mohd. Taib Osman (1975).Warisan puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mustafa Ahmad (1988).Adat perpatih dan syarak di Negeri Sembilan. Seminar Adat Perpatih,
17-18 September, 1988. Bangi” Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rokeach, Milton (1970). Beliefs, attitudes and values. San Francisco: Jossey Bass.
Safian Hussain (1988). Glosari istilah kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

134
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

MENARIK KEHADIRAN DAN MINAT MURID ORANG ASLI KE


SEKOLAH : KAJIAN KES DI TAPAH PERAK

Norwaliza Abdul Wahab1, Ridzuan Jaafar2, Ramlee Mustapha3


Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia1,2
Fakulti Teknikal dan Vokasional3

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengetahui faktor-faktor bagi menarik
minat murid Orang Asli bagi mengatasi masalah isu ketidakhadiran murid Orang
Asli ke sekolah. Kaedah kajian kes telah dijalankan di dua buah sekolah murid Orang
Asli yang terletak di Tapah, Perak. Responden kajian melibatkan dua orang guru
besar sekolah Orang Asli yang telah dipilih secara bertujuan sebagai peserta kajian.
Data kajian diperolehi melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.
Setiap responden diajukan soalan yang sama dalam bentuk separuh berstruktur.
Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan antara faktor yang dikenal pasti
mempengaruhi kehadiran murid Orang Asli di sekolah ialah faktor sikap guru besar,
pembahagian makanan yang mencukupi serta pemberian insentif kepada ibu bapa dan
anak. Bagi meningkatkan peratus kehadiran murid Orang Asli, kerjasama di antara piahk
pentadbir dan ibu bapa adalah amat penting dan diperlukan bagi memastikan anak-
anak mereka hadir ke sekolah setiap hari bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: kehadiran murid, faktor sikap, insentif, murid Orang Asli, pendidikan.

PENGENALAN

Masalah ketidakhadiran murid Orang Asli seringkali menjadi masalah utama terutama
bagi sekolah yang terdiri dari anak-anak masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
Kewujudan permasalahan ini disebabkan oleh persekitaran sekolah, masyarakat, faktor
kemiskinan, keluarga dan guru yang kurang mendorong ke arah kecemerlangan pendidikan
murid Orang Asli dan seterusnya menyumbang kepada keciciran di peringkat sekolah rendah
dan di sekolah menengah (Joshi 2010). Ini menyebabkan murid Orang Asli ketinggalan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Jika ditinjau dari segi peratus kelulusan peperiksaan
dalam kalangan murid orang Asli, didapati mereka amat jauh ketinggalan dan boleh
dikategorikan sebagai murid berpencapaian rendah (Mohd Fauzi 2006; Zainal Abidin 2008).
Maka, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah menyediakan Kurikulum Bersepadu
Murid Orang Asli dan Penan pada tahun 2007. Antara tujuannya adalah untuk menarik minat
murid Orang Asli dan menggalakkan murid hadir ke sekolah.
Kajian oleh Norwaliza (2014) menunjukkan rekod kehadiran murid di sekolah
murid Orang Asli mencatatkan purata peratus kehadiran murid Orang Asli adalah 60 peratus
hingga 70 peratus sebulan. Dapatan kajian ini turut disokong oleh kajian yang dijalankan
oleh Ramle dan Faridah (dalam Ramle etal. 2012) yang menyatakan pada umumnya jarang
sekali sekolah kebangsaan di perkampungan Orang Asli yang mempunyai kehadiran pelajar
melepasi 70 peratus. Justeru, bagi meningkatkan minat murid Orang Asli terhadap pendidikan
dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran, terdapat pentadbir sekolah yang mengubah
konsep 3M kepada 6M iaitu dengan tambahan kepada pelajaran di luar bilik darjah (main),
program Rancangan Makanan Tambahan (makan) dan tarian serta kegiatan kebudayaan
(muzik) selain dari membaca, menulis dan mengira. Dengan cara ini, murid Orang Asli lebih
menyayangi sekolah mereka, dapat mendekati pelajaran serta mengasuh mereka supaya
sedar dan memahami kepentingan ilmu.

135
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kehadiran
murid Orang Asli serta apa yang menarik minat mereka untuk pergi ke sekolah. Kajian ini
juga dapat memberi idea dan penambah baikan kepada pentadbir sekolah Orang Asli yang
lain supaya peratus kehadiran murid Orang Asli dapat dipertingkatkan dari masa ke masa.

METODOLOGI KAJIAN

Pengumpulan data dilakukan menerusi reka bentuk kajian kes. Peserta kajian dipilih dengan
menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Sesi temu bual separa berstruktur melibatkan
dua orang guru besar sekolah Orang Asli. Temu bual dijalankan berdasarkan protokol
temu bual yang disediakan. Pemilihan sampel ini dijalankan dengan menggunakan kaedah
persampelan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Menurut Wiersma
(2000), kaedah persampelan bertujuan boleh digunakan apabila tujuan kajian adalah fokus
kepada kumpulan tertentu. Di samping itu, data juga dikumpul melalui pemerhatian dan
analisis dokumen di sekolah yang telah dikenalpasti.

KAWASAN KAJIAN

Pemilihan reka bentuk kajian kes memudahkan pengkaji mengenalpasti tempat kajian (Burns
2000; Jane & Lewis 2003). Kriteria memilih tempat kajian yang ideal haruslah sekolah
yang bersedia untuk terlibat dalam kajian, mudah dimasuki, mempunyai situasi yang kaya
dengan proses (pendekatan, aktiviti, bahan dan guru yang berpengalaman dan berkualiti),
mendapat kerjasama dari peserta kajian dan menepati kriteria kajian. Pernyataan ini turut
disokong oleh Marohaini (2008) yang menyatakan pengumpulan data seharusnya dilakukan
di lokasi yang senang dimasuki, tidak kompleks dan memperoleh kebenaran. Dua buah
sekolah yang terlibat sebagai lokasi kajian terdiri daripada sekolah seratus peratus terdiri
dari murid Orang Asli. Dalam kajian ini kedua-dua buah sekolah dikodkan sebagai sekolah
SKPM dan sekolah SKPT.

Sekolah SKPM
Sekolah SKPM dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) dan berada dalam
kumpulan Pedalaman 2. Bilangan guru ialah 12 orang dan hanya guru lelaki sahaja serta
seorang pembantu tadbir. Guru perempuan tidak diambil bertugas kerana perjalanan pergi
dan balik ke sekolah yang agak membahayakan keselamatan. Kesemua guru berulang alik
ke kediaman masing-masing yang kebanyakannya di Tapah. Mempunyai sebuah prasekolah
yang diusahakan sendiri hasil inisiatif guru besar serta seorang guru prasekolah yang diambil
dari dalam kalangan masyarakat Orang Asli itu sendiri yang berkelulusan SPM. Tiada
asrama disediakan kerana kebanyakan murid tinggal berdekatan dengan sekolah malah
kuaters untuk guru juga tiada. Sekolah ini mempunyai 4 buah bangunan setingkat utama
yang mengandungi 6 buah kelas. Sekolah ini tidak mempunyai talian telefon dan sebarang
perhubungan adalah melalui radio. Bagi bekalan elektrik pula sekolah mengguna Diesel
Genset berkapasiti 2400 liter. Manakala bekalan air pula menggunakan air gunung yang
dimasukkan ke dalam tangki air berpenapis sebagai sumber minuman. Sekolah ini turut
mempunyai sebuah rumah tamu yang diusahakan sendiri oleh guru besar dengan kerjasama
pihak PLUS.

Sekolah SKPT
Sekolah SKPT dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) dan berada dalam
kumpulan Pedalaman 2. Sekolah ini mempunyai 53 orang murid Orang Asli dari tahun
satu hingga tahun enam. Semua guru adalah lelaki dan berjumlah 12 orang dan seorang
136
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pembantu tadbir. Kesemua guru berulangalik dari sekolah ke rumah masing-masing yang
kebanyakannya terletak di Behrang dan Tanjong Malim. Sekolah ini tidak mempunyai
prasekolah dan asrama kerana lokasinya yang terletak berhampiran dengan penempatan
masyarakat Orang Asli. Namun begitu terdapat sebuah tadika yang diusahakan oleh
mubaligh Kristian. Terdapat kuaters untuk guru tetapi hanya digunakan pada waktu tertentu
sahaja. Terdapat sebuah makmal komputer yang mengandungi 20 buah komputer tetapi
sukar untuk mendapat kemudahan internet. Sekolah ini mempunyai dua buah bangunan
yang menagndungi 6 buah bilik darjah. Sekolah ini juga tidak mempunyai talian telefon dan
sebarang perhubungan adalah melalui radio serta Diesel Genset bagi mendapatkan bekalan
elektrik. Kemudahan lain ialah bekalan air dan sebuah peti sejuk untuk penyimpanan stok
makanan.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Perbincangan hasil kajian ini menunjukkan terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi
kehadiran murid Orang Asli ke sekolah. Faktor-faktor tersebut ialah faktor: i) sikap guru
besar, ii) pembahagian makana di sekolah dan, iii) pemberian insentif.

Faktor Sikap Guru Besar


Berdasarkan dapatan temu bual dengan kedua-dua guru besar di sekolah murid Orang
Asli ini mendapati kedua-duanya mengamalkan sikap peramah dan suka bermesra dengan
penduduk setempat dengan tidak mengira faktor umur. Di sepanjang perjalanan ke sekolah,
guru besar sekolah SKPM yang memandu 4WD akan berhenti sekiranya bertembung
dengan masyarakat Orang Asli dan berbual-bual dengan mereka dengan bertanyakan hal-
hal semasa. Malah ketika berhenti di perkampungan Orang Asli GB sekolah SKPM turut
berbual-bual dengan kaum wanita dengan bertanyakan perihal anak-anak mereka yang
bersekolah. Keramahan sikap guru besar ini dibuktikan sehingga kanak-kanak Orang Asli
yang berusia 3 tahun turut mengenali beliau.
Ini menunjukkan bahawa faktor sikap pentadbir sekolah amat memainkan peranan
yang sangat penting bagi memastikan ibu bapa masyarakat Orang Asli berasa dihargai dan
ini menimbulkan semangat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Pentadbir
sekolah yang efektif boleh membimbing individu dan kumpulan serta institusi (Lindahl,
2007). Selain itu guru besar sekolah SKPM juga memperkenalkan konsep “Hol Nu Skolah
Mesti Hi Belajar” yang bermaksud ‘Datang Sekolah Mesti Belajar”. Motto ini juga dilihat
dipampang di dalam kelas masing-masing supaya dapat dihayati oleh setiap murid.
Selain menjaga hal pembahagian makanan, guru besar juga sangat menitik beratkan
kebersihan dan kekemasan anak-anak muridnya yang hadir ke sekolah. Perkara pertama
yang beliau lakukan ialah melakukan ‘grooming’ dengan membawa semua guru dan murid
ke sungai yang berdekatan dan mengajar mereka mandi dengan menggunakan sabun
serta mencuci rambut dengan menggunakan syampu. Selain itu berdasarkan pemerhatian
penyelidik juga terdapat banyak cermin yang digantung pada dinding-dinding sekolah. Ini
membolehkan murid Orang Asli melihat diri mereka di dalam cermin. Guru besar juga akan
menitik beratkan pemakaian baju sekolah yang bersih dan kemas serta menyikat rambut
sekiranya perlu.
Selain itu, guru besar turut menyatakan bahawa perlunya bagi pihak pentadbir dan guru-
guru yang bertugas di sekolah murid Orang Asli untuk menguasai bahasa setempat dengan
mempelajari bahasa masyarakat Orang Asli iaitu bahasa Semai dari masa ke semasa. Guru
besar sekolah SKPM menyatakan bahawa mereka ada dihantar untuk mempelajari bahasa
Semai yang dianjurkan oleh pihak kementerian namun laras bahasa yang diajar terlalu
tinggi. Ini menyebabkan ramai guru tidak dapat menguasai bahasa tersebut.

137
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Faktor Pembahagian Makanan di Sekolah


Kedua-dua guru besar sekolah murid Orang Asli bersetuju bahawa faktor pemberian
makanan yang konsisten dan berkualiti menyebabkan murid Orang Asli rajin untuk hadir
ke sekolah. Guru besar sekolah SKPM telah memperkenalkan konsep “mong skulah
mong cak” dalam bahasa Semai dan setelah diterjemahkan bermaksud ‘ada sekolah ada
makan’. Ini bermaksud sekiranya murid Orang Asli pergi ke sekolah mereka pastinya
mendapat makanan yang mencukupi. Guru besar juga memperkenalkan konsep ‘satu hari
satu biji telur’ untuk diberikan kepada murid-muridnya. Ini dilakukan dengan kerja sama
pihak kantin sekolah yang menyediakan makanan di bawah skim Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) bagi memastikan murid mendapat makanan yang mencukupi dan juga
yang berkhasiat. Hal ini turut dipersetujui oleh guru besar sekolah SKPT yang menyatakan
bahawa faktor pembahagian makanan yang disediakan oleh pihak sekolah merupakan salah
satu faktor utama murid Orang Asli ke sekolah. kajian oleh Norwaliza (2014) mendapati
selain dari berminat atau terpaksa datang ke sekolah akibat desakan ibu bapa dan guru,
murid Orang Asli datang ke sekolah semata-mata untuk mendapatkan makanan percuma
yang diberikan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta elaun persekolahan
yang diberikan pada awal tahun.
Ration makanan dibekalkan sebulan sekali oleh pihak kontraktor yang telah dipilih
oleh pihak JAKOA melalui pemberian tender. Pentadbir sekolah seperti guru besar akan
memantau pemberian makanan ini dengan memastikan bekalan yang dihantar seperti yang
sepatutnya dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Ini kerana pernah berlaku kejadian di
mana pihak yang dipertanggungjawabkan telah menghantar bekalan yang tidak mencukupi.
Sebagai contoh yang pernah berlaku di mana di mana di dalam invois menyatakan 30
kampit beras perlu dihantar tetapi yang sampai hanyalah 8 kampit sahaja. Ini meyebabkan
pihak guru besar terpaksa campur tangan bagi memastikan bekalan yang diterima adalah
seperti yang dinyatakan kerana ini merupakan hak murid-murid Orang Asli. Sikap
bertanggungjawab yang diperlihatkan oleh guru besar ini mampu menarik minat ibu bapa
dan murid Orang Asli untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Faktor Pemberian Insentif


Sekolah murid Orang Asli di Semenanjung Malaysia seringkali mencatatkan kehadiran
yang kurang memberangsangkan. Bagi menarik minat murid Orang Asli untuk hadir ke
sekolah ialah dengan memberikan mereka insentif atau ganjaran. Ini telah dipraktikkan
oleh kedua-dua guru besar sekolah murid Orang Asli ini. Antara insentif yang diberikan
ialah dengan memberi lebihan ration yang dibekalkan oleh pihak yang berkenaan dalam
bentuk makanan kering dan di dalam tin seperti beras, sardin dan kari ayam untuk di
bawa pulang ke rumah masing-masing sekiranya mendapat pencapaian yang baik dalam
pelajaran.
Selain itu guru besar turut melakukan inisiatif dengan mencari dana membawa
kesemua ibu bapa dan anak-anak yang hadir ke sekolah 100% dengan membawa mereka
melancung pada akhir tahun seperti yang pernah dilakukan iaitu ke Pulau Pinang,
Kuala Lumpur dan sebagai. Ganjaran seperti ini dapat menyuntik semangat ibu bapa
untuk menggalakkan anak-anak mereka untuk pergi ke sekolah. Keberkesanan program
ini menyebabkan sekolah ini mendapat kehadiran murid 100% yang mana ini adalah
agak mustahil untuk dilakukan oleh sekolah murid Orang Asli yang lain yang mana
kehadirannya adalah lebih kurang 60-70% sahaja (Norwaliza, 2014). Kehadiran murid
di sekolah merupakan antara eleman penting yang menunjukkan pencapaian murid, iaitu
berapa banyak masa yang dihabiskan oleh murid di sekolah (Hattie, 2003b).

138
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUMUSAN

Bagi memastikan kehadiran murid Orang Asli dapat dipertingkatkan, ‘sense of belonging’
atau rasa pemilikan dan komitmen kesemua pemegang taruh dalam pendidikan murid
Orang Asli perlu dilaksanakan. Rasa pemilikan ini akan menyebabkan murid, ibu bapa
Orang Asli, guru, pentadbir dan semua yang terlibat dengan pendidikan murid Orang
Asli berasa lebih seronok untuk ke sekolah, mengurangkan kadar ponteng dan seterusnya
meningkatkan pencapaian murid dalam pendidikan. Ini berbalik kepada konsep pandangan
tentang apa yang ‘mereka’ mahukan adalah lebih penting daripada apa yang ‘kita’ mahukan.
Sekiranya konsep ini dapat disemai dan dilaksanakan, maka masyarakat Orang Asli akan
rasa lebih dihargai dan seterusnya dapat memberi komitmen dan kerja sama yang jitu
dalam meningkatkan lagi pencapaian pendidikan anak-anak mereka di sekolah.
Aspek komitmen bersepadu di antara murid, ibu bapa, guru, pentadbir sekolah,
pemimpin masyarakat, pihak kerajaan, pihak swasta serta NGO sangat-sangat diperlukan
supaya sekolah murid Orang Asli dapat diketengahkan sebagai salah satu sekolah aliran arus
perdana serta dapat bersaing dengan murid-murid dari masyarakat yang lain. Kajian oleh
Norwaliza, Ramlee, and Abdul Razaq (2016) menunjukkan sokongan dari pelbagai pihak
perlu dilaksanakan bagi menyuburkan minat murid Orang Asli untuk hadir ke sekolah dan
dalam masa yang sama meningkatkan rasa pemilikan mereka terhadap sekolah. Program
bagi membasmi keciciran murid Orang Asli ini perlu dijalankan secara berterusan serta
dipantau dari masa ke semasa supaya hasilnya dapat dilihat dan dikongsi bersama. Diharap
juga dengan komitemen bersepadu ini cabaran KPM untuk mengurangkan kadar keciciran
murid Orang Asli di sekuruh negara dapat dikurangkan, meningkatkan peratusan pelajar
Orang Asli di sekolah menengah serta di peringkat tertinggi iaitu di institut pengajian
tinggi di dalam dan di luar negara.

RUJUKAN

Burns, R.B. 2000. Introduction to research methods. Ed. Ke-4. Australia: Pearson
Education.
Hattie, J. 2003b. Teachers make a difference: What is the research evidence? Paper
presented to the Australian Council for Educational Research conference, Melbourne.
Jane, R. and Lewis, L. 2003. Qualitative research practice: A guide social science students
and researchs. London: Sage Publication.
Joshi, K.M. 2010. Indigenous children of India: enrolment, gender parity and drop-out
in school education. International Journal of Sociology and Social Policy30(9/10):
545–558.
Lindahl, R. 2007. Why is leading school improvement such a difficult process? School
Leadership and Management 27 (4): 319-332.
Marohaini Yusoff. 2001. Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Fauzi Harun. 2006. Peminggiran dan kemiskinan Orang Asli di negeri Perak. Tesis
Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Norwaliza Abdul Wahab. 2014. Pendidikan Murid Orang Asli: Satu analisis matlamat,
pelaksanaan dan hasil pendidikan. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Norwaliza A. Wahab, Ramlee Mustapha, and Abdul Razaq Ahmad. 2016. The Roles of
Administrators in Aboriginal Schools: A Case Study in a Malaysian State. International
Journal of Social Science and Humanity, Vol. 6, No. 5.

139
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Ramle Abdullah & Faridah Mat. 2012. Educational potency of the Orang Asli students
in the State of Kelantan. Perspectives of the Department of Orang Asli Development
(JAKOA). In Abdullah (Ed.). Education and Orang Asli in the mainstream, hlm. 53-64.
Kuala Terengganu: University of Sultan Zainal Abidin.
Wiersma, W. 2000. Research methods in education: An introduction. London: Allyn &
Bacon.
Zainal Abidin Ali. 2008. Peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Dalam
Pembangunan Masyarakat Orang Asli. Dalam Ma’rof Redzuan dan Sarjit S. Gill(Pnyt).
OrangAsli: Isu, transfromasi dan cabaran, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

140
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERPADUAN BERPAKSIKAN TITIK KESAMAAN FUNGSI


PELBAGAI AGAMA DENGAN MENGAMBILKIRA ISLAM
SEBAGAI AGAMA RASMI DI MALAYSIA

Nur Azuki Yusuff, 2Tan Hong Cheng, 3Kevin Fernandez dan 4Yohan Kurniawan
1

1
Pensyarah Kanan, Pusat Kanan Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK,
2
Pensyarah Kanan UiTM, asalnya beragama Buddha, kemudian memeluk Islam dengan nama
Iskandar Hasan Tan Abdullah,
3
Pensyarah Kanan UMK, Dr Kevin adalah seorang India Malabar beragama Kristian,
4
Yohan Cina beragama Kristian.

Abstrak
Strategi kesepaduan sosial perlu memberi komitmen kesamaan fahaman panduan hidup
beragama. Kertas ini mengetengahkan titik kesamaan Fungsionalisme nilai berpaksikan
Islam sebagai Agama Rasmi Negara dan acuan peradaban bangsa Malaysia. Semua
agama di Malaysia berpegang kepada ‘fungsionalisme’ yang sama iaitu Sokongan ke
Arah Perpaduan Keperluan Tadbir Urus yang baik dan kecintaan kepada keamanan.
Pendekatan yang difokuskan merujuk kepada kesamaan fungsi berdasarkan ajaran
Islam dari sudut menghayati asas hubungan sosial Islam, mematuhi prinsip kebebasan
beragama, mengelakkan ekstremisme, cauvanisme dan fanatisme, berdialog secara
aman dan bijaksana, menerima bahawa semua manusia dari keturunan yang sama,
satu kemanusiaan dan keadilan sejagat, aplikasi adab dan prinsip-prinsip Islam yang
mengikat etnik dan agama, seterusnya konsep kejiranan.

PENDAHULUAN

Perbincangan ini mengetengahkan strategi kesepaduan sosial masyarakat melalui


penerimaan kesamaan satu daripada keperluan hidup beragama iaitu Fungsionalisme
nilai kemanusiaan. Agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, kepercayaan Konfusius,
Toisme dan selainnya berpegang kepada ‘fungsionalisme’ yang sama mengambilkira
keperluan asasi semulajadi manusia, warisan, kesejahteraan, keselamatan dan perpaduan
sejagat serta mengambilkira nilai-nilai moral sejagat; baik hati, berhemah, berbudi, benar,
jujur, rajin, kerjasama, semangat bermasyarakat yang mampu menyelesaikan konflik nilai.
Merujuk kepada pelbagai definisi agama yang dikemukakan oleh para intelektual,1
secara ringkasnya ia boleh dilihat dari dua sudut; iaitu substantif dan fungsional. Sudut
yang pertama melihat agama dari segi bentuk dan amalannya. Manakala sudut kedua
melihatagama dari sudut fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut. Pandangan yang
dipaparkan dalam kertas ini turut mengambilkira pandangan para penulis buku hubungan
etnik keluaran terbaru KITA, UKM.

Pengenalan Fungsionalisme dan Kehidupan beragama


Fungsionalisme dari sudut terminologi bahasa dari perkataan ’fungsi’ yang memang jelas

1 Wilfred C.Smith (1962) menyatakan sukarnya mentakrifkan agama secara tepat. Agama dari segi bahasa boleh disamakan dengan religion
(bahasa Inggeris) dan religie (bahasa Belanda) yang diambil dari, religio dan religare (bahasa Latin) yang bererti mengikat. Maksudnya,
agama adalah ketentuan hidup manusia berdasarkan satu ikatan antara alam rohani dengan alam ghaib yang berkuasa terhadap dirinya dan
dunia yang diketahuinya dan juga terhadap “siapa” yang ia rela memperhambakan diri (Smith 1963:351). Sarjana klasik dan ahli antropologi
yang tersohor, E.B.Tylor (1903) mentakrifkan agama sebagai kepercayaan kepada makhlu halus. Sementara Durkheim (1915: 47) pula
berpendapat, agama sebagai satu sistem kepercayaan dan amalan yang bersepadu berhubung dengan b e n d a - b e n d a s u c i . Dari perspektif
antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan. Agama juga
merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan
memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci. Antara agama dan kepercayaan besar yang
terdapat di dunia sekarang ialah Islam, Kristian, Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme, Jainisme, Judaisme, Shinto, Bahai dan Zoroastrianisme.
Selain itu, ada juga sistem kepercayaan suku kaum primitif yang terasing dan terpisah di kawasan dunia yang berlainan dan berkembang secara
bebas tanpa hubungan sejarah antara satu sama lain seperti pra animisme, animisme, fetisyme, shamanisme, dan totemisme.

141
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

maksudnya. Manakala dalam konteks pembentukan teori, Parsons (1975) merupakan


pelopor dalam pembentukan teori ini. Teori Struktur Fungsionalisme membayangkan
individu bertindak kepada insentif dan dikawal oleh hukuman dan denda. Individu mengejar
kepentingannya, tetapi masyarakat mengikat kepentingan ini dalam satu pola yang sama
sebab wujudnya pembahagian buruh dan individu juga berkongsi nilai bersama yang
memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat. Secara lebih terperinci, fungsional boleh
dilihat dalam soal kepentingan setiap individu beragama nanti.
Kehidupan beragama ialah kehidupan individu, masyarakat atau kelompok yang
berdasarkan pada norma dan kepercayaan sesuatu agama. Fenomena ini terjadi apabila ia
memenuhi lima syarat iaitu adanya suatu kepercayaan atau pandangan teologi tertentu, adanya
amalan keagamaan, adanya pengalaman keagamaan, memiliki pengetahuan keagamaan dan
adanya komitmen agama berkaitan dengan pengetahuan dalam bidang tersebut. Contohnya
kehidupan beragama dalam kalangan golongan intelektual adalah berbeza dengan orang
awam. Ini kerana mereka mengabdikan diri kepada Tuhan melalui penggunaan pengetahuan
dan keyakinan yang mendalam sedangkan orang awam beragama hanya bersifat taklid
(ikutan). (Dr. Ismail, UUM)

Peranan Fungsionalisme dalam Agama


Agama wujud bersama fungsinya, kebanyakan pengkaji sejarah agama sependapat bahawa
ia merupakan keperluan asasi manusia. Oleh sebab itu, semua entiti masyarakat di dunia ini
mempunyai agama dan kepercayaan. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat
bagi seluruh manusia sama ada manusia moden ataupun primitif. Pemikiran tentang agama
sudah wujud dalam diri manusia sejak mereka lahir lagi.
Selain naluri semulajadi, manusia mengamalkan agama kerana warisan kebudayaan,
faktor keselamatan, kesejahteraan, mengukuhkan ikatan persaudaraan dan mencari jawapan
pada persoalan yang sukar dijawab.
Warisan kebudayaan merupakan faktor utama menentukan agama seseorang
manusia. Selalunya individu akan menganut agama yang dianuti oleh keluarga, suku kaum
atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya. Misalnya,
rata-rata etnik Melayu menganut agama Islam kerana keluarga dan nenek moyang mereka
beragama Islam.
Faktor keselamatan juga memainkan peranannya kerana apabila memeluk sesuatu
agama seseorang berasa selamat dan percaya bahawa kuasa agung yang dipercayainya
akan menjaga keselamatannya. Kuasa agung juga menjadi tempat mengadu hal serta
mendapatkan pertolongan dan perlindungan.
Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting kerana kebanyakan agama
menjanjikan kesejahteraan di akhirat kepada penganut yang patuh kepada ajaran agama
masing-masing.
Faktor lain adalah kerana agama merupakan jawapan terhadap persoalan kehidupan yang
sukar dijawab. Persoalan mengenai manusia dan hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman
ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikirannya, semuanya dijawab oleh agama.
Tegasnya, agama akan memberi jawapan kepada pertanyaan yang sukar dijawab oleh akal.
Agama diminati kerana agama merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan.
Mengikut Durkheim (1915) kepercayaan dan amalan yang sama dalam sesuatu agama akan
menyatukan semua anggota yang menganutinya dalam satu komuniti bermoral. Dari kaca
mata ahli fungsionalis juga, agama mempunyai fungsi peribadi kepada pemeluknya kerana
agama memberi darjat jaminan yang menenteramkan.
Agama menimbulkan keberanian kepada manusia ketika dicengkam ketakutan,
memberikan kegigihan dalam kesukaran, kekuatan pada saat-saat manusia dalam keadaan
lemah dan meringankan beban jiwa dalam menghadapi kekecewaan. Agama memberi
harga diri dalam menelan kekalahan, kerendahan hati apabila sedang berjaya dan juga
kepekaan hati nurani.
142
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Sementara peranan agama dalam kehidupan sosial adalah sebagai asas moral,
kesenian, kebudayaan, kesusasteraan dan kewujudan tamadun bagi sesuatu bangsa dan
masyarakat.
Perbincangan seterusnya cuba menampakkan kesatuan fungsional pelbagai aliran
kepercayaan. Selain itu, titik kesamaan Fungsionalisme nilai manusia beragama ketara lain
ialah:

1. Sokongan ke Arah Perpaduan


Semua agama percaya usaha perpaduan adalah aspirasi semua agama. Contohnya dalam
Islam, Allah s.w.t. berfirman:

Bermaksud:“Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang
satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai
pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan
pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah
menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-
keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang
mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan
orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang
kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, – mereka berselisih semata-mata
kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang
yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu),
dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang
dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).” (al Baqarah
2: 213)

Secara jelas Allah menegaskan bahawa manusia sejagat adalah satu. Perpecahan (akidah)
adalah pilihan manusia, namun kasih sayang Allah menyebabkan petunjuk sentiasa diberikan.
Islammengiktiraf orang bukan Islam yang tinggal di dalam negaranya atas maksud pluraliti.
Ahli zimmah (damai melalui perjanjian @ jaminan keamanan) berhak menjadi warganegara
yang sah seperti warga Islam. Hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan
bersama. Kejadian Manusia pelbagai bangsa dan etnik adalah kerana;

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara dengan yang lain). Sesungguhnya
143
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih taqwanya (bukan yang lebih keturunan
dan bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Mendalam PengetahuanNya”
(Surah al-Hujurat 49: 13).

Islam adalah untuk seluruh manusia tidak khusus untuk etnik atau bangsa tertentu.
Kepelbagaian bukan satu halangan. Pluraliti adalah untuk berkenalan dan saling menolong
dalam perkara kebajikan. Pluraliti Masyarakat Madinah diikat atas perundangan; ”Piagam
Madinah” kontrak sosial antara nabi Muhammad s.a.w dengan masyarakat Madinah.
Ibn Khaldun (al-Muqaddimah) berpandangan ’asabiyah; adalah faktor kebangkitan sekiranya
berpegang konsep unity dan kejatuhan sesebuah peradaban sekira berpaksikan chauvinisme
dan rasisme. Asabiyah berkonsep (unity) yang ditekankan ialah ikatan persaudaraan, semangat
setiakawan dan saling membantu selaras dengan tuntutan Islam. Ia juga tidak menyalahi konsep
Unity in Diversity 2(bersatu dalam kepelbagaian).
Kepercayaan Taoisme (Tao Chia), Para saminya melihat berbagai-bagai tuhan adalah
manifestasi daripada Tao yang disebut dalam meditasi dan digambarkan dalam bentuk patung-
patung. Chung Tzu berkata:

“Manusia bijak dapat melihat di sini, semuanya sebagai kegelapan. la dapat mendengar
semuanya sebagai keheningan.

“Dalam kegelapan ia sendiri melihat cahaya. Dalam keheningan ia sendiri dapat


menemukan harmoni” (dipetik oleh S.H Nasr, 1997).

Konfusianisme; Konfusius melihat peranan pendidikan adalah untuk membentuk cendikiawan


dan junzi. Peranan junzi ialah mempelajari ilmu, memperbaiki diri dan mentadbir manusia.
Peranan Shi (cendiakawan atau bakal Jun zi) adalah pembantu kepada junzi dan penglibatan
dalam pengajaran serta kerja-kerja lain. Dalam proses pembelajaran ada empat ciri utama yang
ditekankan oleh Konfusianisme, iaitu banyak mendengar, banyak melihat, banyak bertanya
dan banyak mengenali. Konfusius menekankan sikap jujur dalam pembelajaran. Beliau berkata
dalam Lun Yu; “Ketahui katalah ketahui, tidak ketahui katalah tidak ketahui, itu adalah ilmu
pengetahuan” (Dr. Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Beliau juga berkehendakkan pelajarnya
jangan melakukan empat jenis kesalahan, iaitu jangan buruk sangka, jangan terlalu pasti, jangan
terlalu bertegas dan jangan terlalu keakuan (Dr. Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Konfusius
menekankan penggabungan antara pembelajaran dengan berfikir, katanya;

“Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia dan berfikir tanpa belajar adalah berbahaya” (Lun
Yu).

“Sepanjang hari tidak makan, sepanjang malam tidak tidur untuk berfikir, tidak berguna,
lebih baik pergi belajar” (Lun Yu).

Keselarasan etika Konfusianisme dengan Islam dinyatakan oleh Prof. Tu Weiming


(1997) berkenaan idea tentang kerajaan yang baik terhadap rakyat dan pertautan yang padu
antara moral dengan kepimpinan adalah dikongsi oleh kedua-dua tradisi tersebut. Mereka
juga berkongsi idea tentang perbezaan yang mendasar antara manusia dengan makhluk lain
dan turut berkongsi pandangan dari sudut pengagihan keadilan, kepimpinan dan persamaan.
Dr. Ubaidullah Mohd Nasir (2000) turut menyimpulkan bahawa memang wujud persamaan
di antara etika Konfusianisme dengan Islam dalam beberapa aspek seperti aspek pendidikan,
kepimpinan, hubungan sesama manusia, kasih sayang dan hidup yang berlandaskan adat.
(Osman Bakar, 1997).
2 Konsep yang sentiasa dicanangkan oleh Prof Ulung Dato’ Dr Shamsul Amri Baharudin,
Pengarah Institut kajian Etnik Malaysia.
144
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Mazhab Buddha utama Hinayana (kumpulan theravada) dan Mahayana; Agama


Buddha tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk agama lain sebagai agama jahat.
Buddha mengakui semua jenis agama di dunia ini dan membezakan semua agama dengan
kefahamannya yang susah atau senang, bukannya dibezakan dengan mengatakan cirinya
baik atau buruk. Aliran ajaran Buddha yang bersifat moral dan tidak berakidah ini juga
tidak bertentangan dengan tuhan-tuhan orang Hindu. Dengan sebab itu, ramai orang Hindu
mengikuti ajaran Buddha tetapi masih setia dengan tuhan-tuhan Hindu.

2. Keperluan Politik Pentadbiran/ Tadbir Urus


Fungsi Pemerintahan. Bagi sesetengah negara, fungsi pemerintahan juga dijalankan melalui
fungsi agama, seperti K erajaa n Me sir se ma sa pemerintahan Firaun. Kadang-
kadang kuasa sesebuah negara diperkuat oleh institusi agama seperti yang terdapat pada
zaman pemerintahan tradisional Melayu dan pada zaman Pertengahan di Eropah. Mereka kuat
kerana dikaitkan dengan doktrin hak ketuhanan raja (divine ruler). Jadi, di sini agama amat
berguna untuk memberi sokongan pada pemimpin-pemimpin serta memelihara aturan-aturan
pemerintahan dan adat resam
Kepercayaan Tao pun menyokong keperluan ini, Tao bermaksud “jalan”, “matlamat”,
“seni”, “kepakaran”. Konfusius mendefinisikannya sebagai “merujuk kepada seni memerintah
negara” oleh pemerintah silam Cina seperti Maharaja King Wen dan Chou. Para Taois
mendefinisikan Tao sebagai satu yang asalnya mengawal alam ini, iaitu dari permulaan, asal
usul segala benda¬benda ataupun boleh disebut sebagai “prima material”. Tao juga boleh
diertikan sebagai Way of Heaven. la juga boleh diertikan sebagai idea tentang kepakaran atau
bakat pada perkara-perkara tertentu.
Lao Tze dan Chung Tzu (pengasas Taoisme) menegaskan rakyat menderita disebabkan
pemerintah memakan duit di atas cukai yang dikenakan, juga kerana pemerintah campur tangan
terlalu banyak, dengan sebab itu rakyat memberontak. Begitu juga kenapa rakyat sangat sedikit
memikirkan soal kematian? Kerana pemerintah terlalu banyak mengkehendaki kehidupan
duniawi Dengan sebab itu, rakyat mengambil mudah tentang kehidupan. Untuk meneruskan
kehidupan, seseorang harus mengetahui dengan lebih baik daripada memberi nilai terlalu
banyak terhadap kehidupan. (Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan,
2001 dan www.chebucto.ns.ca/Philosophy.Taichi/lao).

Kongfusionisme; Howard F. Didsbury (1994) pula melihat falsafah Konfusianisme tidak


berminat dalam soal metafizik, pemikir mereka seperti Konfusius, Mencius (371 - 289 SM)
dan lain-lain lebih berminat membincangkan soal sosial, politik dan pendidikan. Mereka lebih
peka kepada persoalan etika dan hal-hal praktikal berhubung dengan penyusunan masyarakat
berdasarkan kepada prinsip moral yang sesuai. Dengan sebab itu, amat sukar mengkaji
pandangan Konfusianisme dalam masalah metafizik, ketuhanan dan kehidupan selepas mati.
Perkara inilah menurut Wang Gungwu (1997) yang membezakan Konfusianisme dengan
agama lain, kerana ia amat sedikit menekankan kepada kehidupan spiritual dan menjauhkan
diri daripada perbicaraan tentang kehidupan selepas mati tetapi lebih banyak menumpukan
kepada dunia, sosial, keluarga dan moral. Apabila ditanya tentang kematian oleh muridnya,
Konfusius menjawab “jika kita tidak tahu tentang kehidupan, bagaimana pula kita tahu tentang
kematian”. Begitu juga beliau pernah berkata “kamu tidak mampu untuk berkhidmat kepada
manusia, jadi bagaimana kamu hendak berkhidmat kepada roh?”.
Dalam persoalan pemerintahan negara, Konfusianisme mengemukakan konsep
pemerintahan berdasarkan akhlak kemanusiaan, iaitu berdasarkan zhengming; pendidikan
akhlak dan ekonomi, kepimpinan teladan, mengawal keinginan nafsu, mematuhi prinsip
sosial dan undang-undang negara, meringankan hukuman dan memperkasa sistem pendidikan
(Dr. Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Pemerintah yang menggunakan kekerasan dalam
pemerintahannya adalah seorang yang gagal sebagai pemerintah, kata Konfusius; “Tugas kamu
adalah untuk mentadbir, bukannya untuk membunuh” (Lun Yu). Pemerintah yang memerintah
145
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

melalui contoh yang baik (de) dan akhlak terpuji akan dapat mengawal diri mereka sendiri dan
rakyat (Kelley L. Ross, 2000) serta dapat mempengaruhi rakyat dan menanamkan kesetiaan
rakyat kepada pemerintah. Kata Konfusius:

“Jikalau kelakuan pemerintah itu mulia, maka rakyat akan menurut arahannya tanpa
paksaan; jikalau kelakuan seseorang pemerintah tidak suci walaupun mengarahkan
rakyatnya membuat sesuatu tetapi rakyatnya juga tidak akan menurutnya”

“Jikalau kelakuan seseorang itu adil dan jujur, maka dia tidak akan menghadapi sebarang
masalah ke atas pemerintahannya; jikalau tidak boleh menyempurnakan kelakuan
sendiri, bagaimanakah hendak membetulkan kelakuan rakyat”

“Menggunakan akhlak untuk membimbing rakyat, menggunakan tatasusila untuk


menteladani kegiatan rakyat” (Lun Yu).

Buddha turut melihat kepentingan bernegara. Buddhisme adalah demokrasi dan


kebebasan. Dalam ajaran agama Buddha, kenyataan dan ilmu yang diajar bukannya perintah
yang mestinya dituruti. Sesiapa yang tidak faham boleh mengemukakan soalannya dan soalan
ini akan dijelaskan sehingga mencapai kefahamannya.

3. Kecintaan Kepada Keamanan


Semua agama cintakan keamanan. Islam mencintai keamanan dan setiakawan sesama manusia
tanpa sebarang perbezaan adalah antara ajaran utama setiap agama dunia.
Buddha; Pada 563SM, Siddhartha Gautama Buddha mengemukakan tema yang sama
menekankan belas kasihan kepada semua makhluk. Ajaran utama Buddha ‘Empat Kebenaran
Mulia’ mengenai alam iaitu; Penderitaan itu universal (dukkha), Ada punca segala penderitaan
(dukkha samudaya), Penderitaan itu boleh diatasi (duhkha nirodha), Ada cara untuk mengatasi
penderitaan (dukkha nirodha marga).
Segala penderitaan ada puncanya. Buddha menyebutnya sebagai roda empirik yang
mengandungi 12 rangkaian iaitu; kecuaian (avidya), kecenderungan (samskara), kesedaran
tentang kuasa karma (v~nana), nama dan bentuk (nama rupa), lima organ deria dan minda
(sadayatana), hubungan antara deria dengan objek (sparsa), sensasi (vedana), nafsu (trsna),
bergantung pada pewujudan (upadana), bertekad untuk lahir (bhava) dan kelahiran (jati).
Caranya ialah manusia perlu melepasi Jalan Mulia Lapan Lapis (Noble Eighfold). Jalan tersebut
ialah; (samma-ditthi), Fikiran yang Betul (samma-sankappa), Pertuturan yang Betul (samma-
vaca), Perbuatan yang Betul (samma-kammanta), Pekerjaan yang Betul (samma-ajiva), Usaha
yang Betul (samma-vayama), Kesedaran yang Betul (samma-sati) dan Tumpuan yang Betul
(samma-samadhi).
Buddha pernah berkata dalam maksudnya: “Keraguan yang besar akan mendapat lebih
banyak pengajaran, keraguan yang sedikit akan mendapat pengajaran yang sedikit, manakala
jika tiada keraguan, maka tiada pengajaran yang boleh dicapai. Larangan; tidak membunuh -
tidak mengancam nyawa orang lain, tidak mencuri - tidak mengancam harta benda orang lain,
tidak berzina - tidak mengancam kesucian orang lain, tidak berbohong - tidak mengancam
reputasi orang lain dan tidak meminum arak - tidak mengancam rasional sendiri dan keselamatan
orang lain”.

Hindu; Dalam ajaran Hindu, Kitab Rig Veda mengungkapkan “Loka Samastha Sukino
Bhavantu” (Ucapan doa setiap hari beribadat) bermaksud semoga semua makhluk dunia hidup
bergembira dan bebas. Matlamat utama penganut Hindu ialah mencapai Moksha (kebebasan
dari putaran kelahiran dan kematian) melalui jalan Raja Yoga (tafakur), Jnana Yoga (ilmu suci
kebenaran alam), Bakhti Yoga (cinta kasihkan Tuhan) dan Karma Yoga (akhlak sempurna).
Dalam agama Hindu terdapat lima prinsip utama iaitu:Kewujudan Tuhan yang tunggal, Manusia
146
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

itu suci, Perpaduan melalui percintaan, Harmoni agama, Pengetahuan tentang sungai yang suci,
kitab yang suci dan mantera yang suci. Sepuluh disiplin yang bersifat sejagat ialah kejujuran
(satya), kesederhanaan (ah imsa), tidak berzina (brahmacharya), tidak merompak (asteya),
kesucian (aparigraha), kebersihan (shaucha), kepuasan (santosh), mengaji kitab (swadhyaya),
penjimatan (tapas) dan doa (pooja).
Kajian Clifford Geertz (1983) di Jawa dan Bali menunjukkan hal yang sama iaitu
masyarakat yang taat beragama Hindu dan hidup soleh memiliki etos kerja yang tinggi.
Ini terbukti kerana beberapa daerah yang terkenal dengan pusat industri, perdagangan dan
pertukangan seperti Pekalongan, Kudus, Majalaya adalah daerah-daerah yang majoriti
penduduknya terdiri daripada kaum santri (alim). Hal yang sama juga dibuktikan oleh Gerhard
Lenski melalui kajiannya di Detroit, Amerika Syarikat.

Dalam Kristian; Nabi Isa a.s mengetengahkan ajaran “Thou shall Love thy neighbor as thyself”
bermaksud cintailah jiranmu sebagaimana kamu mencintai diri sendiri. Melalui kitab Bible
samada Old Testament atau New Testament, ikutan pada Ten Commandments menggambarkan
akhlak Jesus yang tinggi untuk diikuti. Antara prinsip utama Kristian ialah manusia wajib
mencintai Tuhan dan melayan semua manusia secara adil dan hidup bersama aman damai.
Sambutan krismas membawa mesej keamanan sejagat dan memupuk perasaan muhibah
untuk semua. Protestan dapat menyumbangkan kemakmuran ekonomi dan industri moden
di England dan Eropah Barat. Ini terjadi kerana mereka berpegang pada etika Protestan
(Protestant ethic) iaitu percaya bahawa Tuhan berharap penganut Kristian yang baik akan
bekerja kuat, menabung, melabur, dan menunjukkan inisiatif perniagaan (the belief that God
expects good Christians to work hard, to save, to invest their savings, and to show business
initiative) (Weber, 1930).
Etika Protestan juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk pembangunan
rakyat Amerika Syarikat ke arah mewujudkan peribadi yang tahan lasak, semangat daya usaha,
kegiatan perusahaan dan kejayaan kewangan. Ini kerana, lazimnya agama menggalakkan
manusia melaksanakan aspek-aspek yang positif dalam kehidupan.
Konfusiusme; menekankan tema yang sama bagi tujuan keharmonian sejagat (tiada peperangan).
Konfusianisme (551~479 SM) menekankan nilai dan sifat moral mulia-perikemanusiaan (ren),
kesusilaan (li), ketaatan kepada ibubapa (xiao). Ia merupakan susunan falsafah dan etika yang
mengajar bagaimana manusia bertingkah laku. Konfuciusmenetapkan setiap manusia perlu
berusaha menjadi baik. Beliau menekankan kepatuhan kepada nenek moyang dan konsep
keseimbangan alam. Perkara yang sama turut ada dalam ajaran Jainisme, Sikhisme, Bahai dan
Toisme.
Ajaran Konfucius menekankan aspek mementingkan akhlak yang mulia dengan
menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. Penganutnya
diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.
Konfusianisme telah membangunkan satu bentuk etika yang bersifat kemanusiaan dalam dunia
yang berpusat kepada manusia. Bagi Konfusianisme keperihatian yang utama adalah terhadap
kehidupan sosial pada masa kini. Persoalan bagaimana untuk mengharmoniskan kehidupan di
dunia adalah asas teoritikal dan praktikal yang perlu diselesaikan. (Prof. Y. King (1997) dalam
Dr Abdul Halim (2008))
Segala sesuatu hendaklah bertindak mengikut zhengming iaitu kedudukan masing-
masing. Perlaksanaan tanggungjawab dan peranan tersebut haruslah pula diasaskan kepada nilai
keadilan (yi) dan nilai kemanusiaan yang berpaksikan kepada kasih sayang atau kemanusiaan
(ren). Intisari konsep ren ialah zhong (taat setia) dan shu (memaafkan atau mengutamakan
orang lain). Zhong bererti berusaha sedaya upaya untuk mencapai sesuatu. Sifat ini akan
membawa kepada ketaatan atau kepatuhan, saling percaya mempercayai dan pengabdian.
Manakala sifat Shu (kemaafan) pula membawa makna mengawal perasaan dan keinginan
supaya tidak melakukan kepada orang lain sesuatu yang diri sendiri tidak menginginkannya.
Sifat ini membawa sifat dermawan, toleransi dan simpati. (Cheng Gek Nai, 1997).
147
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Konsep ren merupakan pengendalian hubungan di antara diri kita dengan orang lain.
Diri merupakan intisari sebagai titik tolak perhubungan dengan orang lain. Konsep insaf
diri membawa dua erti, iaitu insaf kelebihan orang lain sebagai teladan untuk belajar dan
insaf keburukan orang lain sebagai iktibar untuk diri kita menjadikannya sebagai sempadan
(Dr. Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Kata Konfusius dalam Lun Yu; “Orang mulia mencari
kesalahan pada diri sendiri, orang hina mencari kesalahan pada orang lain”. Konfusius juga
berpegang kepada konsep ming atau takdir. Kata Konfusius “manusia agung sentiasa gembira,
manusia kecil selalu berdukacita”. Pemikiran etika Konfusianisme dipetik melalui kitab-kitab
yang dikarangnya seperti kitab Madah (Shi), Muzik (Yue), adat (Li), kitab tentang perubahan
(N) maupun melalui susunan anak-anak murid beliau seperti Kitab Analect atau Lun Yu, The
Great Learning dan lain-lain. Mengikut Benjemin I. Schwartz (1985), kitab Analect banyak
mengandungi ajaran sosio-politik yang normatif, perlakuan-perlakuan yang baik, ritual,
perayaan dan etika. Aturan etika Konfusianisme adalah berpaksikan kepada Tian (langit/tuhan)
atau Dao. Penekananya yang utama adalah konsep terhadap keluarga, kesopanan dan solidarity
atau persaudaraan.
Konfusianisme menekankan lima bentuk hubungan (wu lun) iaitu; antara pemerintah
dengan rakyat, ayah dengan anak, abang dengan adik, sahabat dengan sahabat dan suami
dengan isteri. Bagi Konfusianisme, daripada keluarga akan berkembang menjadi masyarakat,
seterusnya negara dan dunia. Kesemua konsep etika yang dikembangkannya diasaskan kepada
ren atau kemanusiaan.

Taoisme;Lao Tze dengan bukunya “The Way and Virtue” mengandungi ajaran: penekanan
unsur-unsur primitif untuk mencapai kehidupan yang abadi, Antimaterialisme iaitu penganut
diajak meninggalkan hal-hal duniawi supaya memperolehi tempat yang baik pada hari akhirat
dan banyak menggunakan pendekatan batin untuk mewujudkan perpaduan masyarakat.
Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab mereka
untuk mengembalikan keharmonian. Konsep asas Taoisme ialah wuwei, iaitu kehidupan yang
menekankan ketenangan atau kesederhanaan dan mengelakkan daripada sifat agresif atau
kekerasan. Konsep ini bermaksud jangan berbuat sesuatu, tetapi hendaklah mengikut hukum
alam. Konsep ini membawa maksud jalan menguasai persekitaran itu adalah melalui cara
memahami alam dan seterusnya membentuk satu tindakan yang bersesuaian dengan alam
(www.chebucto.ns.ca/Philosophy/Taichi). Ajaran Taoisme diasaskan kepada kehidupan yang
mudah, spontan dan falsafahnya memberi tumpuan terhadap penyesuaian manusia terhadap
alam. Kecurian, pembunuhan, rompakan dan perang merupakan usaha manusia mengejar
benda yang mereka tidak dapat dengan cara baik. Jika manusia tidak mengejar benda-benda
tersebut, maka, wujud keamanan secara semula jadi dan tidak perlu kepada kawalan undang-
undang. (Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan 2001).
Sikh merupakan kelompok agama minoriti di Malaysia. Ia dianuti oleh sebahagian
besar daripada 90 ribu etnik India berketurunan Punjabi di negara ini. Agama Sikh banyak
menyentuh kod moral dan kerohanian serta semangat kemanusiaan tanpa mengira latar belakang
agama, bangsa dan gender dalam masyarakat. Agama Sikh merupakan agama monoteisme dan
kepercayaan utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang satu, iaitu bersifat nirankar (tidak
berbentuk), abadi, amat berkuasa dan manusia tidak dapat menghuraikannya. Penganut Sikh
percaya bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua dan Tuhan sajalah yang mempunyai segala
sifat kesempurnaan.
Gobind Singh (1675-1708) memperkenalkan persaudaraan khalsa bagi tujuan
memperkasa identiti Sikh dengan memakai lima simbol utama yang dikenali sebagai 5K, iaitu
kesh (rambut panjang), kangha (sikat), kara (gelang besi), kirpan (pedang kecil) dan kachera
(seluar jerut). Penganut Sikh dikehendaki menghormati simbol 5K demi kesejahteraan hidup
dan penerimaan agama Sikh.

148
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Pendekatan Menyamakan Fungsionalisme Mengambilkira Fungsi Islam di Malaysia

Dalam konteks Malaysia, dengan mengfokuskan kepada agama Islam sebagai agama rasmi,
ia mengemukakan pelbagai pendekatan ke arah perpaduan yang baik. Pendekatan yang
dikemukakan ini boleh dipraktikkan secara strategis atau secara tidak lansung.

1. Menghayati Asas Hubungan sosial Islam


Asas hubungan sosial Islam amat mudah tetapi penuh bermakna jika diamalkan. Asasnya ialah
saling faham memahami antara satu sama lain, saling bekerjasama, bersaudara, kasih sayang,
saling jamin menjamin dan hormat menghormati.

2. Mematuhi prinsip Kebebasan Beragama

Bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan
ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali
ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.”(al-Baqarah 2 :256)

Bermaksud: “Saya (orang Islam) tidak beribadat seperti anda (non-Muslim) dan anda tidak
beribadat seperti saya (muslim) bagi anda agama anda bagi saya agama saya” (al-Kafirun
109:3-6).

3. Mengelakkan Ekstremisme, Cauvanisme dan Fanatisme


Dalam konteks bahasa, Ekstremisme bermaksud melampaui batas keseimbangan apabila
mentafsir atau melaksanakan sesuatu peraturan, Chauvanisme pula ialah menganggap cara
kumpulan/etnik adalah terbaik,fikiran orang lain mesti ditolak dan ditentang. Manakala
fanaticism/membabi buta adalah melaksanakan sesuatu pendekatan sendiri tanpa memperduli
pendapat orang lain. Sepanjang pengamatan penulis, semua agama popular dunia menafikan
aktiviti ini. Contoh Cauvanisme, ekstrimisme, fanaticisme seperti pembunuhan Indira Ghandi
oleh pelampau sikh, Pembunuhan rakyat Palestine oleh rejim Zionis, Peperangan dunia kedua
dicetuskan oleh Nazisme-Hitler dan pembersihan etnik di Bosnia. Gejala seumpama ini wujud
tanpa mengira bangsa, etnik atau agama.

4. Berdialog secara aman dan Bijaksana


Kepelbagaian agama dan kepercayaan perlu dimanfaatkan. Kaedah memanfaatkan kepelbagaian
ialah melalui dialog antara agama, mengharmonikan hubungan antara pelbagai komuniti agama
dan menangani ekstremisme agama.


149
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Muslim dan non-Muslim hendaklah sentiasa berdialog dan berinteraksi antara satu
sama lain. Adab-ada berdialog; menerima pluraliti/jamak agama dan menghormati perbezaan
pendapat sebagai fitrah, mengelakan cemuhan budaya,etnik dan agama lain, Bersopan santun
dan berbudi bahasa dalam berdialog. Firman Allah SWT:

Bermaksud: “maka hendaklah anda berkata kepadanya dengan perkataan yang lembut,semoga
dengan demikian ia akan sedar dan insaf”(surah Taha 20:44).

5. Menerima bahawa semua manusia dari keturunan yang sama (Adam dan Siti
Hawa)
Agama Kristian, agama Islamdan beberapa kepercayaan lain, bahkan Yahudipun memperakui
bahawa keturunan manusia bermula dengan nabi Adam a.s. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan
kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan
- lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta
dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat
kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.(an-Nisa 4:1)

6. Satu kemanusiaan Sejagat dan Keadilan sejagat


Kefahaman dan komitmen terhadap isu kemanusiaan yang sama. Manusia amnya menerima
kebersamaan nilai samada nilai moral, nilai keagamaan dan nilai kesejagatan seperti konsep
“Unity in Diversity”. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-
orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-
kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir
kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maidah 5:8)
150
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kerjasama antara budaya memenuhi kebaikan bersama manusia. Antara nilai-nilai


moral sejagat seperti: baik hati, berhemah, berbudi, benar, jujur, rajin, kerjasama dan semangat
bermasyarakat.

7. Aplikasi Adab dan Prinsip-prinsip Islam yang mengikat etnik dan agama
Adab Pergaulan dalam kehidupan Muslim dan Non Muslim seperti: kemesraan komunikasi,
ziarah menziarahi, mengambil berat, saling hormat menghormati seterusnya;menjaga hak-
hak jiran, hubungan kekeluargaan sekalipun berlainan agama, memberi saraan nafkah
kepada saudara dan jiran non-muslim, adab perbahasan/perbincangan dengan non-muslim
dan menziarahi ketika sakit.
Prinsip-prinsip Islam tentang nilai kemanusiaan penghubung kepelbagaian etnik/
agama seperti:kebebasan dari sebarang paksaan, penghinaan, perhambaan, kebebasan
beragama. Pemufakatan dalam pemerintahan. Keadilan-penghukuman, pengagihan kekayaan,
pendidikan dan sebagainya.

8. Amalan Konsep kejiranan


Semangat Kejiranan seharusnya merupakan satu sikap dan tanggungjawab dalam kalangan
penduduk agar keharmonian antara etnik sentiasa wujud.Semangat kejiranan yang ingin
dipupuk adalah seperti unsur berikut;bangga dan sayang kepada kawasan, kenal mengenali
dan tolong menolong, penduduk mengganggap sebagai satu masyarakat, bertanggungjawab
terhadap keharmonian dan keamanan jiran dan muafakat dalam melaksanakan aktiviti.
Konsep penghayatan kejiranan boleh dipraktikkan; hubungan di tempat kerja, di institusi/
organisasi, melalui aktiviti sosial, aktiviti rekreasi, kebajikan dan lain-lain lagi.

KESIMPULAN

Dalam konteks Malaysia, rakyat perlu mengambilkira Rukun Negara yang memperuntukkan
Kepercayaan kepada Tuhan. Kenapa? Kerana ia secara fungsionalnya mengsejahterakan
hidup. Agama dan kepercayaan masyarakat Malaysia; Islam, Kristian, Hindu, Sikh,
Buddhisme, Taoisme, Konfusius dan tradisional/animisme/paganisme secara asasnya
memenuhi keperluan pemerintahan, kesenian, kewujudan tamadun, sumber nilai moral,
pendorong dan pengesahan program pembangunan, penyatuan, semangat kebangsaan dan
perpaduan nasional (Shamsul Amri, 2007) .

BIBLIOGRAFI

Al Quran al-Karim.
Abdul Halim Ramli dalam http://abdulhalimramli.blogspot.com/2008/10/pemikiran-falsafah-
klasik-cina-tokoh.html) berkenaan pernyataan Dr. Ubaidullah Mohd Nasir, 2000 dan Wang
Daiyu (1619) bukunya Zhenjiao Zhenquan.
Benjemin I. Schwartz (1985)The World of Thought in Ancient China, Harvard University Press.
Cheng Gek Nai, Osman Bakar (1997), Islam and confucianism a civilizational dialouge, Kuala
Lumpur University Of Malaya Press
Durkheim, E. 1915. The elementary forms of the religion life . terj. Joseph Ward Swain,
London: Allen & Unwin
Ibn Khaldun, (1967), The Muqaddimah: An Introduction to History, Franz Rosenthal, N. J.
Dawood, Princeton University Press,
Osman Bakar (1997)Islam and Confucianism a civilizational dialogue, Perpustakaan Tun
Abdul Razak, UiTM.
Shamsul Amri, DKK., 2013. Hubungan Etnik (modul teras IPT), Institut Kajian Etnik Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

151
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan (2001) Tamadun dunia, Ed. 2 Shah
Alam, Fajar Bakti
Smith, Wilfred, C. 1963. Memburu makna agama. Terjemahan Landung Simatupang. Bandung:
Mizan.
S.H Nasr (1997), Man and Nature: The Spiritual Crisis in Modern Man, ABC International
Group Inc.
Taylor, E.B. 1871. Primitive culture, research into the development of mythology, philosophy,
religion, language, arts and customs.London: John Murray
Tu, Weiming (pnyt.). (1996), Confucian traditions in East Asian modernity. Cambridge, MA:
Harvard University Press.
Weber, M (1930). The Protestant ethics and the spirit of capitalism. New York: Scriber.
www.chebucto.ns.ca/Philosophy.Taichi/lao

152
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

SEJARAH GERAKAN ISLAMISASI ILMU DALAM RUANG


SOSIAL MASYARAKAT ARAB HADRAMI DI NUSANTARA
1
Nurulwahidah Fauzi, 2Nor Adina Abd Kadir
1
Islamic Science University of Malaysia
2
UiTM, Alor Gajah, Melaka

PENDAHULUAN

Gagasan Islamisasi, sebagai fenomena arus modenisasi amat menarik untuk dicermati
oleh para pengkaji kerana ia muncul sebagai reaksi kepada perkembangan pengetahuan
moden yang didominasi peradaban Barat. Istilah “Islamisasi” dalam bahasa Arab disebut
sebagai “Islamiyyat al-Ma’rifat” dan dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Islamization
of Knowledge”. Terminologi Islamisasi menurut kamus dewan diertikan sebagai usaha
atau proses menjadikan patuh kepada atau sejajar atau sesuai dengan ajaran agama Islam.
Ia juga merujuk kepada perihal mengislamkan.1
Definisi yang diulas oleh Kamus Dewan amat tepat dengan peristiwa sejarah
bermulanya proses islamisasi ini iaitu seawal zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat
dengan turunnya al-Quran, sekaligus merubah merubah watak, perangai dan minda orang
Arab daripada kehidupan jahiliyah ke arah proses ketamadunan dengan ketinggian budi
pekerti. Al-Quran juga mendidik umat Islam merubah pandangan hidup mereka mengenai
alam semesta dan kehidupan dunia. Pengislaman ilmu ini diteruskan oleh para sahabat,
tabi’in dan ulama-ulama sehingga umat Islam mencapai kegemilangan dalam ilmu.
Oleh itu, islamisasi dalam erti kata yang sebenar bukanlah perkara baru. Pada “zaman
pertengahan,” Islamisasi telah dilakukan khususnya oleh para teologi Muslim seperti
al-Ghazali, Fakhruddin al-Razi, Sayfuddin al-Amidi dan lain-lain. Dengan pengetahuan
Islam yang mendalam, mereka menyaring filsafat Yunani kuno untuk disesuaikan dengan
pemikiran Islam. Sebagai hasilnya, ada hal-hal dan filsafat Yunani kuno yang diterima
dan ada juga yang ditolak.
Abad ke 19M menyaksikan fenomena islamisasi Ilmu sebagai salah satu gagasan
yang berusaha mengangkat dinamika baru melalui re-orientasi dan transformasi ajaran
Islam dengan membanteras dominasi peradaban sekuler yang berusaha menjatuhkan
kredibiliti dunia Islam, seiring dengan kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada
tahun 1920M. Sekelompok besar golongan mujaddid yang berusaha untuk membawa
umat Islam ke arah kebangkitan Islam tanpa menolak kehidupan moden antaranya ialah
Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, dan Isma’il Raji al-Faruqi.2 Beliau
berupaya menggabungkan nilai etika dan agama dengan ilmu pengetahuan moden.
Proses islamisasi ilmu pengetahuan tidak diarahkan untuk menolak pengetahuan yang
ada. Kecuali itu, ia merupakan upaya holistik dalam upaya integrasi dua kajian, wahyu
dan alam, untuk menemukan alternatif metode pengetahuan yang mampu mengeluarkan
manusia modern dari krisis peradaban destruktif. Al-Faruqi mengatakan bahwa ilmu
pengetahuan tidak semuanya bertentangan dengan nilai-nilai Islam, sehinga menurutnya,
islamisasi pengetahuan adalah melakukan penyaringan dari ilmu pengetahuan yang telah
ada dengan mempertimbangkan nilai-nilai Islam.3
Setelah berabad lamanya, usaha bagi memperjelaskan islamisasi ilmu pengetahuan
pertama kali dibincangkan kembali oleh Syed Hossein Nasr, pemikir muslim Amerika
kelahiran Iran, tahun 60-an. Beliau menyedari akan adanya bahaya sekularisme dan
1 Kamus Dewan (2004), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2 Muhammad al-Bahiy, 1968. Pemikiran Islam Moden. Jakarta: Pustaka Panji Emas, h.30.
3 Al-Faruqi, 1982. Tauhid: Its Implementations for thought and life. Wynccote USA: The International
Institute of Islamic Thought, hlm.17
153
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

modernisme yang mengancam dunia Islam, karena itulah beliau meletakkan asas
untuk konsep sains Islam dalam aspek teori dan praktikal melalui karyanya Science
and Civilization in Islam (1968) dan Islamic Science (1976).4 Setelah itu, gagasan ini
kemudiannya dikembangkan secara meluas oleh Syed M. Naquib al-Attas sebagai projek
“Islamisasi” yang mulai diperkenalkannya melalui Konferensi dunia mengenai Pendidikan
Islam yang pertama di Mekah pada tahun 1977. Konferensi ini merupakan kali pertama di
mana beliau mengupas dan menegaskan akan perlunya Islamisasi pendidikan, Islamisasi
sains dan islamisasi ilmu melalui makalah yang berjudul “Preliminary Thoughts on the
Nature of Knowledge and the Definition and Aims of Education”. Idea ini kemudian
disempurnakan dalam bukunya, Islam and Secularism (1978) dan The concepts of Education
in Islam A Framework for an Islamic Philosophy of Education (1980). Persidangan inilah
yang kemudian dianggap sebagai pembangkit proses Islamisasi selanjutnya. Beliau
mentakrifkan Islamisasi sebagai “ the liberation of man first from magical, mythological,
animistic, national-cultural tradition, and then from secular control over his reason and
his language.”  Definisi Islamisasi ini jelas berusaha memperjuangkan Islamisasi sebagai
pembebasan manusia, pertama daripada tradisi tahyul, mitos, animisme, kebangsaan dan
kebudayaan dan selepas itu (pembebasan akal) dan bahasa daripada pengaruh sekularisme.
Bagi beliau Islamisasi ialah proses dua hala : pembebasan diri dan pengembalian diri
kepada kejadian asalnya, kepada fitrah, sekali gus berusaha memandang modernisasi
yang berkembang dalam bingkai Islam.5
Ringkasnya, gagasan Islamisasi ilmu kontemporer yang diformulasikan Syed
Muhammad Naquib al-Attas merupakan suatu “revolusi epistemologis” yang meru­pakan
merupakan jawaban terhadap krisis epistemologis yang melanda bukan hanya dunia Islam
tapi juga budaya dan peradaban Barat.

Islamisasi Dalam Ruang Sosial Masyarakat Arab Hadrami di Nusantara


Peristiwa Islamisasi ilmu dan gerakan tajdid islah mempunyai perkaitan yang amat erat.
Ini kerana gerakan pembaharuan Islam,atau lebih dikenali sebagai gerakan tajdid dan
Islah adalah “work: persistent, industrious work, not just words to be said, speeches and
lectures to be delivered, or books and articles are indeed required, they are merely parts
of a movement, not the movement itself”. Hal ini telah disebut di dalam al-Quran yang
bermaksud; Allah the Almighty says, Work, and Allah, His Messenger and the believers
will see your work [Surat al-Tawba: 1 05]. Definisi ini secara jelasnya merujuk kepada
keperluan suatu gerak kerja di dalam memperbaiki masyarakat, iaitu melalui proses
islamisasi ilmu atau melalui proses pembaharuan terhadap kefahaman Islam daripada
tahap sedia ada kepada tahap yang lebih baik.
Sejarah menyaksikaan gelombang kebangkitan baru melalui gerakan pembaharuan
ilmu dan tajdid agama, keberhasilan daripada penjajahan Eropah ke atas dunia Islam.
Maka tidak menghairankan bahawa istilah Islamic revival di dalam bahasa Inggeris
menurut Dictionary of Oxford menyatakan “the support for an increased influence of
Islamic values on the modern world as a response to Western and secular trends”. Pola
kebangkitan masyarakat Islam dunia terhadap penjajahan Eropah dapat disaksikan melalui
gerakan para ulama tajdid seluruh dunia, antaranya kebangkitan Hajji Shariat Allah dan
gerakan Faridi di Bengal, Ahmad Brelwi di India, Imam Shamil di Caucasus, ‘Abd al-
Qadir di Algeria dan Muhammad Ahmad di Sudan.
Selain itu, muncul juga gerakan Islam yang lain, yang dinamakan gerakan
modernis dengan diketuai oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani (1838-1897M), dengan
seruan dan menyebarkan propoganda ke arah penyatuan agama Islam dengan menyokong
pembaharuan yang dilakukan oleh Eropah, sehingga beliau sendiri mempunyai harapan
besar di dalam kata-katanya, iaitu;
4 Rosnani hasyim 2005
5 Syed Naquib al-Attas. 1984. Islam and Secularism. Delhi: Hindustan Publication.
154
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

“I cannot keep from hoping that Muhammadan society will succeed someday in
breaking its bonds and marching resolutely in the path of civilization after the
manner of Western society”.6

Para pejuang Arab di kalangan modernis telah mempromosikan idea pembaharuan
dari aspek pendidikan bagi menginterpretasikan Islam dengan cara yang lebih bersesuaian
dengan iklim dan suasana dunia moden hari ini. Idea yang diaplikasikan daripada
tokoh mujaddid tersohor iaitu Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhd Abduh, dengan
mengambil kira bahawa kemunduran yang berlaku dalam kalangan umat Islam adalah
kegagalan untuk mempertahankan kedudukan sebagai penguasa dunia dan disebabkan
ketinggalan dengan arus kemodenan hari ini.7 Menariknya, idea yang diperkenalkan oleh
al-Tahtawi (w.1873) dan Muhammad Abduh (w. 1905) telah mambantu kebangkitan rakyat
di negara seumpama Mesir, Turki, Iran, Indonesia dan India, yang mana para pejuang di
negara-negara ini bersatu mengangkat semula prinsip falsafah Islam, yang menegaskan
bahawa ilmu wahyu dan ilmu rasional mampu digabungkan bersama di dalam kehidupan.
Di Turki, sepanjang 1860, ketika mana Kaum Muda di Turki memprotes kerajaan
Uthmaniyyah mengenai institusi dan prinsip politik yang dibangunkan oleh Barat, Jamal
al-Din al-Afghani meskipun menjalankan misi yang sama, beliau turut inginkan suatu
metod dan alat bantu yang mampu membanteras dominasi Barat ke atas dunia Islam.
Di India, ketika mana British telah memusnahkan kerajaan Mughal pada tahun 1857,
penekanan yang diberikan oleh beliau juga adalah tentang keutamaan pendidikan. Di
Indonesia, sewaktu Indonesia di tadbir oleh Belanda, juga terdapat gerakan-gerakan
Islam yang berusaha gigih untuk menjadikan kurikulum moden dan agama serta sains di
gabungkan bersama.
Gerakan pembaharuan Islam yang dilakukan dalam kalangan masyarakat Arab
Hadrami adalah berhasil daripada kaedah yang digunapakai oleh Syed Jamaluddin al-
Afghani. Gerakan pembaharuan yang dilakukan oleh kelompok masyaraat Arab Hadrami
adalah dengan kerjasama kolektif dengan menubuhkan organisasi dengan ketua yang
bertanggungjawab. Keterlibatan tokoh Arab di dalam gerakan Islam di sekitar Nusantara
terlihat jelas di dalam pelbagai strategi yang dilakukan di dalam aspek seperti bidang
pendidikan, politik, sosial dengan berusaha membasmi kemiskinan, penyakit and facing
up to those suspect institutions that make social and philanthropic work a tool for altering
the Nation’s identity and weakening its ties with its creed.8
 
Gerakan Islamisasi di Indonesia oleh Ulama Arab Hadrami
Proses dan gerakan islamisasi ilmu di indonesia dimulakan oleh masyarakat Arab Hadrami
hasil daripada tindak balas terhadap sistem pendidikan sekular dan proses pembaratan
yang dilakukan oleh pihak Belanda kepada masyarakat tempatan di indonesia. Kekangan
yang dilakukan terjadi disebabkan faktor 1) keterbatasan bahan-bahan pengajaran
untuk sekolah dan bahan rujukan dari Mesir untuk agama dan Bahasa Arab sehingga
menyebabkan masyarakat Islam terpaksa memanfaatkan buku-buku yang disediakan dari
Belanda, 2) Mereka juga tidak berjaya untuk menyediakan seluruh tenaga pengajar dari
kalangan sendiri, terutama untuk mengajar mata pelajaran bukan agama sehingga mereka
memanfaatkan alumni sekolah yang didirikan oleh Belanda seperti HIK, Sekolah Normal,
AMS dan sekolah-sekolah tinggi lain. Sistem pendidikan dan kurikulum yang terpakai
pada saat itu dijalankan melalui beberapa kaedah sebagaimana berikut.

6 Kurzman, 2002, p. 108


7 Abba Idris 2014. “ Islamic Civilization In The Face Of Modernity: The Case Of Jamal Al-Din Al-Afghani
And Muhammad Abduh” dalam Proceeding of the Social Sciences Research, 9-10 June 2014, Kota Kinabalu,
Sabah, MALAYSIA.
8 http://www.oxfordislamicstudies.com/article/opr/t236/e0682
155
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Penubuhan Sistem Pendidikan Islam melalui Institusi Jamiat al-Khair


Terdapat gerakan-gerakan Islam yang muncul di Indonesia yang memperjuangkan
gerakan reformis dengan memberi penekanan kepada pembangunan dan perkembangan
pendidikan keagamaan seperti Jamiat al-Khair, al-Irsyad dan Muhammadiyyah. Gerakan
pertama yang mendahului reformasi di Indonesia ialah Jamiat al-Khair yang ditubuhkan
pada 17 Julai 1905 di Jakarta. 9
Jamiat Khair berdiri pada tahun 1901 M/1319 H dan merupakan badan sosial
Islam pertama yang berorganisasi di Indonesia. Jamiat Khair berasal dari bahasa Arab
“ja’miat”yang bererti “perkumpulan” dan “khair” yang bererti kebaikan, maka Jamiat
Kheir bererti “Perkumpulan Kebaikan”. Majoriti anggota Jamiat Khair adalah orang
Arab dari golongan orang berada sehingga waktu mereka banyak diberikan pada seluruh
kegiatan Jamiat Khair tanpa mengganggu mata pencarian mereka. Tertubuhnya Jamiat
Khair merupakan reaksi dari sikap pemerintahan kolonial Belanda yang melakukan
diskriminasi terhadap masyarakat Indonesia secara umum dan masyarakat keturunan
Arab secara khusus. Tekanan yang diberikan bukan sahaja dari aspek politik bahkan dari
sudut ekonomi masyarakat Arab turut dikenakan. Pihak kolonial Belanda turut menyekat
ruang berdakwah kepada masyarakat Indonesia.
Jamiat Khair mempunyai dua kegiatan utama iaitu, pertama, pembinaan sekolah dasar
(sekolah rendah) dan kedua menghantar seramai mungkin anak-anak muda ke Turki bagi
melanjutkan pelajaran mereka di bumi asal. Di peringkat sekolah dasar pelajar tidak
hanya diajarkan ilmu agama semata tetapi turut diajar mata pelajaran yang lain seperti
sejarah, matematik, bahasa Inggeris dan Geografi. Manakala dari sudut kurikulum sekolah
disusun dengan baik dan rapi serta pentadbiran dan pengurusan sekolah dikelola dengan
baik. Oleh itu, dilihat Jamiat Khair termasuk dalam salah satu gerakan pembaharuan
pendidikan Islam di Indonesia.
Dalam menghadapi gerakan umat Islam di Indonesia, pemerintah kolonial Belanda
telah bersikap tidak adil. Ia dapat dilihat apabila, pemerintah kolonial Belanda memberi
kelonggaran kepada misionaris kristian bergerak dan memudahkan dalam urusan bantuan
dana. Manakala bagi gerakan Islam di Indonesia kolonial menetapkan syarat yang ketat
dan tidak boleh menjalan hubungan dengan negara-negara Arab. Bukan itu sahaja, kolonial
juga melarang pendakwah-pendakwah Islam menyebar dakwah kepada masyarakat di
daerah yang masih berpegang kepada anutan animisme.10
Salah satu contoh tekanan pemerintah Kolonial Belanda terhadap umat Islam di bidang
pendidikan adalah pendirian Hollands Inlandse School (HIS) yang berusaha untuk
menjauhkan anak-anak Indonesia dari adat istiadat serta agama keluarganya. Mereka yang
ingin menyertai ilmu di HIS tidak boleh memakai kain sarung dan seluar panjang tetapi
harus memakai seluar pendek paras lutut. Pada tahun 1860, pemerintah kolonial Belanda
telah melaksanakan peraturan “Vreemde Oosterlingen” yang mana telah menggolongkan
masyarakat berketurunan Arab serupa dengan masyarakat Timur dan membataskan
pergerakan mereka. Masyarakat berketurunan Arab mestilah tinggal di daerah tertentu
dan asing dari masyarakat tempatan. Justeru, lahirlah “Kampong Arab” di beberapa
kawasan di Indonesia seperti Kampung Turki di Aceh dan Rabithah Alawiyah di Jakarta
Pusat dan setiap orang yang keluar masuk kampung tersebut diwajibkan memiliki pasport
perjalanan (surat izin jalan).

“...para emigran Arab di Batavia sejak tahun 1884 telah berhasil membentuk
Kampoeng Arab yang dikepalai oleh seseorang dengan jabatan Kapten yang
bertugas menjadi penghubung antara para imigrant dengan pemerintah Hindia
Belanda. Selain kesibukan mereka dalam dunia perdagangan, mereka juga sibuk
9 Abu Bakar Basalamah, Jamiat Kheir dan Al-Irsyad (Yogjakarta : Tidak diterbitkan, 1984), hal.1
10 H. Muhammad Syamsu AS. Ulama Pembawa Islam di Indonesia dan sekitarya. (Jakarta : Lentera, 1995) h.
299
156
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

melaksanakan dakwah Islamiyyah dan sosial keagamaan, walaupun kegiatan


tersebut tidak disenangi oleh pemerintah Hindia Belanda. Kebebasan gerak mereka
sangat dibatasi, hal ini dapat dilihat dengan adanya peraturan yang mengharuskan
setiap orang Arab yang harus berpergian harus memiliki pas jalan.11

Antara sumbangan besar Jamiat Khair kepada masyarakat adalah dengan membawa
masuk pengajar dari luar negeri dan daerah bagi tujuan menaikkan kualiti sekolah dan
pendidikan para pelajar. Para pengajar yang datang dari luar negeri umumnya mempunyai
kemampuan yang lebih terutama dalam bidang agama dan bahasa Arab. Antara tokoh
pengajar yang dijemput dari tanah Arab adalah Ahmad Surkati dari Sudan, Syeikh
Muhammad Thalib dari Maroko, dan Syekh Muhammad Abdul Hamid dari Makkah.
Namun Ahmad Surkati dilihat paling menonjol dan berperanan dalam pembaharuan Islam
di Indonesia.
Pada tahun 1908 Jamiat Kheir menjalin hubungan dengan tokoh-tokoh Islam di
Timur Tengah seperti Sayid Ali Yusuf penerbit surat khabar Al-Muayyad, Ali Kamili,
pemimpin redaksi surat khabar Al-Liwa, Abdul Hamid Zaki penerbit surat khabar As-
Siyasah al-Musawarah, Ahmad Hasan Tabarah penerbit majalah Samaratul Funun Bairut,
Muhammad Said Al-Majzub penerbit surat khabar Al-Qistatul mustaqim, Abdullah Gasim
pimpinan redaksi surat khabar Syamsul Haqiqah, serta Muhammad Baker Bik pimpinan
redaksi surat khabar Al-Adel.12Jamiat Kheir kemudian mendirikan percetakan huruf Aab
“Setia Qesaha” pada 31 Mac 1913 dan diterbitkan dalam satu kolum “Oetoesan Hindia”
yang dipimpin oleh Umar Said Cokroaminoto.13
Guru yang terkenal di Jamiat Khair ialah syeikh Muhammad Noor yang pernah
belajar di Universiti al-Azhar (1899-1906) dan pernah berguru secara langsung dengan
Sheikh Muhammad Abduh di Mesir.14 Pengaruh Abduh terhadap Jamiat Khair adalah
dalam penguasaan bahasa Arab yang mana ianya penting bagi masyarakat mendalami
ajaran Islam bersumberkan al-Quran, Sunnah serta sumber yang lain.15 Pemikiran Abduh
dapat dilihat dalam perlaksanaan kurikulum moden ke dalam pengajaran di sekolah
Jamiat Khair, di mana Abduh pernah melontarkan sebuah pemikiran bahawa agama
Islam sesuai dengan pengetahuan moden.16 Walaupun keahliannya terbuka kepada setiap
orang Islam, namun kebanyakan ahlinya terdiri daripada keturunan Arab Hadrami. Jamiat
Khair ini bergerak dalam bidang sosial dan pendidikan dengan menubuhkan Lembaga
Sosial dan Ekonomi serta Lembaga pendidikan Jamiat al-Khair. Justeru dengan sebab
itu, Jamiat Khair dlihat lebih mengutamakan masyarakat berketurunan Arab khususnya
golongan Sayid. Ini telah memberi satu tindak balas negatif di mana golongan yang tidak
menyetujuinya telah bertindak keluar dan menubuhkan persatuan baru yang dinamakan
al-Irsyad pada tahun 1913.

Penubuhan al-Irsyad
Al-Irsyad ditubuhkan oleh golongan para pedagang dan tokoh yang paling iaitu Syeikh
Ahmad Surkati seorang ulama yang berasal daripada Sudan dan bekas anggota Jamiat al-
Khair. Kemunculan Al-Irsyad adalah sebahagian dari sejarah kebangkitan kaum Hadrami
non-sayyid (nahdah al-Hadramiyyah) di Indonesia. Nahdah bererti kemajuan dan ini dapat
dikaitkan dengan kebangkitan golongan Arab Hadrami non-Sayyid menuju dunia kemodenan
tanpa menghilangkan identiti Hadraminya melalui idea-idea dan institusi pendidikan.
11 Brosur pendidikan IslamJamiat Kheir , 1981, hlmn 15.
12 Ali Ahmad Assegaf. Perbandingan Mazhab Salaf Muhji Atsaris Salaf : Gerakan Salafiyah di Indonesia.
(Jakarta : Permata, 1970) hal. 45
13 Abubakar Aceh. Perbandingan Mazhab Salaf Muhji Atsaris Salaf : Gerakan Salafiyah di Indonesia. (Jakarta
: Permata, 1970) hal. 45
14 Zuhairini, dkk. Sejarah pendidikan Islam. (Jakarta: Bumi Aksara. 1997) hal. 161
15 H. Ahmad Syauqi Al-Gadri. Wawancara Peribadi. Jakarta, 10 Desember 2003
16 H.Muhammad Syamsu As. Op.cit. h. 297
157
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Ketika Syeikh Ahmad Surkati al-Anshary melakukan perjalanan ke Solo untuk


menemui sahabatnya Awad Sungkar al-Urmei, beliau mendapat suatu pertanyaan
mengenai pernikahan antara seorang wanita dari golongan syarifah dengan seorang
lelaki dari golongan non-sayyid. Terhadap pertanyaan yang diajukan tersebut beliau
menjawab bahawa menurut hukum Islam hal tersebut diperbolehkan. Dengan fatwa yang
diberikan tersebut Jamiat Khair dianggap telah membuka tabir suatu rahsia yang tidak
boleh diketahui oleh sesiapapun juga menurut pandangan kaum Baalwi yang merupakan
sebahagian besar pengurus Jamiat Kheir. Perbezaan pendapat antara Syeikh Ahmad
Surkati al-Anshary dan pengurus Jamiat Khair semakin memuncak. Ia tidak terbatas pada
masalah persamaan antara syarifah dan non-sayyid sahaja tetapi turut meluas ke masalah
hukum Islam lainnya.
Dari segi kegiatannya, al-Irsyad juga seperti Jamiat Khair yang bergiat aktif
di lapangan pendidikan. Bagaimanapun kegiatan al-Irsyad lebih luas dan lebih besar
pengaruhnya kepada masyarakat berbanding Jamiat Khair. Falsafah pendidikan al-Irsyad
berasal dari pernyataan bahawa “selama ini Islam telah menjadi corrupt”. Menurut mereka,
Islam adalah sebuah agama yang suci dan ia telah berubah kepada satu bentuk kegiatan
tahyul, dan kekacauan sehingga dunia Islam berada dalam kemunduran kegelapan. Oleh
itu, menurut pendokong al-Irsyad satu-satunya solusi bagi dunia Islam adalah kembali
kepada Islam yang benar iaitu bersumberkan al-Quran dan Sunnah.
Organisasi al-Irsyad bergerak dalam bidang pendidikan formal dengan mendirikan
Madrasah dan sistem pengajaran diambil dari prinsip pembaharuan yang dibawa oleh
Muhammad Abduh dan Rashid Rida17 . Madrasah itu dikenali sebagai Madrasah al-
Irsyad al-Islamiyah. Pada peringkat awal, gerakan al-Irsyad kurang menampakkan
ciri-ciri revolusioner, tetapi tujuan tersebut kemudiannya diperluaskan lagi iaitu untuk
melaksanakan dengan jujur perintah dan peraturan Islam menurut ketetapan al-Quran dan
al-Sunnah atau menggalakkan cara hidup Islam yang sepenuhnya. Kewibawaan Syeikh
Ahmad Surkati di dalam hal ehwal pentadbiran diperakui apabila beliau pernah menjawat
jawatan sebagai inspektor (nazir sekolah) bagi sekolah-sekolah Jamiat Kheir. Anggaran
Dasar Al-Irsyad disahkan oleh Gabenor Jeneral pada tanggal 11 Ogos 1915 M. yang
diterbitkan dalam Bahasa Belanda, Melayu, Arab sesuai dengan teks Bahasa Arabnya.18

Al-Irsyad didirikan bagi tujuan mengumpul dan menyimpan dana serta digunakan untuk
keperluan:
a. Menyebarkan adat istiadat Arab yang sesuai dengan ajaran Islam; memberikan
pelajaran membaca dan menulis kepada golongan Arab; meningkatkan pengetahuan
tentang Bahasa Arab dan bahasa lainnya yang perlu.
b. Mendirikan gedung-gedung bagi penerapan tujuan yang tersebut pada nombor (a).
c. Mendirikan perpustakaan dengan mengumpulkan buku-buku yang berguna bagi
pendidikan ilmu pengetahuan dan pembangunan akhlak. al-Irsyad berkembang menjadi
suatu perhimpunan untuk mendirikan sekolah-sekolah benihnya telah disemaikan oleh
Jamiat Khair.

Persatuan Muhammadiyah
Gerakan yang seterusnya merupakan gerakan yang paling berpengaruh di Indonesia.
Gerakan yang dinamakan sebagai Muhammadiyah ini diasaskan dan dipimpin oleh seorang
tokoh reformis yang terkemuka iaitu Haji Ahmad Dahlan (1868 – 1923). Sebagai sebuah
gerakan reformasi, program Muhammadiyah meliputi bidang keagamaan, pendidikan
dan sosial. Dalam bidang pendidikan, reformasi yang dilakukan meliputi dua aspek iaitu
tujuan dan teknik. Menurut Muhammadiyah, tujuan pendidikan adalah ingin membentuk
manusia muslim yang baik budi, alim dalam agama, luas pandangan, memahami masalah
17 Abdul Aziz Dahlan et.al 2002: 366
18 Deliar Noer (1990), Gerakan Moderen Islam di Indonesia, 1900-1942, Jakarta: LP3ES, h. hal. 66.
158
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ilmu keduniaan dan sedia berjuang untuk kemajuan masyarakat. Sementara aspek teknik
pula adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan cara-cara penyelenggaraan pengajaran.
Sebenarnya kegiatan Muhammadiyah dalam bidang pendidikan adalah sebagai
reaksi terhadap sistem pendidikan pesantren dan sistem pendidikan sekular yang didirikan
oleh pemerintah Belanda dan mubaligh Kristian. Bagi mengimbangi situasi tersebut,
Muhammadiyah telah mendirikan sekolah-sekolah yang berlandaskan Islam. Usaha
pertamanya adalah mengubah bentuk lama dengan memperkenalkan sistem organisasi,
pentadbiran,kurikulum dan cara penyelenggaraan yang baik. Mereka menyelenggara
sekolah-sekolah sejenis dengan menambahkan mata pelajaran agama ke dalam kurikulum
yang sedia ada19. Perubahan ini kemudiannya diikuti dengan penubuhan madrasah-
madrasah yang moden berdasarkan rasionalisasi kurikulum, organisasi dan pentadbirannya.
Disamping mata pelajaran agama, turut diperkenalkan mata pelajaran moden seperti
matematik, geografi, sejarah, bahasa Indonesia, bahasa Belanda dan pelajaran menulis
dan membaca huruf latin di samping bahasa Arab di madrasah terbabit.
Madrasah-madrasah Muhammadiyah juga melaksanakan sistem co-education
dengan memberi peluang kepada golongan wanita untuk belajar bersama-sama
dengan golongan lelaki. Dalam peringkat perkembangannya, madrasah-madrasah
Muhammadiyah kemudiannya direalisasikan dalam bentuk perguruan dengan nama Pondok
Muhammadiyah. Oleh itu, Pondok Muhammadiyah merupakan model pembaharuan yang
merupakan penyatuan antara unsur lama dengan unsur baru iaitu antara Islam sebagai
dasar dengan bentuk kurikulum dan teknik penyelenggaraannya yang banyak diambil
daripada sistem Barat. Selain sekolah agama, Muhammadiyah juga mendirikan sekolah
umum yang mengikuti sistem sekolah kerajaan yang sedia ada dan dimasukkan kurikulum
mata pelajaran agama seperti Hollandsch Inlandsche School (HIS) Muhammadiyah,
Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO), Hollandsch Inlandsche Kweek-school(HIK)
Muhammadiyah dan Schakel School Muhammadiyah.20

KESIMPULAN

Masyarakat Arab Hadrami yang ada di Indonesia ini adalah sebahagian masyarakat yang
bermigrasi dengan sumbangan yang signifikan di dalam hal ehwal pendidikan. Kelompok
minoriti ini yang kemudiannya menggagaskan organisasi pendidikan seperti Jamiat Kheir
dan al-Irsyad selain berjaya dalam bidang perdagangan, politik dan keagamaan. Selain
itu, dalam hal integrasi sosial masyarakat Arab Hadhrami lebih terintegrasi berbanding
masyarakat Tionghuo di Indonesia.21 Identiti dan perasaan ke-Araban kelompok minoriti
ini muncul ekoran dari tertubuhnya Jamiat Kheir lagi iaitu sebelum wujudnya al-Irsyad
di Indonesia. Jamiat Khair ditubuhkan bertujuan untuk menyalur bantuan bagi lelaki dan
wanita Arab yang tinggal di Batavia khususnya berkaitan hal kematian ahli keluarga,
perayaan dan pernikahan. Bantuan yang dihulurkan adalah dalam bentuk kewangan dan
barangan seperti makanan, pakaian, kain kafan dan sebagainya.22
Demikian juga, identiti ke-Arab-an atau ke-Hadrami-an juga telah dilihat sejak awal
berdirinya al-Irsyad. Organisasi al-Irsyad menjurus perhatiannya di bidang pendidikan
terutama pada masyarakat Arab selain permasalahan yang timbul dalam kalangan mereka.
Secara rasmi organisasi ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai keperluan-
keperluan seperti pertama, menyelenggarakan adat istiadat Arab dan menyebarkan ajaran
Islam, bahasa Arab, bahasa Belanda dan bahasa-bahasa yang lain dalam kalangan orang-
orang Aran yang telah terdiaspora di Indonesia. Kedua, mendirikan sekolah-sekolah dan
19 Abdul Rahman Abdullah 1992: 255
20 Abdul Aziz Dahlan et.al 2002: 367
21 Frode F. Jacobsen (2009), Hadrami Arabs in Present-day Indonesia: An Indonesia-oriented Group with an
Arab Signature, London and New York: Routledge, h. 20.
22 Natalie Mobini-Kesheh (1999), The Hadrami Awakening: Community and Identity in the Netherlands East
Indies, 1900-1942, (Ithaca, New Tork: Southeast Asia Program Publication, h. 39.
159
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

rumah-rumah di perkampungan Arab Indonesia. Ketiga, mendirikan perpustakaan.23


Kemunculan Jami’at Khair dan al-Irsyad tidak lari dari perkembangan zaman.
Oleh itu, untuk memperoleh pendidikan yang lebih maju sejumlah tokoh Arab di Hindia
Belanda mendirikan sekolah moden dengan berorientasikan keagamaan dan keAraban.
Contohnya, Yayasan Jamiat Kheir di Batavia menjadi model pendidikan yang baru bagi
masyarakat berketurunan Arab di Indonesia. Dengan wujudnya Yayasan Jamiat Kheir
ini telah memberi satu momentum baru kepada kewujudan institusi keagamaan yang
lain seperti sekolah al-Irsyad al-Islamiyah dan ar-Rabithah al-Alawiyah. Hal ini telah
memberi peluang kepada anak-anak berketurunan Arab dan masyarakat tempatan untuk
memperoleh pendidikan dengan metode pengajaran moden.24

23 Deliar Noer (1990), Gerakan Moderen Islam di Indonesia, 1900-1942, Jakarta: LP3ES, h. 73-74.
24 Hasan Bahanan, “Masyarakat Etnis Arab dan Identitas Budaya Lokal

160
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

SEMANGAT PATRIOTISME: ISU DAN CABARAN DI MALAYSIA

Siti Noranizahhafizah Boyman, Nafisah Ilham Hussin, Marshelayanti Mohd Razali


Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan membincangkan semangat patriotisme, isu dan cabarannya
di Malaysia. Sejak kebelakangan ini, pelbagai senario yang menunjukkan semakin
kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya generasi
pada masa kini. Sebahagian daripada mereka cenderung terlibat kepada aktiviti-aktiviti
yang memperlihatkan tidak patriotis kepada negara antaranya seperti menghina lagu
kebangsaan, terlibat dengan pengganas, terlibat dengan gejala negatif dan . Justeru,
kertas kerja ini meneliti isu-isu dan fenomena yang menunjukkan semakin kurangnya
semangat patriotisme pada masa kini. Selain itu, kertas kerja ini juga mengenalpasti
cabaran-cabaran yang dihadapi bagi mengekalkan semangat patriotisme dalam
kalangan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kajian ini mengusulkan beberapa cadangan
bagi mengukuhkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kata kunci: patriotisme, patriotik, cinta negara.

PENGENALAN

Semangat patriotisme amat penting bagi sesebuah negara terutamanya Malaysia yang
mempunyai rakyat yang multietnik. Perkara ini perlu diambil berat kerana semangat
patriotisme penting sebagai perisai ketahanan nasional untuk menghalang sebarang bentuk
ancaman sama ada dari dalam atau luar negara. Hal ini kerana sebuah bangsa dan negara
yang kuat serta bertamadun tinggi bukan bergantung kepada kekuatan fizikal yang bercorak
kebendaan dan teknologi (Wan Zahid, 1993). Namun, bangsa tersebut perlu mempuyai
kekuatan dari segi rohani dan jiwa yang mempunyai semangat patriotisme. Oleh itu, negara
bertanggungjawab membina kekuatan itu berdasarkan asas agama, budaya, ilmu pengetahuan,
akhlak mulia, keyakinan diri yang teguh, semangat bertanggungjawab dan pengorbanan diri
yang tinggi.
Walau bagaimanapun, sejauh mana semangat patriotisme dalam kalangan generasi
masa kini? Adakah dengan hanya mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan
sudah mencukupi bagi menunjukkan semangat patriotisme kepada negara? Atau menyertai
latihan khidmat negara sudah memadai? Sebenarnya generasi muda ini kurang semangat
kenegaraannya dan kabur sejarah negaranya. Sedangkan perkara ini menjadi asas kepada
pembentukan semangat patriotisme. Ditambah pula pada masa kini, pelbagai isu dan cabaran
dihadapi sama ada dari dalam atau luar negara. Oleh itu, kerajaan perlu menjadikan semangat
patriotisme ini sebagai agenda penting negara. Hal ini kerana semangat patriotisme adalah
tunjang kepada pemupukan perpaduan dan membina bangsa Malaysia yang aman dan maju.
Sekiranya, rakyat Malaysia mengamalkan dan menjiwai nilai-nilai patriotisme, perkara ini
akan dapat menyumbang kearah pembentukan generasi masa kini yang kuat sifat dalamannya
dalam mengharungi cabaran-cabaran dari dalam atau luar negara.
Justeru, kertas kerja ini akan mengupas satu persatu dengan meneliti isu-isu dan
fenomena yang menunjukkan semakin kurangnya semangat patriotisme pada masa kini. Selain
itu, kertas kerja ini juga mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi bagi mengekalkan
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kajian ini mengusulkan
beberapa cadangan bagi mengukuhkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
Malaysia.

161
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PATRIOTISME

Patriotisme diertikan sebagai cinta kasih yang kental dan kekal terhadap negara yang bukannya
berbentuk ideologi dan bukan semata-mata semangat. Hal ini kerana patriotisme berada dalam
satu kesinambungan di antara semangat dan ideologi. Dalam ertikata lain, patriotisme adalah
satu konsep yang perlu ada kefahaman dan juga pendidikan. Menurut Primoratz (2002),
mentakrifkan patriotisme sebagai ‘cintakan negara’ adalah terlalu umum dan dangkal. Hal
ini kerana perkara yang perlu diberi penekanan dalam menentukan patriotisme seseorang itu
kepada negara adalah sumbangan kepada negara dan sanggup berkorban demi negara. Jika
kedua-dua elemen ini ada, maka terbukti warganegara itu mempunyai sifat patriotisme kepada
negara.
Bagaimana proses pemupukan patriotisme di Malaysia? Apakah elemen-elemen
patriotisme yang diterapkan? Proses pemupukan semangat patriotisme secara umumnya
membawa kepada elemen semangat setia negara, perasaan bangga sebagai rakyat
sesebuah negara dengan mendukung nilai bangsa dan budaya, kesedaran kebangsaan dan
memperkukuhkan perasaan cintakan tanah air. Untuk lebih jelas, pembentukan warganegara
Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme adalah berasaskan amalan ciri-ciri berikut
(Kementerian Pendidikan, 1994):

(a) Bersemangat cinta negara dan bangsa


Seseorang yang bersemangat cintakan negara dan bangsa harus menunjukkan sifat atau amalan
bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawa kemajuan kepada negara
dan bangsa, berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa serta sedia
berkorban untuk negara dan bangsa.

(b) Berbangga sebagai rakyat Malaysia


Sebagai seorang rakyat Malaysia, seseorang itu haruslah mempertahankan dan menyanjung
perlembagaan negara, menghormati raja dan pemimpin negara, menghormati lambang-
lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan, mengamalkan perlakuan yang bersopan
dan bertatasusila serta mengenal dan menghayati warisan budaya tempatan.

(c) Bersemangat kekitaan


Rakyat Malaysia perlu bersatu dan berharmoni, bertoleransi, bekerjasama dan tolong-menolong,
hormat-menghormati, bersefahaman dan bermuafakat, mempunyai semangat muhibah dan
bersifat kasih sayang.

(d) Berdisiplin
Rakyat yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan dan undang-undang,
bertanggungjawab, bertindak secara wajar, bersifat ikhlas, jujur dan amanah, berlaku adil dan
bertimbang rasa.

(e) Berusaha dan produktif


Mereka yang berusaha dan produktif adalah mereka yang rajin, tekun dan gigih, berdikari,
sentiasa mempertingkatkan usaha, tabah menghadapi cabaran, menyokong dan melibatkan diri
dalam usaha pembangunan negara, serta peka terhadap isu-isu semasa dalam dan luar negara
seperti isu pemeliharaan alam sekitar.

Sekiranya elemen-elemen patriotisme tersebut menjadi pegangan rakyat Malaysia maka


ia akan menjadi perisai ketahanan nasional untuk menghalang sebarang bentuk ancaman sama
ada dari dalam atau luar negara. Hal ini kerana negara yang kuat bergantung kepada rakyatnya
yang kuat jati diri. Oleh itu, bahagian selanjutnya akan membincangkan isu-isu dan cabaran
dalam mengekalkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini
162
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ISU-ISU DAN CABARAN PATRIOTISME DI MALAYSIA

Perbincangan tentang isu-isu dan cabran patriotisme ini akan dibahagikan kepada dua bahagian.
Bahagian pertama akan menyentuh isu-isu dan fenomena yang menunjukkan kurangnya
semangat patriotisme sebahagian rakyat Malaysia. Bahagian kedua pula cabaran yang dihadapi
oleh Malaysia dalam mengukuhkan lagi semangat patriotisme.

Isu-isu Patriotisme
Antara isu-isu yang dikupas dalam bahagian pertama ini melibatkan isu menghina lagu
negaraku, terlibat dengan pengganas, terlibat dengan gejala negatif dan mengkhianati negara
seperti yang dibincangkan berikut:

Menghina Lagu Negaraku


Generasi masa kini sebahagiannya semakin kurang semangat patriotisme, fenomena ini
boleh dilihat melalui kejadian menghina lagu Negaraku. Antara kes-kes yang dilaporkan
oleh akhbar tempatan yang melibatkan menghina lagu negaraku telah berlaku pada tahun
2007 (Namawee), 2011 (Mohd. Farizal), 2015 (Vincent Leong). Pada tahun 2007, Namawee
atau nama sebenarnya Wee Meng Chee berumur 24 tahun telah dilaporkan memuatnaik di
Youtube nyanyian rap lagu Negaraku dalam campuran bahasa Malaysia dan Mandarin yang
mengandungi lirik-lirik yang sensitif dan berunsur hasutan (Malaysiakini, 2007). Dikatakan
juga lirik lagu tersebut turut mencerminkan polis Malaysia sebagai pemeras rasuah. 
Manakala pada tahun 2011, akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan seorang
mahasiswa dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mempersendakan dan
bertindak biadab dengan menghina lagu Negaraku menerusi laman sosial Facebook.
Mahasiswa tersebut menggunakan nama Mohd. Farizal dalam statusnya di laman Facebook
tersebut. Mohd. Farizal dilaporkan telah mengubah lirik lagu Negaraku kepada mencerca,
mempersendakan negara dan raja Melayu (Utusan Malaysia, 2011).
Sementara itu, pada tahun 2015, Sinar Harian telah melaporkan Vincent Leong telah
menghina lagu Negaraku di laman sosial facebook. Vincent dikatakan tidak menghormati
lagu Negaraku yang melambangkan keharmonian masyarakat dan kesejahteraan rakyat
Malaysia (Sinar Harian, 2015). Berdasarkan laporan-laporan akhbar ini, menunjukkan
terdapat sebilangan rakyat Malaysia terutamanya generasi masa kini kurang semangat
patriotisme. Perkara ini membimbangkan kerana sifat yang tidak bertanggungjawab itu
dimuatnaik ke laman sosial dan boleh ditonton oleh sesiapa sahaja. Walaupun mereka tidak
puas hati dengan mana-mana pihak, bukan dengan cara menghina lagu Kebangsaan untuk
menunjukkan mereka protes dengan pihak tersebut.

Terlibat dengan Pengganas


Isu lain yang menunjukkan semakin terhakisnya semangat patriotisme ialah generasi masa
kini terlibat dengan pengganas. Antara kumpulan pengganas yang cuba mempengaruhi
rakyat Malaysia ialah Islamic State (IS), Islamic State In Iraq And Leavant (ISIL), Islamic
State In Iraq And Syria (ISIS) dan Dawlah Islamiyyah Fi Al-Iraq Wa Al-Sham (DAESH).
Isu terlibat dengan pengganas adalah isu yang kritikal kerana penglibatan mereka akan
memberi implikasi yang besar kepada negara. Tekanan negara luar kepada Malaysia akan
memberi kesan negatif terhadap pelbagai aspek yang merangkumi aspek politik, ekonomi
dan sosial.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seramai
132 individu berkerakyatan Malaysia dikatakan terlibat dengan elemen pengganas (PDRM,
2015). Penahanan ini adalah hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan
agensi perisikan antarabangsa. Menurutnya lagi, daripada jumlah tersebut, 123 individu
telah ditangkap kerana terlibat dengan elemen IS dan dikenakan tindakan. Antara tindakan
yang dikenakan ialah 22 orang dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah
163
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

(POCA) 1959, 38 orang dibebaskan, 48 orang sedang didakwa, 14 telah diusir keluar
negara dan satu masih dalam siasatan (PDRM, 2015).
Walaupun jumlah ini tidak kelihatan besar, namun risiko dan kesan kepada negara
adalah serius. Mereka yang terlibat dengan pengganas ini tidak memikirkan kesan yang
akan dihadapi oleh keluarga, bangsa, agama dan negara. Oleh itu, pemupukan semangat
patriotisme berasaskan agama, budaya, ilmu pengetahuan, akhlak mulia, keyakinan diri
yang teguh dan sifat bertanggungjawab yang tinggi perlu diperkukuhkan dalam kalangan
generasi masa kini.

Terlibat dengan Gejala Negatif


Sementara itu, isu generasi masa kini terlibat dengan gejala negatif seperti vandalisme,
budaya hedonisme, rempit, dadah dan seks bebas ini adalah disebabkan tiada jati diri dan
semakin menipisnya semangat patriotisme. Oleh kerana lemahnya jiwa mereka maka mudah
terjerumus ke dalam pelbagai masalah. Contohnya kejadian vandalisme, perkara ini berlaku
di mana-mana. Fenomena ini menunjukkan kemajuan sesebuah negara tidak seiring dengan
minda rakyat. Oleh kerana itu, pembentukkan modal insan sangat penting dalam membentuk
rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kepada negara.
Manakala keterlibatan generasi masa kini yang cenderung kepada aktiviti yang tidak
berfaedah, seperti terlibat dalam budaya hedonisme (budaya yang mementingkan hiburan
atau keseronokan). Perkara ini berlaku kerana jiwa mereka kosong dari segi nilai dan rasa
kecintaan kepada agama, bangsa dan negara. Budaya hedonisme ini juga akan membawa
kepada rentetan masalah-masalah sosial yang lain iaitu rempit, dadah dan seks bebas.
Perkara ini membimbangkan kerana generasi masa kini adalah pewaris kepada kepimpinan
pada masa hadapan. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan secara intensif untuk memperbetulkan
perkara ini. Kerajaan perlu memastikan pembentukan modal insan dititik beratkan dengan
memasukan elemen patriotisme berasaskan agama, budaya, ilmu pengetahuan, akhlak mulia,
keyakinan diri yang teguh dan sifat bertanggungjawab yang tinggi perlu diperkukuhkan
dalam kalangan generasi masa kini.

Mengkhianati Negara
Isu mengkhianati negara juga adalah contoh semakin terhakisnya semangat patriotisme.
Apabila disebut mengkhianati negara, ia melibatkan skop yang sangat luas. Terlibat dengan
rasuah, salah guna kuasa dan tidak amanah adalah antara contoh pengkhianatan kepada
negara sama ada ia dilakukan oleh pemimpin atau rakyat biasa. Isu mengkhianati negara ini
adalah sangat berbahaya dan boleh merosakkan negara. Perkara ini bukanlah sesuatu yang
baharu, tetapi telah berlaku akibat daripada sifat manusia rakus yang tamakkan kekayaan
dan kuasa. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di negara-negara lain juga.
Walaupun fenomena ini sukar dibendung, namun pembentukkan modal insan adalah
salah satu jalan penyelesaian yang perlu dilakukan. Pemupukan semangat patriotisme
kepada rakyat Malaysia yang berasaskan agama, budaya, ilmu pengetahuan, akhlak mulia,
keyakinan diri yang teguh dan sifat bertanggungjawab yang tinggi akan dapat menghalang
fenomena pengkhianatan kepada negara ini daripada berlaku.

CABARAN

Di bahagian cabaran, hanya beberapa cabaran yang terpilih dibincangkan dalam kertas kerja
ini iaitu globalisasi, sikap masyarakat dan asas kenegaraan yang lemah seperti berikut:

Globalisasi
Fenomena globalisasi ini menjadi cabaran dalam semua aspek dalam sesebuah negara.
Globalisasi adalah satu konsep yang mula popular pada dekad 1990-an walaupun ianya telah
wujud lebih awal daripada itu. Globalisasi berlaku meliputi pelbagai bidang dan merupakan
164
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

suatu fenomena yang multi dimensi, meliputi politik, ekonomi, budaya dan ideologi
(Mittelman 2001). Sementara itu Giddens (1989) menjelaskan bahawa globalisasi boleh
dijelaskan sebagai hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak
tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara
sebaliknya.
Fenomena globalisasi ini membawa kesan pro dan kontra terhadap sesebuah negara.
Kedaulatan sesebuah negara sukar dikawal kerana dunia tanpa sempadan yang begitu laju
melangkaui kuasa sesebuah negara. Contoh paling mudah ialah transaksi menggunakan
internet. Kawalan negara ke atas transaksi maya ini sukar dikenalpasti dan dikawal. Begitu
juga dengan kemasukan budaya luar ke dalam negara. Fenomena ini akan mewujudkan
masyarakat yang bebas, mudah terpengaruh dengan budaya asing yang negatif, ekonomi
negara dikuasai oleh syarikat multinasional dan sektor pelaburan dimonopoli oleh negara
maju. Implikasinya, kedaulatan negara akan tergugat dan masyarakat akan terikut dengan
budaya luar yang negatif. Perkara ini akan menyebabkan semangat cintakan negara akan
terhakis sekiranya mereka tiada jati diri yang kuat. Perkara ini membimbangkan kerana
globalisasi menyebabkan negara menjadi hanya sebuah daerah dunia, kawalan negara ke
atas rakyat semakin berkurang. Maka, ini menjadikan kesukaran untuk memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan generasi masa kini kerana dunia tanpa sempadan.

Sikap Masyarakat
Sikap masyarakat menjadi cabaran kepada pemupukan semangat patriotisme. Contohnya sikap
individualistik, sikap ini merujuk kepada individu yang mempunyai ciri-ciri mementingkan
diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat. Biasanya, mereka
yang bersikap individualistik akan berusaha agar diri mereka didahulukan melebihi daripada
kepentingan negara. Perkara ini boleh dilihat dalam situasi seperti peperangan, negara huru
hara, kegawatan ekonomi dan sebagainya, maka mereka akan melarikan diri ke negara lain
dengan memohon menjadi warganegara negara tersebut. Perkara ini merupakan cabaran utama
negara dalam memupuk semangat patriotisme kepada negara.
Selain itu sikap prejudis, prejudis  (prejudice) adalah satu pandangan yang buruk
terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu
seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas (Macionis, 1998). Sikap ini merupakan tindakan
berasaskan generalisasi-generalisasi umum (stereotaip) tanpa bukti yang kukuh dan lebih
kepada sangka buruk. Akhirnya, kesan dari prejudis yang semakin menebal, lama-kelamaan
akan mewujudkan kebencian secara membuta-tuli tanpa sebab dan dikaitkan dengan perasaan
cemburu dan prasangka (Oliver, 1976).
Jika ini telah menjadi satu persepsi, ia akan sukar diubah walaupun ada bukti untuk
menafikannya. Contohnya, sekiranya orang bukan Melayu menganggap Malaysia adalah tanah
air bagi orang Melayu dan bukan Melayu adalah sebagai pendatang, maka ini akan menyukarkan
pemupukan semangat patriotisme disemai dalam kalangan orang bukan Melayu. Situasi ini
bertambah sukar apabila sifat prejudis ini masih wujud dalam kalangan rakyat Malaysia yang
multietnik ini.

Asas Kenegaraan Lemah


Cabaran yang memerlukan perhatian yang serius ialah generasi masa kini lemah asas
Kenegaraannya. Perkara yang paling jelas sekali apabila pihak kerajaan sendiri lebih
menumpukan kepada pembangunan sains dan teknologi. Memang benar, bidang sains dan
teknologi penting, namun jika modal insan itu lemah asas kenegaraannya sudah tentu anasir-
anasir luar mudah mempengaruhinya. Akibatnya, pada masa kini pelbagai fenomena menjadi
bukti bahawa semakin terhakis semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini.
Mereka tidak berminat dengan sejarah negara, tetapi lebih fokus kepada sains dan teknologi.
Kesannya, pemahaman dan penghayatan mereka terhadap sejarah negara dan penghayatan
terhadap asas-asas kenegaraan menjadi lemah. Banyak perkara yang mereka tidak tahu dan
165
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

tidak mahu mengambil tahu. Maka ini adalah cabaran yang perlu dilalui bagi memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini.

CADANGAN MENGUKUHKAN SEMANGAT PATRIOTISME

Pengkajian ke atas isu-isu dan cabaran semangat patriotisme di Malaysia menunjukkan bahawa
semakin tercabar situasi pada masa kini disebabkan oleh fenomena-fenomena yang telah
dibincangkan sebelum ini.
Justeru, kertas kerja ini mencadangkan beberapa idea untuk mengukuhkan lagi
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Pertama, meluaskan konsep patriotisme
bukan sahaja semata-mata mengorbankan diri untuk negara yang tercinta tetapi memasukkan
nilai-nilai patriotisme dalam pelbagai skop atau bidang, contohnya dalam filem atau drama
menonjolkan barangan buatan Malaysia. Perkara ini boleh diambil contoh daripada beberapa
negara luar seperti Korea Selatan yang begitu mengambil serius perkara ini dan diaplikasi
dalam pengeluaran produk hiburan mereka. Antara rancangan mereka yang berbentuk hiburan
tetapi menonjolkan tempat-tempat yang menarik di Korea Selatan ialah Running Man, drama-
drama berepisod dan juga filem-filem mereka. Maka, untuk merealisasikan idea ini, media
massa, sama ada bercetak atau elektronik perlu digerakkan bagi membangkit dan memekarkan
semangat patriotisme ini. Perkara Ini boleh dilakukan dengan menerbitkan kartun, cerpen
dan filem yang mengandungi elemen-elemen patriotik. Filem-filem digalakkan menggunakan
barangan buatan Malaysia dan menonjolkan tempat-tempat yang bersejarah dan menarik di
Malaysia. Perkara yang paling penting ialah menyebar dan meluaskan elemen-elemen semangat
patriotisme dalam rancangan-rancangan yang diterbitkan.
Cadangan yang kedua ialah rebranding, klise semangat patriotisme adalah rakyat cinta,
sayang dan sanggup berkorban untuk negara. Namun rebranding ingin mengubah kepada negara
perlu sayangkan rakyat dahulu, perkara ini penting dalam memupuk rakyat cinta dan sayang
kepada negara. Sangat klise bila rakyat sahaja yang bertanggungjawab cinta dan sayang kepada
negara sehingga sanggup berkorban kepada negara. Oleh itu, negara juga harus berperanan
sebagai minda kelas pertama dalam menjaga kebajikan rakyat. Seperti moto kerajaan “rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan”. Perkara ini penting kerana kedua-dua entiti iaitu rakyat
dan negara sangat penting dan memerlukan antara satu sama lain.
Manakala cadangan yang ketiga ialah menerapkan patriotisme seawal kanak-kanak
mula bersekolah. Bentukkan modul yang ringan dan sesuai dengan usia kanak-kanak tersebut.
Modul ini mendidik anak-anak menjadi seorang yang bertanggungjawab kepada diri dan
negaranya. Contohnya di Jepun, kanak-kanak mempunyai sikap bertanggungjawab yang tinggi
dengan tidak membuang sampah merata-rata, menepati masa, menghargai sejarah, budaya dan
warisan negara mereka.
Akhir sekali, kertas kerja ini mencadangkan supaya memperkasakan lagi kursus-kursus
yang menguatkan lagi jati diri rakyat Malaysia sama ada diperingkat universiti, penjawat
awam dan masyarakat awam umumnya. Antara kursus-kursus yang dapat dikenalpasti dapat
meningkatkan lagi semangat patriotisme antaranya seperti Kenegaraan, Hubungan Etnik,
TITAS, Pengajian Malaysia, Sejarah, Pengajian Am, Politik dan Kerajaan, Biro Tatanegara,
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan lain-lain lagi kursus yang berkaitan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa semangat patriotisme penting bagi


kestabilan dan kemajuan sesebuah negara. Perkara ini kerana semangat patriotisme adalah
perisai ketahanan nasional untuk menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam
atau luar negara. Hasil perbincangan, kertas kerja ini menemukan bahawa terdapat beberapa
isu yang menunjukkan bahawa semangat patriotisme semakin terhakis. Isu-isu tersebut ialah
isu menghina lagu negaraku, terlibat dengan pengganas, terlibat dengan gejala negatif dan
166
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

mengkhianati negara seperti yang dibincangkan sebelum ini. Selain itu, kertas kerja ini juga
menemukan cabaran utama memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa
kini iaitu masalah globalisasi, sikap masyarakat dan asas kenegaraan yang lemah. Walau
bagaimanapun kertas kerja ini mengusulkan beberapa idea untuk mengukuhkan lagi semangat
patriotisme seperti meluaskan konsep patriotisme, rebranding, modul patriotisme kanak-kanak
dan memperkasakan kursus-kursus patriotisme sedia ada. Justeru, kerajaan perlu mengambil
iniasitif bagi menguatkan dan mengukuhkan lagi semangat patriotisme sebagai agenda penting
negara kerana keperluan modal insan sebagai pewaris kepimpinan pada masa akan datang.

RUJUKAN

Ahmad Rusdi. (2002). Permasalahan Pelaksanaan Unsur Patriotisme Dalam Mata pelajaran
Kajian Tempatan: Punca daripada guru sendiri. Alor Setar: Institut Penguruan Darulaman.
Giddens, A. (1989). The consequences of modernity. Cambridge: Polity Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Buku panduan program pengukuhan pemupukan
patriotisme sekolah rendah.
Macionis, J.J. (1989). Society: The basics. Prentice-Hall: New Jersey.
Malaysia Kini. (2007).Negaraku: Namewee tuduh laporan akhbar Melayu punca kontroversi.
Diperolehi dari https://www.malaysiakini.com/news/71070. Tarikh akses 02 Februari 2016.
Mittelmen, J. H. & Noraini Othman. (2001). Capturing globalization. London: Routledge.
Oliver C. (1976). Race relations: Elements and social dynamics. Wayne State University Press:
Detroit.
Polis Diraja Malaysia. (2015). Polis tahan 132 individu terlibat elemen pengganas. Diperolehi
dari http://www.rmp.gov.my/news-detail/2015/10/19/. Tarikh akses 05 Februari 2016.
Primoratz, I.(2002). Patriotism: A deflationary view.” The Philosophical Forum. Vol. XXXIII,
443-457.
Sinar Harian. (2011). Tindakan hina Negaraku melampau. Diperolehi dari http://www.
sinarharian.com.my/. Tarikh akses 02 Februari 2016.
Utusan Malaysia. (2011).Mahasiswa tempatan persenda lagu Negaraku. Diperolehi dari http://
ww1.utusan.com.my/. Tarikh akses 02 Februari 2016.
Wan Zahid Wan Nordin. (1993). Wawasan pendidikan: Agenda pengisian. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.

167
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERKEMBANGAN DAN PERMASALAHAN SOSIAL,


EKONOMI DAN POLITIKS DALAM CERPEN-CERPEN (PILIHAN)
SINGAPURA DARI 1965-2014

Subari bin Sukaini


Pengkaji Bebas Singapura

Abstrak
Kertas kerja ini akan melihat perkembangan penulisan cerpen di Singapura dari tahun
1965 sehingga 2014 selama 50 tahun. Selain melihat perkembangan dan tulisan ini juga
membuat perbandingan dari sudut tema dan persoalan yang diangkat oleh para cerpenis
sepanjang lima dekad ini. Status quo iklim perubahan sosial, ekonomi dan politik
tidak kekal di sesebuah Negara yang bergerak pantas dan berdaya saing dengan lain-
lain Negara dan kota di dunia.. Singapura terpaksa bergerak maju demi penangkatan
dan untuk mengekalkan status sebuah Negara maju, dari sebuah pusat entreport ke
industri berteknologi tinggi. Karya-karya yang ditulis menjadi refleksi keadaan dan
akan mengangkat permaslahan penduduk-penduduk Melayu Islam Singapura yang
telah menjadi golongan minoriti selepas kemerdekaan dan adakah kehidupan mereka
memasuki arus perdana atau terpinggir sebagaimana yang dicatatkan oleh beberapa
orang cendekiawan termasuk Dr Lili Zubaidah. Sejauh manakah cerpenis berani
menimbulkan permaslahan tersebut baik secara terang atau subtle memandangkan
pihak pemerintah amat perihatin terhadap isu sosial lebih-lebih lagi yang menyentuh
soal perkauman justeru dengan kawalan ketat terhadap media massa. Perbandingan
terhadap tema terkini akan mencerminkan perihal kehidupan sosial, politik dan ekonomi
masyarakat Melayu Islam Singapura. Walaupun karya-karya yang dihasilkan tidak
sehebat apa yang dihasilkan oleh penulis-penulis di Negara lain, namun perkembangan
penulisan cerpen masih rancak bergerak secara sederhana serta penuh beristiqamah
dan dapat menyermarakkan penulisan sastera di Singapura. Penulis-penulis veteren
dan muda berganding bahu untuk menghasilkan tulisan cerpen baik di akhbar secara
individu mahu pun berbentuk kumpulan atau antologi. Perkembangan yang sihat ini
dapat menyemarakkan lagi dunia kesusasteraan Singapura selain dari genre sajak,
novel dan drama.

Kata kunci: Perkembangan, Keadaan selepas perpisahan sehingga kini, cerpenis


veteran dan terkini, permaslahan dalam tema, arus perdana,
terpinggir atau dipinggir.

PENGENALAN

Cerpen Melayu sebelum kemerdekaan Singapura pada 9 Ogos 1965, telah berkembang sejak
tahun-tahun 1913 lagi walaupun genre cerpen memang sudah lama terkenal di Barat. Singapura
berkongsi sama sejarah perkembangan penulisan cerpen di Tanah Melayu yang mula-mula
sekali menggunakan genre ini termasuk Nur Ibrahim, Ismail Sulaiman dan Md Yusuf Ahmad
atau Jentayu. Namun, Abdul Rahim Kajai telah dianggap sebagai “Bapa Cerpen Melayu”
kerana karya -karya beliau yang menarik dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang
menyuarakan laungan politik. Menurut Hashim Awang, jumlahnya tidak kurang daripada 48
buah (Hashim Awang 1975: 18). Kebanyakan cerpen beliau telah mengemukakan persoalan-
persoalan seperti perjuangan, pengeksploit, pecah amanah, nasionalisme dan pembaharuan
(ibid: 30). Cerpen-cerpen ini mengangkat budaya yang melihat hubungan teks, pengarang
dan pembaca dengan kesan sosial, politik, ekonomi, bahasa, agama dan kesenian hasil refleksi
terhadap pembahasan sesebuah teks sastera. Dari sudut lain pula ia memperlihatkan pendirian
politik pengarang.
168
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Ketika Perang Dunia Kedua (1942-1945) perkembangan genre cerpen di Tanah


Melayu dan Singapura tidak terhakis malah penulis-penulis seperti A. Samad Ismail dan
Ishak Hj Muhammad atau Pak Sako, tokoh-tokoh wartawan yang bekerja di suratkhabar
Utusan Melayu, telah menggunakan medium ini untuk menyalurkan pemikiran mereka untuk
menyedarkan khalayak. Selepas tamatnya peperangan, perkembangan cerpen di Tanah Melayu
semakin rancak dengan munculnya ramai penulis yang prolifik seperti Mahmud Ahmad, Keris
Mas, Abdullah Sidik, Wijaya Mala, A. Munir Ali (Rosmera), Ahmad Boestaman, Jaafar Hj
Muhammad (Jymy Asmara) dan Masuri Salikun (Masuri S.N.) serta Suratman Markasan yang
berasal dari Singapura.
Dalam tahun 1965, pergolakan geo-politik di Tanah Melayu telah membuat
perkembangan dan pertumbuhan cerpen di Singapura menghadapi suatu suasana pengasingan
walaupun perubahan tersebut tidak berlaku secara spontan, namun ia merupakan suatu garis
permulaan yang menjadi sempadan yang membezakan karya penulisan Singapura dalam
konteks ini, genre cerpen, dari cerpenis-cerpenis Malaysia.
Oleh kerana pergolakan geo-politik, maka berlakulah perpisahan di antara Singapura dan
Malaysia pada 9 Ogos 1965 dan Singapura diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka.
Pada tahun 1971 akhbar Berita Harian, yang pada asalnya diterbitkan di Kuala Lumpur dengan
secara serentak, telah diterbitkan secara berasingan dan menjadi edisi Singapura.
Pemindahan sidang redaksi (yang kebanyakannya berasal dari Tanah Melayu) akhbar
Berita Harian/Berita Minggu dan penghijrahan penulis-penulis dari Singapura ke Kuala
Lumpur telah meninggalkan suatu lowongan yang terpaksa dipenuhi oleh para penulis
Singapura seperti Jymy Asmara (tidak menetap di Tanah Melayu), Muhd Ariff Ahmad (MAS),
Mahmud Ahmad, Masuri Salikun (Masuri S.N.), Ismail Hj Omar (Noor S.I.) A Ghani Hamid,
Suratman Markasan (Suman Mali), Aliman Hassan, A. Salam, Harun Aminurrashid, H. Hanim,
Jah Lelawati, Abdul Ghani Ahmad (Megadona), Mohd Fuad Salim, Ahmad Affandi Jamari,
Asma Abdul Rahman, Kamariah Awang (Budi Kartini) dan ramai lagi.
Akhbar Berita Harian dan Berita Minggu terbitan Singapura telah menjadi wadah
untuk menerbitkan cerpen-cerpen dan secara tidak langsung telah berperanan sebagai wahana
pengembangan genre cerpen. Sehingga 2014 tidak kurang daripada 1900 buah cerpen telah
dihasilkan menerusi akhbar tempatan Berita Harian dan Berita Minggu. Ini menampakan
perkembangan penulisan genre berkembang dan jika diambil kira kumpulan dan antologi
cerpen yang diterbitkan, maka ternyata perkembangan ini sangat mengalakkan.

Peranan Akhbar dengan Rang Undang-Undang Penerbitan


Ramai cerpenis Singapura menggunakan akhbar Berita Minggu/Harian pertama sebagai
alat pengesahan untuk menerbitkan kumpulan atau antologi cerpen mereka, setelah cerpen-
cerpen mereka disiarkan di akhbar tersebut. Akhbar Berita Harian/Minggu berperanan
bagaikan badan pengesahan untuk cerpenis menerbitkan cerpen-cerpen mereka dalam
bentuk kumpulan atau antologi. Amat kurang sekali dilihat cerpen yang belum pernah
disiarkan di akhbar, diterbitkan dalam bentuk kumpulan atau antologi cerpen. Kedua
memainkan peranan penting dalam perkembangan genre cerpen di Singapura. Akhbar
membuka ruang kepada penulis lama dan juga baru sebagai wadah untuk menghasilkan
karya-karya mereka.
Rang Undang-Undang Penerbitan yang mengawal dasar penyebaran dan penyiaran
maklumat di media massa dirasakan perlu supaya pihak media (akhbar, radio, TV) bersifat
adil dan saksama dan membuat liputan yang sebenarnya. Para penerbit yang melanggar
akta tersebut akan digantung lesen penerbitannya dan tindakan mahkamah akan diambil
sekiranya mereka menerbitkan makalah-makalah dan rencana-rencana yang berunsur
fitnah. Begitu juga para anggota parti pembangkang yang telah membuat tuduhan
dan memfitnah akan disaman dan dibawa ke muka pengadilan. Ramai golongan parti
pembangkang telah muflis dan ada yang telah menghilangkan diri untuk mengelakkan diri
mereka daripada ditangkap. Dengan hal yang demikian maka dapatlah difahami bahawa
169
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ramai pengarang dan penulis begitu peka dan berhati-hati apabila menulis atau berkarya
untuk mengelakkan diri mereka daripada dicap sebagai bersifat perkauman atau “racist”
dan prejudis.

Deretan Cerpenis sehingga 2014


Deretan cerpenis dari tahun 1965-2014 termasuk: Suratman Markasan, Masuri S.N., Suradi
Parjo, Sulaiman Jeem, Ahmad Awang, Mohamed Latiff Mohamed, Abdul Ghani Ahmad
(Megadona), Eunosasah, Suraidi Sipan, Mohd Taha Jamil, Mohd Yusof Rahman (Mibarzo),
Nor Yusman Abdul Majid, A Hamed Ismail, Abdul Jalil Kimin (Ajaki), Elfy Runianto, F R
Bahamid, Samsidah Sulaiman dan Yatiman Yusof merupakan pelapis setelah penghijrahan
penulis-penulis kelahiran Malaysia dalam pertengahan dan akhir tahun 1960-an seterusnya.
Peter Agustine Goh, Ismail Wardy, Abdul Wahab Hamzah, Patimah Jaluddin, Rohman Munasip,
Hadijah Rahmat, Rasiah Halil, Abdul Samad Salimin (Asmin), Basiran Hj Hamzah, Sapiee
Ahmad Razaly, Sarifah Yatiman, A Kadir Pandi dan Isa Kamari mengisi ruang untuk tahun-
tahun 70-an. Tahun 80-an menonjolkan penulis-penulis muda seperti Mustafa Mohammed,
Hamidah Muhamed, Ahmad Jaaffar Munasip, Mohd Khalid Lani, Mohd Arhad Ami dan
tahun-tahun 90-an memperlihatkan cerpenis-cerpenis baru seperti Helmilina Mohd Som, Noor
Hasnah Adam dan Ishak Abdul Latif dan yang terkini cerpenis-cerpenis muda seperti Hassa
“Ree Ali, Chempaka Aizim (Siti Aisyah Mohamed Salim)
Sehingga 2014 tidak kurang daripada 50 cerpenis yang masih aktif menulis (mengikut
abjad) seperti: A Kadir Pandi, A Salam, A Rahim Basri, A Wahab Hamzah, Ahmad Mustafa,
Ahmad Jaaffar Munasip, Ahmad Md Tahir, Anuar Othman (Ridhwan Anuar),Aziz Fakir,
Djohan A Rahman, Hafizah Talib, Helmilina Md Som, Isa Kamari, Maarof Salleh, Mibarzo,
Mohd Ali Bajuri, Mohamad Latiff Mohammed, Muhamad Salihin Sulaiman, Nor Hasnah
Adam, Norulsashikin Jamain, Patemah Jaludin, Peter Augustine Goh, Rasiah Halil, , Rohman
Munasip, Rosmala, Samsidah Suleiman, Sapiee Ahmad Razaly, Sarifah Yatiman, Seruling
Mas, Sulaiman Jeem, Suratman Markasan, Yazid Hussain, Wan Jumaiah Mohd Jubri, Zaleha
Isnin dan beberapa lagi cerpenis-cerpenis baru dan yang muda seperti: Hassan Hasaa”Ree
Ali. Chempaka Aizim (Siti Aisyah Mohamed Salim) Sebagaimana disebutkan di baris diatas,
Akhbar Berita Harian juga merupakan saluran dimana penulis-penuls muda diberi ruang untuk
mengembangkan bakat mereka dalam genre ini.
Sebilangan besar daripada cerpenis ini akan mengumpul karya-karya mereka dalam
bentuk kumpulan atau dalam bentuk antologi bersama-sama rakan-rakan yang lain. Dapat
dikatakan Singapura tidak kurang cerpenis yang menghasilkan karya-karya dalam genre ini
mentelah lagi kerancakannya disebabkan dengan adanya pelbagai hadiah sastera saban tahun
seperti Anugerah Persuratan, Pena Emas atau Golden Point. Lihat senarai kumpulan/antologi
cerpen dan jenis-jenis anugerah yang ditawarkan oleh badan-badan tertentu seperti Majlis
Bahasa, National Arts Council dan sebagainya. Maka kerancakan penulisan genre semakin
menjadi.
Tulisan ini menyentuh secara ringkas latar belakang cerpenis-cerpenis yang terpilih
dan diperkatakan seperti Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed Latiff Mohamed dan Isa
Kamari merupakan empat cerpenis yang telah menerima Anugerah SEA Writes Award mewakili
dekad 60-an sehingga 90-an. Ahmad Jaafar Munasip mula menulis pada tahun 1985 dan karya
beliau pernah tersiar di tabloid Mingguan Aneka, Berita Minggu dan Dewan Sastera Beliau
pernah memenangi hadiah Penghargaan Peraduan Penulisan Saadon Ismail 1993, Anugerah
Persuratan, 1993, Anugerah Utama Saadon Ismail 1994, Anugerah Persuratan 1995. Ishak
Abdul Latiff mula menulis dalam tahun 1992 dan telah meraih tempat pertama dalam peraduan
Anugerah Pena Emas 2001, tempat pertama dan ketiga dalam pertandingan Anugerah Golden
Point 2001, tempat pertama Anugerah Persuratan 2007. Helmilina Md Som mula menulis dalam
tahun 1992 dan cerpen beliau telah memenangi anugerah Merit dalam peraduan anjuran NTUC
Women’s Program dan Singapore Press Holdings dalam tahun 1996. Wan Jumaiah Md Jubri
yang mula menulis semenjak tahun 1986 dan cerpen beliau “Penawar Rindu” yang dimuatkan
170
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dalam buku “Tekad” (2012) digunakan sebagai buku teks sastera Melayu untuk peperiksaan
Sijil Am Pelajaran peringkat “O” , dan Noridah Kamari, Penerima Anugerah Persuratan 2013
dari Majlis Bahasa Melayu Singapura.

LATAR SINGAPURA

Dari sebuah negara jajahan Inggeris dan setelah merdeka bergantung sepenuhnya kepada
dagangan entreport, negara Singapura berkembang dan meningkat ke taraf antarabangsa dari
segi ekonomi. Pergolakan politik melibatkan rusuhan dan pemogokan kesatuan sekerja serta
ancaman komunis dan masalah komunalisme. Daripada berlakunya rusuhan kaum di antara
kaum Melayu dengan kaum Cina pihak kerajaan berasakan perlunya meletakan keharmonian
dan kestabilan kaum sebagai satu perkara yang paling penting dan utama. Pihak kerajaan telah
menggubal pelbagai dasar dan undang-undang untuk melihat negara Singapura mantap baik
dari segi ekonomi, sosial mahupun politik.
Dari sudut sosial masyarakat Melayu/Islam berdepan dengan pelbagai masalah seperti
perumahan, belia dengan pekerjaan, perkhidmatan negara, dadah, soal kepimpinan kolektif dan
juga masalah ekonomi. Masalah perkhidmatan negara terhadap belia Melayu/Islam yang tidak
dipanggil untuk menjalani perkhidmatan negara sepenuh masa walaupun telah mendaftar, telah
diketengahkan oleh para pemimpin Melayu/Islam baik dalam kerajaan mahu pun daripada
badan-badan kemasyarakatan seperti Majlis Pusat (MP), dan Kesatuan Guru-Guru Melayu
Singapura (KGMS). Masyarakat Melayu/Islam telah berdepan pelbagai isu yang diketengahkan
oleh pihak Pemerintah seperti sistem pelajaran, meritokrasi, perkhidmatan negara dan
mentafsirkannya sebagai suatu tindakan untuk meminggirkan masyarakat Melayu/Islam. Isu
sensitif terhadap masyarakat Melayu/Islam yang tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan
pertahanan negara yang strategik dan sensitif seperti juruterbang pesawat pejuang atau dalam
Angkatan Laut adalah antara contoh-contoh yang sering ditengahkan.
Masyarakat Melayu juga berdepan dengan isu pengganasan yang sering dikaitkan dengan
agama Islam seperti Kumpulan Jemaah Islamiyah. Badan-badan Melayu/Islam keseluruhannya
secara tidak langsung terpaksa memainkan peranan untuk menjelaskan keadaan dan membuat
pelbagai kegiatan untuk menolak keganasan, walaupun kumpulan JI (Jemaah Islamiyah) yang
terlibat hanya segelintir daripada masyarakat yang berfahaman ektremis. Isu tudung juga
melibatkan masyarakat Melayu/Islam dengan secara tidak langung meletakkan masyarakat
Melayu/Islam dalam sorotan. Terakhir kini masalah yang berkaitan dengan gerakan LGBT

SOSIAL CITRA BUDAYA

Citra budaya lebih mengambil berat perilaku dan sosial masyarakat ketika itu yang berhubung
rapat di antara individu dengan masyarakat, famili dengan masyarakat, masyarakat dengan
alam persekitaran, di antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain, masyarakat
dengan kerajaan. Perjalanan, permasalahan dan konflik individu dalam famili, kestabilan dan
keporakperandaan famili dalam masyarakat dan peranan masyarakat yang mencerobohi alam
persekitaran dan sistem pemerintahan dalam negeri serta tindakan terhadap negara-negara lain,
memberi gambaran budaya yang bergolak, berkocak dan huru hara. Oleh yang demikian, teks
akan di teliti menurut aspek latar budaya atau citraan budaya (Mana Sikana, 2007: 442) serta
permasalahannya untuk membina keunggulan tamadunnya.
Setiap tamadun masyarakat akan menghadapi perubahan dari segi amalan harian
mahu pun perubahan yang disebabkan gejala kemasukan unsur-unsur kemodenan. Walaupun
perubahan tidak akan berlaku secara mendadak namun arus perubahan masa akan mengambil
tempat dan segala peradaban lama akan lambat laun semakin diketepikan oleh masyarakat
setempat. Sebagai contoh kesan-kesan urbanisasi dirasai oleh ramai penduduk Melayu
Singapura lebih-lebih lagi memandangkan pihak pemerintah terpaksa berdepan dengan masalah
penduduk dan perumahan yang semakin bertambah. Pemerintah terpaksa mengambil langkah
171
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

untuk merobohkan kampung-kampung demi membangunkan rumah-rumah pangsa 1, 2, 3 dan


4 bilik dalam tahun-tahun lewat 70-an. Masyarakat Melayu Singapura berdepan dengan arus
urbanisasi dan terpaksa menurut segala perubahan dengan menerima gejala perubahan tersebut.
Dalam bahagian ini dibincangkan permasalahan sosial dan moral yang terdapat dalam
tema cerpen yang mengangkat beberapa isu seperti keadaan masyarakat yang kucar kacir,
kemiskinan, kepincangan keluarga dan pergolakan rumah tangga, sikap dan budi pekerti, kesan
pembangunan, kepercayaan khurafat, sikap materialistik, perebutan harta dan kurang didikan
agama. Ini adalah sebahagian daripada isu yang terdapat di dalam teks yang dibincangkan.
Isu-isu seperti kemiskinan, kepelbagaian sikap orang-orang Melayu Singapura seperti sikap
muda-mudi, individu, hasad dengki dan sebagainya mempengaruhi sistem kehidupan harian
mereka dan sahsiah kehidupan demi untuk membina individu dan masyarakat yang unggul.

SOSIAL:

Dari sudut sosial dan moral para cerpenis telah mengetengahkan isu-isu yang berkait rapat dengan
sikap dan budi pekerti individu dan masyarakat Melayu Singapura baik selepas pemerintahan
tentera Jepun dan sesudah Singapura mendapat kemerdekaan. Analisis ini menunjukkan
kesan masyarakat yang kucar kacir selepas Perang Dunia Kedua dan kesan-kesan kemiskinan
terhadap individu dan masyarakat. Dari sudut perkembangan dan pembangunan budi pekerti
para pemuda, analisis mendapati bahawa ramai pemuda yang ingin meneruskan perjuangan
mereka untuk membantu membina masyarakat tetapi berdepan dengan pelbagai cabaran dan
dugaan lebih-lebih lagi mereka yang pergi ke kota seperti Kuala Lumpur atau Singapura. Ramai
juga pemuda yang kecundang tetapi berjaya bangkit semula untuk meneruskan perjuangan
mereka. Kejadian sedemikian belaku dalam era 60-an. Namun apabila kemasukan unsur-
unsur budaya daripada negara Barat, seperti pengaruh muzik, budaya kuning, wayang gambar,
dadah dan pergaulan bebas, maka ramai pemuda dan pemudi gagal dan terperangkap dengan
gejala sedemikian. Maka terjadilah masalah-masalah sosial lainnya seperti penagihan dadah,
kelahiran anak luar nikah akibat pergaulan bebas muda mudi dan inilah isu yang kritikal yang
dihadapi oleh masyarakat Melayu Singapura pascamerdeka.
Dari sudut individu pula, analisis ini mendapati bahawa ramai yang bersikap negatif
seperti hasad dengki, tidak bermoral, tamak dan mementingkan kebendaan. Namun, dari
sudut lain pula, sikap baik budi dan keprihatinan terhadap sesama sendiri dan setiakawan
banyak ditonjolkan. Dari segi kekeluargaan pula Masyarakat Melayu Singapura bersikap sedia
menerima perubahan, mencitrakan sifat keikhlasan dan kejuruan, mengikuti arus perkembangan
dan pembangunan walaupun sering gagal dalam perjuangan mempertahankan hak kediaman
mereka sendiri yang diambil oleh pihak berkuasa. Isu-isu rumah tangga seperti kecurangan
suami isteri, perasaan keseorangan dan sikap lupa diri masih terdapat di dalam masyarakat
Melayu.
Masyarakat Melayu Singapura masih berpegang teguh kepada ajaran Islam walaupun
didapati ada yang kurang dari segi didikan agama, menyerah diri bulat-bulat kepada takdir
dan percaya kepada perkara-perkara khurafat seperti percaya kepada kekuasaan bomoh atau
priwangan. Kepercayaan mereka terhadap ilmu perubatan moden dan sains juga dipertikaikan.
Oleh yang demikian, masyarakat Melayu Singapura disarankan supaya mencitrakan ilmu
pengetahuan untuk menghadapi kemajuan sains dan teknologi untuk berdepan dengan era
globalisasi.
Masyarakat Melayu Singapura lebih-lebih lagi para penulisnya dan pemimpinnya
didapati gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam karya mereka dan ketika mengadakan
mesyuarat. Namun demikian, para penulis kekal teguh memperjuangkan dan melestarikan
bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu dalam karya-karya mereka dan menyarankan bahawa
adalah menjadi tanggungjawab masyarakat juga untuk berbuat demikian. Isu-isu di atas sangat
penting dianalisis kerana ia akan mempengaruhi sistem kehidupan harian mereka dan sahsiah
kehidupan masyarakat yang membina individu dan masyarakat yang unggul serta bertamadun.
172
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual ringkas permaslahan yang ditimbulkan dalam cerpenis dalam cerpen mereka:

Permaslahan Sosial
Latar
Penulis Judul Cerpen Persoalan Watak
Masa
Suratman
“Ini muka-muka baru” Kucar kacir Belia 60-an
Markasan
Isa Kamari “Gagak” Kesan perang Wak Sahya 60-an
“Klinik” Kesan perang Pak Seru 70-an
Mohamed
Latiff “Bangkai” Kemiskinan Dollah 70-an
Mohamed
Gejolak Rumah
Masuri SN “Persoalan” Sidek 80-an
Tangga
Gejolak Rumah
“Perjalanan Pincang” Isteri 80-an
Tangga

Gejolak Rumah
Isa Kamari “Kaca” Kalsum 80-an
Tangga

Gejolak Rumah
Masuri SN “Sebuah Sepi di Tengah Hari Tangga (isteri “Aku” 70-an
diabaikan)
Helmilina Md
“jejaka_sunyi” Kelalaian “jazz” 90-an
Som
“aku@siber.com” Kecurangan Ros 90-an
“Mak Minah Sayang” Main kayu tiga Pak Samad 90-an
Sikap ambil
Masuri SN “Kudus” Kudus 80-an
peduli
Sikap ambil
“Masih Ada Yang Mengenang Sharir 80-an
peduli
“Di Luar Dugaan” Keprihatinan Khalid 80-an
Suratman Tanggung jawab
“Api Yang Membara” Ahli politik 80-an
Markasan pemimpin
Mohamed
Tanggung jawab
Latiff “Temuduga” Mahasiswa 80-an
pemuda
Mohamed
Tanggung jawab
Masuri SN “Perkara Biasa Bakar 70-an
individu
Mohamed
“Pungut alias Zahara alias Yap
Latiff Tanggung jawab Mak Timah 80-an
Siew Hong
Mohamed
Maureen
“Surat Terakhir” Tanggung jawab 80-an
Haussain Ryan
Tanggung jawab
Helmilina Md 2000-
“Siapakah yang salah” terhadap orang Ain
Som an
tua

173
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Sikap hasad
Masuri SN “Pendirian” Rais 80-an
dengki
Helmilina Md 2000-
“Sembang-sembang” Hasad dengki Semut
Som an
Suratman
“Pintu” Hasad dengki 80-an
Markasan
Mohamed
Menerima
Latiff “Nostalgia yang hilang” Abang 80-an
perubahan
Mohamed
Cabaran
“Ibu” perubahan – Ibu 80-an
Pemindahan
Perubahan-
“Umpan” Pak Tasrif 80-an
Rumah
Suratman “Penghulu yang hilang segala- Perubahan-
Pak Suleh 80-an
Markasan galanya kehilangan
Mohamed
Perubahan- dapat
Latiff “Dapat Rumah” “Aku” 80-an
rumah
Mohamed

Sikap kebendaan
Masuri SN “Besar pasak daripada tiang” Zainun 70-an
& perebutan harta

Mengejar
“Ingin jadi jutawan” 80-an
kebendaan
Helmilina Md Mengejar 2000-
“Nenek” Suria
Som kebendaan an
Isa Kamari “Wayang” Khurafat “Aku” 80-an

Helmilina Md 2000-
“Jodoh Internet Khurafat “Aku”
Som an

Mohamed
Kurang didikan
Latiff “Mayat Seorang Sahabat” “Aku” 80-an
agama
Mohammed

Suratman Kesedaran
“Kembali kepada Al-Quran” Hj Muzafar 80-an
Markasan terhadap Agama

Keiklasan dalam
“Jam Ajaib” beribadat/kerja- Haji Hidayat 80-an
kerja amal

Wan Jumaiah 2000-


“Bagai Pinang Budaya LGBT Rahim
Md Jubri an
Noridah “Kumbang sama kumbang, 2000-
Budaya LGBT Rayhan
Kamari bunga layu di tangkai” an

174
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Cabaran Terkini Budaya Songsang

Pertukaran jantina dan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual,Transgender)dalam cerpen Bagai


Pinang oleh Wan Jumaiah Mohd Jubri (BM 11 Julai 1982, Penawar Rindu: 2003) dan Kumbang
sama kumbang, bunga layu di tangkai oleh Noridah Kamari (BH 21.4.2013) Faktor dalaman
dan persekitaran memainkan peranan penting dalam penbentukan sesebuah keluarga. Peranan
ayah/ibu dalam pendidikan kanak-kanak semenjak bayi lagi akan mempengaruhi pembesaran
dan jiwa kanak-kanak. Seringkali keluarga juga dipertanggungjawabkan mengenai identity
crisis atau krisis identiti kanak-kanak tersebut. Penulis sebagai sebahagian daripada warga
masyarakat tidak dapat lari dari merasakan keprihatinan tersebut dan akan merakamkan dalam
tulisan mereka.
Sebagai contoh dalam cerpen “Bagai Pinang” oleh Wan Jumaiah Mohd Jubri (BM 11
Julai 1982,Penawar Rindu: 2003) cerpenis memulakan dengan kisah seorang gadis Fauziah
menjalani pembedahan untuk menjadi lelaki yang bertukar nama kepada Mohd Fauzi. Begitu juga
watak protoganis seterusnya Rahim menjalani pembedahan untuk menjadi seorang perempuan
bernama Rahimah. Perjalanan plot dalam cerpen ini mudah dan terdapat dua exposisi ia itu
semasa watak Fauziah dan Rahim ingin menjalani pembedahan untuk menukar jantina. Mereka
bertemu semasa pembedahan dan akhirnya bersetuju untuk berkawin. Pinangan bapa Fauziah
(Mohd Fauzi), Pak Leman dan isterinya Mak Timah diterima oleh ibu Rahim(Rahimah), Cik
Joyah dan akhirnya mereka diijab kabulkan. Namun plot mengalami sedikit komplikasi apabila
mereka perlu diijab kabulkan. Menurut pendekatan teori semiotik, penulis menggunakan tanda
lelaki sebagai penanda dan lambang lelaki sebagai pemimpin dan perempuan sebagai yang
menurut dan dipimpin. Walaupun Rahim sudah menjadi seorang perempuan (Rahimah), beliau
tetap pada dasarnya seorang lelaki dan beliau terpaksa “menerima akad nikahnya” sebagai
seorang lelaki. Dan demikian acara akad nikah dapat dijalankan walaupun kelihatan amat
ganjil apabila Tuan Kadi berjabat tangan dengan Rahimah (Rahim).
Watak Fauziah ciptaan cerpenis menghadapi krisis identiti sehinggakan ”Pak Leman
tidak menduga yang Fauziah akan bertindak demikian. Di manakah salah dan silapnya hingga
Fauziah jadi begitu? Di mana? Pak Leman masih ingat bagaimana pergaulan dan gerak-geri
Fauziah sewaktu kecil. Pakaian, permainan, tutur-kata dan segala-galanya begitu kelelakian.
Mati-mati Fauziah tidak mahu pakai skirt dan blaus ke sekolah. Dia tetap mahu berpakaian
seluar pendek dan kemeja seperti abang-abangnya yang empat orang. Pak Leman tidak
berkuasa untuk menghalang kehendak anaknya. Permintaannya diikutkan saja. Dia percaya
suatu hari nanti Fauziah akan sedar dan malu. Namun segala sangkaannya menyelewang,
Semakin Fauziah dewasa, semakin nampak ciri-ciri kelelakiannya.”
Begitu juga watak Rahim pula digambarkan sebagai ”..Asyik terperap aje kat rumah
ni.” dan watak Rahim mengakui ”dia orang (budak laki-laki) tak mahu campur dengan Aim.
Dia orang panggil Aim mak nyah. Dia orang (budak laki-laki) selalu suruh Aim main masak-
masak dengan budak-budak perempuan. Dia orang (budak laki-laki) tak kasi Aim main guli
atau bola dengan dia orang (budak laki-laki). Menyampah!!” Secara ektrinsik, pengaruh
luaran memainkan peranan menjadikan Rahim yang bersikap pelembut dan akhirnya menjalani
pembedahan untuk tukar jantina.
Pengaruh dan masalah LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual,Transgender) sering dibincang
dan diperkatakan dalam media massa, internet dan pengaruhnya terhadap masyarakat sekeliling
lebih-lebih lagi masyarakat Melayu/Islam, kerap menjadikan mereka mangsa yang terjebak
dalam kumpulan ini.
Cerpen berjudul Kumbang sama kumbang, bunga layu di tangkai (BH 21.4.2013)
pula menceritakan kisahseorang pegawai esekutif Rayhan yang bekerja di syarikat KSK
Internasional jejaka homoseksual yang memasarkan Projek Cinta memperjuangkan slogan
Kebebasan untuk Bercinta. Plot cerpen juga mudah namun menampakan ciri-ciri “twist”
dimana ibu Rayhan, Cik Senah terperanjat apabila beliau dikenalkan dengan kekasih Rayhan
seorang lelaki. Projek Rayhan berdasarkan tema bahawa “Tidak ada orang yang boleh
175
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

mempertikai cinta” dan dengan demikian projek berjaya dilaksanakan dan dengan penuh
muslihat ibunya juga dikatakan bersekongkol dalam projek tersebut. Harapan ibu Rayhan, Cik
Senah untuk melihat anaknya berkahwin dengan gadis yang dipadankan musnah sama sekali
apabila Rayhan mempunyai teman lelaki, Edward.
Cerpenis Noridah Kamari mengetengahkan isu LGBT (Lesbian, Gay,
Bisexual,Transgender) dan judul cerpen tersebut sangat menarik dan kita sudah dapat meneka
masalah yang akan diketengahkan. Apabila kumbang suka dengan kumbang sudah tentu bunga
akan terbiar seperti yang diluahkan oleh Cik Senah, watak ibu dalam cerpen tersebut “Ini
hubungan di luar tabi’i, ia melanggar fitrah manusia. Kumbang dan bunga. Lelaki dan wanita.
Mana mungkin boleh sejenis”. Secara ektrinsik, penulis memandang ke arah gejolak yang
berlaku di sekeliling kota kosmopolitan yang dipengaruhi oleh unsur-unsur LGBT (Lesbian,
Gay, Bisexual,Transgender) ke dalam masyarakat, walaupun Rayhan disiapkan dengan ajaran
agama seperti yang diluahkan oleh Cik Senah “Adakah emak gagal sebagai seorang ibu?
Apakah tidak cukup ajaran agama yang diterapkan. Bukankah kau menunaikan solat dan
puasa? Bagaimana perkara ini boleh berlaku?” Namun Rayhan mempunyai alasannya
tersendiri. “Rayhan tidak boleh pilih siapa untuk dicintai. Ini soal hati nurani. Mak tak boleh
tegah..” Ini merupakan hak individu atau individual rights.
Secara intrinsik, kedua-dua cerpenis berjaya mengupas isu sosial masyarakat Melayu
mengenai pertukaran jantina dan masalah LGBT dan melihat peranan institusi keluarga
penting dalam mendidik dan membesarkan anak dan masalah LBGT (Lesbian, Gay,
Bisexual,Transgender) yang kini berleluasa menjadi permasalahan sosial yang perlu ditangani
dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Ini dapat dilihat lewat watak wanita
tua yang mempunyai agendanya tersendiri ia itu bersedia untuk menyerang warga dunia yang
sudah termakan umpan kita yang bertukar wajah dimana matanya berbinar menjadi merah
delima. Kulitnya mengelupas dan menggerutu. Tulang belakangnya meruncing dan menular
menjadi dua sayap gergasi. (lewat cerpen: Kumbang sama kumbang, bunga layu di tangkai).
Secara ektrinsik pula cerpenis mengajukan beberapa pertanyaan: Bagaimana pula apabila
sudah berumah tangga nanti? Kalau ditakdirkan Tuhan si Fauziah (Mohd Fauzi) mengandung?
Cerpen “Bagai Pinang”. Apakah cukup dengan bersolat dan berpuasa untuk mempersiapkan
diri dengan cabaran dunia globalisasi? Mesej yang ingin disampaikan bahawa didikan agama
secara holistik penting untuk menghadapi cabaran tersebut.
Kesimpulan daripada kajian aspek sosial ini, didapati bahawa terdapat individu yang
memperjuangkan individualitinya, mempunyai self-identity dan self-relection dan tidak sahaja
melihat pergolakan dan masalah sosial yang berlaku di sekeliling mereka tetapi menggambil
bahagian dalam menangani isu-isu tersebut. Mereka ke depan dan memperjuangkan nasibnya
dan juga kaumnya.

POLITIK MASYARAKAT MELAYU DENGAN ISU POLITIK

Kajian aspek politik dapati masyarakat Melayu mempunyai gerakan politik yang naif dan
terbatas memandangkan kedudukan masyarakat sebagai komuniti yang minoriti. Tidak ramai
orang Melayu yang menjadi pemimpin politik dan namun ramai yang menjadi pemimpin
masyarakat seperti di masjid, yang mempunyai kuasa kepimpinan yang terhad. Para pemimpin
masjid atau persatuan pula dilihat sebagai bersifat munafik, sering memungkiri janji, tidak
amanah, tidak mempunyai wawasan dan tidak pandai mengimbangi kehidupan. Ada golongan
pemimpin-pemimpin Melayu Singapura masih mementingkan status pangkat dan sikap
menyalahi kegunaan kuasa dan tidak bersatu. Namun orang-orang Melayu Singapura masih
beradab, bersifat maju kehadapan, memasuki arus nasional, menjaga taraf bahasa Melayu
supaya jangan hilang budaya akibat modenisasi. Analisis juga menunjukkan perjuangan orang
Melayu mempertahankan perebutan tanah, perebutan kuasa, pergolakan untuk mendapatkan
semula maruah bangsa dan pergolakan mengejar wawasan konflik penindasan oleh kuasa
penjajah, konflik untuk hidup bebas, konflik keluarga. Dari sudut pembentukan budaya bangsa
176
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

masyarakat Melayu memperjuangkan budaya manusia yang insaniah, pemimpin yang tidak
mementingkan diri sendiri dan bersikap ikhlas, saling bantu membantu masyarakat yang
beradab dan progresif, memelihara keutuhan bahasa dan budaya Melayu supaya jangan hilang
dalam zaman moden dan global dan menjaga maruah bangsa dan berani meneroka ke dunia
luar.
Kesimpulan dapat dirumuskan di sini bahawa kesemua penulis veteran dan yang baru
mengangkat martabat bangsa dan mempertingkatkan budaya dalam karya-karya mereka.
Bertujuan untuk menjadikan masyarakat Melayu Singapura yang berbudi luhur dan menjadi
masyarakat yang prihatin terhadap genjolak sosio-politik dan akhirnya menjadi insan yang
kamil. Rata-rata setiap penulis mempunyai agenda sedemikian dalam penulisan mereka. Namun
terapan konsep arif budiman yang dicadangkan itu diterima oleh penulis dan mengalirkan
konsep tersebut dalam tulisan mereka menjadi suatu persoalan. Inilah menjadi salah satu
matlamat kajian di samping melihat dari sudut politik, sosial, dan ekonomi.

Gerakan Politik dan Kepimpinan dalam cerpen Suratman Markasan dan Mohamed Latiff
Mohamed
Latar
Penulis Judul Cerpen Persoalan Watak
Masa
Suratman “Penghulu yang hilang segala-
Kepimpinan Pak Suleh 70-an
Markasan galanya”
“Api yang membara” Kesan Politik 60-an
“Di Tengah Rakyat” Kepimpinan Sri Widajati Tan 70-an
“Rumah” Kepimpinan Dr. Atmo 70-an
“Di Makkah Ada Politik” Kepimpinan 80-an
“Tiga Surat Wasiat” Kepimpinan Pemuda Malang 80-an
Mohamed
Latiff “Lembu” Kepimpinan Lembu Jantan Tiada
Mohamed

Pergolakan dan Konflik Kekuasaan dalam cerpen Suratman Markasan, Masuri S.N.,
Mohamed Latiff Mohamed, Isa Kamari, Ahmad Jaaffar Munasip, Ishak Abdul Latif dan
Helmilina Md Som.

Latar
Penulis Judul Cerpen Tema Watak
Masa

Suratman Tiada latar


” “Virus” Kekuasaan Aku
Markasan masa

“Bush Meminang Puteri Konflik Bush Kepala


Gunung Ledang” kekuasaan Negara Amerikaya
Masuri S.N. Tiada Tiada Tiada Tiada
Mohamed
Mondok betina/ Tiada latar
Latiff “Mondok” Kepimpinan
jantan masa
Mohamed

Zaman
Isa Kamari “Gagak” Kekuasaan Badik jajahan
Jepun

177
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Tiada latar
“Celupan” Kebebasan Ulat
masa

Ahmad Jaaffar Tiada latar


“Kisah Unta Kebebasan Unta
Munasip masa
“Kisah Unta II Kebebasan (Unta) Hijau
“Biar Tuah Hilang di Tiada latar
Kekuasaan Hang Tuah
New York” masa
Ishak Mohd Tiada latar
“Romie dan Julie” Kekuasaan Romie dan Julie
Latif masa
Tiada latar
“Tompok Hitam” Kekuasaan Tompok
masa
Helmilina Md
Tiada Tiada Tiada Tiada
Som

Pembentukan Budaya Bangsa dalam cerpen Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed
Latiff Mohamed, Isa Kamari, dan Ahmad Jaaffar Munasip
Penulis Judul Cerpen Persoalan Watak Latar Masa
Pak Haji
Suratman
“Di Makkah ada Politik, Agama Wan 1980-an
Markasan
Zakaria

“Khemah-Khemah telah roboh” Agama Aku 1980-an

“Ayah yang hilang” Agama Aku 1980-an


Pak
“Pak Jenderal Naik Haji” Agama 1980-an
Jenderal
Haji Awang
“Pemberian yang ditolak” Agama 1980-an
Bongsu
“Perempuan Kerudung Hitam: Agama Aku (Rat) 1980-an
Pak Haji
Suratman
“Di Makkah ada Politik, Agama Wan 1980-an
Markasan
Zakaria
“Khemah-Khemah telah roboh” Agama Aku 1980-an
Masuri Budaya dan
“Persoalan” Sahid 1980-an
S.N. masyarakat
Mohamed
Budaya dan Tiada latar
Latiff “Menggelongsor” Penghulu
masyarakat masa
Mohamed
Tiada latar
“Guru” Pendidikan Cikgu Arif
masa
Zaman
Budaya dan
Isa Kamari “Gagak” Badik Penjajahan
masyarakat
Jepun
Budaya dan Tiada latar
“Celupan” Ulat
Masyarakat masa

Ahmad “Dari Kepingan-kepingan


Tiada latar
Jaaffar mimpi yang berderai, ku kutip Maruah bangsa Mat Jamin
masa
Munasip dan ku arcakan buat inspirasi”

178
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Ahmad
“Biarkan Hang Tuah Hilang di Budaya dan Tiada latar
Jaaffar Hang Tuah
New York masyarakat masa
Munasip

Dari sudut sudut politik pula dan pengaruhnya dalam kehidupan serta memberi
penekanan terhadap perubahan-perubahan yang dihadapinya. Lois Tyson (1999:295-296)
sewaktu membicarakan ”Kritikan Budaya dan Sastera” atau Cultural Criticism and Literature
mengemukakan pertanyaan mengenai gerakan politik yang berlaku dalam sesebuah masyarakat
itu dan apakah model contoh praktis gerakan itu: Sama ada gerakan budaya merupakan suatu
tenaga atau kekuasaan baru.

EKONOMI

PENGENALAN

Kajian aspek ekonomi berdasarkan penyelidikan akan menganalisis dari aspek ekonomi an
menjurus ke arah permasalahan taraf hidup, kemiskinan, subaltern, survival (penangkatan) dan
perjuangan.
Dari tahun 1965 sehingga 2004, perubahan dari sudut ekonomi, Singapura menampakkan
kenaikan taraf kehidupan rakyatnya dari taraf dunia ketiga kepada taraf ekonomi kelas
dunia seperti Switzerland. Namun, masalah berkaitan dengan ekonomi orang Melayu seperti
kemiskinan masih banyak ditulis oleh cerpenis Singapura yang dikaji. Para cerpenis yang
berdepan dengan masalah itu, menyaksikan perkembangan dan berusaha menghadapi perubahan
ini, jelas mengangkatnya dalam penulisan yang berkaitan dengan permasalah tersebut.
Cerpen tulisan Suratman Markasan, Masuri S.N. dan Mohamed Latiff Mohamed
mengangkat persoalan ekonomi dalam tulisan mereka. Kalau pada awal-awal tahun 60-an
Suratman Markasan, contohnya menerusi cerpen “Ini Muka-Muka Baru” (Gerak dan Dialog
hlm. 1) dan Masuri menulis mengenai hal-hal kemiskinan dan taraf hidup yang kurang
sempurna contohnya cerpen “Keluhan Seorang Pemuda” (Di Luar Dugaan hlm. 1) kisah
seorang pemuda yang merantau ke kota untuk mencari kemewahan dalam kehidupan, maka
pada tahun-tahun berikutnya tema mengenai kemiskinan yang berkaitan dengan taraf hidup
semakin diketengahkan.
Dalam analisis kajian akan melihat dari sudut permasalahan i) taraf hidup, ii)
kemiskinan iii) subaltern dan iv) penakatan.

Permasalahan Taraf Hidup

Permasalahan Taraf Hidup dalam cerpen Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed
Latiff Mohamed, Isa Kamari, Ahmad Jaaffar Munasip, Ishak Abdul Latif dan Helmilina Md
Som

Latar
Penulis Judul Cerpen Persoalan Watak
Masa
Suratman
Ini muka-muka baru Keciciran 3 orang pelajar 60-an
Markasan
Suratman
Si Hitam Penagih dadah Hitam 80-an
Markasan
Suratman Penghulu Yang Hilang Segala- Protaganis 80-an
Hilang kuasa
Markasan galanya Pak Suleh
Masuri S.N Kak Maimun Kemiskinan Kak Maimun 60-an

179
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Mengejar
Masuri S.N. Besar Pasak Daripada Tiang Zainal
kebendaan
Mohamed
Latiff Dapat Rumah Desakan hidup Protaganis “Aku” 70-an
Mohamed
Mengejar
Isa Kamari Pengukir 80-an
kebendaan
Ahmad
Jaaffar - - - -
Munasip
Ishak Abdul
- - - -
Latif

Helmilina Md Manipulasi Protaganis


Janji 90-an
Som kebendaan “Nenek”

Persoalan Subaltern dan Penindasan dalam cerpen-cerpen pilihan Suratman Markasan,


Masuri S.N., Mohamed Latiff Mohamed, Isa Kamari, Ahmad Jaaffar Munasip, Ishak Abdul
Latif dan Helmilina Md Som.

Latar
Penulis Judul Cerpen Persoalan Watak
Masa
Suratman
“Kembali kepada Al-Quran” Gejala dadah Si-Hitam 80-an
Markasan
“Semua orang ada hak” Penindasan Asan 80-an
“Di Tengah Pemimpin” Diskrimasi Widajati 80-an
“Di Makkah ada Politik Penindasan Wan Zakaria 80-an
Belia/Anak
“Tiga Surat Wasiat” Pada Diskrimasi 80-an
Malang
Taraf kehidupan
Masuri S.N. “Keluarga Wak Hassan” Wak Hasan 60-an
Tekanan

Masuri S.N. “Masih Ada Yang Mengenang” Taraf kehidupan Zubir 60-an

“Dunia bukan Olok-Olok Penindasan Badrul


“Keluhan Seorang Pemuda” Penindasan Ramlan 60-an
“Pendirian” Penindasan Rais 70-an
“Jatoh” Penindasan Johar 70-an

Suratman Markasan sebagai seorang pengamat sosial yang sensitif melihat persoalan
taraf hidup sebagai isu yang penting yang perlu diketengahkan. Beliau mengangkat dalam
cerpen “Ini muka-muka baru” (Gerak & Dialog hlm. 1) untuk membela nasib para pelajar
yang tercicir, bekas penagih dadah dalam cerpen “Si-Hitam” (Kembali kepada Al-Quran hlm.
18), dan golongan tertindas dalam cerpen “Penghulu yang hilang segala-galanya” (Gerak dan
Dialog hlm. 155) ) begitu juga sasterawan Masuri S.N. melihat masalah kemiskinan sebagai
sesuatu yang menghambat sosio-ekonomi masyarakat, lebih-lebih lagi terhadap ibu-ibu tunggal.
Keprihatinan beliau untuk membela golongan ini, memberi pencerahan dari segi ekonomi dan
menaikkan taraf kehidupan sudah tentu meletakkan beliau sebagai cerpenis yang peka terhadap
masalah ini. Watak Kak Maimun dalam cerpen “Kak Maimun” (Di Luar Dugaan hlm. 70)

180
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dilihat sebagai seorang yang mendahului zamannya yang bersifat entrepreneur, berdikari demi
untuk menjaga taraf hidup dan tidak bersifat meminta-minta.
Begitu juga dalam cerpen “Besar Pasak Daripada Tiang” (Di Luar Dugaan: 89)
Masuri S.N. membuat semacam sindiran terhadap golongan yang suka berlagak dan tidak tahu
“mengukur baju di badan sendiri”. Untuk mengekalkan darjat dan status dalam masyarakat,
Masuri memberi semacam gambaran balasan akibat mengejar kebendaan. Ada kalanya manusia
mencari jalan yang salah dari segi undang-undang untuk menjadi kaya dan menjaga taraf
hidup. Akibatnya sesudah tentu mudarat kepada manusia tersebut.
Sebagai sebuah negara yang telah menghadapi pelbagai pembangunan baik dari segala
bidang pengangkutan, perumahan, perindustrian, perdagangan dan sebagainya dan kini telah pun
bergelar sebagai sebuah kota kosmopolitan maka anak negerinya terpaksa menghadapi pelbagai
perubahan baik keperluan asas mahupun yang komplikated. Lewat cerpen “Dapat Rumah”
(Nostalgia yang hilang hlm. 224) Mohamed Latif Mohamed melihat keadaan masyarakat
Melayu/Islam yang terpaksa berubah akibat proses urbanisasi. Dalam tahun-tahun 60-an negara
Singapura menghadapi masalah perumahan untuk para penduduknya yang berbilang bangsa.
Pemindahan dari rumah sewa ke rumah pangsa sudah tentu menaikkan taraf hidup merupakan
suatu pengalaman yang baru. Namun, apabila seseorang itu belum bersedia dari segi kewangan
untuk membayar segala keperluan yang berkaitan dengan urusan pembelian rumah kepada
Lembaga Pembangunan dan Perumahan atau HDB sudah tentu seseorang itu akan mengalami
masalah kewangan. Masyarakat Melayu/Islam berdepan dengan pelbagai-bagai masalah sosial
termasuk ekonomi. Rata-rata masyarakat Melayu/Islam bekerja makan gaji dan mengharapkan
gaji bulanan untuk segala urusan pembelanjaan. Watak protagonis berdepan dengan masalah
yang tidak diduga-duga. Beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk dapat rumah dan
terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan duit. Ini menjadikan kehidupan protagonis tertekan.
Cerpenis Isa Kamari mengangkat isu taraf hidup dengan melihat suasana tempat
kilang yang sudah kehilangan daya kreativiti dan tenaga kerja bekerja semacam robot. Untuk
menaikkan taraf pengeluaran, tuan punya kilang telah memperalatkan manusia/pekerja sebagai
robot untuk meninggikan taraf ekonomi dan dengan secara tidak langsung taraf hidup. Kesan
sedemikian menjadikan manusia tidak ubah seperti “digit” dan sifat-sifat kemanusiaan sudah
tidak wujud lagi.
Helmilina mengangkat masalah sosial yang berkaitan dengan taraf hidup, memaparkan
kehidupan manusia yang mengejar kebendaan dan kepentingan diri sendiri. Anak-anak sanggup
memanipulasi dan mengambil kesempatan untuk “menipu” (emak) nenek untuk menjual rumah
supaya mereka dapat meraih dan menikmati hasil daripada penjualan rumah tersebut. Oleh
kerana ingin hidup senang dengan taraf hidup yang selesa, maka kejadian sedemikian dicatat
oleh Helmilina menerusi cerpen beliau “Nenek” (Millenia: 19).
Inilah beberapa kesan dan tekanan ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Melayu/
Islam yang digambarkan oleh cerpenis.
Dari kajian yang dilakukan didapati bahawa masyarakat Melayu Singapura masih
berdepan dengan masalah dan kegenjotan untuk mengekalkan taraf hidup lebih-lebih lagi apabila
menghadapi perubahan seperti keperluan perbelanjaan yang tidak diduga atau perkara-perkara
yang tidak diingini seperti kehilangan pencari nafkah. Kehilangan kuasa, gejala manipulasi
pihak berkuasa dan keluarga juga menjejas kehidupan mereka. Kajian juga menunjukkan
bahawa ada suami yang sanggup berkorban untuk menjaga keselesaan dan status isteri. Dari
aspek pengeluaran dan untuk menjamin taraf kehidupan, maka pihak pemilik perindustrian
telah meninggikan hasil pengeluaran dan ini mengorbankan daya kreativiti seseorang.
Namun, masyarakat Melayu Singapura berani ke depan untuk memperjuangkan
golongan tertindas atau subaltern. Mereka mengutarakan perkara-perkara yang dianggap
tidak adil seperti diskriminasi terhadap kaum minoritinya dalam soal-soal pekerjaan yang
mengutamakan kaum mereka sendiri, soal kerakyatan, penindasan terhadap belia yang cuba
berubah walaupuan terjebak dengan dadah, juga golongan setinggan dan golongan orang-orang
tua.
181
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kehidupan di Singapura terlalu mencabar dan penuh dengan serba kemewahan, maka
ada orang-orang Melayu yang bercita-cita untuk menjadi cepat kaya dan melakukan apa
sahaja untuk mencapai cita-cita mereka. Oleh kerana desakan hidup dan untuk menjaga status
kehidupan mereka juga, ada golongan pemimpin yang terpaksa bersikap berpura-pura.

Survival dan Perjuangan


Persoalan Penakatan dan Perjuangan dalam cerpen Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed
Latiff Mohamed, Isa Kamari, Ahmad Jaaffar Munasip, Ishak Abdul Latif dan Helmilina Md
Som.

Latar
Penulis Judul Cerpen Persoalan Watak
Masa
Suratman “Kembali kepada Al-
Penakatan Haji Muzafar 80-an
Markasan Quran”
Masuri S.N. “Sahabat Saya Baharum” Penakatan Baharum 60-an
“Cerita Dua Buah Kedai Tiada – Tauke kedai
Masuri S.N. Penakatan 60-an
Kopi” kopi A & B
“Ingin Jadi Jutawan” Penakatan Sani 70-an
“Membawa Hidup” Penakatan Sidek 70-an
Mohamed
Latiff ”Yang Hilang” Penakatan Pak Tasrif. 80-an
Mohamed
Isa Kamari ”Pengukir” Penakatan Rakan Penulis 90-an

Ahmad Jaaffar
”Robohkan Tembok Itu” Perjuangan Si Mata Galak 90-an
Munasip

Ishak Adbul
- - - -
Latif
Helmilina Md
“Nenek” Penakatan Nenek 2000
Som

RUMUSAN

Di sini dapat disimpulkan bahawa terdapat kaitan antara cerpen yang dihasilkan dengan budaya
masyarakat Melayu Singapura dalam usaha mereka untuk mendedahkan, mengatasi dan
menangani masalah sosial, ekonomi dan politik. Para cerpenis telah menulis menggambarkan
dan mencerminkan masalah kehidupan masyarakat Melayu yang sebenarnya. Oleh kerana
saingan yang sengit serta keperluan pemerintah untuk mengubah “landscape” Singapura,
maka masyarakat Melayu juga turut dengan secara tersendiri berubah dan masuk ke dalam
arus nasional walaupun secara tidak langsung terpinggir. Masing-masing yang masih menulis
sehingga 2014 dapat melihat perkembangan dan trend pergerakan yang berkaitan dengan tema
dan persoalan yang telah dihasilkan.
Selama 50 tahun cerpenis Suratman Markasan dan Masuri S.N. telah banyak mengalami
pahit gentir kehidupan di Kota Singa dan sudah tentu sebagai pengamat sosial yang sangat
sensitif mereka telah merakamkan segala yang berlaku di depan mata mereka. Mereka ingin
melihat masyarakat Melayu maju, bermoral tinggi dan juga tidak lupa dengan ajaran agama
Islam yang sebenarnya. Tema yang mereka tulis, lebih-lebih lagi Masuri S.N. yang mula
menulis mengenai nasib golongan belia yang tersasar apabila datang ke kota. Masuri S.N. sering
mengingatkan para belia ini supaya menjadi pemuda harapan bangsa. Ini merupakan slogan

182
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

yang sering diuar-uarkan oleh Masuri S.N. dalam cerpen-cerpen beliau. Ini sejajar dengan
peranannya sebagai seorang pendidik kerana beliau ingin melihat anak muridnya berjaya dan
bermoral tinggi.
Suratman Markasan pula pada awalnya menulis tema mengenai nasib golongan belia juga
iaitu selepas perang Jepun yang tercicir dan tidak mempunyai pekerjaan. Cerpen-cerpen beliau
seterusnya mula bergerak dan mengangkat isu-isu sosial yang lainnya seperti memperkatakan
soal kepercayaan terhadap benda-benda yang karut dan belia yang telah menggambil dadah.
Suratman Markasan juga seorang pendidik dan mempunyai ijazah dalam pengajian Melayu
mengukap keprihatinannya beliau terhadap nasib golongan yang dibiarkan. Suratman Markasan,
lewat tahun 80-an telah mula bergerak ke arah penulisan yang lebih berbentuk agama. Beliau
banyak merakamkan segala macam kejadian yang berlaku di kota Makkah. Dalam cerpen-
cerpennya, beliau banyak memberi mesej supaya seseorang itu haruslah bersikap baik dan
bermoral tinggi kerana akan mendapat balasan apabila seseorang itu menunaikan ibadah haji
atau umrah di Makkah. Suratman Markasan setelah usianya semakin lanjut, menganggap kerja
menulis sebagai satu ibadah dan merasakan kepuasan jika mesej yang ingin disampaikan dapat
diterima oleh masyarakat.
Dalam dekad 70-an pula dapat melihat seorang lagi sasterawan yang telah mengangkat
isu-isu sosial yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Singapura iaitu Mohamed Latiff Mohamed,
juga seorang pendidik yang merakamkan tulisan beliau mengenai perkara-perkara yang sedang
berlaku di Singapura ketika itu. Antaranya Singapura berdepan dengan masalah tempat tinggal
untuk para penduduknya dan pihak pemerintah telah merobohkan sebahagian daripada rumah-
rumah kampung untuk didirikan rumah-rumah pangsa. Mohamed Latiff Mohamed menerusi
pengalaman beliau sendiri yang berdepan dengan masalah mendapat/membeli rumah telah
merakamkan secara tuntas apa yang perlu disediakan sebelum berpindah ke rumah pangsa.
Mohamed Latiff Mohamed menggambarkan pengalaman betapa sukarnya mendapatkan wang
untuk menampung segala macam perbelanjaan apabila mendapat rumah pangsa setelah 11
tahun tinggal di kampung. Kesan daripada perkara ini, dapatlah dinyatakan bahawa masyarakat
Melayu sekarang memahami bahawa wang memainkan peranan yang sangat penting dalam
kehidupan mereka. Keadaan ini berbeza sekali sebelum ini. Helmilina Mohd Som turut
memberi pandangan mengenai sikap individualistik anak-anak yang mementingkan diri mereka
sendiri dan sanggup menghantar ayah atau ibu mereka yang sudah tua ke rumah tumpangan
orang-orang tua. Ayah dan Ibu yang mempunyai rumah dipujuk oleh anak-anaknya sendiri
supaya menjual rumah tersebut dan tinggal bersama-sama mereka. Dari sudut moral dapat
dilihat perkembangan yang berlaku terhadap perubahan sikap sebilangan masyarakat Melayu
itu sendiri. Dari tangan cerpenis Masuri S.N. dan Suratman Markasan mereka menggambarkan
suasana nasib belia-belia yang perlu dibela, tetapi di tangan Helmilina Md Som pula nasib
orang-orang tua pula yang minta dibela. Ini adalah disebabkan ada kaitan dengan kurangnya
didikan agama yang diberikan kepada anak-anak tersebut. Oleh yang demikian, Suratman
Markasan setelah usia semakin lanjut telah beralih memusatkan perhatian beliau kepada isu
keagamaan. Suratman Markasan menganggap tulisan sebagai satu ibadah seperti terlihat dalam
hal ehwal keagamaan dalam kumpulan cerpen beliau.
Dari sudut politik, masyarakat Melayu Islam berdepan dengan pelbagai cabaran
dan masalah setelah Singapura berpisah daripada Malaysia. Kalau semasa dalam Malaysia,
masyarakat Melayu Singapura merupakan golongan majoriti, tetapi setelah berpisah menjadi
masyarakat yang minoriti. Mereka kini berdepan dengan masalah untuk mengadu nasib
walaupun terdapat sebilangan kecil pemimpin Melayu Islam dalam pucuk pimpinan Parti
Tindakan Rakyat yang mewakili masyarakat Melayu Islam seperti keadaan masyarakat Melayu
ketika itu sebagai mempunyai masalah dari segi Perlembagaan Singapura-1966, Rang Undang-
Undang Pentadbiran Muslim, Saranan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura mengenai
Sistem Pembelajaran Nasional, isu buku teks atau “History text book controversy” yang ditulis
semula berjudul dan isu Perkhidmatan Negara. Dari beberapa masalah cerpenis mengangkat
isu mengenai Perkhidmatan Negara.
183
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Cerpen tulisan cerpenis veteran Suratman Markasan yang mengangkat isu politik dan
sangat menyerlah sekali. Suratman Markasan telah mengangkat isu masyarakat Melayu yang
dipinggirkan seperti mengaitkan isu belia yang tidak dipanggil untuk menjalani Perhidmatan
Negara menyebabkan mereka menjadi orang-orang yang “frust” kerana tidak mendapat
pekerjaan setelah melamar di sana-sini dan akhirnya telah terjebak dalam kegiatan yang
tidak sihat. Suratman Markasan menyentuh soal mencari pekerjaan dengan sikap pilih kasih.
Suratman juga dalam cerpennya menyentuh soal budaya dan menginginkan masyarakat
Melayu Islam menggauli dan memasuki arus nasional. Mohamed Latiff Mohamed juga tidak
ketinggalan memperkatakan soal politik dalam cerpen-cerpen beliau seperti soal kepimpinan.
Dari apa yang dihasilkan oleh para cerpenis menerusi kajian selama lima dekad selepas
Singapura mendapat kemerdekaan hanya segelintir cerpenis yang mengangkat isu-isu yang
berkaitan dengan pergolakan politik di Singapura yang lebih mendalam seperti berkaitan dengan
hak-hak asasi orang Melayu Singapura dalam Perlembagaan Singapura dan pembentukan Rang
Undang-Undang Pentadbiran Muslim atau Muslim Administrative Bill Law yang melibatkan
pembentukkan MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura). Keadaan ini ada kaitannya dengan soal
“keberanian”.
Isu mengenai Sistem Pembelajaran Nasional Singapura mengenai soal memartabatkan
bahasa Melayu telah diangkat oleh cerpenis Suratman Markasan. Namun, isu kontrovesi
buku teks sejarah atau History text book controversy – 1970 yang melihat peri pentingnya
membetulkan kedudukan sejarah Singapura langsung tidak diangkat oleh para cerpenis yang
tercatat dalam kajian ini.
Masalah ekonomi turut membebani masalah orang-orang Melayu dengan Lembaga
Pembangunan Perumahan dan isu Perkhimatan Negara diangkat oleh Suratman Marksan,
Masuri S.N. dan juga Mohamed Latiff Mohammed. Cerpenis seperti Ahmad Jaafar Munasip,
Helmilina Md Som dan Ishak Abdul Latiff lebih condong untuk tidak menulis ke arah pergolakan
yang menyentuh soal politik dalam masyarakat Melayu Singapura.
Namun, rata-rata para cerpenis ingin cuba mengubah minda masyarakat Melayu supaya
lebih sedar akan peranan mereka dalam negara yang sedang pesat membangun dan mereka
terpaksa mengikut tuju hala arus nasional yang dipimpin oleh kaum bukan Melayu yang
majoriti di samping mempunyai budaya dan identiti tersendiri. Cita-cita untuk mencipta nama
dan menguatkan konsep “Melayu Baru” dan mempunyai konsep budaya tersendiri seperti isu
arif budiman tidak disentuh dan diketengahkan.
Dari sudut ekonomi kajian ini mendapati bahawa kecuali Ahmad Jaafar Munasip dan
Ishak Abdul Latiff, cerpenis Suratman Markasan, Masuri S.N. Mohamed Latiff Mohamed
dan Helmilina Md Som telah memperkatakan soal taraf hidup. Beberapa petikan cerpen
dapat menguatkan pendapat ini. Suratman Markasan dengan pengalaman beliau yang amat
luas dan juga sebagai seorang pengamat sosial yang sensitif melihat persoalan taraf hidup
sebagai isu yang penting yang perlu diketengahkan. Menerusi beberapa cerpennya, beliau
memperkatakan soal nasib para pelajar yang tercicir, bekas penagih dadah dan memaparkan
masalah golongan tertindas dalam cerpen Masyarakat Melayu/Islam sudah memang terkenal
dengan masalah kemiskinan dan kemiskinanlah yang menjadi sesuatu yang menghambat
kemajuan masyarakat Melayu/Islam. Lantas sasterawan Masuri S.N. melihat masalah tersebut
lebih-lebih lagi terhadap isu ibu-ibu tunggal. Keprihatinan beliau untuk membela golongan ini,
memberi gambaran yang cerah dari segi ekonomi dan menaikkan taraf kehidupan sudah tentu
meletakkan beliau sebagai cerpenis yang peka terhadap masalah ini menerusi gambaran watak-
watak yang mendahului zamannya yang bersifat entrepreneur, berdikari demi untuk menjamin
taraf hidup dan tidak bersifat meminta-minta.
Sebagai sebuah negara yang telah menghadapi pelbagai pembangunan baik dari segala
aspek dalam bidang pengangkutan, perumahan, perindustrian, perdagangan dan sebagainya
dan dan kini telah pun bergelar sebagai sebuah kota kosmopolitan maka orang Melayu terpaksa
menghadapi pelbagai perubahan baik daripada yang asas kepada yang komplikated.

184
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Cerpenis Isa Kamari mengangkat isu taraf hidup yang telah “merampas kreativiti”
ini dengan menggambarkan suasana kilang yang sudah kehilangan daya kreativiti dan tenaga
kerja bekerja semacam robot. Untuk menaikkan taraf pengeluaran, tuan punya kilang telah
memperalatkan manusia/pekerja untuk bertugas sebagai robot bagi meninggikan taraf ekonomi
dan dengan secara tidak langsung taraf hidup. Kesan sedemikian menjadikan manusia tidak
ubah seperti “digit” dan sifat-sifat kemanusiaan sudah tidak wujud lagi.
Helmilina mengangkat masalah sosial yang berkaitan dengan taraf hidup,
menggambarkan kehidupan manusia yang mengejar kebendaan dan kepentingan diri sendiri.
Anak-anak sanggup memanipulasi dan mengambil kesempatan untuk “menipu” (emak) nenek
untuk jual rumah supaya mereka dapat meraih dan berasakan hasil daripada penjualan rumah
tersebut. Oleh kerana ingin hidup senang dengan taraf hidup yang selesa. Generasi muda telah
hilang sifat-sifat kemanusiaannya.
Inilah beberapa kesan dan tekanan ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Melayu/
Islam yang digambarkan oleh cerpenis. Menerusi kajian ini dengan menggunakan teori budaya
dapat diperkukuhkan pendapat bahawa cerpen yang dihasilkan ada kaitan dengan peristiwa
yang berlaku di sekitar pengarangnya. Kecenderungan pengarang mengangkat dan menulis
tentang isu masyarakat kerana pengarang juga merupakan sebahagian dari ahli masyarakat dan
mungkin turut mengalaminya.
Kebanyakan watak ciptaan para penulis tidak dibiarkan begitu sahaja dan menerima
nasib dan keadaan masyarakat ketika itu. Ada watak yang bangkit semula apabila sudah
kecundang dan menggungguli wacana kekuasaan individualitinya seperti watak Kam Maimun
watak ciptaan Masuri S N. Watak-watak ciptaan mereka tidak hanya menjadi “penonton”
malah kebanyakkannya bersikap proaktif dan identiti mereka sangat menyerlah dan menjuarai
sesuatu perjuangan seperti watak Hitam dalam cerpen “Si-Hitam”
Dari sudut sosial dapat dirumuskan bahawa masyarakat Melayu Singapura, yang modern,
hidup dalam serba tekanan, kemiskinan, mementingkan kebendaan, lupa tanggongjawab dan
kurang ilmu ugama. Walaubagaimana pun, masyarakat masih mengangkat ideologi perjuangan
bangsa Melayu dan percaya dengan sistem yang adil dan demokratik. Masyarakat Melayu
Singapura masih membina identiti Melayu tetapi masih dipengaruhi dengan kuasa penjajahan
dan mengangkatnya dalam karya kreatif mereka dengan menggunakan bahasa. Dari segi nilai
moral dan keagamaan pula, mereka masih menganggap bahawa ilmu itu penting dan ditambah
dengan nilai agama. Sifat orang Islam yang baik dan bertoleransi itu penting dalam negara
sekular dan menjadi kaum yang minoriti. Oleh yang demikian masyarakatMelayu merasakan
perlu mengekalkan hak terhadap negeri sendiri dan memartabatkan bahasa dan budaya.
Dari aspek politik pula masyarakat Melayu Singapura dapat dirumuskan bahawa tidak
ramai orang Melayu yang menjadi pemimpin politik namun ramai yang menjadi pemimpin
masyarakat seperti dimasjid, yang mempunyai kuasa kepimpinan yang terhad.
Ada golongan pemimpin-pemimpin Melayu Singapura masih mementingkan status
pangkat dan sikap menyalahgunaan kuasa dan tidak bersatu. Namun, orang-orang Melayu
Singapura masih beradab, bersifat maju ke hadapan, memasuki arus nasional, menjaga taraf
bahasa dan budaya Melayu supaya jangan hilang akibat assimilasi disebabkan arus modenisasi
dan globalisasi.
Dari sudut ekonomi pula, masyarakat Melayu Singapura masih berdepan dengan taraf
kehidupan yang tinggi, terpinggir, tekanan terhadap penghasilan. Dapatan juga menunjukkan
bahawa masyarakat Melayu Singapura masih dipinggirkan, didiskriminasikan, ditindas
namun mereka tetap berjuang untuk meninggikan taraf hidup walaupun dalam keadaan serba
kekurangan.
Kesimpulannya dan hasil dari aspek sosial telah membuktikan bahawamasyarakat yang
moden hidup dalam serba tekanan, kemiskinan, mementingkan kebendaan, lupa tanggungjawab,
kurang ilmu agama. Dari segi ideologi dan perjuangan mereka masih mengangkat ideologi
masyarakat/perjuangan Melayu dan melihat kegagalan orang-orang Melayu mempertahankan
hak. Rata-rata mereka masih yakin dan percaya dengan sistem yang adil dan demokratik.
185
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Orang Melayu Singapura masih membina identiti Melayu tetapi masih dipengaruhi oleh kuasa
penjajahan dan mengangkatnya dalam karya kreatif mereka dengan menggunakan bahasa.
Orang-orang Melayu merasakan pentingnya ilmu pengetahuan dan nilai agama seperti
bertoleransi itu sangat mustahak dalam negara sekular dan menjadi kaum yang minoriti. Mereka
juga berasakan perlu untuk mengekalkan hak terhadap negeri sendiri dan memartabatkan
bahasa dan budaya. Dari aspek politik pula kajian ini mendapati bahawa tidak ramai orang
Melayu yang menjadi pemimpin politik namun ramai yang menjadi pemimpin masyarakat
seperti di masjid, yang mempunyai kuasa kepimpinan yang terhad. Dari segi pergolakan dan
konflik kekuasaan pula ada golongan pemimpin-pemimpin Melayu Singapura yang masih
mementingkan status pangkat dan sikap menyalahgunaan kuasa dan tidak bersatu.
Dari sudut pembentukan budaya pula orang-orang Melayu Singapura didapati masih
beradab, bersifat maju ke hadapan, memasuki arus nasional, menjaga taraf bahasa Melayu
supaya jangan hilang budaya akibat modenisasi. Hasil dari aspek ekonomi pula menunjukkan
bahawa masyarakat Melayu Singapura masih berdepan dengan masalah taraf kehidupan yang
tinggi, terpinggir, tertekan terhadap daya penghasilan. Walau bagaimana pun masyarakat
Melayu Singapura baik secara individu mahu pun secara kolektif masih memperjuangkan
ideologi kekuasaan mereka walaupun mereka dari golongan minoriti yang mempunyai kuasa
yang terhad dan serba kekurangan. Cerpenis Wan Jumaiah dan Noridah Kamari mengetengahkan
isu terkini LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual,Transgender) yang sangat diperkatakan di dalam
masyarakat Melayu/Islam dan mereka juga memberi jalan keluar terhadap permaslahan
tersebut.

Senarai dekad nama-nama cerpenis yang dikaji dan yang menulis sehingga 2014
Cerpenis 60-an 70-an 80-an 90-an 2000
Suratman Markasan X X X X X
Masuri Salikun X X X X X
Mohamed Latiff Mohamed X X X X
Isa Kamari X X X
Ahmad Jaafar Munasip X X X
Ishak Abdul Latiff X X
Helmilina Md Som X X
Wan Jumaiah Md Jubri
X
Noridah Kamari X

Untuk kajian bermula pada tahun 60-antanda “X” melambangkan bermula penglibatan dalam
dunia penulisan dan seterusnya. Jadual 1.3 juga menunjukkan dekad permulaan penglibatan
para cerpenis dalam dekad 60-an sehingga dekad 2000.

Sebahgaian Senarai Antologi/Kumpulan Cerpen – Terbitan Tahun 1965- 2014

1 Matahari Kota, Suratman Markasan


2 Gerak dan Dialog, Suratman Markasan, 1982, Heinemann Educational Books Ltd
London
3 Yang, Jamal Ismail, 1982, EUP Sdn Bhd, Singapura
4 Dunia Di Sebalik Dunia, Masuri SN
5 Di Luar Dugaan, Masuri SN, Othman Puteh,(Peny) 2002, DBP, KL
6 Memburu Angin, Nur Hidayat, 1982, EUP(M)Sdn Bhd
7 Getar-Getar Senja, Peter Augustine Goh dan Nizqin, 1982, EUP(M)Sdn Bhd
8 Telatah, Suradi Parjo,1985, Badan Kesenian Melayu, Singapura
9 Musim Penyedaran, Peter Augustine Goh, 1986, Heinemann (M)Sdn Bhd
186
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

10 Majzuf, Noor Hidayat, 1986, Heinemann Educational Books Ltd, London


11 Temasik, Antologi Cerpen Penulis-Penulis Singapura, Di Selenggarakan oleh SM, DBP,
1987
12 Jamu, (Peny) Azizfakir, 1988, First Printer, Singapura
13 Titian Perjalanan, Peter Augustine Goh, 1989, DBP, Selangor Darul Ehsan
14 Senja di Pantai, Azizfakir, 1989, Image Printers, Singapura.
15 Cerpen-Cerpen Nusantara Mutakhir, Diselenggarakan oleh SM, 1991
16 Orang Luar, Rasiah Halil, 1991,Percetakan Maziza Sdn Bhd, KL.
17 Perempuan Kerudung Hitam, Suratman Markasan,1991, DBP, Selangor Darul Ehsan
18 Mendung, Suradi Parjo, 1992, Pustaka Nasional, Singapura
19 Otak, Ismail Wardy, 1992, Malaysia Press (Sdn) Bhd Singapura
20 Sketsa Minda, Isa Kamari, 1994, Pustaka Nasional, Singapura
21 Salam dari Amira, Khalid Lani, Mazlan Sanip (Peny.). 1993. DBP, Malaysia
22 Pertemuan Kedua, Diselenggarakan oleh SM, 1995, DBP, KL Malaysia
23 Warna Seraut Wajah, Ismail Wardy, 1996, Tempo Publishing(M) Sdn Bhd,Selangor Darul
Ehsan, Malaysia
24 Hidup Seribu Tahun, Ahmad Affandi Jamari, 1999, ASAS 50, Singapura
25 Detik-Detik Masa, Ahmad Awang, 1999, ASAS 50
26 Kembali Kepada AlQuran, Suratman Markasan, 2000, PT Dunia Pustaka Jaya, Jakarta
27 Senandung Orang Lama, Ismail Wardy, 2000, Sasterawan Abad 2000,
Singapura
28 Igau, A Wahab Hamzah
29 Tuhan Masih Sayang, A Wahab Hamzah, 2002,ASAS 50
30 Terbang Bangau, Patemah Jaludin, 2003, Anuar Othman & Associates Media
Enterprise, Singapura
31 Millenia. Helmilina Muhamad Som. 2003 Angkatan Sasterawan 50, Singapura
32 12 , Anuar Othman, Perkumpulan Seni
33 1859, Anuar Othman, Perkumpulan Seni
34 Medonan, Anuar Othman. 2001, Sasterawan Abad 2000
35 Dari Dua Benua. Muhd Salihin Sulaiman & Sulaiman Jeem
36 Tuhan Masih Sayang, A Wahab Hamzah, 2002, ASAS 50, Singapura
37 Penawar Rindu, Wan Jumaiah Mohd Jubri, 2003, Anuar Othman & Associates
Media Enterprise, Singapura
38 Nostalgia yang hilang, Cerpen-Cerpen Pilihan, Mohd Latiff Mohd 1982-2002,
2004 , Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd
39 Sebuah Madrasah dan Suatu Percakapan, Rohman Munasip, 2005, Anuar
Othman & Associates Media Enterprise, Singapura
40 Berlalu Sudah Dukanya, A Wahab Hamzah, 2005, EDN Media, Singapura
41 Hati yang terusik, Peter Augustine Goh, 2006, DBP, Kuala Lumpur
42 Dari Kepingan Kepingan Mimpi, Ahmad Jaaffar Munasip
43 Langau Menyerang Masjid dan Cerita-cerita lainnya, Suratman Markasan, 2007,
Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd
44 Kelarai, Noor Hasnah Adam, 2008, Tuntun Props Com, Singapura
45 Jago yang terlupa & dilupakan, A Jaaffar Munasip, 2011, NAC Singapura
46 Detik-detik Perjalanan, A Wahab Hamzah, 2012, ASAS 50. Singapura

RUJUKAN

Abdul Ghani Hamid. 1977.Delima Merah. Singapura: Angkatan Penulis Aneka Daya.
Abdul Kadir, Salleh. 1981. Period Perkembangan Cerpen-Cerpen Melayu oleh Penulis-
Penulis Singapura di Tahun-Tahun Tujuh Puluhan (1970-1979). Latihan Ilmiah.
Universiti Nasional Indonesia.
187
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Ahmad Affandi Jamari. 1999. Hidup Seribu Tahun. Singapura: Angkatan Sasterawan ’50
Ahmad Awang. 1999. Detik-Detik Masa. Singapura: Angkatan Sasterawan ’50.
Ahmad Awang. 2008. Dari Takuk ke Takuk. Singapura: Pustaka Nasional.
Anuar Othman. 1999. 12. Singapura:Perkumpulan Seni.
Anuar Othman. 1999. 1859. Singapura: Perkumpulan Seni.
Anuar Othman. 2001. Medona. Singapura: Sasterawan Abad 2000
Association of Muslim Professional.1995. Keadaan Sosiologi Masyarakat Melayu.
Occasional Paper Series 5-97. Singapore.
Azali, Hj Abdullah. 1974/1975. Perkembangan Kesusasteraan Berbahasa Melayu di
Singapura Selepas Perpisahan dengan Malaysia Tahun 1965. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Farid Alatas. 1995. “Keadaan Sosiologi Masyarakat Melayu”, Occasional Paper Series
5-97.
Singapura: Association of Muslim Professional.
Hadijah Rahmat, Dewani Abas dan Azhar Ibrahim Alwee. 2003. Jilid 1 Anak Bumi – Siri
Karya Anugerah Persatuan Singapura 1993-2001. Singapura: Majlis Bahasa Melayu.
Hadijah Rahmat. 1998. Sastera & Manusia Melayu Baru. Singapura: Persatuan Wartawan
Melayu.
Hadijah Rahmat. 2005. Kilat Senja. Singapura: HSYang Publishing Pte Ltd.
Hadijah Rahmat.1992. Kertas kerja dalam Dialog Selatan I Tema Budaya dan Sastera
Melayu di Nusa Tiga Menjelang Abad ke-21 Dewan Jubli Intan. Johor Bahru Malaysia
24-26 Januari.
Hadijah, Dewani, Azhar (ed). Siri Karya Anugerah Persuratan Singapura 1993 – 2001 Jilid
2 Citra Minda – Antologi Esei “Kesusasteraan Melayu Dalam Negara Kosmopolitan,
Suratman Markasan”. Singapura: Majlis Bahasa Melayu.
Hadijah, Dewani, Azhar (ed). Siri Karya Anugerah Persuratan Singapura 1993 – 2001,
Jilid 3, Projek X. Singapura: Majlis Bahasa Melayu.
Hadijah, Dewani, Azhar. (peng). Anak Bumi. 2003. Singapura: Majlis Bahasa Melayu.
Hadijah, Rahmat. 1985. Children Literature in Malay: An Inquiry into and an Analysis of
its Development and Functions as a Stimulus Towards Achievement. Tesis Sarjana.
National University of Singapore.
Hamzah Hamdani & Siti Aishah Murad (ed). 2004. Kesusasteraan Melayu Modern (1920-
1940). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. 1975. Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia, Satu Analisa Tentang
Tema dan Struktur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. 1988. Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia Ke-Dua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. 1997. Kritikan Kesusasteraan, Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. 1998. Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Hashim Awang. 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden, Esei Kritikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasni Abas. 1996. Intisari: Pertimbangan dalam penulisan Tesis Sastera. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Helmilina Muhamad Som. 2003. Millenia. Singapura: Angkatan Sasterawan 50.
Homi Bhaba. 1994. The Location of Culture. London: Routledge.
http://app.mfa.gov.sg/assppages/canberra/About Singapore.asp [15Jun 2006]
http://en.wikipedia.org/wiki/hegemony [2 Mac 2012]
http://en.wikipedia.org/wiki/short.story [14 Mac 2012]
http://www.MUIS.org.sg [2 Februari 2012]

188
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Hussin Mutalib.1990. Islam and Ethnicity in Traditional Malay Society. New York:
Oxford University Press Pte Ltd.
Ibrahim Ariff. Tudung. 2002. Singapura: Perhimpunan Hak Asasi Melayu.
Isa Kamari. Sketsa Minda. Singapura: Pustaka Nasional.
Ismail Kassim. 1974. Problems of Elite Cohesion – a perspective from a minority
community.Singapore: SUP.
Ismail Pantek. 19 November 1985 “1 Julai 1957 Tarikh yang bersejarah. Berita Harian”
Ismail Wardy. 1996. Warna Seraut Wajah. Malaysia: Tempo Publishing (M) Sdn. Bhd.
Ismail Wardy. 2000. Senandung Orang Lama. Singapura: Sasterawan Abad 2000.
Ismail Wardy.1992. Otak. Singapura: Pustaka Melayu Publisher.
Jerome J. Mcgann (Suffian Sahuri, Pent,).1989. Mengkritik Kritikan Teks Moden. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaludeen Mohamed Naris, Alexius A. Pereira and Bryan S. Turner. Muslim in Singapore
Piety, politics and policies. 2010. New York: Routledge.
Kamsiah Abdullah. 2007. Benih Budiman: Suatu Analisis Sosio-Sejarah Persekolahan
Melayu.Tanjung Malim: PUPSI.
Kassim Ahmad (Peny).1966. Naskhah Hikayat Hang Tuah.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kernial Singh Shandhu, Pau Wheatley (png).1990 Ulang Cetak. Management of Success
The Moulding of Modern Singapore. Singapore : Institute of Southeast Asian Studies.
Khalid Lani, Mazlan Sanip (Peny.). 1993. Salam Dari Amira. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Klara, Mario. 1998. An Introduction Literary Studies . London: Routledge.
Kwa Chong Guan, Derek Heng, Tan Tai Yong. 2009. 700-year History. From Early
Emporium to World City. Singapore: National Archives of Singapore.
Lewis, Jeff. 2008. Cultural Studies. London: SAGE Publications Ltd: L
Lily Zubaidah Rahim. 2008. Dilema Singapura. Terj. Yunus Ali. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Lim Swee Tin. 2001. Dinamika Kreatif Penulisan Cerpen. Shah Alam: Cerdik Publications
Sdn Bhd.
Malay/Muslim in Singapore. 2006. Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. AMP.
Mana Sikana & Anuar Othman. 2003. Jatuh ke Laut Menjadi Pulau. Singapura: Anuar
Othman & Associates Enterprise.
Mana Sikana & Anuar Othman. 2003. Menyeberang Selat, Singapura: Dragon Education
Enterprise.
Mana Sikana. 1996. Falsafah & Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mana Sikana. 1998. Kritikan Sastera Moden Teori dan Pendekatan. Shah Alam: Penerbit
Fajar Sdn Bhd.
Mana Sikana. 1998. Teori dan Kritikan Sastera Pascamodernisme. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mana Sikana. 2002. Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan. Singapura : Pustaka
Mana Sikana. 2003. Membina Keunggulan Tradisi Sastera. Singapura: Pustaka Nasional
Mana Sikana. 2003. Sastera Singapura dan Malaysia Diaera Pascamodern, Singapura:
Persama Enterprise.
Mana Sikana. 2005. Teori Sastera Kontemporari. Bangi: Pustaka Karya.
Mana Sikana.2003. Jejak Sastera Melayu Modern ke Pascamodern. Singapura: EDN
Mana, Paitoon & Zubaidi (ed). 2003, Teori Pemikiran Tamaddun Melayu, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Masuri S.N. 2006. Dalam Merenung dalam Kumpulan Essei dan Kritikan 1977- 2005.
Singapura: Angkatan Sasterawan 50.
189
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Masuri SN. 1992. Dunia di Sebalik Dunia. Singapura: Persama Enterprise.


Masuri SN. 1998. Kreativiti dan Kemanusiaan dalam Kesusasteraan. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mawar Shafie. 2002. “Sketsa Minda & Yuda: Perbandingan Semiotika Cerpen Melayu”
dalam Kamsiah, Paitoon, Hadijah, Abbas & Roksana Bibi (ed). Ke arah Kesembangan
Insan, Pascsidang Jilid I Persidangan Antarabangsa, Sastera & Budaya Melayu.
Singapura: Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu. Institut Pendidikan Nasional.
University Teknologi Nanyang.
Michael, Haas. 1999. A Political History dlm Michael, Haas (Peng).1999. The Singapore
Puzzle. London: Westport Connectut.
Mohamed Latiff Mohamed. 2004. Nostalgia Yang Hilang Cerpen-Cerpen Pilihan 1982-
2002.
Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. 2002. Melayu Singapura dalam
Kritikan. Singapura:Angkatan Sasterawan 50.
Mohamed Pitchay Gani Md Abdul Aziz (Peny.). Anugerah Persuratan 2003, Kumpulan
Karya dan Ulasan Juri, Singapura: Majlis Bahasa.
Mohamed Pitchay Gani Mohamed A Aziz (Peng.). 2005. Dari Gerhana ke Puncak
Purnama,
Biografi Asas 50 55 Tahun Dalam Persuratan, ASAS 50, Singapura: Angkatan Sasterawan
50.
Mohamed Ramli Sosman.1991. Cerpen-cerpen Berita Harian (Singapura) 1980-an: Satu
Kajian Tentang Karya Peter Augustine Goh dan Iswardy. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd Raman Daud. 2001. “Seimbas Jiwa Suratman”. Dlm Johar Buang (pnyt). Suratman
Markasan 70 Tahun. Singapura: Toko Buku Hj Hashim.
Mohd Yusof Hasan. 1991. Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Hj Salleh. 2000. Puitika Sastera Melayu Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nadwah Sastera. 1991. Dinamika Budaya. Majlis Pusat. Singapura.
Othman Puteh. 1994. Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua, Suatu Analisa Tentang
Pemikiran dan Struktur. 1994. DBP: Kuala Lumpur.
Othman Puteh. 1999. Penulisan Cerpen Visi dan Langgam.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Othman Puteh. 2000. Pengisian Dunia Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Othman Puteh. 2001. Penulisan Cerpen daripada Konvensi ke Inovasi. Kuala Lumpur:
UP & D Sdn Bhd.
Othman Puteh. 2001. Penulisan Kreatif: Teori, Pengalaman, Cabaran. Kuala Lumpur:
UP & D Sdn Bhd.
Othman Puteh. 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Cerpen. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh.. 2002. Di Luar Dugaan – Kumpulan Cerpen 1948 – 1997 (Masuri S.N.)
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Peter Augustine Goh. 1999. Teruskan Ceritamu, Pak Dalang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Sastera.
Peter Augustine Goh. 2003. Rahsia Sebuah Kasih Sayang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Sastera.
Petir April 1987 hal: 12.
Rachmat, Siti Chamamah, Suminto, Wuradji, Damardjati, Faruk, Tirto, M Hum, Ratna,
Adi,

190
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Iswanto, Jabrohim, Rina & Sri Widate, 2001, Metodologi Penelitian Sastera, 2001,
Jakarta: PT Hanindita Graha Widya.
Regan, Stephen. 1992. The Politics of Pleasure: Aesthetics and Cultural Theory.
Cambridge: Cambridge University Press.
Roger Webster. 2004. Mengkaji Teori Sastera – Suatu Pengenalan. Terj. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rohman Munasip. 2005. Sebuah Madrasah Dan Suatu Percakapan. Singapura: Anuar
Othman & Associates.

Sahlan Mohd Saman. 2002. Pengajian Melayu dalam Konteks Kesusasteraan Bandingan.
Bangi: Persatuan Penulis Selangor.
Shahnon Ahmad. 1994. Sastera Pengalaman Ilmu, Imaginasi dan Sekitarnya. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sinfield, Alan. 2002. Faultlines: Cultural Materialism and the Politics of Dissident
Reading. Oxford: Clarendon Press.
Sinfield, Alan. 1992. “Art as Cultural Production” dlm Wolfreys, Julian (peny) Literary
Teories.Edinburgh: Edinburgh University Press.
Sohaimi Abdul Azis. 2001. Kesusasteraan Bandingan Perkembangan: Pendekatan Pratis
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.
Standley Sanders Bedlington. The Singapore Malay Community: The Politics of State
Intergration. Thesis Ph.D. Faculty of the Graduate School of Cornell University.
Straits Times. 4 Nov 2000. “AP tolak konsep kepimpinan kolektif AMP”.
Sulaiman Jeem & Muhd Salihin Sulaiman. 1999. Dari Dua Benua. Singapura: Angkatan
Sasterawan 50
Suradi Parjo. 1985. Telatah. Singapura: Badan Kesenian Melayu.
Suradi Parjo. 1992. Mendung. Singapura: Pustaka Nasional.
Suratman Markasan (Peny). 1987. Temasik - Antologi penulis-penulis Singapura. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Suratman Markasan (Peny). 1991, Cerpen-cerpen Nusantara Mutakhir. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Suratman Markasan. 1982. Gerak dan Dialog. Kuala Lumpur: Heinemann Educational
Books (Asia) Ltd.
Suratman Markasan. 1991. Perempuan Kerudung Hitam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Suratman Markasan. 1995. Pertemuan Kedua. KualaLumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Suratman Markasan. 2005. Bangsa Melayu Singapura Dalam Transformasi Budayanya.
Singapura: Anuar Othman & Associates.
Suratman Markasan.2000. Kembali Kepada Al-Quran. Jakarta: Pustaka Jaya.
Suwardi Endraswara. 2008. Ed.ke-4. Metodologi Penelitian Sastra Epistemologi, Model,
Teori dan Aplikasi. Yogyakarta: MedPress.
Talib Samat. 2002. Ahmad Lufti, Penulis, Penerbit dan Pendakwah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tan Chin Kwang, 1978. Post War Malay Fiction and Its Critics and Scholars: A Study in
the Problems of Intellectual and Literary Development, University of Singapore.
Tan Chin Kwang. 1972. Latar belakang Intelektual Penulis2 Cherpen Melayu Sa-Lepas
Perang Dunia Kedua (1946-1970).Universiti Singapura.
Tania Li. 1995. Orang Melayu di Singapura: Budaya, Ekonomi dan Ideologi. Terj.Abdul
Rahman Embong. Petaling Jaya: Forum.
Tham Seong Chee. Jabatan Pengajian Melayu. 1993. Kertas seminar dalam Islam and
Secularism: Dynamics of Accommodation No 14. Universiti Singapura.
The Straits Times. 3 May 1971. “3 Wartawan Nanyang ditahan”.
The Straits Times.13 August 1965. “Safeguard for the minorities”.
191
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Tyson, Lois. 1999. Critical Theory Today. London: Farland Publishing.


Ungku Maimunah Mohd Tahir. 2003. Reading in Modern Malay Literature. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Hussin Zohri. 1990. The Singapore Malays. The Dilemma of Development. Singapura:
Singapore Malay Teachers’ Union.
Wan Jumaiah Mohd Jubri. 2003. Penawar Rindu, Singapura: Anuar Othman & Associates.
Webster, Roger, 1990. Studying Literary Theory. London: Arnold.
Wilfred, Earle, Lee, Jeanne & John.1999. A Handbook of Critical Approaches to Literature.
New York: Oxford University Press.
Wolfreys, Julian (Peng).1999. Literary Theories: A Reader & Guide. Edinburgh:EUP.
Yasraf Amir Piliang, 1998. Sebuah Dunia Yang Dilipat. Bandung: Penerbit Miz

192
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

MEMPERTAJAMKAN PENGUKUHAN NEGARA BANGSA;


PENAHAPAN PATRIOTISME SERTA HUBUNGAN SOSIAL DARI
VERSI PERSPEKTIF SOLIDARITI. SATU PEMERHATIAN DI
UNIVERSITI AWAM BERALIRAN TEKNIKAL
(UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA)

Ku Hasnan Bin Ku Halim


Jabatan Pengajian Sains Sosial dan Islam
Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abstrak
Pembangunan sesebuah negara sangat memerlukan para rakyatnya untuk memiliki
solidariti sesama mereka di samping punyai berkemampuan untuk mengurus
keterbatasan sumber dan pasaran di dalam negara serta persekitarannya dengan efektif.
Dalam membangun negara dua entiti yang perlu diteliti dan diurus dengan sebaik
mungkin. Pertamanya adalah pembangunan negara yang meliputi pembangunan
ekonomi, prasarana, institusi pentadbiran, urustadbir dan pasaran untuk memastikan
ketidakseimbangan, kemunduran, kepinggiran dan kemiskinan di atasi demi
memastikan kualiti hidup rakyat terbela dengan baik. Matlamat akhir pembangunan
negara adalah untuk meningkat pengupayaan jati dan potensi diri rakyatnya itu. Aspek
kedua pula tertumpu kepada pembinaan negara bangsa untuk memastikan solidariti
dan kestabilan politik terbina. Pengalaman pembangunan tamadun dan negara
telah membuktikan kestabilan sosial dan politik adalah prasyarat kepada mencapai
matlamat pembangunan negara dan kemakmuran rakyatnya. Penulisan kertas ringkas
ini bertujuan untuk mengupas tentang kepentingan semangat cintakan kepada negara
yang di namakan sebagai patriotisme dan nasionalisme dan tumpuan atau kumpulan
sasaran tulisan ini adalah kepada golongan pasca-merdeka yang menuntut di Universiti
awam. Dan universiti awam yang di kaji tersebut adalah universiti Tun Hussein Onn
Malaysia yang merupakan sebuah universiti teknikal di Malaysia selain daripada
beberapa universiti seumpamanya yang wujud di Malaysia. Kajian ini telah dibuat
dibeberapa Fakulti yang meliputi dua lingkungan kampus iaitu kampus induk dan juga
kampus bandar.Kajian juga melibatkan kelompok pelajar yang telah mengambil subjek
wajib universiti seperti subjek Hubungan Etnik dan juga subjek Kenegaraan Malaysia.
Kebanyakan responden daripada pelajar tahun satu dan dua. Dapatan kajian ini di dapati
semangat patriotisme adalah amat baik dankebanyakan responden memahami kenapa
tujuan kajian ini dibuat dan secara tidak langsung memperlihatkan secara keseluruhan
inilah penjelmaan semangat patriotisme di kalangan para pelajar universiti di UTHM
khususnya dan universiti awam lain amnya.

PENGENALAN

Pengertian Patriotisme, Perpaduan Kaum dan Hubungan Sosial


Patriotisme dapat ditakrifkan sebagai semangat cintakan Negara dan ada kesanggupan
untuk berkorban mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara. Kecintaan pada
ibu pertiwi iaitu perasaan cinta mendalam rakyat terhadap tanah air tempat tumpah darah.
Individu yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan sedar bahawa beliau telah
mencintai Negara kerana semangat ini bersifat abstrak.Islam tidak pernah melarang untuk
kita mencintai negara kita bahkan menggalakkan kita mencintai negara kita ini dapat
dilihat dalam sabda nabi S.A.W :“ Ajar lah anak-anak kamu supaya kasihkan nabi dan
Negara kamu”
193
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Patriotis ialah orang yang memperjuangkan dan mempertahankan kebebasan dan


hak tanah air kerana sayangkan nya. Dalam bahasa Arab patriotisme disebut sebagai ‘
wataniah ’ bermaksud cintakan Negara secara ikhlas dan sanggup berkorban untuknya.
Ungkapan yang digunakan bermaksud ‘ Cintakan Negara sebahagian daripada Iman’.
Patriotisme berasal daripada dua suku kata Yunani, Peter bererti father dan patris bererti
land. Gabungan kedua-dua suku kata itu membawa maksud dalam bahasa Inggeris ‘the
love of a fatherland’. Pengertian yang diberikan oleh kamus, Webster’s Dictionary
mengatakan patriotisme sebagai ‘the devoted love, support and defence of one’s country’.
Menurut Profesor Syed Hussein al-Atas, patriotisme ini adalah tiada jaminan yang
paling meyakinkan demi mempertahankan nasib bangsa dan tempat kelahiran sendiri kecuali
memiliki rasa patriotisme yang tinggi. Rukun Negara merupakan salah satu elemen dalam
menunjukkan kita cintakan Negara dan diumpamakan sebagai mencintai keluarga kita sendiri.
Semangat patriotisme moden menurut Profesor Emeritus Khoo Kay Kim, menegaskan
bahawa pembangunan sukan popular seharusnya mencapai taraf dunia kerana sukan berupaya
menjana semangat patriotisme dan menyatukan rakyat dengan cara-cara yang cukup mudah
tetapi berkesan. Pencapaian tinggi atlit dan pasukan kebangsaan diperingkat Asia dan
dunia sangat penting untuk memulihkan imej dan rasa bangga diri rakyat terhadap Negara.
Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed
Mustafa Ishak menyatakan patriotisme perlu dinilai dengan Rukun Negara, pengajaran
subjek sejarah Malaysia dengan lebih dinamik, penerbitan komik dan buku-buku cerita
pendek berkisar tentang pejuang-pejuang bangsa dan pembangunan sukan Negara. Pada
zaman moden ini wujud pula istilah patriotisme alaf baru yang lebih menitik beratkan
pendidikan kewarganegaraan, makna dan focus patriotisme, cabaran alaf baru terhadap
patriotisme, objektif dan nilai-nilai patriotisme serta pendekatan pelaksananya.
Patriot membawa maksud kepada individu yang mempertahankan kebebasan atau
hak tanah air atau pembela negara (Kamus Dewan 1996). Manakala Patriotisme bermaksud
perasaan cinta yang kuat kepada tanah air dan memerlukan kepada satu pegangan kental
dan teguh yang diasaskan diatas nilai-nilai yang luhur. Perpaduan pula membawa maksud
penyatuan kepada semua pihak dari pelbagai kaum meliputi aspek ekonomi, sosial, politik
dan kebudayaan. Hubungan sosial pula selalunya dikaitkan dengan jurang pergaulan dan
perhubungan di antara sesama manusia tanpa mengira kaum, warna kulit dan rupa.

Sejarah Patriotisme, Perpaduan Kaum Dan Hubungan Sosial Dalam Perkembangan


Malaysia
Patriotisme bermula apabila Malayan Union 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu 1948
meletakkan asas untuk pembentukan sebuah negara bangsa pada tahun 1957 dan seterusnya
Malaysia 1963, bermula daripada Singapura yang merupakan satu komponennya tetapi
tidak kekal. Pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu dan sekarang Malaysia adalah hasil
tolak ansur, rundingan dan kerjasama di antara kaum yang tidak mudah di hasilkan. Dengan
kewujudan Malaysia, maka muncullah entiti politik yang menjadi objek kesayangan dan
kesetiaan warganegaranya. Sejak 1957, kebanyakkan daripada mereka yang terkorban
itu adalah anggota-anggota angkatan bersenjata yang terlibat dalam pertempuran dengan
pihak komunis dan mereka yang terbunuh kerana menjalankan tugas masing-masing
terutamanya dalam sektor ekonomi kerana salah satu strategi parti komunis malaya adalah
untuk melemahkan negara ini dengan memusnahkan ekonominya.
Secara amnya dapat di katakan patriotisme bermula apabila Tanah Melayu ingin
mencapai kemerdekaan dan bermula dari kemasukan buruh-buruh dari India dan Cina
menyebabkan negara kita telah mengalami kewujudan masyarakat majmuk yang akan
menyebabkan berlakunya hubungan sosial di antara satu sama lain. Apabila berlakunya
semangat patriotisme dan hubungan sosial seharusnya dapat merapatkan perpaduan
diantara kaum sama ada India, Cina, Melayu, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain lagi.

194
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Objektif utama penulisan ini dibuat adalah untuk:


1. Mengenalpasti dan memahami gaya dan semangat patriotisme pelajar tahun satu
dengan pelajar kanan yang telah mengambil subjek kenegaraan.
2. Mengetahui melihat masih wujudkah lagi semangat patriotisme di kalangan generasi
baru terutama di kalangan bangsa Cina,India dan Melayu.
3. Menyebarluaskan pengetahuan dan semangat patriotisme, hubungan sosial dari
segi perpaduan kaum didalam aktiviti seharian pelajar Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
4. Mengkaji sejauh mana kesan patriotisme,hubungan sosial dari perspektif perpaduan
kaum mempengaruhi hidup masyarakat tempatan.

Skop Kajian Penulisan


Kajian ini telah dilakukan di Kampus Bandar UTHM, di Parit Raja dan kampus induk
serta telah mendapat kerjasama daripada pelajar-pelajar dari kedua-dua kampus iaitu dari
Fakulti Pendidikan Teknikal, Fakulti Pengurusan Teknologi, Fakulti Teknologi Maklumat
dan Multimedia, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal dan Pembuatan serta Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar.
Pemfokusan utama adalah mengenai Tahap Hubungan Sosial dan Semangat Patriotisme
Pelajar tahun satu, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Dari Perspektif Perpaduan
Kaum.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Soal Selidik
Untuk mendapatkan data bagi melaksanakan kajian ini dengan jayanya, sebanyak 60
borang soal selidik telah diedarkan yang berkaitan dengan penggunaan dan pemahaman
tentang dialek kepada 50 orang pelajar secara rawak. Responden-responden yang
terlibat merupakan pelajar daripada Fakulti Pengurusan Teknologi, Fakulti Pendidikan
Teknik dan Vokasional serta Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia di Kampus
Bandar dan pelajar-pelajar dari Kampus Induk iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik,Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dan Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal dan Pembuatan.

Temuramah
Kaedah ini telah dilakukan dimana beberapa temuramah secara rawak telah dilakukan ke
atas pelajar-pelajar daripada pelbagai fakulti di UTHM. Sesi temuramah ini telah dijalani
di kawasan Desasiswa Taman Melewar, ruang legar fakulti di Kampus Bandar, tempat
menunggu van dan juga semasa responden sedang menunggu pensyarah di pintu bilik
kuliah masing-masing. Sebanyak 10key informant yang bersetuju untuk ditemuramah
secara intensif secara individu manakala sebahagiannya ada yang berminat untuk
ditemuramah dalam bentuk berkumpulan. Soalan-soalan yang diajukan merupakan soalan
yang berkaitan dengan hubungan sosial dan patriotisme secara amnya dan amalannya di
UTHM khususnya.

195
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Menganalisis Data

Soal Selidik

FAKULTI

12

10
8
Bil. pelajar

4
2
0
FPT FPTek FTMM FKMP FKEE FKAAS
Fakulti

Rajah 1

Terdapat enam Fakulti yang terlibat di dalam soal selidik penulis, antaranya Fakulti
Pengurusan Teknologi, Fakulti Pendidikan Teknikal, Fakulti Teknologi Maklumat dan
Multimedia, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti
Kejuruteraan Awam Alam Sekitar. Terdapat seramai 2 orang dari Fakulti Pengurusan
Teknologi 10orang dari Fakulti Pendidikan Teknikal, 4 orang dari Fakulti Teknologi
Maklumat dan Multimedia, 11 orang dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, 11 orang dari
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan 5 orang dari Fakulti Kejuruteraan Awam Alam Sekitar.
Jumlah keseluruhan pelajar yang menjadi respondan ialah 43 orang. Pelajar dari fakulti
Pengurusan Teknologi kurang daripada pelajar dari fakulti lain mungkin disebabkan oleh
kebanyakan kuliah mereka adalah bertempat di Kampus Bandar dan hanya segelintir
sahaja di Kampus induk.

Jantina

20, 47% Lelaki


23, 53% Perem puan

Rajah 2

Di dalam soal selidik yang penulis jalankan, ianya melibatkan pelajar lelaki dan
perempuan. Seramai 23 orang atau 53% pelajar lelaki dan 20 orang atau 47% pelajar perempuan
yang meliputi semua fakulti.

196
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Tahap Pendidikan

45
40
35
30

Bil. Pelajar 25 Diploma


20 Ijazah Sarjana Muda
15
10
5
0

Rajah 3

Dalam kajian ini, penulis memperoleh 2 orang responden dari kursus Diploma
manakala 41 responden dari kursus Ijazah Sarjana Muda. Pelajar dari kursus Ijazah Sarjana
Muda lebih ramai dari pelajar Diploma ini mungkin disebabkan pelajar Ijazah lebih
mudah ditemui di kampus kerana bilangannya yang ramai berbanding pelajar Diploma.

Tahun Pe ngajian

9%

Tahun 1
Tahun 2
51% Tahun 3
40%

Rajah 4

Dalam hasil kajian yang penulis peroleh, didapati seramai 9% adalah daripada
pelajar Tahun1, 40% pelajar Tahun 2 dan 51% pelajar Tahun 3. Jumlah keseluruhan
pelajar yang kami perolehi ialah seramai 43 orang. Pelajar Tahun 3 dan Tahun 2 lebih
ramai menjadi responden penulis berbanding pelajar Tahun 1 mungkin disebabkan pelajar
Tahun 3.

Umur

50 42
40

30
Bil. Pe la ja r
20

10 1 0
0
20 kebawah 20-25 26-30
Umur

Rajah 5

Daripada kajian tersebut, didapati bahawa seorang pelajar terdiri daripada 20 tahun
kebawah, 42 orang yang berumur 20 hingga 25 tahun dan penulis tidak memperolehi responden
197
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

yang berumur 26 hingga 30 tahun. Kajian mendapati bahawa, peratus pelajar yang paling ramai
ialah pelajar yang berumur diantara 20 hingga 25 tahun sahaja. Ini kerana pelajar - pelajar ini
terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus ijazah sarjana muda. Manakala pelajar yang
berumur 20 tahun kebawah merupakan pelajar yang mengambil kursus Diploma. Ini juga
mungkin disebabkan pelajar-pelajar dari kursus diploma sukar ditemui kerana bilanganya yang
sedikit berbanding pelajar dari kursus ijazah sarjana muda.

Kaum
1, 2% 1, 2%

Melayu
Cina
India

42, 96%

Rajah 6

Seramai 96% pelajar adalah terdiri dari kaum Melayu manakala 2 % pelajar
adalah dari pelajar kaum Cina dan India. Daripada kajian yang penulis jalankan didapati
bahawa pelajar Melayu adalah paling ramai. Ini mungkin disebabkan oleh sistem
pengambilan kemasukan pelajar ke Universiti dimana universiti- universiti tempatan
lebih menitikberatkan kaum melayu berbanding kaum-kaun lain. Ini merupakan salah
satu sebab mengapa responden penulis kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu.

Antara soalan-soalan yang telah dikemukakan kepada responden ialah:

1. Adakah anda pernah mengambil mata pelajaran Kenegaraan di UTHM?


Bilangan pe lajar yang m e ngam bil m ata
pe lajar an Ke ne gar aan

6, 14%

Ya
Tidak

37, 86%

Rajah 7

Dalam kajian yang dijalankan, didapati bahawa seramai 14 % responden belum


pernah mengambil mata pelajaran Kenegaraan, manakala 86% telah mengambilnya. Ini
mungkin disebabkan mata pelajaran Kenegaran adalah mata pelajaran yang diambil oleh
pelajar semasa mereka berada pada Tahun 2 dan 3. Terdapat juga pelajar Tahun 2 yang
belum pernah mengambil matapelajaran ini.. Ini juga bergantung kepada fakulti pelajar-
pelajar tersebut yang menetapkan matapelajaran yang perlu diambil oleh pelajar terbabit.

198
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

2. Adakah anda faham tentang semangat Patriotisme?

Bilangan Pelajar yang memahami


semangat Patriotisme

50
43
40
Bil. Pelajar
30

20

10
0
0
Ya Tidak

Rajah 8

Graf bar diatas menunjukan seramai 43 orang pelajar memberi jawapan Ya manakala
tiada pelajar yang memberi jawapan Tidak. Ini menunjukkan semua responden faham
tentang semangat Patriotisme. Ini mungkin disebabkan ramai responden telah mengambil
subjek kenegaraan yang memberi pengetahuan tentang semangat patriotisme dan mungkin
juga mereka memahami semangat patriotisme disebabkan oleh pendedahan-pendedahan
lain. Ini bermaksud bahawa pelajar- pelajar UTHM memahami semangat patriotisme.

3. Adakah perpaduan kaum di UTHM wujud?

Pendapat pelajar tentang perpaduan


kaum di UTHM samada wujud ataupun
sebaliknya
40
37
35
30
Bil. Pelajar

25
20
15 Ya
10 6 Tidak
5
0

Rajah 9

Bagi kajian seterusnya,seramai 37 orang respondan menyatakan perpaduan kaum


di UTHM wujud manakala seramai 6 orang responden menyatakan perpaduan kaum di
UTHM tidak wujud. Responden yang menyatakan perpaduan kaum wujud adalah lebih
tinggi daripada responden yang menyatakan perpaduan kaum tidak wujud Ini mungkin
disebabkan oleh faktor pergaulan di kalangan pelajar UTHM. Bagi responden yang
bersetuju dengan soalan ini, mereka mungkin dapat bergaul dengan pelbagai kaum tanpa
sebarang masalah. Sebagai contoh, pada pesta Ponggal yang lalu, bukan pelajar India
sahaja yang terlibat, malah terdapat pelbagai kaum yang melibatkan diri seperti Melayu
dan Cina.

4. Adakah kaedah pembahagian pelajar dalam kemasukan asrama mengikut kaum boleh
menjejaskan hubungan sosial?

199
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Pendapat pelajar tentang kaedah


pembahagian pelajar dalam asrama mengikut
kaum boleh menjejaskan hubungan sosial.
21, 49%

Ya
Tidak

22, 51%

Rajah 10

Bagi kajian seterusnya, seramai 22 orang respondan atau 51% dari keseluruhan
responden bersetuju tentang kaedah pembahagian pelajar dalam asrama mengikut kaum boleh
menjejaskan hubungan sosial. Manakala 21 orang respondan atau 49% tidak bersetuju tentang
pembahagian pelajar dalam asrama mengikut kaum boleh menjejaskan hubungan sosial
dikalangan pelajar. Peratus responden yang bersetuju adalah lebih tinggi mungkin mereka
menganggap bahawa hubungan sosial boleh terjejas disebabkan oleh faktor lain.

5. Adakah kegiatan sosial di UTHM dapat meningkatkan Semangat Patriotisme?

Pendapat pelajar tentang kegiatan


sosial dapat meningkatkan Semangat
Patriotisme.

8, 19%

Ya
Tidak

35, 81%

Rajah 11

Carta pai ini menunjukkan pendapat pelajar sama ada kegiatan sosial di UTHM dapat
meningkatkan Semangat Patriotisme ataupun tidak. Seramai 35 orang atau 81% respondan
memberi jawapan Ya manakala 8 orang atau 19% responden memberi jawapan Tidak.

6. Adakah perhubungan sosial anda dikalangan pelajar pelbagai kaum wujud?

Pendapat pelajar tentang hubungan


sosial dikalangan pelajar pelbagai
kaum wujud.

Tidak 1

Ya 42

0 10 20 30 40 50
pelajar
Bil.

Rajah 12


200
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Carta bar ini menunjukkan pendapat pelajar tentang hubungan sosial di kalangan
pelajar pelbagai kaum wujud atau tidak. Daripada kajian yang dijalankan didapati bahawa
42 orang responden memberi jawapan Ya manakala seorang responden memberi jawapan
Tidak. Jumlah responden yang memberi jawapan Tidak adalah kurang berbanding responden
yang menjawab Ya mungkin disebabkan kurangnya pergaulannya dikalangan pelbagai kaum.
Ini dapat disimpulkan bahawa ramai pelajar–pelajar UTHM mempunyai hubungan sosial
dikalangan pelajar yang pelbagai kaum dan ini menunjukkan bahawa tahap perhubungan sosial
adalah baik di UTHM.

7. Patriotisme bermaksud sikap cintakan Negara yang lahir dari dalam diri bagi setiap
warganegara Malaysia yang menjunjung dan setia kepada Negara sendiri.

Pendapat pelajar tentang maksud patriotisme yang


diberikan.

30 27
25
Bil. Pelajar

20
15 9
10
2 3 2
5
0
Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
tidak Setuju setuju setuju
setuju
Pendapat

Rajah 13

Carta bar di mukasurat ini menunjukkan pendapat pelajar tentang maksud patriotisme
yang disoal di dalam soal selidik yang telah diagih. Seramai 2 orang responden sangat tidak
bersetuju, 3 orang responden adalah tidak bersetuju, 2 orang responden kurang setuju, 27 orang
setuju dan 9 orang sangat setuju. Responden yang setuju merupakan ranking yang paling tinggi
di kalangan semua. Ini mungkin disebabkan responden tersebut mungkin telah mengambil
mata pelajaran Kenegaraan dan membawa kefahaman yang tinggi kepada mereka. Daripada
kajian ini dapat disimpulkan bahawa ramai pelajar mempunyai semangat Patriotisme di dalam
diri mereka berdasarkan jawapan yang diberikan.

8. Kebanyakkan pelajar di UTHM hidup berpuak-puak mengikut kaum masing- masing.

Pelajar UTHM hidup berpuak-puak mengikut


kaum

20
15
Bil.pelajar

10
5
0
Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
tidak Setuju setuju setuju
setuju
Pendapat

Rajah 14

9. Aktiviti riadah dikalangan pelajar UTHM kebiasaannya mengikut pemilihan kaum


contohnya bola sepak dikawal oleh pelajar Melayu dan bola keranjang hanya dimainkan
oleh pelajar Cina.

201
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Aktiviti riadah dikalangan pelajar UTHM


kebiasaannya mengikut pemilihan kaum

58
60
Sangat tidak setuju
50
Tidak setuju
40
Kurang setuju
30 23
14 Setuju
20 Sangat setuju
5
10 0

0
Sangat Kurang Sangat
tidak setuju setuju
setuju

Rajah 15

Daripada kaji selidik, didapati kebanyakan pelajar-pelajar Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia bersetuju bahawa aktiviti riadah dikalangan pelajar UTHM kebiasaannya adalah
mengikut pemilihan kaum iaitu sebanyak 58%. Contoh ini dapat dilihat apabila kebanyakan
pelajar Melayu bermain bola sepak manakala pelajar Cina biasanya bermain bola keranjang. Ia
diikuti 23% adalah tidak setuju, 14% adalah sangat setuju dan paling sedikit adalah tidak setuju
sebanyak 5%.
Kajian menunjukkan ramai pelajar yang bersetuju apabila dikatakan aktiviti riadah
dikalangan pelajar adalah mengikut kaum. Ini dapat dilihat apabila dalam permainan tertentu
ianya hanya dikawal dan dimainkan oleh kaum-kaum tertentu sahaja.
Ini mungkin disebabkan kurangnya pergaulan yang melibatkan semua kaum dan
kurangya pergaulan sosial dikalangan pelajar-pelajar universiti sekarang. Ianya terjadi mungkin
juga disebabkan untuk memudahkan mereka berkomunikasi apabila sesuatu aktiviti dijalankan.
Mereka akan berinteraksi dengan bahasa mereka sendiri dan ini akan merasakan mereka lebih
selesa untuk berkomunikasi.

10. Sikap kerjasama dikalangan pelajar UTHM semakin hari semakin berkurangan.

Sikap kerjasama dikalangan pelajar UTHM


semakin hari semakin berkurangan?

Sangat setuju 7

Setuju 35

Kurang setuju 42

Tidak setuju 9

Sangat tidak setuju 7

0 10 20 30 40 50

Rajah 16

Kebanyakan pelajar yang disoal selidik menunjukkan 42% adalah kurang setuju bahawa
sikap kerjasama dikalangan pelajar UTHM semakin hari semakin berkurangan. Ia diikuti 35%
adalah setuju, 9% adalah tidak setuju dan 7% masing-masing adalah sangat setuju dan sangat
tidak setuju.
202
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Apabila analisis dilakukan terhadap sikap kerjasama dikalangan pelajar UTHM


semakin hari semakin berkurangan, peratus kurang setuju adalah lebih tinggi berbanding
peratus setuju.
Ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar berpendapat sikap kerjasama dikalangan
pelajar UTHM juga wujud tetapi tidaklah terlalu ketara.
Sikap kerjasama ini dapat dilihat apabila pihak universiti menganjurkan program-
program tertentu seperti program membantu mangsa banjir yang telah dianjurkan. Ia
menunjukkan semangat kerjasama dan perpaduan kaum pelbagai bangsa bekerjasama
dan saling bantu-membantu. Terdapat juga peratus menunjukkan sikap kerjasama pelajar
semakin berkurangan. Kemungkinan ianya terjadi disebabkan oleh tiada kesedaran dalam
diri pelajar terhadap semangat perpaduan yang penting untuk mengeratkan hubungan
antara satu sama lain.

11. Kebanyakan pelajar di UTHM tidak memahami maksud sebenar patriotisme, ini
sekaligus dapat mempengaruhi semangat perpaduan kaum dalam diri mereka.

Kebanyakan pelajar di UTHM tidak memahami


maksud sebenar patriotisme, ini mempengaruhi
perpaduan kaum

9% 5% 9%
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
35% Setuju
42% Sangat setuju

Rajah 17

Carta pai mukasurat 17 ini menunjukkan jumlah tertinggi iaitu 42% adalah kurang
setuju bahawa kebanyakan pelajar di UTHM tidak memahami maksud sebenar patriotisme
dimana ini sekaligus dapat mempengaruhi semangat perpaduan kaum dalam diri mereka.
Ia diikuti 35% adalah setuju dan paling sedikit adalah 5% iaitu sangat tidak setuju. 9%
masing-masing menunjukkan tidak setuju daripada kaji selidik. Berdasarkan kaji selidik
yang telah dilakukan, kebanyakan pelajar adalah kurang bersetuju jika dikatakan pelajar
di UTHM adalah tidak memahami maksud sebenar patriotisme. Mereka kurang setuju
kerana kebanyakan pelajar di UTHM telah mengambil subjek kenegaraan dan seterusnya
telah mempelajari apa itu patriotisme serta perpaduan kaum.
Ini menunjukkan pelajar dari pelbagai kaum memahami maksud patriotisme dan
sosialisme. Terdapat juga pelajar bersetuju bahawa pelajar di UTHM tidak memahami
maksud sebenar patriotisme. Ini mungkin disebabkan mereka tidak didedahkan dengan
subjek yang melibatkan kenegaraan dan tidak mempunyai pengetahuan serta tidak banyak
pembacaan yang meluas tentang patriotisme dan sosial.

12. Penglibatan pelajar dalam PALAPES dapat menyumbang kepada perpaduan kaum di
UTHM.

203
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Penglibatan pelajar dalam PALAPES dapat


menyumbang kepada perpaduan kaum di UTHM

16% 14%

5% Sangat tidak setuju


Tidak setuju
Kurang setuju

26% Setuju
39% Sangat setuju

Rajah 18

Sebanyak 39% daripada kaji selidik yang telah dilakukan menunjukkan setuju bahawa
penglibatan pelajar dalam PALAPES dapat menyumbang kepada perpaduan kaum di UTHM.
Ini merupakan peratus tertinggi diikuti 26% adalah kurang setuju dan 16% adalah sangat setuju.
14% daripada responden adalah sangat tidak setuju dan peratus yang menunjukkan jumlah
paling sedikit adalah 5% iaitu tidak setuju. Peratus tidak setuju adalah sangat rendah terhadap
penglibatan pelajar dalam PALAPES dapat menyumbang kepada perpaduan kaum di UTHM.
Ini terjadi disebabkan oleh penglibatan kaum seperti Cina dan India adalah sedikit
berbanding pelajar dari kaum Melayu. Oleh sebab itu, perpaduan kaum didalam PALAPES
tidaklah terlalu ketara. Kajian juga mendapati peratus pelajar juga ramai bersetuju terhadap
perpaduan kaum dalam PALAPES. Ini kerana pelajar-pelajar telah dilatih supaya bersatu
dan perpaduan kaum sangat diperlukan untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Pelajar-pelajar tidak diajar untuk berpuak-puak dalam PALAPES. Mereka telah dilatih supaya
bekerjasama didalam kumpulan.

13. Wujudnya jurang diantara kaum dikalangan pelajar di UTHM berpunca dari segi akademik
seperti contoh belajar secara berkumpulan yang selalunya dimonopoli pelajar Cina dan
India.

Wujudnya jurang diantara kaum dikalangan pelajar


berpunca dari segi akademik
40

40
35 25
30
16
25 14
20
5
15
10
5
0
Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
tidak setuju setuju setuju
setuju

Rajah 19

Didapati 40% responden menyatakan setuju wujudnya jurang diantara kaum
dikalangan pelajar di UTHM berpunca dari segi akademik seperti contoh belajar secara
berkumpulan yang selalunya dimonopoli pelajar Cina dan India manakala 25% adalah
kurang setuju diikuti 16% adalah sangat setuju. 14% responden adalah sangat tidak setuju
dan paling sedikit adalah 5% responden adalah tidak setuju.
Setelah kajian dan analisa dilakukan, peratus setuju adalah menunjukkan peratus
tertinggi wujudnya jurang antara kaum dikalangan pelajar di UTHM berpunca dari segi
204
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

akademik. Ini dapat dilihat dalam belajar berkumpulan yang selalunya dimonopoli oleh
pelajar Cina dan India. Situasi ini juga dapat dilihat didalam kelas atau kuliah, pelajar-
pelajar dari pelbagai kaum akan duduk didalam kelompok kaum sendiri sahaja. Situasi ini
selalunya terjadi dimana-mana universiti di Malaysia. Jika kerja berkumpulan dilakukan,
pelajar-pelajar juga mencari ahli kumpulan dari kaum sejenis sahaja dan ini menyebabkan
pengetahuan mereka tidak berkembang dan tidak dapat dikongsi bersama.

14. Apakah pandangan anda terhadap tahap perhubungan sosial dan semangat patriotisme
dikalangan pelajar di UTHM?

Dalam soal selidik ini, penulis telah meminta para pelajar menyatakan pandangan mereka
terhadap tahap perhubungan sosial dan semangat patriotisme dikalangan pelajar-pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Daripada kajian yang telah dibuat kebanyakan pelajar menunjukkan rasa kurang
memuaskan terhadap tahap perhubungan sosial dan semangat patriotisme di UTHM.
Mereka juga mengatakan tahap patriotisme telah wujud tetapi terlalu kecil dan perlu
ditingkatkan lagi serta jurangnya diantara pelajar terlalu besar dan jauh. Ini kerana
semangat kerjasama dan saling bantu-membantu dikalangan pelajar kurang ditonjolkan.
Tahap perpaduan dan semangat patriotisme juga kurang memuaskan dimana pelajar-
pelajar perlu diberi pendedahan yang lebih banyak serta melibatkan pihak yang lebih
meluas supaya semua pelajar serta staf universiti terlibat.
Kebanyakan pelajar juga memilih kaum atau etnik untuk berkawan seterusnya
kehidupan mereka akan menjadi berpuak-puak dan tiada keserasian diantara etnik yang
lain. Ini menyebabkan mereka sukar untuk bergaul serta berkomunikasi diantara satu sama
lain. Terdapat juga segelintir pelajar yang berpuas hati terhadap tahap perhubungan sosial
dan semangat patriotisme dikalangan pelajar di UTHM. Mereka juga beranggapan tahap
perhubungan sosial dan semangat patriotisme adalah baik dan memuaskan. Terdapat juga
pelbagai kaum yang bekerjasama dalam kumpulan dan menyelesaikan masalah serta kerja
yang telah ditugaskan. Kadang-kadang juga terdapat pelajar Cina dan India memakai baju
kurung iaitu baju kebangsaan kita untuk ke kuliah atau kelas. Ini menunjukkan mereka
juga mempunyai semangat patriotisme dalam diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Situasi
ini amat membanggakan pelajar-pelajar universiti dari pelbagai kaum.

15. Apakah cadangan ataupun nasihat anda untuk meningkatkan semangat patriotisme
dan perpaduan kaum dikalangan pelajar UTHM?

Daripada kajian yang telah dijalankan, penulis juga telah meminta cadangan ataupun
nasihat daripada pelajar untuk meningkatkan semangat patriotisme dan perpaduan kaum
dikalangan pelajar UTHM. Banyak maklumbalas telah penulis terima daripada soal
selidik yang telah dilakukan.
Antaranya cadangan yang telah disarankan ialah mengadakan kempen yang
melibatkan semua kaum dan etnik. Pihak universiti juga haruslah bekerjasama dalam
mengadakan ativiti atau program yang mengkehendaki semua pelajar terlibat dan wajib
untuk meujudkan perpaduan kaum serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Pihak universiti hendaklah mewujudkan banyak kelab-kelab yang berfaedah di
universiti dan mewajibkan pelajar mengikutinya dengan aktif.
Selain itu, dalam pembentukan kumpulan perbincangan atau menyiapkan sesuatu
kerja ahli kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar dari pelbagai kaum. Dengan ini,
sumbangan idea yang bernas dan perkongsian pengetahuan dari pelajar dari kaum lain
dapat dikongsi bersama.
Pelajar juga hendaklah saling bekerjasama antara kaum atau etnik dan mengetepikan
aspek politik yang berlaku sekarang. Sebagai pelajar universiti yang berdedikasi, sikap
205
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pentingkan diri sendiri dan prejudis haruslah dihapuskan serta dihindari untuk melahirkan
pelajar yang berjaya dimasa akan datang. Untuk meningkatkan semangat patriotisme dan
perpaduan kaum, pelajar juga haruslah mengikiskan sifat ”ethnosentrisme” yang ada
dalam diri mereka dan menganggap semua etnik adalah sama tarafnya. Kita juga boleh
mengadakan pesta kebudayaan antara kaum serta program-program yang melibatkan
semua kaum terlibat seperti pesta Ponggal yang telah diadakan baru-baru ini.
Penglibatan semua pelajar dari pelbagai kaum dapat dilihat bekerjasama serta
saling bantu-membantu antara satu sama lain.

16. Adakah perpaduan kaum boleh mempengaruhi kehidupan harian anda?

Berdasarkan soal selidik serta kajian yang telah dilakukan terhadap perpaduan kaum boleh
mempengaruhi kehidupan harian pelajar, kebanyakan dan boleh dirumuskan bahawa
semua pelajar bersetuju bahawa perpaduan kaum mempengaruhi kehidupan harian mereka
di universiti. Perpaduan kaum sangat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan dengan
kehidupan mereka sebagai pelajar. Dengan wujudnya perpaduan kaum maka kehidupan
mereka aman, damai, sejahtera dan harmoni.
Pelajar-pelajar dapat menjalinkan hubungan muhibbah serta bersatu padu dalam
pelbagai aspek seperti akademik dan sosial. Kita juga boleh mempelajari cara kehidupan
mereka yang semestinya berbeza dengan cara kehidupan kaum-kaum lain seperti kaum
Cina dan India.
Dengan ini akan wujudnya persefahaman serta hubungan yang baik dengan
pelbagai kaum.Selain itu, perpaduan kaum juga penting untuk melancarkan kehidupan
kita seharian. Seperti dalam melakukan urusniaga jual dan beli ia akan memudahkan
urusan kita melakukan aktiviti tersebut. Kita juga dapat mempelajari bahasa mereka dan
mengetahui budaya serta adat yang mereka gunakan.
Dengan ini komunikasi dan segala urusan dapat dijalankan dengan lancar dan
cepat. Perpaduan kaum sangat penting untuk mengelakkan berlakunya peristiwa yang
berkaitan dengan perselisihan faham antara kaum lain. Kita hendaklah bersifat terbuka
dalam menerima pendapat dari kaum lain.
Tanpa perpaduan, kemungkinan kita akan hidup dalam suasana yang berprasangka
dan iri hati serta mempunyai sifat dengki antara satu sama lain.

RUMUS BICARA

Daripada keseluruhan kaji selidik yang telah dibuat, sebagai kesimpulannya didapati
bahawa kebanyakan pelajar menggunakan dialek Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu
dalam kehidupan seharian mereka ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Ini
mungkin disebabkan oleh ramai pelajar warga Kampus Bandar adalah berasal dari negeri
Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu. Manakala dialek yang paling suka didengar dan
dipraktikkan oleh pelajar dan menunjukkan peratus paling tinggi adalah dialek Kelantan.
Ini menunjukkan pelajar-pelajar sangat suka akan dialek negeri ini. Dialek Kelantan
sangat menarik didengar dan cara penuturannya agak lembut serta tidak kasar. Dialek
Terengganu dan Kedah juga menunjukkan ranking tinggi apabila dikaji selidik oleh kami.
Dialek negeri-negeri ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana dialek yang
digunakan adalah sangat berlainan dari negeri-negeri lain.
Ramai juga pelajar yang menggunakan dialek negeri mereka ketika berkomunikasi.
Mereka tidak menggunakan dialek biasa untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan
mereka yang berlainan negeri. Dari sini kemungkinan pelajar-pelajar dapat mempelajari
dan mempraktikkan secara perlahan-perlahan dialek-dialek negeri lain seterusnya dapat
memahaminya sedikit demi sedikit. Tetapi untuk mempelajari dan memahami sesuatu
dialek bukan perkara yang mudah kerana sesetengah pelajar yang bersungguh-sungguh
206
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sahaja dan betul-betul ingin belajar sahaja yang dapat mempraktikkannya.


Penulis juga telah membuat analisis dimana soalan yang telah diajukan adalah
berkaitan dengan apakah dialek yang paling pelajar ingin mempelajarinya. Berdasarkan
kaji selidik ini peratus tertinggi adalah pelajar-pelajar ingin mempelajari dialek Sarawak.
Ini mungkin disebabkan dialek negeri Sarawak mempunyai keistimewaannya yang
tersendiri. Ia lain dari dialek negeri yang lain. Lagipun ia jarang didengar kerana pelajar-
pelajar dari negeri Sarawak adalah sedikit bilangannya dan mungkin disebabkan ini
mereka cenderung untuk belajar dan tahu tentang dialek ini. Oleh itu pelbagai langkah
yang wajar telah disarankan oleh pelajar bagi memastikan dialek-dialek ini tidak lapuk
ditelan dek zaman. Antaranya ialah selalu menggunakan serta mempraktikkan dialek
negeri masing-masing terutama dalam berkomunikasi dengan rakan-rakan ataupun orang
lain serta tidak perlu segan dan berasa malu untuk mengunakan dialek negeri mereka.
Untuk memantapkan lagi penggunaan dialek ini kita juga boleh mengadakan kempen-
kempen seperti “Cintailah Dialek Kita” dimana dalam kempen tersebut pelajar didedahkan
mengenai dialek-dialek di Malaysia serta keistimewaan dialek-dialek negeri di Malaysia.
Berdasarkan data-data yang diperoleh daripada temuramah tersebut, penulis telah
menjalankan analisis dan kesimpulan yang berkaitan dengan tajuk penulisan ini. Hasil
daripada temuramah tersebut, didapati bahawa terdapat pelbagai perbezaan pengetahuan,
pandangan, dan tindakan tentang tajuk kajian ini diantara pelajar yang pernah mengambil
subjek kenegaraan dengan pelajar yang belum mengambil subjek kenegaraan.
Ini kerana, kebanyakkan pelajar yang telah mengambil subjek kenegaraan akan
lebih mendalami, dan mengetahui apa sebenar maksud hubungan sosial apatah lagi erti
patriotisme dalam diri mereka. Mereka lebih banyak mengekploitasikan pengetahuan
tentang subjek kenegaraan dalam diri mereka disamping memberikan jawapan yang
relevan terhadap persoalan penulis berbanding dengan pelajar yang belum mengambil
subjek kenegaraan.
Mereka juga berpendapat bahawa subjek kenegaraan ini dapat membantu untuk
menyempurnakan pengetahuan dan penghayatan terhadap hubungan sosial dan patriotisme
yang sedia ada dalam diri.
Walau bagaimanapun, pelajar yang belum mengambil subjek kenegaraan ini masih
mengetahui apa itu hubungan sosial dan patriotisme tetapi tidak benar-benar menghayati
dan memahaminya.
Sebahagian daripada mereka menganggap subjek kenegaraan bukan salah satu
sumber utama timbulnya semangat patriotisme dikalangan pelajar di UTHM. Mereka
berpendapat bahawa semangat cintakan negara ini akan lahir dengan sendiri dan setiap
orang akan merasainya.

CADANGAN KE HADAPAN DAN RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, penulis telah mengenal pasti masalah yang timbul
berkaitan dengan hubungan sosial dan semangat patriotisme di kalangan pelajar UTHM.
Antara masalah yang dikenal pasti ialah kebanyakan generasi baru tidak lagi
menghayati dan memahami perkembangan sejarah Malaysia yang dapat menimbulkan
rasa kesedaran patriotisme di dalam diri mereka. Contohnya pelajar UTHM kurang
melibatkan diri dalam aktiviti yang berkonsepkan patriotisme seperti aktiviti sambutan hari
kemerdekaan,forum bercorak kenegaraan dan sebagainya.Kesan daripada fenomena ini
menyebabkan kebanyakkan anak muda sekarang lebih mengagungkan bangsa asing, bahasa
asing dan terpengaruh dengan budaya barat yang bercanggah dengan budaya timur.
Selain itu, mereka juga ingin mengelak daripada di katakan sebagai individu yang
ketinggalan zaman kerana dikatakan agak kolot. Sehubungan dengan masalah yang di
nyatakan, ingin mencadangkan agar pihak Universiti mengadakan kempen serumpun satu
bangsa yang merangkumi semua etnik dan ras di UTHM.
207
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Walau bagaimanapun, Ibubapa juga harus memainkan peranan yang penting dalam
memupuk semangat kecintaan dan kesetiaan serta sanggup berkorban demi bangsa,agama
dan tanah air di samping mengeratkan hubungan sosial pelbagai kaum.
Penulis merasakan mungkin sesi ’kaunseling’ yang berkaitan dengan perpaduan
kaum bagi pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri agar mereka lebih yakin. Mereka
tidak perlu malu atau pun bimbang jika di jadikan bahan ketawa rakan-rakan lain malahan
sepatutnya berbangga mempunyai semangat patriotisme dan perhubungan yang positif
antara kaum. Untuk memastikan semangat cintakan negara dan hubungan sosial yang baik
dikalangan generasi baru terutamanya pelajar diUTHM tidak ditelan zaman, dicadangkan
agar membuat filem pendek untuk menarik minat masyarakat sebagai contoh filem seperti
Sarjan Hassan, dan Leftenan Adnan yang mengetengahkan semangat patriotisme terhadap
negara tanpa mengira kaum.
Kesimpulannya, daripada seluruh kajian menunjukkan, semangat patriotisme
seharusnya wujud dalam setiap diri pelajar UTHM. Aplikasi daripada kewujudan semangat
ini dapat mengeratkan hubungan sosial dikalangan pelajar tanpa mengira kaum.

RUJUKAN

Nazaruddin Haji Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Haji Mohd
Rashid (2001). “Pengajian Malaysia – Kenegaraan dan Kewarganegaraan”. Printice Hall.
Lee Lam Thye (1994). “Nasionalis Humanis”. Pustaka Antara Sdn. Bhd.
A.Aziz Deraman (2000). “Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu”. Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur.
Baharudin Ali Masrom (1989). “Politik Melayu Abad 21”. D Enterprise Kuala Lumpur.
Tengku Anuar Tengku Dalam (1997). “Asas-asas Kenegaraan Malaysia-Jilid 1” . Penerbitan
Al-Azim Sdn Bhd , Kuala Lumpur .
YB Datuk Hassan Ibrahim (1980) . “Negara Kita” . Penerbitan Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) , Kuala Lumpur .
Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003). “Kenegaraan Malaysia – Isu-isu dalam
Pembinaan Negara”. Penerbitan PST Publishers & Distributors Sdn Bhd .
Zuraina Majid (1985). “Masyarakat Malaysia”. Penerbitan Universiti Putra Malaysia .

208
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KONOTASI NILAI DALAM PEMILIHAN KEPIMPINAN POLITIK

Hairol Anuar Mak Din, 2Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, 3Mohd Azmir Mohd Nizah,
1

4
Md Akbal Abdullah, 5Afi Roshezry Abu Bakar
1
Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
2
Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor
3
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia
4
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia
5
Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera & Sains Sosial

Abstrak
Secara lazimnya kajian terhadap Pilihan Raya Umum terlalu terarah kepada
output yang terzahir melalui keputusan undi yang menentukan kemenangan
atau kekalahan seseorang calon atau sesebuah parti, dan perkara ini adalah
sah dalam skema demokrasi yang diamalkan. Namun demikian, kertas kerja
ini akan meninjau dari perspektif kepentingan nilai sebagai salah satu elemen
yang turut berperanan dan menjadi kuasa penentu dalam membuat keputusan
terhadap pemilihan kepimpinan politik. Justeru kajian telah dilakukan dengan
menggunakan kaedah tinjauan dan responden terpilih adalah dalam kalangan
generasi muda Melayu yang berada di kawasan Lembah Klang dan mempunyai
latar belakang akademik pada peringkat Sarjana Muda dan ke atas. Penemuan
kajian telah mendapati bahawa elemen nilai mempunyai konotasi yang signifikan
dengan pemilihan kepimpinan politik di Malaysia.

Kata kunci: nilai, kepimpinan, politik.

PENGENALAN

Dewasa ini, kelihatan hubungan di antara nilai dengan pemilihan kepimpinan politik
amat signifikan.Dunia pasca penjajahan secara dominanterdiri dalam kalangan majoriti
negara yang mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi dalam pelbagai
versi. Hal yang sama turut dipraktikkan di Malaysia tentang demokrasi sebagaimana yang
dipersetujui dalam Suruhanjaya Reid dahulu.
Penggunaan istilah nilai pula dianalogikan dengan merujuk kepada takrifan
umum yang berupa sendi yang mengikat kukuh perhubungan dalam sesebuah masyarakat
sehingga dapat menjamin kewujudan, kestabilan, keamanan, dan kesejahteraan dalam
masyarakat tersebut. Keruntuhan sistem nilai ini berupaya menjadi ancaman kepada
kesejahteraan bukan sahajadalam lingkungan individu dalam masyarakat tetapi berupaya
meruntuhkan sesebuah negara dan peradaban sesebuah bangsa.

SIGNIFIKAN NILAI DALAM POLITIK

Kajian ini meninjau perspektif dari sudut pandang yang lain, di mana menurut kebiasaannya
majoriti pengkaji politik gemar merumuskan suasana politik berasaskan nombor dan
peratusan undi yang menjadi penentu kemenangan atau kekalahan dalam medan pilihan
raya, namun ianya adalah bersifat lahiriah semata,tetapipremis artikel ini lebih mendasar
sifatnya dengan menjadikan elemen nilai yang sedia wujud menjadi pegangansebagai
subjek kajian. Pengiraan logika dan nombor ini secara realitinya berbeza dan berbentuk
jangka masa pendek serta mudah untuk dimanipulasi, namun nilai adalah sesuatu yang
lebih kompleks, abstrak dan berkesinambungan terhadap survival sesebuah peradaban
manusiawi.
209
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Pemerintahan secara moden telah menetapkan bahawa perlantikan kepimpinan


melalui sistem demokrasi telah membenarkan rakyat untuk terlibat secara langsung dalam
pemilihan tampok pemerintahan melalui kaedah pilihan raya sebagaimana yang digariskan
dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebarangkalian baik atau buruknya seseorang
pemimpin atau parti yang memerintah serta efisyen atau tirisnya sistem pentadbiran dan
budaya kerja sesebuah badan dalam kerajaan turut membolehkan rakyat membuat penilaian
melalui pengekalan mahupun pertukaran tampuk kepimpinan kerajaan melalui wadah
demokrasi yang bakal diadakan lima tahun sekali. Selain itu, tren sensitiviti masyarakat
terhadap sesuatu isu bersifat agama dan etnik turut mendasari pola pengundian pilihan
raya(Mohd Azmir Mohd Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis & Azri Ibrahim
2016). Dalam hal ini, kajian akan meninjau sejauhmanakah nilai turut berperanan bagi
membuat keputusan politik. Secara realitinya terdapat pelbagai faktor yang sebenarnya
mempengaruhi nilai, sebagai contoh; sekiranya generasi terdahulu yang merasai perit
getir dalam memperjuangkan kemerdekaan menjadikan pengalaman ini sebagai nilai
yang paling utama iaitu mempertahankan kedaulatan negara, terdapat juga sebahagian
masyarakat yang menjadikan latar agama serta bangsa menjadi pemberat utama tetapi
kini nilai yang dianuti mulai berubah seiring dengan perubahan generasi dan zaman.
Walaubagaimanapun artikel ini melimitasikan penyelidikan kepada skop yang lebih
berfokus iaitu kajian yang hanya melibatkan dalam kalangan generasi muda Melayu yang
berpendidikan tinggi sahaja. Justifikasinya adalah hakikat terhadap pengaruhmasyarakat
Melayu dalam dunia politik di Malaysia adalah penting (Shamsul Amri Baharuddin 1983;
Hussin Mutalib 1990). Atas faktor inilah skop kajian sebegini terpilih memandangkan
kaum Melayu mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar di dalam politik negara. Hal ini
kerana menurut Amer Saifude (2009) korelasi etnik turut dapat dilihat di dalam taburan
kawasan pilihan raya kerusi Parlimen di Malaysia. Umumnya, kawasan majoriti Melayu/
bumiputera merangkumi antara 60 peratus hingga 70 peratus kawasan pilihan raya, diikuti
oleh kawasan majoriti kaum Cina yang berkisar antara 14 peratus hingga 17 peratus, dan
kawasan yang bercampur antara 14 peratus hingga 17 peratus. Kawasan majoriti kaum
Melayu/bumiputera yang merangkumi 60 peratus hingga 70 peratus daripada jumlah
keseluruhan 222 kerusi Parlimen diterjemahkan dengan anggaran bilangan kerusi yang
berlegar dalam kalangan bangsa Melayu adalah berjumlah 140 buah.
Berhubungan itu, kajian menemukan bahawa perubahan sosial telah membahagikan
generasi kepada kapsul-kapsul yang berbeza (Hairol Anuar 2014). Dengan merujuk
kepada tulisan Kamaruddin M.Said (2012), beliau telah menukilkan bahawa generasi era
nasionalisme akan terus berpegang kepada kesedaran sejarah perjuangan untuk mencapai
kemerdekaan. Generasi merdeka dan generasi DEB ingin terus mengingati bagaimana
kemerdekaan negara memungkinkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia
dilaksanakan dan faedah yang telah dan sedang di kecapi. Generasi pasca DEB, iaitu
generasi muda yang turut berpeluang mengecapi hasil DEB, terutamanya dalam kalangan
masyarakat Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, lebih cenderung menyimpulkan
bahawa kejayaan hidup yang sedang mereka lalui ialah atas usaha serta kebolehan masing-
masing. Kisah era penjajahan, perjuangan kemerdekaan, dan pelaksanaan DEB ialah kisah
sejarah yang tidak menarik untuk sentiasa diperingati.
Latar nilai sebegini yang kini mewarnai kehidupan saban generasi didapati telah
memainkan peranan cukup penting dalam kehidupan seseorang dan hal ini sekali gus telah
menjadikan nilai sebagai kuasa penentu untuk membuat pilihan politik bagi memilih atau
tidak memilih kepimpinan politik pada peringkat pilihan raya yang bakal diadakan. Oleh
kerana itu, transisi nilai inilah yang menjadi garis pemisah di antara generasi pasca DEB
(generasi muda) dengan trio generasi era nasionalisme, generasi merdeka, dan generasi
DEB (generasi dewasa) dan diterjemahkan di dalam saluran-saluran undi dalam pilihan
raya.

210
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Konotasi negatif terhadap perubahan nilai telah mengundang bersama terhadap


kemelut ketidakstabilan politik. Hakikatnya latar belakang budaya politik Melayu memiliki
pengaruh yang besar kepada budaya politik Malaysia keseluruhannya. Pada masa kini
terdapat segolongan kaum Melayu yang mulai berani mempertikaikan hak mereka sendiri
di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam Perkara 153: Hak istimewa orang
Melayu dan bumiputera, Perkara 152: yang berkaitan Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi, dan Perkara 3: Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang didedahkan
oleh Abdul Latif et al. (Utusan Malaysia, 16 Mac 2010). Hal sebegini sememangnya
telah dijangka kerana di dalam kajian Maznah (2007), beliau telah menyatakan di dalam
kedominan politik Melayu masa kini telah timbulnya perubahan sikap dalam kalangan
pengundi yang tiada memori berkaitan dengan perjuangan kemerdekaan, persoalan
kontrak, atau pengalaman rusuhan antara kaum.
Justeru, senario sebegini menghujahkan bahawa faktor etnik seseorang adalah
tidak lagi signifikan dalam pertimbangan pengundi; seperti dalam penentuan calon
pilihanraya. Hal ini adalah didasari oleh tren politik semasa yang menunjukkan bahawa
faktor kepelbagaian etnik dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan
yang positif untuk penyebab kemenangan dalam pilihanraya. (Muhammad Shamshinor
Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar dan Mohd Azmir Mohd
Nizah 2016:137). Prioriti masyarakat melayu, khususnya dalam kalangan urban Melayu
adalah kemampuan calon dari segi implementasi manifesto. Selain itu, faktor karisma
pemimpin, kawalan terhadap isu serta integriti adalah elemen yang menjadi pertimbangan
dalam pengundian (Paimah Atoma et al 2013: 135). Transisi dari kepentingan ketuanan
Melayu pada awal kemerdekaan kepada keterbukaan dari segi pemilihan pemimpin pada
masa kini menuntut ruang wacana yang serius.
Ketirisan kebergantungan bangsa Melayu terhadap Institusi Beraja pula semakin
pudar apabila masyarakat Melayu selepas merdeka mula beralih angin dari terlalu
bergantung kepada kedudukan institusi beraja kepada kebergantungan kepada parti-parti
politik Melayu semata-mata (Chandra Muzaffar 1992). Walhal tema demokrasi yang
menjadi amalan di Malaysia mempraktikkan formula ‘demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan’ di mana secara kolektifnya para sarjana malahan majoriti ahli politik
mengakui bahawa ianya merupakan suatu konsep gabungan unsur-unsur tradisi dan
moden, mempertahankan yang asal dan asas sambil menyerap yang baharu dan luaran
secara terpilih. Semangat ‘demokrasi berparlimen’ yang pada teorinya memberi hak sama
rata perlu dikawal dengan ‘kedaulatan raja berperlembagaan’ yang menjadi sauh kepada
kestabilan yang berurat tunjang pada tradisi (Firdaus Hj Abdullah 2008). Namun tema ini
semakin lenyap seiring usia para pendokongnya.
Oleh sebab itu, peranan nilai amat mustahak kerana kuasa nilai inilah berperanan
sebagai penentu utama di dalam sistem politik yang menjadi wasilah demokrasi dalam
pembentukan negara dan seterusnya membina peradaban. Baik atau buruknya, benar atau
salahnya, bersih atau kotornya sistem demokrasi bergantung sepenuhnya kepada nilai
masyarakatnya yang menjadi pelaku utama di dalam pentas politik.

KESINAMBUNGAN NILAI DALAM KAJIAN LEPAS

Lazimnya kajian terhadap kelakuan mengundi juga boleh dirujuk di dalam bidang Sains
Politik. Bidang yang mengkaji aliran pemikiran pengundi yang mempengaruhi pola
pengundian dipanggil psephology. Menurut Syed Ahmad Hussein (1996) terdapat beberapa
rumusan dan hipotesis utama yang timbul dari kajian-kajian ini yang dijadikan panduan am
kepada mereka yang berminat untuk mengkaji kelakuan pengundi dalam satu-satu konteks
sebenar. Antara sarjana-sarjana psephology yang dirujuk adalah Peter B. Harris (1979),
Richard Rose (1974), dan Angus Campbell (1966). Di antara panduan am bagi mengkaji
kelakuan pengundi di dalam satu-satu konteks sebenar ialah:
211
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

a. Kebanyakan orang, termasuk mereka yang tidak keluar mengundi, merasakan bahawa
pilihan raya, pengundian, dan perwakilan adalah baik dan berfaedah.
b. Di kebanyakan negara demokratik liberal antara 80 peratus hingga 90 peratus pengundi
tidak mengubah ketaatan parti mereka, iaitu mereka terus menyokong parti yang sama
dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya.
c. Tetapi mereka yang mengubah fikiran (atau yang digelar ‘pengundi terapung’) mempunyai
‘impact’ yang mendalam ke atas keputusan pilihan raya.
d. Kempen-kempen pilihan raya sebelum hari mengundi tidak banyak mempengaruhi
keputusan majoriti pengundi. Yang mungkin terpengaruh ialah golongan minoriti
pengundi terapung.
e. Manifesto-manifesto dan kenyataan-kenyataan tentang pendirian calon atau parti terhadap
isu-isu juga tidak banyak mengubah fikiran pengundi.
f. Media massa seperti radio, television, dan akhbar juga tidak banyak mempengaruhi
pengundi. Malah ramai pengundi yang bosan (irritated) dengan kempen-kempen pilihan
raya melalui radio dan television.
g. Kebanyakan pengundi membuat keputusan sesuatu parti atau calon berdasarkan
angkubah-angkubah seperti kelas, agama, umur, kawasan, jantina, dan pendapatan.
h. Pengaruh yang terbesar ialah pengaruh keluarga, terutamanya di negara-negara
membangun. Tetapi di Britain turut didapati 90 peratus pengundi mengundi parti yang
sama seperti yang dipilih oleh bapa mereka.
i. Kebanyakkan pengundi menghubungkan sesuatu parti itu dengan imej-imej tertentu
yang agak tetap dan mereka mengundi berdasarkan imej (stereotype) ini dan bukannya
perkiraan-perkiraan rasional tentang isu-isu tertentu.

Justeru itu, pengaruh nilai di dalam pemilihan kepimpinan politik sebenarnya


adalah sesuatu yang mustahak dan tidak wajar dipinggirkan. Selain itu juga, kajian
terhadap keputusan pilihan raya pula banyak di analisa oleh disiplin akademik Geografi
Pilihan Raya yang turut mengkaji tingkah laku pilihan raya. Sehubungan dengan itu,
Taylor & Johnston (1979) berpendapat geografi pilihan raya adalah kajian yang berkaitan
dengan geografi pengundian, pengaruh geografi terhadap pengundian, dan pengaruh
geografi terhadap perwakilan. Justeru kajian terhadap nilai terkelompok dalam bidang
geografi pilihan raya khususnya dalam menilai sejauh manakah sistem ini berpengaruh
dalam kalangan kelompok kelas menengah Melayu bagi menentukan kepimpinan politik
di Malaysia.
Hubungan nilai di dalam sistem politik di Malaysia turut dapat dilihat melalui
beberapa kajian-kajian sebelum ini yang sekali gus telah menimbulkan semacam kesedaran
baru dalam pemikiran politik masyarakat Melayu moden di Malaysia. Kelangsungan nilai
di dalam menentukan hala tuju politik di Malaysia juga boleh dirujuk di dalam kajian-
kajian berikut, sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Mohamad Kamil & Rahimin
Affandi (2009), antaranya :Kajian Ahmad Fauzi Mohd Basri (1996), Kajian Syed Ahmad
Hussein (2002), Kajian Zulkipli Abd Ghani (2002) dan Kajian Mohamad Abu Bakar
(2002).

KEPENTINGAN PEMIMPIN POLITIK DALAM KEHIDUPAN

Dalam sebahagian penemuan kajian sebagaimana yang tertera dalam jadual di bawah
didapati responden yang ditemukan mengakui terhadap kepentingan kepimpinan politik ke
atas diri mereka dan ini adalah reflek golongan ini terhadap nilai yang menjadi pegangan
mereka tentang kepentingan pemimpin politik dalam kehidupan mereka.

212
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 1 Kepentingan pemimpin politik dalam kehidupan

Kurang
Sangat

Sangat
Setuju

Setuju

Setuju

Setuju

Setuju
Tidak

Tidak
Bil Penyataan

1.
Pemilihan seseorang pemimpin
4 15 81 306 138
politik adalah sesuatu yang
(0.7%) (2.8%) (14.9%) (56.3%) (25.4%)
bernilai di dalam hidup saya.
2.
Pemilihan kepimpinan politik
1 4 16 267 256
pada masa kini adalah penting
(0.2%) (0.7%) (2.9%) (49.1%) (47.1%)
untuk generasi masa hadapan.
3.
Pemilihan kepimpinan politik
penting kerana sesebuah kerajaan
hanya boleh dibentuk melalui 5 12 50 304 173
kaedah demokrasi sebagaimana (0.9%) (2.2%) (9.2%) (55.9%) (31.8%)
yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan.
4.
Rakyat mampu mengawal
pemimpin mereka dengan cara 8 31 94 287 124
mengundi atau tidak mengundi (1.5%) (5.7%) (17.3%) (52.8%) (22.8%)
di dalam pilihan raya.
5.
Saya tidak akan mengundi di 215 134 131 44 20
dalam pilihan raya. (39.5%) (24.6%) (24.1%) (8.1%) (3.7%)

Jadual di atas menunjukkan kepentingan pemimpin politik dalam kehidupan. Analisis


dapatan kajian mendapati item yang paling tinggi peratusan adalah di bilangan nombor dua
iaitu penyataan berkenaanpemilihan kepimpinan politik pada masa kini adalah penting untuk
generasi masa hadapan (47.1 peratus), diikuti peratusan paling tinggi menunjukkan item
di berkenaan penyataan pemilihan kepimpinan politik penting kerana sesebuah kerajaan
hanya boleh dibentuk melalui kaedah demokrasi sebagaimana yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan (31.8 peratus). Manakala penemuan kajian menunjukkan item
di bilangan nombor lima merupakan dapatan peratusan yang paling rendah iaitu penyataan
berkenaan saya tidak akan mengundi di dalam pilihan raya mendapat peratusan yang paling
tinggi di dalam kompenan sangat tidak setuju iaitu 39.5 peratus.
Pilihan raya sebagaimana yang ditakrifkan oleh Syed Ahmad Hussein (1996) adalah
proses di mana mereka yang diperintah itu menentukan, melalui cara-cara pemilihan tertentu,
wakil-wakil yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar, dan
undang-undang masyarakat. Ini jelas membuktikan bahawa kepimpinan politik amat penting
di dalam kehidupan golongan kelas menengah Melayu ini.Proses pilihan raya yang merupakan
elemen penting di dalam demokrasi memperkukuhkan hujah kenapa seseorang pemimpin
sewajarnya dipilih oleh rakyat dan bukannya dilantik (Mohd Izani 2005). Ini selaras dengan
tren pengundi yang cenderung membentuk pola pengundian berdasarkan persepsi kemampuan
pemimpin untuk menangani isu dominan dalam kehidupan seharian masayarakat (Muhammad
Shamshinor et al. 2016).
Amer Saifude (2009) menegaskan bahawa apabila rakyat keluar mengundi bermakna
mereka terlibat di dalam pilihan raya. Akan tetapi, ada yang tidak keluar mengundi walaupun
mereka layak berbuat demikian. Kebiasaannya, kadar mengeluar undi menjadi pengukur kepada
keterlibatan masyarakat di dalam pilihan raya. Lebih tinggi kadar keluar mengundi, bermakna
lebih ramai pengundi yang terlibat dalam proses pilihan raya, dan begitu juga sebaliknya. Kadar
keluar mengundi yang rendah, sering menjadi bahan kajian di dalam disiplin geografi pilihan
raya dan dilabel ‘tidak sihat’ kepada proses demokrasi.

213
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Tidak dapat dinafikan kelahiran dan kejayaan sesebuah masyarakat acapkali diwarnai
oleh kesan kepimpinan. Sejarah menjadi bukti bagaimana bangsa dan tamadun yang hebat
dicorak dan dibentuk oleh pemimpin yang berjiwa besar, berpandangan jauh serta berani
membuat perubahan (Khairil Annas 2009). Pernyataan ini diperkukuhkan dengan akuan
bahawa pemilihan seseorang pemimpin politik adalah sesuatu yang bernilai di dalam hidup
mereka (81.6 peratus, min=4.02, SP=0.76). Dapatan kajian ini jelas memperlihatkan majoriti
kumpulan sasaran ini memperakui kepentingan kepimpinan politik di dalam kehidupan mereka.
Hal ini turut terkait dengan jumlah peratusan sebanyak 96 peratus (min=4.42, SP=0.61)
yang merasakan bahawa pemilihan kepimpinan politik pada masa kini adalah penting untuk
generasi pada masa hadapan. Majoritiresponden turut bersetuju bahawa kejatuhan sesebuah
negara boleh disebabkan oleh tindakan salah pilih pemimpin di dalam pilihan raya (85 peratus,
min=4.11, SP=0.78). Hemat sebegini adalah seiring dengan pandangan Javid Iqbal (1983)
bahawa pendekatan pilihan raya sememangnya disokong oleh pendokong demokrasi dan
mereka yang menerima konsep demokrasi Islam. Bagi mereka, pilihan raya perlu diadakan
bagi memastikan pemimpin terbaik dapat dilahirkan. Jika calon yang menang itu gagal
berkhidmat dengan baik, maka mereka boleh digugurkan dalam pilihan raya akan datang dan
menggantikannya dengan individu lain.

PENUTUP

Oleh kerana itu, penemuan kajian ini amat relevan di dalam menilai sisi lain terhadap sistem
politik yang berlaku dalam negara ini. Survival sistem politik melalui wadah demokrasi, dikaji
melalui penumpuan dan penekanan terhadap nilai yang begitu penting di dalam kehidupan
manusia. Hal ini kerana pemahaman dan penghayatan nilai sangat berkait rapat dengan maju
atau mundurnya sesebuah peradaban yang menjadi formula terhadap kelangsungan sesebuah
negara.

RUJUKAN

Amer Saifude (2009) Geografi Pilihan Raya dan Tingkah Laku Pilihan Raya Malaysia 1959-
2008. Kuala Lumpur: UM.
Chandra Muzaffar. 1996. Keadilan Sosial Di Malaysia: Satu Penilaian. Pemikir Julai-September
Dahl, Robert A. 1975. Modern Political Analysis. New Delhi: Prentice Hall.
Easton, D. 1965. A Framework for Political Analysis. New Jersey: Prentice Hall.
Federal Constitution. 2002. Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Firdaus Hj Abdullah. 2008. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Dewan
Masyarakat Edisi Khas PRU Ke-12.
Glassner, M.I. 1996. Political Geography. New York. John Wiley and Sons.
Hairol Anuar. 2010. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Patriotisme (Edisi Kedua). Bandar
Seri Putra: Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik KUIS.
Kamaruddin M.Said. 2012. Kesedaran Sejarah dan Transformasi Sosial di Malaysia. Kertas
Kerja Seminar Sejarah. Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia. Wisma Sejarah, 2011.
Khairil Annas. 2009. Evolusi Kepimpinan: Tinjauan Teori-Teori Terpilih. Kuala Lumpur:
Kasturi Jingga.
Maznah Mohamad. 2003. The contest for Malay votes in 1999: UMNO’s most historic
challenge. Dlm.Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu. Eds. New Politics in
Malaysia. Singapore: Institute of Southeast Asia Studies.
Miller, J.D.B. 1965. The Nature of Politics. London: Penguin.
Mohamad Kamil dan Rahimin Affandi.2009. Perubahan Sosial dan Impaknya terhadap
Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun.Jurnal Hadhari.Bil 1.
Mohd Izani. 2005. Islam dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim Kontemporari di Malaysia.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
214
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Muhammad Abu Bakar Abu Bakar. 1992. Persekitaran Masa Depan Politik Malaysia, Dunia
Islam. April.
Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd
Azmir Mohd Nizah. 2016. Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. Dlm. Muhamad Takiyuddin
Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu,
Kekentalan Politik Lama. Hlm. 121-140.Sintok:UUM Press.
Mohd. Azmir Mohd. Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd. Azri Ibrahim. 2016.
Selangor Voters Perception Towards Issues in 13th Malaysian Election. Mediterranean
Journal of Social Sciences.7(1):44-51.ISSN 2039-9340. http://dx.doi.org/10.5901/
mjss.2016.v7n1s1p44
Paimah Atoma, Adenan Mat Junoh, Adibah Sulaiman@Mohamad, Mohd Azmir Mohd
Nizah, Khairulneezam Mohd Nor, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2013. Persepsi
Pengundi Terhadap Isu yang akan Mempengaruhi Keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan.
Dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (pnyt.).PRU-13: Siapa Pilihan
Pengundi?, hlm. 122-139.Bangi:Institut Kajian Etnik,UKM.
Ramanathan, K. 1997. Asas Sains Politik. Shah Alam: Fajar Bakti.
Roff, William R. 1967. The Origin of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: The University of
Malaya Press.
Saravanamuttu, Johan. 1989. Kelas Menengah dalam Politik Malaysia: Tonjolan Perkauman
atau Kepentingan Politik?. Kajian Malaysia. Jil.7 bil1&2.
Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Pembangkang dan Kepembangkangan. Dewan Masyarakat
Edisi Khas PRU Ke-12.
Syed Ahmad Hussein. 1996. Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: DBP. Utusan Malaysia.
2010. 16 Mac.
Zainal Kling. 2008. Gerakan Memperjuangkan Melayu. Dewan Masyarakat Jun 2008.
Zakaria Stapa. 2009. Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam. Jurnal Hadhari.
Bil 1.

215
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PEMIKIRAN MOHD YUSOF OTHMAN TENTANG PENGISLAMAN


SAINS KE ARAH PEMANTAPAN JATI DIRI

Hazwani Bt Che Ab Rahman, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim


Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Kertas ini membincangkan sumbangan Mohd Yusof Othman kepada gagasan
pengislaman sains ke arah pemantapan jati diri rakyat yang beragama Islam dan berbangsa
Melayu. Ilmu sains yang tidak mengetepikan peranan Tuhannya dan berfungsi dalam
membentuk kemajuan negara menjadi antara salah satu teras kepada pembinaan jati
diri. Oleh sebab sains yang ada pada hari ini diterima mengikut fahaman yang dibentuk
oleh ilmuan Tamadun Barat yang liberal dan sekular, maka usaha pengembalian sains
tersebut ke tempatnya atau “Pengislaman Sains”, perlu dijadikan suatu tanggungjawab
yang wajib dipikul oleh para ilmuan. Mohd Yusof yang telah mempopularkan “Sains
Tauhidik” adalah antara ilmuan yang telah banyak memberikan buah fikiran melalui
penulisan, penyampaian lisan dan pelbagai aktiviti yang objektifnya menjurus kepada
pengislaman sains. Rujukan kepada pemikiran tokoh yang berada di dunia pendidikan
ini dilakukan sebagai suatu usaha untuk mengembalikan jati diri umat Islam agar tidak
terus berada dalam asuhan dan propaganda Barat yang terlalu mengagungkan ciptaan
mereka dan mengenepikan peranan Tuhan.

Kata kunci: Islam, Pengislaman sains, Mohd Yusof, jati diri Melayu.

PENDAHULUAN

Perbincangan berhubung isu jati diri bagi rakyat Malaysia adalah suatu isu yang kompleks
untuk dibincangkan secara pukul rata kepada keseluruhan rakyatnya yang terdiri daripada
pelbagai kaum, bangsa, agama dan budaya. Namun begitu, isu ini akan lebih mudah dan tepat
jika dibincangkan dalam bentuk pecahan kaum dan bangsa seperti bangsa Melayu dengan
isu jati diri mereka, kaum Iban dengan isu jati diri yang tersendiri, bangsa China dan bangsa
India dengan isu jati diri mereka masing-masing. Menurut Wan Mohamad (2010), jati diri
adalah merujuk kepada identiti diri yang sebenarnya atau asli yang dimiliki oleh seseorang
yang bukan sahaja terlihat secara lahiriah, tetapi juga termasuk juga nilai-nilai yang menjadi
pegangannya. Identiti diri asli yang nampak di pandangan mata adalah merujuk kepada bangsa
individu sebagai salah satu jati diri, manakala nilai-nilai yang menjadi pegangan individu
merujuk kepada ajaran agama yang menjadi pegangan, serta budaya yang menjadi amalan dan
warisan.
Islam adalah sebuah agama yang mementingkan umatnya supaya menuntut ilmu yang
bermanfaat untuk memperkukuhkan jati diri insan yang unggul. Bangsa Melayu yang sejati dan
tidak terjebak dengan propaganda dunia Barat yang sekular dan metarialistik menerima dan
mengamalkan ajaran Islam sebagai suatu cara hidup. Manakala nilai-nilai Islam secara syumul
atau menyeluruh ditekankan dalam kehidupan bangsa Melayu. Sejarah telah mencatatkan
bahawa semenanjung Malaysia yang asal namanya Tanah Melayu merupakan tanah yang
berketuanan Melayu dan bangsa ini jugalah yang bertanggungjawab dalam membangunkan
tamadunnya. Oleh itu, isu jati diri yang dibincangkan adalah merujuk kepada jati diri bangsa
Melayu sebagai jati diri kebangsaan. Jati diri kebangsaan ini bukan hanya tiba-tiba muncul di
saat negara mencapaikemerdekaan malah sebelum kedatangan penjajah lagi jati diri ini telah
menjadilambang kebanggaan rakyat (Zainul Rijal, 2010).
Bangsa Melayu adalah satu-satunya bangsa yang mendapat hak keistimewaan yang
melebihi bangsa-bangsa lain. MenurutPerlembagaan Persekutuan, istilah Melayu adalah
216
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

merujuk kepada seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa
Melayu dan mengamalkan adat istiadat dan adat resam Melayu(Perlembagaan Persekutuan,
Fasal 160 [2]) (Zainal t.th.). Penakrifan kepada istilah Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang berbangsa Melayu sewajibnya beragama Islam
dan mengamalkan adat-adat yang terdapat dalam amalan masyarakat Melayu. Namun, jika
seseorang yang berdarah Melayu yang bukan beragama Islam dan mengamalkan budaya dan
adat resam yang bukan menjadi amalan masyarakat Melayu, maka tidak layak baginya digelar
sebagai bangsa Melayu yang menjadikan Islam sebagai asas jati diri.
Pemantapan jati diri bangsa Melayu dibentuk dan diperkukuhkan melalui warisan
turun temurun dan saluran pendidikan yang menepati kehendak agama Islam untuk menjamin
kemaslahatan hidup, bukan hanya di dunia tetapi juga melibatkan kehidupan selepasnya.
Terdapat empat teras utama dalam pembinaan jati diri bangsa Melayu (Nik Rosila, 2009)
iaitu, teras taqwa, teras akhlak, teras ilmu pengetahuan dan teras muamalat. Namun begitu
perbincangan ini lebih menjurus kepada teras ilmu pengetahuan yang berkisar tentang sains.
Untuk menjana kekuatan sesebuah bangsa dan negara, kekuatan agama hendaklah dibina
dan dikembangkan di semua peringkat pendidikan (Tajul Ariffin & Nor ‘Aini Dan, 2002).
Namun begitu, jika dilihat pada situasi hari ini, kebanyakan penyampaian ilmu terutamanya
sains kepada masyarakat Melayu bukanlah mengikut landasan, huraian atau kepenggunaan
yang menepati kehendak ajaran agama. Sains hari ini adalah sains yang telah melalui proses
pengsekularan. Ilmu yang tidak disandarkan kepada Penciptanya ini akan melahirkan insan
yang rakus kepada keuntungan dunia semata-mata.
Dalam usaha untuk mengembalikan jati diri bangsa Melayu yang beragama Islam
melalui saluran pendidikan, pengtingnya peyampaian ilmu sains yang memenuhi kehendak
ajaran Islam. Pengembalian atau pembersihan ilmu dari unsur-unsur sekular perlu dilakukan agar
ilmu sains yang disampaikan tidak merosakkan jati diri bangsa dan menjarakkan hubunganya
dengan agama Islam. Proses yang diperlukan untuk mengembalikan dan menyandarkan ilmu
kepada penciptanya inilah yang digelar sebagai pengislaman sains. Justeru, pengislaman ilmu
atau pengislaman sains adalah jawapan kepada masalah pembinaan jati diri bangsa Melayu
melalui saluran pendidikan.

KONSEP PENGISLAMAN SAINS

Didikan sains barat moden telah membentuk tanggapan bahawa, ilmu yang bersifat ilmiah
dan objektif ialah ilmu yang neutral, iaitu ilmu yang tidak terpengaruh dan memihak
kepada kepercayaan dan fahaman-fahaman tertentu. Walhal, ketika mereka menyatakan
ilmu itu bersifat neutral, ilmu itu tidaklah seneutral yang disangka. Ia hanya neutral dari
nilai-nilai Islam, tetapi tidak kepada nilai-nilai seperti sekularisme atau liberalisme. Inilah
salah satu kekacauan yang diakibatkan oleh rosaknya konsep dasar tentang ilmu sains.
Peradaban barat telah membuang nilai-nilai agama terhadap ilmu pengetahuan. Ilmu sains
yang dahulunya selalu dikaitkan dengan kekuasaan Allah, sekarang sudah tidak lagi.
Sains seakan-akan berdiri sendiri, dan dianggap memenuhi hukum sendiri iaitu hukum
alam yang terjadi secara semula jadi (Budi Handrianto, 2010).
Inilah yang menjadi masalah besar yang perlu ditangani untuk memastikan
kepincangan dan kecelaruan yang telah wujud sekian lama dibetulkan semula. Bertitik
tolak daripada ungkapan Abdul Latif (1999) yang menyatakan bahawa, ‘bukan semua
masalah agama ialah masalah matematik walaupun dalam keilmuan matematik Islam,
semua masalah matematik adalah masalah keagamaan’, (begitu juga masalah ilmu-
ilmu lain yang menjadi cabang sains, turut menjadi masalah keagamaan yang perlu
diselesaikan), maka permasalahan ilmuin iharus diselesaikan dengan cara berhikmah
supaya ia berada dalam kerangka agama yang berlandaskan rukun Iman, Islam dan Ihsan.
Justeru, ‘Pengislaman Ilmu’ merupakan jawapan kepada kecelaruan penyampaian ilmu
tersebut.
217
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Dalam bahasa Arab pengislaman ilmu disebut sebagai “Islamiyyat al-Ma’rifat”,


manakala dalam bahasa Inggris disebut sebagai “Islamization of Knowledge”. Agenda
dan strategi dalam pelaksanaan pengislaman sains semestinya masih belum sempurna
untuk menyelesaikan masalah keterpisahan antara sains dan agama kerana telah sekian
lama sains telah disekularkan oleh peradaban barat. Pemisahan antara teologi dengan
falsafah tabii yang terjadi di Eropah Barat pada sekitar 1800M telah membawa kesan yang
amat mendalam terhadap falsafah setiap bidang ilmu pengetahuan. Sebelum pemisahan
itu berlaku bidang-bidang ilmu seperti kimia, sains hayat dan fizik terletak sepenuhnya
dalam mandala keagamaan tetapi selepas pemisahan, kesemua bidang keilmuan itu
akhirnya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan aktiviti keagamaan (Abdul Latif,
1999). Disinilah pentingnya percambahan pendapat oleh pelbagai ilmuan dan pemikir
Muslim dari bidang-bidang tertentu berhubung idea pengislaman sains. Idea-idea ini
perlu dikumpul dan disepadukan menjadi sebuah panduan kepada proses pengislaman
ilmu yang utuh dan berlandaskan al-Quran dan Hadith.
Pengislaman sains adalah suatu usaha yang telah dicadangkan oleh Syed Muhammad
Naquib Al-Attas dan seterusnya diikuti oleh Ismail al-Faruqi yang menyediakan gerak kerja
pengislaman ilmu yang lebih tersusun. Idea pengislaman sains telah dibentangkan dan
dibincangkan dalam Persidangan Dunia Pendidikan Islam pertama yang telah diadakan di
Mekah pada April 1977.Syed Muhammad Naquib al-Attas telah membentangkan makalah
utamanya yang bertajuk Preliminary Thoughts on the Nature of Knowledge and Definition
and Aims of Education. Bagi memastikan gagasan pengislaman ilmu bergerak maju,
persidangan dunia yang seumpamanya telah terlaksana pada tahun 1980 di Islamabad,
1981 di Dhaka, 1982 di Jakarta, 1985 di Mesir, 1990 di Amman, dan 1996 di Capetown.

LATAR BELAKANG MOHD YUSOF OTHMAN

Yusof Othman bukanlah satu nama yang asing dalam dunia pendidikan peringkat universiti
di Malaysia. Beliau yang merupakan anak kelahiran Paya Keladi, Seberang Perai, Pulau
Pinang telah dilahirkan pada 12 Ogos 1952. Sekolah Kebangsaan Paya Keladi adalah sekolah
pertama bagi Yusof Othman menerima pembelajaran secara formal. Manakala, Sekolah
Menengah Kebangsaan Kepala Batas dan seterusnya ke sekolah Sekolah Menengah Alam
Shah pada tahun 1968. Pada tahun 1972, Yusof Othman berjaya melanjutkan pengajian ke
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memilih bidang fizik.
Pertama kali Yusof Othman mengenal dunia kerjaya pada tahun 1976 selepas
menamatkan pengajian Ijazah Sarjanamuda Sains (Fizik) daripada UKM dan ditugaskan
untuk menjadi pensyarah bermula pada April 1976 di Matrikulasi UKM di Sabah untuk
beberapa bulan. Manakala pada bulan September tahun yang sama, 1976, Yusof Othman
telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara, Bedford College, University of
London dalam bidang Solid State Physic. Selepas tamat pengajian dalam masa setahun,
pada bulan Disember 1977 beliau menyambung semula kerjaya sebagai pensyarah di
UKM yang ketika itu masih bertempat di Jalan Pantai selama tiga tahun. Setelah itu,
kerjaya beliau terhenti buat seketika kerana menyambung pengajian ke peringkat ijazah
Doktor Falsafah (Ph.D) pada 1984 dalam bidang tenaga suria di Univercity of Aston,
United Kingdom.
Mohd. Yusof Hj. Othman adalah Profesor di Program Fizik, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Sebelum ini beliau adalah Ketua, Jabatan Fizik dari tahun 1990 sehingga
1994. Pada tahun 1994 sehingga tahun 2002, beliau merupakan Timbalan Dekan, Fakulti
Sains dan Teknologi, manakala pada tahun 2002 sehingga tahun 2007, beliau memegang
jawatan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, UKM. Beliau kini (2016)
masih menyandang jawatan sebagai Pengarah Pertama, Institut Islam Hadhari sejak Julai
2007 di universiti tersebut. Beliau telah menulis dan penulis bersama lebih daripada
350 rencana jurnal, pascasidang, dan seminar bidang tenaga keterbaharuan, fizik, dan
218
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pendidikan & falsafah sains. Beliau telah menulis lebih 28 buah buku dalam bidang fizik
dan bacaan awam dan telah mendaftar sebanyak 11 paten(Mohd Yusof, 2013).

SUMBANGAN YUSOF OTHMAN DALAM PENGISLAMAN SAINS KEARAH


PEMANTAPAN JATI DIRI

Mohd Yusof Othman adalah salah seorang pejuang bahasa. Beliau lantang mempertahankan dan
memperkasa penggunaan bahasa Melayu terutamanya dalam sistem pendidikan negara. Dalam
kebanyakan buku karangan beliau, seperti buku Pengenalan Sains Tauhidik (2014) dan buku
Sains, Masyarakat dan Agama (2009), terdapat bab yang khusus membincangkan kepentingan
bahasa Melayu. Manakala pada tahun 2006, beliau ada membentangkan kertas kerja yang
bertajuk “Keunggulan Bahasa Melayu: Menyongsong Tatanan Baru Dunia” dalam Seminar
Bahasa dan Sastera sempena Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Hasil
pemikiran beliau dalam penulisan buku dan kertas kerja yang sebegini telah menyerlahkan lagi
kepentingan kepenggunaan Bahasa Melayu terutamanya dalam pendidikan. Usaha yang beliau
tunjukkan dalam mempertahankan penggunaan bahasa Melayu melalui penulisan, seminar dan
ceramah yang beliau hadiri menjadi suatu usaha yang bermakna untuk memastikan kepentingan
bahasa Melayu terjamin di mata bangsanya sendiri.
Menurut Mohd Yusof (2014), apabila bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa yang
menyampaikan pengetahuan sains dan teknologi, maka akan hilanglah nilai-nilai agama dan
budaya orang Melayu yang sememangnya tidak terpisah dengan Islam. Beliau amat bangga
kerana ditakdirkan oleh Allah untuk membina kerjaya di Universiti Kebangsaan Malaysia
sebagai satu-satunya universiti di dunia yang bermatlamat untuk memartabatkan bahasa ini
dalam semua bidang ilmu, terutamanya sains dan teknologi yang menjadi kepakaran beliau.
Sumbangan beliau dalam mempertahankan bahasa Melayu sebagai suatu asas jati diri bangsa
Melayu telah diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian ini telah
menganugerahkan beliau Tokoh Akademik Bahasa Melayu pada tahun 2013. Malah, Dewan
Bahasa dan Pustaka telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada saintis ini untuk
menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Penerbitan pada tahun 2012 sehingga 2014.
Mohd Yusof adalah seorang saintis yang telah terlibat dalam penyelidikan tenaga
keterbaharuan lebih 30 tahun yang lalu. Sumbangan utama beliau adalah dalam kajian sinaran
suria, dan sistem suria terma dan fotovoltan. Kajian utamanya adalah dalam mereka cipta
pengumpul suria untuk air dan udara panas, sistem pam air suria, sistem fotovoltan tersambung
ke grid dan terakhir ini sistem pengumpul fotovoltan terma (Mohd Yusof, 2012). Manakala
dalam usaha untuk merealisasikan pengislaman sains yang menjurus kepada pemantapan
jati diri bangsa Melayu yang beragama Islam, Mohd Yusof sebagai seorang saintis tulen dan
pemikir Melayu Muslim telah mengajukan Sains Tauhidik sebagai suatu pendekatan dalam
pengislaman sains. Sains Tauhidik adalah sains yang berteraskan konsep tauhid. Amalan sains
tauhidik adalah berteraskan konsep ketuhanan sebagai Pencipta, maka segala kegiatan sains
yang hendak dilakukan manusia adalah tertakluk kepada syariah (Khalijah&Mohd Yusof,
2009).
Beliau telah berusaha sedaya upaya untuk menjadikan kursus Sains Tauhidik sebagai
kursus yang wajib diambil oleh pelajar di Fakulti Sains Teknologi Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kursus ini berfungsi sebagai bekalan kepada para pelajar sains yang ramai di antara
mereka adalah pelajar Muslim Melayu, maka adalah wajar kursus yang berkaitan padang alam
Islam dalam konteks sains ini ditawarkan kepada mereka (Khalijah&Mohd Yusof, 2009). Mohd
Yusof telah berusaha mengarang sebuah buku khusus sebagai rujukan kepada kursus Sains
Tauhidik ini. Buku yang diberikan tajuk Pengenalan Sains Tauhidik (2014) ini boleh dijadikan
rujukan untuk menyelesaikan permasalahan antara sains dan agama Islam.
Penglibatan yang aktif dalam bidang agama dan sains telah mendorong beliau untuk
terus memantapkan gagasan pengislaman ilmu dan berusaha menerangkan kepada masyarakat
berhubung konsep agama dan sains serta hubungkait antara keduanya. Melalui penglibatan,
219
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kerahan tenaga dan fikiran ini jugalah beliau telah menjadi pilihan untuk menyandang jawatan
sebagai Pengarah pertama, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak
tahun 2007 sehinggala ke hari ini (2016). Malah, beliau turut berjaya menarik minat pihak luar
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dipertanggungjawabkan memikul amanah-
amanah sebagai Ahli Panel Majlis Perunding Islam, Jabatan Perdana Menteri bermula pada
Jun 2014,Felo Akademi Sains Malaysia sejak 2014, Felo Kehormat Universiti Islam Malaysia
(2014-15), Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM (2005-07), Felo Kehormat
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) (2014). Beliau juga adalah Ahli Majlis Kebangsaan
Hal Ehwal Islam Malaysia sejak 2006, Setiausaha Panel Dakwah bagi Majlis Perunding Islam
Malaysia (2008-2011), Ahli Majlis Dakwah Negara (2014-16), dan Ahli Lembaga Penasihat,
Institut Wasatiyyah Malaysia (2013-15) (Mohd Yusof, 2013).
Sumbangan beliau dalam pengislaman sains banyak diterjemahkan melalui penyampaian
lisan dan penulisan bahan ilmiah. Antara tulisan yang menterjemahka sumbangan hasil
pemikiran beliau dalam pengislaman sains adalah buku Isu dalam Ilmu dan Pemikiran (1998),
Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan (2002), Sains dalam Maqasid Al-Quran (2013),
prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik yang bertajuk Mengapa Dunia Memerlukan Sains
Tauhidik? (2010), Etika dalam Sains: Tauhidik Berbanding Sekular (2010), dan Pandangan
masyarakat Terhadap Sains Kontemporari (2010), kertas kerja seminar yang bertajuk Al-
Quran dan Sains (Nuklear) (2010) dan banyak lagi.
Melalui penglibatan, lantikan dan penulisan beliau ini telah menggambarkan peranan
dan sumbangan yang telah beliau salurkan demi memartabatkan gagasan pengislaman
sains. Sebagai pendidik yang peka kepada keperluan jiwa anak didiknya yang dahagakan
penyampaian ilmu sains yang tidak mengenepikan peranan Penciptanya, beliau berusaha
melaksanakan tanggungjawabnya untuk membentuk jati diri anak bangsa yang beragama. Hasil
usahanya dalam dunia pendidikan ini telah menarik perhatian banyak pihak sehinggakan beliau
dianugerahkan dengan Anugerah Penghargaan Maal Hijrah (1426H-2006) daripada Kerajaan
Malaysia, dan Tokoh Maal Hijrah daripada Kerajaan Pulau Pinang (1429H-2008).

KESIMPULAN

Bangsa Melayu seharusnya memantapkan jati diri mereka dengan pengamalan ajaran
Islam dalam segala urusan kehidupan mereka, lebih-lebih lagi di bidang pendidikan yang
memberikan manfaat untuk kehidupan di dunia dan kehidupan selepasnya. Mereka perlu
sedar dan mengelak untuk terus berada dalam kepompong dan kekangan pola pemikiran
sains barat dan berusaha mencari sistem yang benar-benar bertepatan dengan kehendak
jiwa manusia yang bertuhan. Pemahaman kita kepada alam yang fizikal bergantung
kepada teori kita berkenaan sesuatu fenomenon itu. Maka. Jika teori kita mempunyai
ralat, pemahaman kita tentang sesuatu fenomena itupun bertambah ralatnya (Abdul Latif,
2012). Pengislaman sains ini seharusnya dipikul oleh keseluruhan ilmuan dan sarjana
muslim yang ada pada hari ini dan tidak terus hanyut dengan sains yang diselewengkan
oleh barat atau sekularisasi dan memudarkan jati diri bangsa. Kekuatan idea-idea dalam
memartabatkan dan menjadikan pengislaman sains sebagai suatu usaha yang nyata akan
mampu untuk mempertahankan kedudukan Islam di dalam masyarakat yang menjunjung
martabat ilmu yang bersih dan suci dari pencemaran atau penyelewengan pihak-pihak
tertentu yang mempunyai agenda dan berkepentingan tersendiri, dan secara tidak langsung
mampu menolak sekularisasi dan menjaga kepentingan agama Islam di dalam masyarakat
yang ada pada masa ini dan masa akan datang.

220
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Abdul Latif Samian. 1999. FalsafahMatematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Latif Samian. 2012. Memetakan Metamatematik. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Budi Handrianto. 2010. IslamisasiSains. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.
Nik Rosila Nik Yaacub. 2009. Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu: Dari Perspektif
Pendidikan Psikososial. Pulau Pinang: Universiti SainsMalaysia.
Khalijah Mohd Salleh & Mohd Yusof Hj Othman. 2009. Sains Tauhidik Sebagai Satu Kursus
STPD. Kertas kerja dalam Seminar Pendidikan Sains Teknologi Maklumat (SteM ‘09).
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Yusof Hj. Othman. 1998. Isu dalam Ilmu dan Pemikiran. Kajang, Aras Mega Sdn.
Bhd.
Mohd Yusof Hj Othman. 2002. Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusof Hj Othman. 2009. Sains, Masyarakat dan Agama. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Mengapa Dunia Memerlukan Sains Tauhidik?”. Prosiding
Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, Kumpulan Penyelidikaan Membina Graduan
Penyelidikan dalam Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2010.
Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Etika dalam Sains: Tauhidik Berbanding Sekular”. Prosiding
Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, Kumpulan Penyelidikaan Membina Graduan
Penyelidikan dalam Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2010.
Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Pandangan masyarakat Terhadap Sains Kontemporari”.
Prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, Kumpulan Penyelidikaan Membina
Graduan Penyelidikan dalam Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.
Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Al-Quran dan Sains (Nuklear)”. Seminar Al-Quran
Peringkat Pulau Pinang 1431H/2010M, anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan
Melenium, Kepala Batas, 18 Julai 2010.
Mohd Yusof Hj Othman. 2012. Gagasan 1Malaysia: Kreativiti & Inovasi Dalam Pembinaan
Peradaban. Purrajaya: Akademi Kenegaraan BTN, Jabatan Perdana Menteri.
Mohd Yusof Hj Othman. 2013. Sains dalam Maqasid al-Qur’an. Bangi: Institut Islam
Hadhari UKM.
Mohd Yusof Hj Othman. 2014. Pengenalan Sains Tauhidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Tajul Ariffin Noordin & Nor ‘Aini Dan. 2002. Pendidikan dan Pembangunan Manusia:
Pendekatan bersepadu. Selangor: Al-Syabab Media.
Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. 2010. Strategi, kaedah dan pelaksanaan dakwah dalam
membina jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd. Yusof Othman (pnyt.). Jati Diri Kebangsaan
Manhaj Islam Hadhari, hlm. 85-96. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainal Kling. t.th. Islam dan Kebudayaan Alam Melayu. Malaysia: Universiti Malaya. http://
portalfsss.um.edu.my/portal/uploadFolder/pdf/Islam%20dan%20Kebudayaan%20
Alam%20Melayul.pdf, [19.02.2016].
Zainul Rijal Abu Bakar. 2010. Undang-undang Islam di Malaysia: Ke arah pembentukan
jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd. Yusof Othman (pnyt.). Jati Diri Kebangsaan Manhaj
Islam Hadhari, hlm. 67-84. Bangi: Institut Islam Hadhari, UKM.

221
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

MODENISASI KETENTERAAN CHINA: PERTIMBANGAN UNTUK


MENANGANI ANCAMAN KESELAMATAN DOMESTIK DAN
ANTARABANGSA

Herlin Anak Aman, D.Ravichandran K.Dhakshinamoorthy & Nor Azizan Idris


Program Strategi Dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstrak
China yang merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar di peringkat global telah
menunjukkan peningkatan ketara dalam aspek pembangunan ketenteraan. Semenjak
melakukan pembaharuan ekonomi pada lewat tahun 1970-an, jumlah perolehan
pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah membolehkan kerajaan
China membelanjakan sehingga mencecah billion dolar untuk membangunkan
bidang ketenteraan. Kajian mendapati faktor ancaman keselamatan merupakan
pertimbangan utama China untuk membangunkan bidang ketenteraan terutama
pada era pasca Perang Dingin. Ancaman keselamatan yang wujud kepada China
adalah merangkumi keselamatan tradisional dan keselamatan bukan tradisional.
China telah dibelenggu oleh pelbagai isu ancaman keselamatan yang menjejaskan
kepentingan nasional di peringkat domestik dan antarabangsa. Isu-isu seperti
bencana alam, kumpulan pemisah atau anti kerajaan di Tibet dan Xinjiang, isu
Taiwan, tuntutan bertindih di Laut China Selatan, isu negara-negara sempadan dan
lain-lain telah mempengaruhi pertimbangan utama kerajaan China menggunakan
strategi ketenteraan bagi mengatasi ancaman keselamatan. Teori realis menghujah
bahawa unsur utama dalam kuasa seperti kekuatan ekonomi membolehkan
sesebuah negara membangun dan membentuk pasukan tentera yang lebih kuat
dan cekap. Kekuatan ekonomi negara telah merealisasikan hasrat kerajaan China
untuk membangun dan membentuk sebuah pasukan tentera yang mampu mengatasi
faktor ancaman keselamatan domestik dan antarabangsa.

Kata kunci: P embangunan ketenteraan China, ancaman keselamatan, realis.

PENGENALAN

Konsep keselamatan telah melalui perubahan selepas berakhir Perang Dingin pada
tahun 1991. Masyarakat antarabangsa telah melihat bahawa konsep keselamatan pasca
Perang Dingin bukan sahaja berkaitan dengan konsep keselamatan tradisional malahan
juga berkaitan dengan konsep keselamatan bukan tradisional. Semasa era Perang Dingin,
keselamatan sesebuah negara diukur berdasarkan tahap kekuatan dan kemampuan
pasukan tentera yang dimiliki oleh sesebuah negara itu. Misalnya dua kuasa besar dunia
era Perang Dingin iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet masing-masing memiliki
tahap kekuatan dalam pasukan tentera seperti taktik strategi pertempuran sehingga kepada
senjata dan teknologi ketenteraan. Selain itu, politik antarabangsa semasa era Perang
Dingin memfokuskan kepada keselamatan berkaitan peperangan dan ketenteraan. Walau
bagaimanapun, selepas berakhirnya era Perang Dingin pada tahun 1991 antara Amerika
Syarikat dan Kesatuan Soviet, tumpuan masyarakat antarabangsa telah beralih kepada
konsep keselamatan bukan tradisional.
Faktor perubahan ancaman keselamatan yang bukan sahaja bersifat keselamatan
tradisional tetapi juga merupakan ancaman keselamatan bukan tradisional menjadikan
sesebuah negara itu melakukan perubahan dalam struktur ketenteraan. Perubahan dalam
struktur ketenteraan merangkumi pelbagai aspek termasuk pemodenan strategi dan
taktik ketenteraan sehingga kepada aspek pemodenan senjata dan teknologi ketenteraan.
222
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Perubahan dan pemodenan ketenteraan dilakukan bagi membolehkan pasukan tentera


negara berupaya menangani ancaman keselamatan tradisional dan ancaman keselamatan
bukan tradisional. Selepas abad ke 20, terdapat perubahan yang ketara dalam bentuk
ancaman keselamatan. Perubahan terhadap bentuk ancaman keselamatan itu dipengaruhi
oleh sistem antarabangsa yang bersifat multi polar dan fenomena globalisasi. Bentuk sistem
antarabangsa yang bersifat multipolar dan globalisasi menjadikan kepentingan nasional
sesebuah negara turut meningkat dari tahap domestik sehingga ke peringkat antarabangsa.
Perubahan yang berlaku dalam kepentingan nasional negara turut meningkatkan risiko
kepada ancaman keselamatan samada di peringkat domestik dan antarabangsa. Faktor
perubahan kepentingan nasional dan risiko kepada ancaman keselamatan domestik dan
antarabangsa menjadi dorongan kepada negara untuk meningkatkan keupayaan pasukan
tentera bagi menjaga kepentingan nasional.
China merupakan negara yang tidak terkecuali dalam melakukan perubahan dan
pemodenan ketenteraan pasca Perang Dingin. Semasa era Perang Dingin, China lebih
memfokuskan kepada ancaman daripada kekuatan ketenteraan negara Amerika Syarikat
dan Kesatuan Soviet. China telah melihat bahawa konsep keselamatan nasional sebagai
faktor yang berkaitan dengan ketenteraan atau peperangan semata. Namun, perubahan
yang berlaku dalam sistem antarabangsa pasca Perang Dingin dan perdebatan mengenai
konsep keselamatan oleh negara barat telah mengubah pandangan China bahawa konsep
keselamatan nasional adalah lebih komprehensif (Jian Yang). Tambahan pula, faktor dwi
ancaman iaitu ancaman domestik dan antarabangsa yang dihadapi oleh China dalam suatu
jangka masa yang sama mempengaruhi keperluan China untuk mewujudkan strategi yang
komprehensif.
Di samping itu, negara China dilihat sebagai negara yang turut peka dalam
memahami teori realis. Menurut pemikir realis, aktor utama dalam sistem antarabangsa
adalah negara dan negara memiliki keinginan untuk menjaga kedaulatan dan kepentingan
negara. Melalui keupayaan ekonomi yang dimiliki, sesebuah negara dapat membangunkan
kemampuan pasukan tentera negara untuk menjaga kepentingan nasional. Kedaulatan dan
kepentingan negara bukan sahaja berada dalam lingkungan wilayah negara malahan boleh
merentas sempadan negara. Oleh kerana China menilai kepada faktor kepelbagaian yang
wujud dalam kepentingan nasional, China telah mengamalkan konsep zonghe guoli atau
kuasa nasional komprehensif (comprehensive national power) dan juga konsep zonghe
anquan atau keselamatan komprehensif (comprehensive security) (Roy 2013: 19). China
menggunakan konsep kuasa nasional komprehensif dan keselamatan komprehensif
tersebut bagi melindungi kedaulatan dan kepentingan nasional daripada ancaman domestik
dan antarabangsa.
China seperti juga negara lain dalam sistem antarabangsa memiliki matlamat
untuk menjadikan negara dapat mencapai kemakmuran dalam bidang ekonomi. Semenjak
mengamalkan perubahan ekonomi pada akhir tahun 1970-an, Dasar Pintu Terbuka telah
menjadikan China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.
Namun, negara China belum merasa selesa dengan kemakmuran ekonomi yang telah dicapai
sejak pentadbiran Deng Xiaoping sehingga Xi Jinping. Peningkatan isu ancaman keselamatan di
peringkat domestik dan antarabangsa dilihat boleh menjejaskan kemakmuran dan pertumbuhan
ekonomi negara. Faktor ancaman keselamatan dan keinginan untuk mencapai kemakmuran
secara berterusan menjadi faktor kepada pemimpin China melakukan perubahan dalam bidang
ketenteraan negara. Perubahan yang merangkumi aspek organisasi, senjata dan teknologi
ketenteraan bagi menyesuaikan kemampuan pasukan keselamatan berhadapan dengan pelbagai
jenis ancaman. Dalam catatan Kertas Putih tahun 2012 seperti di bawah, China menegaskan
bahawa perkembangan isu ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional semakin
berhubungan antara satu sama lain. China juga berhadapan dengan cabaran untuk menjaga
kepentingan nasional kesan daripada perubahan bentuk ancaman keselamatan. Kertas Putih
tahun 2012 menjelaskan bahawa:
223
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

The issues of subsistence and development security and the traditional and non-
traditional threats to security are interwoven. Therefore, China has an arduous
task to safeguard its national unification, territorial integrity and development
interests. Some country has strengthened its Asia-Pacific military alliance (Kertas
Putih 2012).

Pembangunan dan pemodenan bidang ketenteraan China yang berterusan saban
tahun merupakan suatu keperluan terutama dalam menangani pelbagai bentuk ancaman
keselamatan. Dalam Kertas Putih tahun 2014 di bawah menghuraikan bahawa pasukan
tentera China akan menyesuaikan kemampuan pasukan dengan perubahan bentuk
ancaman keselamatan yang sentiasa wujud tanpa mengira masa. Kertas Putih tahun 2014
menjelaskan bahawa:

At this new historical starting point, China’s armed forces will adapt themselves
to new changes in the national security environment, firmly follow the goal of the
Communist Party of China (CPC) to build a strong military for the new situation,
implement the military strategic guideline of active defense in the new situation,
accelerate the modernization of national defense and armed forces, resolutely
safeguard China’s sovereignty, security and development interests, and provide a
strong guarantee for achieving the national strategic goal of the “two centenaries”
and for realizing the Chinese Dream of achieving the great rejuvenation of the
Chinese nation (Kertas Putih 2014).

Dalam kertas kerja ini, kaedah kualitatif digunakan untuk membincangkan faktor
ancaman keselamatan yang menjadi pertimbangan China memodenkan ketenteraan
pasca Perang Dingin. Peningkatan faktor ancaman terhadap China pasca Perang Dingin
telah menjadi pertimbangan kepada China untuk melakukan transformasi dalam bidang
ketenteraan bagi menjamin kedaulatan dan kepentingan nasional di peringkat domestik
dan antarabangsa adalah terjaga.

ISU ANCAMAN KESELAMATAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA PASCA


PERANG DINGIN

Dalam sistem politik antarabangsa, wujud sifat anarki yang menjadikan setiap negara
perlu bergantung kepada keupayaan sendiri untuk menjaga kepentingan nasional. Teori
realis menyifatkan kuasa merupakan adalah ciri penentu dan utama dalam persekitaran
antarabangsa. Unsur-unsur utama dalam kuasa seperti kemakmuran ekonomi, populasi
penduduk yang tinggi dan kemajuan teknologi membolehkan sesebuah negara membentuk
pasukan tentera yang kuat dan cekap (Glaser 2010: 17). Melalui strategi keupayaan
ekonomi dan kekuatan ketenteraan, sesebuah negara berpotensi untuk mengekalkan
kedaulatan dan keselamatan nasional daripada ancaman musuh.
China menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh realis iaitu merupakan kuasa
ekonomi kedua terbesar dunia, memiliki bilangan penduduk tertinggi di dunia dan semakin
meningkat maju dalan bidang teknologi industri. Walaupun China telah mengalami
transformasi ekonomi yang pesat selepas akhir tahun 1970-an, namun China dibelenggu
oleh beberapa isu ancaman keselamatan. Faktor ancaman keselamatan boleh menjejaskan
kemakmuran ekonomi dan secara tidak langsung juga boleh menjejaskan kelangsungan
kepimpinan rejim Chinese Communist Party.
Faktor ancaman keselamatan terhadap China dikategorikan kepada dua iaitu isu
domestik dan antarabangsa. Antara isu ancaman keselamatan domestik adalah rusuhan
atau ‘mass incident’, isu Tibet dan Xinjiang dan isu bencana alam. Manakala isu ancaman
224
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

antarabangsa melibatkan isu-isu seperti Taiwan, tuntutan bertindih di Laut China Selatan,
tuntutan bertindih di Kepulauan Senkaku/Diaoyu, isu Zon Ekonomi Eksklusif di Laut
Kuning dan tuntutan bertindih Batu Suyan, pertikaian dengan India dalam isu tuntutan
wilayah Arunachal Pradesh dan Aksai Chin, isu keselamatan Sea Lines of Communication
(SLOC), isu negara-negara sempadan dan isu kepentingan nasional China di luar negara
seperti pelaburan ekonomi dan keselamatan rakyat China.
Penulisan oleh beberapa orang sarjana seperti Jisi, Heilmann & Schmidt dan
Ross merupakan antara penulisan yang bersependapat China memodenkan ketenteraan
atas faktor pertimbangan ancaman keselamatan. Pertumbuhan ekonomi yang pesat di
China sejak beberapa tahun kebelakangan memerlukan situasi negara yang aman untuk
mengekalkan kemakmuran ekonomi. Jisi (2011) berpendapat kemakmuran dan keamanan
penting bagi memastikan pembangunan ekonomi wujud berterusan. Bagi memastikan
keamanan negara dapat dicapai, bidang keselamatan perlu ditingkatkan dan China
memerlukan teknologi ketenteraan moden untuk mempertahankan kepentingan nasional,
kedaulatan dan integriti negara daripada ancaman musuh.
Pasca Perang Dingin telah membuka pandangan masyarakat antarabangsa bahawa
faktor ancaman keselamatan bukan sahaja bersifat tradisional malahan bukan tradisional.
Heilman dan Schmdit (2014) menganalisis bahawa isu-isu pengganas, ketidakstabilan
ekonomi, bencana alam, keselamatan siber, pandemik dan jenayah rentas sempadan
berisiko mencetuskan ketidakstabilan kepada keselamatan sesebuah negara. Kebimbangan
China terhadap isu Tibet, Xinjiang dan Taiwan merupakan suatu keadaan bahawa ancaman
bukan tradisional mampu menjejaskan kedaulatan dan kepentingan nasional. Dalam
dokumen Kertas Putih tahun 2014, menggambarkan pendirian China terhadap ancaman
keselamatan daripada isu Tibet. Petikan di bawah adalah daripada dokumen Kertas Putih:

“Separatist forces for…and “Tibet independence’ have inflicted serious damage…


Besides, anti-China force have never given up their attempt to instigate a “color
revolution” in this country” (Kertas Putih 2014).

Manakala dalam dokumen Kertas Putih tahun 2014 yang mengaitkan tentang isu kumpulan
pemisah di Xinjiang, kerajaan China mengaitkan kumpulan East Turkistan Movement
Islamic sebagai kumpulan yang bertanggungjawab mencetuskan ketegangan di wilayah
Xinjiang. Kenyataan dalam Kertas Putih 2014:

“Separatist force for ‘East Turkistan Independence’ have inflicted serious


damage particularly with escalating violent terrorist activities by ‘East Turkistan
Independence”(Kertas Putih 2014).

Presiden China iaitu Xi Jinping juga telah mengeluarkan kenyataan yang menegaskan
serangan kumpulan pemisah di daerah Urumchi Xinjiang pada tahun 2014 sebagai
ancaman pengganas. Berikut merupakan kenyataan Xi Jinping bahawa:

“The battle to combat violence and terrorism will not allow even a moment of
slackness, and decisive actions must be taken to resolutely suppress the terrorists’
rampant momentum.” …”long-term stability of Xinjiang was vital to the whole
country’s development and its “unity, ethnic harmony and national security”(Tania
Branigan 2014).

Isu Taiwan yang merupakan isu paling sensitif dalam bidang keselamatan China
telah mempengaruhi strategi ketenteraan China. China membangunkan senjata moden
seperti senjata peluru berpandu jarak dekat dan membeli pesawat tempur model Sukhoi
Su-27 dan Su-30 dalam kempen terhadap isu Taiwan. Pembangunan aktiviti ketenteraan
225
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

di kawasan berhampiran perairan Taiwan aktif dilakukan. China juga menegaskan tidak
berkrompomi dengan pihak yang campurtangan dalam isu pembebasan Taiwan daripada
tanah besar China. Ross (2009) menganggap pembangunan senjata peluru berpandu
dan peningkatan siri latihan ketenteraan China di luar perairan Taiwan sebagai lambang
kesediaan untuk berhadapan dengan isu tuntutan Taiwan bebas dari China.
Selain isu Taiwan, China juga harus berhadapan dengan isu rusuhan atau ‘mass
incident’ yang sering berlaku akibat ekonomi, pembangunan alam sekitar dan lain-lain.
Bilangan kes rusuhan atau ‘mass incidents’ di China telah mengalami peningkatan ketara
dari tahun 1999 sehingga tahun 2010 1. Jumlah penduduk yang menyertai rusuhan pada
tahun 1999 dilaporkan seramai 32, 000 orang namun meningkat kepada 120, 000 orang
pada tahun 2008 dan seterusnya bertambah kepada 180, 000 orang bagi tahun 2010
(O’Reily 2014, Ross 2012: 3). Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Chinese Academy
of Social Science (CASS), wujud peningkatan ketara pada tahun 2010, tahun 2011 dan
2012 bagi isu rusuhan awam. Statistik menunjukkan kes yang melibatkan 100 orang
peserta atau lebih adalah sebanyak 163 kes bagi tahun 2010 tetapi meningkat kepada 172
kes bagi tahun 2011 dan 209 kes pada tahun 2012 (Liqiang 2014). Di antara kes rusuhan
atau ‘mass incidents’ yang berlaku adalah pada tahun 2009 di bandar Shisou wilayah
Hubei. Bagi meleraikan kes rusuhan di bandar Shisou tahun 2009, penglibatan pasukan
keselamatan telah digunakan.
Pembangunan industri ketenteraan China telah mendorong pemodenan yang
berterusan dalam penghasilan senjata dan teknologi ketenteraan. Pada tahun 2012, pasukan
tentera laut China telah melancarkan kapal induk yang diberi gelaran Liaoning. Kejayaan
China memiliki kapal induk menggambarkan langkah besar untuk menjadi kuasa tentera
di peringkat antarabangsa. Selain kapal induk, China juga memerlukan peranan kapal
tentera laut yang dilengkapi teknologi terkini untuk mengatasi ancaman keselamatan
di kawasan perairan. China yang bergantung kepada sumber tenaga dari negara luar
seperti Timur Tengah dan Afrika perlu menggunakan laluan perairan antarabangsa. China
memberi keutamaan kepada keselamatan laluan perairan antarabangsa atau Sea Lines
of Communication (SLOC) bagi mencapai konsep ‘far sea defense’. Selain memantau
keselamatan kapal minyak dan kapal dagang dari ancaman lanun, pasukan tentera laut
juga bekerjasama dengan pasukan tentera darat dan udara dalam operasi misi kemanusiaan
atau konsep ‘military operation other than war’ (MOOTW). Pasukan tentera China telah
terlibat dalam misi menyelamat dan membawa pulang rakyat China dari Libya dan
Yemen semasa krisis politik dalaman di kedua-dua negara tersebut pada tahun 2011 dan
2015. Penglibatan tentera China dalam misi menyelamat dianggap sebagai peningkatan
keupayaan pasukan tentera China yang telah melalui era pemodenan.
Krisis ekonomi global yang melanda pada tahun 2008/2009 tidak menjejaskan
peningkatan dalam perbelanjaan ketenteraan China. Jumlah perbelanjaan yang digunakan
bagi membangunkan bidang ketenteraan pada tahun 2008 ialah sebanyak 91 bilion dolar
dan meningkat kepada 123 bilion dolar pada tahun 2010 (Stockholm International Peace
Research Institute(SIPRI). Sehingga kini, China berada di kedudukan kedua peringkat
dunia sebagai negara tertinggi jumlah perbelanjaan ketenteraan. Dari tahun 2012 hingga
2014, China berterusan membangunkan program ketenteraan dan jumlah sebanyak 169
bilion dolar bagi tahun 2012 kepada 216 bilion dolar bagi tahun 2014 merupakan jumlah
yang berpotensi untuk mengukuhkan kedudukan pasukan tentera China di peringkat
serantau.
Kerajaan China telah mengumumkan pelbagai perubahan dalam bidang ketenteraan
termasuk pengurangan sebanyak 300,000 anggota tentera menjelang tahun 2017 (China
daily 2015). Langkah pengurangan anggota tentera bukan dianggap sebagai strategi
1 Istilah ‘mass incidents’ digunakan oleh kerajaan China yang merujuk kepada bantahan awam yang
disertai oleh 100 orang atau lebih atau seramai 10, 000 orang atau lebih, rujuk Hou Liqiang China Daily, 4
September 2014.
226
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kelemahan pasukan tentera China malahan strategi untuk memantapkan kepakaran


anggota tentera. Xi Jinping yang mula memegang jawatan Presiden China pada tahun 2012
telah mengumumkan pelbagai perubahan dalam bidang ketenteraan. Pada 31 Disember
2015, pasukan Tentera Roket China diumumkan secara rasmi berserta dengan Pasukan
Sokongan Strategik (Xinhuanet 2016). Xi Jinping mengumumkan penubuhan kedua-dua
pasukan baru tersebut sebagai laluan untuk membentuk pasukan tentera China yang kuat
yang bersedia untuk menyumbang peranan kepada rakyat China dan Chinese Communist
Party.
Di samping itu juga, perubahan terhadap kawasan zon ketenteraan China juga akan
dilakukan. Terdapat lima zon ketenteraan yang baru akan diwujudkan dan memfokuskan
kepada kawasan barat, utara, semenanjung Korea, Mongolia dan timur Rusia (Chan 2015).
Zon barat merupakan kawasan yang merupakan pemerhatian pasukan tentera terhadap
ancaman kumpulan pemisah dan pengganas di Tibet, Xinjiang dan negara jiran seperti
Afghanistan yang merupakan pusat latihan kumpulan pengganas. Pasukan tentera China
juga aktif melakukan latihan bersama dengan pasukan tentera negara luar dalam kempen
menangani ancaman keganasan. Pada tahun 2015, pasukan tentera China telah mengadakan
latihan ketenteraan bersama negara India yang diberi nama latihan sebagai ‘hand in hand’
bagi persediaan terhadap ancaman pengganas (ndtv 2015). Latihan ketenteraan ‘hand in
hand’ itu berlangsung selama 10 hari merupakan pembaharuan kerjasama ketenteraan
China dan India walaupun kedua negara terlibat dalam isu tuntutan bertindih kawasan
Arunachal Pradesh dan Aksai Chin.

KESIMPULAN

Pemodenan ketenteraan China telah dilakukan atas faktor ancaman keselamatan yang
menjejaskan kedaulatan dan kepentingan nasional negara. Walaupun terdapat negara yang
berasa kurang selesa dengan peningkatan kemampuan pasukan tentera China, namun
China bertindak membangunkan ketenteraan atas faktor untuk menjaga kepentingan
negara. Bagi mewujudkan kepentingan keselamatan bersama di peringkat serantau dan
antarabangsa, China perlu telus dalam pendekatan ketenteraan agar tidak mencetuskan
konflik ketenteraan dengan negara-negara serantau.

RUJUKAN

Brendan O’Reily. 2014. Diverse reasons behind growth in China’s ‘mass incidents’. http://
chinaoutlook.com/diverse-reasons-behind-growth-in-mass-incidents/ [10 Februari
2016].
Charles L. Glaser. 2010. Realism. Dlm. Alan Collins (pnyt). Contemporary Security Studies,
hlm. 15-33. New York: Oxford University Press.
China Daily. 2015. China to cut troops by 300,000: President Xi. http://www.chinadaily.
com.cn/world/2015victoryanniv/201509/03/content 21782967.htm [16 Februari 2016].
Denny Roy. 2013. Return of the Dragon: Rising China and Regional Security. New York:
Columbia UniversityPress.
Hou Liqiang. 2014. Report identifies sources of mass protests.http://www.chinadaily.com.
cn/china/2014-04/09/content_17415767.htm [14 Februari 2016].
Jian Yang. China’s Security Challenges: Priorities and Policy Implications. http://www.nids.
go.jp/english/publication/joint_research/series5/pdf/5-10.pdf [14 Februari 2016].
Kertas Putih. 2012. Ministry of National Defense The People’s Republic of China. http://eng.
mod.gov.cn/Database/WhitePapers/2012.htm[18 Februari 2016].
Kertas Putih. 2014. Ministry of National Defense The People’s Republic of China. http://eng.
mod.gov.cn/Database/WhitePapers/2014.htm [18 Februari 2016].

227
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Minnie Chan. 2015. PLA to announce overhaul: five ‘strategic zones’ will replace regional
commands, most army HQ to be scrapped. http://www.scmp.com/news/china/diplomacy-
defence/article/1893468/peoples-liberation-army-be-split-five-combat-regions [18
Februari 2016].
NDTV. 2015. India, China Conclude Military Drills With Anti-Terror Exercises. http://
www.ndtv.com/india-news/india-china-conclude-military-drills-with-anti-terror-
exercises-1235259 [19 Februari 2016].
Robert S. Ross. 2012. The Problem with the Pivot: Obama’s New Policy is Unnecessary and
Counterproductive. https://www.foreignaffairs.com/articles/asia/201211-01/problem-
pivot [2 Januari 2016].
Robert S. Ross. 2009. Chinese Security Policy: Structure, Power and Politics. New York:
Routledge.
Sebastian Heilman & Dirk H. Schmidt. 2014. China’s Foreign Political and Economic
Relations: An Unconventional Global Power. Maryland: Rowman & Littlefield.
SIPRI. Military Expenditure Database. http://www.sipri.org/research/armaments/milex/
milex_database/milex_database [17 Februari 2016].
Wang Jisi. 2011. China’s Search For A Grand Strategy: A Rising Great Power Finds Its Way.
Foreign Affair 90(2): 68-79.
Xinhua Net. 2016. China inaugurates PLA Rocket Force, Xi confers flags. http://news.
xinhuanet.com/english/2016-01/01/c_134970341.htm [17 Februari 2016].

228
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

MIGRASI DAN ANCAMAN KESELAMATAN MALAYSIA:


ANALISA TERHADAP ETNIK ROHINGYA
1
Intan Suria Hamzah, 2Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, 3Mohd Azmir Mohd Nizah,
4
Afi Roshezry Abu Bakar, 5Sity Daud
1
Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia
2
Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor
3
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia
4
Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman
5
Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Landskap keselamatan negara telah mengalami dinamika yang inklusif melalui ancaman
daripada proses migrasi rentas sempadan. Kajian ini bermatlamat membincangkan
faktor migrasi rakyat Myanmar, khususnya etnik Rohingya ke Malaysia. Analisis
bentuk ancaman bukan tradisional yang menginterpretasi cabaran keselamatan dalaman
terhadap rakyat Malaysia merupakan elemen diskusi utama dalam kajian ini. Melalui
reka bentuk kajian kualitatif dengan validasi ketepatan maklumat berprosedur, kajian ini
menghujah tiga ancaman bukan tradisional iaitu pemerdagangan manusia, pembentukan
koloni setempat, dan rentas sempadan secara haram sebagai impak yang mendasari
migrasi dalam kalangan etnik Rohingya. Selain itu, tekanan tanggungjawab sosial atas
faktor kemanusiaan turut menyumbang kekangan pelaksanaan polisi berasaskan citra
keselamatan negara Malaysia. Demikian itu, beberapa cadangan turut dibincangkan
bagi memberi sumbangan kepada pembuat dasar berkenaan migrasi rentas sempadan
di Malaysia. Hasil kajian mendapati kemasukan pendatang asing tanpa izin/ pelarian
Rohingya telah menimbulkan masalah kepada negara iaitu melalui isu rentas sempadan
secara haram dan kerajaan Malaysia terpaksa memikul tanggungjawab berat menerima
pelarian Rohingya yang mana ianya bersifat masalah jangka panjang yang memberi
ancaman non-tradisional terhadap negara.

Kata kunci: Migrasi rentas sempadan, Rohingya, ancaman, pemerdagangan


manusia.

PENGENALAN

Isu migrasi rentas sempadan pendatang asing ini adalah isu global, ianya turut berlaku di
negara-negara sedang membangun dan negara maju yang mempunyai pelbagai faktor daya
tarikan seperti peluang ekonomi, pekerjaan, kestabilan, keamanan serta untuk mendapatkan
perlindungan. Negara Amerika, Kanada, Australia, Malaysia dan Arab Saudi antara negara-
negara yang menjadi pilihan pendatang asing sama ada secara sah atau tidak sah. Dalam
konteks Malaysia, pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan seperti mempertingkatkan
kawalan sempadan telah dilaksanakan bagi mengekang kemasukan secara tidak sah
(Amarjit Kaur 2014:353).Ini kerana kemasukan pendatang asing tanpa izin ini pelbagai
masalah dari aspek ekonomi, sosial dan keselamatan negara mahupun masyarakat telah
timbul dalam negara destinasi. Keselamatan membawa erti bebas daripada ancaman
manakala dalam disiplin pengajian politik, istilah ini boleh merujuk kepada keselamatan
ekonomi dan keselamatan politik. Dalam disiplin keselamatan, istilah ini dikaitkan dengan
keselamatan negara iaitu idea asalnya dicetuskan oleh Amerika Syarikat selepas tamatnya
Perang Dunia ke-2 (Triut & Harf 1982: 1).Krisis ekonomi Asia merupakan era penghijrahan
berskala besar masyarakat dunia kerana kebanyakan dari mereka ini kehilangan punca
rezeki, diberhentikan kerja dan muflis. Krisis ekonomi 1997/1998 telah menjejaskan
229
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ekonomi negara-negara Asia Timur dan Asia Tenggara seperti Korea Selatan, Jepun,
Thailand, Indonesia dan Malaysia. Kesan dari krisis ekonomi ini telah berjaya mengancam
keselamatan insan dan memaksa masyarakat negara berhijrah. Namun begitu situasi di
atas adalah berbeza dengan Negara Myanmar kerana Krisis ekonomi 1997/1998 tidak
menjejaskan negaranya kerana telah sedia ada berada di bawah kemiskinan maka ianya
tidak memberi impak seperti apa yang dialami oleh negara Asia Tenggara yang lain.
Menyelusuri masalah yang dihadapi oleh negara Myanmar atau Burma dan kaitannya
dengan migrasi adalah berpunca daripada masalah politik dalaman. Krisis penghijrahan
di Myanmar ini melibatkan etnik Rohingya iaitu kaum minoriti muslim yang tinggal di
bahagian utara Myanmar iaitu wilayah Arakan atau Rakhine. Mereka ini telah dipaksa
penghijrahan atau melarikan diri kerana keselamatan insan dan nyawa telah diancam oleh
pemerintah negara, tentera, golongan sami serta masyarakat beragama Buddha secara
meluas. Ancaman yang dilakukan melibatkan diskriminasi dalam mengamalkan agama,
budaya, sekatan dalam aktiviti harian, pekerjaan, kemudahan, pendidikan, pembunuhan,
penyeksaan, tidak diiktiraf sebagai warganegara dan penghapusan etnik secara terancang.
Demikian itu, melalui ancaman yang diberikan telah memaksa etnik Rohingya ini menjadi
pendatang asing tanpa izin di negara sendiri dan menjadi pelarian di negara lain seperti
Bangladesh, Indonesia, Thailand, Arab Saudi dan Malaysia.

KEKEJAMAN MYANMAR TERHADAP ETNIK ROHINGYA: SEJARAH AWAL


PERMULAAN

Orang Rohingya menjadi pelarian adalah disebabkan faktor perlembagaan yang sering
dipinda dan faktor pemerintahan yang selalu bertukar ganti. Bermula dengan Akta Warga
Asing 1864 sehingga Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar 1982 serta Myanmar
tidak mempunyai apa-apa peruntukan undang-undang yang jelas bagi orang Rohingya.
Mereka ini berada dalam situasi tidak mempunyai kerakyatan. Akta Kewarganegaraan
Kesatuan 1948 yang digubal oleh British, juga menidakkan hak orang Rohingya untuk
menjadi sebahagian daripada warganegara Myanmar dengan mudah. Walau bagaimanapun,
dalam akta ini terdapat sedikit ruang yang memungkinkan orang Rohingya menjadi
warganegara Myanmar di bawah pemerintahan British ketika itu. Semenjak Myanmar
diperintah oleh rejim tentera yang merampas kuasa pemerintahan sivil U Nu pada tahun
1962, ia boleh dikatakan bermulanya bibit penafian secara keras mengenai kewarganegaraan
orang Rohingya di Myanmar. Ketika Myanmar di bawah pemerintahan Jeneral Ne Win
sebagai ketua rejim, orang Rohingya dilabelkan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI)
kerana dikatakan golongan ini telah dibawa masuk oleh penjajah British suatu ketika
dahulu walaupun rekod sejarah mengatakan orang Rohingya telah menetap di Arakan
seawal tahun 1430 di bawah pemerintahan Raja Arakan ketika itu iaitu Narameikhla yang
mempunyai kira-kira 30,000 orang tentera Muslim (Moshe 2002: 23-24).
Pada tahun 1974 perlembagaan baru telah dibentuk oleh kerajaan junta Myanmar
dan Akta Imigresen 1974 di dalamnya telah menafikan secara jelas hak orang Rohingya
sebagai warganegara Myanmar yang sah dan mereka dilabelkan sebagai PATI. Justeru
kesan daripada undang-undang yang digubal oleh rejim Myanmar telah disusuli oleh suatu
operasi besar-besaran yang dinamakan Naga Min atau Raja Naga pada tahun 1977. Operasi
yang dianggap kejam ini telah memaksa orang Rohingya menjadi pelarian dan mereka
secara beramai-ramai telah lari meninggalkan kampung halaman ke tempat yang difikirkan
selamat dan dekat. Dianggarkan kira-kira seramai 200,000 orang Rohingya telah lari
beramai-ramai ke Bangladesh pada tahun 1978. Setelah berada di sana selama 16 bulan,
kebanyakkan orang Rohingya dipaksa pulang semula ke tempat asal mereka di Myanmar
iaitu kesan daripada perjanjian dua hala oleh kerajaan Bangladesh dengan junta Myanmar.
Dalam tempoh tersebut, dianggarkan 10,000 orang telah mati majoritinya adalah wanita
dan kanak-kanak disebabkan kekurangan zat makanan dan penyakit berjangkit. Walau
230
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

bagaimanapun, gelombang kedua pelarian Rohingya ke Bangladesh seramai 250,000 orang


telah berlaku sekitar pertengahan tahun 1991 hingga awal 1992 disebabkan berlakunya
pencabulan hak asasi manusia ke atas mereka di samping undang-undang Myanmar yang
menjadikan mereka pendatang haram di bumi sendiri telah menyebabkan mereka dalam
situasi tidak mempunyai kerakyatan. Undang-undang Kewarganegaraan Burma 1982 yang
digubal dikatakan telah menggugat asas-asas dalam prinsip undang-undang antarabangsa
yang menjadikan sesebuah bangsa berada dalam situasi tidak mempunyai kerakyatan
dalam sebuah negara. Undang-undang yang bersifat diskriminasi ini juga memaksa orang
Rohingya mengemukakan bukti yang mereka telah menduduki Rakhine sebelum tahun
1823 lagi. Rejim junta yang menggunakan gelaran The State Peace and Development
Council (SPDC) telah menolak bangsa Rohingya sebagai salah satu etnik dalam masyarakat
Myanmar (Maung Maung 1961: 94-96).
Selepas kemerdekaan Burma, pada 4 januari 1948, terdapat 19 operasi ketenteraan di
wilayah penempatan Rohingya dijalankan dengan alasan untuk mengawal rusuhan daripada
berlaku. Tetapi hakikat sebenar yang berlaku adalah 19 operasi-operasi pembunuhan,
pengusiran, pencerobohan masjid dan tempat ibadah, pemusnahan sumber pendapatan,
dan rampasan ladang-ladang serta tempat tinggal. Antara 19 operasi ini, operasi Burma
Territorial Force (BTF) adalah yang paling kejam sekali. Kerajaan tentera tempatan
yang dipenuhi oleh etnik Buddhist telah membunuh, merogol, membuat kemusnahan dan
melaksanakan undang-undang sesuka hati. Akhirnya ia mengakibatkan ribuan penduduk
muslim Rohingya terpaksa lari meninggalkan tempat tinggal mereka. Antara operasi lain
yang tidak berperikemanusiaan juga adalah operasi Nagamin (King Dragon) pada tahun
1978. Dalam operasi ketenteraan ini, seramai 300,000 etnik muslim Rohingya dihalau
keluar daripada perumahan mereka dan hampir 1/3 dibunuh. Hampir dua juta penduduk
Rohingya telah memilih untuk hidup dalam buangan dan ketidaktentuan. Dapat dilihat
operasi-operasi ketenteraan masih terus dijalankan oleh kerajaan Burma sejak tahun 1948
sehingga hari ini. Setiap tahun mereka melakukan dasar pengusiran dan penghapusan etnik
terhadap etnik Rohingya, cuma apa yang membezakan keadaan dari semasa ke semasa
adalah dari segi jumlah yang berhijrah dan jumlah kematian. Mereka hidup sebagai pelarian
yang tidak diingini dan pendatang asing tanpa izin di negara Bangladesh, Pakistan, Arab
Saudi, Thailand, Malaysia dan UAE.
Walaupun dunia telah mempunyai bukti yang jelas tentang serangan dan kekejaman
kerajaan junta Myanmar ke atas etnik Rohingya, namun sukar untuk memulihkan keadaan
kerana Myanmar telah menolak sepenuhnya etnik Rohingya ini bukan warganegaranya dan
menegaskan mereka adalah warganegara Bangladesh serta mempunyai persamaan dengan
masyarakat di Chittagong. Selain itu, tindakan ketenteraan Myanmar juga turut menyebar
dakyah kebencian terhadap masyarakat Islam dengan berjaya mempengaruhi pemikiran
rakyat Myanmar bahawa Rohingya adalah ‘Chittagonians’ dari Bangladesh. Jadual 1 di
bawah menunjukkan operasi-operasi pengusiran besar tentera terhadap etnik Rohingya
yang dirancang oleh kerajaan Myanmar sejak tahun 1948 adalah seperti berikut:

Jadual 1 Operasi-operasi ketenteraan selepas Kemerdekaan Burma


No Operasi Tentera Tahun
1. Operasi Tentera(Rejimen Burma 5) November 1948

2. Operation of Burma Territorial Force (BTF) 1949-1950

Operasi Tentera
3. Mac 1951-1952
(Rejimen Kecemasan Chin 2)

4. Operasi Mayu Oktober 1952-53

231
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

5. Operasi Mone-thone Oktober 1954


6. Operasi Gabungan Tentera dan Imigresen Jan 1955
7. Operasi Kesatuan Polis Tentera (UMP) 1955-1958
8. Operasi Kapten Htin Kyaw 1959
9. Operasi Shwe Kyi Oktober 1966
10. Operasi Kyi Gan Oktober-Disember 1966
11. Operasi Ngazinka 1967-1969
12. Operasi Myat Mon Februari 1969-1971
13. Operasi Major Aung Than 1973
14. Operasi Sabe Februari 1974-1978

Operasi Naga-Min (King Dragon)


15. (mengakibatkan penghijrahan kira-kira 300,000 Februari 1978-79
Rohingya ke Bangladesh)

16. Operasi Shwe Hintha Ogos 1978-80


17. Operasi Galone 1979

Operasi Pyi Thaya


18. (mengakibatkan penghijrahan 268,000 Rohingya Julai 1991-92
ke Bangladesh)

19. Operasi Na-Sa-Ka 1992


Sumber: Diubahsuai dari Habib 2006 & Abid 2010

Menurut kenyataan Chris Lewa (2003) dalam Forum Asia mengatakan Rohingya
sedang di diskriminasi atas dasar etnik dan agama mereka. Mereka telah tidak dimasukkan
dalam proses pembinaan negara di Myanmar dan rejim tentera telah melaksanakan dasar-
dasar pengecualian dan diskriminasi terhadap kumpulan ini bertujuan untuk menggalakkan
mereka supaya meninggalkan negara Myanmar. Dasar-dasar yang sistematik telah berjaya
mengekalkan kemunduran etnik Rohingya dan merangsang mereka ini menjadi pelarian
besar-besaran ke Bangladesh pada tahun 1978, 1991 dan 1992. Gabungan pelanggaran hak
asasi manusia, penafian status undang-undang untuk sekatan pergerakan dan kekangan
ekonomi terhadap etnik Rohingya telah berjaya mewujudkan rasa tidak selamat untuk
menjalani kehidupan dan mencari makanan. Kanak-kanak Rohingya khususnya adalah
mangsa yang tidak bersalah dan menderita akibat kelemahan dasar-dasar kerajaan seperti
diskriminasi dalam segala aspek kehidupan dan akses contohnya tiadanya sekolah awam,
penjagaan kebajikan kesihatan untuk mereka dan kemiskinan tegar. Hal ini telah memberi
kesan kepada pembangunan fizikal dan mental mereka secara berpanjangan untuk masa
depan masyarakat Rohingya. Justeru melalui pandangan diatas, dapat dirumuskan bahawa
situasi etnik Rohingya di Myanmar ini bertepatan dengan andaian yang dinyatakan oleh
Amartya Sen (1999) iaitu pembangunan ekonomi tidak akan bermakna jika individu
dan masyarakat tidak mendapat hak dan kebebasan dalam kehidupan seharian mereka
sehingga memaksa diri menjadi mundur, tersiksa dan melarikan diri ke negara lain.

232
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

MIGRASI RENTAS SEMPADAN DAN PEMERDAGANGAN MANUSIA: ROHINGYA


DIEKSPLOITASI

Pada 10 Mei 2015, seramai 1,158 orang PATI Rohingya dan Bangladesh yang terdiri daripada
993 lelaki, 104 perempuan dan 61 kanak-kanak telah dicatatkan tiba di Pulau Langkawi,
Kedah. Daripada jumlah tersebut, seramai 486 orang merupakan warga Myanmar manakala
672 orang adalah warga Bangladesh. Susulan kejadian itu, Kementerian Dalam Negeri telah
mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan antara agensi bagi membincangkan mengenai isu
kebanjiran PATI ini pada 12 Mei 2015 yang melibatkan Kementerian Luar Negeri (KLN),
Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen
Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (Kenyataan Media
KDN 2015). Keputusan bersama telah diperoleh daripada semua pihak agensi penguatkuasa
Malaysia iaitu bersetuju untuk membawa kesemua PATI tersebut dipindahkan ke Depoh
Tahanan Imigresen Belantik, Kedah. Proses perpindahan tersebut akan melibatkan JIM, Tentera
Laut Di Raja Malaysia (TLDM), Polis Marin PDRM dan APMM. Proses perpindahan kesemua
PATI tersebut dilaksanakan secara berperingkat mulai 12 Mei 2015. Sebagai langkah segera
bagi membendung insiden yang sama daripada berulang, kerajaan Malaysia telah berusaha
mengadakan perbincangan segera dengan negara sumber iaitu Bangladesh dan Myanmar. Ini
kerana terdapat elemen penyeludupan migran ekoran kerelaan PATI terbabit untuk datang ke
Malaysia dan melibatkan berlakunya sindiket pemerdagangan manusia. Pihak Thailand juga
telah dilibatkan di dalam perbincangan ini susulan daripada kes-kes penyeludupan migran
menerusi sempadan Malaysia-Thailand yang melibatkan PATI Rohingya dan Bangladesh.
Diakui bahawa Thailand mempunyai banyak pengalaman dan sumber mengenai kegiatan
rentas sempadan tersebut.
Menurut PDRM & UNCHR Malaysia (2015) menjelaskan penghijrahan pelarian etnik
Rohingya ini adalah amat sukar untuk menyeberangi wilayah-wilayah Myanmar menggunakan
jalan darat dan melalui negara Thailand sebagai jalan utama untuk melarikan diri kerana banyak
sekatan badan penguatkuasa dalam negara. Oleh itu, kebanyakan mereka akan tiba dengan
bot-bot kecil di negara-negara asia tenggara ke destinasi pilihan sama ada dari Myanmar
atau Bangladesh (Danish Immigration Service 2011: 45). Namun apa yang amat dikesali,
penghijrahan pelarian ini sering dieksploitasi sehingga menjadi mangsa pemerdagangan
manusia yang menyebabkan mereka menderita mahupun mengakibatkan kematian seperti
tragedy Wang Kelian dan Padang Besar, Perlis.
Kedatangan PATI Bangladesh dan pelarian dari Myanmar pada kali ini berskala besar
iaitu dalam jumlah yang ramai, amat merisaukan rakyat dan kerajaan Malaysia. Begitu juga
dengan negara Thailand dan Indonesia yang turut berkongsi kerisauan dan kerumitan ini
kerana ianya melibatkan isu rentas sempadan, keselamatan negara dan keselamatan manusia
iaitu sama ada individu yang mendarat di perairan dan sempadan negara mahupun masyarakat
tempatan yang sedang menjalani kehidupan seharian mereka. Dari ribuan yang telah mendarat
di tiga buah, masih terdapat ratusan dan ribuan lagi pelarian ini sama ada di atas laut, mendarat
di pulau-pulau Indonesia atau mati lemas di lautan. Sehubungan itu, negara juga sekali lagi
digemparkan pula dengan penemuan 139 kubur yang dikesan pihak berkuasa di 28 kem transit
yang dibina oleh sindiket pemerdagangan manusia di sepanjang sempadan negara Malaysia-
Thailand di Wang Kelian, Perlis. KDN juga mengakui bahawa terdapat rakyat Malaysia disyaki
terlibat dalam sindiket itu telah terbongkar selepas penemuan kem tahanan di Wang Kelian
iaitu lokasi mengurung pelarian Rohingya dan pendatang dari Bangladesh. Ketua Polis Negara,
Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengerahkan kira-kira 300 anggota pasukan komando VAT-69
ke kawasan terbabit untuk menggeledah hutan tebal di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand
bagi mengesan aktiviti dan bukti-bukti pemerdagangan manusia (Zaain 2015).
Dari sumber diplomatik yang terlibat dalam menguruskan isu Rohingya ini menyatakan
bahawa etnik Rohingya telah berada di seluruh asia timur. Manakala dikenal pasti negara
Thailand sememangnya menjadi tempat transit atau titik pendaratan sengaja etnik Rohingya
233
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

yang hendak memasuki Malaysia. Malaysia dianggap sebuah negara yang selamat dan
negara Islam yang mudah untuk dimasuki kerana kurangnya sekatan di sempadan dan mudah
mendapatkan akses kepada pekerjaan walaupun secara haram serta mempunyai agama yang
sama. Mereka juga boleh mendaftar dengan UNHCR di Malaysia sebagai pelarian. Ekoran
dikatakan Malaysia mudah dimasuki tanpa sekatan yang ketat maka penyeludupan etnik
Rohingya ini semakin meningkat bermula pada tahun 2009, 2012 dan sehingga tahun 2015.
Negara Bangladesh pula, dikenal pasti sebagai lokasi tempat pengumpulan dan pelabuhan
bot–bot pengangkut pelarian Rohingya dan penyeludupan migran Bangladesh. Bot-bot yang
berlepas dari Bangladesh dianggarkan jumlahnya kira-kira 12 bot dengan anggaran 600-700
orang penumpang sekali berlepas. Nyawa mereka ini berada dalam bahaya sewaktu dalam
perjalanan kerana tidak mempunyai sebarang bentuk pengenalan diri, dokumen perjalanan
yang sah dan tiadanya perlindungan keselamatan, terdedah kepada cuaca tidak menentu dan
masalah kesihatan seperti demam, di hidrasi dan kebuluran. Agen-agen di negara Bangladesh
terlibat dalam membuat keuntungan dengan menyediakan pasport palsu, menjalankan sindiket
penyeludupan dan pemerdagangan manusia dari Bangladesh dan Myanmar ke negara Asia
Tenggara (Danish Immigration Service 2011:44).
Menurut Asia Pacific Refugee Rights Network (APRRN) melaporkan terdapat ramai
penyeludup manusia yang aktif dalam aktiviti pemudah cara seperti menguruskan lokasi
pengumpulan, penyediaan bot-bot, pengutip bayaran perjalanan, pengatur strategi dan
pembawa bot-bot perjalanan etnik Rohingya untuk ke Malaysia(Lawrence 2012). Sekiranya
etnik Rohingya ditangkap di Thailand, mereka ini akan dimasukkan ke dalam tahanan selama-
lamanya kerana dituduh memasuki Thailand secara tidak sah. Begitu juga dari aspek kebajikan
dan perlindungan amatlah sukar untuk mendapatkan bantuan awam atau keluarga. Sehubungan
itu, dalam dekad yang lalu keadaan adalah lebih baik kerana terdapat peluang kepada Rohingya
untuk perjalanan ke Arab Saudi dan negara-negara Teluk, tetapi kini keadaan menjadi lebih
sukar kerana kurangnya pergerakan ke arah Timur Tengah atas faktor geografi, kestabilan
politik, laluan lebih jauh dengan cabaran pelayaran serta kos tinggi penghantaran oleh agen.
Trend kini memaparkan pergerakan lebih aktif ke arah timur Malaysia dan Indonesia.
Asia Pacific Refugee Rights Network, juga menyatakan bahawa terdapat kira-kira 30,000 etnik
Rohingya telah menjadi penduduk dalam komuniti tempatan iaitu dengan menjadi pemegang
kad status pelarian di Malaysia. Angka ini sebenarnya jauh lebih besar dari jumlah sebenar
kerana mengikut statistik terkini KDN (2015) dan Azizah (2014), pelarian Rohingya yang
terdapat di Malaysia hampir seratus ribu orang. Maka jelaslah mengapa mereka ini amat
berminat untuk datang ke Malaysia kerana telah terdapatnya masyarakat dan komuniti daripada
etnik mereka sendiri yang hidup selamat dan terbela.

CARA ORANG ROHINGYA MEMASUKI MALAYSIA DAN REALITI HIDUP


SEBAGAI PELARIAN

Hussain merupakan salah seorang pelarian dan pemegang kad UNHCR yang menjadi
responden dalam kajian ini. Hussain dan rakan-rakan senegaranya masuk ke Malaysia pada
tahun 2000 dan mendiami Thailand selama 3 tahun sebelum datang ke Malaysia. Memulakan
perjalanan dari Arakan ke Bangladesh iaitu Cox Bazar kemudian menaiki kapal menuju ke
Thailand. Setibanya di persisiran pantai Thailand, mereka berjalan kaki beramai-ramai selama
dua jam ke kampung berhampiran untuk berteduh sementara menunggu orang tempatan untuk
mengendalikan urusan mereka. Mereka ini, bekerja di Thailand sebagai pencuci kedai makan,
kerja-kerja pasar nelayan, mengutip barang terbuang, pekerja ladang dan menjadi buruh binaan.
Kemudian, beliau memasuki Malaysia melalui Rantau Panjang, Kelantan dan menunggu di
sana selama dua hari sebelum di bawa ke Kuala Lumpur. Hussain dan pelarian Rohingya yang
lain tidak mengenali antara satu sama lain dan telah masuk secara haram, tidak mempunyai
sebarang dokumen atau kad UNHCR. Dari Kelantan menaiki sebuah kereta wira seramai
13 orang termasuk seorang pemandu warga tempatan, Malaysia. Seorang telah meninggal
234
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dunia sewaktu dalam perjalanan iaitu penumpang yang berada dalam bonet belakang, disyaki
lemas dan kelaparan. Sepanjang perjalanan tidak diberi makan dan minum atau berhenti untuk
membuang air. Kereta hanya ketahui berhenti sebanyak tiga kali iaitu untuk mengisi minyak
melalui pendengaran bunyi pam dan derusan minyak yang memasuki tangki kereta.
Situasi dalam kereta ketika itu adalah seperti ‘ikan sardin di dalam tong’. Mereka
terpaksa berhimpit-himpit dari tempat duduk depan (membengkokkan badan), tempat duduk
belakang baring memanjang dan bertindih-tindih sesama manusia. Begitu juga dalam bonet
belakang disusun melintang dan bertindih. Kemudian dilapisi atasnya dengan kain dan
barangan, seolah-olah kereta itu dipenuhi barang-barang pemilik kereta. Rasa panas, lapar,
kekurangan udara, berbau busuk, kekejangan dan sakit badan amat dirasai dan tidak selesa.
Beliau dan rakan-rakan diberi amaran keras agar tidak berbuat bising, melakukan sebarang
bunyi seperti mengetuk dinding kereta, meminta makan dan minum. Mereka juga diugut akan
di tinggalkan di tepi jalan dan ditahan oleh pihak berkuasa sekiranya mengeluarkan sebarang
bunyi. Rakan yang mati tidak diketahui di hantar ke mana kerana selepas tiba di Kuala Lumpur
dan mereka telah selamat turun dari kereta, mayat tersebut dibawa pergi oleh pemandu yang
tidak dikenali dan bersifat enggan berkata-kata. Segala urusan untuk datang ke Kuala Lumpur
dan siapa pemandu yang membawa mereka semuanya telah dirancang dan diuruskan oleh
agen. Justeru dapat dirumuskan di sini keselamatan mereka ini juga tidak terjamin dan nyawa
menjadi taruhan untuk sampai ke Malaysia serta kegiatan ini turut melibatkan masyarakat
tempatan sebagai agen dan pemudah cara.
Sehubungan itu, melalui sumber dan maklumat lain yang diterima, kebiasaannya pelarian
atau pendatang asing tanpa izin yang ingin memasuki Malaysia sememangnya menggunakan
agen orang Thailand dan Malaysia. Cas kemasukan yang di kenakan oleh agen Thailand
dikenakan sebanyak RM 500 setiap seorang dari Thailand ke Rantau Panjang. Manakala dari
Rantau Panjang ke Kuala Lumpur bayaran dikenakan sebanyak RM 1500 untuk satu perjalanan
sehala yang diuruskan oleh agen Malaysia. Disebabkan kos bayaran agen yang tinggi bagi
kemasukan secara haram ini maka tidak hairanlah kebanyakan pelarian Rohingya akan transit
bekerja selama dua atau tiga tahun di Thailand untuk mengumpul sejumlah wang sebelum
memasuki Malaysia. Menurut Hasan & Amir (2014), ketika mula-mula berhijrah ke Thailand,
beliau tidak mempunyai rakan atau saudara di Thailand dan Malaysia, tidak mengetahui sejauh
mana keadaan di Thailand dan tidak mempunyai banyak akses untuk mendapatkan kemudahan
harian, tidak mempunyai telefon atau barang berharga dan hanya membawa bekalan sedikit
pakaian, wang serta keyakinan untuk lebih baik. Bagi menyara kehidupan, mereka mengutip
barang-barang terbuang atau terpakai di negara Thailand. Mereka juga berusaha memenuhi
keperluan harian dengan mengutip sisa makanan, pakaian dan kotak sebagai alas tempat tidur
namun keadaan ini dianggap sangat-sangat bersyukur kerana dapat melarikan diri daripada
kesengsaraan yang lebih teruk di Myanmar.
Diakui mereka sanggup melakukan apa jua pekerjaan yang sukar, kotor dan hina di
pandangan umum asalkan dibayar gaji dan boleh membeli makanan. Tempat tidur lazimnya
akan tinggal di sebuah rumah atau tapak pembinaan atau pasar secara beramai-ramai dalam
keadaan serba kekurangan. Apabila telah lama tinggal di Thailand, mereka banyak mendengar
cerita dan berita tentang negara Malaysia dan diakui mengetahui bahawa telah wujud ramai
masyarakat Rohingya di sana di samping amat mengetahui Malaysia sebuah negara Islam
yang aman dan ‘baik’. Justeru perasaan ingin datang ke Malaysia sememangnya menjadi satu
impian. Di Thailand, mereka masih berasa kurang selesa dan tidak menyukai masyarakat disana
kerana kebanyakan masyarakat Thailand beragama Buddha ianya mempunyai nilai sentimen
mendalam buat mereka atas faktor pengalaman lampau di negara asal. Selain itu, mereka juga
menyatakan tidak gembira berada di Thailand kerana sukar untuk mendengar laungan azan
atau bacaan ayat-ayat suci al Quran. Situasi ini jelas menunjukkan mereka mempunyai rasa
cinta dan rindu kepada agama Islam serta sedaya upaya ingin mengamal kan ibadah sebagai
muslim walau di mana berada.

235
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

TEMPAT TINGGAL DAN PUNCA PENDAPATAN

Pelarian Rohingya ini lazimnya tinggal secara ramai dengan beberapa buah keluarga berkongsi
tempat tinggal dalam satu rumah. Misalnya keluarga Hussain menyewa rumah dari pemilik
orang Cina dengan kadar bayaran RM 450 sebulan. Terdapat tujuh orang tinggal dalam satu
rumah iaitu seorang isteri, tiga orang anak, seorang pak cik sedara yang tidak lagi bekerja (tua
& uzur) dan seorang kawan pekerja binaan. Anak-anak Hussain telah hampir sebati dengan
cara, budaya dan makanan masyarakat Malaysia. Makanan kesukaan keluarga beliau adalah
nasi lemak, nasi putih dengan lauk masakan Melayu dan India seperti kari, ayam masak merah,
roti canai dan rojak. Beliau juga menegaskan di Malaysia, masih boleh mencari rezeki walaupun
pelarian tidak dibenarkan bekerja secara formal. Namun masih boleh melakukan kerja-kerja
harian seperti kutip besi, tin, kotak, mengambil upah membersihkan kawasan rumah, potong
rumput, angkat barang, cuci pasar, membantu jual ikan dan sayur di pasar serta melakukan
perkhidmatan roda tiga iaitu mengambil upah mengangkut barang-barang buangan ke tempat
pelupusan sampah.
Purata anggaran kasar sehari pendapatan seorang pelarian Rohingya yang melakukan
pekerjaan sendiri bermula dari RM20-RM30 sehari dan pada hari minggu boleh mencecah RM
50. Pada hari minggu atau cuti umum mereka mendapat pendapatan lebih kerana masyarakat
Malaysia sedang bercuti dan terdapat peningkatan dalam jumlah barang buangan harian. Antara
kawasan tempat kerja pelarian Rohingya yang ramai ini di sekitar Selangor adalah hulu Langat,
Satoh, Mauri, Ampang, Selayang dan Gombak. Mereka juga mengakui sering diganggu dan
diperas ugut oleh orang India di Gombak dan Hulu Langat manakala orang Melayu tidak
mengganggu kehidupan mereka dan lebih mengutamakan urusan sendiri. Sebelum mengakhiri
temu bual, pengkaji telah menanyakan satu soalan istimewa buat responden iaitu mengapa
beliau dan rakan-rakan etnik Rohingya yang lain suka untuk tinggal dan menetap di Malaysia.
Ini adalah jawapan yang telah diterima;

Sebab-sebab utama saya dan rakan-rakan sewilayah datang ke Malaysia adalah


kerana Malaysia sebuah negara Islam. Hidup atau mati, kami mahu di negara Islam
dan mahu ditanam secara Islam. Malaysia negara selamat dan negara yang sangat
baik. Di sini boleh cari rezeki dan telah ramai orang Rohingya hidup dengan selamat
dan boleh makan serta bekerja. Thailand negara Buddha, kami tidak suka, mereka
bukan muslim. Polis Malaysia baik dan tidak bersifat mengancam, kerajaan Malaysia
lebih baik daripada negara sendiri, begitu juga Perdana Menteri Malaysia sangat baik
kerana suka bantu masyarakat Islam yang sedang susah. Bantu kami orang Rohingya.
Kami tidak ingin pergi ke negara lain untuk penempatan semula.

Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Polis dan kerajaan Malaysia
dengan layanan yang baik dan menerima mereka tinggal di Malaysia walaupun dengan status
pelarian. Harapan mereka di Malaysia untuk generasi akan datang menginginkan anak-anak
Rohingya dapat menerima pendidikan formal sewajarnya seperti boleh memasuki sekolah-
sekolah rendah dan menengah kerajaan supaya boleh berjaya seperti masyarakat Malaysia.
Ramai anak-anak pelarian tidak dapat bersekolah dan tidak boleh membaca walaupun sudah
dewasa, mereka hanya boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Sehubungan itu, orang pelarian
Rohingya juga sangat berharap diberi keizinan untuk mengambil lesen memandu motosikal dan
kereta, memiliki lesen perniagaan serta memiliki kad UNHCR untuk semua warga Rohingya
bagi memudahkan kehidupan harian dan mencari rezeki.

CADANGAN

Bagi memenuhi matlamat kajian ini, beberapa cadangan diberikan bagi menangani isu pelarian
Rohingya ini secara diplomatic dan strategik.
236
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

1. Bersama melindungi semua orang yang tinggal di wilayah Rakhine. (kerjasama daripada
negara-negara ASEAN dan Myanmar)
2. Membuat siasatan bebas ke atas pencabulan hak asasi manusia dan membawa penjenayah
ke muka pengadilan, termasuk perbicaraan mereka di mahkamah yang bebas dan saksama
undang-undang.
3. Permit monitor untuk pihak antarabangsa yang berpangkalan di Myanmar, seperti wakil-
wakil pasukan negara PBB dan para diplomat di Yangon serta media untuk menilai keadaan
dan membuat syor untuk tindakan lanjut.
4. Pindaan undang-undang 1982 (Kewarganegaraan) supaya menerima etnik Rohingya
sebagai salah satu kumpulan etnik Myanmar, menjamin hak mereka sebagai warganegara
dan hak mengundi.
5. Memastikan kebebasan pergerakan, pekerjaan, hak untuk perkahwinan dan hak untuk
sebuah keluarga yang kini tidak diberikan kepada Rohingya. Seterusnya memastikan
bahawa pihak berkuasa tempatan dan tentera / komander polis menghentikan perilaku
kekejaman seperti rampasan harta dan kerahan tenaga sebagai buruh paksa.

KESIMPULAN

Pelarian Rohingya perlu dibantu atas dasar kemanusiaan dan sebagai tanggungjawab bersama
sesama manusia. Bagi pandangan pengkaji, Malaysia, ASEAN dan UNHCR perlu mewujudkan
satu model yang berkesan dan bekerjasama dalam menangani isu ini dengan menyediakan
pelan tindakan untuk menyelamatkan etnik Rohingya secara menyeluruh bagi melindungi
nyawa, mengenal pasti keberadaan semasa mereka, mendapatkan statistik tepat jumlah mereka
di negara transit dan berusaha keras dalam mendapatkan kerjasama dari pihak negara Myanmar
sendiri. Jika isu ini tidak diselesaikan maka selagi itulah negara-negara ASEAN akan terus
dibelenggu masalah jangka panjang bersifat berterusan melalui kebanjiran pelarian dari
Myanmar. Bagi anak-anak pelarian Rohingya, mereka ini perlukan bantuan yang lebih khusus
terhadap peningkatan pendidikan asas daripada mengenal huruf, membaca, mengira dan
pengisian rohani kepada penguasaan ilmu kemahiran seperti bertukang, memasak, menjahit,
bertani dan sebagainya agar mereka ini bersedia menuju masa hadapan yang tidak menentu
namun sekurang-kurangnya bekalan asas telah diterima. Ilmu merupakan satu keperluan hidup,
kecelikan akal fikiran merupakan hadiah yang sangat bermakna untuk membina masa depan.

RUJUKAN

Amarjit Kaur. 2014. Managing Labour Migration in Malaysia: Guest Worker Programs and the
Regularisation of Irregular Labour Migrants as a Policy Instrument. Asian Studies Review.
38(3) 345:366.
Amartya Sen. 1999.Development as Freedom. New York: Oxford University Press.
Abid Bahar. 2010. Burma’s Missing Dots: The Emerging Face of Genocide. United Kingdom:
Xlibris Corporation LLC.
Trout, B.T.& Hart, E. J. 1982. National Security Affairs: Theoretical Perspectives and
Contemporary Issues. Anon: Council on Economics and National Security.
Maung Maung. 1961. Burma’s Constitution. Second edition. The Hague: Martinus Nijhoff.
Chris Lewa. Issues to be Raised Concerning the Situation of Rohingya Children in Myanmar
(Burma). Form- Asia, Nov. 2003.
Moshe Yega. 2002. Between Integration and Secession: The Muslim Communities of the
Southern. United State of America: Lexington Books.
Habib Siddiqui. 2006. What is Happening in Burma? http://www.albalagh.net/current_
affairs/0090.shtml [20 Jun 2015]
Anon. 2011. Rohingya refugees in Bangladesh and Thailand: Fact finding mission to Bangladesh
and Thailand. Copenhagen: Danish Immigration Service.
237
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Zaain Zin. 2015. Komando VAT 69 geledah sempadan. Utusan Online 19 Mei 2015. http://
www.utusan.com.my/berita/nasional/komando-vat-69-geledah-sempadan-1.93508 [12
Ogos 2015].
Lawrence. 2012. Asia Pacific Refugee Rights Network statement on the situation in the Rakhine
State of Myanmar. http://aprrn.info/asia-pacific-refugee-rights-network-statement-on-the-
situation-in-the-rakhine-state-of-myanmar/ [9 September 2015]
Azizah Kassim. 2014. Sesi perbincangan meja bulat: keselamatan negara: isu pekerja asing dan
cabaran semasa. Anjuran: Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa,
Majlis Profesor Negara (MPN) & Northern Corridor Research Center (NCRC), Universiti
Utara Malaysia (UUM). Palm Garden Hotel, Putrajaya.
Alwi Bin Hj. Ibrahim. Kebanjiran Pati Rohingya Dan Bangladesh Di Langkawi. Putrajaya:
Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kenyataan Media. 12 MEI 2015. http://www.moha.
gov.my/index.php/ms/kenyataan-media-akhbar/2200-kebanjiran-pati rohingya-dan-
bangladesh-di-langkawi. [23 Jun 2015]

TEMU BUAL

Hussain dan rakan-rakan. Pelarian Rohingya Myanmar. Hulu Langat. [ Januari 2015]
Amir. Pelarian Rohingya Myanmar. Gombak. [September 2014].
Hasan. Pendatang asing tanpa izin Myanmar.Gombak [September 2014].
Haji Mohd Azmi b Abdul Hamid. Presiden Majlis Pertubuhan Islam Malaysia. UKM Bangi [3
Jun 2015].

238
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KESAN PERSEKITARAN BUDAYA SEKOLAH TERHADAP


KEBERHASILAN DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL PELAJAR DARI
PELBAGAI JENIS SEKOLAH

Irwan Fariza Bin Sidik, Mohd Mahzan Bin Awang, Abdul Razaq Bin Ahmad
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan persekitaran budaya sekolah dari aspek
amalan–amalannya terhadap keberhasilan dan kesejahteraan sosial pelajar. Amalan–
amalan sekolah ini dilihat dan dikenal pasti mengikut persepsi pelajar daripada
pelbagai latar belakang demografi dan jenis sekolah.Kajian ini memberi fokus kepada
persekitaran budaya sekolah yang mempunyai beberapa aspek iaitu persekitaran
sekolah, pembelajaran pelajar di bilik darjah dan jaringan sosial pelajar. Peranan yang
dimainkan oleh individu–individu yang signifikan seperti pentadbir sekolah, guru,
rakan sebaya dan komuniti yang memberi kesan kepada persekitaran budaya sekolah.
Kerangka konseptual kajian menggabungkan dua teori iaitu teori atau model sistem
ekologi manusia (Bronfenbrenner 1977) dan teori modal sosial (Robert D Putnam
2000) yang berkaitan dengan persekitaran budaya sekolah. Kertas konsep kajian ini
akan membincangkan kesan persekitaran budaya sekolah terhadap keberhasilan dan
kesejahteraan sosial pelajar dari pelbagai latar belakang demografi dan jenis sekolah.

Kata kunci : Budaya sekolah, keberhasilan pelajar dan kesejahteraan sosial pelajar.

PENDAHULUAN

Pendidikan di Malaysia bertujuan untuk membangunkan modal sosial dan menjana modal
insan yang berkualiti serta menjadi pencetus kreativiti dan inovasi generasi muda untuk
menyumbang kepada pembangunan negara. Keberhasilan pelajar yang ditetapkan adalah
selari dengan aspirasi sistem pendidikan dan aspirasi pelajar yang ditetapkan dalam sistem
pendidikan berprestasi tinggi. Transformasi pendidikan yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 bermatlamat melengkapkan setiap pelajar
dengan kemahiran baharu yang diperlukan untuk merebut peluang pada peringkat global.
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2013)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 bermatlamat untuk memahami
prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan
akses kepada pendidikan. Kajian Azmiza et al. (2014), menyatakan antara cabaran utama
para pendidik ialah menyediakan cara untuk membantu para pelajar menjadi pelajar yang
cemerlang, bermotivasi, aktif dan mempunyai kemahiran berfikir secara kritis kreatif serta
dapat menyelesaikan masalah bagi membuat sesuatu keputusan. Motivasi pelajar merupakan
salah satu perkara penting dalam pendidikan.
Dalam bidang pendidikan, Rusni Mohd Nor (2005) menyatakan budaya sekolah telah
digunakan secara sinonim dengan konsep–konsep seperti etos dan iklim sekolah. Budaya
sekolah mempunyai hubungan rapat dengan iklim sekolah. Jelaslah bahawa kedua–duanya
saling mempengaruhi. T.Marimuthu (1990) dan Sharifah Md Nor (2000), budaya sekolah
merupakan cara hidup yang meliputi segala amalan sekolah di dalam dan di luar bilik darjah
yang mencerminkan nilai, kepercayaan, norma, pengetahuan, cara berfikir dan tingkah laku
yang dikongsi bersama oleh warganya serta bebeza daripada institusi–institusi sosial lain.
Ee Ah Meng (1995), budaya sekolah yang stabil dapat menyediakan iklim sekolah yang
kondusif terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

239
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Pencapaian akademik amat berkait rapat dengan gaya pembelajaran pelajar. Menurut
Shahabuddin dan Rohizani (2003), pengajaran dan pembelajaran harus mementingkan
kreativiti dan minat setiap pelajar. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memartabatkan
pencapaian akademik pelajar. Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som (1999),
Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha untuk menjadikan sistem pendidikan tidak
terlalu berorientasikan peperiksaan. Ini kerana setiap tahun keputusan peperiksaan awam
sekolah–sekolah elit menujukkan keputusan yang lebih baik daripada sekolah–sekolah lain.
Kajian–kajian oleh Brookover et al. (1979), Rutter et al. (1979) dan Mortimore
et al. (1988) yang mengkaji tentang hubungan antara sekolah berkesan dan proses yang
membentuk budaya sekolah yang berkaitan dengan ciri–ciri organisasi dan fungsi sekolah.
Ini dibuktikan oleh Edmonds (1979) menyatakan bahawa lima ciri sekolah berkesan yang
utama: kepimpinan yang baik, jangkaan tinggi terhadap pelajar, keadaan persekitaran yang
teratur yang sesuai untuk pembelajaran, penekanan kepada penguasaan kemahiran asas dan
kekerapan memantau kemajuan pelajar. Pandangan ini berpadanan dengan dapatan kajian
oleh (Purkey & Smith 1983; Levine & Lezzote, 1990; Sammons, Hillman & Mortimore,
1995) yang mendapati bahawa ciri–ciri sekolah berkesan mewujudkan budaya sekolah yang
positif.

PENYATAAN MASALAH

Azizi Yahaya dan Nurfaizah Abd. Majid (2011), sekolah yang dianggap sebagai agen
pembudayaan menjadi suatu medan untuk mencapai matlamat ini. Namun sesetengah
sekolah yang terlalu ghairah untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan terlalu
berorientasikan kepada akademik. Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid (2010),
sekolah menengah kebangsaan adalah untuk memberi pendidikan kepada pelajar di peringkat
menengah secara umum. Bagi sekolah menengah berasrama penuh dan khas bertujuan untuk
menyediakan kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang lebih baik khususnya kepada
pelajar di luar bandar. Sementara sekolah menengah kebangsaan agama diwujudkan bagi
memberi penekanan yang lebih terhadap Pendidikan Islam dan pembelajaran Bahasa Arab.
Implikasi daripada pelbagai syarat khusus (pencapaian akademik dan kokurikulum) yang
dikenakan untuk memasuki sekolah–sekolah menengah berasrama penuh atau khas dan
sekolah menengah agama dengan sekolah menengah kebangsaan telah mewujudkan jurang
yang semakin ketara antara pelbagai kategori sekolah berkenaan dari pencapaian akademik,
ko–kurikulum dan budaya sekolah.
Jika diimbas kembali terdapat beberapa kajian tentang budaya sekolah. Kajian yang
dijalankan oleh Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006) bertujuan untuk mengenal pasti ciri
iklim sekolah berkesan di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
di Selangor. Selain itu kajian olehJamilah Ahmad & Yusof Boon (2011) melihat tentang
ciri–ciridan amalan kepimpinan pengetua atau guru besar di dua buah Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) di Malaysia.Kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd.
Majid (2011) adalah untuk mengenal pasti hubungan antara budaya formal sekolah dan
gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar di beberapa buah Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) di Pontian, Johor.
Seterusnya, kajian Muhammad Faizal A. Ghani (2012) dan Muhammad Faizal A. Ghani
et. al. (2013) adalah mengkaji perbezaan amalan kecemerlangan sekolah dalam kalangan
dua jenis sekolah berprestasi tinggi di Malaysia, iaitu SBP (Sekolah Berasrama Penuh)
dan SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama). SMKA bertujuan melahirkan insan
yang berkeperibadian muslim. Manakala, SBP melahirkan pelajar yang memiliki towering
personality iaitu berilmu, berkemahiran dan beretika mulia. Kajian tentang persekitaran
budaya sekolah dari perspektif empat jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC), Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama (SMKA) dan Sekolah Berprestasi Tinggi masih belum dikaji. Justeru itu, keperluan
240
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

untuk mengkaji perlu dijalankan bagi melihat kesan persekitaran budaya sekolah berkenaan
terhadap keberhasilan dan kesejahteraan sosial pelajar.

Persekitaran Budaya Sekolah


Sekolah mempunyai sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Reid dan Holly
(1987), budaya sekolah merupakan hasil daripada cara interaksi individu di sekolah. Deal
& Peterson (1999), budaya sekolah sebagai budaya yang berkaitan dengan matlamat yang
perlu dicapai dan dipengaruhi oleh identiti budaya ahlinya, tradisi organisasi dan personaliti
ahli–ahlinya. Halpin &Croft (1962)menjelaskan bahawa budaya sekolah sebagai sahsiah
(personality).Pada pandangan (Rutter et. al.,1979; Mortimore et al., 1988; & Stoll,1994),
budaya sekolah sebagai etos sekolah yang mencerminkan iklim sosial sesebuah sekolah yang
positif, kondusif untuk pembelajaran dan mempunyai persekitaran yang menyenangkan akan
mewujudkan pelajar–pelajar berkelakuan baik dan meningkatkan pencapaian akademiknya.
Kajian (Turney & Jenkins, 1985; dan Reid & Holly 1987), etos sekolah adalah faktor utama
menentukan keadaan kualiti pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dan merupakan faktor
penting dalan menentukan sekolah berkesan.
Rutter et al. (1979) menyatakan budaya sekolah dan iklim bilik darjah mempunyai
pengaruh yang kuat dalam proses pengajaran–pembelajaran dan pembentukan sikap warga
sekolah.Kajian (Halpin dan Croft, 1962; Sharifah Md Nor, 2000; Hussein Ahmad, 2004;
Rusni Mohd. Nor, 2005), budaya sekolah memupuk; identiti sekolah yang mengukuhkan etos
sekolah tersebut; hubungan harmoni dan bersepadu yang mampu meningkatkan kualiti dan
produktiviti organisasi sekolah; komitmen dan semangat berpasukan warga sekolah untuk
mencapai matlamat organisasi sekolah; kehidupan sosial dan personal warga sekolah sama
ada melalui budaya formal atau informal; dan iklim pembelajaran yang memberangsangkan
kejayaan akademik melalui sikap dan penekanan terhadap budaya pembelajaran.

Persekitaran Sekolah
Kajian Rusni Mohd. Nor (2005) menyatakan bahawa keadaan persekitaran sekolah boleh
memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku. Shallcross (1981) menyarankan pihak
sekolah menyediakan iklim persekitaran yang membantu dalam membangunkan tingkah
laku kreatif di kalangan pelajar. Menurut (Ee Ah Meng, 1995; Mohd Salleh Lebar, 1998 &
Shahril @ Charil Marzuki et. al., 1999), pembentukan budaya sekolah di peringkat sekolah
menengah mengambil kira keadaan fizikal sekolah yang baik, aspek sosial sekolah yang
dapat merangsang pembinaan insan yang baik, budaya ilmu yang positif dan penggunaan
bahasa yang baik.
Sekolah seharusnya perlu menyediakan iklim, budaya dan menjadi suatu tempat yang
menarik dan menyeronokkan bagi mengekalkan minat supaya pelajar ingin berada di sekolah
dan memotivasikan proses pembelajaran mereka. Kajian Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006)
menyatakan bahawa iklim sekolah yang berkesan terhasil apabila suasana sekolah aman,
cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar. Menurut (Ee Ah Meng, 1995; Mohd Salleh
Lebar, 1998 dan Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2006), bangunan dan kawasan sekolah dijaga
dengan baik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Ab Alim Abdul Rahim (2004)
menyatakan bahawa semua pelajar boleh dididik dan mempunyai keseimbangan dari segi
perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan sosial.

Interaksi Sosial Di Luar Bilik Darjah


Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial di
persekitaran sekolah. Interaksi sosial ini dirujuk kepada perhubungan antara pelajar di dalam
kawasan sekolah. Kajian (Rusimah Sayuti et. al. 2004; dan Mohd Ismail Mustari et. al. 2004)
menyatakan antara aktiviti di luar bilik darjah yang dilihat merangkumi penglibatan pelajar
dalam kegiatan atau aktiviti di sekolah sentiasa dipenuhi oleh interaksi sosial, komunikasi
dan kerjasama antara pelajar akan dapat membentuk sahsiah pelajar.
241
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kajian Najeemah Mohd Yusof (2011) menyatakan sekolah menengah mempunyai


kurikulum yang sama, fizikal adalah sama dan yang berbeza hanya komposisi etnik iaitu
Melayu, Cina dan India yang mempunyai pengalaman pergaulan di sekolah rendah pelbagai
aliran. Apabila pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat menengah khususnya di Sekolah
Menengah Kebangsaan, mereka akan berinteraksi dengan kumpulan etnik yang berlainan.
Jelaslah bahawa sekolah adalah institusi ideal yang memberi peluang kepada pelajar
melibatkan diri dalam interaksi sosial walaupun berbeza identiti etnik dan latar belakang
sosial.
Kajian Mohd Ismail Mustari et. al. (2004) menyatakan bahawa sekolah menyediakan
persekitaran fizikal untuk murid berinteraksi. Sistem interaksi di sekolah terbahagi kepada
dua perspektif iaitu interaksi antara pelajar dalam sekolah yang sama atau interaksi antara
pelajar di dalam sekolah tersebut dengan pelajar sekolah lain.Selain itu, Mohd Azhar Abd
Hamid (2005), interaksi sosial mempunyai perkaitan dengan kemahiran sosial pelajar
dengan kecerdasan emosi. Emosi yang stabil menjadikan pelajar lebih berkeyakinan
dalam perhubungan dan interaksi sosial. Ini dibuktikan Abdullah Sani Yahya et. al (2007)
menyatakan bahawa kemahiran sosial membantu dalam menjalinkan hubungan sosial yang
lebih baik adalah seperti membina persahabatan, berbual dengan orang lain, mempunyai
budi pekerti yang baik dan mempunyai rasa empati terhadap orang lain.

Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum


Kajian Nur Suhara (2010) menyatakan bahawa kokurikulum merupakan kegiatan berkumpulan
yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Menurut (Brookfield, 1983; Carl Rogers et. al., 1994; &Mohanaraju Annamalai et. al., 2010),
pembelajaran secara tidak formal melalui aktiviti kokurikulum merupakan pembelajaran
berasaskan pengalaman serta dapat memberi pengukuhan dan pengayaan kepada perkara
yang telah mereka pelajari dalam bilik darjah. Kajian (Reaves et. al., 2010; danMohdFazli
Hasan et .al., 2013), aktiviti kokurikulum membantu melengkapkan dan memperkukuhkan
proses pembelajaran di dalam bilik darjah dan mempengaruhi perubahan tingkah laku serta
sahsiah pelajar.
Aktiviti kokurikulum adalah jelas boleh menambah pengalaman penting dan kemahiran
kepada pelajar. Ab. Alim (2004) dan Tam Yeow Kwai (2010) melalui aktiviti kokurikulum,
pelajar dapat menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, nilai dan kemahiran
yang dipelajari di bilik darjah merentasi kurikulum.Kajian (Steve Duncan, 1996; Omardin,
1996; Ahmad Esa, 2005; & Ruhaiza (2007), penglibatan pelajar dalam kokurikulum dapat
menggalakkan perkembangan dalam diri pelajar dan ketrampilansahsiah selain mempunyai
keselarian dalam akademik dan kokurikulum.
Dapatan kajian Zarin Ismail et. al. (2009) mendapati bahawa pelajar dan guru
bersetuju aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah dapat menggalakkan pelajar
berkomunikasi antara satu sama lain. Simone Marshall (2007) dan Ricardo D. Stanton–
Salazar (2010), penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mewujudkan hubungan yang
baik dan memupuk semangat kekitaan yang mempunyai pengaruh yang positif dalam diri
pelajar. Mok Soon Sang (2011), ahli dalam persatuan akan berinteraksi secara langsung dan
tidak langsung dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan berkenaan. Keadaan
ini dapat melatih pelajar dengan nilai–nilai kemasyarakatan.

Kemudahan Dan Prasarana Di Sekolah


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006–2010 (Kementerian Pendidikan Malaysia 2006),
matlamat memperkasakan Sekolah Menengah Kebangsaan bertujuan untuk menjadikan
sekolah tersebut beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang
dan meningkatkan kualiti prasarana. Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal Sains,
bengkel Kemahiran Hidup, bilik–bilik khas, pusat sumber sekolah, dewan sekolah, surau,
padang atau gelanggang permainan, tapak perhimpunan, kantin, tandas dan kemudahan lain
242
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

serta persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan
peluang pembelajaran optimum kepada semua pelajar. Kesemua kemudahan fizikal sekolah
tersebut adalah merupakan prasarana yang digunakan bersama.
Dapatan kajian Zarin Ismail et. al. (2009) menyatakan bahawa kebanyakan pelajar
dan guru mengakui bahawa kesemua prasarana akademik yang diperlukan terdapat di sekolah
mereka. Dari segi prasarana kokurikulum (sukan), menunjukkan paling ramai pelajar dan
guru menyatakan di sekolah mereka tidak terdapat mini stadium, diikuti gimnasium, bilik
persalinan dan trek balapan. Dari segi prasarana aktiviti kokurikulum (kelab dan persatuan),
kebanyakan prasarana di sekolah–sekolah yang dikaji tidak mencukupi, terutamanya
peralatan, kemudahan khusus, pakaian seragam dan bilik aktiviti.Kesimpulannya, dari
segi prasarana kokurikulum (sukan, kelab, persatuan dan badan beruniform) didapati
masih terdapat beberapa kekurangan, iaitu peralatan olahraga dan sukan, bilik persalinan,
kemudahan peralatan khusus bagi kelab dan persatuan dan badan beruniform.

Pembelajaran Pelajar Di Bilik Darjah


Atan Long (1984) menyatakan bahawa pembelajaran sebagai proses kegiatan belajar di bilik
darjah. Kajian Norasmah Othman & Shuki Osman (2009) menyatakan bahawa aktiviti yang
dirancang apabila dilaksanakan oleh guru perlu memberi impak atau kesan kepada pelajar
dari segi pengetahuan, kemahiran, serta sikap pelajar tentang perkara yang diajar melalui
pembelajaran. Ee Ah Meng (1995), pembelajaran dapat mengubah tingkah laku seseorang
individu jika individu tersebut berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman
yang sedia ada padanya

Penggunaan Buku–Buku Akademik


Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2005) menyatakan bahawa penggunaan buku
teks sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi sumber asas ilmu pengetahuan
yang penting dan sahih. Buku teks dijadikan asas bacaan bagi sesuatu mata pelajaran di
samping buku–buku rujukan, buku–buku kerja atau sumber rujukan yang lain. Kajian Siti
Safariah (2009) menyatakan bahawa buku teks merupakan bahan rujukan akademik untuk
mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan dan digunakan secara berulang kali.
Kajian Bruce (1998), terdapat beberapa sebab guru menggunakan buku teks di dalam
bilik darjah, antaranya untuk mengembangkan bahan yang ada di dalam bilik darjah yang
sukar diperoleh dan guru mempunyai masa yang terhad untuk membina bahan pengajaran
yang baru. Pelajar menggunakan buku teks sebagai asas bacaan bagi sesuatu mata pelajaran di
samping buku–buku rujukan dan buku–buku kerja. Dapatan kajian Bryan (2005) menjelaskan
penggunaan buku–buku akademik banyak memberikan kesan positif. Penggunaan buku–
buku akademik di dalam bilik darjah memudahkan pencerapan dan penerapan kurikulum
di dalam bilik darjah. Buku–buku akademik merupakan sumber yang memberikan idea dan
aktiviti berbanding dengan instruksional material atau bahan lain.
Dari sudut pembelajaran, Tajul Ariffin Noordin (1993) menyatakan penggunaan
buku–buku teks dan buku–buku akademik mestilah sesuai dengan tahap pemikiran pelajar.
Buku–buku rujukan dan buku–buku kerja merupakan buku akademik tambahan sebagai
rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada pandangan
lain, Sharifah Md Nor (2000) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran
tertumpu kepada buku–buku teks dan soalan–soalan ramalan peperiksaan untuk meningkatkan
pencapaian pelajar. Guru perlu kreatif dalam menggunakan sumber asli dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada buku teks dan
buku–buku akademik lain.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) juga telah menghasilkan buku teks digital
atau juga dikenali sebagai e–book. E–book boleh diakses secara percuma melalui portal
1BestariNet menggunakan kata laluan yang telah dibekalkan kepada semua guru dan
pelajar. Buku teks digital merupakan bahan bacaan berkonsepkan digital yang menggantikan
243
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

buku teks konvensional di mana buku yang menggunakan kertas. Dalam pada itu, buku
teks digital dipersembahkan dengan teks dan gambar yang menarik, buku teks digital juga
boleh memainkan video, animasi dan simulasi untuk paparan pelajar supaya lebih mudah
memahami sesuatu pembelajaran.

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran


Atan Long (1984) menyatakan bahawa guru berperanan sebagai pengurus dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kajian Conklin et. al. (2009), pengajaran
dan pembelajaran perlu bersifat terbuka dan tidak sekadar konvensional dalam bilik darjah.
Kajian Mahdum (2014), proses pembelajaran di dalam bilik darjah adalah untuk menerapkan
pelajar dengan kemahiran bekerjasama dan kolaborasi dalam kumpulan. Kajian Hamidah
Sulaiman et. al. (2013)menyatakan bahawa kemahiran sosial merupakan kemahiran
yang sangat penting kepada pelajar dalam proses pembelajaran. Kemahiran sosial perlu
dipertingkatkan oleh guru dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti.
Kajian Zakaria Stapa et. al. (2012) dan Halimah Abdul Majid et. al. (2013)
menyatakan bahawa guru perlu cekap merancang dan menguruskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjahuntuk menyemaisubur dan menghidupkan jiwa dan minda
pelajar.Kajian Rohani Arbaa et. al. (2010) menunjukkan wujudnya hubungan positif antara
guru berkualiti dengan komitmen belajar pelajar. Guru harus menyedari peranan mereka
dalam mempengaruhi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira latar
belakang pelajar tersebut. Dapatan kajian Zarin Ismail et. al. (2009), aktiviti pengajaran
seperti perbincangan dalam kumpulan, aktiviti mencari maklumat dan penglibatan pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar menguasai ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang diperlukan bagi tujuan membangunkan modal insan kelas pertama.
Kajian (Shuell, 1986; &Meyers dan Jones, 1993) menyatakan bahawa pembelajaran
berpusatkan pelajar menekankan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Ini dapat memberikan kesan terhadap
peningkatan dalam motivasi untuk belajar, penguasaan isi pelajaran dan sikap yang lebih
positif terhadap mata pelajaran. Pada pandangan lain, kajian Abdul Shukor (2000) menyatakan
bahawa pembelajaran abad ke–21, pelajar dilatih untuk belajar sesuatu dengan cepat,
berupaya untuk menganalisis sesuatu situasi, menyelesaikan sesuatu masalah, mempunyai
kemahiran belajar dan berkemahiran untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
Pengajaran dan pembelajaran menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Menurut Tee Tze Kiong et. al. (2010), kemahiran berfikir dapat dipelajari dengan lebih cepat
dan berkesan dengan bantuan alat berfikir. Alat berfikir merupakan instrumen yang dapat
membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan.Buzan (2002)
menyatakan bahawa peta minda sangat sesuai digunakan untuk tujuan membaca, mengulang
kaji, mengambil nota dan merancang untuk peperiksaan.Menurut Hyerle& Yeager (2007)
menyatakan bahawa peta pemikiran memudahkan pelajar memahami konsep, menganalisis
masalah dan mencari penyelesaian.

Interaksi Sosial Di Bilik Darjah


Flanderas (1970) menjelaskan bahawa interaksi dalam bilik darjah sepatutnya berlaku di
antara dua pihak dan selalunya di dalam bentuk lisan. Soh (2000), melalui interaksi positif
pelajar dengan guru dapat menggalakkan kreativiti pada diri pelajar. Kreativiti pada diri
pelajar bukan sahaja melalui perkataan iaitu dalam bentuk lisan tetapi melalui tingkah laku
pelajar tersebut. Pada pandangan lain, dapatan kajian Rohani Arbaa et. al. (2010) menunjukkan
wujudnya hubungan positif antara guru berkualiti dengan komitmen belajar pelajar.
Kajian (Siti Safariah Abdullah Omar; dan Wan Zah Wan Ali et. al., 2009), pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan juga memerlukan guru yang mampu mewujudkan suasana
bilik darjah yang harmoni, saling hormat menghormati antara guru dengan pelajar dan
pelajar dengan pelajar. Ricardo D. Stanton–Salazar (2010), komunikasi yang berkesan antara
244
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pelajar dengan guru merupakan modal sosial yang ditakrifkan sebagai suatu susunan sosial
yang biasa.Hubungan antara pelajar dengan guru melalui jaringan atau rangkaian interaksi
yang baik merupakan bentuk modal sosial akan memberi manfaat kepada pelajar. Penekanan
John Dewey tentang ‘Social Reconstruction’di mana bilik darjah dan sekolah penting untuk
mengubah pelajar melalui interaksi sosial.

Jaringan Sosial Pelajar


Amir Hasan Dawi (2002; 2009) menyatakan bahawa pelajar, sekolah dan komuniti
mempunyai hubungan yang merupakan suatu bentuk jaringan interaksi yang kompleks.
Model Sistem Ekologi Bronfenbrenner mengambil kira ”jaringan persekitaran” penting
dalam pembentukan sikap, tingkah laku, nilai dan personaliti seseorang individu. Rahmah
Ismail et. al. (2011), dalam konsep modal sosial, jaringan merujuk kepada hubungan yang
terjalin bagi membolehkan maklumat atau pengetahuan mengenai sesuatu perkara dikongsi
dan disebarkan.Coleman (1988), kepentingan hubungan sosial membentuk rangkaian
sekiranya wujud sifat saling mempercayai. Kepercayaan di bina bersandarkan faktor norma
hidup yang dipegang dan diamalkan oleh individu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) membangunkan program Sarana yang
komprehensif dan dilaksanakan pada 2013 untuk menyediakan bimbingan yang lebih mantap
dan khusus tentang cara sekolah boleh menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat
dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta. Amir Hasan Dawi (2009) menyatakan bahawa
komuniti boleh membantu kegiatan–kegiatan lain seperti mengadakan tuisyen, kelas–kelas
pemulihan, aktiviti gotong–royong sekolah, hari sukan, hari keusahawanan dan lain–lain
lagi. Di samping itu pemimpin komuniti boleh membantu dalam menyelesaikan sebarang
masalah yang berlaku antara ahli komuniti sekolah dengan komuniti luar.
Jasimin Ahmad & Rahmad Amin (2007), sukan dan rekreasi boleh memberi kesan
kepada individu dan orang lain di sekelilingnya secara tidak langsung dapat menanamkan
semangat kekitaan dalam diri individu tersebut. Kajian (Na Yeon Lee; & Nur Indri Rahayu,
2010), menyatakan bahawa aktiviti sukan dan rekreasi melibatkan interaksi antara ahli
dapat mengembangkan persefahaman melalui kegiatan yang disertai bersama.Pelajar dapat
membina atau merapatkan hubungan antara satu sama lain, bertukar–tukar idea atau pendapat,
membina minda yang sihat, mendidik individu berdisiplin dan meningkatkan tahap kesihatan
seseorang individu
Menurut (Mohd Sofian Omar Fauzee; 2001; & Asiah Mohd Pilus, 2004), persahabatan
dan perhubungan rakan sebaya dalam aktiviti kesukanan mempunyai beberapa dimensi positif
iaitu bersukan untuk berinteraksi bersama rakan sebaya, memperolehi keseronokan ketika
menyertai aktiviti kesukanan, meningkatkan keyakinan diri dan membaiki kemahiran sukan
dalam sukan.Dapatan kajian Zainun Ishak dan Aini Hassan (1993) mendapati penglibatan
pelajar dalam aktiviti rekreasi adalah faktor minat memainkan peranan utama dalam tingkah
laku pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi. Minat dan motivasi terhadap
aktiviti rekreasi memberi memanfaatkan diri pelajar dan masyarakat.
Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah (2010) menyatakan “jaringan sosial” dan
“media sosial” wujud disebabkan minat dalam platform sosial dan menggiatkan aktiviti
dengan yang lain dalam saluran media sosial ini. Laman jaringan sosial digunakan dengan
meluas oleh pelajar bagi tujuan pembelajaran, mencari kawan baharu atau menyertai
kumpulan yang mempunyai minat yang sama. Ini dibuktikan olehNormah Mustaffa et. al.
(2013) menyatakan pelajar merupakan antara pengguna Facebook yang aktif menggunakan
laman sosial tersebut untuk tujuan bersosial. Pada pandangan lain, Mohd Khairuddin Mohad
Sallehuddin & Mohamad Fauzi Sukimi (2014), akses jaringan sosial Facebook membentuk
rangkaian yang lebih luas, asas interaksi minat dan sentimen yang dikongsi secara bersama.
Dengan wujudnya perkongsian minat dan sentimen yang sama ini, maka wujud interaksi
sosial dalam kalangan pengguna yang terlibat.

245
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Keberhasilan Pelajar
Keberhasilan pelajar dalam kajian ini dilihat dari segi prestasi akademik. Kerlinger (1973),
akademik merujuk kepada pendidikan formal. Prestasi akademik merujuk kepada skor atau
gred–gred yang diperolehi atau dicapai oleh pelajar di dalam suatu ujian atau peperiksaan
umum. Willms (1992), komitmen dan semangat guru mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar. Zaleha (1995), kejayaan pelajar akan memberikan ganjaran yang berbentuk
psikologi kepada guru–guru. Ini dibuktikan oleh Brookover, et al. (1979) sekolah yang
selalu menggunakan strategi pendidikan dalam pengajaran pembelajaran selalunya berjaya
mencapai matlamat sekolah.
Menurut (Smith & Beaulieu, 1992; dan Starratt & Howells, 1998) sekolah dan
komuniti mempunyai pengaruh dengan pencapaian dalam pendidikan kanak–kanak dan
remaja. Dapatan kajian (Johari Talib et. al., 2007; dan Mohamad Johdi Salleh et. al., 2009)
menunjukkan bahawa latar belakang status sosio–ekonomi mempunyai korelasi dengan gaya
keibubapaan dan komitmen ibu bapa terhadap sekolah mempunyai kaitan rapat terhadap
pencapaian anak–anak mereka. Ini dibuktikan dengan kajian Ramlah Ab Khalid et. al.
(2015), ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan untuk meningkatkan pembelajaran
dan prestasi akademik pelajar.
Dapatan kajian Zalizan Mohd Jelas et. al. (2005) mengenai prestasi akademik mengikut
perbezaan jantina menunjukkan pelajar perempuan lebih berjaya dalam peperiksaan awam
berbanding pelajar lelaki. Faktor–faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar iaitu
faktor pelajar, persekitaran dan guru yang menyumbang kepada keadaan tersebut. Dapatan
kajian Mohamad Johdi Salleh et. al. (2012) menyatakan bahawa kejayaan pelajar turut
dipengaruhi oleh dorongan dan sikap pelajar itu sendiri.Pada pandangan lain, dapatan kajian
Salasiah Hanin Hamjah et. al. (2012) mendapati bahawa amalan kerohanian memberi kesan
kepada pencapaian akademik pelajar. Selain dari faktor amalan kerohanian, para pelajar
perlu berusaha dan berikhtiar untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Kesejahteraan Sosial Pelajar


Kajian William Ak Bunyau et. al. (2013) menyatakan bahawakesejahteraan sosial
mengandungi dua pengertian: (i) kesejahteraan sosial dilihat sebagai satu sistem kegiatan
yang teratur bertujuan untuk membantu individu dan kelompok mencapai kualiti hidup yang
lebih memuaskan; dan (ii) kesejahteraan sosial dilihat sebagai satu keadaan yang sejahtera
mencakupi aspek fizikal, mental dan sosial. Kementerian Kesihatan Malaysia (2005)
menyatakan bahawa kesejahteraan sosial berkaitan dengan kemampuan individu untuk
berinteraksi dengan komuniti.
Kajian Haris Abd. Wahab (2008) menyatakan bahawa konsep kesejahteraan sosial
memberikan fokus kepada keadaan, nasib, hak, kewajipan dan tanggungjawab sesama
manusia. kesejahteraan sosial merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh setiap individu,
keluarga dan komuniti.Roslina Ahmad Faisal et. al. (2010) menyatakan bahawa pembangunan
kesejahteraan sosial sebagai sistem yang dirancang untuk membantu individu atau kelompok
agar dapat mencapai standard hidup dan kesihatan yang lebih baik berdasarkan konteks
sosialnya. Dalam konteks di sekolah, pelajar bukan sahaja cemerlang dari segi akademik
tetapi juga dari segi aspek kecergasan fizikal dan kemahiran sosial. Pendedahan mengenai
kepentingan aspek kesejahteraan sosial amat penting melalui penglibatan pelajar dalam
aktiviti kurikulum, koakademik dan kokurikulum di sekolah.
Kajian Noor Azlan Mohd Noor et. al. (2013) kesejahteraan sosial pelajar dapat
dihubungkaitkan dengan kebolehan atau kemampuan seseorang pelajar untuk mengambil
bahagian dalam masyarakat, memenuhi peranan dalam menjalinkan hubungan sosial
dengan individu lain.Dapatan kajian Rosila Bee Mohd Hussain (2013) menyatakan bahawa
kesejahteraan sosial pelajar dapat dicapai menerusi proses interaksi sosial. Kesejahteraan
sosial pelajar bukan sahaja merangkumi perasaan, nilai dan pemikiran tetapi juga meliputi
interaksi pelajar dengan persekitaran serta hubungan interpersonal.
246
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Teori Yang Berkaitan Dengan Persekitaran Budaya Sekolah


Menurut Bronfenbrenner (1979; 1986; 1992) & Morris (1998) menyatakan bahawa institusi
sosial seperti sekolah dan ideologi yang berada dalam masyarakat boleh membantu
perkembangan individu. Ia bertujuan untuk memberikan sokongan dan membentuk sikap diri
yang positif kepada kanak–kanak dan remaja. Teori sistem ekologi manusia Bronfenbrenner
digunakan sebagai dasar kerangka konseptual bagi menerangkan persekitaran budaya sekolah
terhadap pelajar ketika berinteraksi dan melibatkan diri dalam aktiviti di sekolah. Terdapat
empat faktor yang mempengaruhi penglibatan kanak–kanak dan remaja dalam aktiviti di
sekolah iaitu; (1) Ciri-ciri demografi iaitu jantina, umur, etnik dan status sosio-ekonomi;
(2) Pengaruh persekitaran budaya sekolah adalah faktor yang mempengaruhi kanak–kanak
dan remaja untuk bergiat aktif dalam aktiviti di sekolah iaitu terdiri daripada persekitaran
sekolah, pembelajaran di dalam bilik darjah dan jaringan sosial pelajar; (3) Sosialisasi adalah
faktor yang menyokong tindakan iaitu pengaruh budaya sekolah, interaksi sosial di dalam
atau di luar bilik darjah, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan jaringan sosial
pelajar yang mempengaruhi kanak–kanakdan remaja lebih suka bergiat aktif; (4) Faktor
personal pula berdasarkan teori kognitif sosial apabila kanak–kanak dan remaja mempunyai
keyakinan dan keseronokan yang tinggi, maka mereka akan menjadi seorang yang aktif.
Dalam teori sistem ekologi Bronfenbrenner (1977) menjelaskan tentang persekitaran
budaya sekolah sebagai satu rangkaian yang merangkumi kawasan sekolah di mana pelajar
menjalani kehidupan mereka sehari–harian pada waktu persekolahan. Rangkaian tersebut
terdiri daripada lima lapisan iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan
kronosistem. Faktor yang akan dijadikan pembolehubah adalah mikrosistem iaitu jantina,
etnik dan kemampuan diri; eksosistem iaitu guru sekolah, rakan sebaya, hubungan ibu bapa,
ahli keluarga dan perkara yang berlaku dalam persekitaran sekolah dan komuniti; mesosistem
iaitu sokongan keluarga dan masyarakat setempat; makrosistem iaitu perkembangan remaja
dan penglibatan remaja dalam aktiviti di sekolah dan kronosistem adalah persekitaran
budaya yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku pelajar. Bronfenbrenner
menegaskan tentang pentingnya hubungan yang baik antara sekolah, pelajar, keluarga
pelajar dan masyarakat secara menyeluruh. Pencapaian hubungan yang baik di sekolah dan
komuniti secara menyeluruh akan mempunyai impak yang positif terhadap keberhasilan dan
kesejahteraan sosial pelajar.
Menurut Robert D Putnam (2000), para ahli sosiologi menyatakan bahawa modal sosial
merangkumi tiga elemen utama iaitu kepercayaan atau trust yang merangkumi kejujuran,
sikap, toleransi dan kemurahan hati; jaringan sosial atau social networks yang merangkumi
perhubungan dankerjasama; dan norma atau norms iaitu nilai–nilai murni dan peraturan.
Ketiga–tiga elemen modal sosial menjurus kepada kehidupan dalam kelompok sosial
masyarakat, suku, bangsa atau kategori lain yang merangkumi struktur sosial masyarakat.
Dapatan kajian Nor Aini Mohamad Ibrahim et. al. (2014), modal sosial sangat penting dalam
pendidikan. Interaksi yang berlaku setiap hari di sekolah dalam kalangan pelajar dan guru
sebenarnya telah membina modal sosial tanpa disedari. Pembelajaran yang berlaku dalam
persekitaran, nilai yang dipegang oleh masyarakat tentang kepentingan pendidikan dan
kepercayaan terhadap manfaat pendidikan kepada anak–anak menguatkan lagi modal sosial
yang terbina.
Konsep modal sosial sering disamakan dengan modal manusia. Kepentingan modal
manusia (pendidikan, kemahiran dan kesihatan) dan juga modal sosial (kepercayaan,
komunikasi, kerjasama dan norma hidup yang baik dipupuk, dibentuk, dikekal dan dikongsi
oleh sekurang–kurangnya dua orang individu) menghasilkan eksternaliti positif dan
meningkatkan kecekapan dan pembangunan individu. Bersesuaian dengan kajian yang akan
dilakukan, kerangka konseptual dan teori yang akan digunakan adalah merupakan gabungan
daripada dua teori iaitu teori atau model sistem ekologi manusia (Bronfenbrenner 1977) dan
teori modal sosial (Robert D Putnam 2000) untuk melihat kesan persekitran budaya sekolah
terhadap keberhasilan dan kesejahteraan pelajar.
247
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KESIMPULAN

Persekitaran budaya sekolah menjurus kepada pembentukan sahsiah pelajar. Sekolah harus
mempunyai budaya, etos, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek
pendidikan. Sekolah perlu sentiasa berjaya melahirkan modal insan yang holistik serta mampu
bersaing di persada antarabangsa. Warga sekolah perlu memainkan peranan yang penting
terhadap keberhasilan dan kesejahteraan sosial pelajar. Semua pihak harus bekerjasama
dalam usaha meningkatkan keberhasilan pelajar. Tanpa kerjasama daripada semua pihak
terutama warga sekolah itu sendiri, keberhasilan dan kesejahteraan sosial pelajar tidak dapat
dicapai. Seterusnya hasrat kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–
2025 yang memberi penekanan terhadap aspek keberhasilan pelajar melalui dimensi Aspirasi
Sistem dengan menyasarkan usaha memantap dan memperkasakan keberhasilan pelajar
seperti yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan tercapai.
Oleh itu, semua pihak perlu segera bertindak memainkan peranan masing–masing dengan
harapan hasrat kerajaan terlaksana.

RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim. 2004. Kursus perguruan lepas ijazah: pengurusan gerak
kerja kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah. 2007. Guru
sebagai pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdul Shukor. 2000. Development of a learning and thinking society. Prosiding
Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran Kebangsaan 2000,1–16. Bangi:
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Esa. 2005. Perkasakan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. 2006. Ciri iklim sekolah berkesan: implikasinya terhadap
motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan. 31(3):3–19.
Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim:
Quantum Books.
Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books.
Asiah Mohd Pilus. 2004. Pertalian faktor motivasi dan gaya kepimpinan jurulatih
terhadap penglibatan sukan di kalangan atlit. Prosiding Pendidikan Sukan dan
Rekreasi 2004.hlm. 233–254.
Atan Long. 1984. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd. Majid. 2011. Hubungan antara budaya formal sekolah
dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah
menengah Journal of Educational Psychology and Counseling, vol. (2):78–112.
Azmiza Ahmad, Saemah Rahman & Ruslin Amir. 2014. Keberkesanan modul idea-i
terhadap kemahiran daya tindak dan kemenjadian murid. Proceeding of the
Social Sciences Research ICSSR 2014. 9-10 June 2014, Kota Kinabalu,
Sabah.
Brookfield, S. D.1983. Adult Learning, Adult Education and the Community Milton.
Keynes Open University Press.
Bronfenbrenner, U. 1977. Toward and experimental ecology of human development.
American Phychologist, 32. 513-531.
Bronfenbrenner, U. 1979. The ecology of human development: Experiments by nature
and design. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Bronfenbrenner, U. 1986. Ecology of the family as a context of human development.
Research Perspective.Developmental Psychology, 22, 723-724.
248
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Bronfenbrenner, U. 1992. Ecology systems theory. dlm R.Vasta (eds), six theories of
child development:revised formulations and current issues, vol. 6, ms187-249.
London, England: Jessica Kingsely Publishers, LTD.
Bronfenbrenner, U & Morris, P.A. 1998. The ecology of development processes.
Dalam R.N Lerner & W. Danon (Eds). Handbook of child psychology vol. 1.
Theoretical models of human developent, ms. 993-1028. New York: Wiley.
Brookover, W. et. al. 1979. School Social System and Student Achievement: School
Can Make A Difference. New York:Praeger.
Bruce.G. 1998. Far Estern Economic Review, 161(44):26.
Bryan. C. 2005. Analysis of the principal’s perceptions of the implementation an
impact of the Accelerated Reader and other selected reading strategies used
by Texas Gold Performance elementary school. Boston: Allyn and Bacon.
Buzan, Tony. 2002. How to Mind Map: The Ultimate Thinking Tool That Will Change
Your Life. London:Thorson.
Carl Rogers & Freiberg, H.J. 1994. Freedom to Learn (3rd Ed). Columbus, OH:
Merrill/Macmillan.
Coleman, J. S. 1988. Social Capital in the Creation of Human Capital. The American
Journal of Sociology, Vol. 94, Supplement: Organizations and Institutions:
Sociological and Economic Approaches to the Analysis of Social Structure:95–
120.
Conklin, T. A. 2009. Creating classrooms of preference. Journal of Management
Education, 33(6):772–792.
Deal, T. E. and Peterson, K. D. 1999. Shaping School Culture: The Heart of
Leadership. San Francisco: Jossey-Bass.
Edmonds, R. 1979. Effective Schools for the Urban Poor. Education Leadership37:15
–18 & 20–24.
Ee Ah Meng. 1995. Murid dan Proses Pembelajaran–Asas Pendidikan 2.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Haris Abd. Wahab. 2008. Pendekatan kesejahteraan sosial dalam pembangunan
komuniti. Prosiding Seminar Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial Jld
2:177–186. Melaka: Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Halimah Abdul Majid, Eow Yee Leng & Chuah Beng Ean. 2013. Budaya Awal Pagi
Membentuk Kemenjadian Murid. Seminar Nasional Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan Kali ke‐20 Tahun 2013. 2–4 Julai.

Halpin, A.W & D. Croft. 1962. The Organizational Climate of Schools. Washington
D.C.: US Office of Education, Department oh Health, Education & Welfare.
Hamidah Sulaiman, Afandy Sutrisno Tanjung, Norfaezah Md. Khalid, Norsafatul
Aznin A. Razak & Nor Hasbuna Salleh. 2013. Kecergasan emosi dalam
meningkatkan keperibadian remaja. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik – Julai 1 (3)(2013):28–33.
Hussein Ahmad. 2004. Pembangunan etos dan budaya sekolah dan bilik darjah ke
arah kecemerlangan pelajar: satu pendekatan. Jurnal Pemimpin, Institut
PengetuaUniversiti Malaya,(4):21–30.
Hyerle, D. & Yeager, C. 2007. A Language for learning: Thinking maps incorporated.
North Carolina; Thinking Maps. Inc.
Jamilah Ahmad & Yusof Boon. 2011. Amalan Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi
(SBT) Di Malaysia. Journal of Edupres, Volume (1):323–335.
Jasimin Ahmad dan Rahmad Amin. 2007. Remaja dan Rekreasi. Kuala Lumpur:
Mostgain Resources Publications.
Johari Talib & Nazri Muslim. 2007. Bagaimana kanak–kanak Orang Asli gagal di
sekolah?. Jurnal Pengajian Umum.(8):51–76.
249
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2005. Manual mesej utama dan sokongan: kempen
cara hidup sihat setting tempat kerja. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan
Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2005. Program penerbitan pakej buku teks KBSR
kegunaan mulai tahun 2007 melalui kaedah komisi. Kuala Lumpur: Bahagian
Buku Teks.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2006. Pelan Induk Pendidikan Malaysia 2006–
2010. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementarian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013–2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Kerlinger, F.N. 1973. Foundatios of Behavioral Research. Holt, Rinehart and Winston,
New York.
Levine, D. U dan L. W. Lezotte. 1990. Unusually Effective Schools: A Review and
Analysis of Research and Practice. Madison: The National Center for Effective
Schools Research & Development.
Mahdum. 2014. Pembangunan dan penilaian keberkesanan CIRCOM ke atas
motivasi, pemikiran kritis, kemahiran sosial dan pencapaian bahasa inggeris
pelajar SMP Pekan Baru, Riau. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Meyers, C. dan T.B. Jones 1993. Promoting active learning: Strategies for the college
classroom. San Francisco : Jossey Bass.
Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen & Amir Hasan Dawi.
2009. Status sosio–ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap pencapaian
pelajar dalam penilaian menengah rendah. 14th International Conference on
Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education. 21th –
24th May 2009.
Mohamad Johdi Salleh, Mazliza Kamin & Jane Frances Henry. 2012. Kajian terhadap
faktor–faktor mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah
Rendah di Sabah. Labuan International Conference on Educational Research
–LICER 2012. 5-7 Julai.
Mohanaraju Annamalai, Ahmad Tajuddin Othman & Abdul Ghani Kanesan Abdulah.
2010. Pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan kokurikulum sekolah t e r h a d a p
pencapaian kemahiran insaniah murid.
www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/53.pdf [13 Jun 2014]
Muhammad Faizal A. Ghani. 2012. Amalan kecemerlangan sekolah dalam kalangan dua
jenis sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. ATIKAN, 2(2):207–234.
Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. 2010. Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan.
MALIM - SEA Journal of General Studies II.117-130.
Mohd Azhar Abd Hamid. 2005. Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Cetakan
kedua. Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn Bhd.
MohdFazli Hasan, SuhaidaAbdulKarim& Soaib Asimiran. 2013. Hubungan
persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 38(2):1–9.
Mohd Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Suratman, Abd Basit Abd Samat,
Abdul Rahman Hamzah & Abdul Hafiz Abdullah. 2004. Kajian Sahsiah
Pelajar–Pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang Johor.
Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi
Malaysia
Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin & Mohamad Fauzi Sukimi. 2014. Interaksi
sosial di ruang maya:kajian kes jaringan sosial melalui laman Facebook di
Malaysia. Journal of Society and Space 10 (6):138–147.
250
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Mohd Salleh Lebar. 1998. Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan.
Batu Caves: Thinker’s Library Sdn. Bhd.
Mohd Sofian Omar Fauzee. 2001. Psikologi Sukan, Aplikasi Teori dan Praktikal.
Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Mok Soon Sang. 2011. Pengurusan Kokurikulum. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Mortimoore, P. et. al. 1988. School Matters: The Junior Years. Wells:Open Books.
Reprinted 1994. London: Paul Chapman.
Najeemah Mohd Yusof. 2011. Persekitaran sekolah dan peranan guru dalam
meningkatkan interaksi sosial dalam kalangan murid di sekolah menengah
kebangsaan. DigesPendidik 11(2):67–76.
Na Yeon Lee, M.A. 2010. Women‟s Role Balance: Workplace and Family Leisure
Experiences. Dissertation Ph.D Texas Tech University.
Norasmah Othman & Shuki Osman. 2009. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.
Dlm.Noraini Idris & Shuki Osman (pnyt.). Pengajaran dan Pembelajaran: Teori
dan Praktis, hlm. 75–100. Kuala Lumpur: McGraw–Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Nor Aini Mohamad Ibrahim, Mohd Mahzan Awang & Abdul Razaq Ahmad. 2014.
Modal sosial dalam kalangan pelajar universiti. International Seminar On
Global Education II. 24–25 Februari 2014. 2397–2410.
Noor Azlan Mohd Noor, Bazlin Darina Ahmad Tajudin & Mohamad Ismail Mohd
Yunus. 2013. Kesejahteraan Sosial dan Janayah:Kes–Kes Rogol Statutori Di
Kalangan Orang Melayu Di Kuala Lumpur Malaysia. Dlm. Roziah Omar,
Sivamurugan Pandian & Zainal Abidin Sanusi (pnyt.). Kepimpinan Institusi
Pengajian Tinggi Dan Transformasi Kesejahteraan Sosial Negara, hlm 39–50.
Nilai: Nilai: Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT).
Normah Mustaffa, Wan Amizah Wan Mahmud, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan
Mahbob & Mohd. Helmi Abd. Rahim. 2013. Kebergantungan internet dan
aktiviti online remaja di lembah kelang. Malaysian Journal of
Communication. 29(1):199– 212.
Nor Suhara Fadzil. 2010. Kepentingan kokurikulum dalam pendidikan di sekolah
menengah. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher
Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia.hlm. 59–69.
Nur Indri Rahayu. 2010. Kajian Deskriptif Penglibatan Mahasiswa UPI dan UKM
dalam Aktiviti Sukan Dan Rekreasi. Proceedings International Seminar
Comparative Studies in Educational System Between Indonesia and Malaysia,
hlm. 219–226.
Omardin Ashaari. 1996. Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Purkey, S. C. & M. S. Smith. 1983. Effective Schools. A Review: Elementary School


Journal (83):427–452.
Rahmah Ismail, Ishak Yussof & Mohd Nasir Mohd Saukani. 2011. Modal Insan dan
Agihan Pendapatan di Malaysia. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ramlah Ab Khalid & Jamil Ahmad. 2015. Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (Ps): Satu
Inovasi Sistem Penilaian Murid Untuk Peningkatan Profesionalisme Guru Abad
21. ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015. 7-8
Oktober.
Reaves, W.D., Hinson, A.R. & Marchant, A.M. 2010. Benefits and costs of faculty
participation in extra- and co-curricular activities. NACTA Journal:54–60.

251
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Ricardo D. Stanton-Salazar. 2010. A Social Capital Framework for the Study of


Institutional Agents & Their Role in the Empowerment of Low-status Students
& Youth.University of Southern California.
Reid, K., D. Hopkins & P. Holly. 1987. Towards The Effective School: The Problems
and Some Solution. Oxford: Basil Blackwell.
Robert D. Putnam. 2000. Bowling Alone. New York: Simon & Schuster Paperbacks.
Rohani Arbaa, Hazril Jamil & Nordin Abd Razak. 2010. Hubungan guru–pelajar dan
kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: adakah guru berkualiti
menghasilkan perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar?. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 35(2):61–69.
Rosila Bee Mohd Hussain. 2013. Kesejahteraan Sosial: Strategi Pengukuhan Diri dari
Perspektif Sosiologi. Dlm. Roziah Omar, Sivamurugan Pandian & Zainal
Abidin Sanusi (pnyt.). Kepimpinan Institusi Pengajian Tinggi Dan
Transformasi Kesejahteraan Sosial Negara, hlm 80–86. Nilai: Akademik
Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT).
Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak. 2010. Kepuasan tahap
aktiviti khidmat masyarakat dan pembangunan kesejahteraan sosial dalam
kalangan pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal
Personalia Pelajar (13):37–56.
Ruhaiza Rusmin. 2007. Kokurikulum Bendung Gejala Sosial. Kuala Lumpur: New
Strait Time Press (M) Bhd.
Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah & Salma Ishak. 2004. Kajian
hubungan kaum di kalangan pelajar sekolah pembengunan sosial, Universiti
Utara Malaysia. Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca
Modenisme (SIVIC 2004),hlm. 1–12.
Rusni Mohd Nor. 2005. Perkaitan antara budaya sekolah dengan pencapaian
akademik pelajar di Negeri Sembilan. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rutter, M. et. al. 1979. Fifteen Thousand Hours: Secondary Schools and Their Effects
on Children. Cambridge Mass: Harvard University Press and London: Open
Books.
Salasiah Hanin Hamjah, Ermy Azziaty Rozali, Rosmawati Mohamad Rasit & Zainab
Ismail. 2012. Perkaitan amalan spiritual dengan pencapaian akademik.
AJTLHE Vol. 4(2):51–60.
Sammons, P., J.Hillman & P. Mortimore. 1995. Key Characteristics of Effective
Schools: A Review of School Effectiveness Research. London: Office for
Standards in Education
Simone Marshall. 2007. Engagement Theory, WebCT, and academic writing in
Australia. International Journal of Education and Development using
Information and Communication Technology (IJEDICT),Vol. 3.(2):109–115 .
Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. 2010. Media Sosial: Tinjauan Terhadap
Laman Jaringan Sosial Dalam Talian Tempatan. Malaysian Journal of Media
Studies, Vol. 12 (2):37–52.
Siti Safariah Abdullah Omar. 2009. Hubungan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran
Dengan Pencapaian Pelajar di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri
Selangor, Malaysia.Tesis Dr. Fal, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti
Putra Malaysia.
Soh, K. C. 2000. Indexing Creativity Fostering Teacher Behavior: A Preliminary
Validation Study. Journal of Creative Behavior, 34 (2):118–134.
Shahabuddin Hashim & Rohizani Ismail. 2003. Psikologi Pembelajaran dan
Personaliti. Bentong : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

252
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. 1999. Isu Pendidikan di Malaysia –
Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Shallcross, D. J. 1981. Teaching Creative Behavior: How to Teach Creativity to
Children of All Ages. New Jersey: Prentice-Hall,Inc
Sharifah Md. Nor. 2000. Keberkesanan sekolah satu perspektif sosiologi. Serdang.
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Shuell, T. J. 1986. Cognitive conceptions of learning. Review of Educational
Research,(56):411– 436.
Smith, M.H., Beaulieu, L.J. dan Israel, G.D. 1992. Effects of human capital and social
capital on dropping out of high school in the south. Journal of Research in
Rural Education, Vol. 8(1):75–87.
Starratt, R.J & Howells, M.L. 1998. Supervision As Moral Agency. In Firth, G.R. and
Pajak, E.F. (eds). Handbook of research on school supervision. New York:
Macmillan.
Steve Duncan. 1996. Family Matters: What is the role of extracurricular Activities?
http://www.montana.edu. [15 Oktober 2015]
Stoll, L. 1994. School effectiveness and school improvement: Voices from the field.
School Effectiveness and School Improvement 5(2):149–177.
T. Marimuthu. 1990. Pengenalan sosiologi pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Noordin. 1993. Pendidikan bersepadu: konsep dan falsafahnya dalam
KBSM. Dlm. Adnan Kamis (pnyt.) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:
Pandangan dan Maklum Balas.hlm 35–52. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Tam Yeow Kwai. 2010. Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Tee, Tze Kiong, Jailani Md Yunos, Baharom Mohamad, Widad Othman & Yee Mei
Heong. 2010. Penilaian peta minda buzan berdasarkan rubrik analitik. Seminar
Dekan-Dekan IPTA 2010.
Turney, J.J. & Jenkins, J.M. 1985. A comparison of climate as perceived by selected
students. University of Southern California.
Wan Zah Wan Ali, Sharifah Md Nor, Siti Suria Salim, Othman Mohamed, Kamariah Abu
Bakar, Arshad Abd. Samad, Ramlah Hamzah, Rohani Ahmad Tarmizi, Rasid Jamian,
Hayat Marzuki. 2009. Persepsi pelajar berisiko terhadap iklim pembelajaran. Jurnal
Pendidikan Malaysia. 34 (1):17–36.
William Ak Bunyau & Haris Abd. Wahab. 2010. Kesejahteraan hidup masyarakat luar
bandar yang terlibat dalam skim Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di daerah
Telupid, Sabah. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII
(PERKEM VIII) “Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran
dan Halatuju”,(3):1315–1330.
Willms, J. D. 1992. Monitoring School Performance: A Guide for Educators. London:
The Falmer Press.
Zainun Ishak & Aini Hassan. 1993. Satu kajian tentang penglibatan pelajar tingkatan 4
di Malaysia dalam aktiviti rekreasi. Jurnal Pendidikan UKM 18:79–88.
Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. 2012. Faktor
persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal
Hadhari Special Edition.155–172.
Zaleha Sulaiman. 1995. Pengurusan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah
di luar bandar: kes empat buah sekolah menengah di Negeri Kedah Darul
Aman. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.

253
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Reselan Baki & Jamil Ahmad. 2005. Prestasi
akademik mengikut gender. Jurnal Pendidikan (30):93–111.
Zarin Ismail, Zaini Mahbar, Juriah Long & Khalid Abdullah. 2009. Pemerkasaan
sekolah menengah untuk pembangunan modal insan kelas pertama: antara
realiti dan harapan. ProsidingPersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia
(PERKEM IV)“Memacu Pembangunan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan
Persekitaran”,(2):325–343.

254
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KEMAHIRAN SOSIAL DAN AKTIVITI MENUNGGU GILIRAN


(TURN-TAKING)

Kamala A/P Ratnam
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Penulisan kertas konsep ini membincangkan tentang keperluan kemahiran sosial
kepada murid Prasekolah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Terdapat pelbagai
aktiviti yang dapat dilakukan di dalam bilik darjah bagi meningkatkan kemahiran sosial
kanak-kanak. Salah satu daripadanya ialah aktiviti menunggu giliran (turn-taking).
Menunggu giliran melibatkan aktiviti serta diperlukan dalam perbualan harian. Data
kajian ini dikumpulkan berasaskan kepada tinjauan kepustakaan dan capaian maya.
Hasil kajian mendapati guru perlu kreatif dalam menjalankan aktiviti menunggu giliran
yang melibatkan perbualan di antara murid. Menunggu giliran membolehkan murid
supaya dapat berinteraksi dan memupuk kemahiran sosial.

Kata kunci: menunggu giliran, prasekolah, kemahiran sosial.

PENDAHULUAN

Pelbagai definisi diberikan mengenai kemahiran sosial oleh pakar pendidikan dan psikologi
mengikut perspektif masing-masing. Kemahiran sosial merangkumi kemahiran asas,
kemahiran berinteraksi, kemahiran afektif serta kemahiran kognitif. Oleh yang demikian
kemahiran sosial perlu dikuasai bagi tujuan berinteraksi dalam membantu perkembangan
kognitif. Kemahiran sosial juga memainkan peranan penting untuk seseorang berjaya
dalam konteks keluarga, tempat bekerja dan juga dalam sesebuah masyarakat (Huitt &
Dawson, 2011). Kemahiran sosial ini sangat penting kepada kanak-kanak. Kemahiran
berkomunikasi diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas untuk berkawan. Jika
tidak mereka akan ditinggalkan oleh rakan sebaya mereka (Stanton-chapman & Snell,
n.d.). oleh yang demikian kemahiran sosial sangat penting di peringkat awal persekolahan.
Kemahiran sosial juga diberi penekanan di dalam Kurikulum standard peringkat
prasekolah yang merangkumi komponen komunikasi, kreativiti, jasmani, sosio emosi,
estetika dan nilai-nilai murni. Kurikulum ini bertujuan untuk memberikan pendidikan yang
berkualiti yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan juga nilai (Suppiah 2015).
Salah satu objektif pendidikan Prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
ialah membolehkan murid mempunyai kemahiran berinteraksi dan bersosialisasi
(Huraian Kurikulum Prasekolah PKBP 2009). Kemahiran sosial bukan sahaja melibatkan
pengetahuan dan tingkah laku malah ia turut melibatkan kemahiran yang melibatkan
pengurusan emosi dan tingkah laku, komunikasi, hubungan yang baik, bekerjasama
dengan orang lain serta menyelesaikan masalah (Huitt & Dawson 2011). Rutin harian
seperti Circle Time memberikan peluang interaksi sosial di antara guru dan juga murid-
murid (Kington & Sammons, 2013). Kajiannya mendapati kemahiran sosial lebih banyak
membawa perubahan positif dari segi kemahiran bahasa, tingkah laku, keyakinan dan
juga kemahiran berkongsi barang. Peringkat prasekolah penting dalam perkembangan
seseorang kanak-kanak. Oleh itu Theory of Mind memfokuskan perkembangan kanak
dari segi keupayaan untuk memahami orang lain. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
seperti autisme bukan sahaja menghadapi masalah dari segi sosial tetapi masalah dalam
berkomunikasi (Hwu, 2011).

255
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran sosial diperlukan untuk kanak-kanak supaya dapat berinteraksi dengan orang lain.
Kelewatan dalam penguasaan kemahiran sosial menimbulkan pelbagai masalah. Dapatan
kajian mendapati murid-murid yang tiada pendidikan kemahiran sosial bermasalah dari segi
pengurusan emosi, sikap bekerjasama dan menghormati rakan sebaya dan orang dewasa.
Kekurangan kemahiran sosial dan emosi bukan sahaja menjejaskan hubungan di antara
rakan sebaya tetapi turut menjadi salah satu punca berlakunya masalah disiplin. kekurangan
kemahiran sosial memberikan kesan yang negatif terhadap sosial dan pencapaian akademik
(Moisan, 1998).
Kelewatan dalam perkembangan kemahiran sosial di peringkat prasekolah juga
disebabkan oleh kekurangan pendedahan dan juga latihan. Tanpa adanya latihan murid
berkeperluan khas sukar untuk mempelajari sesuatu tingkah laku. Kemahiran sosial tidak
dapat diajar hanya dengan pemerhatian yang melibatkan rakan sebaya dan juga orang dewasa
(Fisher & Haufe, 2009).Kanak-kanak seperti autisme menghadapi masalah dalam memahami
diri mereka dan juga orang lain. Kemahiran berbual yang berkesan perlu melibatkan orang
yang bercakap dan juga orang yang mendengar. tetapi murid autisme pula menghadapi masalah
dalam menunggu giliran untuk bercakap serta mengekalkan perbualan tentang sesuatu topik
(Hsiao Yun & Bernard-Opitz, 2000).
Salah satu komponen kemahiran sosial ialah kemahiran berhubung. Kemahiran
berhubung diperlukan dalam mengekalkan sesebuah perhubungan selama-lamanya. Komponen
yang penting dalam kemahiran berhubung ialah melibatkan orang lain dalam permainan,
mengekalkan perbualan serta bekerjasama. selain daripada itu, sikap bekerjasama, kemahiran
mendengar, mengambil giliran, meminta bantuan, menyatakan pujian serta memberikan
pandangan (Denham et al., 2012). Komponen-komponen ini saling berkait di antara satu sama
lain dan diperlukan dalam kemahiran berhubung.

AKTIVITI MENUNGGU GILIRAN

Aktiviti menunggu giliran berhubung kait dengan kemahiran sosial yang melibatkan
Theory of Mind. Teori ini merujuk kepada kebolehan memahami orang lain. Ia merupakan
kemahiran yang penting dalam membantu perkembangan sosial dan kognitif dan menjurus
kepada perkembangan bahasa (Suway, Degnan, Sussman, & Fox, 2012). Theory of Mind
menjadi fokus kajian para penyelidik berhubung kategori kanak-kanak autisme. Ini kerana
kanak-kanak autisme menghadapi masalah dalam memahami orang lain (Hwu, 2011).
Oleh itu pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan dalam meningkatkan kemahiran sosial
kanak-kanak berkeperluan khas seperti murid autisme.
Kemahiran mengambil giliran merupakan salah satu aktiviti kemahiran sosial
(Humphrey et al., 2011). Kemahiran sosial merupakan tingkah laku yang menggalakkan
interaksi positif dengan orang lain dan persekitarannya. Antara kemahiran yang
terkandung di dalam kemahiran sosial ialah bersikap empati, membantu, melibatkan diri
dalam aktiviti berkumpulan. selain daripada itu ia juga melibatkan kemahiran membantu,
berkomunikasi serta bertolak ansur dan menyelesaikan masalah (Lynch & Simpson, 2010).
Mengambil giliran dalam perbualan juga melibatkan kemahiran memberikan perhatian
dengan melihat mata seseorang dan mendengar apa yang dipertuturkan serta menunggu
giliran untuk bercakap tanpa mencelah semasa rakan mereka sedang bercakap (Hsiao Yun
& Bernard-Opitz, 2000).
Selain daripada aktiviti yang melibatkan permainan, aktiviti perbualan harian juga
memerlukan kemahiran menunggu giliran. Ia merupakan perkara asas dalam perbualan.
Proses menunggu giliran melibatkan perbualan yang perlu diuruskan dengan adanya
peraturan dan prinsip yang ditetapkan. Antaranya siapa yang perlu bercakap dan siapa
yang akan bercakap seterusnya, apa yang perlu di cakap dan berapa lama untuk bercakap.
256
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Menunggu giliran merupakan strategi pengajaran yang dapat memupuk kualiti dari segi
perbualan di antara murid (Gorjian & Habibi, 2015).Kesediaan menunggu giliran dalam
perbualan melibatkan proses kognitif (Holler, Kendrick, Casillas, & Levinson, 2015).
Mengambil giliran merupakan kemahiran bukan semula jadi yang diperlukan bagi
seseorang untuk berjaya dalam semua keadaan. Kanak-kanak perlu diberikan peluang
untuk dilatih mengajar kemahiran mengambil giliran. Pengajaran kemahiran mengambil
giliran merangkumi pelbagai kemahiran seperti pemahaman tentang tujuan perkongsian,
kemahiran regulasi kendiri, apa yang perlu dilakukan semasa menunggu giliran serta tahu
bila giliran kita. Maka guru dapat menyediakan murid yang dapat bermain dengan jayanya
bersama rakan sebaya (Johnston, n.d.).
Kemahiran menunggu giliran berkait rapat dengan aktiviti yang melibatkan
perkongsian barang permainan. Kemahiran seperti pemahaman tentang tujuan perkongsian,
kemahiran regulasi kendiri, apa yang perlu dilakukan semasa menunggu giliran serta tahu
bila giliran kita. Maka guru dapat menyediakan murid yang dapat bermain dengan jayanya
bersama rakan sebaya (Johnston, n.d.)
Kemahiran menunggu giliran diperlukan dalam membina hubungan. Kemahiran
berhubung diperlukan supaya seseorang itu dapat bertolak ansur supaya dapat mengekalkan
hubungan dengan orang lain. Oleh itu dalam suasana pembelajaran di bilik darjah,
kemahiran membina hubungan diperlukan untuk bekerjasama dengan rakan sebaya dalam
menjalankan aktiviti dalam kumpulan (Nicholas Yoder, 2014).

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM MENJALANKAN


AKTIVITI MENUNGGU GILIRAN

Aktiviti yang melibatkan menunggu giliran perlu dijalankan dengan teliti. Terdapat
pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam menyediakan aktiviti yang melibatkan
menunggu giliran(Johnston, n.d.). Antaranya ialah tempoh masa menunggu bagi
mengambil giliran perlulah singkat agar tidak membosankan murid-murid. Aktiviti
menunggu giliran ini boleh dijalankan di dalam dan juga di luar bilik darjah. Pengajaran
rutin harian seperti perbualan pagi juga boleh dilibatkan dengan aktiviti menunggu giliran
agar menyeronokkan murid serta menarik minat murid.
Selain daripada itu murid-murid juga perlu diajar memahami giliran dengan
menggunakan kad seperti ‘giliran saya’. Guru juga boleh menyediakan kad berwarna bagi
memudahkan murid memahami seperti kad warna merah untuk berhenti dan kad berwarna
hijau untuk teruskan. Peneguhan juga perlu diberikan kepada murid yang didapati
mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam aktiviti menunggu giliran. pelaksanaan aktiviti
menunggu giliran ini secara tidak langsung dapat membentuk murid mengikut arahan dan
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

KESIMPULAN

Kemahiran sosial membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas berjaya dari segi


akademik, sosial serta emosi. Secara keseluruhannya aktiviti yang melibatkan menunggu
giliran dapat membentuk tingkah laku murid melalui peraturan yang ditetapkan oleh guru.
Maka selain daripada meningkatkan kemahiran sosial, kemahiran menunggu giliran dapat
membentuk tingkah laku murid. Oleh itu guru perlu kreatif dalam menyediakan aktiviti
kepada murid yang melibatkan menunggu giliran. Aktiviti ini diperlukan agar murid dapat
membina hubungan dan secara tidak langsung dapat memupuk kemahiran sosial.

257
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Denham, S. A., Bassett, H. H., Mincic, M., Kalb, S., Way, E., & Wyatt, T. (2012). Social
-Emotional Learning Profiles of Preschoolers’ Early School Success: Aperson-Centered
Approach. Learning and Individual Differences, 22(2), 178–189. doi:10.1016/j.
lindif.2011.05.001.Social-Emotional
Fisher, K., & Haufe, T. (2009). Developing Social Skills in Children Who Have Disabilities
through the Use of Social Stories and Visual Supports.Online Submission.
Gorjian, B., & Habibi, P. (2015). The Effect of Conversation Strategies on the Classroom
Interaction : The Case of Turn Taking. Journal of Applied Linguistics and Language
Learning, 1(1), 14–23.
Holler, J., Kendrick, K. H., Casillas, M., & Levinson, S. (2015). Turn-taking in human
communicative interaction. Frontiers in Psychology, 6(December), 1–5. doi:10.3389/
fpsyg.2015.01919
Hsiao Yun, C., & Bernard-Opitz, V. (2000). Teaching Conversational Skills to Children
with Autism: Effect on the Development of a Theory of Mind. Journal of Autism and
Developmental Disorders, 30(6), 569–583.
Huitt, W., & Dawson, C. (2011). Social Development: Why It Is Important and How To Impact
It. Social Development, (2006), 1 –27.
Humphrey, N., Kalambouka, a., Wigelsworth, M., Lendrum, a., Deighton, J., & Wolpert,
M. (2011). Measures of Social and Emotional Skills for Children and Young People:
A Systematic Review. Educational and Psychological Measurement, 71(4), 617–637.
doi:10.1177/0013164410382896
Hwu, L. A. (2011). The Role of Theory of Mind in the Social Interaction of Individuals with
Autistic Disorder : A Model Program A Clinical Dissertation Presented to the Faculty of The
California School of Professional Psychology San Francisco Campus Alliant International
Un.
Johnston, A. A. (n.d.). HOW TO TEACH : “Turn Taking.” Diperoleh daripada http://www.
theautismproject.org/images/uploads/how-to-teach_turn_taking.pdf
Kington, A., & Sammons, P. (2013). Development of social relationships , interactions and
behaviours in early education settings. Journal of Early Childhood Research, 11(3), 292–
311.
Lynch, S. A., & Simpson, C. G. (2010). Social Skills : Laying the Foundation for Success.
Dimensions of Early Childhood, 38(2), 3–12.
Moisan, T. A. (1998). Identification and Remediation of Social Skills Deficits in Learning
Disabled Children Theresa A . Moisan A Research Paper Submitted to the Faculty of the
Department of Special Education at Chicago State University in Partial Fulfillment of the
Degree of Master of science.
Nicholas Yoder, P. (American I. F. R. (2014). Research-to-Practice Teaching the Whole
Child Instructional Practices That Support Social-Emotional Learning in Three Teacher
Evaluation Frameworks.
Stanton-chapman,T.L.,&Snell,M.E.(n.d.).Research.Brief.Diperoleh pada (2016 Februari 5)
dari http://www.researchconnections.org/childcare/resources/23873
Suppiah Nachiappan. (2015). Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Teori, Model, Kaedah
dan Aktiviti ke Arah Perkembangan Kognisi. Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Suway, J. G., Degnan, K. a., Sussman, A. L., & Fox, N. a. (2012). The Relations among
Theory of Mind, Behavioral Inhibition, and Peer Interactions in Early Childhood. Social
Development, 21(2), 331–342.

258
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENGESAHAN INSTRUMEN TOLERANSI SOSIO AGAMA DI


MALAYSIA: ANALISIS FAKTOR PENGESAHAN

Khadijah Muda, Fazilah Idris, Khairul Anwar Mastor
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Kertas kerja ini membentangkan tentang pengesahan instrumen toleransi sosio
agama di Malaysia. Pembolehubah yang dikaji adalah persepsi, sikap, kesediaan,
pengalaman dan tingkah laku dalam toleransi agama. Sampel kajian terdiri daripada
931 orang responden. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak berstrata iaitutiga
kaum utama dipilih dari lima buah negeri. Instrumen yang digunakan adalah soal
selidik bagi toleransi sosio agama menggunakan soal selidik Ahmad Tarmizi (2010).
Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 22.0 dan Amos 23.0 secara deskriptif dan
faktor analisis pengesahan (CFA). Hasil kajian menunjukkan instrumen toleransi sosio
agama mencapai ujian kesepadan model setelah 11 item dibuang. Namun, kesahihan
diskriminan bagi konstruk sikap dan kesediaan adalah tidak sah. Maka, kedua-dua
konstruk ini digabungkan menjadi satu konstruk. Hasil kajian ini telah membentuk
satu instrumen toleransi sosio agama yang terdiri daripada empat konstruk dan sesuai
digunakan untuk mengukur toleransi sosio agama di Malaysia.

Kata Kunci: Pengalaman, persepsi, tingkah laku, toleransi agama.

PENDAHULUAN

Toleransi agama merupakan sebuah topik yang sering dibincangkan tidak kira di mana
kerana ia merupakan sebuah isu penting yang akan membawa kepada keamanan dunia.
Telah ramai penyelidik yang tampil membincangkan tentang toleransi agama menerusi
pelbagai latar belakang akademik. Antaranya dari sudut akidah, sosiologi, undang-undang
dan sebagainya. Namun, tidak ramai penyelidik yang tampil membentuk model toleransi
agama atau membangunkan instrumen yang terbukti boleh digunakan untuk mengukur
toleransi agama. Ahmad Tarmizi (2010) telah membangunkan instrumen yang mengukur
toleransi sosio agama di Malaysia. Tetapi pengesahan instrumen kajian hanya melihat
kepada pengesahan kandungan dan nilai kebolehpercayaan Cronbach alpha yang tinggi.

Toleransi Sosio Agama Di Malaysia


Kepelbagaian penganut di Malaysia menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
penuh dengan perbezaan. Perbezaan ini perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian
negara dapat dikekalkan. Dalam menguruskan perbezaan agama ini pelbagai kajian yang
berkaitan toleransi antara agama dan hubungan antara agama telah dijalankan.
Meninjau hampir separuh abad ke belakang, Syed Kechik (1971) merupakan
antara penyelidik terawal yang telah membincangkan tentang toleransi agama. Ketika
seminar yang berlangsung di Universiti Monash, beliau telah membentangkan kertas
kerja berkenaan toleransi agama di Sabah. Antara yang dibentangkan adalah keadaan
masyarakat Sabah yang mengamalkan sikap saling bertoleransi antara penganut agama
yang berbeza. Pemimpin tertinggi memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat
yang bertoleransi terhadap penganut agama lain. Semua penganut bebas melakukan
amalan keagamaan masing-masing tanpa sekatan. Walaupun Perlembagaan Persekutuan
Malaysia telah menetapkan Islam sebagai agama rasmi, namun agama lain turut dirai
seperti memberikan cuti bagi festival keagamaan kaum lain, memberikan peruntukan geran
untuk pembinaan rumah ibadah, kerajaan turut mengiktiraf sumbangan yang dilakukan
259
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

oleh pemimpin Kristian dan paling penting masyarakat kejiranan turut menghormati
perayaan-perayaan agama lain.
Meninjau kajian-kajian lepas yang dilakukan di Malaysia, penyelidik mendapati
Ahmad Tarmizi merupakan antara penyelidik yang aktif dalam menjalankan kajian
berkaitan toleransi agama dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Pensyarah kanan
di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia ini lebih
memfokuskan kajian toleransi agama dari perspektif sosial. Pada tahun 2006, Ahmad
Tarmizi dan Mohd Mahadee telah mengetuai penyelidikan mengenai kajian kes toleransi
agama di Malaysia untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).
Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti dan memahami senario semasa toleransi agama
dalam kalangan masyarakat plural Malaysia. Faktor-faktor yang mampu meningkatkan
toleransi agama adalah pelaksanaan polisi sosial, kewujudan rumah ibadat, pembinaan
prasarana awam, aktiviti kemasyarakatan, peranan sektor pendidikan dan peranan ibu
bapa. Manakala faktor-faktor yang menghalang toleransi agama adalah sikap peribadi
iaitu psikologi individu yang tidak terbuka, berpengetahuan rendah terhadap agama lain,
tidak ambil tahu tentang perkara-perkara asas agama lain dan enggan membincangkan
topik berkaitan agama dengan penganut lain. Ahmad Tarmizi (2010) turut menulis tesis
bagi tujuan pengijazahan doktor falsafahnya tentang kajian kes toleransi sosio-agama
di Malaysia. Secara keseluruhannya tahap toleransi sosio-agama responden yang terdiri
daripada 600 orang sampel dari Selangor dan Kuala Lumpur berada pada tahap yang
sederhana. Faktor-faktor demografi seperti etnik dan agama mempunyai perkaitan yang
kuat dengan tahap toleransi agama responden. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa
tiada perkaitan antara komitmen spiritual agama dan tahap toleransi agama.Pada tahun
2013, Ahmad Tarmizi turut mengkaji tentang toleransi sosio-agama di Semenanjung
Malaysia dengan hasil kerjasama Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Berbeza dengan kajian-kajian sebelum ini,
kajian ini lebih khusus kepada megenalpasti tahap persepsi, sikap, kesediaan, tingkah
laku, pengalaman dan pendapat umum tentang toleransi sosio-agama di Semenanjung
Malaysia. Usaha untuk mempertingkatkan tahap toleransi agama perlu dilakukan. Antara
usaha yang dicadangkan adalah diadakan dialog antara agama atau forum, peranan sistem
pendidikan, peranan media, sistem komuniti dan tanggungjawab masyarakat dalam
mempromosikan toleransi agama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanggungjawab
masyarakat bermula dari diri individu, iaitu ibu bapa perlu menerapkan sikap bertoleransi
dalam diri anak-anak. Seterusnya, Ahmad Tarmizi et al. (2013) menulis tentang toleransi
sosio-agama di Sabah dan Sarawak. Masyarakat Sabah dan Sarawak mempunyai sikap
toleransi agama yang tinggi walaupun dikelilingi dengan masyarakat penuh dengan
kepelbagaian dalam agama, budaya, adat resam, bahasa dan sebagainya. Ahmad Tarmizi,
Sarjit, Razaleigh et al. (2013) juga menekankan bahawa toleransi agama merupakan kunci
antara satu Asean satu komuniti.
Khadijah dan Mohd Herzali (2008) dari Jabatan akidah dan pemikiran Islam turut
mengkaji amalan toleransi agama di Malaysia merujuk kepada artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Islam merupakan agama rasmi di Malaysia dan telah termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Namun, penganut agama lain berhak
mengamalkan ajaran masing-masing tetapi tidak boleh melakukan penyebaran agama
terhadap umat Islam. Walau bagaimanapun keistimewaan ini mula dicemari dengan
isu-isu yang mampu menggugat kedaulatan agama Islam di Malaysia. Antara isu yang
dibangkitkan dalam artikel ini adalah isu Lina Joy dan HINDRAF. Isu toleransi agama
perlu ditangani dengan memperbanyakan lagi dialog antara agama bermula dari peringkat
sekolah, IPT, dalam kalangan ahli agama dan sebagainya. Hal ini dicadangkan agar dapat
membendung sikap perejudis dan salah faham antara kaum yang menjadi punca kepada
bibit-bibit pergaduhan dan permusuhan.

260
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Menelusuri artikel Mohd Roslan (2011), fokus kajian adalah mengenai hubungan
antara penganut agama Kristian dan penganut agama Islam. Beliau melihat bagaimana
peranan toleransi agama terhadap isu-isu yang melibatkan permasalahan antara penganut
Islam dan Kristian di Malaysia. Isu yang dibangkitkan adalah isu penggunaan kalimah
“Allah” oleh penganut Kristian. Melalui isu ini, dapat dilihat bahawa kita perlu bertoleransi
antara penganut yang berbeza. Namun, toleransi juga ada hadnya. Penganut agama lain
tidak boleh sewenang-wenangnya menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan
pertelingkahan antara penganut yang berbeza agama. Sebarang isu yang timbul tidak
seharusnya diselesaikan dengan emosi, namun perlu diselesaikan dengan menggunakan
akal dan secara rasional.
Nur Farhana (2011) pula mengfokuskan tentang pemahaman kepelbagaian agama
sebagai asas panduan toleransi agama bagi masyarakat Muslim di Malaysia. Menurut
beliau, setiap penganut secara hakikatnya cenderung menganggap agama atau bangsa
mereka sahaja yang benar. Namun, kita tidak dapat menolak kewujudan kepelbagaian
dalam masyarakat hari ini. Kepelbagaian ini telah menghasilkan situasi yang positif dan
negatif. Menurut penyelidik lagi, rasa kesedaran dan persediaan kaum Melayu terhadap
kepelbagaian ini harus disemai agar dapat mencapai keharmonian dalam masyarakat.
Kaum Melayu menjadi sasaran kerana mereka merupakan kaum majoriti yang beragama
Islam di negara ini. Toleransi agama memang perlu bagi masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kepercayaan agama. Namun begitu, timbul pula salah faham dalam mengenal
pasti perkara-perkara yang boleh ditoleransi dan sebaliknya yang akhirnya menghasilkan
sebahagian kelompok yang terlalu jumud dan kelompok yang bersikap liberal (bebas
dalam agama). Pergaduhan antara agama telah lama wujud sejak berabad lamanya.
Hasil daripada pergaduhan ini, lahirnya fahaman plurasima agama yang ingin mencapai
keharmonian dalam kalangan masyarakat beragama.
Jaffary dan Yusri (2011a) mendapati prospek toleransi beragama di Malaysia
amat baik dan pendekatan yang baik dan tepat dalam kaedah pembelajaran Kursus
Perbandingan Agama mampu membentuk minda terbuka, berkeyakinan dan mempunyai
budaya ilmu yang tinggi dalam kalangan para pelajar. Dialog yang berterusan juga mampu
meningkatkan toleransi antara agama(Jaffary & Yusri 2011b).
Berbeza dengan artikel-artikel yang dibincangkan sebelum ini, Roni (2012) tampil dengan
membincangkan toleransi dalam aspek kematangan beragama dari sudut psikologi agama.
Artikel beliau turut dimuatkan dengan teori-teori kematangan beragama secara ringkas
yang menghuraikan tentang ciri-ciri individu yang matang dalam beragama. Kematangan
dalam beragama akan membawa seseorang kepada sifat bertoleransi terhadap manusia lain
walaupun berbeza agama, budaya dan etnik. Ahmad Tarmizi dan Sarjit (2012) juga muncul
dengan penulisan yang padat dengan teori-teori toleransi. Namun, artikel mereka lebih
menjurus ke arah pengalaman Malaysia dalam toleransi sosio-agama. Artikel berkenaan
turut membincangkan tentang sejarah dan konsep toleransi dan pengalaman toleransi
di Malaysia. Konsep-konsep dan teori-teori yang dibincangkan sesuai untuk dijadikan
rujukan oleh ahli-ahli akademik dan para pelajar dalam bidang berkaitan toleransi.
Mutsalem dan Jaffary (2012; 2014) telah mengkaji tentang sosialisasi budaya dan
kaitannya dengan sikap toleransi agama dalam kalangan pelajar Muslim dan Buddha di
Prince of Songkhla University. Interaksi dan komunikasi antara pelajar berada pada tahap
yang baik, namun terdapat juga segelintir pelajar yang berada pada tahap yang sederhana.
Faktor-faktor persekitaran mempengaruhi sikap dan pandangan dalam mentafsir sesuatu.
Ini bermakna, pada pandangan Mutsalem dan Jaffary (2012; 2014) konflik yang berlaku di
Selatan Thailand yang mempengaruhi sikap dan pandangan pelajar mampu menjejaskan
kehidupan seharian pelajar. Selain itu, hubungan antara tahap interaksi dan komunikasi
berdasarkan agama atau moral terhadap sikap toleransi agama adalah pada tahap yang
tinggi. Ini bermakna, semakin tinggi interaksi dan komunikasi antara Muslim dan Buddha,
semakin tinggi sikap bertoleransi agama dalam kehidupan seharian seseorang.
261
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Ibrahim (2013) dari Jabatan usuludin dan falsafah telah menulis artikel yang
mengupas tentang faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan toleransi agama dan
keharmonian di Malaysia. Beliau secara ringkasnya menyatakan bahawa terdapat empat
faktor yang menyumbang kepada toleransi agama di Malaysia. Antaranya adalah ajaran
agama sendiri yang menekankan tentang keharmonian dan toleransi agama. Faktor-
faktor lain adalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai perlembagaan tertinggi,
sistem undang-undang Malaysia dan orientasi kerajaan atau arahan ke arah menggalakan
toleransi agama dan keharmonian rakyat Malaysia seperti gagasan 1Malaysia dan Islam
Hadhari.
Perbincangan tentang toleransi pada mutakhir ini diteruskan dengan
memperlihatkan pula tentang masalah dan cabaran dalam bertoleransi agama di Malaysia
sebagaimana yang dikaji oleh Nur Farhana dan Khadijah (2013). Masalah yang dihadapi
dalam mengamalkan toleransi agama adalah tahap kefahaman yang berbeza bagi rakyat
Malaysia. Setiap penganut tiada kefahaman tentang agama lain. Hal ini menyebabkan
berlakunya konflik dalaman dan luaran. Usaha untuk memberi kefahaman dan kesedaran
tentang agama lain telah dilakukan namun ia masih tidak memberi impak yang besar.
Sebagai contoh, wujudnya forum-forum dialog antara agama di peringkat IPT, NGO,
pendakwah dari pelbagai agama dan sebagainya. Namun, perbincangan ini hanya dihadiri
oleh kelompok-kelompok yang kecil dan kurang dilibatkan dengan masyarakat umum.
Nur Farhana dan Khadijah (2013)menghuraikan beberapa cabaran dalam bertoleransi
agama. Cabaran pertama adalah hak-hak antara Muslim dan bukan Muslim masih tidak
digariskan dengan jelas sebagaimana terdapatnya pertentangan dan pertindihan antara
undang-undang shariah dan sivil. Kedua, kurangnya penghargaan daripada bukan Muslim
kepada penganut agama Islam sebagaimana yang telah ditetapkan oleh perlembagaan
Malaysia. Ketiga, faktor dalaman penganut agama sebagaimana yang digambarkan oleh
Jaffary (2003) bahawa toleransi agama tidak dapat dijalankan di Malaysia kerana prasangka
Melayu terhadap penganut agama selain agama Islam. Akhir sekali, cabaran yang paling
teruk adalah apabila ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memperkenalkan
pengajaran dan pemahaman pluralisme agama sebagai suatu pendekatan toleransi agama.
Pluralisme agama membawa erti semua agama adalah sama. Ia merupakan suatu ancaman
dalam membentuk keharmonian agama dalam masyarakat seolah-olah cuba untuk
membentuk agama baru.
Menyentuh tentang pluralisme agama, Wan Zulkifli, Nazri dan Jamsari (2013)
turut tampil membincangkan tentang pluralisme agama di Malaysia dalam konteks prinsip
dan toleransi. Artikel ini merungkai keperluan masyarakat Muslim di Malaysia tentang
perlunya asas dan panduan yang jelas dalam prinsip keimanan di samping bersikap toleransi
terhadap penganut agama lain. Kewujudan golongan pluralisme agama di Malaysia boleh
memberi kesan kepada akidah dan kepercayaan agama umat Islam. Ia perlu dibendung
sebelum keadaan menjadi semakin parah. Segala pendekatan seperti sistem pendidikan,
dialog, kempen kesedaran, penguatkuasaan undang-undang perlu dimanfaatkan dengan
sebaiknya supaya gejala ini tidak terus menular di Malaysia.
Mohd Arip et al. (2015) melihat perbandingan antara kumpulan agama yang
berbeza terhadap toleransi agama di Malaysia. Responden diajukan dengan dua soalan,
iaitu adakah mereka bersedia untuk mengubah sedikit ajaran keagamaan mereka demi
perpaduan dan penganut agama tidak boleh mengganggu dan menakutkan penganut agama
lain. Bagi soalan pertama menunjukkan terdapat perbezaan antara penganut agama Islam
dan penganut agama Buddha, Hindu dan Kristian. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa
penganut agama Islam lebih tegas terhadap ajaran agama mereka dan mempunyai prinsip
yang jelas berbanding penganut agama lain. Manakala, penganut agama Hindu dan Buddha,
Hindu dan Kristian, Buddha dan Kristian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan
antara kumpulan-kumpulan agama ini dalam pernyataaan tentang pengubahsuaian ajaran
agama mereka demi perpaduan sejagat. Namun, bagi pernyataan kedua menunjukkan
262
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

bahawa responden daripada semua kaum bersetuju agar menghormati penganut agama
lain dengan tidak mengganggu dan menakutkan mereka.
Kesimpulan daripada kajian-kajian lepas menunjukkan kajian tentang pengesahan
instrumen toleransi agama atau toleransi sosio agama masih kurang dilakukan. Rata-rata
penyelidikan adalah berkaitan tentang bagaimana sikap dan amalan bertoleransi agama,
tahap toleransi agama, punca-punca toleransi agama dan kesan toleransi agama.

TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan hasil kajian berkaitan pengesahan instrumen
toleransi sosio agama menggunakan analisis faktor pengesahan dalam kalangan belia di
Malaysia.

PERSOALAN KAJIAN

1. Mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian toleransi sosio agama
belia di Malaysia.
2. Mengesahkan instrumen toleransi sosio agama belia di Malaysia.

METODOLOGI

Sampel kajian ini adalah terdiri daripada golongan belia pelbagai etnik di Malaysia yang berusia
antara 15 hingga 25 tahun serta masih bergelar pelajar. Belia berusia ini dan masih bergelar
pelajar dipilih kerana pada usia ini adalah masa yang sesuai untuk mengajar belia tentang
sikap bertoleransi terhadap orang lain. Tambahan pula, soal selidik yang diedarkan berbentuk
ilmiah kepada golongan ini lebih mudah difahami disebabkan mereka juga pernah melaluinya.
Berdasarkan statistik taburan demografi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia
(2011), didapati bahawa lima buah negeri iaitu Perak, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan
Melaka merupakan negeri yang rencam iaitu mempunyai campuran etnik-etnik (Melayu, Cina,
India) yang lebih besar dan menghampiri nisbah yang ditentukan oleh penyelidik. Maka, atas
dasar ini kajian ini memilih untuk memfokuskan kepada lima buah negeri ini sebagai sampel
kajian. Pemilihan sampel kajian dilakukan menggunakan kaedah persampelan berstrata.
Kaedah persampelan ini lebih sesuai digunakan kerana lebih mewakili responden, menjimatkan
masa dan ekonomik (Newman & MvNeil, 1998). Daripada lima buah negeri yang disenaraikan
ini, sebanyak 1000 orang responden dipilih. Pemilihan responden dijalankan di pusat-pusat
membeli belah utama kelima-lima buah ibu negeri yang dipilih, di mana kebanyakan belia
daripada pelbagai latar belakang dan etnik adalah tertumpu di sini. Akhir sekali, pemilihan
responden adalah ditentukan mengikut nisbah 5:3:2 bagi kumpulan etnik Melayu, Cina dan
India. Pemilihan nisbah ini dipilih berdasarkan nisbah rakyat Malaysia yang terdiri daripada
54.56% masyarakat Melayu, 24.57% masyarakat Cina dan 7.33% masyarakat India (Jabatan
Perangkaan Malaysia 2011).Instrumen kajian ini adalah menggunakan soal selidik toleransi
sosio agama yang dibangunkan oleh Ahmad Tarmizi (2010). Sebanyak 1000 soal selidik
diedarkan kepada responden, namun setelah pembersihan data dilakukan hanya 931 yang boleh
digunakan. Bagi menentukan kesahan konstruk, analisis pengesahan faktor (CFA) dilakukan.
CFA dilakukan menggunakan perisian AMOS (Analysis Moment of Structure) 23.0.Menurut
Zainudin (2014), terdapat tiga kategori kesepadanan model iaitu absolute fit, incremental fit
dan parsimonious fit. Hair et al. (2010) dan Holmes-Smith, Coote dan Cunningham (2006)
mencadangkan agar menggunakan sekurang-kurang satu daripada setiap jenis kategori.Berikut
merupakan jadual bagi kategori indeks dan tahap penerimaan bagi setiap indeks.

263
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 1: Indeks kesepadanan


Tahap
Kategori Nama indeks Literatur Komen
penerimaan

Chisq (Discrepency Wheaton et. Sensitif kepada


Absolute fit P > 0.05
Chi square) al (1977) sampel saiz >200

RMSEA
Browne Julat antara 0.05
(Root Mean
RMSEA < 0.08 dan Cudeck hingga 0.1 adalah
Square of Error
(1993) diterima
Approximation)
Joreskog
GFI (Goodness of GFI = 0.95 adalah
GFI > 0.90 dan Sorbom
Fit index) padanan yang bagus
(1984)

AGFI (Adjusted Tanaka dan AGFI = 0.95 adalah


Incremental fit AGFI > 0.90
Goodness of Fit) Huba (1985) padanan yang bagus
CFI (Comparative Bentler CFI = 0.95 adalah
CFI > 0.90
Fit Index) (1990) padanan yang bagus
TLI (Tucker-Lewis Bentler dan TFI = 0.95 adalah
TLI > 0.90
Index) Bonett (1980) padanan yang bagus
NFI (Normed Fit Bollen NFI = 0.95 adalah
NFI > 0.90
Index) (1989b) padanan yang bagus

Chisq/df (Chi Marsh dan


Parsimonious Chi square / df Nilai mestilah
Square/Degrees of Hocevar
fit < 5.0 kurang daripada 5.0
Freedom) (1985)
Sumber: Zainudin Awang (2010)

Jika didapati model tidak mencapai tahap kesepadanan yang telah ditetapkan seperti
jadual di atas, maka perkara berikut perlu dilakukan. 1) semak semula nilai factor loadings.
Menurut Bryne (2010)dan Hair et al. (2010), factor loadings mestilah melebihi .50, positif
dan tidak melebihi nilai 1.0. 2) semak modifikasi indeks. Langkah-langkah dalam CFA
terdiri daripada menguji kesepadanan model, kesahan konvergen (convergent validity) dan
kebolehpercayaan konstruk (construct reliability). Kesahan konvergen adalah merujuk kepada
satu set indikator yang dianggap sebagai mengukur suatu konstruk (Kline, 2005).Brown (2006)
mendefinasikan kesahan konvergen sebagai ketekalan dalaman satu set item atau indikator.
Ia mewakili kekuatan hubungan antara item-item yang diramalkan untuk mewakili konstruk
pendam tunggal. Kesahan konvergen boleh diuji menggunakan beban faktor (factor loadings)
dan average variance extracted (AVE). Menurut Hair et al. (2010) dan Bryne (2010), beban
faktor tinggi yang melebihi .50 menunjukkan kesahan konvergen yang tinggi. AVE bagi setiap
konstruk juga haruslah sekurang-kurangnya mempunyai nilai .50, dan nilai AVE yang tinggi
iaitu melebihi .50 menunjukkan kesahan konvergen yang tinggi (Fornell & Larcker, 1981).
Kesahan kebolehpercayaan pula adalah setanding dengan Cronbach alpha dan instrumen yang
mempunyai kesahan kebolehpercayaan yang melebihi .70 dianggap sebagai boleh dipercayai
(Hair et al., 2010).

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

CFA Toleransi Agama


Ukuran toleransi agama terdiri daripada konstruk sikap, persepsi, kesediaan, pengalaman dan
tingkahlaku. Setiap konstruk mengandungi lima item. Setelah analisis CFA dilakukan, hasil
analisis adalah seperti gambarajah di bawah menunjukkan kesemua indeks kesepadanan tidak

264
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

mencapai tahap yang diperlukan. Oleh itu, satu demi satu item dibuang sehingga mencapai
tahap kesepadanan yang ditetapkan.

Gambarajah 1: CFA Toleransi Agama

Setelah sebanyak sebelas item dibuang, barulah kesemua konstruk ini mencapai indeks
kesepadanan yang telah ditetapkan seperti gambarajah berikut.

Gambarajah 2: CFA Toleransi agama setelah dibuang

265
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kesahan Konvergen
Formula bagi AVE adalah
AVE = ∑l²
n

Jadual 2: Kesahan Konvergen Toleransi Agama


Konstruk Nilai AVE Status
Persepsi 0.699 Sah
Sikap 0.518 Sah
Toleransi
Kesediaan 0.642 Sah
Agama
Pengalaman 0.714 Sah
Tingkahlaku 0.800 Sah

Kebolehpercayaan Konstruk
Formula bagi mengukur kesahan kebolehpercayaan adalah
CR= (∑l)²
(∑l)² + ∑δ

Tafsiran bagi nilai Cronbach alpha menurut Kline (2011) adalah seperti jadual di bawah.

Jadual 3: Kebolehpercayaan Konstruk Toleransi Agama


Cronbach Alpha Tafsiran
< .50 Tidak boleh dipercayai
.70 Mencukupi
.80 Sangat bagus
.90 Cemerlang
Sumber: Kline (2011)

Jadual 4: Kebolehpercayaan Konstruk Toleransi Agama


Konstruk Nilai CR Status
Persepsi 0.874 Sangat bagus
Sikap 0.763 Mencukupi
Toleransi
Kesediaan 0.843 Sangat bagus
Agama
Pengalaman 0.882 Sangat bagus
Tingkahlaku 0.889 Sangat bagus

Hasil daripada Ujian CFA ini menunjukkan model kajian adalah sepadan. Dari sudut kesahan
dan kebolehpercayaan, kesemua konstruk adalah sah dan boleh dipercayai.

MODEL PENGUKURAN

Tujuan model pengukuran adalah menguji kesepadanan model, pengesahan diskriminan,


kenormalan dan outliers. Kesepadan model telah diuji seperti dalam CFA, di mana kesemua
konstruk boleh digunakan. Langkah seterusnya adalah pengesahan diskriminan antara konstruk-
konstruk.

Pengesahan Diskriminan
Pengesahan diskriminan boleh dinilai melalui dua kaedah iaitu korelasi dan AVE dan r². Bagi
pekali korelasi nilai r yang sama dengan atau melebihi .90 menunjukkan korelasi yang tinggi
antara dua konstruk dan melanggar kesahan diskriminan (Fornell, & Larcker 1981; Hair et
al. 2010). Manakala nilai AVE untuk dua faktor pula mestilah lebih besar daripada r² mereka

266
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

(Bryne 2010). Hasil keputusan pengesahan diskriminan dapat dilihat seperti jadual di bawah.
Didapati konstruk sikap dan kesediaan mempunyai kesahan diskriminan yang tidak sah.
Manakala hubungan antara konstruk-konstruk lain mempunyai kesahan diskriminan yang sah.

Jadual 5: Pengesahan Diskriminan Toleransi Agama


Kontruk Persepsi Sikap Kesediaan Pengalaman Tingkah laku
Persepsi 0.699
Sikap 0.281 0.518
Kesediaan 0.203 0.828 0.643
Pengalaman 0.010 0.270 0.336 0.714
tingkahlaku 0.010 0.384 0.423 0.672 0.800

Maka, item-item bagi konstruk sikap dan kesediaan digabungkan menjadi satu konstruk iaitu
sikap bersedia. Hasil gabungan konstruk menunjukkan kesahan diskriminan bagi kesemua
konstruk adalah sah.

Jadual 6: Pengesahan Diskriminan Selepas Konstruk Digabung


Kontruk Persepsi Sikap bersedia Pengalaman Tingkah laku
Persepsi 0.699
Sikap bersedia 0.240 0.556
Pengalaman 0.010 0.325 0.715
tingkahlaku 0.010 0.423 0.672 0.801

Ujian kenormalan dan outliers


Data dianggap normal apabila nilai Skewness berada di antara -2 hingga +2 (Tabachnick
& Fidell 2007) dan nilai Kurtosis berada di antara -7 hingga +7 (Byren 2010). Hasil
keputusan ujian kenormalan bagi data kajian ini adalah di antara nilai -2 hingga +2 bagi
Skewness dan -7 hingga +7 bagi Kurtosis. Ini menunjukkan data multivariate bagi kajian
ini bertaburan secara normal. Maka, ujian outliers tidak perlu dilakukan.

KESIMPULAN

Hasil analisis faktor pengesahan instrumen toleransi sosio agama di Malaysia adalah sah
dan boleh digunakan, namun 11 item perlu dibuang untuk mencapai tahap kesepadanan
model yang ditetapkan. Instrumen toleransi agama yang dibangunkan oleh Ahmad Tarmizi
(2010) mempunyai lima konstruk iaitu persepsi, sikap, kesediaan, pengalaman dan tingkah
laku terhadap toleransi agama. Bagi konstruk sikap dan kesediaan menunjukkan kesahan
diskriminan yang tidak sah. Oleh itu, kedua-dua konstruk ini digabungkan menjadi satu
konstruk iaitu konstruk sikap bersedia. Akhirnya instrumen ini terdiri daripada empat
konstruk dan boleh digunakan untuk mengukur toleransi sosio agama di Malaysia.

RUJUKAN

Ahmad Tarmizi Talib. (2010). Socio-Religious Tolerance: Malaysia as a Case Study. University
of Wales Lampeter.
Ahmad Tarmizi Talib. (2013). Kajian Toleransi Sosio-Agama di Semenanjung Malaysia. Jurnal
Perpaduan.
Ahmad Tarmizi Talib, & Mohd Mahadee Ismail. (2006). Toleransi Agama: Kajian Kes di
Malaysia.
Ahmad Tarmizi Talib, & Sarjit S. Gill. (2012). Socio-Religious Tolerance: Exploring the
Malaysian Experience. Global Journal of Human Social Science, 12(8), 48–54.

267
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Ahmad Tarmizi Talib, Sarjit S. Gill, Razaleigh Muhamat Kawangit, & Puvaneswaran
Kunasekaran. (2013). Religious Tolerance: The Key between One ASEAN One Community.
Life Science Journal, 10(4), 1382–1385.
Ahmad Tarmizi Talib, Sarjit S. Gill, Zaid Ahmad, Jayum A. Jawan, & Nur Ayuni Mohd Isa.
(2013). Toleransi Sosio-Agama di Sabah dan Sarawak. Malaysian Journal of Youth Studies,
9, 83–90.
Brown, T. A. (2006). Confirmatory Factor Analysis for Applied Research. New York: The
Guilford Press.
Bryne, B. M. (2010). Structural Equation Modeling with AMOS: Basic concepts, application
and programing. London: Lawrence Erlbaum Associates, Inc.
Fornell, C., & Larcker, D. F. (1981). Evaluating Structural Equation Models with Unobservable
Variables and Measurement Error. Journal of Marketing Research, 18(1), 41–54.
Hair, J. F., Black, W. C., Robin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate Data Analysis
(7th Ed). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Holmes-Smith, P., Coote, L., & Cunningham, E. (2006). Structural Equation Model: From the
Fundamental to Advanced Topics. Melborne: Streams.
Ibrahim Abu Bakar. (2013). The Religious Tolerance in Malaysia : An Exposition. Advances in
Natural and Applied Sciences, 7(1), 90–97.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010.
Jaffary Awang. (2003). Toleransi agama dan perpaduan kaum: response intelek Malaysia – satu
observasi ringkas. In Jaffary Awang, Mohd Nasir Omar, & Muda @ Ismail Ab. Rahman
(Eds.), Agama dan perpaduan kaum di Malaysia. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Jaffary Awang, & Yusri Mohamad Ramli. (2011a). Kursus perbandingan agama dan
hubungannya dengan sikap toleransi beragama di kalangan pelajar jabatan usuluddin dan
falsafah. In Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2011 (pp. 1–16).
Jaffary Awang, & Yusri Mohamad Ramli. (2011b). Social Impact of Interfaith Dialogue on
Religious Toleration among Malaysian University Students. In Humanities & Social
Science 2011 (HSS-2011) (pp. 332–335). Lviv, Ukraine: Polytechnic National University
Institutional. Retrieved from http://ena.lp.edu.ua
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, & Mohd Herzali Mohd Haled. (2008). Toleransi
Beragama Dan Amalannya di malaysia: Rujukan kepada Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin, 27, 81–92.
Kline, R. B. (2005). Principles and Practice of Structural Equation Modeling (2nd Edition
ed.). New York: The Guilford Press.
Kline, R. B. (2011). Principles and Practice of Structural Equation Modeling. (3rded.). New
York: The Guilford Press.
Mohd Arip Kasmo, Abur Hamdi Usman, Mohamad Taha, Ahmad Rafizi Salleh, & Jamsari
Alias. (2015). Religious Tolerance in Malaysia : A Comparative Study between the Different
Religious Groups. Review of European Studies, 7(3), 184–191. doi:10.5539/res.v7n3p184
Mohd Roslan Mohd Nor. (2011). Religious Tolerance in Malaysia : An Overview. Middle East
Journal of Scientific Research, 9(1), 23–27.
Mutsalem Khareng, & Jaffary Awang. (2012). Cultural Socialization and Its Relation to
the Attitude of Religious Tolerance among Muslim and Buddhist Students in Prince of
Songkhla University. International Journal of Islamic Thought, 2, 12–22.
Mutsalim Khareng, & Jaffary Awang. (2014). Toleransi Beragama & Implikasinya dalam
kalangan Mahasiswa/I Muslim dan Buddha di Prince of Songkhla University. Journal of
Islamic and Arabic Education, 5(2), 1–14.
Nur Farhana Abdul Rahman. (2011). Pemahaman Kepelbagaian Agama Asas Panduan
Toleransi Agama bagi Masyarakat Muslim Malaysia. In International Conference of
Islamic Civilization and Malay Identity 2011 (ICICMI2011) (pp. 79–88).

268
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Nur Farhana Abdul Rahman, & Khadijah Mohd Khambali@Hambali. (2013). Religious
Tolerance in Malaysia : Problems and Challenges. International Journal of Islamic
Thought, 3, 81–91.
Roni Ismail. (2012). Konsep Toleransi dalam Psikologi Agama (Tinjauan Kematangan
Beragama). Religi, 8(1), 1–12.
Syed Kechik Syed Mohamed. (1971). Religious Toleration in Sabah. In Seminar on Malaysia
in Perspective. Victoria: Monach University, Clayton.
Wan Zulkifli Wan Hassan, Nazri Muslim, & Jamsari Alias. (2013). Pluralisme Agama di
Malaysia: Antara Prinsip dan Toleransi. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 14, 51–77.
Zainudin Awang. (2014). A Handbook on SEM: For Academicians and Practitioners. Bangi,
Selangor: MPWS rich resources.

269
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KOMUNITI PERANAKAN ARAB DI MALAYSIA: ANALISIS DARI


PERSPEKTIF GENEALOGI DAN PERKEMBANGAN SOSIAL

Latifah Abdul Latiff, Mashitah Sulaiman


Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
Bandar Baru Nilai, Nilai, 71800 Negeri Sembilan.

Abstrak
Kewujudan komuniti peranakan Arab di Malaysia mempunyai hubungannya
dengan sejarah kedatangan Islam di rantau Alam Melayu. Kehadiran masyarakat
Arab, khususnya dari Hadhramut, Yaman ke Tanah Melayu dalam abad ke-19 juga
mempunyai kaitan dengan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 dan pelabuhan
Singapura oleh British yang menarik kehadiran pedagang dari serata pelusuk
dunia. Kertas kerja ini bertujuan menjejaki asal usul komuniti peranakan Arab
atau masyarakat berketurunan Sayyid di Malaysia. Kajian ini turut menganalisis
perkembangan dan penempatan komuniti peranakan Arab, khususnya di Malaysia.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara analisis kandungan sumber primer
seperti bahan arkib, dokumen dan rekod rasmi. Selain itu, sumber sekunder seperti
artikel ilmiah, buku, akhbar dan majalah turut digunakan bagi melengkapkan
fakta berhubung kewujudan komuniti ini di Tanah Melayu (sebelum merdeka) dan
Malaysia selepas merdeka. Dapatan menunjukkan bahawa komuniti peranakan
Arab Hadhrami yang berasal dari Hadhramaut, Yaman merupakan imigran yang
berhijrah ke Tanah Melayu sama seperti kehadiran imigran dari China dan India.
Populasi masyarakat ini semakin meningkat pada awal abad ke-19 dan ke-20 dengan
beberapa penempatan utama dikenal pasti di Pulau Pinang, Pahang, Terengganu,
Kedah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Perak. Komuniti peranakan
Arab memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan
perniagaan, pentadbiran dan agama. Pada awal abad ke-20, komuniti peranakan Arab
aktif menjalankan aktiviti percetakan, penerbitan, pendidikan dan politik. Penerbitan
akhbar dan majalah seperti al-Imam (1906) yang diusahakan atas inisiatif golongan
Sayid Arab Hadhrami berperanan sebagai wadah perjuangan golongan reformis
yang menuntut pembaharuan dalam masyarakat Melayu dan berjaya menimbulkan
kesedaran dalam menuntut kemerdekaan negara.

Kata kunci: komuniti peranakan Arab, Tanah Melayu, Malaysia, genealogi,


perkembangan sosial.

PENGENALAN

Kemunculan masyarakat Arab berketurunan Sayyid dalam program berbentuk keagamaan


di media massa dan mahupun dalam kalangan masyarakat awam menjadi satu fenomena
di Malaysia sejak kebelakangan ini. Kehadiran pendakwah berketurunan Arab dari negara
jiran Indonesia, iaitu Habib Syech Abdul Qadir As-Segaf dalam beberapa siri program
Salawat Mega yang dianjurkan sama ada oleh pihak kerajaan persekutuan, berkuasa
tempatan, swasta dan perseorangan telah mendapat sambutan masyarakat Malaysia
khususnya, orang Melayu menggambarkan pengaruh besar golongan ini dalam mewarnai
persada dakwah di Malaysia. Fenomena ini mencetuskan minat masyarakat terhadap
budaya berselawat dan penyertaan dalam aktiviti keagamaan. Beberapa penceramah
berketurunan Arab, seperti Habib Ali Zainal Abidin dan Syed Naqjamuddin Syed Othman
al-Khirid, turut muncul dalam beberapa program berbentuk keagamaan anjuran stesen
televisyen tempatan, antaranya, TV al Hijrah, TV3 dan TV9.
270
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Peranan dan sumbangan komuniti Arab dalam masyarakat Melayu dan Malaysia
umumnya, mencetuskan minat penulis untuk mengkaji perkembangan masyarakat Arab
berketurunan Sayyid dari perspektif genealogi dan perkembangan sosial komuniti minoriti
ini di Tanah Melayu sebelum merdeka dan Malaysia (selepas merdeka). Statistik rekod
bancian dan bahan arkib dianalisis secara analisis kandungan untuk melihat perkembangan
populasi masyarakat Arab dan mengkaji penempatan mereka di Malaysia. Dalam kajian
yang bersifat kualitatif ini, sumber sekunder seperti artikel ilmiah, buku, akhbar dan
majalah turut digunakan bagi melengkapkan fakta berhubung kewujudan dan sumbangan
secara umum komuniti peranakan Arab berketurunan Sayid dalam konteks pembangunan
negara.

SOROTAN LITERATUR

Secara umum, orang Arab dikaitkan dengan aktiviti penyebaran agama Islam di rantau Alam
Melayu, termasuk Tanah Melayu.Beberapa orang sarjana tempatan dan asing telah mengkaji
asal-usul, latar belakang dan sejarah orang Arab Hadhrami di Tanah Melayu. Mahayuddin
Haji Yahaya dalam beberapa karya beliau menjejaki asal-usul dan sejarah orang Arab
Hadhrami dan penempatan mereka di Tanah Melayu (Mahayudin, 1980, 1984, 2000).Kajian
beliau memberikan gambaran dan dapatan awal yang cukup signifikan tentang masyarakat
Arab Hadhrami dari segi asal-usul mereka, latar belakang keluarga Sayyid di Tanah Melayu,
keturunan dan faktor-faktor yang membawa kepada penghijrahan masyarakat ini ke Alam
Melayu, khususnya Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, dalam karya beliau, Mahayuddin
tidak memberi penekanan terhadap peranan yang dimainkan oleh masyarakat Arab Hadhrami
dalam perkembangan agama dan penglibatan mereka dalam politik, pentadbiran dan ekonomi
di Tanah Melayu. Sebaliknya, Omar Farooq Sheikh Ahmad mengkaji tentang masyarakat Arab
di Pulau Pinang. Beliau menyentuh mengenai isu asal-usul orang Arab, sejarah, pola migrasi
Arab, penglibatan mereka dalam ekonomi, pendidikan, aktiviti dakwah dan kehidupan sosial
dengan perbincangan secara ringkas mengenai penyertaan komuniti ini dalam politik di Pulau
Pinang (Omar Farouk Shaeik Ahmad, 1978).
Terdapat juga penulisan akademik yang mengkaji secara khusus masyarakat Arab di
Tanah Melayu dengan kajian secara mendalam di daerah atau negeri tertentu sahaja, seperti
orang Arab di negeri Kedah, Muar, Johor dan di Jelebu, Negeri Sembilan. Nazirah Lee dalam
tesis Ph.D beliau mengkaji tentang kewujudan orang Arab semasa pemerintahan British di Tanah
Melayuketika perang (1918-1941). Dalam kajian tersebut, beliau mengkelompokkan semua
orang Arab yang tinggal di Tanah Melayu tanpa mengira keturunan, asaldan latar belakang
kabilah mereka sebagai masyarakat Arab secara umum. Ini termasuklah golonganSadah, Syaikh
dan orang Arab dari Timur Tengah. Beliau juga menganalisis tentang latar belakang orang
Arab di Tanah Melayu dari segi pendidikan dan kehidupan sosial. Kajian ini juga menganalisis
dan membuktikan penglibatan orang Arab dalam bidang ekonomi dan pentadbiran yang
menyaksikan hubungan secara langsung antara orang Arab dan Inggeris di Tanah Melayu.
Selain itu, Nazirah turut menyentuh mengenai hubungan dinamik antara orang Arab dan orang
Melayu sepanjang tempoh kajian (Nadzirah Lee, 2010).
Kajian mengenai salasilah keturunan Arab Hadhrami juga dilakukan untuk mengesan
sejarah latar belakang nenek moyang dan keturunan orang Arab Hadhrami di Tanah Melayu.
Raja Haji Yahaya mengkaji salasilah kerabat diraja Perak yang mempunyai hubungan dengan
masyarakat Arab Hadhrami di Tanah Melayu. R.O. Winstedt pula menulis tentang masyarakat
Sayyid yang berasal dari Hadramaut, Yamandi Perak dan Siak(Winstedt, 1918: 49-54).
Tun Suzana dan Muzaffar turut membincangkan dengan lebih terperinci tentang salasilah
keturunan Sayyid di Malaysia. Mereka cuba mencari pertalian antara Ahlul Bait atau keluarga
Nabi Muhammad SAW dengan salasilah keturunan Kesultanan Melayu di Tanah Melayu
dan Malaysia kini, Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, raja-raja Aceh, raja-raja Champa
(Kemboja), Patani dan Maguindanao, Filipina. Buku ini mengetengahkan peranan dan
271
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sumbangan keturunan Sayyid yang berasal dari Hadhramaut, Yaman yang mendakwa bahawa
mereka berasal daripada keturunan Nabi Muhammad SAW dan berperanan sebagai pendakwah
dan pemerintah antaranya, mewarisi takhta raja-raja di Alam Melayu. Kajian ini juga mendapati
bahawa Bendahara Johor, iaitu Tun Habib Abdul Majid merupakan salah seorang daripada
Ahlul Bait dan daripada beliaulah muncul salasilah keturunan Kesultanan Johor (1699-1877),
Pahang dan Terengganu yang memerintah negeri tersebut sehingga hari ini (Tun Suzana and
Muzaffar Mohamad, 2009).
Faridah Romly dalam kajian beliau berjudul“Orang Arab di Kedah”mengkaji
tentang orang Arab di Kedah. Kajian beliau membincangkan tentang asal-usul keturunan
komunitiArab dan penglibatan mereka dalam aspek agama, sosial, ekonomi dan politik di
negeri Kedah (Faridah Romly, 1983/84). Manakala kajian oleh A. Rahman Tang Abdullah
memberi tumpuan kepada sejarah masyarakat Arab di Muar, Johor. Beliau turut menganalisis
penglibatan masyarakat Arab dalam aspek agama, pendidikan, ekonomi dan kehidupan sosial
masyarakat di Muar (A. Rahman Tang Abdullah, 1991/92). Sementara itu, Syed Zakaria bin
Syed Hassan turut mengkajimasyarakat Arab, khususnya di daerah Jelebu, Negeri Sembilan.
Beliau menyentuh tentang latar belakang sejarah orang Arab keturunan Sayyid, yang berasal
dari Hadhramaut, Yaman yang mendakwa berasal daripada keturunan Nabi Muhammad SAW
dan menetap di Jelebu, Negeri Sembilan (Syed Zakaria bin Syed Hassan, 1989/1999).
Syed Muhammad Naquib Al-Attas pula membincangkan salasilah keturunan Sayyid dan
hubungannya dengan Hadhramaut, Yaman, iaitu negara asal bagi nenek moyang mereka dan
mengesan asal keturunan Sayyid dengan merujuk kepada keturunan Bani Qahtan dan Hazar (di
Hadhramaut). Walaupun terdapat pelbagai dakwaan, perbezaan pendapat dan ketidakpastian
dalam kalangan ahli genealogi mengenai keturunan Bani Qahtan, namun begitu, kebanyakan
sarjana genealogi bersetuju bahawa keturunan Bani Qahtan merupakan salah satu suku kaum
dari Bani Ismail. Tradisi mencatat rekod salasilah keluarga ini masih lagi diamalkan oleh Bani
‘Alawi atau’Alawis di Hadhramaut dan mereka menyimpan catatan tersebut dalam tujuh jilid
yang dikenali sebagai Shajarah al-Sadah Bani ‘Alawi yang disusun oleh Rabitah al-’Alawiyyah
di Jakarta, Indonesia. Rabitah al-’Alawiyyah mempunyai cawangan pejabatnya di Mesir dan
Kepulauan Melayu.Al-Attas juga turut membincangkan mengenai aktiviti penyebaran Islam
di Kepulauan Melayu oleh orang Arab yang kebanyakannya dilakukan oleh keturunan Bani
‘Alawi dari Hadhramaut, iaitu dari keturunan Saidina Husain pada abad ke-12 dan ke-16
Masihi (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2011: 76-79).
Kajian yang dilakukan oleh Mahayuddin Haji, Yahaya Omar Farouk, Nazirah Lee, Syed
Zakaria bin Syed Hassan dan Faridah Romly amat penting dan bermakna dalam kajian berkenaan
masyarakat Arab Hadhrami di Tanah Melayu. Kajian mereka memberi maklumat yang sangat
bernilai dan menjadi asas kepada kajian tentang masyarakat Arab Hadhrami di Tanah Melayu
yang meliputi penglibatan mereka dalam beberapa aspek dan perkembangan sosial masyarakat
di negara ini (Nadzirah, 2010). Walau bagaimanapun, penulisan mereka hanya membincangkan
tentang perkembangan komuniti Arab di negeri-negeri tertentu sahaja. Sebagai contoh, kajian
yang dilakukan oleh Omar Farouk dan Faridah Romly hanya menerangkan tentang masyarakat
berketurunan Arab secara umum yang merangkumi golongan berketurunan Sayyid dan
bukan Sayyid di Pulau Pinang dan Kedah (Faridah Romly, 1983/84; Omar Farouk Shaeik
Ahmad, 1978). Mahayuddin Haji Yahaya juga menulis mengenai masyarakat Arab Hadhrami
berketurunan Sayyiddi Pahang dan Johor secara umum. Oleh itu, satu kajian menyeluruh perlu
dilakukan untuk melihat dan mengenal pasti kehadiran komuniti Arab Hadhrami di negeri-
negeri lain di Tanah Melayu, peranan dan sumbangan mereka dalam konteks masyarakat di
Tanah Melayu atau Malaysia (kini). Walaupun Nazirah Lee cuba mengkaji dan menganalisis
hampir keseluruhan aspek masyarakat Arab di Tanah Melayu, namun kajian tersebut tidak
menyentuh secara terperinci beberapa isu,seperti penglibatan orang Arab dalam pendidikan
madrasah dan urusan mengerjakan haji di Makkah yang dikendalikan oleh komuniti tersebut di
Tanah Melayu. Secara keseluruhan, tesis ini menyediakan maklumat yang berguna mengenai
masyarakat Arab di Malaysia. Kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengkaji aspek-aspek lain
272
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

berkaitan masyarakat Arab di Malaysia dengan terperinci (Syed Zakaria bin Syed Hassan,
1989/1999; Nadzirah Lee, 2010) .

DAPATAN KAJIAN

Genealogi Komuniti Peranakan Arab Hadhrami


Masyarakat Arab Hadhrami di Malaysia mendakwa bahawa mereka berasal daripada
keturunan Nabi Muhammad SAW melalui cucu baginda Hussain, iaitu salah seorang
daripada anakFatimah dan Ali R.A. Masyarakat Arab Hadhrami juga dikenali sebagai
keturunan al-Sadah (jamak kepada istilah Sayyid). Mereka memanggil diri mereka sebagai
al-’Alawiyyin, iaitu dengan menghubungkan nasab kepada nenek moyang mereka, iaitu
Sayyid’Alawi, cucu kepada Ahmad bin Isa al-Muhajirbertujuan untuk membezakan diri
mereka daripada keturunan Sayyid yang lain di Hadramaut, Yaman (Mahyuddin Haji
Yahaya, 1980: 64-66; Ingrams, W.H., 1936: 36-39; Colonial No. 123). Mereka menyusur
galurkan keturunan mereka kepada ‘Ali, iaitu cicit Hussain, generasi keenam keturunan
Nabi Muhammad SAW. Ali menetap di Basrah dan beliau kenali sebagai Ali al-Qaim Bi-
’l Basrah. Dari keturunan Ali, lahir pula cicit beliau yang bernama Ahmad yang digelar
sebagaial-Muhajir (yang berhijrah).Beliau merupakan anak kepada Isa bin Muhammad
bin ‘Ali (al-Qaim Bi-’l Basrah). Ahmad bin Isa berhijrah dari Basrah ke Hadhramaut,
Yaman. Generasi Arab Hadhrami yang berketurunan Sayyid merujuk nama suku atau puak
mereka kepada cucu Ahmad b. Isa al-Muhajir, iaitu ‘Alawi. Denganitu, mereka menamakan
diri mereka sebagai’Alawiyyin. Keturunan SayyidAlawi atau ‘Alawiyyin berkembang
di Hadhramaut sekitar tahun 512 A.H./1127 A.D. Di Hadhramaut, keturunan ‘Alawi
mempunyai status yang tinggi dan dipandang mulia dalam masyarakat sebagai pewaris
Nabi dan pengembang ajaran Islam (Winstedt, Sept. 1918).
Menurut IbnHazm,seorang ahli sejarah terkenal pada abad ke-5 H/11 Masihi, beliau
merekodkan salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW melalui cucu-cucu baginda, iaitu
Hassan dan Hussain dalam Jamharah Ansab Silsilahal-Arab. Walau bagaimanapun, rekod
keluarga ini terhenti pada generasi yang ke-enam. Dikatakan bahawa terdapat kekeliruan
mengenai salasilah Nabi Muhammad SAW kerana terdapat tuntutan palsu yang dibuat oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, pensejarahan salasilah Nabi
Muhammad SAW berdasarkan sumber keturunan Sayyid Hadhrami disambung semula
selepas abad ke-10 Hijrah atau16 Masihi (Ibn Hazm, 1962M/1382H:384-456; Abd Al-
Salam Muhammad Harun, 1962M/1382H: 39-59).

“Ahmad bin Isa, the al-Muhajir (the traveller) was the great grandson of ‘Ali al-
Qaim bil Basrah. ‘Ali al-Qaim bil Basrah was the great-grandson of Hussain,
the grandson of Prophet Muhammad SAW. Ahmad bin Isa migrated from Basra
to Hadhramaut around 512 A.H./1127 A.D. As claimed, they were the descent of
Prophet Muhammad SAW. “The original ancestor of the Hadhramaut Seyyid came
from Basra many centuries ago, and his tomb can be seen not very far east of Seyim
on the South side of the Wadi Hadhramaut. Every Sayyid comes to pray here once
a year, and on his return from a journey will visit this tomb before he goes to his
home”. (Report of Proceeding for April 1933, CO 273/551/16)

Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, para sejarawan dan sarjana Eropah
menggunakan istilah ‘Alidmerujukkepada anak-anak Ali bin Abi Talib dengan isteri
beliau Fatimah puteri Nabi Muhammad SAW, dan juga anak dengan isteri yang lain serta
keturunan mereka. Istilah ini telah digunakan sejak zaman awal Islam.Antara anak-anak
Ali yang mempunyai keturunan ialah Hassan dan Hussain; Muhammadal-Hanafiyyah;
Umar; dan ‘Abbas. Anak-anak kepada Ja’far bin Abi Talib juga dipanggil ‘Alid. Dalam
bahasa Arab mereka dipanggil ‘Alawi dan istilah ini digunakan oleh umat Islam secara
273
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

khusus merujuk kepada keturunan Hassan dan Hussain. Semasa zaman Umayyahdan
‘Abbasiyyah istilah ‘Alid membawa maksud ‘Kumpulan’ Ali (Shi’at ‘Ali), iaitu kumpulan
politik yang menyokong perlantikan Saidina Ali sebagai Khalifah selepas kewafatan Nabi
Muhammad SAW. Dari kumpulan ini (iaitu Shi’at), kumpulan Syiah mendapat namanya
(Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2011: 13-14).
Struktur sosial masyarakat Arab berdasarkan kepada suku dan puak. Masyarakat
Arab keturunan Sayyid di Malaysia menyusur galurkan keturunan mereka kepada Ahmad
bin Isa al-Muhajir. Setiap suku bangsa Arab di Hadhramaut menggunakan nama keluarga
dengan panggilan dengan Ba, Ibnu dan Bin yang membawa maksud ‘anak kepada’ atau
keturunan. Setiap keturunan Sayyid mempunyai nama keluarga mereka masing-masing,
seperti al-Attas, al-Aidarous, as-Saqqaf dan al-Haddad. Nama keluarga ini kebiasaannya
diletakkan di hujung nama mereka, seperti Sayyid Mohamed Al-Sagoff dan Sayyid Hassan
Al-Attas. Gelaran ini membezakan masyarakat berketurunan Sayyid dengan masyarakat
Melayu. Dalam masyarakat Melayu Muslim, nama mereka terdiri daripada nama pertama
dan nama bapa, seperti “Umar Bin ‘Ali”. Komuniti Arab keturunan Sayyid sangat
mengambil berat tentang salasilah keturunan keluarga mereka. Mereka cuba mengekalkan
salasilah keluarga Sayyid dengan baik yang berkesinambungan dari generasi awal ke
generasi seterusnya. Di Tanah Melayu, Persatuan Arab yang dikenali sebagai Rabitah
al-’Arabiyyah yang beribu pejabat di Singapura bertanggungjawab untuk menyimpan
rekod keturunan Arab Hadhrami di negara tersebut. Mereka mempunyai wakil yang
mencatat setiap kelahiran, perkahwinan dan kematian dalam keluargaSayyid. Sementara
tu, Persatuan Arab Hadhrami atau Rabitah al-‘Alawiyyah ditubuhkan pada tahun 1927
berpusat di Jakarta Indonesia yang bertanggungjawab menyimpan rekod tentang salasilah
keturunan Arab Hadhrami di rantau ini. Persatuan ini juga mempunyai cawangannya di
Singapura (Ingrams, W.H., 1936: 36-38).
Di Hadhramaut, kumpulan Sadah memegang jawatan berkaitan hal ehwal agama
dan kebanyakan mereka merupakan golongan ulama yang mempunyai pengaruh yang
besar dalam memelihara undang-undang Islam dan ajaran agama. Tarim merupakan salah
sebuah pusat pengajian agama Islam yang terpenting di Hadhramaut. Tarim telah berjaya
menghasilkan ramai ulama terkenal, malahan ada di antara mereka yang menjadi mufti,
qadi dan ahli agama. Majoriti komuniti peranakan Arab berketurunan Sayyid yang tinggal
di Tarim berasal daripada keturunan NabiMuhammadSAW (Ibid., 36-38).
Komuniti Arab di Tanah Melayu kebanyakannya berasal dariHadramaut, Yaman.
Mereka juga dikenali sebagai keturunan Sadah dan merupakan kumpulan minoriti
yang dihormati dalam masyarakat Melayu. Masyarakat berketurunan Sayyid terkenal
dan dihormati dalam kalangan masyarakat Melayu kerana usaha gigih mereka dalam
penyebaran agama Islam. Mereka banyak menyumbang kepada pembangunan Tamadun
Melayu Islam di Alam Melayu, terutamanya di Tanah Melayu. Walaupun bilangan mereka
adalah kecil, namun pengaruh mereka memberi kesan yang signifikan dalam kalangan
masyarakat Melayu. Selain itu, mereka juga turut memegang jawatan penting dalam
pentadbiran negeri –negeri Melayu di Tanah Melayu (Mohammad Redzuan Othman; 2002:
38). Salasilah keturunan masyarakat Arab al-‘Alawiyyin dipercayai mempunyai pertalian
darah dengan cucu Nabi Muhammad SAW, iaitu Saidina Hussain (Winstedt, R.O., Sept.
1918).
Komuniti Arab berketurunan Sayyid mempunyai kedudukan yang sangat istimewa
dalam masyarakat Melayu. Malahan orang Melayu begitu menghormati komuniti Arab
kerana hubungan mereka dengan Nabi Muhammad SAW serta pengetahuan agama yang
dimiliki oleh mereka. Ini merupakan antara faktor yang membantu mereka yang dengan
mudah diterima oleh masyarakat sebagai pewaris dan penyebar dakwah dan ajaran Islam.
Mereka juga turut menjadi sumber rujukan kepada masyarakat Islam untuk mendapatkan
khidmat nasihat dalam perkara yang berkaitan dengan agama. Dari segi hubungan dengan
pemerintah, terdapat jurang yang kecil di antara masyarakat Arab berketurunan Sayyiddan
274
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

orang Melayu. Menurut Linehan, komuniti Arab berketurunan Sayyid mempunyai hubungan
yang akrab dengan kerabat diraja dan golongan bangsawan berbanding masyarakat
awam berbangsa Melayu. Masyarakat Melayu juga amat menghormati golongan Sayyid
sebagaimana mereka menghormati sultan dan raja-raja Melayu (Linehan, W., 1936: 81).

Dalam masyarakat Melayu, terdapat gelaran tertentu yang digunakan merujuk


kepada orang yang dihormati. Golongan Peranakan Arab keturunan Sayyid juga menerima
gelaran khas daripada orang Melayu. Di Pahang, terutamanya di kawasan Kuala Tekal,
orang Melayu memanggil mereka dengan gelaran ‘Engku’. Di Pekan dan di beberapa
daerah lain mereka dipanggil dengan gelaran ‘Habib’, ‘Tuan’ atau ‘Tuan Sayyid’.
Malahan, keturunan Sultan dan Bendahara Pahang berasal dari keturunan Bendahara Seri
Maharaja Johor, Tun Habib Abdul Majid yang juga dipercayai ahlu al-bait dan mempunyai
pertalian dengan keturunan Nabi Muhammad SAW dari Hadhramaut, Yaman (Linehan,
W., 1936: 55; Tun Suzana Tun Othman and Muzaffar Mohamad, 2009: 197-226). Mereka
juga dipanggil dengan gelaran Wan atau Tun, seperti Tun atau Wan Ali dan Wan Mutahir.
Panggilan Wan juga digunakan yang merujuk kepada keturunan ahlul bait di Aceh dan
Jakarta. Sementara itu, dalam kalangan golongan Sayyid, mereka membahasakan diri
sebagaiana and anta yang bermaksud saya dan awak (Mahayudin Haji Yahaya, 1984:
88). Di Terengganu, golongan Arab berketurunan Sayyiddipanggil dengan gelaran Tukku
atau Tokku. Selain gelaran Sayyid, mereka juga dipanggil sebagai sharif dan habib (W.H.
Ingrams, 1936: 40-41; Syed Ali bin Mohamed al-Attas, 1998: 6).
Dalam struktur lapisansosial masyarakatHadhramaut, penduduknya
dibahagikankepada puak, suku bangsaataukelas sosial. Sesuatu puak dikumpulkan mengikut
kepentingan dankedudukan mereka dalammasyarakat.SadahatauSayyidmerupakan satu
golongan yang berpengaruh diHadhramautdan mereka merupakan ulamayang dihormati
dan disegani dalam masyarakat, seperti Ba ‘Alawi, Al-Aydarus, Al-Saqqaf danAl-Haddad.

275
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Populasi Masyarakat Arab Berketurunan Sayyid


Populasi masyarakat Arab Hadhrami bertaburan hampir di setiap negeri di Tanah
Melayusepanjang abad ke-19 dan ke-20 M. Bancian penduduk yang terawal di Tanah Melayu
dilakukan semasa zaman penjajahan British. Bancian penduduk ini yang dibuat berdasarkan
kepada kategori bahasa yang dipertuturkan oleh penduduk, mengkategorikan semua individu
yang bertutur bahasa Arab dan lahir di negara Arab dan juga di Tanah Melayu semasa penjajahan
British diletakkan di bawah satu kategori, iaitu bangsa Arab. Orang Arab berketurunan Sayyid
dan bukan Sayyid termasuklah syaikh juga berada dalam kategori bangsa Arab. Bancian terawal
di Tanah Melayudilakukan pada tahun 1871 di Negeri-negeri Selat, iaitu Singapura, Melaka
dan Pulau Pinang (Straits Settlement Population 1871, Microfilm No. 242).Daripada rekod ini,
didapati bahawa jumlah orang Arab adalah 1122 orang. Jumlah paling ramai ialah di Singapura
dengan 465 orang, diikuti oleh Pulau Pinang seramai 354 orang dan Melaka dengan jumlah
seramai 303 orang. Daripada jumlah 1122 orang, 605 adalah lelaki dan selebihnya adalah
wanita. Banci seterusnya dibuat pada tahun 1881 di Negeri-negeri Selat yang menyaksikan
peningkatan penduduk Arab di tiga buah negeri. Dalam tempoh sepuluh tahun, bilangan
mereka telah meningkat kepada 1637 orang dengan penambahan sebanyak 515 orang. Walau
bagaimanapun, bancian pada 1891 menunjukkan terdapat penurunan jumlah masyarakat Arab
kepada 1468 orang.
Bancian yang dijalankan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun
1891menunjukkan bahawa terdapat seramai 334 orang Arab di negeri tersebut. Daripada jumlah
ini, 329 orang berada di Pahang, diikuti Selangor seramai 27 orang, Negeri Sembilan, 20 dan
Perak seramai 51 orang. Bancian pada tahun1901 yang dijalankan di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu menunjukkanpertambahan pendudukArab dalam masa 10 tahun kepada 574 orang.
Jumlah pertambahan orang Arab agak kecil di NegeriSembilan, Selangor dan Perak berbanding
Pahangyang menyaksikanpeningkatan yang ketaradari329 orang pada tahun 1891kepada447
orang padatahun 1901 (Federated Malay States, Census of the Population, 1901; CO 575/3,
Federated Malay States Statistics 1906: 84-85).
Berdasarkan rekod, didapati bahawa ramai usahawan Arab Hadhrami dari Johor memohon
daripada kerajaan Negeri Pahang untuk membuka tanah bagi tujuan pertanian, perlombongan
serta aktiviti-aktiviti pembalakan pada suku terakhir abad ke-19. Hal ini, merupakan antara
faktor yang menarik minat orang Arab lain untuk berhijrah dan bekerja di Pahang. Berdasarkan
rekod banci, didapati bahawa sejak banci pertama dijalankan pada tahun 1871, masyarakat
Arab, khususnya keturunan Sayyid Hadhrami bertaburan dan menetap hampir di setiap negeri
di Tanah Melayu.

Jadual 1: Banci Populasi Arab di Negeri-Negeri Selat


  Negeri / Bilangan Komuniti Arab
Tahun Singapura Melaka P. Pinang Jumlah
1871 465 303 354 1122
1881 836 220 574 1630
1891 806 95 567 1468
1901 919 45 542 1506
1911 1237 135 702 2074
1921 1282 56 520 1858
1931 1939 88 605 2632

Sumber: Straits Settlements: Report on the Census of the Straits Settlements, taken on the
5th April 1891, by E.M. Merewether, Eso, Singapore: Printed at the Government Printing
Office, 1892.

276
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 2: Banci Populasi Masyarakat Arab di Negeri-Negeri Bersekutu


Negeri

Tahun Pahang Selangor Negeri Sembilan Perak Jumlah

1891 329 27 20 51 427


1901 447 31 27 69 574
1911 152 73 62 50 337
1921 395 82 78 101 656
1931 189 70 88 55 402

Sumber: Federated Malay States, Census of the Population, 1901, Straits Settlement
Population 1871, J.A.E. Morley, “The Arabs of the Eastern Trade”, p. 175; CO 575/3,
Federated Malay States Statistics 1906, Census Taken on 1st March, 1901, Colonial Office
Library, pp. 84-85

Berdasarkan bancian pada tahun 1911 yang dibuat di negeri Kedah dan Perlis,
sebanyak 119 orang Arab menetap di Kedah, manakala 10 orang tinggal di Perlis. Masyarakat
Arab dikategorikan sebagai Melayu pada ketika itu, namun golongan Sayyid (Syed) masih
menganggap diri mereka sebagai orang Arab. “The large majority of the Arabs were
practically Malays of remote Arab descent. The Syeds had usually described themselves as
Arabs” (Report on the Census of Kedah and Perlis A.H 1329, A.D 1911; 7). Kebanyakan
orang Arab bertutur menggunakan bahasa Melayu. Oleh itu, secara tidak langsung mereka
dikenali berdasarkan kepada bahasa yang dipertuturkan dan mereka menjadi sebahagian
daripada masyarakat Melayu (Ibid.). Perkahwinan campur di antara orang Arab dan
masyarakat tempatan menjadi suatu kebiasaan di Kedah dan Perlis. Majoriti orang Arab
yang lahir di Tanah Melayu dan mempunyai ibu berbangsa Melayu, menggunakan bahasa
Melayu dalam pertuturan seharian. Ramai dalam kalangan mereka tidak bertutur dalam
bahasa Arab dengan fasih,namun mereka boleh memahami bahasa tersebut. Oleh kerana
asimilasi dengan penduduk tempatan, masyarakat Arab Hadhrami mudah menyesuaikan
diri dengan cara hidup dan budaya Melayu termasuk dari segi bahasa, makanan, adat resam
dan cara berpakaian yang akhirnya menyebabkan mereka dipanggil sebagai Melayu (GA
27/1940, 31 Januari 1940).

Jadual 3: Banci Populasi Komuniti Arab Di Negeri-Negeri Tidak Bersekutu


Negeri
Tahun Johor Terengganu Kelantan Kedah Perlis Jumlah
1911 699 186 17 119 10 1031
1921 736 567 118 226 154 1801
1931 1345 89 213 113 143 1903
1947 1897 199 256 62 27 2441

Sumber: Nathan, J.E., The Census of British Tanah Melayu 1921, London, Dunstable and
Watford: Printed by Waterlow & Sons Limited, 1922, hlm. 22; Lihat juga Mahayudin Haji
Yahaya, Sejarah Penempatan Orang Arab di Johor, in Seminar Sejarah Budaya Johor Tahun
2000, Vol. 2, Johor Bahru, hlm. 4.

Masyakarat Arab keturunan Sayyid mengambil berat tentang salasilah keluarga mereka.
Dalam usaha untuk memastikan hubungan kekeluargaan terjaga, mereka akan mencatat tarikh

277
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

perkahwinan, kelahiran dan kematian bagi setiap ahli keluarga. Ini adalah penting supaya
mereka dapat mengesan salasilah keturunan mereka sehingga berkesinambungan kepada Nabi
Muhammad SAW. Cacatan atau rekod berkenaan salasilah keluarga ini dapat dijadikan sebagai
sumber rujukan kepada generasi muda pada masa akan datang.Ilmu salasilah atau nasab sangat
ditekankan oleh generasi awal masyarakat Arab Hadhrami keturunan Sayyid (Sy. Aliedin,
2011).

Migrasi dan Penempatan Komuniti Arab Hadhrami


PembukaanTerusan Suezpada tahun 1869 menyaksikan penggunaan kapal wap semakin
popular berbandingkapal layar. Secara tidak langsung pergerakankapal dan proses
penghijrahan menjadi semakin cepatdan mudah serta bilangan penghijrah juga meningkat
dari masa ke semasa. Keadaan ini menyebabkan berlakunya penghijrahan besar-besaran
masyarakat Arab ke negara luar seperti India,Afrika dan di rantau Asia Tenggara, termasuklah
Tanah Melayu. Kebanyakan keluarga masyarakat Arab Hadhrami berketurunan Sayyid,
seperti al-Attas, al-Saqqaf, al-Junied danal-Kaff, amat dikenali dalam masyarakat di Tanah
Melayu kerana sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh mereka dalam pelbagai bidang.
Mereka terlibat secara aktif dalam perniagaan dan menjadi usahawan yang berjaya. Apabila
Singapura dibuka oleh Stamford Raffles pada tahun 1819, orang Arab Hadhrami keturunan
Sayyid adalah antara pedagang terawal yang datang berdagang di Singapura. Mohammed bin
Harun Al-Junied dan anak saudaranya, Sayyid Omar bin Ali Al-Junied merupakan pedagang
Arab yang datang ke Singapura pada tahun 1819. Mereka dikenali sebagai pedagang Arab
yang kaya yang berhijrah dari Palembang, Sumatera (Ameen Ali Talib, 1997: 89).
Sebahagian besar orang Arab di Tanah Melayu adalah mereka yang berhijrah dari
Hadhramaut, Yaman. Kebanyakan komuniti Arab ini berasal daripada keturunan Sayyid
‘Alawi. Menurut Mahayudin Haji Yahya (1988, 2000),penghijrahan masyarakat Arab dari
Semenanjung Tanah Arab ke Tanah Melayuberlaku dalam beberapa peringkat; sama ada
secara langsung atau tidak langsung dari Semenanjung Tanah Arab. Beliau juga menyatakan
bahawa penghijrahan terus dari Semenanjung Tanah Arab jarang berlaku berbanding
penghijrahan secara tidak langsung yang melibatkan majoriti orang Arab yang bermigrasi
dari Hadhramaut ke Kepulauan Melayu. Kebanyakan mereka datang dari Semenanjung
Tanah Arab melalui Indonesia (Serjeant, R.B.1957: 24-25). Dalam konteks migrasi ke Tanah
Melayu, penghijrahan orang Arab ke Pulau Pinang berlaku selepas Francis Light mengambil
alih Pulau Pinang daripada Sultan Kedah pada tahun 1786(Omar Farouk, Disember 1978:
2-10). Kesan daripada pola migrasi orang Arab ke Pulau Pinang, komuniti Arab ini
tidak hanya terlibat dalam perdagangan, bahkan turut menceburi bidang pendidikan dan
penyebaran ajaran Islam dengan pembukaan madrasah. Dalam kajian Omar Farouk tentang
masyarakat Arab di Pulau Pinang, beliau menyenaraikan nama puak atau keluarga komuniti
Arabdi Pulau Pinang. Antara faktor yang berjaya menarik minat orang Arab untuk datang
berdagang ke Pulau Pinang pada ketika itu ialah dasar perdagangan yang diperkenalkan
oleh Francis Light yang tidak mengenakan duti import kepada peniaga dan pemberian hak
kepada peneroka baru untuk memperoleh tanah di Pulau Pinang secara bebas (Winstedt,
1962: 210). Migrasi dan pergerakan manusia turut berlaku dalam kalangan orang Arab dari
negara jiran, seperti Aceh dan Sumatera ke Pulau Pinang. Ini menunjukkan bahawa orang
Arab kerap menggunakan laluan di kawasan perairan Pulau Pinang bagi tujuan perdagangan
yang menghubungkan pedagang-pedagang Arab dan Kepulauan Melayu. Apabila Singapura
dibuka sebagai pelabuhan bebas pada tahun 1819, pelabuhan ini berperanan menjadi pintu
masuk utama kepada orang Arab yang datang dari Timur Tengah dan Indonesia ke Pulau
Pinang (William, R. Roff, 1967: 40).
Semasa Melaka berada pada zaman kegemilangannya sebagai sebuah pelabuhan
entrepotdi Kepulauan Melayu, kemasyhurannya telah menarik minat ramai pedagang asing
berdagang di Melaka. Ini termasuklah orang Arabdari Hadhramaut, Yaman dan negara-
negara Timur Tengah yang lain, malahan ada di antara mereka yang datang dari Palembang,
278
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Indonesia. Melaka tidak hanya berperanan penting sebagai pusat perdagangan maritim antara
Timur dan Barat, tetapi juga sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam di Alam Melayu.
Oleh yang demikian, hubungan antara orang Arab dan orang Melayu menjadi lebih erat
dan bermakna dengan kedatangan Islam sebagai pemangkin. Walau bagaimanapun, menurut
Mahayudin Haji Yahya, kedatangan masyarakat Arab Hadhrami berketurunan Sayyid ke
rantau ini agak sedikit lewat, iaitu sekitar abad ke-16 berbanding dengan pedagang Arab lain
yang datang lebih awal dan menjalankan perniagaan dan urusan perdagangan di Melaka pada
abad ke-15 dan ke-16 Masihi. (Mahayudin Haji Yahaya, 1984: 36).
Penempatan masyarakat Arab Hadhrami bertaburan di beberapa buah negeri di
Semenanjung Tanah Melayu. Sebagai contoh di negeri Pahang, penghijrahan komuniti Arab
ke negeri ini juga berlaku secara tidak langsung. Mereka datang dari pelbagai tempat lain
seperti Palembang, Singapura, Johor dan Pulau Pinang sebelum berhijrah dan menetap di
Pahang. Kebanyakan orang Arab berhijrah ke Pahang bagi tujuan perniagaan, menjalankan
kerja dakwah dan menyebarkan ajaran Islam (Ibid.: 37). Mereka juga mempunyai hubungan
yang rapat dengan golongan pemerintah, terutama kerabat diraja. Penghijrahan tidak langsung
juga menyaksikan kedatangan orang Arab dari Gujarat, India ke Pulau Pinang dan negeri-
negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu. Abad ke-19 dan ke-20 Masihi menyaksikan
penghijrahan besar-besaran orang Arab dari Hadhramaut, Yaman, Hijaz, Mesir dan Iraqke
Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada ahli perniagaan, pedagang dan tokoh agama (Omar
Farouk Shaeik Ahmad, 1978: 2).
Keluarga al-Attas merupakan antara pedagang terawal menetap di Tanah Melayu.
Penghijrahan keluarga al-Attas ke Kepulauan Melayu, terutamanya Tanah Melayu dapat
dikesan sejak awal abad ke-19 apabila Sayyid Zaynal-Attas seorang peniaga dari Hadhramaut
datang ke Tanah Melayu melalui Makasar. Beliau mengembara ke Makasar pada akhir abad
ke-18 dan berkahwin dengan seorang puteri Bugis (Kazuhiro Arai, 2004: 132). Sayyid
Zaynal-Attas bersama-sama dengan anak saudaranya, Sayyid Ahmad bin Hassanal-Attas
terlibat dalam bidang perniagaan di Pahang. Mereka mempunyai hubungan baik dengan
keluarga diraja Pahang. Habib Hassan al-Attas merupakan antara usahawan Arab yang
berjayadi Tanah Melayu, malahan beliau juga seorang dermawan (Mahayudin, 1984: 37).
Habib Hassan juga berperanan penting dalam penubuhan beberapa buah sekolah Arab atau
madrasah di Tanah Melayu, seperti Madrasah al-Attas di Johor Bahru dan Madrasah al-Attas
al-Arabiyyah di Pekan, Pahang. Beliau juga turut mewakafkan tanah seluas 10 ekar bagi
menempatkan Madrasah al-Attas al-Arabiyyah, Johor Bahru dan juga sebidang tanah bagi
pembinaan Masjid al-Attas.Beliau juga turut mewakafkan sebuah bangunan di Mesir selama
100 tahun bagi kegunaan pelajarMelayu (SS 2289/1941, 1931).
Munsyi Abdullah dalam bukunya, Pelayaran turut menyebut tentang penempatan komuniti
keluarga Arab di Kampung Maulana yang terletak di tebing Sungai Pahang dalam aktiviti
perdagangan. Komuniti Arab amat dihormati dalam masyarakat dan mempunyai hubungan
baik dengan pihak istana. Munshi Abdullah juga menyenaraikan nama keluarga komuniti
Arab di Pahang antaranya, keluarga al-Attas, al-Habsyi, al-Yahya, al-Hinduan, al-Saggaf,
al-Jifri, al-Junied, al-Khirid and al-Aidid (Munsyi Abdullah Abdul Kadir, 1970: 290).
Kewujudan komuniti Arab di Pahang dikesan seawal abad ke-19. Mereka terdiri
daripada keluarga al-Habsyi, al-Yahya, Al-Khirid, al-Saggaf, al-Hinduan, al-Attas dan al-
Aidid yang berasal dari Hadhramaut, Yaman. Keluarga al-Habsyi merupakan antara keluarga
Arab yang terawal tiba di Pahang sekitar tahun 1803-1806, iaitu semasa pemerintahan Tun
Koris. Keturunan al-Yahya juga terdapat di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Keturunan
al-Khirid juga menetap di Pahang diketuai oleh Sayyid Alib. Sayyid Sulaiman. Sayyid Ali
berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan menetap di kawasan Teluk Tekal dan Sega,
Raub, Pahang (Mahayudin, 1984: 39-51). Menurut J.E. Nathan dalam catatan bancian beliau
menyatakan bahawa terdapat penempatan Arab di Kampung Bruas, Pekan Pahang. “There
is a fairly large Arab settlement at Kampong Bruas in the Pekan district of Pahang…”
(Nathan, J.E., 1922: 91).
279
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Di Terengganu, kehadiran Arab Hadhrami turut disedari oleh pelawat asing pada awal
abad ke-19. G.W. Earl contohnya, membuat catatan tentang kewujudan komuniti ini semasa
dalam perjalanan dari Bangkok ke Singapura pada tahun 1833. Dalam catatan beliau, Earl
menulis tentang peranan dan pengaruh besar masyarakat Arab dalam pentadbiran agama di
Terengganu (Earl, G.W., 1971: 185-186). Kesultanan Terengganu di bawah pemerintahan
Sultan Zainal Abidin I (1702-1726) juga turut mempunyai pertalian dengan keturunan Nabi
Muhammad SAW melalui bapanya Tun Habib Abdul Majid, iaitu Bendahara Johor (d. 1697).
Tun Suzana dan Muzaffar percaya bahawa Tun Habib Abdul Majid mempunyai pertalian
darah dengan ahlul bait atau keluarga Nabi Muhammad SAWdan berasal daripada keturunan
baginda (2009: 211).
Keluarga al-Idrus atau al-Aidarus pula merupakan antara keluarga Arab Hadhrami
yang terkenal di Terengganu. Keluarga Al-Aidarus terkenal dengan usaha dakwah mereka
menyebarkan ajaran Islam di negeri tersebut. Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin Al-
Aidarus (1839-1876) yang lebih dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar adalah seorang ‘alim
yang banyak menyumbang kepada pembangunan Islam di Terengganu. Keturunan Al-Aidarus
turut memainkan peranan penting dalam pentadbiran agama dan politik di Terengganu pada
abad ke-19 dan abad ke-20 (Ibid.:135-43). Sementara itu, Sayyid Sheriff Tengku Sayyid
Hussain Al-Aidid adalah antara orang Arab yang paling awal menetap di Pulau Pinang pada
abad ke-18. Beliau berhijrah ke Pulau Pinang dari Aceh pada tahun 1792. Beliau adalah
seorang pedagang yang berjaya dan memiliki gudang sendiri di Acheen Street (Nordin
Hussin, 2007: 94; Clodd, H.P., 1948: 119).
Di Negeri Sembilan, masyarakat Hadhrami Arab tertumpu di tiga daerah utama, iaitu
Seremban, Tampin dan Jelebu serta beberapa daerah lain. Kampung Peradong adalah antara
kampung terawal yang menerima kehadiran migran Arab Hadhrami di daerah Jelebu (Syed
Zakaria bin Syed Hassan, 1989/1990: 76-79; Buyung Adil, 1981: 18).Walau bagaimanapun,
salasilah komuniti Arab Hadhramidi Negeri Sembilan tidak berasal dari keturunan Hussain
Ibn’ Ali RA, tetapi melalui Hassan Ibn’ AliRA (Buyung Adil, 1981: 31; Tun Suzana Tun
Othman & Muzaffar Mohamad, 2009: 174). Di Perlis, keluarga Sayyid Jamalullail telah
memerintah negeri tersebut sejak pertengahan abad ke-19 hingga ke hari ini (Mohd Roselan
Ab. Malek, 1993: 35; Universiti Malaysia Perlis, 2010: 31). Keluarga Jamalullail berasal
dari Hadhramaut, Yaman. Pada peringkat awal, Sayyid Hussain Jamalullail dilantik sebagai
penghulu Arau menggantikan arwah bapanya. Sejak itu keluarga Jamalullail menjadi
pentadbir negeri Perlis hingga ke hari ini (Mohd Roselan: 39).
Komuniti Arab Hadhrami di Johor tinggal di tiga daerah utama, iaitu Batu Pahat,
Johor Bahru dan Muar. Kebanyakan mereka menetap di kawasan bandar seperti Johor Bahru,
Penggaram (Batu Pahat) dan pekan Maharani (kini dikenali sebagai Muar) dan terdapat juga
yang menetap di Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Segamat (Mahayuddin Haji
Yahaya, 2000: 4-5). Kesultanan Johor diperintah oleh keturunan Sayyid Hadhrami apabila
anak Bendahara Seri Maharaja Johor Tun Habib Abdul Majid, iaitu Paduka Raja Tun Habib
Abdul Jalil telah dilantik sebagai pemerintah baru Johor Lama pada tahun 1699 dengan
gelaran Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah IV (1699-1718). Sejak itu, keturunan Bendahara
Tun Habib Abdul Majid menjadi Sultan Johor sehingga pada abad ke-19, apabila keluarga
Temenggung mengambil alih takhta negeri Johor pada tahun 1885. Kesultanan Selangor
juga berasal dari keturunan Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah IV melalui anak perempuannya,
Puteri Mandak (Tun Suzana Tun Othman & Muzaffar Mohamad: 197).

KESIMPULAN

Kewujudan komuniti Arab di Tanah Melayu dan Malaysia umumnya mempunyai hubungan
dengan sejarah aktiviti perdagangan, perniagaan dan migrasi masyarakat ini dari Semenanjung
Tanah Arab. Kebanyakan komuniti peranakan Arab di Malaysia berasal daripada keturunan
Arab yang berhijrah dari Hadhramaut, Yaman ke Tanah Melayu. Migrasi masyarakat Arab
280
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ke Tanah Melayu berlaku secara berperingkat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dari Semenanjung Tanah Arab. Walaupun orang Arab telah mempunyai hubungan perdagangan
dengan Kepulauan Melayu sejak awal abad ke-13 (dengan pengislaman kerajaan Samudera-
Pasai), ke-15 dan ke-16 masihi semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka,
namun migrasi masyarakat Arab dalam skala yang besar berlaku sekitar abad ke-19 dan ke-20
Masihi. Migrasi secara langsung masyarakat Arab dari Hadhramaut, Yaman; Hijaz, Mesir dan
Iraq ke Tanah Melayu memberi kesan kepada peningkatan jumlah komuniti ini di Tanah Melayu.
Selain melalui pengantara Indonesia atau datang dari wilayah lain di Kepulauan Melayu dan
Semenanjung Tanah Melayu, migrasi secara tidak langsung menyaksikan kedatangan orang
Arab dari India.
Populasi masyarakat Arab bertaburan hampir di setiap negeri di Tanah Melayu dan
jumlah mereka semakin meningkat pada awal abad ke-19 dan ke-20. Beberapa penempatan
utama komuniti peranakan Arab dikenal pasti tertumpu di Pulau Pinang, Pahang, Terengganu,
Kedah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak, selain negeri-negeri lain di Semenanjung
Tanah Melayu.
Komuniti Arab di Malaysia amat dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat
Melayu kerana pertalian darah dan hubungan mereka dengan nasab Nabi Muhammad SAW serta
pengetahuan agama yang mereka miliki. Peranan komuniti Arab berketurunan Sayyid dalam
penyebaran agama Islam dan sumbangan mereka dalam pelbagai bidang, seperti perniagaan
dan pendidikan, keagamaan dan pentadbiran, percetakan, penerbitan dan politik (pada awal
abad ke-20) menjadikan komuniti minoriti ini mempunyai kedudukan yang istimewa dalam
masyarakat. Keluarga Arab Hadhrami berketurunan Sayyid, seperti al-Attas, al-Habsyi, al-
Junied, al-Saqqaf, al-Khirid, al-Yahya, al-Aidid dan lain-lain amat dikenali dan disegani dalam
masyarakat Melayu khususnya, di atas sumbangan dan pengaruh mereka yang besar dalam
pelbagai bidang yang menyumbang kepada pembangunan negara dan kemajuan masyarakat
Malaysia.

RUJUKAN

Ahmad Ismail & Yazid Mat. (1974). Perlis Indera Kayangan, Sejarah Pembentukan Sebuah
Negeri Berdaulat, Perlis: n.p.
Ameen Ali Talib. (1997). “Hadramis in Singapore”, Journal of Muslim Minority Affairs, Vol.
17, No. 1.
Arkib Negara Malaysia, Cawangan Kuala Lumpur, MISC. 19/1ANM.
Cesar Adib Majul. (1964). Theories on the Introduction and Expansion of Islam in Malaysia,
Philippines: Siliman University.
Clodd, H.P. (1948). Tanah Melayu’s First British Pioneer, The Life of Francis Light, London:
Luzac & Company Ltd.
CO 575/3. Federated Malay States Statistics 1906, Census Taken on 1st March, 1901, Colonial
Office Library, pp. 84-85.
Colonial Office. (10th March, 1911). Straits Settlements: Report on the Census of the Straits
Settlements, taken on the 5th April 1891.
Earl, G.W. (1971). The Eastern Seas, with an introduction by C.M. Turnbull, reprint, Singapore:
Oxford University Press.
Federated Malay States, Census of the Population. (1901). Compiled by George Thompson
Hare, Published by Command, Colonial Office Library, 1902.
Federated Malay States, Census of the Population. (1901). Straits Settlement Population 1871,
Gowing, Peter G. (1966). “Kris and Crescent: Dar Islam in the Philippines”. Studies in Islam.
Vol.3. p.4.
Haji Buyung Adil. (1981). Sejarah Negeri Sembilan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
http://www.royalark.net/Malaysia/ tampin3htm. (last accessed on 18 May 2013).
281
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Ibn Hazm. (1962M/1382H). Jamharah Ansab Al-Arab Li Abi Muhammad ‘Ali bin Ahmad bin
Said bin Hazm Al-Andalus. Abd Al-Salam Muhammad Harun (Tahqiq wa Ta’liq). Cairo:
Dar Al-Ma’arif.
Ingrams, W.H. (1936). A Report on the Social, Economic and Political Condition of the
Hadramaut. London: Printed and Published by His Majesty’s Stationery Office. pp.36-39.
Colonial No. 123.
J.A.E. Morley, “The Arabs of the Eastern Trade”, p. 175;
Kazuhiro Arai. (2004). The Arabs Who Traversed the Indian Ocean: The History of The al-
‘Attas Family in Hadhramawt and Southeast Asia, c. 1600 – c. 1960.PhD. Thesis. University
of Michigan, Near Eastern Studies.
Linehan, W. (1936). “A History of Pahang”. Journal of the Tanah Melayun Branch of the Royal
Asiatic Society (JMBRAS). Vol. 14. pt. 2. May.
Mahayuddin Haji Yahaya. (2000). “Sejarah Penempatan Orang Arab di Johor”. Seminar
Sejarah Budaya Johor. Vol. 2, Johor Bahru.
Mahayudin Haji Yahaya. (1984). Sejarah Orang Syed di Pahang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mahyuddin Haji Yahaya. (1980). “Latarbelakang Sejarah Keturunan Sayid di Malaysia”.
Dalam Tamadun Islam di Malaysia.Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Mohammad Redzuan Othman. (1997). “Hadhramis in the Malay States”. In Ulrike Freitag
& William G. Clarence-Smith (eds.). Hadhrami Traders, Scholars and Statesmen in the
Indian Ocean, 1750s – 1960s. Brill: Leiden, New York: Koln.
Mohammad Redzuan Othman. (2002). “Conflicting Political Loyalties of the Arabs in Tanah
Melayu”. In Transcending Borders, Arabs, Politics, Trade and Islam in Southeast Asia.
(eds.) Huub de Jonge and Nico Kaptein. Leiden: KITLV Press.
Mohd Roselan Ab. Malek. (1993). Silsilah Nama Tempat Pulau Pinang dan Perlis Indera
Kayangan. 1st Edition, Selangor: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.
Mohd. Mokhtar bin Shafii. (1980). “Batu Nisan Kurun ke-5H/10M di Pekan, Pahang”. Dalam
Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Percetakan United Selangor Sdn. Bhd., 1980.
Munsyi Abdullah Abdul Kadir. (1970). Hikayat Abdullah, (annotated translation by A.H. Hill,
Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Nadzirah Lee. (2010). The Arabs in British Tanah Melayu in the Interwar Years, 1918-1941: A
Historical Study’. PhD. Thesis, Hiroshima City University, Japan.
Najib M. Saleeby. (1976). Studies in Moro History, Law and Religion. Manila: The Filipina
Book Guild.
Natalie Mobini-Kesheh. (1999). The Hadrami Awakening: Community and Identity in the
Netherlands East Indies, 1900-1942. New York: Southeast Asia Program Publications.
Nathan, J.E. (1922). The Census of British Tanah Melayu 1921.London, Dunstable and Watford:
Printed by Waterlow & Sons Limited.
National Heritage Board. (2006). Singapore, The Encyclopedia. Singapore: Editions Didier
Millet.
Nordin Hussin. (2007). Trade and Society in the Straits of Malacca: Dutch Melaka and English
Penang, 1780-1830. Singapore: National University of Singapore Press.
Omar Farouk Shaeik Ahmad. (Disember 1978). “The Arabs in Penang”, Malaysia in History.
Vol. 21. No. 2.
Report of Proceeding for April, 1933, CO, 273/551/16.
Report on the Census of Kedah and Perlis A.H 1329. (A.D 1911). Penang: Printed at the
Criterion Press Ltd..
Roff, William, R. (1967). The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: University of
Tanah Melayu Press.
Serjeant, R.B. (1957). The Saiyids of Hadramaut, London: University of London.
Singapore Chronicle. No. 165.(15 July 1830).
Straits Settlement Population.(1871). Microfilm No. 242.
282
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Straits Settlements: Report on the Census of the Straits Settlements. (5th April 1891). E.M.
Merewether, Eso, Singapore: Printed at the Government Printing Office, 1892.
Surat yang dihantar oleh Onn Jaafar kepada Pejabat Pengarah Perubatan Johor Bahru, Johor.
(31 Januari 1940) GA 27/1940.
Sy. Aliedin. (5 – 7 Mac 2011). “Pengantar Singkat Ilmu Nasab”. Seminar Diaspora Arab
Nusantara: Peranan dan Sumbangan. Lembaga Muzium Negeri Kedah dan Perbadanan
Perpustakaan Awam Kedah, Wisma Darul Aman Alor Setar, Kedah.
Syed Ali bin Mohamed al-Attas. (1984). Allahyarham Syed Hassan bin Ahmad al-Attas:
Seorang Mujahid dan Pembangun Ummah, Johor Bahru: Wakaf Almarhum Syed Hassan
bin Ahmad al-Attas.

Syed Ali bin Mohamed al-Attas. (1998). Allahyarham Syed Hassan bin Ahmad al-Attas Seorang
Mujahid dan Pembangunan Ummah. Johor: Madrasah al-Attas al-Arabiah Johor.
Syed Mohsen Alsagoff. (1963). The Alsagoff Family in Malaysia A.H. 1240 (A.D. 1824) to
A.H. 1382 (A.D. 1962) with biographical and contemporary sketches of some members of
the Alsagoff family, compiled and published by Syed Mohsen Alsagoff, Singapore: S.M.
Alsagoff.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2011). Historical Fact and Fiction. Kula Lumpur: Penerbit
UTM.
Syed Zakaria bin Syed Hassan. (1989/1999). SejarahTentang Syed di Negeri Sembilan, Satu
Kajian di Daerah Jelebu, Academic Exercise, B.A., Faculty of Usuluddin, University of
Tanah Melayu.
Tun Suzana Tun Othman and Muzaffar Mohamad. (2009). Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah
S.A.W. & Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur: Crescent News Sdn. Bhd.
Universiti Malaysia Perlis. (2010). Perlis Mahkota Negara. Perlis: Unit Kajian Strategik,
Universiti Malaysia Perlis.
Wan Husin Wan Embong. (1991). “Peranan dan Pengaruh Tok Ku Tuan Besar,” in Muhammad
Abu Bakar (ed.). Ulama Terengganu Suatu Sorotan. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Winstedt,R.O. (1962). A History of Tanah Melayu, Singapore: Marican.
Winstedt, R.O. (Sept. 1918). “The Hadhramaut Saiyids of Perak and Siak”. Journal of the
Straits Branch of the Royal Asiatic Society (JSBRAS). No. 79.

283
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PEMUPUKAN PATRIOTISME MENERUSI PENDIDIKAN SEJARAH


DARI PERSPEKTIF PEMIMPIN POLITIK MALAYSIA

Norhayati Ishak, Fathilah Akmal Ismail, Fiqkha Akma Mohd Hussein,


Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad
Fakulti Pendidikan, Universiti kebangsaan Malaysia

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan semangat patriotisme melalui
Pendidikan Sejarah daripada sudut pandangan ahli politik.Tumpuan khusus diberikan
kepada pemimpin politik daripada parti pembangkang iaitu DAP dan PKR. Ia
menggunakan kaedah kualitatif secara temu bual melibatkan tiga orang pemimpin
politik iaitu dua orang Ahli dewan Undangan Negeri dan seorang ahli parlimen.
Soalan temu bual adalah berkisar kepada konsep patriotisme dan peranan pendidikan
Sejarah. Hasil temu bual di análisis secara deskriptif. Dua tema yang berkaitan
dengan konsep patriotisme daripada kajian ini adalah “Patriotisme sebagai proses
penjiwaan bukan sekadar simbolik” dan “”Patriotisme adalah menifestasi tingkah
laku yang mengarah kepada unsur cintakan negara”. Kesemua ahli politik dalam
kajian ini menyatakan kepentingan pendidikan Sejarah untuk memupuk patriotisme.
Kesimpulannya adalah pendidikan Sejarah dilihat sebagai satu mata pelajaran penting
kepada pembentukan semangat patriotisme.

Kata kunci: patriotisme, pendidikan sejarah, ahli politik, negara bangsa.

PENGENALAN

Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri.
Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya
menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara
(Nik Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun, sejak kebelakangan ini, semangat patriotisme
kelihatan agak longgar dalam kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar.
Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar dalam pasukan
beruniform, sambutan bulan kemerdekaan yang agak hambar, penglibatan dalam jenayah
dan isu-isu yang menyentuh kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh seperti
isu Pulau Batu Putih dan penambakan laut oleh negara jiran (Affifuddin Omar: 2002).
Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak memahami nilai-nilai patriotisme dan
menghayatinya.

Konsep Patriotisme
Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud fellow
countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country,
iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada
di hadapan dalam usaha membela tanah air. Seorang patriot dikatakan sebagai seorang
yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankannya. Patriot
bermaksud orang yang mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air
atau pembela negara (Kamus Dewan dan Oxford English Dictionary). Patriot juga bererti
orang yang cinta tanah airnya dan akan melakukan apa saja demi untuknya (New Webster’s
Dictionary).
Patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan yang
menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok tersebut menghuni.
Ianya juga melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan pengaruh yang kuat terhadap
284
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

tingkah laku manusia. Ianya sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan
seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan
amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada
negara (Nordin Kardi: 2003).Bagi Doob (1964), beliau menjelaskan patriotisme itu ialah
‘as the more or less conscious conviction of a person that his own welfare and that of the
significant groups to which he belongs are dependent upon the preservation or expansion
(or both) of the power and culture of his society’.
Patriotisme juga boleh diertikan sebagai semangat cinta kepada tanah air atau taat kepada
negara, melepasi perasaan kepada negara. Negara mempunyai lambang-lambang atau
institusi-institusi tertentu yang boleh digunakan untuk membentuk semangat patriotisme ini
misalnya, bendera kebangsaan (Jalur Gemilang), lagu kebangsaan (Negaraku), konsep raja
sebagai institusi atau lambang kedaulatan Negara (Raja Berpelembagaan), perlembagaan
Negara dan sistem undang-undang Negara (Hassan,2001).
Ukuran patriotisme pula cukup subjektif dan amat luas ertinya. Patriotisme bukan
isu politik atau gimik dan tidak sekadar semangat. Ia lebih bersifat spiritual, rasa kecintaan
yang kekal dan tebal kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai kesungguhan,
keyakinan, keberanian dan kesinambungan. Pendek kata, patriotisme bukan hanya di bibir
sahaja. Ia harus lahir secara semula jadi sebagai sesuatu yang dirasai dan di tafsir daripada
degup jantung dan di jiwa setiap rakyat Malaysia.
Walaupun patriotisme adakalanya diseiringkan dan disamakan dengan nasionalisme,
tetapi kedua-duanya mempunyai kelainan (Saifuddin Abdullah: 2002). Haruslah
dinyatakan secara jelas bahawa disebabkan ciri-ciri, sifat nasionalisme itu sendiri adalah
berbagai-bagai, manakala fenomena nasionalisme pula boleh muncul dengan rupa bentuk
yang sama sekali berlainan, atas sebab dan faktor yang juga berbeza, maka menyamakan
konsep patriotisme dengan nasionalisme adalah satu langkah yang kurang tepat dari segi
keilmuannya (Mohamed Mustafa Ishak: 2000). Menurut Doob (1964), perbezaan antara
nasionalisme dan patriotisme, nasionalisme ialah ideologi tentang kelebihan bangsa sendiri
dan berkait rapat dengan unsur-unsur ras, bahasa dan adat. Manakala patriotisme ialah
sentimen cintakan negara dan berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan
negara, institusi politik dan undang-undang daripada dicerobohi oleh kuasa asing.
Nilai-nilai semangat kenegaraan harus ditekankan terhadap golongan belia supaya
kemajuan dan kemahiran di dalam bidang yang diceburi tidak terlepas ke negara luar.
Semangat kenegaraan ini akan menyuburkan perasaan cintakan tanah air, secara tidak
langsung akan mewujudkan kesanggupan golongan belia untuk berkorban jiwa dan
raga. Golongan belia adalah pewaris negara seterusnya bakal menyambung teraju dan
perjuangan pemimpin terdahulu. Apabila sampai masanya pemimpin yang ada pada hari
ini akan berundur dan tibalah barisan muda mengambil alih. Sewajarnya bagi memastikan
kesinambungan perjuangan diteruskan, pemimpin muda perlu mengisi dada dengan ilmu
dan kemahiran kepimpinan serta menanam semangat cintakan negara (patriotisme) sebelum
mengorak langkah memegang tampuk pemerintahan.

Pemupukan Patriotisme Menerusi Pendidikan Di Malaysia


Setelah kajian literatur dijalankan terdapat banyak kajian tentang patriotisme telah
dilakukan. Bagi artikel yang pertama iaitu sebuah jurnal yang bertajuk “Pemupukan
Patriotisme Melalui Pendidikan Multikultural Dalam Pendidikan Sejarah di Malaysia”
pengkaji telah membincangkan tentang pendekatan multikulturisma dalam pendidikan
sejarah untuk memupuk patriotisme dalam kalangan pelajar yang merupakan pelapis
Negara. Selain itu, pengkaji juga ada menyatakan tentang pendidikan multicultural ini
dapat memupuk perasaan persamaan antara kaum yang berbeza dari segi agama, bangsa,
etnik dan sebagainya.
Kajian literatur seterusnya dilakukan menggunakan Jurnal yang bertajuk “Pemupukan
Semangat Patriotisme Dalam Mata Pelajaran Sejarah”. Artikel ini membincangkan mengenai
285
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kurikulum sejarah yang merupakan pendidikan yang berperanan untuk membentuk dan
membina semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Selain itu, Malah, artikel ini juga
menekankan mengenai prinsip asas untuk memupuk patriotisme dalam kalangan pelajar
dan seterusnya untuk membentuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Artikel seterusnya merupakan Artikel yang bertajuk “Pemupukan Patriotisme
Dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan Satu”. Yang dikaji oleh Haminah Binti Suhaibo.
Bagi artikel tersebut, pengkaji telah meninjau peranan pendidikan Sejarah dalam memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan pelajar tingkatan 1 yang menggunakan kurikulum
baru yang telah disemak semula. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan didapati
bahawa guru perlu memahami konsep patriotisme bagi membolehkan proses pemupukan
patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, hasil daripada kajian tersebut
juga mendapati bahawa guru yang merupakan responden untuk kajian tersebut didapati
tidak mampu memilih objektif patriotisme yang sesuai dengan tajuk yang diajar serta
menggunakan kaedah yang bersesuaian semasa merancang pengajaran. Dari segi aspek
pelaksanaan pula, hanya objektif yang dipilih dari Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
sahaja dipupuk. Hasil daripada kajian juga turut mendapati bahawa minat dan semangat
guru terhadap pengajaran mata pelajaran Sejarah banyak menyokong usaha pemupukan
patriotisme.
Seterusnya ialah Jurnal yang bertajuk “Penghayatan dan Kesedaran Patriotisme
Dalam Kalangan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara” yang telah ditulis oleh Mohd
Hairul Anuar Razak, Jayum A. Jawan, Adlina Abd. Halim, Mohd Mahadee Ismail dan Siti
Aishah Misri. Kajian ini memfokuskan kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN). Dapatan kajian menunjukkan, majoriti daripada responden mempunyai tahap
pengetahuan yang tinggi terhadap patriotisme (83.5%), manakala persepsi yang tinggi
terhadap patriotisme (98.7%) serta pemahaman yang tinggi terhadap patriotisme (83.1%).
Kajian juga mendapati wujud perbezaan pengetahuan, persepsi dan pemahaman bagi setiap
bangsa Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak terhadap penghayatan
patriotisme. Kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan antara jantina iaitu lelaki dan
perempuan terhadap penghayatan patriotisme.
Artikel jurnal seterusnya merupakan hasil penulisan daripada Hussein Haji Ahmad
dan Haneza Ab. Hamid yang bertajuk “Kesedaran Generasi Muda Terhadap Patriotisme dan
Perpaduan Nasional di Malaysia”. Dalam artikel ini, pengkaji membincangkan tentang hal
yang berkaitan factor yang menyumbangkan kepada kesedaran golongan muda terhadap
nilai, perpaduan nasional dan semangat patriotisme . Pengkaji mendapati bahawa nilai
patriotisme dan perpaduan nasional sudah mula kendur. Oleh hal yang demikian, kajian
ini mengaitkan masalah tersebut faktor tertentu seperti faktor ekonomi, pendidikan, tahap
umur serta tahap keselamatan negara untuk mencari punca dan cara penyelesaian kepada
masalah tersebut.
Kajian pustaka yang seterusnya dilakukan terhadap jurnal yang bertajuk “Kepentingan
Pendidikan Patriotisme Terhadap Warganegara Malaysia”. Jurnal ini membincangkan
tentang kepentingan pendidikan patriotisme kepada warganegara Malaysia. Pendidikan
patriotisme bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada anggota masyarakat iaitu
melalui pendidikan patriotisme semangat dan nilai patriotisme dapat dipupuk. Dalam
artikel yang bertajuk “ Pemahaman dan Penghayatan Rukun Negara Dalam kalangan Belia
Bandar di Semenanjung Malaysia” pengkaji membincangkan tentang keperluan belia
untuk memahami serta menghayati rukun Negara yang merupakan garis panduan yang
perlu dijadikan teras kepada masyarakat di Malaysia.
Dalam Jurnal “Peranan dan Cabaran Mahasiswa Melestarikan Gagasan 1Malaysia”,
pengkaji menjelaskan mengenai gagasan 1Malaysia berserta dengan tujuan pelaksanaannya.
Fokus utama kajian tersebut adalah membincangkan peranan mahasiswa untuk membantu
kerajaan mencapai gagasan 1Malaysia.Mahasiswa menjadi utama di dalam artikel ini. Oleh
hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pemahaman, penghayatan,
286
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

perasaan hormat menghormati serta interaksi golongan-golongan mahasiswa ini di dalam


bilik kuliah mahupun di luar daripada kawasan pengajian. Selain itu, artikel ini turut
membincangkan tentang kelebihan yang ada dalam diri mahasiswa untuk melestarikan
gagasan 1Malaysia.
Akhir sekali, jurnal yang bertajuk “ Patriotisme: Konsep dan Pelaksanaannya Di
Malaysia” yang telah ditulis oleh Nazri Muslim dan Jamsari Alias memfokuskan kepada
faktor-faktor yang menyumbang kepada kebejatan sosial dalam masyarakat mutakhir
ini khususnya generasi muda. Selain itu, jurnal ini juga turut melibatkan nilai-nilai
patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni dijadikan sebagai
amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi
kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali masyarakat
majmuk.
Dapatan kajian oleh Haminah Suhaibo (2010) menyatakan bahawa kebanyakan
guru sejarah juga kurang mampu memilih objektif patriotisme yang sesuai dengan
tajuk yang diajar serta tidak menggunakan kaedah yang bersesuaian semasa merancang
pengajaran. Anuar (2001) dalam kajian perlaksanaan patriotisme dalam kalangan guru
Sejarah di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan mendapati 76% guru tidak bersedia
untuk melakukan penerapan unsur patriotisme semasa pengajaran walaupun menyedari
kepentingannya. Mereka lebih suka memilih nilai-nilai murni yang lain berbanding unsur
patriotisme kerana dikatakan senang untuk diaplikasikan.
Oleh itu, kajian tentang sejauh mana penerapan semangat patriotisme melalui
Pendidikan Sejarah dirasakan perlu kerana Pendidikan Sejarah dianggap elemen utama
dalam membina warganegara yang bersatu padu dan cintakan negara. Malah tanpa semangat
patriotisme, jati diri masyarakat Malaysia akan lenyap ditelan arus globalisasi.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meneroka konsep patriotism dan peranan pendidikan sejarah
dalam pemupukan patriotism daripada perspektif ahli politik.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kajian tinjauan yang ingin meninjau
sejauh mana penerapan semangat patriotisme melalui Pendidikan Sejarah daripada
sudut pandangan ahli politik. Untuk mendapatkan data kajian, kaedah yang digunakan
merupakan kaedah kualitatif iaitu dengan menjalankan temu bual. Pensampelan secara
purposif digunakan untuk memilih responden bagi kajian ini. Disebabkan objektif kajian
ialah untuk mendapatkan pandangan ahli politik tentang penerapan semangat patriotisme
melalui Pendidikan Sejarah daripada sudut pandangan ahli politik. Sampel kajian untuk
ini ialah seramai 3 orang wakil daripada tiga pemimpin di peringkat Parlimen Seremban,
Negeri Sembilan. Responden yang pertama ialah (R1) yang merupakan ADUN daripada
Parti Keadilan Rakyat (PKR), responden yang kedua ialah (R2) yang merupakan ADUN
Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan responden yang ketiga (R3 ) Ahli Parlimen Parti
Tindakan Demokratik (DAP).Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah
kualitatif. Oleh hal yang demikian, hanya beberapa jenis instrumen sahaja yang digunakan
untuk menjayakan kajian ini. Secara umum temu bual adalah perbualan yang terbimbing
dan berfokus dan merupakan pertemuan antara penyelidik dengan peserta kajian, dengan
penyelidik bertanyakan soalan yang relevan dengan fokus kajian (Ackroyd & Hughes 1992:
100). Data daripada kaedah temu bual, di mana temu bual digunakan untuk mendapatkan
data diskriptif dari responden agar apa yang difahami, difikirkan dan dirasakan oleh
responden dapat dikembangkan. Dalam kajian ini, temu bual yang dijalankan adalah secara
interaksi bersemuka dan formal menggunakan empat soalan temu bual separa berstruktur.
287
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Data temu bual dianalisis melalui analisis kandungan iaitu menggunakan pengekodan data
dan tema. Kaset perakam akan digunakan untuk merakam perbualan

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian dibentangkan mengikut objektif utama:

Konsep Patriotisme
Dalam menghuraikan konsep patriotisme terdapat dua tema utama yang berkaitan dengan
konsep patriotisme iaitu:

Tema 1: Patriotisme adalah tingkah laku yang mengarah kepada unsur cintakan negara
Kesemua responden mengatakan bahawa patriotisme ialah perjuangan yang menjiwai
kepentingan bangsa dan negara. Ia menonjolkan semangat juang yang tinggi dalam
mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara. Dapatan temu bual
juga mendapati bahawa para pemimpin sememangnya berhasrat mahukan rakyat yang
berjiwa merdeka dan sayangkan negara dalam semua agenda pembangunan negara dan
sanggup berkorban demi mempertahankan negara yang tercinta.

“Patriotisme merupakan satu ungkapan yang sering kita dengar dan di uar-uarkan
apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan. Patriotisme  merupakan satu
semangat kecintaan dan ketaatan seseorang kepada negaranya sendiri. Patriotisme
merupakan sesuatu yang abstrak   dan ia tidak dapat diukur secara metrik tetapi
semangat patriotisme ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku, perbuatan
atau perlakuan seseorang itu. Jika seseorang itu patriotik, segala tindakan dan
amalan yang dilakukannya mesti menepati ciri-ciri patriotisme.”(R1)

“Patriotisme ialah perasaan sayangkan negara dengan sepenuh hati tanpa


mengira latar belakang, agama mahupun bangsa. Apabila kita bergelar sebagai
rakyat Malaysia, maka sekaligus kita wajib menanam sifat cintakan negara sendiri
dan berjuang demi mempertahankan negara ini dari serangan musuh luar.” (R2)
“Jika sekiranya rakyat negara ini mengamalkan sikap egoistik dan saling bercakaran
antara satu sama lain, tidak mustahil negara luar akan menyerang Malaysia tidak
kiralah melalui serangan berbentuk fizikal, malahan mereka mampu melakukan
serangan secara psikologikal.”(R3)

Tema 2: Patriotisme adalah proses penjiwaan bukan sekadar simbolik


Hasil kajian mendapati bahawa kesemua responden bersetuju menyatakan semangat
patriotisme adalah berkaitan dengan penjiwaan dan bukannya satu perkara yang abstrak dan
simbolik.

“Semangat patriotisme perlu dijiwai, bukan sekadar simbolik semata-mata.”(R3)


“Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak   dan ia tidak dapat diukur secara
metrik”(R1)

Pemupukan Patriotisme menerusi Pendidikan Sejarah


Kesemua responden berpendapat bahawa kepentingan mata pelajaran sejarah sebagai
satu mekanisme utama dalam proses pembinaan semangat patriotisme dan nasionalisme.
Pendidikan sejarah juga dianggap sebagai tunjang bagi mengukuhkan kesinambungan
pembinaan sebuah negara. Bagi melengkapkan proses tersebut, saluran terbaik untuk
merealisasikannya ialah melalui pendidikan sejarah. Lantaran itu, pihak Kementerian
Pendidikan perlu mengambil satu inisiatif yang terbaru dalam sistem pendidikan Malaysia,
288
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

iaitu pendidikan sejarah di mana subjek ini mula diperkenalkan sejak tahun empat di
peringkat sekolah rendah. Walaupun terdapat mata pelajaran kajian tempatan diajar pada
tahap dua sekolah rendah namun orientasi pembelajaran tidak memberi penekanan terhadap
pemahaman sejarah yang sebenarnya. Pelajar seharusnya didedahkan dengan asas sejarah
sejak di peringkat akar umbi walaupun pada tahap yang paling minima. Ibarat kata pepatah,
melentur bulu biarlah dari rebungnya.

“Pendidikan sejarah dianggap sebagai wahana utama membentuk perpaduan


masyarakat dan seterusnya mencorakkan pembentukan semangat patriotisme. Mata
pelajaran ini sebenarnya bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat
setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.
Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar
yang berkatan, pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta
hubungannya dengan sejarah luar” (R1)
“Pendidikan sejarah ibarat guru kepada seluruh manusia untuk memahami,
mempelajari dan mengambil iktibar dari kejadian masa lampau.”(R2)
“Melalui pendidikan sejarah, membolehkan kita bersifat yakin pada diri sendiri serta
berbangga terhadap bangsa dan negara.”(R3)

Tuntasnya, pendidikan sejarah merupakan proses mendidik melalui kaedah dan


proses pembinaan sejarah sebagai satu disiplin ilmu melalui alat, prosedur dan kaedah
tertentu. Seterusnya ilmu ini akan meneliti, memahami, menghurai, menginterpretasi dan
seterusnya membina keseluruhan mengenai sesuatu perkara, kejadian atau fenomena yang
berkatan dengan kehidupan manusia pada zaman lampau.

Perbincangan Kajian
Patriotisme bukan sekadar semangat tetapi lebih dari itu dan ia merupakan sesuatu yang
agung melibatkan soal kesetiaan, kewarganegaraan, jati diri, keyakinan, keberanian,
kemerdekaan dan kedaulatan (Raja Ruslan, 2008). Maka dengan itu perancangan kerajaan
dengan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu dengan acuan tersendiri
untuk disesuaikan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Kajian yang dijalankan telah meneroka tema utama yang diperoleh iaitu berkaitan
dengan semangat patriotisme, pengertian patriotisme dari sudut pandangan politik, serta
peranan Pendidikan Sejarah dalam usaha memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepentingan semangat patriotisme di kalangan
masyarakat dalam membina negara dan bangsa. Pernyataan ini dapat dibuktikan melalui
penjelasan dari ketiga-tiga responden yang mengatakan bahawa tanpa wujudnya semangat
patriotisme dalam diri warganegara, sukar bagi para pemimpin untuk meneruskan hasrat
menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju dan cemerlang dalam pelbagai aspek.
Sehubungan dengan itu, adalah menjadi satu perkara penting bagi seluruh warga Malaysia
khusunya generasi baharu untuk menghayati erti kemerdekaan. Penghayatan kemerdekaan
tidak hanya sekadar menyanjung pengorbanan wira-wira negara semasa menuntut
kemerdekaan tetapi apa yang lebih utama ialah untuk mempertahankan kemerdekaan yang
dinikmati selama ini.
Justeru itu, salah satu usaha dalam proses mempertahankan kemerdekaan negara,
soal pembentukan masyarakat perlu diutamakan agar wawasan negara untuk membentuk
negara bangsa Malaysia akan wujud dan menjadi kenyataan dalam realiti kehidupan
masyarakat Malaysia. Hal ini kerana jaminan masa depan negara terletak di tangan generasi
remaja hari ini. Lumpuh generasi remaja hari ini maka gelap lah masa depan negara dan
begitulah sebaliknya. Lantaran itu, adalah wajar sekiranya pihak pemerintah meneruskan dan
memantapkan lagi pelbagai program dan membaiki penyampaian maklumat serta menambah
baikan sistem pendidikan sejarah demi kesejahteraan dan masa depan negara dalam konteks
289
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

membangunkan golongan remaja masa kini dengan nilai-nilai murni satu Malaysia sebagai
persediaan di hari muka yang penuh mencabar.
Oleh yang demikian secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa elemen asas
yang perlu diberi perhatian dalam usaha membina negara bangsa ialah pemupukan semangat
patriotisme dalam kalangan seluruh rakyat tidak kira tua muda, kecil besar mahupun miskin
atau kaya. Usaha ini memerlukan pendekatan menyeluruh supaya seluruh anggota masyarakat
khususnya generasi baharu menghayati semangat ini dalam jiwa mereka dan membentuk
jati diri yang utuh serta mantap. Semangat patriotisme ini umpama perisai bagi kedaulatan
sesebuah negara. Begitu jua sejarah, tanpa mempelajarinya manusia akan hilang pedoman
ibarat kapal tanpa nakhoda di tengah-tengah lautan maha luas. Justeru itu, kepentingan sejarah
khususnya mata pelajaran sejarah merupakan mekanisme penting dalam proses pemupukan
semangat patriotisme sekaligus pembinaan negara bangsa Malaysia. Penekanan pendidikan
sejarah yang mana lebih tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi dan juga kepekaan
masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara.

KESIMPULAN

Generasi muda hari ini hendaklah sentiasa memupuk semangat setia dan patriotisme dan
tidak akan melakukan sesuatu yang boleh merugikan bangsa dan negara. Sikap berpuak-
puak dan bermusuhan sesama sendiri akan menghancurkan semangat patriotisme. Oleh
itu, mereka perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri
semata-mata, manakala kepentingan negara juga hendaklah diambil kira bersama. Hal ini
kerana kepentingan negara akan membawa kepada kebaikan yang lebih baik kepada diri
sendiri.
Sewajarnya nilai-nilai patriotisme perlu ditanam dalam jiwa pelajar ketika dalam
usia remaja kerana pada peringkat remaja ini pelajar masih dalam proses menuju dewasa.
Patriotisme dapat mengajar pelajar untuk mendisiplinkan diri mereka. Disiplin yang
utuh akan membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Negara
memerlukan generasi yang berdisiplin dan produktif kerana ia menjadi kemudi kepada
pembangunan dan kepimpinan negara pada masa akan datang.
Oleh itu, berdasarkan pandangan dan pendapat ahli-ahli politik yang telah
ditemu bual, dapatlah dirumuskan bahawa mereka bersetuju dengan pernyataan bahawa
pendidikan Sejarah berupaya untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar
dan masyarakat. Walau bagaimanapun, menurut mereka elemen asas yang perlu diberi
perhatian dalam usaha membina negara bangsa ialah pemupukan semangat patriotisme
dalam kalangan seluruh rakyat tidak kira tua muda, kecil besar mahupun miskin atau
kaya. Usaha ini memerlukan pendekatan menyeluruh supaya seluruh anggota masyarakat
khususnya generasi baharu menghayati semangat ini dalam jiwa mereka dan membentuk
jati diri yang utuh serta mantap.
Kesimpulannya, agenda patriotisme perlu disemarakkan dalam kalangan rakyat
Malaysia dan bukan hanya bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka
tanggungjawab mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat. Semangat
patriotisme perlu dihayati kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara. Oleh itu, kita
perlu suburkan kembali jiwa patriotik yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan
yang di kecapi kini, kita perlu bergerak maju dan pada masa yang sama menghapuskan
saki-baki penjajah yang masih lagi bersarang dalam jiwa masyarakat. Semoga negara dan
bangsa Malaysia akan terus maju dengan semangat patriotisme sejati.

290
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Konsep Patriotisme dan Nasionalisme. Abdul Latiff Abu
Bakar dalam Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Affifuddin Omar. (2002). Dasar bahasa dan budaya Malaysia tidak konsisten. Berita
Harian, 22 Ogos: 9.
Ahmad Ahmad Rusdi. (2002). Permasalahan Pelaksanaan Unsur Patriotisme Dalam Mata
pelajaran Kajian Tempatan: Punca Daripada Guru Sendiri. Alor Setar: Institut Penguruan
Darulaman.
Ahmad Fawzi Mohd. Basri. (2002). Patriotisme dan Ketahanan Nasional: Suatu Pandangan
tentang Kesignifikannya Sebagai Agenda Negara. Kertas Kerja dibentangkan di Kongres
Patriotisme Negara, di Institut Latihan keselamatan Sosial KWSP, anjuran B i r o
Tatanegara dan Universiti Utara malaysia, Bangi pada 22 - 28 Oktober 2002.
Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah. (2008). Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di
Malaysia dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia; Pengalaman 50
Tahun Merdeka. Oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris. 2008. Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd.
Anuar Ahmad. (2010). Warganegara Patriotik, Masyarakat Sivil dan Pendidikan Sejarah.
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sejarah Ke Arah Pembentukan Warganegara
Patriotik. Pusat Perkembangan Kurikulum dan Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala
Lumpur: 8-12 Oktober.
Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd. Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah.(2009).
Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah danHubungannya dengan Pencapaian
Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1) (2009): 53 –
66, Fakulti Pendidikan. UKM.
Awang Had Salleh. (1995). Patriotisme dan Globalisme Alam Konteks Pergerakan Bahasa
dan Sastera Kebangsaan. Kertas kerja yang dibentang di Persidangan Hari Sastera
pada 26-28 May 1995.Melaka.
Doob, Leonard.( 1964). Patriotism and Nationalism: Their Psychological Foundations.
New Haven: Yale University Press.
Fahda Nur A. Kamar. (1995). Semangat Patriotisme di Kalangan Remaja. Dewan Siswa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haminah Binti Suhaibo. (2010). Pemupukan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah
Tingkatan Satu.Jurnal Penyelidikan IPG KBL,Jilid 9,2010.
Jamil Mukmin. (2005). Patriotisme dalam Konteks Pembinaan Bangsa Malaysia. Belia dan
Patriotisme Malaysia dalam Hussain Mohamad. Melaka: IKSEP.
Ku Hasnita dan Mohd Haizam Mohd Nor. (2011). Kepentingan Pendidikan Patriotisme
Terhadap Warganegara Malaysia. Selangor.
Maharom Mahmood. (2001). Kurikulum Sejarah ke Arah Memperkukuhkan Usaha
Pendidikan Sejarah ke arah pembentukan warganegara patriotik. 8-12 Oktober.
KualaLumpur.
Nathanson, Stephen. (1993). Patriotism, Morality and Peace. Lanham: Rowman and
Littlefield.
Nazrim Muslim dan Jamsari Alias.(2013). Patriotisme dan Pelaksanaannya di Malaysia.
Jurnal Pendidikan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nordin Kardi. (2003). Konsep patriotisme. http://www.btn.gov.my/kp.
Siti Hawa Abdullah dan Aini Hassan.(2007). Empati Sejarah Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sejarah.Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22,61-74, 2007. Malaysia.

291
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PELAKSANAAN KERJA SECARA BERPASUKAN DALAM PROSES


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI AWAM
SEBAGAI MEKANISME PENGUKUHAN HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA
1
Mashitah Sulaiman, 2Zawiah Mat, 3Siti Norbaya Mat Yacob, 4Faridah Che Hussain
1,3
Universiti Sains Islam Malaysia
2
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
4
Universiti Malaya

Abstrak
Kemahiran insaniah kerja berpasukan telah diterapkan dalam kurikulum pendidikan
di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai kemahiran generik bagi melahirkan modal
insan berkualiti dan holistik. Kertas kerja ini bertujuan menilai kepentingan kerja
berpasukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di universiti dan implikasi
pelaksanaannya dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini menggunakan
kaedah kuantitatif iaitu tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen.
Sebanyak 424 orang responden terlibat dalam pemilihan secara rawak dalam kajian
secara perbandingan antara dua buah universiti awam berfokus, Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Sampel kajian
terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus wajib universiti dari latar belakang
disiplin pengajian, persekitaran etnik dan agama yang berbeza. Analisis perbandingan
secara deskriptif, peratusan dan min digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua buah universiti
apabila pelajar didedahkan dengan persekitaran etnik yang berbeza di dalam kerja
kursus. Contoh kerja berpasukan dalam (P&P) kursus wajib universiti di universiti
penyelidikan, iaitu Universiti Malaya disertakan bagi memperlihatkan persamaan dan
perbezaan dalam pelaksanaannya. Dapatan menunjukkan kepentingan dan kesan kerja
berpasukan yang positif dalam proses pembelajaran di universiti. Ini selaras dengan
tujuan penerapan kemahiran generik ini di universiti melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang dapat membentuk interaksi, kepekaan
dan tanggungjawab pelajar terhadap persekitaran, masyarakat dan negara secara
holistik. Penerapan kemahiran kerja berpasukan juga menjadi mekanisme yang baik
bagi pengukuhan hubungan etnik di peringkat institusi pengajian tinggi.

Kata kunci: kerja berpasukan, pengajaran dan pembelajaran, hubungan etnik.

PENGENALAN

Dalam menghadapi perubahan pesat kemajuan dalam arus globalisasi, keperluan kepada
pengurusan organisasi yang cekap bagi melahirkan modal insan competent sangat penting
bagi sesebuah negara. Menyedari kepentingan melahirkan sumber manusia yang cekap,
berinovatif dan cemerlang bagi mengendalikan sesebuah organisasi dalam pasaran kerja
semasa, elemen Kemahiran insaniah kerja berpasukan telah diperkenalkan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia bersama-sama beberapa elemen kemahiran generik yang lain bagi
mempertingkatkan kualiti modal insan yang menjadi nadi dan tunggak pembangunan negara.
Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu elemen penting dalam kemahiran insaniah
yang menggabungkan beberapa aktiviti atau tugasan dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran wajib universiti di setiap universiti awam mahupun universiti swasta.

292
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KAJIAN LITERATUR

Pelbagai kajian telah dilakukan bagi melihat keberkesanan kerja berpasukan sebagai elemen
penting dalam sesebuah organisasi. Dari segi takrifannya, pasukan kerja didefinisikan sebagai
satu kelompok atau kumpulan pekerja yang bekerjasama, saling bergantung, memiliki
tanggungjawab bersama dan komited untuk mencapai sesuatu matlamat kerja dalam organisasi
(Greenberg & Baron, 1995). Lewis, R. (1994), meletakkan dua perkara utama yang perlu
ada dalam kerja berkumpulan, iaitu sekumpulan manusia yang bekerja bersama, dan dengan
tujuan untuk mencapai sesuatu matlamat. Aspek pertama membolehkan beberapa jenis sistem
komunikasi diaplikasikan bagi tujuan perkongsian maklumat, idea dan membantu melancarkan
perhubungan sesama ahli. Manakala, aspek kedua, menjelaskan lagi matlamat sesebuah
kumpulan yang membuatkan setiap ahli komited terhadapnya.
Pengkaji pengurusan organisasi juga mendapati terdapat perbezaan antara kerja
berkumpulan dan berpasukan (Lewis, R., 1994; Dyer, W.G., 1987; Alauddin Sidal, 2004: 45-
46). Alauddin Sidal mentakrifkan kumpulan sebagai sejumlah individu yang bersama, atau
diklasifikasikan secara bersama. Sementara, pasukan ditakrifkan sebagai sejumlah individu
yang bekerja secara bersama sebagai satu pasukan dalam tindakan biasa, rela bertindak untuk
kepentingan pasukan berbanding untuk kepentingan peribadi, berusaha dan bekerjasama untuk
mencapai matlamat pasukan. Secara ringkasnya, perbezaan ini dapat dilihat melalui Jadual 1.1
di bawah:

Jadual 1.1: Perbezaan antara Kumpulan dan Pasukan


Kumpulan Pasukan
• Bergantung kepada output individu. • Bergantung kepada output individu
• Ahli bertanggungjawab ke atas kerjanya. dan kelompok.
• Ahli berkongsi matlamat setakat yang • Pasukan bertanggungjawab ke atas
diminati. kerja individu.
• Ahli responsif hanya terhadap • Ahli berkongsi matlamat
tanggungjawab yang diarahkan oleh pihak sepenuhnya.
pengurusan. • Ahli mempunyai tahap inisiatif
pengurusan kendiri yang tinggi.

Dengan kata lain, kumpulan mempunyai hubungan sosial yang agak longgar berbanding
pasukan yang ahlinya mempunyai ikatan sosial yang lebih erat. Ahmad Fadzli Yusof (2004)
mengulas kerja berpasukan mempunyai kaitan dengan ciri-cirinya tersendiri: iaitu meletakkan
pengagihan tugas dan pemerkasaan sebagai perkara yang perlu ada dalam gerak kerja
berpasukan. Setiap ahli pasukan biasanya mempunyai sasaran yang tinggi bagi melaksanakan
sesuatu matlamat dan setiap seorang diberi autoriti dalam membuat keputusan. Setiap ahli juga
mempunyai kekuatan tersendiri dan saling melengkapi antara satu sama yang lain. Ringkasnya,
kerja berpasukan disimpulkan sebagai bekerja secara kolektif, dengan suasana kerjasama
yang bebas, mempunyai autoriti mencukupi untuk bekerja dengan selesa dan mengamalkan
keterbukaan dalam komunikasi bagi mencapai matlamat pasukan.
Kajian dalam bidang pengurusan organisasi mendapati bahawa faktor kepimpinan,
motivasi dan pembangunan pasukan (Crush, P. 2007; Jenewin & Morhart, 2008; Hunsaker,
P. L. & Hunsaker, J. S. 2008), komunikasi, persefahaman dan kesepaduan ahli (Harris, 1999;
Proenca, E. J., 2007), spesifikasi tugas yang jelas dan sikap saling bertanggungjawab (Marraone,
J. A. et. al., 2007; LePine, J. A. et. al., 2008) merupakan elemen terpenting dalam membentuk
pasukan yang dinamik dan berprestasi tinggi.
Selain itu, terdapat juga kajian yang mengkaji pengukuran tahap keberkesanan pasukan
dari segi konseptual agar dapat diaplikasikan. Kajian oleh sekumpulan penyelidik iaitu Delgado
Piña, M. I. et. al. (2008) mungkin boleh dijadikan contoh dan panduan dalam pengurusan.

293
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kajian ini menyentuh tentang keberkesanan ruang konseptual dan menentukan isu-isu berkaitan
pengukuran tahap pasukan. Berdasarkan kepada perbezaan jenis pasukan yang wujud (pasukan
kerja, pasukan selari, pasukan projek dan pasukan pengurusan), penyelidik menentukan apakah
pemboleh ubah dan ukuran yang bersesuaian dengan jenis kumpulan, menganalisa masalah
dalam pengumpulan data dan pengukuran yang akhirnya mencadangkan isu-isu pengukuran
dalam kajian selanjutnya. Dapatan mendapati bahawa konsep pelbagai dimensi dengan tiga
dimensi: prestasi, sikap dan tingkah laku memberi kesan terhadap kerja berpasukan. Penyelidik
juga menggunakan pelbagai sumber data dan menganalisis dari perspektif yang pelbagai
berdasarkan pemerhatian dan maklumat pemaklum utama. Kajian ini menunjukkan ukuran
keberkesanan yang lengkap harus dilakukan berdasarkan 3 dimensi: prestasi, dapatan sikap dan
hasil tingkah laku.

Pelaksanaan Kemahiran Insaniah Kerja Berpasukan Di Institut Pengajian Tinggi


Malaysia
Berdasarkan kerangka konseptual gabungan model yang digunakan oleh Finn (2008) dan
sekumpulan penyelidik antaranya, Kelly (2008) sebagai landasan, kajian ini bertujuan
menganalisis kepentingan kemahiran insaniah kerja berpasukan dan implikasinya kepada
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di universiti. Dalam konteks hubungan
etnik di Malaysia, penerapan kemahiran kerja berpasukan ini dijangka memberi kesan
yang positif ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut,
kajian ini telah dilakukan di dua buah universiti awam berdasarkan kluster melalui
persampelan rawak dengan nisbah 1:1. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dipilih
mewakili kluster jurusan sastera, sains sosial dan pengajian Islam manakala UTeM
mewakili kluster jurusan teknikal.
Menyedari kepentingan kerja berpasukan sebagai elemen penting kemahiran
insaniah, kemahiran ini telah diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
Universiti Awam (UA), IPTA dan Universiti Swasta di Malaysia berasaskan semangat
Falsafah Pendidikan Negara bagi membentuk keseimbangan pembangunan modal insan
dalam sistem pendidikan tinggi negara. Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia meletakkan garis panduan Kemahiran Insaniah
(KI) di IPT merangkumi aspek kemahiran generic seperti, Kemahiran Berkomunikasi
(Communication Skill), Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
(Creative Thinking and Problem Solving), Kemahiran Kerja Berpasukan (Teamwork Skill),
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat (Lifelong Learning), Kemahiran
Keusahawanan (Entrepreneurship Skill), Etika dan Moral Profesional dan Kemahiran
Kepimpinan (Leadership Skill). Setiap elemen ini kemudiannya diperincikan dengan
Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT) sebagaimana
terkandung dalam Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi
Pengajian Tinggi Malaysia (2006: 8 -13).
Sebagai garis panduan kepada pihak universiti dalam merancang dan melaksanakan
pembangunan KI dalam kalangan pelajar, beberapa model dan kerangka pembangunan
yang bersesuaian dengan reka bentuk kurikulum sesuatu program, pelaksanaan,
pemantauan dan penilaiannya telah dicadangkan. Kemahiran kerja berpasukan ini boleh
dilaksanakan merentasi aktiviti formal P&P, berasaskan kehidupan di kampus atau
program sokongan. Dua model pendekatan iaitu, Model Mata Pelajaran Mandiri (Stand
Alone Subject) dan Model Terapan (Embedded) boleh dilaksanakan dalam aktiviti formal
P&P. Model Terapan lebih memerlukan perancangan yang rapi oleh pensyarah khususnya
dalam mereka bentuk kurikulum dan aktiviti sepanjang pelaksanaannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam konteks pelaksanaannya di USIM, kemahiran kerja berpasukan merupakan
elemen yang diterapkan dalam mata pelajaran Kursus Wajib Universiti (WU), iaitu
Hubungan Etnik (UTE1012), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (UTT1012) dan
294
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah (UTK2012) dan Kursus Wajib USIM
(WUSIM), iaitu Pengajian Halaqah. Sebagai universiti berfokus (focus university) yang
melibatkan pelbagai disiplin pengajian (sains dan teknologi, sains sosial, pengajian Islam
& kejuruteraan) yang berteraskan integrasi ilmu Aqli (Acquired Knowledge) dan Naqli
(Revealed Knowledge), komposisi pelajarnya bersifat homogenous (Melayu-Islam). Oleh
yang demikian, untuk memastikan keberkesanan mata pelajaran hubungan etnik dan
pelajar dapat memahami realiti sebenar hubungan etnik di Malaysia, pendekatan yang
diambil dalam mata pelajaran ini ialah memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap
kerja lapangan secara berpasukan yang memerlukan interaksi pelbagai etnik. Selain itu,
kaedah pembelajaran secara interaktif menggunakan kaedah embedded e-learning, melalui
sistem Goals dan Massive Open Online Course (MOOC) dilaksanakan bagi meningkatkan
minat dan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran ini.
Manakala di UTeM, kemahiran kerja berpasukan juga diterapkan dalam mata
pelajaran wajib universiti. Antaranya Hubungan Etnik (BLHW 2712), Tamadun Islam
dan Tamadun Asia (BLHW 1702), Falsafah Sains dan Teknologi (BLHW 1722),
Pemikiran Kritis dan Kreatif (BLHC 4032) serta mata pelajaran wajib universiti yang
lain di dalam Bahasa Inggeris. UTeM juga merupakan salah sebuah universiti berfokus
khususnya teknikal yang mempunyai pengkhususan dalam bidang kejuruteraan, teknologi
kejuruteraan, teknologi maklumat (ICT) dan pengurusan teknologi dan teknousahawanan.
Justeru itu, komposisi pelajar UTeM terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang, etnik,
agama dan budaya. Setiap tugasan berkumpulan yang diberi kepada semua pelajar perlulah
melibatkan kepelbagaian etnik. Secara tidak langsung, pelajar mesti boleh berinteraksi,
mengenali antara satu sama lain dalam suasana pembelajaran kerja berpasukan.
Seterusnya, bagi meningkatkan minat pelajar untuk belajar dalam suasana secara maya
dan santai, kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya turut diperkenalkan, iaitu
Massive Open Online Course (MOOC) di seluruh UA, IPTA dan IPTS. Kaedah ini dapat
membantu pelajar membuat persediaan awal atau di mana mereka berada, pelajar dapat
belajar secara kendiri sebelum mereka hadir ke kuliah masing-masing.
Universiti Malaya mempunyai model tersendiri dalam melaksanakan pembangunan
kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar berdasarkan garis panduan Kemahiran Insaniah
(KI) di IPT. Dalam konteks pelaksanaannya, kemahiran kerja berpasukan diterapkan
dalam mata pelajaran kursus universiti seperti kursus Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (GIG1001), Hubungan Etnik (GIG1002), Asas Pembudayaan Keusahawanan
(GIG1003), Jalinan Masyarakat (GIG1005) dan Pengenalan Kepada Malaysia (GIG1006)
dan sebagainya. Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pencetus Bakat dan Latihan Industri
(CITra), Universiti Malaya. CITra bertanggungjawab untuk mencapai objektifnya dengan
menawarkan pelbagai kursus universiti bagi mempertingkatkan interaksi dalam kalangan
mahasiswa daripada pelbagai kaum dan latar belakang, menggalakkan penguasaan ilmu
dalam pelbagai disiplin (Buku Panduan SKET, 2016-2017).
Bagi memastikan keberkesanan kursus dan pencapaian hasil pembelajaran, kursus
ini mendedahkan pelajar dengan situasi pembelajaran dan pengajaran melalui penglibatan
dalam akademik dan aktiviti sosial. Pendedahan ini akan melibatkan kebolehan berdialog,
berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan melalui aktiviti kumpulan, serta
pendedahan terhadap realiti dunia sebenar di samping menghormati kepelbagaian budaya
masyarakat berbilang kaum. Oleh yang demikian, elemen kemahiran kerja berpasukan
diterapkan dalam aktiviti tugasan pelajar. Pelajar diberikan tugasan secara berkumpulan
yang terdiri daripada pelbagai etnik. Bagi memperoleh hasil tugasan yang berkualiti,
elemen kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi adalah amat perlu ditekankan oleh
pelajar sepanjang proses menyiapkan tugasan. Selain itu, pembelajaran secara interaktif
dan e-learning digunakan, iaitu SPECTRUM dan MOOCs sebagai penambahbaikan
pengajaran dan pengajaran dalam kursus ini.

295
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

DAPATAN KAJIAN

Sebanyak 480 borang kaji selidik yang diedarkan di lapan fakulti di USIM dan lima fakulti
di UTeM, sebanyak 424 responden terlibat secara langsung dalam kajian masing-masing
213 responden USIM dan 211 responden UTeM. Nisbah pelajar lelaki dan perempuan yang
menyertai kajian ini sebagaimana di IPTA ialah 4:6 di USIM (61 peratus responden USIM
adalah lelaki manakala selebihnya, 39 peratus responden adalah perempuan). Sebaliknya
nisbah ini tidak dapat dipenuhi di UTeM kerana bilangan pelajar lelaki lebih ramai
berbanding perempuan. Responden UTeM diwakili oleh 116 orang lelaki (55 peratus) dan
95 orang (45 peratus) perempuan. Perbezaan yang ketara dapat dilihat antara responden
USIM dan UTeM dari segi demografi mengikut bangsa. Hampir 100 peratus iaitu 99.5
peratus pelajar USIM terdiri dari bangsa Melayu-Islam, sementara UTeM diwakili oleh
responden berbilang bangsa. Seramai 69.4 peratus responden UTeM berbangsa Melayu,
22.8 peratus berbangsa Cina, 3.4 peratus berbangsa India dan 4.4 peratus daripada bangsa
lain-lain.

Carta 1.1: Demografi Responden Mengikut Bangsa

Carta 1.2: Kepentingan Menerapkan Kemahiran Kerja Berpasukan dalam Pengajaran


dan Pembelajaran (P&P) di Universiti

Secara umumnya, kebanyakan responden bersetuju bahawa kemahiran ini penting


untuk diterapkan dalam P&P di universiti (Carta 1.2). Tahap persetujuan bagi kedua-
dua universiti tidak menampakkan perbezaan yang ketara dari segi peratus persetujuan.
Seramai 26.4 peratus dan 70.8 peratus responden USIM sangat bersetuju dan bersetuju
dengan kenyataan di atas berbanding sejumlah 21.8 peratus dan 74.9 peratus responden
UTeM yang menyatakan tahap persetujuan yang sama.
Responden juga mengakui bahawa kemahiran kerja berpasukan penting dalam
membantu memupuk semangat kerjasama dan hubungan sesama ahli (Carta 1.3). Namun
begitu, terdapat sedikit perbezaan dari segi darjah persetujuan di antara penyataan yang
ekstrem dan sederhana di kedua-dua universiti. Responden UTeM menunjukkan persetujuan
yang sedikit tinggi pada tahap sangat setuju (51.2 peratus), berbanding responden USIM
(42 peratus). Sementara persetujuan pada tahap sederhana, iaitu bersetuju, peratusan
persetujuan responden USIM tinggi sedikit (55.7 peratus) berbanding responden UTeM
(45 peratus) dengan purata perbezaan sekitar 10 peratus. Walaupun begitu, kedua-dua
universiti menunjukkan peratus persetujuan yang tinggi dengan purata 96.6 peratus (97.7
peratus – USIM, 96.2 peratus – UTeM).

296
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Carta 1.3: Kepentingan Kemahiran Kerja Berpasukan dalam Membantu Memupuk Semangat
Kerjasama dan Hubungan Sesama Ahli

Responden dari kedua-dua universiti turut menunjukkan persetujuan yang hampir


sama dalam semua tahap pada kenyataan kepentingan kerja berpasukan membantu
membina kemahiran komunikasi yang lebih baik (Carta 1.4). Sebanyak 32.5 peratus
responden USIM dan 32.7 peratus responden UTeM masing-masing sangat bersetuju
dengan kenyataan di atas. Selebihnya 62.7 peratus responden USIM dan 63.5 peratus
responden UTeM setuju dengan kenyataan yang sama. Pelaksanaan kerja berpasukan juga
penting kerana bersesuaian dengan saiz pelajar yang besar bagi kursus wajib universiti
dalam kuliah pengajian (Carta 1.5). 71.2 peratus responden USIM dan 76.3 peratus
responden UTeM bersetuju dengan kenyataan di atas sementara 14.6 peratus (USIM) dan
11.4 peratus (UTeM) sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Carta 1.4: Kepentingan Kemahiran Kerja Berpasukan Membantu Membina Kemahiran


Komunikasi yang Lebih Baik

297
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Carta 1.5: Kepentingan Kemahiran Kerja Berpasukan Bersesuaian Dengan Saiz Pelajar Yang
Besar Dalam Kuliah Pengajian

Dapatan menunjukkan bahawa penerapan kemahiran insaniah kerja berpasukan memberi


impak yang positif kepada pelajar dalam pelbagai aspek pengurusan organisasi. Walaupun
kedua-dua universiti berbeza dari segi kluster pengajian dan komposisi kumpulan etnik namun
ini tidak menghalang kepada pemupukan semangat kerja berpasukan bagi menjayakan objektif
kursus wajib universiti umumnya, bagi memupuk kesepaduan kaum dalam kalangan pelajar di
universiti.

Implikasi Kerja Berpasukan Kepada Pelajar


Tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara responden yang terdiri dari kumpulan etnik yang
pelbagai di (UTeM) dengan responden yang bersifat homogenous (USIM) yang di libat-samakan
dengan kumpulan etnik pelbagai dalam kerja lapangan tugasan berpasukan di universiti. Dapatan
menunjukkan kerja berpasukan dalam P&P memberi nilai tambah kepada pelajar (87.3% USIM,
91.9% UTeM), membantu pelajar membina keyakinan diri (87.7% USIM, 89.6% - UTeM),
meningkatkan komunikasi dan pergaulan dengan pihak lain (91.5 peratus - USIM, 94.3 peratus
– UTeM), meningkatkan kerjasama dan komitmen terhadap tugas (91.4% USIM, 93.8% UTeM),
membantu pelajar membentuk pemikiran kritis dan percambahan idea (88.7% USIM, 92.9%
UTeM), membantu penyelesaian masalah khususnya berkaitan pelaksanaan tugasan (86.8%
USIM, 91.5% UTeM), meningkatkan kualiti dan hasil kerja (86.7% USIM, 88.1% UTeM),
meningkat pengetahuan dalam pelajaran yang dibincang bersama (85.8% USIM, 87.2% UTeM)
dan meningkatkan kualiti pembelajaran (86.7% USIM, 88.1% UTeM). Purata min yang dicapai
oleh kedua-dua universiti bagi setiap item di atas hampir sama, iaitu antara 3.99 ke 4.2.

Carta 1.6: Tahap Kepuasan Kerjasama Kerja Berpasukan

298
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Secara umumnya, majoriti responden berpuas hati dengan tahap kepuasan kerjasama
kerja berpasukan, iaitu 69.1 peratus responden USIM dan 66.8 peratus responden UTeM (Carta
1.6). Hanya sebahagian kecil tidak pasti dengan kenyataan yang sama (23.3 peratus - UTeM,
22.9 peratus - USIM). Antara faktor yang menyumbang kepada kepuasan kerja berpasukan ialah
kebanyakan ahli memberi pandangan dan saling membantu (28.6% -USIM, 25.10% - UTeM),
semua ahli menunjukkan komitmen (26.3% - USIM, 26.5% - UTeM), semua ahli mengambil
bahagian (11.7% - USIM, 18.5% - UTeM) dan pembahagian tugas secara adil (10.3% - USIM,
6.2% - UTeM).
Keberkesanan kerja berpasukan telah dibuktikan apabila sebanyak 79 peratus responden
USIM dan 82.1 peratus responden UTeM memilih tugasan secara kerja berpasukan berbanding
secara individu sebagai pilihan utama atas faktor tugasan yang cepat, mudah dan lebih baik
hasilnya kerana menggabungkan idea daripada banyak pihak (51.2% - USIM, 50.7% - UTeM).
Walau bagaimanapun, sebanyak 80.3 peratus responden UTeM menilai tahap keberkesanan
kerja berpasukan dalam kerja kursus di universiti berada pada tahap baik berbanding 69.7
peratus responden USIM yang menyatakan penilaian mereka pada tahap yang sama (Carta
1.8). Majoriti responden berpandangan bahawa saiz pelajar yang wajar bagi setiap pasukan
kerja ialah 4-6 orang (68.7 peratus - UTeM, 51.2 peratus - USIM).

Carta 1.7: Tugasan yang Menjadi Pilihan Pertama

Carta 1.8: Tahap Keberkesanan Kerja Berpasukan dalam Kerja Kursus di Universiti

299
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kajian ini menunjukkan kepentingan kemahiran kerja berpasukan dan implikasinya


kepada pelajar di universiti tempatan. Kaedah pelaksanaannya perlu sentiasa dioptimumkan
agar menggalakkan penglibatan pelajar berasaskan pembelajaran berpusatkan pelajar
(student centered learning). Dapatan ini juga memberi implikasi terhadap pensyarah atau
pemudah cara bagi memastikan kejayaan kerja berpasukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran:
1) Kemahiran insaniah kerja berpasukan dalam P&P di universiti perlu diteruskan melalui
kepelbagaian aktiviti berasaskan pelajar.
2) Pelaksanaan kemahiran insaniah kerja berpasukan perlu diiringi bersama Kemahiran
Insaniah yang lain seperti, Kemahiran Komunikasi (Communication Skills – CS),
Kemahiran Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem
Solving Skills – CTPS), Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pencarian Maklumat
(Lifelong Learning and Information Management Skills–LL) dan Etika dan Moral
Profesionalisme (Ethics and Moral Profesionalisme – EM) dalam mata pelajaran
umum atau wajib universiti. Ini perlu bagi mengoptimumkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan falsafah pendidikan berasaskan
penghasilan (Outcome-Based Education).
3) Dalam konteks pengukuhan hubungan etnik di Malaysia, pelbagai aktiviti boleh
dilakukan secara berpasukan bagi menggalakkan pelajar berinteraksi, berbincang
secara menguji minda (brain storming), persembahan dalam bentuk silang-budaya
berdasarkan kajian lapangan dan aktiviti luar kuliah bagi memupuk persefahaman
antara pelbagai etnik.

KESIMPULAN

Hasil dapatan menunjukkan bahawa pendedahan pelajar terhadap kemahiran insaniah


kerja berpasukan didapati memberi kesan positif kepada pelajar dalam pelbagai aspek.
Kemahiran kerja berpasukan terbukti meningkatkan kemahiran komunikasi dan pergaulan
dengan etnik yang berbeza, nilai tambah kepada responden dari segi membina keyakinan
diri, membantu meningkatkan semangat kerjasama dan komitmen terhadap tugasan. Selain
itu, kemahiran insaniah ini membantu pembentukan pemikiran kritis dan percambahan
idea, menyelesaikan masalah berkaitan tugasan dan meningkatkan kualiti dan hasil kerja
khususnya peningkatan pengetahuan dan kualiti pembelajaran. Dalam konteks hubungan
etnik di Malaysia, kemahiran kerja berpasukan dapat memupuk persefahaman, kerjasama
dan hubungan etnik yang lebih erat dalam masyarakat. Penerapan kemahiran kerja
berpasukan dalam kalangan pelajar universiti tidak hanya dijadikan elemen kemahiran
berorganisasi sebagai persediaan memenuhi keperluan pasaran kerja, bahkan sebagai
mekanisme pengukuhan hubungan etnik yang harmoni bagi mencapai hasrat pembinaan
negara bangsa yang bercirikan nilai kesepaduan sosial yang utuh.

RUJUKAN

Ahmad Fadzli Yusof. (2004). Mengurus Kerja Berpasukan. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Alauddin Sidal. (2004). Kerja Berpasukan dalam Organisasi. Kuala Lumpur: INTAN.
Buku Panduan SKET 2016-2017.( 2016). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Delgado Pina, M. I. et. al. (2008). “Team in Organizations: a Review on Team Effectiveness”.
Team Performance Management. Vol. 14. Issue 1/2. pp. 1-7.
Dyer, W.G., (1987). Team Building: Issues and Alternatives. Reading Massachusetts:
Addison- Wesley Publishing Company.
Finn, R. (2008). “The Language of Teamwork: Reproducing Profesional Divisions in the
Operating Theatre”. Human Relations. Vol. 61. Issue 1. pp. 100-115.
300
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Harris, T.E, Sherblom, J.C. (1999). Small Group and Team Communication. Boston: Allyn
and Bacon.
Hunsaker, P. L., Hunsaker, J. S. (2008). “Virtual Teams: a Leader’s Guide”. Team
Performance Management. Vol. 14. Issue 1/2.
Jenewin M. & Morhart, F. (2008). “Navigating Toward Team Process”. Team Performance
Management. Vol. 14, Issue 1/2.
Kelly, P. (2008). “Achieving Desirable Group-Work Outcomes through the Group
Allocation Process”. Team Performance Management. Vol. 14. Issue 1/2.
LePine, J. A. et. al., (2008). “A Meta-Analysis of Teamwork Processes: Tests of a
Multidimentional Model and Relationships with Team Effectiveness Criteria”.
Personal Psychology. Vol. 61. Issue 2. pp. 243-273.
Lewis, R. (1994). Team-Building Skills. London: McGraw-Hill, Inc.
Marraone, J. A. et. al., (2007). “A Multilevel Investigation of Antecedents and Consequences
of Team Member Boundary-Spanning Behavior’. Academy of Management Journal.
Vol. 50. Issue 6. pp. 400-1423.
Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi
Malaysia. (2006). Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

301
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

DINAMIKA KESEPADUAN POLITIK MELAYU-ISLAM: ANALISIS


HUBUNGAN UMNO-PAS 2010-2015

Mohammad Tawfik bin Yaakub, 2Muhammad Shamshinor Abdul Azzis,


1

3
Mohd Azmir Mohd Nizah, 4Afi Roshezry Abu Bakar, 5Mohd Azri Ibrahim
1
Universiti Malaya
2
Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor
3
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia,
4
Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera & Sains Sosial
5
Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

Abstrak
Kajian ini membincangkan mengenai dinamika kesepaduan politik Melayu-Islam di
Malaysia. Kajian ini memfokuskan analisis hubungan UMNO-PAS dari tahun 2010
hingga 2015. Tren hubungan dalam kalangan orang Melayu-Islam dinilai menerusi
perubahan corak kerjasama antara dua parti politik Melayu Islam yang dominan di
Malaysia iaitu UMNO dan PAS. Pelbagai isu dan dinamika corak hubungan dua hala
mewarnai matlamat politik yang berbeza, namun dalam keadaan tertentu kedua-dua
parti ini berupaya mengetepikan perselisihan dan krisis politik atas dasar pembangunan
ummah. Melalui reka bentuk kajian kualitatif dengan validasi ketepatan maklumat
berprosedur, kajian ini menghujahkan tiga dinamika kesepaduan dalam hubungan ini.
Pertama, kesediaan UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya kecil yang melibatkan
penyertaan calon PAS, menyokong pembentangan rang undang-undang pelaksanaan
Hudud di Kelantan, keakraban hubungan dan penglibatan kepimpinan tertinggi kedua-
dua parti dalam program-program yang memartabatkan kedudukan Melayu-Islam di
Malaysia. Pendekatan teori pilihan awam di gunakan sebagai alat analisis utama dalam
tiga dinamika kesepaduan tersebut. Beberapa cadangan juga dibincangkan.

Kata kunci: Kesepaduan Politik Melayu-Islam, kerjasama UMNO-PAS.

PENGENALAN

Istilah kesepaduan politik jarang diguna pakai dalam analisis-analisis politik Malaysia
berbanding istilah perpaduan yang dibincangkan secara meluas untuk menilai tahap hubungan
masyarakat sama ada dalam konteks masyarakat homogenus ataupun heterogenus. Namun
kekeliruan masih lagi timbul sehingga hari ini sama masyarakat khususnya orang Melayu
berada dalam kesepaduan ataupun telah mengalami perpaduan politik. Di Malaysia, kesepaduan
politik dalam kalangan orang Melayu-Islam dinilai menerusi tahap kerjasama dua parti politik
dominan Melayu iaitu UMNO dan PAS yang sejak sekian lama mengharungi pelbagai kemelut
politik bagi menjuarai isu-isu berkaitan Melayu-Islam. Artikel ini membincangkan dinamika
kesepaduan politik Melayu yang wujud di Malaysia khususnya melibatkan persaingan politik
UMNO dengan PAS dari tahun 2010 hingga 2015.

KESEPADUAN VS PERPADUAN POLITIK

Konsep kesepaduan telah diguna pakai secara meluas dalam disiplin sosiologi bagi
mengkaji perkembangan sosial masyarakat di sesebuah negara. Konsep ini kemudiannya
diketengahkan sebagai satu penanda aras menilai hubungan masyarakat politik dalam
sesebuah negara khususnya melibatkan parti-parti politik. Secara umumnya, kesepaduan
politik bermaksud kewujudan proses perkongsian atitud, kepercayaan dan tingkah laku
dalam kalangan ahli yang menjurus kepada pembentukan kumpulan (Huddy 2013:8-9).
302
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Manakala pendekatan perpaduan dari perspektif sosiologi adalah merujuk kepada


kesatuan atau kesamaan satu bangsa, satu bahasa dan satu negara (Shamsul Amri
Baharuddin 2011:16). Bagi menilai hubungan kaum dan antara kaum di negara ini,
pendekatan kesepaduan lebih sesuai diketengahkan memandangkan masyarakat awam
dan politik di negara ini masih lagi berada dalam proses menuju ke arah perpaduan. Oleh
demikian, perbincangan dalam artikel ini mengetengahkan pendekatan kesepaduan sebagai
alat analisis bagi menilai tahap dinamika hubungan politik Melayu-Islam khususnya
melibatkan UMNO1 dengan PAS2 dari tahun 2010 hingga 2015.
Kedua, perbincangan ini juga menggunapakai teori pilihan awam kerana
pendekatan ini sesuai untuk menjelaskan bahawa setiap individu mementingkan diri dan
memaksimumkan keuntungan untuk kesenangan sendiri. Dalam sesebuah negara, motivasi
kepentingan diri ini menjadi faktor dominan kepada pemerintah dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu polisi (Buchanan 1984:13; Buchanan & Wagner 1977). Ini kerana
pemerintah sering mengutamakan keuntungan peribadi dengan menggunakan alasan
kepentingan awam (Cavaliere & Scabrosetti 2008:701; Wen & Yuan 2010:828). Dalam
konteks kertas kerja ini, pemahaman mengenai teori pilihan awam adalah penting untuk
menganalisis matlamat parti politik, dengan memfokuskan dinamika kesepaduan politik
UMNO dan PAS dengan aplikasi dalam beberapa isu agama dan politik dalam kalangan
Melayu-Islam di Malaysia.

KAJIAN LEPAS

Terdapat beberapa kajian lalu yang boleh diketengahkan sebagai panduan perbincangan
mengenai dinamika kesepaduan politik Melayu khususnya melibatkan hubungan UMNO
dengan PAS dari tahun 2010 hingga 2015. Antara sarjana-sarjana dan penyelidik berkenaan
misalnya Hssin Mutalib (1990), Kamarulnizam Abdullah (2003), Syed Husin Ali (2008).
Hussin Mutalib (1990) dalam perbincangannya Islam and Ethnicity in Malay Politics
menilai dinamika hubungan kedua-dua elemen ini dalam memperkukuh kaum Melayu di
negara ini. Bagi sarjana ini, Islam dan Melayu sering berintegrasi & memiliki fleksibiliti antara
satu sama lain malah kadangkala berupaya menjadi pemangkin kepada kekuatan elemen yang
lain. Misalnya, perpecahan dalam kalangan orang Melayu boleh ditangani menerusi perpaduan
Islam yang melangkaui batasan suku kaum, bahasa dan fahaman politik. Malah pendekatan
telah lama dialami dan dipraktikkan oleh orang Melayu terdahulu yang berjaya melonjakkan
kegemilangan dan perpaduan antara satu sama lain melalui integrasi kedua-dua elemen
berkenaan. Era pasca merdeka memperlihatkan kesinambungan integrasi politik Melayu-Islam
yang lebih dinamik menerusi kesepaduan politik dalam kerajaan campuran pada tahun 1974.
Pembentukan kerajaan campuran pada tahun 1974 telah memberi kelebihan kepada UMNO
untuk memperkukuhkan semula kedudukannya sekali gus meningkatkan dominasinya sebagai
parti politik Melayu. Dominasi UMNO yang meningkat dalam Barisan Nasional akhirnya
menyebabkan parti PAS tersingkir daripada kerajaan campuran pada tahun 1978. Penyingkiran

1 Penubuhan United Malays National Organisation (UMNO) bermula menerusi penganjuran Kongres Melayu
se-Malaysia pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Konges ini telah berjaya
menghimpunkan sebanyak 37 buah organisasi Melayu dari pelbagai latar belakang perjuangan. Tujuan
utama penganjuran kongres tersebut adalah untuk membincangkan secara khusus mengenai langkah dan
perancangan pelaksanaan Malayan Union oleh kerajaan British. Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, rujuk
Jamaei Hamil (2004).
2 Parti Islam se-Malaysia (PAS) telah ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1951 setelah berlakunya
kemelut dalaman parti UMNO sehingga menyebabkan ahli dan pemimpin dalam Biro Hal Ehwal parti tersebut
bertindak meninggalkan dan menubuhkan parti baru yang berteraskan perjuangkan Islam. Tindakan tersebut
dilakukan kerana ahli-ahli dan pemimpin dalam biro berkenaan kecewa dengan kelemahan kepimpinan
UMNO yang menerajui pentadbiran kerajaan menangani pelbagai masalah melibatkan umat Islam dan tidak
mengutamakan perjuangan Islam sebagai elemen utama dalam pemerintahan negara. Untuk maklumat lanjut,
rujuk Farish A. Noor (2004).
303
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PAS pada tahun 1978 menandakan berakhirnya kesepaduan politik Melayu-Islam yang berjaya
dicapai selepas tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969.
Kamarulnizam Abdullah (2003) menerusi analisisnya dalam The Politics of Islam
in Contemporary Malaysia turut menilai hubung kait Islam dan etnik dalam perkembangan
politik Melayu. Beliau membahagikan perbincangannya kepada lapan bahagian utama yang
memfokuskan kepada dinamika hubungan dan perubahan kerjasama politik Melayu-Islam di
negara ini. Dalam bahagian awal perbincangannya, sarjana ini membezakan analisis beliau
dengan mengutarakan beberapa persoalan penting mengenai pengertian perpaduan dan
sumbangan Islam bagi tujuan berkenaan. Malah sarjana ini turut memiliki kecenderungan
untuk menghubung kait antara perpaduan Melayu dengan keselamatan nasional yang dilihat
beliau sebagai asas utama kestabilan negara. Sebagai kelompok kaum yang terbesar di
negara ini, orang Melayu yang diwakili oleh UMNO dan PAS dilihat sebagai aktor penting
dalam menentukan sama ada kesepaduan ataupun perpaduan politik tersebut berjaya dicapai.
Penyelidik juga melanjutkan perbincangannya dengan mengetengahkan peranan beberapa
badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan Melayu-Islam dalam meningkatkan kemajuan
ekonomi dan kefahaman Islam. Kemunculan kedua-dua pertubuhan ini telah memberikan
impak yang besar khususnya dalam membangunkan semula kegemilangan orang Melayu-
Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam konteks persaingan politik, UMNO dan PAS
pula dilihat sedang bersaing untuk membuktikan kedua-dua parti menjuarai pelbagai isu yang
berkaitan dengan Islam dan nasionalisme. Hal ini tidak ditonjolkan oleh sarjana-sarjana
sebelum ini yang hanya memfokuskan sejarah dan persaingan kedua-dua parti dalam konteks
politik. Bagi tujuan tersebut, UMNO semakin mendekatkan parti tersebut dengan Islam dan
melaksanakan pelbagai proses Islamisasi dalam pelbagai sektor pada zaman pentadbiran Dr.
Mahathir Mohamad. Antara proses-proses Islamisasi yang berimpak tinggi terhadap hubungan
dan hubungan Melayu-Islam pada ketika itu ialah melalui penubuhan Jabatan Kemajuan Islam
(JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIA). Malah UMNO juga memperkukuh partinya dengan memberikan ruang kepada tokoh-
tokoh Islam tempatan seperti Abdul Hamid Zainal Abidin, Yusof Noor, Anwar Ibrahim dan
Fadhil Hanafi dalam kepimpinan parti. Penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO telah
melemahkan momentum gerakan Islam khususnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
yang sebelumnya semakin berpengaruh. Strategi politik Dr. Mahathir yang menjemput Anwar
Ibrahim ke dalam UMNO berjaya memperkukuh perpaduan politik Melayu-Islam apabila
aktivis-aktivis Islam dan ahli-ahli PAS turut menyertai beliau ke dalam UMNO. Oleh itu,
penyelidik ini berjaya membuktikan bahawa kesepaduan politik Melayu-Islam boleh dicapai
sekiranya terdapat perkongsian matlamat dan cita-cita oleh aktor-aktor politik yang berseteru.
Hal ini dapat dilihat apabila Dr. Mahathir menunjukkan minat terhadap peranan Islam dalam
melonjakkan kemajuan orang Melayu, manakala Anwar Ibrahim aktivis Islam berpengaruh
pada ketika itu dan berupaya merealisasikan aspirasi kesepaduan tersebut. Kajian beliau
yang memuatkan peristiwa-peristiwa dan data-data terkini juga relevan dengan perkembangan
politik Melayu-Islam semasa dan analisis dijalankan berdasarkan kerangka konsep etnisiti
yang jelas berbeza sarjana-sarjana lain. Pemilihan kerangka konsep etnisiti ini menunjukkan
bahawa analisis mengenai kesepaduan politik Melayu-Islam khususnya melibatkan hubungan
UMNO dengan PAS ini boleh dinilai daripada pelbagai dimensi yang berbeza.
Namun, senario pasca PRU-13 menghujahkan bahawa faktor etnik seseorang adalah
tidak lagi signifikan dalam pertimbangan pengundi; seperti dalam penentuan calon pilihanraya.
Hal ini adalah didasari oleh tren politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian
etnik dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk penyebab
kemenangan dalam pilihanraya. (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor,
Afi Roshezry Abu Bakar dan Mohd Azmir Mohd Nizah 2016:137). Prioriti masyarakat Melayu,
khususnya dalam kalangan urban Melayu adalah kemampuan calon dari segi implementasi
manifesto. Selain itu, faktor karisma pemimpin, kawalan terhadap isu serta integriti adalah
elemen yang menjadi pertimbangan dalam pengundian (Paimah Atoma et al 2013: 135).
304
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Transisi dari kepentingan ‘ketuanan Melayu’ pada awal kemerdekaan kepada keterbukaan dari
segi pemilihan pemimpin pada masa kini menuntut ruang wacana yang serius.
Seterusnya, Farish A. Noor (2004) dalam perbincangannya menyatakan bahawa
penubuhan PAS menandakan berakhirnya perpaduan politik Melayu-Islam yang diasaskan
oleh parti-parti politik, tokoh-tokoh dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu menerusi
UMNO pada tahun 1946. Hakikatnya, penyelidik dengan jelas menyatakan bahawa kesepaduan
politik Melayu-Islam masih lagi berterusan meskipun setelah UMNO mengalami perpecahan.
Proses kesepaduan politik Melayu-Islam antara UMNO dengan PAS masih lagi berlangsung
secara berterusan, malah kedua-dua parti tersebut berjaya membuktikan komitmen tinggi
untuk mencapai kesepaduan politik melalui penubuhan kerajaan gabungan pada tahun 1974.
Kesepaduan politik yang berjaya disemai semula menjelang pembentukan kerajaan gabungan
pada tahun 1974 telah memberikan pelbagai impak dan perubahan kepada kemajuan orang
Melayu-Islam di negara ini. Malah, penyelidik juga menyatakan bahawa kesepaduan politik
pada waktu tersebut berjaya mencetuskan proses Islamisasi dan meningkatkan kemajuan orang
Melayu-Islam apabila berlakunya genjatan krisis pertelagahan politik antara UMNO dengan
PAS. Di samping itu, kejayaan penubuhan kerajaan gabungan BN-PAS tahun 1974 telah
membuktikan fleksibiliti hubungan politik yang wujud dalam praktik politik orang Melayu-
Islam di negara ini.
Syed Husin Ali (2008) dalam perbincangannya iaitu Orang Melayu: Masalah & Masa
Depan memerihalkan latar belakang dan perkembangan kehidupan orang Melayu dalam
pelbagai sudut analisis. Di awal perbincangannya, sarjana ini menilai bahawa orang Melayu
berhadapan dengan pelbagai cabaran sukar untuk meneruskan kelangsungan hidupnya malah
keadaan bertambah rumit apabila kedatangan penjajah telah memecahkan rumpun kesatuan
orang Melayu kepada beberapa kelompok tertentu. Tindakan penjajah ini telah memberi impak
yang besar terhadap hubungan dalam kalangan orang Melayu yang kemudiannya terpisah
antara satu sama lain berdasarkan kepada batasan wilayah dan negara. Impaknya, orang
Melayu semakin terpesong daripada landasan adat dan kebudayaan Melayu dalam pelbagai
aspek sehingga berkonflik antara satu sama lain meskipun berasal dari rumpun yang sama.
Jurang hubungan Melayu-Islam yang semakin melebar ini turut dihadapi oleh parti-parti politik
Melayu di negara ini sehingga mencetuskan krisis yang berpanjangan antara satu sama lain.
Krisis yang berlarutan ini hanya berjaya diredakan apabila timbulnya keperluan kerjasama
politik antara parti UMNO dan PAS selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969. Kesepaduan
politik yang berjaya dicapai antara kedua-dua parti telah melahirkan sebuah kerajaan campuran
pertama pasca merdeka yang di dominasi oleh orang Melayu-Islam. Meskipun penubuhan
kerajaan campuran merupakan hasil kejayaan persefahaman dan kerjasama antara pemimpin-
pemimpin UMNO dan PAS, namun kebanyakan ahli-ahli di peringkat akar umbi masih lagi
bergelut dengan masalah perpecahan (Syed Husin Ali 2008:46-51). Sebagai seorang sarjana
sosiologi politik, Syed Husin melihat masalah perpecahan di peringkat akar umbi merupakan
penghalang utama kepada usaha untuk mewujudkan perpaduan politik. Sekiranya kesepaduan
dan perpaduan politik berjaya dicapai seperti peristiwa penentangan Malayan Union dan kejayaan
pembentukan kerajaan campuran tahun 1974, maka orang Melayu berupaya mendominasi
kuasa politik negara. Namun, perpaduan politik orang Melayu-Islam yang dicapai menerusi
penganjuran Kongres Melayu se-Malaya pada tahun 1946 adalah hasil perjuangan orang
Melayu, manakala kaum-kaum lain tidak menonjolkan diri secara berlebihan. Situasi yang
sama turut berlaku ketika pembentukan kerajaan campuran pada tahun 1974 apabila kesepaduan
politik hanya diketengahkan selepas tercetusnya pergaduhan antara kaum dalam Peristiwa 13
Mei 1969. Ini selaras dengan tren pengundi yang cenderung membentuk pola pengundian
berdasarkan persepsi kemampuan pemimpin untuk menangani isu dominan dalam kehidupan
seharian masyarakat (Muhammad Shamshinor et al. 2016). Oleh itu, usaha untuk mencapai
kesepaduan dan perpaduan politik Melayu-Islam di negara ini tidak memberi ancaman besar
terhadap hubungan kaum tetapi perpecahan antara kaum timbul sekiranya melibatkan elemen-
elemen perhitungan perkauman (Syed Husin Ali 2004:50-52).
305
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KERANGKA TEORITIKAL

Secara umumnya, teori pilihan awam merupakan kerangka teori untuk menjelaskan bahawa
setiap individu mementingkan diri dan memaksimumkan keuntungan untuk kesenangan
sendiri. Dalam sesebuah negara, motivasi kepentingan diri ini menjadi faktor dominan kepada
pemerintah dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu polisi (Buchanan 1984:13; Buchanan
& Wagner 1977). Ini kerana pemerintah sering mengutamakan keuntungan peribadi dengan
menggunakan alasan kepentingan awam (Cavaliere & Scabrosetti 2008:701; Wen & Yuan
2010:828). Dalam konteks kertas kerja ini, pemahaman mengenai teori pilihan awam adalah
penting untuk menganalisis matlamat parti politik, dengan memfokuskan dinamika kesepaduan
politik UMNO dan PAS dengan aplikasi dalam beberapa isu agama dan politik dalam kalangan
Melayu-Islam di Malaysia.

ISU-ISU KE ARAH PERPADUAN POLITIK MELAYU-ISLAM 2010-2015

Kemelut politik Melayu-Islam sering tercetus di Malaysia memperlihatkan bahawa wujudnya


kedinamikan hubungan dan kerjasama yang terjalin antara dua parti Melayu utama iaitu UMNO
dengan PAS. Ini kerana tren sensitiviti masyarakat terhadap sesuatu isu bersifat agama dan
etnik adalah turut mendasari pola pengundian dalam sesuatu pilihan raya (Mohd Azmir Mohd
Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis & Azri Ibrahim 2016). Meskipun kemelut yang
melanda kedua-dua parti Melayu-Islam ini sering memperlihatkan impak yang negatif, namun
terdapat beberapa isu-isu lain yang berupaya merapatkan jurang hubungan UMNO dan PAS
di negara ini. Bahagian berikut mengetengahkan isu-isu politik Melayu-Islam yang berjaya
mengorak ke arah kesepaduan politik Melayu-Islam di Malaysia.

PENOLAKAN BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA

Dalam tempoh 2010 hingga 2015, terdapat beberapa pilihan raya kecil yang tidak disertai oleh
UMNO bagi memperlihatkan kesediaannya untuk memberi peluang kepada calon daripada PAS
untuk bertanding tanpa saingan. Tindakan ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu, kekuatan
parti lawan di kubu masing-masing dan strategi untuk bekerjasama dengan parti lawan selepas
pilihan raya tersebut.
Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei 2013, PAS menang di kerusi Parlimen
Pasir Mas di Kelantan setelah calon UMNO, Johan Che Pa bertindak menarik diri daripada
bertanding di kerusi berkenaan. Tindakan menarik diri berkenaan menyebabkan PAS hanya
bersaing dengan calon bebas sekali gus menang dalam pilihan raya tersebut meskipun
calon bebas tersebut iaitu Dato’ Ibrahim merupakan seorang individu yang berpengaruh.
Penarikan diri calon UMNO di kerusi Parlimen Pasir Mas dilihat sebagai strategi politik yang
disengajakan bagi memberi laluan kepada calon bebas untuk menentang calon PAS. Meskipun
wujud pertandingan dalam kalangan calon Melayu, namun penarikan diri Johan Che Pa telah
meredakan persaingan antara UMNO dengan PAS.
Kedua, UMNO turut mengambil langkah yang sama dengan bertindak menarik diri
daripada bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Cempaka pada 22 Mac 2015 atas kapasiti
menghormati kematian penyandang, Dato’ Nik Aziz Nik Mat. Langkah UMNO tidak
mencalonkan ahlinya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut sekali lagi memperlihat
kesanggupan UMNO mengenepikan matlamat kuasa sekali gus memperlihatkan usahanya
untuk membentuk hubungan yang baik dengan PAS. Parti PAS yang diwakili calonnya, Ahmad
Fathan Mahmood berjaya mengekalkan kemenangan parti tersebut tanpa saingan yang sengit
meskipun berhadapan dengan empat calon bebas yang turut serta bertanding dalam pilihan
raya kecil tersebut.
Tindakan UMNO menarik diri dan tidak mencalonkan ahlinya untuk bertanding
dalam pilihan raya umum atau kecil menentang calon PAS bukan merupakan perkara baru
306
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dalam perkembangan politik di Malaysia. Hal ini memperlihatkan bahawa UMNO berupaya
mengenepikan matlamat untuk berkuasa dalam hal-hal yang tertentu misalnya penghormatan
kepada calon, strategi politik dan ketidakupayaan untuk menentang calon dari parti lawan.
Langkah ini telah memberi kelebihan khususnya kepada perkembangan kesepaduan politik
Melayu-Islam menerusi pengurangan pertandingan antara UMNO dengan PAS dalam pilihan
raya yang merupakan salah satu punca perpecahan dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG HUDUD DI KELANTAN

Kerajaan pimpinan PAS di negeri Kelantan telah berusaha menggubal dan melaksanakan
Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 namun menghadapi kekangan
dan halangan Perlembagaan Persekutuan. Malah, kerajaan Persekutuan juga tidak memberikan
kerjasama yang baik kepada pelaksanaan undang-undang tersebut disebabkan oleh beberapa
faktor antaranya perbezaan fahaman politik, pengaruh undi bukan Melayu dan mempertahankan
sistem pemerintahan yang ditinggalkan oleh penjajah British.
Enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan tersebut tidak dapat
dilaksanakan dan kerajaan Persekutuan menerusi Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad
pada ketika itu telah mengeluarkan surat arahan bertarikh 15 Julai 1994 yang melarang
pelaksanaannya. Rentetan daripada larangan kerajaan persekutuan tersebut, kerajaan Kelantan
akhirnya bertindak menangguhkan pelaksanaan Enakmen tersebut bagi mengelak berulangnya
peristiwa pengambilalihan kuasa menerusi pengisytiharan darurat pada tahun 19977 di
Kelantan. Hal yang sama berlaku apabila kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh PAS
cuba melaksanakan perundangan tersebut selepas diluluskan di DUN pada tahun 2002 namun
masih tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan Persekutuan.
Meskipun perkembangan pelaksanaan undang-undang syariah di Kelantan dan
Terengganu tidak memperlihatkan hasil yang positif, namun keadaan tersebut telah berubah
pada zaman pentadbiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila kerajaan
Persekutuan menyatakan kesediaan menyokong pembentangan pindaan Perlembagaan
pada tahun 2015. Malah Ketua Pembangkang di DUN Kelantan, Dato’ Mohd Alwi semasa
persidangan dewan pada 18 Mac 2015 menyatakan kesediaan menyokong pindaan rang undang-
undang yang dibentangkan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS. Malah bagi memperlihatkan
kesediaan UMNO menyokong pindaan undang-undang tersebut, Kerajaan Persekutuan sebuah
jawatankuasa teknikal antara kerajaan negeri Kelantan dan Persekutuan ditubuhkan. Penubuhan
jawatankuasa ini menandakan bermulanya kesepaduan politik Melayu-Islam melibatkan dua
buah kerajaan yang dipimpin oleh parti politik Melayu majoriti di Malaysia.

PENGANJURAN DIALOG DAN KERJASAMA

Kerjasama politik UMNO dengan PAS dalam membabitkan isu-isu Melayu-Islam semakin
jelas apabila timbulnya isu berkenaan selepas PAS meninggalkan Pakatan Rakyat pada tahun
2015. Selepas meninggalkan Pakatan Rakyat, pelbagai usaha dan desas-desus kerjasama
melibatkan kedua-dua parti dominan Melayu-Islam tersebut muncul dan diperkukuhkan lagi
menerusi peristiwa-peristiwa yang tercetus dalam tempoh tersebut.
Tindakan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat adalah rentetan daripada krisis parti tersebut
dengan DAP yang menentang pelaksanaan Hudud di negeri Kelantan. Bagi DAP, tindakan PAS
bersungguh-sungguh mengemukakan usul pindaan bagi membolehkan pelaksanaan Hudud
dengan sokongan UMNO di Parlimen merupakan langkah memecahbelahkan Pakatan Rakyat
dan bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan. Namun, bagi PAS, sokongan UMNO
terhadap usul tersebut memperlihatkan bahawa wujudnya keinginan parti tersebut untuk
bekerjasama untuk pembangunan dan kebaikan umat Islam. Setelah PAS meninggalkan Pakatan
rakyat, UMNO sentiasa mempelawa kerjasama dengan parti tersebut atas dasar perpaduan
orang Melayu-Islam di negara ini. Malah, Presiden UMNO dalam ucapan Persidangan Agung
307
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kali ke-69 pada bulan Disember 2015 dengan berterus terang menghulurkan pelawaan bagi
memperkukuh ikatan ukhuwah kepada PAS. Namun isu pelawaan kerjasama tersebut tidak
disambut dengan segera oleh PAS malah menegaskan bahawa parti tersebut tidak tergesa-gesa
menyambut cadangan UMNO berkenaan.
Di samping itu, jurang hubungan PAS dengan UMNO semakin berkurangan menerusi
penyertaan bersama pelbagai program dan kerjasama yang lebih rancak oleh kedua-dua
parti bagi membincangkan kemajuan orang Melayu-Islam di negara ini. Antaranya Multaqa
Serantau Alumni Al-Azhar pada 16 Disember 2015 telah mempertemukan Presiden UMNO
dan PAS atas satu pentas yang sama membincangkan mengenai hala tuju dan masa depan orang
Melayu-Islam di negara ini. Malah tema multaqa anjuran sebuah badan bukan kerajaan NGO
iaitu “Perpaduan Ummah Merentas ideologi” mencerminkan proses perpaduan Melayu-Islam
yang semakin giat berlaku melibatkan kedua-dua parti berkenaan.
Menerusi multaqa tersebut juga, Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul
razak telah mempelawa PAS untuk bersama-sama parti tersebut menggembleng usaha dan
mengenepikan perbezaan ideologi bagi membangunkan ummah. Mesej tersebut telah
disambut oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan PAS
untuk bekerjasama sekiranya UMNO kembali sepenuhnya kepada sistem Islam. Meskipun
pelbagai tanggapan timbul mengenai kesepaduan politik Melayu-Islam antara UMNO
dengan PAS selepas program tersebut, namun multaqa tersebut sebenarnya berjaya menemui
titik persamaan yang boleh diketengahkan sebagai langkah permulaan terhadap kerjasama
berkenaan. Persamaan yang dikongsi oleh kedua-dua parti tersebut ialah mengenai keperluan
untuk membangunkan orang Melayu-Islam yang berhadapan dengan kepelbagaian cabaran
dalam sektor ekonomi, politik dan sosial.

KESIMPULAN

Perkembangan kesepaduan politik Melayu-Islam dipengaruhi oleh perubahan tahap kerjasama


antara dua parti politik utama Melayu di Malaysia iaitu UMNO dan PAS. Kerencaman isu-
isu politik dalam kalangan orang Melayu yang tercetus sebelum ini memperlihatkan bahawa
kedudukan politik orang Melayu-Islam di negara ini masih berada pada tahap kesepaduan
berbanding perpaduan.
Namun, proses ke arah membentuk perpaduan politik Melayu-Islam di negara ini
khususnya melibatkan UMNO dengan PAS masih berlaku secara berterusan menerusi pelbagai
kerjasama dan penganjuran dialog bagi mencari titik persamaan kedua-dua parti yang boleh
mengurangkan jurang perselisihan hubungan orang Melayu-Islam di negara ini. Isu-isu
seperti tidak bertanding dalam pilihan raya, sokongan pelaksanaan undang-undang Hudud
dan penganjuran dialog merupakan platform terbaik dalam memperkukuh kesepaduan politik.
Akhirnya, dinamika kesepaduan politik Melayu-Islam khususnya analisis melibatkan hubungan
UMNO dengan PAS merupakan elemen utama yang berupaya mewujudkan perpaduan politik
dan kestabilan politik yang diidamkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain (1993). Dimensi politik Melayu 1980-1990: antara kepentingan dan
wawasan bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Kamar (1980). Islam tercabar: satu pandangan terhadap PAS. Petaling Jaya: Pustaka
Ilmu.
Amrita Malhi (2003). The PAS- BN conflict in the 1990s: Islamism and modernity. Dlm.
Noraini Othman & Hooker, V. (pnyt). Islam, society and politics, hlm 236-268. Singapore:
Institute of Southeast Asian Studies.
Asyraf Wajdi Dusuki (2014). Politik Islam dan Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia.
308
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Auni Abdullah (1991). Islam dalam sejarah politik dan pemerintahan dalam alam Melayu.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Barnard, T. P. (Ed.). (2004). Contesting Malayness: Malay identity across boundaries.
Singapore: Singapore University Press.
Burhanuddin Al Helmy (1980). Politik Melayu dan Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Anda.
Buchanan, J.M. 1984. Politics without romance: a sketch of positive Public Choice Theory and
its normative implications. Dlm. Buchanan, J.M. & Tollison, R.D. (pnyt.). The Theory of
Public Choice – II, hlm. 11-23. Michigan: The University of Michigan Press.
Buchanan, J.M. & Wagner, R.E. 1977. Democracy in deficit: the political legacy of Lord
Keynes. New York: Academic Press.
Chamil Wariya (2004). Kesinambungan dan perubahan Malaysia di bawah pentadbiran
Abdullah Ahmad Badawi. Kuala Lumpur: Utusan Publications
Cavaliere, A. & Scabrosetti, S. 2008. Privatization and efficiency: from principals and agents
to political economy. Journal of Economics Surveys 22(4): 685-710.
Edmund Terence Gomez (pytn) (2004). The state of Malaysia: ethnicity, equity and reform.
London: MPG Books.
Edmund Terence Gomez (Ed.) (2007). Politics in Malaysia: the Malay dimension. New York:
Routledge.
Eckstein, H., & Woodrow Wilson School of Public and International Affairs. Center of
International Studies (1966). Division and cohesion in democracy: a study of Norway.
Princeton: Princeton University Press.
Esposito, L. J. (1984). Islam and politics. New York: Syracuse University Press.
Farish Noor (2014). The Malaysian Islamic party PAS 1951-2013. Amsterdam: Amsterdam
University Press.
Firdaus Abdullah (1985). Radical Malay politics: its origins and early development. Kuala
Lumpur: Pelanduk Publications.
Halliday, F. (1995). The politics of ‘Islam’- a second look. British Journal of Political Science,
25(03), 399-417.
Hussin Mutalib (1993). Islam in Malaysia: from revivalism to Islamic state. Singapore:
Singapore University Press.
Hussin Mutalib (2012). Singapore Malays: being ethnic minority and Muslim in a global city-
state. New York: Routledge.
Ibnu Hasyim (1993). Konflik UMNO, PAS: satu penyelesaian menurut Islam. Kuala Lumpur:
G. Edar.
Ibrahim Ahmad (1989). Konflik UMNO-PAS dalam isu Islamisasi. Kuala Lumpur: IBS.
Jamaei Hamil, Mahadee Ismail, Nidzam Sulaiman, Suzanna M. Isa & Zaini Othman (2005).
Budaya politik Melayu: kesinambungan dan perubahan. Dlm. Zarina Othman & Sity Daud.
Politik dan keselamatan, 71-9. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jamaei Hamil (2004). UMNO dalam politik dan perniagaan Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mahayudin Haji Yahaya (1998). Islam di alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Maryam Jameelah (2003). Islam and western society. New Delhi: Adam Publisher &
Distributors.
McAmis, D. R. (2002). Malay Muslims: the history and challenge of resurgent Islam in
Southeast Asia. London: Eerdmans.
Md. Salleh Md. Gaus (1984). Politik Melayu Pulau Pinang: 1945-1957. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mehrdad Haghayeghi (1996). Islam and Politics in Central Asia. London: Palgrave Macmillan.

309
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd
Azmir Mohd Nizah. 2016. Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. Dlm. Muhamad Takiyuddin
Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu,
Kekentalan Politik Lama. Hlm. 121-140.Sintok:UUM Press.
Mohd. Azmir Mohd. Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd. Azri Ibrahim. 2016.
Selangor Voters Perception Towards Issues in 13th Malaysian Election. Mediterranean
Journal of Social Sciences.7(1):44-51.ISSN 2039-9340. http://dx.doi.org/10.5901/
mjss.2016.v7n1s1p44.
Noraini Othman (2007). Islam, Islamization and democratization: challenges and prospects.
Bangi: Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa.
Nordin Hussin (2005). Malay press and Malay politics: The Hertogh riots in Singapore. Asia
Europe Journal, 3(4), 561-575.
Paimah Atoma, Adenan Mat Junoh, Adibah Sulaiman@Mohamad, Mohd Azmir Mohd
Nizah, Khairulneezam Mohd Nor, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2013. Persepsi
Pengundi Terhadap Isu yang akan Mempengaruhi Keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan.
Dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (pnyt.).PRU-13: Siapa Pilihan
Pengundi?, hlm. 122-139.Bangi:Institut Kajian Etnik,UKM.
Surin Pitsuwan (1985). Islam and Malay nationalism: a case study of Malay-Muslims in
Southern Thailand. Bangkok: Thammasat University.
Syed Husin Ali (2008). Merdeka, rakyat & keadilan: kumpulan artikel mengkritik dasar-dasar
UMNO-BN dan mengemukakan asas-asas politik menuju Malaysia baru. Petaling Jaya:
SIRD.
Syed Husin Ali (2008). The Malays, their problems and future. Kuala Lumpur: The Other
Press.
Syed Hussein Alatas (2002). Ke mana dengan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Wen, J.F. & Yuan, Lasheng. 2010. Optimal privatization of vertical public utilities. Canadian
Journal of Economics 43(3): 816-831.

310
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

SIKAP POLITIK URBAN MELAYU


1
Mohd Azmir Mohd Nizah, 2Muhammad Shamshinor Abdul Azzis,
3
Afi Roshezry Abu Bakar, 4Hairol Mak Din
1, 4
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia
2
Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor
3
Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman

Abstrak
Kajian perbandingan mengenai sikap politik antara masyarakat urban dan luar bandar
telah menjadi fokus dalam kalangan sarjana, terutama selepas keputusan pilihan raya
umum ke 13.Namun begitu, literasi kajian mengenai sikap politik yang tertumpu pada
etnik yang spesifik masih lagi kurang. Artikel ini berhasrat mengenal pasti sikap politik
urban Melayu, terutamanya dalam konteks toleransi politik. Kajian ini membincangkan
mengenai sikap politik urban Melayu melalui reka bentuk kajian kuantitatif dengan
instrumen soal selidik di tiga kawasan urban iaitu Johor Bahru, Shah Alam dan Bukit
Bendera. Dapatan kajian merumuskan bahawa pengundi Melayu di kawasan urban
terbuka dalam menerima perbezaan parti politik malah ukuran etnik bukanlah kriteria
terhadap pencalonan dalam pilihan raya. Kajian ini menghujahkan kecenderungan pola
sokongan parti politik kumpulan urban Melayu juga bersifat longgar dengan melepasi
sempadan parti bersifat agama, etnik mahupun liberal. Analisa lanjut dan cadangan
dibincangkan dalam artikel ini.

Kata kunci: toleransi etnik, toleransi politik, kelakuan pengundi, modenisasi.



PENGENALAN

Dinamika pengundian di Malaysia telah banyak berubah sejak lewat tahun 1990an, dengan
memperlihat perubahan daripada pengundian berdasarkan etnik kepada corak pengundian
berdasarkan pembangunan, Islamisasi serta urbanisasi, termasuklah faktor kemunculan
media baharu yang telah banyak mempengaruhi proses mobilisasi pengundi (Gomez,
2014). Situasi ini lantas menyaksikan Barisan Nasional berhadapan dengan tentangan sengit
daripada parti pembangkang pada pilihan raya yang ke 12 dan ke 13. Banyak penjelasan
yang telah dibuat oleh pengkaji sebagai contoh, lihat Brown, 2005; Wah, 2003; Weiss, 2013)
dalam analisis mereka terhadap kondisi ini. Walaupun dianggap “Tsunami Cina”(Abdillah
Noh, 2014) namun hakikatnya isu ekonomi melangkaui sempadan etnisiti (Weiss, 2013).
Namun kertas kerja ini akan mendasari kesan urbanisasi dan etnik terhadap sikap politik
urban Melayu. Perbandingan Melayu di kawasan urban mengikut kawasan konstituensi
parlimen Johor Bahru, Shah Alam dan Bukit Bendera menjadi topik tumpuan perbincangan.
Ini adalah signifikan atas beberapa faktor persamaan dan perbezaan. Ketiga-tiga kawasan ini
merupakan kawasan urban (Department of Statistics Malaysia, 2009) dan melalui keputusan
Pilihan Raya Umum ke 13 yang lepas, ketiga-tiga kawasan ini dimenangi oleh calon daripada
etnik Melayu, walaupun setiap kawasan ini merupakan kawasan berstatus majoriti campuran
(Johor Bahru), majoriti Melayu (Shah Alam) dan minoriti Melayu (Bukit Bendera).Sikap
toleransi politik dalam kalangan urban Melayu sangat signifikan kerana jumlah kawasan
urban yang semakin meningkat, dan juga jumlah urban Melayu yang juga semakin besar
(Usman Yaakob, Tarmiji Masron, & Masami, 2010) seterusnya menjadi faktor penentu dalam
pilihan raya. Oleh yang demikian, perbincangan sikap politik urban Melayu berdasarkan
demografi yang berbeza dapat memberi inferensi yang signifikan serta dapat memahami
sikap politik urban Melayu dalam mendepani pilihan raya yang mendatang.

311
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

SOROTAN LITERASI

Kajian berkaitan kelakuan pengundi di Malaysia banyak berkisar mengenai ras dan etnisiti
hasil tinggalan penjajah, dan ia semakin menarik perhatian sarjana yang melihat daripada
pelbagai aspek termasuklah ekonomi, pembangunan dan nilai demokrasi(Mohd Azmir Mohd
Nizah, Muhammad Shamshinor Abd Azzis, & Mohd Azri Ibrahim, 2016). Tetapi, disebabkan
keputusan pilihanraya ke 13 pada tahun 2013, landskap kajian mula menjurus ke arah isu yang
lebih besar termasuklah pengaruh urbanisasi dan jarak urban-luar bandar(Wei, Ng, Rangel,
Vaithilingam, & Pi, 2015).Pengundi kawasan urban adalah lebih terbuka dan lebih prihatin
terhadap isu-isu yang lebih besar, sebagai contoh, peri penting nilai demokrasi, keberhutangan,
pembangunan yang lestari, isu antarabangsa, malah isu-isu setempat yang memberi impak
kepada kualiti hidup, seperti kesesakan lalu-lintas, harga barangan dan juga isu keselamatan
(Mohd Azmir Mohd Nizah et al., 2016; Weiss, 2014).
Kajian berkaitan kelakuan mengundi dapat dilihat daripada beberapa teori yang
seringkali diguna pakai dalam membincangkan kelakuan pengundi. Antara teori tersebut ialah
Model Sosiologi (Berelson, Lazarsfeld, & McPhee, 1954; Lazarsfeld, Berelson, &Gaudet,
1944); Model Psikososial (Campbell, Converse, Miller, & Stokes, 1960); Model Kelakuan
(Ajzen, 1991) serta Model Pilihan Rasional (Downs, 1957; Simon, 1952). Walau bagaimanapun,
disebabkan oleh kerana beberapa limitasi terhadap model-model atau teori tersebut, antaranya
ialah model sosiologi tidak mengambil kira faktor luaran dalam menentukan kelakuan pengundi
(Hansen & Jensen, 2007; Singh, Leong, Tan, & Wong, 1995) yang memberi ruang kepada
model psikososial untuk memahami kelakuan pengundi. Model Michigan ini juga mempunyai
beberapa limitasi antaranya ialah partisipasi dan mobilisasi pengundi berdasarkan pengenalan
parti memberi impak besar kepada jumlah pengundi sewaktu pilihanraya, tetapi ia belum tentu
mampu memberi indikasi sebenar terhadap keputusan pilihanraya itu sendiri. Selain daripada
itu, antara kritikan terhadap model ini ialah, sekiranya pengenalan parti itu menjadi indikator
utama, maka proses dan aktiviti pengundian menjadi tepu dan tidak dinamik. Ini kerana Model
Michigan hanya berfungsi sebagai “penapis persepsi” terhadap parti yang disokong dan parti
yang tidak disokong dan tidak memberi indikasi empirikal yang sistematik (Jackman, 1987).
Selain daripada itu, jumlah pengundi yang membuang undi juga tidak dapat menghuraikan
simetri pengundian pengundi urban-luar bandar.
Oleh yang demikian, teori pilihan rasional melalui pengundi taktikal (Cox, 1997) dapat
menghuraikan limitasi yang dihadapi oleh Model Columbia dan Model Michigan. Secara
dasarnya, teori ini memperlihatkan bahawa seseorang individu pengundi itu sebenarnya secara
strategik dan taktikal apabila membuang undi. Ini kerana apabila membuang undi, seseorang
individu itu akan membuat perbandingan secara rasional berdasarkan kepentingan kendiri.
Teori pilihan rasional juga memberi ruang kepada individu untuk membuat analisa terhadap
kelakuan pengundi, parti politik serta polisi kerajaan dalam membuat keputusan pihak mana
yang perlu diundi, bukan berdasarkan faktor persekitaran dan setempat, malahan bukan juga
disebabkan oleh faktor keluarga, orang sekeliling mahupun pengaruh rakan.
Dalam membuat keputusan dalam pilihanraya, pengundi urban akan lebih rasional
disebabkan oleh beberapa faktor antaranya status diri, tahap pendidikan, status ekonomi, status
tempatan, termasuklah pendedahan terhadap ciri-ciri masyarakat sivil (Agomor & Adams, 2014;
Arwine & Mayer, 2012; Widmalm & Oskarsson, 2013). Menurut Lindberg & Morrison (2008)
ada dua perspektif dalam melihat isu-isu yang menjadi ukuran seseorang pengundi membuat
undian secara rasional, iaitu melalui persepktif evaluasi dan perspektif bukan evaluasi.
Pola pengundian di Malaysia selama ini di hurai berdasarkan parti, etnik dan kelas
(Maznah, 2008; Ratnam & Milne, 1970; Rudner, 1970; Vasil, 1971)mula mempamerkan tren
berbeza dengan isu etnisiti semakin hilang signifikan dalam pengundian (Francis Loh Kok
Wah, 2003) serta memberi halangan dalam pentadbiran kerajaan (Huber, 2012). Oleh yang
demikian, kajian terhadap komuniti urban adalah penting dalam kajian kelakuan mengundi
kerana dianggarkan kawasan atau konstituensi urban semakin bertambah (Brown, 2005),
312
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

tetapi korelasi pengundi berdasarkan etnik juga semakin hilang signifikasinya (Pepinsky,
2015). Justeru, kajian terhadap tiga kawasan urban dengan status yang pelbagai dapat memberi
maklumat yang mendalam terhadap kelakuan pengundi urban dan korelasi dengan etnisiti serta
status konstituensi.

METODOLOGI

Makalah ini mengguna pakai data yang dikumpul melalui proses temu bual di tiga kawasan
parlimen iaitu, Johor Bahru, Shah Alam dan Bukit Bendera. Seramai 291 orang responden telah
terlibat dalam proses temu bual yang menggunakan instrumen soal selidik ini. Persampelan
berkluster dan rawak mudah telah diguna pakai dalam mendapatkan sejumlah responden.
Jadual 1 Jumlah Responden merumuskan jumlah responden mengikut kawasan kajian.

Jadual 1: Jumlah Responden


Bilangan Peratusan
Bukit Bendera (P48) 25 8.6
Shah Alam (P108) 157 54.0
Johor Bahru (P160) 109 37.5
Total 291 100.0

Daripada jadual di atas, menunjukkan jumlah responden yang berbeza. Ini adalah selari
dengan status atau klasifikasi kawasan tersebut berdasarkan takrifan kawasan minoriti Melayu,
majoriti Melayu dan kawasan bercampur (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, 2013; Vejai
Balasubramaniam, 2005). Oleh yang demikian bilangan responden etnik Melayu daripada
kawasan-kawasan yang terlibat dalam kajian ini sangat bertepatan dan selaras dengan piawai
persampelan berkluster rawak. Selain daripada itu, data responden ini juga adalah lanjutan
daripada kajian Mohd Azmir Mohd Nizah (2016).

KEPUTUSAN & PERBINCANGAN

Jadual 2 di bawah merujuk kepada persoalan tentang sikap toleransi politik terhadap ahli
keluarga yang berbeza parti politik dengan responden menunjukkan 62% bersetuju yang
memberi indikasi bahawa responden tidak mempunyai masalah tentang perbezaan parti
politik dalam kalangan ahli keluarga. Dapatan ini menunjukkan bahawa model Michigan
atau psikososial yang berdasarkan partisipasi atau pengenalan parti yang disandarkan kepada
laras emosi kekeluargaan, atau kumpulan rujukan tidak dapat menjelaskan perbezaan yang
wujud ini. Oleh yang demikian, teori pilihan rasional dapat mengisi kekurangan ini dengan
pengundi hanya berpandukan kepentingan kendiri dan faedah yang akan dinikmati disebabkan
keputusan yang diambil dalam pengundian. Jika dirujuk kepada perbandingan antara ketiga-
tiga kawasan kajian, pengundi di Johor Bahru lebih terbuka dengan dapat menerima perbezaan
parti politik dalam kalangan ahli keluarga mereka dengan 69.7% bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Kawasan majoriti bercampur seperti Johor Bahru merupakan kawasan kebal BN
pada pilihan raya sebelum 2008 (Balasubramaniam, 2006) disebabkan oleh representasi etnik
yang ada dan ia memenuhi criteria BN yang mewakili etnik yang pelbagai. Namun begitu,
tren politik pembangunan dan politik partisipasi telah merubah skema politik kepartian
bermula tahun 2008. Ini dapat disaksikan dengan kebanyakan kawasan majoriti bercampur
merekodkan kemenangan kepada PR, manakala BN masih lagi menguasai kawasan-kawasan
luar bandar (Politweet.Org, 2013).

313
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 2: Saya tiada masalah tentang keahlian parti politik ahli keluarga saya yang berbeza
dengan saya
POLITIK02C
Total
ASTB ATB TB STB N S SB B AB ASB
Count 8 9 31 24 36 44 74 34 15 16 291
Melayu
% 2.7% 3.1% 10.7% 8.2% 12.4% 15.1% 25.4% 11.7% 5.2% 5.5% 100.0%
*Note: ASTB=Amat Sangat Tidak Bersetuju, ATB=Amat Tidak Bersetuju, TB=Tidak Bersetuju,
STB=Sederhana Tidak Bersetuju, N=Natural, S=Sederhana, SB=Sederhana Bersetuju, B= Bersetuju,
AB=Amat Bersetuju, ASB=Amat Sangat Bersetuju

Kajian ini juga melihat persepsi masyarakat Melayu terhadap parti yang boleh disifatkan
menjadikan pendekatan liberal sebagai asas parti. Jadual 3seperti di bawah adalah analisis
diskriptif bagi penyataan tersebut.

Jadual 3: Parti politik yang bersifat liberal harus diberi ruang dalam masyarakat Malaysia
POLITIK04D
Total
ASTB ATB TB STB N S SB B AB ASB
Count 10 32 44 40 72 40 33 9 2 9 291
Melayu
% 3.4% 11.0% 15.1% 13.7% 24.7% 13.7% 11.3% 3.1% 0.7% 3.1% 100.0%
*Note: ASTB=Amat Sangat Tidak Bersetuju, ATB=Amat Tidak Bersetuju, TB=Tidak Bersetuju,
STB=Sederhana Tidak Bersetuju, N=Natural, S=Sederhana, SB=Sederhana Bersetuju, B= Bersetuju,
AB=Amat Bersetuju, ASB=Amat Sangat Bersetuju

Bagi persampelan Politik04D iaitu parti politik yang bersifat liberal harus diberi ruang
dalam masyarakat Malaysia sebanyak 72responden daripada 291 ataupun sebanyak 24.7%
memilih natural dalam temu bual yang dijalankan. 43.2% tidak bersetuju, manakala 31.9%
bersetuju dengan penyataan tersebut. Jumlah yang memilih natural ini dianggap besar kerana
ianya boleh memberi impak yang besar terhadap pola pengundian dan juga menjadi indikasi
kepada sikap pemilih di lokasi kajian. Ini dibuktikan dengan dapatan yang mengatakan
bahawa sebahagian generasi muda pada hari ini lebih untuk condong kepada “politik sivil”
di mana mereka menekankan perbahasan yang lebih terbuka mengenai demokrasi, hak asasi,
pendidikan, keselamatan sosial, kesihatan, wanita dan alam sekitar (Ming, Azhar, Hazri, &
Mulakala, 2012; Subramaniam, 2011), berbanding politik kaum (Segawa, 2015).

Jadual 4: Parti politik yang bersifat fundamental agama harus diberi ruang dalam
masyarakat Malaysia
POLITIK05D
Total
ASTB ATB TB STB N S SB B AB ASB
Count 7 20 36 30 69 47 39 17 11 15 291
Melayu
% 2.4% 6.9% 12.4% 10.3% 23.7% 16.2% 13.4% 5.8% 3.8% 5.2% 100.0%
*Note: ASTB=Amat Sangat Tidak Bersetuju, ATB=Amat Tidak Bersetuju, TB=Tidak Bersetuju,
STB=Sederhana Tidak Bersetuju, N=Natural, S=Sederhana, SB=Sederhana Bersetuju, B=
Bersetuju, AB=Amat Bersetuju, ASB=Amat Sangat Bersetuju

Manakala Jadual 4pula melihat persepsi masyarakat urban Melayu berkaitan


toleransi mereka dengan parti politik yang boleh disifatkan fundamental agama. Sebanyak
23.7% daripada responden mengambil pendekatan natural berkaitan penyataan ini.
Manakala 32% tidak bersetuju parti politik bersifat fundamental agama diberi ruang dalam
masyarakat Malaysia, dan 44.3% pula bersetuju dengan penyataan tersebut. Dapatan ini
secara tidak langsung menggambarkan masyarakat urban Melayu mempunyai toleransi
terhadap parti politik yang bersifat fundamental agama. Oleh yang demikian, pandangan

314
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dan kebimbangan yang diutarakan oleh Mohamad Roslan Mohd Nor & Mahmud Ahmad
(2013)berkaitan masa depan Islam di Malaysia selepas pilihanraya yang ke 12 seharusnya
tidak menjadi isu kerana pada pilihanraya ke 13 masyarakat Melayu Islam, terutamanya
di urban masih lagi dapat menerima parti berdasarkan fundamental agama. Walau
bagaimanapun, isu-isu yang diketengahkan oleh penulis perlu menjadi garis panduan
pada masa hadapan.
Seterusnya, kajian ini juga menanyakan soalan berkaitan dengan relevansi parti
politik yang berasaskan kaum dalam kondisi masyarakat Malaysia sekarang seperti di
Jadual 5.

Jadual 5: Parti politik yang berasaskan kaum masih lagi relevan dalam kondisi masyarakat
Malaysia yang moden dan maju
POLITIK06D
Total
ASTB ATB TB STB N S SB B AB ASB
Count 6 19 35 47 52 52 41 19 7 13 291
Melayu
% 2.1% 6.5% 12.0% 16.2% 17.9% 17.9% 14.1% 6.5% 2.4% 4.5% 100.0%
*Note: ASTB=Amat Sangat Tidak Bersetuju, ATB=Amat Tidak Bersetuju, TB=Tidak
Bersetuju, STB=Sederhana Tidak Bersetuju, N=Natural, S=Sederhana, SB=Sederhana
Bersetuju, B= Bersetuju, AB=Amat Bersetuju, ASB=Amat Sangat Bersetuju

Bagi persampelan Politik06D iaitu parti politik yang berasaskan kaum masih
lagi relevan dalam kondisi masyarakat Malaysia yang moden dan maju, hampir 52
responden daripada 291 ataupun sebanyak 17.9% responden memilih natural dalam temu
bual yang dijalankan. Ini sangat bertepatan dengan inti pati Marzuki Mohamad (2012)
yang menyatakan salah satu faktor yang menyebabkan parti Barisan Nasional tumpas
dan seterusnya kehilangan undi popular di negeri Selangor pada tahun 2013 adalah
berdasarkan faktor imej etnik pelbagai (multiethnic image) yang gagal ditunjukkan oleh
parti Barisan Nasional pada pilihanraya yang lepas. Ditambah pula pada pilihanraya
yang lalu, undi “Bandar” menjadi penyumbang utama pada kemenangan PR yang hadir
dengan imej pelbagai etnik sekali gus memenangi 80 kerusi parlimen di Semenanjung
dan sembilan kerusi di Sabah dan Sarawak (Muhammad Shamshinor Abdul Aziss, Farid
Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, & Mohd Azmir Mohd Nizah, 2016). Ini secara
tidak langsung menyokong dapatan kajian yang dilakukan di Johor Bharu, Shah Alam
dan juga di Bukit Bendera. 36.8% daripada responden tidak bersetuju manakala 45.3%
daripada responden bersetuju bahawa parti politik berasaskan kaum masih lagi relevan
dalam masyarakat sivil di Malaysia.
Sekiranya diamati, ketiga-tiga persoalan di atas mempunyai kaitan antara satu
sama lain. Soalan tersebut sebenarnya melihat sikap toleransi politik dan sikap politik
responden di ketiga-tiga kawasan. Maka dapat difahami, responden daripada ketiga-tiga
kawasan urban tersebut memperlihatkan sikap yang berbeza-beza terhadap sifat parti
politik yang ada, seperti parti bersifat kaum, liberal mahupun agama. Namun begitu,
hasil daripada analisa min, daripada ketiga-tiga kawasan tersebut, responden Johor
Bahru menunjukkan skor min yang terendah dengan skor 4, diikuti Shah Alam skor 5.6
dan Bukit Bendera dengan skor 6.7. Ini jelas membuktikan bahawa kawasan majoriti
bercampur bukan sahaja mempunyai kurang sokongan terhadap parti yang bersifat liberal
dan agama serta berasaskan kaum, tetapi juga kurang sokongan terhadap parti yang
berasaskan kaum. Dapatan ini membuktikan bahawa sikap politik Melayu urban bukan
sahaja melangkaui batas kaum dan agama dan liberal, tetapi juga menyatakan ada faktor
lain yang mempengaruhi sikap politik mereka. Pengaruh demografi dengan komposisi
masyarakat berbilang etnik juga mungkin menjadi salah satu faktor penyumbang kepada
sikap mereka. Jadual 6 adalah hasil analisa melalui skor min.

315
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 6: Skor Min


Kawasan Parlimen Parti bersifat liberal Parti bersifat agama Parti berasaskan kaum
Bukit Bendera (P48) 5.48 7.36 7.48
Shah Alam (P108) 5.36 6.06 5.58
Johor Bahru (P160) 3.65 3.90 4.39
Total 4.73 5.36 5.30

Seterusnya, persoalan mengenai kepelbagaian etnisiti dalam sesebuah parti politik menyebabkan
parti tersebut tidak akan kekal lama seperti dalam Jadual 7. Analisa adalah seperti di bawah.

Jadual 7: Parti politik yang bertoleransi dengan kepelbagaian tidak akan kekal lama
POLITIK09C
Total
ASTB ATB TB STB N S SB B AB ASB
Count 21 17 28 33 80 49 42 12 6 2 290
Melayu
% 7.2% 5.9% 9.7% 11.4% 27.6% 16.9% 14.5% 4.1% 2.1% 0.7% 100.0%
*Note: ASTB=Amat Sangat Tidak Bersetuju, ATB=Amat Tidak Bersetuju, TB=Tidak Bersetuju,
STB=Sederhana Tidak Bersetuju, N=Natural, S=Sederhana, SB=Sederhana Bersetuju, B= Bersetuju,
AB=Amat Bersetuju, ASB=Amat Sangat Bersetuju

Bagi persampelan Politik09C iaitu Parti politik yang bertoleransi dengan kepelbagaian
tidak akan kekal lama sebanyak 80 responden daripada 291 ataupun sebanyak 27.6% memilih
natural dalam temu bual mereka. 34.2% tidak bersetuju, manakala 38.2% bersetuju dengan
penyataan. Dengan jumlah mereka yang memilih natural agak besar dan julat perbezaan antara
yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan penyataan, sekali lagi penyataan ini memperlihatkan
sikap bersituasi (situational) responden urban Melayu. Analisa min juga menunjukkan
perbezaan yang minima antara ketiga-tiga kawasan responden. Sekali lagi faktor bertoleransi
dengan kepelbagaian menjadi pilihan masyarakat Melayu urban di Johor Bharu, Shah Alam
dan juga Bukit Bendera. Sikap toleransi dengan kepelbagaian perlu ada pada setiap kepimpinan
masyarakat di setiap peringkat sama ada negeri ataupun nasional bagi meneruskan legasi politik
mereka. Dan faktor ini menjadi pilihan utama bagi pengundi Melayu urban dalam memilih
calon mereka pada pilihanraya yang ke-14.

Jadual 8: Sesiapa sahaja tidak kira latar belakang etniknya harus diberi ruang untuk menjadi
calon dalam pilihan raya
POLITIK13D
Total
ASTB ATB TB STB N S SB B AB ASB
Count 7 4 3 12 30 23 27 23 78 84 291
Melayu
% 2.4% 1.4% 1.0% 4.1% 10.3% 7.9% 9.3% 7.9% 26.8% 28.9% 100.0%
*Note: ASTB=Amat Sangat Tidak Bersetuju, ATB=Amat Tidak Bersetuju, TB=Tidak Bersetuju,
STB=Sederhana Tidak Bersetuju, N=Natural, S=Sederhana, SB=Sederhana Bersetuju, B= Bersetuju,
AB=Amat Bersetuju, ASB=Amat Sangat Bersetuju

Jadual 8 di atas mendapati majoriti responden (63.6%) bersetuju bahawa faktor etnik
seseorang calon adalah tidak signifikan dalam penentuan pencalonan pilihanraya. Dapatan ini
adalah selari dengan senario politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian
etnik dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk penyebab
kemenangan dalam pilihanraya (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis et al., 2016, p. 137).
Justeru, yang menjadi prioriti masyarakat urban Melayu adalah kemampuan calon dari segi

316
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

implementasi manifesto. Ini dapat dibuktikan dengan kemenangan Tian Chua dari Pakatan
Rakyat di Parlimen Batu di mana pengundi Melayu sebanyak 44.3% (Junaidi Awang Besar et
al., 2012). Begitu juga dengan kemenangan Wee Jeck Seng di parlimen Tanjung Piai dengan
pengundi Melayu adalah majoriti (Thock Ker Pong & Tan Yen Yee, 2016). Selain itu, faktor
karisma pemimpin, kawalan terhadap isu serta integriti adalah perkara yang perlu diberi
perhatian (Mohd Azmir et al., 2013, p. 135). Maka jelas ia menunjukkan sikap pengundi
Melayu bandar yang tidak melihat etnisiti sebagai calon.

KESIMPULAN

Data diskriptif di atas menunjukkan bahawa penduduk urban Melayu mempunyai sikap
yang berbeza-beza terhadap setiap persoalan. Beberapa kesimpulan dapat dibuat daripada
analisa tersebut. Pertama, komuniti urban Melayu telah melepasi faktor psikososial dalam
mempengaruhi atau terpengaruh dalam konteks identifikasi parti. Responden juga tiada masalah
menerima perbezaan parti politik dalam ahli keluarga sendiri. Senario ini sangat berbeza jika
dibandingkan 10 tahun dahulu. Kedua, parti bersifat liberal ditolak tetapi parti bersifat agama
diterima kehadirannya, manakala parti berasaskan kaum masih lagi relevan, tetapi semakin
menipis kerelevanannya. Ketiga, parti politik yang pelbagai agak sukar untuk terus wujud.
Namun begitu, julat yang besar terhadap mereka yang bersikap natural memperlihat sikap
‘situational’yang agak sukar diketahui dan ini menjadi antara faktor penentu dalam pilihan
raya. Teori pilihan rasional jelas membuktikan masyarakat yang moden, terdedah kepada
maklumat dan mempunyai pandangan dan penilaian kendiri yang jelas, secara rasionalnya akan
membuang undi sekiranya kepentingan ekonomi, kendiri dan masyarakat member kelebihan.
Parti politik seharusnya sedar akan perubahan masyarakat dan mula mengatur strategi bagi
pilihan raya yang akan datang.

RUJUKAN

Abdillah Noh, . (2014). Malaysia 13th General Election: A short note on Malaysia’s
continuing battle with ethnic politics. Electoral Studies, 34, 266–269. doi:10.1016/j.
electstud.2013.09.003
Agomor, K., & Adams, S. (2014). Determinants of Voting Behaviour in Ghana. In J. Pomfret
(Ed.), Global Awareness Society International 23rd Annual Conference (pp. 1–12). Montego
Bay: Global Awareness Society International. Retrieved from http://organizations.bloomu.
edu/gasi/
Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behavior. Organizational Behavior and Human
Decision Processes, 50, 179–211.
Arwine, A., & Mayer, L. (2012). The Impact of Tolerance on Political Behavior. Portland,
Oregon.
Balasubramaniam, V. (2006). Strengthening ethnic identity consciousness and the
role of tactical voting in multi-racial Malaysia. Asian Ethnicity, 7(1), 75–88.
doi:10.1080/14631360500498536
Berelson, B. R., Lazarsfeld, P. F., & McPhee, W. N. (1954). Voting- A Study of Opinion
Formation in a Presidential Campaign. Chicago: University of Chicago.
Brown, G. (2005). Playing the (non)ethnic card: The electoral system and ethnic voting patterns
in Malaysia. Ethnopolitics, 4(4), 429–445. doi:10.1080/17449050500348675
Campbell, A., Converse, P. E., Miller, W. E., & Stokes, D. E. (1960). The American Voter (3rd
ed.). Chicago: University of Chicago Press.
Cox, G. W. (1997). Making Votes Counts. Cambridge: Cambridge University Press.
Department of Statistics Malaysia. (2009). Urbanization& Urban Growth Issues for the Next
Malaysia Census 2010. Hong Kong.

317
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Downs, A. (1957). An Economic Theory of Democracy. New York: Harper and Row.
Francis Loh Kok Wah, . (2003). Developmentalism versus Reformism: The Contest for Bukit
Bendera. In . Francis Loh Kok Wah & . Johan Saravanamuttu (Eds.), New Politics in
Malaysia (pp. 158–177). Singapore: Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS).
Gomez, J. (2014). Malaysia’s 13th General Election: Social Media and its Political Impact.
Asia Pacific Media Educator, 24(1), 95–105. doi:10.1177/1326365X14539213
Hansen, T., & Jensen, J. M. (2007). Understanding voters ’ decisions : a theory of planned
behavior approach. Innovative Marketing, 3(4), 87–94.
Huber, J. D. (2012). Measuring Ethnic Voting: Do Proportional Electoral Laws Politicize
Ethnicity? American Journal of Political Science, 56, 986–1001. doi:10.1111/j.1540-
5907.2012.00601.x
Jackman, R. W. (1987). Institutions and Voter Turnout in the Industrial Democracy. The
American Political Science Review, 81(2), 405–424. doi:10.2307/1961959
Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Abdul Halim Sidek, Jeniri Amir,
Rosmadi Fauzi,& Novel Lyndon, . (2012). Persepsi Politik Pengundi Belia Melayu Pasca
Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di Malaysia. Jurnal Melayu, (9), 191–214.
Lazarsfeld, P. F., Berelson, B., & Gaudet, H. (1944). The People’s Choice: How the voter
makes up his mind in a presidential campaign. New York: Columbia University Press.
Lindberg, S. I., & Morrison, M. K. C. (2008). Are African Voters Really Ethnic or Clientelistic ?
Survey Evidence from Ghana. Political Science Quarterly, 123(1), 95–122.
Marzuki Mohamad, . (2012). Mitos Politik Baru. Utusan Online. Kuala Lumpur.
Maznah Mohamad. (2008). Malaysia — democracy and the end of ethnic politics? Australian
Journal of International Affairs, 62(4), 441–459. doi:10.1080/10357710802480691
Ming, L. L., Azhar, N. A., Hazri, H., & Mulakala, A. (2012). The Youth Factor: 2012 Survey of
Malaysian Youth Opinion. Kuala Lumpur.
Mohd Azmir, M. N., Paimah, A., Shamshinor, A. A., Adibah, M., Khairulneezam, M. N.,
& Adenan, M. J. (2013). Persepsi Pengundi Terhadap Isu Yang Akan Mempengaruhi
Keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan. In S. A. Baharuddin & M. N. Mansor (Eds.), PRU
13 Siapa Pilihan Pengundi (First., pp. 122–140). Bangi, Selangor: Institut Kajian Etnik
UKM.
Mohd Azmir Mohd Nizah, . (2016). Consequences of Ethnic Political Tolerance on Voting
Behaviour in Malaysia. Universiti Putra Malaysia.
Mohd Azmir Mohd Nizah, Muhammad Shamshinor Abd Azzis, & Mohd Azri Ibrahim, .
(2016). Selangor Voters Perception toward Issues in 13th Malaysian General Election.
Mediterranean Journal of Social Sciences, 7(1), 44–51.
Mohd Roslan, M. N., & Mahmud, A. (2013). The Malay Muslim Dilemma in Malaysia after
the 12th General Election. Malaysian Journal of Democracy and Election Studies, 1(1),
10–23.
Muhammad Shamshinor Abdul Aziss, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, &
Mohd Azmir Mohd Nizah, . (2016). Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. In Muhamad
Takiyuddin Ismail & . Sity Daud (Eds.), Pilihan Raya Umum Ke-13: Kesinambungan
Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Sintok: UUM Press.
Pepinsky, T. B. (2015). Interpreting Ethnicity and Urbanization in Malaysia’s 2013 General
Election. Journal of East Asian Studies, 15, 199–226.
Politweet.Org. (2013). The Rural-Urban Divide in Malaysia’s General Election. Retrieved
from http://politweet.wordpress.com/2013/05/21/the-rural-urban-divide-in-malaysias-
general-election/
Ratnam, K. J., & Milne, R. S. (1970). The 1969 Parliamentary Election in West Malaysia.
Pacific Affairs, 43(2), 203–226.
Rudner, M. (1970). The Malaysian General Political Election of 1969: A Political Analysis.
Modern Asian Studies, 4(1), 1–21.

318
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Segawa, N. (2015). Ethnic Politics and Consociationalism in the 2013 Malaysian Election.
Japanese Journal of Political Science, 16(02), 177–194. doi:10.1017/S1468109915000055
Simon, H. A. (1952). A Behavioral Model of Rational Choice. Quarterly Journal of Economics,
99–118.
Singh, K., Leong, S. M., Tan, C. T., & Wong, K. C. (1995). A Theory of Reasoned Action
Perspective of Voting Behavior : Model and Empiric ... Psychology & Marketing, 12(1),
37.
Subramaniam, S. (2011). Assessing Political Dynamics in Contemporary Malaysia  :
Implications for Democratic Change. ASIA Network Exchange, 19(1), 42–52.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2013). Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Umum.
Retrieved April 20, 2015, from http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/
paparan_laporan.php
Thock Ker Pong, ., & Tan Yen Yee, . (2016). DAP dan Politik Baharu di Johor. In . Muhamad
Takiyuddin Ismail & . Sity Daud (Eds.), Pilihan Raya Umum Ke-13: Kesinambungan
Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama (pp. 66–82). Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.
Usman Yaakob, Tarmiji Masron, & Masami, F. (2010). Ninety Years of Urbanization in
Malaysia : A Geographical Investigation of Its Trends and Characteristics. Ritsumeikan Soc
Sci Humanity, 4, 79–101. Retrieved from www.ritsumei.ac.jp/acd/re/k-rsc/hss/book/pdf/
vol04_05.pdf
Vasil, R. . (1971). Politics in a Plural Society : A Study of Noncommunal Political Parties in
West Malaysia (Vol. 67). Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Vejai Balasubramaniam, . (2005). The Politics of Locality and Temporality in the 2004
Malaysian Parliamentary Elections. Contemporary Southeast Asia, 27(1), 44–63.
Wei, J., Ng, J., Rangel, G. J., Vaithilingam, S., & Pi, S. S. (2015). The 2013 Malaysian Elections:
Ethnic Politics or Urban Wave? Journalof East Asian Studies, 15, 167–198.
Weiss, M. L. (2013). Malaysia’s 13th General Elections: Same Result, Different Outcome.
Asian Survey, 53(6), 1135–1158. doi:10.1525/as.2013.53.6.1135
Weiss, M. L. (Ed.). (2014). Electoral Dynamics in Malaysia. Petaling Jaya: Strategic Information
and Research Development Centre (SIRD).
Widmalm, S., & Oskarsson, S. (2013). Political Tolerance in India Descriptions and Explanations
from the Heartland. Asian Survey, 53(3), 533–558.

319
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ANALISIS ISU DOMINAN DALAM PILIHANRAYA KECIL


DUN SUNGAI LIMAU
1
Mohd Azri Ibrahim, 2Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, 3Mohd Azmir Mohd Nizah,
4
Afi Roshezry Abu Bakar, 5Mohammad Tawfik Yaakub
1
Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
2
Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor
3
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia,
4
Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman
5
Universiti Malaya

Abstrak
Pilihanraya kecil (PRK) merupakan medan pertembungan isu nasional dan isu tempatan.
Pola pengundian dalam sesebuah di dasari oleh kemampuan jentera membentuk persepsi
terhadap sesuatu isu yang bersifat manipulatif. Kajian ini bermatlamat membincangkan
isu dominan dalam PRK DUN Sungai Limau pasca berlangsungnya PRU-13 pada
2013. Analisis dalam PRK ini bertujuan menginterpretasi isu nasional dan tempatan
yang dominan sekali gus mempengaruhi pola pengundian. Melalui reka bentuk kajian
kualitatif dengan validasi ketepatan maklumat berprosedur, kajian ini mengemukakan
diskusi kesignifikanan dan kerelevanan yang mendasari proses pengundian dalam
amalan demokrasi ini. Beberapa cadangan juga dibincangkan.

PENGENALAN

Sejarah telah membuktikan bahawa pilihanraya umum pertama di Malaysia telah diadakan pada
tahun 1955 bagi memilih kerajaan yang akan mentadbir Tanah Melayu ketika itu dan kerajaan
yang dipilih oleh rakyat telah berusaha untuk menuntut kemerdekaan daripada British. Hasilnya
selepas dua tahun Tanah Melayu di bawah Perikatan telah berjaya memperoleh kemerdekaan
pada tanggal 31 Ogos 1957 daripada British. Malaysia setelah mencapai kemerdekaan
merupakan sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Ini bermakna masa depan, hala tuju,
kedaulatan, pemerintahan dan sebagainya yang berkaitan dengan negara akan ditentukan
sendiri oleh rakyat Malaysia iaitu menerusi proses pilihanraya.
Dalam konteks sistem politik, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi ini adalah berteraskan kepada kedaulatan rakyat
yang berperanan memilih kerajaan yang akan memerintah negara menerusi pilihanraya. Ini
bermakna dalam sesebuah negara demokrasi, pembentukan kerajaan yang akan memerintah
negara adalah ditentukan oleh proses pilihanraya umum yang akan diadakan secara berkala.
Dengan wujudnya pilihanraya ini bermakna rakyat akan menggunakan hak dan peluang
tersebut untuk memberi mandat kepada parti-parti politik yang bertanding untuk memerintah
negara. Proses pilihanraya dan pengundian ini akan mewujudkan kesesuaian dan persetujuan
antara rakyat yang memilih dengan wakil atau parti yang dipilih. Pilihan raya merupakan
satu ruang penglibatan rakyat untuk mengabsahkan kedudukan pemerintah sebagai kerajaan
di sesebuah negara. Sehubungan itu, salah satu kelaziman dalam sistem demokrasi apabila
terdapat perubahan sokongan terhadap sesebuah parti politik dalam pilihan raya melalui
pendekatan tingkahlaku pengundian atau voting behaviour.
Setiap rakyat atau pengundi juga mempunyai pilihan dan kecenderungan yang berbeza-
beza terhadap parti-parti politik yang bertanding. Sebagai contoh dalam aspek keluarga juga
sering kali berlaku perbezaan sokongan atau pengundian semasa pilihanraya. Selain itu,
transisi pola pengundian negeri dari PAS kepada UMNO pada PRU-13 di dasari oleh faktor
seperti konflik dalam sesama ahli politik dan susur atur perancangan kempen yang tidak
strategik (Mohd Fuad Mat Jali 2016:104) Hal ini menunjukkan bahawa undian adalah hak
320
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

setiap pengundi tetapi terdapat juga aspek-aspek yang boleh mempengaruhi pola pengundian
tersebut terutamanya yang melibatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan kaum, kesetiaan
terhadap parti, isu-isu yang di bangkit, peranan media, sentimen calon atau parti dan lain-lain
aspek yang berkaitan dengan pola pengundian.

METODOLOGI

Kertas kerja ini menjelaskan secara umum tentang peranan media dan isu-isu penting dalam
pilihanraya kecil selepas PRU 13. Kajian kes memfokuskan pada PRK di DUN Sungai Limau.
Dalam aplikasi rekabentuk kajian kualitatif, kajian ini menggunakan dua kaedah pengumpulan
data. Pertama, kaedah penyelidikan kepustakaan digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan
sumber sekunder. Kaedah penyelidikan kepustakaan ini bertujuan untuk memperolehi data
bagi memenuhi keperluan kajian. Sumber sekunder yang diperolehi terdiri daripada buku,
artikel daripada jurnal berimpak, tesis, disertasi, dokumen rasmi kerajaan, laporan tahunan
dari syarikat pengurusan air yang berkaitan serta laporan dari akhbar utama dan sumber dari
laman sesawang yang berautoriti.Kedua, kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian bagi
mendapatkan senario sebenar yang mendasari isu di sepanjang tempoh berkempen dan hari
pengundian PRK DUN Sungai Limau.

KAJIAN LEPAS: PERANAN MEDIA & ISU PILIHANRAYA

Rubin (1967) telah menjelaskan tentang pengaruh dan kepentingan televisyen dalam konteks
politik dan pilihanraya.Ini kerana peranan televisyen sebagai penyampai maklumat kepada
masyarakat sangat besar pengaruhnya, terutamanya ketika pilihanraya. Sebagai contoh,
televisyen digunakan di Amerika Syarikat sebagai platform debat calon-calon Presiden dan
kesannya terhadap pilihanraya adalah besar manakala Patterson (1980) menjelaskan tentang
hubungan antara pilihanraya dengan media massa dalam mempromosikan isu-isu semasa
kempen pilihanraya. Secara umumnya hubungan antara pilihanraya dan media massa adalah
sangat penting iaitu media digunakan sebagai alat atau medium untuk mempromosikan calon,
parti dan juga isu-isu yang berkaitan. Media massa seperti televisyen dan surat khabar sangat
penting dan berpengaruh dalam proses pilihanraya terutamanya yang berkaitan dengan paparan
nilai berita pilihanraya bagi mempengaruhi tingkah laku pengundi dalam pengundian mereka.
Begitu juga Morgan & Shanahan (1992) telah membincangkan tentang pengaruh dan nilai
berita yang disampaikan menerusi media elektronik terhadap isu-isu pilihanraya terutamanya
yang berkaitan dengan pengaruh tingkah laku pengundi. Mereka berpendapat bahawa wujud
hubungan yang positif antara keputusan pilihanraya dengan nilai berita yang disampaikan
tentang calon atau parti politik yang bertanding menerusi televisyen.Ini kerana mesej-mesej
yang dipaparkan atau disampaikan menerusi televisyen mempunyai nilai berita dan berjaya
mempengaruhi tingkah laku pengundi dalam pengundian mereka.
Syed Arabib & Safar Hasim (1993) telah mendapati bahawa peranan dan pengaruh
media dalam pilihanraya adalah penting dan boleh mempengaruhi pola pengundian seseorang
pengundi menerusi nilai berita dan isu-isu pilihanraya yang disampaikan. Beliau mendapati
bahawa media cetak dan elektronik arus perdana telah memberi liputan yang meluas kepada
parti Barisan Nasional dan menonjolkan nilai-nilai positif terhadap calon Barisan Nasional.
Situasi ini telah mendorong pengundi menilai berita tersebut dalam konteks kebaikan terhadap
parti Barisan Nasional berbanding parti pembangkang. Dalam kajian lain Syed Arabib (1994)
telah mendapati bahawa pengundi boleh dipengaruhi oleh nilai berita yang disampaikan
oleh media terutamanya isu-isu pilihanraya. Menerusi pendekatan teori yang berdasarkan
kepada penentuan agenda yang dibuat secara empirical – beliau mendapati pengundi lebih
cenderung mengundi calon atau parti politik yang mendapat nilai berita yang positif seperti isu-
isu pembangunan, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Kajian bersama Syed Arabib
& Mazni (1995) telah mendapati bahawa media arus perdana lebih memaparkan isu-isu
321
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

nasional yang seperti pembangunan, dasar-dasar kerajaan seperti Wawasan 2020, perpaduan
antara pelbagai kaum dan pertumbuhan ekonomi yang baik. Kesan daripada nilai berita
yang disampaikan oleh media didapati bahawa pola pengundian oleh pengundi adalah lebih
cenderung menyokong parti Barisan Nasional berbanding parti pembangkang.

LATAR BELAKANG PRK DUN SG. LIMAU

Kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau N20 merupakan salah satu daripada tiga kerusi
DUN di dalam Parlimen Jerai selain N21 Guar Chempedak dan N22 Gurun. Pilihanraya umum
ke-13 menunjukkan hanya DUN N20 Sungai Limau sahaja yang dimenangi oleh PAS menerusi
calonnya Ustaz Azizan Abdul Razak manakala kerusi Parlimen Jerai dan DUN Guar Chempedak
serta Gurun berjaya dimenangi oleh calon BN. Jadual di bawah menunjukkan keputusan PRU
13 yang secara jelas membuktikan bahawa DUN Sungai Limau merupakan antara kubu kuat
PAS di Kedah. Ustaz Azizan Abdul Razak telah Berjaya memenangi pilihanraya tersebut
dengan mengalahkan calon BN dan dua calon Bebas dengan majority 2,774 undi. Keputusan
ini menunjukkan ketokohan, kepimpinan dan pengaruh calon PAS iaitu Ustaz Azizan Abdul
Razak adalah kuat di DUN tersebut.

Jadual 1.1: Keputusan Pilihanraya DUN N20 Sungai Limau 2013


Jumlah Peratusan Undi
Calon/Parti Majoriti
Pemilih Pengundi Diperoleh
Azizan Abdul Razak (PAS) 13,294
Mohd Fazillah Mohd Ali (BN) 10,520
Sobri Ahmad (Bebas) 27,287 89.2% 100 2,774
Abdullah Hashim (Bebas) 84
(Sumber: Laporan Pilihanraya Umum Malaysia 2013)

Pilihanraya kecil DUN Sungai Limau diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N20
Sungai Limau selepas kematian bekas Menteri Besar Kedah dan juga merupakan ADUN bagi
kerusi N20 iaitu Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak pada 26 September 2013 akibat komplikasi
jantung. Suruhanjaya telah mengadakan mesyuarat pada 3 Oktober 2013 bagi menetapkan
proses pilihanraya kecil N20 dan SPR telah mengeluarkan writ pada 3 Oktober 2013 manakala
notis bagi pilihanraya pula pada 4 Oktober 2013. SPR telah menetapkan bahawa hari penamaan
calon adalah pada 23 Oktober 2013 dan hari pengundian adalah pada 4 November 2013.
Pilihanraya kecil N20 telah melibatkan pertandingan 2 penjuru antara calon PAS (Pakatan
Rakyat) iaitu Mohd Azam Samad dan calon UMNO (Barisan Nasional) iaitu Dr. Ahmad
Sohaimi Lazim.Calon PAS merupakan Ketua Pemuda PAS Jerai manakala calon UMNO pula
merupakan seorang pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Daftar pemilih
yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 bagi bahagian pilihanraya DUN
Sungai Limau dan digabungkan dengan daftar pemilih tambahan pada suku tahun pertama dan
kedua 2013. Manakala pemilih di DUN Sungai Limau berdasarkan komposisi kaum adalah
93.03% adalah Melayu, 6.76% adalah kaum Cina, 0.06% pula kaum India dan 0.15% adalah
lain-lain kaum.
Keputusan pilihanraya bagi kerusi N20 Sungai Limau dalam pilihanraya kecil ini telah
dimenangi oleh calon PAS dan seterusnya mengekalkan kekuasaan atau tradisi PAS di Sungai
Limau. Berdasarkan kepada Jadual 1.8 di bawah calon PAS iaitu Mohd Azam Samad telah
memperoleh jumlah undi sebanyak 12,069 manakala calon BN iaitu Dr. Ahmad Sohaimi Lazim
memperoleh undi sebanyak 10,985 undi. Oleh itu calon PAS iaitu Mohd Azam Samad telah
memenangi pilihanraya kecil bagi DUN Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi.

322
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 1.2: Keputusan Pilihanraya Kecil DUN N20 Sungai Limau 2013
Jumlah Peratusan Undi
Calon/Parti Majoriti
Pemilih Pengundi Diperoleh
Mohd Azam Samad (PAS) 12,069
Dr. Ahmad Sohaimi Lazim (BN) 27,222 85.41% 10,985 1,084
(Sumber: spr.com)

Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya kecil di atas dan perbandingan dengan


pilihanraya umum 2013 bagi kerusi N20 Sungai Limau, jumlah undi yang diperoleh oleh
calon PAS adalah merosot berbanding jumlah undi yang diperoleh oleh Ustaz Azizan Abdul
razak iaitu penurunan undi sebanyak 1,225 manakala jumlah undi yang diperoleh oleh
calon BN menunjukkan peningkatan berbanding jumlah undi yang diperoleh dalam PRU 13
iaitu peningkatan sebanyak 465 undi. Manakala perbandingan majoriti juga menunjukkan
kemenangan calon PAS dalam pilihanraya kecil merosot sebanyak 1,690 berbanding
kemenangan Ustaz Azizan Abdul Razak dalam PRU 13 bagi kerusi DUN Sungai Limau dengan
majoriti 2,774 undi.

ISU-ISU PRK SUNGAI LIMAU

Kempen dan isu-isu PRK di DUN Sg. Limau telah menunjukkan bersaingan yang sihat
dan harmoni. Parti-parti politik yang bertanding telah menunjukkan nilai kempen dan isu-
isu yang selari dengan amalan demokrasi. Ini dapat diperhatikan semasa proses kempen
dan isu-isu yang diketengahkan oleh parti PAS dan juga BN. Kedua-dua pihak telah
menunjukkan nilai kempen dan isu-isu yang diketengahkan merupakan isu yang melingkari
kehidupan masyarakat setempat, negeri dan nasional.
Kempen dan isu menerusi slogan “politik damai” jelas menunjukkan pendekatan
yang digunakan oleh parti PAS yang memberi gambaran bahawa PAS tidak bermusuh
dengan BN yang menerajui pentadbiran di negeri Kedah dan meminta pengundi di DUN
Sg. Limau agar dapat mengekalkan kerusi tersebut kepada parti PAS. Ini dapat dibuktikan
dengan paparan kain rentang semasa kempen ini iaitu :Politik Damai – BN dapat Kedah, Sg.
Limau untuk PAS”. Ini menunjukkan bahawa pendekatan yang digunakan oleh PAS boleh
dianggap bersifat sentiment atau psikologi yang cuba mempengaruhi pengundi menerusi
sentuhan perasaan pengundi untuk terus mengundi calon PAS. Begitu juga pendekatan
yang digunakan oleh PAS dengan slogan ‘kekal” yang memberi konotasi bahawa kerusi
DUN Sg. Limau seharusnya dikekalkan kepada parti PAS sebagaimana yang dimenangi
oleh Ustaz Azizan Abdul Razak dalam PRU 13 yang lepas. Banner dan kain rentang
banyak memaparkan slogan kekal ini seperti “ KEKAL – Street Soccer Sg. Limau”.
Senario pasca PRU-12 dan PRU-13 menghujahkan bahawa faktor etnik seseorang
adalah tidak lagi signifikan dalam pertimbangan pengundi; seperti dalam penentuan
calon pilihanraya. Dalam hal ini, isu konflik etnik yang sering dimainkan oleh BN dalam
kerjasama PAS (majoriti Melayu) dan DAP (majoriti Cina)dalam Pakatan Rakyat gagal
dilihat gagal mempengaruhi golongan pengundi Melayu atas pagar. Hal ini adalah di
dasari oleh tren politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian etnik
dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk penyebab
kemenangan dalam pilihanraya (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd
Nor, Afi Roshezry Abu Bakar dan Mohd Azmir Mohd Nizah 2016:137). Namun, dapatan
kajian ini menunjukkan prioriti masyarakat Melayu, khususnya dalam kalangan pengundi
di Kedah adalah berkisar mengenai kemampuan calon dari segi implementasi manifesto dan
program pembangunan yang dilaksanakan. Selain itu, faktor karisma pemimpin, kawalan
terhadap isu serta integriti adalah elemen yang menjadi pertimbangan dalam kalangan
pengundi (Paimah Atoma et al 2013: 135).

323
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Isu kepimpinan dan ketokohan serta latar belakang agama turut menjadi isu dan
bahan kempen di pihak parti PAS.Ini memandangkan kejayaan Ustaz Azizan memimpin
PAS Kedah dalam PRU 12 dan kejayaan-kejayaan yang dilakukan oleh beliau sepanjang
pentadbirannya. Isu ini menjadi dominan kerajaan masyarakat dan pengundi di Sg. Limau
sangat mengenali Ustaz Azizan dan ianya cukup mesra di kalangan masyarakat., Di
samping itu juga PAS telah memainkan isu kepimpinan golongan muda dan latar belakang
ilmu agama. Ini dapat dibuktikan apabila calon PAS merupakan calon muda dan mendapat
pendidikan dalam bidang agama Islam. Isu ini dapat dibuktikan apabila terdapat sepanduk
“KEKAL: calon anak muda, pendidikan tinggi agama dan anak didik Ustaz Azizan”.
Isu yang agak dominan semasa pilihanraya kecil ini juga berkisar kepada isu
ekonomi dan kos sara hidup. Ini memandangkan masyarakat di DUN Sg. Limau rata-rata
masyarakat yang terkecimpung dalam sektor pertanian dan kerja-kerja kampung. Isu kos
sara hidup dan kenaikan harga barang sangat dominan dalam PRK ini. Isu ini dimainkan
oleh parti PAS bagi mendapat sokongan terhadap parti mereka.Ini dapat dibuktikan
menerusi siri ceramah dan poster yang berkaitan dengan isu ini. Sebagai contoh “ minyak,
gula barang naik – janji mendera rakyat ditepati”. Ini memberi gambaran bahawa taraf
hidup masyarakat dihimpit dengan kos harga barang dan isu ini dimainkan dalam PRK
bagi mendapat sokongan pengundi.
Isu keamanan dan ‘watak’ Mukriz merupakan antara isu yang agak dominan dalam
PRK ini. Barisan Nasional memainkan betapa penting dan mustahaknya nilai keamanan
dan perpaduan yang dilaksanakan oleh kerajaan di peringkat Pusat dan Negeri. Ini kerana
keamanan akan memberi jaminan kehidupan masyarakat yang lebih baik dan harmoni.
Ini dapat dibuktikan menerusi kempen “ Inilah Keamanan – bersama kita kekalkan”.
Ini menunjukkan di bawah kepimpinan BN ianya sangat mementingkan nilai keamanan
yang dapat memberi kehidupan yang sempurna kepada masyarakat. Begitu juga dengan
ketokohan Mukriz yang dilihat sangat rapat dan mesra dengan masyarakat dan keterlibatan
Mukriz dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Ini dibuktikan dengan poster yang tertera
“Program ramah mesra bersama Mukriz”
Secara keseluruhanya dapat dibuktikan bahawa isu-isu yang diketengahkan dalam
PRK ini lebih bersifat isu setempatan dan ianya sangat berkait rapat dengan kehidupan
masyarakat sekitar terutamnya dari aspek ekonomi, pendidikan, sukan dan sosial serta
kesihatan. Isu-isu ini penting dan dominan dalam PRK ini kerana masyarakat sangat
memetingkan nilai positif yang akan dapat dinikmati oleh masyarakat secara keseluruhannya.

KESIMPULAN

Pilihanraya kecil ini telah diadakan dengan baik dan berjalan dengan lancar oleh Suruhanjaya
Pilihanraya. Prinsip demokrasi telah dilaksanakan menerusi pilihanraya kecil bagi memilih
wakil rakyat atas faktor kematian. Rakyat atau pengundi telah diberikan hak untuk memilih
wakil rakyat yang diadakan secara adil dan bebas. Proses kempen dan isu-isu yang dibangkitkan
telah mewarnai pilihanraya kecil kali ini dan ianya merupakan sebahagian amalan demokrasi
menerusi pilihanraya. Keputusan telah diketahui dan pengundi telah membuat pilihan mereka,
oleh itu proses memenuhi tanggungjawab terhadap kawasan Sungai Limau dan masyarakat
adalah penting. Ini membuktikan bahawa Malaysia sentiasa menjunjung prinsip-prinsip
demokrasi sebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan proses
pilihanraya telah membuktikannya seperti pilihanraya kecil di DUN Sungai Limau.

RUJUKAN

Ariff Budiman. 1978. Politik Darurat. Kuala Lumpur: Ek-Ekwan Enterprise.


Barry, B. 1970.Sociologists, Economists and Democracy.London: The MacMillan Compony.
Barbrook, A. 1975.Patterns of Political Bahaviour. London: Martin Roberson & Co. Ltd.
324
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Barrie Axford & Gary Browning. 1997. Politics: An Introduction. London: Routledge.
Bowman, L & Boynton, G. 1974.Political Bahavior & Public Opinio: Comparative Analyses.
New Jersey: Prentice Hall Inc.
Bottomore,T. 1979. Political Sociology.London: Hutchinson & Co Publishers Ltd.
Campbell, A, Converse, P, Miller, W & Stokes, D. 1966.Elections and the Political Order.New
York: John Wiley And Sons Inc.
Curtice, J. 2002. The States of Election Studies: Mid-Life Crisis or New Youth. Electoral
Studies An International Journal. 21(1): 161-168.
Dewan Masyarakat.2008. Edisi Khas PRU Ke-12.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Elcock, H. 1976. Political Bahavour.London: Methuen & Co. Ltd.
Fernando, J. 2011. Pola Pengundian dan Isu-Isu dalam Pilihanraya Umum Malaysia Ke-12.
Dlm. Fernando J, Zulkanain & Suffian.Pilihanraya Umum Malaysia Ke-12: Isu dan Pola
Pengundian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Mlaya
Flanigan, W & Zingale, N. 1975.Political Bahavior of the American Electorate.Boston: Allyn
And Bacon Inc.
Ghazali Mayudin. 2006. Demokrasi dan Pilihanraya di Malaysia. Dlm. Gazali, Jamaie, Sity &
Zaini.Demokrasi Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia.Bangi: Penerbit
UKM.
Malaysia. 2011. Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia.Putrajaya: Jabatan Perangkaan
Malaysia.
McDonald A. 1965. Politic A Study of Control Behavior.New Jersey: Rotgers University Press.
Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad. 2002. Politik Baru Dalam Pilihanraya Umum. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Azmir Mohd. Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd. Azri Ibrahim. 2016.
Selangor Voters Perception Towards Issues in 13th Malaysian Election. Mediterranean
Journal of Social Sciences.7(1):44-51.ISSN 2039-9340.http://dx.doi.org/10.5901/
mjss.2016.v7n1s1p44.
Mohd Fuad Mat Jali. 2016. BN dan Kekuatan Kempen di Kedah. Dlm. Muhamad Takiyuddin
Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu,
Kekentalan Politik Lama. Hlm. 83-108.Sintok:UUM Press.
Mohd Rizal Mohd Yaakop (2002). Penglibatan politik: politik perbandingan. Bangi: Pusat
Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd
Azmir Mohd Nizah. 2016. Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. Dlm. Muhamad Takiyuddin
Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu,
Kekentalan Politik Lama. Hlm. 121-140.Sintok:UUM Press.
Riley, M. 1988. Power, Politics And Voting Bahaviour. New York: Harvester Wheatsheaf.
Rizal & Jumaat.2002. Politik Etnik & Perkembangan Politik Baru.Dlm. Politik Baru Dalam
Pilihanraya Umum.Bangi: Penerbit UKM.
Rush, M & Althoff, P. 1971. An Introduction to Political Sociology.Bristol: Western Printing
Services Ltd.
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.Laporan Pilihanraya Umum Malaysia 1955-2008. Pelbagai
Isu & Tahun Pilihanraya Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

325
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PELAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL


DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DI SEBUAH
SEKOLAH DI NEGERI PERAK

Mohd Faiz Bin Mohd Yaakob, Jamal@Nordin Bin Yunus


Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
UniversitiPendidikan Sultan Idris

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pelaksanaan Komuniti Pembelajaran
Profesional dalam kalangan guru di sebuah sekolah rendah negeri Perak. Komuniti
Pembelajaran Profesional (KPP) merupakan program peningkatan profesionalisme
guru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Program
ini secara jelas dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(PPPB), 2014 agar dilaksanakan dalam kalangan guru supaya peningkatan kualiti dan
prestasi dapat dijayakan. Kajian berbentuk deskriptif ini menitikberatkan 6 dimensi
utama; iaitu berkongsi dan menyokong kepimpinan; perkongsian nilai dan visi;
pembelajaran kolektif dan aplikasi; perkongsian amalan personel; sokongan keadaan
perhubungan dan sokongan keadaan struktur. Seramai 33 orang guru di sekolah
tersebut dipilih secara persampelan tujuan( purposive sampling ) sebagai responden.
Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data kajian yang mengandungi
52 item berbentuk soalan skala Likert 4 mata. Nilai kebolehpercayaan alat kajian bagi
seluruh item adalah α = 0.950. Kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat dan
panduan kepada pihak Pejabat Pendidikan Negeri (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN), dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menambah baik program
Komuniti Pembelajaran Profesional yang baharu diperkenalkan ini.

PENGENALAN

Komuniti pembelajaran profesional merujuk kepada amalan kolaboratif dalam kalangan


pendidik dan pemimpin sekolah yang komited secara bersama-sama menetapkan matlamat
dan membina wawasan secara kolektif untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Kerjasama ini menggalakkan rasa kesepunyaaan nilai, matlamat, visi dan misi, kejelekitan
dan memberikan peluang kepada guru dan pemimpin sekolah untuk melibatkan diri dalam
meningkatkan pembelajaran mereka sendiri. Hasilnya pembangunan profesionalisme
dapat ditingkatkan secara berterusan sepanjang kerjaya.(Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2014).
Komuniti pembelajaran merujuk kepada amalan memberikan ilmu kepada masyarakat
di sekolah, menjemput ibu bapa ke sekolah bagi membincangkan peningkatan pencapaian
murid menerusi aktiviti penambahbaikan kurikulum dan program pembelajaran
murid(Hord, 2004).
KPM sendiri menyasarkan transformasi amalan profesionalisme berterusan meningkat
kepada 60% menjelang 2025. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025, amalan inisiatif kendiri yang berasaskan sekolah sudah berada pada tahap 16%.
Kini, menjelang gelombang kedua PPPM 2013-2025, sepatutnya amalan pelaksanaan
profesionalisme berterusan sudah berada di peringkat 40% iaitu pada 2016. Salah
satu aktiviti dalam amalan profesionalisme berterusan ini adalah KPP dengan inisiatif
kendiri iaitu dengan memberi autonomi dan keupayaan kepada guru dan pemimpin
sekolah(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014)

326
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

LITERATUR

Pelancaran Akta ‘No child Left Behind’ pada tahun 2001 oleh Amerika Syarikat telah
menggalakkan model Professional Learning Community dilaksanakan di sekolah-sekolah
di sana dan seterusnya terus berkembang kepada negara-negara barat dan beberapa negara
maju yang lain (Lloyd, 2012).
Istilah KPP muncul setelah kajian dan teori yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan.
Kenyataan tersebut bermaksud istilah KPP muncul setelah konsep organisasi pembelajaran
yang diperkenalkan oleh Senge pada tahun 1990 (DuFour, R., & Eaker, 2008). Organisasi
untuk membentuk organisasi pembelajaran bagi meningkatkan kapasiti dalam kalangan
komuniti. dalam bidang pendidikan pula, pengetua mengharapkan sekolah berupaya
membentuk organisasi pembelajaran bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan
dalam pendidikan yang kompleks, berubah-ubah dan sukar diramalkan masa depan
(Senge, 1990).
Namun, Namun, istilah tersebut telah diubah kepada komuniti pembelajaran
profesional disebabkan pengkaji penambahbaikan sekolah yakini budaya berupaya
memastikan sesuatu amalan dilaksanakan secara berterusan dalam jangka masa panjang
(Hord, 2004). Kenyataan tersebut dengan memberikan pandangan mengenai perbezaan
organisasi pembelajaran dan KPP. Organisasi pembelajaran lebih bersifat struktur iaitu
pelaksanaannya dilakukan melalui penguatkuasaan peraturan dan jangka hayat pelaksanaan
tersebut adalah pendek. Manakala, KPP berupaya dilaksanakan secara berterusan
disebabkan faktor budaya sebagai penyumbang utama kejayaannya (Haberman, 2004).
Guru yang mempunyai komitmen tinggi dalam melaksanakan kerja secara
kolaborasi khususnya dalam aktiviti kolektif inkuiri dan kajian tindakan bagi menghasilkan
dapatan yang lebih baik (Dufour, R., Eaker, R.,& Many, 2006). KPP merupakan sebuah
amalan di tempat kerja yang melibatkan aktiviti pengajaran guru yang cekap dan berkesan
(Rosenholtz, 1989).Hal tersebut disebabkan wujudnya faktor penyumbang kepada
kejayaan seperti usaha pihak sekolah menyokong pembelajaran guru dan tahap komitmen
tinggi rakan sejawat. Implikasi daripada peluang pembelajaran yang diperoleh guru,
mereka akan berkongsi pandangan dan pengalaman (McLaughlin, M., Talbert, 2006)
Model ini adalah hasil daripada kajian terhadap pembaharuan sekolah dan reformasi
sekolah (school renewal dan school reform). Hord juga menggunakan teori organisasi
pembelajaran daripada Peter Senge dalam model beliau. Menurut Hord, terdapat lima
dimensi kepada komuniti pembelajaran profesional iaitu:
• Sokongan dan perkongsian kepimpinan (Supportive and shared leadership)
• Perkongsian nilai dan visi (Shared values and vision)
• Pembelajaran Kolektif & Aplikasi Pembelajaran (Collective learning & application
of learning)
• Sokongan keadaan (Supportive conditions)
• Perkongsian amalan (Shared practice)

Menerusi model ini sekolah mendapat manfaat daripada struktur untuk peningkatan
berterusan dan perubahan. Seperti juga model Dufourdan Eaker (1998), model ini juga
memberikan penekanan kepada perubahan budaya yang mesti berlaku di sekolah untuk
menjadi komuniti pembelajaran (Hord, 2004). Model ini juga mencadangkan dialog secara
reflektif (Reflective dialogue) yang akan menyampaikan pembelajaran secara kolektif
(collective learning). ini hanya memerlukan ahli yang membina kumpulan seramai 4 ke 5
orang guru sahaja (Hord, 2004).
Kesimpulannya KPP muncul setelah pelaksanaan organisasi pembelajaran.
Hal tersebut disebabkan KPP menekankan faktor budaya sebagai faktor penyumbang
kepada pelaksanaannya secara berterusan dan jangka panjang. Manakala, kewujudan
organisasi pembelajaran tertakluk kepada struktur sesebuah organisasi dan peningkatan
327
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

profesionalisme komuniti bergantung kepada penguatkuasaan peraturan. Selanjutnya,


KPP merupakan amalan yang menekankan aspek kolaboratif dalam kalangan komuniti
sesebuah organisasi.

OBJEKTIF KAJIAN

i. Untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional dari segi
aspek berkongsi dan menyokong kepimpinan.
ii. Untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional dari segi
aspek pembelajaran kolektif dan aplikasi.
iii. Untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional dari segi
aspek perkongsian amalan personel.
iv. Untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional dari segi
aspek sokongan keadaan perhubungan.

v. Untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional dari segi
aspek sokongan keadaan struktur

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk deskriptif tinjauan.
Kaedah ini sangat berguna untuk mengumpul data berhubung dengan fenomena yang tidak
dapat diperhatikan secara langsung. Kaedah ini juga sering digunakan kerana maklumat yang
tepat dapat diperoleh berkenaan kumpulan yang besar dengan menggunakan sampel yang
kecil. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah persampelan tujuan
(purposive sampling). Dalam persampelan bertujuan ini, sampel yang dipilih melibatkan
pertimbangan individu, iaitu berdasarkan pengetahuan penyelidik dan tujuan khas penyelidikan
(Sekaran, 2003)
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan harian kategori bandar di Perak. Pengkaji
memilih Negeri Perak kerana negeri ini merupakan negeri terbesar bagi zon utara semenanjung
Malaysia. Negeri Perak juga mempunyai bilangan guru sekolah kebangsaan yang paling ramai
dan bilangan sekolah rendah yang paling banyak bagi zon utara semenanjung Malaysia. Berikut
dinyatakan perbandingan bilangan guru sekolah kebangsaan mengikut zon utara dan bilangan
sekolah kebangsaan.

Jadual 1 : Bilangan guru sekolah kebangsaan zon utara


Negeri Bilangan guru Bilangan sekolah
Perlis 2089 58
Kedah 14,144 392
Pulau Pinang 6812 149
Perak 15,469 526

INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah pemerolehan data melalui soal selidik. Soal selidik lebih
praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Soal selidik dapat mengukur ciri-
ciri atau pemboleh ubah yang hendak diukur daripada saiz sampel yang banyak.
Bagi mengukur Komuniti Pembelajaran Profesional, pengkaji memilih untuk
menggunakan Professional Learning Community Assessment-Revised (PLCA-R) daripada
kajian(Olivier, D. F., Hipp, K. K., & Huffman, 2010)yang menjalankan kajiannya di Amerika
Syarikat. Kebolehpercayaan setiap dimensi dinyatakan seperti di bawah:

328
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 2 : Nilai Cronbach Alpha bagi keseluruhan Item


Dimensi Bil. Item Cronbach Alpha
Berkongsi dan Menyokong Kepimpinan 11 0.831
Perkongsian Nilai dan Visi 9 0.802
Pembelajaran Kolektif dan Aplikasi 10 0.845
Perkongsian Amalan Personel 7 0.837
Sokongan Keadaan Perhubungan 5 0.720
Sokongan Keadaan Struktur 10 0.861
Keseluruhan 52 0.950

Berdasarkan pendapat Sekaran (2003), jika nilai Alpha menghampiri 1.0, bermakna
kebolehpercayaan adalah tinggi, baik dan berkesan. Nilai Alpha yang kurang daripada 0.6
bermakna lemah dan tidak diterima, nilai Alpha di antara 0.6 hingga 0.7 boleh diterima dan nilai
Alpha melebihi 0.8 adalah sangat baik. Jadi, keseluruhan soal selidik ini adalah mempunyai
kebolehpercayaan yang boleh diterima dan sangat baik.

KEPUTUSAN

Tahap Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional


Tahap pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional dalam kalangan guru dinilai melalui
min. Hasil dapatan menunjukkan dimensi sokongan keadaan dari segi hubungan adalah berada
di tahap yang paling tinggi dan dimensi berkongsi dan menyokong kepimpinan berada di tahap
yang paling rendah berbanding dimensi yang lain. Jadual nilai min bagi keseluruhan dimensi
adalah seperti berikut:

Jadual 3 : Nilai Min bagi keseluruhan dimensi


Dimensi Min SP
Berkongsi dan Menyokong Kepimpinan 2.76 0.33
Perkongsian Nilai dan Visi 2.99 0.26
Pembelajaran Kolektif dan Aplikasi 2.96 0.26
Perkongsian Amalan Personel 2.88 0.31
Sokongan Keadaan Perhubungan 3.23 0.31
Sokongan Keadaan Struktur 2.84 0.29
Jumlah Keseluruhan 2.92 0.23

Garis panduan tahap min digunakan untuk melihat tahap sesuatu amalan ( Eke,
2011). Nilai min 1.00 hingga 2.5 dikategorikan sebagai rendah, sementara 2.51 hingga
4 dikategorikan sebagai tinggi. Dimensi yang dikategorikan sebagai tertinggi ialah
Sokongan Keadaan Perhubungan dan yang paling rendah ialah Berkongsi dan Menyokong
Kepimpinan.

Perbincangan berkongsi dan menyokong kepimpinan


Dimensi ini mempunyai lima ciri utama yang menunjukkan guru-guru dibimbing menjadi
pemimpin, pemimpin sentiasa memberi sokongan, berkongsi kuasa dan autoriti dengan
guru yang lain, pemimpin sekolah mengamalkan keluasan pembuatan keputusan dan semua
ahli komuniti sekolah bertanggungjawab terhadap keputusan yang ditetapkan. Secara
keseluruhan, perspektif guru terhadap berkongsi dan menyokong kepimpinan adalah di
tahap tinggi yang paling rendah jika dibandingkan dengan semua dimensi. Namun, masih
lagi dikategorikan sebagai tinggi kerana melepasi nilai 2.51.Nilai purata skor min yang
dicatatkan ialah 2.76 dan peratus keseluruhan pula 62.7%.

329
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Perbincangan pelaksanaan perkongsian nilai dan visi


Perkongsian nilai dan visi mempunyai empat ciri utama iaitu pengharapan yang tinggi,
berfokus kepada pembelajaran murid, menyokong nilai-nilai dan norma-norma dan
kesepunyaan visi menjadi garis panduan bagi pengajaran dan pembelajaran. Perspektif
guru terhadap perkongsian nilai dan visi dikategorikan sebagai tinggi kerana melepasi
nilai 2.51. Nilai purata skor min yang dicatatkan ialah 2.76 dan peratus keseluruhan pula
74.7%.

Perbincangan pelaksanaan pembelajaran kolektif dan aplikasi


Dimensi ini menyenaraikan empat ciri utama iaitu adanya perkongsian maklumat, guru-
guru bekerja secara kolektif untuk merancang, menyelesaikan masalah dan menambah
baik peluang pembelajaran murid, guru bersama-sama meneroka ilmu, kemahiran dan
strategi baru dan mengaplikasikan amalan pengajaran baru di dalam kerja guru seharian.
Perspektif guru terhadap pelaksanaan pembelajaran kolektif dan aplikasi dikategorikan
sebagai tinggi kerana melepasi nilai 2.96.Nilai purata skor min yang dicatatkan ialah 2.76
dan peratus keseluruhan pula 74%.

Perbincangan pelaksanaan perkongsian amalan personel


Perkongsian amalan personel lebih memberi perhatian terhadap proses yang menggalakkan
guru-guru berinteraksi, menyediakan maklum balas dan berkongsi keputusan pengalaman-
pengalaman pembelajaran murid. Perspektif guru terhadap perkongsian nilai dan visi
dikategorikan sebagai tinggi kerana melepasi nilai 3.23 Nilai purata skor min yang
dicatatkan ialah 2.88 dan peratus keseluruhan pula 80%. Dimensi ini mencatatkan tahap
yang paling tinggi dalam kesemua dimensi.

Perbincangan pelaksanaan sokongan keadaan perhubungan


Sokongan keadaan dari segi perhubungan mempunyai lima ciri yang terbahagi kepada
dua faktor iaitu dari segi perhubungan manusia dan struktur. Faktor perhubungan manusia
ini mempunyai lima ciri iaitu perhubungan yang menunjukkan sayang (penyayang),
percaya mempercayai dan hormat menghormati, pengiktirafan dan raikan kejayaan,
berani menerima risiko dan melakukan perubahan secara usaha sama yang telah menjadi
amalan (tertanam dalam komuniti sekolah). Perspektif guru terhadap perkongsian nilai
dan visi dikategorikan sebagai tinggi kerana melepasi nilai 2.51.Nilai purata skor min
yang dicatatkan ialah 2.76 dan peratus keseluruhan pula 74.7%.

Perbincangan Pelaksanaan Sokongan Keadaan Struktur.


Dimensi sokongan keadaan struktur pula termasuk tiga ciri utama iaitu sumber-sumber,
kemudahan-kemudahan dan sistem komunikasi yang mana akan muncul ketika hendak
melihat perbezaan tahap perubahan mengikut tiga fasa pembangunan komuniti pembelajaran
profesional. Perspektif guru terhadap perkongsian nilai dan visi dikategorikan sebagai
tinggi kerana melepasi nilai 2.51. Nilai purata skor min yang dicatatkan ialah 2.84 dan
peratus keseluruhan pula 71%.

RUMUSAN

Kesimpulannya, pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional di antara guru dalam


kajian ini adalah tinggi. Enam dimensi amalan komuniti ini telah difahami dan diamalkan
oleh guru. Komuniti Pembelajaran Profesional ini berlaku secara serta saling bergantungan
antara satu sama lain bagi merealisasikan pembelajaran berlaku dalam kalangan guru-
guru. Namun, dapatan menunjukkan dimensi berkongsi dan menyokong kepimpinan
masih rendah jika dibandingkan dengan dimensi yang lain. Ini menunjukkan terdapat
jurang antara pemimpin sekolah dan guru dalam perkongsian kepimpinan sedangkan
330
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan satu pendekatan untuk membangunkan


kapasiti warga sekolah. Pendekatan tersebut menekankan aktiviti pembelajaran secara
berterusan tanpa mengambil kira hierarki dalam kalangan staf dan murid. Dengan
melaksanakan pendekatan tersebut, tahap penglibatan warga sekolah khususnya guru
dalam proses penambahbaikan sekolah adalah tinggi dan berupaya meningkatkan
pencapaian diri mereka. Hasrat tersebut akan tercapai dengan strategi kepimpinan sekolah
bagi mewujudkan komuniti pembelajaran profesional. Dengan kata lain, peranan dan
komitmen kepimpinan sekolah amat diperlukan kerana telah wujud bukti yang kukuh
bahawa kepimpinan sekolah berupaya melakukan perbezaan terhadap pencapaian sekolah.

RUJUKAN

DuFour, R., & Eaker, R. (2008). Revisiting professional learning community at work:
New insight for improving school. Bloomington,IN: Solution Tree.
Dufour, R., Eaker, R.,& Many, T. (2006). Learn by doing: A handbook for prefessional
learning communitie at work. Bloomington,IN: Solution Tree.
Haberman, M. (2004). Can teachers create learning communities? Educational
Leadership.
Hord, S. M. (2004). Professional learning communities: An overview. In Learning
together, leading together: Changing schools through professional learning
communities. New York: Teacher’s College Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan.
Lloyd, T. (2012). A Program Evaluation of a Professional Learning Community. Walden
University.
McLaughlin, M., Talbert, J. . (2006). Building school-based teacher learning
communities: Professional strategies to improve student achievement. New York:
Teacher’s College Press.
Olivier, D. F., Hipp, K. K., & Huffman, J. B. (2010). Demystifying professional learning
communities: School leadership at its Best. Lanham, MD: Rowman & Littlefield.
Rosenholtz, S. (1989). Teacher’s workplace: The social organization of schools. New
York: Longman.
Sekaran, U. (2003). Reseach method for bussines. San Francisco: John Wiley & Sons.
Senge, P. (1990). The fifth discipline:The art and practiseof the learning organization.
London,UK: Doubleday.

331
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ISU PELARIAN ROHINGYA DAN KESELAMATAN INSAN


1
Mohd Kamal Omar, 2Bakri Bin Mat, 3Zarina Othman
1,3
Universiti Kebangsaan Malaysia,
2
Universiti Utara Malaysia

Abstrak
Lebih daripada 40 tahun selepas pendaratan pertama pelarian Vietnam di pantai timur,
Malaysia mash lagi menjdi destinasi tumpuan pelarian. Pada bulan Mei 2015, seramai
1,158 pendatang Rohingya dari Myanmar telah mendarat di pantai barat Malaysia.
Rohingya, adalah kaum etnik tanpa negara dari Myanmar. Mereka di zalimi dan
tertakluk pelbagai bentuk pemerasan. Kebanjiran mereka menjadi isu yang sukar
untuk ditangani kerana Myanmar adalah negara ASEAN, sementara Rohingya pula
adalah kaum etnik yang beragama Islam. Dengan mengaplikasi konsep keselamatan
insan, kajian ini mengkaji pelarian Rohingya dan implikasinya terhadap kelangsungan
hidup. Selain daripada data sekunder, kajian ini turut menemu bual informan iaitu
pelarian Rohingya yang telah berada di Malaysia dan juga beberapa pihak berotoriti
untuk memahami masalah pelarian ini di Malaysia. Hasil penemuan awal kajian
menunjukkan Rohingya ini telah dilucutkan kewarganegaraannya, di tindas dan di
halau dari Myanmar. Di Malaysia mereka didaftarkan di bawah UNHCR namun
tidak dibenarkan bekerja dan ini mengancam survival dan hak asasi mereka. Begitu
juga ada antara mereka yang telah dipemerdagangkan, justeru menjadikan mereka ini
sama seperti bahan komoditi dan dengan ini mengancam hak asasi manusia. Kajian
ini mencadangkan agar kerajaan Malaysia dengan sokongan NGO dan juga negara
ASEAN yang lain bekerjasama menangani isu ini atas dasar hak asasi manusia dan
keselamatan insan.

Kata kunci : hak asasi, keselamatan insan, Rohingya.

PENGENALAN

Sejarah memaparkan bahawa rantau Asia Tenggara tidak pernah bebas daripada konflik sama
ada berupa penindasan, penghapusan etnik, pembunuhan beramai-ramai dan peperangan.
Begitu jiga rantau ini tidak lari dari isu anacaman bukan tradisional seperti pemerdagangan
manusia (Zarina, Nor Azizan, Mohd Kamal 2015), keselamatan makanan (Bakri &Zarina 2014),
ancaman dadah (Zarina &Mohamad Daud 2015). Antaranya ialah pembunuhan beramai-ramai
rakyat Kemboja oleh rejim Pol Pot, tunjuk perasaan menuntut kemerdekaan di Timor-Timur
(kini Timor-Leste) dan Perang Vietnam yang telah mengorbankan banyak nyawa.
Terkini, ancaman keselamatan yang merencami rantau Asia Tenggara ialah penindasan
etnik Rohingya iaitu antara ‘pelarian paling tertindas di dunia’ label yang diberikan oleh media
antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia bagi menggambarkan ketidaktentuan nasib
mereka. Sehinggakan jika dibandingkan dengan rakyat Palestin, etnik Rohingya mungkin
dikatakan lebih menderita kerana tidak dapat menikmati hak sivil (Abdul Halim, Yohan
Kurniawan & Hishamuddin tt). Malah pelarian etnik Rohingya didapati jauh lebih malang
kerana mereka adalah “rakyat tanpa negara.”
Rohingya adalah suku etnik dari Myanmar. Dengan status tanpa negara ini menjadi
faktor penolak untuk mereka keluar dan mencari kehidupan yang lebih baik. Antara destinasi
kegemaran adalah Malaysia. Lebih 40 tahun selepas pendaratan pertama pelarian Vietnam
di pantai timur, negara ini masih menjadi tumpuan pelarian pelbagai negara sehingga ke hari
ini. Selepas menerima gelombang pelarian Vietnam dari pertengahan 1970-an hingga 1980-
an, Malaysia pernah menerima pelarian Selatan Thailand dan Selatan Filipina pada 1990-an
332
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

selain pelarian Tamil dari Sri Lanka pada lewat 2000. Malaysia pernah menjadi hos pada
pelarian Bosnia, Iraq dan Syria. Kebanjiran pelarian etnik Rohingya menjadi isu yang sukar
untuk ditangani kerana Myanmar adalah negara anggota Pertubuhan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN), sementara Rohingya pula adalah kaum etnik yang beragama Islam.
Malaysia sekali lagi tidak dapat menolak kebanjiran warga Rohingya atas dasar kemanusiaan.
Dengan mengaplikasi konsep keselamatan insan, kajian ini mengkaji pelarian Rohingyas dan
implikasinya terhadap kelangsungan hidup.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk 1) mengkaji latar belakang dan sejarah pelarian etnik
Rohingyas di Malaysia dan Myanmar; 2) menganalisis implikasi pelarian Rohingyas terhadap
keselamatan insan iaitu keselamatan ekonomi, kesihatan dan komuniti; 3) memberi cadangan
inovatif untuk kelangsungan hidup etnik Rohingyas.

Sorotan Karya
Adalah sukar untuk menafikan bahawa kehadiran pelarian ke sesebuah negara pasti
memberikan kesan yang negatif. Namun, pada masa yang sama kita tidak dapat menolak
bahawa kehadiran pelarian ini juga dapat memberikan kesan yang positif dari pelbagai aspek
(UNHCR 2004). Ini diakui oleh Jacobsen (2002) dalam kajiannya yang mendapati bahawa
kehadiran pelarian Rwanda dan Burundi di Tanzania bukan sahaja memberikan kesan negatif
kepada negara tersebut dari aspek keselamatan, ekonomi dan alam sekitar tetapi pada masa
yang sama mendatangkan sumber seperti bantuan kemanusiaan antarabangsa, aset ekonomi
dan modal insan ke negara itu. Terdapat antara pelarian ini memiliki kepakaran yang dapat
digunakan untuk kebaikan masyarakat setempat. Ini dipaparkan oleh Crisp et al. (2009) dalam
kajiannya ke atas pelarian Iraq di Amman, Jordan yang mendapati kehadiran pelarian Iraq ini
telah membekalkan sumber modal insan berbentuk kepakaran dalam bidang kedoktoran dan
perniagaan yang telah membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kualiti kesihatan
dan aktiviti ekonomi.
Walau bagaimanapun terdapat juga kajian seperti oleh Deikun dan Zetter (2010) dan
Buscher dan Heller (2010) dan Alexander (2008) yang menunjukkan kehadiran pelarian ini
memberikan kesan negatif kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan-kawasan
yang penduduknya sedia ada padat sepertimana kajian ke atas pelarian Chin dari Myanmar
yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur (Malaysia) dan New Delhi (India).
Selain itu, terdapat juga kajian yang menujukkan penglibatan pelarian dalam komplot
pembunuhan dan menggulingkan kerajaan sepertimana penglibatan pelarian Tamil Sri
Lanka dalam episod pembunuhan Perdana Menteri India, Rajiv Ghandi pada tahun 1991 dan
penglibatan pelarian Rwanda Tutsi dalam episod penyingkiran Perdana Menteri Uganda,
Milton Obote (Salehyan dan Gleditch 2006). Malah, terdapat juga isu yang menunjukkan kem
pelarian telah digunakan sebagai tempat perlindungan pemberontak dan pengrekrutan anggota
baru mereka sepertimana yang berlaku di kem penempatan pelarian Afganistan di Pakistan
semasa perang antara Afganistan menentang Soviet Union (Rashid 2008).
Di Malaysia, kajian tentang migrasi dan keselmatan amat terbatas (Zarina & Nor
Azizan 2015) namun kajian mengenai pelarian makin berkembang. Birpun merupakan antara
negara penerima pelarian paling ramai, namun kajian mengenai pelarian masih terbatas.
Antara sebilangan kecil kajian serius yang dihasilkan adalah oleh Tan (2008), Shazlin Yante
(2009), Andika (2011), Azlinariah (2012), Aizat (2012), Azizah (2015), Salawati (2015) dan
Abdul Halim et al. (tt). Tan (2008), membincangkan adaptasi orang pelarian etnik Rohingya
di Kuala Lumpur dari pelbagai aspek termasuklah peluang pekerjaan dan diskriminasi oleh
majikan, kos perubatan yang tinggi, isu dokumen sijil kelahiran dan akademik anak-anak etnik
Rohingya. Shazlin Yante (2009), membincangkan orang pelarian dari Myanmar secara umum.
Andika (2011) menumpukan kepada pelarian kaum China dari Myanmar dan Aizat (2012)
333
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pula membandingkan isu keselamatan insan dalam kalangan etnik Rohingya di Semenanjung
Malaysia dan orang pelarian Filipina di Sabah. Azlinariah (2012) dan Abdul Halim et al. (tt)
juga mengkaji tentang pelarian Rohingya tetapi dari perspektif sejarah pelarian etnik Rohingya
di Myanmar sehingga kepada berlakunya migrasi. Azizah (2015) pula mengkaji isu pelarian
etnik Rohingya dari sudut dasar kerajaan Malaysia dan implikasi dasar terhadap kehidupan
seharian pelarian Rohingya. Manakala Salawati (2015) pula membincangkan tentang hak
pekerjaan kepada pelarian.

METODOLOGI KAJIAN

Untuk kajian tinjauan awal, kajian ini melibatkan kajian perpustakaan sepenuhnya. Data
sekunder yang diperoleh dianalisis untuk menjawab persoalan penyelidikan yang dibentuk.
Kajian perpustakaan digunakan untuk memahami dan mengkaji tajuk ini dengan lebih
mendalam. Ini termasuklah mendapatkan latar belakang pensejarahan dan kedudukan semasa
etnik Rohingya di Myanmar, sejarah kemasukan pelarian Rohingya ke Malaysia, statistik
pelarian Rohingya di Malaysia dan kajian-kajian penyelidik terdahulu yang berkaitan dengan
migrasi, keselamatan dan pelarian. Manakala sumber rujukan adalah daripada bahan terbitan
seperti buku hasil dari penyelidikan, jurnal akademik berkaitan, makalah, laporan dan terbitan
dalam laman sesawang yang berotoriti seperti laman sesawang UNHCR, laporan Amnesty
International dan sebagainya.

Konsep: Keselamatan Insan


Keselamatan insan ialah satu konsep yang meletakkan keselamatan hidup manusia sebagai
objektif utama polisi keselamatan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa (Fukuda-
Parr & Messineo, 2012). Ciri ini menjadi asas perbezaan utama antara konsep keselamatan
insan dan konsep keselamatan negara kerana ia melihat kepada manusia sebagai unit analisis.
Konsep keselamatan insan tidak hanya mendefinisikan istilah keselamatan menjurus kepada
ancaman ketenteraan, sebaliknya melihat dari perspektif yang lebih menyeluruh merangkumi
elemen-elemen keselamatan bukan tradisional seperti ekonomi, kesihatan dan alam sekitar
sebagai faktor yang menjejaskan kehidupan harian setiap individu (Thomas, 2007: 22; Walt,
1991:212). Pandangan ini menjadi inti pati laporan oleh Program Pembangunan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNDP (1994) dalam Human Development Report. Dalam
laporan ini, UNDP yang menjelaskan keselamatan insan sebagai kebebasan atau keamanan
daripada ancaman kronik seperti kelaparan, penyakit dan penindasan dan kedua, perlindungan
daripada gangguan yang bersifat tiba-tiba dan menjejaskan corak kehidupan harian sama ada
dari sudut pekerjaan, di rumah dan dalam komuniti (hlm.23).
UNDP seterusnya telah menghujahkan bahawa pemahaman konsep keselamatan harus
berubah dari keselamatan tradisional yang berpaksikan keselamatan negara kepada keselamatan
yang lebih bertumpu kepada setiap individu. Dalam hal ini, dua pendekatan diambil dalam
menerangkan hak keselamatan setiap individu iaitu freedom from fear atau bebas dari ketakutan
bahaya yang mengancam jiwa dan freedom from want atau bebas daripada ancaman terhadap
kelangsungan hidup mereka. Walaupun senarai ancaman terhadap keselamatan insan adalah
panjang, UNDP telah mengklasifikasikan bentuk-bentuk ancaman tersebut kepada tujuh (7)
komponen iaitu i) keselamatan ekonomi (bebas dari kemiskinan dan kehidupan yang terjamin),
ii) sekuriti makanan (akses terhadap sumber makanan yang sedia ada), iii) keselamatan
kesihatan (kemudahan kesihatan dan perlindungan dari penyakit), iv) keselamatan alam sekitar
(aman dari pencemaran dan akses terhadap persekitaran yang baik), v) keselamatan personal
(selamat dari ancaman fizikal seperti peperangan), vi) keselamatan komuniti (komuniti yang
terjamin dari sudut budaya dan kelangsungan) dan vii) keselamatan politik iaitu jaminan dari
sudut hak asasi dan perlindungan dari tekanan politik (UNDP, 1994:22-25).
UNESCO kemudiannya dengan berpandukan konsep yang dibangunkan oleh UNDP,
telah mengembangkan bentuk-bentuk ancaman keselamatan insan kepada lapan (8) komponen
334
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

melalui penambahan elemen keselamatan budaya (UNESCO, 2008). Elemen budaya,


khususnya kewujudan pelbagai budaya tidak dilihat sebagai faktor konflik dan perpecahan,
sebaliknya sebagai bukti kesatuan manusia. Kumpulan penyelidikan dari Bangi, Selangor,
Malaysia, yang berpusat di Universiti Kebangsaan Malaysia seterusnya telah mengutarakan
kerangka baru dengan menambah elemen keselamatan sosial ke dalam senarai lapan ancaman
yang telah dikembangkan oleh UNESCO sebelum ini, dengan menamakannya sebagai Bangi
Approach to Human Security (BAGHUS). Walaupun mengakui model yang dicadangkan oleh
agensi PBB itu lebih universal, BAGHUS dihujahkan lebih sesuai dilaksanakan dalam konteks
rantau Asia Tenggara kerana mengambil kira keunikan dan perbezaan yang wujud di rantau
ini. Masyarakat memerlukan keselamatan sosial yang munasabah, sebagai contoh jaminan
dari sudut dari sudut keselamatan sosial dan ekonomi untuk lebih berdaya maju. Dalam erti
kata lain, keselamatan insan di rantau ini mengambil kira keselamatan dari dalam (kebebasan
dari ketakutan) dan juga, keperluan terhadap pembangunan manusia untuk memenuhi elemen
kebebasan dari kemahuan. Manakala, keselamatan personal pula adalah saling berkait rapat
dengan keselamatan komuniti kerana wujud perkaitan yang rapat dalam hubungan individu
dan komuniti. Menurut pendekatan BAGHUS, keselamatan budaya juga memberi tumpuan
kepada kesamaan gender, berbeza dengan UNDP yang hanya memberi tumpuan kepada usaha
melindungi etnik atau kumpulan minoriti (Rashila, Zarina, Nor Azizan & Sity, 2012; Sity,
Zarina, Rashila 2015).

Sumber: Rashila, Zarina, Nor Azizan & Sity (2012)


Rajah 1: Pendekatan Bangi terhadap Keselamatan Insan

Ancaman terhadap keselamatan insan bukan hanya berpunca dari dalam sesebuah
negara, tetapi juga ancaman rentas sempadan di peringkat global kesan daripada pertumbuhan
populasi yang tidak terkawal, peperangan, jurang ekonomi antara negara maju dan membangun,
migrasi yang melampau, kemerosotan alam, bahaya dadah dan juga ancaman pengganas
antarabangsa (UNDP, 1994:34-38). Walaupun ancaman yang dibincangkan di atas adalah sama
seperti yang dihadapi dalam rangka perbincangan keselamatan negara, perbezaan yang ketara
adalah fokus perbincangan bukan lagi berpusat kepada negara, tetapi kepada individu atau
komuniti. Peranan sebuah negara pula adalah penting sebagai institusi utama yang berupaya
merealisasikan keselamatan insan (Landman, 2006:13).

335
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERBINCANGAN

a. Etnik Rohingya di Myanmar


Etnik Rohingya adalah penduduk Muslim di wilayah Rakhine di barat laut Myanmar, daerah
yang bersempadan dengan Bangladesh (rujuk Peta 1). Etnik ini berbeza dari segi budaya,
agama dan bahasa dengan suku etnik Myanmar yang lain. Walaupun ada yang menyatakan
etnik Rohingya merupakan kaum asli di wilayah Rakhine, namun banyak ilmuwan sejarah
menolak fakta ini dan berpendapat mereka ialah kaum pendatang dari Bengal dan menetap di
Rakhine sebagai pedagang seawal kurun ke-15.
Menurut Abu Talib (2000) pula, etnik Rohingya telah datang ke Myanmar pada abad ke-
20 Masihi lagi dan menetap di sekitar Akyab-Chittagong. Etnik ini terus menetap di kawasan
ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan
budaya tempatan. Terdapat juga pandangan yang menyatakan etnik Rohingya merujuk kepada
keturunan imigran dari Chittagong dan menetap di Rakhine setelah wilayah tersebut jatuh ke
tangan British di bawah Perjanjian Yandabo 1826 (Azharudin dan Azlinariah 2012). Aliran
masuk migrasi ini berakhir setelah Myanmar mencapai kemerdekaan pada tahun 1948.Etnik
Rohingya membentuk 1/3 daripada jumlah penduduk di wilayah Rakhine, Myanmar.
Etnik Rohingya dinafikan oleh kerajaan Myanmar melalui Undang-undang Kerakyatan 1982
(Citizenship Act 1982) yang tidak menyenaraikan etnik Rohingya sebagai salah satu daripada
135 etnik Myanmar. Lebih dahsyat lagi apabila Presiden Myanmar, Thein Sein secara terang-
terangan berkata 800,000 penduduk Rohingya yang berada di Myanmar adalah golongan yang
‘tidak diingini di Myanmar’ dan meminta PBB supaya membawa mereka keluar dari negara itu
(Farah Zamira 2012).
Selain dilucutkan hak kewarganegaraan, etnik Rohingya di Myanmar turut mengalami
beberapa kekejaman dan sekatan rejim. Diskriminasi sejak beberapa lalu menyebabkan etnik
Rohingya tidak dianggap sebagai rakyat Myanmar dengan kerajaan dilaporkan menghadkan
pergerakan serta tidak membenarkan etnik ini memiliki tanah, dan pendidikan (Utusan Online
13 Julai 2012) termasuklah paksaan untuk keluar dari Islam dan menganuti Buddha (Froyoplus
2012). Etnik yang dilihat sebagai “the lowest of the low” dalam negara Buddha itu terus-terusan
mengalami penderitaan dan penindasan sehingga ke hari ini dan tidak menunjukkan tanda-
tanda akan ianya berakhir (Azharudin dan Azlinariah 2012). Malah etnik ini juga menjadi
mangsa terhadap segala jenis ancaman sama ada dari junta Myanmar ataupun pihak Sami serta
penganut Buddha yang ekstrim. Etnik ini telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan
dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak junta
tentera Myanmar sejak tahun 1978.
Ketika ini, hampir 140,000 etnik Rohingya ditempatkan di kem-kem pelarian di pinggir
Sittwe, ibu kota Rakhine, selepas tercetusnya perbalahan etnik dan agama pada penghujung
2012 yang turut mengorbankan lebih 240 nyawa (Syed Azwan 2015).Situasi inilah yang
menyebabkan ramai etnik Rohingya terpaksa melarikan diri dan menjadi pelarian di Bangladesh,
Thailand, Indonesia dan Malaysia serta beberapa negara lain dan menjadi isu keselamatan
insan.

b. Pelarian Etnik Rohingyas di Malaysia


Pelarian etnik Rohingya ini telah tiba di Malaysia sejak tahun 80-an lagi (Tan 2008).
Ini bermakna ada dia antara mereka telah tinggal di negara ini lebih daripada 3 dekad.
Sehingga kini ada antara mereka masih tinggal di negara ini. Perkampungan etnik
Rohingya ini boleh di dapati di Ampang, Gombak dan Selayang di Selangor. Etnik
Rohingya diberikan status pelarian di bawah mandat Pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi
Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR). Namun, pelarian etnik Rohingya ini tetap
dianggap sama dengan pendatang tanpa izin (PATI).
Walaupun mempunyai jumlah pelarian yang besar, Malaysia didapati tidak
menganggotai mana-mana instrumen hak asasi manusia termasuklah Konvensyen
336
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

berkaitan dengan Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, iaitu instrumen antarabangsa
utama yang berkaitan dengan perlindungan untuk pelarian (UNHCR 2010:9: Adnan
2007:4). Ini bermakna, secara otomatik Malaysia tidak memberikan apa-apa bentuk
status kepada mana-mana pelarian termasuklah peluang untuk mendapat akses kepada
pekerjaan yang sah. Seringkali persoalan yang berkaitan dengan hak untuk bekerja bagi
pelarian di Malaysia dijawab bahawa undang-undang Malaysia adalah “tidak mencukupi”
untuk berurusan dengan situasi pelarian yang ‘menumpang’ di Malaysia tetapi pada masa
yang sama mahukan pekerjaan untuk diri mereka (Arshad 2003:8; Loh 2010:4; Salawati
2015:121).
Jika dilihat dari sudut keselamatan insan sewajarnya, pendirian Malaysia ini
mungkin memberi tekanan hidup secara keseluruhan kepada pelarian terutamanya bagi
mereka yang berkeluarga. Namun, menurut Kaur (2007) pendirian Malaysia ini sebenarnya
banyak dipengaruhi oleh isu kedaulatan dan keselamatan dalam negara kerana kerajaan
Malaysia amat menekankan aspek keselamatan ang amat penting kepada survival Malaysia
dalam persekitaran yang kompetitif.

Sumber: http://www.cfr.org/burmamyanmar/rohingya-migrant-crisis/p36651

Peta 1: Laluan migrasi pelarian etnik Rohingya

Di Malaysia, statistik menunjukkan pelarian etnik Rohingya yang beragama Islam


ini merupakan etnik kedua terbesar daripada sekurang-kurangnya sepuluh kumpulan etnik
Myanmar yang terdapat di negara ini. Sehingga tahun 2012, sudah terdapat 25,575 orang
pelarian Rohingya di negara ini. Jumlah ini meningkat dari tahun ke tahun bermula 13,300
orang pada tahun 2008, 15,790 orang setakat September 2009, 19,847 orang pada tahun
2010, dan 21,840 orang pada tahun 2011 (Azizah 2015). Sehingga kini terdapat 45,000
orang Rohingya didaftarkan di Malaysia dengan memegang status UNHCR (Pejabat
Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian) dan masih terdapat 20,000 pelarian Rohingya di
sini yang masih belum didaftarkan.

337
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 1: Statistik jumlah pelarian Myanmar dan etnik Rohingya di Malaysia dari tahun
2008 sehingga 2012.
Pelarian/Tahun 2008 2009 2010 2011 2012
Pelarian Myanmar (Keseluruhan) 33,100 42,309 84,852 86,912 92,561
Pelarian Myanmar dari etnik
13,300 15,194 19,847 21,840 25,575
Rohingya
Sumber: Azizah (2015)

Dari segi agihan lokasi tempat tinggal, etnik Rohingya terdapat di merata-rata tempat
di negara ini. Tetapi jumlah yang paling ramai ditemui ialah di kawasan-kawasan bandar di
Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor Bahru, iaitu di kawasan pekerjaan
mudah didapati. Dari segi demografi pula majoriti pelarian ini terdiri daripada kaum lelaki dan
orang dewasa yang berumur antara 18 hingga 60 tahun ke atas (Azizah Kassim 2015a).

Carta 1: Sebaran lokasi tempat tinggal pelarian Rohingya sehingga Jun 2012

Sumber: Azizah (2015)

Carta 2: Taburan pelarian Rohingya mengikut jantina


Sumber: Azizah (2015)

338
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Carta 3: Taburan pelarian Rohingya mengikut umur


Sumber: Azizah (2015)

c. Implikasi Keselamatan Insan


i. Eksploitasi dan keselamatan komuniti
Disebabkan halangan kepada akses pekerjaan sah, terdapat pelarian etnik Rohingya yang
memasuki pasaran kerja tidak formal yang terdedah kepada ekploitasi oleh majikan yang
tidak bertanggungjawab. Justeru, dengan adanya akses pekerjaan yang sah, ia dapat
mengelak pelarian etnik Rohingya ini daripada memasuki pasaran kerja tidak formal dan
dieksploitasi oleh majikan sepertimana dilaporkan oleh Tan (2008) dalam kajiannya.
ii. Pendapatan dan keselamatan ekonomi
Terdapat antara pelarian etnik Rohingya ini yang telah berkahwin dan memiliki keluarga
di sini dan sumber ekonomi kebanyakan keluarga Rohingya adalah bergantung pada
pendapatan suami. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga menjadi lebih berat sekiranya
mereka tidak mempunyai pekerjaan. Dengan adanya akses pekerjaan yang sah, ia
dapat meringan beban yang ditanggung oleh ketua keluarga. Ia juga mengelak daripada
berlakunya buruh paksa dalam kalangan kanak-kanak dan orang tua bagi membantu
keluarga seperti yang dilaporkan oleh Tan (2008) dan Azizah (2015) dalam kajian yang
dilakukan.
iii. Perubatan dan keselamatan kesihatan
Selain akses pekerjaan, pelarian etnik Rohingya juga tidak menikmati akses pendidikan
awam dan perubatan di negara ini. Dengan kos sara hidup yang tinggi ia pasti memberikan
tekanan hidup kepada pelarian ini terutamanya bagi yang berkeluarga. Sekiranya, akses
pekerjaan yang sah ini diberikan maka ia dapat menampung kos pendidikan anak-
anak mereka dan kos perubatan yang lebih tinggi berbanding dengan rakyat negara ini
sepertimana yang dilaporkan oleh Tan (2008) dan Azizah (2015) dalam kajian mereka.

CADANGAN

Selain faktor keperluan dan manfaat yang diperoleh (rujuk perbincangan di atas), beberapa
cadangan mungkin boleh di pertimbangkan untuk keselamatan insan etnik Rohigyas di
Malaysia, seperti berikut:

a. Kebenaran untuk bekerja


Aliran masuk pelarian etnik Rohingya di negara ini mula dikesan pada tahun 80-an lagi. Ini
bermakna komuniti pelarian etnik Rohinya ini telah lama berada di negara ini. Golongan
ini hanya akan keluar dari Malaysia sekiranya negara asal mereka, iaitu Myanmar bersedia
339
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

menerima mereka kembali atau ada negara ketiga yang sanggup menerima mereka. Namun,
sehingga kini tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Myanmar bersedia menerima
pelarian etnik Rohingya ini begitu juga negara dengan negara ketiga. Berdasarkan tempoh
keberadaan pelarian etnik Rohingya yang lama di negara ini sewajarnya kerajaan Malaysia
mempertimbangkan untuk memberi akses pekerjaan yang sah kepada mereka. Melalui akses ini
diandaikan banyak manfaat dapat diterima oleh kerajaana Malaysia seperti yang dibincangkan
di atas.
Initurut disokong oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan
Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan yang berpendapat “adalah lebih rasional dan logik untuk
memberi kebenaran bekerja kepada mereka yang sudah pun berada di sini dan berminat untuk
mencari kehidupan lebih baik” (The Malaysian Insider 26 Jun 2015).
(i) Akses pekerjaan sah yang diberikan kepada pelarian etnik Rohingya dapat menangani
masalah seperti kekurangan ketara pekerja asing terutamanya pekerjaan dalam sektor 3D
(Dangerous – Bahaya; Difficult – Sukar; Dirty – Kotor). Pekerjaan jenis ini adalah sesuai
dengan kelayakan akedemik yang rendah majoriti pelarian etnik Rohingya yang terdapat di
negara ini.
(ii) Di ianggarkan terdapat lebih daripada 7000 pelarian etnik Rohinya yang berumur
dalam lingkungan 18 hingga 59 tahun di negara ini (Azizah 2012). Biarpun jumlah tenaga kerja
yang boleh disumbangkan adalah adalah kecil, namun ia dapat mengurangkan kebergantungan
kerajaan Malaysia kepada pekerja asing terutamanya dari Bangladesh dan Indonesia yang
terikat pada tempoh masa permit kerja. Pengambilan pelarian etnik Rohingya sebagai pekerja
juga dapat mengurangkan kos pengambilan pekerja asing oleh majikan seperti kos levi, permit
dan lain-lain.
(iii) Akses pekerjaan sah ini juga mampu mengurangkan aliran keluar wang negara yang
bernilai berbilion ringgit oleh pekerja asing terutamanya dari Bangladesh, Indonesia, Nepal,
India dan Filipina. Peluang pekerjaan yang diberikan kepada pelarian etnik Rohingya dapat
mengurangkan pengambilan pekerja asing dan secara tidak langsung dapat mengurangkan
aliran kiriman keluar wang. Dianggarkan sebanyak RM50 bilion jumlah kiriman wang keluar
negara dilakukan oleh pekerja asing di negara ini dari tahun 2010 hingga 2012 (Utusan Online
12 November 2013).

b. Status rakyat tanpa negara


Biarpun terdapat pelarian Myanmar dari etnik lain di negara ini seperti etnik Chin, Arakan,
Shan dan lain-lain, etnik-etnik ini masih merupakan rakyat Myanmar seperti yang termaktub
dalam Citizenship Act 1982 yang mengiktiraf etnik-etnik ini sebagai salah satu daripada 135
etnik di Myanmar. Ini bermakna peluang untuk mereka dihantar balik adalah besar. Hakikatnya
kerajaan Malaysia perlu terima bahawa pelarian etnik Rohingya ini merupakan pelarian
tanpa negara di mana kerakyatan mereka telah dinafikan. Ini bermakna, besar kemungkinan
mereka tidak akan kembali ke Myanmar kecuali jika ada perubahan perlembagaan, kerajaan
atau campur tangan asing. Begitu juga dengan penempatan semula di negara ketiga di mana
UNHCR dilihat tidak begitu giat menghantar etnik ini untuk penempatan semula (Azizah
2015). Laporan penyelidikan Equal Right Trust (2010) menyebut tidak sampai 100 orang
pelarian etnik Rohingya yang dihantar untuk penempatan walaupun nereka telah berada di
negara ini sejak tahun 1980-an lagi. Justeru, kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan
kembali peluang akses ini memandangkan pelarian etnik ini sebahagian besarnya akan terus
menetap di negara ini.

c. Hak asasi dan kemanusiaan


Dengan memberikan pengiktirafan kepada pelarian etnik Rohingya sebagai sebahagian tenaga
kerja buruh asing di Malaysia, ia dapat mengubah sikap tradisional negara-negara lain terhadap
pelarian bahawa kehadiran pelarian ini bukanlah sesuatu yang membebankan tetapi memberikan
manfaat kepada negara yang memberi perlindungan (USCRI 2010:17). Menurut Dekan Kolej
340
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya
Dr Ahmad Martadha Mohamed, tindakan kerajaan membenarkan etnik ini untuk bekerja pasti
akan dipuji dan dipandang tinggi terutamanya dalam konteks kemanusiaan, sekalipun Malaysia
tidak menandatangani Konvensyen Geneva Mengenai Pelarian 1951 (Sinar Online 7 Julai
2015). Tindakan ini juga membolehkan Malaysia untuk berterusan menunjukkan perpaduan
antarabangsa kepada negara-negara asal pelarian yang kebanyakannya adalah negara miskin.

d. Dapat mengurangkan masalah sosial


Menurut Dorai (2010:27), akibat tiadanya akses pekerjaan yang sah oleh undang-undang
Malaysia, terdapat segelintir pelarian yang tidak mempunyai pilihan lain selain terlibat dalam
sindiket dadah, pelacuran dan penjualan alkohol secara haram. Malah terdapat pelarian yang
memaksa anak-anak mereka bekerja secara paksa untuk menampung keperluan isi rumah yang
lain. Dengan adanya akses pekerjaan sah ini ia dapat mengelakkan pelarian etnik Rohingya
daripada terjebak dalam masalah sosial sepertimana hasil kajian oleh Azizah (2015), yang
mendapati selain isu pemerdagangan orang, pelarian etnik Rohingya turut terlibat dalam
masalah salah guna dadah, kecurian, meragut dan pelacuran.

KESIMPULAN

Setiap manusia mempunyai hak untuk hidup selesa menjauhi kemiskinan dan dapat
menyumbang kepada masyarakat di mana mereka berada. Mempunyai pekerjaan yang sesuai
memainkan peranan yang penting untuk mencapai matlamat ini. Pada masa ini, majoriti
pelarian etnik Rohingya di negara dihalang daripada akses pekerjaan yang sah. Hal ini kerana
undang-undang imigresen Malaysia tidak membezakan antara PATI dengan pelarian sekali
gus meletakkan kedudukan pelarian terdedah sama dengan PATI. Walaupun mempunyai
sejumlah besar pelarian, namun Malaysia bukanlah ahli kepada konvensyen antarabangsa yang
memberikan perlindungan terhadap hak-hak pelarian. Dalam kes ini, pelarian tidak di benarkan
bekerja di Malaysia dan ini adalah antara isu keselamatan insan dan hak asasi manusia di mana
mengancam kelangsungan hidup mereka sebagai manusia atau insan.

Akses pekerjaan sah yang diberi, bakal memberikan banyak manfaat kepada Malaysia
dalam bentuk keselamatan politik, keselamatan ekonomi dan keselamatan komuniti, keselamtan
kesihatan dan aspek sosial. Kebergantungan kepada ambilan pekerja asing terutama dari
Bangladesh dan Indonesia dapat dikurangkan yang bukan sahaja dapat mengawal masuk
lambakan warga asing di negara ini tetapi juga dapat mengurangkan pelbagai masalah sosial
dan ketidakselamatan.

RUJUKAN

Abdul Halim Sidek. Yohan Kurniawan dan Hishamuddin Md Som. Penganiyaan dan Pencabulan
Hak Asasi Masyarakat Rohingya oleh Institusi Kerajaan. Sebuah Konseptual Analisis.
Diakses dari umkprints.umk.edu.my/1073/1/paper%201pdf.
Azharudin Mohamed dali dan Azlinariah Abdullah. 2012. Air mata Kesengsaraan Rohingya.
Identiti, Penindasan dan Pelarian. Kuala Lumpur :Inteam Publishing.
Azizah Kassim. 2015a. “Implikasi Keselamatan Kedatangan Orang Pelarian di Malaysia:
Kajian Kes Kaum Rohingya dari Myanmar” dlm. Zarina Othman dan Nor Azizan Idris
(pnyt.), 2015. Migrasi dan Keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bakri Mat dan Zarina Othman. 2014. Regional Cooperation in Addressing Food Security
Issues in Southeast Asia: Malaysian Perspectives. Geografia: Malaysia Journal of Society
and Space. 10 (6): 37-47
Bhasah Abu Bakar. 2007. Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Siri Pengajian dan
Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd.
341
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2003). Research Methods In Education (5th ed.). New
York: RoutledgeFalmer.
Dannreuther, R. 2007. International Security: The Contemporary Agenda. Cambridge: Polity
Press.
Farah Zamira Farush Khan. 2012. Di mana ikon keamanan dunia ketika kaum Islam
minoriti ditindas? Sinar Online (31 Julai 2012). Boleh diperolehi daripada http://www.
sinarharian.com.my/global/di-mana-ikon-keamanan-dunia-ketika-kaum-islam-minoriti-
ditindas-1.71823
Froyoplus. 2012. Mengenali Etnik Rohingya di Myanmar, Serta Pertempuran Antara Islam dan
Buddha (26 November 2012). Boleh diperolehi daripada http://froyoplus.com /mengenali-
etnik-rohingya-di-myanmar-serta-pertempuranantara-islam-dan budhha. xhtml/
Fukuda-Parr, S. & Messineo, C. 2012. Human Security: A Critical Review of the Literature.
CRPD Working Paper No. 11, January 2012 (Leuven: CRPD, 2012).
Hamling, A. 2015. Rohingya people: the most persecuted refugees in the world. Online Intern
for Amnesty International Australia (7 Oktober 2015). Boleh diperolehi daripada http://
www.amnesty.org.au/refugees/comments/35290/
Kahn, R. & Cannell, C. 1957. The Dynamics of Interviewing. New York: John Wiley.
Landman, T. 2006. Democracy and Human Security Linkages. Dlm.: IDEA (pnyt.). Democracy,
Conflict and Human Security: Further Readings(Volume 2). Stockholm: International
Institute for Democracyand Electoral Assistance (International IDEA), 13-24
Lohrnmann, R. 2000. :Migrants, Refugees and Insecurity: Current Threats to Peace?”.
International Migration, 38 (4) : 3-22. ISSN 0020-7985.
Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Othman Lebar. 2007. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Tanjong
Malim: Penerbit UPSI.
Pahruradzi Abdul Rahman. 2007. “Penglibatan Pendatang Asing dalam Jenayah dan Kesannya
ke atas Keselamatan Bandaraya Kuala Lumpur”, Tesis Sarjana Sains Sosila. Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Patton, M. 1990. Qualitative Evaluation and Research Methods. Beverly Hills, CA: Sage.
Piaw, C.Y. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan (Buku 1): Kaedah Penyelidikan. Malaysia:
McGraw-Hill Sdn. Bhd.
Rashila Ramli, Zarina Othman, Nor Azizan Idris & Sity Daud. 2012. Towards a Modified
Approach to Human Security in Southeast Asia: A Perspective from Bangi. Pertanika:
Journal of Social Sciences & Humanities. 20 (7): 577-588.

Ruhanas Harun. 2009. “The Evolution and Development of Malaysia’s National Security” dlm.
Abdul razak Baginda (pnyt.). 2009. Malaysia’s Defence and Security Since 1957. Kuala
Lumpur: Malaysian Strategic Research Center.
Sabitha Merican. 2006. Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.
Sinar Online. 7 Julai 2015. Wajarkah Rohingya diberi peluang bekerja?. Boleh didapati
daripada http://www.sinarharian.com.my/rencana/wajarkah-rohingya-diberi-peluang-
bekerja-1.408432
Sity Daud, Zarina @ Zairina Othman, Rashila Ramli. Human Security & Peace in Archipelagic
Southeast Asia. 2015. Bangi: Penerbit UKM.
Syed Azwan Syed Ali. 21 Mei 2015. Rohingya ibarat ‘duri dalam daging’ ASEAN. BH Online.
Boleh didapati daripada http://www.bharian.com.my/node/56194
Tan Pok Suan. 2005. Kehidupan Rohingya di Malaysia. Nota Penyelidikan” dlm. Akademika
68, hlm.111-122. Januari 2005.
Tan Pok Suan. 2008. “Komuniti dalam Pembentukan: Migrasi dan Penyesuaian Komuniti
Rohingya di Lembah Kelang”. Tesis Sarjana Sastera. Universiti Kebangsaan Malaysia.

342
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

The Malaysian Insider (26 Jun 2015). Kerajaan disaran benarkan pelarian bekerja di Malaysia
Boleh didapati daripada http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ kerajaan-
disaran-benarkan-pelarian-bekerja-di-malaysia#sthash.d2Tif3B9.dpuf
Thomas, C. 2007. Globalization and human security. Dlm.: McGrew, A.G. & Poku,N. (pnyt.).
Globalization, development and human security. UK: Polity, 107-108
UNDP. 1994. Human Development Report. New York& Oxford: Oxford University Press
UNHCR. 2004. The Global Report 2004. Boleh didapati daripada http://www/unhcr.org/
4a0c13d76.html
Utusan Online. 12 November 2013. RM50b dibawa keluar. Boleh didapati daripada http://
ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131112/pa_01/RM50b-dibawa-keluar
Walt, S. M. 1991. The Renaissance of Security Studies. International Studies Quarterly35 (June
1991): 211–39
Zarina Othman & Mohamad Daud Druis. 2015. Ancaman Sindiket Dadah terhadap Juvenil di
Malaysia. Geografia: Journal of Society and Space. 11 (1): 62-72.
Zarina Othman & Nor Azizan Idris (pnyt.), 2015. Migrasi dan Keselamatan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zarina Othman dan Nor Azizan Idris 2015. “Migrasi Antarabangsa dan Keselamatan di
Malaysia: daripada Keperluan Sosio Ekonomi kepada Perspektif Keselamatan”dlm. Zarina
Othman dan Nor Azizan Idris (pnyt.), Migrasi dan Keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zarina Othman, Nor Azizan Idris & Mohd kamal Omar. “Pemerdagangan Orang dan
Keselamatan Insan.” Dlm Zarina Othman dan Nor Azizan Idris (pnyt.), Migrasi dan
Keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

343
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

TRANSISI POLITIK MELAYU-ISLAM DI KEDAH:


ANALISIS 2008-2016

Mohammad Tawfik Yaakub, 2Ali Boerhanuddin, 3Mohamad Abu Bakar,


1

4
Muhammad Uzair bin Azizan, 5Mohd Azri Ibrahim, 6Muhammad Shamshinor Abdul Azzis
1
Universiti Malaya
2
Jabatan Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM,
3
Jabatan Pengajian Strategik & Hubungan Antarabangsa, UM
4
Universiti Teknologi Malaysia
5
Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
6
Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor

Abstrak
Artikel ini membincangkan mengenai transisi politik Melayu-Islam melalui fokus di
negeri Kedah bermula dari tahun 2008 hingga krisis pertukaran Menteri Besar pada
2016. Dinamika perubahan politik Melayu-Islam di Kedah bermula secara drastik
selepas berlangsungnya pilihan raya umum ke-12 sehingga ke-13 yang lalu. Pelbagai
isu berkaitan kepentingan masyarakat yang timbul menjelang pilihan raya umum ke-
12 lalu telah mempengaruhi sokongan pengundi Melayu-Islam di Kedah. Kemunculan
tsunami politik telah memberi peluang kepada parti oposisi khususnya PAS untuk
mentadbir Kedah buat kali pertama semenjak merdeka. Peralihan sokongan tersebut
telah mewujudkan sebuah gelombang tsunami politik yang pertama kali melanda
politik Malaysia khususnya di negeri Kedah. Sepanjang tempoh pentadbiran PAS di
Kedah, pelbagai dasar diperkenalkan oleh kerajaan negeri telah menghasilkan pelbagai
impak politik, ekonomi dan sosial khususnya dalam memperkukuhkan kedudukan
Melayu-Islam. Namun, kedudukan PAS di Kedah semakin terancam menjelang pilihan
raya umum ke-13 menerusi pelbagai krisis dalam politik peringkat negeri dan isu-isu
semasa yang gagal ditangani dengan sebaiknya. Kerencaman isu yang berbangkit
menyebabkan UMNO berjaya menguasai semula kerajaan yang sebelumnya ditadbir
oleh PAS. Tren kepimpinan dalam tempoh tujuh tahun memperlihatkan bahawa
wujudnya kedinamikan politik dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu-Islam
yang merupakan masyarakat dominan di negeri berkenaan. Oleh hal demikian,
artikel ini secara terperinci mengupas isu-isu, perkembangan dan penyelesaian yang
mempengaruhi pengundi-pengundi Melayu-Islam khususnya di negeri Kedah dari
2008 hingga 2016.

Kata kunci: Politik Melayu-Islam, tsunami politik, perubahan politik.

PENGENALAN

Tsunami politik yang tercetus dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 di Malaysia
turut membadai politik di negeri Kedah seterusnya memberi peluang kepada parti PAS untuk
kali pertama mentadbir negeri tersebut. Transisi politik di Kedah dalam pilihan raya umum
ke-12 masih mengekalkan dominasi kerajaan Melayu kepada Melayu meskipun melibatkan
peralihan parti daripada UMNO kepada PAS. Namun, peralihan parti pemerintah di Kedah
pada tahun 2008 telah memberi impak yang besar terhadap perkembangan proses asimilasi
elemen Melayu dengan Islam apabila pelbagai dasar baru telah diperkenalkan dan diterapkan
dalam pentadbiran kerajaan PAS. Meskipun pelbagai dasar baru dirancang oleh kerajaan PAS
di Kedah, namun rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan secara keseluruhannya kerana
Pakatan Rakyat gagal meneruskan kemenangannya dalam pilihan raya umum berikutnya.
Transisi pola pengundian negeri dari PAS kepada UMNO pada PRU-13 di dasari oleh faktor
344
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

seperti konflik dalam sesama ahli politik dan susur atur perancangan kempen yang tidak
strategik (Mohd Fuad Mat Jali 2016:104) Oleh demikian, artikel ini mengetengahkan diskusi
transisi politik Melayu-Islam di Kedah dari tahun 2008 hingga 2016.

KONSEP TINGKAH LAKU PENGUNDIAN

Perbincangan mengenai transisi politik Melayu-Islam sesuai dipandu menerusi pendekatan


tingkahlaku pengundian. Terdapat beberapa sarjana yang membincangkan konsep tersebut
secara khusus antaranya Campbell, Converse, Miller dan Stokes (1960),Arrow (1963) dan
Fisher (2000).
Lazimnya, pilihan raya merupakan satu ruang penglibatan rakyat untuk mengabsahkan
kedudukan pemerintah sebagai kerajaan di sesebuah negara. Sehubungan itu, salah satu
kelaziman dalam sistem demokrasi apabila terdapat perubahan sokongan terhadap sesebuah
parti politik dalam pilihan raya dan keadaan ini boleh dijelaskan melalui pendekatan
tingkahlaku pengundian atau voting behaviour. Secara konseptualnya, penyelidikan
mengenai konsep tingkahlaku pengundian terbahagi kepada tiga model utama iaitu model
tingkahlaku psikososial, sosiologikal dan Teori Pilihan Rasional.
Model tingkahlaku psikososial merupakan pendekatan yang dibentuk oleh
penyelidikan sarjana dari University of Michigan yang menilai pilihan raya Presiden Amerika
Syarikat dalam tempoh tiga penggal pelaksanaannya. Kajian oleh sarjana-sarjana ini melalui
Survey Research Centre telah berjaya menghasilkan sebuah karya yang berpengaruh dalam
penyelidikan mengenai tingkah laku model psikososial iaitu The American Voter (Campbell
et. al 1960). Pendekatan utama kajian ini ialah berasaskan kepada identifikasi parti yang
berteraskan kepada konsep kepartian atau partianship. Secara umumnya, kerangka
identifikasi parti menjelaskan perbincangan mengenai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi
terhadap sesebuah parti politik dan dibentuk melalui proses sosialisasi bermula dari asas
pembinaan masyarakat iaitu keluarga dan kemudiannya berkembang kepada kelompok
individu sekeliling. Namun, identifikasi parti dalam setiap diri individu mampu berubah
seiring dengan perkembangan peringkat pendewasaan tetapi keadaan ini jarang berlaku
kecuali disebabkan oleh beberapa faktor pendorong. Dua faktor pendorong tersebut ialah
(i) perubahan peringkat status sosial pengundi misalnya perkahwinan, perpindahan tempat
kerja dan tempat tinggal. Kedua, perubahan struktur sosial dan politik contohnya perubahan
regim pemerintahan dalam sesebuah negara atau wilayah seperti keruntuhan Kesatuan Soviet
Union.
Namun model psikososial ini mendapatkan kritikan kerana data-data penyelidikan
hanya merujuk kepada keadaan pilihan raya di Amerika Syarikat yang mempraktikkan sistem
pemerintahan dwi parti. Oleh itu, telah muncul perbahasan mengenai kesesuaian pendekatan
tersebut di negara-negara yang tidak mempraktikkan sistem dwi parti dalam pemerintahan
negara tersebut. Sarjana-sarjana yang mengkritik model ini menyatakan bahawa terdapat
kelemahan dalam kerangka model pendekatan ini kerana terlalu bergantung kepada peranan
identifikasi parti untuk menilai tingkahlaku pengundian. Kelemahan ini diandaikan menerusi
pertimbangan bahawa pengundi mengindentifikasikan dirinya kepada parti A, tetapi dalam
sesebuah pilihan raya mengundi parti B ataupun bertindak melakukan undi protes.
Model kedua pendekatan tingkahlaku pengundian pula ialah melalui hasil kajian
karya The People’s Choice (Lazarsfeld, Breleson & Gaudet 1944), Personal Influence
(Katz & Lazarsfeld 1955) dan Voting (Berelson, Lazarsfeld & Mcphee 1954) yang dibina
oleh sarjana-sarjana dari University of Columbia. Penyelidikan oleh Lazarsfeld terhadap
responden di Ohoi State dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1940 telah
mengemukakan satu hipotesis iaitu diandaikan tingkahlaku pengundian terpusat terhadap
calon yang dipengaruhi oleh personaliti diri dan kekerapan dalam pendedahan media.
Namun, hipotesis tersebut adalah meleset disebabkan kajian yang dilakukan kemudiannya
membuktikan keputusan sebaliknya iaitu pengaruh kumpulan sosial dalam masyarakat.
345
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Meskipun muncul kegagalan dalam hipotesis Lazarsfeld, namun model ini


diperkukuhkan melalui analisis dalam Index of Political Predisposition yang mengemukakan
tiga faktor utama dalam perbincangan yang lebih terperinci iaitu (i) agama, (ii) status ekonomi,
dan (iii) kawasan petempatan dengan mengaitkan hubungan kumpulan sosial dengan pilihan
pengundi. Seterusnya Lazarsfled (1944:147) menyatakan bahawa “...people vote, not only
with their social group, but also for it...” sekaligus menjelaskan pengundi tidak terpengaruh
dengan isu-isu yang diketengahkan dalam kempen pilihan raya tetapi pemilihan mereka
didorong oleh pengaruh kumpulan sosial yang diwakili oleh mereka. Pengaruh kumpulan
sosial selanjutnya dibincangkan melalui dua pendekatan sosiologikal mikro iaitu oleh
Lazarsfled mengenai (i) fenomena psikologikal (reactivation) dan sarjana Berelson berkaitan
dengan (ii) kewujudan pemimpin pendapat dalam kerangka two-step-flow communication.
Fenomena psikologikal (reactivation) adalah berdasarkan kepada kajian terhadap
pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1948 di daerah Elmira, New York.
Analisis penyelidikan ini melihat wujudnya perubahan pilihan pengundi daripada calon A (
pilihan majoriti kumpulan sosial) kepada calon B. Proses ini berlaku kerana pengundi telah
menjalankan pemeriksaan terhadap pilihannya melalui pendedahan calon pilihan (calon B)
kepada pandangan majoriti. Oleh itu, pengundi bertindak memilih calon A semula iaitu
berdasarkan kepada kehendak majoriti. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh keinginan
pengundi untuk kembali kepada pilihan asal iaitu pilihan majoriti yang diketengahkan
berasaskan kepada manifesto dalam memenuhi tuntutan sesebuah masyarakat sosial. Maka
jelas dibuktikan bahawa tingkahlaku pengundia dalam model sosiologikal dipengaruhi oleh
faktor kumpulan sosial bukannya oleh individu.
Manakala kewujudan pemimpin pendapat dalam kerangka two-step-flow
communication adalah berkaitan dengan hubungan dua aktor penting iaitu kedudukan
pemimpin pendapat yang aktif politik dan kumpulan majoriti pengundi yang pasif berpolitik.
Melalui peranan kedua-dua aktor ini kemudiannya dioperasikan dalam kerangka two-step-
flow communication dan melalui kerangka ini, media tidak mengimpak secara terus terhadap
kumpulan majoriti pengundi. Setiap maklumat yang berupaya mempengaruhi sokongan
pengundi ditapis oleh pemimpin pendapat dan kemudiannya diterjermah berdasarkan kepada
perspektif kumpulan sosial mereka untuk menentukan pilihan terbaik. Komunikasi yang
muncul di antara kumpulan media kepada pemimpin pendapat dan pemimpin pendapat
kepada pengundi majoriti seterusnya dikenali sebagai two-step-flow communication.
Fisher (2000) melalui perbincangannya mengenai model asas pendekatan tingkahlaku
pengundian membahagikan konsep tersebut kepada tiga elemen utama iaitu (i) rasional, bukan
rasional (ii) dan (iii) antara rasional dan bukan rasional. Menurut Fisher, model sosiologikal
dan psikososial merupakan sebahagian daripada model pengundian bukan rasional kerana
menekankan penjelasan faktor yang mempengaruhi tingkahlaku pengundian berbanding
kaedah taakulan atau masalah sebenar yang menjadi asas utama pengundian oleh pemilh
melalui pilihan raya. Malah pengundian bukan rasional adalah didorong berasaskan kepada
status ekonomi dan identifikasi parti dengan mengenepikan asas intelektual. Pendekatan
Teori Pilihan Rasional pula merupakan pemilihan yang berasaskan kepada keupayaan
intelektual pengundi dan berupaya menjelaskan pilihan yang dilakukan oleh pemilih dalam
pilihan raya (Arrow 1963). Andaian utama yang dibentuk oleh Arrow (1963) menyatakan
bahawa pengundi diumpamakan sebagai pengguna dan sentiasa menumpukan matlamat
untuk mendapatkan keuntungan dalam hubungan pengundi dengan parti politik. Malah
keadaan yang sama turut diamalkan oleh parti politik melalui tindakan memaksimakan
sokongan pengundi melalui pendedahan mengenai isu dan manifesto yang menarik perhatian
pengundi-pengundi. Elemen ketiga pengundian ialah berasaskan kepada antara rasional dan
bukan rasional yang muncul selepas proses pengharmonian ketiga-tiga elemen tersebut.

346
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ISU-ISU MEMPENGARUHI TRANSISI POLITIK MELAYU ISLAM KEDAH 2008-


2016

Senario pasca PRU-12 pada 2008 menghujahkan bahawa faktor etnik seseorang adalah tidak
lagi signifikan dalam pertimbangan pengundi; seperti dalam penentuan calon pilihanraya. Hal
ini adalah didasari oleh tren politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian
etnik dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk penyebab
kemenangan dalam pilihanraya (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd
Nor, Afi Roshezry Abu Bakar dan Mohd Azmir Mohd Nizah 2016:137). Namun, dapatan
kajian ini menunjukkan prioriti masyarakat Melayu, khususnya dalam kalangan pengundi
di Kedah adalah berkisar mengenai kemampuan calon dari segi implementasi manifesto dan
program pembangunan yang dilaksanakan. Selain itu, faktor karisma pemimpin, kawalan
terhadap isu serta integriti adalah elemen yang menjadi pertimbangan dalam kalangan
pengundi (Paimah Atoma et al 2013: 135). Justeru, diskusi tentang transisi pengundian di
Kedah 2008-2016 menumpukan kepada segmen ekonomi politik. Dua hujah utama yang
difokuskan oleh kajian ini adalah seperti dibawah.

A. Pemindahan Projek Zon Industri Petroleum YAN (ZIPPY) kepada Sungai Limau
Hidrokrabon Hub (SULIHH)
Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPPY) merupakan sebuah projek yang dicetuskan oleh
Menteri Besar terdahulu, Dato’ Mahadzir Khalid yang bakal menjadi sebuah hub penapisan
minyak terbesar melibatkan pembinaan saluran paip gas berjarak 300 kilometer dari Yan
ke Bachok. Pembinaan projek ini melibatkan pengambilan tanah kawasan sawah yang
berkeluasan 4300 ekar tanah yang diusahakan oleh penduduk yang terlibat di kawasan Yan
sekaligus menutup peluang sumber pendapatan pesawah Melayu. Tindakan kerajaan Barisan
Nasional tersebut dilihat mengorbankan aset yang dimiliki oleh orang Melayu semata-mata
bagi memberi laluan kepada projek berkenaan. Namun, gelombang perubahan politik yang
melanda Kedah dalam pilihan raya umum tahun 2008 telah menyelamatkan tanah-tanah sawah
milik orang Melayu apabila kerajaan Kedah pimpinan PAS telah memindahkan projek tersebut
daripada tapak asalnya ke kawasan laut. Berikut merupakan data penggunaan tanah sawah
dalam dua era pentadbiran kerajaan yang berbeza:

Jadual 1.1: Tanah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang telah diubah syarat
menjadi tanah lain (melibatkan kerajaan negeri)(sumber MADA)
Tahun Hektar
2007 275.8
2008 232.8
2009 228.8
2010 244
2011 400.4
2012 287.4
2013 139.7
Jumlah 1808.9

Pada tahun 2007, kerajaan negeri pimpinan UMNO telah meminda syarat penggunaan
275.8 hektar tanah sawah milik MADA untuk dibangunkan dengan projek-projek selain aktiviti
pertanian. Namun telah berlaku pengurangan pindaan syarat pada tahun 2008 setelah peralihan
kuasa pentadbiran kerajaan negeri kepada PAS apabila hanya 232.8 hektar tanah telah dipinda
status penggunaannya (Uzair Azizan & Khadijah Hussin 2015:41). Ini termasuklah penukaran
kawasan projek pembinaan penapisan minyak di Yan ke kawasan laut menerusi proses
penambakan bagi menempatkan kilang-kilang yang terlibat. Meskipun terdapat perubahan
kadar penukaran status tanah sawah milik orang Melayu pada tahun 2008, namun terdapat
347
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

peningkatan pada tahun-tahun berikutnya sehinggalah tahun 2012 yang memperlihatkan


kelulusan penukaran status tanah semakin menurun (Utusan Online 13 Jun 2013).

B. Pentadbiran PAS di negeri Kedah


Proses Islamisasi kehidupan orang Melayu di Kedah semakin giat dijalankan semasa negeri
tersebut di bawah pimpinan parti PAS. Pelbagai program dan kegiatan agama dianjurkan oleh
kerajaan negeri bagi memperlihatkan perubahan dasar yang diamalkan kerajaan antaranya
penganjuran kuliah agama mingguan di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, ceramah agama
di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti di pasar malam dan pasar hujung minggu dan
pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil Kedah. Proses
Islamisasi tersebut telah berjaya diterapkan dalam kalangan orang Melayu-Islam di Kedah
sekaligus membezakan pentadbiran kerajaan negeri di bawah parti Islam berbanding parti yang
berteraskan perjuangan nasionalisme. Meskipun kerajaan pimpinan PAS berjaya membuktikan
pelaksanaan dasarnya dalam tempoh empat tahun pentadbirannya, namun telah tercetus
pergolakan dalaman parti sehingga menggugat pemerintahan kerajaan negeri.
Kemelut dalaman parti PAS telah mencetuskan pergolakan sehingga menyebabkan
munculnya dua kumpulan berasingan dalam pimpinan parti peringkat negeri. Kumpulan
penentang Ustaz Azizan Razak diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kedah merangkap
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Pengkalan Kundor, Ir. Pharolrazi
Nawawi. Krisis tersebut muncul apabila Azizan bertindak menggugurkan pencalonan tiga
nama ADUN kepada PAS peringkat Pusat yang dikenalpasti melancarkan penentangan
terhadap kepimpinannya iaitu Ir. Pharolrazi, Dr. Ismail Salleh dan Dr. Hamdan Khalid. Namun
tindakan Azizan tersebut berjaya diketahui oleh mereka sehingga mencetuskan penentangan
yang serius terhadap kepimpinannya di Kedah. Krisis tersebut semakin meruncing apabila Ir.
Pharolrazi dan Dr. Ismail Salleh ADUN Alor Mengkudu bertindak menolak tawaran pelantikan
semula sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada tahun 2012 (Malaysia kini 18
Februari 2016). Namun kontroversi tersebut berakhir apabila PAS Pusat yang diketuai oleh
Presiden, Abdul Hadi Awang telah bertindak untuk campur tangan bagi menyelesaikan krisis
yang berlarutan berkenaan.

PERALIHAN SEMULA KUASA DAN PERGOLAKAN UMNO KEDAH

Pilihan raya umum ke-13 menyaksikan UMNO menerusi Barisan Nasional berjaya mengambil
alih semula pentadbiran kerajaan negeri daripada parti PAS apabila menguasai 21 buah kerusi
DUN berbanding Pakatan Rakyat yang sekadar memperoleh 15 kerusi sahaja (Mohammed
Nawab 2014: 24-26). Kemenangan BN dalam pilihan raya tersebut membolehkan ADUN BN
Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru meskipun beliau tidak
menerajui badan perhubungan UMNO negeri. Namun Mukhriz hanya mampu mempertahankan
jawatannya hanya tiga tahun sahaja apabila timbulnya desakan yang diketuai oleh Timbalan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Mad Hanifah pada 20
Januari 2016 bersama-sama dengan majoriti ADUN dan Ahli Parlimen BN Kedah menyatakan
hilangan sokongan kepada beliau. Meskipun ADUN dan Ahli Parlimen secara majoritinya
menyatakan kehilangan sokongan terhadap Mukhriz, namun beliau masih mempertahankan
jawatannya sebagai Menteri Besar. Akhirnya Mukhriz mengambil keputusan meletakkan
jawatan sebagai Menteri Besar setelah Jemaah Pemangku Kedah mengesahkan beliau telah
kehilangan sokongan majoriti di DUN selepas pertemuan dilakukan dengan semua ADUN.

KESIMPULAN

Perkembangan politik Melayu-Islam Kedah daripada tahun 2008 hingga 2016 memperlihatkan
bahawa wujudnya dinamika dalam politik tempatan di negeri tersebut. Peralihan kuasa daripada
Barisan Nasional kepada PAS pada tahun 2008 telah memberi impak yang besar terhadap
348
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Islamisasi dasar dan kehidupan rakyat di negeri tersebut. Keazaman politik pemerintah pada
ketika itu hanya kekal untuk sementara waktu apabila tercetusnya pergolakan dalaman PAS
sehingga menggugat kedudukan kerajaan negeri.
Kemelut dalaman PAS peringkat negeri Kedah berakhir apabila proses rundingan
kearah perdamaian yang dianjurkan oleh PAS Pusat menemui jalan penyelesaian. Namun PAS
gagal mengekalkan kedudukannya mentadbir Kedah apabila hanya menguasai 15 kerusi DUN
berbanding dengan majoriti kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Pergolakan politik
PAS negeri Kedah pada tahun 2012 turut melanda UMNO apabila Menteri Besar, Mukhriz
didesak untuk meletakkan jawatannya kerana telah kehilangan sokongan daripada ADUN-
ADUN Barisan Nasional Kedah. Keadaan tersebut membolehkan ADUN BN Ahmad Bashah
Mad Hanifah dilantik menjawat jawatan tersebut sekaligus berjaya menyelesaikan kemelut
yang melanda politik Melayu Kedah.

RUJUKAN

Arrow, J. K. (1963). Social choice and individual values. Indiana: University of Indiana.
Berelson, R. B. Lazarsfeld, P. F.& Mcphee, N. W.(1954). Voting. Chicago: University of Chicago
Press.
Campbell, A. Converse, P. E. Miller, E. W. dan Stokes, D. E. (1960). The American voter. New
York: John Wily & Sons.
Fisher, S. D. (2001). Tactical voting and tactical non voting. Oxford: University of Oxford.
Gomez, T. E. (2007). Politics in Malaysia: the Malay dimension. New York: Routledge.
Hilley, J. (2008). Malaysia: Mahathirisme, hegemoni dan pembangkang baru. Kuala Lumpur:
Percetakan Halim.
Katz, E. & Lazarsfeld, P. F. (1955). Personal influence. New York: Free Press.
Lazarsfeld, P. F. Breleson, B. & Gaudet, H. (1944). The people’s choice. New York: Duel, Sloan
& Pearce.
Mohd. Azmir Mohd. Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd. Azri Ibrahim. 2016.
Selangor Voters Perception Towards Issues in 13th Malaysian Election. Mediterranean
Journal of Social Sciences.7(1):44-51.ISSN 2039-9340.http://dx.doi.org/10.5901/mjss.2016.
v7n1s1p44.
Mohd Fuad Mat Jali. 2016. BN dan Kekuatan Kempen di Kedah. Dlm. Muhamad Takiyuddin
Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu,
Kekentalan Politik Lama. Hlm. 83-108.Sintok:UUM Press.
Mohd Rizal Mohd Yaakop (2002). Penglibatan politik: politik perbandingan. Bangi: Pusat
Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamed Naweb. (2014). The 13th Malaysia elections: issues, trends and future trajectories.
Singapore: Rajaratnam School of International Studies.
Muhammad Nadzri Mohamed Noor (2009). Politik Malaysia di persimpangan: praktik politik
dalam pilihan raya umum 2008 dan kontemporari. Petaling Jaya: Vinlin Press.
Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd
Azmir Mohd Nizah. 2016. Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. Dlm. Muhamad Takiyuddin
Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu,
Kekentalan Politik Lama. Hlm. 121-140.Sintok:UUM Press.
Muhammad Uzair Azizan & Khadijah Hussin. (2015) Multiple driving sources of paddy land
conversion : a lesson from malaysia’s rice bowl state. Jurnal teknologi 1(78):29-43.
Nathaniel Tan & Lee, J. (2008). Political tsunami: an end of hegemony in Malaysia. Kuala
Lumpur: Kinibooks Publishers.
N. Ganesan (2003). Malaysia in 2002: Political Consolidation amid Change? Asian Survey
1(43):147-155.
Ooi Kee Beng, Johan Saravanamuttu & Lee Hock Guan (2008). March 8: eclipsing may 13.
Singapore: Utopia Press.
349
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Ooi Kee Beng. 2010. Between UMNO and a hard place: the Najib Razak era begins. Kuala
Lumpur: Vinlin Press.
Paimah Atoma, Adenan Mat Junoh, Adibah Sulaiman@Mohamad, Mohd Azmir Mohd Nizah,
Khairulneezam Mohd Nor, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2013. Persepsi Pengundi
Terhadap Isu yang akan Mempengaruhi Keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan. Dlm.
Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (pnyt.).PRU-13: Siapa Pilihan Pengundi?,
hlm. 122-139.Bangi:Institut Kajian Etnik,UKM.
Sivamurugan Pandian (2005). Abdullah Ahmad Badawi: langkah menuju ke puncak. Kuala
Lumpur: Utusan Publications.
Sivamurugan Pandian (2006). Abdullah Ahmad Badawi: satu tahun di Putrajaya. Kuala
Lumpur: Lohprint Publishers.
Swee Hock Saw & K. Kesavapany (pnyt.). (2006). Malaysia: recent trends and challenges.
Singapore:Utopia Press.
Syed Husin Ali (2008). Merdeka, rakyat & keadilan: kumpulan artikel mengritik dasar-dasar
UMNO-BN dan mengemukakan asas-asas politik menuju Malaysia baru. Petaling Jaya:
SIRD.
Tricia Yeoh & Noor Amin Ahmad (2011). Liku-liku reformasi: Pakatan Rakyat di Selangor.
Petaling Jaya: SIRD.
Ufen, A. (2008). The 2008 elections in Malaysia: uncertainties of electoral authoritarianism.
Taiwan Journal of Democracy 1(4): 155-169.
Utusan Online, 18 Februari 2016 (atas talian), Kerajaan Kedah Laksanakan Semula Projek Zon
Industri Petroleum Yanhttp://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130613/dn_03/
Kerajaan-Kedah-laksanakan-semula-projek-Zon-Industri-Petroleum-Yan
Malaysiakini, 18 Februari 2016 (atas talian), Pentadbiran ala UMNO Punca PAS Kalah di
Kedah, https://www.malaysiakini.com/letters/230312 .

350
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERSEPSI PRESTASI KERAJAAN MENJELANG PRU-14: ANALISIS


SEGMEN B40 DI SELANGOR
1
Muhammad Shamshinor Abd Azzis, 2Mansor Mohd Noor, 3Muhammad Asri Mohd Ali,
4
Ahmad Rizal Mohd Yusof, 5Mohd Mahadee Hj. Ismail, 6Arvin Tajari, 7Najiha Zainuddin
1
Institut Kajian Sosial Selangor (IKSAS), Universiti Selangor
2,4
Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia
3
Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya
5
Jabatan Pengajian Ketamadunan dan Kenegaraan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra
Malaysia
6
Jabatan Komunikasi dan Pengajian Umum, International Open College
7
Kolej Damansara Utama

Abstrak
Kajian ini menganalisis persepsi pengundi berdaftar yang berpendapatan rendah
(B40) terhadap prestasi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor. Persepsi
dari segmen ini adalah signifikan dalam menilai tren pengundian menjelang PRU-14
kerana golongan B40 adalah segmen pengundi terbesar di Malaysia dari segi pecahan
pendapatan isi rumah. Dengan menggunakan reka bentuk sequential exploratory
dalam metodologi campuran (mixed method), kajian ini memfokuskan kepada prestasi
pemerintah persekutuan & negeri Selangor melalui analisis 10 domain polisi serta
isu semasa. Dapatan kajian menghujahkan kelemahan prestasi kerajaan persekutuan
berbanding kerajaan negeri serta elemen ekonomi sebagai pertimbangan dominan yang
mendasari persepsi B40.

PENGENALAN

Dalam perspektif politik nasional, penguasaan terhadap kepimpinan politik Selangor adalah
signifikan. Selaras dengan itu, keputusan Pilihanraya Umum ke-13 pada 2013 telah menunjukkan
kelangsungan kuasa kerajaan pimpinan Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan
konsistensi kuasa kerajaan negeri kepada pimpinan parti PKR, PAS dan DAP yang dikenali
sebagai Pakatan Rakyat. Dalam konteks kajian ini, Selangor yang merupakan negeri termaju
di Malaysia dan jumlah penduduk paling ramai serta mempunyai populasi yang menyerupai
demografi Malaysia telah memperlihatkan kepelbagaian tren persepsi dalam kalangan pengundi
berdaftar di Selangor. Kajian ini memfokuskan persepsi segmen masyarakat yang utama di
Selangor berdasarkan pendapatan isi rumah iaitu segmen B40.
Kajian ini mengutarakan pola persepsi pengundi berdaftar di Selangor berkaitan prestasi
kerajaan, isu semasa serta jangkaan keputusan PRU 14 berdasarkan tren pengundi pada suku
terakhir 2015. Kesemua informasi persepsi tersebut seperti keberkesanan program kerajaan
dari kedua-dua peringkat kerajaan (persekutuan dan negeri) adalah elemen yang mendasari dan
mempengaruhi pola pengundian di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Justeru, persepsi pengundi pendaftar di Selangor adalah signifikan untuk dianalisis bagi menilai
penerimaan pengundi terhadap program serta isu yang berkaitan.
Dari segi limitasi kajian, faktor etnik tidak menjadi fokus kajian ini sekalipun isu etnik
sering menjadi ruang dan peluang parti politik di Malaysia untuk mempengaruhi pola pengundian.
Tambahan pula,senario politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian etnik
dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk menjadi
penyebab kemenangan dalam pilihanraya. (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi
Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar dan Mohd Azmir Mohd Nizah 2016:137). Justeru, yang
menjadi prioriti pengundi adalah kemampuan calon dari segi implementasi manifesto. Selain
itu, faktor karisma pemimpin, kawalan terhadap isu serta integriti adalah perkara yang perlu
351
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

diberi perhatian (Paimah Atoma et al 2013: 135). Justeru, kajian ini akan menganalisis persepsi
terhadap prestasi kerajaan persekutuan dan negeri serta isu yang mendasari perkembangan
politik semasa di peringkat nasional mahupun negeri Selangor.

METODOLOGI

Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif iaitu metodologi


campuran (Creswell 2009:203). Metodologi jenis ini membolehkan pengkaji menggunakan
pelbagai alat kajian dalam pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk memantau
perkembangan yang berlaku dalam tempoh kajian ekonomi politik melalui penggunaan
pendekatan kualitatif untuk meningkatkan kualiti data soal selidik (Bamberger 2000:7-
19; Chung 2000:43-44). Rekabentuk kajian yang digunakan adalah sequential exploratory
design; iaitu melaksanakan kaedah kualitatif terlebih dahulu; dan diikuti oleh kaedah
kuantitatif selepas itu.
Kajian ini turut menggunakan kaedah pengumpulan data yang kedua iaitu diskusi
kumpulan fokus dan soal selidik untuk mendapatkan data primer. Pengumpulan data
melalui kaedah temubual ini dilakukan dengan menemu bual dua kumpulan fokus iaitu
pemimpin UMNO dan pemimpin PAS diperingkat negeri. Temu bual intensif dengan
responden yang berkait rapat dengan aspirasi dan pelaksanaan gerak kerja parti politik
di peringkat negeri Selangor adalah penting dalam mencapai objektif kajian ini. Kaedah
temu bual dalam sesebuah kajian dijalankan dalam pelbagai cara seperti pertemuan secara
langsung atau secara tidak langsung melalui media telekomunikasi seperti voice-over-
internet-protocol (VOIP), mel elektronik dan telefon (Pierce 2008:118). Bentuk temu
bual yang digunakan dalam kajian ini bagi mendapat maklumat dari tokoh yang ditemu
bual adalah temu bual semi-struktur. Dalam sesebuah kajian politik yang melibatkan
golongan elit, bentuk temu bual jenis ini adalah yang paling banyak digunakan (Pierce
2008:118). Soalan yang dikemukakan telah distruktur kepada topik yang berkaitan dengan
kajian serta melibatkan penyediaan soalan tambahan.
Kaedah temu bual yang melibatkan elit adalah penting kerana ia merupakan
sumber maklumat utama dalam sesebuah kajian politik (Pierce 2008:85). Elit ini tergolong
dalam kalangan individu yang mempunyai pengaruh besar kepada perkembangan dan
strategi parti politik masing-masing; khususnya di Selangor. Menurut Pierce (2008:119),
elit politik merangkumi menteri, ahli parlimen, ketua pegawai eksekutif, jurnalis atau
kumpulan pemikir.
Metodologi kuantitatif dijalankan melalui soal selidik yang melibatkan 438 orang
responden (yang dipilih secara rawak) bagi menjadi sampel yang mewakili populasi
penduduk yang menggunakan bekalan air di Selangor. Populasi dalam kajian ini
difokuskan kepada pengundi berdaftar yang menetap di Selangor. Kaedah mendapatkan
data melalui soal selidik bertujuan membuat generalisasi terhadap populasi dari segi
latar belakang, sikap, pengetahuan dan pendapat berkaitan sesuatu isu (Carlson & Hyde
2003:223). Kaedah persampelan adalah penting dalam sesebuah kajian kuantitatif kerana
adalah sukar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dari setiap unit kajian dalam
populasi. Kaedah sampel rawak mudah yang berada dalam kategori probability sample
digunakan supaya setiap elemen dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk
dipilih sebagai sampel, terutamanya jika melibatkan populasi kajian yang sangat besar
(Carlson & Hyde 2003:198; Pierce 2008:93). Dari segi jumlah sampel, dengan menetapkan
tahap keyakinan yang bersesuaian dengan kajian sains sosial iaitu 95%, maka 267 sampel
dan ke atas adalah memadai (Carlson & Hyde:216). Rasional pemilihan jumlah sampel
yang kecil ini dan kaedah sampel rawak mudah bagi mewakili populasi Selangor yang
ramai adalah berasaskan kepada kaedah central limit theorem yang menunjukkan perkaitan
di antara min populasi dan min sampel yang sekata dan normal. Kaedah central limit
theorem ini menunjukkan catatan min sampel secara rawak yang lebih dari 30 dan diambil
352
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

secara berulang kali dari populasi akan menghasilkan graf sebaran yang normal walaupun
populasi tersebut tidak mempunyai sebaran yang normal (normal distribution) (Pierce
2008:199; Matthew & Sutton 2004). Bagi menganalisis hubungan antara pemboleh ubah,
aras signifikan yang dipilih adalah berpadanan untuk kajian sains sosial iaitu 0.5.

Analisis Persepsi Segmen B40 Di Selangor


Faktor pendapatan isi rumah adalah kriteria utama pembahagian segmen B40 dalam kajian
ini. Segmen B40 dalam kajian ini adalah merujuk kepada responden yang berpendapatan
isi rumah di bawah RM 3000 dan juga merupakan pengundi berdaftar. Persepsi responden
dari segmen ini adalah penting kerana golongan ini merupakan kumpulan terbesar dalam
kalangan pengundi berdaftar di Selangor. Justeru, persepsi dan penilaian B40 ini mampu
mencorakkan tren pengundian dalam PRU 14 kelak.

Jadual 1: Persepsi responden B40 di Selangor keadaan ekonomi pada 2015 dan jangkaan pada
2016 dan terhadap keluarga

Dapatan kajian menunjukkan majoriti komponen masyarakat dari segmen B40


mempunyai persepsi bahawa ekonomi makro Malaysia adalah dalam situasi ‘teruk’ pada
tahun 2015. Namun, persepsi ini berkembang ke arah yang lebih positif bagi ekonomi negeri
dan keluarga. Selain itu, responden turut menunjukkan persepsi yang positif dari segi harapan
terhadap persepsi ‘baik’ prestasi ekonomi Malaysia untuk tahun hadapan iaitu dari 22.8%
pada 2015 kepada 34.3% untuk tahun 2016; peningkatan sebanyak 11.5% dari responden.
Tren persepsi yang positif untuk ekonomi tahun 2016 berbanding tahun 2015 turut dinyatakan
oleh segmen masyarakat B40 untuk ekonomi diperingkat negeri dan keluarga. Senario ini
menunjukkan harapan segmen B40 agar kepimpinan kerajaan; samada persekutuan atau
negeri mengambil inisiatif dan melaksanakan strategi yang mampu membantu golongan
berpendapatan rendah ini. Jusuteru, kepimpinan yang cekap yang menjadi faktor penting
persepsi yang positif sekalipun sesebuah negara berhadapan dengan krisis ekonomi (Chiozza
& Manzetti 2015:458).
Selain itu, persepsi segmen B40 di Selangor terhadap prestasi kerajaan persekutuan
pimpinan Barisan Nasional turut menjadi fokus kajian ini kerana penilaian prestasi kerajaan
persekutuan adalah signifikan dalam mencorakkan tren pengundi pada PRU14. Umumnya,
konsep kerajaan mempunyai beberapa pengertian asas, yang umumnya merujuk kepada kuasa
dan pengawalan dalam sesebuah wilayah yang dikaitkan dengan negara. Sity (2003:18-19)
353
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pula mengklasifikasikan negara kepada tiga perspektif utama iaitu sebagai sebuah wilayah
berkedaulatan, sistem kerajaanan dan sekumpulan elit yang berkuasa. Ini kerana kerajaan
mempunyai kuasa kawalan untuk menentukan halatuju pembangunan, sama ada ke arah
kemajuan atau kemunduran yang berorientasikan autoriti politik dalam wilayah tertentu
(Leicht & Jenkins 2010:43). Justeru, kerajaan persekutuan dalam kajian ini dirujuk sebagai
elit kerajaan persekutuan yang mempunyai kuasa kawalan dalam pelaksanaan sesuatu polisi.
Walaupun agenda globalisasi dan fahaman neoliberal telah melangkaui ke sempadan negara
di seluruh dunia, namun campur tangan kerajaan adalah tetap signifikan.

Jadual 2: Persepsi Responden B40 terhadap Prestasi Kerajaan Persekutuan

Berdasarkan kenyataan di atas, Jadual 2mengutarakan hujah bahawa majoriti (iaitu


60.5%) segmen B40 dalam masyarakat telah membuat penilaian bahawa prestasi Kerajaan
Persekutun adalah ‘tidak berkesan’. Penilaian negatif ini didorong oleh beberapa isu yang
signifikan dalam kalangan masyarakat seperti pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan
(GST) dan kenaikan harga barang yang tidak terkawal dengan baik oleh Kerajaan Pusat.
Bagi segmen masyarakat yang berpendapatan rendah seperti B40 khususnya, persepsiprestasi
kerajaan pusat yang negatif ini didominasi oleh faktor yang bersifat ekonomi.Pola yang
menunjukkan kelemahan kerajaan ini seharusnya diteliti oleh kerajaan pusat kerana ia
merupakan penggerak utama kepada perancangan dan pelaksanaan sesuatu polisi untuk rakyat
dalam wilayah kekuasaannya; khususnya ekonomi. Justeru, kerajaan pusat dilihat oleh segmen
B40 sebagai organisasi sosial dan politik yang signifikan serta bertanggung jawab kepada
pelaksanaan aspirasi pembangunan (Castells 1996:7; Weiss 2003:30) bagi membantu golongan
B40 ini. Dalam kerangka pilihanraya, kuasa dan kawalan kerajaan pusat dalam menggubal dan
melaksanakan sesuatu program pada 2016 pasti mempengaruhi pola pengundian kelak.
Pengurusan isu yang efisien di pihak kerajaan berupaya mempengaruhi pola pengundian
berdasarkan penerimaan masyarakat terhadap keberkesanan sesuatu program yang dijalankan.
Perkembangan persepsi ini akan membentuk kecenderungan masyarakat untuk mengundi
parti yang berkemampuan menangani pelbagai isu dalam kehidupan seharian rakyat. Justeru,
program yang dilaksanakan kerajaan berupaya membentuk dua senario yang bertentangan;
peluang kepada kerajaan yang didasari gelombang sokongan dari pengundi atau menyebabkan
arus penolakan pengundi akibat kelemahan dalam pelaksanaan program.

354
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Selaras dengan itu, tren ketidakpuasan hati yang dihujahkan dalam Jadual 3 didahului
oleh 3 isu dominan iaitu pelaksanaan GST (94.5%), harga barang (92.8%) serta kelemahan
prestasi kerajaan pusat dalam menangani kejatuhan nilai RM iaitu 81.4%. Manakala 3 isu
yang menunjukkan prestasi kerajaan pusat yang paling baik (berdasarkan peratusan terendah
ketidakpuasan hati responden) adalah penyediaaan perumahan mampu milik (60.8%),
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan (57.8%) dan memperkukuhkan perpaduan kaum
(55.1%). Justeru, dapatan ini perlu diberi perhatian serius dengan merujuktren pengundi yang
cenderung membentuk pola pengundian berdasarkan persepsi kemampuan pemimpin untuk
menangani isu dominan dalam kehidupan seharian masyarakat (Muhammad Shamshinor et
al. 2016).Jadual 3di bawah menunjukkan persepsi segmen B40 terhadap 10 isu semasa yang
mengimpak kepada penilaian prestasi terhadap kerajaan persekutuan.

Jadual 3: Persepsi Segmen B40 di Selangor terhadap isu-isu semasa.

Dapatan di atas menunjukkan hubungkait yang jelas antara isu sosioekonomi


dengan pola pengundian. Berdasarkan ulasan literatur, Ser Kuang Keng (2012) dan Junaidi
et. al. (2011) yang menghujahkan faktor peralihan dan peningkatan undi majoriti kepada
Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada tahun 2011 adalah
didorong oleh pelbagai bentuk janji ekonomi oleh kerajaan pusat. Strategi Barisan Nasional
menjanjikan projek Perumahan Warga FELDA bagi Gugusan Sungai Dusun, bantuan RM
90,000 untuk Perkuburan Kwang Tung Ulu Yam selain pelbagai program pembangunan
infrastuktur seperti kumbahan, perparitan, jalan dan tempat rekreasi telah mengimpak kepada
pola pengundian yang cenderung terhadap Barisan Nasional. Manakala di pihak Pakatan
Rakyat, strategi pemberian geran sebanyak RM 205,000 untuk 7 buah sekolah Tamil di Hulu
Selangor dan RM 190,000 untuk sekolah Cina (Ser Kuang Keng 2012: 133) menunjukkan
penawaran sesuatu program kerajaan turut dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor yang
dipimpin Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya. Justeru, pertembungan strategi oleh
kedua-dua parti ini menunjukkan bahawa aplikasi program ekonomi oleh kerajaan dalam
mempengaruhi pola pengundian adalah signifikan.
Sehubungan itu, Jadual 4 pula menunjukkan persepsi segmen B40 dalam masyarakat
terhadap prestasi Kerajaan Negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden
iaitu 63.3% berpandangan bahawa kerajaan negeri Selangor telah menjalankan peranan
dengan berkesan. Senario ini didorong oleh peningkatan prestasi dan strategi kerajaan
negeri dalam menambahbaik sekaligus mengurangkan kelemahan dalam beberapa isu yang
mendominasi persepsi pengundi Selangor.

355
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 4: Persepsi responden B40 terhadap prestasi kerajaan negeri

Jadual 5 dibawah pula menunjukkan persepsi penilaian pengundi berdaftar di Selangor


dari segmen B40 terhadap isu-isu diperingkat negeri. . Kepelbagaian isu ini telah meliputi
berbagai aspek seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya. Kewujudan isu-isu
ini adalah sebahagian daripada proses pilihanraya dan ianya telah mendapat perhatian daripada
parti-parti politik yang bertanding. Isu-isu pilihanraya ini adalah untuk mendapatkan sokongan
pengundi bagi menyokong sesebuah parti politik. Oleh itu parti Barisan Nasional, Pakatan
Harapan, Pakatan Rakyat dan PAS telah menggunapakai pelbagai isu piliharaya ini dengan
strategi saling ‘serang & bertahan’ dalam kepelbagaian isu yang menyumbang ‘kredit politik’
dan sokongan dari pengundi semasa pilihanraya.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa isu perumahan merupakan isu yang paling banyak
menyumbang kepada ketidakpuasan hati pengundi iaitu 52.4%; diikuti oleh isu kesesakan lalu
lintas (52.4%). Kedua-dua isu ini perlu diberi perhatian khusus oleh BN dan Pakatan Rakyat
kerana penyelesaian isu ini mampu mendekatkan sokongan pengundi B40 yang mendambakan
bantuan dari parti politik masing-masing. Secara umumnya pelbagai isu yang telah mewarnai
perjalanan pra PRU 14 di peringkat negeri Selangor

Jadual 5: Persepsi Responden B40 tentang Penilaian terhadap isu-isu negeri

356
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Seterusnya, pengurusan air dan pengurusan sampah merupakan dua isu positif yang
dominan yang memberikan kelebihan pada kerajaan negeri Selangor. Data menunjukkan
bahawa hanya 32.9 % responden B40 yang tidak berpuas hati terhadap pengurusan air
Selangor. Isu air di negeri Selangor adalah merupakan isu dominan dalam PRU-13 yang
lalu. Hal ini adalah berdasarkan kepada liputan media massa sama ada media cetak
ataupun media alternatif yang meluas dan lontaran pendapat oleh tokoh politik terhadap
isu ini. Pengurusan dan perkhidmatan air di negeri Selangor telah memberi kesan secara
langsung kepada pengguna air dan juga kepada pengundi di Selangor. Sub-isu yang
berkaitan dengan air seperti bekalan air terputus, air percuma, pengagihan air yang tidak
sistematik, loji ‘Langat 2’, penstrukturan air, tarif air dan kualiti air adalah antara isu yang
membelenggu pengundi di Selangor. Oleh itu isu-isu berkaitan air ini telah dipergunakan
oleh ahli-ahli politik bagi mendapatkan sokongan pengundi baik oleh kerajaan negeri di
bawah pimpinan PR dan juga BN.
Seterusnya, pengurusan sampah menjadi isu yang kedua terbaik dalam persepsi
golongan B40 iaitu hanya sebanyak 35.2% responden beras ‘tidak puas hati’. Isu pengurusan
sampah ini bermula dsri Pengambilalihan pengurusan sisa sampah oleh kerajaan negeri
menerusi majlis-majlis tempatan daripada Alam Flora yang didakwa telah mengakibatkan
pengurusan pengambilan sampah menjadi tidak teratur dan kesannya adalah berlaku
persekitaran yang kotor dan busuk di kawasan-kawasan perumahan. Situasi ini juga
telah mendapat liputan yang meluas oleh media massa arus perdana terutamanya melalui
televisyen dan surat khabar. Kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT)
telah berusaha menyakinkan penduduk tentang permasalahan sampah ini adalah terkawal
dan jadual pengutipan sampah telah diwujudkan bagi mengatasi masalah ini.
Justeru, persepsi terhadap isu semasa dalam perkembangan politik mutakhir di
Selangor menuntut suatu kesungguhan yang padu oleh parti-parti politik yang bertanding
untuk memenangi hati pengundi dan seterusnya mendapat tampuk kekuasaan di negeri
termaju di Malaysia ini. Oleh yang demikian, walau apapun pelaksanaan program kerajaan
dan isu semasa di Selangor, adalah penting untuk kedua-dua parti menunjukkan sifat dan
tahap kematangan yang tinggi dan produktif. Hal ini adalah signifikan agar setiap program
pemerintah dan isu semasa yang mendasari politik dapat memberi manfaat kepada rakyat
keseluruhannya dan setiap isu mendapat fakta dan penjelasan yang sewajarnya.

KESIMPULAN

Pilihanraya merupakan satu amalan demokrasi yang penting dalam sesebuah negara.
Persepsi segmen majoriti dalam masyarakat seperti B40 adalah signifikan dalam
mencorakkan keputusan dalam PRU14. Prestasi selaku pemerintah (diperingkat
persekutuan atau negeri) dan isu semasa yang bergelintar di peringkat nasional dan negeri
menunjukkan faktor ekonomi adalah elemen dominan yang mendasari persepsi. Oleh itu
perkembangan politik mutakhir ini di Selangor menuntut suatu kesungguhan yang padu
oleh parti-parti politik yang bertanding untuk memenangi hati pengundi dan seterusnya
mendapat tampuk kekuasaan di negeri termaju di Malaysia ini. Oleh yang demikian, walau
apapun pelaksanaan program kerajaan dan isu semasa di Selangor, adalah penting untuk
kedua-dua parti menunjukkan sifat dan tahap kematangan yang tinggi dan produktif.
Hal ini adalah signifikan agar setiap prestasi pemerintah dan isu semasa yang mendasari
politik dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya dan setiap isu mendapat
fakta dan penjelasan yang sewajarnya.

357
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Bamberger, M. (pnyt.). 2000. Integrating Quantitative and Qualitative Research in Development


Projects. Washington: The International Bank for Reconstruction and Development.
Chiozza, G. & Manzetti, L. 2015. Perception of Competence and the European Economic
Crisis: A Micro Level Analysis. Political Research Quarterly. 68(3):457-473.DOI:
10.1177/1065912915595629
Castells, M. 1996. The Rise of the Network Society. Malden: Blackwell.
Chung, K. 2000. Issues and Approaches in the Use of Integrated Methods. Dlm. Bamberger, M.
(pnyt.). Integrating Quantitative and Qualitative Research in Development Projects, hlm.
37-46. Washington: The International Bank for Reconstruction and Development.
Creswell, J. W. 2009. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods. Edisi
Ke-3. California: SAGE Publications Inc.
Dewan, K. (2014). Kamus Dewan. Kamus Dewan. Retrieved January 08, 2015, from http://
prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=manifesto
Junaidi, A. B., Mohd Fuad, M. J., & Mohd Faidz, M. Z. (2011). Kajian Budaya Politik Melayu
dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Selangor. Jurnal Melayu, (8), 153–172.
Leicht, K.T., Jenkins, J.C. (pnyt.). 2010. Handbook of Politics. State And Society in Global
Perspectives. New York: Springer.
Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd
Azmir Mohd Nizah. 2016. Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. Dlm. Muhamad Takiyuddin
Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu,
Kekentalan Politik Lama. Hlm. 121-140.Sintok:UUM Press.
Mohd. Azmir Mohd. Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd. Azri Ibrahim. 2016.
Selangor Voters Perception Towards Issues in 13th Malaysian Election. Mediterranean
Journal of Social Sciences.7(1):44-51.ISSN 2039-9340. http://dx.doi.org/10.5901/
mjss.2016.v7n1s1p44
Paimah Atoma, Adenan Mat Junoh, Adibah Sulaiman@Mohamad, Mohd Azmir Mohd
Nizah, Khairulneezam Mohd Nor, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2013. Persepsi
Pengundi Terhadap Isu yang akan Mempengaruhi Keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan.
Dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (pnyt.).PRU-13: Siapa Pilihan
Pengundi?, hlm. 122-139.Bangi:Institut Kajian Etnik,UKM.
Pierce, R. 2008. Research Methods in Politics – A Practical Guide. London: SAGE
Robertson, D. (2004). The Routledge Dictionary of Politics (3rd ed.). London: Taylor & Francis
e-Library.
Ser Kuang Keng, Kuek 2012. P94 Hulu Selangor, Selangor (April 17-25, 2010). Dlm. Wong
Chin Huat & Soon Li Tsin (pnyt.). Democracy at Stake? Examining 16 By-elections in
Malaysia, 2008-2011. hlm. 125 – 140. Petaling Jaya: SIRD.
Sity Daud. 2003. Negara pembangunan Malaysia: dari Dasar Ekonomi Baru kepada Dasar
Pembangunan Nasional. Tesis Ph.D. University Kebangsaan Malaysia.
Streb, M. J. (2008). Rethinking American Electoral Democracy. New York: Routledge.
Weiss, L. (pnyt.). 2003. States in the Global Economy: Bringing Domestic Institutions Back In.
Cambridge: Cambridge University Press.

358
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

STEREOTAIP ANTARA ETNIK;


MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA TERHADAP
MASYARAKAT CINA

Nasruddin Yunos, Fazilah Idris, Khalim Zainal,


Siti Nor Baya Mat Yacob dan Abdul Aziz Mat Isa

Abstrak
Integrasi nasional merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara berbilang
bangsa dan agama seperti Malaysia. Kepelbagaian etnik mendedahkan masyarakat
kepada stereotaip terhadap etnik berbeza. Stereotaip etniksewajarnya dilihat
sebagai satu polemik yang perlu ditangani secara serius. Kajian ini bertujuan
mendapatkan stereotaip masyarakat Melayu dan India terhadap masyarakat Cina.
Stereotaip dalam kajian ini, diperolehi melalui temu bual ke atas 840 orang
responden daripada latar belakang jantina, umur, tempat tinggal dan pendapatan
berbeza. Secara umum, stereotaip antara etnik ini dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian; sosio-budaya, politik dan ekonomi. Kajian ini mendapati stereotaip
yang paling tinggi dan banyak diberikan perhatian adalah dalam aspek sosio-
budaya, diikuti dengan aspek politik dan ekonomi. Kajian yang lebih meluas
dengan persampelan yang lebih besar perlu dilakukan bagi mendapat keputusan
yang lebih tepat dalam menggambarkan stereotaip masyarakat Melayu dan India
terhadap masyarakat Cina di Malaysia. Seterusnya, langkah lebih berkesan perlu
diaplikasikan bagi mengurangkan stereotaip antara etnik dalam usaha memupuk
integrasi nasional.

Kata kunci: Stereotaip, etnik, Melayu, Cina, India.

PENGENALAN

Integrasi nasional merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara berbilang bangsa
dan agama seperti Malaysia kerana konflik umumnya akan muncul akibat daripada
interaksi pelbagai etnik dalam hidup bermasyarakat. Konflik akan timbul apabila terdapat
persaingan juga perbezaan pendapat antara individu mahupun kelompok. Justeru,
kepentingan toleransi sosial antara etnik tidak dapat dinafikan mampu merealisasikan
integrasi nasional. Usaha kerajaan ke arah mewujudkan integrasi nasional sentiasa
menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Banyak isu dan penyataan berbau stereotaip
dibincangkan oleh massa, terutamanya melalui media sosial seperti Facebook, Twitter,
Youtube, blog, dan sebagainya. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang
negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia di mana
stereotaip dalam bentuk yang ekstrim boleh melahirkan sentimen perkauman.

STEREOTAIP ETNIK

Kajian mengenai stereotaip etnik dan hubungannya dengan toleransi sosial dalam
masyarakat Malaysia amat penting kerana ia amat berkait rapat dengan tindakan serta
polisi kerajaan ke arah mengukuhkan integrasi nasional.
Pada dasarnya, stereotaipadalah struktur kognitif yang mengandungi pengetahuan
yang membina kepercayaan dan jangkaan tentang kumpulan tertentu seperti etnik, jantina,
dan sebagainya (Hamilton danTrolier, 1986). Selain itu, stereotaip sebagai suatu bentuk
gambaran mental indidvidu terhadap ahli kumpulan tertentu yang biasanya bersifat
membesar-besarkan perbezaan di antarakumpulan dan mengurangkan perbezaan orang
359
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dalam kumpulan yang sama(Maclin danHerrera,2006). Stereotaip memainkan peranan


dalam mengisi jurang jika tiada maklumat konkrit tentang ahli kumpulan tertentu,
seterusnya membenarkan pengkategorian secara mudah dan juga dalam pembuatan
keputusan(Larsen, 1979). Secara lebih khusus, stereotaipadalah satu set kepercayaan
yangtidak benar,digeneralisasikan secara melampau, tidak benar dari segi fakta, atau
bersifat tegar (Ashmore dan Del Boca, 1981). Justeru, sebagai sebahagian daripada
stereotaip sosial, stereotaip etnik menggambarkan satu set kepercayaan mengenai sesuatu
etnik terhadap kumpulan etnik lain (Ashmore dan Del Boca, 1981).
Menurut Gardner(1994), konsepsi berkaitan stereotaip tidak terlepas daripada tiga
tanggapan asas; stereotaip dilihat sebagai suatu bentuk kepercayaan yang dipersetujui
bersama, kepercayaan yang tiada justifikasi, atau kepercayaan yang membezakan satu
kumpulan dengan kumpulan lain. Menurutnya lagi, stereotaip mempunyai maksud
berlebihan (yang biasanya tanpa jsutifikasi secara empirikal), yang biasanya berpunca
daripada ciri-ciri seperti didapati secara tidak benar, tidak tepat, tegar, tidak logik atau
bersifat berlebih-lebihan.
Stereotaip amat berkait rapat dengan toleransi sosial. Vogt (1994) menyarankan
istilah toleransi merujuk kepada kepelbagaian manusia; dari segi keagamaan, etnisiti,
ras, politik, moral, budaya, linguistik, dan sebagainya. Ia melibatkan dokongan individu
terhadap hak individu lain termasuklah perkara yang tidak disenangi, tidak dipersetujui,
mengancam, atau pelbagai sikap negatif lain. Toleransi sosial pula merujuk kepada
kesanggupan untuk ‘bersama’ atau ‘menerima’ ahli kumpulan lain yang tidak disenangi
atau memiliki sikap negatif.
Healey (2009) melihat kesan stereotaip yang boleh berlaku berterusan dari satu
generasi ke generasi lain yang akan menjejaskan hubungan antara kumpulan dominan
dan minoriti. Kandungan stereotaip juga yang sebenarnya antara kumpulan yang dominan
dengan kumpulan minoriti dan sering salah satu cara penting di mana kumpulan dominan
cuba untuk membenarkan atau merasionalisasi hubungan itu (Mohd. Amar et al., 2013).
Kamarul Zaman Ahmad (2012) di dalam kajiannya mengenai stereotaip di dalam bidang
komunikasi mendapati bahawa lelaki di Malaysia lebih cenderung memiliki stereotaip
gender terhadap kelompok lelaki lain dan wanita. Di peringkat sekolah, kajian Santhiram
(1999) mengenai pendidikan etnik India di Malaysia pula mendapati wujud polarisasi
antara kumpulan etnik dan pelajar sering melihat perbezaan etnik dalam hubungan dengan
pelajar dari kumpulan etnik berbeza.
Kajian Hazri et.al (2004) mengenal pasti tahap interaksi sosial antara murid pelbagai
etnik di sekolah menengah. Kajian ini menunjukkan tahap interaksi sosial murid pelbagai
etnik dipengaruhi oleh situasi, latar belakang sosial, tahap keetnikan, prasangka murid dan
juga polisi sekolah.
Kajian yang dilakukan oleh Noran Fauziah et al. (1987) mendapati bahawa pelajar
di sebuah IPTA lebih cenderung bergaul dengan etnik mereka sendiri. Dapatan tersebut
disokong oleh kajian Rusimh et al. (2004) yang mendapati bahawa pelajar di sebuah IPTA
lebih cenderung memperlihatkan suasana/iklim interaksi dengan bergaul sesama kelompok
etnik/kaum mereka sendiri. Responden juga menyatakan bahawa adalah tidak mudah untuk
menjadi ahli kelompok kepada etnik/kaum yang berlainan daripada etnik/kaum mereka
sendiri.
Bagaimanapun, kajian oleh Mansor Mohd. Noor et al. (2001) mendapati bahawa
hubungan silang etnik kerap berlaku di IPT. Etnik minoriti, Bumiputera lain dan India,
lebih berinteraksi dengan individu dari etnik lain. Mengikut urutan keutamaan, dewan
kuliah, asrama, bilik tutorial, dan perpustakaan menjadi tempat perhubungan silang etnik
dalam kalangan pelajar di IPT.
Pada dasarnya, kajian akademik mengenai stereotaip etnik di Malaysia adalah amat
terhad. Menurut Haslam(2001), kaedah utama yang digunakan dalam kajian berkaitan
stereotaip adalah kaedah eksperimen. Dalam kebanyakan kajian, stereotaip dianggap
360
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sebagai pembolehubah bebas yang mempengaruhi pembolehubah lain yang diuji. Walau
bagaimanapun, tidak banyak cadangan atau penekanan diberi mengenai langkah untuk
membendung atau mengawal stereotaip dalam jumlah. Ini kerana stereotaip hanya boleh
dikawal dari segi penyebarannya, penyelenggaraan dan impak (Faisal Ibrahim et al., 2010).

PERMASALAHAN KAJIAN

Integrasi nasional merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara berbilang bangsa dan
agama seperti Malaysia. Kepentingannya dapat dilihat melalui pelbagai polisi serta agenda
yang telah dilaksanakan semenjak negara mencapai kemerdekaan lagi. Konsep 1Malaysia
yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak merupakan
sebahagian daripada pembinaan negara bangsa. Konsep tersebut merupakan kempen
berterusan yang antara lain turut menekankan keharmonian etnik, Integrasi nasional dan
toleransi sosial. Selain itu, konsep 1Malaysia turut menekankan konsep ‘penerimaan’ dalam
kalangan rakyat yang merupakan perkembangan daripada sikap toleransi (http://www.
bernama.com, 22 Jun 2010).
Usaha kerajaan ke arah mewujudkan integrasi nasional sentiasa menghadapi
pelbagai cabaran dan halangan. Isu melibatkan kursus wajib di institusi pengajian tinggi
Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang dikatakan cuba mengislamkan
pelajar bukan Islam merupakan antara contoh kesan stereotaip yang mampu menggugat
usaha mewujudkan integrasi nasional di Malaysia (http://www.bernama.com, 24 Julai
2013). Banyak lagi isu dan penyataan berbau stereotaip dibincangkan oleh massa melalui
pelabagai saluran media.
Stereotaip etnik sewajarnya dilihat sebagai satu polemik yang perlu ditangani secara
serius. Prejudis yang berasaskan pemikiran yang sempit merupakan penyumbang utama yang
melahirkan stereotaip. Menurut Bodenhausen (1988), maklumat bersifat stereotaip yang
diterima oleh individu menyumbang kepada pemikiran berbentuk stereotaip pada dirinya,
dan memberikan kesan ke atas perlakuan atau tindakannya. Meskipun stereotaip timbul
pada peringkat persepsi sosial, namun ia bukanlah satu-satunya sumber bagi maklumat.
Stereotaip boleh dikurangkan dengan adanya maklumat yang benar serta motivasi yang
berterusan (Devine, 1989; Kunda dan Thagard, 1996). Seterusnya, mengurangkan prejudis
serta memugarkan toleransi, seterusnya menyumbang ke arah integrasi nasional.
Stereotaip di antara masyarakat Melayu dan India telah lama wujud. Masyarakat
India pada peringkat awalnya merupakan sumber buruh kepada pihak Inggeris untuk
melakukan kegiatan perlombongan bijih timah dan pengeluaran getah di Tanah Melayu.
Pengasingan dari segi demografi, geografi dan pekerjaan sejak daripada zaman British
sedikit sebanyak memberikan kesan kepada hubungan antara etnik di Malaysia masa kini.
Pengasingan tersebut juga menyumbang kepada perasaan prejudis dan stereotaip. Stereotaip
etniksewajarnya dilihat sebagai satu polemik yang perlu ditangani secara serius. Justeru,
kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti stereotaip belia Melayu terhadap masyarakat
India dari aspek politik, agama, sosial/budaya dan ekonomi ini amat penting dalam usaha
mencapai hasrat merealisasikan integrasi nasional secara menyeluruh.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini bertujuan mendapatkan stereotaip negatif etnik Melayu terhadap etnik India
dalam kalangan belia. Bagi tujuan kajian ini, kaedah temubual secara rawak telah digunakan
ke atas 840 orang responden daripada etnik Melayu dan Cina yang berusia antara 18-60
tahun, mewakili pelbagai kategori jantina, umur, tempat tinggal dan pendapatan. Setiap
responden memberikan respon stereotaip mengenai masyarakat Cina. Melalui temubual
tersebut, sebanyak 280 stereotaip direkodkan. Penyisihan dilakukan bagi stereotaip yang
bertindan, sehingga tinggal 82 penyataan bersifat stereotaip negatif, yang kemudiannya
361
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dibahagikan kepada empat aspek iaitu sosio-budaya, politik dan ekonomi. Setelah semua
dapatan temubual tersebut disusun mengikut kategori.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati terdapat 52 stereotaip masyarakat Melayu dan
India terhadap masyarakat Cina daripada aspek sosio-budaya, 17 stereotaip daripada aspek
politik dan 13 stereotaip daripada aspek ekonomi. Jadual 1 menunjukkan stereotaip tersebut.

Jadual 1: Stereotaip Terhadap Etnik Cina


Sosio- Agama 1. Orang Cina tidak berminat dengan agama
budaya & 2. Orang Cina tidak menjaga kebersihan selepas mengadakan ritual
Tradisi keagamaan mereka
3. Orang Cina tidak peduli tentang sensitiviti agama lain
4. Orang Cina suka mempersendakan agama
5. Masyarakat Cina semakin terhakis nilai tradisi mereka
6. Orang muda Cina terpesong jauh daripada ajaran tradisi/agama
Fizikal 7. Orang Cina bermata sepet
8. Orang Cina berkulit cerah
9. Orang Cina berserabut dari segi penampilan
Sikap 10. Orang Cina suka bersikap perkauman
11. Orang Cina suka menganggap diri mereka lebih baik daripada
etnik lain
12. Orang Cina suka berpuak-puak dalam pergaulan seharian
13. Orang Cina hanya menjaga kebajikan masyarakat etnik sendiri
sahaja
14. Orang Cina suka bersikap kiasu (melakukan apa sahaja demi
mencapai matlamat)
15. Orang Cina suka mementingkan diri
16. Orang Cina suka mengambil kesempatan
17. Orang Cina tidak suka bergaul dengan etnik lain
18. Orang Cina susah bekerjasama dengan etnik lain
19. Orang Cina suka memandang rendah kepada etnik lain
20. Orang Cina tidak suka berkongsi dengan etnik lain
21. Orang Cina tidak suka membantu etnik lain
22. Orang Cina pengotor
23. Orang Cina sombong
24. Orang Cina pemarah
25. Orang Cina tidak suka mandi pagi
26. Orang Cina busuk
27. Orang Cina cerewet
28. Orang Cina kedekut
29. Orang Cina kedekut ilmu
30. Orang Cina suka berjudi
31. Orang Cina suka minum arak
32. Orang Cina suka bergembira/enjoy
33. Orang Cina suka bergaul bebas
34. Orang Cina suka bercakap dengan suara yang tinggi
35. Orang Cina kurang beradab/sopan dengan orang lain
36. Orang Cina tidak boleh dipercayai
37. Orang Cina banyak muslihat
38. Orang Cina suka bermuka-muka
39. Orang Cina suka berbohong
40. Orang Cina suka bersikap kasar

362
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

41. Orang Cina suka berburuk sangka terhadap orang lain


42. Orang Cina kurang sopan di jalan raya
43. Orang Cina terlalu mementingkan harta,kekayaan dan pangkat
44. Orang Cina suka berpakaian menjolok mata
45. Orang Cina kurang kemas dari segi penampilan
46. Orang Cina banyak terlibat dengan jenayah/samseng/gengsterisme
47. Orang Cina tidak suka mengikut peraturan
48. Orang Cina suka mengamalkan kronisme
Pencapaian 49. Orang Cina mengutamakan pendidikan vernakular
50. Orang Cina lebih berminat dengan IPTS berbanding IPTA
51. Orang Cina tidak fasih berbahasa Melayu
52. Orang Cina tidak menggunakan Bahasa Inggeris yang betul
Politik Sikap 53. Orang Cina bersikap perkauman dalam bidang politik
54. Orang Cina bersatu dalam memperjuangkan hak mereka
55. Orang Cina hanya mengutamakan etnik mereka dalam politik
56. Orang Cina sentiasa mengutamakan kepentingan etnik mereka
dalam berpolitik
57. Orang Cina lebih mengutamakan kepentingan parti politik
vernakular
58. Orang Cina menggunakan media berbahasa Cina dalam
memperjuangkan hak mereka
59. Orang Cina suka mempertikaikan hak bumiputera di Malaysia
60. Orang Cina mengamalkan politik kotor
61. Orang Cina licik dalam berpolitik
62. Orang Cina berpecah belah dari segi politik
63. Orang Cina suka bermuka-muka dengan etnik lain
64. Orang Cina suka memandang rendah etnik lain
65. Orang Cina berasa mereka masih belum berada dalam ‘zon selesa’
di Malaysia
66. Orang Cina sanggup menindas orang lain demi kepentingan
politik mereka
67. Orang Cina bergabung dalam memperjuang kepentingan mereka
walaupun berbeza parti politik
Pekerjaan 68. Orang Cina tidak berminat dengan pekerjaan di sektor kerajaan
69. Orang Cina lebih suka berniaga daripada pekerjaan lain
Ekonomi Sikap 70. Orang Cina suka menipu dalam perniagaan
71. Orang Cina bersikap tamak dalam perniagaan
Sikap 72. Orang Cina kedekut dalam berurus niaga
Perniagaan 73. Orang Cina mengutamakan kaum sendiri dalam pengambilan
pekerja
74. Orang Cina suka memanipulasi demi keuntungan diri
75. Orang Cina memonopoli pekerjaan di sektor swasta
76. Orang Cina suka mengambil kesempatan terhadap orang lain
77. Orang Cina lebih mengutamakan keuntungan berbanding
kebajikan pekerja
78. Orang Cina banyak terlibat dengan rasuah dalam aktiviti
perniagaan
79. Orang Cina tidak menyokong produk kaum lain
80. Orang Cina suka mengaut keuntungan secara berlebihan
81. Orang Cina banyak terlibat dalam perniagaan haram
82. Orang Cina banyak terlibat dalam peminjaman wang secara haram

Dapatan kajian ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa faktor sosio-budaya
memainkan merupakan aspek yang paling banyak diberikan perhatian oleh masyarakat Melayu

363
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dan India dalam pembentukan stereotaip terhadap masyarakat Cina. Ini terbukti apabila
stereotaip daripada aspek sosio-budaya menjadi aspek yang paling tinggi dalam kalangan
responden, walaupun stereotaip ekonomi dan politik merupakan turut disentuh.
Aspek politik tidak begitu popular dalam stereotaip masyarakat Melayu dan India
terhadap masyarakat Cina. Elemen etnosentrik menjadi isu utama dalam pembentukan
stereotaip politik dalam masyarakat India. Aktiviti berpolitik di Malaysia begitu sinonim
dengan perkauman. Justeru, elemen tersebut merupakan isu yang biasa dikaitkan, terutamanya
dengan golongan yang dianggap minoriti.
Aspek ekonomi, sebaliknya, merupakan bahagian yang paling sedikit membentuk
stereotaip masyarakat Melayu dan India terhadap masyarakat Cina. Pelbagai elemen seperti
sikap suka menipu, tamak, kedekutdan manipulasi merupakan antara stereotaip ekonomi
terhadap masyarakat Cina. Dapatan ini juga secara tidak langsung menggambarkan penerimaan
masyarakat Melayu dan India terhadap penguasaan masyarakat Cina dari segi ekonomi apabila
tidak banyak dibangkitkan mengenai monopoli ekonomi masyakat Cina dalam masyarakat
Malaysia. Sebaliknya, stereotaip lebih tertumpu kepada elemen sikap dalam menjalankan
aktiviti ekonomi.
Ciri perbezaan dari pelbagai aspek dalam masyarakat majmuk di Malaysia menjadi
penghalang utama dalam proses pembinaan integrasi nasional dalam kalangan masyarakatnya
(Rabuskha 1973). Selain itu, kemajmukan etnik, budaya dan cara hidup antara pelbagai etnik
turut mendedahkan masyarakat kepada prejudis dan stereotaip, seterusnya menjadi salah satu
faktor penghalang dalam melahirkan integrase nasional. Justeru, prejudis dan stereotaip antara
etnik perlu diberi ditangani dengan baik.

KESIMPULAN

Kesepaduan sosial merujuk suatu fenomena sosial yang dipacu oleh keinginan mendalam
terhadap perpaduan yang seterusnya pula mempengaruhi para anggota masyarakat yang
dianggap sebagai prasyarat untuk mencapai perpaduan tersebut. Stereotaip negatif merupakan
satu elemen yang menghalang kepada kesepaduan antara etnik. Tidak dapat dinafikan bahawa
masyarakat Melayu memiliki pandangan stereotaip terhadap masyarakat India. Kesan stereotaip
ini berlaku secara berterusan dan mampu menjejaskan perhubungan di antara masyarakat
Melayu dan masyarakat India. Stereotaip negatif perlu dibendung agar ia tidak menular lebih
jauh ke dalam hubungan etnik di negara ini. Walaupun telah banyak usaha kerajaan dijalankan
untuk membendung pemasalahan antara etnik dan membentuk kesepaduan sosial, namun pada
hakikatnya, masih banyak lagi yang perlu dilakukan agar hasrat mewujudkan integrasi nasional
dapat dicapai sepenuhnya.

RUJUKAN

Ashmore, R.D., dan Del Boca, F.K.. 1981. Conceptual approaches to stereotypes and
stereotyping. In Cognitive processes in stereotyping and intergroup behavior. D. L.
Hamilton (ed.), 1–35. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Bodenhausen, Galen V. (1988). Stereotypic biases in social decision making and memory:
Testing process models of stereotype use. Journal of Personality and Social Psychology,
55 (5), 726-737.
Devine, Patricia G. 1989. Stereotypes and prejudice: Their automatic and controlled components.
Journal of Personality and Social Psychology, 56, 5-18.
Faisal Ibrahim, Norhayati Abdul Manaf, Thong Lai Kit, Ezhar Tamam, Khairul Hilmi, dan
Zalina Darman. 2010. Re-Visiting Malay Stereotypes: A Case Study among Malaysian and
Indonesian Chinese Students. SEGi Review. 3(2), Dec 2010, 153-163

364
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Gardner, Robert C.1994. Stereotypes as consensual beliefs, dalam M. P. Zanna & J. M. Olson
(Ed.), The psychology of prejudice: The Ontario symposium, Vol. 7 (pp. 1-31). Hillsdale,
NJ: Lawrence Erlbaum.
Hamilton, D.L., & Trolier, T.K. (1986). Stereotypes and stereotyping: An overview of the
cognitive approach. In J. Dovidio & S. Gaertner (Eds.), Prejudice, discrimination, and
racism (pp. 127-163). Orlando, FL: Academic Press.
Haslam, Alexander S. 2001. Psychology in Organisations, The Social Identity Approach.
London: Sage Publications.
Hazri, J., Molly, N. N. L., Santhiram, R., Hairul Nizam, I., Nordin, A. R., Wah, L. L., Nair , S.
2004. Ethnic Interaction Among Students in Secondary School in Malaysia: USM.
Healey , J. F. 2009. Race, Ethnicty , Gender and Class : The Sociology of Group Conflict and
Change (5 th ed.). Newport: Christopher Newport University.
Kamarul Zaman Ahmad. 2012. An Empirical Test of the Propositions by Gray and Tannen
Relating to Gender Communication in Malaysia. Asian Social Science, 8(11), 250-263
Kunda, Ziva dan Thagard, Paul. 1996. Forming impressions from stereotypes, traits, and
behaviors: A parallel-constraint-satisfaction theory, Psychological Review, 103(2), 284-
308.
Larisa Nikitina and Fumitaka Furuoka. 2013. “Dragon, Kung Fu and Jackie Chan…”:
Stereotypes about China Held by Malaysian Students. TRAMES, 2013, 17(67/62), 2, 175–
195
Larsen, Knud S. 1979. Person Perception and the Evaluation of Aboriginal Topical Art: How to
Change Stereotypes. The Journal of Social Psychology, 100, 107-110.
MacLin, M.K., and Herrera, V. 2006. The Criminal Stereotype. North American Journal of
Psychology, 8(2), 197-208
Mansor Mohd Noor dan rakan-rakan. 2001. Kajian Arah dan Tahap Pencapaian Perpaduan
Negara Di Insititusi Pengajian Tinggi, Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan
Dasar,Universiti Sains Malaysia.(tidak diterbitkan).
Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim, Hazri b. Jamil & Najeemah bt. Mohd. Yusof. 2013. Prejudis
Dan Stereotaip dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan
Malaysia. Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-
0-1), 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net, 1011-1021.
Noran Fauziah Yaakob, Teh Yik Koon dan Salma Ishak. 1987. Faktor-faktor Yang Berkaitan
Dengan Perhubungan Kaum – Kes Universiti Utara Malaysia dalam Seminar Kebangsaan
Mengenai Perpaduan Nasional 1987. Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Rabushka, Alvin. 1973. Race and Politics in Urban Malaya. Stanford, California: Hoover
Institution Press, Stanford University.
Santhiram, R. 1996. ‘Malaysian Educational Development: A Study of Inter-Ethnic Relations’,
Journal of the Institute of Asian Studies, 8(2) : 17- 48.
Vogt, Paul W. 1994. ‘Introduction: Six questions about tolerance and education’, TheReview of
Education/Pedagogy/Culture Studies, 16(3-4),273-276.
http://www.bernama.com, 22 Jun 2010
http://www.bernama.com, 24 Julai 2013

365
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF DALAM PENTAKSIRAN


BERASASKAN SEKOLAH: PRINSIP DAN PELAKSANAAN

Nor Hasnida Che Md Ghazali


Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Dewasa ini, pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) secara efektif dapat
mempengaruhi pembelajaran pelajar. Malah, PBS juga dapat meningkatkan proses
pengajaran dan seterusnya memberi kesan kepada proses penambahbaikan sekolah.
Kertas kerja ini membincangkan konsep pentaksiran formatif dan sumatif dalam PBS
secara agak terperinci. Seterusnya, konsep pentaksiran pendidikan yang dilaksanakan
dalam konteks sistem pendidikan Malaysia secara am juga dibincangkan. Hasil
pendedahan konsep pelaksanaan daripada kajian literatur dan dapatan kajian-kajian
lepas, digariskan beberapa implikasi penting kepada polisi pentaksiran, amalan
pengajaran guru serta pentadbiran sekolah. Dengan ini, diharap dapat meningkatkan
dan menambah baik pelaksanaan PBS di Malaysia khususnya dalam pelaksanaannya
untuk mencapai objektif sebenar sistem pendidikan negara sebagaimana yang
dimanifestasi oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kata kunci: Pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran formatif, pentaksiran


sumatif.

PENGENALAN

Sistem pentaksiran adalah satu komponen penting dalam sistem pendidikan negara. Ini
kerana tiga elemen yang saling berkait antara satu sama lain iaitu kurikulum, pengajaran
dan pentaksiran adalah elemen utama dalam menyumbang kepada sesuatu penambahbaikan
dalam pendidikan (Young dan Giebelhaus, 2005). Malangnya, sistem pentaksiran yang
berlaku selama ini (selepas ini dinamakan ‘konsep pentaksiran tradisional’) terutamanya
yang dijalankan di negara-negara yang sedang membangun, adalah tidak begitu berjaya
dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan
menunjukkan bagaimana konsep pentaksiran tradisional gagal memberikan impak positif
dalam pembelajaran pelajar. Konsep pentaksiran tradisional yang telah sekian lama
dijalankan di sekolah-sekolah di seluruh dunia lebih memfokuskan kepada peperiksaan
awam (Wiliam, 2001).Oleh kerana fokusnya adalah kepada peperiksaan awam semata-
mata, ia dilihat kurang diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar,
dan secara realitinya ia menjadi suatu yang sangat terpisah dari pengajaran. Malah,
pentaksiran juga dilihat hanya sebagai satu tiket untuk pemilihan pelajar ke tahap yang
lebih tinggi atau untuk mendapatkan sijil yang boleh dibanggakan. Malah, pentaksiran
tradisional juga lebih memfokuskan kepada mengenal pasti hasil akhir pelaksanaan sesuatu
kurikulum, program atau polisiatau dijadikan perbandingan untuk melihat samada sesuatu
objektif pengajaran itu tercapai atau tidak (Caffrey, 2009). Ini menjadikan kurangnya
fokus diberikan terhadap mendapatkan maklumat untuk meningkatkan pengajaran guru
dari proses pentaksiran itu sendiri. Perbandingan antara konsep pentaksiran tradisional
dan konsep pentaksiran alternatif dijelaskan oleh Fan (2011) yang dikhususkan kepada
pentaksiran matematik seperti di dalam Jadual 1.1.

366
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 1.1: Perbandingan antara konsep pentaksiran tradisional dan baru untuk pentaksiran
matematik
Pentaksiran
Konsep tradisional Konsep baru
matematik
Apa (kandungan)? Domain kognitif (terutamanya Domain kognitif dan afektif
pengetahuan dan skil) dan melihat (pengetahuan, skil, kebolehan dan
hasil pembelajaran disposition) dan melihat hasil dan proses
pembelajaran
Di mana Di dalam bilik darjah Di dalam atau di luar bilik darjah
(dilaksanakan)?
Bila Semasa kelas pada satu tempoh Semasa atau selepas kelas selama
(dilaksanakan)? masa yang tertentu beberapa hari, minggu, bulan atau tahun

Bagaimana Secara konvensional (ujian Secara konvensional dan alternatif


(dilaksanakan)? bertulis)
Untuk apa Satu tujuan; iaitu untuk Pelbagai tujuan dalam meningkatkan
(dilaksanakan)? penggredan diikuti pelaporan hasil pengajaran dan pembelajaran
akhir pembelajaran
Hubungan dengan Pentaksiran dalam pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran
pembelajaran (Assessment of Learning) (Assessment for Learning), Pentaksiran
dalam pembelajaran (Assessment of
Learning) dan Pentaksiran sebagai
pembelajaran (Assessment as Learning)

Dewasa ini, sistem pentaksiran di kebanyakan sekolah di seluruh dunia terutamanya di


negara maju semakin mengaplikasikan konsep pentaksiran alternatif. Semakin hari semakin
banyak kajian yang menunjukkan bagaimana pentaksiran alternatif ini dapat meningkatkan
pencapaian pelajar, terutamanya dengan pengaruh dari Assessment Reform Group yang
dipelopori oleh Professor Paul Black dan Professor Dylan Wiliam dari United Kingdom.
Mereka berdua telah mengadakan satu kajian yang agak menyeluruh berkenaan kajian
literatur yang berkaitan (Black and Wiliam, 1998). Mereka telah mengkaji pelbagai buku
dan lebih dari 160 buah jurnal yang diterbitkan sekitar 9 tahun ke belakang. Proses ini
melibatkan 580 artikel dan bab dalam buku yang dikaji. Kesimpulan yang telah mereka
buat ialah, memang terdapat banyak eviden yang menyatakan bahawa pentaksiran formatif
dapat meningkatkan standard pembelajaran dan seterusnya menyatakan cara bagaimana
meningkatkan pelaksanaan pentaksiran formatif di sekolah-sekolah.

Apa Itu PBS


PBS ialah suatu sistem pentaksiran yang agak baru diperkenalkan dalam sistem pendidikan.
Sehubungan dengan itu, beberapa terma berkaitan pentaksiran akan diperjelaskan dahulu
untuk mengelakkan salah faham berkaitan PBS. Bila dilihat dari kajian literatur, terdapat
beberapa terma yang dikaitkan dengan PBS seperti ‘pentaksiran bilik darjah’, ‘pentaksiran
guru’, ‘pentaksiran internal atau ‘pentaksiran kerja kursus dan berterusan’ (Grima,2003).
Walau bagaimanapun, Thimappa and Sharma (2003) menyifatkan pentaksiran guru sebagai
sebahagian daripada PBS sahaja. Kebanyakan kajian yang lepas lebih menggunakan terma
PBS berbanding terma-terma yang disebutkan diatas, yang tidak pula dijelaskan mengapa
terjadi demikian. Pentaksiran bilik darjah ialah yang paling sinonim dengan PBS. Jika dilihat
kepada takrif, pentaksiran bilik darjah adalah satu sistem pentaksiran yang dijalankan di dalam
bilik darjah oleh guru-guru (Black and Wiliam, 2004). Perkara utama yang membezakan
pentaksiran bilik darjah dengan PBS ialah berkenaan lokus pentaksiran. Pentaksiran bilik

367
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

darjah mesti berlaku di dalam bilik darjah manakala PBS boleh dikendalikan di mana-
mana atau dengan kata lain, tempat bukanlah perkara utama dalam PBS. Yang penting,
pelaksanaannya mestilah mengikut ‘peranan’ yang sepatutnya dimainkan oleh PBS. Jadi,
bagi pentaksiran bilik darjah, hanya strategi yang sesuai dijalankan di bilik darjah boleh
diguna pakai. Manakala bagi PBS, ia boleh melibatkan strategi pentaksiran diluar bilik darjah
seperti pentaksiran aktiviti sukan atau kokurikulum (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2011).
Secara amnya, PBS boleh dikatakan sebagai satu sistem pentaksiran yang ditadbir oleh
pihak sekolah berdasarkan garis panduan pentaksiran, di mana guru merancang pentaksiran
untuk satu unit pembelajaran. PBS melibatkan jenis-jenis pentaksiran berserta pemberat
dan tugasannya, dan juga hasil pembelajaran sebagaimana yang dinyatakan di dalam silibus
(WACE, 2008). Untuk PBS dalam konteks pendidikan di Hong Kong, ia mula diperkenalkan
di Hong Kong sejak tahun 1978 (Cheung and Yip, 2003). Ia dikenali sebagai ‘Teacher
Assessment Scheme’, di mana pentaksiran diselia oleh guru subjek bagi kemahiran praktikal
subjek kimia, dan PBS menyumbang sebanyak 20 peratus untuk keseluruhan markah subjek
tersebut. Kini, Hong Kong Diploma of Secondary Education Examination memperkenalkan
PBS yang mirip TAS, di mana PBS merupakan satu jenis pentaksiran yang ditadbir oleh guru
subjek dan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur dan kriteria yang telah ditetapkan
(HKEAA, 2012a). Markah yang diperoleh pelajar akan menyumbang kepada keputusan akhir
diploma mereka. Pelajar akan ditaksir mengguna pelbagai aktiviti seperti aktiviti membaca,
laporan penulisan, persembahan oral, perbincangan berkumpulan, persembahan individu,
kerja makmal atau kerja projek yang bergantung kepada subjek yang mereka ambil.Dewasa
ini, PBS dilihat semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di seluruh dunia. Kini,
selain Australia, United Kingdom, United States of America dan Hong Kong, New Zealand,
Finland, Canada, Africa, Sweden, Scandinavia dan Singapura juga makin memasukkan PBS
di dalam sistem pendidikan mereka (Assessment Support Material, 2001).

Pentaksiran Formatif Dan Sumatif


Secara amnya, PBS terdiri dari dua komponen utama iaitu pentaksiran formatif dan sumatif.
Kertas kerja ini memperincikan pelaksanaan kedua-dua jenis pentaksiran semasa pengajaran,
dan kurang memberi fokus kepada komponen yang menyumbang kepada keseluruhan proses
pelaksanaan PBS di sekolah, seperti faktor kemahiran dan ilmu pengetahuan guru, latihan
dalam perkhidmatan atau cabaran dalam melaksanakan PBS di sekolah. Rata-rata kita dapati
ramai guru yang masih tidak jelas dengan peranan dan cara pelaksanaan pentaksiran formatif
(Nor Hasnida, 2015). Mungkin pentaksiran sumatif lebih mudah difahami kerana selama
ini negara kita memang mengutamakan sistem pentaksiran yang melaksanakan peperiksaan
awam. Walau pun pada hakikatnya, pentaksiran sumatif bukanlah bermaksud peperiksaan
awam sebagaimana yang disalah tafsir oleh sesetengah guru. Jadi, apa sebenarnya pentaksiran
formatif dan sumatif? Apakah peranan sebenar kedua-dua pentaksiran tersebut? Bagaimana
pelaksanaan yang efektif? Ini semua diperincikan di dalam kertas kerja ini berserta dengan
model pentaksiran dari kajian lepas.
Pentaksiran formatif melibatkan aktiviti yang djalankan oleh guru dan pelajar dalam
mentaksir kerja-kerja mereka, yang seterusnya membekalkan maklumat untuk diguna sebagai
maklum balas untuk mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Black and Wiliam,
1998). Ini adalah definisi yang dianjurkan oleh Paul Black and Dylan Wiliam di akhir kurun
ke-20 yang sesuai diaplikasikan sehingga kini. Kalau dilihat kepada definisi oleh Popham
(2008), pentaksiran formatif dilihat sebagai satu proses yang diguna oleh guru dan pelajar
semasa pengajaran yang memberikan maklum balas yang berguna untuk mengubahsuai
pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan pencapaian pelajar sebagaimana yang
dihasratkan. Jika diteliti, kita dapati maklum balas sangat penting dalam pentaksiran formatif.
Apa dan bagaimana maklum balas sepatutnya berperanan?
Maklum balas yang diterima oleh guru dari proses pentaksiran semasa pembelajaran
boleh berlaku apabila adanya perbincangan antara guru dan murid berkenaan ‘apa yang
368
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

murid tahu dan apa yang murid perlu tahu’ (Young dan Giebelhaus, 2005). Maklumat ini
boleh diguna oleh guru untuk mengubahsuai strategi, bahan dan kaedah pengajaran menurut
objektif pengajaran. Di samping itu, bagi pelajar, maklum balas bertindak sebagai satu
turning point untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran yang telah disalah fahami
oleh mereka. Maklum balas juga berperanan dalam meningkatkan kepercayaan dan motivasi
pelajar. Malah, maklum balas merupakan satu medium yang penting dalam mempromosi
pembelajaran bermakna dan pemahaman dan juga dalam meningkatkan kemahiran berfikir
pelajar (Hargreaves, 2005). Begitu peri pentingnya maklum balas, bagaimana ia sepatutnya
dikendalikan oleh guru di dalam bilik darjah?
Maklum balas mestilah konstruktif untuk mendapat hasil pembelajaran yang bermakna.
Konstruktif bermaksud maklum balas mestilah dalam bentuk deskriptif, jelas dalam
objektif dan standard, logik dari segi tempoh pelaksanaan, merangsang pembelajaran,
berorientasikan action dan solution, agak confidential untuk memastikan kepercayaan pelajar
tidak dicemari, spesifik kepada perlakuan yang boleh dinilai dan informatif. Maklum balas
mesti mengelakkan generalisasi atau interpretasi dan anggapan yang di agak-agak semata
(Hamid dan Mahmood, 2010). Tambahan lagi, pemberian gred, membanding skor antara
pelajar dan tidak spesifik dalam memberi maklum balas mestilah dielakkan kerana itu semua
tidak memberi kesan dalam pembelajaran pelajar (IowaCore, 2011). Tambahan lagi, maklum
balas yang konstruktif mestilah dapat menjadikan pelajar lebih berfikir, dan ini tidak dapat
diperoleh jika pelajar hanya diberi gred, skor atau komen yang ringkas seperti ‘bagus’ atau
‘tidak bagus’ sahaja(Leahy et al., 2005). Bila seseorang guru memberi maklum balas dalam
bentuk komen, ia mestilah jelas dan tepat supaya pelajar tahu apa yang dimaksudkan oleh
guru mereka dan boleh membuat perubahan kepada kerja mereka. Malah, sebaik-baiknya
komen mestilah ada kaitan dengan rubrik dari silibus. Contoh bagi komen yang konstruktif
dari seorang guru ialah ‘Lima dari 20 jawapan ini adalah salah. Kenal pasti dan cuba buat
pembetulan’. Sehubungan dengan itu, kajian juga mendapati bahawa komen semata-mata
adalah lebih efektif berbanding memberi komen berserta markah atau memberi markah
sahaja. Ini kerana pemberian komen semata-mata dapat meningkatkan sistem kepercayaan
diri pelajar, seterusnya meningkatkan pembelajaran mereka (Black, 2007).Seterusnya, untuk
memperjelaskan lagi perbincangan berkenaan maklum balas, disertakan pelbagai kategori
pentaksiran formatif dalam Jadual1.2. Jadual di bawah jelas menunjukkan bahawa untuk
sesuatu pentaksiran formatif itu memberi kesan kepada pembelajaran, maklum balas mestilah
melibatkan pernyataan aktiviti yang spesifik dengan tugasan yang diberikan oleh guru dan
memastikan ianya mudah fahami oleh pelajar dan bukan sekadar memberi markah atau gred
semata-mata. Secara logiknya, itulah yang biasanya dipraktikkan oleh guru atau ibu bapa
di dalam bilik darjah atau di rumah untuk membuat sesuatu perubahan kepada mana-mana
aktiviti informal yang melibatkan pelajar. Di sini juga menggambarkan bahawa pentaksiran
formatif bukanlah sesuatu yang baru atau sesuatu yang asing. Pentaksiran formatif hanyalah
suatu jenis pentaksiran yang makin di formalkan bila ia di bawa masuk ke dalam sistem
pendidikan negara. Cuma, ia mestilah lebih sistematik dan bersandar kepada silibus. Jika
tidak, standardnya menjadi berbeza di antara seorang guru dengan seorang guru yang lain.

Jadual 1.2: Kategori pentaksiran formatif


Intervensi maklum balas Penerangan
Maklum balas lemah Memberi markah atau gred
Maklum balas semata-mata Memberi markah atau gred; dan maklum balas untuk jawapan
betul
Pentaksiran formatif yang lemah Memberi maklumat kepada jawapan betul; dan sedikit
penerangan
Pentaksiran formatif yang Memberi maklumat kepada jawapan betul; dan sedikit
sederhana penerangan, berserta cadangan untuk penambahbaikan

369
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Pentaksiran formatif yang berkesan Memberi maklumat kepada jawapan betul; dan sedikit
penerangan, berserta aktiviti yang spesifik untuk
penambahbaikan

Seterusnya, Nicol dan Macfarlene-Dick (2006) menggariskan tujuh prinsip utama


amalan maklum balas yang berkesan yang dapat membantu pembelajaran kendiri pelajar.
Pembelajaran kendiri ialah satu proses di mana pelajar mengawal selia pemikiran, motivasi
dan aspek tingkah laku mereka semasa proses pembelajaran, yang mana mereka mempunyai
darjah pengawalan yang lebih tinggi terhadap pembelajaran mereka. Prinsip pertama, maklum
balas yang baik dapat membantu pelajar mengenal pasti lompang yang wujud antara prestasi
semasa pelajar dengan matlamat pembelajaran yang dikehendaki (Young and Giebenhaus,
2005). Seterusnya, maklum balas yang berkesan dapat membantu pelajar untuk memahami
matlamat pembelajaran, meningkatkan pentaksiran kendiri dan membina kepercayaan dan
keyakinan diri. Malah, ia juga akan memperbaiki mutu aktiviti dialog antara pelajar dan guru.
Yang terakhir ialah, ia dapat memberi maklumat yang berguna kepada guru kerana bila guru
membuat refleksi terhadap data pelajar, ia memberi peluang guru meningkatkan pembelajaran
kendiri pelajar.
Untuk lebih jelas lagi, di sini disertakan satu model pentaksiran formatif yang menceritakan
dengan terperinci pelaksanaan pentaksiran formatif semasa proses pengajaran. Proses ini
sepatutnya berlaku dalam satu kitaran yang lengkap. Dan, kitaran ini akan terus berulang-
ulang sehingga matlamat pembelajaran yang dikehendaki tercapai. Terdapat beberapa model
yang menerangkan proses pentaksiran formatif yang berlaku dalam bilik darjah, seperti model
pentaksiran formatif yang dibina oleh Margeret Heritage (IowaCore, 2011), Cowie dan Bell
(1999) atau Dr Herb Fynewever (2008). Hanya model pentaksiran formatif oleh Margeret akan
dibincangkan memandangkan model Cowie dan Bell hanya memfokuskan kepada pendidikan
sains manakala model oleh Dr Fynewever pula mendapatkan sampel dari pendidikan kimia.
Rajah 1.1 menunjukkan perhubungan dinamik model pentaksiran formatif oleh Margeret.

Rajah 1.1: Model Pentaksiran Formatif

Model ini telah dibina oleh Margeret Heritage dari National Center for Research on
Evaluation, Standards and Student Testing (CRESST) (IowaCore, 2011). Model ini jelas

370
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

menunjukkan satu perhubungan dinamik antara elemen-elemen utama dalam satu proses yang
berterusan dalam bentuk pusingan yang bermula dengan mengenal pasti matlamat pembelajaran
dan mempunyai definisi yang tepat tentang kriteria untuk berjaya.
Terdapat empat elemen utama bagi model: mengenal pasti lompang, memberi maklum
balas, penyertaan aktif pelajar dan kemajuan pembelajaran (Heritage, 2007). Kalau dilihat
kepada elemen ‘mengenal pasti lompang’, ia melibatkan proses mengenal pasti lompang
antara tahap pembelajaran semasa dan tahap pembelajaran yang dikehendaki. Perbezaan tahap
ini dikenali sebagai ‘zon perkembangan proksimal’ seperti mana yang dicadangkan oleh Lev
Vygotsky. Bilamana seseorang guru benar-benar melaksanakan pentaksiran formatif secara
efektif, mereka berupaya untuk mengenal pasti lompang berkenaan bagi setiap pelajar dan
seterusnya memberi sokongan kepada pelajar untuk menutup lompang dengan mengubahsuai
pengajaran. Sokongan juga boleh datang daripada proses kolaboratif dengan kawan-kawan
yang lebih pandai daripada mereka. Seterusnya diikuti dengan proses guru ‘memberi maklum
balas’ kepada pelajar. Maklum balas yang diberikan oleh guru kepada pelajar tentang status
pembelajaran semasa pelajar seharusnya berbentuk deskriptif dan berasaskan kriteria, dan
cara bagaimana untuk memperbaiki kelemahan mereka (Sadler, 1989). Atau secara ringkasnya
ialah, maklum balas adalah bertujuan untuk memenuhi lompang yang dimaksudkan di atas.
Walau bagaimanapun, maklum balas seharusnya menguntungkan kedua-dua belah pihak,
iaitu pihak pelajar dan juga guru. Sehubungan dengan itu, sejauh mana maklum balas boleh
berkesan bergantung pula kepada penyertaan aktif pelajar semasa sesi pembelajaran. Aktif
di sini bermaksud pelajar membina kemahiran dalam pentaksiran kendiri, pentaksiran rakan
sebaya dan juga semasa kolaborasi bersama guru dalam membina proses metakognitif mereka.
Semua kemahiran ini adalah sangat penting kerana ia membolehkan pelajar mempunyai
pemahaman yang selaras dengan guru mereka berkenaan status pembelajaran semasa mereka.
Dan, seterusnya adalah untuk memastikan tindakan yang sesuai dapat diambil untuk mencapai
matlamat yang dikehendaki sepanjang pembelajaran pelajar. Kemajuan pembelajaran pula ialah
satu siri kemajuan tentang apa yang perlu dipelajari oleh murid dalam memperoleh matlamat
yang dikehendaki. Guru menggunakan kemajuan pembelajaran sebagai satu penanda aras untuk
mengenal pasti status semasa pembelajaran pelajar. Pada asasnya, kemajuan pembelajaran
menyokong pelaksanaan pentaksiran formatif memandangkan ia adalah asas kepada semua
elemen-elemen lain yang dinyatakan di dalam model di atas. Walau bagaimanapun, untuk
membina kemajuan pembelajaran bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai guru yang gagal
menghasilkan kemajuan pembelajaran yang bermutu.
Selain daripada model yang dibina untuk memperjelaskan lagi proses pelaksanaan
pentaksiran formatif, terdapat beberapa teori pembelajaran yang memberi implikasi kepada
pelaksanaan pentaksiran formatif. Teori tersebut ialah teori behaviorisme, teori pembelajaran
Piaget, teori konstruktivisme, teori kecerdasan pelbagai dan ‘brain research’. Walau
bagaimanapun, semua teori tersebut tidak di bincangkan dalam kertas kerja ini.
Pentaksiran sumatif pula ialah satu pentaksiran yang mengukur tahap pencapaian pelajar
dalam bentuk peperiksaan yang di pantau oleh guru kelas atau pemantau luar di akhir unit atau
tahun (CERI, 2008). Ujian semester atau peperiksaan akhir tahun adalah contoh pentaksiran
sumatif. Pentaksiran sumatif boleh juga dalam bentuk portfolio, esei, ujian pelbagai pilihan
(Learning Points Associate, 2009), projek individu, projek berkumpulan, viva, penilaian kendiri
atau penilaian rakan sebaya (Rust, 2002). Bahkan, ia juga boleh melibatkan maklum balas
dalam bentuk gred atau komen yang diberikan kepada pelajar selepas mereka menyelesaikan
ujian atau kerja rumah (Fynwever, 2008). Untuk lebih jelas, jika dilihat secara mendalam
kepada peranan pentaksiran sumatif dalam pembelajaran pelajar, ia dapat dilihat dalam pelbagai
perspektif. Pentaksiran sumatif ialah satu jenis pentaksiran yang mengukur ‘hasil pembelajaran’
dan bukan mengukur prestasi pelajar semasa mereka melaksanakan apa-apa tugasan sepanjang
proses pembelajaran (Fynwever, 2008). Peranannya boleh juga dilihat sebagai menilai
kemajuan pelajar berbanding dengan standard antarabangsa (Rayment, 2006), mempromosi
pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, untuk mendapatkan sijil
371
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

atau tiket untuk mendapatkan pekerjaan (Wiliam, 1998). Ia juga berperanan untuk memberi
maklumat kepada ibu bapa, guru dan pelajar berkenaan pencapaian pelajar (Harlen, 2004).
Tambahan lagi, pentaksiran sumatif juga berperanan untuk menilai keberkesanan pelbagai
program pendidikan seperti menilai kurikulum sekolah (Wang, 2008). Bersama-sama dengan
maklumat-maklumat lain, pentaksiran sumatif juga boleh digunakan untuk memantau pretasi
guru dan sekolah (Harlen, 2005). Bahkan, ia juga membekalkan maklumat berkenaan kualiti
pendidikan dan membuat perbandingan antara sekolah dan sistem pendidikan nasional (CERI,
2008) atau untuk memantau prestasi dan akauntabiliti sekolah (Harlen, 2004).
Terdapat dua kategori yang melibatkan pentaksiran sumatif iaitu pentaksiran normatif
dan kriteria bergantung kepada bagaimana ia diinterpretasikan (Rayment, 2006). Pentaksiran
normatif mentaksir kemajuan pelajar dengan membanding pelajar yang ada dalam sesebuah
kumpulan, dan ia melibatkan memberi ‘ranking’ kepada pelajar. Manakala pentaksiran kriteria
pula mentaksir pelajar mengikut standard yang telah dikhususkan di awal lagi dan pelajar akan
dilabelkan sebagai ‘berjaya’ atau ‘gagal’, atau ‘berskil’ atau ‘tidak berskil’. Jadual 1.3 di bawah
menunjukkan dengan jelas perbezaan antara pentaksiran formatif dan sumatif.

Jadual 1.3: Pentaksiran formatif dan sumatif


Dimensi Pentaksiran formatif Pentaksiran sumatif
Tujuan Pengajaran; untuk membina ilmu Pentadbiran; untuk menilai
pengetahuan dan pemahaman pengetahuan dan pemahaman
pada sesuatu masa
Pelaksanaan Bergantung kepada keputusan Tertakluk kepada protokol yang
guru dari masa ke semasa; dibina di dalam atau di luar bilik
bergantung kepada individu, darjah; dibina oleh guru atau
dibina oleh guru pemeriksa luar
Tempoh masa Semasa sesi pengajaran pada Selepas pengajaran pada kadar
kadar frekuensi yang agak tinggi frekuensi yang rendah

Skop Agak menjurus dengan satu atau Agak besar dengan set objektif
beberapa objektif pembelajaran yang komprehensif
di satu-satu masa

Audien Bilik darjah (pelajar, guru dan Bilik darjah, pentadbir dan orang
ibubapa) awam
Maklum balas Pelajar-guru, dalam bentuk Pelajar-orang awam, dalam
deskriptif bentuk penilaian

Kalau dilihat kepada kedua-dua jenis pentaksiran, jelas menunjukkan bahawa


kedua-duanya diperlukan untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Malah, dua komponen
pentaksiran inilah yang menjadi tonggak PBS dalam konteks sistem pendidikan Malaysia kini.

PBS Dalam Konteks Negara Malaysia


Dalam konteks negara Malaysia, PBS ialah satu sistem pentaksiran yang agak baru diperkenalkan
untuk dilaksanakan secara formal, iaitu pada tahun 2011 dan ia dilaksanakan kepada pelajar
Tahun 1 sahaja pada tahun tersebut. Seterusnya, pada tahun 2012, perlaksanaan dijalankan
terhadap pelajar Tahun 1 dan 2 dan begitulah seterusnya pada tahun-tahun berikutnya. PBS
ialah satu sistem pentaksiran yang dijalankan di sekolah, dirancang, dilaksanakan, diberi
penskoran dan dibuat laporan menuruti prosedur yang di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2011). Secara amnya, ia mesti dilaksanakan oleh
guru subjek di sekolah cuma terdapat beberapa pengecualian seperti adanya penglibatan guru
jasmani atau guru kaunseling sekolah untuk beberapa komponen PBS yang akan diperincikan
dibawah. PBS dilaksanakan secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

372
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ataupun di akhir sesi pembelajaran. PBS merupakan satu sistem pentaksiran yang holistik
yang mentaksir kesemua aspek utama pelajar; iaitu aspek kognitif (intelek), afektif (emosi
dan spiritual) dan psikomotor (fizikal). Ini berbeza dengan pentaksiran sebelum ini yang lebih
memfokuskan kepada pencapaian akademik pelajar semata-mata (Ministry of Education,
2011). Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard
Sekolah yang diwartakan di Malaysia. PBS juga berfungsi dalam mentaksir ‘proses’ dan
‘produk’ pembelajaran secara formatif dan summatif dengan mempraktikkan pentaksiran untuk
pembelajaran (Assessment For Learning) dan pentaksiran dalam pembelajaran (Assessment
Of Learning).Kalau dilihat kepada objektif utama PBS sebagaimana yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 2010, PBS dilaksanakan untuk;
i) Mendapatkan gambaran keseluruhan berkenaan potensi pembelajaran setiap pelajar
ii) Memantau perkembangan setiap pelajar dan membantu mereka meningkatkan potensi
pembelajaran
iii) Menghasilkan laporan yang bermakna bagi setiap pelajar
(Lembaga Peperiksaan, 2010)

Bahkan, PBS dilihat sebagai satu cara untuk menghasilkan pentaksiran yang lebih bermakna
dengan lebih memfokuskan kepada perkembangan pembelajaran berbanding gred yang
diperoleh pelajar. PBS juga diharap dapat mengurangkan pergantungan penuh ke atas gred
peperiksaan dan menyumbang penambahbaikan kepada sekolah dan guru melalui pentaksiran
yang berkualiti, terutamanya peranan yang dimainkan oleh pentaksiran sekolah, satu komponen
pentaksiran dalam PBS. Malah, PBS juga dilihat sebagai satu usaha untuk memastikan prestasi
pelajar boleh dibanding dengan standard luar negara, terutamanya yang berkait dengan ilmu
pengetahuan, skil dan kemahiran pelajar (Che Noraini et al., 2013).

Implikasi Pelaksanaan PBS


PBS yang melibatkan kedua-dua komponen pentaksiran iaitu pentaksiran formatif dan
sumatif adalah sangat penting. Dalam kertas kerja ini dibincangkan cadangan-cadangan yang
dirasakan sesuai untuk diaplikasikan oleh pelbagai pihak.

a) Implikasi kepada polisi pentaksiran


Daripada kertas kerja ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan PBS mempunyai
potensi dalam memberi impak positif terhadap pencapaian pelajar dan penambahbaikan
sekolah. Implikasinya, pembuat dasar seharusnya membuat perubahan kepada polisi yang
melibatkan pentaksiran yang mana polisi seharusnya memberi fokus kepada reformasi
guru dan perkembangan kurikulum. Sebagai contoh, latihan guru praktikal atau latihan
dalam perkhidmatan kepada guru perlulah mendedahkan pentaksiran holistik dengan lebih
menyeluruh. Walau bagaimanapun, pendedahan ini bukanlah suatu usaha yang mudah
memandangkan proses ini bukan satu proses one-shotatau satu ad-hoc event. Dan, proses
latihan juga seharusnya dilaksanakan dengan lebih sistematik baik dalam perancangannya,
pelaksanaan atau penilaian program latihan tersebut. Tambahan lagi, para guru dan pentadbir
mestilah jelas dengan polisi yang melibatkan definisi dan peranan yang seharusnya dimainkan
oleh pentaksiran formatif dan sumatif untuk mengelakkan kekeliruan. Mereka perlu faham
tentang kekangan yang ada pada peperiksaan awam dalam meningkatkan prestasi pelajar.
Mereka juga perlu faham keseimbangan antara kos yang melibatkan pentaksiran formatif
dan sumatif terutamanya yang melibatkan waktu mengajar guru dan kos memeriksa skrip
jawapan pelajar. Wiliam (2009) ada mencadangkan bahawa pelaksanaan pentaksiran
formatif mempunyai peluang yang lebih tinggi dalam hendak mengurangkan kos kepada
sekolah atau sistem pendidikan jika dilaksanakan secara efektif. Di Malaysia, pelaksanaan
PT3, satu pentaksiran pusat yang juga merupakan pentaksiran sumatif baru diperkenalkan
kepada pelajar Tingkatan 3 pada tahun 2014. Ia menghendaki guru subjek yang memeriksa
skrip jawapan pelajar. Ini membolehkan penjimatan kepada pihak kerajaan kerana sebelum
373
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ini peperiksaan PMR yang merupakan peperiksaan awam memerlukan kos yang tinggi untuk
dikendalikan. Tetapi, tidak dinafikan bahawa kos langsung guru yang terlibat dengan PBS
agak membebankan guru seperti contohnya dalam kos fotostat, penyediaan kertas dan bahan-
bahan PBS. Tambahan lagi, menyediakan pembangunan professional berterusan kepada guru
sangat memerlukan kos yang tinggi (Webster et al., 2012).

b) Implikasi kepada amalan pengajaran guru


Guru tidak lagi boleh bergantung penuh kepada peperiksaan awam di akhir semester atau akhir
tahun untuk menilai prestasi pelajar. Bahkan, mereka juga tidak boleh hanya memfokuskan
kepada satu kaedah pentaksiran sahaja, seperti ujian sahaja, kerana ujian semata-mata tidak
dapat memperlihatkan potensi sebenar pelajar (Black and Wiliam, 1998). Malah, ujian
ialah satu jenis pentaksiran yang mempunyai hubungan yang lemah dengan pengalaman
pembelajaran pelajar.

c) Implikasi kepada pentadbiran sekolah


Kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran, pencapaian dan motivasi pelajar adalah
lebih baik bila pihak guru lebih memberi fokus kepada pentaksiran formatif dan hanya
melaksanakan pentaksiran sumatif apabila perlu sahaja (ARG, 2002). Melihatkan kepada
penemuan ini, ianya sangat kritikal bagi guru besar untuk memastikan polisi pentaksiran
difahami oleh pihak guru. Bahkan, guru besar juga hendaklah mengadakan satu iklim sekolah
yang positif supaya guru mudah untuk melaksanakan pentaksiran terhadap para pelajar.
Guru besar, pentadbir sekolah dan pihak kementerian mestilah benar-benar akur dengan
polisi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, terutamanya berkenaan pentaksiran formatif.
Tambahan lagi, untuk lebih mempromosi pentaksiran untuk pembelajaran ini, bukan hanya
guru yang harus diberi pendedahan, malah pihak ibubapa dan komuniti luar sekolah juga
patut dilibatkan. Seterusnya, polisi sekolah juga harus mengambilkira waktu dan kaedah
yang sesuai untuk melaksanakan pentaksiran sumatif supaya pihak guru tidak terkeliru
dengan pelaksanaan pentaksiran formatif.

KESIMPULAN

Konsep pelaksanaan pentaksiran formatif dan sumatif adalah ketara disebabkan peranannya
dalam meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Malah, ianya juga menjadi sangat
ketara kerana dengan melaksanakan kedua-dua pentaksiran tersebut secara efektif dapat
membekalkan pelajar dan ibubapa dengan maklumat pembelajaran pelajar yang dengan
itu menggalakkan mereka berusaha meningkatkan pembelajaran anak-anak. Seterusnya,
pentaksiran juga dapat meningkatkan motivasi pelajar atau bertindak sebagai satu medium
dalam membina dan menyokong pembelajaran berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun,
pelaksanaannya seharusnya disusuli dengan penilaian yang berterusan dari pihak kementerian
khususnya, agar pelaksanaannya dapat dipastikan berjalan sewajarnya.

RUJUKAN

ARG (2002) Assessment for Learning: 10 Principles. University of Cambridge: Assessment


Reform Group.
Assessment Support Material (2001).Assessment Support Material VCE: English/ESL.
Australia. Available at: http://www.vcaa.vic.edu.au/vce/studies/ english/EnglishASM.
doc (Accessed: 12 November 2011).
Black, P. and Wiliam, D. (2004) ‘Classroom Assessment Is Not (Necessarily) Formative
Assessment (and Vice-versa)’, Yearbook of the National Society for the Study of
Education, 103, 183-188.

374
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Black, P. (2007) Formative Assessment: Promises or problems? Available at: http://www.


mantleoftheexpert.com/studying/articles/Paul%20Black2007.pdf/ (Accessed: 6 July
2013).
Black, P and Wiliam, D. (1998). ‘Assessment and classroom learning’, Assessment in
Education: Principles, Policy and Practice, 5(1), 7-74.
Caffrey, E. D. (2009) Assessment in Elementary and Secondary Education: A Primer,
Congressional Research Service. Available at: http://www.fas .org /sgp/crs/misc/R40514.
pdf (Accessed: 5 April 2013).
CERI (Centre for Educational Research and Innovation) (2008) Assessment for Learning
Formative Assessment. Available at: http://www.oecd.org/dataoecd /19/31/40600533.pdf
(Accessed: 9 March 2012).
Che Noraini, H., Adlina, A. and Nurhidayah, M. H. (2013) ‘Ideal vs Reality: Evidences from
senior teacher experiences on the Malaysia SBA system’ Proceedings of the Malaysian
Educations Dean Council. UIAM, 23-25 September. INSTED.Available at: http://www.
iium.edu.my/medc2013 /documents/ProsidingMEDC.pdf (Accessed: 8 October 2014).
Cheung and Yip, 2003). ‘School-based assessment of chemistry practical work: Exploring
some directions for improvement’, Education Journal, 31(1), 133-152.
Cowie, B. and Bell, B. (1999) ‘A Model of Formative Assessment in Science Education’,
Assessment in Education: Principles, Policy & Practice, 6(1), 101-116.
Fan, L. (2011) Performance Assessment in Mathematics: Concepts, Methods, and Examples
from Research and Practice in Singapore Classrooms. Singapore: SG, Pearson.
Fynwever, P. (2008). Calvin. Available at: http://www.calvin.edu/academic/chemistry/
research /fynewever/fynewever-research.html (Accessed: 4 December 2014).
Grima, M. (2003). ‘School-based Assessment: Implementation Issues and Practices’, 21st
Annual AEAA Conference: Assessment and Certification in a Changing Educational,
Economic and Social Context, Cape Town, South Africa, 25-30 August. Available
at: http://www.slideshare.net/HajarHamdan/school-based-assesment(Accessed: 14
November 2013).
Hamid, Y. dan Mahmood, S. (2010) ‘Understanding constructive feedback: A commitment
between teachers and students for academic and professional development’, J Pak Med
Assoc., 60(3), 224-227.
Hargreaves, P. (2005).‘Assessment for learning? Thinking outside the (black) box’, Cambridge
Journal of Education, 35(2), 1-23.
Harlen, W. (2004) A systematic review of the evidence of the impact on students, teachers and
the curriculumof the process of using assessment by teachers for summative purposes,
Research Evidence in Education Library. London: EPPI-Center, Social Science Research
Unit, Institute of Education.
Harlen, W. (2005) ‘Teachers’ summative practices and assessment for learning – tensions
and synergies’, The Curriculum Journal, 16(2), 207-223.
Heritage, M. (2007a) ‘Formative Assessment: What Do Teachers Need to Know and Do?’,
Phi Delta Kappan, 89(2), 140-145.
Heritage, M. (2007b) Formative Assessment Model. Assessment and Accountability Center
(AACC/ CRESST), University of Carlifornia, Los Angeles. Available at: http://www.
gwaea.org/iowacorecurriculum /docs/ Assessment ForLearning_LitReviewFinal.pdf
(Accessed: 9 July 2013).
HKEAA (2012a) Information on School-based Assessment. Hong Kong. Available at: www.
hkeaa.edu.hk/en/sba/sba_hkdse (Accessed: 9 March 2012).
IowaCORE (2011) Literature Review Assessment For Learning. Available at: http://www.
gwaea .org/iowacorecurriculum/docs/AssessmentForLearning_LitReviewFinal.pdf
(Accessed: 25 November 2014).
Leahy, S., Lyon, C., Thompson, M. and Wiliam, D. (2005) ‘Classroom Assessment: Minute
by minute, Day by day’, Educational Leadership, 63(3), 1-7.
375
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Learning Point Associates (2009) Connecting Formative Assessment Research to Practice.


Available at: http://www.learningpt. org / pdfs/ Formative Assessment .pdf (Accessed: 3
November 2011).
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2011a) Panduan dan Peraturan PBS. Putrajaya. Available
at: http://www.scribd.com/faridooi/d/81532201-Panduan-Dan-Peraturan-Pbs-2011.
(Accessed: 22 November 2011).
Lembaga Peperiksaan (2010) Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Available at: http://
buletinkpm.blogspot.co.uk/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html
(Accessed: 7 November 2011).
Nicol, D. J. and Macfarlene-Dick, D. (2006) ‘Formative assessment and self-regulated
learning: A model and seven principles of good feedback practice’, Studies in Higher
Education, 31(2), 199-218.
Nor Hasnida Che Md Ghazali. (2015). An Evaluation of the Implementation of The School-
Based Assessment System in Malaysia. Available at: http://eprints.soton.ac.uk/381724
/1.hasCoversheetVersion/THESIS%20HASNIDA%20%28P%29.pdf
Popham, W. J. (2008) Transformative Assessment. Alexandria, Virginia: ASCD.
Rayment, T. (2006) 101 Essential Lists on Assessment. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Bhd.
Rust, C. (2002) Purposes and principles of assessment. OCSLD, Learning and teaching
briefing papers series. Oxford Brookes University. Available at: http://www.brookes .ac.
uk/services /ocsd/2learntch/briefing_papers/p_p_assessment.pdf (Accessed: 6 November
2011).
Sadler, D. R. (1989) Formative assessment and the design of instructional systems’,
Instructional Science, 18, 119-144.
Thimmappa, P. R. and Sharma, S. (2003) ‘Implications of School Based Assessment for the
Pacific’, Journal of Educational Studies, 25(1), 40-55.
Wang, X. (2008) ‘Teachers’ Views on Conducting Formative Assessment in Chinese Context’,
Engineering Letters, 16(2).
Webster, A., McNeish, D., Scott, S., Maynard, L. and Haywood, S. (2012) What influences
teachers to change their practice? A rapid research review. Available at: http://www
.bristol.ac.uk/cubec/portal/pr7.pdf(Accessed: 3 November 2014).

Wiliam, D. (1998) ‘The validity of teachers’ assessment’, 22nd Annual Conference of the
International Group for the Psychology of Mathematics Education, South Africa, July.
Available at: www.dylanwiliam.org / Dylan... /PME%2022%20WG6%20paper.doc
(Accessed: 10 Jan 2013)
Wiliam, D. (2001) ‘What is wrong with our educational assessments and what can be done
about it’, Education Review, 15(1).
Young, S. and Giebelhaus, C. (2005) Formative Assessment and Its Uses for Improving
Student Achievement. Education Data Management Solutions, STI. Available at: www.
cbohm.com/news/STI/STI_White_Paper.pdf (Accessed Nov 2011).

376
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

STRATEGI KELANGSUNGAN HIDUP MYANMAR: DARI


PERSPEKTIF HUBUNGAN ANTARABANGSA

Nor Azizan Idris, Zarina Othman dan Aini Fatihah Roslam


Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PPSPS),
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Abstrak
Kelangsungan hidup sesebuah negara adalah penting bagi menjamin kedaulatannya
dalam era globalisasi, era kebergantungan antara satu sama lain. Kedaulatan serta
keselamatan adalah keutamaan negara agar terus merdeka dan aman makmur. Bagi
negara Myanmar, kelangsungan hidupnya bukan sahaja ditentukan oleh faktor
domestik, tetapi juga sistem antarabangsa. Seperti Malaysia, Myanmar adalah sebuah
negara yang kaya dengan sumber asli, pernah dijajah oleh British dan mengamalkan
sistem demokrasi (di awal kemerdekaan), serta bermasyarakat majmuk. Namun,
pada hari ini, Myanmar adalah sebuah negara miskin yang menjadi perhatian
masyarakat global antaranya disebabkan isu pilihan raya nasional. Jika negara
bangsa Malaysia pernah menghadapi ancaman Komunis di awal kemerdekaan,
Myanmar juga turut menghadapi pelbagai ancaman. Dengan mengaplikasikan teori
Hubungan Antarabangsa, kajian ini akan mengkaji bagaimana negara Myanmar
sebagai sebuah negara kecil, mampu meneruskan kelangsungan hidupnya dalam
sistem antarabangsa yang anarki. Kajian ini berbentuk kualitatif, data primer
dikumpulkan menerusi temubual sarjana pakar bidang serta analisis kandungan dan
data sekunder pula dirujuk daripada bahan internet dan bercetak yang berwibawa.
Hasil kajian awal menunjukkan sebagai sebuah negara kecil, Myanmar mengadaptasi
‘strategi’ mengekalkan hubungan dengan kuasa-kuasa besar demi kelangsungan dan
pengiktirafannya di peringkat antarabangsa.

Kata kunci: Anarki, Kedaulatan dan Sistem Antarabangsa.

PENGENALAN

Kajian berkenaan negara-negara kecil dan hubungannya dengan kuasa-kuasa besar semakin
mendapat tempat dalam bidang Hubungan Antarabangsa. Negara-negara kecil yang
dahulunya dianggap sebagai “tidak berdaya” menurut pandangan para pendokong realis,
kini semakin memainkan peranan penting dalam arena antarabangsa kerana ada antara
mereka kaya dengan dengan sumber seperti Brunei atau terletak di kawasan yang strategik
seperti Singapura1. Terdapat pelbagai pendapat yang digunapakai bagi menjelaskan definisi
negara-negara kecil. Antaranya, meletakkan ciri-ciri seperti fizikal seperti saiz, jumlah
penduduk dan ekonomi.2 Myanmar (Burma) merupakan sebuah negara miskin di rantau
Asia Tenggara tetapi ianya kaya dengan sumber alam.
Myanmar bersempadan dengan India dan Bangladesh di sebelah Utara dan berjiran
dengan China, Laos dan Thailand di sebelah Timur. Saiz Myanmar yang berukuran 678,
500 kilometer persegi menjadikan negara tersebut ke 40 terbesar di dunia dan ‘tanah besar’
di Asia Tenggara. Adalah dianggarkan populasi Myanmar ialah 55 juta dengan komposisi
1 Kishan S. Rana, 2011, The Diplomacy of Small States, dlm., Silvia Negut dan Andreea Gagea, 2011,
Diplomacy In The Games Of Power, Romanian Review on Political Geography, 13 (1) Mei, Hlm: 33.
2 Commonwealth Advisory Group, 1997, A Future for Small States: Overcoming Vulnerability, London:
Commonwealth Secretariat; Mariam Jensen, 2006, Income Volatility in Small and Developing
Economies: Export Concentration Matters, Geneva: World Trade Organization.
377
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

68 peratus Burman, 28 peratus kaum minoriti dan 5 peratus lain-lain.3 Agama Buddha
Theravada merupakan agama yang mempunyai penganut terbesar, selebihnya ialah agama
Kristian, Islam, Hindu dan animisme. Kepelbagaian budaya, Bahasa dan agama menjadi
faktor yang membentuk budaya politik penduduk Myanmar yang multi etnik. Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita Myanmar pula sebanyak US$869 pada tahun
2013, tetapi antara yang terendah di Asia Tenggara. Myanmar merupakan antara negara
yang termiskin di kalangan negara-negara anggota ASEAN.4
Seperti Malaysia, Myanmar mempunyai sejarah yang panjang dan perubahan
yang besar sejak zaman pemerintahan dinasti, zaman kolonial British pada tahun 1885,
dan penaklukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Semenjak mencapai kemerdekaan
daripada British pada tahun 1948, Myanmar mula mengalami proses sukar dalam usaha
penyatuan nasional dengan perubahan pentadbiran sivil kepada ketenteraan pada tahun
1962 dan 1988. Keselamatan dalaman Myanmar terancam oleh insurgen pelbagai etnik
berbeza dengan Malaysia di mana ancaman datangnya dari Komunisme. Namun, kedua
negara turut berusaha dengan bersungguh dalam menyatu padukan bangsa (nation)
untuk menjadi negara yang berdaulat. Pengenalan kepada pentadbiran sosial ketenteraan
menjadikan Myanmar sebagai sebuah negara yang mempunyai masalah dalaman yang
tidak pernah selesai sehingga kini. Akibatnya, pelbagai pihak telah mengenakan sekatan
ekonomi terhadap Myanmar seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah.
Pada tahun 1988, pentadbiran yang berideologikan sosialis ketenteraan telah berubah
kepada pemerintahan stratokrasi.5 Kini Myanmar sedikit demi sedikit membuka ruang
untuk demokrasi walaupun masih terlalu awal untuk meramalkan apakah langkah
seterusnya berkaitan demokrasi di Myanmar. Kajian ini akan merungkai bagaimana negara
Myanmar sebagai sebuah negara kecil mampu meneruskan kelangsunagn hidupnya dalam
sistem antarabangsa? Kajian ini menghujahkan bahawa Myanmar mengadpatasi strategi
mengekalkan hubungan dengan kuasa-kusa besar demi kelangsungan dan pengiktirafannya
di peringkat antarabangsa.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu, mengkaji hubungan Myanmar dengan Amerika
Syarikat dan menganalisa hubungan Myanmar dengan China. Keduanya adalah kuasa
besar.

METODOLOGI

Kajian ini berdasarkan kaedah kualitatif dengan sebahagian besar data diperolehi daripada
pelbagai sumber internet dan bercetak yang berwibawa. Pada peringkat awal, data
dikumpulkan melalui pendekatan kepustakaan dari Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti
Kebangsaan Malaysia (PTSL UKM), Pusat Sumber di Pusat pengajian Sejarah, Politik dan
Strategi (PPSPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM (FSSK UKM), Perpustakaan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Perpustakaan Wisma Putra
di Kementerian Luar Negeri kerana perpustakaan–perpusatakaan ini kaya dengan bahan
kajian berkaitan Asia Tenggara. Juga, senarai perpustakaan yang dicadangkan ini telah
dikenalpasti mempunyai banyak bahan-bahan sekunder berwasit seperti buku, artikel
jurnal, laporan penyelidikan dan tesis-tesis yang sangat berkaitan dengan kajian. Bahan-
3 Steinberg, D., 2010, Burma/Myanmar: What Everyone Needs to Know, Oxford: Oxford University
Press.
4 United Nations Conference on Trade and Development, 2014, UNCTAD.
5 Mutebi, Alex M., 2005, Muddling Through Past Legacies Myanmar’s Civil Bureaucracy and the Need
for Reform, dlm. Kyaw Yin Hlaing, Robert H. Taylor dan Tin Maung Maung Than, 2005, Myanmar:
Beyond Politics to Societal Imperatives, Singapore: ISEAS Publications.
378
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

bahan ini merangkumi sejarah dan latar belakang Myanmar dan hubungannya dengan
negara-negara luar. Bahan-bahan sekunder bercetak yang lain seperti akhbar dan majalah
juga diambil kira termasuklah pengumpulan maklumat-maklumat dari laman sesawang
yang berkaitan dan memenuhi keperluan kajian ini. Selain itu, pengumpulan maklumat-
maklumat dilaksanakan secara berterusan juga dilaksanakan. Temu bual juga dirancang
bagi mendapatkan maklumat-maklumat tambahan di kalangan responden terpilih iaitu tiga
orang ahli akademik pakar bidang Myanmar. Dengan adanya usaha pengumpulan data-
data ini, adalah dijangkakan kajian ini berupaya untuk memperolehi maklumat penting
yang tidak diterbitkan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

KONSEP KESELAMATAN NEGARA

Dalam membincangkan mengenai kelangsungan hidup sesebuah negara, ia amat berkait


rapat dengan aspek keselamatan. Aspek keselamatan merupakan agenda utama kepada
setiap negara. Kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi dan memastikan negara,
rakyat, sempadan, wilayah dan nilai-nilai terasnya bebas daripada sebarang bentuk
ancaman keselamatan. Ini bertepatan dengan paradigma realisme. Ancaman yang
dimaksudkan samada berpunca dari dalam ataupun dari luar negara tersebut serta samada
ia berbentuk ketenteraan ataupun tidak menentukan kelangsungan hidup sesebuah negara.
Walau bagaimanapun, menurut Arnold Wolfer, keselamatan negara adalah merupakan satu
konsep yang mengelirukan.

“... a nation is secure to the extent to which it is not in danger of having to sacrifice
core values, if it wishes to avoid war, and is able, if challenged, to maintain them
by victory in such a war. This definition implies that security rises and falls with
the ability of a nation to deter an attack or to defeat it. This is in accord with the
common usage of the term”.6

Definisi ini dilihat lebih memberi fokus kepada aspek ketenteraan dalam memahami
konsep keselamatan negara, ini sebenarnya adalah penerangan terhadap negara maju. Bagi
negara dunia ketiga pula atau negara yang sedang membangun, yang kebanyakannya
dilihat tidak mempunyai kemampuan untuk meningkatkan keupayaan ketenteraannya
seiring dengan peningkatan teknologi bidang tersebut, konsep keselamatan adalah lebih
komprehensif. Hampir kesemua negara-negara membangun mengguna pakai konsep
keselamatan kompehensif dalam merangka dan melaksana dasar keselamatan negara
mereka. Abdul Monem M. Al-Mashat7 mendefinisikan keselamatan negarayang sedang
membangun sebagai;

[state security]...the capacity of a society to protect individuals, groups and the


nation from physical and socio-economic dangers and from the threat of such
dangers created by both systemic and attributional conditions.8

Muthiah Alagappa pula menyatakan tumpuan utama keselamatan di negara-


negara ialah kelangsungan politik, keselamatan ekonomi dan keharmonian sosiobudaya.
Kelangsungan politik turut merangkumi autonomi di peringkat antarabangsa, integriti
wilayah, perpaduan nasional, kestabilan politik, kesejahteraan sosial, ketenteraman awam,
6 Abdul Razak Baginda, 2007, Malaysia’s Foreign Policy: Continuity and Change, Shah Alam:
Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd. Hlm: 38.
7 Abdul Monem M. Al-Mashat, 1985, National Security in the Third World, Colorado: Westview
Press, hlm: xvii.
8 Abdul Razak Baginda, 2007, Malaysia’s Foreign Policy: Continuity and Change, Shah Alam:
Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd. Hlm: 38.
379
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

perlindungan sistem politik dan kelangsungan kerajaan memerintah.9 Keupayaan memberi


perlindungan kepada nilai-nilai ini menjadi paksi utama kepada dasar keselamatan negara.
Jika dikaji menerusi definisi-definisi tersebut, maka dapat dirumuskan bahawa
keselamatan negara bukan hanya berkisar kepada keselamatan tradisional iaitu ketenteraan
malah ia turut merangkumi skop yang lebih komprehensif yang melibatkan sektor ekonomi,
budaya dan politik. Setiap satunya mempunyai nilai dan kepentingan yang saling berkait
antara satu sama lain. Sekiranya salah satu daripada bahagian tersebut terancam, maka ia
akan menjuruskan ke arah ketidakstabilan keseluruhannya.
Ancaman keselamatan negara boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama
ancaman umum iaitu ancaman luaran dan ancaman dalaman. Ancaman luaran boleh dilihat
sebagai ancaman – ancaman yang asalnya dari luar sempadan negara di mana secara
tradisinya adalah merupakan ancaman berbentuk ketenteraan. Namun, setelah tamatnya
Perang Dingin, pelbagai bentuk ancaman baru dikenal pasti yang bukan bersifat ketenteraan
seperti jenayah rentas sempadan, migrasi, alam sekitar, dan keganasan. Manakala ancaman
dalaman pula adalah ancaman yang berasal dari dalam negara dan boleh melemahkan
nilai-nilai utama negara, keutuhan struktur sosial dan kelancaran fungsi sesebuah kerajaan
yang mentadbir negara itu. Antara bentuk ancaman dalaman ini ialah, isurgensi, pelampau
agama, kumpulan-kumpulan pemisah dan radikal dan sebagainya.10 Malah negara amat
berhati-hati dalam memilih rakan dan menjalinkan hubungan luar untuk keselamatannya.

HUBUNGAN MYANMAR – AMERIKA SYARIKAT

Walaupun pelbagai pendapat yang di paparkan dalam sorotan karya menyatakan Myanmar
cuba untuk bersendirian, namun dapatan awal telah menunjukkan Myanmar telah menjalinkan
hubungan dengan Amerika Syarikat. Donald M. Seekins dalam artikelnya melihat bahawa dasar
luar Amerika Syarikat terhadap Myanmar yang telah dilaksanakan lebih daripada 20 tahun
bermatlamatkan untuk mencapai dua objektif politik; a) untuk menyatakan penolakkan tingkah-
laku dan matlamat regim Myanmar dan b) memberikan sokongan moral kepada pembangkang
demokratik […] dan memaksa regim, menerusi tekanan negatif supaya mereka berubah.11
Dengan menyimpulkan bahawa sesetengah pendapat bersetuju bahawa dengan sekatan yang
dikenakan itu akan menyebabkan regim pemerintah tumbang. Walau bagaimanapun, bagi
pendapat lain pula menyatakan bahawa matlamat sekatan perlu difokuskan kepada regim
pemerintah terhadap salah laku dalam hak asasi manusia. Bagi Martin pula, dasar sekatan yang
dikenakan oleh Amerika Syarikat kerana wujud perbezaan tingkah-laku Myanmar dengan
negaranya dan juga sifat masyarakat antarabangsa. Antara perbezaan itu ialah berhubungkait
dengan isu percambahan senjata nuklear dan hak asasi manusia. Oleh sebab itu, matlamat dasar
tersebut adalah bagi menangani isu-isu tersebut daripada terus berleluasa.12 Pendapat Seekin
dan Martin tidak mempunyai perbezaan dengan Soh, namun beliau lebih menekankan kepada
faktor sejarah iaitu peristiwa 8888 Uprising dan Pilihan raya umum 1990 yang mana menjadi
pemangkin kepada polisi Amerika Syarikat terhadap Myanmar.13

9 Muthiah Alagappa, 1998, Asian Practice of Security: Key Features and Explanations, Dlm. Muthiah
Alagappa, 1998, Asian Security Practice: Material and Ideational Influences, California: Stanford
University Press, Hlm: 624-629.
10 Jatswan S. Sidhu, 2009, Malaysia’s Defence and Security Since 1957: An Overview,Dlm. Abdul
Razak Baginda, 2009, Malaysia’s Defence & Security Since 1957, Kuala Lumpur: Malaysian Strategic
Research Centre, Hlm: 1.
11 Donald M. Seekins, 2005, Burma and U.S Sanctions: Punishing and Authoritarian Regime, Asian
Survey, Vol.45. No.3 (May-June), Hlm: 440.
12 Michael F. Martin, 2012, U.S Sanctions on Burma, Congressional Research Service, 7 Febuari, http://
www.crs.gov, [ 24 Mac 2012].
13 Byungkuk Soh, 2008, The Crisis of 1988 in Myanmar: A Watershed in the History of Myanmar-
Amerika Relations, International Area Studies Review, Vol.11. No.2, Hlm: 365-386.
380
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Menurut Martin lagi, ‘sekatan’ merujuk kepada keadaan atau tindakan bersifat
diplomatik, ekonomi, atau ketenteraan yang diambil oleh sesebuah negara (kebiasaannya,
Amerika Syarikat) atau kumpulan negara lain bagi memaksa Myanmar menuruti undang-
undang atau kelakuan yang sewajarnya. Oleh sebab itu, polisi sekatan yang dilaksanakan ke atas
Myanmar terbahagi kepada lima undang-undang federal iaitu; Section 138 of the Custom and
Trade Act of 1990, Section 307 of the Foreign Assistance Act of 1961, Section 570 of Foreign
Operations, Export Financing, and Related Programs Appropriations Act 1997, The Burmese
Freedom and Democracy Act of 2003, and The Tom Lantos Block Burmese JADE (Junta’s
Anti-Democratic Efforts) Act of 2008.14 Walau bagaimanapun, perkara ini telah terlebih dahulu
diutarakan oleh Pedersen pada tahun 2005 dengan menyatakan bahawa rakyat Myanmar lebih
menderita kerana sekatan ekonomi yang dikenakan ke kerajaan dan mereka terkena tempias
secara langsung akibat penutupan kilang-kilang multinasional.15
Jika dilihat secara umum, penolakan Amerika Syarikat terhadap Tatmadaw (kepimpinan
tentera) telah bermula, namun ialah tidak begitu ketara. Antara sebab utama ketegangan
hubungan antara kedua-dua buah negara tersebut ialah kegagalan pihak tentera Myanmar
dalam mempertahankan hak asasi manusia, kes Aung San Suu Kyi, isu penyembelihan etnik
Rohinya, dan kebebasan awam di negara tersebut. Walau bagaimanapun, ketegangan hubungan
antara Amerika Syarikat dan Tatmadaw juga disebabkan oleh masalah keselamatan dalaman
pada awal kemerdekaan yang gagal diatasi oleh pihak tentera Myanmar.16
Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menggunakan Myanmar sebagai
pangkalan bagi operasi menentang serangan Jepun di China dan Asia Tenggara. Secara
umumnya hubungan tersebut berlaku antara orang awam dan pemimpin tentera di kedua-dua
buah negara. Selepas peperangan, bekas tanah jajahan British itu telah mendapat kemerdekaan
dan dipimpin oleh kerajaan awam. Myanmar telah menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) pada tahun 1948 dan merupakan antara negara pengasas General Agreement
on Tariff and Trade (GATT) selain menyertai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada
tahun 1952 dengan sokongan penuh daripada Amerika Syarikat. Kedua-dua negara ini turut
mengumumkan hubungan diplomatik secara penuh.17
Hubungan kedua-dua negara bermula tegang pada Perang Dunia Kedua atas
beberapa sebab. Pertamanya, Myanmar kecewa dengan keengganan Amerika Syarikat untuk
menyelesaikan status penempatan tentera Kuomintang (KMT) yang beroperasi di Timur
Laut Myanmar yang baru ditubuhkan oleh Republik Rakyat China (PRC).18 Pada tahun 1953,
bantuan ekonomi Amerika Syarikat ke Myanmar sebahagianya telah dihentikan sementara
kerana terdapat pertempuran ke atas tentera KMT di Myanmar. Kedua, kerajaan awam yang
dibentuk di Myanmar terbukti tidak stabil, sebahagianya disebabkan oleh kumpulan-kumpulan
militan yang berasaskan etnik beroperasi di negara tersebut dan sebahagiannya disebabkan
oleh rampasan kuasa d’etat pada tahun 1962 yang dilakukan oleh tentera di bawah nama
Burmese Socialist Programme Party (BSPP). Kerajaan tentera yang baharu telah memilih
untuk merapatkan hubungan dengan PRC dan ia tidak disenangi oleh Amerika Syarikat. Ketiga,
14 Michael F. Martin, 2012, U.S Sanctions on Burma, Congressional Research Service, 7 Febuari, http://
www.crs.gov, [ 24 Mac 2012].
15 Morton B. Pedersen, 2005, The Challenges of Transitions in Myanmar, dlm., Kyaw Yin Hlaing, 2005,
Myanmar Beyond Politics to Social Imperatives, Singapura: Institute of Southeast Asian Studies.
16 Ibid., hlm: 3.
17 Michael F. Martin, 2012, U.S. Sanctions on Burma, Congressional Research Service, http://www.crs.
gov, 7 Febuari, Hlm: 3 [28 Mac 2014].
18 Apabila Kerajaan KMT jatuh pada tahun 1949, lebih kurang 12 000 kumpulan tentera telah dihantar
ke Myanmar bagi meneruskan operasi menentang PRC dan tenteranya – People’s Liberation Army
(PLA) – menyebabkan masalah dalam hubungan Myanmar-China. Myanmar meminta Amerika
Syarikat untuk mengarah sekutunya iaitu Taiwan mengundurkan tenteranya dari Myanmar.
Walaupun, Amerika Syarikat telah membangkitkan isu tersebut namun bermula pada tahun 1953,
China masih mengekalkan tentera KMT di Myanmar sehingga tahun 1961 apabila mereka mula
menempatkan tentera tersebut di Thailand.
381
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

adalah disebabkan kerajaan junta tentera menunjukkan rasa kurang hormat terhadap isu hak
asasi manusia, mengenakan sekatan terhadap kumpulan pembangkang yang berusaha keras
untuk mengembalikan negara Myanmar ke arah sistem pemerintahan awam.19
Walaupun hubungan antara Amerika Syarikat dingin, namun dasarnya terhadap
Myanmar masih lagi kekal seperti biasa. Amerika Syarikat juga menerima Myanmar sebagai
salah sebuah negara asal penerima program Generalized System of Preference (GSP) pada
tahun 1976. Ia juga menunjukkan bahawa negara Myanmar sebagai terjamin status sebagai
Most Favored Nation (MFN, kini dirujuk sebagai Normal Trade Relations atau NTR), dan
menyokong peruntukan bantuan pembangunan oleh institusi-institusi kewangan antarabangsa.
Terdapat juga hubungan rapat dalam bidang ketenteraan; antara yang utama ialah termasuklah
melalui program International Mitlitary Education and Training (IMET) sehingga tahun
1988.20
Sekatan terhadap Myanmar masih tidak dilaksanakan sehingga Tatmadaw dengan
kejam menindas kumpulan popular yang melaksanakan protes secara aman – dikenali sebagai
Pemberontakan 8888. Bermula pada pertengahan tahun 1987, bantahan yang popular bagi
menentang kerajaan junta tentera telah merebak di seluruh Myanmar sehingga kemuncaknya
pada Ogos 1988. Pada 8 Ogos 1988, tentera telah menggunakan cara kejam bagi menghentikan
pemberontakan tersebut dengan membunuh dan mencederakan penunjuk perasaan yang tidak
diketahui jumlah sebenar mangsa tersebut. Selepas kejadian tersebut, tentera telah mencapai
kata sepakat dengan mengumumkan bahawa State Law and Order Restoration Council
(SLORC) akan mengambil-alih pentadbiran negara.21 Nyatalah ancaman keselamatan Myanmar
datangnya dari dalam seperti yang dihujahkan oleh Al-Mashat. Ini tidak mengejutkan, malah
Malaysia turut berdepan dengan acaman dalaman.
Selepas mengambil-alih kuasa, SLORC mengumumkan bahawa ia adalah bertujuan
untuk mempercepatkan pengembalian Myanmar ke arah pentadbiran awam dengan mengadakan
pilihan raya parlimen untuk membentuk Hluttaw Pyithu (Perhimpunan Kesatuan) pada 27 Mei
1990. Pada 27 September 1988, SLORC telah mengeluarkan undang-undang baharu yang
mengawal pendaftran parti-parti politik. Pada 31 Mei 1989 pula, mereka telah mengeluarkan
undang-undang baharu bagi urusan pentadbiran pilihan raya Parlimen akan datang.22 Walaupun
pada ketika itu sebanyak 235 parti politik yang berdaftar untuk pilihan raya, namun, hanya empat
parti yang memenangi lebih 10 kerusi daripada keseluruhan 485 kerusi yang dipertandingkan.23
Lebih mengejutkan, National League for Democracy (NLD) yang dipimpin oleh Aun San Suu
Kyi24 menerima 59.9 peratus undi sah dan memenangi 382 kerusi. Sementara parti politik di
bawah SLORC iaitu National Unity Party (NUP) menerima 21.2 peratus undi dengan hanya
10 kerusi. SLORC dan junta tentera Myanmar jelas terkejut dengan keputusan pilihan raya
19 Michael F. Martin, 2012, U.S. Sanctions on Burma, Congressional Research Service, http://www.crs.
gov, 7 Febuari, Hlm: 3 [28 Mac 2014].
20 Michael F. Martin, 2012, U.S. Sanctions on Burma, Congressional Research Service, http://www.crs.
gov, 7 Febuari, Hlm: 4 [28 Mac 2014].
21 Ibid.
22 Terdapat beberapa kontraversi dalam urusan pilihan raya tersebut. Menurut Perlembagaan
Myanmar 1974, Union Assembly merupakan “higest organ of state power”. Dalam pada masa
yang sama, SLORC mengulangi dakwaan bahawa pilihan raya pada Mei 1990 merupakan “multi-
party democratic general election”. Walau bagaimanapun, ramai pemerhati menganggap Union
Assembly akan ditadbir oleh mereka yang akan memenangi pilihan raya tersebut. Tetapi, pada 27
Julai 1990, SLORC mengumumkan bahawa pilihan raya tersebut tidak sah dan hanya diadakan
bagi membentuk Perlembagaan baru bukan bertujuan perubahan kuasa.
23 National League for Democracy 392 kerusi, Shan Nationalities League for Democracy 23 kerusi,
Arakan League for Democracy 11 kerusi dan National Unity Party 10 kerusi. Daripada keseluruhan
235 parti politik yang berdaftar, cuma 93 mempunyai calon.
24 Aung San Suu Kyi adalah anak kepada pemimpin Aung San yang mati ditembak sebelum sempat
menjadi Perdana Menteri pada tahun 1948. Suu Kyi adalah pemimpin parti politik NLD dan sangat
berpengaruh.
382
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

tersebut dan enggan untuk membenarkan Union Assembly diadakan. Sebaliknya, junta tentera
Myanmar telah menahan ramai pemimpin pembangkang, termasuklah Aung San Suu Kyi.
Pemberontak yang diketuai oleh sami-sami Buddha dan pelajar-pelajar universiti telah ditindas
dengan kejam. Seterusnya, SLORC mengisytiharkan undang-undang tentera dalam sebagai
asas utama mentadbir Myanmar.25
8888 Uprising26 yang berlaku pada 1988 dan pilihan raya umum 1990 merupakan
dua peristiwa politik penting yang menjadi turning –point kepada perubahan besar dasar luar
Amerika Syarikat terhadap Myanmar.27 Pemberontakan politik atas nama menuntut negara
ke arah lebih demokrasi telah diketuai oleh golongan pelajar, sami-sami dan aktivis-aktivis
politik. Peristiwa ini telah menyebabkan junta tentera bertindak zalim terhadap mereka yang
terlibat dengan ratusan orang awam terbunuh. Keputusan pilihan raya umum tahun 1990 yang
mana telah dimenangi oleh parti pembangkang National League for Democracy (NLD) secara
majoriti di kerusi parlimen telah diisytiharkan sebagai tidak sah. Hal ini telah menyebabkan
kerajaan State Law Order Restoration Council (SLORC) – kini SPDC. mengambil keputusan
untuk mengenakan tahanan terhadap pemimpin NLD, Aung San Suu Kyi dan meneruskan
pemerintahan bersifat diktator ketenteraan.28
Tindakan zalim junta Myanmar telah mendapat laporan yang meluas oleh media dan
ia mengejutkan komuniti antarabangsa. Reaksi Amerika Syarikat ialah dengan memutuskan
hubungan diplomatik dan mengenakan beberapa sekatan terhadap regim junta lebih daripada
dua dekad. Walau bagaimanapun, keberkesanan dasar yang digunapakai oleh Amerika Syarikat
terhadap Myanmar sebagai instrumen dasar luar telah menjadi isu perdebatan – junta tentera
masih lagi menguasai negara, insiden pencabulan hak asasi manusia yang berskala besar
dan bukti wujudnya perdagangan senjata nuklear yang dilaporkan oleh media. The Special
Rapporteur for Burma juga telah ditubuhkan sebagai Suruhanjaya Siasatan bagi menjalankan
siasatan terhadap jenayah perang serta hak asasi manusia di Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (HRC), yang mana telah
membuahkan hasil.29
25 Michael F. Martin, 2012, U.S. Sanctions on Burma, Congressional Research Service, http://www.
crs.gov, 7 Febuari, Hlm: 5 [28 Mac 2014].
26 Uprising 8888 (Pemberontakan 8888) berlaku di Yangon pada 8 Ogos 1988 hingga 19 September
1988. Pemberontakan tersebut dimulakan oleh pelajar-pelajar universiti yang menginginkan
demokrasi selepas Kerajaan Myanmar pimpinan Jeneral Ne Win telah digulingkan oleh pihak
tentera. Seterusnya, telah melaksanakan pemerintahan ala tentera di bawah ketua komander,
Jeneral Saw Maung. Selepas itu, pemberontakan tersebut telah disertai oleh rakyat biasa, sami-sami
Buddha, kakitangan kerajaan, tentera laut, tentera udara, pegawai-pegawai kastam, guru-guru dan
kakitangan hospital. Bagi menghentikan pemberontakan tersebut, pihak tentera telah membunuh
ribuan peserta pemberontak. Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Yangon,
pemberontakan ini bermula apabila pihak tentera membunuh aktivis pelajar bernama Phone Maw
di hadapan bangunan utama universiti tersebut. Mengikut catatan, tidak kurang daripada 300
penyokong NLD termasuk pekerja parti dan 15 ahli parlimen telah ditangkap. Selain itu, ramai juga
yang menyeberang ke Thailand dan menjadi pelarian. Kingsbury, Damien, 2001, South-east Asia:
A Political Profile, Melbourne: Oxford University Press, Hlm: 133.
27 Byungkuk Soh, 2008, The Crisis of 1988 in Myanmar: A Watershed in the History of Myanmar-
Amerika Relations, International Area Studies Review, Vol.11. No.2, Hlm: 365-386.
28 Nor Azizan Idris dan Zarina Othman, 2009, From ‘Non-Intereference’ to ‘Constructive Engagement:’
Contemporary Malaysia-Myanmar Relations, Tamkang Journal of International Affairs, Vol.7 (4):
1-43.
29 Progress Report of Special Rapporteur on the situation of human rights in Myanmar, United
Assembly, 2010, 13th Session of the Human Rights Council A/HRC/13/48, 10 Mac, http://daccess-
dds-ny.un.org/doc/UNDOC/GEN/G10/119/15/PDF/G1011915.pdf? OpenElement, [29 Mac 2012]
dan Thomas Avery, 2011, Accountability in Burma: Movement Towards a UN Commission of
Inquiry, dlm. The Human Rights Brief: Center for Human Rights and Humanitarian Law, http://
hrbrief.org/2011/02/accountability-in-burma-movement-towards-a-un-commission-of-inquiry/ [23
383
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Secara umumnya, polisi Amerika Syarikat terhadap Myanmar adalah berhubungkait


dengan simbol moral. Ia tidak memfokuskan sepenuhnya terhadap soal apakah cara yang
terbaik untuk membawa kepada perkembangan ekonomi dan politik di Myanmar. 30 Sekatan
yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Myanmar pada tahun 1997 termasuklah
halangan ke atas pelaburan baru. Pada tahun 2003 Amerika Syarikat telah meluaskan polisi
tersebut dalam bidang import dan eksport, yang mana kedua-dua negara tidak akan serta tidak
boleh menjalankan urusan tersebut secara bilateral. Selain itu, Amerika Syarikat juga telah
membekukan segala aset Myanmar yang berada di negaranya. Pemimpin-peminpin Myanmar
juga dikenakan sekatan visa oleh kerajaan Amerika Syarikat. Lebih teruk lagi, Myanmar dinafikan
hak ke atas bantuan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Matlamat utama
polisi yang dilaksanakan ke atas Myanmar ialah bagi; a) menekankan perubahan sikap antara
regim yang memerintah, b) menggalakkan regim Myanmar mengikuti standard antarabangsa
hak asasi manusia, dan c) menggalakkan pentadbiran yang lebih demokratik diamalkan di
Myanmar.
Impak terhadap sekatan yang telah dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas Myanmar
bukan sahaja melibatkan hubungan dua-hala antara kedua-dua negara tersebut malah ia juga
melibatkan pihak-pihak lain. Misalnya, tindakan tersebut turut diikuti oleh Kesatuan Eropah
dan negara-negara lain di Asia terutamanya Jepun dan Korea Selatan. Tindakan mengikut apa
yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat ini dilihat atas faktor kepentingan nasional semata-
mata. Hal ini kerana negara-negara mempunyai hubungan ekonomi dengan Amerika Syarikat
terutamanya bimbang sekiranya mereka turut terkena tempias yang serupa dengan Myanmar.
Terkini, Myanmar telah menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Ramai
pemerhati politik mengandaikan ia adalah demi kelangsungannya dan hubungannya dengan
Amerika Syarikat adalah penting.

HUBUNGAN MYANMAR – CHINA

Sorotan karya menunjukkan Myanmar dan China pula menunjukkan kedua-dua negara
menjalinkan hubungan demi kepentingan nasional mereka dan saling memerlukan antara
satu sama lain. Kudo31 berpendapat bahawa kepentingan strategik China di Myanmar
terbahagi kepada tiga aspek iaitu; a) kestabilan sempadan, b) kerjasama ekonomi dan c)
laluan pengangkutan sumber tenaga. Perkara ini turut dipersetujui oleh Badley32, beliau
menyatakan bahawa ketiga-tiga faktor ini merupakan kepentingan strategik utama bagi
China dalam meneruskan hubungan bilateralnya dengan Myanmar. Selain itu, Sun33
juga menyatakan pendapat yang sama dengan Kudo dan Badley. Walau bagaimanapun,
Chenyang34 menambah faktor dasar “friendly relations with other developing nations”
menjadi sebahagian daripada kepentingan strategik China. Menurutnya, Myanmar
menggelar China sebagai “pauk phaw” (abang) bagi menggambarkan hubungan rapat
kedua-dua negara tersebut. Jelaslah bahawa, ketiga-tiga faktor itu menjadi pertimbangan
penentuan hubungan bilateral China – Myanmar.

Mac 2012].
30 Wayne Bert, 2004, Burma, China and The U.S.A, Pacific Affairs, Vol.77. No.2, (Summer 2004),
Hlm: 277.
31 Toshiro Kudo, 2012, China’s Policy Toward Myanmar: Challenges and Prospect, IDE-JETRO,
http://www.ide.go.jp, [23 December 2013].

32 John H. Badley, 2003, Strategic Interest in Myanmar, NBR Analysis, http://www.nbar.org., [20
Januari 2014].
33 Yun Sun, 2012, China’s Strategic Misjudgement On Myanmar, Jurnal of Current Southeast Asian
Affairs, 31(1), Hlm: 73-96.
34 Li Chenyang, 2010, Myanmar/Burma: Inside Challenges, Outside Interests, Washington: Brookings
Institution Press.
384
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Menurut Sun35, persepsi strategik China terhadap Myanmar telah melalui beberapa fasa
semenjak pengisytiharan hubungan diplomatik secara rasmi. Zheng dan Li36 juga bersetuju
dengan pendapat Sun, [...] in 1949, just after the founding of the People’s Republic of China,
Burma, as the first non-socialist country to establish diplomatic relationship with Beijing, was
third-world friend that helped China to break its international isolation. Menurut beliau lagi,
sebelum tahun 2000, hubungan politik “pauk phaw” merupakan perkara yang diketengahkan
oleh kedua-dua negara. Ia mengambarkan hubungan kukuh antara kedua-dua buah negara
dalam aspek politik. Namun, selepas tahun 2000, China mula meneroka pasaran dan sumber
baharu, dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara semakin berkembang. Sehingga tahun
2010, China menjadi pelabur terbesar juga merupakan rakan dagangan kedua. Menerusi fasa
ini, Myanmar menjadi antara pembekal sumber asli dan bahan mentah penting kepada China.
Cook37 dan Sun38, bersetuju bahawa terdapat perubahan dalam polisi China terhadap Myanmar
terutamanya selepas tahun 2011. Selepas lebih dua dekad hubungan baik, China merasa
‘kecewa’ dengan perubahan politik domestik Myanmar. Hal ini kerana, perubahan tersebut
telah memberikan impak secara langsung kepada dasar luar dan rancangan China. Menurut
beliau, [...] as a result, China has been taking different look at its policy toward Myanmar.
In the near future, China most likely will maintain a “wait and see” posture, refraining from
making further political, economic and strategic commitments to the country. While focusing
on the implementation of the existing agreement [...].
Pada awal zaman pemerintahan Perdana Menteri U Nu, Myanmar mengamalkan
hubungan equi-distance yang amat berhati-hati dengan China. Bukan sahaja disebabkan
ideologi berbeza, malah juga kerana lahir masalah di sempadan kedua-dua buah negara.
Matlamat U Nu pad aketika itu adalah untuk mengelak sebarang konfrontasi terbuka dengan
kerajaan Beijing – suatu yang pasti boleh menggugat kelangsungan politik negara Myanmar.
Hakikat ini diakui sendiri oleh U Nu dalam ucapan pada 1949;

“Although our independence is over a year old, we have now no economic or defence
treaty on which we can fall back in time of need. It is obvious that we cannot go on in
this fashion indefinitely.”

Hal ini kerana setelah mencapai kemerdekaan, Myanmar bukan sahaja tidak menyertai
Komanwel malah juga telah menolak untuk menandatangani sebarang perjanjian pertahanan
dengan bekas penjajahnya – Britain. Berdasarkan faktor Perang Dingin dan kegoyahan politik
dalaman Myanmar, U Nu mengisytiharkan dasar berkecuali. Walau bagaimanapun, akibat
masalah sokongan Beijing terhadap Parti Komunis Burma dan masalah persempadanan yang
dipertikaikan selain perbezaan ideologi kedua-dua pihak. Dalam usaha berbaik-baik dengan
China, Myanmar telah muncul sebagai negara Asia pertama untuk mengiktiraf Beijing pada
17 Disember 1949. Pada masa yang sama, Myanmar juga tidak mengiktiraf Taiwan. Ini
menunjukkan Myanmar mulaberhati-hati dalam mengekalkan kedaulatannya dalam sistem
antarabangsa.
Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan Myanmar ‘tamat’ apabila Jeneral Ne
Win merampas kuasa pada tahun 1962. Namun, dasar luar Myanmar tidak banyak berubah.

35 Yun Sun, 2012, China’s Strategic Misjudgement On Myanmar, Jurnal of Current Southeast Asian
Affairs, 31(1), Hlm: 73-96.
36 Hak Yin Li dan Yongnian Zheng, 2009, Re-interpreting China’s Non-intervention Policy towards
Myanmar: Leverage, Interest and Intervention, Journal of Contemporary China, September 18(1),
Hlm: 617-637.
37 Alistair D. B. Cook, 2012, Myanmar’s China Policy: Agendas, Strategies and Challenges, China
Report, 48(269), Hlm: 269-281.
38 Yun Sun, 2012, China’s Strategic Misjudgement On Myanmar, Jurnal of Current Southeast Asian
Affairs, 31(1), Hlm: 73-96.

385
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Dasar berkecuali yang dimulakan oleh U Nu bukan sahaja diteruskan, malah telah disusun
dengan lebih rapi. Perkara ini diakui oleh Ne Win sendiri pada tahun 1963 dengan menyatakan
bahawa “Burma’s policy of neutrality should be meticulously observed”. Malah Ne Win juga
mengisytiharkan “Burmese Way to Socialism” pada 1962 dan menjadikannegara Myanmar
sebagai sebuah negara sosialis bagi memenangi hati Beijing. Menurut Callahan;

“…the move to the left also represented a very clear tactical decision: if the greatest
military threat to Burma was the People’s Republic of China, the latter could hardly
justify aggression against Burma after it proclaimed the socialist revolution in 1962”.

Hubungan Myanmar-China sejak tahun 1948 menunjukkan bagaimana sebuah negara


kecil seperti Myanmar berusaha meneruskan kelangsungan politiknya khususnya apabila
berhadapan dengan sebuah gergasi seperti China yang bersempadan dengannya. Namun, suatu
yang nyata, adalah corak hubungan ini telah mengalami turun naiknya di mana walaupun
pada awalnya hubungan dua hala antara Myanmar dan China sememangnya goyah, namun
kini Myanmar sering dianggap sebagai kawan rapat China. Malah hubungan rapat ini juga
melahirkan persoalan apakah Myanmar kini “client state”, “satellite state” atau sekutu de-
facto China. Ini kerana amat ketara bahawa China kini memainkan peranan sebagai “big
brother” Myanmar dan sekalipun seluruh dunia mengecam Myanmar kerana rekod hak asasi
manusianya yang teruk, China terus mendiamkan diri,39 Malah Beijing juga terus senyap
tentang isu pendemokrasian Myanmar.40
Sebaliknya Beijing terus giat memajukan kepentingan di Myanmar dan menggunakan
negara tersebut untuk meluaskan kepentingan serta pengaruhnya di rantau Asia khususnya
Asia Selatan dan Asia Tenggara. Sekiranya dilihat pada tahun 1949, China pernah menggelar
Myanmar sebagai “springboard for aggression” oleh kuasa-kuasa Barat, hari ini sebaliknya
pula yang sedang berlaku. Myanmar kini sendiri sudah menjadi “springboard” bagi China. Ini
bukanlah satu tindakan salah tetapi kos dan risiko jangka panjangnya perlu juga diambilkira.
Tambahan pula, ia sememangnya bukan satu tindakan yang bijak jika China bercita-cita
memainkan peranan sebagai pelaku utama di peringkat global kerana;

“…the current military regime is not the first to pursue friendly relations with China,
and there is nothing wrong with maintaining friendly ties with neighboring countries,
particularly one like China, which has the potential to become a major global player
in the 21st century. Unfortunately, however, Beijing’s willingness to back an illegitimate
regime that regarded as a pariah state by much of the rest of the world reflects badly on
its own qualifications to fulfill a future role as a world leader. …even after democracy
is restored to Burma, favourable relations with China will remain crucial. But such
relations must be based on the desires of people of Burma and China, not just a marriage
of convenience between authoritarian rulers. Even the current regime in Beijing must
recognize that military rule in Burma is damaging its own interest as well as those of
the Burmese people.”41

Dari tahun 1998 hingga kini, Myanmar berjaya menguruskan hubungan luarnya
dengan China dengan amat baik sehinggakan hubungan ini berjaya ditransformasikan dari
suatu tahap konfrontasi ke arah suatu tahap kerjasama erat. Walaupun ia negara miskin, namun
kedudukannya yang strategik menarik minat kuasa besar. Begitu juga sebagai negara kecil,
Myanmar ‘pandai’ dalam menguruskan kelangsungan hidupnya dalam sistem antarabangsa.
39 Selth, “Burma and the Superpower Rivalries in the Asia Pacific”, halaman: 52
40 Jatswan S. Sidhu, 2004, Hubungan Myanmar-China: Dari Konfrontasi Ke Arah Kerjasama, Hlm:
202
41 Imaging a new Role for China”, hlm: 6. Dlm. Jatswan S. Sidhu. 2004. Hubungan Myanmar-China:
Dari Konfrontasi Ke Arah Kerjasama.
386
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KESIMPULAN

Walaupun sorotan karya menunjukkan Myanmar hampir ketinggalan dalam semua bidang,
namun sebagai negara yang kaya dengan sumber alam, ia menjadi tarikan. Untuk kekal
hidup dalam dunia politik, Myanmar menjalinkan hubungan baik dengan China. Myanmar
kemudiannya turut menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat walaupun pernah dikecam
hebat dan dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat. Kajian ini menunjukkan
pilihan Myanmar sebagai negara kecil untuk terus hidup iaitu dengan menggunakan strategi
menjalinkan hubungan dengan dua kuasa besar yang berpengaruh dalam sistem antarabangsa
untuk kelangsungan hidupnya.

RUJUKAN

Abdul Razak Baginda. 2007. Malaysia’s Foreign Policy: Continuity and Change. Shah
Alam:Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd.
Abdul Monem M. Al-Mashat. 1985. National Security in the Third World. Colorado: Westview
Press.
Alistair D. B. Cook. 2012. Myanmar’s China Policy: Agendas, Strategies and Challenges.
ChinaReport. 48(269) : 269-281
Byungkuk Soh. 2008. The Crisis of 1988 in Myanmar: A Watershed in the History of Myanmar
Amerika Relations. International Area Studies Review. 11(2): 365-386.
Commonwealth Advisory Group. 1997. A Future for Small States: Overcoming Vulnerability.
London: Commonwealth Secretariat.
Donald M. Seekins. 2005. Burma and U.S Sanctions: Punishing and Authoritarian Regime.
Asian Survey. 45(3) (May-June): 440.
Hak Yin Li dan Yongnian Zheng. 2009. Re-interpreting China’s Non-intervention Policy
towards Myanmar: Leverage, Interest and Intervention. Journal of Contemporary China.
September 18(1) : 617-637.
Jatswan S. Sidhu. 2009. Malaysia’s Defence and Security Since 1957: An Overview. Dlm.
AbdulRazak Baginda. 2009. Malaysia’s Defence & Security Since 1957. Kuala Lumpur:
Malaysian Strategic Research Centre.
Jatswan S. Sidhu. 2004. Hubungan Myanmar-China: Dari Konfrontasi Ke Arah Kerjasama.
John H. Badley. 2003. Strategic Interest in Myanmar. NBR Analysis.http://www.nbar.org. [20
Januari 2014].
Kingsbury, Damien. 2001. South-east Asia: A Political Profile. Melbourne: Oxford University .
PressKishan S. Rana. 2011. The Diplomacy of Small States. Dlm. Silviu Negut dan Andreea
Gagea. 2011.
Diplomacy In The Games Of Power. Romanian Review on Political Geography. 13 (1)
Mei: 29-40 Li Chenyang. 2010. Myanmar/Burma: Inside Challenges, Outside Interests.
Washington: BrookingsInstitution Press.
Mariam Jensen. 2006. Income Volatility in Small and Developing Economies: Export
ConcentrationMatters. Geneva: World Trade Organization.
Michael F. Martin. 2012. U.S. Sanctions on Burma. Congressional Research Service.http://
www.crs.gov. 7 Febuari, Hlm: 3 [28 Mac 2014].
Morton B. Pedersen. 2005. The Challenges of Transitions in Myanmar. Dlm. Kyaw Yin
Hlaing,2005, Myanmar Beyond Politics to Social Imperatives, Singapura: Institute of
Southeast Asian Studies.
Mutebi, Alex M. 2005. Muddling Through Past Legacies Myanmar’s Civil Bureaucracy and the
Need for Reform. Dlm. Kyaw Yin Hlaing, Robert H. Taylor dan Tin Maung Maung Than.
2005. Myanmar: Beyond Politics to Societal Imperatives. Singapore: ISEAS Publications.

387
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Muthiah Alagappa. 1998. Asian Practice of Security: Key Features and Explanations. Dlm.
Muthiah Alagappa. 1998. Asian Security Practice: Material and Ideational Influences.
California: Stanford University Press, Hlm: 624-629.
Nor Azizan Idris dan Zarina Othman, 2009, From ‘Non-Intereference’ to ‘Constructive
Engagement:’Contemporary Malaysia-Myanmar Relations, Tamkang Journal of
International Affairs, Vol.7 (4): 1-43.
Progress Report of Special Rapporteur on the situation of human rights in Myanmar, United
Assembly, 2010, 13th Session of the Human Rights Council A/HRC/13/48. 10 Mac.
http://daccess-dds-ny.un.org/doc/UNDOC/GEN/G10/119/15/PDF/G1011915.pdf?
OpenElement, [29 Mac 2012] Steinberg, D. 2010. Burma/Myanmar: What Everyone Needs
to Know. Oxford: Oxford UniversityPress.
Thomas Avery. 2011. Accountability in Burma: Movement Towards a UN Commission of
Inquiry.Dlm. The Human Rights Brief: Centre for Human Rights and Humanitarian Law,
http://hrbrief.org/2011/02/accountability-in-burma-movement-towards-a-un-commission-
of-inquiry/ [23 Mac 2012].
Toshiro Kudo. 2012. China’s Policy Toward Myanmar: Challenges and Prospect. IDE-JETRO.
http://www.ide.go.jp. [23 December 2013].United Nations Conference on Trade and
Development. 2014. UNCTAD.
Wayne Bert. 2004. Burma, China and The U.S.A. Pacific Affairs. 77(2): 263-282. Yun Sun. 2012.
China’s Strategic Misjudgement On Myanmar. Jurnal of Current Southeast AsianAffairs.
31(1). Hlm: 73-96

388
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KESEDIAAN GURU SAINS SEKOLAH RENDAH TERHADAP


PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(TMK) DI DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR

Norhayati Misran, Norazilawati Abdullah, Eftah Moh@Abdullah


Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan,
kemahiran dan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi
pengajaran dan pembelajaran subjek Sains di sekolah rendah sekitar Kuala Langat,
Selangor. Kajian ini berbentuk kuantitatif secara tinjauan dengan menggunakan satu
set soal selidik yang mempunyai empat bahagian sebagai instrumen kajian. Sampel
kajian adalah terdiri daripada 103 orang guru sekolah rendah yang mengajar subjek
Sains di daerah Kuala Langat, Selangor. Maklumat dan data yang diperolehi telah
dianalisis menggunakan statistik diskriptif yang melibatkan frekuensi, skor, min dan
peratusan, manakala statistik infrensi melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikan p <
0.05. Secara keseluruhannya guru-guru Sains mempunyai tahap kesediaan yang tinggi
dalam ketiga-tiga aspek untuk menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran
dan pembelajaran. Hasil kajian juga menujukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dari aspek pengetahuan dan jantina, manakala tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara jantina guru dari aspek kemahiran dan sikap. Ini menunjukkan guru
tidak mempunyai masalah untuk menggunakan TMK dalam PdP subjek sains sekolah
rendah. Dapatan ini penting kepada pihak yang berkenaan dalam membuat perancangan
yang strategik dalam aspek pembangunan kemudahan komputer di sekolah.

Kata kunci: Kesediaan, teknologi maklumat, pengajaran dan pembelajaran.

PENDAHULUAN

Perkembangan terkini teknologi maklumat merupakan topik utama ketika negara sedang
menuju era globalisasi. Ianya telah berlaku di dalam hampir kesemua bidang seperti
perdagangan, pelancongan, perindustrian dan pendidikan. Malaysia juga seperti negara
lain turut bersaing dalam menggunakan teknologi untuk meningkatkan taraf hidup
masyarakat dan negara. Dalam bidang pendidikan pula, teknologi telah memainkan
peranan yang sangat penting bukan sahaja di negara maju tetapi juga di negara-negara
yang sedang membangun sebagai asas penyaluran ilmu. Amalan tradisional dalam sistem
pendidikan tidak dapat lagi membekalkan murid dengan kemahiran dan pengetahuan
yang secukupnya untuk mereka bersaing di zaman yang serba moden ini.
Pengenalan dasar penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan keutamaan fokus pendidikan abad ke 21 seiring dengan era
masyarakat bermaklumat. Penekanan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
di sekolah bukanlah satu perkara baru. Projek literasi komputer bermula pada tahun 1986
dan diteruskan dengan projek seperti Jaringan Pendidikan, Pusat Sumber Elektronik serta
projek sekolah bestari. Memandangkan penggunaan komputer adalah amat bermanfaat, ia
sememangnya sesuai digunakan untuk membantu proses pembelajaran dan pengajaran.
Penggunaan TMK dalam pengajaran dalam pembelajaran (PdP) adalah sangat
perlu untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi
maklumat dan pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan
389
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

teknologi maklumat secara menyeluruh dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar


untuk mendapat maklumat dengan lebih berkesan (Norhisham, Mazenah & Rose Alinda,
1996).
Penggunaan TMK dapat membantu memudahkan guru menyampai dan murid
memahami sesuatu konsep dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap subjek sains.
Keberkesanan TMK dalam proses PdP bergantung kepada kemahiran, pengetahuan dan
sikap guru (­­­­­­­­­­­­­­Mohd Izham & Noraini, 2007). Mereka merupakan salah satu faktor utama
dalam mengadopsi, mengintegrasi dan menggunakan TMK disekolah. Sikap guru adalah
berkaitan rapat dengan keberkesanan penggunaan TMK dalam kelas dan kesediaan guru
pula merupakan faktor yang menentukan kejayaan dan keberkesanan TMK dalam PdP.
Mengikut Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang
menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk
membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer. Disamping itu terdapat juga
permasalahan dari segi hardware unutk perisian, kursus, sikap guru, pentadbir, latihan,
galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan perlaksanaan
dalam bilik darjah Moersch, (1995). Para guru perlu bersedia dengan pengetahuan dan
kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan TMK. Justeru itu, adalah penting bagi
guru-guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan
masyarakat untuk menggabungkan TMK dalam (PdP).
Peranan TMK boleh dilihat melalui penggunaan internet dan bahan-bahan
multimedia interaktif yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap
sesuatu konsep (Laurillard,1992; Abdul Rahim Saad, 2000). Laurillard (1992) berpendapat
bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman
pelajaran dengan mudah. Integrasi TMK dalam PdP memberikan peluang kepada guru
memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid berdasarkan
aktiviti masalah sebenar dan meletakkan murid sebagai penyelesai masalah. Kajian turut
mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan
mengurangkan masa pengajaran (Kulik dan Kulik, 1991). Unsur interaktif membolehkan
pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudah mengingat, memindah
serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikutgaya pembelajaran
meraka (Alessi dan Trollip, 2001). TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok,
menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar. Maka dapat dikatakan bahawa
komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam
konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan. Kajian oleh Zainuddin
Abdullah (2004) pula mendapati bahawa pengatahuan dan kemahiran guru dan pelajar
tentang komputer seperti Microsoft excel, powerpoint, excess, Microsoft outlook, Microsoft
frontpage dan programming adalah pada tahap rendah.

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru Sains untuk mengimplementasikan
TMK di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesediaan yang dikaji adalah dari
segi pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sains untuk melaksanakan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran sains. Objektif kajian adalah seperti yang berikut:
1) Mengkaji tahap kesediaan guru Sains dari segi penggunaan TMK di dalam pengajaran
dan pembelajaran Sains berdasarkan kepada aspek pengetahuan.
2) Mengkaji tahap kesediaan guru Sains dari segi penggunaan TMK di dalam pengajaran
dan pembelajaran Sains berdasarkan kepada aspek kemahiran.
3) Mengkaji tahap kesediaan guru Sains dari segi penggunaan TMK di dalam pengajaran
dan pembelajaran Sains berdasarkan aspek sikap.
4) Mengkaji samaada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kesediaan guru
Sains bagi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap mengikut jantina.
390
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KAEDAH KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah kajian jenis diskriptif, iaitu satu tinjauan secara soal
selidik yang mana bermatlamat untuk mengatahui tahap kemahiran dan pengetahuan yang
dimiliki oleh guru Sains sekolah rendah berkaitan penggunaan TMK dalam pengajaran
dan pembelajaran. Tahap kesediaan dilihat pada aspek sejauh mana perlengkapan guru
Sains dari pengetahuan, kemahiran dan sikap. Data dikumpul daripada136 orang guru
yang mengajar subjek Sains di Sekolah Kebangsaan di daerah Kuala Langat, Selangor.
Menurut Krejcie, R.V dan Morgan, D.W (1970) bilangan sampel yang perlu diambil untuk
populasi N= 136 ialah bersamaan dengan 103 orang. Kajian ini menggunakan soal selidik
untuk mendapatkan maklumat tentang kemahiran, pengetahuan dan sikap, segala jawapan
responden akan diukur menggunakan skala Likert. Soal selidik dibahagikan kepada empat
bahagian iaitu A, B, C dan D. Bagi bahagian A, soalan yang dikemukakan adalah untuk
memperolehi maklumat demografi responden. Ini termasuk jantina, umur, pengalaman
mengajar, ikhtisas, kehadiran kursus ICT dan status perkahwinan. Bagi bahagian B pula, ia
bertujuan untuk meninjau pengetahuan responden tentang TMK. Bahagian C adalah untuk
mengenalpasti sikap responden berkaitan dengan TMK manakala bahagian D pula adalah
untuk mengenalpasti tahap kemahiran responden berkenaan tentang TMK. Berpandukan
kepada soal selidik yang dijalankan oleh Mohd Izham (2007) dan Nazamuddin Alias
(2004), penyelidik telah mengubahsuai dan menterjemahkan mengikut persoalan kajian
penyelidik. Soal selidik ini terdiri daripada 10 item yang menggambarkann mengenai
tahap kesediaan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kesemua maklum balas
tiap-tiap item menggambarkan kesediaaan guru-guru tersebut mengikut skala likert 4
mata dengan skor 1,2,3 dan 4 bagi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif. Data
yang dikumpul dianalisis secara diskriptif dengan melihat min dan peratus serta analisis
inferens iaitu ujian-t.

HASIL KAJIAN

Seramai 103 orang guru telah menghantar semula borang soal selidik yang telah
dilengkapkan. Daripada jumlah tersebut 25 guru terdiri daripada guru lelaki dan 78
daripadanya adalah daripada guru perempuan. Bilangan umur responden yang terlibat
ialah 42 orang iaitu 40.8% adalah antara 26-36 tahun, 27 orang kurang daripada 25 tahun
iaitu 26.2%, 36-45 tahun sebanyak 24 orang iaitu 23.3% dan paling sedikit adalah dalam
lingkungan lebih dari 45 tahun iaitu 10 orang.
Pengalaman mengajar responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada
36 (35%) orang dengan pengalaman selama 1 hingga 5 tahun diikuti dengan 15 (14.6%)
responden dengan pengalaman selama 6 hingga 10 tahun (Rajah 1). Manakala responden
dengan pengalaman mengajar 11 hingga 15 tahun seramai 17 (16.5%) responden, 16
hingga 20 tahun pengalaman seramai 12 (11.7%) orang dan pengalaman mengajar 21
tahun keatas seramai 3 (2.9%) responden.

391
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 1 Pengalaman Mengajar Responden

Dapatan kajian mengenai bilangan guru yang mempunyai kelulusan sijil perguruan
adalah seramai 18 orang (17.5%) diikuti dengan diploma perguruan dan KPLI seramai 23 orang
responden iaitu sebanyak 22.3%. Manakala guru yang mempunyai sarjana muda pendidikan
adalah seramai 9 orang (8.7%) dan PISMP seramai 10 orang iaitu 9.7% (Rajah 2).

Rajah 2 Kelulusan Ikhtisas Responden

Manakala dari segi kehadiran kursus ICT seramai 76 (73.8%) guru telah menghadiri
kursus-kursus yang telah dianjurkan manakala sebilangan 27 responden iaitu 26.2% responden
belum pernah menghadiri sebarang kursus ICT (Rajah 3).

392
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 3 Kehadiran Kursus ICT Responden

Tahap kesediaan Guru


Kesediaan guru-guru dalam penggunaan teknologi maklumat dalam subjek Sains terutamanya
di sekolah rendah amatlah penting bagi membantu negara membentuk masyarakat saintifik
yang berdaya saing diperingkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian jadual di bawah
akan menerangkan dapatan kajian kesediaan guru dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran.

a. Kesediaan Guru Dari Aspek Pengetahuan


Dari Jadual 1, didapati bahawa seramai 102 orang (99%) responden menyatakan bahawa
mereka tahu asas menggunakan komputer dengan yakin. Ini menunjukkan responden
tiada masalah mengenai pengetahuan mereka terhadap penggunaan komputer. Begitu
juga dengan item kedua juga mendapati bahawa 99 orang (96.1%) guru-guru Sains boleh
menilai teknologi maklumat dan mempelbagaikan aktiviti PdP di dalam kelas. Manakala
5 orang guru (4.9%) tidak setuju menilai teknologi maklumat dan mempelbagaikan
aktiviti PdP di dalam kelas. Seramai 99 orang guru (96.1%) mampu mencari peluang
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat
semasa PdP di dalam kelas. Terdapat 4 orang guru (39%) yang tidak bersetuju mahu
mencari peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai penggunaan
teknologi maklumat.
Item keempat adalah untuk mendapat maklum balas melalui mengenai perkaitan
antara kemahiran mencari maklumat dengan objektif kurikulum. Hasil menunjukkan
bahawa terdapat 96 orang guru Sains (93.2%) yang dapat mengenal pasti perkaitan antara
mencari maklumat dengan objektif kurikulum subjek Sains. Manakala 7 orang guru
Sains (6.8%) tidak berminat untuk mengenal pasti perkaitan antara kemahiran maklumat
dengan objektif kurikulum. Item kelima menyatakan tentang kemampuan guru-guru
Sains terhadap demonstrasi menggunakan teknologi baru. Seramai 94 orang responden
(81.5%) bersetuju membuat demonstrasi menggunakan teknologi baru di dalam kelas.
Kebanyakan 86 orang responden (89.3%) bersetuju mereka bentuk aktiviti pembelajaran
dengan mengintegrasikan teknologi maklumat sewaktu PdP dijalankan di dalam
pengajaran subjek Sains. Manakala 17 orang responden (16.5%) tidak berminat untuk
mereka bentuk aktiviti pembelajaran dengan mengintegrasikan teknologi maklumat.Ini
disebabkan ada dikalangan guru-guru Sains yang tidak mahu menggunakan teknologi
maklumat sebagai bahan pengajaran yang berkesan di dalam kelas. Bilangan responden
yang mahir menggunakan perisian ialah seramai 81 orang sahaja yang mewakili (78.7%).
Responden yang lain menunjukkan mereka belum bersedia menggunakan perisian dalam
pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan prinsip dengan etika penggunaan amat
393
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

penting dalam menerapkan teknologi maklumat dalam PdP di dalam kelas. Hanya 92
orang guru Sains (89.3%) sahaja yang betul-betul memahami aspek etika dalam aspek
penggunaan manakala baki responden yang lain masih belum memahaminya.
Adanya kemungkinan kurangnya pendedahan tentang teknologi maklumat maka
ada beberapa responden yang belum bersedia untuk mempelbagaikan starategi penggunaan
teknologi maklumat untuk menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai
11 orang (13.6%) tidak bersetuju mempelbagaikan strategi penggunaan teknologi
berbanding 92 orang guru Sains (89.3%) sangat berminat mempelbagaikan kaedah dan
strategi penggunaan teknologi maklumat semasa PdP. Item kesepuluh menunjukkan
bahawa 89 orang responden (86.4%) dapat meningkatkan kemahiran membuat jangkaan,
interpretasi dan sintesis kepada murid berbanding 14 orang guru Sains (13.6%) yang tidak
bersetuju meningkatkan kemahiran membuat jangkaan, interpretasi dan sintesis kepada
murid sewaktu PdP di dalam kelas.

Jadual 1 Kekerapan dan Peratusan - Aspek sikap


Bil Item 1 2 3 4
1 Teknologi maklumat 0 3 60 40
mudah dipelajari dan ingin
mempelajari lagi 0% 2.9% 58.3% 38.8%

2 Dapat memperbaiki cara 0 1 62 40


pengajaran saya 0% 1% 60.2% 38.8%
3 Akan memperkenalkannya 0 4 66 33
dalam bilik darjah 0% 3.9% 64.1% 32%
4 Telah menggunakan 1 27 61 14
sepenuhnya dalam bilik darjah 1% 26.2% 59.2% 13.6%

5 Menggalakkan saya menukar 0 10 70 23


cara pengajaran 0% 9.7% 68% 22.3%
6 Merasa lebih seronok mengajar 0 5 59 39
menggunakan teknologi 0% 4.9% 57.3% 37.9%
maklumat
7 Bangga dengan pencapaian 0 3 75 25
walaupun banyak yang perlu 0% 2.9% 72.8% 24.3%
dipelajari
8 Seronok bekerja bersama rakan 0 5 68 30
dalam menyediakan rancangan 0% 4.9% 66% 29.1%
pengajaran menggunakan
teknologi maklumat
9 Lebih menghargai buku kerana 0 9 66 28
dapat maklumat baru 0% 8.7% 64.1% 27.2%
10 Bersedia menghadapi cabaran 0 3 69 31
baru berkaitan teknologi 0% 2.9% 67% 30.1%
maklumat

394
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

b. Kesediaan Guru Dari Aspek Sikap

Jadual 2 Kekerapan dan Peratusan - Aspek sikap


Bil Item 1 2 3 4
1 Teknologi maklumat 0 3 60 40
mudah dipelajari dan ingin
mempelajari lagi 0% 2.9% 58.3% 38.8%

2 Dapat memperbaiki cara 0 1 62 40


pengajaran saya 0% 1% 60.2% 38.8%
3 Akan memperkenalkannya 0 4 66 33
dalam bilik darjah 0% 3.9% 64.1% 32%
4 Telah menggunakan 1 27 61 14
sepenuhnya dalam bilik darjah 1% 26.2% 59.2% 13.6%

5 Menggalakkan saya menukar 0 10 70 23


cara pengajaran 0% 9.7% 68% 22.3%
6 Merasa lebih seronok mengajar 0 5 59 39
menggunakan teknologi 0% 4.9% 57.3% 37.9%
maklumat
7 Bangga dengan pencapaian 0 3 75 25
walaupun banyak yang perlu 0% 2.9% 72.8% 24.3%
dipelajari
8 Seronok bekerja bersama rakan 0 5 68 30
dalam menyediakan rancangan 0% 4.9% 66% 29.1%
pengajaran menggunakan
teknologi maklumat
9 Lebih menghargai buku kerana 0 9 66 28
dapat maklumat baru 0% 8.7% 64.1% 27.2%
10 Bersedia menghadapi cabaran 0 3 69 31
baru berkaitan teknologi 0% 2.9% 67% 30.1%
maklumat

Dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa, seramai 60 orang guru Sains telah (58.30
%) telah bersetuju menyatakan bahawa TMK mudah dipelajari dan ingin mempelajari lagi
berbanding 3 orang responden (2.9%) kurang bersetuju dengan penggunaan TMK mudah
dipelajari dan ingin mempelajarinya lagi. Begitu juga dengan item kedua menunjukkan
102 orang guru Sains (99%) responden menyatakan bahawa TMK dapat memperbaiki
cara pengajaran saya. Item ketiga juga menujukkan bahawa 99 orang responden bersetuju
untuk memperkenalkan TMK dalam bilik darjah manakala 4 orang guru Sains (3.9%)
kurang bersetuju dengan item ini. Faktor ini mungkin disebabkan mereka masih ragu-ragu
untuk menggunakan TMK sebagai bahan pengajaran yang berkesan, mudah dan cepat.
Item keempat pula menyatakan bahawa 14 orang guru Sains (13.6%) sangat bersetuju
telah menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya dalam bilik darjah. Manakala 61
orang guru Sains (59.20%) juga turut menyokong sepenuhnya TMK dalam berbanding
28 orang responden (27.2%) kurang bersetuju menggunakan sepenuhnya di dalam bilik
darjah. Seramai 93 orang guru Sains (93.0%) bersetuju dengan penggunaan TMK di dalam
kelas amat menggalakkan saya menukar cara pengajaran berbanding 10 orang (9.70%)
responden kurang bersetuju dengan penggunaan TMK dapat menggalakkan menukar cara
pengajaran. Item keenam pula mengatakan 98 orang guru Sains (95.2%) bersetuju dengan

395
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

penggunaan TMK menyebabkan guru-guru Sains lebih seronok mengajar menggunakan


TMK. Ini disebabkan pelbagai maklumat dan bahan pengajaran amat mudah dan cepat
diakses. Item ketujuh pula menunjukkan bahawa 100 orang guru Sains (97.10%) telah
bersetuju iaitu bangga dengan pencapaian walaupun perkara yang perlu dipelajari begitu
juga dengan item kelapan mendapati bahawa 98 orang guru Sains (95.10%) bersetuju
penggunaan TMK dapat memberikan kesan seronok bekerjasama dengan rakan dalam
mengadakan rancangan pengajaran menggunakan teknologi maklumat berbanding 5
orang responden (4.90%) kurang bersetuju dengan item ini.
Besar kemungkinan guru-guru Sains sudah mula berjinak-jinak dengan penggunaan
TMK dalam PdP bagi merealisasikan saranan KPM dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Seramai 94 orang responden (91.30%) bersetuju bahawa
penggunaan TMK dpat menarik minat guru-guru Sains lebih menghargai buku kerana telah
mendapat maklumat dari informasi berkaitan dengan bahan pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Item kesepuluh menyatakan bahawa kebanyakan 100 orang guru Sains
(97.10%) bersetuju bersedia menghadapai cabaran baru berkaitan TMK berbanding 3
orang responden (2.90%) kurang bersetuju bersedia menghadapi cabaran berkaitan TMK.
Peratusan yang kecil mungkin disebabkan oleh sebilangan guru-guru Sains belum boleh
menerima dan kurang bersedia dengan cabaran baru ini.

c. Kesediaaan Guru Dari Aspek Kemahiran


Jadual 3 menunjukkan kesediaan guru dari segi aspek kemahiran penggunaan TMK
dalam PdP Sains. Item satu menyatakan bahawa 76 orang guru Sains (73.80%) bersetuju
berkemahiran menggunakan pengkalan data dalam hal pentadbiran rekod inventori
berbanding 27 orang responden (26.20%) kurang bersetuju supaya guru-guru Sains
berkemahiran menggunakan pengkalan data dalam hal pentadbiran inventori. Item
kedua pula menyatakan bahawa sebilangan besar guru Sains iaitu 84 orang responden
(81.5%) bersetuju menggunakan hamparan elektronik untuk menganalisis data ujian dan
peperiksaan, manakala 19 orang responden (18.40%) kurang bersetuju menggunakannya
dalam subjek Sains. Manakala 79 orang guru Sains (76.7%) bersetuju menggunakan
menggunakan hamparan elektronik dalam subjek Sains.

Jadual 3 Kekerapan dan Peratusan – Aspek Kemahiran


Bil Item 1 2 3 4
1 Berkemahiran menggunakan 0 27 61 15
pengkalan data dalam hal
pentadbiran rekod inventori 0% 26.2% 59.2% 14.6%

2 Boleh menggunakan hamparan 0 19 67 17


elektronik untuk menganalisis data 0% 18.4% 65% 16.5%
ujian dan peperiksaan
3 Boleh menggunakan hamparan 1 23 64 15
elektronik dalam subjek sains 1% 22.3% 62.1% 14.6%
4 Berkemahiran mengintegrasikan 2 23 62 16
aktiviti dalam perisian sains dengan 1.9% 22.3% 60.2% 15.5%
rancangan pengajaran
5 Boleh menggunakan perisian kursus 2 15 68 18
dalam pengajaran sains 1.9% 14.6% 66% 17.5%
6 Boleh menggunakan projektor LCD 0 12 65 26
semasa pengajaran sains 0% 11.7% 63.1% 25.2%

396
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

7 Berkemahiran menggunakan 1 13 60 29
pemprosesan kata untuk menulis 1% 12.6% 58.2% 28.2%
(cth: membuat nota dan soalan
ujian dan peperiksaan)
8 Boleh menggunakan URL untuk 0 11 62 30
membuka web page 0% 10.7% 60.2% 29.1%
9 Boleh menaip dalam kotak 0 13 59 31
informasi pada web page 0% 12.6% 57.3% 30.1%
10 Mahir dalam menulis dan 0 7 51 45
menghantar email 0% 6.8% 49.50% 43.70%

Begitu juga dengan 78 orang guru Sains (75.7%) bersetuju bahawa guru-guru
Sains berkemahiran mengintegrasikan aktiviti dalam perisian Sains dengan rancangan
pengajaran, namun terdapat juga 25 orang guru Sains (24.2%) kurang bersetuju bahawa
guru-guru berkemahiran mengintegrasikan aktiviti dalam perisian Sains dengan rancangan
pengajaran. Ini mungkin disebabkan ada sebahagian guru yang kurang berkemahiran
mengintegrasikan aktiviti dalam perisian Sains dengan rancangan pengajaran. Item kelima
pula menyatakan bahawa 86 orang guru Sains (83.5%) bersetuju boleh menggunakan
perisian kursus dalam pengajaran Sains berbanding 17 orang responden (16.5%) kurang
bersetuju menggunakannya. Boleh dirumuskan bahawa peratusan guru-guru Sains daerah
Kuala Langat (88.30%) boleh menggunakan projektor LCD semasa pengajaran Sains di
Makmal Sains sekolah. Selain itu. boleh dirumuskan juga bahawa 89 orang guru Sains
(86.4%) berkemahiran menggunakan pemprosesan kata untuk menulis nota pelajaran,
soalan ujian dan peperiksaan. Seramai 92 orang responden (89.10%) boleh menggunakan
URL untuk membuka web page berbanding 11 orang responden (10.70%) yang kurang
mahir menggunakannya. Manakala 90 orang guru Sains (87.4%) boleh menaip dalam
kotak informasi pada web page. Begitu juga 96 orang responden (93.20%) sangat mahir
dalam menulis dan menghantar email berbanding hanya 7 orang responden (6.80%) tidak
begitu mahir menggunakannya. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa, peratusan tinggi guru-
guru Sains daerah Kuala Langat sangat bersedia dari segi aspek kemahiran menggunakan
TMK dalam PdP subjek Sains di sekolah.

Perbezaan min Tahap Kesediaan


Kajian ini juga melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kesediaan
guru sains sekolah rendah dari segi penggunaan teknologi dari segi aspek pengetahuan,
sikap dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran dari segi jantina.
a. Aspek Pengetahuan
Hasil analisis ujian-t untuk melihat terdapatnya perbezaan min diantara tahap kesediaan
dari aspek pengetahuan mengikut jantina guru berdasarkan jadual 4 diatas. Berdasarkan
jadual diatas, nilait bagi jantina ialah 2.301 dan signifikan 2 hujung ialah 0,027. Ia
menunjukkan keputusannya adalah signifikan pada tahap p< 0.05. Ini bermaksud
terdapat perbezaann yang signifikan terhadap jantina guru sains sekolah rendah dari segi
tahap kesediaan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan pengetahuan.

397
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 4 Perbezaan min tahap kesediaan pengetahuan berdasarkan jantina


Jantina N Min s.p T Signifikan
Lelaki 25 32.6 3.98 2.301 0.027
Perempuan 78 30.29 3.67    
Signifikan pada tahap p<0.05

b. Aspek Sikap
Jadual 5 menunjukkan bahawa nilaitbagi jantina ialah t=1.832 dan kesigfikanan 2-hujung
ialah 0.075 pada tahap p<0.05. Ini bermaksud terdapat tidak perbezaan yang signifikan
terhadap jantina guru dari segi tahap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan sikap.

Jadual 5 Perbezaan min tahap kesediaan sikap berdasarkan jantina


Jantina N Min s.p T Signifikan
Lelaki 25 33.52 4.04 1.832 0.075
Perempuan 78 31.83 3.89    
Signifikan pada tahap p<0.05

c. Aspek Kemahiran
Dari Jadual 6, nilai t bagi kesediaan dalam aspek kemahiran berdasarkan jantina adalah t=1.29
dan kesignifikanan 2-hujung ialah 0.209 adalah signifikan pada tahap p<0.05. Ini bermaksud
tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap jantina dari segi tahap kesediaan kemahiran
dalam penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 6 Perbezaan min tahap kesediaan kemahiran berdasarkan jantina


Jantina n Min s.p t Signifikan
Lelaki 25 31.72 4.84 1.29 0.209
Perempuan 78 30.31 4.72    
Signifikan pada tahap p<0.05

PERBINCANGAN

a. Tahap Kesediaan
Melalui analisis diskriptif yang menggunakan min dan sisihan piawai, didapati bahawa
keseluruhan kesediaan guru sains sekolah rendah dalam menggunakan teknologi
maklumat adalah pada tahap yang tinggi. Hal ini merujuk kepada tiga aspek yang dikaji
iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sains sekolah rendah terhadap penggunaan
teknologi maklumat. Merujuk kepada dapatan kajian yang diperolehi, tahap kesediaan
yang paling tinggi adalah dalam aspek sikap diikuti dengan pengetahuan dan aspek
kemahiran. Daripada soal selidik yang telah dijalankan, didapati bahawa 73.8% responden
telah menghadiri kursus ICT. Kursus yang dijalankan telah memberikan kesan yang positif
kepada guru sains untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu, guru-guru sains perlu lebih bersedia untuk meningkatkan
lagi tahap penggunaan teknologi maklumat dari aspek kemahiran dan pengatahuan. Ini
memendangkan perubahan kepada teknologi maklumat yang begitu pantas dan guru
yang tidak bersedia akan ketinggalan. Oleh itu, dengan adanya kemudahan internet yang
mudah diperolehi pada masa kini, guru-guru perlu untuk meningkatkan lagi potensi diri
untuk menggunakan teknologi maklumat. Menurut Dias dan Atkinson (2001), sebelum
guru menerapkan penggunaan teknologi maklumat dalam bilik darjah, guru tersebut

398
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sendiri perlu bersikap positif dalam meningkatkan kemahiran diri yang ada agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar.

b. Kemahiran guru Sains untuk menggunakan TMK dalam pelajaran dan


pembelajaran
Kemahiran merupakan satu lagi aspek kesediaan yang perlu diambil kira bagi menerapkan
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains
disekolah rendah. Keputusan yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan mendapati
bahawa responden mempunyai min tahap kesediaan kemahiran yang tinggi untuk
mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ini disebabkan oleh perkembangan teknologi yang pesat membolehkan guru mempunyai
kemudahan untuk meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi maklumat.

c. Sikap guru Sains untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
Sikap guru adalah penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan
teknologi maklumat dapat dicapai. Daripada analisis keseluruhan kajian yang dijalankan,
ia menunjukkan bahawa sikap guru sains sekolah rendah untuk menggunakan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap yang tinggi (min=3.22).Ramai daripada
responden berbangga dengan pencapaian pelajar mereka di dalam kelas walaupun banyak
perkara baru yang perlu dipelajari. Ini disebabkan kerana mereka seronok dan dapat
menerima penggunaan teknologi maklumat yang digunakan dan menggalakkan guru-guru
cenderung untuk menukar cara pengajaran mereka di dalam kelas.
Oleh yang demikian guru perlu bekerja lebih keras lagi untuk meningkatkan
keupayaan menguasai penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya ia dapat digunakan sepenuhnya dalam bilik darjah.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mengkaji kesediaan guru sains sekolah rendah dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Hasil
kajian menunjukkan guru sains sekolah rendah mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Selain daripada itu, analisis ujian-t yang dijalankan
menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan perempuan
dalam aspek pengetahuan. Walaubagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara guru sains lelaki dan perempuan dalam aspek kemahiran dan sikap untuk menggunakan
TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa penggunaan teknologi dalam PdP
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah
pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan
komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam
PdP. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap
isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Pengetahuan, kecekapan serta
kepakaran guru menggunakan teknologi maklumat dapat membantu murid-murid menguasai
serta menginteprasikan pengajaran Dunia Sains dan Teknologi dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, transformasi dalam bidang pendidikan masa kini perlu lebih giat dijalankan
demi memastikan masyarakat Malaysia amnya dan pelajar sekolah khususnya dapat menikmati
kemajuan teknologi ini. Masyarakat amat bergantung dan berharap agar Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan semua Institusi Pendidikan di Malaysia mampu merancang
dan melaksanakan sistem pendidikan yang terkini bagi melahirkan individu yang kreatif,
berinovasi, berilmu dan boleh menguasai kemahiran teknologi maklumat ini. Perubahan dan
tuntutan baru ini diharapkan dapat membantu generasi muda untuk menjadi seorang individu
yang dianggap sebagai literasi teknologi maklumat bahkan juga literasi maklumat. Sehubungan
399
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dengan itu, Dasar Pendidikan Negara juga perlu diubah demi memastikan hasrat ini dapat
dicapai semaksimum yang mungkin. Impak teknologi maklumat dan komunikasi ini turut
mencabar fungsi pendidikan kebangsaan Negara di mana perlaksanaan penggunaan ICT ini
perlu dirancang dengan sebaik mungkin menggunakan pendekatan dan paradigma baru yang
lebih moden, efisyen dan berdaya saing.

RUJUKAN

Abdul Rahim Mohd Saad. (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan
pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di Seminar
Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001.
Alessi, S.M. & Trollip,S.R. (2001). Multimedia for learning: Methods and Development.
Massachusetts: Allyn & Bacon.
Dias, L. B. dan S. Atkinson. (2001). Technology Intergration: Best Practices. Where Do
Teachers Stand? International Electronic Journal for Leadership in Learning. 5(10). (Atas
talian). http://www.ucalgary.ca/~iejll/volume5/dias.html.
Holmes, N. (1999). The myth of the educational computer. IEEE Computer, 32(8): 36-42.
Krejcie, R & Morgan, D. W (1970). Determining Sample Size For Research. Educational and
psychology Measurement Mahmood, A. R.(2006).
Kulik, C., & Kulik,J.A. (1991). Effectiveness of Computer-based instruction: An updated
analysis. Computer in Human Behavior, 7, 75-94
Laurillard, D. (1992). Learning through collaborative computer simulations. British Journal of
Educational Technology, 23, 164-171.
Moersch, C. (1995). Levels of technology implementation (loti): A framework for measuring
classroom technology use. Journal of Learning and Leading With Technology, 23(3). 40-
42.
Mohd Izham dan Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan
teknologi maklumat berasaskan computer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Jurnal teknologi, 46 (E): Universiti Teknologi Malaysia.
Nazamuddin Alias. (2004). Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat di Kalangan
Guru Sains dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5.
NorHisham Abu Samah, Mezenah Youp dan Rose Alinda Alias. (1996). Pengajaran Bantuan
Komputer. Universiti Teknologi Malaysia.
Stallard, C. (1998). Factors that influence the integration of technology into the secondary
curriculum. http://ed.info.apple.com/education/techlearn/adapt/adaptfactors.html.
Zainuddin Abdullah. (2004). Kesediaan guru dan pelajar menggunakan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daerah Hulu Langat, Selangor. Thesis
Ijazah Master Sains Universiti Putra Malaysia.

400
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

DUNIA MELAYU ASIA TENGGARA PENERUS DAULAH ISLAMIAH:


PERADABAN MELAYU BUKAN CALANG-CALANG, PERADABAN
MELAYU PERADABAN GEMILANG

Norman Suratman, Muhd Rizal Mohd Yaakub


Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Sejak sekian lama bangsa Melayu telah dilabel oleh para pengkaji Orientalis dan
penjajah sebagai antara bangsa yang berperadaban termuda dan terkebelakang
berbanding dengan bangsa-bangsa lain seperti peradaban Barat, China dan India.
Malah, banyak ‘bukti’ yang mereka ketengahkan memaparkan seolah-olah Bangsa
Melayu bermentaliti ‘kelas kedua’ dan tidak berpotensi melangkah ke depan seperti
yang diharapkan. Namun, kajian ini yang berlandaskan dapatan-dapatan terbaharu yang
bukan sahaja dilakukan oleh para pengkaji Barat sendiri malahan oleh para pengkaji
setempat, memaparkan bukti-bukti yang menunjukkan hakikat sebaliknya. Teori-teori
awal seperti ‘Kereta api Ekspres’ yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal
dari Taiwan, atau Funnan mahupun Champa kini disanggah dengan kuat oleh teori-
teori baharu termasuk dapatan kajian dan analisis mt-DNA serta pemetaan genome
bahawa bangsa Melayu bukan sahaja berperadaban tinggi malahan usia peradabannya
ribuan tahun lebih ke depan daripada peradaban bangsa-bangsa China dan India selain
mempunyai peradaban gemilang dalam era Pentas/Pelantar Sunda dengan menjadi
empayar maritim yang berpengaruh, khususnya sebelum zaman kegemilangan
Empayar Melaka itu sendiri. Lebih menarik lagi ialah dapatan kajian-kajian terbaharu
ini turut mendedahkan bahawa baka bangsa Melayu ada kaitan dengan baka genome
keturunan Afrika dan Mesir purba sebagai ‘bangsa teras’ penduduk dunia. Di sebalik
hambatan-hambatan yang wujud juga bangsa Melayu Nusantara ini dilihat berpotensi
meneruskan teraju ‘Daulah Islamiah’ selepas daulah terakhir runtuh menyusuli
keruntuhan Empayar Uthmaniah di Turki, mentelah lagi negara-negara Dunia Islam
lain tidak dapat memenuhi ciri-ciri pewaris ‘Daulah Islamiah’ ini.

PENGENALAN

Sejak tumbangnya Empayar Uthmaniah Turki, Dunia Islam bagaikan kehilangan tunggak
kekuatan politik dan ketenteraan dari segi geo-politik dan geo-strategik dalam konteks hubungan
dan penakatan keselamatan antarabangsa kerana dalam banyak keadaan, negara-negara Islam
sama ada terpinggir atau dipinggirkan oleh negara-negara kuasa besar yang mencorakkan hala
tuju pentadbiran sejagat, termasuk dalam isu-isu yang bersangkutan dengan umat dan negara-
negara Islam. Pelbagai isu besar yang melibatkan negara-negara dan umat Islam seperti krisis
Bosnia-Herzegovina, krisis Iran-Iraq, Perang Afghanistan, Serangan berdarah 911, Serangan di
Paris dan Arab Spring, yang membuat keputusan bagi pihak Dunia Islam adalah negara-negara
bukan-Islam, khususnya Dunia Barat.
Jika dirujuk kepada zaman kegemilangan Islam sebelum ini dan ketika Empayar
Uthmaniah masih berkuasa, keadaan sedemikian tidak berlaku. Keruntuhan Empayar Islam
Turki itu juga membuka ruang kepada negara-negara Islam untuk dilanda oleh gelombang
neo-kolonialisme, di mana hak menentukan masa depan dan nasib mereka terletak lebih
di tangan kuasa-kuasa besar dunia kerana keadaan mereka yang tidak sepakat serta mudah
diperkotak-katikkan. Apa yang dapat kita fahami di sini ialah walaupun dalam keadaannya
tidak sekuat dahulu, negara-negara bukan-Islam khususnya Amerika Syarikat dan Dunia
Barat, masih dilanda oleh beban ketakutan Islamofobia dan berusaha dengan apa juga cara
untuk memastikan bahawa ketidaksepakatan Dunia Islam memudahkan Amerika dan sekutu-
401
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sekutunya mengenakan pelbagai bentuk tekanan ke atas umat Islam. Yang pasti ialah umat
Islam sejagat berasa tidak selesa dijadikan bidak catur seteru-seteru mereka, tetapi kerapuhan
hubungan persaudaraan Islam sejagat merumitkan sebarang usaha untuk para pemimpinnya
mencapai sebarang kata sepakat untuk bertindak sebagai ‘adikuasa’ yang berkesan dan disegani.
Jika selepas pembentukan Negara Islam yang berpusat di Madinah di bawah kepimpinan
Rasulullah s.a.w. umat Islam telah muncul sebagai sebuah kuasa besar dengan berkembang
luar ke merata pelosok dunia, kemungkinan keadaan ini dipugarkan kembali tidaklah mustahil.
Proses peralihan tampuk kepimpinan ‘Daulah Islamiah’ yang kemudian beralih ke empayar-
empayar Islam lain iaitu zaman Khalifah-Khalifah Abbasyiah, Umayyah, ar-Rashyiddin
hingga ke zaman Khalifah Uthmaniah membuktikan bahawa dalam kedudukan geografi,
geopolitik, kelainan mazhab muktabar, budaya dan seumpamanya dengan kekuasan setempat
dikekalkan, adalah sesuatu yang wajar bahawa konsep ‘unity in diversity’ (kesepaduan dalam
kerencaman) ala Islam ini dapat dihidupkan kembali demi penakatan agama dan Dunia Islam
serta keselamatan dan keamanan sejagat.
Persoalan utama yang perlu dijawab berkaitan dengan persoalan ini ialah sama ada
umat dan Dunia Islam perlukan sebuah ‘Daulah Islamiah’ atau tidak. Agus Mustofa (2010),
mengajukan beberapa soalan asas untuk membuka ruang kepada bentuk jawapannya iaitu
sama ada umat Islam perlukan sebuah ‘landasan’ yang dapat menaungi seluruh umat Islam?
Sama ada ‘Daulah Islamiah’ itu perlu mempunyai ciri-ciri sempadan, ketua negara, undang-
undang dan peraturan yang eksplisit atau setakat berunsur simbolik? Sama ada sudah terdapat
sebarang ‘tempat’ atau wilayah untuk dijadikan sebuah ‘daulah’ dengan calon pemimpin dan
rakyatnya? Model kenegaraan manakah yang dapat mewakili ciri-ciri Islam sebenar? Apakah
definisi ‘Daulah Islamiah’ yang ditetapkan? Apakah tujuan pembinaannya dan sama ada ‘entiti’
tersebut akan menjalankan kekuasaan agama dan pemerintahan secara mutlak? Di antara
persoalan-persoalan tersebut yang paling penting ialah pihak mana atau secara lebih khusus
pemimpin atau negara manakah yang paling layak menjadi pewaris ‘Daulah Islamiah’? Adakah
salah sebuah negara di Dunia Arab kerana warisan kenabian dan kepimpinan Rasulullah atau
kekayaan ekonomi ataupun kerana kekuatan geopolitik dan ketenteraan atau mungkin pula
kekuatan ekonomi-teknologi selain persenjataan dan ketenteraan? Ciri-ciri kekuatan teologi dan
ideologi ini memang penting memandangkan ia menjadi tunjang penegakan dan pemerkasaan
syariat Islam, yang perlu ada untuk meneruskan legitimasi ‘Daulah Islamiah’ itu sendiri. Jika
inilah sahaja yang dijadikan kriteria pemilihan, sudah pasti Arab Saudi menjadi pilihan utama,
selain daripada Pakistan dan Turki. Soalnya, di kalangan negara-negara yang disenaraipendek
ini, ciri-ciri sistem pemerintahan berkhalifah hanya terdapat di Saudi. Malangnya, dari segi
kedudukan strategik geopolitik dan ketenteraan, negara Arab yang menjadi ‘kuasa pelindung’
kepada dua tempat suci utama Dunia Islam, dianggap tidak cukup kuat untuk melepaskan
dirinya daripada pengaruh dan permainan politik Dunia Barat, khususnya Amerika Syarikat.
Kalaupun ia mungkin bebas daripada pengaruh Amerika, dalam banyak keadaan Riyadh
tidak cukup lantang untuk menyanggah sebarang tindak-tanduk Amerika dan Dunia Barat
yang bertentangan dengan kepentingan-kepentingan agama Islam dan umatnya khasnya, dan
keadilan sejagat amnya.
Pakistan pula, yang dianggap sebagai satu-satunya anggota rasmi ‘Kelab Nuklear’ dunia
dan boleh disifatkan sebagai tunggak kekuatan ketenteraan Dunia Islam, tidak mempunyai
kekuatan ekonomi untuk membolehkannya menerajui Dunia Islam dengan berkesan.
Dalam hubungan ini, sebarang tindak-tanduk Islamabad untuk membentuk hala tuju Dunia
Islam sebagai ‘nadi penggerak’ utama boleh terbantut kerana hambatan-hambatan ekonomi
menyukarkan negara itu bertindak dengan cekap dan berkesan memperjuangkan apa juga
kepentingan negara-negara Islam dan umatnya kelak. Kedudukan Turki agak menarik kerana
sebelum ini ia pernah menjadi ‘istana’ kepada Empayar Uthmaniah yang pernah mengembalikan
kedaulatan dan ketuanan Islam di mata dunia, mentelah lagi ia mempunyai ciri-ciri strategik
sebagai ‘jambatan’ Dunia Islam dengan Dunia Barat, kerana negara itu merupakan sebahagian
daripada Benua Eropah. Hambatan yang menghantui negara itu selepas keruntuhan Empayar
402
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Uthmaniah ialah ciri-ciri sekularisme yang disemaikan oleh tokoh yang digelar sebagai “Bapa
Turki Moden”, iaitu Mustafa Kemal Ataturk, sebaik-baik saja beliau berjaya mengambil
alih teraju pemerintahan negara itu daripada golongan bangsawannya. Ciri-ciri cemerlang
kepemimpinan kekhalifahan Turki kini seakan-akan tinggal dalam lipatan sejarah walaupun
pada suatu ketika dahulu para sultan yang menerajui kepimpinan di Istanbul banyak membantu
dan menjalin hubungan diplomatik, ketenteraan dan persaudaraan Islam dengan negara-negara
Islam yang lain termasuk Dunia Melayu Asia Tenggara atau Nusantara.
Berdasarkan analisa awal ini seolah-olah Dunia Islam ketandusan pengganti pewaris
‘Daulah Islamiah’ yang boleh diketengahkan dan umat Islam sejagat bagaikan tiada pilihan
selain berserah sahaja kepada ketentuan takdir. Namun, sikap sedemikian sebenarnya menyalahi
ajaran Islam yang disampaikan oleh Junjungan Rasulullah s.a.w. sendiri, yang tidak mahu
mereka berputus asa dan menyalahkan takdir semata-mata. Pilihan yang ada sekarang ialah
membuka pintu pencarian bukan berdasarkan kepada ciri-ciri negara individu semata-mata,
sebaliknya kepada kelompok dan entiti tertentu yang berada di bawah payung Dunia Islam. Jika
andaian ini diterima secara terburu-buru, sudah pasti ramai yang mengatakan bahawa mana-
mana pertubuhan induk yang menggabungkan negara-negara Islam di bawah naungannya
memenuhi syarat-syarat ini, seperti Pertubuhan Muktamar Islam (OIC) yang berpangkalan di
Jeddah. Persoalannya ialah OIC yang telah dibentuk lebih empat dekad lalu tidak cukup perkasa
untuk memperjuangkan kepentingan-kepentingan Dunia Islam seperti yang dapat dilakukan
oleh sebuah entiti yang bergelar ‘Daulah Islamiah’. Sejauh ini OIC lebih berfungsi sebagai
peneraju majlis-majlis mesyuarat negara-negara Islam dalam menangani isu-isu tertentu tetapi
ia lebih bersifat tidak mengikat. Contohnya, dalam isu-isu antarabangsa yang menyentuh soal-
soal kepentingan Dunia Islam dan anggota-anggotanya, OIC tidak dapat memenuhi keperluan
sebagai pusat dunia Islam yang berkesan dan disegani. Isu-isu yang melibatkan konflik politik
antarabangsa yang banyak melibatkan negara-negara dan umat Islam seperti isu penghinaan
ke atas agama dan umat Islam, krisis-krisis Bosnia-Herzegovina, Perang Teluk Parsi, malahan
Arab Spring dan seumpamanya, maruah umat dan agama Islam semakin tercemar dan tercalar
kerana kegagalan pertubuhan ini melindungi kepentingan Islam sejagat. Ini jelas merumitkan
sebarang usaha menjadikannya sebagai pewaris ‘Daulah Islamiah’ yang diidam-idamkan itu.
Jika bukan bangsa atau negara Arab, Turki dan Pakistan yang layak meneruskan tradisi
kepimpinan Dunia Islam ini, masih adakah negara atau bangsa lain yang dapat memenuhi
karakteristik ini, tentu agak mustahil untuk mencari calon-calon berkaliber lain untuk mengisi
kekosongan ini. Soalnya, demi memenuhi amanah memperkasakan Islam, suka atau tidak,
pewaris ‘Daulah Islamiah’ perlu dicari kerana sejarah telah membuktikan peranannya sebagai
penyatu dan pemerkasa ummah. Kalaupun tidak 100 peratus ciri-ciri yang diperkenalkan oleh
Rasulullah dan dipugarkan oleh para sahabat yang dapat dipenuhi, setidak-tidaknya ciri-ciri
utama seperti faktor ‘penyatu ummah’ dan kepimpinan yang berlandaskan kekhalifahan awal
Islam dapat dipenuhi ia sudah memadai untuk mencetuskan tahap awal pembentukan ‘daulah’
kerana cabaran-cabaran aman mutakhir hanya dapat didepani oleh Dunia Islam seandainya
mereka bersatu di bawah satu panji-panji dan payung sejagat, sebagai syarat pemerkasaan
seluruh umat seagama. Dan sama ada suka atau tidak, setiap negara Islam, pemimpin dan
umatnya perlu mengenepikan kepentingan-kepentingan peribadi dan individu demi membuka
laluan ke arah tujuan murni memenuhi amanah Rasulullah s.a.w. yang mahukan perpaduan
ummah diwujudkan mentelah lagi tanda-tanda akhir zaman semakin ketara dan cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh Dunia Islam semakin membara kerana umat Islam kini berada
di persimpangan antara membiarkan terus hegemoni Barat menidakkan ketuanan mereka
atau bangkit memperjuangkan hak mereka setidak-tidaknya sebagai umat bermartabat dan
berperadaban gemilang. Kegagalan menyahut cabaran akhir zaman ini akan hanya memudahkan
seteru-seteru Islam menjadikan umat Islam sebagai bidak catur permainan agenda besar Barat
untuk menguasai seluruh dunia dan dalam masa yang sama meminggirkan mereka hingga
meletakkan soal keselamatan politik, sosio-ekonomi dan ketenteraan Dunia Islam di tahap
yang serendah-rendahnya.
403
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan mendapatkan fakta-fakta sebenar mengenai soal Tamadun Islam dan
Melayu di rantau ini dalam usaha mengembalikan semangat jatidiri dan persaudaraan umat
Islam sejagat umumnya dan Bangsa Melayu khasnya. Dalam pergolakan politik antarabangsa
yang dilihat semakin meminggirkan umat Islam dan Bangsa Melayu dengan pelbagai isu
keselamatan politik dan antarabangsa, pelbagai kekeliruan telah dicetuskan hingga umat Islam,
termasuk Bangsa Melayu, diberikan label yang tidak wajar termasuk pelampau, ekstremis dan
pengganas. Apa lebih membimbangkan ialah keadaan sedemikian mendedahkan umat Islam
dan Bangsa Melayu kepada pelbagai keadaan yang boleh menjejas, malah merugikan masa
depan mereka. Umat Islam pernah mencapai zaman kecemerlangan dan kegemilangan silam
hingga membantu mengubah landskap sosio-ekonomi, politik dan keselamatan antarabangsa
ke tahap yang membanggakan. Namun, Dunia dan umat Islam mula kelihatan lemah dan mudah
diperkotak-katikkan setelah kekuatan sebenar mereka tergugat disusuli dengan keruntuhan
Empayar Uthmaniah sebagai ‘kubu kuat’ terakhir Dunia Islam.
Soal sama ada Dunia Islam dapat mengembalikan zaman keemasannya sebelum ini
agak sukar dijawab kerana struktur ‘daulah’ tersebut tidak lagi kelihatan. Tetapi, sejak akhir-
akhir ini peluang itu mula nampak walaupun kuasa-kuasa utama Islam pada zaman bahari
seperti Turki dan Timur Tengah masih belum dapat memenuhi ciri-ciri kekhalifahan Islam.
Dapatan daripada kajian-kajian mutakhir, termasuk kajian dan analisis saintifik yang dilakukan
boleh sahaja oleh para pengkaji dari Dunia Islam sendiri, malahan dari kalangan penyelidik-
penyelidik dan cendekiawan Barat, Arab, China dan India memberikan satu harapan baharu
bahawa salah satu bangsa Asia yang sebelum ini dianggap sebagai berperadaban termuda dan
terpalit dengan pelbagai gelaran negatif, Bangsa Melayu, sebenarnya mewarisi satu peradaban
gemilang yang berpotensi menghidupkan semula ‘Daulah Islamiah’ yang diimpikan itu. Kajian
ini juga cuba menghuraikan masalah-masalah yang menghambat usaha ke arah ini selain
meneliti kemungkinan-kemungkinan untuk mengubah metos negatif menjadi satu realiti.

METODOLOGI

Dengan menggunakan pendekatan ‘Grounded Theory’, kajian ini memanfaatkan sumber-


sumber kualitatif dan kuantitatif. Berdasarkan kaedah penyelidikan dan pendekatan yang
melibatkan kajian perpustakaan, analisis dokumentasi rasmi kerajaan atau pihak berkuasa serta
kajian kandungan (content analysis) dan lapangan, satu dapatan yang dapat dimanfaatkan oleh
semua pihak diharapkan dapat dihasilkan.

SIAPA LAYAK MEWARISI ‘DAULAH ISLAMIAH’?

Apabila kita memperkatakan tentang ciri-ciri kelayakan ini, sudah pasti kajian analitikal
mengenainya perlu dibuat berdasarkan karakteristik syariat, sesuai dengan tuntutan agama
kerana ia menjadi ukurtara kejayaan dan kecemerlangan daulah-daulah Islamiah sebelum ini
berdasarkan ketentuan yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. pada ‘Daulah Islamiah’ pertama
di Madinah. Yusuf al-Qardhawi (1984) menggariskan secara umum karateristik Islam ‘Daulah
Islamiah’ tersebut yang menyentuh tujuh perkara pokok iaitu Ketuhanan (Rabbaniyah),
Kemanusiaan (Insaniyah), Kesejagatan (Syumul), Keadilan-Kesederhanaan (al-Wastiyah),
Kontekstual (al-Waqiyyah), Kejelasan (al-Wudhuh) dan Konsistensi (Tathawwur).
Dengan ciri-ciri tunjang ini, ‘calon’ selanjutnya ialah Dunia Melayu Asia Tenggara
atau Nusantara, kerana ia masih memiliki ciri-ciri asas kesultanan Islam, walaupun rantau
yang meliputi negara-negara Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Singapura,
sebahagian daripada Thailand dan negara-negara Asia Tenggara lain yang masih setidak-
tidaknya memiliki sisa-sisa ciri kemelayuan yang penting, walaupun sistem pemeritahan
bersendikan kesultanan kini hanya bertahan di Malaysia dan Brunei Darussalam. Bila disebut
404
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sahaja tentang Dunia Melayu, pertanyaan yang pasti timbul ialah sama ada wajar atau tidak
bangsa Melayu mewarisi tugas penerus ‘Daulah Islamiah’.
Untuk memulakan analisis ini, perlu dijelaskan di sini bahawa penemuan-penemuan dan
dapatan-dapatan kajian terbaharu yang dilakukan oleh para pengkaji di Dunia Melayu dan di
Barat sendiri, termasuk analisis mt-DNA, pemetaan baka di samping kajian-kajian antropologi-
arkeologi terkini semakin memperkuatkan hakikat bahawa peradaban bangsa Melayu bukanlah
satu peradaban termuda, sebaliknya ia merupakan peradaban yang puluhan ribu tahun lebih tua
daripada peradaban China dan India. Malahan, kajian-kajian terbaharu itu turut membuktikan
peradaban bangsa Melayu itu sendiri ada kaitan dengan peradaban manusia awal bangsa Afrika
dan peradaban bangsa Arab yang menjadi tunggak bangsa-bangsa berperadaban tinggi lain, di
samping menolak langsung teori-teori sebelum ini yang mendakwa bahawa Bangsa Melayu itu
berasal daripada China, Taiwan ataupun Champa. Sebaliknya, Bangsa Melayulah yang menjadi
akar berkembangnya bangsa-bangsa lain termasuk ke negara-negara tersebut. Peradaban
besar Bangsa Melayu ini berakar pada tahap zaman pra-Islam, iaitu apabila Dunia Melayu
Asia Tenggara atau Nusantara wujud sejak zaman Pentas atau Pelantar Sunda sejak awal atau
sebelum abad Masehi lagi. Walaupun kawasan Pentas Sunda kini hanya tinggal sejarah, zaman
kegemilangan Dunia Melayu Nusantara pasca-Islam berkembang semasa penguasaan Empayar
Melaka, Johor-Riau dan Lingga, Samudera-Pasai, Mataram, Bintan, Demak, Aceh. Hashim
Ismail (2001) menggariskan sejarah tamadun Melayu Islam dalam lima tahap atau gelombang
dari abad ketujuh hingga ke-11 Masehi, apabila misi-misi pendakwah meneruskan misi awal
penerokaan perwakilan Rasulullah s.a.w. ke rantau ini. Gelombang kedua misi dakwah ke
Alam Melayu itu ialah kunjungan para ilmuan bermazhab Syafie iaitu dari Abad ke-12 hingga
ke-16 Masehi. Ini diikuti dengan gelombang dakwah ketiga, iaitu gerakan yang diterajui oleh
para mubaligh tempatan, dengan bantuan daripada para pendakwah dari Asia Barat dan India.
Menyusulinya ialah kebangkitan gologan salafiah pada Abad ke-18 hingga pertengahan ke-20
manakala gelombang dakwah kelima berlaku dalam tempoh separuh akhir Abad ke-20 hingga
ke saat ini, apabila para reformis agama dan aktivis kontemporari yang berpendidikan tiggi dan
berkedudukan dalam masyarakat mempelopori pelbagai aktiviti penyebaran ilmu Islam dalam
pelbagai bidang profesional termasuk pentabiran, perbankan, perundangan selain daripada
sains dan teknologi.
Berdasarkan penemuan saintifik terbaharu dan dapatan-dapatan arkeologi-antropolgi
yang membuktikan usia peradaban Bangsa Melayu di rantau ini khususnya semasa zaman
awal Pentas Sunda lagi, bukti-bukti sejarah lisan dan manuskrip-manuskrip awal mengenai
faktor Bangsa Melayu sebagai bangsa teras pelbagai bangsa lain, Ahmad Harith (2012)
menguatkannya dengan memetik sepotong Hadis dari Tsauban r.a. bahawa telah bersabda
Rasulullah s.a.w.: “Akan datang Panji-Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka
(seperti) kepingan besi. Barang siapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada
mereka dan berbaiahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.” – Hadis Riwayat al-
Hassan ibn Sofyan dari al-Hafiz Abu Nuaim (dari kitab al-Hawi lil Fatawa, oleh Imam Sayuti).
Beliau turut memetik sumber yang menyebut bahawa Bangsa Melayu telah pun wujud
sejak zaman Nabi Sulaiman a.s. semasa kegemilangan Bani Israel. Kitab-kitab kaum Israel
dalam Bahasa Ibrani dan Suryani purba ada mencatatkan tentang maklumat mengenai emas dari
rantau Nusantara. Rujukan-rujukan yang dibuat tentang peta-peta purba mengenai ‘bumi emas’
ataupun ‘Semenanjung Emas’ jelas merupakan satu rujukan kepada tempat kediaman Bangsa
Melayu ketika itu. Kitab-kitab agama Hindu seperti Purana dan kitab-kitab berbahasa Sanskrit
yang merujuk kepada kitab berbahasa Parsi purba seperti Avestan dan kitab merujuk kepada
kisah “syurga emas dar Timur” menjadi buah mulut dayang-dayang istana Empayar Babylon,
yang bertanyakan dari mana perhiasan-perhiasan emas itu diperolehi oleh Bani Israel. Beliau
turut memetik maklumat tentang Bahasa Melayu kuno dalam era Sriwijaya di kalangan para
penduduk yang menghuni Kepulauan Filipina dan kawasan sekitarnya masih mengekalkan
kosa-kosa kata Bahasa Ibrani dan Kanaan.”

405
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Dalam zaman kerajaan-kerajaan Melayu purba itu juga Wangsa atau Empayar Melayu
silam mewariskan watikah-watikah yang menyebut tentang kerajaan-kerajaan Melayu purba
seperti Dinasti Teratai, Dinasti Seroja, Dinasti Raja Gunung dan seumpamanya lagi. Akibat
daripada lenyapnya pelbagai maklumat ‘bertulis’ sama ada akibat tenggelamnya kapal-kapal
pejajah yang terbakar atau tenggelam semasa cuba melarikan harta-harta rampasan daripada
kerajaan-kerajaan Melayu yang mereka jajah selain daripada disembunyikan sendiri oleh
golongan bangsawan yang tidak mahu rahsia-rahsia negara dan bangsa jatuh ke tangan musuh-
musuh mereka, pelbagai maklumat penting tidak dapat dikesan mengenai aspek-aspek kerajaan
Melayu silam yang hilang bersama hilangnya peradaban Pentas Sunda. Sebagai contoh, satu
kaum yang dipercayai berketurunan Melayu di Indochina yang sering berperang dan memang
melawan gangguan kerajaan China ialah Kaum Jawaka, yang mewarisi satu tamadun yang
hilang di rantau tersebut. Kisah tentang kaum ini tercatat dalam teks-teks purba Sri Lanka
yang ditulis dalam bahasa Pali, selain daripada catatan-catatan pengembara-pengembara Arab
dan Parsi selain daripada yang diriwayatkan oleh tulisan-tulisan dinasti China. Rujukan silang
juga dikesan bertindihan dengan istilah ‘Melayu’ di mana raja Melayu bagi Dinasti Seroja
(Pathomwangsa) di Tambralingga turut disebut dalam catatan berbahasa Pali sebagai ‘Raja
Jawaka’. Selain daripada itu, terdapat juga log-log di istana maharaja China yang menyebut
tentang sebuah kerajaan maritim yang unggul di Laut Selatan Zabag (Zabag merupakan
rujukan Arab kepada Sriwijaya) dengan nama ‘Mo-lo-yu’ atau ‘Ma-li-yue’. Dalam rujukan
mengenai Kemboja pula, dinasti-dinasti awal Kemboja diakui oleh para sejarawan negara itu
sebagai berketurunan Melayu. Mereka turut mengesahkan bahawa Raja Khmer pertama iaitu
Jayavarman II, yang mendirikan Angkor Wat, setelah selama beberapa tahun belajar tentang
sistem pentadbiran daripada Dinasti Melayu Salindera yang berada di bawah naungan Empayar
Sriwijaya. Prasasti-prasasti berbahasa Melayu purba yang ditemui di Kemboja, Thailand,
Indonesia, Malaysia dan Filipina yang membentuk Asia Tenggara sebenarnya melengkapkan
silang kata mengenai siapa sebenarnya Bangsa Melayu dan kaitan mereka dengan kewujudan
Pentas Sunda serta ketamadunan Melayu selepas itu.
Malahan, banyak bukti arkeologi-antropologi termasuk catatan-catatan mengenai ratusan
buah kapal dagang, kapal perang yang tersadai di perut-perut laut di Selat Melaka, Laut China
Selatan (Laut Champa), Borneo dan kawasan sekitarnya menguatkan bukti tentang kewujudan
peradaban Melayu sebagai sebuah kuasa maritim yang cukup berpengaruh ketika itu. Yang
menariknya ialah kapal-kapal tersebut dibina dengan menggunakan kaedah atau teknik ‘sewn-
plank and lashed-lug’ yang dikuasai oleh para juru bina Melayu pada zaman Empayar Srivijaya
sahaja. Teknologi pembinaan ini dianggap oleh seorang pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves
Manguin, sebagai cukup maju malah lebih baik daripada kaedah pembinaan tongkang-tongkang
China. Perbandingan tentang kehebatan kapal besar buatan Melayu berbanding dengan kapal-
kapal buatan bangsa Barat termasuk Portugis, dikatakan kerdil kerana saiz kapal-kapal Melayu
ketika itu cukup menggerunkan mereka. Seorang pengkaji yang menggelarkan dirinya sebagai
‘Laksamana Sejagat’, memetik Portuguese Documents on Malacca bahawa “(Kapal) Flor De
Lar Mar mempunyai geladak haluan dan geladak buritan yang tertinggi di antara ‘galleon’
atau kapal milik Portugis, dan ini sekadar menyamai geladak jong Melayu sahaja….. Dinding
Jong Melayu begitu tiggi sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya (ketika
menyerang)….. dan dinding jong setebal empat lapis tidak rosak sedikit pun oleh peluru
meriam Portugis….. Jong Jawa pertama (pula) yang diceritakan besarnya oleh orang Portugis
ialah yang mereka tawan dalam tahun 1511 dalam pelayaran ke Melaka….. anggarannya
seberat 600 tan, tingginya seperti sebuah menara berbanding dengan kapal Portugis.” Bukti-
bukti seperti ini jelas menggarisbawahi kenyataan bahawa negara-negara kota Bangsa Melayu
telah pun wujud sebelum zaman kemuncak Sriwijaya dan catatan mengenai sebuah kerajaan
Melayu di Sumatera yang mengeksport emas, kerajaan purba di Pahang yang tercatat dalam
rekod Maharaja China selain ‘Dungun’, yang menjadi salah sebuah pelabuhan silam. Kitab
Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa boleh dianggap sebagai segelintir daripada
catatan sejarah Bangsa Melayu yang menyebut tentang sebuah kerajaan Melayu purba yang
406
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dipercayai terletak di Perak, iaitu kerajaan Gangga Negara. Raja Suran, yang dikatakan sebagai
berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain, dicatatkan telah menyerang Gangga Negara. Sebuah
lagi kerajaan Melayu purba yang disebut dalam kajian Kolonel James Low dalam tahun 1849
ialah kerajaan Beruas, yang lebih tua daripada Kerajaan Melaka dan mungkin sezaman dengan
Kerajaan Langkasuka. Dalam soal yang berkaitan dengan kekuasaan monopoli laluan laut
di Nusantara, di mana penguasanya juga turut memonopoli cukai laluan dan perdagangan
di perairan tersebut, tidak dapat dielakkan tentang kemungkinan timbulnya rasa cemburu di
kalangan kuasa-kuasa penjajah Barat ketika itu hingga mana-mana juga empayar maritim
yang menguasai laluan di Selat Melaka cuba dijatuhkan. Ini termasuklah misi menjajah oleh
Stamford Raffles dan penjajah-penjajah Barat yang lain. Misi serangan Raja Suran ke rantau
Nusantara juga boleh dikaitkan dengan persoalan ini.

ASAL-USUL SEBENAR BANGSA MELAYU

Pelbagai teori telah diperkenalkan dan kajian-kajian arkeologi-antropologi dibuat khususnya


oleh pengkaji-pengkaji Barat, yang bukan setakat menunjukkan bahawa Bangsa Melayu berasal
dari Yunnan, China, Taiwan ataupun Champa, selain mengatakan bahawa peradaban Bangsa
Melayu adalah antara yang ‘termuda’ di dunia. Malahan, peradaban Bangsa Melayu, menurut
mereka, berkembang dalam zaman Empayar Melaka walaupun banyak penemuan antropologi
mendedahkan kewujudan peradaban Melayu yang lebih awal. Bagaimanapun, teori-teori
terbaharu memaparkan sebaliknya, khususnya setelah dapatan daripada pelbagai analisis
saintifik seperti pemetaan genom/baka dan analisis Mitochondrial DNA dilakukan bukan sahaja
oleh para pengkaji dan penyelidik setempat, malahan diperkuatkan oleh penemuan-penemuan
pengkaji institusi pengajian tinggi terkemua Barat.
Berdasarkan kajian terbaru yang menggunakan penyelidikan forensik ke atas
baka keturunan orang Melayu moden dan Orang Asli, DNA mereka telah dijadikan sebagai
contoh/sample dan mtDNA mereka dianalisa. Kaedah ini didapati menjadi alat berguna untuk
mengenal pasti baka manusia dan memahami evolusi dan migrasi manusia moden dengan
mencari dan menentukan kumpulanhaplo (haplogroup -- Haplogroup is the term scientists use
to describe individual branches, or closely related groups of branches, on the genetic family tree
of all humans. All members of a haplogroup trace their ancestry back to a single individual.)
pihak-pihak yang menjalani ujian tersebut. Jelasnya, kajian yang bersandarkan kepada analisis
kajian pemetaan baka ini maklumat-maklumat mengenai asal-usul sesuatu bangsa itu, termasuk
Bangsa Melayu, dapat dikesan. (A haplogroup (from the Greek: ἁπλούς, haploûs, “onefold,
single, simple” and English: group), is a group of individual organisms which, in terms of
molecular evolution, share a common ancestor – a genetic line of descent demonstrated by a
particular single nucleotide polymorphism (SNP) mutation.[citation needed] Because a haplogroup
consists of similar haplotypes, it is usually possible to predict a haplogroup from haplotypes.
Haplogroups pertain to a single line of descent, usually dating back thousands of years.[1] As
such, membership of a haplogroup, by any individual, relies on a relatively small proportion
of the genetic material possessed by that individual. Each haplogroup originates from, and
remains part of, a preceding single haplogroup (or paragroup). As such, any related group of
haplogroups may be precisely modelled as a nested hierachy, in which each set (haplogroup) is
also a subset of a single broader set (as opposed, that is, to biparental models, such as human
family trees). (Haplogroups are normally identified by an initial letters of the alphabet, and
refinements consist of additional number and letter combinations, such as (for example) A →
A1 → A1a. In human genetics, the haplogroups most commonly studied are Y-chromosome
(Y-DNA) haplogroups and mitochondrial DNA (mtDNA) haplogroups, both of which can be
used to define genetic populations. Y-DNA is passed solely along the patrilineal line, from
father to son, while mtDNA is passed down the matrilineal line, from mother to offspring of
both sexes. Neither recombines, and thus Y-DNA and mtDNA change only by chance mutation
at each generation with no intermixture between parents’ genetic material.)
407
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Dapatan-dapatan kajian terbaharu juga menghasilkan maklumat yang berbeza yang


menyokong teori baharu bahawa Bangsa Melayu merupakan satu bangsa ‘induk’ yang
kemudian dikelompokkan dalam ras keluarga kelompok rumpun yang disebut sebagai Melayu-
Polynesia, atau gabungan Astronesia seperti yang dianjurkan oleh para sejarawan Barat
(Zaharah Sulaiman, 2009). Sebagai satu kelompok tersendiri dan bukannya sebuah ‘subrace’
atau suku kaum. Ia merupakan sebuah bangsa yang amat besar dan antara etnik yang tertua di
dunia. Leluhur bangsa Melayu-Polynesia ini juga bukanlah dari jenis Mongoloid (Wan Hashim,
2015). Bangsa besar ini jugalah yang membentuk ras utama yang kemudian tersebar di Rantau
Melayu Nusantara, sebelum merentas ke bahagian lagi di banyak pelusuk dunia. Percanggahan
dengan dapatan-dapatan daripada kajian dan teori awal ialah selain daripada dilakukan
oleh para pengkaji asing, yang lebih merupakan pemerhatian dan tinjauan rambang selain
penggunaan ‘kaca mata’ berbeza sebagai ‘tuan’ atau kuasa penjajah, teori-teori awal tersebut
tidak bersandarkan fakta-fakta kukuh selain lebih merupakan spekulasi yang berat sebelah dan
terlalu umum. ‘Keumuman’ kategori bangsa-bangsa yang berketurunan Melayu di rantau ini
seperti Melayu Asli, Melayu Siam, Melayu Kemboja, Melayu Champa, Melayu Indonesia dan
Melayu Malaysia (yang pelbagai rumpun), Melayu Filipina, Melayu Borneo, Melayu Funnan,
Melayu Taiwan dan seumpamanya sebenarnya merupakan kelompok-kelompok komposit
Bangsa Melayu serantau, yang merupakan hasil evolusi dan persemendaan. Mereka sebenarnya
adalah sebaka dan serumpun. Nusantara, khususnya Indonesia, Malaysia dan Borneo dalam
zaman awalnya merupakan satu wilayah yang sangat luas. Jadi, tidaklah menghairankan jika
rantau yang kaya dengan pelbagai jenis flora-fauna yang menghijau subur, hasil perut bumi
yang cukup banyak dan pelbagai jenis haiwan yang dipercayai lebih besar saiznya daripada
benua kecil India, sudah pasti mampu menampung dan menjadi tempat kediaman manusia sejak
zaman awal lagi. Bukti kukuh mengenai fakta ini ialah bahasa penuturan majoriti penduduknya
yang terdiri daripada ratusan etnik, yang sama ada merupakan Bahasa Melayu atau setidak-
tidaknya ada sandaran atau perkongsian dengan Bahasa Melayu itu sendiri.
Hasil penemuan terbaru yang lebih saintifik ini juga dengan jelas menolak teori-teori
penyelidik Orientalis termasuk George Weber dan Peter Bellwood kononnya Bangsa Melayu
berasal dari Taiwan, Yunnan ataupun Champa. Hakikatnya ialah Bangsa Melayu wujud
sebelum kehadiran kaum penjajah Barat di rantau ini. Secara lengkap, proses pengembangan
dan ‘pembiakan’ Bangsa Melayu di rantau ini terbahagi kepada tiga tahap evolusi Pentas Sunda
iaitu pertama, Era Pemerkasaan Perbatasan Bangsa dan Bahasa Melayu dalam evolusi 50,000
tahun dan rumpun Melayu pada zaman itu yang menerokai kawasan lain untuk membentuk
dan mengembangkan suku bangsa mengikut suasana geografi di sekitarnya selepas banjir
memisahkan mereka 14,000 tahun lalu. Kedua, Era Pemerkasaan Perbatasan Bangsa dan
Bahasa dalam tempoh kira-kira tersebut, di mana ia menjadi detik awal pemisahan kawasan
geografi Pentas Sunda menjadi gugusan kepulauan Melayu dan penebaran kaum Melayu itu
ke wilayah Asia Tenggara hingga ke Kepulauan Pasifik dan Madagascar. Tempoh kedua ini
mencatatkan peringkat penubuhan wilayah dan kerajaan masing-masing dengan perbatasan
tersendiri tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan pertalian bahasa, budaya dan
keturunan. Ketiga ialah Era Pemerkasaan Agama Bangsa Melayu, yang dipercayai berlaku
6,000 hingga 1,000 tahun lalu, yang mencetuskan pula proses peralihan kepada pencapaian
sosio-teologi dan minda menerusi kemasukan kepercayaan dan agama. Kaedah mtDNA ini
dianggap sebagai satu dapatan yang paling ampuh untuk mengesan keturunan leluhur sesuatu
bangsa menerusi talian susur-galur ‘matrilineage’ (sebelah ibu) dan ia telah digunakan untuk
mengesan ribuan keturunan sebelumnya. Jelasnya, teori Keluar dari Afrika dan Timur Tengah
ini yang dikemukakan oleh S. Oppenheimer, Spenser Wells dan ramai pakar lain tentang
manusia moden (homo sapiens sapiens) mula bermastautin di Benua Afrika dan Arab kira-kira
160,000-200,000 tahun dahulu kemudian bertaburan berhijrah menyebar keluar dalam tempoh
85,000-60,000 tahun silam mengikut arus penghijrahan ke arah yang berbeza-beza menerima
keputusan bahawa keturunan manusia-manusia moden berasal dari Afrika (ibid).

408
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Dapatan kajian-kajian lain secara jelas menegaskan bahawa penolakan terhadap teori-
teori awal tentang asal-usul bangsa Melayu adalah berdasarkan dapatan-dapatan dan pelbagai
penemuan arkeologi dan antropologi mengenai kehadiran manusia di Dunia Melayu sejak
35,000 tahun lalu (Wan Hashim, 2015). Beliau dan para pengkaji lain merumuskan bahawa
teori migrasi penduduk dari Yunnan atau Yunnan sebagai tanah ranah (tanah leluhur) Bangsa
Melayu mahupun mana-mana bahagian di rantau Asia merupakan teori-teori yang tidak dapat
dibuktikan. Dapatan Wan Hashim dan rakan pengkajinya turut merumuskan bahawa dalam
tempoh masa 35,000 hingga 11,000 tahun lampau penghuni Alam Melayu dipercayai berasal
daripada satu baka dengan mengamalkan budaya yang serupa.
Ketika menegaskan hasil kajian mereka tentang keadaan di rantau yang juga pernah
dikenali sebagai Pentas Sunda: “Ini kerana di waktu itu Alam Melayu merupakan sekeping
tanah besar Pentas Sunda dan Pentas Sahul yang timbul kerana dunia pada waktu itu berada
dalam zaman air batu (Prestosen) dan paras air laut turun (menyusut).”
Pengkaji-pengkaji ini turut menarik perhatian tentang pengklasifikasian pelbagai
rumpun manusia kepada ras dan sub-ras tertentu adalah berdasarkan kepada kaedah etmo-
linguistik atau bahasa pertuturan. Contoh jelas ialah masyarakat yang bertutur dalam bahasa
Astronesia atau Melayu-Polinesia dikategorikan sebagai satu rumpun bangsa. Misalnya,
bangsa Melayu yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Patani, Johor-Riau, Minangkabau,
Jawa, Aceh, Batak, Bugis, Menado dan sebagainya adalah bangsa serumpun kerana mereka
bertutur dalam bahasa atau berpaksikan kepada Bahasa Melayu atau Austronesia. Hal yang
serupa turut dikaitkan dengan masyarakat Cham di Vietnam dan Kemboja, Taiwan, Filipina
dan seumpamanya yang tergolong dalam kelompok penutur Bahasa Astronesia atau-Melayu-
Polinesia. Rujukan kukuh mereka termasuklah hasil tulisan Ma Yin dalam ‘China’s Minority
Nationalities’ (Bangsa-bangsa Minoriti China) yang diterbitkan dalam tahun 1982, bahawa
tidak satu pun daripada 56 suku bangsa atau etnik yang mendiami Tanah Besar China dan
Taiwan yang tergolong dalam kelompok penutur Bahasa Astronesia ataupun Melayu-Polinesia.

PERADABAN DAN KESULTANAN MELAYU ASIA TENGGARA

Penyangkalan bahawa peradaban Melayu sebagai sebuah peradaban muda dan kecil yang bangsa
Melayu itu sendiri didakwa oleh pihak-pihak tertentu sebagai warisan keturunan Melayu dari
Yunnan atau Champa disanggah secara tegas oleh Abdullah Hassan, yang mempertahankan
bahawa Peradaban Melayu adalah sebuah peradaban maritim tunggal dunia yang besar dengan
wilayah geografi yang cukup luas. Malahan, peradaban ini jugalah yang menjadi pusat,
tunggak dan tunjang kepada kesinambungan empayar Dunia Melayu dalam proses sejarah
dan politik yang panjang (Abdullah Hassan, 2010). Dunia Melayu Nusantara ketika itu sangat
luas, iaitu “seluas Lautan Teduh (Pasifik) dan Lautan Hindi. Penutur Bahasa Melayu dan yang
seinduk dengannya merentasi wilayah Pulau Krismas di timur hingga ke Pulau Madagascar
di barat. Hubungan sedarah leluhur itu diperkuatkan menerusi bukti daripada kajian Jabatan
Maori Universiti Victoria Wellington. Beliau memetik fakta-fakta yang diberikan oleh seorang
pengkaji dari Universiti Beijing, yang mendedahkan bahawa Dunia atau Alam Melayu telah
pun wujud hampir empat millenium lalu, menerusi bukti-bukti arkeologi. Bukti-bukti lanjut
lain yang berkaitan termasuklah catatan geografi dalam zaman Maharaja Han Wu Di yang
hidup dalam tahun 10 hingga 87 Sebelum Masehi, mengenai peranan Semenanjung Tanah
Melayu yang menjadi sebahagian daripada wilayah Pentas Sunda sebelum itu, sebagai laluan
perjalanan dari China ke India. Turut dijelaskan ialah catatan penting yang dibuat oleh seorang
pengembara agama China, I-Tsing, ke Sriwijaya dalam tahun 671 Masehi apabila beliau
singgah ke Sriwijaya semasa dalam perjalanan ke India, dengan mencatatkan tahap kemajuan
ilmu agama Buddha di sana di samping kepentingan Bahasa Melayu ketika itu. Jadi, apabila
zaman kegemilangan Empayar Sriwijaya merudum dan digantikan dengan zaman Empayar
Melaka, kerajaan China meneruskan tradisi misi damai ke Dunia Melayu menerusi Laksamana
Zheng He. Kejatuhan Empayar Melaka sebenarnya tidak menamatkan kegemilangan Dunia
409
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Melayu kerana fokus kuasa Bangsa Melayu ketika itu beralih pula ke Aceh, Pasai, Medan,
Patani dan Brunei sebelum ke Johor-Riau-Lingga dan Pahang.
Fakta yang tidak dapat dinafikan ialah walaupun banyak kerajaan kesultanan Islam
di bahagian-bahagian lain di dunia menjadi lemah atau runtuh, kerajaan kesultanan Melayu
di rantau ini, khususnya di Tanah Melayu dan Brunei, terus bertahan malah menjadi lebih
perkasa. Setiap kali sesebuah kerajaan Melayu tumbang di rantau ini pada masa lalu, akan ada
kerajaan baru yang menggantikannya hinggalah ke saat ini apabila keadaan mantap dilihat
pada warisan kesultanan Melayu yang masih bertahan. Kelemahan yang wujud sekarang ialah
kurangnya kesatuan dan penyatuan Bangsa Melayu untuk memperkasakan diri mereka agar
tradisi gemilang dan cemerlang zaman silam itu dapat dipertahankan malah dilanjutkan.

KESULTANAN MELAYU NUSANTARA DAN EMPAYAR UTHMANIAH

Hubungan akrab Empayar Melayu di rantau Asia Tenggara dengan Empayar Uthmaniah Turki
bersemarak melalui agama Islam kerana semangat persaudaraan seagama, yang jelas berbeza
dengan hubungan antara Dunia Melayu dengan kuasa-kuasa besar lain khususnya kumpulan
negara-negara penjajah dari Dunia Barat, yang lebih tertakluk kepada soal dominasi dan
hegemoni politik, ekonomi dan agama. Jelasnya, hubungan Dunia Melayu dengan Empayar
Uthmaniah lebih berpaksikan kepada soal-soal keselamatan agama, sosio-politik dan sejarah
untuk kepentingan jangka panjang. Kedudukan Dunia Melayu sejak dari zaman Pentas Sunda
sebagai sebuah kuasa maritim hingga kepada penubuhan kesultanan-kesultanan Melayu dan
Islam dapat dikesan seawal abad ke-7 kerana ketika itu hubungan laut antarabangsa yang
melewati Selat Melaka telah pun menghubungkan Empayar Sriwijaya dengan Bani Umayyah
di Asia Barat dan Dinasti China di Asia Selatan (Uka Tjandrasasmita, 2002). Jelasnya, ketika itu
telahpun wujud kerajaan-kerajaan Islam di Kepulauan Indonesia iaitu di Peureulak (Perlak?),
Ternate, Tidore (Maluku), Sambas, Puntianak, Banjar, Sitang, Kutai dan sebagainya lagi selain
daripada Demak, Pajang, Mataram, Cirebon, Banten, Gowa, Bone, Soppeng, Luwwu dan Bima
(Ensiklopedia Tematis Dunia Islam: Khilafah dalam bagian ‘Dunia Islam Bagian Timur’, 2002).
Ditambah lagi dengan catatan-catatan mengenai kerajaan-kerajaan Melayu awal dinasti-dinasti
bunga di Tanah Melayu, ia jelas membuktikan betapa besarnya Dunia Melayu Asia Tenggara
suatu ketika dahulu.
Para pengkaji sejarah seperti Saim Kayadibi menegaskan bahawa hubungan dua hala ini
terbahagi kepada tiga tahap iaitu era awal abad ke-13, era pan-Islam dan era selepas keruntuhan
Empayar Uthmaniah yang digantikan dengan pembentukan sebuah republik sekular. Menurut
beliau, menyusuli proses pengislaman rantau Asia Tenggara dalam abad tersebut, beberapa
kerajaan Melayu di rantau ini menjadi lebih berpengaruh dari segi politik. Peranan Benua
Kecil India termasuk Pakistan dan Bangladesh sedikit sebanyak tidak boleh ditolak sebelum
kuasa Islam digerakkan pula oleh pemerintahan Mogul-Turki, yang menjadikan rantau ini
menerima dengan tangan terbuka pengaruh Mazhab Ahlussunnahwaljamaah. Sebaik-baik
sahaja hubungan dua hala itu terjalin, pemerintah Empayar Uthmaniah menghantar perutusan-
perutusan tentera laut dan ketenteraan kepada sultan-sultan di Nusantara apabila mereka
berdepan dengan kuasa-kuasa penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Empayar Islam
Turki ini terus memberikan sokongan perlindungan keselamatan kepada Dunia Melayu hingga
ke awal abad ke-20. Dasar pan-Islam Uthmaniah, khususnya dalam zaman pemerintahan Sultan
Abdulhamid telah membuka lembaran baru dalam hubungan antara negara-negara Islam dan
ini telah menimbulkan kebimbangan kuasa-kuasa penjajah yang cuba meluaskan kuasa mereka
di rantau ini. Sebagai satu simbol perpaduan ummah, sokongan Dunia Melayu Asia Tenggara
yang kuat berpegang kepada agama Islam, terhadap Empayar Uthmaniah sebagai pusat ‘adi
kuasa’ Islam sejagat, memperkasakan persaudaraan seagama seperti yang dipaparkan dalam
sokongan mereka kepada negara itu dalam Perang Turki-Russia 1877, Perang Dunia Pertama,
Perang Kemerdekaan Nasional Turki, Perang Balkan dan sebagainya lagi. Untuk tujuan
menguatkan lagi hakikat tentang kekuasaan dan kekuatan Empayar Uthmaniah ini, pelbagai
410
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

catatan dan dokumentasi arkib/arkeologi dan bukti sejarah ditemui termasuk sepucuk surat
yang dikirimkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah kepada Sultan Sulayman al-Qanuni untuk
meminta perlindungan ‘Daulah Islamiah’ daripada gangguan penjajah Portugis (Sallehuddin
Ibrahim, 2008). Fakta yang paling menarik setelah Empayar Uthmaniah mengambil alih
teraju utama Dunia Islam ialah tindakannya meneruskan tradisi mengawal dan melindungi
laluan haji untuk umat Islam dari serata dunia melaksanakan Rukun Islam Kelima itu dengan
rasa selamat dan terlindung (Sangtawal Sakranta, 2009). Sebagai ‘Khadimatul Haramayn’
(Penjaga Dua Tanah Suci Islam iaitu Mekah dan Madinah), kekuatan politik dan ketenteraan
Turki ketika itu menjadi pasport jaminan keamanan perjalanan ibadah ke Tanah Suci, yang
menempatkan seluruh laluan haji di wilayah-wilayah yang terletak di bawah kekuasaannya
dalam pengawasan Sultan Uthmaniah menerusi pengerahan angkatan lautnya di tempat-tempat
yang strategik, selain menempatkan juga pasukan-pasukan elitnya dalam angkatan bersenjata
di wilayah Indonesia, khususnya di Aceh.
Dapatan kajian lain mencatatkan permulaan hubungan dua hala ini bermula pada
akhir abad ke-15 atau awal ke-16 pada zaman Sultan Salim Khan (Kamaruzaman, 2009).
Namun, berdasarkan Hikayat Aceh, Bustanul Salatin dan catatan seorang pengkaji Portugis
dalam De Asia, hubungan ini telah pun terjalin atas dasar kepentingan ketenteraan, agama
dan perdagangan yang berpusat di Aceh, yang dikenali sebagai ‘Kerajaan Islam Aceh’ selain
digelar sebagai ‘Serambi Mekah’. Hubungan ini dikuatkan dengan pengiriman keperluan
ketenteraan termasuk meriam, pakar pembuat meriam, ubat bedil dan peralatan perang
lain. Selain daripada hubungan ketenteraan dan pertahanan yang bertujuan melindungi
negara-negara Dunia Islam daripada serangan atau gangguan negara-negara lain, pihak
berkuasa Empayar Uthmaniah juga mengambil pendekatan ‘hubungan darah’, seperti yang
dilakukan oleh Empayar China yang menghantar Puteri Li Po sebagai anugerah istimewa
kepada Sultan Melaka. Dalam konteks ini, Sultan Uthmaniah telah mengutuskan seorang
Puteri Turki sebagai penjalin hubungan yang lebih akrab dengan kerajaan Kesultanan
Johor. Walaupun puteri tersebut hanya berkahwin dengan seorang anggota kerabat Sultan
Johor ketika itu, baginda kemudian telah mengahwini saudara perempuan puteri tersebut
untuk dijadikan salah seorang permaisurinya. Sikap saling menghormati inilah yang
membezakan dasar luar pemerintah China dan Uthmaniah sebagai antara kuasa besar
dunia ketika itu dengan dasar penjajahan Dunia Barat, yang lebih mementingkan soal-
soal kepentingan dan keuntungan sepihak. Faktor kegemilangan Empayar Melayu juga
bukan sahaja terletak pada kekuatan setiap kesultanan besar yang muncul silih berganti.
Dalam menghadapi pelbagai asakan ketenteraan, politik, ekonomi dan agama dari luar,
kerajaan-kerajaan kesultanan Melayu tidak sahaja meletakkan soal pertahanan negara
masing-masing pada kekuatan pasukan tenteranya dengan persenjataan keris, lembing dan
panah sahaja ketika berdepan dengan pasukan tentera musuh yang bersenjatakan senjata
api termasuk senapang dan meriam ketika itu, sebaliknya kecanggihan Dunia Melayu
zaman silam terbukti dengan penemuan pelbagai artifak di Lembah Bujang yang menjadi
bukti adanya kilang-kilang yang membuat peralatan logam, peleburan besi di kota-kota
besar rantau ini ketika itu. Bukti-bukti ini juga dapat meyakinkan kita bahawa selain
daripada kemampuan bangsa Melayu memiliki teknologi canggih dunia maritim seperti
perkapalan dan seni bina lain, mereka juga telah memiliki teknologi persenjataan senjata
api termasuk meriam. Jadi tidaklah menghairankan apabila istilah-istilah seperti meriam
lela, lela rentaka dan istinggar yang ada kaitan dengan meriam besar dan senjata-senjata
api lain merupakan sesuatu yang lumrah di zaman itu. Pihak-pihak yang cuba menidakkan
kecanggihan teknologi persenjataan Alam atau Dunia Melayu ini dengan mendakwa jika
ia benar, mengapa tidak ada sebarang laporan dan cerita mengenainya. Soalnya, pelbagai
rahsia kehebatan Dunia Melayu yang tidak dapat dikesan tidak bermakna kewujudannya
tidak dapat diterima. Sejarah juga tidak boleh menidakkan bahawa ketika golongan
penjajah itu menjarah harta benda bangsa dan kerajaan-kerajaan Melayu, mereka bukan
sahaja membawa lari emas dan harta kekayaan Bangsa Melayu yang tetapi, tetapi juga
411
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pelbagai kitab dan catatan penting untuk menyembunyikan bukti-bukti kekuatan dan
kegemilangan bangsa besar yang boleh mencabar dan menghambat cita-cita hegemonik
mereka.
Hakikat ini diakui oleh salah seorang Orientalis, William R. Roff, yang mengatakan
bahawa ada kecenderungan di kalangan pengkaji Barat sejak penjajahan hingga ke saat ini
untuk mengurangkan peranan Islam dan khilafah di kalangan masyarakat Islam di Dunia
Melayu (Sallehuddin Ibrahim, 2008). Kemungkinan ini jelas memaparkan berlakunya tindakan
menyembunyikan dokumen-dokumen sulit Bangsa Melayu yang telah jatuh ke tangan kuasa
penjajah. Pelbagai kajian yang dibuat menunjukkan bahawa pusat-pusat arkib dan muzium
di Dunia Barat, khususnya, banyak menyimpan pelbagai khazanah penting Dunia Melayu
termasuk kitab-kitab kuning dan karya-karya silam yang begitu bernilai. Kemalangan di
laut yang menimpa kapal Portugis ‘Flor de Lar Mar’ dan kapal Raffles ‘The Fame’ juga
berkemungkinan besar menyebabkan maklumat-maklumat penting ini lesap dan musnah sama.
Ini tidak termasuk pelbagai usaha di kalangan pembesar-pembesar istana kesultanan Melayu
menyembunyikan pelbagai dokumen penting di tempat-tempat tertentu untuk mengelakkannya
daripada jatuh ke tangan pihak musuh. Faktor seterusnya ialah hakikat bahawa memandangkan
kebanyakan orang Melayu kurang mempunyai ilmu penulisan kecuali di kalangan pembesar-
pembesar istana, konsep ‘sejarah lisan’ memainkan peranan sebagai asas perakaman
perkembangan sejarah Bangsa Melayu itu sendiri. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa
terdapat pelbagai unsur metos dan legenda dalam tradisi catatan sejarah lisan yang dilihat
lebih bertujuan menjadikan sesebuah karya itu lebih menarik dari segi penceritaan dan tata
bahasanya, ini tidak bermakna ia tidak dapat dijadikan sebagai rujukan berguna kerana sejarah
lisan masih menyelitkan banyak fakta, perkara penting dan benar untuk dijadikan sebagai
warisan maklumat berguna yang boleh dimanfaatkan oleh generasi-generasi seterusnya sesuatu
bangsa dan peradaban. Keadaan menjadi bertambah buruk kerana pihak penjajah yang jelas
menganggap diri mereka sebagai ‘tuan’, sudah pasti tidak mahu bangsa atau masyarakat yang
mereka jajah itu sedar bahawa diri mereka sekuat atau sehebat bangsa yang menjajah dan
menyangak kuasa politik dan kekayaan ekonomi penduduk setempat.

KESIMPULAN

Teka-teki mengenai latarbelakang sebenar Bangsa Melayu semakin terjawab dengan


terungkapnya pelbagai bukti, maklumat dan penemuan baharu: Peradaban Melayu bukan
calang-calang, peradaban Melayu peradaban gemilang. Namun, adakah ia sudah mencukupi
untuk menyedarkan Bangsa Melayu bahawa mereka mempunyai potensi besar untuk bangkit
semula sebagai “pengibar panji-panji hitam dari sebelah timur” untuk kejayaan agama,
bangsa dan negara? Isu paling besar untuk menjadikan impian murni ini suatu kenyataan ialah
perlunya Bangsa Melayu bangun dari ‘tidur lena’ dan selesa bersantai panjang setelah dibuai
oleh kepalsuan dan penyelewengan maklumat sejarah peradaban yang dilakukan oleh pihak-
pihak tertentu khususnya penjajah.
Soal bangkit dari ‘tidur nyenyak’ ini juga tidak memadai selagi transformasi minda
juga tidak diambil kira kerana selama ini Bangsa Melayu Asia Tenggara khususnya di
Nusantara ini masih belum selesa untuk menerima hakikat bahawa mereka adalah satu
bangsa besar dengan peradaban yang cukup gemilang. Di pundak mereka juga terpikul
tanggungjawab untuk mengembalikan maruah ‘Daulah Islamiah’, yang berakhir dengan
runtuhnya Empayar Uthmaniah Turki sebagai benteng terakhir zaman keemasan Islam. Selain
daripada memperkasakan pencapaian sosio-politik dan ekonomi, anjakan paradigma juga perlu
difokuskan kepada perpindahan total minda negatif iaitu sifat-sifat tercela yang merugikan
perpaduan dan kesepakatan bangsa termasuk iri hati, hasad dengki dan salah prioriti. Untuk
menjadi semula satu bangsa yang boleh melangkah jauh ke depan, tradisi hijrah minda
yang diwariskan oleh Junjungan Besar Rasulullah apabila kaum Ansar Madinah menerima
kehadiran kaum Muhajirin Mekah dengan lapang dada dan jiwa terbuka. Dalam hubungan ini,
412
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

penghijrahan minda merupakan pengorbanan yang menghendaki setiap anak bangsa Melayu
di rantau ini menerima sesiapa saja yang berwibawa dan berkredibiliti sebagai pemimpin
atau khalifah untuk menjadi wakil ummah Melayu yang bakal memimpin seluruh umat Islam
sejagat berlandaskan konsep khilafah Islam ke arah menghidupkan semula ‘Daulah Islamiah’.
Dalam proses penghijrahan minda ini, perlu juga diambil kira faktor kefahaman dalam konsep
bersiasah secara ‘ad-din’, iaitu bekerjasama sesama Islam dan dengan bukan-Islam dalam
usaha menegakkan sebuah negara Islam mahupun sebuah ‘Daulah Islamiah’. Maksudnya,
perlunya umat Islam amnya dan Bangsa Melayu khususnya mematuhi batasan-batasan yang
ditetapkan dalam doktrin ‘at-Tahaluf as-siasi dengan at-Tahaluf al-haram’ kerana ia merupakan
pendekatan yang dipraktikkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Dalam konteks ini, Bangsa
Melayu sebagai umat Islam teras di rantau ini perlu berilmu, memahami dan menghayati
tuntutan Islam sebagai “satu cara hidup” agar tidak keliru antara tuntutan duniawi dengan
tuntutan ukhrawi selain tidak lagi dimomok-momokkan oleh seteru-seteru mereka yang terlalu
bertuhankan pendekatan harta-takhta-wanita-jejaka jelita. Ciri-ciri Bangsa Melayu Islam ini
dapat membantu memperhalusi dan menyempurnakan usaha ke arah mengembalikan zaman
kegemilangan silam.
Dengan mantapnya sistem prasarana dan struktur kepemimpinan khulafah yang masih bertahan
di rantau ini dan faktor angka dari segi intelek, demografi, ekonomi dan ketenteraan yang
dapat diperkasakan seluruhnya, ia boleh dijadikan sebagai landasan awal ke arah itu demi
kesejahteraan dan keselamatan sejagat.

RUJUKAN

Abdul Halim Nasir, 1992-93, Kerajaan-Kerajaan Tradisional di Nusantara, UKM, Bangi. Andrew
T. H. Tan, 2004, Security Perspectives of the Malay Archipelago –SecurityLinkages in the
Second Front in the War on Terrorism, Edward Elgar Publishing Limited, Massachusetts,
USA.
Abdul Latif Abu Bakar, 2001, Kesatuan dan Perpaduan Dunia Melayu dan Islam, Institut
Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka, Malaysia.
Agus Mustofa, 2010, Perlukah Negara Islam, Padma Press, Surabaya, Indonesia. Ahmad Jelani
Halimi, 2008, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications and Distributors
Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Malaysia.
Darmawijaya, 2010, Kesultanan Islam Nusantara, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta, Indonesia.
Ehsanul Karim, 2008, Muslims History and Civilization, A.S. Nordeen, Kuala Lumpur,
Malaysia.
Farid Mat Zain, 2009, Daulah Uthmaniah dan Alam Melayu – Detik Kejatuhan Khilafah
Islamiyah di Turki 192 dan Reaksi Orang Melayu, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah
Alam, Selangor, Malaysia.
Kaleem-Ullah Khan, 2003, Islam – The Source of Universal Peace, Al-Hayat Publications,
Kashmir, Pakistan.
Kamaruzaman Yusoff, 2009, Hubungan Turki Uthmaniyyah dan Alam Melayu, Dunia Melayu
dan Islam – Satu Wacana, Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM, Bangi.
Md Sidin Md Resad, 1954, Asal Usul Alam Melayu (Penggal 1), Sinaran Bros, Klang, Kuala
Lumpur, Malaysia.
Munir Muhammad al-Ghadban, 2003, Kerjasama politik dalam menegakkan kerajaan Islam,
Pustaka Ilmi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dll., 2011, Alam Melayu – Satu Pengenalan. Institut
Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor,
Malaysia.
Nordin Hussin, 2011, Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

413
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Norman Suratman, 2003, Bom Nuklear – Apakah Hak Dunia Islam?, Man & Man Associates,
Singapore.
Ros Aiza Mohd Mokhtar dan rakan-rakan, 2011, Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS),
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, Selangor DE, Malaysia.
Saim Kayadibi, 2011, Ottomon Connections to the Malay World – Islam, Law and Society, The
Other Press, Petaling Jaya (Selangor), Malaysia.

Profesor Dr Yusuf al-Qardhawi, 1998, Fiqh Daulah menurut Perspektif Islam, Maktabah al-
Qardhawi, Selangor, Malaysia.
Zahari Awang, 2014, Melayu dan Nusantara: Kejayaan Lampau, Kini dan Esok, Mohd Zahari
Awang, Kuala Lumpur.
Dr Aminudin Wahab, Demokrasi Liberal: Strategi Penjajahan Baru di Dunia Islam I-IV,
anwaraidc.com – tarikh akses: 1.8.2013
Al-Maktabi, Islamophobia, Salaam http://www.salaam.co.uk/maktabi/islamophobia/html --
tarikh akses: 4.6.13 Islamophobia: Fact not Fiction, Islamic Human Rights Commission
http://www.ihrc.org.uk/show.php?id=706 -- tarikh akses: 4.6.13
Islam, Trade and Politics across the Indian Ocean – A travelling photographic exhibition
produced by the British Library for ASEASUK and BIAA, supported by the British
Academy, 2012.
Ottomon-Malay Connections http://www.malaysianur.com/ottomon-malay-connections/ --
tarikh akses: 02.01.2016
Hubungan Nusantara dengan Khalifah Islam http://saripedia.wordpress.com/tag/hubungan-
nusantara-dengan-khalifah-islam/ -- tarikh akses: 31.01.201
Khilafah Islamiyah dan Alam Melayu “Sejarah yang disembunyikan” https://bisnispolitik.
wordpress.com/2008/03/23/khilafah-islamiyah-dan-alam-melayu-%e2%80%9sejarah-
yang-disembuyikan%e2%80%9d/ -- tarikh akses: 30-01-2016
Oz Almoz, Islam Against the World http://www.ynetnews.com/Ext/Comp/ArticleLayout/
ArticlePrintPreview/1,2566,L-3284….-- tarikh akses: 5.6.2013
Adrian Salbuchi, GlobalResearch, Final Conflict 2012? Towards the Engineering of the World
Awar III? – tarikh akses: 3.11.2013
Angel M. Rabasa, March 2007, The Causes of the Radicalizations of the Muslim Communities
in Southeast-Asia, Jurnal Inabah Bil 24, Singapura.
Azyumardi Azra, March 2007, Islam in Southeast-Asia, Tolerence and Radicalism, Jurnal
Inabah Bil 24, Singapura.
Tun Dr Mahathir Mohamad, 2003, Impact of Terrorism on the World, a speech delivered at the
World Economic Forum (WEF), Davao, Switzerland, on Januari 24.

414
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KREATIVITI GURU DALAM MENJANA KEMAHIRAN BERFIKIR


ARAS TINGGI: SATU KEPERLUAN

Norsaliza Sabu, Noraini Mohamed Noh, Che Nidzam Che Ahmad


Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi murid terhadap tahap kesukaran
topik Nutrisi dalam matapelajaran Biologi tingkatan empat dan mengenalpasti
tahap kemahiran berfikir aras tinggi murid dalam topik berkenaan. Kajian ini
merupakan sebuah kajian kuantitatif melalui pendekatan kaedah tinjauan. Satu
soal selidik dan satu ujian formatif telah ditadbir kepada 196 orang murid aliran
Sains Tulen di empat buah sekolah menengah di Perak. Responden dipilih melalui
kaedah persampelan kelompok. Didapati bahawa min tahap kesukaran topik
Nutrisi ialah 1.94 yang menunjukkan persepsi murid terhadap topik ini adalah
sebagai topik yang sukar. Dapatan ujian formatif pula menunjukkan bahawa
tahap kemahiran berfikir aras tinggi responden adalah rendah kerana lebih
60% responden gagal menyelesaikan soalan-soalan aras kognitif tinggi dalam 7
daripada 10 subtopik dalam topik Nutrisi. Dapatan ujian formatif tersebut adalah
selari dengan persepsi murid terhadap topik Nutrisi. Keseluruhan dapatan kajian
menunjukkan bahawa murid-murid memahami tetapi tidak boleh mengaplikasi
konsep asas dalam keseluruhan topik Nutrisi. Justeru itu, guru-guru perlu bersikap
kreatif dengan cara mengintegrasikan teknologi dalam alat bantu mengajar untuk
membantu murid-murid menvisualisasi dan menggabungjalin konsep-konsep
mikroskopik dalam satu sistem yang kompleks.

Kata Kunci : kemahiran berfikir aras tinggi, Nutrisi, integrasi teknologi.



PENGENALAN

Meningkatkan pencapaian murid merupakan satu daripada 6 Bidang Keberhasilan Utama


Negara (NKRA EDU) yang telah disasarkan oleh kerajaan Malaysia dalam Program
Transformasi Kerajaan (GTP) (PEMANDU, 2010). Antara tindak balas yang berlaku ialah
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) untuk dilaksanakan dalam pendidikan prasekolah hingga lepasan
menengah dari tahun 2013 hingga 2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Sudah
tentulah warga guru merupakan kumpulan sandaran utama Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara tersebut. Tanggungjawab
guru-guru kini lebih mencabar kerana kreativiti dan komitmen mereka diperlukan untuk
mencapai tujuan pembelajaran di abad ke-21.
Menurut PADU (2015), pembelajaran di abad ke-21 bertujuan untuk melahirkan
murid yang berproduktiviti tinggi dan mahir dalam komunikasi, kemahiran berfikir
aras tinggi dan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Collins
(2014) menekankan kepada guru-guru dan pentadbir sekolah supaya menyedari tentang
kepentingan mengajar kemahiran berfikir aras tinggi kepada murid-murid untuk
menyediakan mereka hidup dalam abad ke-21 ini. Anderson et al. (2001) mengkategorikan
kemahiran berfikir aras tinggi sebagai memindahkan sedangkan kemahiran berfikir aras
rendah sebagai mengingat. Jika berlaku kedua-dua aktiviti memindahkan dan mengingat,
maka pembelajaran bermakna dikatakan telah berlaku (Collins, 2014). Ini bermaksud,
guru-guru di abad ke-21 bukan sahaja perlu menguasai kandungan kurikulum dalam
subjek yang diajar bahkan mesti mahir dalam pedagogi dan menggunakan teknologi
415
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

terkini dalam pengajaran (PADU, 2015). Ini untuk memastikan pembelajaran bermakna
berlaku pada murid-murid.
Kemahiran berfikir aras tinggi sangat diperlukan untuk menyelesaikan banyak
persoalan Sains dan Matematik supaya pelajar dapat mengaplikasi, menganalisa,
mensintesis dan menilai sesuatu maklumat bukan sekadar menyatakan semula fakta
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Dalam Biologi, kemahiran berfikir aras tinggi
amat diperlukan untuk menyelesaikan banyak persoalan dalam kehidupan sebenar
(Cimer, Timucin & Kokoc, 2006). Umpamanya untuk kegunaan membuat keputusan,
menyelesaikan masalah, melaksanakan eksperimen, menjalankan siasatan, mengelaskan
organisma-organisma dan membanding beza organisma-organisma (Marzano, 2007).
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam Biologi juga dapat membantu murid-murid untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang baru dihadapi (Janssen & Waarlo, 2010) bukan
sahaja di dalam peperiksaan bahkan dalam kehidupan harian mereka.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengkaji memilih subjek Biologi iaitu subjek elektif bagi murid-murid menengah atas aliran
sains tulen sebagai subjek kajian dengan memfokuskan kepada topik Nutrisi. Biologi ialah
satu subjek yang mengkaji benda-benda hidup secara saintifik (Campbell, 2015). Ilmu Biologi
adalah luas dan mengandungi banyak konsep dan proses Sains yang abstrak dan mikroskopik
menyebabkannya sukar diajar dengan berkesan dalam tempoh yang singkat. Murid-murid
pula bermasalah untuk menvisualisasi dan berfikir pada aras molekul (Friedler, Amir & Tamir,
1987; Westbrook & Marek, 1991; She, 2004). Akibatnya, miskonsepsi boleh berlaku pada
murid jika mereka diajar hanya berpandukan kepada maklumat dan gambarajah-gambarajah
kaku dalam buku teks (Swain, 2012). Maka, alat bantu mengajar berasaskan teknologi terkini
seperti animasi komputer diperlukan untuk menvisualkan proses-proses yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar itu atau sukar untuk dijelaskan kepada murid di dalam bilik darjah
(Barak, Ashkar & Dori, 2011).
Nutrisi ialah topik keenam dalam subjek Biologi tingkatan empat dan termasuk dalam
satu cabang bidang biologi iaitu fisiologi bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh kerana
isi kandungan topik ini adalah luas, maka pengkaji memfokuskan kepada nutrisi bagi haiwan
sahaja. Topik ini menarik untuk dipelajari kerana ia berkait langsung dengan kehidupan harian
manusia. Menurut Gan, Manoharan dan Azmah (2005), konsep penyerapan dapat dilihat berlaku
dalam proses penyerapan molekul-molekul makanan tercerna seperti glukosa, asid amino,
vitamin larut air dan mineral pada salur arteri dalam vilus usus kecil manakala penyerapan
asid lemak, gliserol dan vitamin larut lemak berlaku pada lakteal usus kecil. Osmosis molekul-
molekul air berlaku pada kolon usus besar semasa proses penyahtinjaan dan aktiviti enzim
berlaku semasa proses pencernaan makanan dalam mulut hingga usus kecil. Konsep-konsep
penyerapan, osmosis dan aktiviti enzim tersebut adalah bersifat abstrak dan mikroskopik
menyebabkan topik Nutrisi sukar diajar dan dipelajari.
Maka, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap kemahiran berfikir aras tinggi
murid-murid yang telah mempelajari topik Nutrisi melalui kaedah pembelajaran lazim. Adakah
kaedah pembelajaran lazim yang menggunakan alat bantu mengajar sekadar buku teks, buku
rujukan, papan putih dan persembahan PowerPoint mampu menjana pemikiran aras tinggi
murid-murid? Dapatan daripada temubual tidak berstruktur dan ujian formatif pula akan dikaji
sama ada selari atau tidak dengan persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik ini. Seterusnya,
cadangan penambahbaikan terhadap kaedah mengajar guru-guru akan dibuat supaya pemikiran
aras tinggi murid-murid dapat dijanakan. Kemahiran berfikir aras tinggi adalah tidak mustahil
untuk dimiliki kerana ia adalah kemahiran yang boleh diajarkan dan boleh dipelajari (Yee et
al., 2011) oleh semua murid tidak kira yang berpencapaian rendah atau tinggi (Zohar & Dori,
2003).

416
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi?


2. Apakah tahap kemahiran murid menyelesaikan soalan-soalan pemikiran aras tinggi
mengikut subtopik dalam topik Nutrisi?

METODOLOGI

Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan kaedah
tinjauan. Tinjauan ini melibatkan responden untuk menjawab soal selidik persepsi tahap
kesukaran topik Nutrisi dan ujian formatif topik Nutrisi yang mengandungi 15 item aneka
pilihan. 196 orang murid tingkatan empat aliran sains tulen dari empat buah sekolah menengah
di Perak dipilih sebagai sampel kajian untuk menjawab kedua-dua instrumen tersebut. Pemilihan
responden dibuat secara persampelan kelompok 3 tingkat kerana mengandungi 3 kali pemilihan
rawak. Data daripada soal selidik persepsi tahap kesukaran topik Nutrisi dan ujian formatif
topik Nutrisi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package of Social
Science (SPSS) versi 21. Nilai-nilai min, sisihan piawai dan peratus dihitungkan.
Soal selidik persepsi tahap kesukaran topik Nutrisi mengandungi senarai nama 10
subtopik yang terkandung dalam topik Nutrisi. Responden menandakan tahap kesukaran
mengikut skala Likert 4 tahap iaitu 1 = tidak sukar, 2 = agak sukar, 3 = sukar dan 4 = sangat
sukar bagi setiap subtopik. Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui subtopik yang sukar
difahami oleh pelajar mengikut persepsi mereka ketika mempelajari topik Nutrisi. Nilai min
yang diperolehi dibandingkan dengan skala tahap kesukaran seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 1.

Jadual 1 Skala tahap kesukaran


Nilai min Tahap kesukaran Interpretasi
˂ 1.33 Tidak sukar Memahami dan boleh mengaplikasi konsep asas
Memahami tetapi tidak boleh mengaplikasi konsep
1.33 – 2.66 Sukar
asas
Tidak memahami dan tidak boleh mengaplikasi konsep
2.67 – 4.00 Sangat sukar
asas

Ujian formatif topik Nutrisi pula terdiri daripada 15 item aneka pilihan yang mewakili
subtopik-subtopik yang terkandung dalam topik Nutrisi bagi manusia. Item-item tersebut
terdiri daripada 2 soalan aras kognitif rendah iaitu aras memahami dan 13 soalan aras kognitif
tinggi mengikut Taksonomi Bloom Semakan iaitu aras menganalisis dan menilai. Dalam
kajian sains sosial, item-item aneka pilihan boleh digunakan untuk menilai kemahiran berfikir
aras tinggi (Zheng, Lawhorn, Lumley & Freeman, 2008) dan kemahiran berfikir aras rendah
dalam pelbagai cara (Killiran, 1992). Murid-murid perlu menguasai sekurang-kurangnya aras
memahami konsep-konsep yang berkaitan untuk menjawab soalan-soalan aras kognitif tinggi.

DAPATAN

Persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi


Analisis persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi ditunjukkan dalam Jadual 2.
Keputusan menunjukkan bahawa 9 daripada 10 subtopik dipilih oleh responden sebagai sukar
manakala 1 subtopik iaitu Proses Asimilasi Makanan Tercerna dipilih sebagai sangat sukar.
5 subtopik iaitu Proses Pencernaan Makanan, Proses Penyerapan Makanan Tercerna, Proses
Asimilasi Makanan Tercerna, Pembentukan Najis dan Penyahtinjaan melibatkan konsep-
konsep yang abstrak dan mikroskopik iaitu konsep penyerapan, osmosis dan aktiviti enzim
yang memerlukan kemahiran menvisualisasi dan berfikir pada aras molekul. Selain itu, hampir
417
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

semua subtopik memerlukan kemahiran mengaplikasi konsep-konsep dengan aktiviti harian.


Min keseluruhan tahap kesukaran topik Nutrisi iaitu 1.94 juga jelas menunjukkan bahawa
keseluruhan kandungan topik Nutrisi dianggap sukar oleh murid-murid.

Jadual 2 Persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi


Subtopik dalam Topik Nutrisi bagi Tahap
Bil. Min Sisihan piawai
Haiwan kesukaran
1 Jenis-jenis nutrisi 1.61 .769 Sukar
2 Pemakanan seimbang 1.35 .665 Sukar
3 Malnutrisi 1.78 .763 Sukar
4 Proses pencernaan makanan 2.31 .712 Sukar
5 Proses penyerapan makanan tercerna 2.43 .721 Sukar
6 Proses asimilasi makanan tercerna 2.76 .690 Sangat sukar
7 Pembentukan najis 2.22 .824 Sukar
8 Penyahtinjaan 2.06 .868 Sukar
9 Tabiat pemakanan 1.39 .716 Sukar

10 Kepentingan sistem pencernaan yang sihat 1.50 .850 Sukar

Min 1.94

Selain itu, pengkaji juga telah melaksanakan temubual tidak berstruktur kepada
beberapa orang murid untuk mendapatkan triangulasi kepada data persepsi murid terhadap
tahap kesukaran topik Nutrisi berkenaan. Pemilihan murid dibuat secara rawak sahaja. Berikut
merupakan beberapa sedutan daripada temubual berkenaan.

Murid A : Gambarajah ni kena menarik, ceria dan sebenar supaya nampak pergerakan
makanan dalam saluran pemakanan haiwan tu. Cikgu baca dan rujuk buku teks
sepenuhnya. Isi dalam PowerPoint sama dalam buku teks. Cikgu selalu baca je
lah dari buku teks. Gambar pun sama macam dalam buku teks. Saya susah nak
imaginekan macam mana benda tu berlaku.
Murid B : Better buat animasi komputer supaya nampak flow makanan tu dalam manusia
dari mulut sampai jadi najis.
Murid C : Gambar dalam buku teks ni tak cukup besar. Tak nampak apa yang berlaku
dalam vilus ni. Perlu tunjuk molekul-molekul yang ada di sekeliling vilus dan
penyerapan molekul ke dalam vilus. Anak panah pergerakan molekul pun tak dak.

Murid D : Dalam topik Nutrisi ni… asimilasi tu susah nak faham. Jadi kena ubah diagram
bagi lebih faham. Yang ni saya fikir boleh buat animasi untuk lebih faham. Kita
tunjuk dari hati ke sel….sel balik ke dalam darah.

Dapatan daripada temubual tersebut menggambarkan keluhan murid-murid


terhadap kaedah pengajaran topik Nutrisi oleh guru mereka. Mereka juga memberi
komen terhadap kelemahan gambarajah yang ada dalam buku teks. Bahkan dengan yakin,
mereka memberikan cadangan untuk menambahbaik kualiti pengajaran guru dan kualiti
penyampaian gambarajah dalam buku teks. Keseluruhannya, murid-murid meluahkan rasa
sukar untuk memahami keseluruhan proses yang berlaku bermula dari makanan diambil
di dalam mulut hingga proses penyahtinjaan di usus besar, proses penyerapan molekul-
molekul makanan di vilus usus kecil dan proses asimilasi yang berlaku di hati dan sel-sel

418
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

badan. Dapatan daripada temubual tersebut tidak bercanggah dengan dapatan daripada
soal selidik persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi.

Ujian formatif topik Nutrisi


Keputusan bagi ujian formatif topik Nutrisi yang ditunjukkan dalam Jadual 3 mengukuhkan
dapatan soal selidik persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi. Berdasarkan kepada
keputusan yang menunjukkan lebih 60% daripada jumlah murid gagal menjawab sesuatu soalan,
maka didapati murid-murid sukar menjawab soalan-soalan bagi subtopik-subtopik seperti
Pemakanan Seimbang, Malnutrisi, Proses Pencernaan Makanan, Proses Asimilasi Makanan
Tercerna, Tabiat Pemakanan dan Kepentingan Sistem Pencernaan yang Sihat. Subtopik-
subtopik tersebut sama ada mengandungi konsep-konsep abstrak dan mikroskopik seperti
konsep penyerapan, osmosis dan aktiviti enzim atau memerlukan kemahiran mengaplikasi
konsep-konsep tersebut dengan aktiviti harian. Semua subtopik yang menunjukkan kemahiran
berfikir aras tinggi yang rendah tersebut didapati selari dengan dapatan persepsi murid terhadap
tahap kesukaran sesuatu subtopik dalam topik Nutrisi.

Jadual 3 Keputusan ujian formatif topik Nutrisi

Aras kognitif Jawapan pelajar


No. (Taksonomi
Subtopik Hasil pembelajaran
soalan Bloom Betul Salah
Semakan) (%) (%)
1 Jenis-jenis Mengkelaskan organisma Memahami 16 84
nutrisi berdasarkan jenis nutrisi
2 Pemakanan Mencerakinkan sampel Menganalisis 38 62
seimbang makanan berbeza dalam kelas
makanan berbeza
3 Pemakanan Menghitung nilai tenaga dalam Mengaplikasi 34 66
seimbang sampel makanan
4 Pemakanan Menghubungkaitkan Menganalisis 31 69
seimbang kandungan nutrien dalam
sampel makanan berbeza
5 Malnutrisi Menghubungkaitkan kesan Menganalisis 30 70
pengambilan berlebihan
makanan tertentu terhadap
kesihatan
6 Proses Menghubungkaitkan fungsi jus Menganalisis 31 69
pencernaan pencernaan dalam pencernaan
makanan bahan
7 Proses Meramal kehadiran hasil Memahami 27 73
pencernaan pencernaan kanji dalam sesuatu
makanan sampel makanan
8 Proses Menghubungkaitkan ciri Menganalisis 62 38
penyerapan penyesuaian sistem pencernaan
makanan terhadap penyerapan bahan
tercerna

9 Proses Mencerakinkan fungsi sesuatu Menganalisis 37 63


asimilasi struktur dalam proses asimilasi

10 Proses Mencerakinkan proses yang Menganalisis 13 87


asimilasi terlibat dalam asimilasi

419
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

11 Pembentukan Menganalisa pembentukan Menganalisis 59 41


najis najis
12 Penyahtinjaan Menghubungkaitkan tabiat Menganalisis 77 23
pemakanan dengan masalah
berkaitan dengan penyahtinjaan

13 Tabiat Menghubungkaitkan tabiat Menganalisis 33 67


pemakanan pemakanan dengan masalah
kesihatan
14 Tabiat Menilai kandungan nutrien Menilai 61 39
pemakanan dalam makanan melalui label

15 Kepentingan Menganalisa kesan sistem Menganalisis 30 70


sistem pencernaan yang rosak kepada
pencernaan kesihatan
yang sihat

PERBINCANGAN

Miskonsepsi yang sering berlaku dalam konsep penyerapan dan osmosis turut diakui oleh
pengkaji-pengkaji sebelum ini seperti Odom dan Barrow (1995) serta Meir et al. (2005).
Bagaimanapun, miskonsepsi dalam kedua-dua konsep tersebut dapat dielakkan jika pelajar
berupaya menvisualisasi dan berfikir mengenai proses-proses kimia pada aras molekul
seperti yang diutarakan oleh Friedler, Amir dan Tamir (1987) serta Westbrook dan Marek
(1991). Kegagalan pelajar memahami konsep penyerapan, osmosis dan aktiviti enzim
akan menyukarkan mereka untuk memahami keseluruhan proses yang berlaku pada sistem
pencernaan dalam badan manusia. Sedangkan memahami sesuatu konsep dengan mendalam
akan dapat menjana kemahiran berfikir aras tinggi (Zoller, 1993).
Maka, pengkaji memikirkan bahawa adalah menjadi keperluan bagi guru untuk
mempelbagaikan teknologi sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengintegrasian teknologi ini akan dapat membantu murid-murid memahami konsep-konsep
Sains yang sukar (Barak, Ashkar & Dori, 2011). Contohnya melalui penggunaan elemen-
elemen multimedia berasaskan komputer, pembelajaran bermakna berlaku kerana murid-
murid mesti memproses maklumat dengan aktif iaitu mereka mengintegrasikan kedua-
dua gambar dan perkataan ke dalam pengajaran berstruktur (Wittrock, 1989). Seterusnya,
pembelajaran melalui persembahan multimedia akan meningkatkan aras pemikiran murid
seperti yang telah diperkatakan oleh Mayer (2001, 2003). Bagi topik Nutrisi, pengkaji
mencadangkan pengintegrasian teknologi melalui pembinaan koswer interaktif yang bersifat
stand alone untuk membantu pengajaran dan pembelajaran topik ini.
Di dalam koswer berkenaan, boleh dimasukkan video-video hutan bakau dan sawah
padi untuk menunjukkan bagaimana organisma-organisma yang menghuni di ekosistem
berkenaan dikelaskan mengikut jenis nutrisi. Video-video manusia, lembu dan arnab yang
sedang makan juga boleh ditayangkan sebagai bahan rangsangan sebelum animasi proses
pencernaan makanan dalam semua organisma berkenaan ditunjukkan. Murid-murid akan
teruja untuk menonton animasi yang akan memperjelaskan proses pencernaan makanan
dari mulut hingga diserap di usus kecil atau keluar sebagai najis. Penambahan elemen ejen
pedagogi seperti watak animasi seorang guru boleh berperanan sebagai pakar penyampai
ilmu, mentor, motivator dan teman kepada murid-murid untuk belajar dan menyempurnakan
pembelajaran (Kim & Baylor, 2008). Tambahan lagi, koswer bersifat stand alone
menggalakkan pembelajaran kendiri mengikut keupayaan murid. Penggunaan latihan melalui
permainan yang dapat digunakan berulang-ulang kali dapat merangsang kemahiran berfikir
aras tinggi secara tidak langsung.
420
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang kreatif dan inovatif didapati
berpotensi tinggi untuk menyokong perkembangan kemahiran berfikir aras tinggi. Justeru itu,
dalam Gelombang 3 pelaksanaan PPPM, Kementerian Pendidikan Malaysia beriltizam untuk
menerapkan sepenuhnya ICT sepanjang pelaksanaan pedagogi dan kurikulum. Guru-guru
akan dilatih dengan pendekatan pengajaran dan pentaksiran alternatif seperti pembelajaran
berasaskan projek dan pentaksiran berasaskan ICT untuk mengajar kemahiran berfikir aras
tinggi. Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia menjelang akhir tahun 2015, semua guru
berada sekurang-kurangnya pada tahap minimum kecelikan ICT mengikut rubrik kompetensi
oleh Persatuan Antarabangsa Teknologi dalam Pendidikan (ISTE) (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia ini telah mendorong
UNESCO untuk mengiktiraf Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang merintis pelan
strategik ICT untuk sistem pendidikan(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

KESIMPULAN

Guru-guru Sains seperti Biologi perlu kreatif untuk mempelbagaikan alat bantu mengajar
berasaskan teknologi terkini. Umpamanya dengan menggunakan animasi dan video atau
koswer pembelajaran berasaskan animasi untuk menjelaskan konsep-konsep yang abstrak dan
mikroskopik. Koswer pembelajaran yang bersifat stand alone membolehkan pelajar belajar
dengan kadar sendiri sama ada di dalam atau di luar waktu persekolahan serta memperoleh
pengetahuan melangkaui kandungan buku teks. Amalan pedagogi ini sepatutnya sudah
diamalkan pada peringkat pembelajaran pra sekolah dan sekolah rendah lagi. Alangkah
bagusnya, jika guru-guru Sains menguasai ilmu teknologi dan multimedia sehingga mereka
sendiri mampu membangunkan koswer pembelajaran berasaskan animasi untuk membantu
pengajaran mereka. Koswer pembelajaran tersebut boleh digunakan berulang-ulang kali dalam
kelas-kelas berikutnya dengan sedikit ubahsuaian jika perlu.

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS
Pub and Distributor Sdn. Bhd.
Amer, A. (2006). Reflections on Bloom’s revised taxonomy. Electronic Journal of Research in
Educational Psychology, 4(8), 213-230.
Anderson, L. W. et al. (2001). A taxonomy for learning, teaching and assessing : A revision of
bloom’s taxonomy of educational objectives. New York : Longman.
Barak, M., Ashkar, T., & Dori, Y. J. (2011). Teaching science via animated movies: Its effect
on students’ learning outcomes and motivation. Proceedings of the Chais conference on
instructional technologies research 2010: Learning in the technological era.
Basir Zahrom (2012, Mac 23). Analisis SPM 2011: Pencapaian sekolah Bandar, Luar Bandar
catat peningkatan. Berita Harian. Diperolehi daripada http://myadha.blogspot.com
/2012/03/ analisis-spm-2011-pencapaian-sekolah.html
Bissell, A. N., & Lemons, P.P. (2006). A new method for assessing critical thinking in the
classroom. BioScience, 56(1), 66.
Campbell (2015). Biology (10th edition). San Francisco: Pearson Education.
Che Soh Said (2012). Pembangunan dan penilaian keberkesanan koswer multimedia interaktif
dengan koswer realiti maya dalam pembelajaran Biologi Sel. Tesis doktor falsafah tidak
diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Cimer, A., Timucin, M., & Kokoc, M. (2006). Critical thinking level of Biology classroom
survey: Ctlobics. The Online Journal of New Horizons in Education, 3(1), 15-24.
Clark, D. R. (2010). Blooms Taxonomy of Learning. Diperolehi daripada http://www.nwlink.
com/ ~donclark/hrd/bloom. html.

421
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Collins, R. (2014). Skills for the 21st Century: Teaching higher-order thinking. Curriculum &
Leadership Journal, 2(14).
Crowl et al. (1997). Educational psychology: Windows on teaching. Madison, WI: Brown and
Benchmark.
Dani Asmadi & Kamisah Osman (2011). Prosiding seminar majlis dekan-dekan pendidikan
IPTA 2011: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Pengajaran Tajuk Model Atom dan Pencapaian
Objektif Kursus Kimia. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Fazzlijan Mohamed Adnan Khan & Mona Masood (2012). Effectiveness of visual animation-
narration presentation on student’s achievement in the learning of meiosis. Social and
Behavioral Sciences, 46, 5666-5671.
Friedler, Y., Amir, R. & Tamir, P. (1987). High school students’ difficulties in understanding
osmosis. International Journal of Science Education, 9, 541-551.
Furst, E. (1994). Bloom’s Taxonomy: Philosophical and educational issues in Anderson, L. and
Sosniak, L. (Eds.). Bloom’s Taxonomy: A forty-year Retrospective, 28-40. Chicago: The
National Society for the Study of Education.
Gan, W. Y., Manoharan, S., & Azmah Rajion (2005). Integrated curriculum for secondary
schools: Biology form 4. Petaling Jaya , Selangor: Bakaprep Sdn. Bhd.
Janssen, F., & Waarlo A.J. (2010). Learning Biology by designing. Journal of Biological
Education, 44(2), 88-92.
Jideani, V.A., & Jideani, I. A. (2012). Alignment of assessment objectives with instructional
objectives using revised Bloom’s taxonomy – the case for food science and technology
education. Journal of Food Science Education, 11.
Killiran, J. (1992). In defense of the multiple-choice question. Social Education,56(2), 106-
108.
Kim, C., & Baylor, A. L. (2008). A virtual change agent: Motivating pre-service teachers in
their future classrooms. Educational Technology and Society, 11(2), 309-321.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Huraian sukatan pelajaran Biologi tingkatan
empat. Putra Jaya, Selangor: Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2015 (Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia. Diperolehi daripada http://www.moe.gov.my/ cms/upload_files/articlefile/2013/
articlefile_file_003107.pdf.
Krathwohl, D. R. (2010). A revision of Bloom’s taxonomy: Anoverview. Theory into Practice,
41(4), 212-218.
Marzano, R. J., & Kendall, J. S. (2007). The new taxonomy of educational objectives (2nd
edition). California: Corwin Press.
Mayer, R. E. (2001). Multimedia learning. Cambridge, United Kingdom: Cambridge University
Press.
Mayer, R. E. (2003). The promise of multimedia learning: Using the same instructional design
methods across different media. Learning and Instruction, 13(2), 125-139.
Meir, E., Perry, J., Stal, D., Maruca, S., & Klopter, B. (2005). How effective are stimulated
molecular-level experiments for teaching diffusion and osmosis? Cell Biology Education,
43, 235-248.
Nakhleh, M. B. (1993). Are our students conceptual thinkers or algorithmic problem solvers?
Journal of Chemical Education,64, 508-510.
Odom, A. L., & Barrow, L. H. (1995). Development and application of two-tier diagnostic test
measuring college biology students understanding of diffusion and osmosis after a course
of instruction. Journal of Research in Science Teaching,32, 45-61.
Othman Talib, Matthews, R., & Secombe, M. (2005). Constructivist animation: a promising
alternative tool in bridging theory – practice gap in science education.
PADU (2015). Buletin ANJAKAN: Buletin transformasi pendidikan Malaysia, Bil. 5/2015.
422
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PEMANDU (2010). Program transformasi kerajaan (pelan hala tuju – ringkasan eksekutif).
Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
She, H. C. (2004). Facilitating changes in ninth grade students’ understanding of dissolution
and diffusion through DSLM instruction. Research in Science Education, 34 (4), 503-525.
Swain, K. T. (2012). Meaningful use of animation and simulation in the science classroom.
Education and Human Development Master’s Thesis, paper 143.
Tee, T. K. et al. (2011). Seminar Pasca Ijazah dalam Pendidikan 2011 : Pembangunan dan
Penilaian Kualiti Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Berfikir dan Peta Minda Buzan.
Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Westbrook, S. L., & Marek, E. A. (1991). A cross-age study of student understanding of the
concept of diffusion. Journal of Research in Science Teaching, 28, 649-660.
Wittrock, M. C. (1989). Generative processes of comprehension. Educational Psychologist,
24, 325-344.
Yee et al. (2011). The level of Marzano higher order thinking skills among technical education
students. International Journal of Social Science and Humanity, 1(2).
Yong, B. C. S. (2003). Language problems in the learning of Biology through the medium of
English. Journal of Applied Research in Education, 7(1), 97-104.
Yong, B.C.S. (2009). Students’ motivational orientations and their associations with achievement
in Biology. Brunei International Journal of Science and Mathematics Education, 1(1), 52-
64.
Zheng, A. Y., Lawhorn, J. K., Lumley, T., & Freeman, S. (2008). Application of Bloom’s
taxonomy Debunks the MCAT Myth. Science, 319.
Zohar, A., & Dori, Y. J. (2003). Higher order thinking skills and low-achieving students: are
they mutually exclusive? The Journal of the Learning Sciences, 12(2), 145-181.
Zoller, U. (1993). Are lecture and learning compatible? Maybe for LOCS: unlikely for HOCS
(SYM). Journal of Chemistry Education, 70, 195–197.

423
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

SUMBANGAN KHALIJAH SALLEH MELALUI PROSES


PENGISLAMAN ILMU DALAM MEMANTAPKAN JATI DIRI

Nur Asyikin Hamdan, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim


Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Isu pengislaman sains telah lama dibahaskan dalam masyarakat kita. Oleh itu,
kertas seminar ini adalah mengenai pemikiran seorang sarjana Islam melayu tentang
pengislaman sains dan difokuskan kepada sains fizik. Pengkaji melihat kajian dan
perbincangan dari sudut pemikiran seorang pemikir melayu wanita sebagai kajian dan
perbincangan yang mempunyai nilai tambah kepada perkembangan ilmu khususnya
dalam bidang fizik. Beliau ialah Prof Dr Khalijah Mohd Salleh. Beliau dipilih sebagai
tokoh kajian kerana merupakan seorang saintis yang memainkan peranan penting
dalam menggerakkan suatu gagasan yang amat bernilai yang berfungsi dalam mencipta
penjelmaan, pembetulan dan pembentukan fakta-fakta ilmu yang tidak terkeluar dari
landasan agama Islam yang mentauhidkan Allah, melalui apa yang telah ditetapkan di
dalam al-Quran dan Hadis. Gagasan inilah yang digelar sebagai gagasan “Pengislaman
Ilmu”. Tugas utama para penggerak kepada Pengislaman Ilmu adalah mencipta
program penyelidikan dalam acuan Islam dan bukannya membenarkan sains sedia
dan membaiki acuan Islam supaya sesuai dengan sains sekarang yang diterima dari
dunia Barat. Ilmu adalah bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu dengan
Islam, termasuklah Sains Fizik. Sumbangan tokoh ilmuwan Muslim juga merupakan
suatu cerminan keprihatinan mereka yang amat bermakna dalam mencorakkan aspek
pembangunan insan, pendidikan dan pemikiran umat Islam. Di samping menjadi
benteng yang cukup kukuh untuk menghalang segala bentuk penyelewengan terhadap
Islam serta ke arah meningkatkan jati diri rakyat Malaysia.

Kata kunci : Islamisasi ilmu, sains fizik, sumbangan, jati diri.

PENDAHULUAN

Gagasan pengislaman ilmu sememangnya telah terkenal melalui tokoh ilmuwan dan
pemikir besar dalam dunia Islam seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas, Ismail al-
Faruqi dan Seyyed Hossein Nasr. Malah ketiga-tiga ilmuwan dan pemikir inilah yang
mempelopori gagasan pengislaman ilmu melalui landasan konsep dan gerak kerja
mengikut kefahaman dan kepakaran mereka (Mahadi & Khadijah 2013). Secara umumnya,
pengislaman ilmu bertujuan untuk menilai semula ilmu-ilmu kontemporari yang terbina
dalam tradisi kesarjanaan Barat, yang pada anggapan mereka dipengaruhi oleh nilai-nilai
Barat yang sekular.
Oleh sebab berlakunya proses sekularisasi, maka ilmu-ilmu yang datang dari
tradisi kesarjanaan Barat mengandungi banyak elemen-elemen yang bertentangan dengan
nilai-nilai Islam. Dalam hal ini, premisnya adalah suatu ilmu itu tidak bebas nilai, tidak
seobjektif yang disangka kerana turut dipengaruhi oleh nilai-nilai yang dipegang dan
dianut oleh para sarjana yang membangunkan ilmu tersebut. Jika ilmu itu datang dari
tradisi Barat, maka nilai Baratlah yang didokongnya. Justeru itu, ilmu-ilmu tersebut
perlu dinilai dan ditapis semula berdasarkan nilai-nilai murni agar seiring dengan acuan
tempatan dan pegangan yang kukuh berlandaskan Islam.
Tumpuan kertas kerja ini ialah kepada pengislaman ilmu yang difokuskan kepada
sains fizik. Fizik ialah satu ilmu yang lahir daripada usaha manusia untuk memahami
alam. Pada awalnya, Fizik lebih terkenal sebagai falsafah tabii. Nama ini sebenarnya
424
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

lebih bermakna, kerana Fizik adalah himpunan pengalaman, pengamatan dan konsep agar
fenomena alam ini dapat difahami di dalam satu kerangka akal yang konsisten (Zainul
Abidin 1997).
Kajian Fizik adalah satu proses mencerap, mentaakul dan menghuraikan sesuatu
fenomena alam fizikal berdasarkan kepada hukum-hukum tabii yang ditemui. Hukum-
hukum ini ditulis dalam bentuk persamaan, ketaksamaan atau lain-lain pernyataan
matematik dan huraian hukum itu diperoleh berdasarkan penyelesaian persamaan
tersebut. Metafizik pula adalah kajian tentang alam ghaib, yang mana fenomenanya yang
boleh dicerap di alam nyata secara langsung atau tidak dan kaitannya dengan hukum-
hukum tabii alam fizikal. Disebabkan alam ghaib itu lebih luas, lebih tidak diketahui dan
sukar diketahui atau dikatakan bahawa alam fizikal (tabii) ini tertanam dalam alam ghaib
ini dalam topologi yang kita masih tidak ketahui, maka sudah pastinya kajian metafizik
menjadi begitu sukar untuk disaintifikkan.
Bagi umat islam jelas bahawa alam ghaib ini menjadi sebahagian daripada rukun
keimanan dan oleh itu pandangan alam mereka tidak akan lari daripada perspektif
metafizik betapa hebatnya penyelidikan fizik atau biologinya. Malah di sebalik setiap
penemuan baru sains dan disebalik semua penemuan dan pengetahuan baru kita akan
mendapati persoalan yang semakin mendalam timbul iaitu di manakah akhirnya, apakah
hukum dan model yang lebih tepat dan menyeluruh, dan siapakah yang merancang dan
membuatnya sebegitu rupa?
Matlamat dan cara melaksanakan fizik bergantung kepada pemikiran tentang fizik.
Pemikiran asas ini amat dipengaruhi oleh pandangan terhadap alam yang ada pada ahli
fizik tersebut. Kajian ini akan mengkaji pemikiran seorang saintis fizik Islam tentang
hubungan antara ilmu fizik dan agama di dalam kehidupan seharian memandangkan
dunia sekarang sudah ramai yang mempelajari fizik sejak di sekolah menengah lagi. Fizik
berbeza dari bidang sains yang lain seperti kimia dan biologi kerana ia merujuk kepada
aspek jirim yang terdapat dalam segala benda yang diciptakan Tuhan. Matlamat utama
ilmu ini ialah untuk memperolehi ilmu sebenar tentang alam kejiriman secara objektif (
Maxwell 1984 ) dan secara bertertib yang logik. Ciri alam yang ingin dikaji ialah tentang
bentuk, sifat, perilaku objek kejiriman yang wujud, hukum-hukum yang dipatuhinya
dan syarat terlihatnya bentuk sifat. Tujuan semua ini akhirnya adalah untuk membantu
manusia melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian mereka.

LATAR BELAKANG KHALIJAH SALLEH

Tokoh yang ingin dikaji dalam kertas seminar saya kali ini ialah Prof. Dr. Khalijah Binti Mohd
Salleh. Beliau dilahirkan pada 1 Februari 1947 di Kuala Lumpur. Anak kelahiran Kampung
Bharu, Kuala Lumpur ini merupakan cahayamata kedua dari enam orang adik-beradik. Anak
kepada pasangan Mohd Salleh Abdul Majid dan Rahmah Zainal Abidin ini amat meminati
bidang fizik sejak kecil lagi. Beliau sering membelek buku-buku berkenaan dengan haba
kepunyaan ayahnya yang merupakan seorang jurutera pada waktu itu. Khalijah mempunyai
lima orang anak iaitu dua orang perempuan dan tiga orang lelaki.
Seperti kebanyakan tokoh yang hebat, Khalijah Mohd Salleh pada dasarnya mencapai
kejayaan atas daya usaha beliau sendiri. Walaupun ibunya seorang guru dan ayahnya seorang
jurutera, namun ini tidak bermakna beliau hidup dalam kemewahan. Latar belakang beliau
yang serba sederhana dan kepintaran beliau telah mendorong beliau meletakkan nilai yang
tinggi untuk diri beliau dalam mencapai matlamat hidup. Akhirnya, beliau berjaya menjadi
seorang pensyarah dan ibu yang baik dalam mendidik anak-anak beliau mahupun pelajar beliau
sendiri.
Matlamat Khalijah Salleh ialah menjadi seorang Muslimah yang beriman. Semasa
hayatnya, beliau menegaskan bahawa setiap perkara mesti dilakukan hanya kerana Allah demi
mencapai keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Menurut suami beliau yang menjadi teman
425
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

hidupnya sehingga akhir hayatnya, adalah menjadi hobi Khalijah Salleh untuk mengetahui
setiap maksud ayat-ayat al-Quran apabila dia membacanya bermula dari muka surat pertama
sehinggalah ke muka surat akhir. Setelah khatam maka akan diulang-ulang lagi membaca
al-Quran berserta terjemahannya. Hobi beliau diteruskan sehingga ke akhir hayat beliau
terutamanya pada bulan Ramadan yang mana Allah sangat menuntut hambanya membaca al-
Quran di bulan yang penuh berkat itu.
Daripada pembacaan terjemahan itulah beliau mendapati banyak elemen-elemen sains
yang terdapat di dalam al-Quran, seterusnya beliau akan cuba untuk menghubungkan ilmu sains
dengan ilmu ketuhanan. Ilmu ketuhanan yang dimaksudkan ialah ilmu untuk mentauhidkan
Allah. Tauhid bermaksud satu yang mana tiada tuhan selain Allah yang wajib disembah dan
kita sebagai hambanya wajib menjalankan tugas sebagai seorang hamba dan seorang khalifah.
Oleh sebab hobi beliau untuk mengetahui terjemahan al-Quran sangat serasi dengan
beliau, ia menjadikan beliau tidak jemu untuk mendalaminya walaupun beliau tidak pandai
bahasa arab. Beliau tidak pernah belajar bahasa arab semasa persekolahan dulu namun beliau
sangat fasih dalam terjemahan al-Quran. Ini kerana banyak perkataan di dalam al-Quran yang
diketahuinya hasil dari hafalan terjemahan ayat-ayat al Quran itu. Di peringkat universiti, beliau
telah terlibat dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau merupakan mantan Ketua
Hal Ehwal Wanita ABIM dam Setiausaha Wanita ABIM.
Beliau sangat komited dalam menerapkan sains tauhidik kepada masyarakat termasuklah
kanak-kanak yang berada di tadika lagi. Maka, beliau dan rakan-rakan ABIM yang lain telah
mengajar guru-guru di tadika dalam usaha menerangkan sains tauhidik yang sebenarnya.
Beliau menggunakan pendekatan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam satu slot yang
menerangkan tentang ilmu sains tauhidik ini. Dalam slot itu, beliau akan memberi contoh-
contoh mudah supaya orang ramai mudah untuk memahami ilmu sains yang dikaitkan dengan
ilmu ketuhanan. Beliau suka mengaitkan segala benda yang berlaku dengan agama kerana pada
pandangan beliau, setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya.
Khalijah Salleh merupakan seorang yang sangat aktif dan bijak. Menurut suaminya,
semasa hayat beliau, Khalijah Salleh seorang yang sangat cepat dari segi pembacaannya.
Disebabkan itulah beliau boleh menghabiskan banyak buku-buku ilmiah dengan cepat.
Beliau juga seorang yang sangat fokus dan aktif di dalam sesuatu majlis. Beliau pasti akan
bertanyakan soalan di akhir majlis ataupun menyuarakan pendapat beliau. Ini terbukti kerana
semasa disekolah menengah, beliau merupakan seorang pendebat yang mewakili sekolah dalam
pertandingan debat. Beliau sangat menekankan betapa pentingnya sains dalam kehidupan
manusia. Seterusnya kaitan antara bidang sains dengan islam. Pada tahun universiti masih
baru dibuka, beliau banyak berjasa dengan mencadangkan supaya taman didikan kanak-kanak
dibuka untuk pekerjanya. Ini memudahkan staf UKM untuk menghantar anak-anak ke pusat
asuhan di samping staf-staf boleh memantau anak-anak mereka dengan jarak dekat. Ini sangat
membantu staf-staf UKM kerana mereka tidak perlu risau untuk memantau keadaan anak dari
semasa ke semasa.
Beliau meninggal dunia pada jam 10 pagi Sabtu 17 September 2011 bersamaan 19
Syawal 1432. Beliau merupakan bekas pensyarah Jabatan Fizik, UKM dan mantan Ketua
Helwa ABIM. Beliau adalah Ketua Helwa yang pertama, yang juga di antara pengasas ABIM
HELWA. Pemergian beliau menghadap ilahi memang diratapi oleh seluruh warga ABIM, baik
wanita mahupun lelaki. Beliau menghidap penyakit kanser darah. Rawatan kimoterapi yang
terpaksa di hadapi oleh beliau memberikan banyak kesan sampingan kepada dirinya. Di akhir
hayat beliau, beliau masih menggagahkan diri untuk meneruskan perjuangan sebagai pengajar
di UKM dan terpaksa memakai topeng muka bagi mengelakkan jangkitan kuman. Namun
semangatnya tidak pernah luntur untuk menyambung rantaian dakwah yang pernah dilakukan
oleh Nabi Muhammad suatu ketika dahulu.
Sepanjang hari-hari terakhir beliau yang dirawat di HUKM, pelawat tidak putus-putus
mengunjungi beliau. Ketabahan beliau menghadapi saat terakhir dalam hidupnya sangat tinggi.
Beliau seperti biasa amat bersemangat. Beliau kenal dan tahu siapa pelawatnya dan dalam
426
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

keadaan yang sakit, beliau masih ingin berbicara dengan senyuman manisnya yang menjadi
simbolik diri beliau. Beliau diperkenalkan sebagai wanita Melayu tulen pertama di Malaysia
yang meraih ijazah doktor falsafah dalam bidang fizik. Beliau seorang yang boleh menaikkan
semangat pendengarnya dan menjadi perintis orang Melayu dalam apa jua bidang yang mungkin
semata-mata ingin membuktikan orang Melayu juga mampu.
Beliau juga merupakan ahli profesional Muslim yang ingin memajukan umat Islam
menerusi dakwah dan juga bidang keilmuan. Beliau seorang pejuang profesional yang amat
bersemangat dalam apa sahaja yang beliau lakukan. Contohnya beliau sangat komited dengan
ABIM, ilmu dan pendidikan. Beliau tidak akan menolak sebarang undangan Helwa mahu pun
Biro Pendidikan ABIM dalam aspek perkongsian ilmu khususnya cinta pertamanya iaitu sains
Islam. Di akhir fasa perjuangannya, beliau amat prihatin tentang keperluan memasyarakatkan
sains di kalangan orang Melayu dan pentingnya hubungan sains dan aqidah. Walaupun
sudah didiagnos dengan kanser, selagi beliau boleh berdiri, bercakap dan kuat, beliau masih
meneruskan perjuangannya sehingga ke Indonesia untuk berbicara tentang sains Islam sebagai
memenuhi undangan International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Indonesia.
Beliau masih menghadiri majlis Helwa di awal tahun 2011 walaupun kesihatannya
sudah mula merosot. Usaha beliau bukan sahaja untuk ABIM malahan semua organisasi Islam
seperti Yadim dan IKIM. Kegigihannya dalam bidang sains terbukti apabila beliau dilantik
sebagai felo oleh Akademi Sains Malaysia. Khalijah Salleh sememangnya seorang serikandi
dan wanita mithali. Selain daripada kerjayanya, dakwah dan aktiviti sosialnya, beliau juga
merupakan isteri dan ibu yang berjaya. Walaupun beliau sudah tiada namun kitalah yang harus
meneruskan usahanya dalam bidang keilmuan dan pendidikan untuk memantapkan sains Islam
dan aqidah umat. Inilah sekurang-kurangnya kita dapat lakukan sebagai mengenang jasanya
yang tidak ternilai ini. Beliau adalah seorang pendidik yang tidak hanya mendidik ilmu fizik,
tetapi juga mendidik tentang ilmu dunia dan akhirat.
Perwatakan beliau yang unggul dan mudah didekati serta kewibawaan beliau dalam
bidang pendidikan Sains negara amat dikagumi dan boleh dijadikan contoh tauladan kepada
generasi muda masa kini. Peluang untuk mengenali beliau dengan lebih dekat melalui
temuramah dengan suaminya dan teman seperjuangannya merupakan sesuatu yang sangat
berharga. Penulis berpeluang mengetahui pengalaman hidup beliau dan ianya merupakan
sesuatu yang sukar dilupakan. Di sebalik segala kejayaan yang dicapai, tokoh ini merupakan
seorang yang bersifat sederhana dan sentiasa merendah diri. Keikhlasan dan keceriaan sentiasa
terpancar di wajah beliau yang penuh kelembutan. Keperibadian tersebut amat mengagumkan
saya selain kejayaan peribadi dan sumbangan beliau kepada negara khususnya kepada bidang
sains, hal ehwal wanita Malaysia dan agama Islam.
Khalijah Salleh dipilih sebagai tokoh kajian kerana beliau merupakan seorang saintis
yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan suatu gagasan yang amat bernilai yang
berfungsi dalam mencipta penjelmaan, pembetulan dan pembentukan fakta-fakta ilmu fizik
yang tidak terkeluar dari landasan agama Islam yang mentauhidkan Allah, melalui apa yang
telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Hadis. Gagasan inilah yang digelar sebagai gagasan
“Pengislaman Ilmu”. Tugas utama para penggerak kepada pengislaman ilmu sebenar adalah
mencipta program penyelidikan dalam acuan Islam dan bukannya membenarkan sains sedia
dan membaiki acuan Islam supaya sesuai dengan sains sekarang yang diterima dari dunia Barat.
Ilmu adalah bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu dengan Islam, termasuklah
Sains Fizik.

KONSEP PENGISLAMAN ILMU

Tidak dapat dinafikan sumbangan sarjana Barat dalam bidang sains sangat banyak kepada
manusia sejagat. Mereka terkenal kerana mereka telah menyumbang kepada khazanah ilmu
dalam bidang mereka, dan mereka sering membuat kajian, menulis, mengadakan persidangan
dan wacana ilmiah sehingga ilmu mereka tersebar luas di seluruh dunia (Yusof Othman 2014).
427
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kemasukan pengaruh luar contohnya dari Greek, Yunani, Parsi, Hindu Kristian dan Yahudi
telah menjadi satu agenda penting kepada umat Islam seluruhnya untuk ditangani. Kemasukan
pengaruh luar inilah yang harus ditangani oleh golongan intelektual dan menjadi satu agenda
penting kepada para saintis dan ilmuan masa kini. Maka seluruh tenaga intelektual Islam harus
digembleng dalam menangani isu-isu yang dicetus oleh barat dan mematahkan hujah-hujah
mereka dengan senjata akademi dan ilmiah para sarjana dan ilmuan Islam.
Gagasan pengislaman ilmu memainkan peranan penting dalam usaha mendefinasikan
semula ilmu-ilmu sains sosial seperti sosiologi, antropologi, psikologi, sejarah, sains politik,
ekonomi dan sebagainya mengikut konsep-konsep Islam yang berlandaskan Al-Quran dan
Sunnah. Namun begitu, ia bukanlah suatu usaha yang mudah kerana umat Islam moden bukan
setakat sudah biasa dengan konsep, pemikiran, metodologi dan pendekatan barat, malah sifat
mereka juga telah ditentukan oleh asuhan pendidikan sekular moden sejak kecil. Di universiti-
universiti yang lokasinya di negara-negara Islam sekalipun, konsep barat dalam menerapkan
ilmu-ilmu sains sosial sudah menjadi sebati di dalam semua fakulti-fakulti sains sosial. Bahan-
bahan rujukan profesor dan pensyarah semuanya didominasi oleh buku-buku pemikiran
berorientasikan konsep barat. Kemudian, pemikiran barat itu dalam mentakrifkan hal sains
sosial dan diwariskan pula kepada pelajar-pelajar melalui kuliah-kuliah pengajian.
Istilah pengislaman ilmu mula dicadangkan dan digunakan oleh Syed Muhammad
Naquib al-Attas di dalam bukunya Islam and Secularism yang diterbitkan pertama kali pada
tahun 1978. Penggunaan istilah ini juga dicadangkan oleh Ismail al-Faruqi pada tahun 1982
sebagai reaksi beliau terhadap kemunduran yang dialami ummah dalam pelbagai bidang.
Dunia Islam kontemporari menghadapi masalah yang besar kerana kaedah yang sesuai di
dalam sains tidak boleh sepenuhnya diterapkan ke dalam falsafah Islam. Atas dasar itu, beliau
mencadangkan bahawa kaedah-kaedah di dalam falsafah Islam dahulu harus dihidupkan
semula, menggalakkan ijtihad dan mengintegrasikannya dengan kaedah saintifik di dalam
batas-batas Islam (Maisarah Hasbullah 2012).
Menurut Khalijah Mohd Salleh, sains ialah satu proses perolehan maklumat melalui
cerapan secara sistematik, melakukan analisis yang rasional terhadap objek atau kejadian yang
dicerap bertujuan untuk mendapatkan ilmu. Beliau juga menyatakan bahawa tujuan orang Islam
mengkaji sains adalah sebagai cara membongkar rahsia alam sehingga berjaya mengetahui
sifat dan perilaku alam tabii serta hukum yang dipatuhinya dan untuk mengenali kuasa dan
keagungan Allah SWT agar ini boleh mengukuhkan lagi keyakinan kita terhadap-Nya. Dalam
pengertian yang lebih teknikal, Khalijah Mohd Salleh mentakrifkan sains sebagai “pemetaan
satu ke satu di antara kenyataan dengan tanggapan intelek dan tindakan yang diambil tentang
rupa bentuk atau struktur sesuatu makhluk yang wujud, proses dinamik sesuatu kejadian dan
keadaan kewujudan suatu makhluk atau kejadian”. (Sh. Mohd Saifuddeen 2012).
Pengislaman fizik adalah satu juzuk kecil daripada pengislaman sains. Ada juga cerdik
pandai yang berada di Malaysia dan di luar negara menganggap bahawa pengislaman sains
bukanlah satu tajuk yang sesuai (Haji Badri 1997). Bagi mereka, fizik, kimia, biologi dan
sebagainya adalah ilmu yang mana tiada istilah islam dan tidak islam. Semuanya anugerah dari
Allah kepada hamba yang dikehendakinya. Dari satu sudut, pendapat ini benar jika didasarkan
kepada konsep nuetralnya ilmu itu. Menurut Haji Badri, jika ilmu itu neutral sekalipun, masalah
yang mungkin timbul ialah kegunaan ilmu yang neutral itu, mungkin kegunaannya melencong
daripada lunas-lunas Islam. Sebetulnya, teknologi yang lahir daripada ilmu sains itu perlu
diawasi. Dalam konteks ini, pengislaman sains ialah penjauhan diri daripada menghasilkan
teknologi yang mungkar mengikut pandangan Islam.
Menjelang kurun ke 19, kegiatan sains dan teknologi yang tersusun dan mantap telah
wujud di Tanah Melayu. Ilmu sains dan teknologi yang digunakan dalam bidang-bidang
tertentu khususnya sains fizik tidak jauh ketinggalan. Misalnya mesin radiografi sinar-X yang
telah lama dipasang di Hospital Ipoh pada tahun 1899 (Halimi Mohd Khalid 2012). Menurut
Adi Setia, gagasan asal pengislaman ilmu dihuraikan secara teratur oleh Syed Muhammad
Naquib al-Attas dan bukannya oleh Ismail al-Faruqi. Beliau menyatakan lebih baik mengikut
428
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

gagasan al-Attas. Huraian beliau juga tentang sains Islam dan pengislaman sains bertitik-tolak
daripada al-Attas, bukannya al-Faruqi. Kelebihan pendekatan al-Attas amat jelas berbanding
dengan pendekatan al-Faruqi yang kurang matang dan kabur.

SUMBANGAN / HASIL PEMIKIRAN

Semasa hayat Khalijah Salleh, beliau banyak menyertai seminar, persidangan, bengkel, kursus,
ceramah, kolokium dan pelbagai lagi program sepertinya. Misalnya bagi tahun 1998, lebih dari
sepuluh seminar disertainya. Antaranya adalah Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara,
Pendidikan Fizik Sekolah Menengah Ke Arah Alaf ke-3, Seminar Wanita dan Perkembangan
dan Program Budaya Ilmu ke-9. Beliau turut menyertai bengkel-bengkel yang berunsurkan
atau berkaitan dengan ajaran Islam seperti Wahdatul Helwa dan Seminar Pembudayaan Sains
dan Matematik dalam Masyarakat Islam Masa Kini. (Khalijah 1992).
Beliau merupakan seorang tokoh akademik dan sains yang disegani serta aktivis yang
komited. Kembalinya beliau ke rahmatullah pastinya amat dirasai oleh umat Islam di Malaysia.
Prof Dr Khalijah juga sangat terkenal sebagai tokoh yang mempelopori bidang Sains Tauhidik.
Kemahiran beliau yang tinggi di dalam bidang ini menjadikan beliau sangat dihormati dan
disegani dalam bidang kepakarannya kerana kelihatan berjaya menonjolkan kaitan sains dan
paksi tauhid sebagai asas memperkukuh aqidah ummat islam. Beliau dianugerahkan dengan
Anugerah Khas ‘Sayyidatina Aishah’.
Prof. Khalijah banyak menyertai persatuan dan kegiatan-kegiatan lain. Di antaranya ialah
ahli di dalam Majlis Kebangsaan Integrasi Wanita dan Pembangunan, Yayasan Pembangunan
Ekonomi Malaysia (YPEIM), Distingushee Fellow IKIM, Ahli Sigma-Xi Society, Ahli Akademi
Sains Islam dan pengerusi Suruhanjaya Sains dan Teknologi NCWO. Beliau juga merupakan
salah seorang ahli persatuan ABIM atau Angkatan Belia Islam Malaysia yang bertugas untuk
memperkenalkan dan memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup di seluruh dunia, lebih-
lebih lagi di tanahair sendiri. Beliau sering mengadakan perbincangan, ceramah, dakwah,
usrah, kursus dan sebagainya mengenai sains, budaya, pembangunan dan agama terutamanya.
Beliau amat berharap agar generasi muda yang bakal menerajui negara di hari muka akan terus
memperjuangkan Islam dan memperkenalkannya di mata dunia.
Pemilihan tokoh dalam kajian ini adalah kerana beliau merupakan wanita melayu
pertama yang mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang fizik. Di sini dapat di lihat bahawa
wanita juga mampu menyaingi para lelaki dalam melopori bidang-bidang ilmu yang ada di
muka bumi ini. Golongan wanita boleh menjalankan usaha mendidik generasi muda dengan
lebih baik. Kelembutan dan keprihatinan mereka terhadap keperluan kasih sayang anak-anak
menjadikan wanita paling sesuai dalam tugas mendidik ini. Selain itu, wanita juga berperanan
untuk menyumbangkan tenaga dalam sektor ekonomi Malaysia dan memiliki kemahiran
yang tertentu yang berguna untuk menjadikan diri mereka sebagai satu sumber manusia yang
lengkap. Pada masa yang sama mereka juga berperanan untuk menimba ilmu pengetahuan
yang sebanyak mungkin. Usaha memperoleh ilmu ini menjadikan mereka terdedah terhadap
pelbagai perubahan teknologi yang menjadikan diri mereka itu lebih baik dan berkeyakinan
pula.
Peranan wanita dalam pembangunan negara sangat penting. Contoh lain yang disanjung
juga ialah Ibu Zain. Beliau tidak sanggup melihat anak bangsa terkebelakang tanpa ilmu lalu
ditubuhkannya sebuah sekolah. Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara
pejuang yang bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan
Sekolah Agama Negeri Johor. Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli hingga beliau
diberi kepercayaan sebagai Presiden pertama persatuan tersebut. Jawatan Yang Dipertua
Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu disandang oleh beliau selama 19 tahun sejak tahun
1930 lagi.
Kaum wanita sering dilihat sebagai jantina yang lemah lalu sering dipergunakan dalam
kehidupan bermasyarakat kini. Namun dalam kelembutan wanita itu tersirat satu ketabahan
429
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

yang ketara untuk mampu menyumbangkan sesuatu buat pembangunan negara kita. Rencana
dalam media massa telah banyak memaparkan tentang keupayaan wanita dalam aspek
membangunkan negara kini ini. Perjuangan wanita ke atas diri sendiri ialah mengukuhkan
imannya dan menjadi orang yang bertaqwa dan solehah. Wanita yang memahami konsep Islam
akan berusaha untuk menjalankan segala perintah Allah setakat yang boleh dan menjauhi segala
laranganNya. Sebagai seorang isteri yang berpengetahuan penuh keyakinan pula, wanita boleh
menjadi sahabat dan rakan perbincangan suaminya untuk memberi galakan dalam melakukan
sesuatu kerja dengan baik. Sebagai seorang ibu pula, peranannya amat besar. Ibu adalah satu-
satunya orang yang boleh mendidik seorang anak menjadi insan yang baik dan berguna. Ibu
adalah model orang Islam bagi anak-anaknya sama ada dari segi budi pekerti, tutur bahasa
atau gerak gerinya. Ibu juga adalah penunjuk ajar dan pendidik utama yang boleh menyemai
dam menerap semangat keislaman di sanubari anak-anak sejak dari awal lagi (Khalijah Mohd
Salleh, 1992).

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini memperincikan bahawa keperluan respons pembaharuan idea


pengislaman sains dalam peradaban khususnya di Alam Melayu dan peringkat antarabangsa
ini mestilah disepadukan oleh para ilmuwan, ahli sains dan agamawan sebagai suatu rencana
penyelidikan amali yang bersifat jangka panjang. Di samping itu, ia dapat membina kerangka
paradigma baru secara beransur-ansur bagi menzahirkan pandangan sejagat Islam yang
nyata dan konsisten di peringkat peribadi dan institusi. Sumbangan Khalijah Salleh ini juga
merupakan suatu cerminan keprihatinan beliau yang amat bermakna dalam mencorakkan
aspek pembangunan insan, pendidikan dan pemikiran umat Islam. Di samping menjadi benteng
yang cukup kukuh untuk menghalang segala bentuk penyelewengan terhadap Islam. Asas-asas
metodologi yang mereka bina ini boleh dijadikan landasan yang kuat untuk menentang arus
pengliberalan dan keruntuhan moral insan dalam peradaban Islam pada hari ini.
Pengislaman sains dan pengaruhnya dalam peradaban ini ibarat proses menapis ketul
ketul emas yang telah sebati dengan tanah, lumpur, pasir ataupun najis. Emas tetap emas dan
tidak perlu diemaskan lagi, tetapi perlu disaring dan dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki.
Ini amat penting sebelum ianya diedarkan kepada pembeli atau pihak pengguna. Justeru itu,
kajian ini merincikan bahawa inilah masa terbaik bagi para ilmuwan dan pemikir Muslim
memainkan peranan penting mereka dalam menyerlahkan lagi perencanaan atur cara dan gerak
kerja pengislaman sains terutama sains fizik di Malaysia seperti yang telah dipelopori oleh
tokoh ilmuwan besar terdahulu. Melalui latar belakang kemelayuan dan agama, tokoh ilmuwan
dan pemikir Muslim ini juga telah memperoleh dasar-dasar keimanan dan disiplin yang kuat
bagi mempertahankan wacana pengislaman sains yang tidak mudah dipengaruhi oleh pengaruh
sekularisme dan sains Barat

RUJUKAN

Haji Badri. 1997. Satu Makna Pengislaman fizik. Jurnal Kesturi 1997,7(1) 34-37. Universiti
Putra Malaysia.
Halimi Mohd Khalid. 2012. Pengislamisasian Falsafah Sains dan Teknologi di Alam Melayu
Antara Realiti dan Harapan : Satu Sorotan Kajian dalam Bidang Falsafah Ilmu Kejuruteraan
di Malaysia. Dalam Abdul Latif Samian, Nazri Muslim, Hamdzun Haron (peny.). Sains &
Teknologi Di Alam Melayu (halaman 172-185). Kuala Lumpur : DewanBahasa & Pustaka.
Khalijah Mohd Salleh. Julai 1992. Wanita Dalam Islam : Koleksi kertas Kerja. Universiti
Kebangsaan Malaysia.Mahadi Abu Hassan dan Khadijah Mohd Khambali @ Hambali.
2013. Pengislaman Sains DanPengaruhnya Dalam Peradaban : Respon Ilmuwan Muslim
Terpilih. Journal of HumanCapital Development. Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Malaysia.
430
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Maisarah Hasbullah. 2012. Respon Pemikir Islam Terhadap Modeniti : Wacana Sains Islam
Sebagai Kajian Kes di Malaysia. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Malaya.
Maxwell, N. 1984. From Knowledge of Wisdom. Oxford : Basil Blackboard
Mohd Yusof Othman. 2014. Pengenalan Sains Tauhidik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.
Sh. Mohd Saifuddeen Bin Sh. Mohd Salleh. 2012. Tipologi Interaksi Antara Agama Dan
Sains : Satu Penilaian Dan Cadangan Menurut Perspektif Islam. Universiti Malaysia.
Zainul Abidin Bin Hassan. 1997. Konsep Fizik Masa Kini. Jurnal Kesturi 1997,7(1) 39-46.
Universiti Putra Malaysia.

431
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

AKSES KEPADA KEADILAN DALAM KOMUNITI PELBAGAI


AGAMA

DR FARIDAH JALIL, 2ROHIZAN HALIM


1

1
Fakulti Undang-Undang UKM, Bangi
2
Pusat Pengajian Undang-Undang COLGIS (UUM) Sintok

Abstrak
Kebelakangan ini sistem kehakiman negara sedang berada dipersimpangan berikutan
dari keputusan kes Indira Gandi yang mendapat liputan meluas di akhbar perdana
tempatan dan laman sosial negara ini. Kebimbangan yang berbangkit dari kes beliau
ialah perasaan ragu yang ditimbulkan oleh Indira Gandi terhadap peluang untuk
beliau mendapat pengadilan yang adil dan saksama dibawah sistem keadilan negara
ini. Persoalan yang dibangkitkan oleh beliau dan banyak pihak ialah adakah terdapat
mahkamah yang kompeten, adil dan sesuai untuk membicarakan kes-kes yang
melibatkan pihak dari pelbagai agama sepertimana yang berlaku dalam kes Indira
Gandhi ini. Polemik yang timbul dari kes Indira Gandhi dan beberapa kes sebelumnya
dikatakan timbul akibat dari Per 121(1A) yang difahami sebagai memberikan
bidangkuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes-kes yang
melibatkan orang Islam dan mengenepikan orang bukan Islam. Per 121(1A) jika dilihat
dari aspek sejarah pembentukannya adalah diadakan untuk tujuan mengelakkan pihak-
pihak beragama Islam dari mengenepikan penghakiman Mahkamah Syariah. Ketika
peruntukan tersebut diluluskan tidak berbangkit persoalan litigasi adalah dari dua pihak
berlainan agama. Namun perubahan masa melihat aturan sosial berubah disebabkan
pergaulan masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama yang meluas menyebabkan
kekerapan perkahwinan campur dan pertukaran agama meningkat. Kertas kerja ini
akan melihat adakah benar Per 121(1A) menyebabkan akses kepada keadilan menjadi
terhad dan apakah pilihan yang ada untuk memastikan semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum, etnik dan agama mempunyai akses kepada keadilan.

PENGENALAN

Polemik mengenai bidangkuasa mahkamah sivil dan syariah melibatkan pihak pelbagai
agama dan kepercayaan, serta pertukaran agama kanak-kanak apabila salah seorang penjaga
memeluk agama Islam kelihatan tidak berkesudahan dan masih belum terlerai. Pada 30
Disember 2015 Mahkamah Rayuan telah memutuskan rayuan Indira dan keputusan tersebut
yang tidak memihak kepada Indira telah disambut oleh persoalan; Adakah wujud mahkamah
yang kompeten, adil dan sesuai untuk memutuskan pertikaian yang melibatkan dua pihak
yang berbeza agama? (Wai, 2016)Keputusan kes ini menjadikan perkara mendapatkan hak
dan remedi untuk pihak berbeza agama semakin kusut dan kontroversi kerana menjejaskan
akses kepada keadilan. Adalah membimbangkan apabila terdapat rakyat negara ini
merasakan bahawa akibat perbezaan agama akses untuk keadilan dinafikan. Kertas kerja ini
tidak membincangkan mengenai aspek substantif seperti hak penjagaan anak atau konflik
bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Syariah, tetapi menjurus kepada mencari mekanisma yang
sesuai supaya pihak terkilan boleh mendapatkan akses kepada keadilan.

MAKSUD AKSES KEPADA KEADILAN

Akses kepada keadilan amat penting untuk memastikan setiap pihak yang terlibat dalam
pertikaian mempunyai peluang untuk mendapatkan remedi bagi diri mereka. Menurut UNDP,
akses kepada keadilan bukan hanya bermaksud akses kepada mahkamah tetapi juga meliputi
432
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

adjudikasi yang bersifat tradisional atau tidak rasmi bagi membolehkan pihak terbabit
mendapatkan perlindungan yang bersesuaian (UNDP, 2004). UNDP juga mengesan bahawa
salah satu halangan kepada akses terhadap keadilan ialah batasan yang terdapat kepada
remedi yang diperuntukkan oleh undang-undang atau amalan kehakiman. Kebanyakan sistem
sering gagal untuk menyediakan remedi yang tepat, tidak mendiskriminasi, mencukupi, adil
dan bersifat mencegah. Misalnya, masyarakat yang masih menjalani kehidupan bercorak
tradisional berkemungkinan tidak berpeluang untuk menuntut hak keatas pemilikan tanah
tradisional kerana hak pemilikan secara adat tidak diiktiraf oleh undang-undang. Dari
perspektif hak asasi, akses kepada keadilan dilihat bukan semata-mata mengenai peluang
untuk ke mahkamah atau hak representasi, tetapi meliputi jaminan bahawa hasil tuntutan
mahkamah atau undang–undang adalah adil serta mempunyai nilai ekuiti (equitable value) di
mana pihak yang bertikai mempunyai remedi yang memuaskan dan bermakna. (Cappelletti,
1978) Mengambil maksud ini dan sentimen yang dizahirkan oleh Indira Gandhi kelihatan
seolah-olah tiada remedi yang dapat ditawarkan untuk Indira Gandhi dalam sistem kehakiman
sedia ada dan jikapun beliau tidak berhak kepada remedi tersebut tiada mekanisma yang
membuatkan beliau berasa bahawa keadilan telah diberikan kepada beliau. Samada dakwaan
ini benar atau sebaliknya akan dapat dilihat dari sistem penyelesaian konflik yang disediakan
di negara ini.

SISTEM PENYELESAIAN KONFLIK DI MALAYSIA

Penyelesaian konflik secara umumnya adalah merupakan tugas Mahkamah. Akibat dari
pentadbiran Inggeris yang berlangsung di negara ini untuk tempoh masa lebih dari 500 tahun,
sistem pengurusan konflik terbahagi kepada dua, iaitu pertama, penyelesaian perbalahan
yang diurus di Mahkamah Sivil berdasarkan undang-undang sivil dan kedua, penyelesaian
perbalahan yang diurus di Mahkamah Syariah menggunakan undang-undang Syariah
(S.Shuaib, 2012). Selain faktor sejarah, hal ini berlaku disebabkan oleh dua faktor lain:
a) Amalan federalism di Malaysia yang mengagihkan kuasa eksekutif dan legislatif
persekutuan dan negeri seperti yang digariskan oleh Jadual 9 Senarai Negeri dan Per 75
Perlembagaan Persekutuan berhubung bidangkuasa pentadbiran dan pembuatan undang-
undang persekutuan dan negeri; dan
b) Agihan kuasa kehakiman menurut Per 121(1A) Perlembagaan yang menetapkan bahawa
mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang
terjumlah dibawah bidangkuasa mahkamah Syariah khususnya yang melibatkan:

Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut
ugama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan
tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan
anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan
khairat; Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama,
perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai
pemberian ugama Islam dan Khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang
dijalankan kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal
atau hasil ugama yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam
untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai
perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan
cara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas
orang-orang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang
termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mermpunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-
kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal
pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut ugama Islam;
433
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu” (Item 1
Senarai Negeri Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan)

PENTAFSIRAN MAHKAMAH

Berlaku perbahasan yang hebat mengenai maksud Per 121(1A) yangpada awalnya
dimasukkan kedalam perlembagaan untuk tujuan memastikan Mahkamah Sivil tidak
mengubah keputusan mahkamah syariah, apabila orang Islam yang tidak berpuas hati dengan
keputusan Mahkamah Syariah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Sivil seperti berlaku
dalam kes Myriam v Ariff[1971] 1 MLJ 275 dan Tengku Mariam & Anor v Commissioner for
Religious Affairs, Trengganu 7 Ors [1971] 1 MLJ 265 atau Mahkamah Sivil keliru dalam
mengaplikasi undang-undang Islam seperti dalam kes Ainan bin Mahmud v Syed Abu Bakar
[1939] MLJ 209 dan Nafisah v Abdul Majid [1962] 2 MLJ 174(Farid Sufian, 2008).
Adanya Per 121(1A) pada takat tertentu menghentikan campurtangan Mahkamah Sivil
dalam perkara-perkara hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga…orang yang
menganut ugama Islam seperti yang diputuskan oleh kes Mohamed Habibullah b Mahmood
v Faridah bte Dato Talib(1992) dimana Hakim Mahkamah Agung (HMA) Harun Hashim
menyatakan, oleh kerana kedua-dua pihak adalah beragama Islam dan perkara yang diadukan
adalah terjumlah dibawah s127 Akta Undang-undang Keluarga Islam, dan Mahkamah
Syariah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah injunksi menurut s 107 akta yang
sama, adalah tanpa keraguan Mahkamah Syariah telah dianugerah bidangkuasa eksklusif.
Bidangkuasa eksklusif, berdasarkan kes ini boleh dihujahkan timbul apabila (a) pihak adalah
beragama Islam, (b) perkahwinan berlangsung menurut undang-undang Islam, dan (c) terdapat
peruntukan undang-undang yang menyatakan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa
dalam perkara yang dipertikai. Ini dipersetujui oleh kes Haji Raimi(2014) telah memutuskan
bahawa Mahkamah Syariah akan hanya mempunyai bidangkuasa eksklusif jika pihak-pihak
adalah beragama Islam dan perkahwinan bukan dimasuki dibawah undang-undang sivil dan
diikuti oleh kes Viran(2015) yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Kes Viran ini telah
dirayu ke Mahkamah Persekutuan dan mahkamah telah mengekalkan keputusan bahawa bagi
perkahwinan yang dimasuki menurut undang-undang sivil, mahkamah yang mempunyai
bidangkuasa adalah mahkamah sivil.(Viran a/l Nagapan v Deepa a/p Subramaniam, 2016)
Namun satu perkara yang tidak dijangkau oleh pindaan pada tahun 1988 ini ialah,
bagaimanakah perkara hukum Syarak danundang-undang diri dan keluarga …orang yang
menganut ugama Islam akan diselesaikan apabila berlaku perbezaan agama pasangan akibat
salah satu pasangan bertukar agama, seperti salah satu pihak dalam perkahwinan sivil bertukar
kepada agama Islam dan pasangannya kekal beragama asal. Ini akan yang menyebabkan
berlaku perbezaan undang-undang yang akan mentadbir hal penjagaan anak, pemberian nafkah
dan agihan harta. Abdul Hamid Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan (HMP) dalam kes
Latifah (2007) menyatakan; “..problem has arisen and become more serious over the last two
decades. Courts and the civil courts as well as the Syariah Courts have had to grapple with
this problem. While a judgment settles the case before the court, it creates other problems
in subsequent cases.” Perbezaan agama menjadikan ada dua Mahkamah yang mempunyai
bidang kuasa, namun keputusan kedua mahkamah ini tidak mengikat pihak yang berbeza
agama. Dalam perkara ini boleh berlaku dua prosiding berjalan serentak, di Mahkamah Sivil
dan Syariah sebelum keputusan muktamad dapat diberikan. Hal ini menyebabkan litigant
terpaksa menanggung kos yang tinggi dan masa yang panjang. Kemungkinan juga berlaku
perkara dipertikai adalah di luar bidang kuasa kedua-dua mahkamah. Apabila ini berlaku,
akses kepada keadilan adalah dinafikan.
Hakim Nik Hashim and Hakim Azmel dalam kes Subhashini(2008) yang dibicara di
Mahkamah Persekutuan cuba untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Abdul Hamid
Mohamed HMP dalam kes Latifah dengan menyatakan bahawa, kedua-dua Mahkamah Sivil
dan Syariah adalah bebas dari satu sama, mempunyai kedudukan yang setara dan beroperasi
434
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dalam bidangkuasa yang ditetapkan oleh undang-undang. Fakta bahawa Mahkamah Syariah
adalah ditubuhkan oleh undang-undang negeri tidak menjadikan status Mahkamah tersebut
lebih rendah dari Mahkamah Sivil. Mahkamah Sivil oleh itu tidak boleh menghalang perintah
Mahkamah Syariah yang dibuat berasaskan bidangkuasa yang sah. Untuk membolehkan
remedi diperolehi oleh Subhashini, kedua-dua hakim menetapkan bahawa pemelukan agama
Islam tidak menjadikan suami kebal dari tuntutan di Mahkamah Sivil. Mahkamah menjadikan
status pasangan pada masa perkahwinan sebagai penentu bidangkuasa mahkamah. Prinsip
ini akan mencegah dari pihak yang memeluk Islam menggunakan dalihan tiada bidangkuasa
untuk lari dari tanggungan yang berbangkit dari perkahwinan sivil. Sementara itu, adalah jelas
bahawa pihak yang beragama Islam tidak mempunyai halangan untuk hadir di Mahkamah
Sivil, sedangkan pasangan bukan Islam tiada hak didengar di Mahkamah Syariah.
Berdasarkan keluasan bidangkuasa, Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa yang
lebih baik. Ini bukan berlaku akibat kelemahan Mahkamah Syariah, tetapi disebabkan
batasan yang dikenakan oleh undang-undang yang hanya boleh diperbaiki melalui penilaian
semula terhadap sistem perundangan dan kuasa kehakiman negara. Dalam masa yang sama
bagi kes pasangan meninggalkan agama Islam, bidangkuasa menentukan status agama pihak
yang mendakwa meninggalkan Islam, status perkahwinan, penjagaan anak, pendidikan serta
pembahagian harta adalah terletak kepada Mahkamah Syariah, kerana ini adalah reciprocal
dari ketetapan yang disebut sebelumnya.

UNDANG-UNDANG TERPAKAI

Selain dari penghakiman yang disebutkan diatas, perkara ini telah cuba diselesaikan dengan
meminda beberapa peruntukan undang-undang penting untuk menangani masalah akses
kepada keadilan untuk tuntutan pasangan pelbagai agama. Antaranya s51 Undang-undang
Perkahwinan dan Perceraian 1976 (Pindaan 2004) yang membolehkan mana-mana pihak
yang tidak memeluk Islam untuk membuat permohonan perceraian setelah tamat tempoh
tiga bulan dari pemelukan Islam berlaku. Berdasarkan peruntukan itu juga, Mahkamah Sivil
apabila membubarkan perkahwinan boleh ‘membuat peruntukan untuk isteri atau suami,
dan untuk nafkah, pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada,
dan boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas dekri pembubaran itu sebagaimana yang
difikirkannya patut’.
Masalah yang berbangkit dari peruntukan ini, berdasarkan kes-kes yang dibawa ke
Mahkamah ialah, pengiraan tempoh tiga bulan setelah pemelukan agama Islam sukar untuk
ditentukan. Ini kerana kebanyakan pihak yang memeluk Islam melakukannya secara rahsia
dan anak yang dilahirkan dalam perkahwinan akan ditukar menganut agama Islam. Tidak
disebutkan rasional ketetapan tempoh tiga bulan setelah pemelukan agama Islam untuk
memulakan permohonan perceraian. Kebaikan tempoh tiga bulan ini ialah supaya pasangan
boleh berbincang dan menyelesaikan perkara berbangkit dari perkahwinan terdahulu seperti
penjagaan anak, nafkah anak, pembahagian harta dan termasuklah agama anak-anak dari
perkahwinan dahulu. Berdasarkan undang-undang Islam, jika suami memeluk Islam, isteri
akan mempunyai tempoh iddah (kebiasaannya tiga bulan) dan boleh memutuskan untuk
memeluk Islam dalam tempoh tersebut dan perkahwinan terdahulu adalah kekal. Hal yang
sama adalah juga terpakai kepada isteri yang memeluk Islam (Nuraisyah Chua, 2004). Oleh
itu, tempoh tiga bulan yang ditetapkan oleh s51 sewajarnya digunakan untuk berunding
antara pasangan sebelum keputusan memfailkan perceraian dibuat. Walau bagaimanapun,
amalan sekarang adalah pihak yang memeluk Islam kebiasaannya merahsiakan pengislaman
dan menyebabkan berlaku banyak masalah dari ikatan perkahwinan sebelumnya (Khairani &
Mohamed Al Adib, 2014).
Namun begitu kemungkinan terdapat persaingan antara pasangan dalam membuat
tuntutan, terutamanya berhubung dengan hak penjagaan anak. Dalam beberapa keadaan bapa
yang memeluk Islam akan mendapatkan perintah dari Mahkamah Syariah untuk membubarkan
435
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

perkahwinan dan mendaftarkan anak sebagai seorang Islam. Adalah disarankan bahawa,
terdapat juga ketetapan di bawah undang-undang keluarga Islam, mengkehendaki pihak
yang memeluk Islam untuk memfailkan permohonan mengenai kedudukan perkahwinan
sebelumnya dan perkara berbangkit dari perkahwinan tersebut setelah tamat tempoh tiga
bulan dan penyelesaian dari Mahkamah Sivil telah diperolehi.
Penyelesaian bagi perkara berbangkit seperti penjagaan anak juga telah ditetapkan
oleh undang-undang. Apabila Malaysia menjadi pihak kepada Convention on the Elimination
of all Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), undang-undang berkaitan hak
yang melibatkan penjagaan anak telah diselaraskan dengan konvesyen tersebut. Oleh itu,
hak penjagaan adalah diberi secara samarata. Berdasarkan semangat peruntukan undang-
undang yang memberikan hak samarata tersebut seperti s5 Akta Penjagaan Kanak-kanak
1961, adalah mustahak untuk difahami bahawa tiada seorangpun samada ibu atau bapa
mempunyai hak eksklusif dalam penjagaan anak, yang termasuk hak menentukan agama.
Kedua-dua ibubapa hendaklah berunding dan mendapatkan persetujuan mengenai penjagaan
dan pembesaran anak. Ini kerana tidak terdapat kesepakatan dalam hukum syara’ berhubung
gugurnya hak penjagaan anak jika penjaga adalah bukan Islam sementara penekanan
terhadap kebajikan kanak-kanak adalah menjadi pertimbangan oleh undang-undang
Syariah dan undang-undang sivil (Mohamed Azam, 2014). Dalam masa yang sama, jika
telah terdapat kesepakatan mengenai hak jagaan adalah lebih mudah kes diputuskan oleh
mahkamah Dalam kes Yip Fook Tai v Manjit Singh @ Mohd Iskandar Manjit Abdullah.
(1990) terdapat persetujuan diantara ibubapa bahawa anak yang sulung akan tinggal dengan
bapa sementara yang bungsu akan tinggal dengan ibu setelah berlaku perceraian menurut s51
Akta Pembaharuan Perkahwinan dan Perceraian 1976 kerana suami telah memeluk Islam.
Apabila ibu memohon untuk mendapatkan hak jagaan anak perempuan sulung, mahkamah
telah memeriksa kesesuaian seorang ibu bukan Islam untuk menjaga anak yang beragama
Islam. Mahkamah menggunakan prinsip bahawa agama anak adalah menurut agama bapa,
oleh itu tidak sesuai untuk ibu tersebut membesarkan anak, tambahan lagi anak tersebut telah
menyatakan keinginannya untuk tetap tinggal bersama bapa.
Dalam masa yang sama kedudukan agama Islam anak-anak belum baligh, menurut
majorit enakmen pentadbiran islam ialah, anak-anak yang diserah hak penjagaannya oleh
mahkamah kepada penjaga yang memeluk Islam akan dianggap sebagai telah memeluk
Islam; jika hak jagaan anak diserahkan kepada pihak yang tidak memeluk Islam, agama
kanak-kanak akan ditentukan oleh penjaganya.(Zuliza, 2001) Adalah jelas Enakmen Negeri
mengiktiraf bidangkuasa Mahkamah Sivil untuk menentukan hak penjagaan anak.

AMALAN PENTADBIRAN

Buat masa ini tidak kelihatan amalan pentadbiran dibuat untuk membantu keinginan
memeluk agama Islam dilaksanakan dengan harmoni jika berlaku keadaan terdapat
penentangan dalam pertukaran agama tersebut atau untuk menghalang dari pertukaran
agama dijadikan alat untuk melarikan dari tanggungjawab. Mekanisma menangani
pertukaran agama terutamanya yang melibat anak-anak bawah umur (minor) boleh dilihat
ketika era pentadbiran Inggeris di Johor. Disebutkan bahawa terdapat 2 agensi yang
akan berperanan untuk menangani pertikaian berhubung pertukaran agama, iaitu Jabatan
Agama Islam Johor dan Department of Chinese Affairs Johore.(Nordin, 1993) Proses
yang perlu dilalui ialah:
i. Kedua-dua jabatan akan melihat kebajikan kanak-kanak terlibat.
ii. Adakah terdapat perkara-perkara yang menjadi halangan kehendak kanak-kanak untuk
menjadi seorang Muslim.
iii. Pemelukan agama Islam tidak akan menyebabkan hak ‘legal guardian’ kepada
penjagaan, oleh itu keizinan penjaga diperlukan;
(a) Apabila pembedahan perlu dilakukan,
436
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

(b) Untuk perkahwinan,


(c) Apabila kanak-kanak ingin meninggalkan rumah.
iv. Berkaitan dengan perkara iii penjaga yang sah boleh memohon mahkamah sivil untuk
menguatkuasakan haknya atau Pelindung menurut s15(i)(a) Enakmen 113 untuk
menahan kenak-kanak di tempat yang selamat.
v. Ibubapa akan hilang hak jagaan apabila kanak-kanak mencapai umur 21 tahun,
vi. Chinese Affairs Officer hendaklah cuba untuk;
(a) mempengaruhi bapa supaya menerima pertukaran agama tersebut
(b) memujuk anak perempuan untuk tinggal dengan bapa;
(c) membincangkan kedudukan kanak-kanak dengan Pegawai Hal Ehwal Agama dan
mendapatkan bantuan darinya.
vii. Usaha-usaha hendaklah diambil untuk menyelesaikan pertukaran agama dengan baik.

Telah terdapat ketetapan dibuat oleh Kabinet pada tahun 2009 yang menyatakan
bahawa undang-undang Syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan
perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya
sebelum itu.(Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal, 2009) Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan juga telah membuat ketetapan bahawa sebelum seseorang memeluk Islam
mereka hendaklah menyelesaikan semua perkara berbangkit dari perkahwinan terdahulu.
(Divorce first, then convert, 2015)

PEMERHATIAN

Masalah yang timbul berikutan sistem kehakiman yang diamalkan di Malaysia ialah
pengasingan hak untuk membuat tuntutan di mahkamah. Amalan yang diterimapakai ialah bagi
perkara yang bersifat peribadi serta melibatkan kekeluargaan atau kepercayaan orang Islam
tertakluk kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah sementara orang bukan Islam dan orang
Islam bagi perkara yang tidak melibatkan undang-undang diri dan keluarga tertakluk kepada
undang- undang sivil. Hal ini walaupun difahami sebagai sejajar dan memenuhi kebebasan
beragama yang dijamin oleh Perlembagaan, mengundang masalah kerana kefahaman bahawa
pembahagian tersebut adalah melambangkan kedudukan Mahkamah Syariah lebih rendah dari
Mahkamah Sivil kerana dalam perkara tertentu orang Islam masih boleh diadili di Mahkamah
Sivil. Perkara ini perlu difahami secara rasional supaya pihak berbeza agama yang terlibat
dalam konflik boleh mendapat akses kepada keadilan dan menjalani kehidupan dengan tenang
dan mendapat pembelaan terutamanya untuk menyara kehidupan. Namun begitu, terdapat
halangan untuk menyediakan penyelesaian bagi perkara ini kerana tiada mahkamah yang
boleh mengadili kedua-dua pihak yang berbeza agama secara bersekali. Oleh itu berlaku
keadaan dimana satu pihak akan ke Mahkamah Sivil dan satu pihak lagi akan ke Mahkamah
Syariah. Kedua-dua mahkamah ini kemudiannya akan bertelingkah mengenai bidangkuasa,
menyebabkan merit sebenar kes tidak diadili dan seterusnya keadilan tidak diberikan kepada
pihak-pihak. Illustrasi dari kes Indira Gandhi menunjukkan keadaan ini. Indira Gandhi,
kes ini mengenai siapa? Hak jagaan anak@ kesahan conversion @ Mahkamah yang boleh
membicara? Per 121(1A) walaupun boleh dilihat bertujuan memertabatkan Mahkamah
Syariah, namun peruntukan ini memerlukan sokongan dari undang-undang lain atau arahan
kehakiman serta keputusan kehakiman yang dapat menyediakan ruang bagi pihak berlainan
agama menyelesaikan pertikaian mereka. Kelompangan yang terdapat dalam undang-undang
untuk menyokong peruntukan ini menyebabkan Per 121(1A) dilihat sebagai punca penafian
akses kepada keadilan oleh pihak yang terlibat dalam pertikaian dengan orang Islam dalam
perkara hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga. Pengasingan kuasa mahkamah
berdasarkan agama menyebabkan berlaku ketidakadilan dan menafikan akses kepada
keadilan. Hal ini menyebabkan menurunnya kepercayaan orang awam kepada mahkamah
sehingga mahkamah dilihat sebagai gagal memberi keadilan. Kegagalan memberi keadilan
437
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

boleh menjurus kepada diskriminasi atau dakwaan kepada diskriminasi berlaku.

SARANAN

Berdasarkan kes mahkamah, peruntukan undang-undang dan sejarah pengendalian kes


pemelukan Islam, terdapat beberapa aturan yang boleh dikenakan kepada pihak yang
memeluk Islam dan pasangannya;
1. Pengislaman hendaklah tidak secara rahsia dan wajib didaftarkan di Majlis Agama Islam;
2. Pihak yang memeluk Islam hendaklah membuat deklarasi mengenai latarbelakang
peribadi dan tanggungan terdahulu yang melibatkan status perkahwinan, pegangan harta
serta ibubapa;
3. Pihak yang memeluk Islam dan pasangannya (berserta ahli keluarga) hendaklah menjalani
sesi mediasi dan kaunseling untuk memperjelas kedudukan dan tanggungjawab semua
pihak;
4. Jika telah berkahwin dan kemudiannya memeluk agama Islam, Mahkamah Sivil akan
mempunyai bidangkuasa untuk menentukan perkara-perkara yang berbangkit dari
perkahwinan terdahulu, serta;
(a) Pasangan yang tidak memeluk Islam hendaklah memfailkan permohonan perceraian
setelah tamat tempoh 3 bulan dari pengislaman berlaku;
(b) Pasangan beragama Islam tidak membuat sebarang permohonan di Mahkamah
Syariah, sehingga Mahkamah Sivil memutuskan status perkahwinan terdahulu serta
perkara berkaitan;

(c) Jika terdapat anak, hendaklah diputuskan perkara berkaitan nafkah, penjagaan,
pendidikan serta agama anak. Perkara ini hendaklah dirundingkan bersama ketika
sesi mediasi dan kaunseling. Digalakkan persetujuan dibuat dan didaftarkan di
mahkamah semasa permohonan perceraian didengar di Mahkamah Sivil;
(d) Jika terdapat keperluan suami membuat permohonan mengenai kedudukan disisi
undang-undang Islam, hendaklah dilakukan setelah prosiding di Mahkamah Sivil
selesai.

Aturan ini adalah bagi memastikan tiada tuntutan bertindih sehingga menyukarkan
pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah
serta demi menjaga keharmonian kaum dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia,
seharusnya tiada pihak yang mengambil tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan. Pihak-
pihak perlu menyelesaikan konflik secara berhemah dan mengambil ingatan bahawa setiap
pihak dalam pertikaian mempunyai hak yang dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-
undang negara. Hakim Tun Azmi (KHN) mengingatkan bahawa dalam perkara di mana rakyat
dianugerahkan hak oleh undang-undang, mereka juga hendaklah dibenarkan menuntut hak
tersebut dan menjadi tugas mahkamah untuk membantu mereka mendapatkan hak tersebut.
Pematuhan terhadap undang-undang adalah dituntut dari setiap rakyat dan jika seorang
rakyat mempunyai hak dibawah perlembagaan, maka terdapat tugas di pihak lain untuk
menghormati hak tersebut dan tidak menganggunya. Beliau juga mengingatkan mengambil
pendekatan ‘heads I win, tails you lose’ tidak membantu (Shamala a/p Sathiyaseelan v Dr
Jeyaganesh a/l C Mogarajah, 2011) Berdasarkan pandangan ini, hak beragama, penjagaan
anak adalah dijamin oleh undang-undang dan setiap pihak betanggungjawab memastikan
hak ini dihormati dan diberi pertimbangan wajar, demi menjaga keharmonian kaum dalam
masyarakat majmuk seperti di Malaysia.Mahkamah Sivil dan Syariah sebagai mahkamah
yang kompeten hendaklah dihormati dan dipatuhi perintahnya.

438
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Cappelletti, M. (1978). Access to Justice Vol 1 A World Survey. Milan: Sijthoff and Noordhoff.
Divorce first, then convert. (2015, Feb 6). The STAR.
Farid Sufian, S. (2008). Constitutional Restatement of Parallel Jurisdiction between Civil Courts
and Syariah Courts in Malaysia: Twenty Years on (1988-2008). Malayan Law Journal, 5,
xxxiii.
Haji Raimi bin Adullah v Siti Hasnah Vangarama bt Abdullah and another appeal. (2014). MLJ,
3, 757.
John Witte Jr, & Joel A Nicholas. (2012). The Frontiers of Marital Pluralism. In J. A. Nichols,
Marriage and Divorce in Multicultural Context (pp. 357-378). New York: Cambridhe Uni
Press.
Khairani, H., & Mohamed Al Adib, S. (2014). Kerahsiaan Kemasukan Islam: Isu Undang-
undang Kes Pemelukan Islam Saudara Baru di Malaysia. KANUN, 26(1), 1-25.
Latifah bte Mat Zain v Rosmawati binti Sharibun & Anor. (2007). MLJ, 5, 101-124.
Mohamed Azam, M. A. (2014). Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanak Menurut
Undang-undang Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Mohamed Habibullah b Mahmood v Faridah bte Dato Talib. (1992). MLJ, 2, 793.
Mohd Zin, N. (2012). Legal Disputes in Determining the Religion of the Child whenone Parent
Converts to Islam under Malaysian Law. Australian Journal of Basic Applied Sciences,
6(11), 66-73.
Muda, Z. (2009). Hadanah dalam Kes-kes Pertukaran Agama. In N. M. Zin, ndanh-undang
Keluarga & Prosedur (pp. 121-136). Gombak: Jabatan Undang-undang Islam.
Nordin, H. (1993). Conversion to Islamic Religion among Chinese Monors in Johore 1930-
1950’s. JEBAT, 21, 125-135.
Nuraisyah Chua, A. (2004). Conversion to Islam, Effect on Status of Mariage and Anciliary
Relief. Kuala Lumpur: ILBS.
S.Shuaib, F. (2012, January). The Islamic Legal System in Malaysia. Pacific Rim Law & Policy
Journal, 21(1), 85-113.
Shamala a/p Sathiyaseelan v Dr Jeyaganesh a/l C Mogarajah. (2011). MLJ, 2, 281-301.
Subhashini a/p Rajasingham v Saravanan a/l Thangathray and other appeal. (2008). MLJ, 2,
147-231.
UNDP. (2004). Access to Justice, Practice Note.
Utusan Malaysia Online. (2009, 2 4). Retrieved 2 4, 2016, from http://ww1.utusan.com.
my/:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0424&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm
Viran a/l Nagappan v Deepa a/p Subramaniam (Peguam Negara Malaysia & Anor. Intervener).
(2015). MLJ, 3, 209.
Wai, W. C. (2016, Jan 11). straitstimes. Retrieved from http://www.straitstimes.com/asis/se-
asia/can-malaysias-indira-gandhi-expect-justice-the-star-columnist
Yip Fook Tai v Manjit Singh @ Mohd Iskandar Manjit Abdullah. (1990). CLJ, 2, 605.
Zuliza, M. K. (2001). Pendaftaran Memeluk Agama Islam di Malaysia. ISLAMIYYAT, 22, 12-
23.
AKTA 164 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976
Steven Thiru, 13 Jan 2016, Unilateral faith conversion - remedy needed now more than
ever, https://www.malaysiakini.com/news/326683
Cabinet assigns 3 ministers to study implications of Indira Gandhi case, says report - See more
at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/cabinet-assigns-3-ministers-to-
study-implications-of-indira-gandhi-case-say#sthash.RP0bLFVP.dpuf

439
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENGGUNAAN KIT HB&K BAGI MEMUPUK KERJASAMA


KUMPULAN DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP-PJJ

Mohd Richard Neles Abdullah


Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak

Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan membantu dua orang pelajar yang
introvert dan 20 orang pelajar yang mempunyai masalah untuk bekerjasama,
meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan rakan sekumpulan dan bekerjasama
dengan baik dalam aktiviti berkumpulan. Ini secara tidak langsung menggalakkan
mereka meningkatkan keyakinandiri. Di samping itu, kajian ini bertujuan menambah
baik amalan pengajaran penyelidik dalam kursus Pentaksiran Dan Pengurusan Mata
Pelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM3033E). Peserta kajian terdiri daripada
22 orang pelajar PISMP-PJJ Semester lima daripada kumpulan Muzik (kumpulan
samaran). Penyelidik mengumpul data kajian dengan menggunakan senarai semak
semasa melakukan pemerhatian, soalan jenis terbuka, temu bual, borang maklum balas
dan gambar. Data yang dikumpul dianalisis kandungan dan pola. Penyemakan data
dilakukan melalui triangulasi antara kaedah dan triangulasi sumber. Hasil analisis data
mendapati kaedah ceramah pendek menggunakan Kit Hubungan Baik dan Kerjasama
(HB&K) dapat meningkatkan tingkah laku bekerjasama dan kemahiran komunikasi
interpersonal dua orang pelajar yang introvert dan 20 orang pelajar yang mempunyai
masalah untuk bekerjasama dalam aktiviti kumpulan disamping menambah baik
amalan pengajaran penyelidik.

Kata kunci: Introvert, kit HB&K, bekerjasama.

Abstract
This action research was carried out to help two introvert and 20 students who have a
problem to cooperate, improve their abilities in communicating with their friends and
work well together during group activities. This would indirectly increase the students’
self-esteem. In addition, this study aimed to improve researcher’s teaching practices
during the teaching and learning session related to Assessment and Management of
Moral Education In Schools course (ELM3033E). The research participants consisted
of 22 Semester three PISMP students. Data were collected through check list used
during observations, open-ended questions, interviews,feedback form and photographs.
The data collected were analysed using content and pattern analysis. The checking
of data involved triangulation between methods and persons. This study showed that
short lectures using Hubungan Baik dan Kerjasama(HB&K) kit improved the three
introvert students’ behaviour related to cooperation and interpersonal communication
skills during group activities as well as improved researcher’s own teaching practices
for the course concerned.

Keywords: Introvert, HB&K kit, cooperation.

PENGENALAN

Konteks
Penyelidikan tindakan (PT) ini dilaksanakan pada semester kedua tahun 2014 iaitu semasa
kali kedua penyelidik memasuki kelas gabungan B1 dan B2 (kumpulan samaran). Penyelidik
440
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

mengajar kursus elektif bagi ELM3033E iaitu Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran
Pendidikan Moral di Sekolah di IPG Kampus Batu Lintang. Penyelidik mengajar dua buah
kelas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Semester
7 bagi kursus ini. Pelajar kelas ini terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang. Ketika
penyelidik melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) ELM3033E bagi kelas ini, beliau
mendapati dua orang pelajar kelas ini lemah dari segi komunikasi interpersonal ketika aktiviti
bekerjasama dalam kumpulan. Manakala 20 orang yang lain turut mempunyai kecenderungan
masalah yang sama. Dengan kata lain, dua individu ini (Wanna dan Tuwwa – nama samaran)
suka menyendiri dan tidak suka serta tidak selesa ketika melibatkan diri dalam aktiviti kerjasama
dalam kumpulan dan pembentangan kumpulan. Kecenderungan yang sama juga diperhatikan
terhadap 20 rakan sekelas yang lain.

Refleksi Pengalaman Pembelajaran dan Pengajaran


Penyelidik merupakan seorang pensyarah akademik di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Profesionalisme Keguruan dan mengajar kelas gabungan kumpulan B1 dan B2 bagi kursus
Elektif ELM3033E. Masalah utama pelajar penyelidik yang dikenal pasti ialah mereka lemah
bekerjasama dan berkomunikasi interpersonal semasa melaksanakan kerja kumpulan. Ini
berlaku walaupun penyelidik telah membuat persediaan rapi untuk mengajar bab demi bab
yang keseluruhannya terdiri daripada lima bab berpandukan Ringkasan Maklumat Kursus
(RMK) yang disediakan oleh IPGM.
Masalah pelajar berkenaan diperoleh daripada pemerhatian serta jawapan kepada
soalan jenis terbuka yang dikemukan bagi menyiasat sikap bekerjasama dua orang pelajar
tersebut pada sesi kedua perbincangan kumpulan. Pemerhatian telah dilakukan ketika mereka
melaksanakan tugasan kumpulan (perbincangan kumpulan serta pembentangan kumpulan)
pada sesi pertama (17 Januari 2015). Manakala soalan jenis terbuka diberi kepada setiap pelajar
bagi menyatakan secara ringkas pandangan mereka mengenai tingkah laku bekerjasama ahli
kumpulan pada sesi kedua perbincangan kumpulan (7 Februari 2015).
Analisis jawapan kepada soalan jenis terbuka menunjukkan tingkah laku tidak
bekerjasama semasa perbincangan kumpulan bagi tiga orang pelajar berkenaan. Penyelidik
merasa amat kecewa dengan sikap dua orang khususnya dan keseluruhan 20 orang pelajar
lainnya dari gabungan kelas B1 dan B2 kerana aktiviti perbincangan dan pembentangan
keseluruhannya amat pasif. Penyelidik mendapati dua orang pelajar tersebut khasnya,
memencilkan diri dan tidak selesa berkomunikasi atau berkumpul dengan ahli kumpulannya.
Rakan-rakan yang lain pula menunjukkan kecenderungan yang sama. Ini adalah berdasarkan
pemerhatian dan analisis jawapan soalan terbuka rakan sekumpulan (bagi dua orang).
Analisis sikap tidak bekerjasama dua orang pelajar tersebut dalam aktiviti kumpulan
masing-masing adalah berdasarkan soalan “Bagi penama ( ), adakah dia memberikan
kerjasama dalam aktiviti berkumpulan?. Jika tidak, beri komen anda.” Respons jawapan
terbuka rakan sekumpulan Wanna bernama Endi (nama samaran) ialah “Wanna seorang yang
susah dibawa berbincang dan mementingkan diri sendiri. Saya paling tidak suka pada dia
kerana mementingkan diri sendiri dan tidak suka berbincang dengan kami.” Manakala, respon
jawapan rakan sekumpulan Tuwwa bernama Duwoh (nama samaran) pula ialah, “Saya paling
tidak suka Tuwwa kerana tidak pernah menyumbang idea semasa perbincangan kumpulan.
Macam kera sumbang. Nak dengar dia bercakap sangat susah.” Data daripada soalan jenis
terbuka rakan sekumpulan tentang dua orang pelajar memang selari dengan pemerhatian
penyelidik.

Fokus Kajian
Daripada refleksi berkenaan, penyelidik telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi
oleh guru-guru pelatih semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) tersebut. Penyelidik juga
mengesan kelemahannya sendiri dalam PdP tersebut. Teknik yang penyelidik gunakan semasa
pengajaran melalui strategi aktiviti kumpulan tidak sesuai menyebabkan pelajar yang introvert
441
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

tidak dapat bekerjasama dan berkomunikasi secara aktif ketika aktiviti dijalankan. Kesan
negatif ini menyebabkan perbincangan dalam kumpulan menjadi hambar.
Masalah ini berlaku dalam kalangan dua orang pelajar introvert yang dikaji kerana
pelajar tersebut tidak didedahkan dengan kemahiran asas berkomunikasi dan ilmu hubungan
manusia. Kedapatan pelajar yang tidak didedah dengan kemahiran bersosial kerana lahir
daripada latar belakang keluarga yang kurang berpelajaran, bermasalah atau tidak bergaul
dengan masyarakat setempat. Selain itu, penyelidik kurang empati terhadap kehendak
semua pelajar yang seharusnya diberi penghargaan, rasa diterima dan memiliki rasa kekitaan
terhadap kumpulan pengajian mereka. Penyelidik juga kurang menyediakan sesi PdP yang
menyeronokkan pelajar.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik telah cuba mendedahkan pelajar dengan ilmu dan
kemahiran asas komunikasi interpersonal dan hubungan manusia. Para pelajar perlu memahami
kepentingan kemahiran asas hubungan sesama manusia. Seterusnya, kelemahan penyelidik
dalam berempati dengan pelajar yang introvert dan kurang memberi penghargaan perlu diatasi
dengan kaedah yang sesuai agar mereka dapat merasa dihargai, diterima dan memiliki rasa
kekitaan terhadap kumpulan perbincangan dan kumpulan pengajian mereka. Justeru, penyelidik
menggunakan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit Hubungan Baik dan Kerjasama (HB
& K) dalam membantu pelajarnya. Adalah diharapkan kajian ini akan mencapai matlamat bagi
meningkatkan tahap kerjasama dalam aktiviti kumpulan dan komunikasi interpersonal serta
kemahiran hubungan manusia dalam kalangan pelajar khususnya dua orang pelajar introvert
dan 20 orang pelajar yang lain daripada gabungan kumpulan B1 dan B2 yang mengambil
kursus elektif ELM3033E.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk:


• membantu dua orang pelajar PISMP yang introvert khasnya dan 20 orang pelajar lain dari
segi meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan rakan sekumpulan, bekerjasama
dengan baik dalam aktiviti kumpulan dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan
diri pelajar; dan
• menambah baik amalan pengajaran kendiri dalam mengajar kursus Pentaksiran dan
Pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.


• Bagaimanakah kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K dapat meningkatkan
sikap bekerjasama dan komunikasi interpersonal dua orang pelajar introvert khasnya dan
20 orang pelajar lainnya semasa aktiviti kumpulan?
• Bagaimanakah penggunaan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K menambah
baik pengajaran penyelidik dalam kursus Pentaksiran dan Pengurusan mata pelajaran
Pendidikan Moral di Sekolah?

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Saya menggunakan kaedah ceramah pendek menggunakan kit HB & K untuk kajian ini.
Faridah Darus, Rohaida Mohd Saat dan Abd. Razak Zakaria (2013) menjelaskan bahawa
pengajaran adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi dan dipengaruhi oleh pelbagai
unsur, termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran
tempat belajar dan dorongan ibu bapa terhadap pelajar. Oleh itu, bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh pelajar, pelbagai strategi dan kaedah boleh diguna pakai. Antaranya adalah
melalui penggunaan ceramah pendek menggunakan kit pembelajaran (Pusat Perkembangan
442
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kurikulum, 2001; Noor Azean Atan dan T. Komate Tambai @ Muniandy, 2008). Carnegie
menyatakan bahawa ceramah pendek menggunakan buku berkaitan sesuatu bidang ilmu dan
pembacaan sendiri sesuatu buku, dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu
bidang kemahiran atau kandungan pembelajaran. Penggunaan kit mempunyai perkaitan yang
rapat dengan pembacaan kendiri kerana ianya mempunyai unsur nota ringkas.
Berhubung dengan aspek sikap introvert dan extrovert, kajian Fotion (2000) mendapati
ada pelajar yang mempunyai sikap merasakan dirinya adalah orang yang paling hebat dan
paling benar (solipsisme). Solipsisme atau merasa paling benar seharusnya dielakkan.
Pandangan ini boleh menghapuskan kemungkinan komunikasi. Cuba bayangkan, jika anda
telah merasa paling benar, mengapa perlunya berkomunikasi untuk bertukar idea dengan orang
lain? Individu seperti ini sekiranya berkomunikasipun, hanya akan ingin mengkritik, mengeluh
atau mencerca. Orang lain akan dianggap salah jika tidak sependapat dengannya. Oleh itu,
solipsisme merupakan tingkah laku yang tidak sepatutnya diikuti jika ingin disenangi oleh
orang lain. Lawan kepada solipsisme ialah fabilisme yang berupa pemahaman bahawa semua
orang adalah lebih baik daripada diri sendiri. Falibilisme membuka ruang untuk perubahan dan
dialog kerana membina syarat-syarat pertumbuhan gagasan berterusan (Fotion; Hopkin, 2008).
Berdasarkan kerangka pemikiran fabilisme, saya telah menyediakan rancangan tindakan dan
melaksanakan tindakan dalam kajian ini.
Penyelidik telah menyediakan enam set kit HB & K untuk diedarkan kepada setiap
kumpulan pelajar (enam kumpulan dibentuk) dalam kelas gabungan B1 dan B2. Kesemua
pelajar yang merupakan sasaran kajian tidak menyedari yang mereka dikaji. Kit HB & K
yang dibina daripada bekas keropok kotak (pringles) diletakkan nota ringkas berupa prinsip-
prinsip asas kemahiran hubungan manusia yang terdiri daripada ilmu Hubungan Baik (HB)
dan Kerjasama (K). Kotak besar mengandungi nota ringkas mengenai ‘Perkara perlu dilakukan
supaya disukai’ dan kotak kecil pula mengandungi ‘Teknik asas menangani manusia.’ Kedua-
dua kotak yang membentuk kit HB & K mengandungi ringkasan bagi sembilan prinsip asas
kemahiran hubungan manusia yang dikemukakan oleh Carnegie (2010) dan Dra. M. M Nilam
Widtarani (2011) dalam kajian dan penulisan mereka. Prinsip-prinsip tersebut ialah: (1)
Elakkan daripada mengkritik, mencerca dan mengeluh; (2) Berikan penghargaan yang jujur;
(3) Bangkitkan minat dalam diri orang lain; (4) Bersungguh-sungguh menaruh minat pada
orang lain; (5) Senyum; (6) Ingat nama setiap individu; (7) Jadi pendengar yang baik; (8)
Berbicara mengenai minat orang lain; dan (9) Buat orang lain berasa penting dan lakukannya
dengan tulus.
Penyelidik menggunakan tempoh selama sejam untuk memberi ceramah pendek
menggunakan Kit HB & K sebaik sahaja bahan tersebut diedarkan kepada pelajar dalam
kumpulan masing-masing. Penyelidik turut menyediakan borang senarai semak sebagai
instrumen pemerhatian tingkah laku bekerjasama semasa sesi perbincangan kumpulan yang
dilaksanakan pada sesi pertama perbincangan kumpulan (17 Januari 2015) sebelum sesi
ceramah pendek menggunakan kit HB & K dilaksanakan pada sesi ketiga pada 7 Mac 2015.
Pada 7 Februari 2015 iaitu sesi kedua aktiviti kumpulan, borang soalan terbuka mengenai
‘rakan sekumpulan yang tidak bekerjasama semasa aktiviti berkumpulan beserta komen’
dikutip jawapannya. Sesi ulangan ceramah pendek menggunakan kit HB & K (kali kedua) dan
perbincangan mengenai sembilan prinsip asas hubungan manusia turut dilaksanakan.

KAEDAH KAJIAN

Peserta Kajian
Tujuan penyelidikan tindakan (PT) ini adalah bagi menambah baik amalan pengajaran
penyelidik. Menurut Kemmis dan McTaggart (1988) (dalam Hopkins, 2008), PT adalah suatu
pendekatan bagi menambah baik atau membaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan
dan mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut. Antara konsep penting PT ialah,
ianya dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang bertanggungjawab dalam
443
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki suatu amalan pendidikan. Penyelidikan ini
adalah inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri dan dilakukan secara kolaboratif oleh peserta
dalam situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki amalan sosial dan pendidikan mereka
sendiri. Ini dilakukan secara adil dan rasional serta mewujudkan pemahaman terhadap amalan
tersebut dan situasi di mana amalan tersebut dilaksanakan.
Ebbutt (1985) menjelaskan PT merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan
mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar
tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia
mengubah amalan. Ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta
melibatkan guru-guru lain secara bekerjasama. Oleh itu, penyelidik sendiri merupakan peserta
kajian ini untuk menambah baik amalan kendiri sebagai seorang pendidik guru.
Berdasarkan pemerhatian awal yang penyelidik perolehi, penyelidik telah mengenal pasti dan
memilih dua orang pelajar (peserta utama) dari gabungan Kumpulan B1 dan B2 iaitu Wanna
dan Tuwwa sebagai peserta kajian. Jadual 1 menunjukkan tingkah laku Wanna dan Tuwwa
semasa pemerhatian awal penyelidik bagi mengenal pasti peserta kajian ini.

Jadual 1 Masalah Tingkah Laku Yang Dikenal Pasti Semasa Aktiviti Kumpulan (17 Jan. 2015)
Bil Tingkah laku Wanna Tuwwa Jumlah
1 Membuat tugasan sendiri sahaja X X 2
Memberi tepukan kepada rakan yang selesai membentang
2
tugasan kumpulan
3 Bercakap dengan ahli kumpulan
4 Memberi idea dalam perbincangan aktiviti kumpulan
5 Menulis pada kertas tugasan kumpulan
6 Duduk dalam kumpulan dengan selesa X 1
7 Menulis di buku/kertas sendiri X X 2
8 Senyum dengan rakan-rakan sekumpulan
9 Turut serta dalam pembentangan kumpulan
10 Membuat kerja sendiri semasa aktiviti kumpulan X X 2

Etika Penyelidikan
Penyelidik telah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada semua pelajar kursus
elektif Moral ELM3033E daripada kumpulan gabungan B1 dan B2 termasuk dua orang
pelajar yang merupakan peserta dalam penyelidikan ini.

Kaedah Mengumpul Data


Penyelidik menggunakan senarai semak semasa pemerhatian, soalan jenis terbuka, temu
bual dan gambar bagi mengumpul data kajian ini.

Senarai semak. Penyelidik menggunakan senarai semak bagi mencatat maklumat yang
diperhatikan seperti tingkah laku dua orang pelajar yang introvert semasa pelaksanaan
aktiviti kumpulan. Melalui senarai semak ini, penyelidik juga dapat mengetahui aspek
yang perlu dipupuk bagi amalan bekerjasama dalam aktiviti kumpulan.

Soalan jenis terbuka. Penyelidik turut memberikan soalan jenis terbuka bagi meninjau sikap
pelajar (sebelum memulakan PdP pada masa kuliah) terhadap penerimaan dan penglibatan
dalam aktiviti kumpulan. Sesi ini dilaksanakan sebanyak dua kali. Kali pertama adalah bagi
menyiasat tingkah laku pelajar sebelum kit HB & K digunakan (7 Februari 2015), manakala
sesi kedua dilaksanakan setelah kit digunakan selama sebulan lebih (28 Mac 2015).
444
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Temu bual. Penggunaan temu bual untuk mengumpul data bagi PT ini turut penyelidik
gunakan. Ianya merupakan satu kaedah yang amat berkesan untuk meninjau persepsi
seseorang, termasuk sikap, pemikiran, nilai dan pendapatnya. Temu bual melibatkan
perbualan antara penyelidik dengan pelajar dan peserta kajian untuk memperoleh maklumat
yang relevan dengan kajian ini. Temu bual merupakan satu kaedah yang membolehkan
seseorang penyelidik memperolehi maklumat kajian secara mendalam kerana ianya
melibatkan hubungan bersemuka secara langsung dengan peserta kajian (McNiff, 2002).

Borang maklum balas. Penyelidik mengedar borang maklum balas pada interaksi kelima
(terakhir) bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap kesan penggunaan dan cadangan
dalam penggunaan Kit HB & K.

Gambar. Penyelidik telah mengambil gambar bagi mengumpul data kajian ini. Gambar-
gambar berkaitan telah diambil sepanjang pelaksanaan penyelidikan.

Teknik Menganalisis Data


Penyelidik telah meneliti dan membuat analisis kandungan terhadap senarai semak, jawapan
bagi soalan jenis terbuka, hasil temu bual dan gambar bagi mengenal pasti masalah serta
kesan tindakan terhadap para pelajar. Di samping itu, penyelidik menggunakan analisis
pola persamaan dan perbezaan untuk mengenal pasti kekerapan kelemahan tingkah laku
yang menjurus kepada kerjasama dalam kumpulan. Berdasarkan analisis ini, penyelidik
dapat mengetahui kelemahan pelajar bagi aspek kerjasama.

Teknik Menyemak Data


Dalam PT ini, penyelidik menggunakan dua jenis triangulasi iaitu triangulasi antara
kaedah dan sumber bagi menyemak silang data yang diperoleh. Triangulasi antara kaedah
dibuat atas maklumat yang diperoleh melalui senarai semak, analisis maklum balas dan
temu bual. Maklumat tersebut membolehkan penyelidik melakukan perbandingan kesan
tindakan terhadap dua orang pelajar sebelum dan selepas menggunakan kit HB & K.
Pemilihan triangulasi sumber dibuat adalah kerana kebimbangan data yang penyelidik
periksa tidak tepat dan kesahannya dapat dipertikaikan kerana berasaskan pandangan
penyelidik sahaja. Oleh itu, triangulasi sumber dibuat dengan memperoleh pandangan
salah seorang pensyarah Jabatan Sains Sosial yang berpengalaman dan yang mengkhusus
dalam Kursus Hubungan Etnik dan Komunikasi bagi memastikan kesahan data.

DAPATAN

Refleksi Dapatan
• Bagaimanakah kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K meningkatkan
sikap bekerjasama dan komunikasi interpersonal dua orang pelajar introvert dan
20 pelajar lain dalam aktiviti kumpulan?
Pada 18 Jan 2015, penyelidik telah merancang tindakannya. Semasa sesi PdP yang
ketiga (7 Mac 2015), penyelidik telah menggunakan kaedah ceramah pendek menggunakan
kit HB & K.Penyelidik memulakan proses PdP dengan memberi ceramah pendek selama
sejam tentang sembilan prinsip utama (prinsip hubungan manusia). Setiap kumpulan yang
terdiri daripada lima kumpulan (Tiga kumpulan terdiri daripada empat orang, manakala
dua kumpulan lagi terdiri daripada lima orang) diberikan satu Kit HB & K.

445
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 1. Kit HB & K dalam mod simpanan (kiri) dan Kit yang sedang digunakan (kanan)

Semasa memberi ceramah pendek, saya menerangkan prinsip demi prinsip menggunakan
satu set kit HB & K yang penyelidik pegang sendiri, manakala pelajar dalam kumpulan masing-
masing juga merujuk kepada kit HB & K mereka masing-masing dalam kumpulan. Penyelidik
turut memberikan contoh tindakan bagi setiap prinsip melalui sesi penceritaan amalan biasa
dalam kehidupan seharian. Seterusnya, pelajar diminta membuka sampul Bahagian A (Teknik
asas menangani manusia) dan sampul Bahagian B (Perkara perlu dilakukan supaya disukai)
yang terdapat dalam kit serta membaca petikan ringkas dan tugasan diberikan. Seterusnya,
pelajar dalam kumpulan melakonkan dengan rakan sekumpulan bagaimana mengaplikasikan
sesuatu prinsip dalam kehidupan.
Penyelidik mendapati pelajar seronok belajar secara berkumpulan menggunakan Kit HB
& K . Sebelum ini, mereka sebenarnya ada secara tidak langsung diajar mengenai ‘hubungan
antara manusia’ dan cara berkomunikasi yang baik secara interpersonal tetapi mereka tidak
berapa faham cara mengaplikasikannya dalam aktiviti kumpulan. Setelah melaksanakan
ceramah menggunakan Kit HB & K, penyelidik mendapati peserta kajian mampu memupuk
sikap bekerjasama dalam kumpulan semasa aktiviti kumpulan. Mereka telah mampu berinteraksi
dengan baik ketika aktiviti kumpulan dilaksanakan.
Dua orang peserta utama kajian dapat mengaplikasi dan memupuk sikap bekerjasama
yang baik semasa aktiviti kumpulan yang dilaksanakan setelah tiga minggu penggunaan kit.
Begitu juga dengan 20 orang pelajar yang lain. Bahkan, pada minggu-minggu seterusnya, sikap
bekerjasama semakin jelas dan meningkat. Berdasarkan senarai semak yang dipaparkan pada
Jadual 2, didapati kedua-dua orang pelajar telah berjaya memupuk sikap bekerjasama yang
baik dalam kumpulan, khasnya semasa aktiviti kumpulan.

Jadual 2 Pemupukan Sikap Bekerjasama Yang Dikenal Pasti Semasa Aktiviti Kumpulan (28
Mac 2015)
Bil Tingkah laku Asatu Adua Jumlah
1 Membuat tugasan sendiri sahaja 0
Memberi tepukan kepada rakan yang selesai membentang
2 X X 2
tugasan kumpulan
3 Bercakap dengan ahli kumpulan X X 2
4 Memberi idea dalam perbincangan aktiviti kumpulan X X 2
5 Menulis pada kertas tugasan kumpulan X 1
6 Duduk dalam kumpulan dengan selesa X X 2
7 Menulis di buku/kertas sendiri 0
8 Senyum dengan rakan-rakan sekumpulan X X 2
9 Turut serta dalam pembentangan kumpulan X X 2
10 Membuat kerja sendiri semasa aktiviti kumpulan 0

446
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Pada 28 Mac 2015, penyelidik telah membincangkan sekali lagi dengan pelajar
mengenai ceramah pendek menggunakan kit HB & K pada interaksi sebelumnya, sama ada
ia memberi kesan kepada mereka. Sesi soal jawab dan pemahaman kemahiran komunikasi
interpersonal dan hubungan manusia yang dihuraikan pada kit tersebut dilakukan.
Kelihatan beberapa orang pelajar memberikan respons positif terhadap pelajaran yang
diperoleh daripada sesi ceramah pendek menggunakan kit. Tuwwa yang merupakan
peserta kajian memberitahu, “banyak kemahiran hubungan manusia yang sangat penting
yang saya tidak tahu sebelum ini mula mencorakkan hidup saya. Saya lebih suka bergaul
dan mahir berhubung dengan manusia sekarang, sir!”
Penyelidik telah melaksanakan temu bual dengan peserta kajian bagi mendapatkan
maklum balas tentang penggunaan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K.
Rajah 1 hingga Rajah 3 menunjukkan transkrip temu bual antara penyelidik dengan para
peserta kajian pada 28 Mac 2015.

Penyelidik : Bagaimanakah perasaan Wanna setelah mengikuti


ceramah pendek menggunakan Kit HB &
K yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lepas?
Wanna: Rasa prihatin dengan hubungan sesama manusia, sir.
Penyelidik: Adakah buku ini memberi kesan kepada Wanna dalam
melaksanakan aktiviti berkumpulan?
Wanna: Ada, sir.
Penyelidik: Apakah kesannya?
Wanna: Saya lebih memahami tatacara dan kebiasaan manusia dan
menjadikan saya lebih peka dan
mampu menyenangkan hati rakan-rakan sekumpulan. Saya telah
pandai berinteraksi dan memuji
rakan-rakan sekumpukan, sir.
Penyelidik: Dulu sebelum sir bagi ceramah pendek menggunakan Kit
HB & K, Wanna tak tau ilmu asas
hubungan manusia?
Wanna: Kurang, sir. Kini baru saya faham bahwasanya manusia ini
merupakan makhluk emosi dan
bukannya rasional. Manusia ni rupanya beremosi, tak rasional.
Baguslah buku ni. Jadi banyak
membantulah kit ni.

Rajah 2. Transkrip temubual antara penyelidik dengan Wanna (28 Mac 2015)

447
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Penyelidik : Bagaimanakah perasaan Tuwwa setelah mengikuti


ceramah pendek menggunakan Kit HB &
K yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lepas?
Tuwwa: Teruja untuk berhubung dengan rakan-rakan ke arah
yang lebih baik dan berkesan dari segi
interaksi. Saya juga seronok, lebih peka bagaimana nak
berhubungan dengan manusia, sir.
Penyelidik: Adakah kit ini memberi kesan kepada Tuwwa dalam
melaksanakan aktiviti berkumpulan?
Tuwwa: Pastilah, sir. Amat-amat membantu saya sir. Saya dah
banyak berubah dari segi sikap
bekerjasama kini.
Penyelidik: Apakah kesannya?
Tuwwa: Saya lebih bijak menangani masalah interaksi yang
saya amat lemah sebelum ni. Dulu saya
suka menyendiri dan banyak beranggapan buruk pada
orang lain. Buku ini banyak mengubah
persepsi saya untuk berhubungan dengan lebih baik
sesama manusia. Juga rakan-rakan.
Banyak saya tak tau sebelum ni. Saya turut pandai
menghargai kawan, memuji kawan-kawan
sama kumpulan, buat kawan seronok dan banyaklah.
Terima kasih dengan kit ni,sir.
Penyelidik: Dulu sebelum saya bagi ceramah guna kit, Tuwwa
tak tau ilmu asas hubungan manusia?
Tuwwa: Tak tau sangat sir. Sekarang saya lebih yakin dan mula
suka berkomunikasi dengan orang lain,
sir.

Rajah 3. Transkrip temubual saya dengan Tuwwa (28 Mac 2015)

Berdasarkan temu bual tersebut, peserta kajian didapati telah berjaya memupuk tingkah
laku bekerjasama dalam kumpulan ketika aktiviti kumpulan dilaksanakan semasa PdP kursus
ELM3033E. Kedua-dua orang peserta utama mengatakan bahawa penggunaan Kit HB & K
telah memudahkan mereka memahami dan mengaplikasikan asas hubungan manusia yang
baik semasa aktiviti kumpulan. Peranan mereka sebagai ahli kumpulan bersama ketika aktiviti
kumpulan, dilaksanakan dengan baik.
Daripada pemerhatian, jawapan kepada soalan terbuka, analisis senarai semak dan temu
bual, dapatlah dikatakan bahawa Wanna dan Tuwwa telah mampu memupuk sikap bekerjasama
mereka dalam aktiviti kumpulan. Mereka kelihatan seronok, lebih yakin dan selesa menyertai
aktiviti kumpulan berbanding sebelum ini. Secara keseluruhannya, kaedah penggunaan Kit HB
& K dapat membantu peserta kajian memupuk sikap bekerjasama dalam aktiviti kumpulan dan
pembentangan kumpulan.

• Bagaimanakah penggunaan ceramah pendek menggunakan Kit HB & K menambah


baik pengajaran saya dalam kursus Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran
Pendidikan Moral di Sekolah?
Sebagai seorang pendidik guru, penyelidik mengetahui beberapa kaedah dan teknik PdP
secara teori, bahkan mempunyai pengalaman serta praktis. Penyelidik pernah mengaplikasikan
kaedah-kaedah ini dalam PdP seharian. Namun, kadang-kala penyelidik mengambil mudah
kaedah dan teknik mengajar bagi kursus yang diajar. Semasa mengajar kursus ELM3033E,
penyelidik beranggapan kursus ini adalah mudah dan para pelajar dapat menjalankan aktiviti
kumpulan secara bekerjasama tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, dua orang pelajar
kursus didapati tidak dapat bekerjasama dengan sewajarnya dalam kumpulan dan tidak dapat
448
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

mengamalkan komunikasi interpersonal dengan baik. Gejala yang sama turut diperhatikan
berlaku terhadap 20 orang pelajar yang lain. Rajah 3 menunjukkan pemerhatian terhadap sikap
bekerjasama individu dalam pelaksanaan aktiviti kumpulan sebelum pelaksanaan ceramah
pendek menggunakan Kit HB & K.

Rajah 4. Penyelidik memberikan ceramah pendek menggunakan Kit HB & K ketika interaksi
kedua pada 7 Februari 2015

Ekoran itu, penyelidik telah menggunakan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit
HB & K agar mereka dapat bekerjasama dengan baik. Ini merupakan suatu penambahbaikan
amalan pengajaran penyelidik sebagai seorang pensyarah kursus ELM3033E khasnya, dan
Pendidikan Moral amnya. Sesungguhnya, PT membolehkan seseorang penyelidik itu pada
dasarnya mengkaji amalan kendiri untuk tujuan menambah baik atau membaiki amalan kendiri
(McNiff, 2002).
Penyelidik menggunakan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K bagi
membantu pelajarnya memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan. Penyelidik telah
membuat tinjauan literatur tentang penggunaan kaedah pembelajaran menggunakan kit. Melalui
tinjauan ini, penyelidik telah merancang dan melaksanakan kajian ini setelah mengenal pasti
buku terjemahan Bahasa Melayu tulisan Carnegie (2010) yang berjaya melatih ramai individu
yang membacanya menjadi lebih mahir dalam berhubungan dan berkomunikasi sesama
manusia. Penggunaan kit pembelajaran telah banyak dijalankan terhadap kursus-kursus di
institusi-institusi awam dan swasta di dalam mahupun di luar negara. Bezanya, dalam kajian
ini, penyelidik menggunakan kit bagi membantu pelajar memupuk sikap bekerjasama dalam
kumpulan selepas ceramah pendek menggunakannya dilaksanakan.
Sebelum ini, penyelidik sering mengajar topik-topik kursus ELM3033E secara aktiviti
berkumpulan tanpa membimbing pelajar-pelajar ilmu asas hubungan antara manusia. Andaian
penyelidik menyebabkan beliau mengambil mudah pengajaran kursus ini ketika melaksanakan
aktiviti kumpulan. Setelah menggunakan kaedah ceramah menggunakan Kit HB & K, penyelidik
lebih yakin dan aktiviti pengajaran secara aktiviti kumpulan dijalankan dengan lebih sistematik
dan mencapai kejayaan. Para pelajar juga menunjukkan keseronokan dan kesungguhan mereka
semasa aktiviti berkumpulan. Ini jelas pada jawapan yang mereka berikan semasa penyelidik
mengemukakan soalan “Adakah anda suka dan selesa dengan aktiviti berkumpulan?” pada 28
Mac 2015. Ini dilakukan setelah penyelidik melaksanakan ceramah pendek menggunakan Kit
HB & K terhadap kedua-dua peserta utama dan kesemua 20 orang pelajar lain sebanyak dua
kali. Ceramah kali kedua adalah lebih kepada perbincangan ulangan dan soal-jawab mengenai
kesan penggunaan Kit HB & K. Wanna menjawab, “Ya, saya suka. Saya boleh memberi idea
dan bertukar-tukar pendapat tanpa menyakiti hati rakan sekumpulan.” Tuwwa juga menjawab,
“Saya seronok menjalankan aktiviti berkumpulan. Banyak yang saya pelajari daripada Kit
HB & K yang pensyarah ajarkan pada kami semasa ceramah. Saya sudah suka berbincang.”
Tuwwa menambah, “bekerjasama dalam kumpulan memang seronok. Banyak idea diperolehi
daripada rakan-rakan. Idea saya juga ada yang diterima.”
Pada 28 Mac 2015, rakan sekumpulan sekali lagi diminta menjawab soalan terbuka
dengan soalan “(nama seorang guru pelatih termasuk peserta kajian/seorang guru pelatih
mendapat satu nama sahaja) boleh bekerjasama dalam kumpulan atau tidak boleh bekerjasama

449
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

selepas hampir dua setengah bulan belajar bersama bagi kursus ELM3033E?. Beri komen
anda.” Respon jawapan Endi terhadap Wanna adalah, “dulu dia senyap. Tak suka bercakap.
Sekarang sudah suka beri idea. Saya suka dia sekarang. Pandai bergaul.” Duwoh memberi
respons tentang Tuwwa, “Tuwwa ni sudah berubah. Dulu diam-diam sahaja tak mahu cakap
dengan kami. Sekarang dia suka bagi cadangan bila kerja kumpulan. Pandai berkawan sudah.”
Respon Taruh terhadap Wanna pula ialah, “dia sudah mula boleh bercakap dan memberi idea
kepada kami. Dia sudah pandai berbual-bual masa kerja kumpulan.”

Rajah 8. Aktiviti perbincangan kumpulan yang melibatkan peserta kajian pada 28 Mac 2015
(selepas tindakan)

Berdasarkan analisis jawapan kepada soalan jenis terbuka, pemerhatian dan temu
bual yang dilaksanakan, penggunaan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K
telah berjaya membantu dua orang peserta utama dan 20 orang pelajar lain memupuk sikap
bekerjasama dalam kumpulan dengan baik. Di samping itu, penyelidik telah menambah baik
amalan kendiri sebagai seorang pensyarah yang mengajar kursus ELM3033E. Berdasarkan
maklum balas yang diberikan oleh peserta kajian, mereka sangat bersetuju dengan kaedah
ceramah pendek menggunakan Kit HB & K bagi memupuk sikap bekerjasama mereka dalam
kumpulan.

Jadual 3 Analisis tema-tema dapatan daripada soalan jenis terbuka terhadap 22 orang pelajar
(Interaksi kelima bertarikh 11 April 2015)
1. Kesan ceramah menggunakan Kit 2. Cadangan penambahbaikan
HB&K kepada pelajar sebagai ceramah menggunakan Kit
individu HB&K
1. Menjadi lebih bijak dalam menangani 1. Selitkan tayangan video
hubungan manusia 2. Menambah ilustrasi
2. Menambahkan keyakinan saya 3. Masa yang lebih panjang memberi
3. Kesedaran agar tidak boleh ceramah
mementingkan diri sendiri 4. Tambahkan lagi kandungan
4. Kesedaran agar sentiasa senyum 5. Memberi langkah-langkah membina
dengan orang lain Kit HB&K
5. Kesedaran agar sentiasa mendengar 6. Dikongsi di sekolah-sekolah
cerita orang lain supaya disukai 7. Kit yang lebih tahan lama dan boleh
6. Memberi idea dan pengajaran yang dijual
lebih menarik dan berkesan dipasaran
7. Membantu dan memberi idea bagi
cara-cara untuk membina bahan-
bahan BBM

450
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Hasil daripada kajian ini, penyelidik mendapat pengajaran bahawa sebagai seorang
pensyarah, beliau perlu lebih peka akan permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya. Di samping
itu, penyelidik perlu menggunakan kaedah dan bahan bantu yang sesuai bagi memastikan anak
didiknya dapat mencapai objektif yang digariskan.

REFLEKSI PENILAIAN TINDAKAN

Refleksi boleh dilihat sebagai suatu respons pemikiran terhadap pengalaman dalam
amalan seseorang untuk memperolehi maksud dan kefahaman yang mendalam mengenai
amalan tersebut. Ia bertujuan mengambil tindakan untuk memperbaiki dan meningkatkan
kualiti kendiri. Refleksi sering digunakan secara intensif dalam PdP. Ianya dianggap
sebagai komponen penting dalam meningkatkan profesionalisme seseorang pendidik guru
dan dilakukan dari segi kesan terhadap peserta kajian, amalan kendiri dan kurikulum
pendidikan amnya dan IPG Kampus khususnya. Penyelidikan yang penyelidik laksanakan
ini memberi impak yang positif terhadap tingkah laku bekerjasama dalam aktiviti
kumpulan bagi guru pelatih, khasnya mereka yang introvert. Penyelidikan ini juga telah
melancarkan PdP penyelidik semasa melaksanakan aktiviti kumpulan.

REFLEKSI PEMBELAJARAN KENDIRI

Pelbagai kaedah dan teknik perlu dipraktikkan mengikut kesesuaian agar para pelajar
mendapat impak sewajarnya dalam PdP. Penyelidik sebagai seorang pendidik guru juga
perlu mempelbagaikan teknik pengajarannya bagi meningkatkan amalan kendiri sebagai
seorang pensyarah. Nampaknya, penyelidik berjaya meningkatkan amalan kendiri ketika
menjalankan PT di IPG Kampus Batu Lintang. Penyelidikan ini telah memberi kesan
yang positif terhadap amalan pengajaran penyelidik. Penyelidik menyedari bahawa
beliau ternyata kurang menitikberatkan permasalahan yang dihadapi oleh para pelajarnya
sebelum ini. Implikasi PT ini ialah, penyelidik menjadi lebih prihatin dan lebih empati
terhadap pelajarnya. Penyelidikan ini juga telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
penyelidik sebagai seorang pendidik guru. Ini termasuklah pelaksanaan PT ini.

CADANGAN TINDAKAN KITARAN SETERUSNYA

Daripada kajian yang telah dijalankan, penyelidik bercadang untuk meneruskan kajian
ke atas kursus Pendidikan Moral bagi Semester 2 Sesi 2015 yang akan diajar nanti
dengan menggunakan kaedah ceramah pendek berdasarkan Kit HB & K (jika kedapatan
pelajar yang introvert atau solipsisme). Bagi penambahbaikan PT selanjutnya, penyelidik
akan menggunakan kaedah yang sama, namun Kit HB & K akan ditambah baik dengan
menyertakan gambar-gambar dan maklumat tambahan. Ini bertujuan agar Kit HB & K ini
menjadi lebih jelas dan menarik. Kit HB & K yang ditambahbaik ini akan memudahkan
pelaksanaan tindakan kitaran PT penyelidik yang seterusnya.

RUJUKAN

Carnegie, D. (2010). How to win friends & influence people. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Dra. M. M Nilam Widtarani (2011). Membangun hubungan antara manusia. Kuala
Lumpur: Synergy Media.
Ebbutt, D. (1985). Educational action research: Some general concerns and specific
quibbles. In R. Burgess (Ed.) Issues in educationalresearch: qualitative methods (m.s.
142-160). Lewes: The Falmer Press.

451
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Faridah Darus, Rohaida Mohd Saat & Abdul Razak Zakaria. (2013). Transformasi guru
dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran membuat hipotesis dalam
kalangan murid sekolah rendah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(3),
(m.s. 47-57).
Fotion, N. (2000). John Searle: Philosophy of languange. United Kingdom: Acumen
Publishing.
Hopkin, D. (2008). A teacher’s guide to classroom research. Dimuat turun dari http://
www.slideshare.net/malingall/ulasan-buku-edit-2731111.
McNiff, J. (2002). Action research for professional development: Concise advise for new
and experienced action researchers. Dorset: September Books. Dimuat turun dari
http://www.waikato.ac.nz/tdu/pdf/booklets/24_AR. pdf
Noor Azean Atan & T. Komate Tambai @ Muniandy. (2008). Penerimaan pelajar terhadap
penggunaan modul pembelajaran kendiri berasaskan reka bentuk Teori Beban Kognitif
bagi subjek Pengaturcaraan Web. Dimuat turun dari http://eprints.utm.my/11893/1/
Penerimaan_Pelajar_Terhadap_Penggun an _Modul_Pembelajaran_Kendiri_
Berasaskan_Rekabentuk_Teori_Beban _ Kognitif _Bagi_Subjek_Pengaturcaraan_
Web.pdf
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran akses kendiri. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia. Dimuat turun dari http://www. moe.gov.my/bpk/
bsk/bpanduan/akses_kendiri.pdf

452
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KESAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN TERHADAP PENCAPAIAN


DAN MOTIVASI PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN B BAGI
TAJUK LITAR ELEKTRIK LENGKAP

Sabariah Md Nor, Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yusof


Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Inkuiri penemuan adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan inkuiri
penemuan terhadap pencapaian dan motivasi dalam Sains bagi tajuk Litar Elektrik
Lengkap. Kajian ini melibatkan 60 orang murid dari kelas Tahun 5, iaitu seramai 30
orang dalam kumpulan kawalan manakala 30 orang murid dalam kumpulan rawatan.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif iaitu dengan menggunakan kaedah kuasi
eksperimental. Instrumen yang digunakan adalah praujian, posujian dan soal selidik.
Pengajaran dan pembelajaran dijalankan sebanyak 3 kali bagi kedua-dua kumpulan
kawalan dan rawatan; di mana kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional,
manakala kumpulan rawatan menggunakan kaedah inkuiri penemuan. Keputusan ujian
t ke atas perbezaan min di antara kedua-dua kumpulan menunjukkan terdapat perbezaan
signifikan min posujian pencapaian Sains antara kumpulan kawalan dengan kumpulan
rawatan (t = 5.778, p<0.05). Keputusan ujian t ke atas perbezaan min di antara kedua-
dua kumpulan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan min motivasi pelajar antara
kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan (t = 5.185, p<0.05). Implikasi kajian
ini mencadangkan bahawa kaedah inkuiri-penemuan wajar digunakan di dalam kelas
khususnya di dalam di dalam meningkatkan pencapaian Sains dan motivasi pelajar.

Kata kunci: Inkuiri, penemuan, Sains, pencapaian, motivasi.

PENGENALAN

Malaysia mempunyai matlamat sebagai sebuah Negara maju menjelang tahun 2020.
Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan kertas kerja “Malaysia
Melangkah Ke Hadapan” yang merupakan satu pemikiran dan rangka kerja mengenai
matlamat menjadikan Malaysia Negara maju pada tahun 2020 menurut acuan sendiri
(Mahathir Mohamad, 1991).
Sehubungan itu, adalah penting bagi kita melahirkan murid yang berliterasi
saintifik (Rubba & Andersen, 1978). Ini penting bagi pembangunan modal insan yang
seimbang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan, 1996).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini disokong pula oleh Falsafah Pendidikan Sains
Negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2014). Matlamat kurikulum Sains sekolah
rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan sains, kemahiran
saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Ini adalah bagi menjadikan mereka individu
yang akan menyumbang ke arah pembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi,
bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan
mengagumi penciptaan alam (KPM, 2014).
Pengajaran yang dilaksanakan oleh guru semasa proses pembelajaran dan
pengajaran (pdp) boleh memberi kesan ke atas pendekatan pembelajaran murid. Menurut
Rahimah (1990), keberkesanan pengajaran sebahagian besarnya ditentukan oleh sebanyak
mana pelajaran atau pengetahuan atau kemahiran diperoleh murid dengan bantuan guru
453
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

atau cara yang paling baik bagi murid mempelajari atau memperoleh sesuatu dengan
kegiatan pengajaran yang dirancangkan oleh guru.

PERNYATAAN MASALAH

Pencapaian pelajar hari ini didapati tidak memberangsangkan. Menurut Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2012), Prestasi Trends in International Mathematics and
Science Study, TIMMS 2007 menunjukkan penurunan ketara bagi skor Matematik dan Sains
di bawah purata antarabangsa. Skor Matematik menurun 34 mata kepada 474 (tempat ke-20
daripada 48 negara) manakala skor Sains menurun kepada 471 (tempat ke-21 daripada 48
negara).
Oleh itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) telah mencadangkan kaedah
pembelajaran berpusatkan murid iaitu pendekatan inkuiri penemuan dalam proses pengajaran-
pembelajaran sains di sekolah. Walaupun pembelajaran secara inkuiri penemuan sangat penting
dan berkesan dalam pendidikan sains, pendekatan ini masih kurang diamalkan dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran sains di Malaysia. Pendekatan ini kurang mendapat perhatian
di kalangan guru kerana terlalu rumit untuk dipraktikkan dalam pengajaran mereka. Mereka
lebih cenderung untuk menggunakan kaedah tradisonal kerana lebih mudah dan pelajar dapat
menerima dengan mudah walaupun para guru sebenarnya tahu dan pernah didedahkan dengan
kaedah pengajaran ini (Syahruzaman Kamarudin, 2010).
Menurut laporan Trends in International Mathematics and Science Study, TIMSS
(1999), kebanyakan guru sains mempunyai kesediaan yang rendah dalam mengajar topik-
topik sains dan ini boleh mempengaruhi pencapaian pelajar. Hasil kajian tersebut juga telah
menunjukkan bahawa guru Sains dan Matematik di Malaysia masih terikat dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru. Para guru masih menggunakan
kaedah tradisional seperti menggunakan papan hitam dan banyak memberi syarahan kepada
pelajar. Guru-guru lebih cenderung ke arah menggunakan latihan dengan bimbingan guru dan
menekankan kepada kerja rumah sebagai latih tubi dan aktiviti pembelajaran dalam kelas. Guru
juga didapati kurang memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan meneroka sendiri
konsep yang dipelajari (Syahruzaman Kamarudin, 2010).
Maka dengan itu, penyelidik telah memilih kaedah inkuiri penemuan sebagai pendekatan
dalam pembelajaran kerana kajian telah menunjukkan bahawa murid yang belajar melalui
inkuiri penemuan mempunyai pencapaian skor yang lebih tinggi berbanding pengajaran
tradisional (Abdi, 2014; Nik Zarini, 2012).
Berdasarkan pengalaman penyelidik semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran sains dalam tajuk Litar Elektrik Lengkap, murid-murid tahun 5 agak keliru
dengan perubahan kecerahan mentol apabila mengubah bilangan mentol atau bilangan bateri.
Memandangkan terdapat kajian inkuiri yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang boleh membantu meningkatkan pencapaian murid seperti kajian oleh Khor dan Ming
(2012) yang bertajuk Kajian Tindakan: Penggunaan Kaedah Inkuiri-PenemuanKAKAK Untuk
Meningkatkan Prestasi Murid-Murid Tahun Empat Dalam Topik Fantastic Materials dan Kesan
Pendekatan Inkuiri Penemuan Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kimia (Nik
Zarini, 2012), oleh itu penyelidik ingin mengkaji kesan kaedah inkuiri penemuan terhadap
pencapaian dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun 5 Bahagian
B bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan di atas, maka objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti min praujian dan posujian pencapaian Sains Tahun Bahagian B bagi tajuk
Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
454
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

2. Mengenalpasti perbezaan min praujian dan posujian pencapaian Sains Tahun 5 bagi tajuk
Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
3. Mengenalpasti perbezaan min motivasi pelajar dalam pembelajaran Sains Tahun 5 Bahagian
B bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

PERSOALAN KAJIAN

Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:

1. Apakah min praujian dan posujian pencapaian Sains Tahun Bahagian B bagi tajuk Litar
Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
2. Apakah perbezaan min praujian dan posujian pencapaian Sains Tahun 5 bagi tajuk Litar
Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
3. Apakah perbezaan min motivasi pelajar dalam pembelajaran Sains Tahun 5 Bahagian B
bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

KERANGKA KAJIAN

Penyelidikan ini menggunakan Model Inkuiri Suchman (1966).Murid perlu mengenalpasti


soalan yang diberikan dan membuat hipotesis. Kemudian data dikumpulkan untuk mengesahkan
hipotesis. Sekiranya data menyokong hipotesis, hipotesis diterima, dan sebaliknya. Sekiranya
hipotesis ditolak, hipotesis lain pula dibentuk dan diuji sehingga akhirnya hipotesis menyokong
data. Seterusnya, murid perlu membuat kesimpulan tentang soalan tersebut. Rajah 5.1
menunjukkan proses pembelajaran dalam Model Inkuiri Suchman.

Pernyataan Masalah

Mengumpul Data dan Membuat Pengesahan Data

Mengumpul Data Membuat Eksperimen

Menyusun dan Merumuskan Penjelasan

Membuat Kesimpulan

Rajah 5.1 Model Inkuiri Suchman



Rajah 5.2 pula menunjukkan Model Campbell, D.T. dan Stanley, J.C (1963) digunakan
dalam kajian ini. Terdapat dua pembolehubah dalam kajian ini iaitu pembolehubah tidak
bersandar (dimanipulasikan) dan pembolehubah bersandar (bergerak balas). Pembolehubah
tidak bersandar ialah penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran manakala pembolehubah bersandar ialah pencapaian akademik dan motivasi
pelajar.

455
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Pembelajaran Berpusatkan Murid


Pencapaian
Inkuiri Penemuan
Motivasi

Rajah 5.2 Rangka kerja penyelidikan

Diadaptasi daripada Model Campbell, D.T. dan Stanley, J.C (1963) Experimental and
Quasi-experimental Designs for Research on Teaching.
Sumber: Khairun Nadwa, 2007

METODOLOGI

Kajian ini ialah kajian berbentuk kuantitatif. Kajian kuantitatif merujuk kepada pendekatan
mengumpul data dengan tujuan untuk mengumpul maklumat yang dijumlahkan iaitu boleh
dikira atau diukur (Verma & Malick,1999). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif
iaitu secara kuasi eksperimental dalam pengumpulan data bagi kesan kaedah inkuiri penemuan
terhadap pencapaian dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun 5 Bahagian B bagi tajuk
Litar Elektrik Lengkap.

Kajian Eksperimental

Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan

Praujian Praujian

Tradisional Inkuiri Penemuan

Posujian Posujian

Pencapaian& Motivasi Pencapaian & Motivasi

Rajah 6.1 Rekabentuk Kajian

456
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Populasi kajian adalah murid Sekolah Kebangsaan Subang Bestari iaitu seramai
412 orang pelajar Tahun 5. Responden terdiri daripada 60 orang murid, yang mana mereka
dibahagikan kepada dua kumpulan. 30 murid dalam kumpulan kawalan dan 30 orang murid
dalam kumpulan rawatan. Responden dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian
pertengahan tahun yang mempunyai pencapaian yang hampir sama.
Di dalam kajian ini, penyelidik mengunakan instrumen praujian, posujian dan soal
selidik. Praujian dan posujian yang setara digunakan untuk menilai perubahan pencapaian
responden sebelum dan setelah menggunakan kaedah inkuiri. Soal selidik digunakan untuk
mengetahui motivasi responden terhadap sains.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Skor ujian
pra dan ujian pos direkodkan dalam perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan
dibuat perbandingan menggunakan ujian-T. Analisis perbandingan min akan dibuat ke atas
skor yang diperolehi setiap responden. Data soal selidik yang diperoleh juga dianalisis secara
kuantitatif iaitu melalui perbandingan min ujian-T antara responden kajian.

DAPATAN KAJIAN

Persoalan Kajian 1:
Apakah min praujian dan posujian pencapaian Sains Tahun Bahagian B bagi tajuk Litar Elektrik
Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?

Jadual 7.1: Min Item Praujian Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Responden Praujian Kumpulan Kawalan Praujian Kumpulan Rawatan
1 15 (75%) 13 (65%)
2 7 (35%) 13 (65%)
3 6 (30%) 17 (85%)
4 5 (25%) 13 (65%)
5 2 (10%) 14 (70%)
6 11 (55%) 13 (65%)
7 5 (25%) 11 (55%)
8 12 (60%) 11 (55%)
9 4 (20%) 13 (65%)
10 8 (40%) 14 (70%)
11 15 (75%) 14 (70%)
12 13 (65%) 15 (75%)
13 8 (40%) 12 (60%)
14 8 (40%) 17 (85%)
15 16 (80%) 12 (60%)
16 13 (65%) 11 (55%)
17 8 (40%) 9 (45%)
18 5 (25%) 6 (30%)
19 8 (40%) 8 (40%)
20 2 (10%) 15 (75%)
21 10 (50%) 5 (25%)
22 6 (30%) 3 (15%)
23 8 (40%) 11 (55%)
24 8 (40%) 11 (55%)
25 15 (75%) 13 (65%)
26 12 (60%) 12 (60%)
27 17 (85%) 13 (65%)
28 13 (65%) 12 (60%)

457
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

29 13 (65%) 15 (75%)
30 15 (75%) 14 (70%)
Min 9.6 12

Jadual 7.1 menunjukkan min praujian Kumpulan Kawalan (min = 9.6) lebih rendah
berbanding min praujian Kumpulan Rawatan (min = 12). Ini menunjukkan bahawa Kumpulan
Rawatan adalah lebih baik daripada Kumpulan Kawalan.

Jadual 7.2: Min Item Posujian Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Responden Posujian Kumpulan Kawalan Posujian Kumpulan Rawatan
1 15 (75%) 18 (90%)
2 11 (55%) 17 (85%)
3 7 (35%) 20 (100%)
4 12 (60%) 18 (90%)
5 5 (25%) 19 (95%0
6 18 (90%) 18 (90%)
7 13 (65%) 17 (85%)
8 19 (95%) 15 (75%)
9 10 (50%) 17 (85%)
10 12 (60%) 18 (90%)
11 16 (80%) 19 (95%)
12 17 (85%) 19 (95%)
13 11 (55%) 19 (95%)
14 11 (55%) 19 (95%)
15 18 (90%) 19 (95%)
16 13 (65%) 17 (85%)
17 14 (70%) 17 (85%)
18 9 (45%) 18 (90%)
19 12 (60%) 16 (80%)
20 7 (35%) 20 (100%)
21 13 (65%) 9 (45%)
22 9 (45%) 11 (55%)
23 12 (60%) 19 (95%)
24 12 (60%) 19 (95%)
25 17 (85%) 19 (95%)
26 16 (80%) 17 (85%)
27 16 (80%) 17 (85%)
28 13 (65%) 19 (95%)
29 15 (75%) 18 (90%)
30 16 (80%) 17 (85%)
Min 12.97 17.5

Jadual 7.2 menunjukkan min posujian Kumpulan Kawalan (min = 12.97) lebih rendah
berbanding min posujian Kumpulan Rawatan (min = 17.5). Ini menunjukkan bahawa Kumpulan
Rawatan adalah lebih baik daripada Kumpulan Kawalan.

Persoalan Kajian 2:
Apakah perbezaan min praujian dan posujian pencapaian Sains Tahun 5 bagi tajuk Litar Elektrik
Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

458
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Analisis Ujian t ke atas skor Praujian di antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan
Rawatan ke atas Pencapaian Sains .

Jadual 7.3: Analisis Ujian t ke atas skor Praujian di antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan
Rawatan ke atas pencapaian Sains
Min Sisihan Piawai N Nilai t dK P
Kumpulan Kawalan 9.6 4.29 30
2.63 29 0.14
Kumpulan Rawatan 12.00 3.19 30
p < 0.05

Jadual 7.3 menunjukkan min skor praujian untuk Kumpulan Kawalan (min = 9.6,
sp = 4.29) dan Kumpulan Rawatan (min = 12.00, sp = 3.19). Dapatan menunjukkan tidak
terdapat perbezaan signifikan dalam tahap pencapaian Sains di antara Kumpulan Kawalan dan
Kumpulan Rawatan. Dengan demikian, kedua-dua kumpulan adalah dianggap setara.

Analisis Ujian t ke atas skor Praujian dan Posujian di antara Kumpulan Kawalan dan
Kumpulan Rawatan ke atas Pencapaian Sains
.
Jadual 7.4: Perbandingan Skor Praujian dan Posujian Kumpulan Kawalan
Min Sisihan Piawai N Nilai t dK P
Praujian 9.6 4.29 30
7.93 29 0.00
Posujian 12.97 3.51 30
p < 0.05

Jadual 7.4 menunjukkan min skor praujian ialah 9.6 dan sisihan piawai 4.29.
Manakala skor min untuk posujian ialah 12.97 dan sisihan piawai 3.51. Perbezaan min
adalah sebanyak 3.37. Ujian t ke atas perbezaan min di antara kedua-dua ujian menunjukkan
nilai t = 7.93, adalah signifikan (p<0.05). Keputusan ini menunjukkan terdapat perbezaan
signifikan di antara praujian dan posujian bagi pencapaian Sains Kumpulan Kawalan
di mana min posujian Kumpulan Kawalan adalah lebih tinggi daripada min praujian
Kumpulan Kawalan. Ini menunjukkan nilai min posujian Kumpulan Kawalan lebih baik
daripada nilai min praujian Kumpulan Kawalan.

Jadual 7.5: Perbandingan Skor Praujian dan Posujian Kumpulan Rawatan


Min Sisihan Piawai N Nilai t dK P
Praujian 12.00 3.19 30
14.256 29 0.00
Posujian 17.50 2.36 30
p < 0.05

Jadual 7.5 menunjukkan skor min praujian ialah 12.00 dan sisihan piawai ialah 3.19.
Manakala skor min untuk posujian ialah 17.50 dan sisihan piawai 2.36. Perbezaan min
adalah sebanyak 5.5. Ujian t ke atas perbezaan min di antara kedua-dua ujian menunjukkan
terdapat perbezaan signifikan di antara praujian dan posujian bagi pencapaian Sains
Kumpulan Rawatan dimana min posujian Kumpulan Rawatan adalah lebih tinggi daripada
min praujian Kumpulan Rawatan. Ini menunjukkan nilai min posujian Kumpulan Rawatan
lebih baik daripada nilai min praujian Kumpulan Rawatan.

459
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Analisis Ujian t ke atas skor Posujian di antara Kumpulan Kawalan dan Rawatan
Terhadap Pencapaian Sains.

Jadual 7.6: Perbandingan Posujian di antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Terhadap Pencapaian Sains
Min Sisihan Piawai N Nilai t dK P
Kumpulan Kawalan 12.97 3.51 30
5.704 29 0.00
Kumpulan Rawatan 17.50 2.36 30
p < 0.05

Jadual 7.6 menunjukkan min skor posujian Kumpulan Kawalan ialah 12.97 dan sisihan
piawai 3.51. Manakala skor min posujian untuk Kumpulan Rawatan ialah 17.50 dan sisihan
piawai 2.36. Perbezaan min ialah 4.53. Dapatan menunjukkan skor min posujian Kumpulan
Rawatan adalah lebih tinggi daripada skor min posujian Kumpulan Kawalan. Ujian t ke atas
perbezaan min di antara kedua-dua kumpulan menunjukkan nilai t = 5.778 adalah signifikan
(p<0.05). Keputusan ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara Kumpulan
Kawalan dan Kumpulan Rawatan skor posujian untuk pencapaian Sains. Perbezaan min
posujian Kumpulan Rawatan yang lebih tinggi daripada perbezaan min posujian Kumpulan
Kawalan menunjukkan bahawa Kumpulan Rawatan adalah lebih baik. Oleh itu hipotesis yang
menyatakan tidak terdapat perbezaan signifikan min praujian dan posujian pencapaian Sains
antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan adalah ditolak.

Persoalan Kajian 3:
Apakah perbezaan min motivasi pelajar dalam pembelajaran Sains Tahun 5 Bahagian B bagi
tajuk Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?

Analisis Ujian t ke atas skor soal selidik di antara Kumpulan Kawalan dan Rawatan
Terhadap Motivasi.

Jadual 7.7: Perbandingan Soal Selidik di antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Terhadap Motivasi
Min Sisihan Piawai N Nilai t dK P
Kumpulan Kawalan 108.73 14.25 30
5.185 29 0.00
Kumpulan Rawatan 117.13 16.36 30
p < 0.05

Jadual 7.7 menunjukkan min skor soal selidik Kumpulan Kawalan ialah 108.73 dan
sisihan piawai 14.25. Manakala skor min soal selidik untuk Kumpulan Rawatan ialah 117.13
dan sisihan piawai 16.36. Perbezaan min ialah 8.4. Dapatan menunjukkan skor min soal
selidik Kumpulan Rawatan adalah lebih tinggi daripada skor min soal selidik Kumpulan
Kawalan. Ujian t ke atas perbezaan min di antara kedua-dua kumpulan menunjukkan nilai
t = 5.185 adalah signifikan (p<0.05). Keputusan ini menunjukkan terdapat perbezaan
signifikan di antara Kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan skor soal selidik untuk
motivasi Sains. Skor min soal selidik Kumpulan Rawatan yang lebih tinggi daripada
skor min soal selidik Kumpulan Kawalan menunjukkan kumpulan Rawatan adalah lebih
baik daripada Kumpulan Kawalan. Oleh itu, hipotesis yang menyatakan tidak terdapat
perbezaan signifikan min motivasi pelajar antara kumpulan kawalan dengan kumpulan
rawatan adalah ditolak.

460
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERBINCANGAN

Dalam kajian ini, prestasi pencapaian pelajar dapat diukur melalui keputusan min markah
markah ujian pos dibandingkan ujian pra bagi kedua-dua kumpulan. Daripada analisa data
didapati min skor praujian bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menunjukkan tahap
prestasi mereka adalah setara kerana masing-masing mempunyai pengetahuan sedia ada.
Apabila diberi posujian, didapati min skor kumpulan rawatan lebih tinggi daripada praujian.
Ini menunjukkan setelah menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam Pdp, pelajar kumpulan
rawatan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding pelajar daripada kumpulan kawalan.
Jelas di sini penggunaan kaedah inkuiri penemuan boleh meningkatkan prestasi Sains pelajar
memandangkan mereka lebih berminat untuk belajar Sains.
Hasil kajian ini menyokong dapatan kajian lepas yang menyatakan bahawa murid yang
belajar melalui inkuiri penemuan mempunyai pencapaian skor yang lebih tinggi berbanding
pengajaran tradisional (Abdi, 2014; Khor, 2012).
Dapatan kajian ini turut menunjukkan motivasi pelajar adalah tinggi setelah dirawat
dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan. Maka, dapatan kajian ini meyamai kajian
lepas iaitu Suchman (1966) berpendapat, murid yang belajar secara inkuiri-penemuan akan
mempunyai motivasi intrinsik. Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai
satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara aktif dalam
proses penyiasatan dan pencarian maklumat (Atikah, 2008).

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan kaedah inkuiri
penemuan dalam pembelajaran dan pengajaran Sains adalah amat sesuai dilaksanakan tanpa
mengira tahap pelajar sama ada terhadap pelajar cemerlang, sederhana ataupun lemah.
Kajian ini juga telah menolak hipotesis kajian ini iaitu tidak terdapat perbezaan
signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan terhadap pencapaian dan motivasi
pelajar. Jelas terbukti apabila posujian dijalankan, didapati min skor kumpulan rawatan lebih
tinggi daripada praujian. Ini menunjukkan setelah menggunakan kaedah inkuiri penemuan
dalam pembelajaran dan pengajaran, pelajar kumpulan rawatan menunjukkan prestasi yang
lebih baik berbanding pelajar daripada kumpulan kawalan. Jelas di sini penggunaan kaedah
inkuiri penemuan boleh meningkatkan pencapaian pelajar memandangkan mereka lebih
berminat untuk belajar Sains.
Selain itu, ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar-pelajar tahun 5 terhadap mata
pelajaran Sains selepas menggunakan Kaedah Inkuiri Penemuan. Berdasarkan analisis soal
selidik yang dibuat, telah dibuktikan bahawa kebanyakkan responden lebih bermotivasi untuk
mempelajari sains selepas menggunakan kaedah inkuiri penemu

RUJUKAN

Abdi, Ali (2014). The Effect of Inquiry-based Learning Method on Students’ Academic
Achievement in Science Course. University Journal of Educational Research 2(1), 37-41.
Atikah Abu Bakar (2008). Keberkesanan Kaedah Inkuiri Penemuan Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu. Tesis Tidak Diterbitkan.
Open University Malaysia.
Campbell, D.T. dan Stanley, J.C (1963). Experimental and Quasi Experimental Designs for
Research. Boston: Houghton Mifflin Company.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Laporan Tahunan PPPM 2013. Putrajaya, Malaysia.
Khairun Nadwa Md Ahir (2007 ). Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) Melalui Web
Terhadap Prestasi dan Persepsi Pelajar dalam Matapelajaran Fizik Peringkat Universiti.
Tesis tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia.
461
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Khor, K.H., Ming,T.J.(2012) Kajian Tindakan: Penggunaan Kaedah Inkuiri-Penemuan


KAKAK Untuk Meningkatkan Prestasi Murid-Murid Tahun Empat Dalam Topik Fantastic
Materials. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan
Lestari 2012. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang.
Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia:Melangkah Ke Hadapan. Kuala Lumpur: DBP dan ISIS.
Nik Zarini Nik Kar (2012) Kesan Pendekatan Inkuiri Penemuan Terhadap Pencapaian Pelajar
Dalam Mata Pelajaran Kimia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 2 7 ,
159–174
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran secara konstruktivisme. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rahimah Ahmad. (1990). Peningkatan produktiviti guru: Saranan dan tindakan. Paper
presented at Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Ketiga, 29 August, Maktab Perguruan
Kuala Terengganu, Terengganu.
Rubba, P. & Anderson, H. (1978). Development of an instrument to assess
secondary students’ understanding of the nature of scientific knowledge. Science
Education, 62(4), 449-458
Suchman, J.R. ( 1966 ). Developing inquiry. Chicago: Science Research Associates.
Syahruzaman Kamarudin (2010). Perlaksanaan Dan Penguasaan Pendekatan Inkuiri
Di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Tesis tidak diterbitkan. Universiti Teknologi
Malaysia.
Verma, G. K. and Mallick, K. (1999). Researching Education. London: Falmer Press

462
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PEMIKIRAN PEMBANGUNAN MANUSIA NEOKLASIK DAN ISLAM


1
Sahawati Binti Harun, 2Sity Daud, 3Muhammad Shamshinor Abdul Azzis,
4
Intan Suria Hamzah, 5Ajurun Begum Ahamed
2, 4
Universiti Kebangsaan Malaysia
3
Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor
5
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Konsep pembangunan telah mengalami tren perubahan dari takrifan bersifat ekonomi
kepada penggunaan yang lebih menyeluruh sesuai dengan perkembangan semasa. Kini,
pembangunan mula memberi tumpuan terhadap kepentingan pembangunan manusia.
Hal ini merupakan tindak balas kepada sistem kapitalis yang hanya mementingkan
keunggulan kuasa pasaran dan motif keuntungan. Namun begitu, Islam turut memberi
penekanan kepentingan manusia dalam pembangunan. Makalah ini mengemukakan
aspek pembangunan manusia menurut perpsektif Islam untuk menjelaskan bahawa
Islam turut menyokong komponen pembangunan manusia yang terkandung dalam
pembangunan neoklasik.

Kata kunci: pembangunan, neoklasik, ekonomi, kapitalis, pasaran, pembangunan


berteraskan Islam.

PENGENALAN

Istilah pembangunan secara umumnya merupakan sinonim dari kemajuan. Dalam kajian
akademik, perbahasan mengenai pembangunan sering dihubungkait dengan pengkhususan
pembangunan ekonomi (Webber 2015:36). Sebaliknya, input pembangunan merentasi pelbagai
sudut pandang kemanusian yang lain seperti transformasi sosial dalam pendidikan, kemudahan
kesihatan, perumahan rakyat, penglibatan masyarakat dalam keputusan politik dan dimensi lain
seperti peluang peningkatan kemajuan dalam kehidupan manusia. Selain itu, pembangunan
juga melibatkan teknologi dan transformasi ekonomi sebagai pertumbuhan berfokus dalam
prospek ekonomi.
Pembangunan merupakan di antara agenda penting untuk memastikan kelangsungan
sesebuah masyarakat dan negara. Konsep dan aspek tumpuan dalam sesebuah pembangunan
telah mengalami perubahan, dengan pelbagai kritikan terhadap konsep manusia sebagai homo
economicus yang mendasari teori ekonomi neoklasik (Calnitsky & Spencer: 2013) . Abdul
Rahman (2005: 11) menyatakan sejak akhir 1940-an pembangunan disinonimkan dengan
konsep pertumbuhan ekonomi dan prinsip titisan ke bawah. Pembangunan dilihat sebagai
satu elemen peningkatan yang bersifat kualitatif yang berupaya menjana perubahan manakala
pertumbuhan melibatkan proses pengukuran dari aspek kuantitatif. Nafziger (1997: 10)
menjelaskan “Economic growth refers to increases in a country’s production or income per
capita ... Economic development refers to economic growth accompanied by changes in output
distribution and economic structure”. Namun begitu, pada akhir 1960-an, Byres (2006: 227)
menyatakan:

... neoclassical economics had lived perfectly happily, on the whole, with development planning
in poor countries, and, indeed, many of its practitioners were closely associated wiyh such
planning. Market did not work, and the state needed to intervene to ensure that the initial steps
towards development might taken, before, ultimately, the market could come into its own.

463
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KONSEP PEMBANGUNAN

Pada 1970-an, konsep pembangunan telah menekankan pertumbuhan yang disertai dengan
agihan kerana selepas perang dunia kedua, kadar kemiskinan amat tinggi terutama dalam
kalangan negara-negara yang terlibat dengan peperangan. Persoalan kemiskinan yang tinggi
telah menimbulkan konotasi pertumbuhan yang disertai dengan agihan yang disinonimkan
dengan pembangunan. Pemerintah di negara-negara sedang membangun memainkan peranan
campur tangan dalam pasaran untuk memastikan wujud agihan melalui ‘titisan ke bawah’ agar
masalah kemiskinan dapat diatasi. Pada tahun 1980-an, konsep pembangunan mula diperluaskan
dengan mengambil kira aspek sosial di samping keperluan ekonomi, emosi, rohani dan politik
(George 1988: 3-4). Pengalaman pembangunan di negara sedang membangun telah membuka
ruang kepada ahli ekonomi untuk mengambil kira faktor bukan ekonomi seperti budaya,
sosial, pentadbiran dan politik. Prinsip kesejahteraan penduduk mula mendapat perhatian
para sarjana pembangunan kerana pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan tidak semestinya
menjamin peningkatan kesejahteraan hidup manusia. Keadaan ini berlaku apabila pertumbuhan
ekonomi tidak disertai dengan titisan ke bawah secara menyeluruh terutama wujud fenomena
pertumbuhan yang tidak terkawal seperti inflasi yang tinggi (Ishak & Mohd. Yusoff 2009:
62). Dengan itu, terdapat pelbagai kelemahan dalam pengukuran yang digunakan sebagai
petunjuk potensi pembangunan. Petunjuk KNK tidak dapat digunakan untuk membandingkan
tahap pertumbuhan di sesebuah negara dengan negara yang lain. Hal ini adalah kerana wujud
perbezaan yang besar dalam sektor perbelanjaan yang tertentu di sesebuah negara berbanding
dengan negara yang lain.1
Justeru, pembangunan turut dihubungkan dengan natijah peningkatan kualiti taraf
hidup sosial masyarakat yang dilihat dalam bentuk angkubah menerusi petunjuk pendidikan,
kesihatan (jangka hayat, kadar kelahiran dan kematian), prasarana dan urbanisasi. Oleh itu,
Wan Abdul Manan (1996: 361) menyatakan kualiti hidup bukan sahaja hasil daripada kemajuan
material tetapi juga aspek psikologi keselamatan, ekonomi dan alam sekitar. Di samping itu
juga, kualiti hidup memerlukan persediaan dan akses kepada keperluan moden yang sesuai
dan perkhidmatan sokongan. Oleh itu, persamaan taraf hidup juga harus mempertimbangkan
isu-isu seperti pengangkutan, keupayaan untuk memperolehi perkhidmatan dan perlindungan
terhadap diskriminasi dan penganiayaan. Keadilan sosial harus menjadi prinsip panduan ke
arah mencapai matlamat pembangunan manusia yang lebih tinggi.
Dalam era 1990-an di mana pembangunan turut memberi penekanan kepada
pemeliharaan alam sekitar melalui konsep pembangunan lestari yang bersifat menyeluruh
dan seimbang yang merupakan sebahagian dari konsep yang terkandung dalam pembangunan
manusia (Haq 1995). Penekanan terhadap pembangunan manusia menyebabkan elemen
kebebasan mula diperincikan secara sistematik melalui konsep pembangunan sebagai
kebebasan di mana pelbagai kekangan yang dialami oleh manusia berupaya dihapuskan
melalui proses pembangunan (Sen 1999). Kebebasan ditandai melalui pengamalan demokrasi
di sesebuah negara. Pembangunan turut dihubungkan dengan perkembangan petunjuk tahap
demokrasi yang wujud dalam sesebuah masyarakat seperti kebebasan bersuara dan masyarakat
sivil. Contohnya, Economist Intelligence Unit (2010) menyusun Indeks Demokrasi 2010 untuk
mengukur tahap demokrasi di 167 buah negara yang terbahagi kepada empat klasifikasi iaitu
demokrasi penuh berada pada skala lapan hingga sepuluh, flawed democracies berada pada
skala enam sehingga 7.9, regim demokrasi campuran berada pada skala empat hingga 5.9 dan
regim autoritarian berada pada skala di bawah empat. Pengukuran tahap demokrasi tersebut
adalah berdasarkan kepada lima kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan
sivil, fungsi kerajaan, partisipasi politik dan budaya politik.

1 Contohnya, negara-negara perindustrian mengeluarkan pembiayaan yang tinggi dalam usaha untuk mengatasi
masalah alam sekitar berbanding dengan negara-negara mundur. Dengan itu, pembiayaan yang tinggi dalam
sektor tertentu telah menyebabkan kenaikan KNK negara. Menurut Hayami (2001: 32) “... market exchange
rates are supposed to reflect purchasing power parities with respect to tradable goods alone”.
464
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Secara umum pembangunan dikaitkan dengan usaha perancangan untuk mengubah


dan meningkatkan prestasi dan kualiti hidup masyarakat. Dale (2000: 17) menjelaskan
“Development is a broader and more diverse concept, denoting improvements in the quality of
life of people, extending much beyond direct gains from increased production of commodities
and services”. Dalam hal ini, pembangunan merupakan satu proses evolusi yang bersifat
‘membaiki dan menyelesaikan’ permasalahan sosial dalam sesebuah masyarakat.

PEMBANGUNAN NEOKLASIK

Dalam bidang pembangunan, muncul pelbagai teori dan model pembangunan ekonomi yang
berfungsi sebagai strategi atau pendekatan yang dapat digunakan untuk meningkatkan aras
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi. Sistem ekonomi kapitalis bersumberkan dari aliran
pemikiran ekonomi klasik seperti Adam Smith (1723-1790), David Ricardo (1772-1823) dan
Robert Malthus (1766-1834) berpegang kepada prinsip bahawa ekonomi berkembang dengan
baik menerusi kapitalisme yang menekankan sistem ekonomi terbuka pasaran bebas. Sistem
ekonomi kapitalis yang menggunakan pendekatan bukan kelas lebih memberi tumpuan analisa
terhadap hubungan di antara sifat individu yang bersifat tetap (rasional) dengan masalah
peruntukan faktor-faktor ekonomi. Sistem ekonomi kapitalis bermula dari idea klasik Smith
(1957) yang menyatakan proses pembangunan ekonomi akan tercapai dengan andaian sistem
kapitalis mampu mengagihkan semula pendapatan secara semula jadi dan cekap berdasarkan
proses titisan ke bawah melalui mekanisme pasaran bebas dan hasil dari bimbingan tangan
ghaib (invisible hand) yang akan mengembalikan ‘lebihan’ apabila pelbagai projek pelaburan
dilaksanakan dan berupaya menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan miskin
tanpa melihat persoalan keadilan dalam proses pengagihan.
Dalam sistem ekonomi bebas, pemerintah memainkan peranan melancarkan perjalanan
dan pergerakan pasaran. Walau bagaimanapun, peranan pemerintah terhad sebagai pengatur dan
menjaga kestabilan politik, menyediakan kemudahan asas dan peraturan tertentu agar pasaran
dapat beroperasi dengan baik dan bebas serta menjaga kepentingan semua pihak. Dengan itu,
fungsi pemerintah hanya terhad untuk memastikan perjalanan sistem pasaran bergerak bebas
dan sempurna dalam kerangka sistem kapitalis. Elemen perancangan dalam suasana ekonomi
yang diurus dan dirancang oleh pihak pemerintah masih wujud dalam sistem ekonomi kapitalis
namun perancangan tersebut terhad dalam konteks penyelarasan pada peringkat negara
manakala pihak kapitalis berfungsi secara produktif untuk mengembangkan perusahaan di
samping wujud jaminan pulangan modal oleh pemerintah terhadap perbelanjaan modal yang
disediakan oleh pihak kapitalis (Shamsulbahriah 1990: 104).
Ekonomi pasaran bebas berperanan menentukan kadar dan ragam pengeluaran yang
akan menghasilkan pendapatan dan kekayaan manakala mekanisme persaingan pasaran bebas
akan berfungsi menentukan harga, upah, sewa dan untung yang bergerak berdasarkan hukum
permintaan dan penawaran. Caporaso & Levine (1992: 81) “The neoclassical approach begins
with the idea of the maximization of individual satisfaction. The next step is to use this idea to
define conditions for maximization of the welfare of an interconnectted system of individuals.”
Individu memainkan peranan yang penting dan bersifat bebas serta melakukan pilihan yang
rasional dalam persaingan untuk memenuhi kepentingan diri sendiri termasuk memiliki dan
mengumpul harta kekayaan (Holton 1992: 56-58). Andaian minimum yang diperlukan untuk
teori ekonomi dari peri laku manusia ialah pengenalpastian kepentingan diri seperti kekayaan,
kedudukan sosial, keadilan dan altruisme yang berupaya memotivasikan individu dalam
melakukan pilihan (Lowenberg 1990: 621). Justeru, Mohd. Hazim (2008: 103) menyatakan
“Capitalism allows private individuals to take risks and initiatives to create wealth, and in the
process use their own skills, knowledge and creativity to prosper themselves and others”.
Sehubungan itu, dalam kepesatan pasaran ekonomi bebas di Malaysia tidak dinafikan
bahawa ekonomi berasaskan pengetahuan akan menyediakan landasan ke arah mengekalkan
kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk
465
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

mencapai objektif Wawasan 2020. Teras pembangunan untuk ekonomi berasaskan pengetahuan
adalah berteraskan seperti perkara-perkara berikut:
• Membangunkan tenaga kerja berasaskan berpengetahuan, antara lain melalui kajian
menyeluruh terhadap sistem pendidikan dan latihan, melaksanakan/memperluaskan
sistem pembelajaran sepanjang hayat dan melaksanakan program yang berupaya menarik,
memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai
status ekonomi berpendapatan tinggi;
• Mempergiatkan usaha dalam inisiatif S&T dan R&D berasaskan permintaan;
• Memperluaskan pembangunan info struktur bagi membantu pembangunan ekonomi
berasaskan pengetahuan;
• Sistem kewangan yang sejajar dengan pembangunan aktiviti berasaskan pengetahuan;
Meningkatkan kandungan pengetahuan dalam sector pertanian, pembuatan dan
perkhidmatan;
• Mendorong EKS untuk bersedia menghadapi ekonomi berasaskan pengetahuan serta
mengenalpasti dan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang wujud;
• Sektor awam yang cekap dalam perolehan, penggunaan, penyebaran dan pengurusan
pengetahuan;
• Penggunaan pengetahuan secara beretika;
• dan Melaksanakan program merapatkan jurang digital di antara kumpulan pendapatan,
etnik dan umur, masyarakat Bandar dengan luar Bandar serta di antara wilayah.

Selain itu, Pelan Induk Ekonomi Berdasarkan Pengetahuan yang dilancarkan pada
tahun 2002 mengandungi 136 cadangan yang meliputi pembangunan sumber manusia, struktur
informasi, insentif, pembangunan sains & teknologi, orientasi semula sektor swasta dan awam
serta menangani jurang digital telah dibangunkan bagi memantapkan lagi kuasa ekonomi,
pembangunan negara dan meluaskan kuasa memilih untuk rakyat dalam pasaran ekonomi
bebas.
Di samping itu juga, konsep ‘pasaran’ yang digunakan dalam kajian ini melangkaui
konsep pasaran menurut fahaman ekonomi liberal. Dari perspektif ekonomi-politik, konsep
‘pasaran’ dihubungkan dengan elemen kuasa menghasilkan terminologi ‘kuasa pasaran’ yang
mempunyai pengaruh dalam menentukan pelbagai kegiatan ekonomi di antara para peserta
dalam ‘pasaran’ (Sity 2003: 26). Golongan yang memiliki kekayaan dan kuasa berperanan
dalam menentukan harga, pelaburan dan memaksimumkan keuntungan. Hal ini menyebabkan
golongan yang memiliki modal yang besar berkuasa untuk memonopoli pasaran dan mengaut
keuntungan yang besar berbanding dengan golongan yang memiliki modal yang kecil. Kuasa
pasaran memainkan peranan mengeksploitasi golongan (kelas) yang lemah. Senario ini adalah
kerana sifat sistem kapitalis adalah bebas dari sebarang nilai yang merupakan ukur tara terhadap
sesuatu perkara atau perbuatan dan mengandungi makna yang menyuluh kepada kebaikan dan
kebenaran. Hal ini menyebabkan manusia hanya dilihat sebagai sebahagian dari faktor-faktor
pengeluaran secara fizikal yang berfungsi sebagai buruh dan usahawan.
Selain itu, fahaman neoklasik turut menolak campur tangan pemerintah dalam pasaran
yang menganggu perkembangan dan kecekapan ekonomi sesebuah negara. Fahaman ini
berkisar kepada persoalan seperti pasaran bebas, penswastaan perusahaan negara, penggalakkan
perdagangan bebas antarabangsa, pelaburan asing dan penghapusan peraturan pemerintah.
Dalam hal ini, pemodal berfungsi sebagai penggerak utama ekonomi yang memiliki faktor-
faktor pengeluaran. Oleh itu, fahaman neoklasik melihat pelbagai masalah yang muncul dalam
ekonomi adalah ekoran ketidaksempurnaan dalam pasaran. Masalah ketidakadilan dalam
agihan sumber dan pendapatan tidak dititikberatkan kerana pasaran berupaya memperuntukan
sumber dalam ekonomi kepada individu dengan optimum (Shamsulbahriah 1990: 5-6). Dengan
itu, sistem ekonomi kapitalis bergerak berasaskan sistem pasaran bebas dan pertumbuhan
dalam jangka panjang berlaku hasil dari kecekapan peruntukan dalam jangka pendek. Individu
diandaikan berupaya membuat pilihan yang rasional untuk memaksimumkan kepuasan tanpa
466
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

had dan mempunyai keinginan untuk mengeksploitasi alam sekitar untuk menghasilkan output
yang diperlukan oleh para pengguna sama ada secara langsung atau tidak langsung (Sity 1999:
221).
Persaingan bebas dalam pasaran menyebabkan individu bebas memaksimumkan
pengumpulan harta kekayaan dan keuntungan persendirian yang disifatkan sebagai insentif
dan dorongan utama tanpa memikirkan kepentingan manusia lain. Hal ini berasaskan pihak
yang kuat (menang) berupaya mengatasi pihak yang lemah. Oleh itu, sistem kapitalis hanya
mementingkan keunggulan kuasa pasaran dan motif keuntungan menyebabkan muncul
pemikiran pembangunan manusia (human development) yang merupakan kritikan penting
terhadap pembangunan neoklasik yang hanya menekankan motif keuntungan dan keunggulan
pasaran.

PEMBANGUNAN MANUSIA

Kini konsep pembangunan mula memartabatkan manusia dalam pembangunan. Haq (1995)
mengemukakan empat prinsip utama iaitu kesaksamaan, kelestarian, produktiviti dan
pemerkasaan (empowerment) untuk menampung kepentingan manusia dalam pembangunan.
Prinsip kesaksamaan bersifat sejagat yang merangkumi aspek jaminan keadilan,
persamaan peluang dan hak dalam semua aspek kehidupan manusia. Haq (1995: 20) menyatakan
pemerkasaan merujuk “people are in a position to exercise choise of their own free will”. Proses
pemerkasaan masyarakat menuntut pelaburan dalam pendidikan dan kesihatan agar setiap
ahli masyarakat berupaya mengambil peluang dan faedah dalam pasaran bebas. Proses ini
menuntut ruang dalam ekonomi dan politik yang mampu memberikan peluang kepada semua
ahli masyarakat. Dalam hal ini, pelaksanaan sistem ekonomi liberal dan demokrasi politik
berupaya memberi kesamarataan hak dalam masyarakat.
Prinsip kelestarian pula merujuk kepada kepentingan keperluan generasi masa kini
yang seimbang, berkualiti dan bersifat integrasi dalam semua aspek sama ada sosial, ekonomi,
politik dan alam sekitar tanpa menjejaskan keperluan generasi pada masa hadapan. Oleh
itu, generasi kini perlu menghormati persekitaran sumber dan biodiversiti bumi yang terhad
serta memastikan sumber semulajadi untuk keperluan hidup generasi pada masa hadapan
tidak terjejas. Pembangunan juga perlu memenuhi pelbagai keperluan masyarakat sama
ada pada masa kini atau masa hadapan di samping mempromosikan kesejahteraan peribadi,
‘social cohesion’, ‘social inclusion’ dan peluang yang sama rata untuk semua (Haq 1995: 20).
Dengan itu, pembangunan lestari menyediakan pembangunan ekonomi yang kuat dan stabil
agar generasi kini dan generasi pada masa hadapan memperolehi peluang yang sama rata.
Produktiviti menuntut peningkatan yang sentiasa bergerak ke atas dan berkadaran
dengan skala tempoh tertentu. Prinsip produktiviti memerlukan persekitaran ekonomi makro
yang sesuai dan pelaburan dalam masyarakat seperti pendidikan dan latihan untuk membenarkan
manusia mencapai potensi maksimum (Haq 1995: 19). Dalam hal ini, manusia tidak dilihat
sebagai sarana pembangunan tetapi menekankan keutamaan manusia sebagai tujuan akhir
pembangunan. Hal ini untuk mengelakkan pembangunan yang hanya berlandaskan logik
ekonomi di mana kemajuan hadir dalam bentuk kepesatan perubahan dan diikuti dengan
produktiviti yang tinggi namun maruah dan martabat manusia berada pada tahap yang
rendah. Pendidikan dan latihan merupakan alat mobiliti ke atas untuk membangunkan dan
memperkasakan kehidupan manusia serta meningkatkan produktiviti.
Prinsip pemerkasaan pula merujuk kepada peningkatan dalam aspek spiritual,
politik dan kekuatan sosial serta ekonomi sama ada pada peringkat individu, komuniti dan
masyarakat. Oleh itu, pemerkasaan tidak hanya melibatkan proses pemerkasaan golongan
yang terpinggir atau komuniti tertentu tetapi proses ini turut melibatkan semua golongan
masyarakat yang melibatkan pelbagai aspek seperti pendidikan, latihan dan kemahiran kendiri
untuk meningkatkan kesejahteraan dan mobiliti sosial di samping mengurangkan halangan
yang wujud dalam lingkungan persekitaran politik, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun,
467
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pemerkasaan dalam masyarakat bergantung kepada keperluan individu atau sesebuah komuniti.
Abdul Rahman (2005b: 17-18) menyatakan pemerkasaan tidak hanya sekadar memenuhi
keperluan asas individu yang melibatkan kesihatan, pendidikan, peluang pekerjaan dan
pendapatan namun pemerkasaan turut mencakupi pelbagai ruang yang lain seperti politik yang
berupaya menjamin demokrasi, ruang untuk mengembangkan budaya dan intelektual; ruang
untuk mengembangkan kehidupan rohaniah secara teratur; ruang untuk membina tamadun
pada tahap yang lebih tinggi. Semakin tinggi perkembangan sesebuah masyarakat maka ruang
lingkup dimensi pemerkasaan adalah semakin tinggi dan kompleks. Keempat-empat prinsip
pembangunan ini berupaya menampung kekosongan nilai moral dalam sistem kapitalis.

PEMBANGUNAN MANUSIA BERTERASKAN ISLAM

Pembangunan berteraskan Islam menyediakan parameter yang luas merangkumi semua aspek
kehidupan manusia. Islam menyediakan pembangunan yang bersifat seimbang dan bersepadu
kerana wujud penyatuan di antara unsur kebendaan, kerohanian dan moral (Al-Batriq 1994:51;
Muhammad Syukri 1990:36). Dalam hal ini, manusia menurut pembangunan berteraskan Islam
memiliki dua status dalam dua bentuk perhubungan iaitu dalam hubungan menegak dengan
Allah (hablumminallah) manusia berfungsi sebagai hamba Allah manakala dalam hubungan
mendatar sesama manusia (hablumminannas) pula manusia berperanan sebagai khalifah
Allah. Pembangunan berteraskan Islam melihat fungsi manusia dari aspek perseorangan
yang mengandungi aspek rohani dan jasmani (Muhammad Syukri 2003a: 25-26, 31). Hal ini
jelas berbeza dengan konsep pembangunan konvensional yang meletakkan manusia sebagai
sebahagian dari faktor-faktor pengeluaran secara fizikal yang berfungsi sebagai buruh dan
usahawan walaupun wujud empat prinsip utama yang meliputi kesaksamaan, kelestarian,
produktiviti dan pemerkasaan (empowerment) untuk menampung kepentingan manusia dalam
pembangunan.
Pembangunan menurut perspektif Islam jelas berbeza jika dibandingkan dengan
pembangunan konvensional. Perbezaan tersebut dapat dilihat melalui perkembangan kosep
pembangunan konvensional yang mula meletakkan kepentingan pembangunan manusia
dan terangkum dalam empat prinsip utama iaitu kesaksamaan, kelestarian, produktiviti
dan pemerkasaan yang dikemukakan oleh Haq (1995). Islam meletakkan kondisi manusia
merupakan matlamat akhir dari sesuatu objektif pembangunan di mana pembangunan
berteraskan Islam tidak hanya bersifat kebendaan tetapi turut mengandungi pengisian dari aspek
kerohanian. Semua usaha dan aktiviti ekonomi dipusatkan dan diberikan keutamaan kepada
pembangunan jiwa manusia agar pembangunan berupaya memperkuatkan pembangunan
sosioekonomi masyarakat memandangkan jiwa wujud dalam kehidupan setiap manusia, maka
jiwa manusia yang menentukan tegak atau runtuh keperibadian seseorang insan yang turut
melibatkan struktur masyarakat dan juga pembangunan sesebuah negara.
Dalam hal ini, bidang kajian pembangunan berteraskan Islam tidak menolak kepentingan
pertumbuhan ekonomi (KDNK) sebagai alat pengukuran pembangunan ekonomi negara.
Pertumbuhan dalam Islam perlu diikuti dengan pertumbuhan nilai. Menurut AbulHasan (1991:
55) “In Islamic economics the concept of growth is value-loaded. Growth of output per se
cannot be termed as economic growth if it involves production of goods that affect human
welfare adversely. Therefore, growth incorporates issues of product mix. Thus, economic growth
in Islam may be defined as a sustained growth of a right kind of output which can contribute
to human welfare. The production of harmful items would not imply economic growth in an
Islamic economy”. Kondisi manusia dalam konteks pertumbuhan merupakan hasil penerapan
nilai-nilai Islam dalam mengukur pencapaian pembangunan. Hal ini menimbulkan terma yang
dikemukakan oleh Khurshid (1992: 271) iaitu ‘pertumbuhan yang disertai dengan penyucian’.
Oleh itu, konsep pembangunan dalam Islam tidak mengalami perkembangan dari
semasa ke semasa kerana keempat-empat prinsip yang dikemukakan oleh Haq (1995)
merupakan sebahagian dari elemen yang sedia ada terkandung dalam pembangunan
468
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

berteraskan Islam. Namun begitu, worldview Islam menetapkan agar prinsip-prinsip tersebut
berada dalam lingkungan yang bersumberkan Al-Quran, Sunnah, ijmak dan qias. Dari aspek
prinsip kelestarian, Atikullah (2009: 73, 76) menyatakan walaupun para fuqaha’ tidak pernah
menggunakan frasa fiqh yang khusus merujuk pembangunan lestari namun Islam telah
memberikan panduan dalam semua aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek
politik, Islam telah menggariskan kedaulatan merupakan milik Allah, keperluan melaksanakan
syura agar perjalanan sesebuah pemerintahan bersifat telus, menekankan prinsip keadilan dan
persamaan.
Dari aspek ekonomi pula Islam menetapkan hak kekayaan merupakan milik Allah
di samping menekankan prinsip keadilan dan kesederhanaan dalam aspek perbelanjaan dan
penggunaan untuk menjana pembangunan ekonomi yang kuat dan stabil. Dari aspek sosial,
Islam menggariskan prinsip keadilan, bekerjasama ke arah kebaikan dan menekankan aspek
kebebasan namun berbeza dengan fahaman totalitarianisme dan komunisme yang mengongkong
kebebasan dan fahaman liberalisme memberi ruang yang luas kepada individu sehingga
bercanggah dengan etika kemanusiaan. Oleh itu, Islam turut menekankan aspek kesejahteraan
individu namun kepentingan peribadi tidak boleh mengatasi kepentingan masyarakat. Dari
aspek alam sekitar, manusia berperanan sebagai khilafah yang bertanggungjawab melaksanakan
pembangunan menurut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah. Islam menekankan
konsep keseimbangan dalam usaha melaksanakan pembangunan fizikal di mana manusia perlu
mengambil kira aspek implikasi terhadap kelestarian alam sekitar seperti yang terkandung
dalam al-Quran (al-Qasas 28: 77) (Atikullah 2009: 87-88). Oleh itu, panduan umum tersebut
merupakan garis panduan dalam usaha menegakkan prinsip kelestarian menurut perspektif
Islam agar pembangunan yang dilaksanakan berupaya memenuhi keperluan generasi kini dan
generasi pada masa hadapan.
Islam turut menekankan prinsip kesaksamaan dalam pembangunan yang meliputi
prinsip keadilan dan kebebasan. Namun begitu, dalam al-Quran (asy-Syura 42: 12) persoalan
agihan dalam ekonomi Islam tidak bersifat kesamarataan tetapi amat mementingkan unsur
keadilan (al-cadl) sosial. Hak setiap individu individu Muslim juga terjamin dalam Islam. Hal
ini turut meliputi golongan bukan Islam di mana Islam menjamin hak mereka seperti bebas
menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Dalam hal ini, Islam tidak memaksa
golongan bukan Islam menganut agama Islam. Dari aspek sosial, Islam menolak sistem
kasta sebaliknya meletakkan persamaan di antara manusia. Perbezaan manusia hanya takwa
di sisi Allah. Setiap individu Muslim dan bukan Muslim dijamin memperolehi hak yang
meliputi semua aspek kehidupan. Walau bagaimanapun, hak individu Muslim dibatasi jika
bertentangan dengan hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Penekanan Islam terhadap
keadilan menyebabkan golongan bukan Islam tidak tertakluk kepada hukum hudud.
Selain itu, Islam turut menekankan prinsip produktiviti melalui penekanan pendidikan dan
latihan yang merupakan pelaburan dalam masyarakat dan persekitaran ekonomi makro untuk
membenarkan manusia untuk mencapai potensi yang maksimum. Hal ini dapat dilihat melalui
kepentingan pendidikan umum yang dinyatakan dalam al-Quran menerusi surah al-Alaq (96:
1-5). Namun begitu, penekanan kepada aspek pendidikan dan latihan perlu diikuti dengan
peningkatan spiritual manusia agar keseluruhan potensi manusia dapat ditingkatkan. Spiritual
berupaya memacu dalaman jiwa manusia untuk meningkatkan produktiviti. Dalam hal ini,
Abdul Aziz (1992: 203-204) menyatakan “A person in the West works hard to increase his/
her per capita income and consume or save more, as does a Muslim. However, a Muslim also
works with the intention of pleasing God”.
Sehubungan itu, dalam politik Malaysia dengan memfokuskan kepada aspek
perundangan dan perlembangaan Malaysia turut menerapkan nilai-nilai Islam serta Islam juga
diangkat menjadi agama rasmi negara Malaysia. Semua masyarakat negara sudah sedia maklum
bahawa kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai yang tertinggi di Malaysia, namun
acuannya mempunyai unsur-unsur keislaman. Sememangnya tidak disebutkan Al-Qur’an dan
As-Sunnah sebagai sumber hukum tertinggi di Malaysia namun agama Islam sebagai agama
469
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Persekutuan Malaysia juga sebenarnya sudah merangkumi hal yang demikian atau sekurang-
kurangnya memperuntukkan usaha ke arah yang demikian seperti yang telah dinyatakan dalam
Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3 iaitu termaktub lima perkara yang berteraskan Islam.
Pertama, Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Kedua, di dalam tiap-tiap Negeri selain
Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam di
Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu,
dan tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang
dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam
apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah
bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan,
setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-
Pertuan Agong mewakilinya. Ketiga, Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi
Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri itu. Keempat, tiada
apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
kelima, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undangundang membuat peruntukan-
peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis
untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan
agama Islam (Undang-Undang Malaysia Perlembagaan Persekutuan). Demikian itu, dapat
disimpulkan bahawa seiring dengan pembangunan pesat dalam negara Malaysia yang berbilang
etnik dan agama, Islam masih mempunyai pengaruh dominan dalam politik dan perundangan
negara yang turut disedari oleh semua masyarakat serta menghormatinya.
Di samping itu juga, prinsip pemerkasaan turut terkandung dalam pembangunan
berteraskan Islam. Proses ini melibatkan semua golongan masyarakat yang melibatkan pelbagai
aspek seperti pendidikan, latihan dan kemahiran kendiri untuk meningkatkan kesejahteraan dan
mobiliti sosial di samping mengurangkan halangan yang wujud dalam lingkungan persekitaran
politik, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, pemerkasaan dalam masyarakat bergantung
kepada keperluan individu atau sesebuah komuniti dan kepentingan masyarakat umum lebih
diutamakan berbanding kepentingan individu. Program pembasmian kemiskinan yang
berbentuk bantuan sosial seperti pendidikan, latihan kemahiran dan khidmat nasihat dapat
memperkasakan golongan miskin dari aspek ekonomi (Sity & Zarina 2005: 200). Prinsip ini
dapat dilihat dengan jelas melalui pelaksanaan zakat sebagai pemerkasaan ekonomi dan sosial
dalam usaha menguatkan kedudukan golongan yang terpinggir (asnaf yang layak menerima
zakat) untuk membantu dan menjadikan umat Islam kuat dan mampu berdaya saing tinggi
dalam mekanisme pasaran. Sebagai contoh, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan mewujudkan 26 program agihan melalui Baitulmal seperti bantuan bulanan,
biasiswa pendidikan, pembelian teksi, menghafaz al-Quran, menubuhkan pusat dialisis untuk
membantu pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan, memberi bantuan kecemasan
seperti banjir, tsunami dan kebakaran. Namun begitu, pemerkasaan dalam segenap aspek
kehidupan yang meliputi elemen politik, ekonomi, sosial dan budaya mesti mematuhi syariat
yang telah ditetapkan dalam Islam. Semua dimensi pemerkasaan tersebut turut berperanan
meningkatkan pemerkasaan dari aspek spiritual kerana sifat pembangunan berteraskan Islam
adalah menyeluruh dan bersepadu di antara material, fizikal dan spiritual. Hal ini berbeza
dengan pembangunan menurut perspektif neoklasik yang melihat setiap dimensi pemerkasaan
kehidupan manusia secara terpisah-pisah. Dalam hal ini, Islam turut menyokong keempat-
empat komponen pembangunan manusia yang meliputi kesaksamaan, kelestarian, produktiviti
dan pemerkasaan namun perlu diikuti dengan peningkatan dalam spiritual manusia.

470
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KESIMPULAN

Pembangunan konvensional kini telah mula memberi penekanan terhadap kepentingan manusia
dalam pembangunan. Hal ini bersesuaian dengan perubahan dan perkembangan konsep
pembangunan serta kritikan terhadap aliran pemikiran neo-klasik yang hanya menekankan
keunggulan kuasa pasaran dan motif keuntungan. Namun begitu, pembangunan berteraskan
Islam turut meletakkan kepentingan manusia dalam pembangunan malah turut dijadikan
sebagai pengukur kepada pencapaian sesebuah pembangunan. Dalam hal ini, pembangunan
berteraskan Islam turut mendukung empat komponen pembangunan manusia yang terkandung
dalam pembangunan konvensional namun menuntut peningkatan spiritual dalam diri manusia.

RUJUKAN

Al-Batriq, Yunus. 1997. Perancangan pembangunan ekonomi dalam kerangka Islam. Islam
dan pembangunan, hlm. 49-54. Terj. Syed Omar Syed Agil. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Abdul Aziz. 1992. Firm level decisions and human resource development in an Islamic
economy. The American Journal of Islamic Social Sciences 10(2): 201-216.
Abdul Rahman Embong. 2005. Pembangunan dan kesejahteraan: agenda kemanusiaan abad
ke-21. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
AbulHassan Muhammad Sadeq. 1991. Economic growth in an Islamic economy. Dlm.
AbulHassan Muhammad Sadeq, Ataul Huq Pramanik & Nik Mustapha Nik Hassan (pnyt.).
Development and finance in Islam, hlm. 55-71. Petaling Jaya: International Islamic
University Press.
Atikullah Abdullah. 2009. Fiqh lestari: ke arah penyusunan prinsip-prinsip muamalat Islam
untuk pembangunan lestari yang sepadu. MALIM 10: 73-92.
Byres, T. J. 2006. Agriculture and development: towards a critique of the ‘New Neoclassical
Development Economics’ and of ‘Neoclassical Neo-populism’. Dlm. Jomo K. S. & Fine, B.
The new development economics: after the Washington consensus, hlm. 222-248. London
& New York: Zed Books & New Delhi: Tulika Books.
Calnitsky, D & Spencer A.D. The economic consequences of homo economicus : neoclassical
economic theory and the fallacy of market optimality.The Journal of Philosophical
Economics.6(2):2-26.
Caporaso, J. A. & Levine, D. P. 1992. Theories of political economy. Cambridge: Cambridge
University Press.

Dale, R. 2000. Organisations and development: strategies, structures and processes. New
Delhi: Sage Publications India Pvt Ltd.
Economist Intellegence Unit. 2010. Democracy index 2010. http://graphics.eiu.com/PDF/
Democracy_Index_2010_web.pdf [25 April 2011].
George, V. 1988. Wealth, poverty and starvation: a world perpective. New York: St. Martin’s
Press.
Haq, Mahbub Ul. 1995. Reflections on human development. New York: Oxford University
Press.
Hayami, Y. 2001. Development economics: from the poverty to the wealth of nations. Ed. ke-
2. Oxford: Oxford University Press.
Holton, R. J. 1992. Economy and society. London: Routledge.
Ishak Yussof & Mohd. Yusoff Hussain. 2009. Pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup
penduduk. Dlm. Nor Aini Idris & Ishak Yussof (pnyt.). Ekonomi Malaysia ke arah
pembangunan seimbang, hlm. 61-75. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khurshid Ahmad. 1992. Pembangunan ekonomi dalam rangka kerja Islam. Dlm. Khurshid
Ahmad (pnyt.). Kajian dalam ekonomi Islam, hlm. 255-281. Terj. Sibly Maros & Amir
471
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Hussin Baharuddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Laman Rasmi Unit Perancangan Ekonomi. Ekonomi Berasaskan Pengetahuan dan ICT.
Malaysia: Jabatan Perdana Menteri.http://www.epu.gov.my/ekonomi-berasaskan-
pengetahuan [16 Februari 2016].
Lowenberg, A. D. 1990. Neoclassical economy as a theory of politics and institutions. Cato
Jurnal 9(3): 619-639.
Mohd. Hazim Shah. 2008. Ethics, politics, and economics: philosophical reflections on
economic development. Akademika 73: 97-108.
Muhammad Syukri Salleh. 1990. Pembangunan untuk manusia atau manusia untuk
pembangunan: analisis tentang manusia dalam pembangunan berteraskan Islam. Dlm.
Muhammad Syukri Salleh (pnyt.). Konsep dan perlaksanaan pembangunan berteraskan
Islam, hlm. 30-55. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Muhammad Syukri Salleh. 2003a. Tujuh prinsip pembangunan berteraskan Islam. Kuala
Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd.
Nafziger, E. W. 1997. The economics of developing countries. Ed. ke-3. New Jersey: Prentice
Hall, Inc.
Undang-Undang Malaysia Perlembagaan Persekutuan. pindaan terkini - Akta 1260/2006
Perlembagaan Persekutuan. Bahagian I: Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi
Persekutuan, Perkara 3: Agama Bagi Persekutuan (1-5). http://cpps.org.my/resourcecentre/
perlembagaan_persekutuan.pdf [16 Februari]
Sen, A. 1999. Development as freedom. New York: Alfred A. Knorf.
Shamsulbahriah Ku Ahmad. 1990. Pengantar ekonomi politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Smith, A. 1957. Selection from the wealth of nation. New York: Appleton Century Crofts.
Sity Daud. 1999. Pemerintah berorientasikan pembangunan. Dlm. Ghazali Mayudin (pnyt.).
Teori sains politik pilihan: aplikasinya dalam konteks Malaysia, hlm. 220-231. Bangi:
Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sity Daud. 2003. Negara pembangunan Malaysia: dari Dasar Ekonomi Baru kepada Dasar
Pembangunan Nasional. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sity Daud & Zarina Othman. 2005. Keselamatan insan dan jaringan keselamatan sosial.
Dlm. Sity Daud & Zarina Othman (pnyt.). Politik dan keselamatan, hlm. 187-207. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Webber, S. 2015. Randomising Development: Geography, Economics And The Search For
Scientific Rigour.Tijdschrift voor Economische en Sociale Geografie.106 (1):36-52.

472
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENERAPAN KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN DALAM


KALANGAN PELAJAR PELBAGAI ETNIK PERINGKAT SEKOLAH
MENENGAH DI MALAYSIA

Sitti Hasnah binti Bandu, Mohd Mahzan bin Awang,


Abdul Razaq bin Ahmad
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Artikel ini membincangkan tentang konsep,isu dan cabaran kewarganegaraan
di Malaysia. Kewarganegaraan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembentukan sesebuah negara. Namun, kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan
pelajar masih di tahap sederhana hasil penerapan mata pelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan (PSK) mahu pun Sejarah. Perbincangan meliputi penerapan
kompetensi pengetahuan dan amalan kewarganegaraan dalam kalangan pelajar yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik diMalaysia.Artikel ini juga turut meninjau
kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kompetensi pengetahuan dan amalan
kewarganegaraan dalam kalangan pelajar di dalam dan luar negara. Isu dan cabaran
dalam usaha meningkatkan kompetensi pengetahuan dan amalan kewarganegaraan turut
menjadi focus perbincangan artikel ini. Di akhir sekali,artikel ini turut membincangkan
cadangan meningkatkan kompetensi pengetahuan dan amalan kewarganegaraan dalam
kalangan pelajar pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

Kata kunci: Kewarganegaraan;kompetensi kewarganegaraan;kepelbagaian kaum


dan etnik.

PENGENALAN

Pendidikan mampu melahirkan pelajar yang mempunyai kompetensi kewarganegaraan


seperti yang dihasratkan oleh negara. Oleh itu, melahirkan warganegara yang baik merupakan
matlamat utama dalam sistem pendidikan negara. Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan
Negara (FPN), matlamat pendidikan ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna secara
automatik menjadi warganegara Malaysia yang baik. Ciri-ciri warganegara Malaysia yang
baik diterjemahkan melalui FPN iaitu percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, berbakti dan
memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara serta memiliki sahsiah yang seimbang
dan sepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia). Oleh itu warganegara yang ingin dilahirkan
dalam konteks di Malaysia ialah insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis.
Dalam konteks yang lebih luas, insan yang seimbang dan harmonis mencerminkan individu
yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental
dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN

Blom Hansen (2015) menyatakan bahawa konsep kewarganegaraan pada mulanya hanya
berhubung kait dengan undang-undang yang berkaitan dengan hak dan kedaulatan negara.
Namun hari ini konsep kewarganegaraan lebih meluas meliputi hak politik dan undang-
undang asas, hak sosial serta berkaitan dengan kesetiaan, kekitaan dan keseopanan.
Maka wujud konsep sivik dalam konsep kewarganegaraan iaitu konsep yang melibatkan
aktiviti kesukarelaan melalui persatuan dan berperanan dalam masyarakat awam ketika
473
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ini (William A. Galston 2012) dan menurut beliau lagi kewarganegaraan ialah ahli
masyarakat awam yang terlibat secara sukarela. Ia adalah status undang-undang yang
terdapat di dalamnya hak dan kewajipan. Konsep kewarganegaraan ini juga dipersetujui
oleh Geboers et al. (2015) yang menyatakan bahawa kewarganegaraan adalah sebagai
mematuhi perjanjian dalam undang-undang, hak sama rata, amanah dalam kerajaan,
penglibatan politik, penyertaan sivik dan penyertaan dalam aktiviti atau perkhidmatan
secara kesukarelaan. Justeru itu konsep kewarganegaraan telah diperluas dan peranan
kewarganegaraan dalam pemahaman masyarakat turut berkembang.
Namun di Malaysia, secara umumnya konsep kewarganegaraan yang difahami
adalah kewarganegaraan dalam konteks negara yang mengamalkan demokrasi. Konsep
kewarganegaraan adalah hubungan di antara seseorang warganegara iaitu rakyat terhadap
negara yang didiami. Sebagai rakyat dalam sesebuah negara, mereka berhak untuk
mendapat sebarang kemudahan dan faedah dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dengan
kata lain, kewarganegaraan merupakan satu status istimewa yang dipegang oleh rakyat yang
berhak dalam sesebuah negara (Nazaruddin 2001). Status ini memberikan hak, faedah dan
kemudahan tertentu kepada rakyat. Walau pun begitu status ini menuntut tanggungjawab
rakyat terhadap negaranya. Seseorang warganegara itu mempunyai kewajipan untuk
memberi perkhidmatan kepada negara. Oleh itu, terdapat hubungan timbal balik hasil
dari tanggungjawab dan kemudahan yang diterima oleh seseorang warganegara dalam
sesebuah negara.
Kompetensi merupakan kebolehan atau keupayaan untuk melakukan sesuatu
yang terbaik. Menurut Hicks (2001), aspek pengetahuan yang perlu ada bagi setiap
warganegara ialah kefahaman terhadap kefungsian demokratik iaitu pengetahuan tentang
kerajaan, perlembagaan dan hak sivil. Bagi aspek kemahiran pula, seseorang warganegara
berkebolehan untuk bertukar-tukar perspektif atau pandangan dan kemahiran komunikasi.
Oleh yang demikian, terdapat dua elelmen penting yang perlu diketengahkan dalam artikel
ini iaitu kebolehan pelajar dari segi pengetahuan dan amalan kewarganegaraan. Amalan
kewarganegaraan meliputi kemahiran dan sikap pelajar terhadap kewarganegaraan.
Pelbagai etnik merujuk kepada kaum terdapat di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India
serta lain-lain etnik. Dalam artikel ini ingin melihat kompetensi kewarganegaraan dalam
kalangan pelajar pelbagai etnik dipengaruhi oleh pengetahuan, pedagogi guru, penggunaan
buku teks serta penglibatan pelajar dalam kegiatan aktiviti kokurikulum.
Artikel ini menggunakan konsep kewarganegaraan yang diasaskan oleh Ten Dam
(2011). Menurut kajian yang dilakukan oleh Ten Dam (2011) terdapat empat tugasan sosial
bagi kewarganegaraan pelajar iaitu bertindak secara demokrasi (active democraticaly),
tanggungjawab sosial (social responsibility), pengurusan konflik (conflict management)
dan pengurusan perbezaan (dealing with differencess). Penilaian terhadap empat
tugasan tersebut dilakukan melalui aspek pengetahuan dalam pengisian pendidikan
kewargangaraan secara formal dan tidak formal terhadap pelajar di sekolah menengah
untuk melahirkan warganegara yang baik pada masa akan datang. Jadual 1.1 menjelaskan
huraian secara ringkas konsep kewarganegaraan dari segi kompenan kewarganegaraan
dan tugas-tugas sosial. Ciri-ciri kewarganegaraan pelajar yang dibentuk dalam kajian ini
adalah berdasarkan konsep kewarganegaraan yang diperkenalkan oleh Ten Dam yang
telah diubahsuai serta dilakukan penambahbaikkan mengikut konteks Malaysia.

474
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual1.1 Konsep Kewarganegaraan (Definisikonsep kewarganegaraan dari segi kompenan


kewarganegaraan dan tugas-tugas sosial)
TUGASAN
KOMPONEN
SOSIAL
Pengetahuan Kemahiran Sikap
- Mengetahui Berkebolehan - Pemikiran
- Kefahaman dalam melakukan - Bersedia
- Pemahaman sesuatu - Kesanggupan
- Gambaran
Bertindak Secara Mengetahui prinsip Berkebolehan Bersedia untuk mendengar
Demokrasi demokrasi, bertindak dalam pendapat orang lain, aktif
mengikut prinsip-prinsip menegaskan dalam perbincangan,
demokrasi. pandangan dan menyumbang idea-idea
mendengar kritikal.
pendapat orang
lain.
Tanggungjawab Mengetahui peraturan- Menyesuaikan Menyokong keadilan
Sosial peraturan sosial. diri dalam sosial, bersedia untuk
masyarakat. memberikan bantuan.

Pengurusan Mengetahui cara untuk Berkebolehan Bersedia untuk meneliti


Konflik menyelesaikan masalah, mendengar, konflik, bersedia untuk
meminta bantuan/nasihat meletakkan mempertimbangkan
daripada orang lain, diri dalam orang lain, bersama-sama
mengaku kesilapan, situasi orang mencari jalan penyelesaian
mencegah situasi lain, mencari yang boleh diterima/kata
bertambah buruk. penyelesaian putus.
yang tidak bias.

Pengurusan Mengenali perbezaan Berkebolehan Keinginan untuk


Perbezaan budaya, berpengetahuan dalam situasi mengenali pandangan dan
dalam peraturan tingkah sosial yang gaya hidup orang lain,
laku dalam situasi berbeza dengan mempunyai sikap positif/
sosial yang berbeza, nilai budaya berfikiran terbuka terhadap
mengetahui diskriminasi yang diamalkan, perbezaan.
dan prejudis. bertolak ansur
dengan cara
hidup orang lain.
Sumber: TenDam (2011)

Untuk mencapai hasrat yang digariskan dalam FPN, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
(PSK) serta mengubahsuai dan menambahbaik kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral untuk menghasilkan warganegara yang boleh memberi sumbangan kepada
negara. Penilaian tehadap mata pelajaran yang berteraskan kepada konsep kewarganegaraan
dan penghayatan nilai murni sejagat perlu sentiasa dikaji untuk memastikan matlamat FPN
tercapai iaitu melahirkan warganegara yang baik. Tidak terkecuali dengan mata pelajaran
Sejarah. Bermula tahun 2003 kurikulum mata pelajaran Sejarah telah ditambahbaik dengan
memasukkan nilai-nilai kewarganegaraan dan integrasi nasional untuk menyuburkan
lagi semangat patriotisme serta jati diri pelajar. Pengajaran sejarah turut menekankan nilai
kewarganegaraan dan patriotisme yang perlu ditanam kukuh dalam diri setiap warganegara.
Pendidikan sejarah menjadi nadi kepada perkembangan semangat jati diri dan perjuangan
dalam diri sesebuah masyarakat.
Namun dalam era 1970an pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sivik didapati
kurang berkesan kerana kekurangan minat dan komitmen dalam kalangan guru (Chang

475
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

2005). Oleh itu, sejauh mana pengenalan mata pelajaran PSK dapat membentuk kompetensi
kewarganegaraan dalam kalangan pelajar yang pelbagai etnik di Malaysia merupakan satu
persoalan yang perlu dianalisis. Mata pelajaran PSK mengandungi dua istilah yang saling
berkaitan antara satu sama lain. Namun matlamat utamanya ialah membentuk kompetensi
kewarganegaraan pelajar iaitu:

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid


tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk
melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan
boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia
Kurikulum Mata Pelajaran PSK

Ianya juga selari dengan kehendak kurikulum mata pelajaran Sejarah yang ingin melahirkan
warganegara yang mempunyai semangat setia negara dan jati diri yang kukuh seperti berikut :

Mata Pelajaran Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia
negara dan jati diri sebagai warga Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan
dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, murid
dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah
dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan
negara Malaysia. Mata Pelajaran Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama
terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman
antarabangsa.
Kurikulum Mata Pelajaran Sejarah

Kompetensi kewarganegaraan pelajar yang ingin dilahirkan juga selaras dengan hasrat
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013 – 2025 melalui aspirasi murid anjakan 3
iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai seperti berikut:

Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada
kemusnahan alam sekitar hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk berjaya
mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran
memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan
altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada
masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan
pembangunan identiti nasional yang kukuh.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025

Oleh itu, kejayaan yang ingin dicapai melalui hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat
yang menghayati nilai melalui PIPP adalah seperti berikut :

Setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang
telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh.
Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya
menghasilkan tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela;
penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; menghindari perbuatan
rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti. Selain
itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan
keluarga mereka, atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta
negara.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025

476
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Oleh itu, artikel ini ingin melihat kompetensi kewarganegaraan pelajar dari segi
pengetahuan dan amalan berdasarkan konsep kewarganegaraan Ten Dam, hasrat KPM dan
PIPP. Diharapkan pelajar boleh menguasai tugasan sosial seperti bertindak secara demokratik,
mempunyai tanggungjawab sosial, dapat menguruskan konflik dan dapat mengurus perbezaan.
Tugasan sosial ini perlu kepada semua masyarakat memandangkan negara kita mempunyai
kepelbagai kaum dan etnik. Oleh itu keupayaan menguasai komponen pengetahuan, kemahiran
dan sikap terhadap tugasan sosial akan melahirkan warganegara yang kompeten pada masa
akan datang selaras dengan hasrat KPM.

ISU DAN PERMASALAHAN

Walaupun terdapat terdapat faktor lain yang boleh membentuk kompetensi kewarganegaraan
pelajar namun pendidikan merupakan faktor yang sangat dominan. Ini adalah kerana
pendidikan kewarganegaraan bermatlamat membentuk kompetensi dalam kalangan pelajar
dan dalam konteks di Malaysia. Oleh itu, pembentukan kompetensi kewarganegaraan pelajar
berkait rapat dengan pendidikan. Mohd Mahzan et al. (2015) menyatakan bahawa terdapat
tiga aspek yang dapat menjadikan seseorang sebagai warganegara yang baik iaitu melalui
sistem pendidikan, pengetahuan tentang Perlembagaan Malaysia, dan keprihatinan sebagai
masyarakat majmuk.
Namun demikian, kajian masih kurang berkaitan dengan kompetensi kewargenegaraan
dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menurut Mohd Mahadee dan Mansor (2013) masih
terdapat limitasi dalam kajian lampau tentang keupayaan rakyat untuk bertingkah laku
sebagai warganegara yang demokratik. Penerapan kompetensi kewarganegaraan melalui
pendidikan dilihat dari aspek pengetahuan guru, pedagogi yang diamalkan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan buku teks serta penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum. Penerapan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar
melalui pelbagai mata pelajaran terutamanya PSK dan Sejarah di samping Pendidikan Moral
dan Pendidikan Islam. Kesemua mata pelajaran tersebut mengandungi elemen-elemen yang
menjurus kepada pembentukan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar.
Namun kompetensi kewarganegaraan masih di tahap sederhana hasil penerapan mata
pelajaran PSK mahu pun Sejarah. Pendidikan sivik gagal memainkan peranan untuk memberi
pengetahuan dan nilai serta perasaan kebanggaan kepada negara dalam kalangan generasi
muda iaitu belia lepasan sekolah yang berumur 19-21 (Zahara 1995, Chang 2005). Beliau
menegaskan bahawa faktor pengajaran yang lemah di sekolah mempengaruhi penerimaan
dan gerak balas pelajar-pelajar kepada mata pelajaran sivik. Malah sehingga kini, kajian
oleh Mohd Mahzan et al. (2013) mendapati pengetahuan tahap kompetensi kewarganegaraan
pelajar adalah di tahap sederhana. Pengetahuan pelajar tentang kewarganegaraan yang
kompeten adalah pelbagai serta wujud kekeliruan dalam kalangan pelajar berkaitan dengan
konstruk-konstruk kewarganegaraan.
Terdapat beberapa aspek boleh mempengaruhi pembentukan kompetensi
kewarganegaraan pelajar. Pengetahuan guru dan pengajaran guru dalam mata pelajaran yang
menjurus kepada membentuk kewarganegaraan seperti PSK dan Sejarah misalnya sangat
mempengaruhi keupayaan mereka untuk menerapkan kompetensi kewarganegaraan dalam
kalangan pelajar. Kajian lepas menunjukkan tahap kesediaan guru-guru adalah pada paras
sederhana dari aspek kemahiran membuat kronologi, kemahiran meneroka bukti dan membuat
interpretasi (Zahara & Nik Azleena 2007). Pengajaran guru dikatakan bersifat indoktrinasi
dan tidak kreatif, bercorak sehala dan tidak mewujudkan peluang berinteraksi di antara guru
dan pelajar (Abdul Razaq et al. 2009). Amalan pedagogi guru terlalu bersifat tradisional dan
kurang melibatkan pelajar dalam amalan pembelajaran dan pengajaran (PdP) (Anuar et al.
2009). Oleh kerana itu, mesej yang ingin disampaikan oleh guru tidak dapat diterima dengan
baik oleh pelajar. Hal ini menimbulkan situasi proses pengajaran dan pembelajaran yang
sangat membosankan. Kekurangan minat dan komitmen dalam pengajaran dan pembelajaran
477
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sivik yang membawa kepada kegagalan subjek tersebut pada tahun 1970an. Oleh itu, guru
perlu menggunakan pendekatan yang aktif dan interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (Chang 2005).
Isu tersebut mempunyai hubungan rapat terhadap kesan daripada hasil dapatan kajian
lepas seperti kajian oleh Rizal (2002) melihat pengetahuan, sikap dan tanggapan pelajar
terhadap konsep dan nilai-nilai kewarganegaraan. Dapatan kajian beliau menunjukkan
bahawa setelah 13 tahun mengalami proses pendidikan di sekolah, pemahaman dan
penghayatan pelajar terhadap nilai-nilai kewarganegaraan masih lagi longgar dan berada
pada tahap sederhana. Namun kajian terhadap pelajar berumur 12 hingga 16 tahun secara
analisis longitudinal oleh Geboers et al. (2015) menunjukkan pembangunan kompetensi
kewarganegaraan semasa sekolah menengah, tetapi corak diperhatikan bukan sentiasa positif.
Pelajar secara amnya menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan kewarganegaraan, tetapi
penurunan dalam kepentingan bermasyarakat, keupayaan prososial mereka serta keupayaan
berfikir secara efektif dan didapati pelajar perempuan dan pelajar dalam kalangan golongan
minoriti mempunyai pembangunan kompetensi kewarganegaraan yang lebih baik.
Kandungan buku teks juga menyumbang kepada penerapan nilai kewarganegaraan
terhadap kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Namun satu kajian
terhadap kandungan buku teks oleh Noraizan (2008) menunjukkan pelajar akan berasa
bosan semasa membaca buku teks kerana isi kandungannya terlalu banyak fakta yang perlu
dihafal. Walaubagaimana pun, isi kandungan buku teks bergantung kepada kurikulum mata
pelajaran tersebut. Satu kajian oleh Mohamad Johdi (2003) berkaitan dengan kandungan
mata pelajaran Sejarah mendapati pencapaian respons untuk nilai dan kewarganegaraan
adalah menggalakkan iaitu purata 82.9% bersetuju. Pada dasarnya, responden mempunyai
kesedaran, kepekaan dan semangat ingin melibatkan diri dalam usaha-usaha mempertahankan
kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara. Walaubagaimana pun, elemen pemerintahan
berasaskan demokrasi 66.7% dalam kandungan buku teks, amat rendah dan perlu dikaji lebih
lanjut.
Selain itu, terdapat juga isu berkaitan dengan kebolehan guru menggunakan buku
teks iaitu terdapat kajian lepas menunjukkan bahawa guru-guru tidak mahir sepenuhnya
dalam menggunakan buku teks terutamanya mata pelajaran Sejarah dalam kreativiti dan
mengintegrasikan kandungan buku teks dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
(Abdul Razaq et al. 2013). Kandungan buku teks perlu selaras dengan kehendak kurikulum
mata pelajaran dan persembahan maklumat dalam buku teks perlu ditambah baik untuk
menarik minat pelajar mempelajari konsep kewarganegaraan melalui mata pelajaran Sejarah
atau PSK. Oleh itu, satu keperluan untuk membuat kajian terhadap penggunaan buku teks
PSK atau Sejarah kerana terdapat elemen pembentukan Negara berdaulat yang diperlukan
bagi pembentukan kompetensi kewarganegaraan untuk mencapai hasrat tersebut.
Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga penting dalam menerapkan
kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Menurut Mohd Fazli et al. (2013)
aktivitikokurikulum pentingdalammembantu melengkapkandanmemperkukuhkan proses
pembelajaran didalambilikdarjah,disamping dapat menunjukkanperubahan tingkah laku
sertamempengaruhi sahsiahpelajar. Aktiviti kokurikulum adalahjelasbolehmenambah
pengalamanpentingdankemahirankepadapelajar (Reaves etal.2010). Namun hasil kajian lepas
menunjukkan data markahkokurikulumsepuluh peratus(10%)negeriSelangor 2010secara
keseluruhannyamenunjukkanpenglibatanpelajar adalah sederhana (Mohd Fazli et al. 2013).
Oleh yang demikian, kegiatan kokurikulum perlu diperluas di luar sekolah iaitu dengan
melibatkan diri dalam kegiatan komuniti setempat. Kajian oleh Naomi (2012) menunjukkan
persepsi golongan muda tentang kewarganegaraan yang baik ialah 70% mengatakan
penglibatan dalam masyarakat komuniti.
Rentetan kekurangan pengetahuan kewarganegaraan memberi implikasi terhadap
kemahiran dan sikap kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Terdapat kemahiran
kewarganegaraan yang kurang dimiliki oleh pelajar seperti penyelesaian konflik. Kajian
478
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

lampau sebelum ini menunjukkan kelemahan utama pengajaran mata pelajaran Sejarah ialah
kegagalan guru untuk memimpin murid menggunakan keupayaan menilai dan mentafsir serta
kurang kemahiran menyelesaikan konflik (Salbiah 1995, Hamidah et al. 2011 & Balakrishnan
2012). Kemahiran menilai dan mentafsir sangat penting dalam menerapkan kemahiran
kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Namun, kajian oleh Hessel et al. (2016) menunjukkan
bahawa peluang golongan muda untuk melibatkan diri dalam membuat keputusan dan untuk
mendapatkan pengalaman demokrasi agak terhad di sekolah. Ini bermakna peluang untuk
mendapatkan kemahiran serta terlibat di dalam proses kehidupan masyarakat demokratik
sangat kurang berlaku di sekolah. Justeru itu, fungsi sekolah untuk menerapkan kemahiran
yang boleh membentuk kompetensi kewarganegaraan di sekolah sukar dilaksanakan dengan
kekangan guru serta persekitaran sekolah.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen
di Malaysia mula diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Perlembagaan Malaysia dijadikan panduan dalam sistem demokrasi di Malaysia. Melalui
sistem ini, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui
pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan dan menukarkan kerajaan yang sedia
ada melalui pilihanraya. Sejauh mana sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,
sejahtera dan stabil khususnya dalam negara yang mempunyai penduduk kepelbagaian etnik.
Justeru itu, sebuah demokrasi yang kuat memerlukan penyertaan semua orang dalam segala
bentuk kehidupan sosial dan politik. Pelajar kurang berpengetahuan dari segi konsep negara
demokrasi iaitu berkaitan dengan ciri negara demokrasi serta tanggungjawab warganegara
terhadap negara demokrasi.
Kajian mendapati bahawa tahap kefahaman demokrasi dalam kalangan pelajar adalah
pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa, kesedaran pelajar tentang tanggungjawab
mereka sebagai warganegara yang mengamalkan prinsip demokrasi masih belum mencapai
tahap yang dibanggakan (Hamidah et al. 2011). Mengikut Noami (2012) tidak terdapat data
yang khusus hasil daripada tinjauan di negara demokrasi tentang menghormati hak asasi
manusia, toleransi dan perpaduan. Justeru itu, sukar untuk menentukan golongan muda ini
memiliki ciri-ciri kewarganegaraan tersebut. Namun dalam kajian ini, golongan muda tidak
meletakkan penglibatan dalam politik demokrasi, mengambil bahagian dalam proses pilihan
raya sebagai salah satu ciri penting dalam warganegara yang baik.
Kekurangan pengetahuan kewarganegaraan bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah
di luar negara seperti di Australia juga turut merasa bimbang dengan isu ini. Dalam satu
kajian yang dijalankan oleh sebuah badan yang dilantik oleh pemerintah di Australia, mereka
mendapati “young Australians had a very tenuous understanding of their nation’s political
history and democratic institutions” (Clark 2008). Hakikatnya pelajar dan golongan muda di
Australia semakin kurang pengetahuan sejarah negaranya. Ia mencemaskan pemerintah dan
disedari oleh John Howard, Perdana Menteri Australia ketika itu.
Begitu juga di Malaysia, terdapat kajian lampau yang menunjukkan kesan kurangnya
penghayatan terhadap kewarganegaraan menyebabkan wujud dalam kalangan pelajar yang
kurang semangat patriotisme. Isu ini perlu diberi perhatian kerana patriotisme atau sayang
kepada negara merupakan jati diri yang perlu ada dalam kalangan pelajar sebagai warganegara
yang akan membawa negara ke arah yang lebih maju. Menurut Mohd Zahari et al. (2006)
kurangnya semangat patriotisme yang lahir dalam diri adalah akibat tidak menghayati sifat-
sifat kewarganegaraan dengan baik. Seramai 114 pelajar yang terdiri daripada semester 2
sehingga semester 7 diploma dan ijazah di Universiti Teknologi Mara mendapati bahawa
kurangnya semangat patriotisme dalam diri yang melibatkan dalam acara sambutan Hari
Kemerdekaan. Hanya 48% yang sanggup membeli bendera sendiri untuk dikibarkan semasa
sambutan Bulan Kemerdekaan tersebut. Kekurangan semangat patriotisme dalam kalangan
pelajar adalah rentetan daripada kekurangan ilmu kewarganegaraan.

479
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk menambahbaik cadangan dalam meningkatkan


penerapan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan etnik
di Malaysia. Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025 menyenaraikan enam atribut yang ingin dihasilkan
dan salah satunya ialah jati diri kebangsaan. Sejarah dijadikan mata pelajaran wajib lulus di
Malaysia bermula tahun 2013 untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang sejarah
Malaysia yang di dalamnya terkandung elemen kewarganegaraan. Menambahbaik item-item
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran tersebut agar melahirkan pelajar
yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi memiliki nilai-nilai kewarganegaraan seperti yang
dihasratkan oleh KPM.
Selain itu, memperkasa mata pelajaran PSK di sekolah. Walaupun mata pelajaran PSK
bukan mata pelajaran wajib lulus, pihak sekolah seharusnya memberi penekanan kepada mata
pelajaran ini kerana elemen-elemen kewarganegaraan banyak terkandung dalam mata pelajaran
tersebut. Pihak sekolah tidak seharusnya menganaktirikan mata pelajaran PSK dengan alasan
mata pelajaran ini tidak tersenarai dalam peperiksaan awam. Sungguh menyedihkan jika pihak
sekolah menggunakan masa pengajaran PSK untuk mata pelajaran tertentu semata-mata untuk
meningkatkan peratus kelulusan dalam peperiksaan. Justeru itu, pihak sekolah seharusnya
menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PSK untuk membentuk
kompetensi kewarganegaraan pelajar mengikut kurikulum yang telah digariskan.
Pihak KPM juga seharusnya lebih serius untuk memperkasa mana-mana mata pelajaran
yang menjurus kepada pembentukan kewarganegaraan dengan memberi latihan kepada guru-
guru mata pelajaran tersebut. Berdasarkan kepada isu yang berkaitan dengan kekurangan
pengetahuan dan kepakaran guru untuk mengajar mata pelajaran tersebut, pihak KPM perlu
memberi latihan dan pengetahuan secukupnya agar guru-guru boleh menerapkan kompetensi
kewarganegaraan kepada pelajar secara lebih berkesan.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga perlu dipertingkat agar kemahiran
memimpin, membuat keputusan dan kemahiran lain boleh dipupuk. Selain itu, penglibatan
pelajar dalam kalangan pelbagai kaum dan etnik boleh mewujudkan situasi yang harmoni dan
menambah rasa kesefahaman dan kebersamaan.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kompetensi kewarganegaraan merupakan elemen yang sangat


penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat yang terdiri pelbagai kaum dan etnik.
Pendidikan merupakan salah satu cara untuk membentuk kompetensi dalam kalangan pelajar
untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap aspirasi negara.
Namun terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam konteks di Malaysia. Sehingga
kini pelbagai usaha masih dilaksanakan dalam mencapai hasrat membentuk kompetensi
kewarganegaraan bagi melahirkan warganegara yang baik.

RUJUKAN

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd. Rahman & Nur Atiqah T.Abdullah. 2009. Tahap Keupayaan
Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah
Berprestasi Rendah. JurnalPendidikanMalaysia. 34(1) (2009): 53– 66.
Abdul Razaq Ahmad et al. 2013. The Skills of Using History Textbooks in Secondary School.
Asian Social Science; Vol. 9, No. 12; 2013. Published by Canadian Center of Science and
Education
Balakrishnan, V. 2004. Rebirth of Civics and Citizenship Education in Malaysia.
Masalah Pendidikan, 27, 221–228. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/5105/
480
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Blom Hansen. 2015. Citizenship as horizon Thomas Department of Anthropology, Stanford


University, Stanford, CA, USA 2015.
Chang, L. H. 2005. Pendekatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam Milenium
Baru [Approach for civic and citizenship education in the new millenium]. Masalah
Pendidikan, 28, 195–204. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/4997/
Clark, A. 2008. A comparative study of History teaching in Australia and Canada. Monash:
Monash University Press.
Geboers, E., Geijsel, F., Admiraal, W., & Ten Dam, G. 2015. Citizenship orientations and
knowledge in primary and secondary education. Social Psychology of Education. http://
dx.doi.org/10.1007/s11218-014-9265-7
Harun, H. & Aziz, Z. 2011. Meningkatkan Perpaduan dalam Kalangan Pelajar Melalui Mata
Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Seminar Pendidikan Serantau
2011, hlm.Vol. 1, 548–553.
Hamidah Ab. Rahman dan Hamidah Abd. Rahman et al. 2011 Kajian tinjauan hubungan etnik
dalam kalangan pelajar tahun satu di kampus Johor Baharu. U n i v e r s i t i Te k n o l o g i
Malaysia (UTM) Jurnal Teknologi 54 (sains sosial) Jan 011 : 65-76 @ Universiti
Teknologi Malaysia.
Hessel Nieuwelink, Paul Dekker, Femke Geijsel, Greet Ten Dam (2016) Adolescents’
experiences with democracy and collective decision-making in everyday life. https://
www.researchgate.net/publication/287319142_Adolescents%27_experiences_with_
democracy_and_collective_decision-making_in_everyday_life
Hicks, D. 2001. Re-examining the future: the challenge for citizenship education. Educational
Review 53: 229-240.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan 5. Pusat Perkembanagn Kurikulum.
Mohamamad Johdi Salleh. 2003. Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah: Perspektif Pelajar-
pelajar. Universiti Islam Antarabangsa
Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran. 2013. Hubungan Persekitaran
Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah
38(2), 1–9.
Mohd Mahadee Ismail & Mansor Mohd Noor. 2013. Manifestasi Pendidikan Sivik dalam
kalangan Alumni Program Latihan Khidmat Negara. 8, 73-106.
Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Amla Mohd Salleh. 2015. Kompetensi
Kewarganegaraan di Malaysia. Laporan Penyelidikan Program Kesepaduan Sosial
Negara (LRGS/BU2011/UKM/CMN/01)
Mohd Zahari Yusoff, Muhammad Shukri Salleh & Meer Zhar Farouk Amir Razli. 2006.
Persepsi Patriotisme di kalangan mahasiswa tinjauan dari sudut pemikiran mahasiswa
high achievers UiTM cawangan Kelantan 1–12. Retrieved from http://eprints.utm.
my/550/1/MohdZahariYusoff2006_Persepsipatriotismedikalanganmahasiswa.pdf
Noami. R, Marian. S, Tom. B & David . K. 2012. What is a good citizen? National Foundation
for Educational Research available here: www.nfer.ac.uk/CIVT
Noraizan binti Hamzah@Daud. 2008. Persepsi Pelajar dan Guru Terhadap Penggunaan Buku
Teks Sejarah. Kertas Projek Sarjana.UKM.Bangi.
Reaves, et al. 2010. Benefits and costs of faculty participation in extra- and co-curricular
activities. NACTA Journal: 54-60.
Rizal Uzir. 2002. Nilai-Nilai Kewarganegaraan di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Tinggi Kajang. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan: UKM.
Ten Dam, G., Geijsel, F., Reumerman, R. & Ledoux, G. 2011. Measuring young people’s
citizenship competences. European Journal of Education, 46(3), 354–372.

481
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

William A. Galston .2012. Brookings Institution Citizenship and Civic Attachment: The
Case for a Universal Service Lottery Public Administration Review • May June 2012.
Zahara Aziz, N. A. 2007. Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan
Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar. Pendidikan, 32, 119–137.
Zahara Aziz. 1985. Penerapan Pendidikan Kewarganegaraan dan Kesejahteraan Negara.
Dalam Juriah Long. Aliran Dalam Pendidikan Menjelang Abad Ke 21. Bangi: Penerbit
UKM.

482
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PEDAGOGI ABAD 21 BERBASISKAN RANGKAIAN SOSIAL


GOOGLE PLUS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU

Siti Salwah Bt Atan


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan

Abstrak
Teknologi mencipta perubahan kepada kaedah pembelajaran. Dengan adanya
kemudahan teknologi dalam kelas, pelajar berpeluang mengalami satu pengalaman
yang tidak dapat disediakan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional.
Pengajaran dan pembelajaran menerusi pengaplikasian rangkaian sosial telah
menjadi trend dewasa ini yang digunakan secara global dan merupakan revolusi
yang telah meresap ke seluruh peringkat pendidikan (Zaidatun, Jacquelin s., &
Jamalludin, 2011). Menerusi pengaplikasian alatan rangkaian sosial, murid diharap
tidak lagi hanya bergantung kepada guru untuk mendapatkan maklumat semata-
mata, malah mereka boleh menyediakan maklumat dan berkolaborasi dengan rakan
lain. Penggunaan teknologi pula haruslah digabungjalinkan dengan pedagogi yang
bersesuaian agar pengintegrasian ini dapat memberi nilai tambah terhadap aktiviti
p&p. Pengajaran dan pembelajaran menerusi pengaplikasian Google Plus boleh
dijalankan dengan sokongan pihak sekolah, kementerian dan masyarakat dengan
menyediakan prasarana dan jaringan internet yang baik untuk kegunaan semua warga
sekolah. Dengan kemudahan jaringan internet yang semakin baik, ini merupakan
salah satu inisiatif untuk mengintegrasikan rangkaian sosial dalam pengajaran
dan pembelajaran yang lebih aktif. Populariti pelbagai alatan rangkaian sosial
telah mendorong para pendidik untuk menggunakan Google Plus sebagai medium
pengajaran dan pembelajaran dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada murid
untuk lebih meningkatkan pencapaian pelajaran mereka. Justeru, kertas konsep
ini akan membincangkan definisi pedagogi abad 21, kepentingan pedagogi abad
21 dan penggunaan aplikasi Google Plus dalam kalangan guru BM. Akhir sekali
dicadangkan pembinaan sebuah model konsep pedagogi abad 21 BM berasaskan
aplikasi rangkaian sosial Google Plus.

Kata kunci : rangkaian sosial Google Plus, pedagogi abad 21, pencapaian murid.

Abstract
This concept paper will discuss about the 21st century pedagogy through the
application of social network Google plus in teaching and learning Bahasa Melayu.
Technology creates changes in the methods of learning. With the availability of
technology in the classroom, students have the opportunity to experience the teaching
and learning method that is not provided by the traditional approaches. Teaching and
learning through the application of social networking has become a trend nowadays
that is used globally and is a revolution that has seeped into all levels of education
(Zaidatun et al., 2011). By using social networking tools, students are expected not
just rely on the teacher to get information solely, but they can provide information
and collaborate with other partners. The use of technology should be related with
appropriate pedagogy that this integration can provide added value to the activities of
teaching and learning. Teaching and learning through the application of Google Plus
can be carried out with the support of school administrators, ministry of education
and communities by providing an infrastructure and a good internet network to be
used by all citizens of the school. With the ease of internet network is getting better,

483
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

this is one of the initiatives to integrate social networks in teaching and learning more
active. The popularity of various social networking tools has prompted educators to
use Google Plus as a medium of teaching and learning and are expected to provide
benefits to students to enhance their educational achievements. Therefore, this
concept paper will discuss the definition of the 21st century pedagogy, pedagogical
interests of the 21st century and the use of Google Plus app among BM teachers .
Finally, the proposed model concept of the 21st century pedagogy will be constructed
based on the Google Plus application.

Keywords : Google Plus social network, 21st century pedagogy, student achievement.

PENGENALAN

Aspirasi kerajaan dalam PPPM 2013-2025 adalah untuk meletakkan Malaysia dalam
kedudukan satu pertiga terbaik dunia. Bagi merealisasikannya, institusi sekolah adalah
diharapkan dapat menjana modal insan bersifat holistik menjelang Wawasan 2020.
Manakala guru-guru pula perlulah menjadi lebih proaktif mendidik dan mentarbiah
agar kecemerlangan murid terhasil. Kedatangan abad 21 merancakkan lagi perkembangan
pendekatan, teknik dan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Seiring dengan itu,
cabaran juga menjadi lebih sengit (Zaidatun et al., 2011).
Pedagogi abad 21 yang bertunjangkan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan murid (Siti
Faizzatul Aqmal & Razali, 2011). Penggunaan komputer, internet, perisian interaktifyang
diajar pada peringkat sekolah rendah, menengah, mahupun kolej dan universiti kini telah
menjadi satu keperluan. Guru-guru dan pelajar didedahkan dengan penggunaan rangkaian
sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar tidak ketinggalan jika dibandingkan
dengan negara-negara lain.
Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dengan keadaan pada
masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang
bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan  oleh senario yang dapat
dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. Perancangan kurikulum abad
ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik. Pembelajaran yang diadaptasi
untuk kemahiran abad ke-21 seperti inovasi, kreativiti dan kreatif, berpusatkan murid dan
bijak berkolaborasi dalam menyelesaikan masalah (National Research Council, 2012).
Definisi Pedagogi Abad 21.
Era globalisasi telah membawa perubahan yang besar dalam sistem pendidikan.
Kemunculan abad ke 21 menjadikan perubahan semakin hebat dengan perkembangan
teknologi yang sangat pesat. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan
keupayaan kuasa digital telah mencabar sistem pendidikan negara kita. Kepesatan ini
telah membawa perubahan dalam mendefinisikan pedagogi abad 21.
Secara umumnya pedagogi abad 21 merujuk kepada satu set yang luas merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran, tabiat kerja, dan ciri-ciri watak yang dipercayai-oleh
pendidik, pembaharu sekolah, profesor kolej, majikan, dan lain-lain. Namun, sarjana
pendidikan mentakrifkan pedagogi abad ke-21 sebagai suatu seni, sains dan teori,
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengadaptasikan pengajaran berbentuk
inovasi, mengintegrasikan teknologi ICT (Matthew & Punya, 2008; Stacey & Gerbic,
2008; Wilson, 2010). Dalam konteks ini, murid-murid lebih terdedah kepada konsep
pembelajaran terbuka dan berpusatkan murid.
Menurut Fauzi Salleh (2014) (https://prezi.com/dogujyamgpzh/pedagogi-abad-
ke-21/) yang memberikan definisi pedagogi abad 21 sebagai kemampuan mengaplikasi
dan menghayati empat kategori utama kemahiran abad 21 iaitu pembentukan murid ke arah
berkemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, berupaya mengintegrasikan kemahiran

484
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

aras tinggi. bijak menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dan boleh membuat
penyesuaian dengan melibatkan penggunaan otak kiri dan otak kanan secara seimbang.
Dalam perbincangan ini, pedagogi abad 21 didefinisikan sebagai pengajaran dan
pembelajaran yang berbasiskan pengintegrasian alatan rangkaian sosial iaitu penggunaan
Google Plus. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dengan corak
pembelajaran kolaboratif yang boleh dijalankan secara maya. Dalam erti kata lain,
teknologi telah merubah bukan sahaja dalam konteks mendefinisikan pedagogi, namun
turut merubah pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ini.

Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21


Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.
Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk
membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara
meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek
tertentu iaitu, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak
kira dalam teknologi maklumat mahupun bidang akademik. Pelajar abad ke 21 perlu
memiliki aspek seperti pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang
dipelajari dengan keadaan sekeliling. Selain itu, pelajar perlu bijak dan berkemahiran
menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah dengan tujuan untuk mendapatkan
maklumat dan pemahaman terhadap apa sahaja perkara yang dipelajari.
Di samping itu, pelajar dipupuk agar lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi
terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah, berani untuk mengambil
risiko untuk belajar dan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru dan juga berani
mencuba sesuatu yang baru. Pelajar mempunyai inisiatif untuk belajar menyelesaikan
permasalahan sebenar dalam dunia sebenar serta sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan
dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
Menjadi sebahagian daripada warga milenium baru, para pelajar abad ke-21
merupakan individu yang terdedah sepenuhnya dengan teknologi, memiliki keupayaan
untuk mempelajari pengetahuan yang baru yang sentiasa mempunyai kesedaran akan
pentingnya berinteraksi di antara satu sama lainnya yang seterusnya akan mengalami
perubahan dari aspek sosial, kebudayaan dan lebih bersifat intelektual (Zakaria, 2000).
Mempunyai rasa ingin tahu terhadap apa sahaja perkara baharu yang berlaku di sekeliling
mereka serta berkeyakinan untuk membina keunggulan diri di sepanjang kehidupan
mereka. Sistem pendidikan yang berkualiti akan menjadikan segala impian tercapai,
memiliki standard kualiti kehidupan yang diingini, tenaga pengajar yang baik dan mahir
dalam bidangnya di samping kurikulum yang dirancang dengan baik dan teliti.
Pelajar dididik untuk tidak pernah bersikap berputus asa, selain dididik mampu
berfikir sendiri dan mempunyai inisiatif yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang sulit
untuk dikerjakan. Pelajar juga sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik
darjah semasa sesi P&P dijalankan dan dalam masa .yang sama berkemahiran kritis dan
mampu untuk menguasai kemahiran literasi.
Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain secara berkolaborasi dan
berusaha untuk membuat perubahan. Mereka juga nempunyai keperibadian yang tinggi
serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah (Beetham & Sharpe, 2013).

Kepentingan Pedagogi Abad Ke-21


Dalam mengharungi pendidikan abad ke 21, kemahiran pedagogi memerlukan guru-
guru berkemahiran dalam pengajaran dan inovasi. Pengajaran dan pembelajaran bersifat
futuristik ini menyarankan agar guru menggunakan pendekatan mengajar menerusi
pembelajaran berasaskan pelbagai strategi dan perkaedahan (St Century Schools, 2008).
Salah satunya adalah menerusi pembelajaran berasaskan projek yang lebih merupakan
penggabungan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi yang sesuai. Pelajar
485
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

abad 21 inginkan pembelajaran yang bersifat interaktif, autentik dan kolaborasi dengan
teknologi ICT.
Justeru, guru perlu melengkapkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang
berasaskan teknologi ICT, teknologi digital dan aplikasi-aplikasi terkini yang menyokong
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya kaedah pembelajaran berasaskan projek yang
mengintegrasikan penggunaan ICT dan aplikasi rangkaian sosial membolehkan murid
berfikir di luar kotak. Melalui kaedah ini, murid akan belajar untuk menyelesaikan
masalah melalui proses berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui
Internet atau menghasilkan projek menggunakan perisian komputer, selain menggunakan
pemikiran kritikal dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik
dan hasilnya akan memberi makna kepada mereka (Anna Kristin & Torfi, 2011; Beetham
& Sharpe, 2013).
Pedagogi abad 21 juga menyediakan medium dalam mengembangkan kreativiti
dan inovasi murid-murid. Mereka bebas menggunakan medium digital sebagai sumber
pencarian maklumat dan berkomunikasi secara atas talian. Penggunaan integrasi sosial
networking yang bersesuaian juga membolehkan murid-murid saling bekerjasama dalam
aktiviti penyelesaian masalah. Penggunaan tekonologi juga amat sesuai untuk pelbagai
bidang disiplin pembelajaran (Sathiamoorthy Kannan, Sailesh Sharma, & Zuraidah
Abdullah, 2012) bagi mewujudkan komunikasi berkesan.
Menurut (Bocconi, Kampylis, & Punie, 2013) dalam kajian mereka berkenaan
hala tuju pembelajarkan berbasiskan komputer dan alatan teknologi, pada peringkat
awalnya dijalankan dari aspek pedagoginya adalah untuk memupuk dan menggalakkan
pembelajaran sesama rakan sebaya. Murid-murid digalakkan untuk menggunakan
komputer di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Ini bertujuan untuk memberi
laluan kepada murid memperoleh kemahiran dan kecekapan berasaskan ICT dan teknologi.
Selain itu inovasi teknologi ini boleh mengupaya pembelajaran formal dan tidak formal
dijalankan. Pengintegrasian teknologi dan inovasi dapat juga diadaptasikan merentasi
kurikulum. Cara ini juga dapat membantu dan menyokong gaya pembelajaran individu
dan pembelajaran peribadi murid yang berbeza.
Kajian yang dijalankan oleh (Zaidatun et al., 2011) mendapati kesan penggunaan
rangkaian sosial dalam pengajaran dan pembelajaran mampu memotivasikan dan menarik
minat murid untuk turut aktif dalam pembelajaran. Minat murid turut meningkat apabila
dapat mengakses bahan-bahan sedia ada, informasi terkini dan juga input langsung
daripada rakan juga guru. Pembelajaran konvensional menggunakan pensel dan kertas
dan berpusatkan guru sahaja menjadikan murid hilang minat dan pasif lantas menjadikan
pembelajaran bersifat sehala dan membosankan.
Tuntasnya, kepentingan pedagogi abad 21 dalam pengajaran dan pembelajaran
sememangnya sesuatu yang perlu dicakna oleh semua pihak. Guru ‘wajib’ mencuba untuk
mengadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran
berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan
kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan
pencapaian murid (Johan, 2013). Murid diharapkan dapat menyesuaikan diri dengan
kaedah pembelajaran baharu yang lebih menyeronokkan berbanding dengan pembelajaran
konvensional. Pengumpulan maklumat yang begitu mudah membolehkan murid
menyelesaikan masalah pembelajaran secara kolaborasi dan interaktif dengan rakan
sekelas secara maya.

Penggunaan Aplikasi Google Plus Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu


Alat rangkaian sosial telah mendapat perhatian sejak kemunculan Web 2.0. Penggunaan
rangkaian sosial semakin mendapat perhatian dalam kalangan remaja dan dewasa. Kini
penggunaannya lebih meluas hingga ke dunia pendidikan. Terdapat kajian menunjukkan
pengguna membina satu rangkaian komunikasi untuk mereka berinteraktif secara maya
486
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

(Ellison & Boyd, 2013). Tempiasnya turut dirasai dalam kalangan murid sekolah yang
begitu sinonim dengan penggunaan teknologi mobil dan aplikasi seperti whatsApps,
telegram, wechat dan lain-lain.
Banyak kajian (J. Koehler Matthew & Punya, 2009; Zahiah & Abdul Razaq, 2010;
Jenni & Mikko, 2013; Robiah & Nor Sakinah, 2007; J. Elizabeth, 2010) menunjukkan
berlakunya integrasi ICT dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran. Fenomena
ini mengundang pelbagai persepsi daripada guru-guru mata pelajaran termasuk mata
pelajaran Bahasa Melayu. Misalnya penggunaan Google Plus membantu guru dan murid
untuk menyampai dan mengumpulkan maklumat bahan pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu didapati telah melonjakkan motivasi murid-murid yang sukakan penerokaan
baru dalam bidang inovasi teknologi dalam pembelajaran bercorak maya (Siti Salwah &
Jamaludin, 2013).
Bukan itu sahaja, malahan guru-guru juga kerap menggunakan aplikasi Google Plus
dalam pengajaran dan berkongsi banyak perkara dan pengetahuan baru bersama murid
mereka. Persepsi guru-guru sangat positif terhadap penggunaan aplikasi Google Plus
sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Dalam aspek pencapaian murid, kajian
mendapati terdapat perbezaan yang signifikan berbanding mereka yang menggunakan
kaedah konvensional dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Skor min bagi murid
kumpulan eksperimen (Google Plus) adalah lebih tinggi berbanding skor min kumpulan
kawalan yang menggunakan kaedah tradisional (Musrifah & Jamaludin, 2013). Hal
ini selaras dengan kajian (Harrison & Thomas, 2009) yang mengatakan penggunaan
rangkaian sosial seperti Google Plus adalah baik bagi pengajaran dan pembelajaran kerana
menggunakan konsep multimedia dan hipermedia.
Guru yang mengaplikasikan Google Plus dalam p&p mempunyai tahap pengetahuan
yang tinggi berkaitan Google Plus (Wan Hazenah & Jamaludin, 2013). Boleh dikatakan
mereka memang bersedia mengimplementasikan teknologi inovasi Goole Plus dalam
sesi pengajaran mereka. Aplikasi Google Plus ini boleh dimanfaatkan oleh guru dalam
membantu murid-murid yang mempunyai keupayaan yang berbeza dalam pembelajaran.
Ini adalah kerana penggunaan aplikasi Google Plus dalam proses pembelajaran murid
membolehkan murid yang kurang keyakinan diri berinteraksi secara maya dan berpeluang
bertanya guru tanpa perlu bersemuka. Pembelajaran maya bercorak interaktif ini
membolehkan murid-murid berinteraksi tanpa mengira waktu dan tempat dan mereka
berupaya memberikan pendapat secara terus dan tanpa ragu.
Dalam konteks persepsi guru-guru BM terhadap penggunaan perisian Google Plus
sebagai medium p&p, kajian menunjukkan kebanyakan guru bersetuju bahawa mereka
mudah menyediakan bahan pengajaran, menghantar kerja rumah sewaktu cuti sekolah,
mudah dipelajari dan Google Plus menjadi bahan bantu mengajar yang sangat efektif
serta dapat meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru (Siti Salwah & Jamaludin,
2013). Selain itu, guru-guru dapat memuat naik bahan pengajaran dan pembelajaran
kepada murid sebelum p&p bermula. Kajian menunjukkan guru-guru BM sangat bersetuju
penggunaan Google Plus dapat membantu mereka melancarkan proses p&p.

Model Konsep Pedagogi BM Berbasiskan Google Plus


Kerangka konseptual boleh dianalogikan sebagai peta dalam kajian (Othman, 2013) yang perlu
diasaskan kepada sesuatu teori (Mohd Yusri, 2012). Ia akan membawa penyelidik melalui
laluan yang betul. Hasil sorotan daripada dapatan kajian lepas, teori dan methodologi yang
digunakan, kerangka konseptual kajian ini dibina. Secara umumnya PEDAGOGI ABAD 21
dalam kajian ini bertindak sebagai pembolehubah tidak bersandar, PENCAPAIAN MURID
sebagai pembolehubah bersandar dan APLIKASI GOOGLE PLUS sebagai pembolehubah
moderator. Pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini serta arah hubungan
antara pembolehubah digambarkan seperti rajah 1 berikut :
487
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KOLABORASI
AKADEMIK

INTEGRASI

SOSIAL
PEDAGOGI PENCAPAIAN
INOVASI ABAD 21 MURID

SAHSIAH
PERKONGSIAN
MAYA
MOTIVASI
RANGKAIAN
BERPUSATKAN SOSIAL
MURID GOOGLE
PLUS

Rajah 1 Model Konsep Cadangan

Berdasarkan literatur, isu dan senario dalam pdp BM, maka dicadangkan model
konsep pedagogi BM berasaskan Google Plus. Pedagogi Bahasa Melayu dalam model
ini bertindak sebagai pemboleh ubah tidak bersandar. Beberapa pendekatan pedagogi
dicadangkan berasaskan pedagogi abad 21 iaitu integrasi ICT, pembelajaran atas talian,
kerja rumah atas talian, perkongsian maklumat dan komunikasi secara maya, serta
pembelajaran kolaborasi dengan perisian interaktif. Manakala penggunaan Google Plus
adalah sebagai pemboleh ubah moderator yang bertindak sama ada ia menguatkan atau
merendahkan korelasi antara pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah
bersandar. Pemboleh ubah bersandar yang dimaksudkan dalam model ini ialah pencapaian
murid. Secara umumnya, pedagogi Bahasa Melayu yang dilaksanakan adalah dengan
berbantukan penggunaan rangkaian sosial Google Plus. Ia dijangka dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam aspek sahsiah, akademik dan motivasi secara tidak langsung
namun terancang.Model ini akan dipadankan dengan dapatan kajian sebenar kelak sama
ada ia diterima atau memerlukan modifikasi bagi mendapatkan model yang sepadan
dengan dapatan kajian. Dalam erti kata lain sama ada model konsep ini diterima atau
sebaliknya adalah bergantung kepada dapatan kajian yang akan dilakukan kelak.

RUMUSAN

Kertas konsep ini diharap akan memberi sumbangan dan idea ke arah penjanaan yang
lebih menyeluruh dalam pengupayaan rangkaian sosial Google Plus sebagai salah satu
bahan sumber berpotensi bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
Diharapkan juga inovasi ini akan menjadi amalan para pendidik bagi mempertingkatkan
minat, motivasi, sikap dan aplikasi kendiri murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu
amnya. Diharap para pendidik juga menggunakan peluang yang ada untuk beralih dari
kaedah yang agak konvensional kepada kaedah pengajaran yang lebih berinovasi seiring
dengan masa dan kemudahan yang terdapat di sekolah juga seiring dengan teknologi
sedia ada.

488
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Anna Kristin, S., & Torfi, H. (2011). School buildings for the 21st century . Some features
of new school buildings in Iceland School Buildings for the 21 st Century Some
Features of New School Buildings in Iceland. CEPS Journal, 1(2), 25–43.
Beetham, H., & Sharpe, R. (2013). Rethinking Pedagogy for a Digital Age: Designing
for 21st Century Learning. books.google.com. http://doi.org/10.1111/j.1467-
8527.2008.00397_1.x
Bocconi, S., Kampylis, P., & Punie, Y. (2013). The 1 : 1 Learning in Europe case report
From general provision of ICT to. Robert Black College, University of Hong Kong,
(January).
Ellison, B. N., & Boyd, D. (2013). Sociality through social network sites. The
Oxford Handbook of Internet Studies, 151–172. http://doi.org/10.1093/
oxfordhb/9780199589074.001.0001
Harrison, R., & Thomas, M. (2009). Identity in Online Communities : Social Networking
Sites and Language Learning. International Journal of Emerging Technologies &
Society, 7(2), 109–124.
J. Elizabeth, C. (2010). The Digital Imperative: Making the Case for a 21st-Century
Pedagogy. Computers and Composition, 27(1), 27–35. http://doi.org/10.1016/j.
compcom.2009.12.004
Jenni, R., & Mikko, V. (2013). ACTUAL AND POTENTIAL PEDAGOGICAL USE OF
TABLETS IN SCHOOLS. Human Technology, 9(December), 113–131.
Johan, E. L. (2013). Pengintegrasian Web 2.0 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek
Sejarah dan Geografi. Seminar Pe Ndidik a N Sej a R a H Dan Ge Ogr a Fi 2013
(UMS, 2 9 – 30 Ogos 2013, 29–30.
Matthew, J. K., & Punya, M. (2008). Handbook of Technological Pedagogical Content
Knowledge (TPCK) For Educators. In Handbook of Technological Pedagogical
Content Knowledge (TPCK) For Educators.
Matthew, J. K., & Punya, M. (2009). What Is Technological Pedagogical Content
Knowledge ? Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 9(1), 60–
70.
Mohd Yusri, I. (2012). Model KepimpinanPengajaran Pengetua Efikasi dan Kompetensi
Pengajaran. Universiti Malaysia Terengganu.
Othman, T. (2013). Asas penulisan tesis penyelidikan dan statistik. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Robiah, S., & Nor Sakinah, M. (2007). ICT dalam Pendidikan : Prospek dan Cabaran
dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan, 32, 139–152.
Sathiamoorthy Kannan, ., Sailesh Sharma, ., & Zuraidah Abdullah, . (2012). Principal’s
Strategies for Leading ICT Integration: The Malaysian Perspective. Creative
Education, 3(December), 111–115. http://doi.org/10.4236/ce.2012.38b023
Siti Faizzatul Aqmal, M. M., & Razali, H. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran
berasaskan “ Streaming Video ” bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar Abad
ke-21. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan
Latihan Teknik Dan Vokasional.
Siti Salwah, A., & Jamaludin, B. (2013). Aplikasi rangkaian sosial google plus dalam
pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
3(Mei), 31–41.
St Century Schools. (2008). What is 21st Century Education. 21st Century Schools.
Retrieved from http://www.21stcenturyschools.com/What_is_21st_Century_
Education.htm

489
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Stacey, E., & Gerbic, P. (2008). Success factors for blended learning. In Success factors
for blended learning (pp. 964–968). Retrieved from http://www.ascilite.org.au/
conferences/melbourne08/procs/stacey.pdf
Wilson, A. (2010). Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing Your World
-- Don Tapscott. International Journal of Market Research. http://doi.org/10.2501/
S1470785310201119
Zahiah, K., & Abdul Razaq, A. (2010). E-Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam
Pembelajaran Sepanjang Hayat. Proceedings of Regional Conference on Knowledge
Integration in ICT 2010, 209–218. Retrieved from http://library.oum.edu.my/oumlib/
sites/default/files/file_attachments/odl-resources/159456/epembelajaran.pdf
Zaidatun, T., Jacquelin s., L., & Jamalludin, H. (2011). Penggunaan Alat Rangkaian Sosial
di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu , Malaysia. Jurnal Teknologi
Pendidikan Malaysia, 1(1), 31–47.
Zakaria, H. A. Bin. (2000). Educational Development and Reformation in the Malaysian
Education System: Challenges in the New Millennium. Journal of Southeast Asian
Education, 1(1), 113–133.

490
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

INTERVENSI KEFUNGSIAN MURID PINTAR DAN BERBAKAT


YANG BERPENCAPAIAN DI BAWAH TAHAP (UNDERACHIEVER)

Thavamani a/p Selvan, Grace Annammal Piragasam


Jabatan Pendidikan Khas, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Pencapaian di bawah tahap sering bermula dalam kalangan murid pintar dan berbakat
di peringkat sekolah menengah. Walau bagaimanapun tidak terdapat intervensi khusus
yang dapat meningkatkan pencapaian murid pintar dan berbakat yang tidak setara dengan
keupayaan sebenar. Perancangan untuk mengatasi kekangan tersebut perlu dimulakan
dengan memahami amalan pendidikan sedia ada dan kajian kebelakangan berkaitan
murid pintar dan berbakat. Kertas konseptual ini akan membincangkan siapakah
murid yang dimaksudkan sebagai berpencapaian di bawah tahap “underachiever”
dan masalah yang dialami murid pintar dan berbakat yang tidak dapat mempamerkan
potensi sebenar. Artikel ini juga akan membincangkan kajian literatur berkaitan model
intervensi kefungsian tingkah laku yang telah dikaji untuk populasi tersebut. Seterusnya
langkah-langkah perancangan intervensi model kefungsian tingkah laku murid akan
dihuraikan secara lanjut.

Kata kunci: Pencapaian di bawah tahap, pendidikan untuk pintar dan berbakat,
murid berisiko, analisis model kefungsian tingkah laku, intervensi.

PENGENALAN

Trait berpencapaian di bawah tahap (“underachievement”) merupakan sebagai satu


jurang di antara potensi pencapaian dan pencapaian sebenar murid pintar dan berbakat
khususnya dalam bidang akademik. Jurang yang dimaksudkan merupakan perbezaan
di antara pencapaian yang diramal dengan pencapaian sebenar yang mengagalkan
murid untuk mengembangkan atau potensi diri. Murid berpencapaian di bawah tahap
(“underachiever”) terdiri daripada murid berbakat yang mempunyai keupayaan kognitif
yang tinggi, rasa ingin tahu dari segi intelek yang tinggi, tahap kreativiti dan sensitiviti
yang tinggi, motivasi kendiri yang sangat tinggi dan keupayaan afektif yang melebihi
orang lain.
Murid “underachiever” selalunya mempunyai keperluan intelek, akademik dan
sosial yang luar biasa. Murid “underachiever” mempunyai keupayaan intelek yang
memerlukan proses pembelajaran yang berbeza daripada program aliran biasa untuk
memenuhi keperluan tahap potensi pendidikan murid berpencapaian rendah. Murid
“underachiever” boleh didapati dalam kumpulan kanak-kanak secara meluas dan
boleh merangkumi kanak-kanak minoriti atau daripada kumpulan sosioekonomi rendah.
Kehadiran murid “underachiever” termasuklah kanak-kanak berbakat yang tidak
dikenalpasti akan aptitud mereka dan yang berkemungkinan tidak menunjukkan tanda-
tanda berbakat (Wellisch & Brown, 2012).
Masalah pencapaian murid “underachiever” yang tidak setara dengan kecerdasan
kognitif sebenar bermula pada peringkat persekolahan menengah. Walau bagaimanapun,
tidak terdapat suatu intervensi khusus yang dapat memperbaiki masalah murid pintar
dan berbakat dari aspek pencapaian mereka yang rendah. Sehingga kini, intervensi
yang disasarkan untuk membantu masalah tingkah laku murid “underachiever” di
sekolah menengah adalah tidak konsisten dan tidak konklusif. Oleh yang demikian,
perancangan yang efektif untuk membantu murid pintar dan berbakat yang bermasalah
perlu memberi penekanan kepada aspek pengurusan tingkah laku (Ritchotte et al.,2015).
491
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Model Kefungsian Tingkah laku merupakan kaedah praktikal untuk mengenalpasti punca
kejadian masalah mencapai keupayaan sebenar murid pintar dan berbakat dalam bidang
akademik seterusnya merancang program yang berfaedah untuk membantu golongan
murid tersebut.

MASALAH MURID “UNDERACHIEVER”

Murid “underachiever” biasanya mempamerkan kepercayaan diri yang rendah terhadap


kemahiran akademik, mempunyai kawalan diri yang rendah, motivasi kendiri yang rendah
dan kurang berpandukan matlamat yang mengakibatkan kebergantungan kepada guru
semasa belajar. (Figg et al., 2012). Namun demikian statistik kajian menunjukkan bahawa
pengesanan murid “underachiever” adalah amat sukar dilakukan (Cooper, 2012; Lovett &
Lewandowski, 2006; Morisano & Shore 2010).
Kegagalan mengesan murid berpunca daripada tenaga pengajar yang ditempatkan
di sekolah aliran biasa yang tidak mempunyai latihan khusus untuk menangani murid
“underachiever”. Kebanyakan tenaga pengajar kekurangan latihan mengajar untuk mengajar
murid yang mempunyai keupayaan luar biasa. Tenaga pengajar yang baru tidak dilatih
untuk mengenalpasti dan memenuhi keperluan murid berbakat (Ryan & Coneybeare, 2013).
Selain itu, pendedahan mengenai ciri-ciri dan keperluan murid berbakat kurang disalurkan
dalam perkembangan profesional tenaga pengajar (Cooper, 2012; Coleman, 2014). Oleh
yang demikian guru perlu mengambil bahagian dalam latihan pembangunan professional
untuk memahami tentang bakat dan pencapaian rendah. (Geake & Gross, 2008). Salah satu
keperluan perkembangan profesional dilihat daripada aspek sumber bahan pengajaran untuk
murid “underachiever”. Ini kerana sumber pengajaran untuk murid “underachiever” adalah
berbeza dengan murid aliran perdana.
Bentuk kurikulum yang tidak sesuai dengan potensi murid “underachiever”
menyebabkan murid tidak mencapai tahap kecemerlangan yang sepatutnya dicapai.
Pengajaran menggunakan kaedah dan strategi yang berkesan mengikut keperluan setiap
murid perlu dilaksanakan untuk memberi peluang kepada murid berbakat melakukan
aktiviti mengikut minat sendiri tanpa terikat dengan kurikulum asas yang sudah dikuasai
dengan baik. Selain itu, kekurangan motivasi mengakibatkan murid “underachiever” kurang
terlibat dengan aktiviti yang berulang dan sudah dikuasai dengan baik. Kekurangan motivasi
yang dialami murid “underachiver” didapati berpunca daripada masalah sosioemosi,
kekurangan minat dan pendidikan yang tidak mencabar mempengaruhi pencapaian murid
“underachiever” (Wellisch &Brown, 2012) .Ketiadaan motivasi mengakibatkan murid tidak
menunjukkan minat untuk turut serta dalam sesuatu aktiviti terutamanya aktiviti yang tidak
mencabar minda murid.
Oleh yang demikian latihan yang mencabar perlu diberikan kepada murid
“underachiever” agar keupayaan berfikir murid dapat dipertingkatkan. Figgs et al., (2012)
contohnya mendapati murid lebih bermotivasi dan menunjukkan minat dalam aktiviti yang
dikawal sendiri, diberi peluang untuk memilih dan mempraktikkan proses dan kandungan
pendidikan, kurikulum yang mencabar dan guru yang mengambil berat. Kurikulum dan
latihan yang mencabar membolehkan murid “underachiever” mencari maklumat, mensintesis
maklumat dan menyampaikan maklumat mengikut idea sendiri selain meningkatkan
kemahiran yang berkaitan.Murid “underachiever” gemar menyelesaikan latihan yang dipilih
sendiri seperti aktiviti berlandaskan projek dan aktiviti berlandaskan penyelesaian masalah.
Renzulli & Park (2000) menjelaskan peluang untuk berkreatif membolehkan
keperluan murid pintar dan berbakat dipenuhi dengan menjana pelbagai idea dan menganalisis
maklumat.
Murid “underachiever” contohnya, boleh diberikan peluang untuk belajar secara
lebih mendalam mengenai sesuatu topik atau perkara dengan menjalankan kajian sendiri
mengenai perkara tersebut. Proses ini dapat mengembangkan minda murid dan menguasai
492
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sesuatu perkara secara terperinci (Bain et al., 2007). Ini bermakna murid “underachiever”
perlu disediakan dengan kemudahan berdasarkan kepada kekuatan dan keperluan murid.
Murid “underachiever” juga mesti didedahkan kepada intervensi pendidikan
pemulihan. Murid yang dikenalpasti sebagai “underachiever” boleh diberikan peluang untuk
mengikuti program pendidikan yang khusus tanpa memberikan sebarang tekanan kepada
murid (Wellisch dan Brown, 2012). Program intervensi ini akan memberikan peluang kepada
murid untuk mengembangkan kemahiran yang sedia ada di dalam sesuatu bidang tertentu.
Bahagian seterusnya akan membincangkan tentang Model Kefungsian Tingkah Laku.

MODEL KEFUNGSIAN TINGKAH LAKU

Model Kefungsian Tingkah Laku bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi
tingkah laku murid “underachiever” sebelum sesuatu langkah penyelesaian dirancang untuk
murid tersebut (Steege & Watson, 2008). Secara spesifiknya, Model Kefungsian Tingkah
Laku dirangka khas untuk menjelaskan, merangka intervensi dan membetulkan tingkah
laku akademik dan sosial murid “underachiever”. Proses intervensi Model Kefungsian
Tingkah Laku menyediakan pemahaman tentang bagaimana tingkah laku berkait dengan
suasana pembelajaran, konsep pendidikan dan kesukaran yang dialami murid dalam proses
pembelajaran. Pengenalpastian perkaitan antara tingkah laku membantu membantutkan
masalah murid “underachiever” daripada berterusan. Model tersebut ini juga mencadangkan
supaya guru menjalankan intervensi yang berbeza untuk murid pintar dan berbakat mengikut
keperluan unik masing-masing.

Langkah 1 - Pengesahan tentang permasalahan murid “underachiever”


Proses pengesanan permasalahan murid dilakukan dengan menggunakan senarai semak
(Whitemore,1980). Item senarai semak meliputi trait yang dikaitkan dengan masalah
pencapaian di bawah tahap (“underachievement “). Sekiranya murid didapati mempamerkan
lebih daripada sepuluh trait maka keputusan tersebut mengesahkan bahawa murid pintar
dan berbakat tersebut ada masalah. Seterusnya guru perlu melihat diskrepansi antara potensi
pencapaian murid (contohnya ujian penaksiran) dengan pencapaian sebenar murid (gred ujian
peperiksaan) sebagaimana yang disarankan oleh Reis dan McCoach (2000).

Langkah 2- Proses pra- pengumpulan data


Peringkat seterusnya melibatkan proses mendapatkan maklumat tentang tingkah laku yang
dikenalpasti sebagai “underachiever”. Proses ni akan dilakukan ahli pakar dalam bidang
pendidikan dan perkembangan sosio-emosi murid pintar dan berbakat. Kumpulan pakar
bertanggung jawab untuk mengenalpasti dan mendefinisikan tingkahlaku ketara yang
dipamerkan murid yang telah dirujuk. Tingkah laku yang dikenalpasti akan dijadikan tingkah
laku sasaran dan perlu dinyatakan dalam bentuk yang boleh diperhatikan ke atas murid tersebut.
Seiring dengan tingkah laku sasaran, para pengkaji perlu menggariskan tingkah laku sampingan
yang akan difokuskan oleh guru kelas sebaik sahaja tingkah laku sasaran awal telah diperbaiki.

Langkah 3- Proses pengumpulan data


Pakar pengkaji perlu menilai dan mengkaji data daripada rekod sedia ada murid “underachiever”.
Kebanyakan rekod terdiri daripada ujian diagnostik, laporan perubatan dan maklumat daripada
pakar psikologi. Selain daripada itu pakar pengkaji perlu mengenalpasti strategi terdahulu,
motivasi dan pengujian yang telah dilakukan ke atas murid. Seterusnya data yang diperoleh
akan digunakan untuk mengkaji corak tingkah laku murid “underachiever”. Corak tingkah
laku dan kesannya akan digunakan secara lebih mendalam. Pakar pengkaji akan menyiasat
tentang keadaan di mana tingkah laku sasaran berlaku, waktu, kekerapan serta anteseden
kepada tercetusnya tingkahlaku yang disasarkan.

493
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Hipotesis tingkah laku dan intervensi


Pakar pengkaji akan membuat hipotesis untuk menentukan punca murid “underachiever” tidak
dapat menyesuaikan diri dengan arahan guru selain gagal untuk menyelesaikan tugasan serta
kerja sekolah. Seterusnya pakar pengkaji akan berjumpa dengan guru untuk memberi cadangan
tentang respon yang perlu diberikan kepada murid yang memerlukan intervensi. Selain itu,
guru perlu melakukan perubahan kepada persekitaran dan suasana dalam bilik darjah mengikut
keperluan intervensi yang dicadangkan. Pelaksanaan intervensi akan melibatkan rakan sekelas
murid “underachiever” untuk memangkinkan keberkesanan program yang dirancang untuk
murid tersebut. Sesuatu program intervensi yang dirangka perlu mengambil kira tempoh waktu
yang mencukupi.

Langkah 5- Penilaian intervensi


Proses pelaksanan intervensi perlu dirancang dengan teliti khususnya tentang pembahagian tugas
antara guru dan pakar pengkaji selain menentukan faktor lokasi, masa, tempoh pelaksanaan dan
cara penilaian akan dilakukan. Penilaian ke atas intervensi perlu dilakukan dengan penjadualan
rapi sebelum intervensi dimulakan. Ketelitian dalam proses penilaian dapat membantu pakar
penyelidik guru yang melaksanakan intervensi ke atas murid “underachiever” sebagaimana
yang dirancang dan mengikut spesifikasi intervensi. Kegagalan guru untuk mematuhi proses
pelaksanaan menjejaskan kejituan dan konsistensi pelaksanaan serta kesan yang dijangkakan
daripada intervensi yang dijalankan.

Langkah 6-Refleksi
Peringkat terakhir merupakan perjumpaan semula semua pakar pengkaji untuk membincangkan
kejituan dan kemajuan daripada intervensi yang telah dijalankan. Peringkat ini melibatkan
refleksi oleh murid “underachiever” yang terlibat dengan intervensi. Maklum balas daripada
murid akan digunakan untuk menilai keberkesanan intervensi yang telah dirancang dan
dilaksanakan. Sekiranya intervensi tersebut didapati tidak sesuai, maka pakar pengkaji perlu
menggugurkan perancangan intervensi tersebut dan menggantikan intervensi yang baru.

CABARAN KAJIAN MASA HADAPAN

Pencapaian akademik merupakan penentu ukur kejayaan seseorang murid di dalam sekolah
(Matthews, 2006). Pencapaian akademik juga menjadi punca kepada kegagalan murid
dan sebab murid pintar dan berbakat tidak dapat mempamerkan potensi sebenar mereka.
Intervensi yang direkabentuk untuk meningkatkan pencapaian murid “underachiever” perlu
dimulakan seawal di peringkat sekolah rendah lagi. Walau bagaimanapun, ciri kompleks trait
“underachivement”tidak dapat menjanjikan satu intervensi khusus yang dapat membetulkan
diskrepansi antara keupayaan dan pencapaian murid pintar dan berbakat yang bermasalah.
Oleh yang demikian, tenaga pengajar dan pakar pendidikan yang berminat untuk melaksanakan
intervensi Model Kefungsian Tingkah Laku perlulah mensasarkan punca sebenar yang
menghalang kemajuan murid “underachiever” sebelum mereka bentuk rancangan intervensi
individu.
Usaha untuk membetulkan diskrepansi antara pencapaian dan keupayaan murid pintar
dan berbakat yang bermasalah bukanlah mudah. Namun pendekatan yang teliti dan yang
dirancang rapi untuk mengenalpasti tingkah laku murid, pelaksanaan intervensi dan menilai
setiap peringkat pelaksanaan akan dapat membantu dari aspek modifikasi proses intervensi
untuk membantu murid “underachiever” untuk mengoptimumkan keupayaan sebenar mereka.
Oleh yang demikian setiap individu yang mengambil berat tentang perkembangan murid
(tenaga pengajar , pakar pendidikan dan keluarga) perlu mengambil peluang untuk membantu
murid pintar dan berbakat yang tidak dapat menggunakan potensi mereka khususnya di kelas
aliran perdana.

494
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Bain, S. K., Bliss, S. L., Choate, S. M., & Sager Brown, K. (2007). Serving children who
are gifted: Perceptions of undergraduates planning to become teachers. Journal for the
Education of the gifted, 30(4), 450-478.
Coleman, L. J. (2014). “Being a teacher”: Emotions and optimal experience while teaching
gifted children. Journal for the Education of the Gifted, 37, 56-69.
Cooper, M. E., EdS. (2012). Everything I ever wanted to learn about teaching, I learned from
gifted boys. Gifted Child Today, 35(3), 171-178.
Figg, S. D., Rogers, K. B., McCormick, J., & Low, R. (2012). Differentiating low performance
of the gifted learner achieving, underachieving, and selective consuming students. Journal
of Advanced Academics, 23(1), 53-71.
Figg, S.D. & Rogers, K.B. & McCormick, J. & Low, R. (2012).Differentiating low performance
of the gifted learner: Achieving, underachieving, and selective consuming students.Journal
of Advanced Academics 23(1) 53-71
Matthews, M. (2006). Gifted students dropping out: Recent findings from a southeastern state.
Roeper Review, 28, 216-223.
Morisano, D., & Shore, B. M. (2010). Can personal goal setting tap the potential of the gifted
underachiever? Roeper Review, 32(4), 249-258.
Reis, S. M., & McCoach, D. B. (2000). The underachievement of gifted students: What do we
know and where do we go?. Gifted Child Quarterly,44(3), 152-170.
Renzulli, J. S., & Park, S. (2000). Gifted dropouts: The who and the why.Gifted Child
Quarterly, 44(4), 261-271.
Ritchotte, J., Rubenstein, L., & Murry, F. (2015). Reversing the Underachievement of Gifted
Middle School Students Lessons From Another Field. Gifted Child Today, 38(2), 103-113.
Ryan, T.G. & Coneybeare, S. (2013). The underachievement of gifted students: A synopsis. The
Journal of the International Association of Special Education
Steege, M. W., & Watson, T. S. (2008). Best practices in functional behavioral assessment. Dlm
A. Thomas & J. Grimes (Edisi.) Best practices in school psychology (hlm. 337-348).
Wellisch, M. & Brown, Jac.(2012). An Integrated Identification and intervention model for
intellectually gifted children.Journal of Advanced Academics 23(2) 145-167
Wellisch, M., & Brown, J. (2012). An integrated identification and intervention model for
intellectually gifted children. Journal of Advanced Academics,23(2), 145-167.
Whitmore, J. R. (1980). Giftedness, conflict, and underachievement. Allyn & Bacon.

495
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENERIMAAN PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SECARA MAYA (FROG VLE) DALAM
KALANGAN GURU

Wan Mohd Syahrul Wan Md Zain, Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap penerimaan persekitaran
pengajaran dan pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE dalam
kalangan guru. Kajian ini menyelidik tentang tujuh faktor yang mempengaruhi
penerimaan pembelajaran menggunakan Frog VLE iaitu faktor jangkaan prestasi,
faktor jangkaan usaha, faktor pengaruh sosial, faktor keadaan kemudahan,
faktor sikap terhadap penggunaan teknologi, faktor efikasi kendiri dan faktor
kebimbangan. Perkaitan di antara kesemua faktor ini diselidiki berdasarkan
Model Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (Unified Theory
Of Acceptance And Use Of Technology-UTAUT). Kajian ini menggunakan
kaedah penyelidikan secara kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan secara
deskriptif. Instrumen kajian ini adalah merupakan satu set soal selidik terdiri
daripada 28 soalan yang melibatkan tujuh faktor atau pembolehubah dari segi
penilaian tahap penerimaan teknologi. Kajian rintis bagi menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen kajian ini telah dilakukan. Seramai 30 orang guru dari
Zon Keramat, Kuala Lumpur telah dipilih. Dapatan kajian menunjukkan insrumen
kajian ini mempunyai kesahan yang tinggi dengan nilai pekali alfa cronbach adalah
0.934. Implikasi kajian ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) yang telah bekerjasama dengan 1Bestarinet bertujuan untuk
meningkatkan taraf dan mutu pendidikan di Malaysia setanding dengan negara-
negara lain.

Kata kunci: Penerimaan, Persekitaran pembelajaran Maya, Frog VLE, Model


UTAUT.

PENGENALAN

Selama berdekad lamanya teknologi telah menjadi sebahagian daripada pemacu dalam
pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai jenis teknologi dan kepentingannya terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran telah mengalami gelombang perubahan yang pesat
saban hari. Sejak kemunculan teknologi internet, ianya telah mengubah corak hidup
komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,
ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Penggunaan internet terus berkembang dari
masa ke semasa. Di antara bidang yang turut berkembang dalam era internet ini ialah
pengajaran dan pembelajaran secara maya (virtual learning environment-VLE).
Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan, didapati guru kurang menggunakan
Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kurangnya pengetahuan. Ini
mungkin kerana penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
satu isu baru dalam bidang pendidikan (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2005). Ting
dan Woo (2005) mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru yang kurang atau tidak
menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka adalah
kerana kekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Perkara ini dilihat oleh
pengkaji akan menjadi isu kepada kurangnya minat guru untuk menggunakan aplikasi
496
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Frog VLE yang melibatkan capaian melalui internet kerana mereka terpaksa memilih dan
memuatnaik bahan yang bersesuaian untuk dikongsikan bersama pelajar. Guru di sekolah
sewajarnya bersikap kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran, terutamanya dengan mengaplikasikan penggunaan komputer dalam
pembelajaran seharian. Hoy, Bayne dan Wood (2000), turut menyatakan pandangan mereka
iaitu pendidik harus dinamik dan bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang
perkembangan pendidikan semasa. Hasil peninjauan berdasarkan Statistik Penggunaan
Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) di sekolah secara rawak didapati bahawa
penggunaan Frog VLE masih lemah.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini menyelidik tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan pembelajaran


menggunakan Frog VLE dalam kalangan guru di sekolah. Faktor-faktor tersebut terbahagi
kepada tujuh faktor iaitu faktor jangkaan prestasi, faktor jangkaan usaha, faktor pengaruh
sosial, faktor keadaan kemudahan, faktor sikap terhadap penggunaan teknologi, faktor
efikasi kendiri dan faktor kebimbangan. Perkaitan di antara kesemua faktor ini akan
diselidiki untuk mencapai objektif seperti berikut:
1. Mengenal pasti tahap penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan
Frog VLE dalam kalangan guru berdasarkan faktor-faktor jangkaan prestasi, jangkaan
usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi,
efikasi kendiri, dan kebimbangan.
2. Mengenal pasti perbezaan demografi guru terhadap faktor-faktor penerimaan
persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE.
3. Mengenalpasti hubungan di antara faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan
persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE.
4. Mengenalpasti sama ada faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial,
keadaan kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi, efikasi kendiri, dan
kebimbangan mempengaruhi penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya
menggunakan frog VLE dalam kalangan guru.

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian ini adalah seperti berikut:

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan antara faktor demografi guru terhadap faktor penerimaan
penggunaan Frog VLE.

Ho2 : Tidak terdapat hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan


penggunaan Frog VLE.

Ho3: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan bagi faktor jangkaan prestasi, jangkaan
usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi,
efikasi kendiri, dan kebimbangan ke atas penerimaan persekitaran pembelajaran secara
maya menggunakan frog VLE dalam kalangan guru.

Kerangka konseptual kajian


Menurut Venkatesh et al (2003) terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap
penerimaan sesuatu teknologi yang dibangunkan dalam Model Teori Bersepadu Penerimaan
dan Penggunaan Teknologi (Unified Theory Of Acceptance And Use Of Technology -
UTAUT) seperti dalam Rajah 1 dibawah:

497
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 1 : Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT)


(Sumber: Venkatesh et al. 2003)

Oleh yang demikian, model UTAUT ini telah digunakan sebagai panduan dan
landasan untuk membina kerangka konseptual kajian ini di mana ia telah diubahsuai
daripada model UTAUT yang asal untuk disesuaikan dengan kajian ini. Kebanyakan
penelitian dan pemerhatian mendapati bahawa model ini secara konsisten menjelaskan
sebahagian varians dalam tingkah laku di antara sesuatu pemboleh ubah teknologi.
Daripada analisis jurnal bertajuk Empirical Validation of Unified Theory of Acceptance
and Use of Technology Model dan pengubahsuaian instrumen kajian ini yang dijalankan
oleh Thanaporn Sundaravej, maka faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan
pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE di kalangan guru dapat dikenalpasti
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

JANGKAAN
PRESTASI
JANGKAAN
USAHA
FAKTOR PENGARUH
MODERATOR SOSIAL
- Jantina KEADAAN PENERIMAAN
KEMUDAHAN PEMBELAJARA
- Umur N SECARA
SIKAP MAYA (FROG
- Pengalaman TERHADAP VLE)
PENGGUNAAN
TEKNOLOGI
EFIKASI
KENDIRI
KEBIMBANGAN

Rajah 2: Kerangka konseptual kajian


(diubahsuai daripada Model UTAUT, Venkatesh et al, 2003)

498
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kajian ini akan menyelidik tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan


persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan platform Frog VLE dalam kalangan
guru di sekolah. Oleh yang demikian, faktor-faktor tersebut akan dikenalpasti terlebih
dahulu untuk mewakili setiap konstruk kajian ini. Sehubungan dengan itu, banyak
faktor yang disenaraikan dan setiap faktor akan saling berkait di antara satu sama lain.
Berkemungkinan juga terdapat satu atau dua faktor yang dominan dalam menentukan
tahap penerimaan pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE dalam kalangan
guru. Kajian ini akan melihat kepada tujuh faktor yang diandaikan mempengaruhi
penerimaan pembelajaran secara maya Frog VLE dalam kalangan guru. Faktor-faktor
tersebut adalah faktor jangkaan prestasi, faktor jangkaan usaha, faktor pengaruh sosial,
faktor keadaan kemudahan, faktor sikap terhadap penggunaan teknologi, faktor efikasi
kendiri, dan faktor kebimbangan terhadap pembelajaran maya menggunakan Frog VLE.
Kajian ini cuba mencari bukti empirikal, mengenal pasti tahap penerimaan teknologi dalam
kalangan guru seterusnya menentukan faktor-faktor yang menentukan tahap penerimaan
teknologi. Kajian ini penting untuk dilakukan bagi mengukur penerimaan guru terhadap
teknologi yang diperkenalkan kepada mereka melalui Frog VLE. Pengukuran ini boleh
dikatakan tepat kerana merujuk model penerimaan teknologi UTAUT yang diperkenalkan
oleh Venkatesh et al., (2003) sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan ini. Di
samping itu juga, seperti yang sedia maklum bahawa model UTAUT ini digunakan secara
meluas bagi menggambarkan penerimaan terhadap sesuatu teknologi.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara kuantitatif. Pendekatan kuantitatif


dalam kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan secara deskriptif. Penyelidikan
deskriptif adalah penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena
yang berlaku (Mohd. Majid Konting, 2000). Reka bentuk deskriptif ini akan memberi
gambaran bagi pemboleh ubah yang ingin dicerap menggunakan petunjuk statistik bagi
melihat taburan dan bentuk pola serta kecenderungan data.
Satu set soal selidik digunakan dalam kajian ini yang melibatkan tujuh faktor atau
pembolehubah dari segi penilaian tahap penerimaan teknologi yang melibatkan faktor-
faktor seperti jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan,
sikap terhadap penggunaan teknologi, efikasi kendiri, dan kebimbangan. Instrumen dalam
kajian ini adalah diubah suai daripada instrumen yang telah disahkan penggunaannya
yang dibina oleh Thanaporn Sundaravej dalam kajiannya yang bertajuk Empirical
Validation of Unified Theory of Acceptance and Use of Technology Model. Dalam kajian
ini, populasi yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru yang berkhidmat dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia khasnya di Zon Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Pemilihan sampel adalah dengan menggunakan teknik pemilihan rawak mudah
agar kesahan luaran kajian tetap tinggi dan generalisasi data dapat dilakukan. Sampel
kajian ini melibatkan 150 orang guru yang mengajar murid tingkatan 1 dan 2 sekolah
menengah di Zon Keramat, Kuala Lumpur. Soal selidik kajian ini dihantar ke sekolah-
sekolah secara rawak tanpa menentukan sekolah yang hendak dikaji. Walaupun demikian,
untuk memastikan sampel kajian ini betul-betul sesuai dengan objektif kajian, guru yang
dipilih menjadi sampel kajian mestilah guru yang pernah mengikuti kursus dan latihan
penggunaan Frog VLE sahaja. Kajian rintis melibatkan 30 orang guru yang terlibat
dengan pelaksanaan pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE. Maklumat yang
diperolehi daripada kajian rintis juga diguna pakai untuk memastikan kesesuaian makna
item dalam mengukur pemboleh ubah yang ditetapkan. Selain itu juga, kebolehpercayaan
instrumen kajian diperolehi daripada data kajian rintis yang akan dijalankan berdasarkan
rumusan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang dianalisis menggunakan aplikasi
Statistical Package For The Social Scince (SPSS) versi 21.
499
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Analisis data secara statistik deskriptif digunakan untuk merumuskan data kuantitatif yang
dikumpul. Analisis ini dapat memperihal data yang telah dicerap agar menjadi lebih bermakna
menggunakan petunjuk seperti taburan kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai.
Manakala, statistik inferensi pula menggunakan analisis korelasi dan analisis regrasi linear
berganda (stepwise). Ini bertujuan untuk melihat hubungkait atau pengaruh antara satu faktor
dengan faktor yang lain serta kekuatan kaitan di antara pemboleh ubah yang dikaji (Cohen &
Manion, 1985). Analisis regrasi pula digunakan untuk mengukur besarnya pengaruh pemboleh
ubah bebas (faktor-faktor seperti jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan
kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi, efikasi kendiri, dan kebimbangan) terhadap
pemboleh ubah bersandar (penerimaan pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE).
Gujrati (2006), menjelaskan bahawa analisis regrasi ini dapat menjelaskan hubungan satu
pemboleh ubah yang disebut pemboleh ubah yang diterangkan (the explained variable) dengan
satu atau dua pemboleh ubah yang menerangkan (the explanatory).

Jadual 1: Tatacara analisis data

Objektif kajian Persoalan kajian Hipotesis kajian Analisis Data


1. Mengenal pasti 1. Apakah tahap
tahap penerimaan penerimaan guru
persekitaran terhadap penggunaan Min,
pembelajaran Frog VLE Peratusan
secara maya berdasarkan faktor- Tiada Hipotesis &
menggunakan faktor jangkaan Sisihan Piawai
Frog VLE dalam prestasi, jangkaan
kalangan guru usaha, sikap
berdasarkan faktor- terhadap penggunaan
faktor jangkaan teknologi, pengaruh
prestasi, jangkaan sosial, keadaan
usaha, pengaruh kemudahan,
sosial, keadaan efikasi kendiri, dan
kemudahan, kebimbangan?
sikap terhadap
penggunaan
teknologi, efikasi
kendiri, dan
kebimbangan.
2. Mengenal pasti 2. Adakah terdapat Tidak terdapat
perbezaan perbezaan demografi perbezaan antara Ujian-T
demografi guru guru terhadap faktor- faktor demografi &
terhadap faktor- faktor penerimaan guru terhadap ANOVA
faktor penerimaan persekitaran faktor penerimaan
persekitaran pembelajaran secara penggunaan Frog
pembelajaran maya menggunakan VLE.
secara maya Frog VLE?
menggunakan Frog
VLE.

500
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

3. Mengenalpasti 3. Adakah terdapat Tidak terdapat


hubungan di antara faktor-faktor yang hubungan antara
faktor-faktor yang mempengaruhi faktor-faktor yang Korelasi
mempengaruhi penerimaan mempengaruhi
penerimaan persekitaran penerimaan
persekitaran pembelajaran secara penggunaan Frog
pembelajaran secara maya menggunakan VLE.
maya menggunakan Frog VLE?hubungan
Frog VLE. di antara
4. Mengenalpasti sama 4. Adakah faktor Tidak terdapat
ada faktor jangkaan jangkaan prestasi, pengaruh yang
prestasi, jangkaan jangkaan usaha, signifikan bagi Regrasi
usaha, pengaruh pengaruh sosial, faktor jangkaan
sosial, keadaan keadaan kemudahan, prestasi, jangkaan
kemudahan, sikap terhadap usaha, pengaruh
sikap terhadap penggunaan sosial, keadaan
penggunaan teknologi, efikasi kemudahan,
teknologi, efikasi kendiri, dan sikap terhadap
kendiri, dan kebimbangan penggunaan
kebimbangan mempengaruhi teknologi, efikasi
mempengaruhi penerimaan kendiri, dan
penerimaan persekitaran kebimbangan ke
persekitaran pembelajaran secara atas penerimaan
pembelajaran secara maya menggunakan persekitaran
maya menggunakan frog VLE dalam pembelajaran
frog VLE dalam kalangan guru? secara maya
kalangan guru. menggunakan
frog VLE dalam
kalangan guru.

Dapatan kajian rintis menunjukkan nilai Alfa Cronbach bagi kajian ini adalah
0.934. Ini menunjukkan item soal selidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan
amat sesuai digunakan untuk kajian ini.

KESIMPULAN

Frog VLE bukan pengganti kepada pembelajaran dalam kelas. Namun, kaedah ini
mempunyai beberapa kelebihan. Kajian ini membincangkan secara ringkas kelebihan dan
kelemahan pembelajaran secara atas talian menerusi Frog VLE. Pertama sekali adalah
fleksibel dan mudah diakses. Sesiapapun boleh dapat manfaat pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja. Kedua, penyampaian yang pantas dan menjimatkan kos. Isi kandungan
bahan boleh disalurkan dengan mudah dengan adanya talian internet tanpa apa-apa kos
seperti kos kertas dan dakwat untuk tujuan cetakan. Ketiga, meningkatkan pengurusan dan
penyeragaman yang berkesan. Maklumat dapat disalurkan dengan menyeluruh dan setiap
aktiviti murid dapat diawasi dan dinilai dengan sistematik. Oleh itu tahap penerimaan
guru terhadap pelaksanaan ini perlu dikaji dan diambil kira agar hasrat yang ingin dicapai
oleh KPM tercapai. Ini kerana sehebat manapun program yang dirancang di sekolah,
semuanya bergantung kepada guru sebagai pelaksana.

501
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

A. Hamdan*,1,a, R. Din1,b, S. Z. Abdul Manaf1,c, N. S. Mat Salleh1,d, I. F. Kamsin1,e,


and N. M.Ismail2, Pengaplikasian UTAUT Dalam Bidang Pendidikan: Satu Ulasan
Sistematik, Journal of Advanced Review on Scientific Research , (Vol. 5, No.1. Pages
10-29, 2015)
A. Raman, Y. Don, R. Khalid, F. Hussin, M. S. Omar, M. Ghani, Technology Acceptance
on Smart Board among Teachers in Terengganu Using UTAUT Model, Asian Social
Science 10 (2014) 84-91.
B. L. Lim, Factors Influencing Email Usage: Applying The Utaut Model (Doctoral
dissertation, USM 2005.
B. Sumak, G. Polancic, M. Hericko, An empirical study of virtual learning environment
adoption using UTAUT. In Mobile, Hybrid, and On-Line Learning, 2010. ELML’10.
Second International Conference on IEEE 2010 pp. 17-22.
Frog Asia. 2012. Gambaran Keseluruhan Frog VLE, Manual Pengguna (Guru, Frog VLE
Overview; User: Staff), Malaysia.
Leech, N. L., Barrett, K. C., & Morgan, G. A. (2005). SPSS for Intermediate Statistics:
Use and Interpretation. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum.
M. D. Williams, N. P. Rana, Y. K. Dwivedi, B. Lal, Is UTAUT really used or just cited
for the sake of it? a systematic review of citations of UTAUT’s originating article. In
ECIS(2011).
Mohamad Bilal Ali, Jamalludin & Zaidatun (2000), Pengajaran dan Pembelajaran Maya
Menerusi Teknologi Kawalan Komputer Jarak Jauh, Konvensyen Pendidikan UTM
2000, Sekudai Johor.
N. D. Oye, N. A., Iahad, N. A. Rahim, The history of UTAUT model and its impact on ICT
acceptance and usage by academicians, Education and Information Technologies 9
(2014) 251-270.
Norazilawati Abdullah1, Noraini Mohamed Noh2, Nik Azmah Nik Yusuf3, Rosnidar
Mansor4, Aplikasi persekitaran pengajaran maya (FROG VLE) dalam kalangan guru
Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia (Volume 3, No. 2, 2013, Pages 63 to
76) Rheingold, H. (2004), Virtual Learning Enviroment (VLE),
http://www.thefeature.com/articleid=100499&ref=2337881
Thanaporn Sundaravej, Empirical Validation of Unified Theory of Acceptance and Use
of Technology Model , College of Business Administration, University of Missouri
at Saint Louis.
Schultz.H.S. &Forgarty.J. (2002), Online Learning Today, Berrett-Koehler Publishers,
INC. San Francisco.
Venkatesh, V., Morris, M.G., Davis, G.B., and Davis, F.D. (2003). User acceptance of
information technology: toward a unified view, MIS Quarterly 27(3), pp.425-478

502
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

SYIAH DAN KESELAMATAN NEGARA : SATU TINJAUAN AWAL

Zarina Binti Othman, Nor Azizan Bin Idris, Bakri Bin Mat, Abdul Halim Bin Daud
Pusat Pengajian Politik, Sejarah dan Strategik,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Ancaman keselamatan negara hari ini tidak lagi terbatas kepada peperangan dan
konflik keganasan semata-mata. Ancaman bukan tradisonal seperti perbalahan mazhab
dan konflik agama turut memberi kesan terhadap keselamatan negara. Di Malaysia,
sebuah negara bermasyarakat plural dengan kepelbagaian bangsa dan agama, walaupun
Islam adalah agama rasmi, namun agama lain turut dianuti oleh pengikutnya dengan
aman damai. Namun beberapa fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal
Jamaah telah mengelirukan masyarakat dan yang terkini adalah fahaman Syiah.
Kajian ini bertujuan meneroka dan mengenal pasti adakah fahaman Syiah mengancam
keselamatan negara. Ini kerana perbezaan fahaman ini menuntut kerajaan memainkan
peranan yang lebih serius. Dengan menggunakan pendekatan konsep keselamatan
negara, kajian ini menghujahkan fahaman Syiah mengancam negara. Untuk tujuan
itu, kajian ini telah membuat sorotan literatur yang berkaitan daripada buku ilmiah,
jurnal akademik, kajian dari tesis PhD dan monograf. Hasil tinjauan awal literatur
menunjukkan walaupun ada beberapa kajian mengenai fahaman Syiah, namun tiada
yang mengkaji mengenai fahaman Syiah dan impaknya terhadap keselamatan negara
Malaysia. Ia makin perlu untuk di kaji kerana pada waktu yang sama Malaysia perlu
mengekalkan hubungan yang harmoni dengan Iran iaitu negara di mana fahaman ini
bermula. Hasil tinjauan awal juga memaparkan fahaman Syiah yang kini telah dianuti
oleh masyarakat Melayu Malaysia dan makin berkembang di Asia Tenggara, boleh
mengancam keselamatan negara disebabkan perbezaan yang ketara dengan ahli Sunnah
Wal Jammah negara ini.

Kata kunci : Ahli Sunnah Wal Jamaah, Keselamatan Negara, Syiah.

PENGENALAN DAN LATARBELAKANG

Konsep keselamatan negara mengalami satu dimensi baru setelah berakhirnya Perang
Dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union setelah lebih empat dekad memisahkan
masyarakat antarabangsa dengan ideologi demokrasi-kapitalis dan sosialis-kapitalis.
Keruntuhan Tembok Berlin di Jerman pada tahun 1989 menjadi penanda aras terbukanya
ruang perdebatan mengenai keselamatan negara. Konsep keselamatan negara yang sebelum
ini hanya dikaitkan dengan ancaman tradisional seperti peperangan dan konflik keganasan,
mula diperdebatkan dengan ancaman bukan-tradisional seperti ancaman kumpulan
pemisah, dadah, pendatang tanpa izin, wabak penyakit, jenayah rentas sempadan, imigrasi
masyarakat antarabangsa, perbalahan mazhab dan konflik agama. Konsep keselamatan
negara telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat pada era selepas Perang Dunia ke
2. Beberapa sarjana telah membahaskan konsep keselamatan negara antaranya Trager
& Simonie (1973), yang menyatakan konsep keselamatan negara adalah usaha untuk
mencapai nilai-nilai nasional (national values) yang merangkumi sistem politik, sosial
dan asas fizikal tertubuhnya sesebuah negara. Nilai-nilai nasional ini merujuk kepada
nilai kelangsungan hidup bagi memastikan kewujudan berterusan sesebuah negara dan
masyarakat, bahasa, pembangunan sosial dan ekonomi, kemerdekan politik dan integriti
sempadan. Hujah ini diperkasakan oleh Al Mashat (1985)dengan menjelaskan nilai-nilai
nasional tersebut adalah nilai teras (core value) yang harus dipertahankan.
503
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Penamatan dua blok bipolar utama iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan
Soviet, telah digantikan dengan sistem multipolar yang lebih kompleks dan sukar dijangka.
Iran antara negara yang muncul sebagai sebuah kuasa serantau di Rantau Timur Tengah
terutama dari aspek ketenteraan dan negara yang berupaya mengawal harga pasaran minyak
mentah dunia (Hendrix, 2015). Lebih dikenali dengan Parsi sebelum zaman pemerintahan
Shah Mohammad Reza Pahlavi menukarkannya kepada nama Iran pada tahun 1935.
Kemuncak pemerintahan Dinasti Pahlavi adalah pada tahun 1979 selepasditundukkan oleh
Ayatollah Al-Khomeini melalui Revolusi Iran1(Papanek, 1935). Revolusi ini tidak hanya
melahirkan sebuah negara Republik Islam, namun turut mewujudkan satu-satunya negara
yang mempunyai majoriti rakyat berfahaman Syiah. Menurut Pew Research Center2
sehingga Januari 2015, populasi umat Islam diseluruh dunia adalah berjumlah 23.2%.
Daripada jumlah berkenaan, penganut Syiah3 pula dianggarkan sekitar 10% hingga 13%.

Jadual 1.0 : Majoriti penganut fahaman Syiah di lima negara utama


Bil Negara Peratusan Penduduk Berfahaman Syiah
1 Iran 95%
2 Azerbaijan 75%
3 Iraq 70%
4 Lubnan 55%
5 Afganistan 15%
Sumber : Pew Research Center.com (2015)

Di Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Ketua Setiausaha


Kementerian menyebut, sehingga Ogos 20134, dianggarkan lebih kurang 250,0005
orang penganut Syiah telah berada di Malaysia. Nisbah ini menjadikan penganut Syiah
berjumlah 8.3% daripada keseluruhan 30.36 juta populasi rakyat Malaysia beragama Islam
yang majoriti berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah7 (selepas ini akan
1 Revolusi Iran turut dikenali sebagai Revolusi Islam. Revolusi ini merupakan revolusi yang mengubah
sepenuhnya Iran dari sistem monarki dibawah Shah Mohammad Reza Pahlavi menjadi sebuah Republik
Islam dibawah pimpinan Ayatollah Al-Khomeini. Revolusi ini berlaku pada Januari 1978 dengan demonstrasi
besar-besaran sehingga melumpuhkan kehidupan sosiopolitik di Iran dan berakhir dengan penggubahan
perlembagaan teokrasi baru pada 1 April 1979 apabila rakyat Iran melantik Ayatollah Al-Khomeini sebagai
pemimpin baru Iran pada Disember 1979. Revolusi ini berbeza dengan revolusi Perancis atau revolusi Rusia
kerana ia bukan berlaku disebabkan kekakalahan perang, krisis kewangan, pemberontakan petani atau
ketidakpuasan kepimpinan tentera tetapi disebabkan oleh penyalahgunaan kuasa oleh Shah Reza Pahlevi.
Untuk perbincangan lanjut sila rujuk Papanek (2009).
2 Pew Research Center merupakan satu badan bebas yang menjalankan kajian berkaitan dengan agama,
masyarakat, sikap dan trend. Mengendalikan pandangan umum, kajian demografi, kajian analisis media dan
kajian sosial sains secara impirikal. Kumpulan ini memfokuskan kajian kepada aspek seperti berikut politik
dan polisi semasa Amerika Syarikat, jurnalisme dan media, internet, sains dan teknologi, agama dan sikap
masyarakat global, kehidupan sosio-ekonomi dan trend demografi terkini.Perkembangan lebih lanjut boleh
dirujuk di laman sesawang http://www.pewresearch.org/ (2015)
3 Dalam kajian ini, penggunaan Syiah akan merujuk kepada orang yang berfahaman Syiah.
4 Sinar Harian. 2013. http://www.sinarharian.com.my/nasional/kdn-pengikut-syiah-di-malaysia-cecah-250-
000-1.190448.5Ogos2013 - [10 September 2015]
5 Anggaran ini termasuklah rakyat Malaysia yang berfahaman Syiah
6 Anggaran ini penduduk berasaskan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, Jabatan
Perangkaan Malaysia (2014).
7 Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah ajaran dan amalan yang berasal daripada Nabi s.a.w. dan para Sahabatnya
sebagaimana yang ternyata daripada hadith yang menyebut umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan,
yang selamat hanya satu, iaitu mereka yang dipanggil sebagai jemaah yang selamat dan benar, yang berpegang
kepada dasar hidup nabi dan para sahabatnya, mereka itulah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Malaysia negara
yang berpegang kepada aliran dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dalam akidah ia mengikut mazhab
Imam Asy’ari radiallahu anhu, dalam Fiqh ia mengikut Mazhab Syafi’e radiallahu anhu dengan tambahan-
504
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

disebut sebagai Sunni). Menurut Nakhaie (2013), walaupun dunia memberikan revolusi
berkenaan dengan nama Revolusi Islam, namun secara jelasnya ia merupakan agenda Iran
dalam meluaskan doktrin Syiah mereka atas nama menyatukan negara Islam di bawah
konsep Wilayatul Faqih8(Nakhaie, 2013).
Malaysia menjadi antara negara yang mempunyai kerjasama dan hubungan dua
hala yang baik dengan Iran sama ada dari aspek ekonomi mahupun sosial. Fahaman Syiah
yang dibawa oleh Iran ke Malaysia kini semakin menular. Apatah lagi fahaman ini turut
dikembangkan oleh rakyat tempatan yang pulang belajar dari Iran. Walaupun Malaysia pernah
memberi ruang kepada fahaman Syiah dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah diamalkan di
Malaysia namun, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah berbincang dan memutuskan
bahawa:

“…bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan


pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/849, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran
Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas
kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah
dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah10 sahaja yang diterima untuk diamalkan di
Malaysia.” Dimansuhkan.”

Pada tahun 2013, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pernah
menjelaskan kehadiran kumpulan Syiah dengan jumlah yang tidak terkawal di Malaysia
boleh menimbulkan pertembungan antara kumpulan Syiah dan Sunni sehingga mengancam
keselamatan Negara11. Sekiranya Malaysia tidak mengambil pendekatan awal bagi
menangani kemasukan penganut fahaman Syiah ke negara ini, tidak mustahil Malaysia
akan turut mengalami nasib yang sama sebagaimana konflik yang kini melanda beberapa
negara di Rantau Timur Tengah akibat dari perselisihan fahaman antara golongan Sunni
dan Syiah12.
Di Malaysia, kumpulan minoriti Syiah telah berani meminta agar diberi hak
kesamarataan sebagaimana pengamal lain seperti memiliki Masjid Syiah sendiri,
tambahan yang diperlukan dari segi keputusan-keputusan fatwa mengikut kaedah yang wajar dalam Ahli
Sunnah; dalam huraian berkenaan dengan akhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al-Ghazali radiallahu
anhu. Sistem pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnah ini diikuti dengan baiknya dan mesti
dipelihara. Untuk perbincangan lanjut sila rujuk Ahmad Izzudin (2009).
8 Wilayatul Faqih adalah sebuah konsep menyatukan satu tampuk pemerintahan dibawah syiar Imamiah Syiah.
9 Pada tahun 1984, Kerajaan Malaysia melalui Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan
penahanan beberapa pemimpin dan pengikut Syiah, di antaranya adalah Profesor Lutfi Ibrahim dari Jabatan
Pengajian Islam, Universiti Malaya. Berikutan penahanan tersebut, Jawatankuasa-Jawatankuasa Fatwa Negeri-
Negeri termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa tentang penyelewengan akidah dalam
Mazhab Syiah. Untuk perbincangan lanjut sila rujuk Mohamed (2003).
10 Mazhab Syiah dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah tidak diharamkan pada tahun 1985 adalah kerana,
kedua mazhab ini dilihat amat dekat pegangannya dengan Sunni. Mazhab Syiah Al-Zaidiyah adalah merujuk
kepada golongan Syiah yang dibawa oleh pengikut Zaid bin Ali bin Al-Hussin bin Ali Bin Abu Talib.
Kebanyakkan mazhab Zaidiyah ini berada di Yaman. Manakala mazhab Syiah dari golongan Jaafariah pula
merujuk kepada Jaafar as Sadiq. Walau bagaimanapun pada tahun 1996, kesemua golongan dari mazhab Syiah
ini diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan untuk diharamkan kerana masih terdapat unsur-unsur
yang bercanggah dengan akidah Sunni terutama dalam aspek mengkafirkan sahabat serta meletakkan/taksub
dengan Saidina Ali melebihi dari Rasulullah. Untuk perbincangan lebih lanjut sila rujuk Aizam (2013) dan
Wan Zahidi (2011).
11 Rujuk laman sesawang www.astroawani.com mengenai kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, YBhg. Tan
Sri Khalid Abu Bakar pada 13 Disember 2013.
12 Kemuncak ketegangan konflik antara kedua fahaman ini adalah seperti peristiwa pembunuhan kejam orang-
orang awam di Syria, Iraq dan Yaman, pembakaran masjid-masjid puak yang bertelagah, demonstrasi
kekerasan yang menyebabkan kecderaan yang parah seperti yang berlaku di Arab Saudi pada 1979 akibat
dari pemberontakan puak minoriti Syiah yang tidak berpuas hati dengan kerajaan Arab Saudi serta kebanjiran
pelarian-pelarian Sunni dari negara-negara bergolak ke seluruh dunia.
505
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

merayakan Hari Asyura secara terbuka sempena peristiwa pembunuhan Saidina Hussin
(meratapi kematian Saidina Hussin selaku cucu Rasulullah SAW dengan melukakan
badan dengan senjata-senjata tajam), rapat umum mencela isteri Baginda Rasulullah
SAW iaitu Ummul Mukminin Saidatina Siti Aishah Radiahuanha dan peruntukan yang
sama diberikan kepadaNGO Syiah sebagaimana NGO lagi di Malaysia13. Sehubungan itu,
timbul persoalan di sini, setelah Kerajaan menfatwakan pengharaman Syiah di Malaysia
pada tahun 1984 dan mengecualikan dua golongan Syiah iaitu fahaman Syiah Al-Zaidiyah
dan Jaafariyah, namun pada tahun 1996 Kerajaan sekali lagi mengambil pendekatan
untuk mengharamkan secara keseluruhan Syiahyang mana sebelum ini dibenarkan
untuk di amalkan di Malaysia?, Persoalan kajian, adakah fahaman Syiah ini mengancam
keselamatan Negara Malaysia dan bagaimana ia boleh memberi kesan terhadap hubungan
Malaysia dan Iran.

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Oleh yang demikian, objektif utama kajian adalah seperti berikut:


i. Menganalisa faktor-faktor yang mendorong kumpulan Syiah meluaskan pengaruh mereka
di Rantau Asia Tenggara terutama Malaysia.
ii. Membincangkan implikasi fahaman Syiah terhadap kestabilan dan keselamatan Negara
Malaysia.
iii. Menganalisa hubungan dua hala antara Malaysia-Iran disebabkan oleh faktor Syiah.

Antara persoalan kajian yang akan dikaji adalah seperti berikut:


i. Apakah faktor yang menyebabkan fahaman Syiah semakin berkembang?
ii. Bagaimanakah Syiah memberi kesan kepada keselamatan Negara Malaysia?
iii. Bagaimana faktor Syiah-Sunni ini memberi kesan kepada hubungan Malaysia – Iran?

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif14 di dalam penyelidikan ini. Pemilihan pendekatan


kualitatif dalam kajian ini adalah bagi mengkaji dan memahami proses yang berlaku serta situasi
sebenar isu yang sedang diselidiki. Memandangkan kajian ini akan mengkaji fenomena yang
telah dan sedang berlaku, maka peyelidik memilih untuk menggunakan pendekatan kualitatif
secara kaedah indukif iaitu mengumpulkan data yang akan membawa kepada pembentukan
idea, konsep dan teori. Dari konteks kaedah pengumpulan data, penyelidik akan menggunakan
kaedah pengumpulan data secara primer dan sekunder. Walau bagaimanapun, tinjauan awal ini
hanya kaedah sekunder dari pengumpulan data sahaja yang akan digunakan oleh penyelidik.
Data-data ini diperolehi dari bahan-bahan kajian impirik bercetak terbitan dalam negara
dan luar negara yang menggunakan bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab; monograf, artikel jurnal
akademik yang berwasit dan bertauliah; kertas-kertas seminar tempatan dan antarabangsa yang
terkini dan serta laman-laman sesawang yang berautoritatif berkaitan dengan topik yang dikaji.
Selain itu, bagi memperkayakan lagi kajian ini, penyelidik memanfaatkan sepenuhnya beberapa
perpustakaan yang terdapat di Malaysia. Pemilihan setiap perpustakaan ini tidak dibuat secara
13 Maklumat ini diperolehi semasa penyelidik bertugas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2006-2010) semasa
bermesyuarat bersama agensi-agensi keselamatan seperi PDRM, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana
Menteri (RD), Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri pada penghujung tahun
2010. Individu-individu berkenaan memohon agar indentitinya dirahsiakan (2010).
14 Pendekatan kualitatif didefinisikan sebagai kaedah yang memberatkan usaha untuk mencari dan memberikan
keterangan serta pemerhatian bukan numerikal walaupun terdapat keterangan yang merujuk kepada statistik.
Kebanyakan kajian dalam bidang ini memberikan keterangan, interpretasi, atau makna dalam sesuatu proses
komunikasi. Kaedah ini juga lebih merupakan usaha untuk memberikan keterangan tentang sifat dan keadaan
manusia dengan menggunakan pandangan umum tentang apa-apa saja tindakan sosial. Perbincangan lebih
lanjut sila rujuk Azizah (2010).
506
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

rawak, akan tetapi dipilih secara selektif. Antaranya Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM yang
menajdi antara Perpustakaan terbesar yang ada di Malaysia; Perpustakaan Kementerian Dalam
Negeri yang mempunyai bahan-bahan bercetak yang agak terhad dan bertaraf sulit; dan Pusat
Sumber Majlis Keselamatan Negara yang menyimpan dokumen-dokumen rasmi berkaitan isu-
isu keselamatan negara.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Sejarah bertapaknya Syiah di Malaysia tidak disepakati oleh para sarjana. Namun rata-
rata bersetuju tersebarnya Syiah di negara ini adalah selepas tercetusnya Revolusi Iran
pada tahun 1979 dibawah pimpinan Ayatolleh Khomeini menumbangkan Kerajaan Shah
Mohammad Reza Pahlavi atau Shah Iran. Menurut Aizam (2013), beliau bersetuju dengan
pandangan yang dibincangkan oleh kebanyakan ulama Sunni di Malaysia bahawa, fahaman
Syiah adalah fahaman yang dibawa masuk ke Nusantara sekitar tahun 1979, selepas
kejatuhan kerajaan Shah Iran melalui Revolusi Iran. Slogan perpaduan Sunni-Syiah di
Malaysia yang dicanangkan atas hujah bertuhankan tuhan yang sama, berkiblatkan pada
satu kiblat yang sama dan berpandukan pada satu nabi yang sama sering dicanangkan
untuk mendapatkan simpati dari masyarakat melayu (Aizam, 2013). Pada waktu itu,
media Barat cukup hebat memainkan propaganda mengangkat imej Al-Khomeini sebagai
pemimpin pembaharuan dengan memberi gambaran beliau adalah pemimpin Islam yang
hebat serta perlu diikuti oleh semua dunia Islam (Ismaweb.net 2013).
Propaganda ini akhirnya membuahkan hasil apabila masyarakat Islam pada waktu
berkenaan dilihat terpengaruh dengan slogan yang dibawa oleh Al-Khomeini dengan
menghantar anak-anak untuk belajar di Iran. Selepas Al-Khomeini diangkat menjadi
Presiden, beliau mengambil peluang ini mengajak semua pemimpin dunia termasuk dari
Malaysia untuk bertandang ke Tehran terutama pemimpin-pemimpin Parti yang dominan
memerintah negara dan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk bertemu dengannya. Apabila
rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar dari rumpun nusantara pulang dari belajar di Iran,
mereka turut membawa bersamanya fahaman Syiah. Menurut Wan Zahidi, fahaman Syiah
adalah ancaman terbesar kepada akidah umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia yang
berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Wan Zahidi, 2011).
Wan Zahidi (2011) turut membincangkan mengenai gelombang Syiah di Malaysia
yang berkembang selepas berlakunya peristiwa penaklukan Iraq oleh Amerika Syarikat dan
pasca perang Hizbullah-Israel di Lubnan. Kemasukan kumpulan Syiah ini membentuk tiga
kumpulan utama iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra), Syiah Ismailiah Agha Khan
dan Syiah Ja`afariyah atau Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas). Dari ketiga-
tiga kumpulan ini, Syiah Ja`afariyah dikesan mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan
Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh kumpulan ini digerakkan melalui beberapa cara
seperti pengedaran bahan bacaan, perseorangan yang kembali dari berkunjung ke Iran
atau individu yang berasal dari Iraq. Selain itu penyebaran fahaman kumpulan ini juga
disebarkan melalui medium akademik oleh pensyarah universiti tempatan kepada para
pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Penulisan mereka ini lebih menitik beratkan kepada
aspek penyelewengan Syiah dari sudut aqidah dan syariat.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, nisbah penganut fahaman Syiah di Malaysia
berjumlah 8.3% daripada keseluruhan 30.3 juta rakyat Malaysia. Sekaligus menjadikan
kumpulan ini golongan minoriti di Malaysia. Pada 6 Jun 2011, sekumpulan individu yang
mendakwa mewakili kumpulan Syiah di Malaysia telah menghantar satu memorandum
kepada Yang Di Pertuan Agong memohon agar diberi hak kesamarataan walaupun sebagai
satu kumpulan minoriti di Malaysia. Mereka memohon agar bebas mengamalkan amalan
Syiah dan memohon pewartaan pengharaman Syiah yang telah diputuskan oleh Muzakarah
Fatwa Kebangsaan di tarik balik sama ada di peringkat kebangsaan mahupun nasional.
Bahkan kumpulan Syiah ini turut dikaitkan dengan satu kes pembunuhan seorang pegawai
507
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jabatan Agama Islam Pahang15 di Kuantan, Pahang.


Secara umumnya, Iran dan Syiah adalah dua elemen yang tidak dapat dipisahkan.
Negara Iran satu-satunya negara di dunia pada hari ini yang mempunyai majoriti paling
ramai masyarakat berfahaman Syiah. Kajian mengenai kebangkitan Iran di Rantau Timur
Tengah sebelum ini telah dikaji oleh ramai sarjana. Antaranya Sung dan Johannes (2015),
Patrikarakos (2015), Toensing (2007), Sørli dan Gloditsh (2005) dan Skocpol (1982).
Kajian mereka adalah mengenai Iran sebagai sebuah kuasa yang sedang bangkit di Timur
Tengah dan dilihat mampu menandingi kuasa utama dunia (global leader). Pasca kematian
Ayatollah Al-Khomeini pada tahun 1989 dan tamatnya perang antara Iran dan Iraq
pada tahun 1998 menunjukkan Iran sedang meluaskan jaringan kekuasaannya di rantau
berkenaan melalui pendekatan mengukuhkan kepentingannya melalui dasar-dasar luar.
Iran kini sedang meningkat menjadi sebuah kuasa serantau yang digeruni di Rantau Timur
Tengah. Kehebatan Iran ini turut diterjemahkan dengan keupayaannya membangunkan
program nuklear sebagai satu tanda negara Syiah itu sedang mendepani arus teknologi
dan era globalisasi (Sung dan Johannes, 2015).
Patrikarakos (2015) mengkaji mengenai kesan pembangunan program nuklear
Iran terhadap masyarakat dunia dan dapatan dari kajian berkenaan menunjukkan program
tersebut menimbulkan kegelisahan dikalangan aktor-aktor antarabangsa yang melihat ia
sebagai satu usaha mewujudkan sebuah negara yang berkecenderungan untuk menggunakan
senjata berbahaya ini dalam situasi terdesak. Kesungguhan Iran membangunkan tenaga
nuklear ini diterjemahkan sejak dari zaman pentadbiran Shah Mohammad Reza Pahlavi.
Iran mengimpikan sebuah teknologi yang canggih, moden dan berkeupayaan luar biasa
selaras dengan hasrat Shah Reza yang mahu memodenisasikan Iran sebagai sebuah negara
yang berdaya saing terutama dalam era tenaga nuklear. Bagi Shah Reza, beliau optimis
melihat dirinya sebagai seorang ekonomis dan pembangunan nuklear yang dibangunkan
itu sebagai satu usaha untuk mentransformasikan Iran sebagai sebuah negara terkehadapan
dalam penggunaan tenaga nuklear. Perkara ini menggusarkan aktor-aktor di sekitar Timur
Tengah terutama negara yang tidak bersehaluan dengan Iran. Kemampuan Iran dalam
pembangunan teknologi nuklear ini dilihat mampu mencetuskan fenomena perlumbaan
senjata di rantau berkenaan apatah lagi Rantau Timur Tengah adalah rantau yang terlalu
mudah untuk jatuh ke lembah konflik (Patrikarakos, 2015).
Kajian seterusnya telah dijalankan oleh Toensing (2007) yang membincangkan
mengenai kebangkitan Iran di dalam negara-negara Rantau Timur Tengah. Beliau
menganalisa beberapa pandangan pemimpin-pemimpin utama seperti Iraq dan Mesir
mengenai Syiah. Mantan Presiden Mesir iaitu Husni Mubarak pernah mengungkapkan
bahawa golongan Syiah hanya akan taat kepada negara Iran dan bukannya negara yang
sedang mereka di diami. Bahkan Saddam Hussin juga pernah menyatakan bahawa Iran
sebenarnya adalah ancaman yang lebih besar kepada Iraq berbanding Israel. Menurutnya,
pengaruh yang dibawa oleh Al-Khomeini berupaya memaksa dan memberi inspirasi
kepada penduduk Iran di Iraq untuk taat kepada pemimpin Wilayatul Faqih tersebut.
Penulisan Toensing ini seolah-olah menampakkan faktor ketakutan golongan pemimpin
Sunni ke atas kuasa Syiah Iran (Toensing, 2007).
Jones (2006) seterusnya mengkaji mengenai kumpulan minoriti Syiah dan
kesannya kepada negara Arab Saudi. Revolusi Iran sebenarnya telah membuka ruang
kepada kumpulan minoriti iaitu penduduk Syiah di Arab Saudi untuk memperjuangkan
hak kesamarataan. Kejadian ini juga sebenarnya telah mendidik masyarakat muslim
terutama Syiah untuk menjadi pemberontak atau muslim rebels. Kumpulan ini mengambil
peluang untuk memberontak di atas nama pembaharuan, penentangan kepada korupsi,
kerjasama kerajaan yang terlampau-lampau dengan Blok Barat dan mempertikaikan
kredibiliti pemerintah Arab Saudi dalam menjaga keharmonian dua Tanah Haram iaitu
15 Sinarharian.com.http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-buat-andaian-kes-bunuh-penguat-kuasa-
jaip-1.219845-[11 November 2015]
508
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Mekah dan Madinah. Bagi Jones agenda dan modus operandi mereka sangat jelas. Semasa
fenomena Revolusi Iran berkenaan, Iran kerap menghantar pesanan dan pengarahan kepada
masyarakat Syiah di luar Iran melalui frekuensi radio bagi menyemarakkan semangat
juang dan inspirasi yang di bawa oleh Khomeini (Jones, 2006).
Kemuncak pertembungan antara Syiah dan Kerajaan Arab Saudi adalah pada
penghujung November 1979 apabila berlaku keganasan dan pemberontakkan di antara
pasukan keselamatan Kerajaan Arab Saudi dan dan ribuan masyarakat Syiah yang kecewa
dengan penghalangan kumpulan ini bagi merayakan hari Ashura sempena memperingati
kematian Imam Hussein. Ekoran pemberontakkan ini, ramai yang tercedera dan meninggal
dunia. Antara kemusnahan yang dicatatkan adalah kejadian pembakaran Bank milik British
di Qatif, Pejabat Saudia National Airline, kenderaan-kenderaan awam, serangan bersenjata
ke atas pihak polis, serangan ke atas pejabat pasukan pengawal pantai di perkampungan
Al-Awamiyya, rampasan senjata dari pasukan tentera dan penawanan pusat bandar Qatif.
Dalam kejadian ini, hampir 20,000 orang pasukan tentera telah ditugaskan untuk berada
disekitar bandar Qatif, Sayhat dan Safwa bagi mengawal pasukan pemberontak Syiah,
mengawal aliran maklumat dan menghalang pasukan ini dari membakar fasiliti-fasiliti
minyak mentah.
Dari keseluruhan penulisan Jones (2006), dapat disimpulkan, Walaupun Syiah
hanyalah kumpulan minoriti di Arab Saudi, namun keganasan yang dicetuskan oleh
kumpulan ini amat membimbangkan. Dengan berbekalkan slogan yang dilaungkan oleh
Al-Khomeini dari Iran, mereka agresif memperjuangkan sesuatu walaupun bertentangan
dengan nilai-nilai teras sesebuah negara berkenaan.
Samsuddin & Azmul (2013) mengkaji tentang kemunculan Syiah di alam Melayu.
Kajian ini mempersoalkan mengenai aliran Islam yang manakah terawal tiba di Alam
Melayu sama ada Sunni atau Syiah. Penulis membawakan dua teori dalam menjelaskan
keadaan ini. Teori pertama adalah menyatakan Sunni merupakan aliran pertama yang tiba
di Alam Melayu melalui Indonesia dan menjadi pegangan dominan bagi kebanyakkan
negara Islam di Rantau Asia Tenggara pada hari ini. Teori kedua adalah meyakini bahawa
Syiah telah wujud lebih awal dari kewujudan Sunni di rantau ini. Teori ini seringkali
dikaitkan dengan dua alasan iaitu, kekejaman pemerintah Bani Umayyah dan penyebaran
Islam secara meluas di rantau ini. Syiah dikatakan telah tiba ke timur Sumatera pada masa
pemerintahan Bani Buwayh pada tahun 359H/969M dan telah menetap di Siak. Beliau
mendakwa, Parameswara telah diislamkan oleh seorang Syiah berketurunan Sayyid
bernama Sayyid Abdul Aziz. Secara keseluruhannya, penulis membawa kronologi sejarah
kemunculan fahaman ini tanpa menetengahkan aspek ancaman yang dibawa bersama
oleh kumpulan Syiah. Sehubungan dengan itu, penulisan tesis ini akan melihat ruang-
ruang yang telah ditinggalkan oleh penulis ini dari sisi ancaman fahaman ini kepada
Rantau Asia Tenggara yang secara jelasnya lebih menerima konsep yang dibawa oleh Ahli
Sunnah berbanding dengan Syiah.
Chularatana (2008) mengkaji dan menganalisis status pembangunan kumpulan
minoriti Syiah di Thailand dari abad ke-16 hingga ke hari ini. Syiah di Thailand terbahagi
kepada dua kumpulan iaitu kelompok asal dan baharu. Kumpulan asal memanggil diri
mereka sebagai kelompok Chao Sen, yang bermaksud Pengikut Imam Hussein, dan yang
kedua adalah Syiah dari keturunan Indo-Iranian iaitu nenek moyang Syiah yang datang
dari Iran dan India semasa awal abad ke-16. Kedua yang dipanggil dengan nama Chi
A Mai, yang bermaksud kumpulan Syiah baru. Mereka ini menukar kepercayaan asal
kepada fahaman Syiah kerana terpengaruh dengan seruan kebangkitan Revolusi Islam
di Iran pada tahun 1979. Chularatana membuat kajian mengenai masyarakat Syiah di
Thailand dan membahagikan pergerakan kumpulan ini melalui dua zaman iaitu zaman
Ayutthaya dan zaman Rattanakosin.
Syiah pada zaman Ayuttahaya ini kebanyakkan tinggal di tengah-tengah bandar dan
berkomuniti dengan masyarakat Cina Thailand. Kumpulan ini juga dicatatkan membina
509
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

tempat ibadah mereka sendiri sebagai bukti pernah berada di kawasan berkenaan dan
dibuktikan semasa pemerintahan Raja Narai bahawa kumpulan Moors (Syiah Thailand)
melakukan upacara keagamaan. Pada hari ini, Syiah peninggalan Ayuttahaya hanya ada
jumlah yang kecil sahaja selepas bandar berkenaan di musnahkan dan dibakar dalam
peperangan antara Ayutthaya dan Burma pada 1767. Namun peninggalan bangunan
menggunakan gaya Iran masih lagi ada di kawasan ini terutama di sekitar Universiti
Pharanakhon Si Ayutthaya Rajabat di bandar Ayutthaya. Faktor utama yang menjadikan
kumpulan Syiah diterima membina bangunan dan fasiliti lain di Ayutthaya adalah kerana
faktor ekonomi dan perdagangan.
Kumpulan ini juga mempunyai perhubungan dengan baik dengan Iran dan
memberikan pulangan yang baik dari segi ekonomi seperti perniagaan karpet Parsi, air
bunga mawar, barangan kemas seperti ukiran halus seni, sutera dan barang hiasan rumah.
Kumpulan Syiah ini juga diberi tempat untuk berkhidmat dalam kerajaan terutama dalam
sektor awam dan ketenteraan. Antaranya adalah tentera sukarelawan atau Kong Asa
Tang Chat (Pasukan Sukerelawan Tentera Bangsa Luar) dan pasukan tentera kawalan
di Raja yang dipilih oleh raja sendiri. Dicatatkan oleh Chularatana (2008) bahawa Rabi
(1972:100) menjelaskan bahawa Raja Narai telah mengupah 200 tentera Iran dari India
untuk mengawal dirinya. Selepas kerajaan Ayutthaya di jatuhkan oleh Kerajaan Burma
1767, kebanyakkan Syiah dari keluarga Sheikh Ahmad berketurunan Syiah telah berhijrah
ke Bangkok. Kemuncak dari perkembangan Syiah di Thailand adalah apabila keturunan
Sheikh Ahmad ini dilantik menjadi Phraya Chularajmontri atau ketua komuniti Islam di
Siam.
Aizam (2013) pula mengkaji tentang kemunculan Syiah di Malaysia. Beliau
menegaskan dalam penulisannya kepada masyarakat Malaysia bahawa Syiah bukan
sebuah mazhab sebaliknya merupakan sebuah kumpulan ajaran sesat yang telah terkeluar
dari Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Apa yang menarik dalam penulisan ini, semua penerangan
di mulai dengan persoalan supaya pembaca dapat menyimpulkan persoalan berkenaan
dalam satu set jawapan dihujung pembacaan tersebut. Aizam (2013) menyatakan, sejarah
kemunculan Syiah mempunyai perkaitan dengan suasana ketidakstabilan politik yang
sedang berlaku dikalangan umat Islam pada ketika itu. Kajian ini sangat menarik untuk
memahami latar belakang Syiah di Malaysia. Beliau mampu membincangkan fakta
sejarah dan perkembangan Syiah itu sendiri sejak dari tertubuhnya sehinggalah fahaman
berkenaan dibawa masuk ke tanah Melayu.
Dalam penulisan beliau, dapat kita simpulkan dua perkara: Pertama, kelahiran
fahaman Syiah ini sendiri adalah berpaksikan kepada fitnah dan ketegangan politik
pada waktu berkenaan. Kedua, Syiah bukanlah satu mazhab sebagaimana yang diwar-
warkan oleh sesetengah pihak, tetapi ia merupakan satu fahaman yang telah terkeluar
dari ajaran Islam. Walau bagaimanapun, penulis hanya menjelaskan faktor-faktor yang
membawa kepada ancaman dari sudut akidah dan Islam semata-mata. Penulis sewajarnya
membawakan contoh-contoh yang lebih bersifat global dan kesan terhadap keselamatan
negara Malaysia bagi meyakinkan para pemimpin yang ada dan kebanyakkan daripada
mereka tidak mempunyai latarbelakang agama bahawa Syiah mampu menjadi ancaman
kepada Malaysia sekiranya tidak dibendung dari awal. Maka penulisan ini akan merapatkan
jurang yang telah ditinggalkan oleh penulis, sementelah ancaman dari konteks akidah
telah disajikan, maka tibalah waktunya penyelidikan melihat dari konteks ancaman
keselamatan Malaysia keseluruhannya. Sehubungan itu, kajian ini akan terus mengisi
kekosongan yang telah ditinggalkan oleh penyelidik sebelum ini dengan menfokuskan
kepada bagaimana kumpulan dan fahaman Syiah ini memberi kesan kepada keselamatan
negara Malaysia.
Menurut Wan Zahidi (2011), tahap kecintaan yang melampau kepada Saidina
Ali menyebabkan kumpulan ini memusuhi Abu Bakar dan Umar dengan mendakwa Ali
lebih berhak menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W. Natijah
510
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dari ketaksuban ini, mereka memfitnah para sahabat dan mengadakan upacara khas
memperingati Saidina Husain dengan memukul-mukul badan, mengalirkan darah dan
lain-lain perkara yang bertentangan dengan syarak. Pengarang kitab ini (Al-Tasyayyu`
wa al-Syiah) merupakan seorang pendakwah yang dilahirkan dalam keluarga Syiah
dan memegang jawatan penting dalam sektor kehakiman di Iran sebagai ketua hakim
namun berakhir dengan kematian apabila beliau ditembak pada 1324H (1951) kerana
mendedahkan kebatilan dan ketaksuban yang disemai dalam kumpulan Syiah. Penulis
turut mendedahkan mengenai keberanian golongan Syiah di Malaysia menuntut beberapa
perkara yang bercanggah dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah seperti menuntut
kebebasan menyebarkan ajaran Syiah tanpa ada halangan sebagaimana sebaran agama-
agama lain di Malaysia, meluaskan tradisi pembacaan kisah pembunuhan Saidina Husain
dan memukul badan sendiri sehingga berdarah sebagai tanda penyucian dosa. Walaupun
kajian ini menerangkan penyelewengan akidah dan syariat yang dilakukan oleh kumpulan
Syiah namun analisisnya tidak merangkumi aspek ancaman kepada keselamatan negara
secara komprehensif. Kalau ada pun perkara ini hanya disentuh secara permukaan sahaja.

KESIMPULAN

Malaysia kini sedang menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Dalam usaha menjadi sebuah negara maju dipersada dunia pada era globalisasi ini, nilai-nilai
teras negara sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia seperti Islam,
Melayu, Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara, hak-hak keistimewaan orang
melayu dan bumiputera adalah perlu dipertahankan bagi memastikan survival keselamatan
negara Malaysia terus terpelihara. Kemasukan fahaman Syiah ke negara ini bukan sahaja
memecah belahkan persefahaman masyarakat Islam Malaysia, namun ia turut menggangu
keharmonian umat Islam di negara ini yang berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Kemasukan fahaman ini juga menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik negara
ekoran dari perpecahan pegangan pemimpin-pemimpin Islam sekaligus berpotensi memberi
implikasi negatif terhadap hubungan Malaysia-Iran. Justeru, ianya adalah satu ancaman kepada
keselamatan negara.

RUJUKAN

Ahmad Izzudin Al-Bayanuni. 2009. Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur:Ampang Press
Sdn. Bhd.
Al-Mashat, A.M. 1985. National Security in the Thirld World. Boulder & London; Westview
Astroawani.com. 13 Disember 2013. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpn-
pendedahan-syiah-untuk-keselamatan-negara-26881 [10 September 2015]
Azizah Hamzah. 2010. Kaedah Kualitatif dalam Penyelidikan Sosiobudaya dalam Jurnal
Pengajian Media Malaysia 6(1): 1-12
ismaweb.net/2013/07/gerakan-syiah-boleh-gugat-ketenteraman/[10 September 2015]
Chularatana, Julispong. 2008. The Shi`ite Muslims in Thailand From Ayutthaya Period to the
Present. MANUSYA Journal of Humanites Special Issue No.16: 1-22
Ehteshami.A. 2009. Reform from Above: The Politics of Participation in the Oil Monarchies.
International Affairs Vol.79
Hendrix, C.S. 2015. Oil prices and interstate conflict. Journal of Conflict Management and
Peace Science. 1-22
Jackson, Robert & Sorensen, Georg. 2003. Introduction to International Relations Theories
and approaches. New York: Oxford University Press
Jones, T.C. 2006. Rebellion on The Saudi Periphery: Modernity, Marganinalization, and the
Shia uprising of 1979. United State: Cambdrige University Press

511
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Mohamed Azam Mohamed Aidil. 2003. Hak Tukar Agama Dalam Perlembagaan
Malaysia:Konflik Antara Kebebasan Beragama dan Hukum Islam. Jurnal Syariah 11:1-
23-46
Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2011. Kemunculan Syiah di Alam
Melayu:Satu Kajian Awal. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Aizam bin Mas`od. 2013. Soal Jawab Isu Syiah di Malaysia. Putrajaya:Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM)
Mohd Nakhaie Ahmad. 2013. Aqidah dan Cita-Cita Politik Khomainy Berdasarkan Karya-
Karyanya, dibentangkan di Seminar Mengenai Syiah anjuran MUAFAKAT pada 8
September 2013.
Papanek, John L. 1998. Persians:Master of Empires, USA:Times-Life Books
Patrikarakos, David. 2015. Nuclear Iran:The Birth of an Atomic State. London & New York:
I.B Tauris
Pew Research Center. 2015. http://www.pewforum.org/2011/01/27/future-of-the-global-
muslim-population-sunni-and-shia/- [20 Oktober 2015]
Skocpol, T. 1982. Rentier Sate and Shi`a Islam in the Iranian Revolution. Netherland: Springer
Sinar Harian. 2013. http://www.sinarharian.com.my/nasional/kdn-pengikut-syiah-di-
malaysia-cecah-250-000-1.190448.5Ogos2013 - [10 September 2015 ]
Sung, E.K & Johannes, U. 2015. Rising regional powers meet the global leader: A strategic
analysis of influence competition. Journal of International Political Science Review. Vol.
36(2) 214-234.
Trager,F.N. & Simonie, F.L. 1973. An Introduction to the study of national security. Dlm. Frank
N. rager dan Philips S. Kronenberg (Pynt.) National security and American society; theory,
process and policy. Lawrence, KS.; University Press of Kansas.
Toensing, Chris. 2007. The Shi’a in the Arab World. Middle East Report No.242. pp. 1-4, 47-48
Wan Zahidi bin Wan Teh & Syeikh Mahmood Sa`ad Nasih. 2013. Mengenal Hakikat Syiah.
Kuala Lumpur:Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

512
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERANAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH KE ARAH


PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN
MURID SEKOLAH RENDAH

Zunaida Zakaria, Abdul Razak Ahmad, Mohd. Mahzan Awang


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Kertas ini membincangkan peranan Kurikulum Sejarah merealisasikan hasrat dan
aspirasi negara khususnya dalam pemupukan semangat patriotik dikalangan murid
sekolah rendah. Pembinaan kurikulum sejarah sekolah rendah ini amat memberi
penekanan kepada penerapan nilai murni dan semangat patriotik yang dapat
diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Sejarah telah
dijadikan subjek teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah mulai tahun 4 di tahap II. Peranan mata pelajaran sejarah ini
adalah sebagai asas dalam pemupukkan dan melahirkan murid dan negara yang berjiwa
patriotik. Jesteru kertas ini cuba melihat sejauh mana peranan kurikulum Standard
Sekolah Rendah mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran teras di sekolah rendah
dalam menerapkan serta memupukkan semangat patriotik dalam kalangan murid
sekolah rendah. Kertas ini turut membincangkan kedudukan dan matlamat mata
pelajaran Sejarah Sekolah Rendah. Oleh itu, sangat wajar khususnya generasi muda
menjadikan nilai-nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam
jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia. Seterusnya kertas kerja ini juga mengupas
cabaran perlu dihadapi dalam melaksanakan KSSR mata pelajaran di sekolah rendah.

Kata kunci : Pendidikan Sejarah, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


dan Patriotik.

Abstract
This paper discuss the role of Historical Curriculum in the realization of the nation’s
hope and aspiration to nurture patriotism within the primary school students. The
construction of the primary school historical curriculum also stress on the injection of
high moral fibre and patriotism which the students can apply in their daily lives. History
has been made a compulsory subject to be learned by all students in the Kurikulum
Standard Sekolah Rendah starting in standard 4. History has a role to be the foundation
of nurturing students with a patriotic spirit in the country. Thus this paper tries to
explore the effectiveness of the curriculum Standard Sekolah Rendah in nurturing and
promoting the national and patriotic spirit in the primary school students. This paper
also discusses the objectives and position of history as a primary school subject. It is
crucial that the youth of today practice the values of patriotism using it as guidance and
the values are instilled inside each layer of the Malaysian community. This paper also
explores the challenges in implementing KSSR subject in primary school.

Keywords: History Curriculum, Standard Primary School Curriculum and


Patriotis.

PENGENALAN

Semangat Patriotik merupakan semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan
masyarakat khususnya generasi muda. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan
mengenai sejarah bangsa, pembangunan negara dan hendaklah menghayati serta
513
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

mengambil iktibar daripada sejarah negara. Kepentingan semangat patriotik amat penting
disemaikan dalam diri pelajar untuk menjamin perpaduan kaum dan keharmonian negara.
Pelajar yang mempunyai semangat patriotik akan saling bekerjasama dan bertoleransi
antara satu sama lain. 
Semangat patriotik dikalangan generasi muda menjadi suatu tuntutan nasional yang
mendesak. Pelbagai idea dan rancangan diwujudkan untuk memupuk semangat patriotik
ini. Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan
pembaharuan seiring dengan tuntutan lokal dan global. Pada peringkat lokal, persoalan
patriotik dan kewarganegaraan mendesak pendidikan dengan Sejarah dijadikan teras
pada peringkat pendidikan rendahPendidikan Sejarah merupakan elemen penting dalam
peradaban bangsa.Namun bagi memupuk minat terhadap sejarah, pendedahan harus
bermula pada peringkat umur rendah. Kerana pada peringkat ini, mereka mudah menerima
ilmu dan menanam nilai dalam. memupuk semangat cintakan negara. Malah mereka juga
akan membentuk nilai diri dan perspektif yang akan dibawa dalam kehidupan pada masa
depan. Asas yang dibina dan dipupuk ini dapat memberi kesedaran mengenai kepentingan
sejarah dan relevan sejarah dalam kehidupan masa kini.. pemupukan semangat patriotisme
ini sangat penting untuk memantapkan diri pelajar dari segi ketahanan mental, fizikal
dan emosi yang akan membolehkan seseorang itu mampu dan berupaya menghadapi
segala bentuk cabaran. Kekurangan nilai patriotik dalam diri pelajar akan memberikan
kesan kepada rendahnya semangat juang dan semangat jati diri dalam diri mereka yang
menyebabkan ada sesetengah daripada mereka mudah menyerah kalah dan tunduk kepada
sesuatu tekanan (Abd. Rahim, 1999). Perasaan patriotik perlu wujud di hati setiap individu
rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana semangat patriotik dapat membentuk rakyat
Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Mata pelajaran sejarah menjadi teras kepada
usaha penerapan unsur-unsur patriotik. Pelajar yang mempelajari disiplin sejarah akan
dapat membuat penilaian dan analisis fakta sejarah secara rasional dan dapat membentuk
disiplin diri yang kuat berdasarkan perasaan cintakan negara. Oleh yang demikian,
menjadi tanggunjawab agar semua kaum dan etnik di Malaysia harus memiliki semangat
patriotisme demi keharmonian dan kemajuan negara.

KONSEP PATRIOTISME

Patriotisme berasal daripada dua suku kata Bahasa Yunani iaitu pater bermaksud father
dan patris bererti land. Gabungan kedua-dua suku kata tersebut membawa maksud dalam
Bahasa Inggeris ialah the love of a fatherland (Muhamad Ali Embi, 2009). Ianya turut
disokong oleh Blank (2003), yang menyatakan patriotisme merupakan satu perasaan cinta
yang kuat terhadap tanah air. Oleh itu patriotisme bermaksud perasaan cinta dan sayang
kepada tanah air atau tempat tumpah darah seseorang. Walaubagaimana pun, sebenarnya
tuntutan patriotisme melebihi dari maksud tersebut. Menurut Abdul Rahim bin Rashid
(2004), patriotisme ialah perjuangan yang menjiwai kepentingan bangsa dan negara. Ia
menonjolkan semangat juang yang tinggi mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh
bangsa dan negara. Menurut Najeemah (2007) patriotisme bermaksud membina jati
diri, berbakti kepada tanah air dan bangsa, sedia berkorban dan bukan sekadar perasaan
cinta dan sayang pada negara tetapi perlu dibuktikan melalui tindakan. Seperti yang
dinyatakan oleh Berns (1997) patriotisme bermaksud perasaan bangga dan cinta kepada
negara serta kesediaan untuk berkorban apa sahaja demi kepentingan negara. Patriotisme
diambil dari perkataan patriot iaitu bererti perasaan dan sifat-sifat mencintai dan bersedia
mempertahankan tanahair. Menurut kamus Webster, patriotism ialah ”the devoted love,
support and defence of once’s country”.. Bill Tottan (1998) menjelaskan patriotisme
bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau tidak ada bangsa, keluarga, pasukan
dan kumpulan dalam apa bentuk yang boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli
cintakan negara.
514
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Dob (1994) pula benyatakan bahawa semangat patriotisme berkait rapat dengan
emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan undang-undang negara
daripada dicerobohi oleh kuasa asing. Semangat patriotik dapat disimpulkan sebagai
roh atau kumpulan orang yang mempunyai pendapat yang sama dalam mengekalkan dan
melindungi negara tercinta. Seseorang individu yang patriotik sentiasa bersifat patriot
dan sanggup mempertahankan kedaulatan dan membela negaranya
Dalam konteks di Malaysia, menurut Awang Had Salleh (2000) mereka yang
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi adalah mereka yang mempunyai :

• Rasa sayang dan cinta kepada tanah airnya sendiri.


• Rasa bangga dengan tanah airnya
• Kesediaan untuk mempertahankan tanah airnya daripada ancaman dan serangan
musuh sama ada musuh dalam atau pun luar
• Kesediaan untuk membela kepentingan negara apabila dicemuh dan dihina

Jelaslah menunjukkan bahawa dalam kata lainnya, seorang patriot ialah seseorang
yang menjuarai kepercayaan tentang kebesaran dan kebenaran negaranya, seseorang
yang memandang tinggi dan menghargai simbol-simbol yang menjadi kebanggaan
negara tersebut dan seseorang yang melaungkan slogan tentang kesediaannya untuk
mempertahankan Negara dan kerajaan negara tersebut dengan nyawanya. Dari segi
konsepnya, semangat patriotik didefinisikan sebagai semangat cintakan tanah air dan
sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta

KEPENTINGAN MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

Sebagai seorang individu yang berpatriotik ia akan sentiasa mempertahankan kedaulatan dan
membela negaranya. Dalam kata lainnya, seorang patriot ialah seseorang yang menjuarai
kepercayaan tentang kebesaran dan kebenaran negaranya, seseorang yang memandang
tinggi dan menghargai simbol-simbol yang menjadi kebanggaan negara tersebut dan
seseorang yang melaungkan slogan tentang kesediaannya untuk mempertahankan Negara
dan kerajaan negara tersebut dengan nyawanya Tanpa kita sedar patriotisme memainkan
peranan yang sangat penting dalam diri setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan
kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Jesteru, patriotism merupakan membina
nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, yang menjadi pemacu kepada kemajuan
serta keamanan Negara.
Patriotisme adalah ejen sosialisasi yang berkesan dan mantap untuk mengekalkan
kemerdekaan dan keselamatan negara. Bagi mencapai objektif individu yang bersifat
patriotisme ke arah negara bertamadun tinggi, perlunya inti pati semangat ini diselitkan
dalam pendidikan negara terutama dari sekolah rendah. Rentetan itu, nilai dan kepentingan
penerapan unsur patriotisme haruslah diterapkan kepada pelajar sejak awal pembelajaran
lagi agar menjadi pegangan hidup mereka dan ke arah pembentukan warganegara dunia
yang bertanggungjawab yang dapat mencapai kesejahteraan masyarakat.
Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat
dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan
generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi
generasi muda khususnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan
serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara
dalam menghadapi era pasca modenisme Pemupukan pelajar yang patriotik melalui
Pendidikan Sejarah amat penting bagi warganegara yang patriotik dan melibatkan diri
dalam usaha mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan serta pembangunan negara pada
masa hadapan. dan dikenali sebagai masyarakat majmuk.

515
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SEJARAH DARI PERSPEKTIF PATRIOTISME

Patriotisme merupakan elemen utama dalam Pendidikan Sejarah yang bertujuan membina
kesedaran dan mengukuhkan semangat perjuangan serta perasaan cinta akan negara (Abdul
Rahim 1999). Pendidikan sejarah bertujuan memupuk dan memperkukuh semangat setia
negara dan jati diri sebagai seorang warganegara. Melalui pengetahuan dan pelajaran
sejarah serta penghayatan sejarah tanah air dan sejarah luar negara yang berkaitan,
pelajar akan memahami keadaan masyarakat dan negara sendiri. Manakala nilai murni
(ilmu, kebijaksanaan & keadilan) merupakan pemangkin kepada penghayatan patrotisme
seseorang warganegara.
Mata pelajaran Sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk
nilai-nilai kemasyarakatan, intelektual dan sosial untuk mencorakkan perkembangan
personaliti yang lebih seimbang. Lewenstein (1963) dalam membincangkan
sumbangan pendidikan sejarah, menekankan betapa pentingnya pendidikan ini dalam
mengembangkan nilai dalam kalangan pelajarPendidikan Sejarah bukan sahaja dipelajari
untuk mendapatkan  pengetahuan tetapi juga memberikan iktibar kepada sesuatu bangsa
tentang peristiwa yang  berlaku pada masa lepas. Justeru, Pendidikan Sejarah merupakan
teras pendidikan kewarganegaraan yang diharap dapat memupuk penghayatan generasi
muda dalam menghargai sejarah bangsa mereka. Pendidikan Sejarah yang berkesan dapat
mengukuhkan lagi ideologi kebangsaan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang maju. Pendapat Abdul Rahim (1999) turut dipersetujui oleh Awang Had Salleh dalam
Ahmad (2009) yang menyifatkan matlamat yang ingin dicapai dalam Pendidikan Sejarah
adalah menyemai semangat patriotisme ke dalam jiwa pelajar, iaitu sentiasa bersedia dan
rela  berkorban nyawa untuk mempertahankan negara.
Seterusnya, melalui pendidikan sejarah dapat membantu pelajar untuk menghayati
prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun   Negara. Malah, pelajar-pelajar juga
akan dibimbing untuk menghayati pusaka tradisi negara ini seperti lambang-lambang,
perlembagaan serta memupuk rasa hormat kepada bahasa negara, iaitu bahasa Melayu,
agama rasmi, iaitu agama Islam dan bendera negara. Dengan  berpegang teguh kepada
matlamat-matlamat tersebut, hal ini dapat menjurus ke arah  pemupukan semangat
patriotisme dan pembinaan bangsa yang mendasari wawasan negara  pada masa hadapan.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila kurikulum bagi Pendidikan Sejarah telah disemak
semula pada tahun 2000 dan diperkenalkan secara berperingkat bermula pada tahun 2003.
Penyemakan kurikulum tersebut bertujuan meningkatkan kualiti Pendidikan Sejarah,
memenuhi hasrat FPK dan menyediakan warga Malaysia yang bersedia untuk menghadapi
cabaran perubahan pada abad ke-21. Kurikulum yang dipinda akan memberi penekanan
kepada semangat patriotisme bagi menyedarkan pelajar akan peranan dan tanggungjawab
mereka sebagai warganegara melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air
(Azwani et al. 2011).
Unsur patriotisme diterapkan secara tersurat dan tersirat dalam penyemakan
semula kurikulum Sejarah. Penerapan semangat dalam kurikulum standard sekolah rendah
khususnya mata pelajaran Sejarah dan ia termaktub sebagai salah satu agenda utama dalam
transformasi pendidikan Negara kearah melahirkan warganegara yang setia dan taat.
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejarah juga dapatk mewujudkan kesedaran
tentang kepentingan pemupukan semangat patriotisme di kalangan pelajarUsaha tersebut
diharap dapat memupuk dan menyemai semangat  patriotisme ke dalam diri pelajar
dengan lebih berkesan. Unsur patriotisme dan iktibar daripada sejarah dapat dilihat dalam
pelbagai bentuk seperti tajuk, sudut maklumat dan rumusan di dalam buku teks (Norrizan
2003). Kurikulum Pendidikan Sejarah sebenarnya telah berfungsi sebagai citizenship
transmission yang bertujuan membentuk generasi masa hadapan agar dapat memastikan
kelangsungan budaya (Barr et al. 1977). Kelangsungan budaya yang dimaksudkan
merujuk kepada nilai-nilai patriotisme yang cuba dipupuk melalui Pendidikan Sejarah
516
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

bagi melahirkan warganegara yang berbangga dan bersemangat setia kepada negara.
Perlunya penerapan kurikulum Sejarah dalam kehidupan akan dapat melahirkan individu,
masyarakat dan negara yang berjiwa patriotik.Seseorang yang bersemangat cinta
akan negara dan bangsa akan menunjukkan sifat atau amalan bertanggungjawab demi
mewujudkan kesejahteraan, kemajuan kepada negara mempertahankan kedaulatan negara
dan bangsa serta sedia berkorban untuk negara dan bangsa.
Pendidikan sejarah sangat signifikan dalam bidang pendidikan dengan tujuan
membina keperibadian dan perpaduan masyarakat. Malah ia adalah satu-satunya saluran
untuk menyampaikan warisan negara dan legasi kebudayaan kepada generasi masa kini.
Anuar (2001) yang menjelaskan pendidikan sejarah mempunyai 2 alasan untuk diajar di
sekolah dalam konteks negara kita iaitu berperanan sebagai acuan asas kepada kehidupan
generasi muda dan berfungsi sebagai mekanisme kawalan sosial. Pendidikan Sejarah
dapat memainkan peranan sebagai alat pembinaan bangsa apabila digunakan dengan
efektif dan bertanggungjawab (Hazri, 2003).Pendapat ini diakaui oleh Abdul Rahim Abdul
Rashid (1999) menyatakan bahawa Sejarah adalah satu subjek penting bagi membolehkan
setiap individu mengetahui asal usul bangsa dan memahami latar belakang Sejarah negara
daripada beberapa aspek politik, ekonomi, sosialdan sangat dominan bagi melahirkan
rakyat yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, bangga, dan bertanggung jawab
sebagai warganegara dan mempunyai sfat nasionalis terhadap negaranya. Warganegara
yang telah menjiwai nilai-nilai patriotisme serta mempraktikkannya akan dapat
menyumbang untuk memacu kemajuan negara kerana mempunyai hala tuju yang jelas
dan bersifat objektif. Voss (1997) menekankan bahawa mata pelajaran Sejarah boleh
dijadikan medium mendidik pelajar memupuk semangat patriotik. Sejarah patut dijadikan
garis panduan untuk pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara.

PERKEMBANGAN KURIKULUM SEJARAH DI MALAYSIA

Kurikulum Sejarah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan individu serta
masyarakat yang berjiwa patriotik. Kurikulum yang dirangka bertujuan menanamkan
kesedaran individu, ciri-ciri dan nilai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka di samping
menolak sentimen perkauman, warisan dan perbezaan yang sempit antara mereka
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979). Tumpuan kemudiannya adalah kepada melahirkan
negara bangsa yang bersatu padu dan pengukuhan kesetiaan dan patriotik dalam kalangan
generasi muda. Kandungan kurikulum sejarah memberi penekanan kepada pengetahuan
tentang sejarah negara dan nilai-nilai yang dapat memupuk semangat patriotik. Manfaat
yang diperoleh oleh seorang individu dari sistem pendidikan yang diterima seharusnya
terkandung juga menjadi rakyat yang bersemangat patriotik terhadap negara.
Sejarah merupakan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah yang bermatlamat memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri pelajar. Pada tahun
2003, Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengambil inisiatif untuk menyemak semula
kurikulum Sejarah bagi memastikan pemupukan nilai patriotisme dapat dilaksanakan
dengan lebih  berkesan. Kurikulum yang dirangka bertujuan menanamkan kesedaran
individu, ciri-ciri dan nilai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka di samping menolak
sentimen perkauman, warisan dan perbezaan yang sempit antara mereka (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1979). Tumpuan kemudiannya adalah kepada melahirkan negara
bangsa yang bersatu padu dan pengukuhan kesetiaan dan patriotisme dalam kalangan
generasi muda. Kurikulum sejarah telah dirombak kali kedua apabila diperkenalkan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1992. Penekanan mula diberikan
kepada penerapan unsur-unsur patriotik. Sejarah terus kekal diajar di sekolah -sekolah
dan dijadikan mata pelajaran wajib dan dijadikan sebagai salah satu subjek teras dalam
pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) pada tahun 1989.
Organisasi kandungan Sejarah yang baharu merupakan kesepaduan antara ilmu (kandungan
517
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

atau ilmu pengetahuan), Kemahiran Pemikiran Sejarah, dan nilai patriotisme yang boleh
menyuburkan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kesepaduan tersebut akan dilaksanakan
serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah secara berterusan (Norrizan 2003).
Kini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjadikan Pendidikan Sejarah
sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula
pada tahun 2013.
Pendidikan Sejarah juga menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah yang dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 2014. Keadaan
ini menunjukkan status bagi Pendidikan Sejarah adalah sama taraf dengan mata pelajaran
yang lain dan dapat membantu pelajar untuk memahami keadaan negara ini dengan
mewujudkan semangat perpaduan antara kaum, menanam perasaan cinta akan negara dan
seterusnya menjunjung kedaulatan Negara.
Penyemaian serta pengukuhan semangat patriotisme terkandung dalam sukatan
pelajaran subjek-subjek tertentu malah merentasi kurikulum seperti subjek Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Kajian Tempatan, Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan
Sivik, dan Pendidikan Seni Visual. Sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara
untuk melahirkan generasi yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, dan intelektual;
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terbahagi kepada kurikulum (akademik) dan
kokurikulum.
Oleh itu, Transformasi Kurikulum Kebangsaan telah membuat penambahbaikan
dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah dilaksanakan
agar kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu transformasi pendidikan,
iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum
persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan
penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi ini
adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21.

KURIKULUM SEJARAH DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH


RENDAH

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita


murni bagi menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi
cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah pada tahun 2010 telah membawa dimensi baru kepada kurikulum
Sejarah negara.. Menerusi KSSR kandungan kurikulum Sejarah disampaikan sebagai
satu kumpulan maklumat dan juga sebagai satu pendekatan terhadap ilmu (Kementerian
Pendidikan Malaysia 1990). Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari
oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) mulai tahun 4
di Tahap II. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah
di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran
Sejarah. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983
telah membawa dimensi baru kepada kurikulum Sejarah.

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah melibatkan tiga tahap iaitu Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6. Kandungan dan tema kurikulum sejarah adalah berbeza mengikut
pecahan tema dan tahun. Selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), mata
pelajaran Sejarah telah dijadikan subjek teras di sekolah rendah bermula 2014. KSSR yang
518
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

diperkenalkan ini merupakan transformasi yang dilakukan Kementerian Pelajaran bagi


memastikan sistem pelajaran negara standing  piawaian global Mata pelajaran Sejarah
di peringkat sekolah rendah adalah merupakan kesinambungan ke peringkat sekolah
menengah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik. Pembentukan kurikulum Sejarah dalam
KSSR ini memberikan penekanan kepada domain kognitif,  efektif dan  psikomotorserta
menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagai kecerdasan , kajian masa depan dan
pembelajaran sepanjang hayat. Mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini menerapkan unsur kewarganegaraan,
patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan murid memahami serta menghayati
sejarah negara secara mendalam mengambil pengajaran dan teladan apa yang tersirat
daripada peristiwa yang berlaku.. Matlamat umum pelaksanaan,ketiga-tiga unsur terbabit
akan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah yang menggunakan
konsep ‘pendidikan itu menyeronokkan’.
Sejarah ini memberi penekanan kepada penerapan nilai murni, semangat patriotik,
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dengan berharapan semua elemen ini dapat
diaplikasi oleh murid dalam kehidupan seharian.. Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
yang diterapkan dalam Sejarah KSSR bertujuan untuk dijadikan asas dalam melahirkan
warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan yang seterusnya dapat membentuk
rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasioanal. Elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan dalam Sejarah KSSR bertujuan untuk
dijadikan asas dalam melahitkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan.
Elemen ini dapat membentuk rakyat Malayasia yang mempunyai kesepaduan sosial dan
integrasi nasioanal. Pengetahuan dan pemahaman aspek Sejarah dapat melahirkan murid
yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta
Sejarah secara matang.

a. Matlamat KSSR Sejarah


Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah
laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi
melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.
KSSR mata pelajaran Sejarah juga dihasilkan untuk membantu guru menjadi lebih proakti,
dinamik dan progresif serta memantapkan pemahaman terhadap matlamat, objektif dan
kandungan KSSR.

b. Tunjang Kurikulum KSSR Sejarah


KSSR mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam tunjang dengan kesepaduan
ini bertujuan untuk membangunkan modal Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai,
Kemanusiaan, insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan Literasi Sains
danTeknologi dan Keterampilan Diri Kurikulum

c. Fokus Dan Bentuk Kurikulum Mata Pelajarn Sejarah KSSR


Fokus utama KSSR Sejarah adalah menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran
pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik dengan bertujuan untuk
melahirkan dan mendidik murid menjadi warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan
serta memahami latar belakang serta sejarah negara yang mempunyai kesepaduan sosial
dan integrasi nasional Malaysia. Kandungan mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah
rendah bertujuan mendidik murid untuk memaahami latar belakang negara dan sejarahnya
dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungannya yang masih dikekalkan
terutama dalam kehidupan masyarakat Malayasia.
Secara tidak lansung ini dapat memberi pendedahan kepada murid untuk
menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang melalui pengetahuan tentang
519
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

masa lalu yang mempengaruhi pada masa kini. Melalui pembelajaran ini juga , murid
dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan
tokoh-tokoh yang terlibat, membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan
seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam
sesebuah masyarakat. Pengetahuan dan pemahaman asas tentang sejarah negara dapat
melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan
menilai fakta fakta secara matang . Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan perasaan
cinta akan negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

CABARAN

Tidak dinafikan cabaran sangat besar dalam memberi penghayatan kepada generasi muda
masa kini dalam sesebuah negara yang berbilang kaum dan etnik usaha menerapkan
nilai patriotisme. Pertamanya ialah sikap negatif dalam kalangan generasi muda. Terlalu
bersikap individualisitik iaitu mementingkan diri sendiri melebihi kepentingan negara.
Boleh juga terjadi mereka mementingkan kaum atau etnik mereka sendiri berbanding
kaum lain. Mereka sanggup melakukan apa sahaja agar kaum mereka mendapat apa yang
diinginkan sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik
Di Malaysia juga menunjukkan fenomena yang sama di mana isu pengamalan
nilai patriotisme masih berada di tahap yang sederhana khasnya generasi muda. Tambah
menyedihkan lagi wujudnya golongan yang anti patriotisme dalam kalangan generasi
selepas merdeka seperti yang dinyatakan oleh Awang Had Salleh (2000) bahawa
kebanyakkan mereka yang anti patriotisme adalah mereka yang lahir selepas merdeka.
Oleh kerana semangat patriotisme dipengaruhi oleh persekitaran maka pengamalan nilai
patriotisme generasi selepas merdeka tidak sama dengan generasi yang hidup pada zaman
penjajahan. Fenomena ini juga menjadi isu utama di Malaysia apabila generasi muda
kurang mempunyai semangat patriotik..
Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran
dan ilmu Sejarah.Sejarah dapat membantu membina dan membangunkan common values
dalam usaha melahirkan identiti bersama (shared identity) yang dapat mewujudkan
satu bangsa Malaysia yang bersatu sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Matlamat
Pendidikan Sejarah seperti yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
adalah memupuk semangat setia akan negara dan perasaan bangga sebagai warganegara
Malaysia. Di akhir pembelajaran pendidikan sejarah, matlamat untuk memupuk nilai-nilai
patriotisme boleh tercapai tetapi akan wujud kepelbagaian pemahaman dari segi konsep
patriotisme itu sendiri dalam kalangan pelajar yang berbilang etnik. Ianya tidak boleh
dielakkan dalam konteks masyarakat plural seperti di Malaysia. Kepelbagaian pemahaman
konsep patriotisme akan sentiasa wujud disebabkan oleh pengaruh sosialisasi daripada
latar belakang keluarga atau budaya sesebuah etnik. Walau bagaimanapun, pemahaman
konsep patriotisme yang dipelajari melalui Pendidikan Sejarah mungkin berbeza dalam
persekitaran multi-etnik seperti di Malaysia. Masyarakat Melayu yang merupakan
penduduk peribumi di Tanah Melayu memahami  patriotisme sebagai ikatan diri secara
individu atau kolektif dengan raja dan pemimpin yang terdiri daripada bangsa Melayu.
Secara sosiologinya, istilah peribumi sebenarnya sudah menggambarkan masyarakat
Melayu yang merupakan anak kepada bumi Tanah Melayu. Oleh itu, wujud sense of
belongings dalam kalangan masyarakat Melayu untuk mempertahankan hak-hak mereka
yang terkandung di dalam Perlembagaan seperti bahasa Melayu, agama Islam ataupun
institusi Raja-Raja Melayu. Masyarakat Cina pula memahami konsep patriotisme sebagai
perjuangan untuk mengekalkan identiti etnik mereka seperti bahasa Mandarin, pendidikan
Cina dan pegangan hak ekonomi di negara ini. Pemahaman sedemikian wujud disebabkan
oleh  political pressure untuk tujuan survival sebagai masyarakat minoriti di negara ini.
Sebaliknya, konsep  patriotisme yang difahami oleh masyarakat India lebih bersifat
520
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

fleksibel iaitu mengakomodasi dan mengadaptasi diri mereka dengan persekitaran semasa
untuk tujuan survival. Oleh itu,  perspektif yang berbeza telah mewujudkan pemahaman
konsep patriotisme yang tidak homogen antara setiap etnik. Kajian yang dijalankan oleh
Chua (2007) telah membuktikan pemahaman nilai-nilai  patriotisme yang tidak sama
antara etnik di dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian tersebut telah dilakukan dengan
membandingkan tahap pembangunan nilai-nilai patriotism. Kepelbagaian pemahaman
tersebut boleh wujud disebabkan oleh pengaruh sosialisasi daripada latar belakang keluarga
ataupun budaya sesebuah etnik. Cabaran utama yang terpaksa dihadapi dalam membentuk
pemahaman patriotisme yang homogen adalah mengetepikan etnosentrisme setiap etnik.
Sikap setiap etnik yang sanggup melepaskan kepentingan masing-masing merupakan
langkah pertama untuk mewujudkan pemahaman  patriotisme yang homogen. Seterusnya,
kurikulum Sejarah yang digubal perlu bersifat Malaysian-centric iaitu membincangkan
sejarah semua kaum termasuklah sumbangan dan  peranan tokoh masing-masing dalam
membangunkan Negara
Sebagai seorang pendidik sebenarnya perlu menggalas tanggungjawab yang besar
dan menyemai semangat patriotisk dengan lebih kreatif dalam mewujudkan persekitaran
yang penuh dengan nilai-nilai patriotisme yang diajar supaya pelajar dapat menjiwai
dengan lebih mendalam. Pengetahuan, kemahiran dan komitmen seseorang guru sejarah
akan menentukan pemilihan strategi dan bahan pengajaran yang dapat membantu
memupuk nilai patriotisme ke dalam diri pelajar. Guru sejarah perlu menunjukkan sifat
kongruen iaitu tingkah laku, tutur kata dan gerak geri selari dengan nilai  patriotisme
yang diajar. Dengan itu, barulah mudah bagi seseorang guru untuk menanam, memupuk
dan mengembangkan nilai-nilai tersebut ke dalam diri pelajar.
Ditambah dengan kewujudan pelbagai kaum dan etnik, Malaysia memerlukan
usaha yang lebih untuk menerapkan nilai patriotisme. Masalah perpaduan kaum serta
hubungan etnik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum merupakan cabaran untuk
menerapkan nilai patriotisme di Malaysia. Tahap perpaduan dalam pelbagai etnik dalam
sistem pendidikan negara adalah rendah walaupun pelajar menunjukkan sikap positif
dalam hubungan pelbagai etnik.
Bahasa memainkan peranan penting dalam membentuk perpaduan. Penggunaan
satu bahasa dalam negara akan membentuk perpaduan serta keharmonian apabila
menggunakan satu bahasa untuk berinteraksi antara pelbagai kaum. Namun apa yang
berlaku perpaduan sukar dibentuk jika penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan sukar untuk dilaksanakan.
Cabaran seterusnya ialah globalisasi. Dunia tanpa sempadan menyebabkan
kemasukan budaya asing dengan mudah. Pengaruh budaya asing yang negatif akan
mudah untuk masuk dalam sesebuah negara dan mempengaruhi generasi muda khasnya
menyebabkan kesukaran untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan mereka.
Generasi muda akan leka dan lalai dengan kemajuan teknologi ICT..

KESIMPULAN

Pendidikan Sejarah yang berkesan adalah dapat menyemai semangat patriotisme ke dalam
jiwa pelajar, iaitu sentiasa bersedia dan rela  berkorban nyawa untuk mempertahankan
negara dapat mengukuhkan lagi ideologi kebangsaan dan menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang maju dan menghayati prinsip-prinsip yang terkandung di dalam
Rukun Negara. KSSR mencerminkan hasrat dan ideologi negara. Mata pelajaran Sejarah
adalah sangat dominan bagi melahirkan rakyat yang mempunyai kesedaran sivik yang
tinggi, bangga, dan bertanggungjawab sebagai warganegara dan mempunyai sfat
nasionalis terhadap negaranya. Dengan adanya KSSR mata pelajaan Sejarah ianya dapat
membantu guru menyediakan serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan. Penghayatan semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai
521
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sivik dapat direalisasikan kepada murid berpandukan tajuk dalam standard kandungan
serta standard pembelajaran. jelas mengungkap ketegasan kerajaan untuk memastikan
generasi hari ini tidak buta sejarah disamping melahirkan pelajar yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi, jasmani serta menyediakan mereka menghadapi arus
globalisai berasaskan pengetahuan abad ke-21. Dengan memahami sejarah tempatan
dapat meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa, seterusnya dapat
memupuk perpaduan dan semangat patriotisme generasi muda. Namun bagi memastikan
kejayaan transformasi kurikulum ini ia amat memerlukan komitmen yang menyeluruh
daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu
bapa seta pihak berkepentingan. Jika tidak, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak
yang positif dan tidak tercapai matlamat yang digariskan. Jesteru Kementerian Pelajaran
Malaysia akan secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan
kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan dan menjurus ke arah  pemupukan
semangat patriotik dan pembinaan bangsa yang mendasari wawasan negara  pada masa
hadapan

RUJUKAN

Abdullah Mohd. Noor. 1986. Cabaran Profesionalisme Perguruan. Seminar Pendidikan


Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Abd. Rahim Abd. Rashid.1999. Pendidikan sejarah: Falsafah teori dan amalan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.  
Ahamad Rahim. 2011. Kurikulum sejarah kearah pembentukkan bangsa di Malaysia. Dlm.
Proceedings International Seminar on Educational Comprative for Active Learning
Between Indonesia and Malaysia. Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia
dan Universiti Pendidikan Indonesia.
Ahamad Rahim. 2012. Penilaian Perlaksanaan Kurikulum Sejarah Menengah Rendah
Tingkatan 2. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Ahmad Talib.1994. Penyediaan Guru Untuk Melaksanakan Kurikulum Sejarah KBSM:
Satu Tinjauan Di Beberapa Buah Sekolah Menengah di Negeri Sembilan. Tesis
Sarjana Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Awang Had Salleh. 2000. Patriotisme Dan Globalisme Dalam Konteks Pergerakan
Bahasa Dan Sastera Kebangsaan. Dlm. Abdul Latiff Abu Bakar (pnyt.). Globalisme
Dan Patriotisme Dalam Sastera Melayu: Kumpulan Kertas Kerja Hari Sastera. 1995.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cranbtree, C.1989. Improving History in the schools. Educational Leadership 47(3) :25-
28.
Gunasekaran Karapaya.1997. Pendidikan Sejarah Di Sekolah Menengah Rendah Di
Malaysia: Satu Kajian Tentang Sejauhmana Buku Teks Sejarah Menepati Matlamat
Pendidikan Sejarah. Tesis Sarjana Minden: Universiti Sains Malaysia.
Farah Wahida dan Mohd Ayub.2012.Persepsi guru terhadap perlaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam kalangan guru Tahun 1 Zon KeramatKeramat.
Dlm Prosiding Seminar Pasca Siswazah .Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti
Putra Malaysia.
Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah,Aspek-aspek
yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.
Ismail bin Said & Rosadah binti Nik Ali. (2013). Kurikulum sejarah sekolah rendah.
Kangar: IPG Kampus Perlis. Kementerian pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan
pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah.

522
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Abd Sukor .2003. Pemupukan Semangat Patriotisme di Kalangan Pelajar Sekolah


Menengah Menerusi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah : Satu Kajian Kes Tingkatan
Dua. Tesis Sarjana: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2011.Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun 4, Putrajaya, Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2011.Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun 5, Putrajaya, Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2015-2025.
Mohamed Mustafa Ishak. 2002. Patriotisme dan Bangsa Malaysia. Dalam Idris Md.
Noor et al. Patriotisme. Biro Tata Negara, JPM Malaysia
Muhammad Ali Embi 2009 Patriotisme dan kepercayaan rakyat di Malaysia, Utusan
Publications & Distributors sdn bhd.
Najeemah Md Yusof, 2007. Konsep Pendidikan.Kuala Lumpur : PTS Profesional.
Nazri, M. & Jamsari, A. 2002. Patriotisme: konsep dan pelaksanaannya di malaysia 1–9.
Poh Swee Hiang .2000. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur
:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Zahara Aziz. 1985. Penerapan Pendidikan Kewarganegaraan dan Kesejahteraan Negara.
Dalam Juriah Long. Aliran Dalam Pendidikan Menjelang Abad Ke 21. Bangi:
Penerbit UKM.
Zulkifley Hamid. 2004. Bahasa Melayu sebagai bahasa penyatu dan bahasa pemisah
warga Malaysia. The 4th International Malaysian Studies Conference.

523
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENDEKATAN MOOC UNTUK MELESTARIKAN KESEPADUAN


SOSIAL DALAM KALANGAN GENERASI-Y

Fazilah Idris1, Rozita Ibrahim1, Rozmel Abdul Latiff1, Ahmad Zamri Mansor2,
Hasanah Abd Khafidz3, Nasruddin Yunos1 & Nazri Muslim1
1
Pusat Citra Universiti, 2Fakulti Pendidikan &3Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Pendidikan merupakan salah satu alat penting dalam membina dan mengukuhkan
kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat. Agenda pembinaan dan pengukuhan
kesepaduan sosial adalah matlamat utama dalam pengajaran dan pembelajaran
kursus Hubungan Etnik (HE) yang merupakan kursus wajib bagi semua pelajar
prasiswazah universiti awam di negara ini. Demi memenuhi citarasa pelajar masa
kini yang terdiri daripada Generasi Y dan seterusnya Generasi Z, bahan pengajaran
dan pembelajaran Hubungan Etnik secara Massive Open Online Course (MOOC)
telah dibangunkan di atas platform openlearning.com. MOOC Hubungan Etnik
berperanan sebagai pelengkap kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia
ada. Kertas ini membincangkan bagaimana MOOC membantu mencapai matlamat
kursus HE dengan memfokuskan kepada dua aspek iaitu (1) pengajaran dari
perspektif pensyarah, dan (2) pembelajaran dari perspektif pelajar. Dari sudut
pengajaran, MOOC HE memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. Selain itu, MOOC HE dibangunkan
hasil kerjasama pakar bidang dengan menerapkan bahan pengajaran yang diadun
dengan teliti serta menonjolkan konsep kesepaduan sosial dalam acuan Malaysia.
Dari sudut pembelajaran, bilangan pelajar yang ramai mengambil kursus ini
secara serentak memberikan peluang untuk crowd sourcing dan crowd sharing
di mana mereka berkongsi bahan serta berbincang secara terbuka merentas etnik
dan budaya. Gabungan antara perkongsian sumber secara beramai-ramai sesama
pelajar dalam persekitaran terkawal dengan penyeliaan pensyarah diharapkan
dapat memantapkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran kursus Hubungan
Etnik dan seterusnya mengukuhkan kesepaduan sosial secara maya.

Kata kunci: hubungan etnik, kesepaduan sosial, MOOC, online learning,


pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN

Massive Open Online Course (MOOC) ditakrifkan sebagai penerokaan berbentuk atas talian
yang dijalankan secara terarah, terbuka kepada para pembelajar yang berminat, menggunakan
keupayaan untuk berhubung dalam jaringan sosial, mewujudkan pemudahcaraan oleh pakar
bidang dan koleksi atas talian yang boleh diakses secara percuma (McAuley et al., 2010).
Kursus secara MOOC biasanya ditawarkan secara percuma dan terbuka kepada sesiapa
sahaja. Selalunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan melalui video dan penilaian
dilakukan secara atas talian (Pappano, 2012). Menurut Al-Atabi & DeBoer (2014), MOOC
kini berkembang pesat kerana dua faktor iaitu (1) ketidakupayaan kampus fizikal menampung
permintaan pendidikan tinggi akibat pertambahan populasi, dan (2) kemajuan dalam teknologi
jalur lebar dan internet pada masa kini. Namun, di sebalik peluang yang ditawarkan oleh
MOOC, terdapat juga beberapa cabaran dalam mengendalikan kursus secara MOOC.
Antaranya cabaran dalam menangani kepelbagaian pelajar (Mackness, J, Mak, SFJ &
William, R, 2010). Pelajar-pelajar sekarang adalah generasi Y yang lahir pada tahun 1981-1994
524
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dan dikenali sebagai generasi millenial atau millennium. Generasi ini tergolong dalam kategori
bijak teknologi seperti contoh banyak menggunakan teknologi komunikasi seperti email,
SMS, whatapps dan media sosial seperti facebook, instagram dan twitter. Selain daripada itu,
mereka juga suka bermain game online. Cabaran kepada pengajar untuk menyediakan bahan
pengajaran yang bersesuaian dengan kehendak mereka.
Selain itu, jumlah pelajar yang benar-benar melengkapkan kursus adalah rendah. Weller
(2014) menganggarkan kadar pelajar yang melengkapkan kursus adalah di antara 0.7% hingga
52.1%, dengan nilai median 12.6%. Di Malaysia, kursus pertama yang ditawarkan secara MOOC
adalah Entreprenuership oleh Taylor’s University. Kajian yang dijalankan oleh Al-Atabi, M. &
DeBoer, J. (2014) mendapati bahawa sebanyak 25% pelajar berjaya melengkapkan kursus, dan
ini merupakan peratusan yang agak baik bagi penawaran secara MOOC. Kajian mereka juga
mendapati respon positif daripada pelajar dari segi keberkesanan kursus dan maklum balas
yang diberikan tentang tugasan mereka. Selain itu, responden juga berpuas hati dengan tahap
kolaborasi dan sokongan di antara sesama pelajar.
Berdasarkan potensi pendekatan MOOC dalam mengenengahkan pendidikan tinggi
tempatan ke mata dunia, maka Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengambil
initiatif membangunkan empat kursus wajib universiti secara MOOC. Kursus Hubungan Etnik
(HE) adalah salah satu daripadanya. Kertas ini membincangkan dengan mendalam tentang
kursus HE secara MOOC dari proses pembangunan dan kaedah penggunaan MOOC di dalam
pengajaran dan pembelajaran HE.

PEMBANGUNAN MOOC HE

a. Kerjasama pakar SME dan teknikal


Proses pembangunan MOOC HE diilham dan ditaja oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia (KPT) dan direalisasikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui
kepakaran antara Pusat Citra Universiti (PCU), Institut Kajian Etnik (KITA), Pusat
Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran (CteLT), Pusat Teknologi Maklumat (PTM),
Pusat Komunikasi Korporat (PKK), pelajar UKM dan komuniti Bandar Baru Bangi.
PCU dan KITA berperanan menyediakan tenaga pakar kandungan kursus (Subject
Matter Experts - SME) yang memberikan input berkenaan kursus hubungan etnik. Tenaga
pakar ini merupakan para pensyarah yang berpengalaman mengajar kursus hubungan
etnik dan juga pakar dalam bidang hubungan etnik.
Manakala CteLT dan PTM menyediakan tenaga pakar dari segi teknikal yang
membangun MOOC. Seterusnya dimantapkan dengan penglibatan pelajar UKM dan
komuniti Bandar Baru Bangi yang terlibat dalam lakonan dan pendapat orang ramai
tentang hubungan etnik di Malaysia.
Kandungan kursus dibangunkan dalam bentuk video, animasi, teks, aktiviti
interaktif dan sebagainya. Video yang dibangunkan telah menggunakan beberapa aplikasi
dan software antaranya Camtasia, video animasi Powtoon, dan rakaman santai. Aktiviti
interaktif seperti kuiz, forum diskusi dan refleksi telah dibangunkan. Dalam hal ini, kuiz
juga merupakan satu elemen yang boleh digunakan bagi membuat penilaian tentang tahap
kefahaman pelajar tentang keharmonian etnik di Malaysia.

b. Pembangunan dan penilaian MOOC


Pembangunan dan penilaian MOOC adalah berdasarkan kepada reka bentuk pengajaran
yang diubah suai dari Model ADDIE (Rajah 1).

525
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Rajah 1: Model ADDIE


Sumber: http://www.karenmcb.com/524/module6/addie_development.html

Model ADDIE adalah satu proses rekabentuk pengajaran dengan lima peringkat:
Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian.
Peringkat Analisis merangkumi teknik penyelidikan seperti analisis keperluan dan
analisis tugas. Ia adalah asas bagi semua peringkat lain dalam rekabentuk pengajaran.
Output peringkat ini biasanya meliputi matlamat pengajaran, dan senarai tugas yang akan
diarahkan. Dalam peringkat ini, dikenal pasti masalah, punca masalah dan penyelesaian
masalah yang bersesuaian. Peringkat ini mungkin merangkumi teknik penyelidikan
khusus seperti analisis keperluan. Output ini akan menjadi input untuk fasa Rekabentuk.
Peringkat Rekabentuk melibatkan penggunaan output dari peringkat Analisis untuk
merancang strategi bagi membangunkan pengajaran. Dalam peringkat ini, digariskan
kaedah pencapaian matlamat pengajaran yang telah ditentukan di dalam peringkat Analisis
dan mengembangkan asas pengajaran. Peringkat Rekabentuk ini mungkin meliputi
beberapa elemen seperti penulisan mengenai maklumat berkaitan populasi, menjalankan
analisis pembelajaran, penulisan objektif dan item ujian, pemilihan sistem penyampaian,
dan aturan pengajaran.
Output peringkat Rekabentuk akan menjadi input untuk peringkat Pembangunan.
Pembinaan peringkat Pembangunan berdasarkan kedua-dua peringkat Analisis dan
Rekabentuk. Peringkat Pembangunan ini bertujuan merencana rancangan pengajaran
dan bahan pengajaran. Dalam peringkat ini, rekabentuk pengajaran dibangunkan, media
yang akan digunakan dalam pengajaran, dan dokumen sokongan. Ini mungkin termasuk
perkakasan (contohnya, peralatan simulasi) dan perisian (contohnya, computer-assisted
instruction).
Peringkat Pelaksanaan merujuk kepada kaedah penyampaian pengajaran, sama
ada berasaskan makmal, berasaskan bilik kuliah, atau berasaskan komputer. Peringkat ini
bertujuan menentukan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan pengajaran. Peringkat
ini perlu menekankan kefahaman pelajar mengenai bahan yang digunakan, menyokong
penguasaan pelajar terhadap objektif pengajaran, dan memastikan pengetahuan pelajar
dalam suasana pembelajaran dapat dimanfaatkan di dalam dunia pekerjaan.

526
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENGAJARAN MENGGUNAKAN MOOC HE

1. Dari perspektif Pengajaran:


a. Input mengandungi galakan tentang kesepaduan sosial
Pelajar dapat berkongsi pengalaman seharian mereka dalam menggalakkan
kesepaduan sosial. Berikut adalah pendapat pelajar tentang pengalaman seharian
mereka berkaitan hubungan etnik di Malaysia:
“Kepelbagaian rakyat Malaysia membolehkan kita hidup secara aman walaupun
berbeza dari sudut etnik , bangsa dan budaya. Hal ini disebabkan Malaysia
terbentuk daripada masyarakat yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu,
Cina, India, dan sebagainya. Disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada
masyarakat yang berbilang kaum, maka lahirlah negara Malaysia yang nyatanya
mempunyai keunikan yang tersendiri. Walaupun demikian, masyarakat Malaysia
masih hidup aman dan damai antara satu sama lain. Inilah salah satu keistimewaan
yang hanya dapat dilihat di Malaysia. Walaupun berbeza dari segi kaum, etnik,
pemikiran dan kepercayaan, masyarakat Malaysia masih dapat hidup dengan aman
dan tenteram. Malaysia terdiri daripada berbilang kaum, dan mempunyai pelbagai
jenis makanan yang unik dan lazat. Semua penduduk di Malaysia boleh mencuba
dan merasai semua jenis makanan yang semestinya mempunyai rasa dan keunikan
yang tersendiri. Contohnya Roti Canai dan Kari dari kaum India, Nasi lemak,
Ketupat dan Rendang dari kaum Melayu, Yong Tau Foo dan Char Kuey Teow dari
kaum Cina. Selain itu, kita juga dapat mengenal pasti pelbagai etnik yang terdapat
di negara kita seperti dalam percakapan, pergaulan, perbuatan dan lain-lain lagi.
Boleh saya katakan bahawa saya tidak mempunyai batas etnik yang tebal, di mana
saya merasakan semua manusia adalah sama dan tidak perlu kita menganggap
sesuatu kaum itu kotor dan asing buat kita walaupun berlainan bangsa. Kita
seharusnya menghargai kepelbagaian ini dan saya berharap untuk mempunyai
lebih ramai kenalan yang berlainan kaum, bangsa dan agama di masa akan datang.
Walaubagaimanapun, saya hanya pandai berbahasa Melayu. Jadi, kadangkala saya
tidak dapat memahami perbualan rakan saya yang berlainan kaum apabila mereka
menggunakan bahasa ibunda mereka. Melalui pengalaman saya juga, saya tidak
ada masalah bergaul dan berkawan dengan individu atau golongan yang berlainan
kaum. Tambahan pula, saya pernah bekerja di sebuah hotel di mana hotel tersebut
mempunyai pelbagai etnik seperti Cina , India dan juga Melayu.
Sewaktu berada di alam persekolahan sekolah rendah, saya tidak berjumpa
dengan rakan berlainan kaum kerana saya bersekolah di sekolah luar bandar. Namun,
saya telah mewakili dan menyertai perlawanan olahraga peringkat sekolah di mana
perlawanan itu terdiri daripada pelbagai kaum. Saya dapat bertukar pengalaman
dengan mereka tentang perlawanan tersebut. Semasa saya bersekolah di sekolah
menengah, saya dapat berkawan dengan ramai orang yang berasal daripada etnik
yang berlainan. Sebagai contoh, etnik Cina, India dan lain-lain lagi. Mereka akan
menjemput kami pergi ke rumah terbuka semasa hari perayaan dan ada pelajar
membawa kuih-muih perayaan ke sekolah untuk berkongsi makan dengan rakan
kelas yang lain. Selain mempunyai kawan dari pelbagai bangsa, sekolah saya
juga mempunyai guru dari bangsa Cina dan India. Dengan ini, saya tidak berasa
mempunyai sebarang permisahan kaum berlaku dalam masyarakat kita. Malah,
cara berinteraksi antara satu sama lain dalam kalangan rakyat menunjukkan rakyat
kita dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa mengira kaum dan agama. Ini
merupakan suatu langkah negara kita untuk mencapai matlamat Satu Malaysia.”

527
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

b. Input membantu content filtering tentang isu kesepaduan


Pandangan pelajar yang agak keterlaluan tentang isu kesepaduan sosial di
Malaysia seperti kalimah Allah, pembinaan rumah ibadat dan sebagainya, boleh
dijawab semula oleh pensyarah berdasarkan fakta dan realiti semasa serta undang-
undang negara. Walaupun pelajar adalah bersifat terbuka, namun keterbukaan ini perlu
dibatasi dengan realiti yang berlaku di Malaysia.

c. Input daripada pelbagai pakar


Pandangan pakar yang bukan terdiri daripada pengajar hubungan etnik juga
boleh memberikan pendapat mereka. Sebagai contoh, jika beliau seorang peguam,
beliau boleh memberikan pandangan mengenai sesuatu isu berdasarkan peruntukan
perlembagaan dan undang-undang negara. Jika beliau seorang aktivis masyarakat,
beliau boleh memberikan pandangan mengenai aktiviti sosial yang melibatkan pelbagai
etnik. pandangan ini akan menjadikan proses pengajaran lebih menarik kerana pelajar
mendapat pandnagan yang pelbagai dari sudut pandnagan pakar dan mereka yang
terlibat secara langsung dalam sesuatu isu tersebut.

2. Impak kepada pengajar


Pengajar dapat mengetahui pandangan pelajar melalui ruangan forum dan soalan
yang dijawab. Sebagai contoh, antara soalan yang perlu dijawab oleh pelajar
ialah usaha penyatupaduan ke arah mengukuhkan kesepaduan sosial adalah
tanggungjawab bersama pelbagai pihak; Bincangkan bagaimana pihak berikut
memainkan peranan dalam usaha menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik di
negara ini.
(a) Kerajaan
(b) Bukan kerajaan
(c) Anggota masyarakat

Antara jawapan yang diberikan oleh pelajar ialah:


“Usaha-usaha penyatupaduan ke arah mengukuhkan kesepaduan sosial adalah
tanggungjawab bersama pelbagai pihak iaitu kerajaan, bukan kerajaan dan anggota
masyarakat. Setiap pihak memainkan peranan penting untuk memastikan usaha
tersebut dicapai.

(a) Kerajaan
Antara usaha-usaha penyatupaduan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi
mengukuhkan kesepaduan sosial adalah dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969. Ia bertujuan memelihara,
meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras
dengan dasar kerajaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan
Rukunegara. Contohnya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru,
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya.

(b) Bukan Kerajaan
Antara langkah yang dimainkan oleh pertubuhan bukan kerajaan pula bagi
membantu mengukuhkan kesepaduan sosial ialah dengan penubuhan persatuan
dengan kepimpinan daripada pelbagai kaum. Ia dapat berfungsi sebagai wakil suara
masyarakat dan dapat memperjuangkan hak masyarakat. Persatuan dan pertubuhan
ini sangat bertanggungjawab, berdedikasi dan bertolak ansur dalam menyelesaikan
konflik masyarakat seperti kepimpinan Majlis Belia Malaysia telah dipelopori oleh
pelbagai kaum. Antara contoh pertubuhan lain ialah Pertubuhan Gerakan Belia 4B,
Persatuan Belia Tamil, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan lain-lain
528
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

turut mengadakan pelbagai aktiviti dialog dan perbincangan bagi mencari inisiatif
yang efektif mengenai konflik yang berlaku dalam masyarakat.

(c) Anggota Masyarakat
Masyarakat juga bertanggungjawab memainkan peranan penting bagi mencapai
kesepaduan sosial. Setiap anggota masyarakat mesti mempunyai keperibadian yang
positif untuk menerima perbezaan antara kaum. Antara program  yang boleh dilakukan
adalah amalan rumah terbuka bagi memupuk semangat kejiranan, perpaduan,
persefahaman serta mengeratkan hubungan tanpa mengira bangsa dan agama. Malah,
ia dapat memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkumpul sekaligus boleh
berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, rukun tetangga juga boleh dibentuk di
setiap kawasan kediaman masyarakat bagi menggalakkan penyatupaduan dengan cara
melaksanakan pelbagai aktiviti mingguan, bulanan dan tahunan serta dapat berkumpul
bagi menyelesaikan masalah secara perundingan damai dan dapat bertukar-tukar
pendapat untuk pembangunan setempat.

Dari jawapan pelajar ini, pengajar mengetahui bahawa pelajar sekarang bersifat terbuka
dengan kepelbagaian dalam negara. Kepelbagaian ini perlu dipupuk melalui rumah terbuka,
gotong royong dan program setempat yang melibatkan pelbagai etnik di Malaysia.

PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MOOC HE

a. Perspektif pelajar:
Pelajar dapat menyumbang idea tentang kepentingan kesepaduan sosial.
Contohnya pendapat pelajar tentang rakyat Malaysia tanpa mengira etnik adalah
saling bergantungan antara satu sama lain.
Berikut adalah antara pendapat pelajar tantanng saling bergantungan antara
rakyat Malaysia:
“Sikap saling bergantungan antara pelbagai etnik di Malaysia yang paling ketara
ialah dalam bidang ekonomi. Sikap ini berperanan dalam pembangunan sesebuah
negara. Lihat sahaja dari sudut makanan. Sebagai contohnya, makanan tradisi
orang melayu seperti nasi lemak sudah sebati dengan masyarakat yang lain di
Malaysia sehingga ada yang menjadikan nasi lemak sebagai makanan kegemaran,
walaupun mereka bukan berbangsa Melayu.
Perkara ini walaupun sekadar satu gambaran kepada sikap saling
kebergantungan, namun terselit di dalam situasi ini satu nilai yang besar. Dari
sudut pembangunan politik, seorang pemimpin yang memimpin sesebuah kawasan
atau negara perlu mengetahui dan memahami cara kelangsungan budaya dan cara
hidup etnik yang lain. Dari sini akan muncul seorang pemimpin yang berjiwa
rakyat kerana beliau berjaya mengetahui dan kelak berusaha mencari penyelesaian
sekiranya terdapat sesuatu isu yang berkaitan etnik yang berlaku di dalam kawasan
pimpinannya.
Dari sudut ekonomi pula, kebanyakan pembeli bahan mentah adalah
daripada kalangan mereka yang berbeza etnik. Sebagai contoh, kebanyakan pembeli
bahan mentah di kilang adalah orang Cina, dan pembekal bahan mentah adalah
orang Melayu atau seperti sawah padi, menternak lembu, ladang kelapa sawit dan
lain-lain. Mereka yang bekerja di tempat tersebut adalah dalam kalangan orang
Melayu dan mereka bakal menemui pembeli dalam kalangan etnik yang berbeza
kelak. Maka adalah menjadi saling kebergantungan antara mereka dalam usaha
memastikan bahan yang akan dihasilkan kelak dapat dipenuhi permintaannya.
Mereka akan cuba mengelak daripada berlakunya salah faham kerana sedar akan
akibat yang berlaku nanti.”
529
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

b. Impak kepada pelajar


Pelajar bersifat terbuka kerana berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka. Pelajar
menyedari bahawa Malaysia adalah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan
kepelbagaian ini perlu dihayati secara bersama dengan membandingkan apa yang
berlaku di negara luar.

KESIMPULAN

Peluang dan cabaran MOOC HE


MOOC bukanlah pengganti pembelajaran bersemuka (face to face) secara mutlak.
Bahan-bahan yang dibangunkan di dalam MOOC HE ini berperanan sebagai panduan
kepada pengajar HE di IPTA untuk diadun dalam kuliah dan tutorial bagi melengkapkan
pembelajaran supaya perbincangan tentang isu-isu etnik dapat dibuat dengan lebih
mendalam. Dengan itu, kelemahan atau pun salah faham pelajar dapat diperbaiki. Ledakan
maklumat abad ke 21 menerusi internet seperti isu sensitif yang melibatkan perkauman
memerlukan kepada kemahiran penapisan maklumat untuk mengelakkan salah faham dan
pergeseran antara kaum. Di sini, kursus HE memainkan peranan besar dalam menapis
maklumat dan memahamkan pelajar tentang perkara yang tersirat di sebalik yang tersurat
demi keharmonian dalam negara. Peranan MOOC dalam merealisasikan perkara ini
adalah sangat jelas.
Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam pengajaran subjek Hubungan Etnik ialah
kesukaran membuat penyelarasan dalam kalangan para pensyarah di UKM apatah lagi
di seluruh Malaysia memandangkan ini merupakan subjek wajib semua UA. Tambahan
pula, pembelajaran pelajar Generasi Y menuntut kelainan bagi menggalakkan keterujaan
(excitement). Hal ini menjadi cabaran bagi pensyarah untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pembelajaran mereka di mana kebanyakan pensyarah masih terbawa-bawa
dengan kaedah pengajaran tradisional seperti face to face dan chalk and talk.
Oleh yang demikian, kaedah MOOC memberi ruang dan peluang kepada pensyarah
dan pelajar untuk meneroka ilmu dengan cara yang unik dan inovatif. Melalui MOOC,
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan seperti pembelajaran
teradun (blended learning), flipped classroom, self-pace learning dan sebagainya. Selain
itu, HE secara MOOC berupaya menangani keperluan pelajar yang ramai serta berbeza
bidang pengajian dan pelbagai dalam gaya pembelajaran. Penggunaan MOOC juga dapat
membantu penyelarasan kursus dan meningkatkan perkongsian idea sesama pengajar
HE di seluruh Malaysia. Hasilnya, sebuah jaringan komuniti maya yang terdiri daripada
pengajar dan pelajar dari pelbagai universiti terbina melalui perkongsian sumber MOOC
HE. Ini merupakan satu pendekatan yang sangat cost effective dari aspek pengendalian
kursus wajib universiti di peringkat kebangsaan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

MOOC adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang masih baru di Malaysia.
Sehubungan itu, kaedah ini boleh dikembangkan kepada kursus lain selain HE. Selain
itu, rekabentuk dan bahan yang digunakan dalam pembinaan kursus MOOC boleh
dipelbagaikan lagi.

530
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Al-Atabi, M. & DeBoer, J. (2014). Teaching entreprenuership using Massive


Open Online Courses (MOOC). Technovation.http://dx.doi.org/10.1016/j.
technovation.2014.01.006.
Mackness, J., Mak, S.F.J. & Williams, R. (2010). The ideals and reality of participating
in MOOC. Proceedings of the 7th International Conference on Networked Learning
2010.
McAuley, A., Stewart, B., Siemens, G. & Cormier, D. (2010). The MOOC model for
digital practice. http://www.elearnspace.org/Articles/MOOC_Final.pdf.
Pappano, L. (2012). The year of the MOOC. The New York Times, 2nd Nov. 2012.
Weller, M. (2014). Project Title: Characteristics and completion rates of distributed and
centralised MOOCs Project Details. MOOC Research Initiative Final Report. http://
www. moocresearch.com/reports.

531
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

DETERMINING TEACHING METHODS FOR MALAYSIAN


NATIONHOOD: TOWARDS INCREASING STUDENT PATRIOTISM

Murni Wan Mohd Nor, Zatul Himmah Adnan, Ku Hasnita Ku Samsu, Mohd Mahadee Ismail
Universiti Putra Malaysia

Abstract
Studies and surveys that have been conducted indicate that feelings of patriotism and
love for the nation seem to have declined, particularly among the younger generation.
This makes the teaching and appreciation of Malaysian Nationhood even more
necessary than before. However, there are many challenges involved in conducting
this course, as many students view the subject skeptically. This study is under the
Research Incentive Grant for Teaching and Learning (GIPP) granted by the Centre for
Academic Development (CADe) of University Putra Malaysia. The main objective
of this study is to determine which teaching strategies for Malaysian Nationhood
is effective in increasing student patriotism. In doing so, the study was carried out
during class hours, towards the end of semester 1 of 2015/2016 at University Putra
Malaysia . The data was obtained from student evaluations and responses of the
teaching methods the writer employed when the Malaysian Nationhood class was
conducted. In this paper, the writer focuses on student evaluations of two particular
course contents; namely the topic of the “The Legislative” and “Social Policies.”
Then, the writer analyses whether the students have achieved the learning outcome of
these topics, as well as whether their feelings of patriotism increased after the topic has
been delivered. In conclusion, the findings of this study suggests that overall, many
students have achieved the desired learning outcomes, and have increased feelings
of patriotism after the topic was delivered. The findings of this study may serve as
a guideline for academicians and policy makers on the methods and strategies that
may be effectively employed to encourage and instill feelings of patriotism amongst
the youth.

Keywords: patriotism, teaching strategies, Malaysian nationhood.

INTRODUCTION

The study of Malaysian Nationhood is made compulsory to be taught in all Malaysian Public
Institutions of Higher Education. This initiative is with good intention to encourage national
unity and progress in Malaysia through the emphasis on tolerance and diversity. However,
studies indicate that Malaysian students have begun to view this subject lightly and have a
tendency to not focus in this particular class (Mohd Mahzan Awang, 2013). It becomes another
obstacle when the students taking this subject are sceptical about its importance, or does not
cooperate in the learning of Malaysian Nationhood (Tyson, Daasaratan Jeram & Hani Noor
Azlan, 2011). Research has also indicated that the level of patriotism, especially amongst the
Malaysian youth is not at the desired level (Wasitah Hj. Mohd Yusof et al., 2015). This makes
the teaching of this subject even more challenging, but necessary. Patriotism and love for the
nation are positive values that are important not only because it provides a sense of one’s
self, but it can also motivate citizens to work together for the development and betterment of
their country (Abd Rahim Abd Rashid, 2004). This is why studies regarding nationhood are
considered imperative in many countries around the world, such as the United Kingdom, China,
Japan and Indonesia (McKenzie, 1993). This kind of positive patriotism is to be encouraged
amongst students, as it is different from that of negative or extreme patriotism (Boswell, 1986).
Negative patriotism is defined by Wan Mohd Nor (2015) as an attitude and action that
532
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

places everything with regard to the nation for the good of all its people, without compromising
or affecting the rights of other nationalities and countries surrounding it. It is important that
as Malaysians, we come up with our own interpretation of patriotism (Abdul Rahman Abdul
Aziz, 2014). The writer refers to positive patriotism, which is patriotism that results in justice
(Wan Mohd Nor, 2015). It is a feeling of love and loyalty towards your countrymen and the
nation which you call home that motivates you to put things in its proper place, but it is not
a value that should be exercised above all other values, particularly justice. It should not and
must not motivate a person to do whatever it takes for the benefit of one’s own country if it may
adversely affect the rights of others, whether nationally or internationally.
Feelings of patriotism among the youth in Malaysia are rated as a “B,” according to a
study by the National Civics Bureau (Tashny Sukumaran, 2014). While the findings of this
particular study does not indicate that the level of patriotism is too worrying, the writer is
concerned that if there is no appreciation for the history of the country and little understanding
of the need for tolerance among the people, patriotism and national unity may decline further
from a “B” in the future. This problem needs to be properly addressed and effort made to
increase this positive value among the public. The public must not be discouraged by political
controversies and allow themselves to be devoid of patriotic feelings, as just patriotism could
bring about many positive effects to a country. Although the level of patriotism amongst the
Malaysian youth is not in dire straits yet, statistics in certain studies have shown that the level
is merely satisfactory. There is potential to increase their level of patriotism and encourage a
deeper understanding of and appreciation for their country (Ku Hasnita Ku Samsu & Mohd
Haizam Mohd Nor, 2009). In order to overcome barriers in teaching this subject, lecturers
must devise creative and effective teaching methods to ensure that not only are the learning
outcomes met, but patriotism is also instilled amongst the students.

OBJECTIVE OF STUDY

This study is under the Research Incentive Grant for Teaching and Learning (GIPP) granted
by the Centre for Academic Development (CADe) of University Putra Malaysia. The main
objective of this study is to determine the best teaching methods that would enable students
to achieve their learning outcomes and increase sentiments of patriotism among them. The
study is meant to come up with strategies that would be able to shape students who possess
higher order thinking skills. Lastly, it is also to develop innovative teaching practices from
the teaching of Malaysian Nationhood that can also be applied to other subjects.

METHODOLOGY

In order to determine whether the writer has been successful in the objectives mentioned
above, the survey was conducted on all 148 students of the writer’s Malaysian Nationhood
class. To gain even more insight into the teaching and learning of this subject, eight focus
groups where chosen among the 148 students, whereby the participants of these focus groups
had to answer detailed questions as to the writer’s effectiveness in the teaching of Malaysian
Nationhood according to each topic, as well as whether their feelings of patriotism increased
or not after the topic was delivered.

DISCUSSION

The writer has attempted to apply student centred learning (SCL) methods in the execution
of Malaysian Nationhood. Student centred learning emphasizes on the independent role
of students in in the process of gaining knowledge. They were encouraged to explore and
discover issues related to their studies themselves in order to obtain a comprehensive
learning experience. Studies have shown that the learning process is better appreciated by
533
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

students if they are encouraged to be an active part of it and are able to direct the course
of their learning (Harlow, Cowie, & Heazlewood, 2010), rather than merely being at the
receiving end of lectures (Prince, 2004).
Specifically, the approach taken by the writer was to create a more active learning
experience. Active learning is a form of SCL, whereby students are asked to be involved
in a range of meaningful activities and apply what they have learned. The benefits of
active learning have been supported by several studies (Hake, 1998, Wright & others,
1998), which is why the writer decided to highlight this particular approach to learning in
this paper. This is not to say that the writer neglects the traditional approach to teaching
completely. The writer employs different types of learning methods during the course of
her classes but for the purpose of this study, the writer will focus on how adopting the
active learning approach and introducing activities in class have been effective amongst
students.
Firstly, the writer would conduct the class by going through the content of a
particular topic. However, not everything is shared in class. The writer purposefully
omits certain pieces of information and asks the students to research for the answer. This
independent exercise would be their preparation for the upcoming class activity. Then,
the writer would proceed to conduct various activities to engage the students and allow
them to be an active member of the learning process, as opposed to the traditional one-
way teaching approach that has been widely practiced amongst educators before this.
Student engagement is reported to be a central aspect of a successful learning process
(Astin, 1993). A student centred approach to learning is more encouraged in this day and
age, particularly with the advent of technology and the many tools developed to facilitate
learning.(Taylor, Harlow, & Forret, 2010). This method of learning is meant to increase
the understanding and appreciation of the topic among students. It was hoped that by
coming up with active learning methods, the students would be able to better achieve the
learning outcomes as well as have a greater appreciation for patriotism.
For the purpose of this paper, the writer would like to highlight how two particular
topics of the course were conducted. For the topic of “The Legislative,” the writer’s
objective was to enable students to visualise the process that goes behind the making of
laws and other important decisions affecting the country. In doing so, the writer chose to
highlight a current issue that has been heavily debated about in order to generate student
interest in the class discussion, which was the Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
The writer instructed the students to divide themselves into government and
opposition parliamentary members, and asked them to identify which constituency they
represented. The students were given the liberty to choose a speaker of the parliamentary
session. They also determined for themselves who was to be the Member of Parliament
who would be presenting the proposal on behalf of the government to increase the BR1M.
The writer had advised that all arguments must be based on facts. As such, enough time
and notice was given to the students for preparation of this class activity. All students
were also encouraged to voice out their opinion as they were representing the people
of their constituency. They presented their arguments and followed the parliamentary
process. Once the session was done, a vote was conducted in order to determine which
party won that particular issue.
The writer also carried out a similar activity for the topic “Social Policies.” The
writer instructed the students to discuss and identify the process that goes into formulating
and making social policies. In the next class covering the same topic, the students were
asked to represent the role of Cabinet members and debate the formulation of a social
policy to protect women’s rights. During this activity, the students were free to present
their ideas on what initiative should be included in the National Women’s Policy, and
justify how that initiative would address the social problems affecting women.

534
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

FINDINGS

According to the observation of the writer, the students received this particular class
activity positively and showed interest in the topic as a result. The participation from the
students was very encouraging, as many of them were eager to share their opinions as to
why they agreed or disagreed with the proposal to increase the amount of BR1M given.
With regards to the topic on social policies, the students were able to identify the current
social ills and come up with workable solutions that should be considered under the
National Women’s Policy. They delivered their opinions passionately and their arguments
were critical and well developed. It is important to note that the writer observed that
their opinions were based on actual facts and related their arguments to the current issues
that were occurring at the time, reflecting a higher order of thinking skills. The students
were able to appreciate political issues and relate it to the current situation, thus fulfilling
the second learning outcome. This allowed the students to visualise how parliamentary
sittings are conducted as well as how social policies are made, hence fulfilling the first
learning outcome.
The main questions asked in the focus groups were 1) whether they felt the activities
carried out were suitable or not in achieving the learning outcomes; and 2) whether they
were suitable in increasing feelings of patriotism. The scale given was from 1 to 5, with
1 being not suitable at all and 5 being very suitable. For the topic of “The Legislative,”
seven out of eight focus groups rated that the activities carried out were very suitable (5)
in assisting the students to achieve the desired learning outcomes, whereas one group
focus group rated the activity as being suitable to achieve the learning outcome (4). All
the focus groups stated that the activities conducted were very suitable in increasing their
patriotism (5).
With regards to the topic “Social Policies,” the data from the survey indicated a
similar result with that of “The Legislative” topic. Seven out of eight focus groups stated
that the activities conducted during class were very suitable (5) in assisting the students
to achieve the desired learning outcomes, whereas only one group focus group was of
the opinion that the activity was suitable to achieve the learning outcome (4). All eight
focus groups mentioned that the activities conducted were very suitable in increasing
their patriotism (5).

CONCLUSION

It appears that although there may be initial reluctance and scepticism among students
when it comes to the learning of Malaysian Nationhood, it can be overcome through
innovative teaching methods that allow students to play an active role in their learning
process. It may no longer be viable to only consider traditional teaching practices, as
the data suggests students receive the subject better when taught through interesting and
interactive means. Most importantly, the data indicates that the activities carried out were
perceived as appropriate for the purpose of increasing patriotism. The findings of this
study support other studies conducted on active learning approaches, whereby students
receive many benefits and show improvement in their thinking and writing skills, as well
as their overall attitude towards learning (Faust & Paulson, 1998; & Bonwell & Eison,
1991). As such, it is worthwhile for educators to develop new and different activities that
are suitable to be applied in lectures in order to achieve the learning outcomes for their
particular subject. The methods used by the writer may also be applied in the teaching
and learning of other subjects besides Malaysian Nationhood, as the principle is the
same. Motivating students to be more involved in the subject they are taking, as well as
encouraging them to think beyond what has been delivered in lectures and stated in their
textbooks, may very well bring about positive results, as indicated by the data obtained
535
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

from the surveys of this study. It is hoped the findings of this study can be used as a guide
for other educators in formulating their own innovative teaching methods that would
attract students to the learning process, develop critical and high order thinking skills as
well as appreciation for knowledge gained throughout the study of their subjects.

REFERENCES

Abd Rahim Abd Rashid. Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. (2004). Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abdul Rahman Abdul Aziz. (2014). Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.
Astin, A. (1993). What Matters in College? Four Critical Years Revisited. San Francisco:
Josey-Bass Publishers.
Boswell, J. (1986). The Life of Samuel Johnson. Hibbert, C. (ed). New York: Penguin
Classics.
Faust, J. L., & Paulson, D. R. (1998). Active learning in the college classroom. Journal
on Excellence in College Teaching, 9 (2), 3-24.
Hackathorn, J., Solomon, E. D., Blankmeyer, K. L., Tennial, R. E., & Garczynski, A.
M. (2011). Learning by doing: An Empirical Study of Active Teaching Techniques.
Journal of Effective Teaching, 11(2), 40-54. Retrieved February 5, 2016, from http://
uncw.edu
Hake, R. R. (1998). Interactive engagement vs. traditional methods: A six thousand-
student survey of mechanics test data for introductory physics courses. American
Journal of Physics, 66, 64-75.
Harlow, A., Cowie, B., & Heazlewood, M. (2010). Keeping in touch with learning: the
use of an interactive whiteboard in the junior school. Technology, Pedagogy and
Education, 9(2), 237-243. doi: 10.1080/1475939X.2010.491234 Holmes
Kagan, D. (2014, September) Democracy Requires a Patriotic Education, Wall Street
Journal, Retrieved January 18, 2016, from http://www.wsj.com/articles/donald-
kagan-democracy-requires-a-patriotic-education-1411770193
Ku Hasnita Ku Samsu & Mohd Haizam Mohd Nor. Patriotism among non-Malay students
in Public Higher Education Institution, Around Klang Valley. (2009). Akademika
75(1), 85-100. Retrieved March 4, 2016, from http://ejournal.ukm.my/akademika/
article/view/559
Lambert, C. (2012, March). Twilight of the Lecture. Harvard Magazine. Retrieved
February 17, 2016, from http://harvardmagazine.com/2012/03/twilight-of-the-lecture
McKenzie, H. (1993). Citizenship Education in Canada. Political and Social Affairs
Division. Retrieved June 20, 2013, from http://publications.gc.ca/Collection-R/
LoPBdP/BP/bp326-e.htm#B
Mohd Mahzan Awang Abdul Razaq Ahmad, Nora’asikin Abu Bakar, Sayuti Abd Ghani,
Asyraf Nadia Mohd Yunus, Jaya Chitra Ramalu, Che Pee Saad & Mohd Jasmy Abd
Rahman. (2013). International Education Studies, 6(11), 21-28. doi: 10.5539/ies.
v6n11p21
Poor response to fly the Jalur Gemilang due to lack of patriotism among Malaysians, (2013,
August 28). The Malay Mail Online. Retrieved from http://www.themalaymailonline.
com/malaysia/article/poor-response-to-fly-the-jalur-gemilang-due-to-lack-of-
patriotism-among-mal
Prince, M. (2004). Does Active Learning Work? A Review of the Research. Journal of
Engineering Education, 93(3), 223-231.

536
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Tashny Sukumaran.   (2014, August 14).Malaysians can ‘B’ patriotic. The Star


Online. Retrieved February 22, 2016, from http://www.thestar.com.my/news/
nation/2014/08/15/malaysians-can-b-patriotic-1200-score-average-of-38-out-of-50-
in-survey/
Taylor, M., Harlow, A. & Forret, M. (2010). Using a computer programming environment
and an interactive whiteboard to investigate some mathematical thinking. Procedia:
Social and Behavioral Sciences of the International Conference on Mathematics
Education Research 2010 (ICMER 2010), Special Issue (8), 561-570. doi:10.1016/j.
sbspro.2010.12.078
Tyson, A., Daasaratan Jeram & Hani Noor Azlan. (2011). Ethnicity, Education and the
Economics of Brain Drain in Malaysia: Youth Perspectives. Malaysian Journal of
Economic Studies, 48(2), 175-184.
Wan Mohd Nor Wan Daud. (2015). Patriotisme & Ketatanegaraan. Akademi Kenegaraan.
BTN: Putrajaya.
Wasitah Hj. Mohd Yusof et al. Indeks Belia Malaysia 2015: Mengukur Kesejahteraan
Hidup Belia Malaysia. (2015). Putrajaya: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia
Malaysia.
Wright, G. (2003). “The role of Nationhood in the Economic Development of the USA.”
in Teichova, A. & Matis, H. (eds) Nation, State and the Economy in History, New
York: Cambridge University Press.
Wright, J. C., Millar, S. B., Kosciuk, S. A., Penberthy, D. L., Williams, P. H., & Wampold,
B. E. (1998). A novel strategy for assessing the effects of curriculum reform on student
competence. Journal of Chemical Education, 75, 986-992

537
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERUNTUKAN ORANG MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN


PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF PERPADUAN

Fairojibanu Zainal Abidin, Nazri Muslim


ATMA,UKM

Abstrak
Perlembagaan adalah undang-undang utama dan yang tertinggi sesebuah kerajaan.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah digubal oleh Suruhanjaya
Reid dan telah diistiharkan pada 31 Ogos 1957. Dalam merangka perlembagaan
ini kaum Melayu dan bukan Melayu telah bersetuju dengan beberapa perjanjian
yang dikenali sebagai kontrak sosial. Walau bagaimanapun, isu dan masalah
peruntukan orang Melayu yang telah dpersetujui bersama dalam kontrak sosial
tersebut masih wujud dan sentiasa dibangkitkan walaupun telah 59 tahun
merdeka. Polemik mengenai kontrak sosial menunjukkan tahap pengetahuan dan
kefahaman rakyat Malaysia masih lagi rendah dan kurang dihayati, tidak seperti
mana semasa persetujuan mengenai kontrak sosial dalam merangka Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan
untuk mengkaji peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
dari perspektif perpaduan. Kajian ini melibatkan kajian perpustakaan untuk
melihat bahan berkaitan peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan. Justeru,
artikel ini akan membincangkan peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan
Persekutuan.

Kata kunci : Perlembagaan,Peruntukan orang Melayu,kajian perpustakaan.

PENGENALAN

Perlembagaan adalah undang-undang utama dan yang tertinggi sesebuah kerajaan.


Ia merupakan peraturan dan garis panduan yang menentukan pengurusan pentadbiran
Negara Malaysia. Dalam merangka perlembagaan ini kaum Melayu dan bukan Melayu
telah bersetuju dengan beberapa perjanjian yang dikenali sebagai kontrak sosial.
Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan
yang longgar iaitu berasaskan prinsip jus soli. Bagi orang Melayu pula telah diperuntukkan
dalam perlembagaan mengenai agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Raja-raja
Melayu terjamin dan dipelihara. Inilah perjanjian dan kontrak sosial yang telah dibawa
oleh Suruhanjaya Reid sehingga dipersetujui dan akhirnya Perlembagaan Persekutuan
telah diistiharkan pada 31 Ogos 1957.
Menurut Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, definisi orang Melayu adalah
seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Melayu,menurut adat istiadat
Melayu; dan lahir sebelum pada Hari Merdeka atau ibu bapanya lahir pada hari Merdeka
di Persekutuan atau Singapura. Oleh yang demikian segala perjanjian iaitu kontrak
sosial yang dipersetujui bersama ini hendaklah dipelihara dalam memastikan perpaduan
yang erat antara kaum. Pemahaman dan penghayatan serta penerimaan khususnya
berkaitan peruntukan orang Melayu oleh semua pihak sangat penting dalam mengekalkan
keharmonian rakyat Malaysia yang merupakan aset pencapaian perpaduan nasional.

538
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut :


1.1 Untuk mengkaji peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari aspek
perpaduan.
1.2 Untuk mengkaji implikasi peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan terhadap
hubungan etnik di Malaysia.
1.3 Untuk mengenal pasti isu-isu orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

METODOLOGI

Kajian ini melibatkan kajian perpustakaan untuk melihat bahan berkaitan peruntukan orang
Melayu dalam Perlembagaan.

DAPATAN KAJIAN

a. Peruntukan Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan


Pertama, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa adalah menjadi
tanggungjawab Yang di Pertuan Agong untuk menjamin kedudukan istimewa orang
Melayu dan juga melindungi hak kaum lain. Yang di Pertuan Agong atas nasihat kerajaan
boleh memberi peruntukan kepada orang Melayu beberapa bahagian yang difikirkan patut
dalam perkara-perkara berikut:
i. Menentukan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam.
ii. Menentukan kadar perizaban permit dan lesen bagi menjalankan sebarang perniagaan
atau pekerjaan.
iii. Menentukan kadar perizaban dalam biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran
dan latihan atau kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan.
Kedua, mengenai Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, ia menyentuh tentang
tanah rizab Melayu seperti berikut :
i. Tanah Rizab Melayu terus menjadi tanah rizab Melayu selepas merdeka.
ii. Mana-mana tanah yang bukan tanah rizab Melayu boleh diistiharkan sebagai tanah
rizab Melayu mengikut undang-undang.
iii. Kerajaan negeri boleh mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu dan bukan
Melayu.
iv. Jika tanah tersebut telah dimiliki oleh orang bukan Melayu, maka tanah rizab Melayu
tidak boleh diistiharkan.
Ketiga, Perkara 90 Perlembagaan Persekutuan pula menyentuh mengenai
pengecualian undang-undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan
Melaka dan undang-undang yang ada di Terengganu mengenai tanah pegangan orang
Melayu.
Keempat, Perkara 8(5)(f) Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan bahawa
kemasukan untuk perkhidmatan Rejimen Askar Melayu di Raja hanya diperuntukkan
kepada orang Melayu sahaja. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain adalah
terbuka kepada semua etnik di Malaysia dan tiada sekatan dikenakan.
Kelima, Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan bahawa
terdapat empat prinsip yang perlu dipatuhi sebelum penentuan atau penyemakan semula
sempadan pilihanraya dibuat. Keempat-empat prinsip tersebut ialah :
i. Sebuah kawasan hendaklah jangan melintasi sempadan negeri dan mempertimbangkan
kesukaran yang akan timbul jika kawasan dewan undangan negeri meliputi Dewan
Rakyat.
ii. Perlunya dipertimbangkan segala kemudahan yang ada dalam kawasan berkenaan
bagi pendaftaran pengundi.
539
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

iii. Ditetapkan juga bahawa jumlah pengundi bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya hendaklah
sama. Namun, perlembagaan juga menetapkan bahawa kawasan luar bandar hanya
separuh dari jumlah pengundi bagi sesebuah kawasan pilihanraya di bandar diperlukan.
iv. Perlu juga dipertimbangkan mengenai segala kesukaran apabila suatu kawasan ditukar
dan mustahaknya dikekalkan seseorang dengan kawasannya.

b. Implikasi Peruntukan Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan


Perkara utama perlu diambil perhatian dan dihayati ialah semasa proses penggubalan
perlembagaan ialah semangat persefahaman, akomodatif, berkongsi kuasa dan sedia
berkorban begitu dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.
Menurut Nazri Muslim (2011) semasa proses penggubalan dilakukan, beberapa
cadangan diberi pertimbangan untuk disepakati. Menurut Nazri, Dalam proses ini
semangat akomodatif yang tinggi berlaku antara Melayu dan bukan Melayu berkaitan
dengan kepentingan masing-masing atau dikenali sebagai kontrak sosial. Sebagai contoh,
etnik Melayu melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan Melayu, sementara etnik bukan
Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa etnik Melayu. Pada ketika itu, etnik
Melayu menerima prinsip jus soli iaitu dengan mengurniakan kerakyatan bagi mereka
yang lahir selepas merdeka dan kerakyatan yang lebih longgar bagi etnik bukan Melayu
yang dilahirkan sebelum merdeka.
Hasil daripada persetujuan bersama semua etnik, masyarakat Melayu diperuntukkan
dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh hak istimewa bumiputera.
Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Manakala peruntukan dalam Perkara
153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan daripada
Majlis raja-Raja Melayu. Perkara ini merupakan satu jaminan yang tidak boleh dinafikan
lagi.
Perkara-perkara yang dibicarakan dalam Perkara 153 secara khususnya menyentuh
tiga perkara iaitu:

i. Perkhidmatan Awam
Dalam perlembagaan dinyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Yang
di Pertuan Agong untuk menentukan rizab bagi orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan satu kadar bilangan jawatan
dalam perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan perlu. Namun,
bagi menjalankan tanggungjawabnya, baginda tidak boleh melucutkan sesiapa
juga apa-apa jawatan awam yang disandang olehnya. Hal yang sama juga bagi
semua orang tidak mengira etnik yang menyandang jawatan dalam perkhidmatan
awam, mestilah diberi layanan yang adil baik dari segi kenaikan pangkat, gaji dan
kebajikan yang lain. Oleh itu, menurut Mohamed Suffian (1987) adalah rasional
bagi merizabkan untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak suatu
kadar bilangan dalam perkhidmatan persekutuan kerana pada zaman penjajah dan
pada awal kemerdekaan tidak ramai orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan.
Ini boleh dilihat daripada Jadual 4.1 berikut :

Jadual 4.1 : Pegawai Bahagian I Dalam Perkhidmatan Kerajaan Pada 1 Nov. 1968 (Etnik)
Perkhidmatan Melayu Bukan Melayu Jumlah
Perkhidmatan Pentadbiran 706 515 1221
Arkitek, Jurutera dan Pegawai Profesional 73 370 443
Pegawai Kesihatan dan Perubatan 64 693 727
Ahli Sains Fizikal 13 51 64

540
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Ahli Sains Sejati 60 108 169


Perangkawan Profesional 38 166 204
Perkhidmatan Undang-Undang 70 37 107
Perkhidmatan Beruniform 331 369 700
Pengangkutan dan Media Massa 67 188 255
Jumlah 1392 2447 3839

Sumber : Mohd Yusof Ismail (1970), A review of the implementation of article 153 of the Malaysian
constitution since 1957 with special reference to West Malaysia. Latihan Ilmiah, Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran, Universiti Malaya.

ii. Ekonomi
Majoriti orang Melayu yang terdiri daripada golongan pesawah padi, penoreh getah
dan nelayan berada dalam kemiskinan iaitu 64.8% berbanding bukan Melayu iaitu 26%
pada tahun 1970 seperti dalam Jadual 4.2. Keadaan ini juga menunjukkan majoriti orang
Melayu berada dalam kemiskinan terutamanya di luar bandar di mana kadar kemiskinan
ialah 58.6% berbanding bandar iaitu 24.6%. Kesan daripada peninggalan penjajah ini,
Haris Md. Jadi (1990) menyatakan bahawa orang Melayu tertinggal sebagai pemerhati
di sebalik kegiatan ekonomi dan perubahan yang sedang berlaku di Persekutuan Tanah
Melayu ketika itu.

Jadual 4.2: Kadar Kemiskinan Semenanjung Malaysia Mengikut Kaum 1970


Etnik/Kawasan 1970 (%)
Melayu 64.8
Cina 26.0
India 39.2
Lain-lain 49.3
Luar Bandar 58.6
Bandar 24.6
Sumber : Rancangan Malaysia Ketiga

Dari segi jurang pendapatan isi rumah antara Melayu dan bukan Melayu juga masih
tinggi. Contohnya, pendapatan isi rumah orang Melayu ialah RM172 berbanding dengan Cina
RM394 dan India RM304. Jika dilihat dari segi kawasan luar bandar dan bandar pula ialah
RM200 dan RM428 seperti di Jadual 4.3.

Jadual 4.3: Pendapatan Purata Isi Rumah Semenanjung Malaysia Mengikut Kaum 1970
Etnik/Kawasan 1970 (RM/bulan)
Melayu 172
Cina 394
India 303
Luar Bandar 200
Bandar 428
Sumber: Rancangan Malaysia Ketiga, hlm 212.

541
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Oleh itu, berdasarkan statistik tahun 1970 di atas, Sanusi Osman (1989) melaporkan
bahawa Perkara 153 telah digunakan untuk mencapai tujuan ini. Antaranya ialah memberi
kemudahan lesen perniagaan dan premis perniagaan yang strategik. Menurutnya lagi, manakala
faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yang tidak adil dan tidak seimbang di
kalangan rakyat merupakan faktor yang paling kuat mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.
Dengan itu, Perkara 153 telah memperuntukkan bahawa orang Melayu mendapat keistimewaan
dalam bidang ekonomi agar jurang perbezaan ekonomi dapat dihapuskan dan bertujuan orang
Melayu tidak terasa terpinggir dalan arus pembangunan negara.

iii. Pendidikan
Haris Md. Jadi (1990) menyatakan bahawa penjajah Inggeris telah meninggalkan sistem
pendidikan yang terus mengekalkan orang Melayu dalam keadaan tertindas. Sistem
pendidikan Inggeris pada masa itu sekadar untuk menjadikan petani Melayu yang lebih
baik daripada ibu bapa mereka. Ini ditambah lagi dengan keadaan sekolah Melayu yang
begitu teruk tanpa perabot yang cukup, kekurangan buku teks dan bahan bacaan serta
ibu bapa Melayu yang sudah mula hilang kepercayaan terhadap sekolah Melayu.
Bagi tahun sebelum 1970, Jadual 4.4 jelas menunjukkan bahawa orang Melayu
jauh ketinggalan dalam kemasukan pelajar ke Universiti Malaya. Manakala Jadual
4.5 menunjukkan orang Melayu juga tertinggal dalam fakulti yang berteraskan sains
berbanding orang bukan Melayu. Contohnya, di Fakulti Kejuruteraan, peratusan orang
Melayu dalam sesi 1970/1971 ialah 0.16% berbanding bukan Melayu (Cina) iaitu
9.64%. Implikasi terhadap angka-angka ini adalah jelas kerana ia menunjukkan jurang
perbezaan antara etnik dan menjauhkan lagi jurang golongan profesional di kalangan
etnik. Keadaan ini tidak begitu baik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia kerana
terdapat jurang profesional antara etnik.

Jadual 4.4: Peratusan Bilangan Penuntut Mengikut Bangsa di Universiti Malaya


Tahun Melayu Bukan Melayu
1959-60 19.2 80
1960-61 22.1 77
1961-62 21.5 78.5
1962-63 20.4 79.6
1963-64 20.6 79.4
1964-65 24.4 75.6
1965-66 25.4 74.6
1966-67 28.8 71.2
1967-68 30.7 69.5
1968-69 32.6 67.2
Sumber: Malaysia (1971), Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara mengkaji Kehidupan
Penuntut2 di- Kampus Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Pencetak Kerajaan.hlm 130

Jadual 4.5: Peratusan Penuntut Mengikut Bangsa dan Fakulti (Berasaskan Sains) di Universiti
Malaya
Tahun Bangsa Sains Kejuruteraaan Pertanian Perubatan
1968-69 Melayu 7.2 0.32 3.42 5.12
Cina 27.1 10.09 5.12 11.6
Lain-lain 9.7 2.97 2.5 8.6

542
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

1969-70 Melayu 6.3 0.4 2.9 4.5


Cina 27.32 9.28 5.29 10.98
Lain-lain 9.64 2.61 2.21 9.27
1970-71 Melayu 5.02 0.16 2.91 4.10
Cina 29.54 9.64 5.50 11.02
Lain-lain 10.13 2.53 2.88 9.89
Sumber: Diubahsuai dari Malaysia (1971), Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara mengkaji
Kehidupan Penuntut2 di- Kampus Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Pencetak Kerajaan.hlm 105. Data
ini tanpa melibatkan pelajar yang berteraskan sains sosial.

Kestabilan politik di Malaysia amat bergantung kepada keseimbangan kedudukan


istimewa orang Melayu dan kepentingan sah etnik lain. Abdul Aziz Bari dan Farid Suffian
Shuaib (2006) menyatakan jika keseimbangan ini diganggu-gugat, maka kestabilan politik akan
tergugat dan boleh mengamcam perpaduan kaum. Maka statistik pada tahun 1970 berkenaan
orang Melayu dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan telah mewajarkan Perkara
153 itu digunakan bagi memperbaiki ketidakseimbangan tersebut. Menurut Abdul Aziz Bari
dan Farid Suffian Shuaib lagi Akta UiTM 1976 merupakan natijah dari Perkara 153 untuk
meramaikan orang Melayu dalam pendidikan tinggi negara dan seterusnya memperbaiki jurang
golongan profesional antara etnik.

PERBINCANGAN

Isu-isu Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan : Kesamarataan


Perlembagaan memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama disisi udang-undang
dan juga berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang. Tidak
dibenarkan diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan dia salah
seorang rakyat atau Raja mana-mana negeri kecuali yang dibenarkan oleh perlembagaan.
Diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan semata-mata atas alasan agama,
ras, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau
dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam
atau dalam mana-mana pentadbiran undang-undang yang berhubung dengan perolehan,
pemegangan atau pelupusan harta atau berhubung dengan penubuhan atau perjalanan
apa-apa perdagangan, perniagaan, kerjaya atau pekerjaan. Pihak berkuasa awam tidak
boleh mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa pun atas alasan dia bermastautin atau
menjalakan perniagaan di mana-mana negeri di persekutuan atau di luar bidang kuasa
pihak berkuasa itu. Ini yang dikatakan konsep sama rata.
Jika merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, hak sama rata diperuntukkan
dalam Perkara 8 (1) iaitu kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyatanya oleh
Perlembagaan, telah menjadikan peruntukan hak sama rata ini tidak lagi mutlak. Perkara
153 adalah satu contoh nyata yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Yang
di-Pertuan Agong bagi memelihara kedudukan istimewa orang Melayu. Ini diperkukuhkan
lagi dalam Perkara 5 iaitu hak sama rata ini tidak membatal atau melarang :
(a) Apa-apa peruntukan yang membuat peraturan mengenai undang-undang diri;
(b) Apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang asli
(termasuk merizabkan tanah) atau merizabkan bagi orang asli, jawatan yang sesuai
dalam perkhidmatan awam mengikut kadar yang berpatutan.
(c) Apa-apa peruntukan yang mengehadkan kemasukan berkhidmat dalam pasukan askar
Melayu kepada orang Melayu.
Yang pastinya, hak sama rata tidak lagi menjadi hak yang mutlak. Kehadiran doktrin
ini menyebabkan hak asasi ini terpaksa dilembutkan dan diberikan hak bersyarat. Perkara

543
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ini adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan di negara yang mempunyai masyarakat
majmuk dan kedudukan sosial yang tidak seimbang.

Isu-isu Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan : Diskriminasi Perlindungan


Dalam menganalisa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, perlu dilihat konsep
diskriminasi perlindungan yang menguatkan lagi perkaitan antara perlembagaan dan hubungan
etnik di Malaysia. Sebelum dijelaskan konsep diskriminasi perlindungan, perlu difahami
apakah yang dikatakan dengan diskriminasi.
Nazri Muslim (2011) melaporkan bagi sesebuah negara yang bersifat majmuk, adalah
sesuatu yang biasa di mana perlembagaan negara tersebut memperuntukkan konsep diskriminasi
perlindungan sebagai salah satu peruntukan yang penting dan diiktiraf. Melalui diskriminasi
perlindungan ini, undang-undang memberi perlindungan dan hak yang istimewa kepada
golongan atau etnik di dalam sesebuah negara dan dalam masa yang sama tidak menafikan
peluang terhadap kumpulan atau etnik lain. Peruntukan ini disediakan untuk membantu sesuatu
etnik di dalam beberapa aspek kehidupan seperti perkhidmatan awam, ekonomi, pendidikan
dan sebagainya. Menerusinya, etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dapat
dibantu dan ditingkatkan taraf hidup mereka agar dapat menyaingi etnik lain yang lebih
terkehadapan.
Hashim Yeop Sani (1980) menegaskan bahawa Peruntukan Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan menjelaskan perlindungan kepada etnik Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak. Jika dilihat kepada sejarah, kehadiran Inggeris di negeri Melayu adalah hasil daripada
perjanjian di antara Inggeris dan Raja-raja Melayu. Kedaulatan Raja-raja Melayu tidak pernah
dipertikaikan. Menurut Hashim Yeop Sani, perkara ini boleh dilihat dalam beberapa perjanjian
di antara Raja-raja negeri tersebut yang melengkapkan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948. Perjanjian-perjanjian itu menunjukkan satu hasrat secara umum. Sebagai contoh, setiap
perjanjian itu menyatakan :
Sebagaimana Raja-Raja berkehendakkan dan Baginda bersetuju bahawa menjadi
tanggungjawab ke atas Kerajaan negeri itu untuk menyediakan dan menggalakkan
perkembangan pelajaran dan latihan kepada penduduk Melayu dalam negeri itu.

Hashim Yeop Sani (1980) melaporkan lagi pada Februari 1952, General Templer iaitu
Pesuruhjaya Tinggi British telah menerima arahan dari Setiausaha Negara British untuk negeri-
negeri jajahan yang mengandungi polisi Kerajaan British terhadap Persekutuan Tanah Melayu.
Di antara kandungan di dalamnya arahan tersebut ialah untuk mendapatkan satu bangsa Malaysia
yang bersatu mestilah ada satu formula umum kerakyatan untuk semua yang menganggap
persekutuan ini atau mana-mana bahagian darinnya sebagai tempat tinggal mereka sebenar
dan objek kesetiaan mereka, satu bangsa Malaya yang bersatu yang ideal tidak melibatkan
mana-mana golongan meninggalkan kebudayaan dan kebiasaan dan adat resam tetapi sebelum
ianya dapat dicapai, orang Melayu mestilah diberi galakan dan pertolongan untuk memainkan
peranan mereka dalam kegiatan ekonomi di negeri ini untuk membolehkan ketidakseimbangan
ekonomi ini dibetulkan.
Menurut Kamal Halili Hassan (1990), sebagai balasan berhubung dengan perkara
kerakyatan bersama, Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Kedua yang mengkaji draf
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 menimbangkan soal kedudukan istimewa orang
Melayu dan mencadangkan pengesahan semula. Pengesahan semula ini terkandung dalam
Perkara 19 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang menerangkan tanggungjawab
Pesuruhjaya Tinggi untuk melindungi hak, kuasa dan taraf Raja-Raja Melayu dan juga
kedudukan istimewa orang Melayu bersama dengan kepentingan yang sah kaum lain. Kamal
Halili Hassan menegaskan peruntukan ini adalah asal kepada Perkara 153.
Secara ringkasnya, Kamal Halili Hassan menyatakan bahawa diskriminasi perlindungan itu
dibuatbertujuan :
1. Bagi membetulkan ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat
544
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

majmuk dan baru merdeka. Contohnya di Malaysia, keutamaan memasuki perkhidmatan


awam diberikan kepada orang Melayu dengan tujuan mereka boleh menguasai keadaan
politik negara kerana pegawai kerajaan memainkan peranan penting dalam melaksanakan
polisi dan dasar pemerintah. Begitu juga dengan perkhidmatan tentera dan polis yang
dikuasai oleh majoriti orang Melayu untuk tujuan yang sama.
2. Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka
dapat dipertahankan daripada ditenggelami majoriti.
3. Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi
keistimewaan itu sebenarnya. Tujuannya supaya sebarang perubahan mendadak tidak
berlaku apabila perlembagaan diperkenalkan. Sesuatu keistimewaan yang telah dikecapi
sekian lama sekiranya ditarik balik sudah tentu akan menyemarakkan api kemarahan
kumpulan itu. Misalnya, keistimewaan orang Melayu sebenarnya telah wujud di zaman
penjajah hasil perjanjian antara penjajah Inggeris dengan Raja-raja Melayu.
4. Perlembagaan memberi kuasa kepada Kerajaan untuk memperbaiki taraf kehidupan
daripada segi ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat terpinggir. Tanpa diskriminasi
perlindungan ini, tidak mungkin masyarakat terpinggir dapat bangun dan bersaing dengan
masyarakat maju.
5. Diskriminasi perlindungan juga berlaku disebabkan oleh kompromi di antara kaum atau
kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal. Sesuatu yang diberi kepada kumpulan lain
bererti kumpulan memberi itu berhak kepada beberapa keistimewaan lain. Misalnya dalam
Perlembagaan Persekutuan, taraf kewarganegaraan yang diberi kepada kaum pendatang
harus diganti dengan pemberian beberapa keistimewaan kepada kaum bumiputera atau apa
yang dikenali sebagai kontrak sosial.

Isu-isu Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan : Persoalan Perkara 153


Persoalan Perkara 153 difokuskan kepada dua iaitu dari segi pencapaian pendidikan dan
ekonomi. Persoalan mengenai pencapaian dalam perkhidmatan awam tidak dibincangkan
kerana dengan adanya penggunaan sistem kuota, bilangan orang Melayu yang menjawat
jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam adalah semakin ramai berbanding sebelum
tahun 1970. Utusan Malaysia bertarikh 14 November 2008 melaporkan bahawa statistik
perkhidmatan awam di Pulau Pinang mengikut etnik sehingga 30 September 2008 adalah
81.95% Melayu, 12.92% Cina dan 5.05% India. Manakala Utusan Malaysia bertarikh 25
November 2008 pula melaporkan bahawa pada tahun 2005, bilangan yang ditempatkan
dalam perkhidmatan awam mengikut etnik ialah Melayu 77.4%, Cina 9.37% dan India
5.14%. Justeru, persoalan yang sering dibangkitkan apakah Peruntukan Perkara 153
merupakan cara yang paling berkesan dalam memulihkan kemiskinan dan kemunduran
bangsa Melayu khususnya dari segi pencapaian ekonomi dan pendidikan. Ini kerana
kedudukan orang Melayu telah termaktub dalam perlembagaan dari segi perkhidmatan
awam, pendidikan dan ekonomi sejak merdeka lagi. Persoalannya adalah adakah
kedudukan orang Melayu telah berubah dari segi mengeluarkan orang Melayu dari
kemiskinan dan dapat menyeimbangkan kedudukan mereka dengan etnik lain di Malaysia
melalui penyusunan semula masyarakat?
Lee Hock Guan (2006) menyatakan bahawa berdasarkan statistik yang dikeluarkan
oleh kerajaan, Perkara 153 ini telah membantu ke arah mengeluarkan orang Melayu
dari kemiskinan dan meningkatkan pencapaian mereka mereka dari sudut ekonomi dan
pendidikan. Walau bagaimanapun, jika dikaji dari sudut bilangan jawatan profesional
dan teknikal, masih lagi ketinggalan seperti dalam Jadual 5.1 khususnya dalam akauntan.
Manakala dalam bidang yang lain, statistik menunjukkan bilangan hampir seimbang
antara Melayu dan bukan Melayu. Cuma dari jumlah keseluruhan, orang Melayu hanya
meliputi 38.8% sahaja berbanding bukan Melayu iaitu 61.2% dalam tahun 2005.

545
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 5.1 : Peratusan Golongan Professional Mengikut Kaum Yang Berdaftar


2000 2005
Profession Bumi Cina India Bumi Cina India
Akauntan 17.1 76.2 5.6 20.8 73.6 4.4
Arkitek 42.1 56.2 1.5 45.3 53.1 1.4
Doktor 36.8 31.0 29.7 36.7 29.9 26.6
Doktor Gigi 35.2 42.4 20.5 44.4 35.3 18.4
Doktor Veterinar 41.7 27.7 27.4 39.0 32.2 24.8
Jurutera 42.6 51.1 5.2 46.0 47.6 5.4
Juru Ukur 45.1 49.6 3.4 48.2 47.0 5.4
Peguam 32.3 40.1 26.8 38.0 37.1 24.1
JUMLAH 35.5 51.2 1.0 38.8 48.7 10.6
Sumber : Diubahsuai dari Rancangan Malaysia Kesembilan. Hlm 355.

Zainal Abidin Abdul Wahid (2001) melaporkan bahawa jika dikaji berdasarkan
statistik, daripada ratusan ribu pelajar di IPTS, hanya kira-kira 5% pelajar bumiputera
yang menuntut di IPTS. Dilihat dari jadual bilangan pelajar di IPTA dan IPTS, bilangan
tersebut menunjukkan bahawa terdapat dua aliran pendidikan iaitu pendidikan tinggi awam
dan pendidikan tinggi swasta. Jelas menunjukkan jumlah pelajar di IPTA jika dipecahkan
mengikut bumiputera dan bukan bumiputera, bilangan antara mereka ialah 60% dan 40%
, sedang bukan di IPTS, bilangan pelajar bumiputera hanyalah seramai 5%. Peratusan ini
menggambarkan pelajar di peringkat IPT didominasikan oleh pelajar bukan bumiputera
jika peratusan pelajar di IPTA dan IPTS diambil kira seperti di Jadual 5.2. Malah menurut
Syed Husin Ali (2008) data ini tidak termasuk bilangan pelajar yang menuntut di luar
negara yang majoritinya dikuasai oleh pelajar bukan bumiputera. Berdasarkan statistik
tahun 2007 daripada website Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, bilangan pelajar
Malaysia di luar negara ialah 54915.

Jadual 5.2 : Jumlah Output Graduan Dari Institut Pengajian Tinggi Tahun 2007
Institusi/Tahap Bilangan Pelajar
IPTA
Diploma 16255
Sarjana Muda 59471
Diploma Pascaijazah 169
Sarjana 8499
Kedoktoran 702
Lain-lain 352
Jumlah Kecil 85448
IPTS
Sijil 30550
Diploma 28402
Sarjana Muda 23648
Sarjana 814
Kedoktoran 17
Jumlah Kecil 83431
Sumber : Diubahsuai dari Kementerian Pengajian Tinggi malaysia, http://www.mohe.gov.my/web_
statistik

Utusan Melayu bertarikh 21 Ogos 2000 melaporkan adalah wajar penggunaan
Perkara 153 ini diteruskan dalam bidang pendidikan bagi mengatasi ketidakseimbangan
antara IPTA dan IPTS serta pelajar di luar negara melalui penggunaan sistem kuota

546
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dan biasiswa. Jika tidak kesan ke atas golongan profesional antara etnik sukar untuk
diseimbangkan kerana bilangan pelajar bukan Melayu di IPT adalah lebih ramai berbanding
pelajar Melayu. Perkara ini turut disokong dan dinyatakan oleh Lee Hock Guan(2009).
Syed Husin Ali (2008) menyatakan bahawa bilangan pelajar Melayu yang sedikit sama
ada di IPTS atau di luar negara adalah berpunca daripada kos pendidikan yang tinggi dan
ini tidak mampu ditampung oleh orang Melayu kerana kekangan kewangan dan faktor
kemiskinan.
Dari segi ekonomi dan kemiskinan pula walaupun kadar kemiskinan orang Melayu
bertambah baik tetapi masih ketinggalan dari etnik bukan Melayu. Laporan Rancangan
Malaysia kesembilan, pendapatan isi rumah pada tahun 2004 mengikut etnik ialah Melayu
RM2,552, Cina RM4,127 dan India RM3,215. Kadar kemiskinan mengikut kawasan luar
bandar dan bandar juga bertambah baik iaitu 11.9% dan 2.5% pada tahun 2004.
Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan juga melaporkan bahawa kadar
kemiskinan etnik bagi Melayu 8.3%, Cina 0.6% dan India 2.9% pada tahun 2004. Ini
menunjukkan pendapatan orang Melayu semakin baik tetapi masih ketinggalan. Begitu
juga dengan kadar kemiskinan mengikut negeri di mana kadar kemiskinan negeri yang
majoriti Melayu masih tinggi berbanding negeri lain iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah
dan Perlis seperti di Jadual 5.3. Jika dibandingkan dengan kemiskinan dikalangan etnik
Cina, kadar kemiskinan amat rendah dan kemajuan seterusnya akan dapat mengeluarkan
mereka dari kemiskinan. Keadaan yang sama juga untuk orang India yang kadar kemiskinan
mutlaknya tidak jauh berbeza dengan etnik Cina menurut Just Faaland, Jack Parkinson
dan Rais Saniman (2005).

Jadual 5.3: Peratus Kemiskinan Mengikut Negeri 2004


Negeri 2004
Selangor 1.0
Pulau Pinang 0.3
Johor 2.0
N.Sembilan 1.4
Melaka 1.8
Pahang 4.0
Perak 4.9
Perlis 6.3
Terengganu 15.4
Kedah 7.0
Kelantan 10.6
Sumber: Diubahsuai dari Rancangan Malaysia Kesembilan, hlm 348

Statistik di atas menunjukkan bahawa dalam bidang ekonomi, pencapaian orang


Melayu tidak membanggakan. Ungku A.Aziz (1969) menyatakan Perkara 153 khususnya
dalam bidang perniagaan tidak banyak membantu mengatasi masalah kemiskinan orang
Melayu dan mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk memastikan penguasaan 30%
pengagihan kekayaan negara. Ini kerana 75% orang Melayu bergantung hidup kepada
pertanian dan perikanan, sedangkan sumbangan pendapatan dari keduanya adalah kecil.
Amriah Buang (2007) menjelaskan bahawa keadaan petani dan nelayan yang menghadapi
tekanan hidup iaitu mereka mereka sering berhadapan dengan pelbagai bentuk eksploitasi
seperti orang tengah, tuan tanah, ceti dan sebagainya. Orang Melayu hidup dalam keadaan
berhutang dan ketinggalan dari etnik lain.

547
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Menurut S.M. Huang-Thio (1964), Perkara 153 adalah satu peruntukan yang tidak
memadai dan tidak begitu memberikan keuntungan kepada sebilangan besar penduduk
Melayu. Sebaliknya kesan daripada peruntukan ini hanya menguntungkan orang Melayu
yang sudah kaya. Ia juga mewujudkan kelas menengah orang Melayu yang kemudiannya
menjadi golongan kapitalis. Hak itu hanya menguntungkan kelas menengah Melayu
sahaja, tetapi tidak sampai kepada masyarakat Melayu khususnya yang tinggal di luar
bandar yang merupakan jumlah terbesar penduduk Melayu.
Pendapat ini dipersetujui oleh Syed Husin Ali (2008) iaitu amalan ini jika tidak
dibendung akan mewujudkan jurang kelas sosial yang ketara dalam masyarakat. Amalan
sedemikian akan menjadikan beberapa kerat jutawan Melayu semakin kaya, sedangkan
kemunculan sebilangan kecil mereka tidak menyelesaikan masalah besar seperti
kemiskinan yang menjadi harapan kebanyakan orang Melayu. Jika perkara ini berlaku
maka matlamat penyusunan semula masyarakat belum berjaya dilaksanakan. Kegagalan
menyusun semula masyarakat disebabkan amalan konsep ekonomi bebas yang boleh
mewujudkan sebilangan kecil kapitalis Melayu.
Walaupun perkara hak istimewa orang Melayu dianggap sebagai satu isu yang
sensitif, tidaklah bermakna ia menghalang perbincangan mengenai perlaksanaannya sama
ada berjaya atau tidak. Persoalan mengenai apakah hak istimewa orang Melayu perlu
dijamin dan dipertahankan selama-lamanya dan sekiranya matlamat perkara ini sudah
dicapai, apakah orang Melayu masih lagi memerlukan hak istimewa? Dalam hal ini orang
Melayu masih memerlukan Perkara 153 ini khususnya dalam bidang ekonomi seperti
ucapan Menteri Kewangan dalam Perbahasan parlimen Dewan Rakyat 1973 iaitu:

Saya tidak ragu-ragu bahawa bila tiba masanya orang Melayu sendiri akan
meminta penghapusan hak istimewa itu, tetapi perkara itu hendaklah ditinggalkan
kepada mereka untuk menentukannya.

Pandangan Raja Nazri dalam hal ini boleh dirujuk sewaktu baginda menyampaikan
titah sembah setia sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Perak Sultan Azlan
Shah di Istana Iskandariah iaitu kestabilan politik negara sangat bergantung kepada
persediaan minda orang-orang Melayu menghadapi perubahan apabila berlaku pertikaian
mengenai Agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan
istimewa orang Melayu yang akan menentukan masa hadapan Perkara 153.
Jika diteliti hingga kini, Perkara 153 masih perlu diteruskan ke arah mencapai
matlamat yang dikehendaki khususnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Namun
pada masa yang sama pelbagai kemudahan dan keistimewaan diberikan kepada etnik bukan
Melayu dalam aspek pendidikan. Sebagai contoh, apabila negara mencapai kemerdekaan,
kerajaan pada masa itu tidak terus menghapuskan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina
dan Tamil, sebaliknya tetap dipertahankan kewujudan sekolah tersebut walaupun Penyata
Razak 1956 mahu mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan seperti yang terkandung
dalam perenggan 12 iaitu :

Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai
satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak
dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan
beransur-ansur.

548
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KESIMPULAN

Adalah jelas daripada analisis di atas, orang Melayu dalam perlembagaan, bukan sahaja
setakat Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5f), perkara 89 dan 90.
Perkara ini perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat agar bersikap rasional dalam
sesuatu isu yang melibatkan orang Melayu dalam perlembagaan dari aspek mengekalkan
keharmonian rakyat Malaysia yang merupakan aset pencapaian perpaduan nasional.

RUJUKAN

Abdul Aziz Bari dan Farid Suffian Shuaib .2006. Constitution of Malaysia: Text and
Commentary. Petaling Jaya: Prentice Hall. Hlm. 335
Amriah Buang. 2007. Pertanian Kecil Melayu dan Kelastariannya. Bangi: Penerbit UKM.
Haris Md. Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hashim Yeop Sani. 1980. Perlembagaan Kita. Kuala Lumpur: Malaysian Law Publishers
Sdn. Bhd.
Just Faaland, Jack Parkinson dan Rais Saniman. 2005. Dasar Ekonomi Baru:Pertumbuhan
Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication
Kamal Halili Hassan .1990. Konsep Diskriminasi Perlindungan Dalam Perlembagaan
Malaysia. Bangi: Fakulti Undang-undang, UKM.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. http://www.mohe.gov.my/web_statistik. 12
Disember 2009.
Lee Hock Guan. 2006. Globalisation and ethnic integration in Malaysian education.
In Saw Swee Hock and K.kesavapany. Malaysia: Recent Trends and Challenges.
Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.hlm.237
Lee Hock Guan. 2009. Language, education and ethnic relation. In Lim Teck Ghee,
Alberto Gomez and Azly Rahman. Multiethnic Malaysia: Past, Present and Future.
Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.
Malaysia. 1971. Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara mengkaji Kehidupan
Penuntut2 di Kampus Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Pencetak Kerajaan. Hlm.
105 dan 130. Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala
Lumpur: Unit Perancang Ekonomi
Malaysia.1976. Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional.
Mohamed Suffian Hashim.1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Nazri Bin Muslim. 2011. Islam Dan Orang Melayu Menurut Perlembagaan dalam Konteks
Hubungan Etnik Di Malaysia: Kajian Ke atas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Tesis Dr. Fal, Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
Sanusi Osman. 1989. Ikatan Etnik dan kelas di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.
S.M.Huang-Thio.1964. Constitutional DiscriminationUnder The Malaysian Constitution.
M.L.R
Syed Husin Ali. 2008. The Malays: Their Problem and Future. Petaling Jaya: The Others
Press.
Ungku A.Aziz.1969. Renchana-Renchana Ekonomi dan Kemiskinan. Kuala Lumpur:
Pustaka Melayu.
Zainal Abidin Abdul Wahid. 2001. Bahasa, Pendidikan dan Pembangunan.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 18.

549
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

SURAT KHABAR DAN MAJALAH

Anon. 2000. Jurang profesional melebar. Utusan Melayu.21 Ogos.


Raja Nazri Shah. 2008. Kestabilan minda Melayu penting. Utusan Melaysia.20 April.
Utusan Malaysia. 2008. 14 November .
Utusan Malaysia. 2008. 25 November .

550
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PELAKSANAAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP STRATEGI


PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KURSUS
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DI UNIVERSITI
MALAYA
1
Faridah Che Husain, 2Faezah Kassim, 3Zamre Abu Hassan, 4Mohd. Syariefudin Abdullah
1,2,3
Universiti Malaya
4
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Kursus TITAS telah dilaksanakan di Universiti Malaya dan ditawarkan kepada
semua pelajar Ijazah Pertama IPTA sejak sesi akademik 1998/1999 melalui pelbagai
pendekatan mengikut kesesuaian setiap IPTA. Kursus TITAS mempunyai keunikan
tersendiri berdasarkan isi kandungan kursus yang istimewa dan diwajibkan kepada
semua pelajar tanpa mengira bidang pengajian mereka. Kursus TITAS juga merupakan
satu kursus yang amat penting untuk menyemai, memupuk dan menyuburkan
semangat saling persefahaman, hormat-menghormati dan hidup yang harmonis
antara kaum, budaya, agama dan kepercayaan di Malaysia. Bagi memastikan nilai-
nilai dan persefahaman antara budaya dapat diterapkan dalam diri pelajar, strategi
pembelajaran telah dipelbagaikan bersesuaian dengan keperluan kursus ini. Justeru,
kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kursus TITAS khususnya
berkaitan strategi pembelajaran di Universiti Malaya dan melihat persepsi pelajar
terhadap strategi pembelajaran yang menerapkan elemen Kemahiran Insaniah (KI)
serta pencapaian mereka di dalam memperolehi KI tersebut. Sebagai satu kajian awal
hanya dua elemen KI sahaja yang menjadi fokus iaitu kemahiran kerja berpasukan dan
kemahiran berkomunikasi. Kaedah kajian yang digunakan adalahkajian perpustakaan
bagi menjelaskan tentang pelaksanaan kursus TITAS dan menganalisis pencapaian
pelajar dalam KI kursus ini. Soal selidik juga diedarkan kepada 120 pelajar yang telah
mengambil kursus TITAS dan dapatan kajian adalah secara deskriptif iaitu dalam
bentuk peratusan dan kekerapan atau frekuensi untuk menganalisis data. Kajian ini
mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran dan kaedah penilaian
yang baik, ini telah memberi kesan yang baik juga kepada pencapaian yang diperoleh
dalam penilaian kerja kursus dan pencapaian KI mereka. Persepsi pelajar terhadap
penilaian KI juga adalah baik. Pelajar tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan
tugasan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang.
Mereka juga kurang berminat untuk melaksanakan tugasan berbentuk laporan bertulis
berbanding tugasan yang dilihat lebih menyeronokkan terutamanya melibatkan aktiviti
luar kelas.

Kata kunci: Kursus Tamadun Islam dan Asia (TITAS), strategi pembelajaran,
kemahiran insaniah.

PENGENALAN

Langkah kerajaan memperkenalkan kursus ketamadunan di institusi pengajian tinggi awam


(IPTA) merupakan suatu tindakan yang tepat untuk mengisi ruang keintelektualan pelajar
dengan elemen kemahiran insaniah. Nilai-nilai ketamadunan yang diterapkan secara langsung
dalam pengajian kursus TITAS mampu mendidik kemahiran berinteraksi sesama pelajar yang
terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Sekurang-kurangnya kursus TITAS membantu
melahirkan pelajar yang mampu mencetuskan kesejahteraan insan dalam sesebuah masyarakat
serta menjadi agen kelangsungan perkembangan sesebuah tamadun.
551
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kursus TITAS mempunyai matlamat untuk mencapai gagasan situasi semasa di


samping menimbulkan kesedaran kepada pelajar yang realitinya berhadapan dengan kehidupan
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Pelajar daripada pelbagai kaum yang mengikuti kursus
ini dapat memupuk perasaan saling menghormati, memperkukuhkan jati diri, berilmu dan
berpandangan luas serta dapat memberi sumbangan dalam membangunkan negara Malaysia.
Selain itu, ia merupakan perubahan ke arah memberikan pendedahan kepada pelajar IPTA
mengenai kepentingan mengenali kepelbagaian tamadun dalam sejarah peradaban dunia dan
Asia.
Bagi memastikan matlamat gagasan tersebut tercapai perlunya kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran yang bersesuaian dan efektif untuk dilaksanakan. Justeru, kertas kerja ini
dihasilkan bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kursus TITAS di Universiti Malaya,
kaedah atau strategi pembelajaran dalam menerapkan kemahiran insaniah serta persepsi
pelajar terhadapnya. Seterusnya pencapaian pelajar dalam KI turut dibincang bagi melihat
keberkesanan strategi pembelajaran dalam menerapkan KI.

Latar Belakang Pelaksanaan Kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) Di
IPTA
Pelaksanaan kursus ketamadunan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah selari
dengan aspirasi negara yang peka terhadap perubahan semasa bagi menghasilkan kurikulum
terkini yang diperlukan negara, pasaran dan pelajar. Menurut Hashim (2005), kursus
ketamadunan yang dikenali sebagai kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai memenuhi konsep universiti
sebagai pembekal ilmu kepada masyarakat.
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkenalkan pengajian
ketamadunan atau kursus TITAS di institusi pengajian tinggi awam di negara ini merupakan
suatu tindakan yang tepat. Menurut Y.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dalam ucapannya
pada 9hb Julai 1997, kursus ini juga bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada para
pelajar IPTA supaya memahami dan prihatin tentang Tamadun Islam dan beberapa tamadun di
rantau ini, seterusnya mewujudkan sikap keterbukaan untuk menghadapi kepelbagaian tersebut
sesuai dengan konteks Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum dan agama. Di samping
itu, ia juga bertujuan menyediakan para pelajar supaya mempunyai mind-set yang tepat serta
dapat mewujudkan semangat saling kenal mengenal dan hormat menghormati antara pelbagai
tamadun (Abdul Latif dan Mohamad Sabri, 2000).

Konsep dan Takrif


Bukan mudah untuk menyediakan sesuatu kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa.
Perubahan pantas dalam bidang teknologi dan maklumat seringkali menuntut peningkatan ilmu
dan kemahiran. Kegagalan institusi pengajian tinggi menyediakan kurikulum yang relevan
dengan keperluan semasa dari pihak industri akan menyebabkan graduan yang dikeluarkan
tidak mempunyai daya pasaran (Muhamad Rahimi Osman, 2010).
Tanggungjawab yang diberikan kepada kursus ini bukan sekadar untuk memberikan
ilmu pengetahuan kepada para pelajar tetapi juga perlu diiringi dengan kemahiran berinteraksi
telah menyebabkan elemen-elemen kemahiran insaniah yang mahukan berlakunya hubungan
sosial dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum diterapkan di dalamnya.
Interaksi adalah satu elemen penting dalam memantapkan ketamadunan manusia. Sejarah
ketamadunan yang dibina oleh manusia sejak zaman Nabi Adam menyaksikan proses interaksi
yang sentiasa berterusan. Interaksi dari sudut pengajian tamadun bermaksud hubungan,
pertemuan, komunikasi dan sebagainya antara individu, kelompok, masyarakat dan seterusnya
negara. Secara realitinya, interaksi yang berlaku ialah antara individu dengan masyarakat yang
mewakili tamadun tersebut. Interaksi tidak semestinya berlaku kerana tujuan tertentu, malah
ia boleh berlaku secara tidak langsung sama ada di peringkat nilai, idea, institusi dan insan
(Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, 2006; Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 2001).
552
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Bagi memastikan bahawa kaedah penyampaian menghasilkan pembelajaran yang


berkualiti, pendekatan pengajaran perlu sentiasa mencari kelainan dan secara berterusan
membuat perubahan terhadap kaedah yang digunakan. Terdapat beberapa teori yang berkait
rapat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah behaviorisme, kognitivisme
dan konstruktivisme. Antara teori yang dinyatakan, teori konstruktivisme sejajar dengan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Teori konstruktivisme berdasarkan
andaian bahawa manusia membentuk perspektif tentang dunia mereka sendiri melalui
pengalaman masing-masing (Schuman, 1996). Teori ini telah dipelopori oleh Bartlett diikuti
oleh Bruner, Ulrick, Neiser, goodman, Kant, Kuhn, Dewey, Habermas dan Piaget (Good &
Brophy, 1990).
Walau apa pun kaedah penyampaiannya, tenaga pengajar perlu memastikan bahawa
setiap sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar perlu sentiasa aktif dan mengambil bahagian.
Pembelajaran tidak semestinya berlaku sewaktu sesi bersemuka antara tenaga pengajar dan
pelajar sahaja. Bahkan, pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di luar sesi
bersemuka atau bilik kuliah. Oleh itu, tenaga pengajar perlu memberikan ruang dan peluang
kepada pelajar di luar sesi bersemuka dengan memberi tugasan. Pelajar diberi peluang untuk
meneroka pembelajaran kendiri. Seseorang tenaga pengajar boleh mempelbagaikan aktiviti
termasuk perbincangan, pembentangan, sesi soal jawab, aktiviti refleksi dan sebagainya yang
memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk meneroka potensi kemahiran insaniah mereka
dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (Jamaludin Haji Badusah, 2009).
Keseimbangan dalam aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup adalah perlu bagi
memastikan seseorang individu itu berfungsi dengan baik dalam keluarga dan masyarakat
(Andreas Totu, 2010). Persoalan mengenai aspek tersebut dan didikan yang seharusnya
diberikan bagi membolehkan seseorang itu hidup dengan baik di tempat kerja dan juga di
rumah telah dibincang oleh Martin (1994),

...this is now the overriding question: How can we educate both the men and women
for carrying out the productive and reproductive processes in society, for living well in
both the public world of work and private world of home?

Bagi mencapai keseimbangan tersebut kursus TITAS yang dilaksana telah memasukkan
elemen-elemen yang dilihat mampu untuk menghasilkan individu berfungsi seperti mana
yang diinginkan. Kursus TITAS telah dilengkapkan dengan elemen kemahiran insaniah iaitu
kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi. Memandangkan kursus ini wajib diikuti
oleh kesemua pelajar, maka kepentingan kursus TITAS sebagai kursus wajib universiti
tidak seharusnya dipandang rendah. Syed Hussein Alatas (1998) pernah menyebut tentang
kepentingan kursus-kursus seperti ini,

It is not a mere distribution of disparate knowledge taken from here and there simply
to meet the requirement of a degree. It is selecting attention on definite themes in an
analytic and intellectual fashion, not covered by professional disciplines, the goals of
which, are not to develop a career but to develop the total personality. It is not the
intention to teach a little of everything but to teach enough of certain things.

Pandangan ini juga dinyatakan oleh Muhamad Rahimi Osman (2010) bahawa kursus
pengajian umum atau kursus universiti tidak boleh dijadikan satu program sampingan,
sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu kursus yang perlu dilaksanakan secara serius dan
berkesan. Ini adalah kerana kursus-kursus ini berkait rapat dengan aspek nilai dan kemanusiaan
yang dapat membina jati diri bangsa.

553
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu:

1. Menjelaskan pelaksanaan kursus TITAS.


2. Mengenalpasti persepsi pelajar dalam strategi pembelajaran dan KI yang diterapkan.
3. Menganalisis pencapaian pelajar dalam KI kursus.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas 120 orang pelajar Universiti Malaya daripada satu semester
sahaja iaitu pada Semester 1 sesi 2015/2016. Kajian ini merupakan satu kajian rintis
yang mana menurut Polit et. al. (2001; Abd. Majid Konting, 2003), kajian rintis merujuk
kepada versi kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk
kajian yang lebih besar atau utama. Bagi mencapai objektif pertama dan ketiga, kajian
perpustakaan digunakan iaitu menjelaskan tentang pelaksanaan kursus TITAS khususnya
mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran dan menganalisis pencapaian pelajar
dalam KI kursus ini. Bagi objektif kedua, dapatan kajian adalah secara deskriptif iaitu
dalam bentuk peratusan dan kekerapan atau frekuensi untuk menganalisis data. Mereka
merupakan pelajar tahun 1 yang mengikuti kursus wajib universiti Tamadun Islam dan
Asia (TITAS) di Universiti Malaya. Jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar kursus
tersebut pada semester 1, sesi 2015/2016 adalah seramai 1420 orang.
Tinjauan persepsi dilakukan bagi mendapatkan gambaran minat, keinginan dan
pengetahuan pelajar terhadap pelaksanaan strategi pembelajaran kursus TITAS. Diane
& Rolf A Zwaan (t.t) berpegangan kepada teori bahawa proses mental manusia disokong
oleh persepsi dan tindakan. Dengan kata lain, struktur kognitif manusia berkembang
daripada persepsi tindakannya (Zarina Muhammad, 2010). Manakala sikap memainkan
peranan penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara atau usaha. Sikap
dibentuk daripada pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau
fenomena. Persepsi seseorang itu terhadap sesuatu perkara akan akan membentuk sikap
mereka terhadap perkara tersebut. Sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang
individu di dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau tidak.
Seterusnya sikap adalah sesuatu yang terhasil dari perasaan, kepercayaan atau pemikiran
seseorang terhadap objek psikologi (Azizi Haji Yahaya, t.t). Ini bermakna, persepsi pelajar
terhadap kursus TITAS akan membentuk sikap mereka terhadap elemen-elemen KI.
Pada bahagian awal dapat hasil kajian akan dihurai mengenai perlaksanaan kursus
TITAS sebagaimana yang dinyatakan di dalam objektif pertama kajian. Kaedah yang
digunakan adalah kaedah perpustakaan iaitu kupasan dan huraian berdasarkan kepada
Buku Panduan SKET, dokumen MQF kursus TITAS dan tulisan mengenai kursus TITAS
berdasarkan pengalaman daripada IPTA lain dalam melaksanakan kursus ini. Pengumpulan
maklumat dilakukan melalui borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh pelajar. Soal
selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu A. Persepsi pelajar terhadap strategi
pembelajaran, B. Persepsi Pelajar terhadap Kerja Berpasukan, C. Dan Persepsi Pelajar
terhadap Kemahiran Berkomunikasi. Manakala pencapaian pelajar terhadap KI kerja
berpasukan akan dilakukan analisis terhadap kriteria Aplikasi Nilai dalam Kerja Kumpulan
yang terdapat dalam pemarkahan kerja. Bagi KI kemahiran berkomunikasi dilihat kepada
pembentangan. Analisis data yang telah digunakan adalah analisis berbentuk deskriptif.
Data-data dihuraikan menggunakan nilai frekuensi atau kekerapan dan peratusan.

554
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

DAPATAN KAJIAN

Pelaksanaan kursus TITAS di Universiti Malaya adalah bertujuan untuk merealisasikan


hasrat membentuk individu yang seimbang. Kemahiran insaniah yang terdapat di dalam
kursus ini terdiri daripada kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi yang mana kedua-
duanya terkandung di dalam Hasil Pembelajaran ketiga dan keempat iaitu mengaplikasikan
nilai-nilai murni yang dikongsi bersama dalam memupuk semangat persefahaman dan
saling menghormati terhadap pelbagai tamadun dan agama serta menunjukkan kebolehan
berinteraksi dan berdialog sesama dan berlainan budaya (Buku Panduan SKET, 2016/2017).
Bagi membincangkan kemahiran insaniah yang terkandung di dalam kursus
TITAS, strategi pembelajaran adalah pendekatan atau kaedah yang digunakan untuk
menerapkan elemen-elemen kemahiran insaniah yang ingin dikuasai oleh pelajar. Dalam
bidang pendidikan strategi bermaksud kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan
merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
objektif pelajaran dan hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Pemilihan strategi haruslah
berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik
mengajar. Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian
hasil pembelajaran yang berkesan (Mok Soon Sang, 2010; Abd. Aziz Abd. Talib, 2000).
Strategi pembelajaran ini jugalah yang akan mendedahkan para pelajar dengan pelbagai
kemahiran
Pelaksanaan P&P kursus TITAS di Universiti Malaya sebelum sesi 2014/2015
menggunakan strategi pembelajaran berasaskan kuliah, kerja lapangan dan pembentangan.
Kuliah akan disampaikan oleh pensyarah dari minggu pertama hingga minggu kesepuluh dan
diikuti dengan pembentangan hasil tugasan pada minggu kesebelas hingga keempat belas.
Manakala bagi strategi pembelajaran kerja kursus pula terdiri daripada dua bahagian iaitu
melalui hasil tugasan kerja kursus dan pembentangan. Kerja kursus ini perlu dilakukan
berdasarkan kajian lapangan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk membuat kajian dan
pemerhatian sendiri tentang ilmu ketamadunan di Malaysia. Salah satu tujuan utama kursus
TITAS ialah untuk menyumbang kepada pencapaian cita-cita negara untuk mewujudkan
perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat negara ini (Modul Pengajian Tamadun
Islam dan Tamadun Asia, 2009).
Kursus TITAS yang dilaksanakan bermula semester 1 sesi 2014/2015 melakukan
beberapa perubahan dari beberapa aspek hasil daripada kajian terdahulu yang
memperlihatkan kelemahan dalam mencapai kemahiran insaniah tertentu. Kemahiran
insaniah yang diterapkan adalah kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan etika
dan moral profesional. Penambahan elemen etika dan moral profesional dalam kursus ini
adalah bersesuaian dengan matlamatnya yang menerapkan nilai-nilai dan persefahaman
antara pelbagai budaya melalui kaedah pembelajaran kuliah, lawatan sambil belajar, kerja
kursus, dialog dan pembentangan (Pemetaan: Kursus – Kemahiran Insaniah, Dokumen
MQF).
Hasil Pembelajaran Kursus yang ketiga iaitu “Menunjukkan kebolehan
berinteraksi dan berdialog peradaban sesama serta berlainan budaya” amat menekankan
kepada kepentingan para pelajar untuk memperolehi elemen kemahiran insaniah dari
segi berkomunikasi dan kerja berpasukan (Penyelarasan Hasil Pembelajaran Kursus –
Program, Strategi Pembelajaran dan Kaedah Penilaian, Dokumen MQF).
Pelajar diharapkan agar berkebolehan dalam perundingan dan berupaya mencapai
persetujuan. Mereka seharusnya berupaya untuk memahami pandangan dan pendapat
rakan perbincangan untuk menerima atau menolak sebarang keputusan kumpulan. Tiga
elemen kemahiran berkomunikasi yang perlu dikuasai oleh pelajar terdiri daripada CS1,
CS2 dan CS3. CS1 ialah kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan
dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis. CS2 ialah kebolehan mengamalkan
kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklum balas. Serta kebolehan
555
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

CS3 iaitu kebolehan untuk membuat pembentangan yang terang dengan penuh yakin
bersesuaian dengan tahap pendengar. Kesemua ini adalah elemen kemahiran insaniah yang
diterapkan di dalam kursus TITAS di Universiti Malaya (Panduan Taksonomi Pengajaran
dan Pembelajaran & Elemen Kemahiran Insaniah, 2010).
Kemahiran kerja berpasukan (TS) melibatkan kebolehan untuk bekerjasama
dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai
matlamat yang sama. Kerja berpasukan bermaksud kerja yang dilaksanakan oleh individu
yang mempunyai ciri yang berbeza yang bekerja dalam satu kumpulan yang mempunyai
matlamat yang sama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Terdapat lima elemen kamhiran
insaniah kerja berpasukan menurut modul kemahiran insaniah. Tiga daripadanya ialah
kemahiran insaniah mesti iaitu TS1, TS2 dan TS3. TS1 ialah kebolehan untuk membinca
hubungan yang baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama
mereka untuk mencapai objektif yang sama. TS2 ialah kebolehan untuk memahami dan
mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan dan TS3 ialah
kebolehan untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain
(Jamaludin Haji Badusah, 2009; Panduan Taksonomi Pengajaran dan Pembelajaran &
Elemen Kemahiran Insaniah, 2010).
Bermula sesi 2014/2015 strategi pembelajaran yang dilaksanakan adalah lebih
pelbagai dan memantapkan lagi dari segi penerapan dan penilaian kemahiran insaniah
tersebut. Strategi pembelajaran yang dimaksudkan adalah lawatan ilmiah, kerja kursus
dan pembentangan. Kaedah penilaiannya adalah melalui ulasan lawatan ilmiah, sesi
dialog, hasil kerja kursus dan pembentangan (Penyelarasan Hasil Pembelajaran Kursus –
Program, Strategi Pembelajaran dan Kaedah Penilaian, Dokumen MQF).
Berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran Kursus yang kedua iaitu “Mengaplikasikan
nilai-nilai murni yang dikongsi bersama bagi memantapkan sahsiah, semangat persefahaman
dan saling menghormati antara pelbagai tamadun dan agama”, jelaslah bahawa elemen
etika dan moral profesional amat perlu menjadi kemahiran insaniah yang diterapkan di
dalam kursus ini. Elemen ini akan dinilai melalui strategi pembelajaran lawatan ilmiah,
kerja kursus dan pembentangan. Manakala empat kaedah penilaian digunakan iaitu
ulasan lawatan ilmiah, sesi dialog, kerja kursus dan pembentangan (Penyelarasan Hasil
Pembelajaran Kursus – Program, Strategi Pembelajaran dan Kaedah Penilaian, Dokumen
MQF).
Setiap daripada tugasan yang diberikan adalah secara berkumpulan. Bagi
memperolehi hasil tugasan yang baik, elemen kerja berpasukan dan kemahiran
berkomunikasi adalah amat perlu ditekankan oleh pelajar sepanjang proses menyiapkan
tugasan. Kerja berkumpulan adalah asas kepada membina kemahiran kerja berpasukan.
Bagi membolehkan pelajar memperolehi kemahiran tersebut kerja kursus atau tugasan
perlu dilakukan secara berkumpulan yang mana setiap kumpulan mesti terdiri daripada
pelbagai etnik.
Selain itu, pelajar juga akan dinilai semasa pembentangan. Pelajar yang mendengar
perlu memberi perhatian dan mengenengahkan soalan atau kemusykilan kepada kumpulan
yang membentang. Keberkesanan interaksi akan dilihat dari segi cara melontarkan
soalan dan menjawab dengan berhemah. Pelajar perlu belajar mengawal suasana untuk
mengelakkan sebarang ketegangan yang mungkin berlaku semasa berlangsungnya sesi
ini. Melalui pengalaman ini pelajar akan dapat belajar bertolak ansur dan memilih cara
berkomunikasi yang lebih baik bagi membentuk interaksi yang harmoni.
Di dalam strategi pembelajaran ini juga telah ditambah lawatan ilmiah. Lawatan
ini adalah berdasarkan kepada pemahaman budaya, agama kaum yang pelbagai dan
isu-isu semasa di Malaysia. Lawatan ini akan dilakukan di tempat-tempat ibadah,
pusat kebudayaan, badan kebajikan, agensi yang menangani isu sosial dan sebagainya.
Matlamat utama aktiviti ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman
kepada pelajar. Semasa lawatan tersebut sesi dialog akan diadakan dengan pihak yang
556
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

mengendalikan tempat lawatan tersebut bagi membolehkan pemahaman yang lebih


mendalam mengenai satu-satu perkara yang selama ini hanya bersifat persepsi sahaja.
Seharusnya di akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, elemen moral dan
etika profesional yang merupakan elemen kemahiran insaniah yang baru diterapkan ini
akan diperolehi pelajar. Secara makro, aspek moral dijadikan panduan untuk menjadikan
seorang itu insan yang bermoral tetapi secara mikro, seseorang hanya dianggap bermoral
apabila pemikiran, emosi dan tingkah lakunya konsisten dalam melakukan perkara-perkara
yang diterima dalam masyarakat Malaysia (Vishalache Balakrishnan, 2009). Sehubungan
itu, ia berkait dengan etika. Etika merupakan sebahagian daripada cara manusia berurusan
dalam kehidupan seharian, maka ia sangat penting kepada individu, keluarga, organisasi
dan masyarakat. Bahkan dilihat dalam konteks sejagat, ia sangat penting kepada manusia
seluruhnya (Ibrahim Mamat, 2000).
Kementerian Pengajian Tinggi telah menggariskan bahawa para pelajar seharusnya
mempunyai etika dan prinsip yang jelas terhadap sebarang tindakan mereka. Tingkah laku
mereka seharusnya selari dengan etika dan budaya masyarakat. Pelajar juga harus mampu
membuat keputusan yang tidak mementingkan diri sendiri dan anggota keluarga apabila
memberikan pertimbangan dalam masyarakat (Jamaludin Haji Badusah, 2009). Oleh itu,
dengan strategi pembelajaran yang pelbagai dari segi aktiviti dan melibatkan tugasan
berkumpulan akan membolehkan para pelajar melalui sendiri pengalaman berinteraksi
dengan ahli-ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Lawatan ilmiah yang
dilakukan juga akan memantapkan lagi pemahaman tentang budaya dan tamadun lain
serta ini memberi kesan kepada tingkah laku mereka apabila berada di dalam situasi yang
berbeza daripada budaya asal.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap
pelaksanaan strategi pembelajaran dan kaedah penilaian yang digunakan dan KI yang
ingin diterapkan. Strategi pembelajaran yang menjadi fokus adalah lawatan ilmiah, kerja
kursus dan pembentangan. Sebagai satu kajian awal hanya dua elemen KI yang menjadi
fokus iaitu kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi. Seterusnya,
pencapaian pelajar dalam memperolehi KI ini akan dianalisis untuk melihat keberkesanan
strategi pembelajaran yang digunakan di dalam kursus ini.

Jadual 1: Persepsi Pelajar Terhadap Strategi Pembelajaran (Kaedah Penilaian)


STS TS AS S SS
Bil. Item
Frknsi % Frknsi % Frknsi % Frknsi % Frknsi %
1. Lawatan Ilmiah 5 4.1 10 8.3 12 10.0 68 56.6 25 20.8
2. Tugasan 20 16.6 15 12.5 15 12.5 60 50.0 20 16.6
3. Pembentangan 5 4.1 10 8.3 8 6.6 65 54.1 32 26.6

Berdasarkan jadual 1, dapat dilihat bahawa sebahagian besar pelajar bersetuju dengan
kerja kursus yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Bagi aktiviti lawatan ilmiah, seramai 68
(56 peratus) pelajar tidak menghadapi masalah untuk melaksanakan kerja kursus tersebut.
Manakala, 25 (20.8 peratus) pelajar lagi sangat setuju dengan aktiviti lawatan ilmiah. Walau
bagaimanapun, 12 (10 peratus) pelajar lagi agak setuju dengan lawatan ilmiah ini, diikuti
seramai 15 (12.5 peratus) pelajar tidak bersetuju dengannya dan seramai 5 (4.1 peratus)
pelajar amat tidak bersetuju dengan pelaksanaan lawatan ilmiah. Bagi kerja kursus lain iaitu
tugasan, seramai 60 (50 peratus) pelajar setuju dan 20 (16.6 peratus) pelajar amat setuju
dengan tugasan ini. Pembentangan pula menunjukkan seramai 65 (54.1 peratus) pelajar setuju
dan 32 (26.6 peratus) pelajar amat setuju dengan tugasan tersebut. Antara ketiga-tiga kerja
kursus tersebut, lawatan ilmiah paling disukai oleh pelajar dan diikuti oleh pembentangan.
Keadaan ini disebabkan oleh penglibatan pelajar di dalam aktiviti di luar kelas dan mereka

557
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

menghasilkan laporan berbentuk video. Aktiviti seperti ini memang digemari oleh pelajar
yang mana mereka perlu berkunjung ke tempat-tempat yang menari dan baharu bagi mereka.
Sebagai generasi masa kini, mereka juga gemar menunjukkan kreativiti dalam sesuatu yang
di luar daripada kebiasaan seperti menghasilkan video berbanding menghasilkan laporan
bertulis.
Setiap aspek KI yang dinilai dalam pelaksanaan kerja kursus juga perlu dilihat bagi
memastikan keberkesanan kesepaduan atau penerapan KI. Di dalam jadual 2, bagi KI kerja
berpasukan disebut sebagai aplikasi nilai dalam kerja kumpulan dan telah dibahagikan
kepada tiga kriteria iaitu mengikut CS1, CS2 dan CS3.

Jadual 2 : Persepsi Pelajar terhadap KI Kerja Berpasukan


STS TS AS S SS
Bil. Item
Frknsi % Frknsi % Frknsi % Frknsi % Frknsi %
Membina
hubungan baik,
1. berinteraksi, 10 8.3 10 8.3 25 20.8 57 47.5 18 15.0
bekerja secara
efektif.
Memahami
dan mengambil
2. peranan bersilih 40 33.3 60 50.0 10 8.3 10 8.3 0 0
ganti antara
ketua dan ahli.
Mengenal,
menghormati
sikap,
3. 5 4.1 5 4.1 35 29.2 65 54.2 10 8.3
kelakuan dan
kepercayaan
orang lain.

Jadual 2 menunjukkan bahawa kriteria mengenal, menghormati sikap, kelakuan


dan kepercayaan orang lain adalah perkara yang paling tinggi berlaku dan dipersetujui oleh
pelajar sebagai aspek penilaian dalam kerja berpasukan. Seramai 65 (54.2 peratus) pelajar
bersetuju, 10 (8.3 peratus) pelajar amat bersetuju dan 35 (29.2 peratus) pelajar agak setuju
bahawa aspek tersebut berlaku dan dilaksanakan dalam kumpulan mereka. Bagi membina
hubungan baik, berinteraksi, bekerja secara efektif menunjukkan seramai 57 (47.5 peratus)
pelajar bersetuju, 10 (15 peratus) pelajar sangat bersetuju dan 25 (20.8 peratus) pelajar agak
bersetuju terhadap kriteria ini untuk dinilai dan mereka telah melaksanakannya di dalam
kerja berkumpulan. Namun begitu, bagi aspek memahami dan mengambil peranan bersilih
ganti antara ketua dan ahli didapati tidak dipersetujui oleh sebahagian besar pelajar. Seramai
60 (50 peratus) pelajar tidak bersetuju dan 40 (33.3 peratus) pelajar sangat tidak setuju serta
tidak melaksanakan atau berlaku di dalam kerja berpasukan. Pelaksanaan kerja kursus telah
mendorong pelajar untuk berinteraksi dengan ahli kumpulan dengan lebih berkesan sepanjang
proses menghasilkan tugasan. Mereka dapat bertingkahlaku saling menghormati, bertolak
ansur dan bekerjasama dengan ahli kumpulan walaupun terdiri daripada rakan-rakan yang
berbeza latar belakang.
Berikutnya adalah dapatan kajian mengenai persepsi pelajar terhadap KI kemahiran
berkomunikasi. Berdasarkan jadual 3, ketiga-tiga kriteria yang dinilai menunjukkan
keputusan yang hampir sama diberikan oleh pelajar.

558
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 3 : Persepsi Pelajar terhadap KI Kemahiran Berkomunikasi


STS TS AS S SS
Bil. Item
Frknsi % Frknsi % Frknsi % Frknsi % Frknsi %
Menyampaikan
idea dengan
terang,
berkesan dan
1. 2 1.6 10 8.3 22 18.3 66 55.0 20 16.6
dengan penuh
keyakinan
secara lisan dan
bertulis.
Mendengar
dengan aktif
2. 2 1.6 10 8.3 20 16.6 68 56.6 20 16.6
dan memberi
maklum balas.
Pembentangan
yang terang,
penuh yakin
3. 2 1.6 10 8.3 20 16.6 66 55.0 22 18.3
bersesuaian
dengan tahap
pendengar.

Kebolehan mendengar dengan aktif dan memberi maklum balas adalahyang paling
tinggi mendapat respon daripada pelajar dari segi pelaksanaannya iaitu seramai 68 (56.6
peratus) pelajar yang bersetuju, 20 (16.6 peratus) pelajar sangat setuju. Bagi kebolehan
menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh keyakinan secara lisan dan
bertulis seramai 66 (55 peratus) yang bersetuju dan 20 (16.6 peratus) agak setuju dengan
aspek ini sebagai elemen yang dinilai dan telah dilaksanakan semasa pembentangan. Begitu
juga dengan kebolehan membentang dengan terang, penuh yakin bersesesuaian dengan tahap
pendengar yang menunjukkan seramai 66 (55 peratus) pelajar, seramai 22 (18.3 peratus)
pelajar lagi sangat bersetuju dan 20 (16.6 peratus) pelajar agak setuju dengan elemen ini
untuk dinilai serta telah dilaksanakan oleh mereka. Kerjasama yang tinggi ditunjukkan oleh
pelajar semasa membentangkan hasil kerja kursus mereka. Setiap ahli dapat hadir semasa
pembentangan dan menunjukkan kerjasama semasa berlangsungnya sesi pembentangan.
Semasa bersoal jawab juga mereka dapat mengawal suasana, memahami tentang keperluan
untuk mengekalkan suasana harmoni serta tidak menyentuh mengenai perkara-perkara yang
sensitif dan membangkitkan rasa kurang senang pendengar.
Pencapaian pelajar dilihat berdasarkan kepada hasil analisis pencapaian KI yang
diperoleh daripada kaedah penilaian kerja kursus yang telah dilaksanakan.

Jadual 4: Pencapaian Pelajar dalam Kemahiran Insaniah


Bil. Item Frekuensi Peratusan
1. Kemahiran Kerja Berpasukan 120 100
2. Kemahiran Berkomunikasi 120 100

BerdasarkanJadual 4,keseluruhan pelajar iaitu 120 orang atau 100% mencapai KI


kerja berpasukan yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan KI kemahiran berkomunikasi
menunjukkan kesemua pelajar mencapai kriteria yang telah ditetapkan dalam penilaian yang
mana ia adalah berdasarkan kepada pembentangan kerja kursus yang dilaksanakan oleh
para pelajar tersebut. Memandangkan persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran dan
kaedah penilaian yang baik, ini telah memberi kesan yang baik juga kepada pencapaian
yang diperoleh dalam penilaian kerja kursus dan pencapaian KI mereka. Didapati bahawa
pelajar tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan yang

559
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang. Mereka juga kurang berminat untuk
melaksanakan tugasan berbentuk laporan bertulis berbanding tugasan yang dilihat lebih
menyeronokkan seperti lawatan ilmiah dan menghasilkan video. Oleh itu, seharusnya strategi
pembelajaran dan kaedah penilaian perlu dipelbagaikan oleh pelaksana kursus TITAS bagi
memastikan ia kekal relevan dan mantap sebagai medium dalam menyampaikan hasrat
matlamat pelaksanaan kursus ini di IPT.

KESIMPULAN

Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan kursus TITAS di IPTA


merupakan sumbangan yang tidak ternilai untuk memperkukuh jati diri Malaysia sebagai
sebuah negara majmuk yang mengamalkan toleransi yang tinggi. Pendedahan mengenai
pelbagai tamadun memberikan pengetahuan yang amat berguna kepada para pelajar.
Kefahaman dan penghayatan kursus ini membantu memastikan kelangsungan nilai-nilai
ketamadunan dalam pembinaan tamadun Malaysia. Oleh itu, penambahbaikan perlu terus
dilakukan kepada kursus ini bagi memantapkannya lagi dan menjadikannya relevan dalam
mencapai hasrat utama pelaksanaan kursus ini.
Pelaksanaan kursus TITAS di Universiti Malaya bagi sesi 2014/2015 adalah untuk
membantu menerapkan kemahiran berinteraksi dalam kalangan pelajar khususnya dari
segi kemahiran kerja berkumpulan, berkomunikasi dan penguasaan terhadap elemen moral
dan etika profesional. Melalui pengajaran dan pembelajaran kursus ini akan lebih berjaya
memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai nilai-nilai sejagat serta menyatukan
pelajar yang terdiri daripada latar belakang budaya yang berbeza. Kesedaran yang mendalam
mengenai nilai-nilai sejagat membantu memupuk kesefahaman dalam sesebuah masyarakat.
Kesedaran ini mempunyai nilai pendidikan yang tinggi dalam membentuk kesejahteraan
dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama, bahasa, dan budaya.

RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Latif Samian dan Mohamad Sabri Haron. (2000). Pengajian Umum di Alaf Baru. Dalam
Wan Kamal Mujani (eds.). Tamadun Islam DalamPendidikan Liberal: Pendekatan Yang
Sewajarnya Pada Alaf Baru. Cet. 1. Bangi: Pusat Pengajian Umum UKM.
Andreas Totu (2010). Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa: Pengalaman dan Cabaran. Dalam
MALIM - Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. Vol. 11. Bangi: Pusat Pengajian Umum,
UKM.
Good, T. L. & Brophy, J. E. (1990). Educational Psychology: a realistic approach. White
Plains: Longman.
Hashim Hj. Musa. (2005). Ke Arah Pengajaran TITAS dan Hubungan Etnik Yang Holistik.
Dalam Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan Hubungan Etnik Peringkat
Kebangsaan 2005.Diselenggara oleh Unit TITAS, Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam
(CITU) UiTM. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA): UiTM Shah Alam.
Ibrahim Mamat (2000). Etika untuk Mahasiswa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Jamaludin Haji Badusah, Rosna Awang Hashim, Mohd. Majid Konting, Turiman Suani, Maria
Salih & Norhafezah Yusof. Pembangunan Pelajar: Memperkasakan Kokurikulum Institusi
Pengajian Tinggi. 2009. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Martin, J.R. (1994). Changing the Educational Landscape: Philosophy, Women and Curriculum.
New York: Routledge.
Mok Soon Sang. (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran-Pembelajaran. Puchong. Penerbitan
Multimedia.
560
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Muhamad Rahimi Osman. (2010). Peranan Kursus Pengajian Umum dalam Pembangunan
Kemahiran Insaniah: Pengalaman UiTM. Dalam MALIM - Jurnal Pengajian Umum Asia
Tenggara. Vol. 11. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM.
Osman Abu Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad (eds.) (2009). Modul Pengajian Tamadun
Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Schuman, L. (1996). Perspectives on Instruction. Diperoleh dari http://edweb.sd.su.edu/
courses/edtec540?perspectives/perspective.html. pada 22 Ogos 2009. Dipetik daripada
Jamaludin Haji Badusah, Rosna Awang Hashim, Mohd. Majid Konting, Turiman Suani,
Maria Salih & Norhafezah Yusof. Pembangunan Pelajar: Memperkasakan Kokurikulum
Institusi Pengajian Tinggi. 2009. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Syed Hussein Alatas. (1998). Philosophical Foundation of General Education. Dalam Abdul
Kadir Hj Din dan Mus Chairil Samani (eds.). General Studies: The Eduvation of Man.
Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM.
Ting Chew Peh. (1987). Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Pustaka
Dimensi.
Vishalache Balakrishnan (2009), Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej, Shah Alam:
Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
____________. (2006). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
______________. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Dokumen MQF dan SKET, Universiti Malaya.
Panduan Taksonomi Pengajaran dan Pembelajaran & Elemen Kemahiran Insaniah. (2010).
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Pemetaan: Kursus – Kemahiran Insaniah. (t.t). Universiti Malaya.
Penyelarasan Hasil Pembelajaran Kursus – Program, Strategi Pembelajaran dan Kaedah
Penilaian. (t. t). Universiti Malaya.
Proforma Kursus GXEX1414 TITAS, (t.t). Universiti Malaya.

561
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PEMIKIRAN MOHD YUSOF OTHMAN TENTANG PENGISLAMAN


SAINS KE ARAH PEMANTAPAN JATI DIRI

Hazwani Bt Che Ab Rahman, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim


Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Kertas ini membincangkan sumbangan Mohd Yusof Othman kepada gagasan
pengislaman sains ke arah pemantapan jati diri rakyat yang beragama Islam dan berbangsa
Melayu. Ilmu sains yang tidak mengenepikan peranan Tuhannya dan berfungsi dalam
membentuk kemajuan negara menjadi antara salah satu teras kepada pembinaan jati
diri. Oleh kerana sains yang ada pada hari ini diterima mengikut fahaman yang dibentuk
oleh ilmuan Tamadun Barat yang liberal dan sekular, maka usaha pengembalian sains
tersebut ke tempatnya atau “Pengislaman Sains”, perlu dijadikan suatu tanggungjawab
yang wajib dipikul oleh para ilmuan. Mohd Yusof yang telah mempopularkan “Sains
Tauhidik” adalah antara ilmuan yang telah banyak memberikan buah fikiran melalui
penulisan, penyampaian lisan dan pelbagai aktiviti yang objektifnya menjurus kepada
pengislaman sains. Rujukan kepada pemikiran tokoh yang berada di dunia pendidikan
ini dilakukan sebagai suatu usaha untuk mengembalikan jati diri umat Islam agar tidak
terus berada dalam asuhan dan propaganda Barat yang terlalu mengagungkan ciptaan
mereka dan mengenepikan peranan Tuhan.

Kata kunci: Islam, Pengislaman sains, Mohd Yusof, jati diri Melayu.

PENDAHULUAN

Perbincangan berhubung isu jati diri bagi rakyat Malaysia adalah suatu isu yang kompleks
untuk dibincangkan secara pukul rata kepada keseluruhan rakyatnya yang terdiri daripada
pelbagai kaum, bangsa, agama dan budaya. Namun begitu, isu ini akan lebih mudah dan tepat
jika dibincangkan dalam bentuk pecahan kaum dan bangsa seperti bangsa Melayu dengan
isu jati diri mereka, kaum Iban dengan isu jati diri yang tersendiri, bangsa China dan bangsa
India dengan isu jati diri mereka masing-masing. Menurut Wan Mohamad (2010), jati diri
adalah merujuk kepada identiti diri yang sebenarnya atau asli yang dimiliki oleh seseorang
yang bukan sahaja terlihat secara lahiriah, tetapi juga termasuk juga nilai-nilai yang menjadi
pegangannya. Identiti diri asli yang nampak di pandangan mata adalah merujuk kepada bangsa
individu sebagai salah satu jati diri, manakala nilai-nilai yang menjadi pegangan individu
merujuk kepada ajaran agama yang menjadi pegangan, serta budaya yang menjadi amalan dan
warisan.
Islam adalah sebuah agama yang mementingkan umatnya supaya menuntut ilmu yang
bermanfaat untuk memperkukuhkan jati diri insan yang unggul. Bangsa Melayu yang sejati dan
tidak terjebak dengan propaganda dunia Barat yang sekular dan metarialistik menerima dan
mengamalkan ajaran Islam sebagai suatu cara hidup. Manakala nilai-nilai Islam secara syumul
atau menyeluruh ditekankan dalam kehidupan bangsa Melayu. Sejarah telah mencatatkan
bahawa semenanjung Malaysia yang asal namanya Tanah Melayu merupakan tanah yang
berketuanan Melayu dan bangsa ini jugalah yang bertanggungjawab dalam membangunkan
tamadunnya. Oleh itu, isu jati diri yang dibincangkan adalah merujuk kepada jati diri bangsa
Melayu sebagai jati diri kebangsaan. Jati diri kebangsaan ini bukan hanya tiba-tiba muncul di
saat negara mencapai kemerdekaan malah sebelum kedatangan penjajah lagi jati diri ini telah
menjadi lambang kebanggaan rakyat (Zainul Rijal, 2010).
Bangsa Melayu adalah satu-satunya bangsa yang mendapat hak keistimewaan yang
melebihi bangsa-bangsa lain. Menurut Perlembagaan Persekutuan, istilah Melayu adalah
562
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

merujuk kepada seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa
Melayu dan mengamalkan adat istiadat dan adat resam Melayu (Perlembagaan Persekutuan,
Fasal 160 [2]) (Zainal t.th.). Penakrifan kepada istilah Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang berbangsa Melayu sewajibnya beragama Islam
dan mengamalkan adat-adat yang terdapat dalam amalan masyarakat Melayu. Namun, jika
seseorang yang berdarah Melayu yang bukan beragama Islam dan mengamalkan budaya dan
adat resam yang bukan menjadi amalan masyarakat Melayu, maka tidak layak baginya digelar
sebagai bangsa Melayu yang menjadikan Islam sebagai asas jati diri.
Pemantapan jati diri bangsa Melayu dibentuk dan diperkukuhkan melalui warisan
turun temurun dan saluran pendidikan yang menepati kehendak agama Islam untuk menjamin
kemaslahatan hidup, bukan hanya di dunia tetapi juga melibatkan kehidupan selepasnya.
Terdapat empat teras utama dalam pembinaan jati diri bangsa Melayu (Nik Rosila, 2009)
iaitu, teras taqwa, teras akhlak, teras ilmu pengetahuan dan teras muamalat. Namun begitu
perbincangan ini lebih menjurus kepada teras ilmu pengetahuan yang berkisar tentang sains.
Untuk menjana kekuatan sesebuah bangsa dan negara, kekuatan agama hendaklah dibina
dan dikembangkan di semua peringkat pendidikan (Tajul Ariffin & Nor ‘Aini Dan, 2002).
Namun begitu, jika dilihat pada situasi hari ini, kebanyakan penyampaian ilmu terutamanya
sains kepada masyarakat Melayu bukanlah mengikut landasan, huraian atau kepenggunaan
yang menepati kehendak ajaran agama. Sains hari ini adalah sains yang telah melalui proses
pengsekularan. Ilmu yang tidak disandarkan kepada Penciptanya ini akan melahirkan insan
yang rakus kepada keuntungan dunia semata-mata.
Dalam usaha untuk mengembalikan jati diri bangsa Melayu yang beragama Islam
melalui saluran pendidikan, pengtingnya peyampaian ilmu sains yang memenuhi kehendak
ajaran Islam. Pengembalian atau pembersihan ilmu dari unsur-unsur sekular perlu dilakukan agar
ilmu sains yang disampaikan tidak merosakkan jati diri bangsa dan menjarakkan hubunganya
dengan agama Islam. Proses yang diperlukan untuk mengembalikan dan menyandarkan ilmu
kepada penciptanya inilah yang digelar sebagai pengislaman sains. Justeru, pengislaman ilmu
atau pengislaman sains adalah jawapan kepada masalah pembinaan jati diri bangsa Melayu
melalui saluran pendidikan.

KONSEP PENGISLAMAN SAINS

Didikan sains barat moden telah membentuk tanggapan bahawa, ilmu yang bersifat ilmiah
dan objektif ialah ilmu yang neutral, iaitu ilmu yang tidak terpengaruh dan memihak
kepada kepercayan dan fahaman-fahaman tertentu. Walhal, ketika mereka menyatakan
ilmu itu bersifat neutral, ilmu itu tidaklah seneutral yang disangka. Ia hanya neutral dari
nilai-nilai Islam, tetapi tidak kepada nilai-nilai seperti sekularisme atau liberalisme. Inilah
salah satu kekacauan yang diakibatkan oleh rosaknya konsep dasar tentang ilmu sains.
Peradaban barat telah membuang nilai-nilai agama terhadap ilmu pengetahuan. Ilmu sains
yang dahulunya selalu dikaitkan dengan kekuasaan Allah, sekarang sudah tidak lagi.
Sains seakan-akan berdiri sendiri, dan dianggap memenuhi hukum sendiri iaitu hukum
alam yang terjadi secara semulajadi (Budi Handrianto, 2010).
Inilah yang menjadi masalah besar yang perlu ditangani untuk memastikan
kepincangan dan kecelaruan yang telah wujud sekian lama dibetulkan semula. Bertitik
tolak daripada ungkapan Abdul Latif (1999) yang menyatakan bahawa, ‘bukan semua
masalah agama ialah masalah matematik walaupun dalam keilmuan matematik Islam,
semua masalah matematik adalah masalah keagamaan’, (begitu juga masalah ilmu-
ilmu lain yang menjadi cabang sains, turut menjadi masalah keagamaan yang perlu
diselesaikan), maka permasalahan ilmu ini harus diselesaikan dengan cara berhikmah
supaya ia berada dalam kerangka agama yang berlandaskan rukum Iman, Islam dan Ihsan.
Justeru, ‘Pengislaman Ilmu’ merupakan jawapan kepada kecelaruan penyampaian ilmu
tersebut.
563
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Dalam bahasa Arab pengislaman ilmu disebut sebagai “Islamiyyat al-Ma’rifat”,


manakala dalam bahasa Inggris disebut sebagai “Islamization of Knowledge”. Agenda
dan strategi dalam perlaksanaan pengislaman sains semestinya masih belum sempurna
untuk menyelesaikan masalah keterpisahan antara sains dan agama kerana telah sekian
lama sains telah disekularkan oleh peradaban barat. Pemisahan antara teologi dengan
falsafah tabii yang terjadi di Eropah Barat pada sekitar 1800M telah membawa kesan yang
amat mendalam terhadap falsafah setiap bidang ilmu pengetahuan. Sebelum pemisahan
itu berlaku bidang-bidang ilmu seperti kimia, sains hayat dan fizik terletak sepenuhnya
dalam mandala keagamaan tetapi selepas pemisahan, kesemua bidang keilmuan itu
akhirnya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan aktiviti keagamaan (Abdul Latif,
1999). Disinilah pentingnya percambahan pendapat oleh pelbagai ilmuan dan pemikir
muslim dari bidang-bidang tertentu berhubung idea pengislaman sains. Idea-idea ini perlu
dikumpul dan disepadukan menjadi sebuah panduan kepada proses pengislaman ilmu
yang utuh dan berlandaskan al-Quran dan Hadith.
Pengislaman sains adalah suatu usaha yang telah dicadangkan oleh Syed Muhammad
Naquib Al-Attas dan seterusnya diikuti oleh Ismail al-Faruqi yang menyediakan gerak
kerja pengislaman ilmu yang lebih tersusun. Idea pengislaman sains telah dibentang dan
dibincangkan dalam Persidangan Dunia Pendidikan Islam pertama yang telah diadakan
di Mekah pada April 1977. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah membentangkan
makalah utamanya yang bertajuk Preliminary Thoughts on the Nature of Knowledge
and Definition and Aims of Education. Bagi memastikan gagasan pengislaman ilmu
bergerak maju, persidangan dunia yang seumpamanya telah terlaksana pada tahun 1980
di Islamabad, 1981 di Dhaka, 1982 di Jakarta, 1985 di Mesir, 1990 di Amman, dan 1996
di Capetown.

LATAR BELAKANG MOHD YUSOF OTHMAN

Yusof Othman bukanlah satu nama yang asing dalam dunia pendidikan peringkat universiti di
Malaysia. Beliau yang merupakan anak kelahiran Paya Keladi, Seberang Perai, Pulau Pinang
telah dilahirkan pada 12 Ogos 1952. Sekolah Kebangsaan Paya Keladi adalah sekolah pertama
bagi Yusof Othman menerima pembelajaran secara formal. Manakala, Sekolah Menengah
Kebangsaan Kepala Batas dan seterusnya ke sekolah Sekolah Menengah Alam Shah pada
tahun 1968. Pada tahun 1972, Yusof Othman berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memilih bidang fizik.
Pertama kali Yusof Othman mengenal dunia kerjaya pada tahun 1976 selepas
menamatkan pengajian Ijazah Sarjanamuda Sains (Fizik) daripada UKM dan ditugaskan untuk
menjadi pensyarah bermula pada April 1976 di Matrikulasi UKM di Sabah untuk beberapa
bulan. Manakala pada bulan September tahun yang sama, 1976, Yusof Othman telah ditawarkan
melanjutkan pelajaran ke luar negara, Bedford College, University of London dalam bidang
Solid State Physic. Selepas tamat pengajian dalam masa setahun, pada bulan Disember
1977 beliau menyambung semula kerjaya sebagai pensyarah di UKM yang ketika itu masih
bertempat di Jalan Pantai selama tiga tahun. Setelah itu, kerjaya beliau terhenti buat seketika
kerana menyambung pengajian ke peringkat ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) pada 1984 dalam
bidang tenaga suria di Univercity of Aston, United Kingdom .
Mohd. Yusof Hj. Othman adalah Profesor di Program Fizik, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Sebelum ini beliau adalah Ketua, Jabatan Fizik dari tahun 1990 sehingga
1994. Pada tahun 1994 sehingga tahun 2002, beliau merupakan Timbalan Dekan, Fakulti
Sains dan Teknologi, manakala pada tahun 2002 sehingga tahun 2007, beliau memegang
jawatan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, UKM. Beliau kini (2016) masih
menyandang jawatan sebagai Pengarah Pertama, Institut Islam Hadhari sejak Julai 2007 di
universiti tersebut. Beliau telah menulis dan penulis bersama lebih daripada 350 rencana
jurnal, pascasidang, dan seminar bidang tenaga keterbaharuan, fizik, dan pendidikan & falsafah
564
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sains. Beliau telah menulis lebih 28 buah buku dalam bidang fizik dan bacaan awam dan telah
mendaftar sebanyak 11 paten (Mohd Yusof, 2013).

SUMBANGAN YUSOF OTHMAN DALAM PENGISLAMAN SAINS KEARAH


PEMANTAPAN JATI DIRI

Mohd Yusof Othman adalah salah seorang pejuang bahasa. Beliau lantang mempertahankan
dan memperkasa penggunaan bahasa Melayu terutamanya dalam sistem pendidikan
negara. Dalam kebanyakan buku karangan beliau, seperti buku Pengenalan Sains Tauhidik
(2014) dan buku Sains, Masyarakat dan Agama (2009), terdapat bab yang khusus
membincangkan kepentingan bahasa Melayu. Manakala pada tahun 2006, beliau ada
membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Keunggulan Bahasa Melayu: Menyongsong
Tatanan Baru Dunia” dalam Seminar Bahasa dan Sastera sempena Majlis Bahasa Brunei-
Indonesia-Malaysia (MABBIM). Hasil pemikiran beliau dalam penulisan buku dan kertas
kerja yang sebegini telah menyerlahkan lagi kepentingan kepenggunaan Bahasa Melayu
terutamanya dalam pendidikan. Usaha yang beliau tunjukkan dalam mempertahankan
penggunaan bahasa Melayu melalui penulisan, seminar dan ceramah yang beliau hadiri
menjadi suatu usaha yang bermakna untuk memastikan kepentingan bahasa Melayu
terjamin di mata bangsanya sendiri.
Menurut Mohd Yusof (2014), apabila bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa
yang menyampaikan pengetahuan sains dan teknologi, maka akan hilanglah nilai-nilai
agama dan budaya orang Melayu yang sememangnya tidak terpisah dengan Islam.
Beliau amat bangga kerana ditakdirkan oleh Allah untuk membina kerjaya di Universiti
Kebaangsaan Malaysia sebagai satu-satunya universiti di dunia yang bermatlamat untuk
memartabatkan bahasa ini dalam semua bidang ilmu, terutamanya sains dan teknologi
yang menjadi kepakaran beliau. Sumbangan beliau dalam mempertahankan bahasa
Melayu sebagai suatu asas jati diri bangsa Melayu telah diperakui oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kementerian ini telah menganugerahkan beliau Tokoh Akademik
Bahasa Melayu pada tahun 2013. Malah, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan
kepercayaan yang tinggi kepada saintis ini untuk menjadi salah seorang ahli jawatankuasa
Penerbitan pada tahun 2012 sehingga 2014.
Mohd Yusof adalah seorang saintis yang telah terlibat dalam penyelidikan tenaga
keterbaharuan lebih 30 tahun yang lalu. Sumbangan utama beliau adalah dalam kajian
sinaran suria, dan sistem suria terma dan fotovoltan. Kajian utamanya adalah dalam mereka
cipta pengumpul suria untuk air dan udara panas, sistem pam air suria, sistem fotovoltan
tersambung ke grid dan terakhir ini sistem pengumpul fotovoltan terma (Mohd Yusof,
2012). Manakala dalam usaha untuk merialisasikan pengislaman sains yang menjurus
kepada pemantapan jati diri bangsa Melayu yang beragama Islam, Mohd Yusof sebagai
seorang saintis tulen dan pemikir Melayu Muslim telah mengajukan Sains Tauhidik
sebagai suatu pendekatan dalam pengislaman sains. Sains Tauhidik adalah sains yang
berteraskan konsep tauhid. Amalan sains tauhidik adalah berteraskan konsep ketuhanan
sebagai Pencipta, maka segala kegiatan sains yang hendak dilakukan manusia adalah
tertakluk kepada syariah (Khalijah&Mohd Yusof, 2009).
Beliau telah berusaha sedaya upaya untuk menjadikan kursus Sains Tauhidik
sebagai kursus yang wajib diambil oleh pelajar di Fakulti Sains Teknologi Universiti
Kebangsaan Malaysia. Kursus ini berfungsi sebagai bekalan kepada para pelajar sains
yang ramai di antara mereka adalah pelajar Muslim Melayu, maka adalah wajar kursus
yang berkaitan padang alam Islam dalam konteks sains ini ditawarkan kepada mereka
(Khalijah&Mohd Yusof, 2009). Mohd Yusof telah berusaha mengarang sebuah buku
khusus sebagai rujukan kepada kursus Sains Tauhidik ini. Buku yang diberikan tajuk
Pengenalan Sains Tauhidik (2014) ini boleh dijadikan rujukan untuk menyelesaikan
permasalahan antara sains dan agama Islam.
565
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Penglibatan yang aktif dalam bidang agama dan sains telah mendorong beliau
untuk terus memantapkan gagasan pengislaman ilmu dan berusaha menerangkan kepada
masyarakat berhubung konsep agama dan sains serta hubungkait antara keduanya.
Melalui penglibatan, kerahan tenaga dan fikiran ini jugalah beliau telah menjadi pilihan
untuk menyandang jawatan sebagai Pengarah pertama, Institut Islam Hadhari, Universiti
Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2007 sehinggala ke hari ini (2016). Malah, beliau
turut berjaya menarik minat pihak luar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk
dipertanggungjawabkan memikul amanah-amanah sebagai Ahli Panel Majlis Perunding
Islam, Jabatan Perdana Menteri bermula pada Jun 2014, Felo Akademi Sains Malaysia
sejak 2014, Felo Kehormat Universiti Islam Malaysia (2014-15), Felo Kehormat Institut
Kefahaman Islam Malaysia IKIM (2005-07), Felo Kehormat Universiti Sultan Zainal
Abidin (UniSZA) (2014). Beliau juga adalah Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam
Malaysia sejak 2006, Setiausaha Panel Dakwah bagi Majlis Perunding Islam Malaysia
(2008-2011), Ahli Majlis Dakwah Negara (2014-16), dan Ahli Lembaga Penasihat, Institut
Wasatiyyah Malaysia (2013-15) (Mohd Yusof, 2013).
Sumbangan beliau dalam pengislaman sains banyak diterjemahkan melalui
penyampaian lisan dan penulisan bahan ilmiah. Antara tulisan yang menterjemahka
sumbangan hasil pemikiran beliau dalam pengislaman sains adalah buku Isu dalam Ilmu
dan Pemikiran (1998), Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan (2002), Sains dalam
Maqasid Al-Quran (2013), prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik yang bertajuk
Mengapa Dunia Memerlukan Sains Tauhidik? (2010), Etika dalam Sains: Tauhidik
Berbanding Sekular (2010), dan Pandangan masyarakat Terhadap Sains Kontemporari
(2010), kertas kerja seminar yang bertajuk Al-Quran dan Sains (Nuklear) (2010) dan
banyak lagi.
Melalui penglibatan, lantikan dan penulisan beliau ini telah menggambarkan
peranan dan sumbangan yang telah beliau salurkan demi memartabatkan gagasan
pengislaman sains. Sebagai pendidik yang peka kepada keperluan jiwa anak didiknya
yang dahagakan penyampaian ilmu sains yang tidak mengenepikan peranan Penciptanya,
beliau berusaha melaksanakan tanggungjawabnya untuk membentuk jati diri anak bangsa
yang beragama. Hasil usahanya dalam dunia pendidikan ini telah menarik perhatian
banyak pihak sehinggakan beliau dianugerahkan dengan Anugerah Penghargaan Maal
Hijrah (1426H-2006) daripada Kerajaan Malaysia, dan Tokoh Maal Hijrah daripada
Kerajaan Pulau Pinang (1429H-2008).

KESIMPULAN

Bangsa Melayu seharusnya memantapkan jati diri mereka dengan pengamalan ajaran Islam
dalam segala urusan kehidupan mereka, lebih-lebih lagi di bidang pendidikan yang memberikan
manfaat untuk kehidupan di dunia dan kehidupan selepasnya. Mereka perlu sedar dan mengelak
untuk terus berada dalam kepompong dan kekangan pola pemikiran sains barat dan berusaha
mencari sistem yang benar-benar bertepatan dengan kehendak jiwa manusia yang bertuhan.
Pemahaman kita kepada alam yang fizikal bergantung kepada teori kita berkenaan sesuatu
fenomenon itu. Maka. Jika teori kita mempunyai ralat, pemahaman kita tentang sesuatu
fenomena itupun bertambah ralatnya (Abdul Latif, 2012). Pengislaman sains ini seharusnya
dipikul oleh keseluruhan ilmuan dan sarjana muslim yang ada pada hari ini dan tidak terus
hanyut dengan sains yang diselewengkan oleh barat atau sekularisasi dan memudarkan jati
diri bangsa. Kekuatan idea-idea dalam memartabatkan dan menjadikan pengislaman sains
sebagai suatu usaha yang nyata akan mampu untuk mempertahankan kedudukan Islam di
dalam masyarakat yang menjunjung martabat ilmu yang bersih dan suci dari pencemaran atau
penyelewengan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda dan berkepentingan tersendiri,
dan secara tidak langsung mampu menolak sekularisasi dan menjaga kepentingan agama Islam
di dalam masyarakat yang ada pada masa ini dan masa akan datang.
566
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Abdul Latif Samian. 1999. Falsafah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Latif Samian. 2012. Memetakan Metamatematik. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia. Budi Handrianto. 2010. Islamisasi Sains. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.
Nik Rosila Nik Yaacub. 2009. Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu: Dari Perspektif
Pendidikan Psikososial. Pulau Pinang: Universiti SainsMalaysia.
Khalijah Mohd Salleh & Mohd Yusof Hj Othman. 2009. Sains Tauhidik Sebagai Satu Kursus
STPD. Kertas kerja dalam Seminar Pendidikan Sains Teknologi Maklumat (SteM ‘09).
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Yusof Hj. Othman. 1998. Isu dalam Ilmu dan Pemikiran. Kajang, Aras Mega Sdn. Bhd.
Mohd Yusof Hj Othman. 2002. Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusof Hj Othman. 2009. Sains, Masyarakat dan Agama. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Mengapa Dunia Memerlukan Sains Tauhidik?”. Prosiding
Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, Kumpulan Penyelidikaan Membina Graduan
Penyelidikan dalam Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2010.
Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Etika dalam Sains: Tauhidik Berbanding Sekular”. Prosiding
Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, Kumpulan Penyelidikaan Membina Graduan
Penyelidikan dalam Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2010.
Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Pandangan masyarakat Terhadap Sains Kontemporari”.
Prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, Kumpulan Penyelidikaan Membina
Graduan Penyelidikan dalam Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2010.
Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Al-Quran dan Sains (Nuklear)”. Seminar Al-Quran Peringkat
Pulau Pinang 1431H/2010M, anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Melenium,
Kepala Batas, 18 Julai 2010.
Mohd Yusof Hj Othman. 2012. Gagasan 1Malaysia: Kreativiti & Inovasi Dalam Pembinaan
Peradaban. Purrajaya: Akademi Kenegaraan BTN, Jabatan Perdana Menteri.
Mohd Yusof Hj Othman. 2013. Sains dalam Maqasid al-Qur’an. Bangi: Institut Islam Hadhari
UKM.
Mohd Yusof Hj Othman. 2014. Pengenalan Sains Tauhidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Tajul Ariffin Noordin & Nor ‘Aini Dan. 2002. Pendidikan dan Pembangunan Manusia:
Pendekatan bersepadu. Selangor: Al-Syabab Media.
Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. 2010. Strategi, kaedah dan pelaksanaan dakwah dalam
membina jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd. Yusof Othman (pnyt.). Jati Diri Kebangsaan
Manhaj Islam Hadhari, hlm. 85-96. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainal Kling. t.th. Islam dan Kebudayaan Alam Melayu. Malaysia: Universiti Malaya.
http://portalfsss.um.edu.my/portal/uploadFolder/pdf/Islam%20dan%20Kebudayaan%20
Alam%20Melayul.pdf, [19.02.2016].
Zainul Rijal Abu Bakar. 2010. Undang-undang Islam di Malaysia: Ke arah pembentukan jati
diri kebangsaan. Dlm. Mohd. Yusof Othman (pnyt.). Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam
Hadhari, hlm. 67-84. Bangi: Institut Islam Hadhari, UKM.

567
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

INTEGRASI RUHIYYAH DAN EKOLOGI BUDAYA DALAM


PENDIDIKAN ORANG ASLI DI MALAYSIA

Mazzlida bt Mat Deli, Salbiah bt Mohamed Salleh, Ruhizan bt Mohammad Yasin


Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Orang Asli merupakan kelompok minoriti masyarakat peribumi di Semenanjung
Malaysia. Mereka merupakan masyarakat pertama yang mendiami semenanjung
Malaysia yang dikenali sebagai komuniti ‘tulen’. Isu keciciran pendidikan Orang
Asli merupakan isu global yang memerlukan penyelesaian segera. Oleh itu, artikel
ini bertujuan untuk membincangkan pengintegrasian nilai ruhiyyah dan ekologi
budaya dalam pendidikan yang boleh diaplikasikan untuk pendidikan Orang Asli.
Nilai ruhiyyah yang dibincangkan menjurus kepada Teori Imam Ghazali manakala
ekologi budaya pula menggunakan Teori Ekologi Budaya Bronfenbrener. Kedua
teori ini dapat mewujudkan satu integrasi pendidikan yang seimbang kepada
Orang Asli sebagai satu langkah mengatasi masalah keciciran dalam kalangan
Orang Asli.

PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan hak setiap rakyat yang mesti direalisasikan oleh setiap pemerintah.
Asas pendidikan ialah kurikulum yang kukuh, akses yang mantap, ekuiti yang menyeluruh
serta penyertaan secara maksimum. Sistem pendidikan Malaysia mengalami transformasi
yang sangat pesat untuk bersaing dengan negara maju. Walaupun kualiti sistem dan kualiti
pelaksana sistem merupakan aspek yang perlu dititikberatkan. Namun evolusi pendidikan
tidak akan bermakna sekiranya tidak disertai oleh semua penduduk dan isu keciciran
masih tidak dapat diselesaikan dengan baik.

PERNYATAAN MASALAH

Pendidikan merupakan asas yang menentukan pembangunan sesebuah negara. Pendidikan


di Malaysia berkembang begitu pesat bermula zaman pra penjajahan sehinggalah melewati
pasca kemerdekaan. Walau bagaimanapun, proses evolusi pendidikan berhadapan dengan
cabaran utama iaitu untuk merealisasikan prinsip pendidikan untuk semua (Education of
All). Ini kerana pendidikan etnik minoriti masyarakat Orang Asli masih terpinggir dan
tercicir. Laporan State of the world minorities and indigenous people 2009 oleh Minority
Rights Group International (MRG) menyatakan separuh daripada 101 juta kanak-kanak
di dunia yang tidak bersekolah terdiri daripada kaum Orang Asli. Situasi ini juga berlaku
di Malaysia apabila laporan menunjukkan seramai 6235 orang kanak-kanak Orang Asli
tidak mengikuti sistem persekolahan secara formal (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli 2009).
Selain isu pendidikan yang menjadi fokus utama, pengamalan nilai dan kerohanian
dalam kalangan Orang Asli juga merupakan perkara yang diberi perhatian. Isu masalah
disiplin dan keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar termasuk kanak-kanak Orang
Asli jelas membimbangkan ramai pihak (Asnarulkhadi 2005). Hal yang sama turut
dibincangkan oleh Yong (2002) dan Mohd Nazri (2014) yang menjelaskan pembangunan
sahsiah dan kerohanian kanak-kanak Orang Asli merupakan satu elemen penting yang
perlu diterapkan dalam pembangunan sistem pendidikan Orang Asli.
Budaya dan sosial nenek moyang merupakan satu pegangan yang menjadi
tunjang dalam setiap aktiviti Orang Asli. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji tempatan
568
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

menunjukkan masalah keciciran yang berlaku dalam kalangan Orang Asli masih
didonimasi faktor masalah persekitaran budaya yang berbeza dalam sistem pendidikan
formal (Santha 2001). Realiti yang berlaku, nilai tradisi, adat resam dan sosio-budaya
masyarakat Orang Asli semakin terhakis dalam kalangan generasi muda (Juli Edo 2004).
Justeru, isu pendidikan kanak-kanak Orang Asli perlu ditangani dengan begitu
cermat dengan menggunakan pendekatan berasaskan ruhiyyah untuk memantapkan nilai
dan akhlak serta memberi penumpuan kepada pendidikan berasaskan budaya mereka.
Pengintegrasian elemen ruhaniah dan budaya dapat memberi nilai tambah dalam
pendidikan Orang Asli ke arah menjayakan prinsip ‘pendidikan untuk semua’.

PENDIDIKAN UNTUK SEMUA

Menurut (UNESCO 2015a), konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak pada tahun 1989
dan Deklarasi Dunia terhadap Education for All (EFA) Pendidikan Untuk Semua (PUS)
pada tahun 1990 di Jomtien, Thailand, menegaskan bahawa pendidikan sebagai hak asasi
manusia dan menunjukkan persekitaran yang baru hasil kerjasama antarabangsa. Walau
bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dijanjikan. Kemajuan tahun 1990-an untuk
pendidikan dilihat sebagai tidak mencukupi, terutamanya di negara-negara jauh daripada
mencapai sasaran pendidikan utama. Masyarakat antarabangsa berkumpul dalam Forum
Pendidikan Dunia di Dakar, Senegal, pada bulan April 2000 untuk menetapkan agenda
bagi mencapai kemajuan dalam bidang pendidikan hingga pada tahun lepas (2015). Wakil
kerajaan dari 164 buah negara, bersama-sama dengan wakil-wakil kumpulan serantau,
organisasi antarabangsa, agensi-agensi penderma, non-government organization (NGO)
atau organisasi bukan kerajaan (OBK) dan masyarakat awam telah menerima pakai Rangka
Kerja Tindakan (Rangka Kerja Dakar) untuk menyempurnakan matlamat PUS. Rangka
Kerja Dakar terdiri daripada dua elemen utama: 6 matlamat dan sasaran yang berkaitan
dan 12 strategi yang perlu dicapai menjelang 2015 oleh semua pihak yang terlibat.
Secara keseluruhannya, PUS mempunyai enam matlamat iaitu :
1. Mengembangkan dan meningkatkan penjagaan awal kanak-kanak yang menyeluruh
dan pendidikan, terutamanya untuk kanak-kanak yang paling lemah dan kurang
bernasib baik
2. Memastikan bahawa pada tahun 2015 semua kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak
perempuan, kanak-kanak dalam keadaan yang sukar dan mereka yang tergolong
dalam kumpulan minoriti, mempunyai akses kepada dan lengkap percuma dan wajib
pendidikan rendah yang berkualiti
3. Memastikan keperluan pembelajaran semua orang muda dan dewasa dicapai melalui
akses yang saksama kepada program pembelajaran dan kemahiran hidup yang sesuai
4. Mencapai peningkatan 50 peratus dalam tahap celik huruf dewasa pada tahun 2015,
terutama bagi wanita, dan akses yang saksama kepada asas dan pendidikan berterusan
untuk semua orang dewasa
5. Menghapuskan jurang jantina dalam pendidikan rendah dan menengah menjelang
tahun 2005, dan mencapai kesaksamaan gender dalam pendidikan menjelang 2015,
dengan tumpuan kepada memastikan akses penuh dan sama rata perempuan dan
pencapaian di dalam pendidikan asas yang berkualiti
6. Meningkatkan semua aspek kualiti pendidikan dan memastikan kecemerlangan semua
supaya mengiktiraf dan hasil pembelajaran yang boleh diukur dicapai oleh semua
pihak, terutama dalam literasi, numerasi dan life skills yang penting.

Beberapa strategi telah diatur untuk memastikan matlamat PUS berjaya


dilaksanakan, seperti di bawah:

569
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

1. Menggerakkan komitmen politik negara dan antarabangsa yang kukuh untuk pendidikan
untuk semua, membangunkan pelan tindakan kebangsaan dan meningkatkan dengan
ketara pelaburan dalam pendidikan asas
2. Menggalakkan dasar PUS dalam rangka kerja sektor yang mapan dan kesejahteraan
bersepadu dihubungkan dengan jelas kepada penghapusan kemiskinan dan strategi
pembangunan
3. Memastikan penglibatan dan penyertaan masyarakat sivil dalam penggubalan,
pelaksanaan dan pemantauan strategi pembangunan pendidikan
4. Membangunkan sistem responsif, penyertaan dan bertanggungjawab tadbir urus dan
pengurusan pendidikan
5. Memenuhi keperluan sistem pendidikan yang terjejas oleh konflik, bencana alam
dan ketidakstabilan, dan menjalankan program pendidikan dengan cara yang
menggalakkan persefahaman, keamanan dan toleransi, dan yang membantu untuk
mencegah keganasan dan konflik
6. Melaksanakan strategi bersepadu untuk kesaksamaan gender dalam pendidikan yang
mengiktiraf keperluan untuk perubahan dalam sikap, nilai dan amalan
7. Melaksanakan program dan tindakan untuk memerangi wabak HIV / AIDS sebagai
satu perkara segera pendidikan
8. Melaksanakan persekitaran pendidikan selamat, sihat, inklusif dan saksama
disumberkan kondusif untuk kecemerlangan dalam pembelajaran, dengan tahap yang
jelas terhadap pencapaian oleh seluruh
9. Meningkatkan status, moral dan profesionalisme guru
10. Menguasai teknologi maklumat dan komunikasi baru untuk membantu mencapai
matlamat PUS
11. Memantau secara sistematik aspek kemajuan ke arah matlamat PUS dan strategi di
peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa
12. Membina mekanisme sedia ada untuk mempercepatkan kemajuan ke arah PUS

ISU KECICIRAN PENDIDIKAN

Merentas seluruh benua di seluruh dunia menunjukkan kenaikan utama mutlak terbesar
dalam nisbah pendaftaran adalah di sub-Sahara Afrika (daripada 59% pada tahun 1999
kepada 79% pada tahun 2012) dan Selatan dan Asia Barat (dari 78% kepada 94%). Hanya
di Amerika Utara dan Eropah Barat berlaku penurunan nisbah (dari 98% kepada 96%).
Ini adalah disebabkan Amerika Syarikat, di mana populasi kanak-kanak homeschooled
dua kali ganda dari tahun 1999 hingga 2007 (Davis dan Baumann, 2013). Sehingga tahun
2012, hampir 58 juta kanak-kanak sekolah rendah tidak bersekolah (out-of-school),
walaubagaimanapun menunjukkan penurunan daripada 106 juta pada tahun 1999. Lebih
daripada separuh daripada mereka tinggal di sub-Sahara Afrika, peningkatan yang besar
berbanding dengan tahun 1999, apabila rantau ini mencakupi 40% daripada jumlah
keseluruhan (UNESCO 2015a).
Terdapat tiga kategori kanak-kanak out-of-school iaitu:
1. Kanak-kanak yang akhirnya akan pergi ke sekolah;
2. Kanak-kanak yang tidak akan pergi ke sekolah;
3. Kanak-kanak yang telah mendaftar tetapi meninggalkan sekolah sebelum tempoh.

Anggaran yang dilakukan pada tahun 2012 menunjukkan bahawa kira-kira 25


juta, atau 43% daripada kanak-kanak out-of-school, tidak akan pergi ke sekolah (kategori
kedua). Kadar tersebut adalah 50% di sub-Sahara Afrika dan 57% di Asia Selatan dan
Asia Barat. Selain daripada itu, UNESCO (2015a) juga menyatakan terdapat perbezaan
jantina yang besar mewakili kategori kedua iaitu 48 % kanak-kanak perempuan lebih
cenderung tidak pernah pergi ke sekolah berbanding dengan 37% untuk keseluruhan
570
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kanak-kanak. Manakala kanak-kanak lelaki agak lebih cenderung untuk meninggalkan


sekolah atau mewakili kategori ketiga bagi kategori kanak-kanak out-of-school.
Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi dengan dasar
pendidikan dan pembangunan yang progresif, dan, oleh itu, telah hampir mencapai
kebanyakan matlamat PUS pada permulaan tempoh kajian(UNESCO 2015b). Walaupun
Malaysia mempunyai cabaran yang besar dalam menangani tugas yang sangat sukar untuk
mencapai dan menyediakan akses kepada sesetengah kanak-kanak yang out-of-school
dan dewasa yang mempunyai tahap pencapaian pendidikan yang rendah, namun ia masih
menunujukkan bilangan yang signifikan.
Daripada aspek jantina pula, ia menunjukkan kanak-kanak perempuan lebih
cenderung untuk tidak maju dalam kebanyakan penunjuk pencapaian. Tambahan lagi,
penilaian konvensional tentang persamaan jantina di sekolah kurang menonjolkan
perbezaan jantina dari sudut sikap dan peluang pendidikan. Dalam rangka kerja PUS,
strategi untuk memperkenalkan pengajaran bilik darjah yang tidak bias jantina sepatutnya
boleh ditonjolkan dengan lebih jelas seperti menggalakkan perlaksanaan pengasingan
jantina merentas sektor pendidikan. Akhir sekali, isu kecekapan luar, termasuk hubungan
antara pendidikan dengan keperluan pasaran buruh dan pembangunan ekonomi, politik
dan sosial, juga perlu ditangani dalam agenda selepas tahun 2015 (UNESCO 2015b).

ISU KECICIRAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN ORANG ASLI

Isu keciciran Orang Asli merupakan satu isu yang perlu ditangani bersama. Jadual di bawah
menunjukkan kadar keciciran pelajar orang Asli di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Daripada jadual didapati peratus keciciran pelajar Orang Asli melebihi 35% di peringkat
sekolah menengah iaitu mendaftar tingkatan 1 tetapi tidak menamatkan tingkatan 5.

Jadual 2.1 Kadar keciciran pelajar orang Asli di peringkat sekolah rendah, 2013(daftar darjah
1 tetapi tidak menamatkan sehingga darjah 6)
Bilangan mendaftar pelajar Bilangan pelajar tamat Darjah Bil. Peratus
Darjah 1 6 Keciciran keciciran
Tahun daftar Bil. daftar Tahun tamat Bil. Tamat (Pelajar) (%)
2004 4,225 2009 4,411 -186 -4.40%
2005 4,160 2010 4,271 -111 -2.67%
2006 3,860 2011 4,091 -231 -5.98%
2007 3,977 2012 4,705 -728 -18.31%
2008 4,251 2013 4,464 -213 -5.01%
Sumber : JAKOA (2013) Nota : Nilai - (negatif) pada bilangan keciciran dan peratus keciciran murid
merujuk kepada pertambahan pelajar.

Jadual 2.2Kadar keciciran pelajar orang Asli di peringkat sekolah menengah, 2013 (daftar
tingkatan 1 tetapi tidak tamat hingga tingkatan 5)
Bilangan mendaftar pelajar Bilangan pelajar tamat Peratus
Tingkatan 1 Tingkatan 5 Bil. Keciciran
keciciran
(Pelajar)
Tahun daftar Bil. daftar Tahun tamat Bil. Tamat (%)
2005 2,358 2009 1,181 1,177 49.92%
2006 2,586 2010 1,403 1,183 45.75%
2007 2,685 2011 1,667 1,018 37.91%

571
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

2008 2,726 2012 1,555 1,171 42.96%


2009 3,018 2013 1,533 1,485 49.20%
Sumber: JAKOA (2013)

PENDIDIKAN ORANG ASLI

Dari segi pendidikan, masyarakat orang asli masih tidak mampu bersaing dengan
bangsa lain dan masih beranggapan pendidikan bukan sesuatu yang penting kepada
mereka. Justeru itu, dalam memajukan pendidikan masyarakat Orang Asli Kementerian
Pelajaran di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merangka Tranformasi
Pendidikan Orang Asli (Berita Harian 22 Jun 2012). Dalam usaha pihak kerajaan dalam
membangunkan pendidikan untuk masyarakat Orang Asli, KPM telah menggaris empat
objektif pendidikan anak-anak Orang Asli iaitu:

i. melahirkan masyarakat Orang Asli yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing;
ii. menyalurkan bantuan pendidikan kepada setiap anak-anak Orang Asli;
iii. memberi kefahaman dan kesedaran tentang dasar-dasar kerajaan mengenai kepentingan
pendidikan dan nilai-nilai pembangunan Orang Asli; dan
iv. meningkatkan tahap kualiti pendidikan Orang Asli.

Berdasarkan objektif tersebut jelaslah bahawa masyarakat Orang Asli tidak


seharusnya ketinggalan untuk mendapat peluang pendidikan yang sama dengan msyarakat
lain di dunia ini. Ini kerana bagi Orang Asli, pendidikan dilihat sebagai satu proses
pembelajaran sepanjang hayat yang menggalakkan dan menyokong kemapanan hidup
mereka (Mohd Nazri 2014). Oleh itu matlamat pendidikan orang-Orang Asli haruslah
meliputi pengetahuan dan pembangunan kendiri yang boleh menyumbang ke arah
kesejahteraan masyarakat.
Menurut Zainal Abidin (1984) perlaksanaan pendidikan dalam kalangan masyarakat
orang Asli dilaksanakan setelah penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia
(JHEOA) pada tahun 1953. Sebelum itu, pendidikan formal tidak pernah diberikan kepada
mereka (Zainal Abidin 1984). Namun ada juga segelintir Orang Asli menerima pendidikan
formal pada masa tersebut iaitu yang tinggal berhampiran dengan perkampungan orang
Melayu (Carey 1968). Umum mengetahui bahawa kebergantungan masyarakat Orang
Asli terhadap hutan untuk hidup menyebabkan mereka merasakan pendidikan formal
tidak penting kerana sistem persekolahan tidak melatih anak-anak mereka dengan
ikhtiar hidup di dalam hutan. Perkara ini terjadi kerana pada masa pemerintahan British,
sekolah-sekolah telah dibina jauh di bandar atau di pekan, kawasan persisiran pantai dan
kampung-kampung yang mempunyai kemudahan perhubungan yang baik (Mohd Nazri
2014). Bagi yang berada di pedalaman, mereka mengalami nasib yang tidak baik dan
terus terabai untuk mendapat peluang pendidikan.

NILAI RUHIYYAH

Ruhiyyah berasal daripada perkataan roh yang bermaksud unsur dalaman manusia yang
mempunyai daya fikir, berperasaan dan berkemahuan (Kamus Dewan 1994). Al-Ghazali
(1988) menerangkan secara lebih terperinci tentang maksud roh iaitu sebagai satu jisim
halus yang terletak dalam hati manusia yang berkembang melalui urat saraf dalam badan
manusia. Roh merupakan pusat fizikal dan dalaman manusia yang mampu menggerakkan
setiap pancaindera manusia samada untuk melakukan kebaikan atau melakukan kejahatan
(al-Ghazali 1988). Nilai pula merujuk kepada konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat

572
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

untuk mengukur dan membuat pilihan terhadap sesuatu perkara. Ringkasnya nilai ruhiyyah
merujuk kepada satu bentuk amalan kerohanian. Amalan kerohanian yang menjadi fokus
kajian ini ialah penerapan elemen amalan kerohanian dalam pendidikan Orang Asli ke
arah melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut jasmani, rohani dan akliah.
Nilai ruhiyyah yang dibincangkan dalam kajian ini didasari oleh Teori Peribadi al-
Ghazali. Imam al-Ghazali mengaitkan peribadi dan tingkah laku seseorang manusia dengan
unsur rohani. Rohani merupakan perkara batin yang berkait dengan roh. Hakikatnya, roh
merupakan unsur halus yang tidak berjisim dan tidak boleh dilihat. Namun roh dapat
memancarkan satu tindak balas tingkah laku yang boleh ditanggapi oleh pancaindera
manusia.
Peribadi manusia merupakan satu ikatan kompleks yang terdiri daripada akal,
nafsu, jiwa dan roh (Hassan Langgulung 1991). Pembangunan peribadi manusia berkait
rapat dengan pembangunan nilai yang baik. Manusia sebagai makhluk yang sempurna
kerana dibekalkan rohani, jasmani, hati dan akal. Maka pembangunan peribadi insan
hendaklah menitik beratkan kepada pembangunan aspek luaran dan dalaman manusia.
Ini kerana sekiranya kedua aspek diberi perhatian maka modal insan yang dilahirkan
merupakan modal insan yang seimbang dan kompetetif.
Imam Ghazali membahagikan peribadi manusia kepada empat struktur utama iaitu
nafsu, hati, akal dan ruh. Struktur peribadi manusia turut dibincangkan oleh Ibnu Qayyim
yangbersetuju dengan empat unsur tersebut sebagai satu kesatuan yang saling berinteraksi
dan saling mempengaruhi antara satu sama lain (Haque 1998). Akal berperanan menggerak
setiap perbuatan manusia manakala hati diumpamakan seperti ‘raja’ yang berkuasa untuk
mengarahkan setiap pergerakan manusia samada untuk melakukan amalan yang baik atau
amalan yang jahat.
Pembelajaran merupakan proses rutin yang akan dilalui oleh manusia dalam setiap
fasa kehidupan. Pembelajaran manusia dapat memberikan sumbangan kepada pemantapan
peribadi seseorang. Menurut Imam al-Ghazali (1988) personaliti manusia berkait rapat
dengan kerohanian dan kejiwaan. Unsur kejiwaan dipengaruhi oleh pertimbangan akal dan
nafsu. Setiap perbuatan yang dilakukan merupakan terjemahan kepada jiwa manusia. Akal
manusia mampu menyerap ilmu untuk menjalani proses pembelajaran. Kesimpulannya,
setiap tindakan yang dilakukan sangat bergantung kepada kekuatan kejiwaan seseorang
kerana manusia yang berjaya menguasai hati akan bertindakbalas dengan tingkah laku
yang mulia. Manakala manusia yang tidak berjaya memandu hati dengan baik akan
mudah terpengaruh dengan unsur negatif yang akhirnya akan menjerumuskan seseorang
ke lembah yang hina.

TEORI EKOLOGI BUDAYA

Teori ekologi budaya telah diperkenalkan oleh seorang pakar antropologi Amerika iaitu
Julian Haynes Steward (1967). Melihatkan persepsi, pengetahuan dan kaedah manusia yang
tersendiri dalam mengadaptasi diri dengan suasana persekitaran penempatan tempat tinggal,
teori ini jelas menunjukkan kesesuaiannya (Ramle et al. 2014). Teori ini kemudiannya
telah dikembangkan lagi oleh ahli psikologi dan sosiologi seperti Bronfenbrenner
(1986) dan Beklsky, Steinberg &Drapers (1991). Sebelum itu, Bronfenbrenner (1979)
telah mengembangkan teori ekologi budaya ini dengan menghubungkait institusi dalam
masyarakat yang boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Hasil pengembangan
teori tersebut, beliau membahagikan teori ini kepada empat sistem iaitu;
a. sistem mikro (institusi atau agen yang terlibat secara langsung dan rapat dengan
kanak-kanak seperti ahli keluarga)
a. sistem meso (hubungkait antara sistem mikro dengan intitusi lain seperti sekolah)
b. sistem ekzo (perkaitan yang tidak secara langsung contohnya perkembangan kanak-
kanak dengan kepuasan kerja ibu-bapa)
573
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

c. sistem makro (sistem yang memberi kesan kepada keseluruhan sistem yang lain
seperti dasar yang ditetapkan oleh kerajaan contohnya dasar pembasmian kemiskinan
dan dasar pemodenan atau perbandaran

Justeru, sistem pendidikan Orang Asli hendaklah memfokuskan kepada hubungan


masyarakat Orang Asli dengan persekitaran tempat tinggal mereka terutamanya hutan.
Alasan ini dikukuhkan lagi dengan penemuan yang telah dihasilkan oleh Ramle et al.
(2014) iaitu masyarakat Orang Asli mengganggap hutan adalah sebagai ‘bank’, iaitu tempat
untuk manusia menyimpan sumber kekayaan yang boleh dikeluarkan dan digunakan
apabila perlu. Berdasarkan persepsi mereka inilah yang menjadikan mereka terus ingin
mendiami hutan dan memelihara serta menjaga kelestarian hutan supaya khazanahnya
terpelihara untuk turut dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Berdasarkan kepada kajian perpustakaan yang dijalankan, dapatan kajian ini dapat
memberikan beberapa implikasi iaitu :
a) Memberi panduan kepada penggubal dasar pendidikan khususnya untuk Orang Asli
tentang konsep pendidikan yang mengintegrasikan aspek nilai ruhaniyyah dan budaya
Orang Asli
b) Mengatasi masalah keciciran akademik dalam kalangan Orang Asli dengan mewujudkan
sistem pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak mereka
c) Mewujudkan pendidikan alternatif berasaskan budaya suku kaum Orang Asli yang
pelbagai yang boleh diaplikasikan dalam kurikulum pendidikan etnik Orang Asli
d) Mencetuskan dimensi baru dalam pendidikan etnik minoriti Orang Asli dengan
menekankan unsur nilai ruhiyyah ke arah melahirkan masyarakat Orang Asli yang
beramal dengan akhlak yang mulia.

Perbincangan mengenai integrasi nilai ruhiyyah dan budaya dalam pendidikan


Orang Asli ini dicadangkan untuk diaplikasikan dalam kurikulum pendidikan Orang Asli
yang boleh diaplikasikan samada dalam pendidikan formal atau non-formal. Pengkaji
akan datang juga boleh menyelitkan unsur berkaitan kemahiran dalam kehidupan sebagai
asas pendidikan yang boleh menambah motivasi Orang Asli untuk ke sekolah. Unsur
kemahiran dalam kehidupan dapat memberi perkara asas yang diperlukan dalam kehidupan
mereka seperti numerasi dan literasi.

PENUTUP

Pendidikan merupakan satu proses pemindahan ilmu dan nilai kepada pelajar. Pendidikan
yang berkesan merupakan pendidikan yang dapat mengubah sikap pelajar ke arah yang
lebih baik. Nilai ruhiyyah merupakan satu keperluan dalam sistem pendidikan kerana nilai
ruhiyyah yang mantap akan mewujudkan insan yang kompetetif dari sudut akademik dan
sahsiah. Justeru, pendidikan berasaskan nilai ruhiyyah merupakan satu bentuk pendidikan
yang seimbang dan komprehensif yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan masyarakat
Orang Asli.
Kehidupan Orang Asli yang tidak boleh terpisah dengan budaya dan persekitaran
mereka juga dapat menyumbang kepada motivasi kendiri Orang Asli untuk melibatkan diri
secara aktif dalam bidang pendidikan. Justeru, mengaplikasikan pendidikan berasaskan
budaya dan sosial mereka dapat mewujudkan satu suasana yang selesa dalam diri mereka
kerana Orang Asli dikenali sebagai kaum yang kurang keyakinan diri dan sukar untuk
menerima sesuatu yang baharu. Sekiranya terdapat budaya yang tidak menepati syariat,
maka nilai ruhaniyyah akan berperanan untuk mengawasi setiap amalan yang betul dan
574
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

salah. Keseimbangan yang wujud antara keperluan budaya sosial dan tuntutan nilai
ruhaniyyah dapat memberi impak yang besar ke arah menggalakkan penyertaan Orang
Asli dalam sistem pendidikan kebangsaan seterusnya melahirkan insan yang harmoni dari
sudut jasmani dan rohani.

RUJUKAN

al-Ghazali, al-Imam Abu Hamid Muhammad ibn al-Ghazali. 1988. Ihya’ Ulumuddin Jiwa
Agama.Terj.Tk. Hj Ismail Yaakub Sh. Kuala Lumpur: Victory Ajensi.
Asnarulkhadi Abu Samah, (2005). Orang Asli: Mengarusperdanakan Pengguna Minoriti.
Dalam Buku Nurizan Yahya, Mohd Amim Othman dan Sharifah Azizah H. (Ed.) Pengguna
dalam Pembangunan, (hlm 264-276). Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Haque, A. (1998). Psychology and religion: Their relationship and integration from an
Islamic perspective. The American Journal of Islamic Social Sciences, 15(4), 97–116.
Hassan Langgulung, (1991). Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli 2009
Jakoa. 2013. Buletin Perangkaan Kklw 2013 2013 Buletin Perangkaan Kklw 2013.
Johari Talib & Nazri Muslim. (t.t). Bagaimana kanak-kanak Orang Asli gagal di sekolah ?
Jurnal Pengajian Umum, 8, 51–76.
Juli Edo, (2004). Adat dan Nilai Masyarakat Orang Asli. Kertas Pembentangan Seminar
Warisan Orang Asli. Kuala Lumpur.
Mohd Nazri Abdul Rahman, (2014). Pembangunan model homeschooling berasaskan
nilai dan amalan masyarakat bagi kanak-kanak Orang Asli. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.
Phuah Bee Yong. (2001). Pendidikan Masyarakat Orang Asli di Kampung Berangkai,
Kampar, Perak. Latihan Ilmiah . Universiti Malaya
Ramle Abdullah, Asmawi Ibrahim, Mohamad Hafis Amat Simi, Nur Hafizah Ramle & Mohd
Sukhairi Mat Rasat, (2014). Pemuliharaan hutan dalam kalangan masyarakat Semaq Beri
di Negeri Terengganu, Malaysia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society
and Space, 10(3), 113–124.
Santha Kumar Payani Yanai, (2001) Masalah Keciciran Pendidikan Dalam Kalangan Anak-
Anak Orang Asli, (Tidak diterbitkan Latihan Ilmiah). Universiti Malaya
UNESCO, (2015a). Education for all 2000-2015: Achievements and Challenges.
UNESCO. (2015b). Education for All 2015 National Review Report:Malaysia. World
Education Forum (Incheon, Republic of Korea, 19-22 May 2015), hlm.Vol. Education.
Yusof, H., Ahmad, A. R., Musa, K., Pendidikan, U. & Idris, S., (2013). Pengaruh lingkungan
sosial dan keluarga murid tahun 5 orang asli semai terhadap masalah pembelajaran.

575
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENILAIAN KENDIRI AKHLAK : SATU ALTERNATIF


PEMBANGUNAN MODAL INSAN GURU

Salbiah bt Mohamed Salleh @ Salleh, Mazzlida bt Mat Deli, Jamil bin Ahmad,
Mohd Aderi bin Che Noh
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Kertas kerja yang menggunakan pendekatan konseptual ini bertujuan untuk
mengetengahkan pendekatan penilaian kendiri akhlak sebagai satu alternatif
pembangunan modal insan guru. Bentuk penilaian guru hendaklah dipelbagaikan
bukan hanya melibatkan satu pihak seperti penilaian pentadbir ataupun melibatkan
penilaian aspek profesionalisme sahaja tetapi juga perlu melakukan penilaian kendiri
terhadap aspek afektif. Penilaian kendiri yang dilakukan mampu menimbulkan sifat
amanah, bertanggung jawab dan keyakinan dalam diri individu untuk merealisasikan
harapan negara bagi mewujudkan pembangunan modal insan guru yang seimbang.
Hasil perbincangan, dicadangkan pembinaan satu alat ukur penilaian kendiri akhlak
guru dan pengintegrasian konsep nilai, moral dan akhlak yang bersesuaian untuk
diadaptasikan oleh guru muslim dan bukan muslim

Kata kunci : penilaian kendiri, akhlak, modal insan, guru.



PENDAHULUAN

Profesion keguruan merupakan profesion yang sangat mulia menurut pandangan Islam kerana
mengajar dan mendidik manusia merupakan sebaik-baik amalan yang berstatus ibadah dan
jihad. Tanggung jawab mendidik pelajar hendaklah disertai dengan niat berasaskan iman yang
mendalam, amanah, tekun, cekap, bersabar, bersungguh-sungguh, ihsandan diniatkan kerana
Allah s.w.t. (Ahmad Kilani 2003). Semua sifat ini mesti ada pada seorang guru kerana mereka
memainkan peranan yang sangat besar iaitu menyampaikan risalah agama untuk difahami dan
dilaksanakan oleh masyarakat umum. Firman Allah s.w.t dalam Surah az-Zumar 39:9 yang
bermaksud :

Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan


orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan yang melaksanakan segala dasar
dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Pendidikan pada abad ke-
21 bukan sahaja memerlukan guru melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi dalam semua bidang tetapi juga harus menghasilkan insan yang mempunyai sistem nilai
dan etika serta akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada Allah
s.w.t serta berkemampuan untuk membangunkan masyarakat dan negara.
Menyedari kepentingan peranan yang perlu dipikul oleh guru, maka pembangunan
modal insan guru hendaklah diberi perhatian untuk mewujudkan insan yang benar-benar
berkualiti dan cekal untuk meneruskan agenda pendidikan negara. Terdapat pelbagai insiatif
yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membangunkan
modal insan guru seperti mengadakan program dan bengkel serta melakukan penilaian ke atas
guru. Penilaian kendiri akhlak merupakan satu aspek yang boleh digunakan untuk melakukan
penambahbaikan terhadap diri sendiri. Ini kerana pembangunan modal insan yang sempurna
576
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

hendaklah dimulai dengan pembinaan sahsiah dan nilai yang kukuh kerana keseimbangan nilai
dan akhlak dapat memberi kesan kepada pembentukan generasi yang berkualiti.

PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang dilakukan bertitik tolak daripada ajaran Islam yang menekankan kepada
pembangunan manusia yang seimbang dari sudut jasmani dan rohani (Bukhari 1987: 3572).
Kesannya, satu keperluan mendesak guru-guru melengkapkan diri dengan kualiti diri yang
baik untuk menjadi pemangkin akhlak yang baik kepada pelajar-pelajar secara khusus dan
masyarakat secara umum (Zaharah, 2008). Walau bagaimanapun laporan yang dikeluarkan
oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2013 menunjukkan 30% guru
mempunyai penampilan sahsiah di bawah skor memuaskan (Laporan Eksekutif PPPM 2013).
Begitu juga beberapa dapatan kajian yang dijalankan di Malaysia berkenaan personaliti guru
juga menunjukkan potensi segelintir guru masih berada di tahap sederhana (Salmah, 2004;
Chee, 2008). Isu ini agak membimbangkan kerana penambahbaikan sistem pendidikan
hendaklah dimulai dengan penambahbaikan kualiti guru.
Langkah membaiki kualiti guru hendaklah dijalankan seiring dengan penambahbaikan
dalam sistem penilaian dan pentaksiran yang dijalankan. Ini kerana penilaian merupakan satu
langkah untuk melakukan peningkatan kualiti peribadi guru. Penilaian kendiri merupakan satu
bentuk muhasabah dan pendorong ke arah memiliki akhlak yang baik. (Abdullah Sani, 2010).
Guru kurang berpeluang untuk melakukan penilaian kendiri kerana konsep penilaian yang
dilakukan dalam sistem pendidikan negara adalah berasaskan penilaian oleh pentadbir.(Veloo
& Zolkepli, 2011). Sebagai contoh Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP) dilaksanakan oleh pengetua dan penilaian pengajaran guru dilaksanakan oleh Jemaah
Nazir. (Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM 2014). Sedangkan penilaian kendiri merupakan
satu bentuk penilaian yang perlu dilaksanakan untuk refleksi kendiri dan refleksi pentadbir.
(Hattie & Timperley, 2007)

KONSEP AKHLAK

Kalimah akhlak digunakan oleh ulama’ Islam secara meluas untuk merujuk kepada tingkah
laku, tabiat atau perangai manusia. Al-Maududi (1967)menjelaskan maksud akhlak secara
umum sebagai sifat semula jadi, tabiat, adat, kebiasaan, maruah dan gaya hidup seseorang
individu atau sekumpulan individu. Manakala Al-Mishri (2009) mengkhususkan pengertian
akhlak sebagai tindakan dan perbuatan yang meresap dalam diri seseorang sehingga menjadi
karektor atau watak yang berkekalan dalam diri.
Sesetengah ulama’ mengaitkan konsep akhlak dengan pengulangan dan pembiasaan. Al-
Hufy (1978) dan Azhar (2006) menerangkan maksud akhlak sebagai keinginan dalaman secara
semulajadi yang ingin melakukan sesuatu, diulang secara berterusan dan akhirnya menjadi satu
pembiasaan dalam diri. Kebiasaan yang tekal dalam diri individu itu akan diterjemahkan dengan
mudah dalam tingkah laku seseorang. Nik Azis (2012) menjelaskan sekiranya tindakan atau
kecenderungan itu tidak dilakukan secara berterusan dan tidak dibiasakan bukan merupakan
contoh akhlak.
Hal ini digambarkan oleh Jimaain (2012) yang merujuk kepada akhlak sebagai sifat
dalaman yang sebati dalam diri seseorang sehingga seolah-olah melekat dengan anggota badan
yang lain. Sifat yang sebati ini diumpamakan akan menjadi darah daging atau darah yang
mengalir dalam tubuh seseorang. Walau bagaimanapun sifat tersebut bukanlah satu sifat yang
semula jadi tetapi hanya dapat diperoleh melalui usaha dan kehendak kita (al-Ghazali, 1988).
Keinginan yang timbul dalam diri kita untuk mengamalkan tuntutan sifat tersebut akhirnya
akan menjadikan diri kita terbiasa dan sebati dengan amalan akhlak tersebut.
Asas pembangunan insan berikutnya ialah pemurnian akhlak. Tanpa akhlak yang luhur
mustahil manusia dapat hidup dengan aman, damai, sejahtera dan bahagia walaupun harta
577
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

benda melimpah ruah. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak tamadun yang agung dan
hebat, runtuh bermula dengan keruntuhan moral dan akhlak pemimpin, pengikut bahkan juga
agamawan mereka. Hal ini melibatkan semua tamadun sama ada tamadun Barat, Timur, Islam
atau pun bukan Islam.
Moral dan akhlak yang baik merupakan pra-syarat untuk mencapai kesatuan dalam
kaedah yang boleh diguna pakai oleh setiap individu demi memperoleh kemajuan dan
kemakmuran negara. Islam mengenal pasti kepentingan akhlak dan salah satu misi Nabi
Muhammad S.A.W adalah untuk meningkatkan akhlak manusia. Mempunyai akhlak yang
luhur adalah perkara yang amat penting dalam diri manusia.

Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui penegasan Rasulullah S.A.W dalam sabda baginda
s.a.w:
‫ب امنإ‬ ُ ‫تأل‬
ُ ‫تثع‬ َ ‫قالخألا َمِراكَم َمم‬
Terjemahan: Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Perlu difahami bahawa membangunkan insan berakhlak mulia bukanlah suatu perkara
yang mudah seperti yang disangka oleh sesetengah orang. Memulihkan akhlak seorang manusia
sahaja adalah perkara yang sukar apatah lagi membangunkan ramai manusia berakhlak dalam
sebuah kelompok atau komuniti atau pun sebuah negara. Sebaliknya adalah lebih ringan
tahap kesukaran untuk membina sebuah bangunan bertingkat-tingkat berbanding membina
manusia berakhlak. Namun membangunkan manusia berakhlak tetap perlu diutamakan. Ianya
amat penting kerana walaupun ada manusia yang tidak beriman tetapi jika dipupuk dengan
akhlak mulia, mereka masih lagi boleh menyumbang kepada kesejahteraan hidup manusia
lain berbanding dengan mereka yang rosak akhlak yang biasanya akan merosakkan kehidupan
masyarakat atau komuniti mereka. Oleh sebab itu dalam ajaran Islam, antara asas penting
pembangunan insan adalah pemurnian akhlak.

KONSEP PENILAIAN KENDIRI

Penilaian merupakan salah satu proses dalam pentaksiran selepas proses pengujian dan
pengukuran (Salvia & Ysseldyke, 2001). Penilaian melibatkan proses yang sistematik
untuk mengumpul, menganalisis dan menghuraikan analisis dapatan yang diperolehi.
Penilaian dapat menentukan tahap seseorang berdasarkan kriteria yang telah ditentukan.
(Susan, 2004). Penilaian kendiri merupakan satu bentuk penilaian yang membolehkan
guru mengenali diri setelah melakukan pentaksiran akhlak mereka. Guru akan memberi
markah, menilai, menganalisis dan seterusnya melakukan refleksi terhadap penilaian
yang dilakukan.
Boud (1995) menjelaskan bahawa individu merupakan penilai terbaik untuk diri
sendiri. Ini kerana orang lain tidak mampu mencerap kemampuan dan perbuatan yang
kita lakukan sehingga individu itu sendiri melakukan pentaksiran dan penilaian atas
diri (Atkins & Wood, 2002). Penilaian kendiri merupkan usaha penting untuk mengenal
kekurangan dan kelebihan diri sendiri. Authur (1995) dan Jamil (2002) menyenaraikan
beberapa kelebihan perlaksanaan penilaian kendiri iaitu :
i. membolehkan setiap individu mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan
kelemahan kendiri dalam menguasai kemahiran dan ilmu
ii. melahirkan sifat kepercayaan kepada diri sendiri kepada kebolehan pelajar melakukan
penilaian perkembangan dan pencapaiannya
iii. mengurangkan kebergantungan kepada guru atau pentadbir untuk membuat refleksi
terhadap diri sendiri
iv. membolehkan individu bersifat kritis terhadap kebolehan diri
v. menggalakkan proses penambahbaikan dalam diri individu

578
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Penilaian dalam Islam merujuk kepada penentuan tujuan pendidikan serta sebagai
alat peneguhan. Oleh kerana tujuan pendidikan bukan sekadar mengecapi kejayaan di
dunia tetapi menjurus kepada berbakti kepada Allah. Maka penilaian yang dicadangkan
dalam konteks kajian ini menjurus kepada penilaian akhlak yang bermatlamatkan
pemupukan sahsiah yang mulia dalam kalangan guru. Sekiranya penilaian dilaksanakan
secara berterusan, maka guru akan lebih bermotivasi untuk melakukan kebaikan.
Penilaian akhlak merupakan satu proses peneguhan tingkah laku bagi memastikan guru
mengamalkan akhlak yang mulia.
Konsep penilaian kendiri yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan konsep
muhasabah seperti yang dianjurkan oleh al-Ghazali. Penilaian kendiri menurut al-Ghazali
ialah dengan cara membuat penelitian, perkiraan dan refleksi terhadap sifat yang buruk
dalam diri sebagai satu usaha untuk menghapuskan sifat buruk tersebut. Pendekatan ini
dikenali dengan muhasabah. Islam mencadangkan pendekatan muhasabah dengan cara
sentiasa melakukan refleksi terhadap amalan yang dilakukan, mendampingi guru yang
boleh memberi panduan rohani, meminta maklum balas daripada sahabat yang jujur dan
bertawa untuk menyatakan keburukan diri serta bergaul dengan masyarakat supaya dapat
mengetahui kelemahan diri sendiri (Engku Ahmad Zaki, 2007).
Penilaian kendiri yang disarankan oleh al-Ghazali merupakan satu bentuk amalan
kawalan diri yang berteraskan prinsip amar makruf nahi mungkar. Setiap individu
bertanggung jawab untuk melakukan muhasabah sebagai satu pengawasan terhadap
amalan kebaikan dan keburukan manusia (Marzelah, 2012). Penilaian kendiri terhadap
tingkah laku hendaklah dilakukan secara berterusan supaya individu dapat bertingkah
laku dengan baik. Saranan ini bertepatan dengan perintah Allah dalam surah (At-Taubah
9: 71).

GURU SEBAGAI MODAL INSAN

Modal Insan merupakan istilah yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun
Abdullah Ahmad Badawi. Modal insan merupakan elemen penting untuk membangunkan
tamadun bangsa seterusnya menggerakkan semua strategi dan pelan tindakan yang disusun
oleh kerajaan.ke arah pembangunan negara. (Zalika et al., 2009). Antara agenda utama yang
ingin diperkukuhkan ialah memantapkan pembangunan modal insan dalam pendidikan yang
merujuk kepada guru dan pelajar. Walaupun perhatian perlu diberikan kepada kedua-duanya,
namun keutamaan hendaklah dimulai dengan pembangunan sahsiah guru sebagai modal
insan yang berkualiti. Ini kerana guru yang berperanan untuk mencorakkan peribadi pelajar.
Hakikatnya, menambah baik kualiti guru merupakan serampang dua mata untuk meningkatkan
kualiti diri pelajar
Perguruan ialah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan yang sempurna
agar manusia itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat,
alam yang mereka diami serta terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. (Sufean, 2004). Peranan
guru semakin mencabar ke arah menyampaikan ilmu pengetahuan, menyuburkan minat,
mengembangkan bakat dan kebolehan murid. Dalam usaha untuk menjalankan tugas murni
ini mereka perlu mempersiapkan diri dengan aspek spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial.
Apabila nilai-nilai spiritual seperti keimanan, ketakwaan, bertanggungjawab, amanah dan
ikhlas kuat dan padu, disokong pula oleh aspek lain iaitu fizikal, intelek, emosi dan sosial
maka guru akan menjadi individu cemerlang dan akan membentuk masyarakat yang cemerlang
(Norhana, 2015).
Islam mendukung penuh usaha membentuk dan membangunkan manusia berkualiti
bahkan konsep kualiti itu sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia merangkumkan kedua-
dua aspek fizikal dan spiritual, dunia dan akhirat. Setiap aspek ajaran Islam, sama ada yang
berkaitan akidah, fiqah mahupun tasawuf menekankan pembangunan kualiti manusia yang
seimbang. Falsafah Islam, yang juga merupakan satu dari ciri keilmuan dan tamadun Islam,
579
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

tidak ketinggalan dalam menyumbang dan mengemukakan pendekatan tersendiri dalam


konteks pembangunan insan. Sesuatu tamadun akan terhasil ekoran kemajuan manusia yang
membinanya. Manusialah yang membentuk tamadun dan sesuatu tamadun dengan maksud
yang sebenar tidak akan berdiri sekiranya manusia itu sendiri tidak bertamadun. Tamadun yang
teguh dan kukuh memerlukan pula insan yang dibangunkan dengan asas yang kuat dari aspek
rohani dan spiritual supaya tamadun dengan maksud sebenar terbina bukan hanya yang terbina
berdasarkan pembangunan fizikal semata-mata.
Terdapat banyak program pembangunan insan yang dijalankan kepada guru-guru untuk
melahirkan guru yang mahir dan mampu mengadaptasi dengan situasi pekerjaan yang baru.
Program yang dilaksanakan merangkumi program meningkatkan kompetensi guru samada dari
sudut professional atau amalan keguruan. Sebagai contoh, antara program yang dilaksanakan
adalah yang berkait dengan tugas perguruan seperti kaedah menanda, kursus guru, kursus
mata pelajaran dan kursus PdP dan hanya sedikit sekolah yang menyediakan kursus bersifat
pemantapan diri melalui program pentarbiahan dan usrah. Natijahnya, guru akan memperbaiki
mutu kerja, meningkatkan semangat kerja berkumpulan dan mampu menyumbang dalam
peningkatan kualiti produk dan prestasi organisasi (Norhana, 2015).
Secara umum pembangunan insan ialah pembinaan atau pembentukan seseorang manusia
dalam aspek spiritual dan fizikal merangkumi kebijakan akal, ketahanan jiwa, kemantapan
rohani, kemahiran-kemahiran khusus dan juga kekuatan jasmani supaya mempunyai jati diri
yang kukuh untuk mendepani cabaran meneruskan kehidupan. Natijah dari pembangunan insan
yang sempurna ini pula akan mewujudkan pembangunan masyarakat serta negara yang kamil
sesuai dengan peranan dan fungsi manusia diutuskan ke dunia.
Pembangunan modal insan guru merupakan usaha berterusan untuk memupuk dan
mengembangkan potensi dalam diri manusia supaya subur dan kental keimanannya terhadap
rukun iman serta berupaya menyumbang ke arah kebaikan, kesejahteraan diri, orang, lain
dan alam (Zakaria, 1999). Nurul Himmah (2006) mencadangkan pembangunan modal insan
hendaklah memfokuskan kepada akhlak dan sahsiah. Akhlak yang baik seperti adil, penyayang,
sabar dan menghormati tetamu merupakan pemangkin pembangunan modal insan berkualiti.
Kesannya, masyarakat akan terhindar daripada gejala sosial dan jenayah yang membimbangkan
kerana pengamalan akhlak yang baik mampu mewujudkan peribadi utuh yang akan sentiasa
berwaspada dengan setiap tindakan yang dilakukan.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa aspek pembangunan


modal insan guru dari sudut nilai dan akhlak merupakan satu keperluan yang perlu diberi
perhatian. Ini kerana guru merupakan model akhlak utama dalam sistem pendidikan dan
masyarakat keseluruhannya. Peribadi guru yang baik dapat memberi impak yang cukup
besar untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bermakna, mempengaruhi prestasi
kerja, kepuasan kerja dan mempengaruhi potensi akademik serta sahsiah murid.
Pemantapan akhlak guru melalui sistem penilaian bersesuaian dengan apa yang
diamalkan oleh organisasi pekerjaan yang lain. Namun, melakukan penilaian kendiri
merupakan satu elemen yang menyokong sistem penilaian bersepadu 360 ke arah memantap
sesebuah organisasi (Conte et al.,1998). Konsep penilaian kendiri ini juga merupakan
saranan Rasulullah (saw) ke atas umatnya yang menyeru supaya setiap amalan yang
dilakukan hendaklah dihitung, dianalisis dan dikoreksi sebagai satu bentuk muhasabah
untuk meningkatkan kualiti diri.
Melalui hubungan positif penilaian afektif dengan peningkatan potensi diri
individu, maka dicadangkan agar satu alat ukur penilaian kendiri akhlak dibina untuk
memudahkan proses penilaian dilakukan secara teratur dan sistematik. Alat ukur yang
dibina hendaklah berdasarkan dalil yang sahih daripada al-Quran dan sunnah serta
mengambil kira keperluan dalam sistem penilaian pendidikan negara. Alat ukur yang
580
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

bersumberkan agama Islam dapat mengatasi isu kekurangan alat ukur yang sah dan boleh
dipercayai bersumberkan panduan dalil naqli (Abu Raiya, 2008).
Seterusnya, dicadangkan agar perbahasan akhlak dilihat dari sudut yang lebih
luas dengan menganalisis pendapat ulama’-ulama’ Islam tentang konsep akhlak,
mengintegrasikan elemen akhlak, nilai dan moral yang dipersetujui oleh guru muslim
dan bukan muslim seterusnya penilaian kendiri akhlak ini juga boleh dimasukkan dalam
penilaian prestasi guru untuk mengelakkan bias dalam sistem penilaian yang ada sekarang.

PENUTUP

Kesimpulannya penilaian kendiri akhlak disarankan untuk dilaksanakan oleh semua guru ke
arah menyediakan pendidik sebagai qudwah hasanah (model terbaik) kepada pelajar. Penilaian
kendiri merupakan satu usaha yang wajar dilakukan oleh setiap individu muslim sebagai satu
bentuk muhasabah. Kesannya, guru akan menyedari kesilapan, kekurangan dan potensi yang
ada pada diri. Hasilnya akan lahirlah modal insan yang mampu memacu sistem pendidikan
negara yang kompetetif dan progresif. Usaha penambahbaikan penilaian merupakan satu
alternatif untuk menambah baik kualiti guru ke arah melengkapkan guru dengan pegangan
amalan akhlak yang terpuji seiring dengan Falsafah Pendidikan Guru dan etika keguruan.

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah, (2007). Guru Sebagai
Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Kilani Mohamed, (2003), Pengurusan Pendidikan Di Sekolah Huraian Menurut
Perspektif Islam. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Ahmad Muhammad Al-Hufy, (1978). Akhlak Nabi Muhammad saw : keluhuran dan
kemuliaanya. Jakarta :Bulan Bintang
Al-Maududi, A.A. (1967). Ethical viewpoint of Islam. Terj. Khurshid Ahmad. Lahore: Islamic
Publications.
Atkins, P. W. B. & Wood, R. E. (2002). Self-versus others’ ratings as predictors of assessment
center ratings: Validation evidence for 360-degree feedback programs. Personnel
Psychology, 55(4), 871–904. doi:10.1111/j.1744-6570.2002.tb00133.x
Authur, H. (1995). Students self evaluation: how useful, how valid?, International Journal of
Nursing Studies, 32: 271-6
Azhar Ahmad, (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan islam dan
penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah. Tesis PhD Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian Pengurusan Maklumat KPM 2014
Boud, D. (1995). Enhancing Learning Through Self-Assessment. London: Kogan Page
Chee Kim Mang, (2008). Kualiti guru permulaan keluaran sebuah institut perguruan : satu
tinjauan dari perspektif pentadbir sekolah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 83(i), 49–67.
Engku Ahmad Zaki b. Engku Alwi, (2008). Membina Peribadi Muslim. Kuala Lumpur: Karya
Bestari, 2008
Hattie, J., & Timperley, H. (2007). The power of feedback. Review of Educational Research,
77(1).
Hisham Abu-Raiya, Pargament, K. I., Mahoney, A. & Stein, C. (2008). A Psychological Measure of
Islamic Religiousness: Development and Evidence for Reliability and Validity. International
Journal for the Psychology of Religion, 18(4), 291–315. doi:10.1080/10508610802229270
Jamil Ahmad, (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah: Satu
penilaian. Tesis PhD (tidak diterbitkan), Fakulti Pendidikan UKM
Jimaain Safar, (2012). Pembinaan instrumen pentaksiran akhlak berasaskan rakan sebaya
pelajar sekolah menengah. Tesis PhD Fakulti Pendidikan UKM
Mahmud Al-Mishri (2009). Ensiklopedia Akhlak Muhammad S.A.W. Jakarta :Pena
581
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Majid Ersan al-Kailani. (1997). Mendidik peribadi muslim. Kuala Lumpur: Berita
Mardzelah Makhsin, (2012). Hisbah dan Penghayatan Akhlak Murid-Murid Sekolah Menengah,
Tesis Phd UKM.
Nik Azis Nik Pa, (2012). Bab Sebelas : Pengembangan Nilai melalui Penulisan Tesis dan
Disertasi. Dokumentasi akademik tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Norhana Salleh, (2015). Tahap Kepuasan Kerja Guru Agama Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(Sabk) Di Terengganu Dari Aspek Pembangunan Insan. Tesis Master. Fakulti Pengajian
Islam, UM
Nurul Himmah bt Kassan, “Akhlak Sebagai Pemangkin Membangunkan Modal Insan Yang
Berkualiti Dalam Masyarakat Plural,” Kertas Kerja Seminar Tamadun Islam Tentang
Pembangunan Insan Peringkat Kebangsaan, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, 2006, 195
Salmah Kassim, (2004). Kualiti Perkhidmatan Guru di sekolah-sekolah menengah di daerah
Pulau, Pulau Pinang. Tesis Sarjana Pendidikan UM
Salvia, J., Ysseldyke,J.E. (2001). Assesment. 8th Edition: Houghton and Mifflin, USA
Sufean Hussin, (2004). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem Dan Falsafah, Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Susan, B.Y, (2004). Self-assessment activities for school administrators: a companion to
Making Technology Standards Work For You. ISTE Publication
Veloo, A. & Zolkepli, W. H. (2011). Atribut sistem penilaian prestasi dengan kepuasan kerja
dalam kalangan guru 18(1), 197–216.
Zaharah Husin, (2008), Pembinaan Kandungan Kurikulum Pendidikan Akhlak Untuk Latihan
Perguruan Pendidikan Islam. Tesis Phd. Fakulti Pendidikan UKM
Zalika Adam, Faridah Kassim, Mohamad Johdi. Memperkasakan Pendidikan Luar Bandar.
Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009,
Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan
Sosial, University Malaysia Sabah
Zakaria Stapa, (1999). Akidah Dan Akhlak Dalam Kehidupan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd

582
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENGURUSAN KONFLIK DI SELATAN THAILAND: ANTARA ISU


DAN TRANSFORMASI

Che Mohd Aziz Bin Yaacob, Rusdi Omar, Bakri Mat


Pusat Pengajian Antarabangsa
Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Hubungan Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia

Abstrak
Perjuangan Orang Melayu Islam Patani (OMIP) melalui Pertubuhan Gerakan
Pembebasan Patani (PGPP) masih belum berakhir. Bermula awal 60an, PGPP yang
ditubuhkan oleh OMIP umpama cendawan selepas hujan bermula terbentuknya
Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP), Barisan Revolusi Nasional Patani
(BRN), Patani United Liberation Organization (PULO) dan Gerakan Islamiya
Mujahideen Patani (GIMP) bagi memperjuangkan hak politik ke atas Patani.
Walaupun pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan Thailand bagi mengatasi
permasalahan ini, namun masih belum ada tanda-tanda menunjukkan konflik ini
dapat diselesaikan secara berkesan. Salah satu polisi yang berkesan oleh kerajaan
Thailand adalah melalui General Prem Tinasulanonde yang menubuhkan Southern
Border Provinces Administrative Center (SBPAC) dan Civilian-Police-Military
Task Force 43 (CPM-43) bagi menghadapi tentangan PGPP namun ia hanya
seketika sahaja. Konflik Patani muncul kembali pada 4 Januari 2004 apabila
sebuah kem tentera dalam wilayah Narathiwat telah dirompak oleh sekumpulan
yang tidak dikenali. Bermula dari situ, konflik di Selatan Thailand dilihat mula
merebak dan meruncing sehingga sukar dibendung. Melihat kepada keadaan ini,
penulisan ini memfokuskan kepada peristiwa-peristiwa konflik tahun-tahun 2004
hingga 2013 selepas keterlibatan Malaysia sebagai pihak ketiga dalam proses
rundingan yang masih berjalan sehingga ke hari ini. Penulisan ini melihat kepada
perubahan isu-isu yang diperjuangkan oleh PGPP setelah mengalami transformasi
dalam perjuangan. Transformasi yang cuba dibincangkan ialah cuba menjawab
persoalan yang berkaitan dengan peralihan tuntutan PGPP yang mana dahulunya
kemerdekaan adalah tuntutan utama tetapi kini mulai berubah iaitu lebih kepada
memperjuangkan isu identiti OMIP yang selama ini mengalami asimilasi dan
diskriminasi. Bagi mengukur perubahan-perubahan ini, data primer dan sekunder
dianalisis dengan menggunakan teori-teori dan pembolehubah-pembolehubah
yang terdapat dalam bidang pengajian konflik dan perdamaian. Ini termasuk
segitiga konflik, hubungan simetrik dan asimetrik dan transformasi konflik.
Bagi mengenal pasti perubahan-perubahan yang berlaku, kajian turut dijalankan
dengan menggunakan kaedah kualitatif yang bersifat analisis kandungan. Data-
data-data yang digunakan daripada sumber primer dan sekunder dengan menemu
bual ahli-ahli PGPP dan kajian perpustakaan melibatkan penulisan jurnal, buku,
keratan akhbar dan tesis. Kaedah menemu bual ahli PGPP adalah melalui ‘Snow
bowl’ secara rahsia dan melibatkan pemimpin-pemimpin yang sebelum ini sudah
dikenali oleh pengkaji. Antara hasil-hasil kajian yang diperoleh ialah struktur
hubungan yang tidak seimbang (asimetrik) dilihat menjadi punca kepada proses
asimilasi terhadap identiti OMIP dan sebagai satu masalah dalam usaha mencari
penyelesaian. Hubungan asimetrik ini membawa kepada polisi bersifat dominasi
ke atas OMIP yang akhirnya menimbulkan membangkitkan semangat PGPP
untuk menuntut kemerdekaan ke atas Patani. Namun begitu, menjelang tahun-
tahun selepas peristiwa 4 Januari 2004 didapati semangat tuntutan kemerdekaan
hanya seketika dan selepas Malaysia menjadi fasilitator menunjukkan tuntutan

583
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kemerdekaan semakin kendur dan lebih mengutamakan kepada memperjuangkan


identiti OMIP.

Kata kunci: Konflik Patani, PGPP, Kemerdekaan, Identiti dan Kerajaan


Thailand.

PENGENALAN

Pergolakan di wilayah Patani, Narathiwat dan Yala di Selatan Thailand masih dibelenggu
dengan aktiviti keganasan. Kejadian seperti pengeboman, tembak curi, pembakaran
sekolah, penculikan, sabotaj dan lain-lain lagi, antaranya boleh dikatakan berlaku hampir
setiap hari. Menurut Nik Abdul Ghani, pensyarah di Prince of Songkhla Universiti, kampus
Pattani menyatakan keadaan ini sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan penduduk
di tiga wilayah, beliau sendiri tidak berasa hairan tentang hal ini tetapi akan berasa hairan
sekiranya tiada kematian dalam satu-satu hari1. Aktiviti keganasaan ini dapat digambarkan
melalui statistik kematian dan kecederaan antara Januari 2004 hingga Januari 2010 yang
dikeluarkan oleh Dr. Srisompob Jitpiromsri menunjukkan 4,100 kematian dan 6,509
cedera daripaa 9,446 insident. Daripada jumlah kematian tersebut, seramai 2,417 orang
muslim dan 1,559 orang Thai-Buddha2.
Walaupun begitu, usaha untuk mengurangkan angka keganasan masih menjadi
keutamaan kerajaan Thailand. Bermula dengan pengisytiharan darurat ketenteraan oleh
Thaksin Shinawatra pada 5 Januari 2004, tiga wilayah ini telah menerima kehadiran
ribuan pasukan keselamatan bagi mengawal keadaan konflik, menjaga keselamatan orang
awam dan menangkap individu-individu yang disyaki terlibat menimbulkan huru-hara.
Thaksin melalui institusi Southern Provinces Administration Commitee (SPAC) yang
ditubuhkan pernah meluluskan seramai 40,000 anggota tentera untuk dihantar ke tiga
wilayah pada tahun 20053. Manakala pada Mac, 2010 Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva
turut meluluskan kemasukan tentera ke tiga wilayah seramai 4,000 anggota4. Kehadiran
pasukan keselamatan dalam jumlah yang ramai ini walau bagaimanapun tidak berjaya
mengatasi pergolakan yang timbul, malahan konflik dilihat semakin meruncing. Justeru,
timbul persoalan tentang peranan yang dimainkan oleh pasukan keselamatan ini yang
mana adakah mereka benar-benar menjaga keamanan dan keselamatan di tiga wilayah.
Penulisan ini tidak membincangkan tentang kelemahan pasukan keselamatan dalam
menjaga keamanan di tiga wilayah tetapi lebih kepada isu-isu dan punca-punca konflik
yang masih belum diselesaikan. Konflik tetap akan berlaku selagi isu-isu tidak diselesaikan
walaupun pasukan keselamatan dihantar dalam jumlah yang banyak. Justeru, konflik di
Selatan Thailand yang dilihat semakin meruncing pada hari ini mempunyai kaitan dengan
isu-isu konflik yang belum mendapat perhatian sepenuhnya oleh kerajaan Thailand.
Kebanyakan pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Thailand adalah lebih kepada
menyekat dan menekan konflik supaya tidak timbul dipermukaan. Walau bagaimanapun
konflik tetap juga timbul kerana hak-hak OMIP yang menjadi isu kepada konflik masih
belum diselesaikan. Penulisan akan membincangkan tentang peranan isu-isu yang
menyebabkan konflik ini berterusan. Sebagai permulaan, penulisan akan membincangkan
1 Temubual dengan Nik Abdul Ghani Nik Hashim, Pensyarah Prince of Songhkla University, Kampus Pattani
pada 8 September 2006. Bertempat di penginapan pensyarah, Patani. Thailand. Respoden bukan nama sebenar
kerana atas dasar keselamatan.
2 Jitpiromsri, S. (2010) Sixth year of the Southern Five: Dynamics of Insurgency and Formation of the New
Imagined Violence. [Online].[Akses: 2 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.
deepsouthwatch.org/node/730
3 Yaacob, C, M, A. (2009) Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu, Aktor dan Penyelesaian. MA Tesis. Universiti
Sains Malaysia. H. 193.
4 An interview on the ongoing southern conflict with Abhisit & Thavorn.(2009).[Online].[Akses: 3 November
2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.deepsouthwatch.org/node/371
584
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sepintas lalu tentang latar belakang konflik yang meliputi sejarah, komposisi penduduk
serta diselitkan beberapa peristiwa utama yang berlaku sekitar tahun 2004 hingga 2010.
Selain itu, turut dibincangkan tentang kerangka teori dan pembolehubah dalam bidang
konflik dan perdamaian yang dirasakan sesuai untuk menganalisis elemen-elemen yang
terdapat dalam konflik ini. Elemen-elemen yang penitng dalam penulisan ini adalah
menyentuh tentang dasar-dasar kerajaan Thailand yang menimbulkan isu-isu baru dalam
konflik. Penganalisaan akan dibuat berpandukan transformasi isu akibat daripada dasar-
dasar kerajaan Thailand yang bersifat menyekat dan menekan OMIP.

LATAR BELAKANG

Sejarah Konflik
Konflik bermula pada tahun 1786 apabila kerajaan Siam berjaya menakluki kerajaan
Kesultanan Melayu Patani melalui siri peperangan. Penaklukan telah mengubah struktur
pemerintahan dan geografi negeri Patani apabila kerajaan Siam melaksanakan dasar ‘Pecah
dan Perintah’. Negeri Patani telah dipecahkan kepada 7 wilayah5 dan setiap satunya dilantik
raja-raja ‘boneka’ yang bertujuan untuk melemahkan kekuasaan orang Melayu6. Disamping
itu ia bertujuan untuk membentuk proses decentralization atau pemusatan kuasa akibat
tekanan daripada kuasa Eropah yang berlumba-lumba mencari kawasan dijajah di Asia
Tenggara. Kebimbangan ini semakin ketara apabila Perancis berjaya menakluki wilayah
di Timur Sungai Mekong di bahagian selatan7. Begitu juga dengan kerajaan British yang
aktif untuk menguasai wilayah Timur Laut Burma, Selatan China dan negeri-negeri di
Tanah Melayu Utara sehingga ke Segenting Kra8. Chulalongkorn selaku raja Siam ketika
itu membentuk dasar Thesaphiban bagi merealisasikan pemusatan kuasa ke atas negeri
Patani. Tahun 1897 kerajaan Siam melalui Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan
Akta Pentadbiran Daerah yang dikenali sebagai Phraratchabanyat Laksana Pakkhrong
Thongti. Dua tahun kemudiaan akta ini diperkemaskan lagi dengan memperkenalkan
Peraturan Mengenai Pentadbiran Wilayah yang dikenali sebagai Kho Bangkhap
Pokkhrong Huamung9. Kedua-dua akta ini secara umumnya bertujuan memecahkan
negeri Patani kepada wilayah-wilayah dan memperalihkan kuasa pemerintahan raja-raja
Melayu kepada pegawai-pegawai kerajaan Siam. Peralihan ini telah membawa kepada
penentangan raja-raja Melayu terhadap kerajaan Siam apabila mereka mulai sedar akan
kuasa mereka semakin berkurang ke atas negeri Patani. Kemuncak persengketaan pada
tahun 1902 apabila Tengku Abdul Kadir selaku raja di wilayah Patani telah ditangkap dan
dilucutkan jawatan sebagai raja Melayu di Patani. Begitu juga dengan raja-raja Melayu
di wilayah-wilayah lain yang turut menerima nasib yang sama. Maka, bermula dari sini
tamatlah sistem pemerintahan raja-raja Melayu di Patani.
Peristiwa penangkapan dan perlucutan jawatan raja-raja Melayu ini tidak hilang
begitu sahaja malahan ia diperjuangkan oleh OMIP. Jika sebelum ini ia diperjuangkan oleh
golongan aristokrat tetapi kali ini perjuangan melibatkan golongan agama dan pemimpin-
pemimpin tempatan. Penentangan mereka dilihat menggunakan pelbagai strategi
termasuk mendapatkan pengaruh dan kepercayaan daripada kerajaan British di Tanah
Melayu untuk menekan kerajaan Siam. Namun usaha mereka ternyata meleset apabila
British mengadakan Perjanjian Bangkok atau ‘Anglo Siamese-Treaty’ dengan kerajaan
Siam pada tahun 190910. Perjanjian pengesahan sempadan ini memberi kebebasan kepada
5 Antara wilayah yang dipecahkan terdiri daripada Patani, Nong Chik, Reman, Jalur, Legeh, Jering dan Jambu.
6 Syukri, I. (2002) Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. H. 81.
7 Pitsuwan, S. Pitsuwan, S. (1982) Islam and Malay Nationalism: A Case Study of the Malay-Muslim of
Southern Thailand. Ph.D Tesis, Harvard University. H. 29.
8 Nik Mahmud, N.A. (2000) Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785 – 1954. (Versi Jawi). Bangi, Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia. H. 28.
9 Ibid,. H. 29.
10 Perjanjian ini adalah untuk menentukan tanah jajahan masing-masing khususnya negeri-negeri yang dikuasai
585
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kerajaan Siam untuk melakukan apa sahaja ke atas negeri Patani tanpa campurtangan
British. Bermula dari ini, kerajaan Siam mula menyentuh soal-soal budaya, identiti dan
pendidikan dalam kehidupan OMIP11.
Dasar yang menyentuh soal identiti dan budaya OMIP yang paling terkemuka
adalah dasar Rathaniyom yang diperkenalkan oleh Phibul Songkhram pada tahun
1938. Dasar ini membawa maksud hanya ciri-ciri kebudayaan Siam sahaja dibenarkan
berkembang di Thailand12. Sekali lagi OMIP terpaksa berhadapan dengan dasar yang
menindaskan kelompok mereka di mana dipaksa meninggalkan identiti Melayu-Islam
dan mengamalkan identiti Thai-Buddha. Sebagai tindak balas terhadap dasar tersebut,
Haji Sulong bin Abdul Kadir seorang ulama terkenal di Patani telah menubuhkan al-
Hai’ah al-Tanfiziah li al-Ahkam al-Shar’iyyah atau Lembaga Perlaksana Hukum Syariah
pada tahun 1939. Pertubuhan ini bertujuan untuk mengumpul para ulama di Patani dan
bekerjasama mengadakan aktviti untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Antara
usaha yang dilaksana ialah mengemukan 7 tuntutan13 untuk mengembalikan keamanan di
negeri Patani.
Perjuangan Haji Sulong dan rakan-rakannya untuk membebaskan OMIP daripada
asimilasi Thai-Buddha ini turut mendapat bantuan daripada orang-orang Patani yang
tinggal di Tanah Melayu. Tengku Mahmud Mohyideen merupakan anakanda kepada
Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, raja Patani terakhir mengetuai penduduk Patani di
Tanah Melayu mempengaruhi kerajaan British untuk menyatukan negeri Patani dengan
Tanah Melayu. Di pihak British, permintaan OMIP ini tidak mendapat sambutan kerana
British dilihat lebih mementingkan hubungan dengan kerajaan Siam. Ekoran daripada itu,
British bertindak membantu Siam dengan menghapuskan pergerakan-pergerakan di Tanah
Melayu termasuk Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR)14 yang bertujuan untuk
membantu OMIP. Manakala Tengku Mahmud Mohyideen diarah tidak terlibat dengan
segala kegiatan untuk pemisahan Patani15. Bantuan pihak British ini telah melemahkan
perjuangan OMIP dan memberi ruang kepada kerajaan Siam untuk bertindak menekan
oleh kerajaan Siam sebelum ini. Hasil daripada perjanjian ini, negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
telah diserah kepada kerajaan British manakala negeri Patani diserahkan kepada kerajaan Siam.
11 Dari sudut agama, kerajaan Thailand telah menukar undang-undang syariah yang diamalkan sebelum ini
kepada sistem sekular. Manakala pengamalan Adat Istiadat Melayu tidak dibenarkan dalam kehidupan
seharian. Akibatnya, kes-kes yang berkaitan dengan syariah seperti nikah-cerai dan pewarisan harta pusaka
akan dibicarakan di mahkamah sivil dan diadili oleh hakim yang berbangsa Thai-Buddha. Keadaan ini telah
menyekat semua fungsi agama Islam dalam kehidupan OMIP. Golongan raja Melayu yang menjadi penaung
kepada agama Islam telah dihapuskan, manakala masjid dan institusi keagamaan juga telah ditarik kuasa.
Begitu juga dengan sekolah-sekolah pondok di mana kurikulum telah diubahsuai dengan memasukkan
bahasa Thai sebagai bahasa pengantar dan memasukkan tenaga pengajar yang berbangsa Thai.
12 Fathy, A. (1994) Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar, Pustaka Darussalam. H. 80.
13 Menurut Nik Anuar Nik Mahmood, antara tuntutan yang dikemukakan oleh Haji Sulong ialah pertama,
Perlantikan seorang individu sebagai wakil kerajaan Siam yang berkuasa penuh untuk mentadbir ke empat-
empat wilayah tersebut, Patani, Yala, Narathiwat dan Satun, dan mempunyai kuasa memecat, menggantung
atau mengganti pegawai-pegawai kerajaan. Individu ini hendaklah dilahirkan di salah satu daripada ke
empat-empat buah wilayah tersebut dan perlantikannya hendaklah dengan persetujuan para penduduk di
wilayah-wilayah tersebut. Kedua, lapan puluh peratus daripada pegawai kerajaan yang akan berkhidmat
di wilayah-wilayah tersebut mestilah beragama Islam. Ketiga, bahasa Melayu dan bahasa Siam hendaklah
dijadikan sebagai bahasa rasmi. Keempat, bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa pengantar di sekolah-
sekolah rendah. Kelima, undang-undang Islam hendaklah diiktiraf dan dikuatkuasakan di Mahkamah
Syariah. Keenam, kesemua hasil dan pendapatan yang diperolehi daripada ke empat-empat buah wilayah itu
hendaklah digunakan di wilayah berkenaan. Ketujuh, pembentukan sebuha badan yang mempunyai kuasa
penuh untuk mengurus kesemua hal-ehwal orang Islam yang berada di bawah tanggungjawab Ketua Negeri.
14 GEMPAR ditubuhkan pada Mac 1948 di Kota Bharu, Kelantan oleh orang-orang Patani yang tinggal di Tanah
Melayu. Penubuhannya bertujuan untuk menyatukan wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan Satun menjadi
Negara Melayu Islam. Kedua membentuk pemerintahan sesuai dengan kehendak dan pendirian kebangsaan
Melayu, adat resam Melayu dan agama Islam. Ketiga, meningkatkan taraf kehidupan orang Melayu Patani
supaya mendapat hak, keadilan, kebebasan dan pendidikan.
15 Ibid,. H. 103.
586
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pemimpin-pemimpin Melayu. Ramai pemimpin Melayu yang dikatakan hilang dan


dibunuh secara sulit termasuk Haji Sulong dan Tengku Mahmud Mohyideen. Ekoran
daripada itu, pergolakan di Patani dapat dikawal oleh kerajaan Siam dan reda dengan
aktiviti-aktiviti pemberontakan.
Namun, menjelang akhir 1960 dan awal 1970 pergolakan di Patani muncul kembali.
Pergolakan ini diketuai oleh kumpulan-kumpulan gerakan pemisah yang mendapat
aspirasi akan kemerdekaan Malaya pada 1957 dan menyambung wasiat perjuangan
pemimpin-pemimpin terdahulu16. Kebanyakan pemimpin gerakan pemisah ini terdiri
daripada individu-individu yang mendapat pendidikan tinggi dari dalam dan luar negara.
Mereka menjadikan senjata dan keganasan sebagai wadah perjuangan bagi mendapatkan
kemerdekaan ke atas negeri Patani. Perjuangan mereka masih lagi aktif sehingga ke hari
ini dan dipercayai bahawa kejadian pembunuhan dan pembakaran tempat-tempat awam
adalah perbuatan gerakan pemisah dan juga pihak berkuasa yang dilihat masing-masing
memainkan strategi dalam konflik kali ini.

Komposisi Penduduk
Berdasar data yang dikeluarkan oleh Patani Malays Human Rights Organization (PMHRO),
populasi penduduk di wilayah Patani, Narathiwat, Yala dan Satun bagi tahun 2005 seramai
2.23 juta orang. Bagi wilayah Patani, penduduknya seramai 685,000 manakala Melayu
muslim seramai 552,000 orang (81%). Wilayah Narathiwat, penduduknya seramai 754,000
manakala penduduk Melayu muslim seramai 603,000 orang (82%). Manakala wilayah
Yala, penduduknya seramai 493,000 dan Melayu muslim seramai 339,000 orang (68%).
Manakala wilayah Satun penduduknya seramai 303,000 orang, manakala penduduk Melayu
muslim seramai 205,000 orang (68%)17. Dari sudut geografi, keluasan empat wilayah ini
ialah 13,732 kilometer persegi dan berkedudukan garis lintang 5’35’ hingga 6’55’ utara18.
Dari segi bahasa, OMIP boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan pertuturan. Kumpulan
pertama mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dialek Patani dan menggunakan
tulisan jawi atau arab. Kumpulan kedua, mereka yang bertutur dalam bahasa Thai serta
menulis dan membaca dalam bahasa Thai. Mereka ini kebanyakannya generai muda yang
terhasil daripada proses asimilasi kerajaan Thailand. Manakala kumpulan ketiga mereka
yang bertutur dalam bahasa Melayu dialek Patani tetapi tidak menggunakan tulisan jawi
untuk menulis dan membaca. Dari segi pendidikan, mereka diwajibkan mengikut sistem
pendidikan nasional yang berteraskan budaya Thai dan agama Buddha19. Anak-anak
OMIP di peringkat pra-sekolah dibenarkan mendapat pendidikan berteraskan budaya
Melayu dan agama Islam. Namun setelah menjejaki ke peringkat sekolah rendah hingga
ke universiti, mereka mesti mengikuti skim pembelajaran yang ditentukan oleh kerajaan
Thailand. Bagi mengimbangi pembelajaran budaya Thai dan Melayu, terdapat sekolah-
sekolah swasta milik persendirian yang ditubuhkan oleh OMIP seperti sekolah agama
rakyat dan ‘pondok’. Kurikulum yang diajar lebih menjurus kepada ilmu agama Islam dan
sedikit tentang budaya dan bahasa Melayu. Walaupun begitu, mereka diwajibkan mengajar
bahasa dan budaya Thai sebagai prasyarat untuk mendapat kelulusan menubuhkan institusi
pendidikan. Dari segi budaya, mereka mengamalkan budaya Melayu yang berteraskan
agama Islam. Kebanyakan seni budaya seperti pakaian, permainan tradisional, hiburan,
kraftangan dan lain-lain adalah sama seperti mana yang diamalkan oleh orang Melayu di
Malaysia.
Dari sudut ekonomi, wilayah Patani, Yala dan Narathiwat berada tahap sederhana.
Berdasar laporan United Nations Development Program Thailand (UNDP) pada tahun
16 A. Malek, M,Z. (1993) Umat Islam Patani: sejarah dan Politik. Shah Alam, Hizbi. H. 318.
17 Rujukan melalui laman web Patani Malay Human Rights Organization (PMHRO). [Online].[Akses: 3
November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman web: http://www.pmhro.net/?S=Geograph
18 Mahmood, S.S. (1990) De-Radicalization of Minority Dissent: A Case Study of the Malay-Muslim Movement in
Southern Thailand, 1980 – 1994. Philippines, Quezon City 1101. H.118.
19 Patani Malay Human Rights Organization (PMHRO),. Op.cit.
587
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

2007, pendapatan purata isu rumah sebulan bagi wilayah Patani ialah RM 1,169.40,
manakala 20.7% penduduknya berpendapatan di bawah RM81.80. Bagi wilayah
Yala pendapatan purata bulanan isi rumah ialah RM 1,188.00 dan 37% penduduknya
berpendapatan di bawah RM84.50 sebulan. Manakala wilayah Narathiwat, pendapatan
purata ialah RM 921.40 dan 46% berada di bawah pendapatan RM80.8 sebulan20.
Pendapatan yang diperolehi ini melalui sektor-sektor pekerjaan tertentu. Antaranya, 50%
masih lagi bergantung dalam sektor pertanian, bagi mereka yang tidak bekerja dalam
sektor pertanian, kebanyakannya menumpukan kepada sektor lain seperti 15.4% sektor
komersial, 15.1% sektor perkhidmatan dan 9.1% sektor industri kraftangan21. Manakala
sektor perindustrian ianya tidak majoriti kerana tiada pembangunan dalam sektor tersebut
di tiga wilayah. Dalam sektor pertanian, pecahan pekerjaan penduduk adalah merangkumi
dalam penanaman padi, getah, kelapa sawit, buah-buahan, sayur-sayuran dan nelayan.
Manakala dalam sektor komersial, kebanyakan penduduk menjalankan perniagaan kecil-
kecilan dengan memasarkan hasil tanaman, makanan ringan pakaian ke Malaysia dan
juga kawasan setempat.

Insiden dan Peristiwa


Insiden yang berlaku di tiga wilayah ini seperti mana yang dinyatakan sebelum ini terdiri
daripada pelbagai bentuk serangan, kejadian dan peristiwa. Insiden ini boleh dikatakan
membawa kematian, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Menurut Deep South
Wacth, jumlah insiden yang berlaku di tiga wilayah antara tahun 2004 hingga 2010 adalah
seperti berikut.

(Sumber: Srisompob, J. (2010) Deep South Wacth, http://www.deepsouthwatch.org)

Melihat kepada diagram tersebut, tahun 2004 hingga 2005 menunjukkan


berlaku peningkatan insiden. Keadaan ini menunjukkan konflik semakin memuncak
dan mengakibatkan ramai kematian. Menurut Asst. Prof. Dr. Worawit Baru, Director
of Institute of Southeast Asian Maritime States Studies, Prince of Songhkla University,
Pattani menyatakan bahawa antara tahun tersebut merupakan masa dirancang oleh gerakan
pemisah untuk bertindak. Menurut beliau lagi tahun 2004 merupakan era kebangkitan
gerakan pemisah yang selama ini berlatih dan menyusun strategi untuk melawan kerajaan

20 Thailand Human Development Report 2007: Sufficiency Economy and Human Development. (2007)
[Online].[Akses: 6 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.undp.or.th/download/
NHDR2007bookENG.pdf
21 Makishima, M. (2008)., op.cit.
588
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Thailand22. Tambahan pula, pendekatan kerajaan Thailand khususnya Thaksin Shinawatra


yang menggunakan pendekatan kekerasan sehingga menimbulkan keadaan yang rumit
untuk diselesaikan.
Di sini akan dibincangkan insiden-insiden utama antara tahun 2004 hingga 2010
yang melibatkan jumlah kematian yang ramai dan mendapat perhatian pihak luar. Tahun
2004 merupakan detik permulaan konflik terbaru apabila pada 4 Januari 2004 berlaku
penyerangan ke atas Kem Tentera di Kg. Pileng, Daerah Pecah Airong dalam wilayah
Narathiwat oleh sekumpulan militan yang tidak dikenali. Dalam serangan tersebut, empat
anggota tentera telah terbunuh dan 366 laras senjata jenis M16, 24 laras Gun, 7 laras RPG
(M79) dan 2 laras M60 telah di rompak. Dalam masa yang sama 18 buah sekolah dalam
10 daerah di Narathiwat turut dibakar23. Sebelum memasuki Kem tersebut, kumpulan
ini bertindak menabur paku-paku di setiap jalan keluar masuk serta menebang pokok-
pokok supaya dapat menyekat daripada pihak berkuasa. Menurut kepercayaan kerajaan
Thailand melalui ucapan General Thammarat Israkul Na Ayuthaya, ini merupakan tindakan
kumpulan gerakan pemisah yang melancarkan operasi mengikut strategi 1000 hari
merampas Narathiwat24. Kerajaan percaya tindakan seperti ini memerlukan perancangan
dan latihan yang cukup terancang dan rapi. Terdapat juga tuduhan yang mengatakan
bahawa kumpulan ini mendapat latihan dan arahan daripada luar.
Selang tiga bulan kemudiaannya, Selatan Thailand digemparkan dengan insiden
yang kedua iaitu pertembungan bersenjata antara kumpulan pemuda Melayu Islam yang
dikenali sebagai ‘Kumpulan Serban Merah’ dengan pihak berkuasa pada 28 April 200425.
Serangan melibatkan wilayah Patani, Yala dan Songkhla secara serentak dan modus
operandinya adalah berjihad dan mati syahid dengan menyerang pos-pos kawalan tentera
dan polis. Serangan dilakukan dengan bersenjatakan parang, pisau dan beberapa laras
senapang26. Insiden ini berakhir di Masjid Kerisik apabila pihak berkuasa menembak 32
individu yang berlindung di dalamnya. Jumlah keseluruhan yang terkorban seramai 112
orang yang mana 107 orang di kalangan orang Melayu dan 5 orang di pihak berkuasa. Insiden
ini menjadi tumpuan ramai termasuk pihak-pihak luar yang mengecam tindakan kerajaan
Thailand yang dianggap melanggar hak asasi manusia dan tidak berperikemanusiaan27.
Kematian boleh dianggap sebagai perkara biasa di tiga wilayah kerana boleh dikatakan
tiap-tiap hari berlaku insiden yang kecil-kecil seperti tembak curi dan pengeboman.
Pada 25 Oktober 2004, sekali lagi Selatan Thailand digegarkan dengan tragedi Tak
Bai yang melibatkan kematian dalam jumlah yang ramai. Insiden berlaku ketika orang-
orang Melayu di tiga wilayah mengadakan demonstrasi beramai-ramai di hadapan Balai
Polis Tak Bai bagi membebaskan 6 sukarelawan keselamatan yang ditangkap atas tuduhan
memberi senjata kepada gerakan pemisah28. Demonstrasi ini berakhir dengan tragedi
apabila pasukan keselamatan menggunakan pendekatan kekerasan dalam menyuraikan
22 Temubual dijalankan sebelum beliau dipilih menjadi Senator bagi negara Thailand. Temubual dijalankan pada
9 Ogos 2006 bertempat di Prince of Songhkla University sempena penulis melaksanakan kerja lapangan untuk
menyiap tesis sarjana yang bertajuk Konflik Pemisah di Selatan Thailand; Isu, Aktor dan Penyelesaian.
23 Penyerang bakar 18 sekolah, empat askar terbunuh (2004) [Online].[Akses 4 November 2010]. Boleh diperolehi
melalui laman Web: http://www.utusan.com.my
24 Danial, M. (2004) Konflik Selatan Thailand dan Transformasi Sosial. Pembentangan Kertas Kerja Sempena
Minggu Perdamaian Universiti Sains Malaysia Ke-3. Pada 14 Disember 2004. Universiti Sains Malaysia. Pulau
Pinang. H. 3.
25 Ayub, T.S. (2004) Insiden Pembunuhan Umat Islam di Selatan Thailand. Dlm. Persidangan Parlimen Malaysia
Kesebelas, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga. [Online].[Akses: 17 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman
Web: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR23112004.pdf
26 Bakar, Z. (2004) Rasa tidak tenang Tok Ayah terjawab selepas subuh- masjid bersejarah catat kisah sedih.
[Online].[Akses: 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my
27 Selatan Thai berdarah – 107 militan, 5 askar terbunuh dalam pertempuran di tiga wilayah (2004) [Online].
[Akses 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my
28 Kaewtipayanate, B. (2008) Peace Journalism and the Tak Bai Incident: the case of the Bangkok Post and the
Nation’s coverage on the Southern Conflict in Thailand. M. A Tesis, Orebro University. H. 12.
589
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

perhimpunan tersebut. Pasukan keselamatan melepaskan tembakan peluru hidup


mengorbankan 6 orang di tempat kejadian manakala 79 lagi terkorban dalam perjalanan
ke kem tahanan. Pihak berkuasa bertindak dengan mengikat kedua belah tangan kesemua
tahanan dan memuatkan mereka didalam trak tentera dengan kedudukan secara berlapis-
lapis dan bertindih-tindih. Akibat kesesakan tersebut, ramai di kalangan tahanan terkorban
akibat sesak nafas semasa dalam perjalanan ke kem tahanan Telaga Bakong, Patani yang
lebih kurang 160 kilometer daripada daerah Tak Bai29.
Tragedi seterusnya iaitu pada 8 Jun 2009 apabila wilayah Narathiwat digemparkan
dengan serangan ke atas masjid di kampung Air Tempayang, daerah Pecah Airong.
Penyerangan ini melibatkan sekumpulan pengganas yang memakai seragam hitam serta
bertopeng dan bersenjata Raifel M16 dan Pump Gun melepaskan tembakan ke arah
jemaah yang sedang menunaikan solat Isyak. Kejadian pada jam 8.30 malam ini telah
mengorbankan 11 orang manakala yang cedera parah seramai 12 orang dan 2 orang lagi
terselamat tidak terkena apa-apa tembakan30.
Insiden-insiden seperti yang dibincangkan ini boleh saja berlaku pada bila-
bila masa kerana keadaan konflik masih belum dapat dikawal sepenuhnya. Walaupun
kerajaan Thailand menghantar pasukan keselamatan dalam jumlah yang ramai namun
insiden-insiden masih lagi berlaku saban hari yang melibatkan kematian dan kecederaan.
Tiga wilayah ini masih belum reda dengan kejadian-kejadian seperti tembak curi dan
pengeboman, pembakaran sekolah, pemenggalan kepala, penculikan, sabotaj, ugutan,
demonstrasi, rogol dan lain-lain lagi.

KERANGKA TEORITIKAL DAN PEMBOLEHUBAH

Definisi Transformasi Konflik


John Paul Lederach dalam bukunya menyatakan “Konflik transformation merupakan
tindakan melihat-memahami-memasang impian untuk bertindak balas terhadap pasang
surut konflik sosial melalui pemberian peluang dalam kehidupan untuk menghasilkan
proses perubahan yang membina iaitu mengurangkan keganasan dan meningkatkan
keadilan dalam perhubungan dan struktur sosial, dan bertindak balas terhadap
permasalahan dalam perhubungan manusia”31.
Manakala Hugh Miall pula berpendapat Transformasi merupakan proses tindakbalas
dengan konflik dan membuat perubahan membina ke atas hubungan, kepentingan,
perbualan dan yang paling mustahak adalah undang-undang atau sistem dalam masyarakat
yang selama ini menyokong tindakan keganasan32. Beliau menghasilkan definisi ini
berdasarkan kepada hujahannya untuk membezakan pendekatan penyelesaian konflik,
pengurusan konflik dengan transformasi konflik. Berdasarkan penulisannya, beberapa
pandangan dan pendapat ahli bidang konflik dan perdamaian yang diambil seperti David
Bloomfield dan Ben Reilly yang menulis tentang perubahan-perubahan semulajadi yang
berlaku dalam konflik dan pengurusan konflik. Begitu juga dengan pendapat Edward
Azar dan John W. Burton yang menulis tentang penyelesaian konflik antarabangsa.

29 Zulkiflee, B. (2004) Penduduk dakwa 100 maut – Thailand akui 84 terbunuh dalam tragedi berdarah di selatan
Thai [Online]. [Akses 27 Oktober 2004]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my/
utusan/archive.asp?y=2004&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
30 Rahim, A.F. (2009) Ditembak dalam masjid [Online].[Akses: 15 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0610&pg=mh_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_
Hadapan&y=2009
31 Lederach, J. P. (2003) The Little Book of Conflict Transformation. United States of Amerika, Good Book,
Intercourse. H. 14.
32 Miall, H. (2001) Conflict Transformation: A Multy-Demensional Task. [Online].[Akses: 28 November 2009].
Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.inglewhite.net/pfp/pdfpapers/p2-miall_handbook.pdf. H.
4.
590
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Lima Elemen dalam Transformasi konflik


Raimo Vayrynen menetapkan 5 elemen transformasi yang boleh digunakan untuk
menstruktur semula sesuatu perhubungan yang berkonflik. Elemen-elemen ini terdiri
daripada konteks, struktur, aktor, isu dan personal.
Transformasi konteks merujuk kepada perubahan dalam konteks konflik sama ada
di peringkat dalaman konflik mahupun luar konflik. Bagi dalaman konflik, Transformasi
konteks merujuk kepada perubahan persepsi dan motivasi aktor-aktor dalam sesuatu
situasi konflik. Aktor-aktor konflik yang mengubahsuai persepsi dan motivasi terhadap
konflik akan menyebabkan persekitaran konflik akan berubah dan membuka peluang
penyusunan kembali terhadap corak perhubungan di antara kedua belah pihak33. Sebagai
contoh, konflik dalaman sesebuah negara yang melibatkan kelompok minoriti dengan
kerajaan akan menyebabkan mereka diabaikan dari segi politik, budaya, ekonomi,
pendidikan dan lain-lain lagi. Situasi ini secara tidak langsung akan mengubah persepsi
pemimpin kelompok tersebut dan mengurangkan motivasi untuk berkonflik dan lebih
menumpukan kepada untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membangunkan kelompok
mereka. Justeru, transformasi dalam kontek aktor akan dapat dibentuk khususnya dalam
menyusun kembali corak hubungan ke arah yang positif antara kelompok minoriti dengan
kerajaan.
Manakala di peringkat luar konflik, ia merujuk kepada konteks antarabangsa yang
mana konflik yang berlaku di peringkat tempatan boleh ditransformkan ke peringkat
antarabangsa dan ini secara tidak langsung akan mengubah dan mempengaruhi persepsi
dan motivasi setiap aktor-aktor konflik disamping membuka ruang-ruang untuk proses
penyelesaian konflik34. Sebagai contoh, konflik dalaman sesebuah negara apabila dibawa
ke peringkat antarabangsa akan mendapat perhatian negara-negara dan pertubuhan-
pertubuhan luar yang boleh membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi. Negara-
negara luar khususnya negara jiran yang terkena tempias konflik dan juga pertubuhan
antarabangsa akan memberi tekanan kepada kerajaan sesebuah negara yang mengalami
konflik berbentuk asimetrik. Sekiranya kerajaan negara tersebut melakukan penindasan
atau kezaliman yang membawa kepada pengcabulan hak asasi manusia terhadap golongan
minoriti pastinya akan mengundang ancaman atau tekanan khususnya dari segi hubungan
diplomatik dan pergantungan ekonomi negara tersebut dengan negara-negara luar yang
lain.
Transformasi struktur pula merujuk kepada perubahan yang berlaku dalam
elemen-elemen seperti aktor-aktor, kedudukan, kepentingan, isu-isu, perhubungan, nilai-
nilai dan keperluan dalam konflik. Ia juga melibatkan struktur sosial seperti ekonomi,
politik, pendidikan, persempadanan geografi, mahkamah, jaringan komunikasi, kaedah
membuat keputusan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, Hugh Miall menegaskan
bahawa konflik yang berbentuk asimetrik sukar ditransform kerana ia melibatkan
ketidakseimbangan kuasa di peringkat akar konflik. Namun, ia boleh dilakukan secara
beransur-ansur mengikut perubahan persekitaran yang mungkin boleh dibantu oleh aktor-
aktor dalam dan luar wilayah konflik. Hugh Miall mengemukan cadangan ini berdasarkan
kajian kes di Benua Afrika. Beliau mengemukakan contoh pergerakan Steve Biko’s ‘Black
Consciousness’ yang bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk tempatan di bandar-
bandar tentang penindasan kulit putih ke atas kulit hitam. Begitu juga dengan pergerakan
anti Apartheid yang mana berjaya menekan pelabur-pelabur dari luar keluar dari Afrika
Selatan sebelum tamatnya regim Aparthied. Walaupun begitu, banyak demonstrasi
dilakukan untuk menekan pihak kerajaan kulit putih tetapi tidak berjaya kerana kekuasaan
dan kepentingan ekonomi dimiliki oleh orang kulit putih35.

33 Vayrynen, R. (1991) New Direction in Conflict Theory: Conflict Resolution and Conflict Transformation.
London, SAGE Publication Ltd. H. 5.
34 Ibid,. H. 78.
35 Miall, H. (2001)., op.cit,. H.77.
591
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Transformasi aktor-aktor konflik yang mana salah satu kaedah yang membolehkan
proses-proses penyelesaian konflik dilaksanakan. Banyak konflik akan senang diselesaikan
apabila pemimpin kedua-dua pihak berkonflik bertukar. Pemimpin-pemimpin yang baru
pastinya akan membawa pendekatan baru terutamanya dalam mengatur kembali saluran
komunikasi, mengubahsuai matlamat dan mengubah perspektif terhadap perjuangan
radikal. Selain daripada pemimpin untuk diubah, terdapat perkara lain yang boleh diubah
seperti peraturan-peraturan pertubuhan, matlamat baru, nilai dan kepercayaan. Secara
umumnya, perubahan terhadap persekitaran dan kepentingan yang terdapat dalam
peraturan setiap parti juga mewakili kepada transformasi konflik walaupun ia berlaku
secara beransur-ansur dan tidak menjadi tumpuan utama. Selalunya matlamat atau
kepentingan pihak-pihak berkonflik sukar diubah tetapi ianya boleh berubah bergantung
kepada perubahan persekitaran dalam masa yang panjang.
Transformasi isu boleh berlaku bergantung kepada takrifan dibuat oleh aktor-aktor
terhadap isu-isu yang dimainkan dalam konflik. Transformasi ini berlaku apabila mereka
mengubah kedudukan dan keputusan sehingga isu-isu sebelum ini telah tenggelam serta
meningkatkan isu-isu baru. Proses untuk mengubah kedudukan dan keputusan aktor-
aktor konflik adalah merujuk kepada isu-isu yang susah diselesaikan terutamanya yang
melibatkan nilai-nilai hidup. Jika melibatkan isu agama, identiti, budaya dan sejarah maka
ia boleh diubah kepada isu-isu yang boleh dirunding seperti tanah, ekonomi, pendidikan
dan lain-lain lagi. Perundingan yang dijalankan akan boleh melahirkan kompromi di antara
kedua belah pihak khususnya perkara-perkara yang boleh dibahagikan sama rata. Selain
itu, boleh juga melihat kepada isu-isu yang dikongsikan bersama yang mana kedua belah
pihak akan dapat bersatu bersama-sama membangunkan isu-isu tersebut. Sebagai contoh,
konflik Acheh selepas tsunami dapat ditransformkan isu konflik apabila mewujudkan isu
bersama iaitu kerajaan Indonesia dan juga Gerakan Aceh Merdeka (GAM) bersama-sama
membangunkan semula Acheh.
Transformasi personal atau kumpulan merujuk kepada perubahan terhadap
perasaan, hati dan emosi pihak-pihak yang berkonflik. Hati atau niat yang baik akan
dapat membentuk suasana yang baik. Justeru, aktor-aktor konflik khususnya di kalangan
pemimpin akan dapat diubah hatinya untuk ikhlas dan menerima perdamaian mengikut
saluran yang positif. Apabila berlakunya perubahan hati maka ia akan memberi kesan
positif kepada organisasi dan cara bertindak. Hasrat dan keinginan pihak yang berkonflik
juga akan turut berubah. Transformasi ini boleh dibuat melalui pendedahan tentang nilai-
nilai positif yang berteraskan ajaran agama yang sebenar bagi menyucikan hati setiap
aktor konflik. Justeru, konflik yang wujud adalah berasal dari hati dan pemikiran setiap
manusia. Sifat yang berkeinginan dan berkehendak terbitnya dari hati dan seterusnya
dinilai oleh kemampuan akal untuk mendapatkannya. Keadaan ini boleh berlaku kepada
semua orang termasuk diperingkat individu, kumpulan mahupun negara. Oleh itu, jika
hati dapat diasuh dan diubah pastinya konflik yang dihadapi dapat diselesaikan dengan
mudah. Hati yang ikhlas dan pemikiran yang positif di kalangan aktor konflik akan dapat
membantu kepada proses-proses perdamaian36.

DASAR DAN PENDEKATAN KERAJAAN THAILAND

Rathaniyom: Dasar Sosio-budaya Nasionalisme Siam dan Buddha


Dasar Rathaniyom dilaksanakan pada tahun 1938 oleh Phibul Songkhram37. Melalui dasar
ini hanya ciri-ciri kebudayaan Thai dan agama Buddha sahaja yang dibenarkan berkembang
36 Age, L. (2005) Tsunami and Conflict Transformation in Aceh in The SEACSN Bulletin. Research and Education
for Peace Unit, USM. Penang. H. 8-10.
37 Phibul Songkhram merupakan seorang yang bersifat ultra-nasional dan mementingkan nasionalisme
kesiaman dalam pemerintahannya. Beliau berpendapat bahawa semua warga negara Siam perlu menjadi
satu bangsa untuk bersama-sama bekerja memajukan negara. Bagi mencapai hasrat ini, pada Jun 1939 beliau
secara rasminya menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud tanah yang aman dan subur.
592
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

di Thailand. Semua rakyat Thai tidak kira kelompok yang mempunyai identiti dan budaya
yang berbeza diwajibkan mematuhi dasar ini. Dasar ini bertujuan untuk menyatukan rakyat
dalam memajukan kemajuan negara. Dari segi perlaksanaan, pada tahun 1940, Phibul
menubuhkan Dewan Kebudayaan Thai atau Sepa Watana Tam bagi memperluaskankan
fahaman ‘Nasionalism Kesiaman’ kepada rakyat di seluruh negara. Melalui institusi ini,
Phibul mengumumkan tujuh dikri yang berbentuk arahan perundangan bagi memaksa
rakyat mengikut akta-akta yang terdapat dalam dasar ini. Di Selatan Thailand, dikri yang
diumumkan bertindak menghapuskan bahasa, bangsa dan budaya Melayu dan ditukar kepada
budaya Thai, hukum perkahwinan dan faraid diketepikan dan diadili oleh mahkamah sivil,
pakaian Melayu diharamkan, nama individu dan tempat ditukar ke nama Siam38.Dari segi
pemakaian, mereka diwajibkan memakai pakaian potongan Barat seperti berseluar dan
bertopi bagi lelaki dan bergaun serta ‘skirt’ bagi wanita. Manakala amalan harian, mereka
diwajibkan makan dengan sudu dan menggunakan meja39. Phibul percaya bahawa kejayaan
akan dapat dicapai melalui rancangan sosio-budaya yang berasaskan konsep nasionalisme,
kebudayaan Siam dan agama Buddha. Rakyat pasti akan bekerjasama untuk memajukan
negara setelah mempunyai satu pegangan satu bangsa dan satu negara dan saling bertoleransi
untuk membangunkan sosio-budaya, ekonomi dan politik.

Intergrasi nasional dan sekolah Pondok


Dasar intergrasi nasional dimulakan oleh Sarit Thanarat pada 1957 setelah berjaya
menggulingkan pemerintahan Phibul Songkhram. Beliau berpendapat program intergrasi
yang dilakukan sebelum ini perlu dipertingkatkan lagi agar keamanan di selatan dapat
dicapai sepenuhnya. Keamanan yang dimaksudkan merujuk kepada usaha menangkap
ketua gerakan pemberontak dan mengintergrasikan budaya Thai dalam sekolah agama
dan pondok. Lantaran itu, beliau telah mengadakan pertemuan dengan 70 pemimpin
Melayu Patani daripada pelbagai pertubuhan untuk membincangkan pembaharuan yang
ingin dibawa di wilayah selatan. Hasil daripada pertemuan ini, beliau berjaya mendapat
kerjasama daripada beberapa rakyat tempatan untuk mematahkan pertubuhan-pertubuhan
gerakan pemisah40. Selain itu, bagi melemahkan pertubuhan gerakan pemisah, beliau
menubuh pasukan risikan secara sulit untuk mendapatkan maklumat-maklumat disamping
menimbulkan hasutan-hasutan yang boleh membawa perbalahan di kalangan ahli kumpulan
gerakan pemisah. Strategi beliau berkesan apabila berjaya mengaitkan penangkapan Haji
Muhamad Amin dan Haji Wan Salleh Abas selaku bekas wakil parlimen Yala atas tuduhan
menderhaka kepada kerajaan dan bersubahat dengan komunis. Bagi memperkemaskan lagi
intergrasi nasional ini, Sarit Thanarat telah mengarahkan sesiapa yang tidak menyokong
dasar-dasar kerajaan walau dalam keadaan mana sekali pun akan dipisahkan daripada
majoriti masyarakat Thai41.
Dasar-dasar ini bertujuan untuk mengatasi pergolakan di Selatan Thailand melalui
pembentukan masyarakat Thai yang mengamalkan satu budaya, satu bahasa, satu agama
dan satu negara. Antara saluran yang digunakan adalah melalui sekolah agama dan
pondok. Beliau melihat sekolah pondok merupakan nadi kepada pertumbuhan gerakan
pemisah dan penghalang kepada dasar intergrasi yang ingin dibawa ke tiga wilayah ini.
38 Belitan sejarah (2000) [Online].[Akses 13 Mac 2004]. Boleh diperolehi melalui Laman Web: http://www.
geocities.com/pulo_99_2000/sejarah.html
39 Al-Fatani, A.F. (1994),. Op.cit.H. 81.
40 Sekitar awal 60-an, telah wujud beberapa gerakan pemisah yang memperjuangakan kemerdekaan Patani.
Antara, Barisan Revolusi Nasional Patani (BRN), Barisan Nasional Perjuangan Patani )BNPP) dan Pattani
United Liberation Organisation (PULO). Tindakan yang dilakukan ialah melaksanakan kempen berdasarkan
isu pendidikan agama Islam, isu bahasa dan keagungan Kesultanan Melayu Patani untuk mendapat sokongan
daripada rakyat Melayu. Strategi yang digunakan dengan mengedar risalah-risalah dalam bahasa Melayu,
Jawi, Thai dan Inggeris di seluruh wilayah selatan mahupun di sempadan luar.
41 Rahimmula, C.(2001) Peace Resolution : A Case Study of Separatism and Terrorist Movement in Southern
Border Provinces of Thailand. [Online].[Akses: 2Ogos 2005]. Boleh diperolehi melalui Laman Web: http://
www.geocities.com/bluesing2001/media/peaceresolution.htm
593
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Oleh itu, beliau memperbaharui sistem pendidikan di sekolah-sekolah pondok milik


orang Melayu. Antaranya sekolah pondok diwajibkan menggunakan kurikulum selaras
dengan sekolah-sekolah kerajaan. Mana-mana sekolah pondok yang tidak mengikut
arahan tersebut tidak akan mendapat bantuan daripada kerajaan dan diancam penutupan.
Guru-guru sekolah pondok juga turut dibawa melawat sekolah-sekolah agama di Bangkok
untuk mendedahkan dengan sistem pengajaran yang selaras dengan sistem pendidikan
kerajaan. Tujuan utama arahan dibuat adalah mengawal kegiatan sekolah-sekolah pondok
yang dilihat mengancam kestabilan negara42.

Peraturan 66/23; Akta Penghapusan Pengaruh Komunis dan Gerakan Pemisah


Jeneral Prem Tinasulanond selaku Perdana Menteri Thailand pada tahun 1963. Beliau telah
memperkenalkan “Peraturan 66/23” yang bertujuan untuk menamatkan revolusi komunis
di Thailand sekaligus menghapuskan pengaruh gerakan pemisah. Beliau menjadikan
Komunisme sebagai mekanisme untuk meningkat kerjasama antara orang Melayu dengan
pasukan keselamatan dalam membentuk perdamaian dan menamatkan operasi gerakan
pemisah. Beliau antara lainnya meminta agar perbezaan ideologi dilupakan seketika dan
menumpukan kepada penghapusan pengaruh komunis di Thailand. Disamping itu, beliau
menawarkan pengampunan kepada gerakan pemisah selain membaiki ketidakadilan yang
wujud dalam pentadbiran kerajaan.
Dibawah “Peraturan 66/23”, kerajaan Thailand menubuhkan ‘43rd Civil-Police-
Military Joint Head’ (CPM 43) sebagai saluran kerjasama antara OMIP dengan pasukan
keselamatan. Institusi ini berfungsi untuk memberi peluang kepada orang awam, gerakan
pemisah dan kerajaan untuk berkerjasama membenteras pengaruh Komunis. Beserta
dengan CPM 43 ini, kerajaan Thailand menubuhkan Administrative Center for the
Administration of Southern Border Provinces (ACASBP) bertujuan untuk menyelesaikan
jurang perbezaan dan stereotaip antara OMIP dengan pentadbir-pentadbir awam dan
membentuk kerjasama untuk menghapuskan pengaruh gerakan pemisah. Perbezaan
antara penjawat awam dengan OMIP telah lama wujud akibat daripada dasar Rathaniyom
yang memisahkan antara orang Thai dengan orang Melayu. Keadaan ini menyebabkan
timbul stereotaip antara dua kelompok ini dan menjadi punca utama kepada penindasan
ke atas penduduk tempatan. Oleh itu, ACASBP bertindak menjadi saluran untuk OMIP
meluahkan permasalahan ekonomi, pendidikan dan sebagai tempat untuk melaporkan
kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai awam yang bertugas di tiga
wilayah. Dasar ini telah mendapat kerjasama yang baik di kalangan OMIP dan berjaya
mengekang pengaruh gerakan pemisah seterusnya membawa keamanan di tiga wilayah.
Bagi pihak gerakan pemisah, keadaan ini memberi tekanan kepada mereka apabila
penduduk tempatan mula menyokong kerajaan. Bekalan seperti makanan, pakaian, duit
dan maklumat yang diterima daripada orang awam khususnya orang-orang kampung mula
berkurangan. Malahan orang-orang awam telah menjadi agen pemberi maklumat mereka
kepada kerajaan. Oleh itu, dilihat sekitar tahun 1980an, ramai anggota gerakan pemisah
yang terdiri daripada BRN dan PULO menyerah diri. Justeru itu, dasar ini merupakan
pencarian titik persamaan antara OMIP dengan kerajaan Thailand dan boleh dikatakan
sebagai serampang dua mata. Disamping bekerjasama menentang Komunis CPM43, ia
juga akan dapat menimbulkan kepercayaan penduduk tempatan dengan pihak berkuasa.

Pendekatan Kekerasan Thaksin Shinawatra tahun 2004 – 2006


Thaksin Shinawatra yang memegang tampuk pemerintahan negara Thailand pada 2001
membawa perubahan yang besar dan drastik dalam menangani isu-isu dalaman negara.

42 Harish, S.P.(2006) Ethnic or Religious Cleavage? Investigating the Nature of the Conflict in
Southern Thailand. Contemporary Southeast Asia. [Online]. Vol.28,Iss.1 : pg.48,22pgs.
[Akses: 14 November 2006]. Boleh diperolehi melalui Laman Web:http://proquest.umi.com/
pqdweb?did=1075504961&sid=1&Fmt=3&clientId=27905&RQT=309&VName=PQD
594
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Di awal pemerintahan, beliau melaksanakan dasar memerangi penagihan dan pengedaran


dadah di seluruh negara. Di Selatan Thailand, dasar ini sedikit sebanyak memberi tempias
kepada kumpulan kongsi gelap43 yang selama ini menjalankan kegiatan pengedaran
dadah, penyeludupan dan lain-lain lagi. Kewujudan kembali konflik pada 2004 dilihat
oleh sebagai masalah dalaman negara dan perlu diuruskan berdasarkan undang-undang
sivil. Oleh itu, Thaksin menggunakan akta-akta kekerasan seperti mengisytiharkan darurat
kententeraan dengan menghantar lebih 12000 tentera dan polis bagi mengawal keselamatan
orang awam dan mengesan pihak-pihak yang terlibat dalam menimbulkan huru-hara.
Akta darurat yang disambung tiga bulan sekali ini dipinda bagi memudahkan pihak
berkuasa menjalankan tugas. Salah satu pindaan yang paling ketara apabila persidangan
parlimen Bangkok bersetuju sebulat suara memberi kuasa mengurus konflik di Selatan
Thailand adalah terletak di bawah Perdana Menteri tanpa gangguan mana-mana pihak.
Dengan kuasa yang dimiliki, Thaksin menubuhkan Committee on Southern Thailand
Provinces Peace-Building Policy (CSPPP) yang bertindak untuk mencari penyelesaian
kepada konflik yang terbaru ini. Dibawah badan ini, ditubuhkan pula Southern Provinces
Administrative Committee (SPAC). Segala kajian dan kelulusan bagi program perdamaian
di wilayah selatan Thailand adalah melalui badan-badan ini. Salah satu fungsinya ialah
meminda Akta Darurat dan kelulusan penghantaran tentera dan polis. Badan ini pernah
membuat pindaan dengan menambah jumlah bilangan tentera dan polis dari 12000 kepada
40000 orang. Kedua-dua badan yang berpusat di Bangkok in, turut dibantu oleh Southern
Border Provinces Peacebuilding Command (SBPPC) bagi melaksanakan pindaan-
pindaan yang dibentuk. Antara pindaan lain yang dibuat ialah memberi kuasa kepada
pihak keselamatan untuk menahan atau menangkap sesiapa sahaja yang disyaki sebagai
militan. Mereka yang ditahan tidak memerlukan waran tangkap dari mahkamah dan jangka
masa selama 30 hari tanpa bicara. Disamping itu juga, pihak berkuasa boleh merampas
harta benda suspek tanpa waran. Pihak berkuasa juga boleh melaksanakan penapisan
berita tentang sesuatu kejadian yang berlaku serta boleh mengharam penerbitan tertentu.
Semua orang diwajibkan mendaftar talian telefon bimbit serta pihak berkuasa dibenarkan
mencuri dengar perbualan telefon sesiapa sahaja. Pendekatan ketenteraan yang dibawa
oleh Thaksin ini telah menimbulkan pelbagai insiden yang membawa kepada peningkatan
intensiti konflik. Antara tindakan kerajaan yang ketara dan melampau ialah ketika Tragedi
Tak Bai apabila melibat kematian orang awam yang tragis. Mereka diikat tangan, dipukul
dan disusun secara berlapis-lapis dalam truk tentera sehingga menyebabkan sesak nafas
dan kematian.

Pengurusan Krisis Jeneral Surayud Chulanond


Pendekatan Thaksin walau bagaimanapun tidak bertahan lama kerana pemerintahannya
telah digulingkan melalui rampasan kuasa yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonrayatglink
pada 19 September 2006. Sejurus selepas itu, Jeneral Surayud Chulanond telah dilantik
sebagai Perdana Menteri sementara untuk menguruskan kekecohan politik negara dan
juga konflik di tiga wilayah selatan Thailand. Surayud di awal perlantikannya menegaskan
bahawa tugas utama kerajaan beliau ialah mengembalikan perpaduan masyarakat Thailand
dan menyelesaikan konflik di Selatan Thailand44. Pendekatan beliau di selatan untuk
43 Keterlibatan kongsi gelap dalam konflik di tiga wilayah diperakui oleh Chalida Tajaroensuk, aktivii dari Forum
Asia. Beliau ketika ditemubual pada 6 Januari 2007 yang menyatakan keadaan konflik semakin keliru dengan
kehadiran pelbagai aktor yang berperanan menimbulkan konflik. Salah satunya adalah kongsi gelap atau
mafia yang mana cuba menghuru-harakan keadaan supaya aktiviti yang dijalankan dapat mengelak daripada
pihak berkuasa. Apabila berlakunya kejadian atau insiden, pihak berkuasa selalunya akan menuduh kejadian
tersebut dilakukan oleh gerakan pemisah walaupun ia berlaku disebabkan urusan peribadi. Kelemahan
pasukan berkuasa untuk mengenalpasti sesuatu kejadian menyebabkan kumpulan kongsi gelap megambil
peluang untuk meneruskan aktiviti mereka.
44 Junta Tentera Thailand dan Nasib Bangsa Melayu Patani!. Artikel daripada laman Web Pattani United
Liberation Organization (PULO). [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web:
595
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

mententeramkan kembali keadaan di mana yang dihuru-harakan semasa pemerintahan


Thaksin dan menggunakan dasar berbaik-baik dengan OMIP45. Dasar yang ingin berbaik-
baik ini diterjemahkan melalui permohonan maaf secara terbuka kepada OMIP ekoran
pendekatan Thaksin sebelum ini banyak memberi tekanan kepada masyarakat di tiga
wilayah. Sebagai tanda keikhlasan beliau, melalui Pejabat Peguam Negara, kerajaan
telah menggugurkan dakwaan ke atas 92 penduduk Islam yang terbabit dalam demontrasi
antikerajaan di Tak Bai. Beliau kemudiaannya menghidupkan kembali SBPAC atau So
O Bo To yang satu ketika dahulu berjaya mengurangkan keganasan pada 1970an tetapi
badan ini dibubarkan oleh Thaksin pada 2002 kerana dianggap tidak memberi sebarang
faedah46. Selain itu, Surayud turut meminta sokongan dan bekerjasama dengan Malaysia
selaku jiran terdekat untuk menyelesaikan pergolakan yang berlaku..Usulan ini diterima
oleh Malaysia dengan menubuhkan Task Force 2010 (Malaysia) dan Task Force 960
(Thailand). Penubuhan kedua institusi ini bertujuan untuk mengurus dan menyelaraskan
program-program yang diberi oleh kerajaan Malaysia untuk membawa keamanan di
tiga wilayah. Walau bagaimanapun respon daripada OMIP majoritinya menunjukkan
masih berbelah bagi menerima hasrat kerajaan Thailand untuk membentuk perdamaian
di tiga wilayah. Mereka kebanyakannya mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana
kebiasaannya ucapan pemimpin atau dasar kerajaan Thailand adalah berbeza dengan apa
yang dilaksanakan47.

ISU-ISU KONFLIK DAN KEBANGKITAN GERAKAN PEMISAH;


KEMERDEKAAN / POLITIK, SEJARAH, IDENTITI DAN BUDAYA

Perkembangan politik di tiga wilayah Selatan Thailand dibelenggu oleh tindakan seperti
penindasan, diskriminasi, pembunuhan dan rasuah. Anand Panyarachun bekas Perdana
Menteri Thailand dan juga pengarah National Reconciliation Commission (NRC) ketika
ditemubual menyatakan,“Masalah utama di Selatan Thailand adalah politik, manakala
sosial, ekonomi, identiti adalah suatu yang kecil sahaja. Jadi, politik perlu ditukar dengan
politik untuk menyelesaikan masalah”48. Isu politik dalam konflik ini adalah menjurus
kepada politik pemisahan. OMIP melalui kumpulan gerakan pemisah berjuang menggunakan
senjata untuk memerdekakan wilayah mereka daripada kerajaan Thailand dan membentuk
pemerintahan sendiri yang berdaulat. Isu ini timbul sejak awal lagi di mana selepas
penjajahan kerajaan Siam ke atas negeri Patani pada tahun 1786. Keadaan ini berterusan dari
generasi ke satu generasi di kalangan OMIP untuk menuntut kemerdekaan daripada kerajaan
Thailand. Banyak buku yang memaparkan penulisan tentang pergolakan politik Patani dan
kesusahan yang dihadapi oleh OMIP setelah kuasa politik mereka dirampas oleh kerajaan
Thai49. Antaranya memaparkan perjuangan politik oleh OMIP melibatkan pelbagai adegan
http://www.puloinfo.net/?Show=ReadArticles&ID=46
45 Perubahan dasar Surayud di selatan Thai tepat (2006). [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi
melalui laman Web: www.utusan.com.my
46 Hasan, A.Z. (2006) Bersama mencari keamanan. [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi
melalui laman Web: www.utusan.com.my
47 Temubual dengan Tuan Suri Bin Tuan Wae, Pengarah Pentadbiran Kerajaan Tempatan, Bandaran Tanjung,
pada 9 Ogos 2006. Bertempat di pejabat Pentadbir Kerajaan Tempatan, Bandaran Tanjung. Pattani, Thailand
48 Temubual dengan Anand Panyarachun, Ketua National Reconciliation Commission (NRC), pada 7 September
2006. Bertempat di Lobi hotel C.S Patani. Patani, Thailand.
49 Penulis-penulis yang melakarkan kesengsaraan perjuangan politik Patani ialah Nik Anuar Bin Nik Mahmud
dalam bukunya yang berjudul Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954, Ibrahim Syukri dalam bukunya
yang berjudul Sejarah Kerajaan Patani, Abddurahman Bin Daud dalam bukunya yang berjudul Patani dalam
Kenangan Umat, Sejarah dan Politik untuk Warga Masyarakat Patani Darulsalam (Teks Jawi), Mohd Zamberi
A. Malek dalam bukunya yang berjudul Umat Islam Patani: Sejarah dan Politik, Ahmad Fathy Al-Fatani dalam
bukunya yang berjudul Pengantar Sejarah Patani, A. Bangnara dalam bukunya yang berjudul Patani: Dahulu
dan Sekarang (Teks Jawi) dan Wan Abdul Kadir Che Man dalam bukunya yang berjudul ‘Muslim Separatism:
The Moros of Southern Philippine and The Malays of Southern Thailand’.
596
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

keganasan dengan jumlah kematian dan kemusnahan meningkat saban hari. Kes-kes orang
hilang dan mati di kalangan pemimpin politik menjadi lumrah dalam konflik ini dan sering kali
menimbulkan ketegangan yang memuncak melibatkan jumlah kematian yang ramai dalam
satu-satu kejadian50. Perjuangan menuntut kemerdekaan ini adalah bermula dengan semangat
nasionalisme yang tinggi di kalangan OMIP. Kemerdekaan yang dimaksudkan bukan sahaja
berkenaan dengan merebut kuasa politik ke atas tiga wilayah tetapi merangkumi kebebasan
pengamalan identiti, budaya, sosial, ekonomi dan pendidikan sebagai kumpulan minoriti.
Surin Pitsuwan dalam bukunya menyatakan dari segi budaya, Melayu muslim di Selatan
Thailand adalah hak kepunyaan dunia Melayu, cuma dari segi politik, mereka sebahagian
daripada bangsa Thai yang berteraskan kepada agama Buddha51.Tuntutan ini timbul
akibat daripada keputusan kerajaan Thailand yang menafikan hak OMIP terhadap wilayah
mereka. Penafian ini dibuat berasaskan kepada perlembagaan negara Thailand yang tidak
membenarkan mana-mana wilayah di dalam kedualatan negara Thailand dibelah bahagikan.
Jadi, penafian ini dijelmakan melalui dasar-dasar dan pendekatan-pendekatan yang bersifat
menyekat tuntutan tersebut. Dasar-dasar ini secara tidak langsung membentuk satu halangan
dan jurang antara rakyat dengan kerajaan. Akhirnya, jurang antara kedua kelompok ini telah
membawa kepada konflik yang berpanjangan setelah pendekatan ketenteraan digunakan
sebagai alat untuk menekan mencapai perdamaian yang negatif.
Sejarah, identiti dan budaya OMIP mengalami proses asimilasi apabila kerajaan
Thailand memperkenalkan dasar kebudayaan Thai-Buddha yang mewajibkan semua
rakyatnya mengamalkannya. Dasar yang memaksa mengamal identiti dan budaya Thai-
Buddha ini mendatangkan masalah besar kepada OMIP apabila ia secara jelas bertelagah
dengan ajaran Islam dan budaya Melayu. Mereka tidak boleh berkompromi dalam hal ini
kerana agama Islam telah menggariskan amalan-amalan untuk umatnya yang wajib dipatuhi.
Tindakan kerajaan Thailand ini dilihat tidak menghormati nilai-nilai hidup kelompok
mereka dan menyebabkan OMIP bangkit mempertahankan hak-hak mereka sebagai orang
Melayu muslim. Dari sudut sejarah, asimilasi ini bermula semasa pemerintahan Phibul
Songkhram apabila beliau memperkenalkan Rathaniyom dan diteruskan oleh pemimpin-
pemimpin selepasnya. Dalam dasar ini, bahasa dan budaya Melayu cuba dihapuskan, hukum
perkahwinan dan faraid diketepikan, pakaian Melayu diharamkan manakala pakaian barat
diwajibkan, nama individu dan tempat ditukar ke nama Siam52. Contohnya, Senggora kepada
Songkhla, Ligor kepada Nakhorn Sri Thamarat, Becah Herong kepada Cho Ai Rong, Teluk
Hala kepada TaLoHaLO, Bendang Setar kepada Ban Nang Sata, Binjai Lima kepada Yarang,
Jambu kepada Yaring, Teluban kepada Saiburi dan banyak lagi. Justeru itu, dasar ini memberi
kesan yang ketara sehingga ke hari ini apabila ramai anak-anak muda Melayu tidak lagi gemar
bertutur dalam bahasa Melayu dan berasa bangga menggunakan bahasa Thai53. Walaupun
begitu, pegangan OMIP terhadap budaya, agama dan bangsa masih lagi utuh. Contohnya dari
sudut agama, walaupun semasa pemerintahan Phibul memberi tekanan yang cukup hebat
kepada agama Islam seperti menukar undang-undang syariat kepada udang-undang sivil54
tetapi hingga ke hari ini didapati masih lagi kedengaran azan-azan dicorong-corong masjid
dan surau. Begitu juga dengan anak-anak perempuan Melayu yang masih memakai tudung
dan menutup aurat.

50 Temubual dengan Isamaili Alikkuntor, pelajar Hat Yai University, pada 22 Mac 2007. Bertempat di Pulau
Jerejak, Pulau Pinang. Malaysia. Responden bukan nama sebenar kerana atas dasar keselamatan.
51 Pitsuwan, S. (1982) Islam and Malay Nationalism: A Case Study of the Malay-Muslim of Southern Thailand.
Ph.D Tesis, Harvard University. H. 28.
52 Belitan sejarah (2000) [Online],[Akses 13 Mac 2004]. Boleh diperolehi melalui Laman Layar: http://www.
geocities.com/pulo_99_2000/sejarah.html
53 Temubual dengan Salhi Awae, pegawai penyelidik Research Center for Peace Building, Mahidol University,
pada 5 Disember 2006. Bertempat di Vistana Hotel, Pulau Pinang. Responden bukan nama sebenar kerana
atas dasar keselamatan.
54 Nik Mahmud, N. A. (2000) Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 [Online].[Akses 23 Januari 2004].
Boleh diperolehi melalui laman Web: http://fanzalika.tripod.com/malay/patani/kepala_%20 sejarah.html.
597
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KONFLIK DI SELATAN THAILAND: SATU PENGANALISAAN TERHADAP ISU-


ISU KONFLIK DAN DASAR-DASAR KERAJAAN THAILAND

Konflik di Selatan Thailand mengalami pergolakan yang begitu lama. Dalam usia yang
melebihi dua dekad, pastinya konflik ini mengalami pelbagai proses transformasi yang
disebabkan oleh persekitaran konflik dan tekanan atau pengaruh dari dalam dan luar.
Elemen-elemen transformasi yang melibatkan kontek, struktur, aktor dan isu dilihat
wujud dalam konflik ini dan saling berkait antara satu sama lain. Justeru, penganalisaan
ini akan menghuraikan elemen-elemen transformasi ini yang berlaku dalam konflik di
Selatan Thailand.
Dari segi transformasi kontek, konflik ini telah lama berlaku khususnya yang
berkaitan dengan kontek dalaman konflik. Kontek dalaman ini merujuk kepada OMIP
sendiri yang mengalami perubahan persepsi dan motivasi terhadap matlamat perjuangan
dan isu konflik. Pada awalnya, OMIP berjuang atas dasar memerdekakan negeri Patani
tetapi telah berubah kepada perjuangan untuk mempertahankan identiti dan budaya.
Mereka merasakan identiti dan budaya merupakan nilai hidup yang amat penting untuk
dipertahankan berbanding wilayah yang diduduki. Oleh itu, dasar Rathaniyom yang
bertindak mengasimilasikan identiti dan budaya mereka ke dalam budaya Thai-Buddha
telah menukar persepsi dan motivasi OMIP untuk lebih menumpukan perjuangan mereka
kepada membebaskan pengamalan identiti dan budaya serta mendapat pengiktirafan
daripada kerajaan Thailand berbanding perjuangan kemerdekaan wilayah. Sebagai contoh,
kejadian seperti pembakaran sekolah dan tembak guru di Selatan Thailand merupakan
salah satu tindak balas OMIP melalui Runda Kumpulan Kecil (RKK) untuk menunjukkan
bahawa sekolah dan guru merupakan agen kepada asimilasi budaya Thai-Buddha ke atas
anak-anak orang Melayu di Selatan Thailand. Mereka bertindak sedemikian adalah kerana
terpaksa dalam mempertahankan identiti dan budaya Melayu yang dilihat semakin pupus
akibat asimilasi kerajaan Thailand55. Selain itu, konflik ini juga mengalami transformasi
dari segi kontek luaran yang melibatkan peralihan dari peringkat tempatan kepada
antarabangsa. Transformasi ini boleh dikatakan sebagai transformasi yang konstruktif
kerana ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan intensiti konflik. Bermula daripada
tragedi Masjid Kerisik dan Tak Bai, ramai pihak-pihak luar khususnya OIC dan negara-
negara ahli anggota ASEAN mulai memberi perhatian kepada konflik ini. Kematian umat
Islam dalam jumlah yang ramai dan bentuk kezaliman yang dilakukan oleh pasukan
keselamatan Thailand menjadi faktor kepada keperihatinan dan simpati pertubuhan ini
untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang timbul. OIC selaku pertubuhan
antarabangsa melalui setiausahanya Prof. Ekmeleddin Ihsanoglu bersama deligasi yang
lain pernah melawat tiga wilayah dan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Thailand
bagi meraih komitmen untuk bersama-sama mencari solusi konflik. Pertemuan antara OIC
dengan kerajaan Thailand diadakan pada 1 Julai 2007 dan berjaya mendapat persetujuan
daripada Panich Vikitsreth, Menteri Luar Thailand untuk bekerjasama dengan OIC
untuk memperkuatkan kerja-kerja perdamaian dan pembangunan OMIP di tiga wilayah.
Melihat kepada situasi ini, dapat dijelaskan bahawa konflik ini mengalami transformasi
kontek ke peringkat antarabangsa dan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kerajaan
Thailand yang selama ini melakukan penindasan terhadap OMIP apabila segala gerak geri
mereka diperhatikan oleh pihak luar. Selain itu, tekanan yang diterima oleh pihak luar
membuatkan kerajaan Thailand lebih serius dalam menyelesaikan permasalah di Selatan
Thailand dengan kadar segera.
Secara keseluruhannya, transformasi kontek ini turut melibatkan proses transformasi
struktur khususnya elemen aktor konflik dan pendekatan hubungan. Transformasi struktur
55 Temubual dengan Abu Daud Alikontor, ahli Runda Kumpulan Kecil (RKK), pada 10 Julai 2006. bertempat di
Patani, Thailand. Responden bukan nama sebenar kerana atas dasar keselamatan.

598
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

yang berlaku dalam konflik di Selatan Thailand memang banyak, namun perbincangan ini
hanya menumpukan kepada dua elemen ini sahaja. Dari segi aktor, konflik ini mengalami
penambahan bilangan aktor utama mahupun sampingan. Konflik dilihat semakin rumit
untuk diselesaikan apabila kehadiran aktor-aktor baru seperti kongsi-kongsi gelap atau
penjenayah yang mengambil peluang daripada konflik ini untuk menjayakan aktiviti
mereka. Seperti yang dihuraikan sebelum ini yang mana kongsi gelap sengaja melakukan
pembunuhan untuk memastikan intensiti konflik meningkat. Tujuan tindakan ini dibuat
supaya tumpuan pasukan keselamatan kepada gerakan pemisah dan mengurangkan
kepada aktiviti pencegahan jenayah yang dilakukan oleh mereka. Hal ini kerana pasukan
keselamatan tidak dapat membezakan antara kejadian jenayah dan serangan gerakan
pemisah, malahan semua kejadian ini dirangkum sebagai perbuatan gerakan pemisah.
Selain itu, peranan pihak luar seperti yang dibincangkan di atas turut mengubah struktur
konflik dan juga mempengaruhi keputusan dan pendekatan pihak-pihak yang berkonflik.
Hal ini dapat dilihat dalam struktur hubungan antara kerajaan Thailand dengan OMIP
yang mana Surayud Chulanond mengubah pendekatan secara lembut. Pendekatan ini
adalah sedikit sebanyak terpengaruh dengan tekanan pihak luar untuk kerajaan Thailand
bertindak lebih adil dan menghormati hak asasi manusia. Surayud mengakui kesilapan
pendekatan Thaksin dan secara terbuka memohon maaf kepada OMIP dan berjanji
menggunakan pendekatan lembut untuk menyelesaikan masalah di Selatan Thailand.
Pendekatan ini kemudiannya disambung oleh Abhisit Vijjajeva yang mahu konflik ini
diselesaikan dengan baik. Abhisit juga turut mengundang mana-mana pemimpin negara
luar untuk memberi pandangan dan bantuan dalam menyelesaikan konflik ini dan turut
mengadakan program pembangunan ekonomi di tiga wilayah. Antara program yang
dijalankan turut melibatkan kerajaan Malaysia khususnya dalam memberi kemahiran dan
pendidikan kepada OMIP di tiga wilayah melalui penubuhan Task-Force 2010 (Malaysia)
dan Task-Force 960 (Thailand). Justeru, hubungan antara kerajaan Thailand dengan OMIP
mengalami transformasi yang konstruktif dan ini dapat dibuktikan apabila selepas tragedi
Tak Bai, tiada lagi berlaku peristiwa-peristiwa besar yang menarik perhatian semua pihak.
Tragedi Tak Bai juga boleh dikatakan sebagai satu proses tekanan dalaman untuk
menghasilkan transformasi struktur perhubungan antara kerajaan Thailand dengan OMIP.
Walaupun konflik ini berbentuk asimetrik namun setiap keputusan kerajaan Thailand
tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya untuk memihak kepada mereka. Oleh itu,
Demonstrasi yang berlaku sebelum tragedi Tak Bai dan demonstrasi-demonstrasi lain
merupakan tekanan OMIP kepada kerajaan Thailand untuk mengubah pendekatan yang
selama ini menekan, menakut-nakutkan, menindas dan menzalimi penduduk Melayu di
tiga wilayah.
Transformasi struktur dalam konflik ini turut melibatkan perubahan isu-isu
konflik. Transformasi isu secara konstruktif seperti yang dibincangkan sebelum ini
adalah mengubah isu-isu yang susah diselesaikan kepada isu-isu yang senang dirunding
dan mencapai kompromi. Selain itu juga pemimpin negara boleh membentuk isu-isu yang
boleh menyatukan aktor-aktor konflik dan menyelesaikan isu tersebut secara bersama.
Secara umumnya, transformasi isu yang melibatkan pengubahan kepada isu-isu yang
senang diselesaikan masih belum berlaku di Selatan Thailand. Malahan, perubahan isu
ini berlaku sebaliknya iaitu isu yang senang diselesaikan telah berubah kepada isu yang
susah diselesaikan. Sebagai contoh, kemerdekaan selaku isu utama dalam konflik ini
adalah melibatkan wilayah yang mungkin senang mencapai diselesaikan kerana senang
diagihkan. Namun, setelah Rathaniyom dilaksanakan maka timbul isu-isu seperti identiti
dan budaya yang sememangnya sukar diselesaikan kerana ia melibatkan nilai-nilai hidup
OMIP yang tidak mungkin mencapai kompromi. Oleh itu, transformasi isu di Selatan
Thailand mengalami proses yang destruktif dan mungkin menjadi salah satu faktor yang
menyebabkan konflik ini semakin rumit dan berpanjangan. Namun begitu, terdapat juga
usaha kerajaan Thailand melalui Prem Tinasulanonde yang menjadikan pendekatan
599
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

transformasi isu sebagai langkah perdamaian di Selatan Thailand. Pendekatan yang


digunakan ialah dengan membentuk isu bersama yang melibatkan OMIP dengan pasukan
keselamatan dalam memerangi pengaruh komunis di tiga wilayah. Isu komunis ini
merupakan isu bersama yang perlu diperangi oleh OMIP dan juga pasukan keselamatan.
Penyatuan ini dibentuk melalui penubuhan CPM-43 dan ACASBP yang dikenali sebagai
SBPAC pada hari ini. Sekitar tahun 80an, pendekatan ini mendapat maklumbalas yang
positif di kalangan OMIP dan mereka mulai bekerjasama dengan kerajaan Thailand
amnya dan mula mengurangkan komitmen untuk menyokong gerakan pemisah. Pengaruh
gerakan pemisah semakin berkurang menyebabkan mereka kurang aktif sekitar tahun
80an hingga 90an, sehinggalah muncul kembali pada tahun 2004.
Perubahan terhadap isu adalah disebabkan oleh perubahan dalam aktor-aktor
konflik. Setiap keputusan yang dibuat oleh aktor-aktor konflik akan mempengaruhi
situasi konflik. Oleh itu, aktor konflik di Selatan Thailand selepas tahun 2004 mengalami
transformasi yang cukup ketara, sama ada dari segi pemimpin mahupun strategi yang
digunakan. Tumpuan perbincangan adalah kepada PULO dan BRN yang dilihat aktif
pada masa ini. PULO hari ini turut mengalami proses transformasi apabila mengalami
perpecahan dalam pertubuhan. Perpecahan ini berlaku pada tahun 1995 akibat perbezaan
ideologi, matlamat dan pendekatan yang membawa kepada kumpulan serpihan yang
dikenali sebagai NewPULO. Walau bagaimanapun masih belum jelas peranan yang
dimainkan oleh kedua kumpulan ini kerana mereka tidak menghebahkan organisasi dan
aktiviti yang dijalankan. Kemungkinan ini merupakan salah satu transformasi dalam
strategi mereka kerana penggunaan pendekatan sebelum ini tidak mendatangkan kesan
dalam mencapai matlamat mereka. Begitu juga dengan BRN yang mana wujudnya RKK
yang berperanan menyerang pasukan keselamatan dan tempat-tempat awam. Setiap
serangan yang dilakukan dilihat menggunakan perancangan yang cukup rapi sehingga
menyukarkan pasukan keselamatan mengesan mereka. Strategi yang digunakan juga
mengalami transformasi apabila mereka tidak lagi tinggal di hutan atau bukit dan
bersembunyi dalam masyarakat awam. Selain itu, setiap serangan yang dilakukan tidak
disusuli dengan kenyataan pengakuan oleh pihak mereka. Dari segi sasaran pula, selain
daripada pasukan keselamatan mereka juga menyerang orang awam yang terdiri daripada
pegawai kerajaan, sami-sami Buddha, Ustaz atau Imam, orang perseorangan dan lain-
lain lagi. Perubahan ini kemungkinan disebabkan berlaku transformasi dalam kepimpinan
setiap pertubuhan. Pemimpin pertubuhan telah bertukar tangan, maka pendekatan dan
peraturan pertubuhan akan turut bertukar mengikut persepsi dan perspektif pemimpin
yang baru. Bagi mengenalpasti perubahan pemimpin ini agak sukar kerana kedua-dua
pertubuhan ini menggunakan pendekatan bersembunyi dan belum mengisytiharkan
pergerakan mereka secara rasmi.
Tambahan pula, kerajaan Thailand yang belum mengiktiraf pertubuhan ini
sebagai pertubuhan gerakan pemisah. Transformasi aktor juga berlaku dalam kerajaan
Thailand yang mana sekitar tahun 70an, kerajaan Thailand di bawah Prem Tinasulanond
mengiktiraf pertubuhan gerakan pemisah ini dan pernah berlaku perundingan antara BRN
dengan Tentera Bahagian Keempat di Selatan Thailand. Namun, pertukaran pemimpin
kerajaan Thailand telah menyebabkan berlaku perubahan pendekatan khususnya semasa
pemerintahan Thaksin Shinawatra yang tidak mengiktiraf pertubuhan gerakan pemisah
dan menganggap pergolakan yang berlaku adalah masalah jenayah domestik dan
merupakan masalah dalaman Thailand. Pendekatan ini masih diteruskan oleh Abhisit
Vijjajeva sehingga ke hari ini, dan ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
konflik sukar diselesaikan kerana perundingan secara rasmi tidak dapat dijalankan.
Justeru, elemen-elemen transformasi yang dibincangkan di atas merupakan
perubahan yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Transformasi konflik di Selatan
Thailand mengalami kedua-dua sifatnya iaitu konstruktif dan destruktif. Secara umumnya,
konflik ini masih belum mencapai penyelesaian yang terbaik kerana transformasi konflik
600
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

yang berlaku tidak disokong oleh usaha-usaha pembinaan perdamaian. Walaupun


begitu, dalam konflik yang bersifat asimetrik yang berlaku di Selatan Thailand ini, usaha
pembinaan perdamaian ini turut bergantung kepada keputusan pihak kerajaan Thailand.
Selagi mereka menyatakan ini konflik di Selatan Thailand sebagai masalah dalaman
negara Thailand, selagi itulah usaha pembinaan perdamaian sukar dilaksanakan di wilayah
konflik. Dengan ini, perlu ada mekanisme tertentu untuk mempengaruhi keputusan
kerajaan Thailand untuk menjadikan konflik ini terbuka dan memberi ruang kepada pihak
luar untuk campurtangan.

KESIMPULAN

Konflik di Selatan Thailand bukan perkara baru untuk diperkatakan, malahan usianya yang
begitu lama menyebabkan pelbagai perubahan yang berlaku. Konflik yang bersifat dinamik
telah membawa tiga wilayah ke kancah yang lebih rumit sehingga mengorbankan ribuan
nyawa dan kemusnahan harta benda. Usia yang begitu lama menunjukkan konflik ini belum
berjaya diselesaikan sepenuhnya walaupun sekitar tahun 80an konflik ini dilihat reda.
Namun, menjelang tahun 2004 ia muncul kembali apabila berlaku perubahan pendekatan
pemimpin kerajaan Thailand dalam mengurus konflik ini. Isu utama dalam konflik ini adalah
kemerdekaan ke atas wilayah Patani yang dituntut oleh OMIP dan berkembang kepada isu-
isu identiti dan budaya. Perkembangan isu ini selain sifat konflik yang dinamik tetapi juga
disebabkan kelemahan kerajaan Thailand yang berfikiran sempit terhadap pengamalan identiti
dan budaya kelompok lain. Pemimpin yang berbangsa Thai melihat identiti dan budaya Melayu
melalui kacamata budaya sendiri sehingga bertindak secara salah dengan menafikan hak
orang lain. Kemungkinan pemimpin Thai menganggap identiti Thai merupakan yang terbaik
dan sesuai untuk semua kelompok dalam negara Thailand. Buktinya, mereka mempunyai
semangat nasionalisme identiti yang tinggi apabila bertindak membentuk ideologi ‘Dunia
Thai’ yang merangkumi kelompok mereka sahaja. Justeru, timbul elemen ethnocentrisme
terhadap kelompok mereka dan sanggup menghapuskan identiti dan budaya Melayu.
Fahaman inilah yang membawa kepada permasalahan di Selatan Thailand apabila
bahasa Melayu, tulisan jawi, agama Islam dan bangsa Melayu yang dimiliki oleh OMIP di
Selatan Thailand telah disekat dan dipaksa mengamalkan budaya Thai-Buddha. Hari ini,
permasalahan identiti dan budaya ini dilihat sudah menjadi penyebab utama kepada tuntutan
kemerdekaan ke atas negeri Patani. Justeru, pada pandangan saya, bagi mencari penyelesaian
konflik di Selatan Thailand adalah menumpukan kepada usaha-usaha pembinaan perdamaian
yang bertujuan untuk mempengaruhi kerajaan Thailand bagi mengiktirafkan identiti dan
budaya Melayu-Islam di Selatan Thailand. Hal ini kerana kedua isu ini merupakan nilai-nilai
hidup yang sukar untuk dibahagi-bahagikan. Tambahan pula, konflik yang berlaku adalah
pertembungan antara dua kelompok berbeza yang mungkin berlaku pertelagahan pemahaman
terhadap budaya antara satu sama lain. Justeru, usaha yang perlu dijalankan ialah meningkat
keupayaan OMIP selaku kelompok minoriti untuk sama level dengan kerajaan Thailand
bagi memudahkan perundingan. Peningkatan keupayaan ini termasuk sokongan pihak luar
seperti pemimpin negara, pertubuhan antarabangsa ,NGOs dan institusi-institusi kerajaan
seperti universiti, pusat-pusat penyelidikan, jaringan kerjasama dan lain-lain lagi. Setiap
pihak perlu memainkan peranan mengikut level dan keupayaan masing-masing sama ada
dari peringkat bawahan ( masyarakat lokal) sehinggalah atasan (pemimpin negara dan PBB,
ASEAN dan OIC). Tekanan dan pengaruh merupakan elemen penting untuk melobi kerajaan
Thailand bagi membuka konflik ini ke kontek antarabangsa bagi membolehkan pihak luar
campurtangan. Dengan ini, usaha yang penting perlu dilakukan oleh semua pihak sama ada
dari dalam mahupun luar adalah meningkatkan keupayaan OMIP dan ruang campurtangan
pihak luar, kerana konflik ini berbentuk asimetrik yang mana kekuasaan dan keistimewaannya
adalah memihak kepada kerajaan Thailand

601
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Buku
Age, L. (2005) Tsunami and Conflict Transformation in Aceh in The SEACSN Bulletin. Research
and Education for Peace Unit, USM. Penang.
A. Malek, M,Z. (1993) Umat Islam Patani: sejarah dan Politik. Shah Alam, Hizbi.
Fathy, A. (1994) Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar, Pustaka Darussalam.
Lederach, J. P. (2003) The Little Book of Conflict Transformation. United States of Amerika,
Good Book, Intercourse.
Mahmood, S.S. (1990) De-Radicalization of Minority Dissent: A Case Study of the Malay-
Muslim Movement in Southern Thailand, 1980 – 1994. Philippines, Quezon City 1101.
Syukri, I. (2002) Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Nik Mahmud, N.A. (2000) Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785 – 1954. (Versi Jawi).
Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Vayrynen, R. (1991) New Direction in Conflict Theory: Conflict Resolution and Conflict
Transformation. London, SAGE Publication Ltd.

Tesis
Pitsuwan, S. Pitsuwan, S. (1982) Islam and Malay Nationalism: A Case Study of the Malay-
Muslim of Southern Thailand. Ph.D Tesis, Harvard University.
Kaewtipayanate, B. (2008) Peace Journalism and the Tak Bai Incident: the case of the Bangkok
Post and the Nation’s coverage on the Southern Conflict in Thailand. M. A Tesis, Orebro
University.
Yaacob, C, M, A. (2009) Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu, Aktor dan Penyelesaian.
MA Tesis. Universiti Sains Malaysia

Kertas Persidangan dan Seminar


Danial, M. (2004) Konflik Selatan Thailand dan Transformasi Sosial. Pembentangan Kertas
Kerja Sempena Minggu Perdamaian Universiti Sains Malaysia Ke-3. Pada 14 Disember
2004. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

Laman Web dengan Nama Penulis


Ayub, T.S. (2004) Insiden Pembunuhan Umat Islam di Selatan Thailand. Dlm. Persidangan
Parlimen Malaysia Kesebelas, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga. [Online].[Akses: 17
Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/
DR23112004.pdf
Bakar, Z. (2004) Rasa tidak tenang Tok Ayah terjawab selepas subuh- masjid bersejarah catat
kisah sedih.[Online].[Akses: 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web:
http://www.utusan.com.my
Harish, S.P.(2006) Ethnic or Religious Cleavage? Investigating the Nature of the Conflict in
Southern Thailand. Contemporary Southeast Asia. [Online]. Vol.28,Iss.1 : pg.48,22pgs.
[Akses: 14 November 2006]. Boleh diperolehi melalui Laman Web:http://proquest.umi.com/
pqdweb?did=1075504961&sid=1&Fmt=3&clientId=27905&RQT=309&VName=PQD
Hasan, A.Z. (2006) Bersama mencari keamanan. [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh
diperolehi melalui laman Web: www.utusan.com.my
Jitpiromsri, S. (2010) Sixth year of the Southern Five: Dynamics of Insurgency and Formation
of the New Imagined Violence. [Online].[Akses: 2 November 2010]. Boleh diperolehi
melalui laman Web: http://www.deepsouthwatch.org/node/730
Miall, H. (2001) Conflict Transformation: A Multy-Demensional Task. [Online].[Akses: 28
November 2009]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.inglewhite.net/pfp/
pdfpapers/p2-miall_handbook.pdf
602
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Nik Mahmud, N. A. (2000) Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 [Online].[Akses


23 Januari 2004]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://fanzalika.tripod.com/malay/
patani/kepala_%20 sejarah.html.
Pitsuwan, S. (1982) Islam and Malay Nationalism: A Case Study of the Malay-Muslim of
Southern Thailand. Ph.D Tesis, Harvard University.
Rahim, A.F. (2009) Ditembak dalam masjid [Online].[Akses: 15 Mei 2010]. Boleh diperolehi
melalui laman Web: http://www.utusan.com.my
Rahimmula, C.(2001) Peace Resolution : A Case Study of Separatism and Terrorist Movement
in Southern Border Provinces of Thailand. [Online].[Akses: 2 Ogos 2005]. Boleh diperolehi
melalui Laman Web: http://www.geocities.com/bluesing2001/media/peaceresolution.htm
Zulkiflee, B. (2004) Penduduk dakwa 100 maut – Thailand akui 84 terbunuh dalam tragedi
berdarah di selatan Thai [Online]. [Akses 27 Oktober 2004]. Boleh diperolehi melalui laman
Web: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=1027&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Laman Web tanpa Nama Penulis


An interview on the ongoing southern conflict with Abhisit & Thavorn.(2009).[Online].[Akses:
3 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.deepsouthwatch.org/
node/371
Belitan sejarah (2000) [Online],[Akses 13 Mac 2004]. Boleh diperolehi melalui Laman Layar:
http://www.geocities.com/pulo_99_2000/sejarah.html
Junta Tentera Thailand dan Nasib Bangsa Melayu Patani!. Artikel daripada laman Web Pattani
United Liberation Organization (PULO). [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh
diperolehi melalui laman Web: http://www.puloinfo.net/?Show=ReadArticles&ID=46
Patani Malay Human Rights Organization (PMHRO). [Online].[Akses: 3 November 2010].
Boleh diperolehi melalui laman web: http://www.pmhro.net/?S=Geograph
Penyerang bakar 18 sekolah, empat askar terbunuh (2004) [Online].[Akses 4 November
2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my
Perubahan dasar Surayud di selatan Thai tepat (2006). [Online].[Akses: 5 November 2010].
Boleh diperolehi melalui laman Web: www.utusan.com.my
Selatan Thai berdarah – 107 militan, 5 askar terbunuh dalam pertempuran di tiga wilayah
(2004) [Online].[Akses 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://
www.utusan.com.my
Thailand Human Development Report 2007: Sufficiency Economy and Human Development.
(2007) [Online].[Akses: 6 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.
undp.or.th/download/NHDR2007bookENG.pdf

603
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENGARUH PENTADBIR TERHADAP TAHAP PENERIMAAN


PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA DI SEKOLAH

Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah, Mahizer Hamzah & Wong Kung Teck
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Sultan Idris,35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk menentukan pengaruh pentadbir sekolah terhadap
penerimaan pembelajaran maya di sekolah. Kajian ini melibatkan 228 orang guru
sekolah menengah di negeri Selangor. Aspek penerimaan pembelajaran maya ditentukan
menggunakan instrumen penerimaan teknologi manakala sokongan pentadbir ditentukan
menggunakan Skala Galakan. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
galakan pentadbir terhadap aplikasi pembelajaran maya bagi tujuan penilaian, hebahan
dan pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap sederhana. Tahap penerimaan
pembelajaran maya di sekolah adalah rendah. Analisis lanjutan menunjukkan terdapat
pengaruh sokongan pentadbir terhadap tahap penerimaan pembelajaran maya. Justeru,
pentadbir perlu memainkan peranan sebagai agen penyebaran yang bertanggungjawab
untuk membantu menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan inovasi teknologi,
membantu guru cara menggunakannya serta sentiasa mempunyai strategi dalam
meyakinkan guru lain untuk mengaplikasikan pembelajaran maya dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Kata kunci: Pembelajaran Maya, Sokongan Pentadbir.

PENGENALAN

Peningkatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi kesan
yang radikal kepada dunia pendidikan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) yang amat pesat ini juga telah memberi impak yang sangat ketara dalam pelaksanaan
sistem pendidikan di Malaysia. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (PPPM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah meletakkan penggunaan ICT
sebagai salah satu keutamaan dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pemblajaran (PdP)
di sekolah-sekolah. Hal ini telah memberi dimensi dan cabaran berbeza kepada guru-guru.
Pembelajaran tidak lagi semata-mata di dalam bilik darjah tetapi berjalan di mana-mana
sahaja dan sepanjang masa.

Aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya di sekolah


Dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan lagi sistem pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai
program tranformasi pendidikan antaranya pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya di
sekolah. Di bawah projek 1Bestari Net, sekolah-sekolah telah dilengkapkan dengan satu platform
berupaya mewujudkan satu persekitaran Pembelajaran maya yang dikenali sebagai Frog VLE.
Pelaksanaan Frog VLE di sekolah adalah satu pendekatan yang diyakini dapat memenuhi
keperluan mod pembelajaran pelajar pada masa kini, termasuk sumber dan persekitaran
pembelajaran pelajar. Selain itu ia dikatakan akan memberi banyak faedah kepada sekolah
kerana boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, meningkatkan motivasi,
peluang pembelajaran kendiri dan pengintegrasian ICT dalam PdP dengan lebih baik (BECTA,
2004) serta kesan yang positif (Gill & Shaw, 2004). Namun begitu kajian awal menunjukkan
tahap penggunaan Frog VLE dalam kalangan guru adalah rendah (Aman Shah 2014). Jika
diteliti kepada dapatan kajian yang berkaitan dengan penggunaan teknologi, pelbagai aspek
yang menunjukkan ada hubungan dengan tahap penggunaan ICT di sekolah. Menurut Mohd.
604
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Sani et al. (2008), pengetua atau pentadbir sekolah merupakan organisasi yang memainkan
peranan penting dalam menggalakkan pengintegrasian ICT dalam PdP guru. Sokongan yang
diberikan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dalam mengaplikasikan ICT dalam
pentadbiran sekolah. Sokongan serta keperihatinan pentadbir sekolah mengenai penggunaan
ICT dalam PdP sedikit sebanyak membantu guru meningkatkan penggunaan ICT dalam kelas.
Dapatan kajian mengenai perspektif pentadbir sekolah terhadap peranan mereka dalam integrasi
teknologi yang telah dijalankan oleh Bleam (2006) mendapati pentadbir sekolah mahir dalam
pengurusan sekolah tetapi lemah dalam penggunaan teknologi.Persoalanya adakah wujud
hubungan antara sokongan pentadbir dengan amalan pembelajaran dalam persekitaran maya

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengetahui tahap penggunaan aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya Frog dalam


kalangan guru
2. Mengetahui tahap sokongan pentadbir dalam amalan penggunaan Persekitaran Pembelajaran
Maya Frog
3. Menentukan samaada wujud hubungan antara pengaruh pentadbir dengan amalan
penggunaan persekitaran pembelajaran maya Frog.

METODOLOGI

Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Reka bentuk ini, dipilih bagi mendapatkan
maklumat daripada responden yang ramai. Persampelan rawak mudah digunakan bagi
memperoleh sampel kajian iaitu seramai 228 orang guru sekolah menengah dan rendah di
negeri Selangor dan Perak. Dalam kajian ini pengumpulan data dilakukan menggunakan satu
instrument soal selidik yang mengandungi konsruk iaitu sokongan pentadbir dan penggunaan
Frog VLE.Bagi tujuan kesahan kandungan penyelidik telah menggunakan beberapa orang
pakar. Antaranya dua orang guru pakar Bahasa Malaysia, dua orang guru pakar ICT, dua orang
pakar dan tiga orang pengetua yang bertugas di sekolah. Oleh kerana data yang dipungut dalam
kajian ini adalah data jenis selanjar maka pengkaji menggunakan kaedah “Cronbach alpha”
untuk mengukur. Bagi menentukan kestabilan dan ketekalan dalaman instrumen dalam sesuatu
konsep pengkaji menggunakan kaedah Cronbach alpha untuk melihat nilai koefisien bagi
menentukan instrumen itu mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Didapati nilai piawai
bagi aspek sokongan pentadbir 0.830 dan Penggunaan Frog VLE0.950. Berdasarkan indeks
yang disarankan oleh Pallant (2007) maka didapati item-item dalam soal selidik mempunyai
indeks yang baik dan boleh diterima pakai

DAPATAN

Penggunaan persekitaran pembelajaran maya Frog


Bahagian ini membentangkan hasil kajian berkaitan dengan tahap penggunaan Frog VLE dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk membina laman pembelajaran, mengintegrasikan
Frog VLE dalam PdP dan menggunakan Frog VLE sebagai platform untuk berkomunikasi
semasa proses PdP guru dan murid. Secara keseluruhan tahap penggunaan Frog VLE adalah
rendah (min = 2.32). Berikut adalah huraian mengikut aspek pembinaan laman, pengintergrasian
dan perkongsian dalam PdP guru.

a. Pembinaan Laman Pembelajaran


Tahap pembinaan laman pembelajaran diukur mengikut min yang diperoleh bagi setiap guru
berdasarkan intepretasi skor min pada jadual 3.21. Item mengukur amalan guru dalam membina
laman pembelajaran yang melibatkan penggunaan video, audio, widgets, Google Drive dan
konsep interaktif. Interpretasi min dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan
605
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

rendah. Jadual 4.6 menunjukkan min dan sisihan piawaian bagi setiap item yang mengukur
tahap kebimbangan guru terhadap penerimaan dan penggunaan Frog VLE dalam kalangan
guru. Berdasarkan analisis, data menunjukkan guru kurang membina laman pembelajaran
sendiri, membina laman pembelajaran yang interaktif, serta kurang koleksi latihan untuk
kegunaan murid. Selain itu guru juga kurang menggunakan widgets dan Google Drive sebagai
storan. Didapati juga guru tidak menggunakan audio dan video dalam laman pembelajaran
yang dibina. Secara keseluruhan min bagi pembinaan laman pembelajaran adalah sederhana (
min = 2.37).

Jadual 1 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Membina Laman Pembelajaran
Aspek Min SP Interpretasi

Membina laman pembelajaran sendiri 2.36 0.96 Sederhana


Membina laman pembelajaran interaktif 2.35 0.96 Sederhana
Membina laman pembelajaran setiap minggu 2.20 1.00 Rendah
Sertakan elemen video dalam laman pembelajaran 2.30 1.02 Rendah
Sertakan elemen audio laman pembelajaran 2.30 0.99 Rendah
Membina laman mengikut langkah dalam PdP 2.39 1.05 Sederhana
Menggunakan lebih daripada 4 widgets 2.36 1.08 Sederhana
Menggunakan Google Drive sebagai storan 2.56 1.11 Sederhana
Menyediakan koleksi latihan untuk kegunaan murid 2.51 1.04 Sederhana
Pembinaan laman pembelajaran ( keseluruhan ) 2.37 0.88 Sederhana

b. Pengintergrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Frog PdP


Kajian ini mendapati tahap pengintergrasian Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah rendah (min=2.19). Guru hampir tidak menggunakan Frog VLE di dalam bilik darjah.
Guru tidak melakukan aktiviti yang menggunakan kelebihan yang ada dalam Frog VLE
seperti menghantar tugasan kepada murid dan mengguna bahan-bahan dari Frog Store untuk
mempelbagaikan aktiviti PdP. Tambahan pula guru kurang menggalakkan pelajar guna dalam
bilik darjah

Jadual 2 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Tahap Pengintergrasian dalam PdP
Aspek Min SP Interpretasi

Guna semasa PdP dalam bilik darjah 2.27 1.03 Rendah


Guna untuk menghantar tugasan kepada murid 2.16 1.02 Rendah
Log in sekurang-kurangnya sekali sehari 2.27 1.03 Rendah
Murid log in lebih 30 minit bagi satu sesi PdP 2.14 1.06 Rendah
Melibatkan murid menggunakan Frog VLE 2.28 1.09 Rendah
Sentiasa mengemaskini dashboard 2.30 1.01 Rendah
Murid menghantar tugasan mereka melalui Frog VLE 2.06 1.03 Rendah
Guna bahan-bahan dari Frog Store 2.08 1.01 Rendah
Pengintergrasian dalam PdP ( keseluruhan ) 2.19 0.945 Rendah

c. Amalan Perkongsian
Secara keseluruhan tahap guru menggunakan Frog VLE untuk perkongsian adalah rendah (min
= 2.32). Ini menunjukkan guru hampir tidak berkongsi laman pembelajaran dengan murid,
tidak menggunakan emel @yes.my sebagai emel rasmi dan mengguna bahan dalam Frog
Store. Namun begitu didapati guru kadang-kadang menggunakan Frog VLE untuk berkongsi
maklumat dengan guru lain termasuk untuk mendapatkan maklumat tambahan sama ada dari
pentadbiran sekolah atau pun pautan ke laman pembelajaran lain.

606
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 3 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Tahap Perkongsian


Aspek Min SP Interpretasi
Guna emel @yes.my sebagai emel rasmi 2.20 1.11 Rendah
Guna bahan dalam Frog Store 2.20 1.09 Rendah
Sentiasa merujuk dashboard sekolah 2.33 1.04 Rendah
Selalu berkongsi laman PdP dengan guru lain 2.39 1.04 Sederhana
Selalu berkongsi laman PdP dengan murid 2.32 1.06 Rendah
Berkongsi maklumat melalui aplikasi sosial 2.48 1.13 Sederhana
Menyelusuri pautan ke laman pentadbiran sekolah 2.47 1.11 Sederhana
Menyelusuri pautan ke laman PdP lain 2.39 1.10 Sederhana
Perkongsian ( keseluruhan ) 2.32 0.965 Rendah

Sungguhpun guru-guru mempunyai sikap yang positif dalam penerimaan inovasi Frog
VLE, tetapi didapati tahap penggunaan Frog VLE dalam PdP mereka adalah pada tahap rendah.
Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Siti Salbiah et al. (2010) yang mendapati tahap
pengintergrasian bahan-bahan video daripada EduwebTV dalam pengajaran dalam kalangan
guru sekolah menengah adalah pada tahap yang rendah walaupun mereka mempunyai sikap
yang positif terhadap Frog VLE. Kekerapan guru-guru menggunakan Frog VLE untuk PdP
hanya kurang daripada 2 kali sebulan ini disebabkan oleh beberapa faktor-faktor yang menjadi
halangan kesediaan guru-guru untuk menggunakan inovasi Frog VLE dalam PdP.

Tahap Sokongan Pentadbir Sekolah


Secara keseluruhan tahap sokongan pentadbir dalam menjayakan penggunaan ICT dalam
PdP adalah tahap yang sederhana (min = 3.27 sp = 0.78). Ini menunjukkan pentadbir kurang
menggalakkan warga sekolah menggunakan Frog VLE, kurang mengaplikasikan Frog VLE
dalam pentadbiran seperti menggunakan untuk hebahan dan sebagai aspek penilaian prestasi.
Dari aspek pemantauan juga didapati pentadbir kurang memantau penggunaan Frog VLE oleh
guru dan murid. Mereka juga kurang meletakkan KPI yang tertentu untuk dicapai oleh guru
sebagai salah satu KPI yang ingin di capai.

Jadual 4.15 : Skor Min dan Sisihan Piawai Tahap Sokongan Pentadbir Sekolah
Aspek Min SP Interpretasi
Sangat menggalakkan warga sekolah guna Frog VLE 3.58 0.84 Sederhana
Mengaplikasikan Frog VLE dalam pentadbiran 3.29 0.89 Sederhana
Memantau penggunaan Frog VLE oleh guru dan murid 3.31 20.91 Sederhana
Menjadikan Frog VLE sebagai aspek penilaian prestasi 3.12 0.89 Sederhana
Meletakkan sasaran kerja yang tertentu untuk dicapai oleh 3.20 0.87 Sederhana
guru
Menggunakan hebahan di Frog VLE 3.11 0.88 Sederhana
Kerap mengadakan kursus berkaitan Frog VLE 3.15 0.92 Sederhana
Mewujudkan jawatankuasa khas tentang Frog VLE 3.47 0.92 Sederhana
Sokongan pentadbir sekolah (keseluruhan) 3.27 0.78 Sederhana

Hubungan Sokongan Pentadbir dengan Penggunaan Frog VLE dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Guru
Jadual di bawah menunjukkan analisis korelasi antara sokongan pentadbir dengan penggunaan
Frog VLE.

607
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 4.27 : Korelasi Pearson (r) antara sokongan pentadbir dengan penggunaan Frog VLE
Pemboleh ubah Penggunaan Frog VLE
Pekali Pearson (r) 0.627**
Signifikan 0.000
sokongan pentadbir
N 228
** Signifikan pada aras 0.01

Berdasarkan Jadual 4.27 keputusan analisis korelasi ini menunjukkan wujudnya


hubungan negatif dan tidak signifikan antara sokongan pentadbir dengan penggunaan Frog
VLE. Nilai korelasi ini adalah r(228)= 0.180, p= 0.00 (p<0.01). Sehubungan itu, hipotesis nol
Ho8 didapati tidak benar dan ditolak.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Secara keseluruhannya, tahap penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog adalah


pada tahap rendah. Guru hampir tidak menggunakan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog
di dalam bilik darjah. Guru tidak melakukan aktiviti yang menggunakan kelebihan yang
ada dalam Frog seperti menghantar tugasan kepada murid dan mengguna bahan-bahan dari
Frog Store untuk mempelbagaikan aktiviti PdP. Guru kurang membina laman pembelajaran
sendiri, membina laman pembelajaran yang interaktif, serta kurang koleksi latihan untuk
kegunaan murid. Selain itu guru juga kurang menggunakan widgets dan Google Drive sebagai
storan. Didapati juga guru tidak menggunakan audio dan video dalam laman pembelajaran
yang dibina. Sungguhpun guru-guru mempunyai sikap yang positif dalam penerimaan inovasi
Frog, tetapi didapati tahap penggunaan Frog dalam PdP mereka adalah pada tahap rendah.
Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Siti Salbiah et al. (2010) yang mendapati tahap
pengintergrasian bahan-bahan video daripada EduwebTV dalam pengajaran dalam kalangan
guru sekolah menengah adalah pada tahap yang rendah walaupun mereka mempunyai sikap
yang positif terhadap Frog. Kekerapan guru-guru menggunakan Frog VLE untuk PdP hanya
kurang daripada 2 kali sebulan ini disebabkan oleh beberapa faktor-faktor yang menjadi
halangan kesediaan guru-guru untuk menggunakan inovasi Frog VLE dalam PdP. Dalam kajian
ini, secara keseluruhannya tahap sokongan pentadbir terhadap penggunaan Frog VLE adalah
sederhana. Guru-guru berpendapat, pihak pentadbir sekolah kurang prihatin dalam memastikan
prasarana berfungsi dengan baik, kurang menyediakan sumber kewangan yang mencukupi
serta kurangnya infrastruktur tambahan di sekolah. Selain itu, pihak pentadbir sekolah kurang
menggalakkan penggunan ICT dalam PdP guru serta kurang menjadi model pengguna ICT di
sekolah.

RUMUSAN

Kita sedar bawa pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog di sekolah adalah satu
pendekatan yang diyakini dapat memenuhi keperluan mod pembelajaran generasi pelajar
pada masa kini, termasuk sumber dan persekitaran pembelajaran pelajar. Sokongan pentadbir
sekolah antara aspek penting dalam menjayakan aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya
dalam pdp melalui pendekatan pujukan, galakan serta pemantaun yang berkala. Sekiranya
pentadbir tidak dapat memainkan peranan dalam penyebaran ini, sudah pastinya resapan
penerimaan pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya di sekolah boleh terhenti (Noraini
2012). Justeru pentadbir pada masa kini perlu bukan sahaja mempunyai pengetahuan ICT
untuk keperuan dirinya , sebaliknya perlu menjadi keratif dalam usaha penyebaran penggunaan
teknologi di sekolah.

608
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

BECTA (2004), A review Of The Research Literature On Barriers To The Uptake of ICT by
Teachers‟. British Educational Communications and Technology Agency
Kementerian Pendidkan Malaysia (2013), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025
Noraini Mohamed Noh. 2012. Kesediaan penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan Guru
Perpustakaan Media. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohammed Sani Ibrahim, Mohd Izham Mohd Hamzah & Jainabee MD L.S. Kassim. 2008.
Sekolah Berkesan Konsep dan Ciri Utama. Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti
Pendidikan. Bangi.
Pallant, J. 2007. SPSS Survival Manual: A Step by Step Guide to Data Analysis Using SPSS for
Windows Version 15. Edisi ke-3. Berkshire: Open University Press.
Siti Salbiah Ahmad, Rosnaini Mahmud, Fadzilah Abdul Rahman & Nurzatulshima. 2010.
Kesediaan guru terhadap pengintegrasian EduwebTV dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dlm. Mohd. Arif Ismail, Rohzan M. Idrus, Rosnaini Mahmud, Mohd. Shahandri Gani
Hamzah (pynt.). Pendidikan Elektronik: Ke arah Persekitaran Pembelajaran Imersif, hlm.
61-69. Petaling Jaya. Pearson Malaysia

609
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

SIMBOL KEKUATAN ORANG MELAYU DALAM NOVEL MALAISIE


(NURANI TANAH MELAYU)
KARYA HENRI FAUCONNIER

Ani Binti Haji Omar


Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim,
Perak, Malaysia

Abstrak
Sejak 84 tahun lalu, novel berteraskan rakaman sejarah mengenai citra kehidupan,
budaya, adat resam, keindahan bahasa dan kesusasteraan Melayu daripada kaca mata
lelaki Perancis, Henri Fauconnier sudah diterbitkan dalam bahasa Perancis. Novel
Malaisie telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia termasuk bahasa Inggeris dengan
tajuk The Soul of Malaya oleh penterjemahnya, Eric Sutton. Nurani Tanah Melayu tajuk
novel Malaisie yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Sasterawan Negara
Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, menanggapi dimensi baharu kehidupan
yang dilalui dua pengurus estet, Lescale dan Rolain di Kuala Sampah, Selangor yang
secara perlahan-lahan menyesuaikan diri, sekali gus mempelajari adat budaya pelbagai
kaum di Tanah Melayu. Kajian ini selanjutnya menampilkan bagaimana Fauconnier
mencerminkan realiti sepanjang beliau berkelana ke Tanah Melayu bermula tahun
1905 untuk memulakan penanaman getah. Pelbagai kisah menarik merangkumi
kehidupan pelbagai kaum dimuatkan dalam novel ini. Lebih menarik, banyak pantun
Melayu yang menghiasi setiap bab, malah Fauconnier turut menulis bahawa beliau
terpikat dengan bait indah dan kiasan dalam khazanah puisi tradisional Melayu
yang menunjukkan kesantunan masyarakatnya dalam berbahasa. Keindahan sastera
Melayu menerusi watak pembantu Lescale, iaitu Ngah dan Smail yang mengajaknya
membaca buku dongeng lama seperti Cerita Kutu di Dalam Hutan dan Pak Belalang
pula menunjukkan kebanggaan masyarakat dulu dalam memartabatkan bahasa dan
kesusasteraan. Secara keseluruhannya Nurani Tanah Melayu ialah simbolik kepada
kekuatan Melayu yang selama ini sering dipandang rendah oleh masyarakatnya
sendiri, sedangkan ia dihormati oleh orang asing yang mengambil peluang mendalami
keunikan budaya dan keseniannya. Dapatan kajian ini berupaya membuatkan nurani
dan minda masyarakat supaya teguh kepada akarnya, tegar dalam menjaga kedaulatan
bangsa dan lebih patriotik seperti saratnya cinta Fauconnier kepada Tanah Melayu.

Kata kunci: Simbolik, Kekuatan, Melayu.

PENGENALAN

Nurani Tanah Melayu tajuk novel Malaisie karya Henri Fauconnier yang telah diterjemahkan ke
Bahasa Melayu oleh Muhammad Haji Salleh (2015) menceritakan kehidupan dua orang pengurus
estet, Lescale dan Rolain, di Kuala Sampah, Selangor. Di sana, mereka belajar memahami dan
menyesuaikan diri dengan pekerja Tamil, Cina dan penduduk Melayu. Wajah Tanah Melayu
dipersembahkan mengikut gaya kefahaman Fauconnier menyerlahkan kecintaannya terhadap sisi
budaya masyarakat tempatan yang dihuraikan dalam empat bab utama iaitu “Penanaman Getah”,
“Pondok Nibung”, “Kembara” dan “Amuk”. Dalam proses memahami, mereka menyelami
ritual, adat dan budaya setiap kaum. Walaupun Fauconnier tidak menampilkan dirinya sebagai
watak utama, kebanyakan kisah yang diadun dalam gaya fiksyen itu mencerminkan realiti
sepanjang beliau berkelana ke Tanah Melayu bermula tahun 1905 untuk memulakan penanaman
getah. Kebanyakan kisah menarik perhatian antaranya bagaimana Lescale dan Rolain bekerja
610
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dengan masyarakat tempatan di ladang getah yang majoritinya terdiri daripada bangsa India,
sekali gus turut menampilkan kisah perbezaan kasta. Lebih menarik lagi banyak pantun Melayu
yang menghiasi setiap bab, malah Fauconnier turut menulis bahawa beliau terpikat dengan
bait indah dan kiasan dalam khazanah puisi tradisional Melayu yang menunjukkan kesantunan
masyarakatnya dalam berbahasa.
Keindahan sastera Melayu menerusi watak pembantu Lescale, iaitu Ngah dan Smail yang
mengajaknya membaca buku dongeng lama seperti Cerita “Kutu di Dalam Hutan” dan “Pak
Belalang” pula menunjukkan kebanggaan masyarakat dulu dalam memartabatkan bahasa dan
kesusasteraan. Kedua beradik ini juga turut memperkenalkan sudut pandang dunia, kepercayaan,
istiadat serta gaya berhibur dan bercinta cara Melayu. Jarang terdapat usaha yang agak penuh
begini untuk memahami budaya dan manusia yang sangat berlainan budaya daripada budaya
penulisnya. Hasilnya bermutu tinggi, canggih dan berani.
Karya ini memenangi Prix Goncourt, sebuah anugerah sastera Perancis tersohor tahun
1931. Buku itu adalah inisiatif ITBM dalam memulihara dan memperbanyakkan khazanah
perpustakaan dan kesusasteraan negara khususnya buku mengenai Malaysia dari luar negara.
Sidang Barbezieux buat julung kalinya menghimpunkan semua pengkaji dan komuniti pantun di
Perancis diadakan khusus selepas 85 tahun penerbitan ‘Malaisie’ tulisan Henri Fauconnier. Karya
Fauconnier ini menjadi pencetus kepada perkembangan pantun di Perancis kerana diselitkan
beberapa kerat pantun bahasa Melayu walaupun seluruh teks yang lain ditulis dalam bahasa
Perancis.
Bagi orang Malaysia, ada beberapa perkara yang dapat dipelajari daripada pengarang
bijaksana ini; antaranya ialah falsafah tradisional dan pandangan hidup orang Melayu. Penilaian
Fauconnier terhadap pantun pula cukup tajam serta benar, dan dapat dihayati hingga hari ini.
Beliau meneroka semua ini “untuk mendapatkan wawasan ke dalam nurani Malaya”. Novel ini
telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa, Muhammad Haji Salleh, seorang penterjemah
yang berpengalaman, akhirnya berjaya membawa kebijaksanaan dan kehalusan bahasa asalnya
ke dalam bahasa Melayu yang sama halus dan canggih.

OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti falsafah tradisional dan pandangan hidup orang Melayu dari kacamata
orang Peranchis yang datang ke Tanah Melayu tahun 1905.
ii. Memahami penilaian Henri Fauconnier terhadap pantun orang Melayu yang dikatakan
cukup tajam serta benar.

METODOLOGI

Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu mengkaji teks dengan menelaah novel Nurani Tanah
Melayu (Malaisie) karya Henri Fauconnier yang telah diterjemahkan oleh Sasterawan Negara
Muhammad Haji Saleh dan telah diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara tahun 2015.

DAPATAN

Bahagian ini akan tertumpu kepada beberapa contoh yang mengambarkan falsafah tradisional
dan pandangan hidup orang Melayu dari kacamata Henri Fauconnier yang datang ke Tanah
Melayu tahun 1905. Di selitkan juga beberapa contoh pantun, mantera, mengikut penilaian
Fauconnier yang mengatakan pantun orang Melayu cukup tajam serta benar.
Sehubungan itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat Melayu yang
digambarkan dalam novel ini berada pada tahap primitif, segala aktiviti kehidupan dijalankan
secara lisan sepenuhnya apabila setiap ahli masyarakat berhubungan antara satu sama lain
melalui komunikasi lisan. Sesuai dengan tingkat pemikiran yang sederhana ini, mereka
menyesuaikan kehidupan dengan persekitaran alam sekeliling dalam meneruskan kelangsungan
611
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

hidup. Pada tahap ini lahirlah dalam kalangan masyarakat itu suatu fenomena ujaran kata-kata
indah yang bersifat sederhana dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan sama ada dalam
bentuk prosa mahupun puisi yang diistilahkan sebagai sastera lisan. Fenomena inilah yang
dialami oleh masyarakat Melayu ketika itu. Mohd Taib Osman (1982) membahagikan tradisi
lisan kepada tiga komponen asas iaitu tradisi yang berbentuk perlakuan (behavioural). Tradisi
berbentuk perlakuan ini ialah tradisi yang dilakukan atau diamalkan oleh pemiliknya seperti
adat-resam, perbomohan, perayaan (ceremonies), teater tradisional, permainan rakyat, tarian
dan segala bentuk pertukangan serta kemahiran dalam aktiviti harian mereka. Keduanya tradisi
budaya benda ( material culture) yang merujuk kepada artifak-artifak warisan yang dihasilkan
daripada aktiviti tradisi perlakuan seperti busana, alat muzik, seni bina, alatan hiasan diri, alat
persenjataan, anyaman, tembikar, pertukangan perak dan tenunan. Seterusnya, komponen
yang ketiga tradisi lisan ialah tradisi yang berbentuk pengujaran (verbalized). Tradisi lisan
jenis ini meliputi segala bentuk tradisi yang diujarkan melalui perantaraan mulut dan dikenali
juga sebagai sastera lisan atau sastera rakyat. Di dalam novel ini ada digambarkan ketiga-
tiga bentuk tradisi lisan tersebut yang menjadi asas kepada bentuk perlakuan pemiliknya
seperti aspek perbomohan untuk memulihkan penyakit, aspek hiburan seperti nyanyian dan
tarian dengan busananya yang menawan serta yang berbentuk pengujaran iaitu pantun yang
menjadi medium utama dalam berkomunikasi masyarakat Melayu pada awal abad ke-20 yang
mengambarkan ketinggian keintelektualan orang Melayu dengan berpandukan keindahan
dan kekayaan alam ciptaan Tuhan. Walaupun dalam masa yang sama mereka dikatakan daif
dan primitif, tetapi bait-bait pantun orang Melayu cukup tajam dan benar, seperti yang diakui
oleh Fauconnier. Perkara ini dapat dibuktikan dalam kisah kehidupan, falsafah dan bait-bait
mantera, pantun, nyanyian yang diselit dalam novel kisah benar ini oleh Henri Fauconnier.
Untuk huraian selanjutnya akan diperturunkan beberapa contoh bait-bait pantun yang terdapat
dalam novel ini, umpamanya permulaan bab satu (Penanam Getah) terdapat serangkap pantun
yang mengambarkan kegembiraan dan keterujaan Fouconnier buat permulaannya menjadi
pengurus di sebuah ladang getah di Kuala Sampah, Selangor pada ketika itu. Seperti pantun
berikut;

Jikalau tidak kerana bintang,


Masakan bulan terbit tinggi;
Jikalau tidak kerana abang,
Masakan datang adik ke mari
(hlmn. 3)

Gambaran masyarakat berbilang kaum yang hidup dengan harmoni juga digambarkan dalam
kenyataannya seperti berikut;

“beberapa orang yang rencam warna pakaiannya mengerumuni mereka; Melayu


berkulit sawo matang, Tamil berkulit hitam, Cina, pula dengan wajah kekuningan limau
di bawah terik Matahari khatulistiwa. Mereka kelihatan sedang matang seperti sebiji
oren panas. (hlmn. 3)

Seperti yang diperkatakannya lagi;

“Di Bukit Sampah, saya menemukan Tanah Melayu yang baharu dan lebih terbuka
hatinya. Saya telah melepasi tahap kegelisahan pada awalnya, serta mula merasai
kegembiraan yang tenang, dan sepatutnya menemani perasaan kasih sayang dengan
mata terbuka. (hlmn. 27)

612
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Dalam bab dua pula (Pokok Nibung) dimulai dengan pantun dua kerat, yang mengambarkan
perbezaan kehidupan antara di Tanah Melayu dengan di Eropah. Namun semuanya dapat
ditangani dengan bijaksana seperti maksud yang tersirat dalam pantun yang dipaparkan;

Padang perahu di lautan,
Padang hati di fikiran.
(hlmn. 45)

Seterusnya Fauconnier menurunkan falsafah tradisional dan pandangan hidup orang Melayu
dari kacamatanya seperti berikut;

“sudut pandangan kita bertentangan dengan sudut pandangan mereka. Mereka biasa
mendapat keperluan beras dengan hanya bekerja selama seminggu dan mereka tidak
menuntut lebih daripada itu. Semua keletihan dianggap sesuatu yang sia-sia sahaja
dan juga berbahaya. Perjalanan hidup itu panjang – mengapakah perlu tergesa-gesa?
Pada waktu pagi, mungkin mereka pergi melihat pukat di sepanjang sungai atau jerat di
pinggir hutan, dan di sana mereka akan bertemu dengan makhluk hutan dan air, yang
diizinkan Allah SWT untuk menangkapnya, supaya jasad mereka dapat menjadi jasad
manusia, mankala roh mereka dapat memasuki roh manusia, mungkin mengenali-Nya
dengan lebih baik. Jika Dia mengizinkan, sebabnya ialah Dia telah menjadikan sesikat
pisang masak di suatu sudut kampung, ataupun rebung, iaitu sayur yang sedap dimakan
tersedia untuk dipotong. Mereka percaya, tidak lama kemudian aka nada buah-buahan
untuk dimakan bersama dengan nasi. Keesokan harinya, mungkin takdir akan lebih
bermurah hati, dan akan ada lebih banyak lagi.” (hlmn. 47)

Petikan di atas mengambarkan betapa orang Melayu dahulu kala digambarkan dengan
perumpaaman “kais pagi makan pagi kais petang makan petang”.

Seterusnya dalam bab yang sama Fauconnier mengambarkan betapa orang


Melayu mempercayai sesuatu benda yang hidup itu mempunyai semangatnya. Perhatikan
perbualan antara Fauconnier dengan pemantunya Smail seperti berikut;

“Smail, kamu tahu mengapa cicak berhenti sejenak sebelum melompat menangkap
lalat?
“untuk memberinya waktu berdoa kepada Allah,” dia menjawab tanpa ragu-ragu.
“Haiwan juga berdoa kepada Allah?”
Dia kelihatan terkejut mendengar kejahilan saya
“Mengapa pula tidak?”
“Beras yang kamu hendak tanak itu juga berdoa?”
“Tuan mentertawakan saya.”
“Tidak, Smail, saya ingin tahu kepercayaan orang Melayu. Tidakkah Tuan Rolain
bertanyakan soalan begini?”
“Orang putih,” kata Smail, “Bertanyaan soalan yang ditanya oleh anak-anak.” Dia
menambah, “Kita makan nasi, tapi kita tidak makan semangatnya.”
Bagi saya, ini tidak ada ertinya sama sekali. Saya patut bertanya sama ada roh lalat
dimakan. Akan tetapi, perkataan yang saya gunakan untuk “roh” itu terasa canggung
sedikit. Roh haiwan, roh tumbuhan, malah roh emas atau besi – bagaimanakah
kita akan memahami konsepnya? Walaupun logic saya sudah tersasar, saya tidak
berani menganggap bahawa Smail itu seorang yang bodoh. Apa yang dikatakannya
mungkin menyimpan sebutir kebenaran, dan seharusnya mempunyai makna. Logik
naluriah berkata demikian kepada saya. (hlmn. 48)

613
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Pernyataan Fauconnier diperkukuhkan lagi seperti maksud pantun dua kerat dan empat
kerat seperti berikut;

Murai gila jadi tekukur


Ajaib hairan hati tafakur
(hlmn.58)

Kepercayaan orang Melayu kepada semangat dan roh diperkuatkan lagi dengan
petikan berikut;

“Ada terlalu banyak semangat dan roh di dalam hutan,” kata Smail perlahan,
“Lebih banyak semangat dan roh daripada nyamuk. Ada sesetengah semangat dan
roh pada setiap pokok. Kalaulah dengan tuan yang lain saya takkan berani hidup
di sini.”
“Maafkan saya tuan, kalau saya minta tuan katakana kepada Tuan Rolain supaya
jangan selalu ke hutan dan duduk di sana sampai lewat senja. Lihat, langit sedang
menguning…” (hlmn 59)


Walaupun sudah memeluk agama Islam, Fauconnier mempercayai bahawa orang
Melayu ketika itu masih berpegang kepada tiga lapis kepercayaan iaitu animism, hinduisme
dan Islam. Ini seperti kenyataannya seperti berikut:
Sebagai penganut Islam orang Melayu sangat teguh, tetapi bukan sebagai pengikut yang
ortodoks. Doa mereka yang bermula dan berakhir dengan nama Allah, sebenarnya ditujukan
kepada ribuan hantu yang ditolak oleh Nabi mereka. Allah Maha Penyayang – dan merreka
tidak lupa mengingati-Nya setiap hari. (hlmn. 61)
Rumusannya Fauconnier menyatakan bahawa orang Melayu pada waktu itu mempercayai
kepada semangat dan roh yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Perbualan antara
Smail dengan tuannya Fauconnier dan Roland tidak pernah jemu didengar dan diikuti kerana ia
diselang selikan dengan bait-bait pantun seperti yang diungkapkan. Perhatikan pantun berikut
seperti mana yang difahami oleh Fauconnier mengenainya.

Asam kandis asam gelugur,


Ketiga dengan asam rembunia;
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.
(hlmn. 63)

Nyawa menangis di pintu kubur,


Hendak pulang ke dalam dunia.
(hlmn. 63)

Nasi basi di atas para,


Nasi masak dalam perahu;
Pucat kasih badan sengsara,
Hidup segan mati tak mahu.
(hlmn. 63)

614
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Pantun yang pendek begini harus dibaca perlahan-lahan, seperti suatu lukisan benda
tidak bernyawa, yang harus ditatap lama-lama. Demikian mengikut Fauconnier.

Kerengga di dalam buluh,


Serahi berisi air mawar;
Sampai hasrat di dalam tubuh,
Tuan seorang jadi penawar.
(hlmn. 64)

Akar keramat akar bertuah,


Akar bertampak di gua batu;
Nabi Muhammad kekasih Allah,
Di manalah tuan masa itu?
(hlmn. 64)

Rumusannya mengikut Fauconnier puisi tidak mungkin diterjemahkan, tetapi dalam


masalah terjemahan pantun, yang menjadi persoalan bukan sahaja rentak, rima dan asonansinya
yang tercicir. Permainan bahasa, frasa yang bolak-balik dan alusi haruslah yang mempesonakan
orang Melayu. Selanjutnya Fauconnier menyatakan;

“kita harus lama tinggal bersama dengan orang Melayu untuk menangkap konotasi
setiap kata, selain makna harfiahnya. Mereka menghafal rangkapnya dan selalu
menggubah yang baharu. Percakapan merreka sarat dengan unsur puitis, tetapi mujarad.
Ada satu permainan lompat katak antara yang konkrit dengan yang mujarad, apabila
orang yangmengambil bahagian selalu berubah-ubah tempatnya. Kebimbangan kita
adalah supaya dapat mengalihkannya secara jelas, iaitu dengan mencerakinkan naluri
gagasannya… (hlmn. 64)
Selanjutnya beliau menyatakan seperti berikut;

“pantun pertama yang saya baca menghiburkan saya laksana sebuah lukisan “teka-teki”
yang harus dikembalikan kepada seluruh nuansa dan ertinya untuk mencari raut garis
yang terselindung di bawah objek yang tersurat.” (hlmn. 65).

Mengikut Fauconnier falsafah hidup orang Melayu juga banyak dipengaruhi oleh
percaya adanya hantu. Ini seperti yang didengarinya dari Smail dari cerita-cerita hantu yang
disampaikannya.

“malam itu saya diperkenalkan kepada banyak jenis hantu. Hantu Mati Anak, yang
mati di dalam perut ibunya, Langsuir, mati semasa melahirkan, hantu Golek, yang
keluar dari kubur dan melompat serta bergulung di atas tanah, yang dibalut dengan kain
kapan… (hlmn. 68)

Mengikut Fauconnier lagi; yang ditakuti orang Melayu ialah fikiran orang mati,
semangat mereka, perbuatan mereka, yang akhirnya dibebaskan dan hidup secara berleluasa –
segala-galanya yang diwariskan oleh takdir kepada suratan nasib.
Puisi telah lama terlahir dalam sejarah peradaban manusia. Sebagaimana yang disebut
oleh Dharmawijaya (1998:12), beliau mengatakan bahawa puisi telah diterima umum sebagai
bentuk karya sastera yang paling tua. Karya-karya agung seperti Mahabrata, Ramayana,
Oedipus, Hamlet dan Macbeth ditulis dalam bentuk puisi. Malah puisi membuka nuansa jauh
yang lebih luas seperti yang dikatakan oleh Muhammad Haji Salleh (2009:9) bahawa puisi
banyak menyimpan genius bangsa, cara, adat istiadat, kecenderungan, sudut pandangan dan
konsepsi alam. Sesungguhnya puisi mempunyai kedudukan istimewa dalam tamadun dunia
615
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

malah mempunyai kedudukan yang amat rapat dengan orang Melayu. Puisi bukan sekadar
warisan kebudayaan yang menggambarkan orang Melayu malah puisi merupakan khazanah
orang Melayu yang memberikan citra kepada orang Melayu semenjak dahulu lagi. Didalam
bab selanjutnya iaitu bab tiga (Kembara) puisi Melayu seperti pantun terus dirakamkan oleh
Fauconnier seperti rangkap berikut;

Kupu-kupu terbang melintang,
Terbang di laut di ujung karang;
Pasal apa berhati bimbang,
Dari dahulu sampai sekarang?
(hlmn. 74)
Tujuh gunung Sembilan lautan,
Kalau tak mati saya turutkan
(hlmn. 87)

Sebuah lagu Melayu diselitkan juga;

Pergilah anak-anak pergi mandi,


Sejukkan tubuh yang panas seperti kuih,
Bersihkanlah tubuh yang ditepung abuk,
Sembunyikan tubuhmu dalam air payau,
Telanjang bulat seperti kerbau yang kehilangan gelang
Di hidungnya,
Telanjang seperti cicak dengan simpul di atas kepalanya,
Jambulmu sudah lekat pada kepalamu – jaga-jaga,
Jangan tenggelam,
Malaikat Jibrail tidak tahu bagaimana hendak membawamu.

(hlmn. 97)

Sketsa juga diselitkan;

Tuan saya paling baik, hatinya hadir di hadapan saya


Matanya melihat apa yang ada di luar kepala saya

Tuan saya paling baik, bijaksananya hadir di depan hati saya


Hatinya melihat apa yang ada di sebalik mata saya
(hlmn. 98)

Seperti yang telah dimaklumi, pantun adalah puisi Melayu asli ,dicipta dalam masyarakat
Melayu; iaitu bukan daripada puisi Jawa, India atau Cina.Bagi masyarakat Melayu pantun
merupakan ciri penting dalam kesenian mereka. Dalam kehidupan orang Melayu pantun
bukan sahaja digunakan dalam nyanyian, bahkan dipakai dalam percakapan atau ucapan,
dalam perbualan, adat istiadat dan sebagainya. Betapa pun perubahan berlaku dalam bahasa
dan kesusasteraan Melayu, namun pantun mempunyai tempatnya yang khusus dan istimewa.
Perubahan boleh terus berlaku dalam berbagai-bagai aspek budaya Melayu, namun pantun
tetap wujud dalam bentuk aslinya. Ia tidak dapat ditokok tambah atau dikurangkan bentuk
dan sifatnya tetapi dapat disesuaikan dengan perkembangan bahasa dan kemajuan kehidupan
masyarakat Melayu.
Pantun selalu dianggap sebagai alat komunikasi antara anggota-anggota masyarakat.
Pantun-pantun yang bertemakan kasih sayang adalah hasil komunikasi daripada kegiatan
616
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

menggunakan pantun dalam suasana berkasih sayang, sama ada diucapkan secara langsung,
melalui lambang atau tulisan, atau melalui perantaraan suatu suasana yang berkenaan.

Laksana buah kepayang,


Dimakan mabuk dibuang sayang.
(hlmn. 117)

Terdengar air di jantung kelapa,


Durian kuning menyimpan rahsia;
Aku tahu kurinduimu sentiasa,
Mengapakah kau rindukan bibirku pula?
(hlmn. 129)


Di mata gadis jejaka sebiji durian,
Kasar dan berduri – bakal melukakan;
Setelah jijik dan takut, tibalah keinginan,
Selepas itu berahi tumbuh berkepanjangan.
(hlmn. 129)

Kupaslah buah baunya sekali,


Tak seorang merasa jemu;
Bijinya seakan telur, melepasi jari,
Isinya bagai bawang dan susu
(hlmn. 129)
Mumbang kelapa tidak berair,
Bulan di atas meneguknya;
Nyiur semantan pun bukan,
Nyiur sudah dimakan bulan.
(hlmn. 130)

Puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan nazam adalah
pancaran nilai dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional. Bentuk dan isi pemikirannya
bukan sahaja berguna dalam konteks zamannya malah relevan untuk setiap masa dan latar
masyarakat Melayu dan keseluruhan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia hari ini.
Dalam bab empat (Amuk) di bentangkan pula tentang kepercayaan kuasa ghaib bagi
orang Melayu. Berikut digambarkan seperti pernyataan Fauconnier;

“kuasa ghaib ini tidak dapat mengharungi perbendaharaan kita. Yang diperlukan
hanyalah untuk mentafsirkan fikiran yang melayang-layang di udara di sekeliling kita.
Itulah yang dilakukan oleh orang Melayu. Kuasa ghaib di Tanah Melayu itu bisu; tetapi
mereka memahaminya.” (hlmn. 52)

Terang bulan terang temaram,


Hantu berjalan laki bini.
(hlmn. 133)

Mambang kuning mambang kelabu


Pantat kuning disemburkan abu!
(hlmn.148)

617
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Selain dapat meluahkan perasaan, puisi Melayu lama merupakan alat komunikasi yang
berkesan. Ia lebih kerap dan menjadi satu kemestian dalam aspek ritual atau upacara-upacara.
Menurut Harun Mat Piah (1989:4), aspek ritual atau upacara dapat dilihat hampir dalam
kesemua fungsi dan peranan yang diambil oleh puisi ini, yang seluruhnya dapat digunakan
dalam pelbagai kegiatan yang bersifat ritual, baik yang berupa magis, mahupun yang berunsur
agama atau hiburan. Dalam bab ini mantera juga diselitkan seperti berikut;

Aku tahu namamu dan asalmu


Kau kotor tapi dibersihkan
Terjadi daripada air mata Muhammad
Apabila baginda berhijrah dari Makkah
Dalam abu padang pasir
Dipandu oleh seorang kafir
Menutup mata butanya disebabkan tangismu…
(hlmn. 151)

Masuklah ke taman nikmat


Semerbak dengan bau-bauan dan burung-burung
Diciptakan Allah
Dipersembahkan oleh adik saya Smail
Terimalah taman nikmat ini
Tunjukkanlah kepada saya penyakit adik saya ini.
(hlmn. 151)

O Badi ! O Badi ! O Badi!


Masuklah dalam jambak daun
Seraplah inti daun-daun itu
Ketujuh-tujuh keracunan daripada daun-daun itu
Kembalilah ke tempat asalmu
Dalam air yang mengalir dan meresap
Dalam tiupan angin yang sudah berhenti
Dalam kurang mereh dari bumi
Kepada tanah rata tanpa rumput
Kepada laut tanpa pantai
Kepada ruang yang tidak terbentang
Demi kekuatan La-ilaha-illa-illah…
(hlmn. 154)


Hendak pucuk pucuklah jering,
Jering tak biasa pucuk di dahan;
Hendak kokok kokoklah biring,
Biring tak biasa kalah di medan.
(hlmn. 165)

Kalau tuan mudik ke hulu,


Carikan saya bunga kemboja;
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.
(hlmn. 175)


618
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Puisi sebagai karya kesusasteraan tidaklah sekadar untuk dibaca dan didengar. Puisi
yang unsur-unsurnya kaya dengan nilai-nilai kerohanian itu perlu difahami atau dihayati. Bagi
mencapai matlamat memahami ini, seseorang pembaca atau peneliti hendaklah terlebih dahulu
membebaskan diri dari konsep bahawa puisi itu susah atau rumit. Cuma yang perlu ketika
menghadapi puisi ialah membina sikap kesungguhan, perasaan yang peka, imaginasi yang kuat
dan fikiran yang terbuka.
Setiap jenis puisi lama terungkap melalui kemahiran penciptanya memilih dan menyusun
kata-kata daripada suasana alam dan persekitarannya serta menjalinkannya dengan bunyi.
Dalam pemilihan, penyusunan dan perjalinan itu tergambar pernyataan perasaan, pemikiran dan
aktiviti-aktiviti masyarakat yang kebanyakannya secara halus. Melalui gambaran-gambaran
seperti itulah dapat dikesani ‘nilai-nilai murni’ seperti kerjasama, kesetiaan, kejujuran,
ketabahan dan seumpamanya sebagai ikhtibar kehidupan manusia.
Demikianlah beberapa contoh yang sesuai membincangkan kedudukan puisi Melayu
yang telah dirakamkan oleh Henri Fauconnier, sebagai cipta sastera yang unik untuk dijadikan
pedoman dalam mengangkat paradigma generasi masa kini. Keunikannya akan terus diwarisi
oleh jenerasi yang akan datang dan tidak mungkin akan terhapus di telan zaman, seperti yang
tergambar dalam ungkapan ‘tidak akan Melayu hilang di dunia’. Namun kebimbangan tetap
terasa kerana ciptaan puisi yang terus dipinggirkan di tengah ledakan siber internet masa
kini. Langkah-langkah yang lebih wajar perlu diambil khasnya dikalangan para ilmuan dan
pengkarya di bidang ini untuk terus berpuisi dan menunjukkan ciri-ciri kecemerlangan dan
sepatutnya ada bersama di laman internet supaya dikenali dan diminati oleh generasi masa kini
dan akan datang, bukan sahaja dirantau ini malah di seluruh dunia.
Setelah mengkaji novel ini apa yang boleh diperkatakan dari segi intrinsiknya didapati
plot cerita yang tidak begitu tersusun, sedikit sebanyak agak mengelirukan pembaca, tetapi ia
masih boleh difahami sekiranya fokus penuh diberikan sepanjang proses pembacaan. Perbezaan
dimensi masa ketika Fauconnier mula menulis naskhah yang diterbiktan pada tahun 1931 itu
dengan gaya penulisan hari ini dan perubahan cara hidup masyarakat mungkin antara perkara
yang membataskan untuk pembaca menghayati Nurani Tanah Melayu. Terdapat lukisan atau
ilustrasi menarik yang memaparkan gaya hidup masyarakat di Tanah Melayu ketika itu antaranya
gaya rumah tradisional, pekerja ladang getah sedang bekerja dan wajah gadis Melayu.

PERBINCANGAN

Kini kebanyakan karya-karya lama yang berbentuk lisan, baik puisi mahupun prosa telah
ditulis dan dibukukan. Dengan demikian orang ramai terutamanya pengkaji sastera Melayu
bukan sahaja dapat mengkaji sastera Melayu baharu, mereka juga mendapat kemudahan yang
luas mengkaji karya sastera lama.Selain daripad itu kajian mendapati novel ini sarat dengan
puisi-puisi Melayu tradisional terutamanya pantun dan mantera. Pantun yang dirakamkan telah
mengambarkan betapa geniusnya orang Melayu dalam berbahasa. Ini diakui oleh Fauconnier.
Ani Haji Omar (2011:19) menyatakan puisi Melayu tradisional atau puisi rakyat adalah
kesusasteraan rakyat yang sudah tertentu dan terikat bentuknya, biasanya terjadi dari beberapa
deret kalimat, ada yang berasaskan mantera, ada yang berdasarkan panjang pendek suku kata,
tekanan suara atau hanya berdasarkan pada irama. Puisi rakyat juga terdapat dalam bentuk
sastera rakyat non-naratif seperti dalam ungkapan tradisional (peribahasa) yang dinamakan
peribahasa berangkap yang wujud dalam teromba (puisi adat), dalam bentuk pertanyaan
tradisional atau teka-teki iaitu puisi teka-teki, dalam bentuk cerita rakyat yang dinamakan puisi
lirik dan dalam kepercayaan rakyat pula wujud sebagai mantera.
Dalam kesusasteraan Melayu tradisional beberapa jenis puisi telah dikenal pasti yang
hidup dalam tradisi lisan sebagai hasil kesusasteraan rakyat. Puisi-puisi tersebut ada yang
lahir sebagai hasil kreativiti masyarakat Melayu sendiri dan ada juga yang disadur daripada
tradisi luar terutama tradisi Arab-Parsi yang telah dibawa oleh Islam dan ada juga yang disadur
daripada tradisi Hindu sebagai serpihan tinggalan budaya tersebut, namun telah diiktiraf sebagai
619
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

hasil Melayu asli kerana telah berlaku perubahan dan penyesuaian sehingga berbeza daripada
bentuk asalnya. Harun Mat Piah (1989) menyatakan terdapat 12 bentuk/jenis puisi Melayu
tradisional iaitu pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, puisi teka-teki, peribahasa berangkap,
teromba, talibun, prosa berirama/prosa lirik, mantera dan dikir/zikir. Kebanyakan puisi-puisi ini
wujud dalam bentuk sastera lisan yang disampaikan dari mulut ke mulut sebelum adanya alat
percetakan dan kebanyakan rakyat pada ketika itu tidak tahu membaca dan menulis. Namun
untuk ulasan dalam kertas kerja ini hanya beberapa contoh daripada puisi tradisional tersebut
akan diketengahkan.
Jines Reeves (1980:271) menyatakan sastera lisan berperanan sebagai medium imaginasi
kreatif manusia. Oleh yang demikian tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sastera lisan
berupa karya kolektif dari genius kolektif yang sebenarnya tidak kurang canggih pandangan
hidup atau cara persembahannya. Inilah rupa sastera Melayu sebelum kemunculan medium
percetakan. Sehubungan dengan itu Muhammad Haji Salleh (2012) berpendapat bahawa
seharusnya kita tidak lupa bahawa kita telah didahului, dimatangkan oleh karya leluhur bangsa
kita. Oleh itu kita harus mengkajinya.
Puisi Melayu tradisional banyak mengandungi nasihat yang berguna, petua-petua yang
berharga, pantang larang yang harus dielakkan, kiasan yang tepat, sindiran yang tajam, humor
yang mengusik hati, undang-undang masyarakat yang perlu dipatuhi. Puisi Melayu tradisional
juga dapat menyalurkan cita rasa, daya kreatif, bakat, idea serta ilham para seniman dan
sasterawan dalam memperkembangkan budaya serta mempertingkat tamadun bangsa. Puisi
juga dapat dilihat sebagai suatu sumber penglahiran jiwa yang mencerminkan identiti serta
hati budi sesuatu bangsa tersebut. Di samping cintakan tanahair (patriotik) dan dapat memberi
kesedaran serta keinsafan seseorang insan terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan. Selanjutnya
dapat dijadikan pedoman hidup yang luhur dan tunjuk ajar yang berfaedah yang kesemuanya
mengajar dan mengasuh manusia supaya hidup berbudi bahasa dan berakhlak mulia dan tidak
keterlaluan jika dikatakan ia dapat menjana paradigma generasi yang mengamalkannya.
Namun kini puisi Melayu tradisional seakan hilang kegemilangannya. Abdul Latiff Abu
Bakar (2006:99) menyatakan bahawa peranan puisi Melayu tradisional kian terpinggir kerana
masyarakat tidak lagi melihat kepentingan dan hikmah besar yang terkandung dalam puisi
warisan orang tua-tua yang bukan sahaja menggambarkan akal budi orang Melayu yang hebat
tetapi tersisip kemas pengajaran adat dengan menggunakan bahasa Melayu yang begitu indah
dan komunikatif. Sehubungan dengan itu kertas kerja ini selanjutnya akan menganalisis puisi
Melayu tradisional seperti pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, dan teromba dan kaitannya
dengan akal budi dan pemikiran orang Melayu yang boleh menjana paradigma generasi alaf
baharu menerusi maksudnya sama ada secara tersurat mahupun tersirat.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya Nurani Tanah Melayu ialah simbolik kepada kekuatan Melayu yang
selama ini sering dipandang rendah oleh masyarakatnya sendiri, sedangkan ia dihormati
oleh orang asing yang mengambil peluang mendalami keunikan budaya dan keseniannya.
Membacanya berupaya membuka nurani dan minda masyarakat supaya teguh kepada akarnya,
tegar dalam menjaga kedaulatan bangsa dan lebih patriotik seperti saratnya cinta Fauconnier
kepada Tanah Melayu. Sesungguhnya bahasa dan kesusasteraan umumnya adalah pancaran
citarasa dan corak kehidupan masyarakat. Yang lama adalah pancaran masyarakat dan seni
kehidupan lama dan yang baharu merupakan gambaran yang terpancar dalam unsur-unsur
seni kehidupan masyarakat baharu. Sebenarnya kedua-duanya itu merupakan budaya bahasa
Melayu dan sekaligus memperlihatkan keseluruhan bentuk dan corak kebudayaan Malaysia.
Sebagai rumusannya memang benarlah seperti kata Robert Scholes (1969), seorang pengkritik
puisi menyatakan bahawa ‘orang yang menutup telinga terhadap puisi akan terpencil dari suatu
wilayah yang penuh harta kekayaan berupa pengertian manusia, pandangan perseorangan,
sensitiviti yang menonjol; oleh itu upaya yang dituntut untuk memahami serta menghayati
620
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

puisi menjadi sama pentingnya dengan upaya yang dituntut oleh setiap bentuk kehidupan
manusiawi lainnya’. Matthew Arnold (1964) pula ketika mengemukakan tanggapannya
menyebut, ‘puisi adalah satu-satunya cara yang paling indah, impresif dan yang paling efektif
untuk mendendangkan sesuatu’.
Dengan tanggapan-tanggapan ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa ketinggian nilai
seni puisi terletak pada penciptanya yang mengandungi kekayaan pemikiran serta kehalusan
perasaan yang terjalin dalam ukiran bahasa secara harmonis. Maka di sinilah terletaknya
keistimewaan kedudukan puisi Melayu sebagai cipta sastera yang unggul.

RUJUKAN

Ani Hj Omar. (2011). Aspresiasi Teori Kesusasteraan Melayu.Tanjung Malim: Emeritus


Publication.
Asmad, (1990).Kuala Lumpur:Budaya Bahasa (1) Puisi: Associated Educational Distributors
(M).
Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, (1993). Kesusasteraan Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Henri Fauconnier. (2015) Nurani Tanah Melayu (Malaisie). Penterjemah Muhammad Haji
Saleh. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.
Mohd. Ali Bachik, (1989). Himpunan Puisi Klasik. Shah Alam: Marwilis Publisher And
Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Affandi Hassan,(1994).Kuala Lumpur: Kesusasteraan Melayu: Mitos dan Realiti:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mana Sikana,(1986).Kuala Lumpur: Kritikan Sastera, Pendekatan Dan Kaedah: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Muhammad Haji Salleh, 2008. Permata di Rempat, Gilang Sastera sebagai Ruang Bangsa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Taib Osman,(1984).Kuala Lumpur Warisan Puisi Melayu: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sahlan Mohd Saman dan Shaiful Bahri Md. Radzi (pnyt.) (2012). Pengantar Pesuratan Melayu,
Tradisional ke Moden. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Reeves, J. (1980). Understanding Poetry. London: Pans Book Ltd.
Schools, Robert. (1969). Elements of Poetry: London: oxford University Press.
Winstedt, R.O. (1969). A.History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Za’ba, (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

621
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KESEDARAN DAN PENERIMAAN KEPELBAGAIAN BUDAYA OLEH


MAHASISWA IBAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Samsudin Suhaili dan Setiri Simba


Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGENALAN

Malaysia terbentuk dengan beridentitikan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai suku,
kaum, bangsa dan etnik. Kepelbagaian ini telah mewujudkan pelbagai budaya dan adat
resam yang menjadikan negara ini begitu istimewa lagi menarik untuk diteliti keharmonian
masyarakatnya masa hadapan. Kepelbagaian budaya ini bukanlah fenomena asing di Malaysia
tetapi telah lama wujud semenjak sebelum penjajahan Barat di Tanah Melayu. Pada era mencapai
kemerdekaan, dalam masyarakat di Tanah Melayu sudah terdapat hubungan dan kesedaran
antara kaum dengan terbentuknya parti politik yang berteraskan kaum masing-masing yang
bernaung di bawah Parti Perikatan.
Kesedaran secara umumnya dimaksudkan sebagai pemerolehan kebijaksanaan atau
pemahaman baru yang mampu menjelaskan lagi tanggapan terhadap sesuatu perkara. Kesedaran
seterusnya perlu disertai dengan penerimaan kerana tanpa penerimaan yang mencukupi
kesedaran yang ada tidak membawa sebarang implikasi yang berkesan. Oleh itu, kesedaran
yang sebenar ialah dengan adanya penerimaan yang bermaksud menerima sepenuhnya
sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa adanya unsur paksaan dan disertai dengan
tindakan positif yang mencerminkan ada berlakunya penerimaan. Kesedaran dan penerimaan
seterusnya dibuktikan melalui tindakan yang positif. Contohnya dalam memiliki kesedaran
akan kepentingan kebersihan diri, seseorang akan menerima peri pentingnya kebersihan dan
diikuti dengan melakukan perkara-perkara yang menjurus kepada kebersihan diri seperti
mencuci tangan sebelum makan. Begitu juga halnya dengan kesedaran dan penerimaan budaya,
kesedaran terhadap budaya sesebuah kaum akan melahirkan sikap penerimaan yang seterusnya
mendorong kepada tindakan yang positif seperti saling mengenali dan bertolak ansur.
Kajian ini akan berfokus kepada kesedaran mahasiswa dari kaum Iban terhadap budaya
kaum lain di Malaysia diikuti dengan tahap penerimaan mereka terhadap budaya kaum-
kaum tersebut. Dalam menumpukan fokus terhadap kesedaran dan penerimaan budaya oleh
mahasiswa Iban terhadap kaum-kaum lain, aspek yang akan dilihat adalah dari segi budaya
material dan budaya bukan material. Prosser (1978) dan Fred E. Jandt (1995) mendefinisikan
budaya sebagai tradisi, adat resam, norma, kepercayaan, nila-nilai, serta gaya pemikiran yang
diwarisi secara turun-temurun dari generasi ke generasi. Manakala Collier dan Thomas (1988)
pula mendefinisikan budaya sebagai sistem penyebaran perkara bersejarah kepada simbol dan
norma yang digunakan oleh sebarang sistem simbol yang terikat dan penting kepada seseorang
individu.
Budaya merujuk kepada perilaku dan gaya hidup komuniti yang cukup besar untuk
berdikari. Pemikiran, pengalaman, corak perlakuan dan konsepnya, nilai-nilai, serta tanggapan
tentang kehidupan akan menjadi panduan kepada tingkah laku ahli di dalam kelompok tersebut.
Proses pemindahan sosial pemikiran dan tingkah laku ini akan berlangsung secara berterusan
sepanjang generasi. (Fred E. Jandt, 1995: 8). Dalam pada itu, Richard Brislin (2000: 23) juga
telah mendefiniskan budaya sebagai satu set unsur objektif dan subjektif yang dibuat oleh
manusia yang pada masa lalu telah meningkatkan peluang untuk terus hidup, penglibatan
di dalam bidang ekonomi yang memuaskan, dan dikongsi bersama dengan mereka yang
berkomunikasi antara sesama kerana mereka memiliki persamaan bahasa dan tinggal bersama.
Secara keseluruhannya, definisi yang diberikan telah membuktikan bahawa budaya merupakan
keseluruhan cara hidup termasuklah aspek bahasa, pola interaksi, pemakanan, dan pakaian.

622
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kesedaran dan penerimaan semua kaum terhadap budaya kaum lain amat penting dalam
proses ke arah membangunkan sebuah negara bangsa. Negara Malaysia memerlukan rakyatnya
yang memiliki kesedaran terhadap budaya kaum lain dan menerima dengan baik segala yang
positif mengenai budaya kaum lain. Kemakmuran dan pembangunan yang progresif bertitik
tolak daripada adanya sikap kesedaran dan penerimaan terhadap satu sama lain walaupun
terdapatnya perbezaan. Perbezaan yang wujud ini juga tidak seharunya menjadi penghalang
kepada kemajuan tetapi harus dijadikan sebagai potensi besar untuk mencapai kemajuan
dengan melihat kepada sudut yang positif yang membolehkan membangun semua pihak.
Kaum Iban sebagaimana kaum lain, harus memiliki kesedaran dan penerimaan terhadap
budaya kaum lain di Malaysia. Hal ini adalah kerana kaum Iban turut memberikan impak
dan menyumbang kepada pembangunan negara baik dalam bidang politik, ekonomi, mahupun
sosial. Pada masa yang sama, kaum Iban pada hari ini sudah mula membangun sejajar dengan
kemajuan pembangunan negara Malaysia. Sebagai kaum yang sedang aktif berkembang
dan bergerak maju, mereka sebenarnya telah mempunyai jaringan interaksi sosial yang luas
dan erat dengan kaum-kaum lain di Malaysia malah di peringkat antarabangsa. Bagi tujuan
pembangunan dan proses interaksi sosial dalam masyarakat yang lebih baik pada masa hadapan,
kaum Iban memerlukan kesedaran dan penerimaan yang tinggi terhadap budaya kaum-kaum
lain di negara ini.

Jadual 1: Taburan Penduduk Sarawak Mengikut Kumpulan Etnik


2010
Kumpulan Etnik
Jumlah Peratusan
Iban 713,421 28.90
Cina 577,646 23.40
Melayu 568,113 23.00
Bidayuh 198,473 8.00
Melanau 123,410 5.00
Bumiputera lain 156,436 6.30
Warga Asing 117.092 4.70
Lain-lain 16,549 0.70
Jumlah keseluruhan 2,471,140 100
Sumber: Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa kaum Iban meliputi satu pertiga daripada populasi
keseluruhan di negeri Sarawak yang kebanyakannya menduduki kawasan di Bahagian Sri Aman
dan Bahagian Sibu. Dalam kajian ini, pengkaji akan memberikan fokus kepada mahasiswa
Iban yang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan tumpuan penelitian
terhadap aspek sosial iaitu kesedaran dan penerimaan terhadap budaya kaum lain di negara
ini. Institusi pengajian tinggi ternyata menjadi arena penting dalam menghimpunkan pelbagai
golongan belia yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza sama ada dari segi etnik,
bahasa dan agama malah sosioekonomi. Justeru itu, kesedaran terhadap kepelbagaian budaya
amat dititikberatkan dalam kalangan mahasiswa sebagai kelompok belia di negara ini kerana
mampu mewujudkan penerimaan terhadap kaum lain sekali gus melahirkan suasana yang
harmoni antara kaum di institusi pengajian.

PERMASALAHAN KAJIAN

Kejayaan sebuah negara untuk membangun dan mencapai kemakmuran serta kemodenan
terletak pada gaya hidup rakyatnya. Dengan adanya rakyat yang bertanggungjawab dan
berhasrat untuk mencapai kemakmuran melalui perpaduan antara kaum, langkah pertama

623
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

yang perlu diambil adalah membina kesedaran dan penerimaan terhadap budaya kaum lain.
Dengan kewujudan kepelbagaian kaum dan budaya sejak sekian lama di negara ini, keutuhan
dan keberterusan pembangunannya memerlukan semangat perpaduan yang berpaksi kepada
kesedaran dan penerimaan terhadap budaya kaum lain.
Menghampiri 60 tahun kemerdekaan Malaysia, masih berbangkit isu-isu kaum
dan agama serta ekonomi dalam masyarakat majmuk di negara ini. Timbul juga persoalan
betapa Malaysia masih belum lagi benar-benar menjadi satu bangsa yang jitu dalam memiliki
semangat kekitaan dan berkongsi impian yang sama untuk membangun maju pada masa depan.
Isu yang membabitkan sensitiviti perkauman sudah lama berlaku dari dulu hingga sekarang
malah membawa ke masa akan datang jika ditangani dengan rasional. Permasalahan ini tidak
harus dipandang mudah terutamanya dalam suasana kepelbagaian budaya di Malaysia pada
masa akan datang. Justeru, adalah diakui bahawa kepelbagaian budaya amat menuntut akan
adanya komunikasi yang berkesan antara kaum-kaum yang berbeza latar belakang budaya.
Hal ini adalah kerana budaya merupakan kod yang boleh dipelajari dan kongsi dalam proses
komunikasi. Maka usaha untuk memahami dan bertolak ansur antara budaya satu sama lain
begitu diperlukan bagi membina kesefahaman yang jitu antara ahli masyarakat . (Fred E. Jandt,
1995:22).
Kaum Iban adalah kumpulan etnik peribumi terbesar dengan jumlah hampir 30
peratus daripada populasi penduduk di Sarawak. Kehidupan dan kedudukan tempat tinggal
yang jauh terpisah di pedalaman menyebabkan pertemuan dan komunikasi dengan kaum lain
pada dasarnya begitu terhad. Hanya pada sekitar tahun 1980an dan 1990 barulah berlakunya
penghijrahan keluar secara besar-besaran dari kawasan pedalaman ke kawasan bandar oleh
kaum Iban. Atas faktor memajukan ekonomi terutamanya pembukaan penempatan baharu di
bandar dan kecenderungan meneroka dunia luar untuk memperoleh pekerjaan dan merubah
kehidupan kaum Iban begitu agresif berhijrah dari kawasan luar bandar (Anthony K Samuel,
2005). Penghijrahan keluar dari kawasan pedalaman menyebabkan berlakunya pertembungan
dengan kaum-kaum lain sehingga timbul cabaran baharu untuk menyesuaikan diri dengan
tempat dan ahli masyarakat yang lebih pelbagai latar budayanya. Namun pada dasarnya, di
Sarawak kaum Iban begitu dekat dengan kaum-kaum lain terutamanya Melayu, Cina, Kayan
malah termasuk bangsa Eropah semasa pemerintahan Rajah Brooke (Vinson and Joanne Sutlive,
2001:736). Dengan itu, kaum Iban secara bersama-sama dengan kaum-kaum lain sebenarnya
telah sekian lama hidup secara harmoni dan saling bergantung dalam pelbagai segi kehidupan
demi survival bersama.
Kini, berlaku perubahan dalam gaya hidup kaum Iban dengan tahap keterbukaan yang
lebih luas terutamanya menerusi penglibatan aktif dalam bidang ekonomi, sosial, dan politik
negara. Keinginan untuk membawa kehidupan ke tahap yang lebih tinggi menyebabkan ramai
kaum Iban telah keluar dari tempat asal masing-masing menuju ke kota besar sehingga ke
Semenanjung Malaysia bahkan ke luar negara. Dengan ini, mereka begitu terdedah dengan
budaya kaum lain sehingga memerlukan tahap kesedaran serta sikap penerimaan yang tinggi
terhadap kepelbagaian budaya dalam kehidupan moden pada hari ini. Kaum Iban juga perlu
sekali membina sebuah hubungan yang kukuh dengan kaum lain dalam konteks negara
Malaysia yang berbilang kaum. Oleh itu, kajian ini cuba meninjau sejauh mana kesedaran dan
penerimaan belia Iban terhadap budaya kaum lain di Malaysia.

Kesedaran Pelbagai budaya


Kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat menjadikan kesedaran budaya sebagai
sesuatu kebolehan yang wajib dimiliki oleh setiap anggota masyarakat di negara ini.
Kepelbagaian merupakan perkara yang seharusnya menjadi kelebihan dan bukannya untuk
dielak kerana kepelbagaian membawa banyak kelebihan apabila diteliti pada sudut yang
positif. Dalam erti kata lain, disedari bahawa perpaduan antara kaum merupakan pemboleh
ubah penting dalam menentukan perjalanan politik, ekonomi, dan sosial negara dalam keadaan
yang stabil. Jelas kesedaran budaya merupakan perkara yang tidak lagi asing bagi negara ini.
624
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Sesebuah kaum patut mengetahui sensitiviti dan budaya kaum lain supaya lebih berhati-hati dan
tidak menyinggung mana-mana pihak. Manakalakesedaran budaya masih tidak memadai jika
tidak disertai dengan penerimaan kerana boleh merencatkan kesedaran budaya yang terbaik.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu kajian etnografi. Dalam kajian ini,
kesedaran dan penerimaan budaya oleh mahasiswa Iban terhadap budaya mahasiswa mahasiswi
kaum lain akan dinilai. Responden akan diberi borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat
dan pandangan mereka terhadap budaya kaum lain. Melalui soal selidik ini, responden akan
diteliti berkaitan dengan kesedaran dan penerimaan mereka terhadap budaya kaum lain.
Reka bentuk ini dipilih kerana dilihat sebagai paling sesuai untuk menilai pola tingkah laku
mahasiswa Iban dalam sesuatu kumpulan yang berkongsi sesuatu budaya. Reka bentuk kajian
ini juga membolehkan penghuraian terhadap kehidupan responden melalui pemerhatian sebagai
peserta atau ahli dalam kumpulan yang dikaji.

OBJEKTIF KAJIAN

Jelas sekali bahawa kesedaran dan penerimaan terhadap budaya kaum lain amat penting di
dalam usaha untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan antara kaum. Dengan itu,
objektif kajian ini secara khususnya adalah seperti berikut:
i.) Meneliti kesedaran mahasiswa Iban terhadap kepelbagaian budaya masyarakat majmuk.
ii.) Meneliti tahap penerimaan mahasiswa Iban terhadap budaya kaum-kaum lain.
iii.) Mengetengahkan kepentingan mahasiswa Iban dalam memiliki kesedaran dan penerimaan
terhadap budaya kaum-kaum lain.

Dalam konteks kajian ini, pemahaman mahasiswa Iban terhadap kepelbagaian budaya
masyarakat majmuk di Malaysia akan diteliti bagi melihat tahap kesedaran dan penerimaan
mereka terhadap budaya kaum lain.

Populasi dan sampel


Kajian ini adalah kajian populasi yang melibatkan keseluruhanmahasiswa di Universiti
Pendidikan Sultan Idris, daerah Tanjong Malim (UPSI), Perak. Sampel adalah suatu kumpulan
subset peserta yang dipilih daripada satu populasi untuk menjalankan kajian. Sampel yang
dipilih dalam kajian ini adalah terdiri daripada mahasiswa UPSI dari etnik Iban yang dipilih
secara rawak merentasi aspek jantina, semester dan pengkhususan bidang di Universiti
Pendidikan Sultan Idris,
Alat kajian merupakan cara yang digunakan untuk mengumpulkan data serta soalan atau
kenyataan yang dibentuk khas untuk memperoleh maklumat penyelidikan. Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan kaedah kualitatif menerusi borang soal selidik dan pemerhatian sebagai
alat kajian. Responden yang terlibat dengan kajian ini terdiri daripada 44 orang responden, 22
atau 50% merupakan responden lelaki dan 22 atau 50% lagi merupakan responden perempuan.
Responden ini dipilih secara rawak dan tidak dilakukan sebarang pemilihan jantina semasa
mengedarkan borang soal selidik. Kesemua responden yang dari pelbagai daerah ini datang
dari tiga kawasan iaitu kawasan bandar, luar bandar, dan pedalaman. Asal kawasan responden
yang terbanyak ialah dari kawasan luar bandar iaitu seramai 31 orang atau 70.45% responden,
diikuti oleh responden dari kawasan bandar iaitu seramai 10 orang atau 22.73%, dan akhir
sekali dari kawasan pedalaman iaitu seramai tiga orang atau 6.82% sahaja.

Hubungan Sosial Responden


Majoriti responden menyatakan bahawa mereka tinggal di kediaman luar kampus iaitu
melibatkan seramai 33 orang, dan selebihnya melaporkan diri mereka tinggal di kolej kediaman
iaitu seramai 11 orang. Jumlah responden yang tinggal di luar kampus menunjukkan jumlah
yang lebih banyak sangat signifikan dengan semester pengajian responden. Hanya dua orang
responden berada pada Semester 2 dan wajib untuk tinggal di kolej kediaman. Responden
625
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

selebihnya dari Semester 3 sehingga 8 dan menjadikan jumlah yang tinggal di kediaman
luar kampus lebih ramai. Dapatan menunjukkan hanya 14 daripada 44 orang responden yang
serumah dengan pelajar etnik Melayu. Manakala hanya 8 orang daripada 44 orang responden
yang serumah dengan etnik Cina, dan hanya 2 orang responden sahaja yang serumah dengan
etnik India. Selebihnya iaitu seramai 20 orang responden serumah dengan etnik-etnik Sabah
dan Sarawak.
Terdapat 17 orang responden yang mempunyai kenalan rapat atau kawan baik dari
satu etnik sahaja iaitu etnik Iban, Bidayuh, dan Dusun. Ketiga-tiga etnik merupakan etnik
majoriti masing-masing di Sabah dan Sarawak. Seramai 10 orang responden mempunyai
kawan baik daripada dua etnik iaitu Iban dan Murut, Iban dan Melanau, Iban dan Dusun, Iban
dan Sungai, Iban dan Cina, Iban dan Kadazan, Iban dan Bidayuh, serta Dusun dan Melayu. 4
orang responden mempunyai kawan baik dari 3 etnik berbeza iaitu Iban, Bidayuh dan Melayu,
Iban, Kadazandusun dan Melayu, Murut, Sungai dan Melayu, serta Iban, Dusun dan Bisaya.
3 orang responden mempunyai kawan baik dari 4 etnik iaitu Baju, Cina, Iban dan Melayu,
Iban, Bidayuh, Melayu dan Cina serta Melayu, Dusun, Bidayuh, dan Cina. 3 orang responden
mempunyai kawan baik dari 5 etnik iaitu Iban, Dusun, Sungai, Kenya dan Murut, serta Iban,
Dusun, Bidayuh, Bisaya dan Melayu. Hanya seorang responden yang mempunyai kawan dari
6 etnik iaitu Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Cina, India dan Melayu. Seorang responden lagi
mempunyai kawan baik dari 7 etnik iaitu Iban, Kadazandusun, Cina, Melayu, Kenyah, Bidayuh
dan Murut. 4 orang responden lagi tidak menyatakan etnik kawan baik mereka. Daripada
dapatan, hanya 11 daripada 44 orang responden yang dikenal pasti mempunyai kawan baik dari
etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Selebihnya dari etnik-etnik di Sabah dan Sarawak.

Kesedaran Pelbagai Budaya Responden


Kesedaran budaya responden yang akan dikaji merangkumi budaya material dan bukan
material. Dalam kategori budaya material, kesedaran responden akan dilihat dari segi
makanan tradisional tiga kaum utama di Malaysia iaitu kaum Melayu,, Cina dan India.
Dalam kategori material ini juga, kesedaran responden turut dinilai terhadap aspek pakaian
tradisional kaum Melayu, Cina dan India. Bagi kategori bukan material, antara item yang
dikemukakan kepada responden untuk menguji kesedaran mereka termasuklah aspek agama,
perayaan dan sambutan, adat dan kepercayaan, serta tarian dan persembahan. Kesemua item
ini turut berkaitan dengan budaya tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India.

a. Makanan
Didapati seramai 21 orang responden sangat setuju dan setuju bahawa kuih bulan dimakan
semasa sambutan Chap Goh Mei. Seramai 11 orang lagi tidak bersetuju manakala 12 orang
tidak pasti. Kuih bulan tidak dimakan semasa sambutan Chap Goh Mei tetapi dimakan
semasa perayaan Moon Cake Festival. Bermakna pengetahuan dan kesedaran responden
tentang kuih bulan adalah rendah. Sebanyak 22 orang responden sangat setuju dan setuju
bahawa kuih bakul paling selalu dimakan semasa menyambut Tahun Baru Cina. Hanya tujuh
orang responden sangat tidak setuju dan tidak setuju. Manakala 15 responden lagi tidak pasti.
Kesedaran responden tentang kuih bakul adalah baik kerana lebih ramai yang mengetahui
bahawa kuih bakul paling laris dimakan semasa Tahun Baru Cina.
Kesedaran responden tentang buah Melaka merupakan hidangan kuih muih kaum
Melayu adalah tinggi kerana lebih ramai yang sangat setuju dan setuju iaitu 23 orang. Hanya
3 responden menjawab sangat tidak setuju dan tidak setuju. Namun begitu, terdapat seramai
17 responden yang tidak pasti dan seorang responden tidak memberikan jawapan. Kesedaran
responden bagi soalan ini adalah sangat baik kerana 43 daripada 4 responden mengetahui
bahawa nasi lemak hidangan yang beridentifikasi kepada kaum Melayu. Hanya seorang
responden yang tidak pasti.
Kesedaran responden tentang makanan tosai juga amat baik kerana majoriti memberikan
jawapan yang tepat iaitu seramai 35 responden menjawab sangat setuju dan setuju. Seramai
626
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dua responden sangat tidak setuju dan tujuh orang responden lagi tidak pasti. Seramai 30
responden bersetuju bahawa manisan laddu dikenali sebagai onde-onde. Sementara tiga
orangresponden tidak bersetuju manakala 10 responden tidak pasti. Seramai 41 responden
tidak memiliki kesedaran terhadap makanan tradisional etnik India. Daripada jumlah 41
responden ini, 10 daripadanya tidak pasti, seorang tidak memberikan jawapan, dan 30
responden lagi menjawab dengan salah iaitu bersetuju bahawa manisan laddu juga dikenali
sebagai onde-onde. Kesedaran responden tentang manisan laddu adalah lemah kerana onde-
onde merupakan kuih tradisional kaum Melayu.

b. Pakaian
Seramai 29 responden memberikan jawapan yang betul iaitu bersetuju bahawa Sam Foo
merupakan pakaian tradisional kaum Cina. Seramai dua orang responden tidak bersetuju, 11
responden lagi tidak pasti, manakala dua orang lagi responden tidak memberikan jawapan.
Kesedaran responden tentang soalan ini adalah cetek kerana majoriti tidak pasti iaitu seramai
23 responden. Didapati seramai enam orang responden masing-masing bersetuju dan tidak
bersetuju dan tiga orang lagi tidak memberikan jawapan.
Baju kebaya merupakan pakaian tradisional kaum Melayu dan seramai 36 responden
menjawab dengan betul kerana bersetuju. Didapati seramai empat orang responden tidak
bersetuju, manakala tiga orang responden tidak pasti, manakala seorang responden tidak
memberikan jawapan. Kesedaran responden terhadap baju kurung adalah sangat tinggi kerana
82% bersamaan dengan 36 daripada 44 orang responden tidak bersetuju bahawa baju kurung
dipakai oleh lelaki juga. Walau bagaimanapun, terdapat seramai lima responden bersetuju
bahawa baju kurung juga dipakai oleh lelaki. Hanya dua orang responden menyatakan
ketidakpastian manakala seorang responden tidak memberikan jawapan.
Sangat sedikit pengetahuan responden tentang sari kerana hanya enam orang
responden yang tidak bersetuju sari dipakaikan bersama selendang. Seramai 34 responden
bersetuju bahawa sari dipakai bersama selendang. Baki empat orang responden tidak pasti.
Majoriti responden menjawab dengan salah iaitu seramai 38 daripada 44 orang responden.
Penggunaan baju tradisional sari tidak melibatkan selendang.

c. Agama
Sebahagian besar responden menjawab dengan salah kerana majoriti iaitu 23 responden
bersetuju bahawa pengasas agama Buddha ialah Confucius. Seramai 11 responden tidak
bersetuju manakala lima lagi tidak pasti. Bagi soalan kedua, seramai 26 responden bersetuju
bahawa bunga teratai melambangkan perkembangan rohani dalam agama Buddha. Hanya
dua orang responden yang tidak bersetuju, manakala responden yang tidak bersetuju adalah
seramai 16 orang.
Sejumlah 42 orang responden daripada 44 atau 95% responden menjawab dengan
betul iaitu bersetuju solat fardu dilaksanakan lima waktu sehari bagi orang Melayu/Islam.
Hanya masing-masing seorang responden yang tidak pasti dan tidak memberikan jawapan.
Bagi soalan kelima, kesemua jawapan yang diberikan hampir sama rata iaitu seramai 14
responden tidak bersetuju, 12 orang responden bersetuju, dan 16 orang responden lain tidak
pasti. Manakala terdapat hanya dua orang responden yang tidak memberikan jawapan.
Gudwara merupakan tempat beribadat bagi kaum Sikh. Tempat beribadat bagi kaum
India ialah kuil. Seramai 30 daripada 44 responden menjawab dengan salah. Daripada 30
responden yang menjawab dengan salah ini, 16 responden menyatakan ketidakpastian, 12
responden bersetuju dan 2 orang responden lagi tidak memberikan jawapan.

d. Perayaan Dan Sambutan


Majoriti responden iaitu seramai 29 tidak bersetuju yang Hari Chap Goh Mei disambut
sebelum menjelangnya Tahun Baru Cina. Seramai 10 orang responden bersetuju, manakala
tujuh orang responden pula tidak pasti manakala seorang responden tidak memberikan
627
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

jawapan. Seramai 28 orang responden tidak bersetuju dengan soalan kedua, masing-masing
8 responden yang bersetuju bahawa perayaan Tahun Baru Cina disambut pada bulan Januari
dan tidak pasti. Seramai 30 orang responden bersetuju bahawa Hari Raya Aidilfitri juga
dikenali sebagai Hari Raya Puasa. Seramai sembilan orang responden lagi tidak bersetuju,
manakala empat orang responden tidak pasti dan seorang responden tidak memberikan
jawapan. Pengetahuan responden terhadap soalan keempat adalah baik kerana seramai 36
responden menjawab dengan betul dengan bersetuju bahawa Maulidur Rasul adalah hari
untuk memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. hanya dua orang responden yang
tidak bersetuju, dan enam orang responden tidak pasti.
Seramai 27 responden bersetuju bahawa Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya
manakala lima responden tidak bersetuju. Seramai 11 responden tidak pasti dan seorang
responden tidak memberikan jawapan. Bagi soalan terakhir, kebanyakan responden iaitu
seramai 21 responden tidak pasti. Hampir 50% daripada keseluruhan responden tidak pasti
tentang soalan tersebut. Ramai responden yang menjawab dengan salah iaitu 18 responden.
Hanya lima responden tidak bersetuju bahawa Vaishaki disambut oleh kaum India. Perayaan
Vaishaki tidak disambut oleh kaum India tetapi diraikan oleh kaum Sikh.

e. Adat Dan Kepercayaan


Seramai 30 orang responden tidak bersetuju bahawa warna merah merupakan warna yang
membawa tuah bagi kaum Cina. Terdapat masing-masing tujuh orang responden yang tidak
pasti dan bersetuju dengan pernyataan tersebut. Seramai 30 orang responden mengetahui
bahawa naga merupakan hidupan yang membawa tuah pada kepercayaan kaum Cina. Sera,mai
empat orang responden tidak bersetuju, manakala seramai 10 responden tidak pasti.
Sejumlah 98% responden iaitu 43 orang bersetuju dengan soalan ketiga dan hanya
seorang responden yang tidak pasti. Bagi soalan keempat, majoriti responden iaitu seramai
37 orang bersetuju bahawa bersunat/berkhatan wajib bagi golongan lelaki dan terpuji bagi
wanita kaum Melayu. Hanya dua orang responden yang tidak bersetuju dan lima lagi tidak
pasti. Seramai 37 orang responden mengetahui bahawa kaum India tidak menggunakan
chopsticksemasa makan. Didapati seramai empat responden bersetuju manakala tiga orang
lagi tidak pasti.
Majoriti responden tidak mengetahui tentang bindi iaitu 25 responden tidak pasti
manakala 14 bersetuju dan baki lima orang tidak bersetuju. Dalam soalan ini, seramai 30 orang
responden menjawab dengan salah. Lebih daripada separuh responden tidak pasti iaitu seramai
25 orang responden manakala lima orang lagi tidak bersetuju. Bindi sepatutnya hanya boleh
dipakai oleh wanita India yang telah berkahwin untuk menunjukkan komitmen dan kesetiaan
mereka kepada suami.

f. Tarian Dan Persembahan


Kebanyakan responden bersetuju bahawa tarian payung merupakan tarian tradisional kaum
Cina iaitu seramai 26 orang responden. Seramai11 orang responden tidak bersetuju manakala
selebihnya tidak pasti. Didapati seramai 21 responden bersetuju bahawa tarian naga sama
dengan tarian singa, manakala 15 orang responden tidak bersetuju dan lapan orang responden
lagi tidak pasti. Seramai 40 responden menjawab dengan betul tentang tarian Dondang Sayang.
Hanya seorang responden yang tidak bersetuju dan tiga orang lagi tidak pasti.
Bagi soalan keempat, seramai 28 responden bersetuju bahawa tarian joget
dipersembahkan dengan gerak-geri pantas, hanya empat orang responden yang tidak bersetuju
manakala seramai 13 orang responden pula tidak pasti. Seramai 23 responden bersetuju bahawa
tarian Bharatanatyam dipersembahkan semasa Deepavali manakala hanya tiga orang responden
yang tidak bersetuju. Seramai 18 responden lagi tidak pasti. Paling ramai responden iaitu 25
orang mengatakan mereka tidak pasti jika tarian Bharatanaytam ditarikan oleh lelaki. Seramai
14 responden bersetuju dan lima yang lain lagi tidak bersetuju. Seramai 39 orang responden
menjawab dengan salah bagi soalan ke-6. Tarian Bharatanatyam tidak dipersembahkan pada
628
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

perayaan Deepavali dan hanya dipersembahkan oleh penari perempuan sahaja.

Penerimaan Pelbagai Budaya


Bahagian berikutnya adalah bertujuan untuk mengukur tahap penerimaan mahasiswa Iban
terhadap budaya kaum lain di UPSI. Bagi soalan pertama, seramai 42 responden mengatakan
mereka bersetuju untuk mencuba makanan kaum lain. Hanya masing-masing seorang responden
yang tidak bersetuju dan tidak pasti. Seramai 41 orang responden bersetuju bahawa mereka
mudah untuk menjadi kawan kepada individu kaum lain. Hanya seorang responden yang tidak
pasti manakala dua orang responden lagi tidak memberikan jawapan.
Seramai 39 orang responden bersetuju bahawa mereka suka berdamping dan mengenali
individu yang berlainan kaum. Seorang responden tidak bersetuju dan empat orang lagi tidak
pasti. Seramai 39 orang responden bersetuju bahawa mereka tidak kekok bekerjasama dengan
pelajar dari kaum lain. Manakala dua orang responden tidak bersetuju dan tiga orang lagi tidak
pasti. Sejumlah 37 orang responden bersetuju bahawa kawan-kawan mereka terdiri daripada
kaum yang berbeza. Didapati empat orang responden tidak bersetuju dan tiga responden lain
pula tidak pasti. Seramai 25 orang responden bersetuju bahawa mereka akan mencari kaum
yang sama kaum dengannya untuk tinggal serumah. Manakala 14 responden tidak bersetuju
dan lima lagi tidak pasti.
Seramai 36 orang responden bersetuju bahawa mereka suka bertanya atau mengambil
tahu tentang apa-apa sahaja tentang kaum lain. Hanya dua orang responden yang tidak bersetuju
dan enam lagi tidak pasti. Seramai 40 responden bersetuju bahawa mereka akan menyertai
dan meraikan perayaan kaum lain jika diberi peluang. Hanya seorang responden yang tidak
bersetuju dan tiga yang lain lagi tidak pasti.
Terdapat 13 responden menyatakan bahawa mereka bersetuju yang mereka membuat
kerja kumpulan yang terdiri daripada kaum yang berbeza. Seramai lima orang responden tidak
bersetuju dan enam orang lagi tidak pasti. Seramai 30 orang responden bersetuju sekiranya
rakan yang berlainan kaum mengajak untuk datang dan tinggal di rumahnya untuk beberapa
ketika. Seramai lima orang responden tidak bersetuju dan tujuh responden tidak pasti. Terdapat
seorang responden yang tidak memberikan jawapan sama ada untuk bersetuju, tidak bersetuju,
atau tidak pasti.
Kajian ini mendapati terdapat perbezaan skor jawapan bagi setiap tiga etnik utama.
Kesedaran responden terhadap satu-satu etnik adalah berbeza. Didapati kesedaran budaya
responden adalah paling tinggi terhadap etnik Melayu. Secara keseluruhan, responden
menunjukkan jawapan yang betul terhadap semua soalan tentang etnik Melayu bagi semua item
budaya material dan budaya bukan material. Analisis kajian mendapati kesedaran responden
yang paling rendah ialah terhadap budaya etnik India. Majoriti responden menjawab dengan
salah bagi semua item dalam budaya material dan budaya bukan material untuk etnik India.
Bagi perbandingan di antara kesedaran dan penerimaan, kajian ini mendapati bahawa secara
keseluruhannya, kesedaran responden terhadap budaya kaum lain adalah lebih rendah daripada
penerimaan responden terhadap budaya kaum lain. Ini bermaksud responden memiliki
kesedaran pada tahap sederhana dan kurang kesedaran terhadap budaya kaum lain terutamanya
terhadap kaum India. Namun begitu, tinjauan dari segi penerimaan mendapati bahawa pada
secara keseluruhannya responden memiliki tahap penerimaan yang tinggi terhadap budaya
kaum lain.
Kesedaran responden terhadap budaya kaum India yang rendah ini disebabkan oleh
faktor pendedahan yang rendah terhadap kaum India. Berdasarkan populasi kaum India di
negeri-negeri di Malaysia pada 2010, jumlah penduduk kaum India yang berada di Sarawak
adalah sangat rendah iaitu hanya 7,411 orang (Statistik Bancian Negara Malaysia tahun 2010,
Jabatan Perangkaan Malaysia). Pendedahan yang kurang dari awal terhadap kaum India
menyebabkan kesedaran belia Iban terhadap budaya kaum India adalah kurang berbanding
kaum lain. Ini akan mempengaruhi penerimaan dari segi pola perhubungan belia Iban dengan
kaum India. Daripada analisis kajian yang dilakukan, hanya sedikit responden yang memiliki
629
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kawan baik yang berbangsa India. Hanya seorang daripada 44 orang responden yang memiliki
kawan baik dari kaum India. Pendedahan dan kesedaran ini akan mempengaruhi antara satu
sama lain. Ini bermaksud, pendedahan yang rendah terhadap kaum lain akan mempengaruhi
tahap kesedaran terhadap budaya kaum tersebut. Begitu juga sebaliknya apabila seseorang
itu memiliki kesedaran yang rendah terhadap sesuatu kaum, maka kebarangkalian untuk
penerimaan itu adalah rendah juga.
Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan, responden menerima dengan baik budaya
kaum lain bagi budaya material iaitu bagi item makanan dan pakaian. Bagi item makanan,
penerimaan responden terhadap makanan kaum Cina adalah lebih tinggi berbanding makanan
Melayu dan India. Pemerhatian yang dilakukan di sekitar Taman Universiti menunjukkan
bahawa responden paling ramai bertumpu di kedai makanan yang bercitarasakan masakan
Cina iaitu di Restoran Garden Deli.
Bagi item pakaian pula, responden lebih menerima budaya kaum Melayu iaitu pemakaian
baju kurung atau baju kebaya. Pemerhatian di sekitar Taman Universiti dan di dalam kampus
termasuklah di dalam bilik kuliah mendapati belia Iban banyak memakai baju kurung atau
baju kebaya. Hanya sedikit yang mengenakan baju tradisional kaum Cina iaitu baju Shanghai.
Manakala tiada langsung pejar Iban yang mengenakan baju tradisional kaum India.
Daripada kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa terdapatnya pengaruh daripada
perhubungan terhadap kesedaran dan penerimaan budaya. Perhubungan yang rendah atau
kurang sesama kaum akan turut mengurangkan kesedaran dan penerimaan terhadap budaya.
Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan analisis kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Dapatan
mendapati tahap kesedaran responden terhadap budaya kaum India adalah rendah berbanding
kesedaran terhadap budaya kaum lain. Ini dipengaruhi oleh pola perhubungan responden yang
kurang berhubung dan bersosial dengan kaum India berbanding dengan kaum lain. Responden
di dalam kajian ini merupakan mahasiswa Iban yang berasal dari negeri Sarawak. Pola populasi
penduduk yang wujud di negeri Sarawak menyebabkan belia Iban kurang pendedahan terhadap
budaya kaum India disebabkan oleh faktor pendudukan kaum India yang sangat kurang di negeri
Sarawak. Kaum India lebih banyak tertumpu di Semenanjung Malaysia yangmenyebabkan
kebarangkalian untuk belia Iban mencipta hubungan dengan kaum India adalah sangat rendah.
Inilah seterusnya yang akan mempengaruhi kesedaran dan penerimaan oleh belia Iban terhadap
budaya kaum India.
Perkara sebaliknya berlaku apabila belia Iban ini berhubung secara kerap dengan kaum
lain iaitu Melayu dan Cina. Populasi negeri Sarawak menunjukkan bilangan kaum Melayu dan
Cina yang ramai. Perhubungan yang wujud dengan kerap telah mewujudkan tahap kesedaran
yang tinggi terhadap budaya kedua-dua kaum ini oleh belia Iban. Fenomena ini dapat dibuktikan
melalui dapatan analisis kajian yang menunjukkan kesedaran budaya oleh belia Iban terhadap
budaya kaum Melayu dan kaum Cina adalah lebih tinggi berbanding terhadap budaya kaum
India.

PENUTUP

Kesimpulannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang
memiliki norma, nilai dan amalan masing-masing. Perkara ini adalah baik kerana semua kaum
ini mampu mengekalkan keharmonian dalam perbezaan. Namun begitu, harus diperhalusi
dengan mendalam dan serius lagi menyeluruh akan keharmonian yang wujud pada hari ini.
Boleh dikatakan bahawa atas prinsip tolak ansur antara satu sama lain berserta kesedaran dan
penerimaan budaya kaum masing-masing keharmonian yang bakal dicipta pada masa akan
datang pastinya lebih bermakna dan berpanjangan. Jelas sekali bahawa kualiti keharmonian
antara kaum yang lebih bermakna adalah menerusi kejayaan mewujudkan interaksi sosial yang
sihat lagi mesra antara kaum di negara ini.

630
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Anthony K Samuel (2005). Contemporary Migration Among The Dayak Iban In Sarawak.
Sarawak: Masgraphics Services.
Bradford ‘J’ Hall (2002). Among Cultures: The Challenge of Communication. United States Of
America: Wadsworth Group/ Thomson Learning.
Chew Fong Peng (2008). Budaya Dan Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia. Kuala
Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Erik Jensen. (1974). The Iban And Their Religion. Oxford At The Clarendon Press.
Farul Azri. Sejarah Melayu: Kisah Di Sebalik Nusantara. Diperoleh 3 Mei daripada http://
sejarahmelayu.wordpress.com.
Fred E. Jandt (1995). Intercultural Communication. Thousand Oaks: Sage Publications, Inc.
Hanina Halimatusaadiah Hamsan dan Mastura Mohamad (2010). Belia Berisiko, Profil, Faktor
Penyebab dan Intervensi. Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan Pembangunan B e l i a
Malaysia.
Hedda Morrison (1982). SARAWAK. Singapore: Times Books International.
Jayum A Jawan (1993). The Iban Factor In Sarawak Politics. Malaysia: Universiti Pertanian
Malaysia Serdang.
Richard Brislin (2000). Understanding Culture’s Influence On Behavior. Second Edition.
Canada: Wadsworth Cengange Learning.
Sana Reynolds and Deborah Valentine (2011). Guide To Cross Cultural Communication.
Second Edition. New Jersey: Pearson Education.
Vinson and Joanne Sutlive, General Editors (2001). The Encyclopaedia of Iban Studies: Iban
History, Society, and Culture, Volume II. Tun Jugah Foundation In cooperation with The
Borneo Research Council, Inc.
Wan Abdul Kadir (1992). Pembinaan Tradisi Dan Budaya Ekspresif Budaya Melayu. Petaling
Jaya: Masfami Enterprise.
Wan Ramli Wan Muhamad. Adat Resam Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Jontiri Blog’s. Segregasi Etnik dan Cabaran Integrasi Nasional. Diperoleh 29 April 2013
daripada http://jontirikoloiyo.blogspot.com/2008/10/segregasi-etnik-dan-cabaran-
integrasi.html.
Juriah Binti Kawi. Perayaan-perayaan yang Disambut oleh Kaum India. Diperoleh 6 Mei
2013 daripada http://1mbudaya.blogspot.com/2011/12/perayaan-perayaan-yang-disambut-
oleh_3972.html.
Laman Web Rasmi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Kementerian Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan. Masyarakat Cina. Diperoleh 6 Mei 2013 daripada http://
www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat Cina.
Lee Yok Fee. Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia. Diperoleh 5 Mei
2013 daripada http://www.ukm.my/penerbit/sari22-11.pdf.
Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia. Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas
Demografi 2010. Diperoleh 6 Mei 2013 daripada http://www.statistics.gov.my/ portal/
index.php?

631
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KAEDAH PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF
MAHASISWA

Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd. Mahadee Ismail, Lee Yok Fee,
Arfah Ab Majid, Ratna Roshida Ab Razak
Universiti Putra Malaysia

Abstrak
Sememangnya proses pemupukan semangat patriotisme melalui pendidikan secara
rasmi dalam kalangan rakyat Malaysia telah berlaku semenjak di bangku sekolah
tadika lagi. Hal ini berterusan sehingga ke peringkat sekolah rendah, menengah dan
institusi pengajian tinggi. Namun, fenomena keterhakisan semangat patriotisme yang
semakin meningkat sejak kebelakangan ini telah menimbulkan persoalan tentang
kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek berelemenkan patriotisme yang
telah dilalui oleh rakyat khususnya generasi muda selama ini. Contoh keterhakisan
semangat patriotisme tersebut adalah seperti penghinaan terhadap institusi beraja,
agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa kebangsaan, Jalur Gemilang dan
lagu kebangsaan. Justeru kajian ini akan meneliti dari peringkat akar-umbi tentang
kaedah bersesuaian yang diinginkan oleh mahasiswa untuk memupuk semangat
patriotisme mereka. Sehubungan itu, kaedah nominal group technique (NGT) telah
digunakan untuk mendapat maklum balas secara langsung dan telus daripada informan
yang terdiri daripada para mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan
Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang aspek tersebut. Dapatan kajian memaparkan
kaedah pengajaran yang menarik seperti lawatan sambil belajar dan pembelajaran
berorientasikan pelajar merupakan kaedah yang paling bersesuaian dan disukai pelajar
untuk memupuk semangat patriotisme mereka.

Kata kunci: patriotisme, pendidikan patriotisme, mahasiswa.

PENGENALAN

Sememangnya pendidikan berteraskan patriotisme telah diterapkan ke dalam jiwa pelajar


di negara ini secara formal dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah
sehinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi. Umpamanya melalui subjek Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Pengajian Am, Pengajian Malaysia dan Hubungan
Etnik. Selain itu pendidikan muzik turut menjadi medium dalam memperkasakan semangat
patriotik melalui pengajaran rangkaian lagu-lagu rasmi iaitu Negaraku dan lagu negeri. Tidak
terkecuali juga pihak sekolah secara rutin melaksanakan perhimpunan rasmi setiap hari Isnin,
antara lain para pelajar dan guru turut bersama-sama menyanyikan lagu-lagu rasmi serta
melafazkan ikrar Rukun Negara. Didikan secara latih tubi ini turut diperkasakan lagi melalui
program sambutan bulan kemerdekaan yang diwajibkan pada setiap tahun mulai bulan Ogos
sehingga bulan September dengan kemuncak sambutan hari Malaysia. Selain itu, penerapan
semangat patriotisme secara berterusan turut direncana melalui sukatan pelajaran merentas
kurikulum bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan berdaya saing sebagaimana
terangkum dalam falsafah pendidikan negara. Jika di peringkat sekolah tadika, pendekatan
patriotisme yang diguna pakai adalah memperkenalkan para pelajar dengan autoriti penting
dalam negara seperti polis, tentera, simbol-simbol kebangsaan dan sebagainya lagi. Malah,
elemen patriotisme turut diterapkan melalui kegiatan ko-kurikulum seperti Pengakap, Pandu
Putri, Kadet Polis, Palapes, Suksis dan sebagainya lagi. Ini menunjukkan bahawa generasi
muda Malaysia telah melalui proses penyemaian dan pemantapan semangat patriotisme telah
632
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

sekian lama. Justeru, semangat patriotisme mereka sepatutnya semakin kukuh dan bersemarak
dari semasa ke semasa. Namun dapatan kajian Indeks Patriotisme Negara oleh Biro Tata
Negara yang mendedahkan skor indeks patriotisme mahasiswa di institusi pengajian tinggi
adalah rendah iaitu 3.8 (Tengku Khairi, 2015) telah membuktikan andaian tersebut kurang
tepat. Situasi sebegini adalah sangat membimbangkan dan sepatutnya menjadi kegusaran
seluruh rakyat dan juga para pemimpin kerana ia melibatkan generasi pelapis negara.
Malah indikator hakisan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda juga
dapat ditelusuri melalui isu penghinaan terhadap lagu kebangsaan oleh Namewee pada tahun
2007. Beliau telah memuat naik sebuah video bertajuk Negarakuku ke you tube yang boleh
ditonton oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia. Situasi sebegini boleh memberi pengaruh
negatif kepada golongan muda memandangkan pendekatan muzik yang digunakan adalah
bertepatan dengan selera kebanyakan generasi muda ketika itu iaitu hip hop. Apabila leka
dengan muzik rancak sebegitu, mereka akan turut serta menari tanpa mempedulikan lirik
lagunya yang menghina negara. Sebenarnya video tersebut bukan sekadar menghina lagu
kebangsaan sahaja, malah turut menghina agama Islam yang merupakan agama persekutuan.
Walaupun ketika video tersebut dimuat naik, kadar penembusan internet dan penggunaan
media sosial di Malaysia tidaklah sehebat seperti sekarang, namun ia telah tersebar dengan
begitu cepat sekali dalam kalangan generasi muda. Sehingga kini video tersebut masih boleh
diakses dan mendapat komen yang pelbagai daripada penonton. Berdasarkan pemerhatian
pengkaji, ramai juga golongan muda yang menyokong dan menyukai video tersebut. Siri
penghinaan terhadap negara diteruskan oleh Alvin dan Vivian yang mempersendakan bulan
Ramadhan iaitu bulan mulia bagi umat Islam dengan memuat naik gambar mereka sedang
menikmati daging babi dengan catatan “Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut The…
fragrant, delicious and appetizing)” (Utusan Online, 13 Julai 2013). Alvin meneruskan
aktivitinya dengan mengalunkan azan sambil bermain piano (Utusan Malaysia, 26 April
2015), memuat naik gambar tatu bertulis kalimah Allah di paha kirinya dan mengeluarkan
ungkapan menghina agama dan umat Islam di laman Facebook miliknya (Berita Harian, 6
September 2015). Dalam konteks ini, Islam adalah agama persekutuan yang merupakan salah
satu elemen tradisi yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Justeru,
penghinaan terhadap agama bagi persekutuan juga adalah penghinaan terhadap negara.
Sebenarnya terdapat banyak lagi siri-siri penghinaan terhadap negara dan institusi
dalam negara seperti sistem beraja dan agama Islam sebagaimana yang dilakukan oleh
Ali Abdul Jalil, Adlin Abd Jalil dan Juli Jalaludin. Penghinaan tersebut dipaparkan secara
terang-terangan di laman Facebook mereka (Farah dan Fernando, 2014 & Astro Awani, 25
Oktober 2014). Lebih menyedihkan sambutan hangat diberikan kepada mereka, umpamanya
Ali mempunyai pengikut seramai 19,532 orang, pengikut Adlin Abd Jalil pula seramai
54,091 orang manakala pengikut Alvin Tan sejumlah 34,985 orang. Rata-rata pengikut
mereka adalah terdiri daripada golongan muda. Sememangnya sukar untuk menyekat
medium penyebaran maklumat yang bersifat maya sebegini. Pelbagai jenis maklumat akan
terus tersebar tanpa sebarang batasan. Senario yang berlaku itu memperlihatkan seolah-
olah pendidikan patriotisme yang diterapkan semenjak dari sekolah hinggalah ke institusi
pengajian tinggi adalah kurang berkesan untuk melahirkan rakyat yang patriotik. Hal ini
disebabkan oleh proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang membosankan
sekaligus menggagalkan penghayatan pelajar terhadap hasil pembelajaran subjek berteraskan
patriotisme. Justeru kajian perlu dijalankan untuk meneliti kaedah yang sesuai dalam
pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk semangat patriotisme
dari perspektif generasi muda.

KAJIAN LITERATUR

Terdapat banyak kajian lepas yang membincangkan tentang kaedah pemantapan semangat
patriotisme dalam kalangan generasi muda. Umpamanya melalui penguatkuasaan undang-
633
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

undang seperti yang berlaku di Oklahoma City. Sebuah rang undang-undang untuk mewajibkan
setiap sekolah mengibarkan bendera kebangsaan Amerika Syarikat, membaca ikrar kesetiaan
dan mengajar para pelajar sekolah tentang sejarah yang berkaitan dengan kegemilangan Amerika
Syarikat pada zaman lampau telah digubal untuk memperkasakan semangat patriotisme
mereka. Seorang penggubal undang-undang iaitu Graves berpendapat bahawa para pelajar
di Oklahoma kemungkinan akan menjadi lebih patriotik apabila mereka mempelajari tentang
prinsip-prinsip penubuhan negara mereka yang terkandung dalam subjek Sejarah. Beliau juga
menegaskan bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah untuk menjadikan para pelajar
lebih menyedari tentang kebebasan yang dinikmati oleh mereka di samping membantu para
pelajar untuk menghargai kebebasan tersebut (Ku Hasnita, 2007). Situasi ini memaparkan
betapa pentingnya semangat patriotisme bagi meneruskan kelangsungan sesebuah negara
sehingga penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan oleh pihak pemerintah agar
semangat patriotisme rakyat sentiasa memuncak.
Selain itu, Saifuddin Abdullah (2005) menegaskan bahawa semangat patriotisme
dalam kalangan generasi muda boleh dipupuk melalui tiga pendekatan utama melalui saluran
pendidikan. Pertama, pendidikan patriotisme yang menjurus kepada dua aspek iaitu program
asas seperti dalam bentuk seminar dan kursus selain program sampingan seperti perkhemahan,
larian, ekspedisi dan lain-lain lagi. Kedua, penerapan patriotisme yang diterapkan melalui
program-program kerajaan seperti rakan muda dan ketiga, pembudayaan patriotisme yang
disalurkan melalui media seperti penyiaran lagu-lagu patriotik oleh stesen-stesen radio dan
televisyen. Hal ini sejajar dengan kajian Karlin (1975) yang menegaskan bahawa aktiviti-
aktiviti tertentu seperti menonton program televisyen yang berupaya menyemarakkan
patriotisme, membaca ikrar kesetiaan, sambutan perayaan, menyediakan bahan bacaan yang
dapat membangkitkan semangat patriotik dan pertandingan menulis esei boleh memupuk dan
memperkasakan semangat cintakan negara. Sementara itu, hasil kajian Janowitz (1985) pula
mendapati bahawa selepas Perang Dunia Kedua, pendidikan sivik adalah diperlukan bagi
mempertingkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Amerika Syarikat. Kajian tersebut
disokong oleh Manzo (2001) yang turut menyatakan kepentingan pembelajaran sivik dalam
memupuk semangat patriotisme selepas tragedi serangan ke atas New York pada 11 September
2001. Pendidikan sivik yang dimaksudkan adalah merangkumi aspek yang berkaitan dengan
hak dan tanggungjawab rakyat dan hal yang bersangkutan dengan sesuatu masyarakat dan
negara. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pendidikan sivik ini boleh menggerakkan
semangat patriotisme rakyat. Sehubungan itu Koff et al. (1973) dan Thomas (1990) menegaskan
bahawa instrumen paling penting yang digunakan untuk menyemai semangat patriotisme
di kalangan pelajar adalah melalui buku-buku teks yang berkaitan dengan pendidikan sivik,
kewarganegaraan, sejarah negara dan pembangunan moral. Walau bagaimanapun, buku-buku
teks tersebut perlu dinilai terlebih dahulu sebelum digunakan bagi memastikan keberkesanan
subjek tersebut kepada pelajar. Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa program
pendidikan patriotisme melalui buku teks tersebut mestilah memenuhi kriteria berikut seperti
memperkenalkan dan menerangkan maksud kesetiaan; menjelaskan maksud patriotisme
dengan menerangkan kewujudan konsep kesetiaan dalam patriotisme mempunyai persamaan
dan perbezaan dengan konsep kesetiaan dalam aspek lain seperti kesetiaan kepada keluarga,
sekolah, rakan, pasukan dan sebagainya lagi; menerangkan kepada pelajar-pelajar cara-cara
untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara. Malah Thomas (1990) menjelaskan bahawa di
Indonesia, para pelajar pendidikan tinggi tahun satu di seluruh negeri telah diwajibkan oleh
Kementerian Pendidikan untuk mengambil subjek yang berkaitan dengan patriotisme, lima
prinsip asas negara (pancasila) dan pendidikan agama.
Selaras dengan kenyataan Thomas (1990) yang meletakkan subjek sejarah negara
sebagai mata pelajaran yang berkaitan dengan patriotisme, maka perlu juga diteliti kajian-
kajian lepas yang berkaitan dengannya. Umpamanya Abdul Rahim (1989) menyatakan bahawa
terdapat empat kepentingan pengajaran sejarah di sekolah-sekolah iaitu untuk memahami
keadaan masa kini; pendidikan kewarganegaraan; perkembangan intelektual dan pendedahan
634
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

unsur-unsur kemanusiaan. Oleh yang demikian subjek sejarah boleh dijadikan sebagai medium
yang dapat menghubungkan kehidupan manusia kini dengan manusia yang hidup pada masa lalu
atau perkara yang telah berlaku pada masa lalu dengan apa yang sedang berlaku dalam kedua-
dua kerangka masa itu iaitu masa lalu dan masa kini. Justeru itu, sememangnya guru sejarah
sangat memainkan peranan yang amat penting dalam memupuk unsur-unsur patriotisme. Hal
ini disokong oleh Salbiah (1995) dan Avdela (2000) yang menegaskan bahawa subjek sejarah
adalah penting dalam memupuk semangat kesetiaan kepada negara, cintakan tanah air dan
membangkitkan keprihatinan tentang apa yang berlaku terhadap tanah air. Selain itu, menurut
Jaizah et al. (2001) subjek Kajian Tempatan yang diajar di peringkat sekolah rendah di Malaysia
juga merupakan salah satu daripada mekanisme utama dalam memupuk semangat patriotisme.
Hal ini kerana subjek tersebut memperkenalkan para pelajar secara terperinci dengan aspek-
aspek kenegaraan seperti mengenal negara, sejarah negara, masyarakat Malaysia, sumber dan
ekonomi negara, pembinaan bangsa dan negara dan kejayaan serta kebanggaan negara kita.
Oleh yang demikian, para pelajar akan mendapat maklumat tentang negara dan secara tidak
langsung dapat menyemai semangat cintakan dan banggakan tanah air.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara kualitatif melalui kaedah nominal group technique (NGT) dengan
mengandaikan bahawa setiap individu (mahasiswa) berkemampuan untuk menginterpretasi
senario semasa secara bebas. Justeru, teknik ini diaplikasi untuk memperoleh data tentang
kaedah memupuk semangat patriotisme melalui proses pengajaran dan pembelajaran daripada
para mahasiswa berdasarkan interpretasi mereka. Dalam konteks ini, NGT merupakan kaedah
yang amat bersesuaian dalam menentukan peringkat keutamaan idea daripada informan dalam
menginterpretasikan sesuatu keadaan. Para informan yang terlibat adalah terdiri daripada
lapan mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) dan lapan mahasiswa daripada Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kesemua informan adalah terdiri daripada mahasiswa
yang telah mengambil kursus berteraskan patriotisme iaitu Kenegaraan Malaysia. Mereka
dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Walaupun terdapat beberapa buah universiti
awam (UA) lain yang turut menawarkan kursus Kenegaraan Malaysia seperti Universiti
Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) yang mengguna pakai
nama kursus Pengantar Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia, namun UPM telah dipilih
sebagai lokasi kajian memandangkan tempoh penawaran kursus tersebut yang melebihi usia
30 tahun iaitu semenjak awal tahun 1980-an hingga kini (Zaid, Sri Rahayu & Ahmad Tarmizi
2010: 133). Elemen senioriti perlu diambil kira dalam penentuan lokasi kajian kerana aspek
tersebut merupakan refleksi kepada pengalaman mendidik anak bangsa patriotik yang
dicurahkan oleh para pensyarah kepada para mahasiswa. Manakala pemilihan UPSI pula
adalah disebabkan institusi tersebut secara langsung berperanan dalam mendidik bakal-
bakal guru yang akan mencurahkan khidmat bakti dalam mendidik anak bangsa. Justeru,
apabila mereka dilengkapi dengan ilmu patriotisme yang mantap melalui kursus Kenegaraan
Malaysia, maka diharapkan ilmu tersebut akan disebar dan disemai ke dalam jiwa para
pelajar mereka nanti dengan penuh penghayatan.
Umumnya dalam aktiviti NGT, para informan diberi peluang untuk bersuara dan
berkongsi pandangan dan idea mereka terhadap sesuatu perkara atau soalan. Idea dan
cadangan mereka dikongsi dan dilihat oleh semua informan dengan cara menulis di atas
kertas dan menerangkannya dalam bentuk round-robin atau bergilir-gilir. Kemudian, idea
dan pandangan mereka akan dibincangkan agar lebih jelas. Dalam proses ini, idea yang
sama akan digabungkan. Setiap pilihan akan ditentukan keutamaannya melalui proses
ranking. Seterusnya idea-idea yang diberi ranking tertinggi akan dibincangkan semula untuk
mendapatkan persetujuan setiap informan. Data kualitatif yang dikumpulkan melalui NGT
akan dianalisis dengan gabungan cara analisis kandungan (content analysis) dan ranking.

635
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Melalui proses NGT, para informan daripada UPM telah menyarankan kaedah seperti
berikut untuk memupuk semangat patriotisme melalui kursus berteraskan patriotisme:
a. Sesi perkongsian dengan tokoh sejarah negara
b. Kaedah pengajaran yang menarik
c. Perbincangan dua hala antara pensyarah dan pelajar
d. Sokongan moral kepada pelajar
e. Lawatan
f. Kaedah berorientasikan pelajar (SCL)
g. Kaedah berorientasikan teknologi

Idea-idea tersebut kemudiannya diundi oleh para informan mengikut keutamaan (proses
ranking). Hasil undian menunjukkan keutamaan idea ditentukan seperti berikut:

Jadual 1: Proses Meletakkan Kedudukan Idea bagi Informan UPM


IDEA KEDUDUKAN
a Kaedah pengajaran yang menarik 1
b Kaedah berorientasikan pelajar (SCL) 2
c Perbincangan dua hala antara pensyarah dan pelajar 3
d Kaedah berorientasikan teknologi 4
e Sokongan moral kepada pelajar 5
f Lawatan 6
g Mewujudkan sesi perkongsian dengan tokoh sejarah negara 7

Jadual 1 memaparkan idea “kaedah pengajaran yang menarik” telah diletakkan


pada kedudukan yang pertama bagi menarik minat para pelajar untuk memupuk semangat
cintakan negara dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui kursus yang berelemenkan
patriotisme. Para informan telah meletakkan ciri-ciri “kaedah pengajaran yang menarik” seperti
berikut:
a. Berunsurkan humor supaya pelajar tidak bosan
b. Mengaitkan isu semasa negara dengan sejarah
c. Memperbanyakkan aktiviti yang membantu pemupukan nilai patriotisme
d. Memaparkan sebab dan akibat jika kurang patriotik
e. Memberikan contoh yang bersesuaian dan boleh diterima pelajar

Maksudnya, informan-informan mencadangkan agar para pendidik memasukkan


ciri-ciri tersebut dalam proses P&P subjek berkenaan bagi mengelakkan kebosanan.
“Kaedah berorientasikan pelajar (SCL)” telah diletakkan pada kedudukan kedua
penting dalam menarik minat para pelajar untuk menghayati semangat patriotisme.
Pelaksanaan kaedah ini dicadangkan seperti berikut:
a. Perbincangan berkumpulan untuk mendapat idea patriotisme
b. Pelajar mengambil bahagian dalam pembentangan supaya mereka dapat mendalami
kandungan
c. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengkaji dan menerangkan konsep patriotik
di dalam kelas

Dalam konteks ini para pendidik perlulah memastikan pelajar-pelajar mereka


melakukan aktiviti tertentu secara berkumpulan seperti lakonan, simulasi, peta minda,
analisis video dan sebagainya lagi untuk membantu pemahaman dan penghayatan mereka
636
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dalam subjek yang diajar. Hal ini sejajar dengan kenyataan Collins & O’Brien: 2003 yang
menegaskan bahawa pelaksanaan kaedah SCL sememangnya dapat membantu memberi
dorongan kepada para pelajar untuk menguasai dan mendalami ilmu serta bersikap positif
terhadap subjek yang diajar.
Idea “Perbincangan dua hala antara pensyarah dan pelajar” juga dilihat agak
penting bagi informan daripada UPM ini kerana diletakkan pada kedudukan ke tiga.
Sememangnya pelajar-pelajar akan berasa bosan jika para pendidik hanya bercakap
seorang diri sahaja tanpa memberi peluang kepada pelajar untuk turut serta memberikan
pandangan mereka.
Sememangnya teknologi terkini tidak dapat dipisahkan dengan golongan muda
sekarang. Justeru bagi membantu pemupukan dan penghayatan kursus berteraskan
patriotisme, para informan telah meletakkan “kaedah P&P berorientasikan teknologi” pada
kedudukan ke empat. Bagi mereka, penggunaan aplikasi teknologi dalam pembelajaran
seperti online flash card, iPidato, e-puzzle, e-crossword dan sebagainya lagi berupaya
membantu untuk mencapai matlamat tersebut.
Sebagai usaha untuk menarik minat pelajar, para pendidik mestilah sentiasa
memberi dorongan dan semangat kepada mereka. Oleh yang demikian idea “sokongan
moral kepada pelajar” telah diletakkan pada kedudukan ke lima. Dalam mencapai tujuan
tersebut, para informan telah memberi cadangan berikut:

a. Memberi motivasi dalaman kepada pelajar untuk meminati dan mendalami ilmu
kenegaraan
b. Guru atau pensyarah memberi penghargaan kepada pelajar yang berpotensi

Idea “lawatan” ke tempat bersejarah pula telah diletakkan pada kedudukan ke


enam. Manakala idea “mewujudkan sesi perkongsian dengan tokoh sejarah negara” telah
diletakkan pada kedudukan ke tujuh. Idea tersebut dicadangkan dengan kaedah berikut:
a. Menjemput golongan veteran yang hidup pada zaman penjajahan untuk menceritakan
pengalaman sebenar mereka
b. Menemu bual negarawan dan pesara tentera tentang pengalaman mereka semasa
zaman penjajahan

Jika kaedah ini dapat direalisasikan dengan jayanya dalam proses P&P, sudah tentu
para pelajar dapat maklumat secara langsung tentang sejarah tanah air daripada tokoh yang
pernah melalui zaman tersebut sekali gus dapat memantapkan semangat patriotisme mereka.
Seterusnya para informan daripada UPSI pula telah menyarankan kaedah berikut
untuk memupuk semangat patriotisme melalui kursus berteraskan patriotisme dalam kalangan
generasi muda:

a. Lawatan sambil belajar


b. Kerja lapangan
c. Perbincangan dan forum
d. Debat

Idea-idea tersebut kemudiannya diundi oleh para informan mengikut keutamaan (proses
ranking). Hasil undian menunjukkan keutamaan idea ditentukan seperti berikut:

637
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 2: Proses Meletakkan Kedudukan Idea bagi Informan UPSI


IDEA KEDUDUKAN
a Lawatan sambil belajar 1
b Kerja lapangan 2
c Perbincangan dan forum 3
d Penggunaan media 4
e Debat 5

Berdasarkan Jadual 2, para informan daripada UPSI telah meletakkan idea “ lawatan
sambil belajar” ke Muzium Negara, Parlimen dan tempat lain yang berkaitan sebagai cara
untuk menarik minat pelajar terhadap kursus berpaksikan patriotisme pada kedudukan
pertama. Kemudian diikuti dengan idea “ kerja lapangan” pada kedudukan ke dua yang
memerlukan pelajar bekerja secara berkumpulan yang melibatkan pelbagai kaum. Idea
tersebut difokuskan kepada aktiviti khidmat masyarakat yang boleh memberi kesedaran
kepada para pelajar tentang kepentingan mencintai negara. Dalam konteks ini, membantu
masyarakat juga dikaitkan dengan membantu negara memandangkan masyarakat adalah
antara unit terpenting dalam negara sekali gus dapat memperkukuhkan perpaduan.
Idea “perbincangan dan forum” telah diletakkan pada kedudukan ke tiga. Para
informan berpendapat agar pendidik memperbanyakkan perbincangan tentang hal ehwal
semasa negara supaya pelajar cakna dengan segala peristiwa yang berlaku dalam negara.
Dalam masa yang sama, pelajar perlu digalakkan untuk memberikan pendapat masing-
masing. Situasi ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali serta memahami
tanah air mereka dengan lebih akrab lagi.
Seterusnya informan-informan telah meletakkan idea “penggunaan media” pada
tempat ke empat. Mereka mencadangkan agar pendidik mewujudkan blog perbincangan
hal ehwal kenegaraan serta menayangkan filem bercorak patriotik bagi menarik minat
pelajar untuk menghayati semangat patriotisme. Idea “debat” pula telah diletakkan pada
kedudukan ke lima. Para informan menyarankan agar isu-isu yang akan diperdebatkan itu
adalah isu semasa negara.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya para pendidik memainkan peranan penting dalam memastikan proses
P&P subjek berteraskan patriotisme diminati dan dihayati oleh pelajar. Dalam konteks ini,
para pendidik perlu memiliki daya kreatif dan inovatif yang tinggi bagi menangkis persepsi
kebosanan pelajar dalam subjek berkenaan. Justeru dapatan kajian ini memaparkan kaedah-
kaedah yang boleh digunakan oleh mereka dalam P&P bagi menarik minat para pelajar untuk
mendalami hal ehwal negara sekali gus memupuk semangat patriotisme mereka. Walaupun
kesemua idea yang diperolehi melalui teknik NGT disusun mengikut keutamaan, namun ia tidak
bermaksud idea yang berada pada kedudukan terakhir tidak penting. Sebenarnya keseluruhan
idea tersebut adalah penting mengikut kedudukan yang telah ditetapkan oleh informan.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid. (1989). Strategi pengajaran Sejarah KBSM. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Alvin, Vivian persenda umat Islam dalam bulan Ramadan. (13 Julai 2013). Dimuat turun
daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130713/dn_12/Alvin-
Vivian-persenda-umat-Islam-dalam-bulan-Ramadan

638
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Avdela, E. (2000). The teaching of history in Greece. Journal of Modern Greek Studies. Vol.
18.
Collins, J. W. & O’Brien, N. P. (Eds.). (2003). Greenwood Dictionary of Education. Westport,
CT: Greenwood.
Farah Harith & Fernando Fong. (2014). Revisiting Adlin and Juli,
the other ‘wanted’ duo. 14 Disember. Dimuat turun daripada
http://www.therakyatpost.com/news/2014/12/14/revisiting-adlin-juli-wanted-duo
Jaizah Mahamud, Muhammad Khairuddin Lim Abdullah, Ibrahim Md. Nor. (2001). Tinjauan
terhadap penerapan unsur patriotisme melalui mata pelajaran Kajian Tempatan di kalangan
guru pelatih semasa menjalani praktikum. Unit Kajian Tempatan Jabatan Kajian Sosial.
Institut Perguruan Darulaman, Kedah.
Janowitz, M. (1985). Toward a new patriotism: Educating for civic conciousness. Curriculum
Review. March/April. 14-18.
Karlin, M. S. (1975). Classroom activities desk book for fun and learning. New York: Parker
Publication.
Koff, D., Von der Muhl, G. & Prewitt, K. (1973). Political Socialization In Three East African
Countries: A Comparative Analysis. Dalam Dennis, J. (ed.), Socialization to Politics.
Canada: John Wiley & Sons, Inc.
Ku Hasnita Ku Samsu. (2007). Patriotisme di kalangan generasi muda Malaysia : kajian kes ke
atas mahasiswa bukan Melayu di institusi pengajian tinggi. Tesis PhD. Universiti Malaya
Manzo, K.K. (2001). Education experts expect resurgence of patriotism in nation’s classroom.
Education Week. Vol. 21. Iss. 4. m.s. 10.
Saifuddin Abdullah. (2005), Patriotisme alaf baru. Dlm Hussain Mohamad (pnytg.). Belia
dan patriotisme Malaysia, hlm. 70-93, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia.
Salbiah Ismail. (1995). Peranan mata pelajaran Sejarah dalam membentuk masyarakat
berwawasan. Kertas Kerja Konvensyen Guru Sejarah Peringkat Negeri Sarawak. Kuching,
November.
Tengku Khairi A Rahman. 2015. Indeks patriotisme pupuk keharmonian bermasyarakat. Berita
Harian Online. 6 Februari.Dimuat turun daripadahttp://www.bharian.com.my/node/33539
Thomas, R.M. (1990). Applying a patriotism textbook-rating device: An Indonesian example.
Educational Research Quaterly. Vol. 12. 46-52.
Zaid, Sri Rahayu & Ahmad Tarmizi . 2010. Pengajian Umum: Pengalaman Universiti Putra
Malaysia. Malim- SEA Journal of General Studies II. 130-145 dimuat turun daripada http://
www.myjurnal.my/filebank/published_article/23386/Artikel_10.PDF

639
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENILAIAN PROGRAM GURU PENYAYANG DI KALANGAN


MURID ORANG ASLI BAGI SEKOLAH MENENGAH DALAM
DAERAH TAPAH PERAK

Hasniza Binti Othman, Eftah Binti Moh @ Hj. Abdullah


Jabatan Pengajian Pendidikan
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Abstrak
Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk Menilai Pelaksanaan Program Guru
Penyayang berasaskan ekspektasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Sekolah
Menengah di Negeri Selangor. Rujukan daripada kajian ini adalah garis panduan yang
diwartakan oleh KPM dalam pelaksanaan program ini. Penyelidik melaksanakan
penilaian ke atas program ini dengan berasaskan kerangka konseptual kajian yang
diterjemahkan melalui model penilaian CIPP (Stufflebeam, 1973) dalam menilai dan
seterusnya mengenalpasti tahap pelaksanaan program yang melibatkan semua guru
dan murid Orang Asli di sekolah. Kajian sebenar penyelidikan ini bertujuan untuk
mengenalpasti kelemahan yang wujud dalam Program Guru Penyayang dari aspek
pentadbirannya di sekolah.

PENGENALAN

Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran,


kerohanian dan jasmani manusia. Pendidikan menjadi asas utama negara dalam proses
pembangunan. Menurut Kemp (1995), strategi pembelajaran adalah suatu kegiatan
pembelajaran yang harus dikerjakan guru dan murid agar tujuan pembelajaran dapat tercapai
secara efektif dan efisien. Dalam dunia pendidikan, wujud konsep kepimpinan di mana
menurut Thoha (2004), kepimpinan adalah kegiatan untuk mempengaruhi perilaku orang
lain, atau seni mempengaruhi perilaku orang lain, atau seni mempengaruhi manusia baik
perorangan mahupun kelompok. Justeru, guru berupaya bertindak sebagai penggerak dan
pemudahcara dalam semua perkara untuk semua program yang diarahkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Program Guru Penyayang
yang berkonsepkan guru penyayang dan sekolah penyayang di semua sekolah bermula pada
sesi persekolahan awal Januari 2012. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri
Abd. Ghafar Mahmud berharap suasana dan pendekatan tersebut berlaku di semua sekolah
pada setiap hari persekolahan. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling menjadi penggerak
kepada program sekaligus menjadi jurulatih kepada para guru untuk mengaplikasikan
pendekatan humanistik semasa melaksanakan program guru penyayang kepada semua murid.
Program Guru Penyayang merupakan Transformasi Pendidikan yang bertujuan untuk
melahirkan modal insan yang dapat menangani era globalisasi dan k-ekonomi di Malaysia
hari ini. Teras Ketiga dalam Transformasi Pendidikan (Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia; 2013 - 2025) ditekankan agar melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan
nilai. Termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Cabaran strategik
ketujuh dalam Wawasan 2020 pula bertujuan untuk mewujudkan masyarakat penyayang
dan menyayangi. Malahan profesion perguruan turut berfokuskan kepada membina dan
membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun, membina kekuatan sendiri serta
menentukan masa depan yang bebas daripada krisis sosial dan moral.

640
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Justeru, Program Guru Penyayang dilaksanakan secara berperingkat dan melibatkan


beberapa beberapa fasa iaitu Fasa Pertama (2012); pihak sekolah diminta melaksanakan
amalan guru penyayang melalui Progran Mentor Mentee, memberi penghargaan kepada
murid serta mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah dan Fasa Kedua (2014); berfokus
kepada “Unlock Student Potential” ataupun menangani ketidakmenjadian murid.
Berfokus kepada amalan penyayang di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, Program
Guru Penyayang dapat berperanan seperti berikut:

a. Peranan semua warga sekolah; melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai-nilai
murni.
b. Sikap kepedulian; melatih guru lebih peka pada setiap perkara yang berkaitan murid.
c. Murid sebagai aset penting: guru menjiwai murid melalui perhatian, dijaga, dibimbing,
dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
d. Profesional guru; membudayakan amalan penyayang melalui pelbagai peranan seperti
idola, fasilitator, mentor dan pemudahcara kepada murid.
e. Hubung dan kolaborasi; menghubungkan guru melalui jalinan kolaborasi dengan ibu
bapa, komuniti dan masyarakat.

Guru diharapkan dapat memainkan peranan penting dalam pendidikan dan bersedia
mempraktikkan amalan-amalan terbaik dan mengaplikasikan pembelajaran ‘fun learning’
di sekolah. Kaedah ini terbukti berkesan di kebanyakan negara maju dalam membantu
perkembangan sosial, mental dan keyakinan diri kanak-kanak. Kini tugas dan tanggungjawab
guru merangkumi aspek penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran, mendidik,
membimbing dan membangunkan potensi murid mengikut lunas-lunas nilai masyarakat
Malaysia.

PENYATAAN MASALAH

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah proaktif melalui Program Guru
Penyayang dalam membekalkan satu platform pembelajaran humanistik kepada semua
sekolah di Malaysia. Inisiatif ini merupakan penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf
dunia yang banyak digunakan di negara maju. Melalui program ini, guru perlu memiliki
sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every
child matters). Secara psikologinya guru perlu menerima kepelbagaian murid di sekolah dan
menangani murid secara berhemah dan kasih sayang untuk menggalakkan murid hadir ke
sekolah.
Namun begitu, persoalannya di sini adakah semua pihak sudah bersedia untuk
menyahut cabaran transformasi yang dirancangkan oleh pihak kementerian? Ketua Pengarah
Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud menyarankan agar semua sekolah di negara ini
membudayakan Program Guru Penyayang bagi menyemai sifat semulajadi dalam kalangan
para pendidik selain meningkatkan motivasi para pelajar untuk ke sekolah. Bagi memastikan
kelangsungan perancangan yang dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia,
beberapa aspek utama perlu diberi perhatian secara terperinci. Isu pertama yang perlu diberi
dalam memastikan Program Guru Penyayang berjaya mencapai objektifnya adalah melihat
pelaksanannya di kalangan semua guru supaya pihak yang berwajib mampu membuat
penambahbaikan dan dilaksanakan secara optimum untuk kebaikan semua pihak.
Hasil kaji selidik Indeks Persepsi Murid (IPM) yang dijalankan Bahagian Pendidikan
Kementerian Pelajaran mendapati lebih 80 peratus guru di negara ini mengamalkan budaya
kasih sayang di sekolah berdasarkan kepada maklum balas lebih 2,000 murid sekolah di
seluruh negara. Melihat kepada usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia perlu satu kajian khusus ke arah memastikan keprihatinan pelaksanaan Program
Guru Penyayang di kalangan guru-guru terus dilaksanakan.
641
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Beberapa isu yang perlu diketengahkan dalam pelaksanaan Program Guru Penyayang
di kalangan guru-guru ialah tahap keprihatinan guru terhadap pelaksanaan program ini.
Apakah guru-guru menyahut transformasi pendidikan ini? Kebanyakan guru merasakan
perubahan pendidikan telah meningkatkan beban kerja mereka. Guru bukan sahaja perlu
mengajar tetapi juga melakukan kerja-kerja pentadbiran dan kokurikulum. Guru juga perlu
mentaksir dan mengajar dalam masa yang sama (Gan, 2000).
Kajian-kajian lepas menunjukkan tahap keprihatinan dan tanggungjawab di kalangan
guru tidak memuaskan. Kajian yang dilakukan oleh Ab.Halim Tamuri (2000, 2004) mendapati
terdapat ramai pendidik hari ini tidak mampu menjadikan dirinya sebagai “role-model”
terbaik kepada pelajar. Kegagalan guru dalam nilai murni dan sifat “mahmudah” dalam
kehidupan menjadi faktor krisis akhlak dan disiplin yang semakin meruncing kini. Analisis
kajian Ab. Halim Tamuri (2000, 2004) mendapati bahawa krisis akhlak murid yang berlaku
kini ada kaitannya dengan profesionalisme guru yang sebenarnya mampu mempengaruhi
pembentukan peribadi murid.
Dapatan kajian ada menyatakan bahawa wujud perhubungan yang tidak baik dengan
guru menjadi faktor utama murid menyatakan perasaan bosan dan hilang minat terhadap
pembelajaran, pilihan-pilihan kursus di sekolah dan iklim sekolah. Rohaty dan T. Subahan
(1993) menyatakan bahawa tingkahlaku guru yang negatif mempengaruhi tingkahlaku
murid ke arah yang negatif juga. Sabitha Marican danMahmood Nazar Mohamed (1994)
pula menyifatkan masalah disiplin berpunca dari pengaruh sekolah atau guru. Hall dan Hord
(2001) menyatakan adalah wajar untuk mengetahui keprihatinan guru terhadap penerimaan
mereka sebagai pelaksana perubahan, kerana kejayaan sesuatu perubahan bermula dan
berakhir pada tahap individu yang menjadi pelaksananya.
Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di
sekolah-sekolah kini. Pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah mengamalkan
budaya penyayang supaya murid dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang dan akan
terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995,
Bahagian Sekolah, KPM KP8591/Jld.VIII (9) bertarikh 5 September 1995).
Menurut laporan yang dikeluarkan “The Health Behaviour in School-Aged Children
(HSBC), melibatkan kira-kira 6,000 anak muda yang berusia 11,13 dan 15 tahun di seluruh
England mendedahkan mereka sanggup mencederakan diri mereka. Panduan Pengurusan
Menangani Kes Histeria (KPM, 2013) melaporkan punca yang boleh menjuruskan murid
mengalami kes histeria adalah seperti faktor keluarga, faktor sekolah, faktor sosial dan
faktor individu. Isu-isu pendidikan juga menyentuh kreabiliti guru berdasarkan beberapa kes
melibatkan tindakan guru yang bertindak secara tidak rasional serta sikap murid yang melampau
dan menduga kesabaran guru. Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat
bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah tetapi ia
turut memberi impak terhadap kreabiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya
berperanan dalam pembentukan moral dan tingkahlaku generasi muda (Azizi,et.al,2005).
Dalam hal ini, adakah guru-guru pasif dan tidak inovatif dalam transformasi pendidikan
yang baru diperkenalkan ini? Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang harmoni dan berjiwa murni, Program Guru Penyayang telah
diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, perlunya satu kajian dilaksanakan
tentang keprihatinan guru terhadap pelaksanaan Program Guru Penyayang di sekolah.

642
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

KERANGKA KONSEP

TAJUK KAJIAN :
PENILAIAN PROGRAM GURU PENYAYANG DI KALANGAN MURID ORANG
ASLI BAGI SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH TAPAH PERAK
SELANGOR

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat secara lebih mendalam tahap keprihatinan guru
dalam melaksanakan Program Guru Penyayang di sekolah. Kajian ini telah menggariskan
empat objektif sebagaimana berikut:
643
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

i. Mengenal pasti keperluan Program Guru Penyayang dalam kalangan murid Orang
Asli sekolah menengah.
ii. Mengenal pasti sumber yang digunakan dalam melaksanakan Program Guru Penyayang
bagi murid Orang Asli sekolah menengah.
iii. Mengenal pasti proses pelaksanaan Program Guru Penyayang bagi murid Orang Asli
sekolah menengah.
iv. Mengenal pasti hasil pelaksanaan Program Guru Penyayang terhadap murid Orang
Asli sekolah menengah.
v. Mengenal pasti hasil pelaksanaan Program Guru Penyayang terhadap guru sekolah
menengah.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan pernyataan masalah, persoalan kajian yang hendak diuji adalah seperti berikut:
i. Apakah keperluan Program Guru Penyayang dalam kalangan murid Orang Asli sekolah
menengah?
ii. Apakah sumber-sumber yang digunakan dalam melaksanakan Program Guru Penyayang?
iii. Bagaimanakah proses pelaksanaan Program Guru Penyayang bagi murid Orang Asli di
sekolah menengah?
iv. Apakah hasil pelaksanaan Program Guru Penyayang terhadap murid Orang Asli di sekolah
menengah?
v. Apakah hasil pelaksanaan Program Guru Penyayang terhadap guru sekolah menengah?

DEFINISI PENILAIAN

Menurut Bonnie Campbell Hill & Cynthia Ruptic (1994). “Assessment is the process of
gathering evidence and documenting a child’s lerning and growth”. Penilaian merupakan proses
mengumpulkan peristiwa dan mendokumentasikan pertumbuhan dan pembelajaran murid.
Djemari Mardapi (1999: 8) penilaian adalah kegiatan menafsirkan atau mendeskripsikan hasil
pengukuran. Menurut Cangelosi (1995: 21), penilaian adalah keputusan berkaitan dengan nilai.
Dalam PP.19/2005 tentang Standard Nasional Pendidikan Bab I pasal 1 ayat 17 dinyatakan
bahawa penilaian adalah proses pengumpulan dan pengolahan informasi untuk mengukur
pencapaian hasil belajar murid. Ini kerana penilaian merangkumi proses mengamati, merakam
dan mengumpulkan berbagai dokumentasi dari hasil karya yang telah dikerjakan oleh murid
dan bagaimana cara mereka mengerjakannya (NAEYC & NAESC/ SDE, 1991).
Manakala NSW Departement of Education (dikutip Arthur, 1996: 324) Assesment is the
process of gathering evidence and making judgement about students’ needs, strenghts, abilities
and achievement. Penilaian adalah proses mengumpulkan fakta-fakta dan membuat keputusan
tentang keperluan murid, kekuatan, kemampuan, dan kemajuannya. Menurut James A. Poteet
& Ronald C Eaves (1985) pula penilaian bererti proses pengumpulan informasi. Justeru, bagi
guru tujuan penilaian dilaksanakan adalah untuk memutuskan keterampilan mengajar. Bob
Kizlik (2009): “Assessment is a process by which information is obtained relative to some
known objective or goal. Assessment is a broad term that includes testing. A test is a special
form of assessment. Tests are assessments made under contrived circumstances especially so
that they may be administered. In other words, all tests are assessments, but not all assessments
are tests”. Penilaian adalah suatu proses dimana informasi diperoleh berkaitan dengan tujuan
pembelajaran. Penilaian adalah istilah yang luas yang mencakup ujian (pengujian). ujian adalah
bentuk khusus dari penilaian. Ujian adalah salah satu bentuk penilaian namun bukan semua
penilaian adalah ujian.
Terry Overton (2008): Assesment is a process of gathering information to monitor
progress and make educational decisions if necessary. As noted in my definition of test, an
assesment may include a test, but also include methods such as observations, interview, behavior
644
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

monitoring, etc. Penilaian adalah suatu proses pengumpulan maklumat untuk mengetuai
kemajuan dan bila diperlukan pengambilan keputusan dalam bidang pendidikan. Sesuatu
penilaian boleh terdiri daripada ujian dan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, temubual,
memerhati perilaku dan sebagainya.
Daripada beberapa definisi tersebut dapat disimpulkan bahawa penilaian adalah proses
pengumpulan berbagai data yang bisa memberikan gambaran perkembangan belajar siswa,
menjelaskan dan menafsirkan hasil pengukuran (kuantifikasi suatu objek, sifat, perlaku dll),
menggambarkan informasi tentang sejauh mana hasil belajar siswa atau ketercapaian kompetensi
(rangkaian kemampuan) siswa. Assessment memberikan informasi lebih konprehensif dan
lengkap dari pada pengukuran, sebab tidak hanya mengunakan instrument tes saja, tetapi juga
mengunakan tekhnik non tes lainya. Penilaian adalah kegiatan mengambil keputusan untuk
menentukan sesuatu berdasarkan kriteria baik buruk dan bersifat kualitatif. Hasil penilaian
sendiri walaupun bersifat kualitatif, dapat berupa nilai kualitatif (pernyataan naratif dalam
kata-kata) dan nilai kuantitatif (berupa angka).

PROGRAM GURU PENYAYANG

Setiap sekolah akan menjalankan program dan aktiviti berkonsepkan amalan penyayang bagi
membolehkan guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Melalui
Program Guru Penyayang, tanggungjawab guru tidak lagi terbatas di dalam kelas. Kepakaran
sedia ada guru serta profesionalisme guru akan digandingkan bersama untuk menjayakan
program ini. Trevor (2004) berpendapat bahawa profesionalisme perguruan menuntut guru-
guru agar berusaha menjana pengetahuan kepakaran mereka sendiri.
Dalam bukunya “School Without Failure”, Glasser (1969) memperkenalkan tujuh
langkah untuk menyelesaikan masalah interpersonal. Terapi Kenyataanya (Reality Theraphy)
didapati amat berguna untuk pengurusan bilik darjah. Beliau menyarankan sifat ramah dan
kasih sayang sebagai satu langkah penting. Mengikut cadangannya guru perlu menyedarkan
murid bahawa sebagai guru anda berasa gembira untuk mendapatnya sebagai murid. Dan
sebagai guru anda memang prihatin terhadapnya. Armento (1991, Ms 189) menghuraikan sifat
penyayang guru sebagai;

…connected teaching or the ability to look into the eyes of student to inspire them to not only
comprehend social issues but to relate to the issues and to understand them from a range of
perspectives. Caring has to do with wanting to grapple with serious issues and with feeling a
commitment to take social action…

Keprihatinan adalah mewakili perasaan, keupayaan, pemikiran dan kemampuan yang


ditunjukkan oleh guru terhadap tugasan perubahan yang diberi (Hall et al., 1977).

TUJUAN/MATLAMAT

Pelaksanaan Program Guru Penyayang bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan
sikap kasih saying di sekolah. Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu
pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng
sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar
dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti
diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang
untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.

645
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Objektif

Antara objektif Program Guru Penyayang ialah guru dapat :


a. Menjiwai bahawa amalan penyayang merupakan budaya guru.
b. Menginsafi bahawa kehadiran murid adalah satu rahmat kepada pihak sekolah.
c. Menyedari bahawa asset penting sekolah adalah murid.
d. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa dan masyarakat kepada sekolah.

Secara keseluruhannya, program ini akan mewujudkan pengurusan, persekitaran


sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjasama
ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang. Berupaya menerapkan nilai-nilai
positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah dengan membantu menangani
pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid. Hal ini akan meningkatkan perasaan kasih
sayang dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah terhadap murid-murid di sekolah.
Sekaligus ia akan mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.
KONSEP

Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu;


1. Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.
2. Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan
berdisiplin tinggi.
3. Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang ‘caring’ terhadap anak didik di
sekolah dalam segala aspek.
4. Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan
kakitangan sekolah.
5. Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam
kalangan mereka.
6. Mampu melahirkan guru-guru yang “first in, last out” di sekolah-sekolah.

AKTIVITI

Antara aktiviti Program Guru Penyayang ialah:


a. Guru mengalu-alukan kedatangan murid di pintu pagar sekolah secara sapaan, mesra,
memberi bimbingan, tunjuk ajar secara berhemah dan membuat publisiti atau promosi.
b. Program Mentor Mentee berkaitan pembangunan sahsiah diri murid, membina jati diri
murid dan membantu menyelesaikan masalah murid.
c. Aktiviti penghargaan murid semasa hari lahir murid, sambutan hari kanak-kanak dan
perayaan-perayaan utama mengikut kaum.

Program Guru Penyayang mensasarkan penglibatan semua warga pendidik di


semua sekolah di Malaysia. Tujuan utama program ini dijalankan supaya golongan guru
mengamal dan membudayakan sikap penyayang di sekolah dengan konsep menjiwai
bahawa murid merupakan aset penting kepada sekolah. Secara keseluruhannya semua
guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan Program Guru Penyayang di
semua sekolah. Guru-guru telah diberikan pendedahan melalui taklimat atau bengkel yang
dijalankan oleh Pejabat Pendidikan Daerah mahupun LADAP di sekolah. Perlaksanaan
ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk memurnikan lagi profesion perguruan dan
membentuk masyarakat yang harmoni.

646
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

TEORI PENILAIAN

Teori Hierarki Keperluan Manusia (Abraham Maslow)


Abraham Maslow merupakan antara pelopor aliran psikologi humanistik. Maslow percaya
bahawa setiap manusia tergerak untuk menerima dan memahami keadaan dirinya. Beliau
melihat kepada perkara yang perlu diutamakan dalam prinsip keperluan seperti
keadaanmanusia akan memilih kepada haus berbanding lapar jika berada dalam kedua-
dua situasi ini dalam masa serentak. Alasannya kerana manusia mampu bertahan beberapa
minggun tanpa makanan berbanding tanpa minuman hanya beberapa hari sahaja. Justeru,
keperluan minuman melebihi keperluan makanan bagi manusia. Cetusan daripada perkara
seperti inilah yang mencetuskan Maslow menciptakan Teori Hierarki Keperluan Manusia
(Hierarchy of Needs).

Rajah 1 : Hirarki Keperluan Manusia

Maslow menggunakan piramid (Rajah 1) sebagai hirarki keperluan manusia. Maslow


berpandangan bahawa manusia akan dimotivasikan dengan keperluan-keperluan dirinya.
Hirarki keperluan ini mempunyai tingkat berdasarkan kepada tahap keperluan asas kepada
keperluan optimum manusia.Justeru itu, Maslow membahagikan keperluan manusia kepada 5
tahap keperluan iaitu:

1.      Keperluan Fisiologi (The Physiological Needs)


Keperluan fisiologi dikayakan keperluan yang paling penting dan menjadi asas (basic needs)
kepada keperluan-keperluan lain manusia untuk hidup. Keperluan fisiologi merangkumi
beberapa perkara seperti udara, air, makanan, tidur dan sebagainya. Keperluan ini amat
diperlukan dan menjadi pemangkin kepada diri untuk meneruskan hidup.

2.      Keperluan Keamanan dan Keselamatan (The Safety and Security Needs)


Keperluan keamanan dan keselamatan berada dalam hirarki keperluan manusia yang kedua
selepas keperluan fisiologi telah dipenuhi.Antara elemen keperluan ini adalah seperti  physical
security (keselamatan fizikal), security of employment (keselamatan kerja), security of revenues
and resources (keselamatan sumber daya), moral and physiological security (keselamatanmoral
dan psikologi), familial security (keselamatan keluarga), security of health (keselamatan
kesihatan), dan security of personal property against crime (keselamatan kekayaan peribadi
daripada kejahatan). Berasaskan kepada elemen-elemen keperluan inilah yang mewujudkan
peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Seandainya keperluan ini tidak dipenuhi,
manusia akan mewujudkan perilaku dan pandangannya cenderung ke arah negatif.

647
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

3.      Keperluan Kepunyaan dan Kasih Sayang (The Love and Belonging Needs)
Manusia lazimnya memerlukan keperluan kasih sayang, rasa dimiliki dan diterima baik dalam
institusi kekeluargaan, persahabatan, pekerjaan mahupun kelompok sosial yang lain. Jika
tidak dipenuhi akan menyebabkan manusia sentiasa berasa kesunyian, sendirian, gelisah dan
kemurungan serta penyakit lain berkaitan hati (perasaan).

4.      Keperluan Penghargaan Kendiri (The Esteem Needs)


Setiap manusia memerlukan penghargaan, menghargai diri sendiri, status dan juga menghargai
orang lain untuk membentuk nilai diri. Jika keperluan ini dipenuhi manusia akan mempunyai
keyakinan diri, stabil diri, dan rasa dihormati berbanding dengan perasaan rendah diri, lemah,
tidak berdaya dan tidak berharga seandainya keperluan ini tidak dipenuhi.

5.  Keperluan Penerimaan Diri(Self Actualization Needs)


Pada tahap ini, manusia perlu memanfaatkan kemampuan dan potensi diri yang unik dengan
berusaha menjadi yang terbaik. Maslow turut menggambarkan keperluan penerimaan diri
(aktualisasi diri) sebagai berikut:

Self Actualization is the intrinsic growth of what is already in the organism, or more
accurately, of what the organism is. (Psychological Review, 1949)

Maslow juga mengidentifikasikan beberapa karakteristik kunci daripada penerimaan diri


antaranya :
• Acceptance and Realism
Mempunyai persepsi realistik dari diri sendiri, orang lain dan lingkungan di sekitar mereka.
• Problem-centering
Prihatin dengan pemecahan masalah di luar diri mereka, termasuk membantu orang lain
dan mencari penyelesaian terhadap permasalahan di luar lingkungan mereka. Individu ini
dimotivasikan oleh rasa tangggung jawab peribadi dan juga etika.
• Spontaneity
Spontan dalam pemikiran internal dan perilaku. Individu dapat menyesuaikan diri dengan
aturan dan harapan sosial secara terbuka dan tidak konvensional.
• Autonomy and Solitude
Karakteristik lain dari keperluan penerimaan diri adalah keperluan akan kebebasan dan
privasi.
• Continued Freshness of Appreciation
Melihat kelangsungan secara berterusan dunia dengan penghargaan dan kekaguman.
Pengalaman yang sederhana menjadi sumber inspirasi dan kesenangan.
• Peak Experiences
Individu yang mencapai tahap penerimaan diri sering memiliki pengalaman puncak Maslow,
atau saat suka cita. Setelah semua pengalaman ini orang merasa terinspirasi, diperkuat,
diperbaharui atau ditransformasikan (growth motivation).

MODEL PENILAIAN

Model merupakan suatu gambaran konseptual tentang aktiviti yang dapat menunjukkan
perkaitan antara berbagai elemen atau pemboleh ubah yang terlibat di dalam aktiviti tersebut.
Dengan adanya model, penilaian ke atas program dapat dijalankan dengan lebih teratur dan
bermakna. Di bawah ini terdapat beberapa perbandingan model penilaian yang telah dikenal
pasti oleh penyelidik. Antara model yang di terangkan di bawah adalah Model Penilaian
Kikpatrick, Model Penilaian Rasional, Model Penilaian Responsif dan Model CIPP.

648
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Model Penilaian Kirkpatrick (1976)


Model penilaian ini adalah merupakan antara model penilaian terawal dan antara model
yang sering digunakan oleh penyelidik lain dalam membuat penilaian. Penilaian yang telah
menggunakan model penilaian ini telah memberi pelbagai sumbangan yang bernilai dalam
penilaian program, model ini juga telah dibuktikan keberhasilannya secara empirikal dalam
penilaian ke atas kesan latihan organisasi sejak dari tahun 1959 dan relevan hingga kini.
Berdasarkan penyataan dari Alliger dan Janak (1989) model ini sering menjadi pilihan penyelidik
kerana ia merupakan model yang mudah diaplikasikan dan membantu proses penilaian yang
dilaksanakan oleh penyelidik terhasil dengan jayanya. Model ini telah menekankan empat (4)
tahap penilaian yang digunakan sebagai pengkaedahan untuk menilai program latihan. Tahap-
tahap berikut adalah:

i. Tahap I - Reaksi: adalah pengukuran yang menentukan dari sudut bagaimana pandangan
pelatih(orang yang mengikuti kursus/latihan) terhadap latihan;
ii. Tahap II - Pembelajaran: tahap ini akan menilai apa yang telah dipelajari sepanjang kursus/
latihan dijalankan dan menjadi pedoman daripada pengalaman pembelajaran;
iii. Tahap III - Perubahan Kelakuan / Aplikasi: tahap ini akan menentukan sama ada peserta
kursus dapat mengaplikasikan perkara yang dipelajari sepanjang latihan dilaksanakan di
tempat kerja;
iv. Tahap IV - Hasil: pada tahap ini penyelidik akan menilai kesan dari latihan yang membawa
kepada perubahan budaya kerja yang lebih positif (Kirkpatrick, 1976).

Model Penilaian Rasional Tyler (1950)


Secara umumnya model ini lebih memberi penekanan terhadap produktiviti dalam
sesuatu aktiviti dalam organisasi. Model ini juga selalu digunakan dalam bilik darjah bagi
mengukur tahap pencapaian dan kemajuan seseorang pelajar. Model ini akan mengetepikan
aspek proses dalam menjalankan penilaian. Model ini hanya menumpukan hasil akhir dari
program latihan tersebut seperti dalam melaksanakan sesuatu kajian, model ini sering
mengutarakan pertanyaan seperti adakah pelajar-pelajar berjaya mencapai objektif yang
ditetapkan? Adakah guru berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya?. Bagi membentuk
ujian pencapaian, Tyler menggariskan beberapa prosedur atau langkah yang perlu diikuti
iaitu:

i. Mengenal pasti objektif yang terdapat dalam program yang bercorak pendidikan yang
hendak dijalankan kepada peserta.
ii. Menjelaskan setiap objektif dalam bentuk sikap dan isi kandungan.
iii. Mengenal pasti keadaan di mana sepatutnya objektif yang hendak digunakan.
iv. Mewujudkan arah untuk mewakili situasi.
v. Mewujudkan arah untuk mendapatkan rekod.

Tyler telah mentakrifkan penilaian adalah merupakan kaedah yang digunakan dalam
membandingkan di antara hasil yang dikehendaki dengan hasil yang sebenarnya berlaku.
Dalam pendekatan Tyler lebih menumpukan ke arah pengukuran terhadap objektif yang
telah ditetapkan dan juga menekankan hasil dari pembelajaran dalam latihan tersebut.
Tyler juga telah melaksanakan beberapa perubahan dalam konsep mengenai penilaian
program. Perubahan yang dilakukan oleh Tyler ini telah ditunjukkan dalam takrifan
ini adalah penilaiannya ke atas program yang asal iaitu penilaian dalam program yang
dicadangkan dibuat dengan membandingkan di antara konsep sesuatu program dengan
sebarang maklumat yang bersesuaian untuk meningkatkan lagi kualiti sesuatu program
yang dirancang. Dalam model Penilaian Tyler (1950), penyelidik menilai tingkah laku
pelajar kerana perubahan tingkah laku pada murid tersebut adalah aspek yang diperlukan
dalam pendidikan. Dapatan kajian yang diperolehi akan digunakan bagi membandingkan
649
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dengan objektif program serta keputusan akan dibuat berkenaan tahap pencapaian yang
diperoleh oleh program tersebut. Mengikut Tyler, sekiranya objektif tersebut tidak tercapai
sepenuhnya, ini membawa maksud sama ada pelaksanaan program tersebut lemah atau
ketetapan pada objektif yang tidak bersesuaian.

Model Penilaian Responsif Robert Stake (1967)


Stakes (1967) telah mendefinisikan bahawa penilaian adalah sebagai suatu nilai
pemerhatian jika dibandingkan dengan beberapa piawaian (standard). Stakes(1967) telah
menyenaraikan beberapa ciri dalam pendekatan responsif iaitu yang pertama pendekatan
ini lebih fokus kepada aktiviti yang terdapat dalam program yang dilaksanakan berbanding
tujuan program. Ciri kedua pula adalah penilai perlu mempunyai hubungan dengan ramai
pihak untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan program. Dan ciri ketiga
yang merupakan ciri terakhir adalah perbezaan antara pandangan dan perspektif nilai di
kalangan orang ramai ini adalah sebagai ukuran dalam menentukan tahap kejayaan dan
kegagalan sesuatu program.
Pendekatan dari Stakes ini adalah satu sistem yang telah menolak beberapa fakta
dalam pengukuran dengan hasrat dapat meningkatkan lagi hasil dapatan itu digunakan
untuk individu atau program itu. Kebanyakan penyelidik lebih kepada menekankan
kenyataan terhadap maklumat yang diperolehi, menggunakan ujian objektif dari soal
selidik, temu bual, menentukan satu piawaian program dan laporan hasil penyelidikan.
Penilaian ini kurang memberi kesan terhadap komunikasi formal jika dibandingkan
dengan komunikasi biasa. Model lebih menumpukan kepada perkara yang individu biasa
lakukan untuk menilai sesuatu perkara. Individu tersebut akan membuat pemerhatian
dan kan melakukan tindak balas berdasarkan pemerhatian tersebut. Dalam penilaian ini
juga penyelidik perlu membuat perancangan yang sistematik dalam memilih orang yang
benar-benar boleh membantu untuk menjadi pemerhati bagi perjalanan program tersebut.
Penyelidik akan menyediakan carta gantt, tujuan dapatan penilaian, dan membuat graf
bagi menggambarkan tahap penilaian dilaksanakan.
Terdapat empat fasa utama dalam model penilaian yang diperkenal oleh Stake ini
iaitu bagi Fasa pertama adalah pada tahap permulaan dan penyusunan proses penilaian.
Stake telah mencadangkan penyelidik dan responden membuat perbincangan dan rundingan
berkaitan syarat-syarat dalam penilaian seperti menjelaskan objektif penilaian, memohon
kebenaran melaksanakan penilaian dan jaminan kerahsiaan maklumat responden. Pihak
yang berkepentingan dalam penilaian ini ialah individu yang terlibat secara langsung
dalam penilaian tersebut dan mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai hak bagi
mendapatkan keizinan mereka dan isu-isu yang berkaitan dengan proses penilaian.
Manakala bagi Fasa kedua ialah proses untuk mengenal pasti wujudnya penerimaan antara
penyelidik dan responden, isu dan nilai dari responden. Fakta-fakta dan maklumat yang
diperolehi melalui temu bual dan soal selidik yang telah dilaksanakan. Fasa ketiga pula
adalah proses dalam mengumpul maklumat yang mempunyai kaitan dengan keperluan,
isu yang wujud serta nilai yang dikenal pasti oleh pihak yang berkepentingan. Penyelidik
juga boleh mendapatkan data dalam bentuk deskriptif berkaitan perkara yang hendak
dinilai dan piawaian yang digunakan bagi membuat pertimbangan atas penilaian tersebut.
Maklumat yang diperlukan oleh penyelidik boleh dikumpulkan melalui beberapa cara
iaitu secara naturalistik, pemerhatian, temu bual dan ujian piawaian. Fasa empat adalah
fasa yang terakhir adalah fasa dalam penyediaan pelaporan berkenaan dengan cadangan
penambahbaikan program dan keputusan hasil penilaian yang telah dilaksanakan. Model
ini telah mencadangkan bahawa penyelidik perlu membuat rundingan dan perbincangan
dengan pihak berkepentingan dalam membuat pertimbangan dan cadangan-cadangan
berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dalam usaha penambahbaikan terhadap
program.

650
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Di antara tahun 1960 dan awal 1970, model yang telah diperkenalkan oleh Stake (1967)
telah banyak membantu dan mempengaruhi dunia penilaian. Berdasarkan pendapat yang
telah dikemukakan oleh Stake (1967), penilaian seharusnya untuk menumpukan kepada
objektif akhir. Penilaian tidak seharusnya mempertimbangkan sifat pendidikan yang
sangat kompleks dan dinamik.

MODEL PENILAIAN PROGRAM GURU PENYAYANG

Model Penilaian CIPP Stufflebeam (1973)


Pendekatan CIPP pula dikemukakan oleh Stufflebeam pada tahun 1973 yang menggunakan
asas Context-Input-Process-Product (Stufflebeam 1986). Bagi Eseryel (2002), CIPP ini
merupakan pendekatan penilaian yang berasaskan sistem. Hal ini dapat dilihat daripada
istilah-istilah yang digunakan iaitu konteks, input, proses dan produk.   Model Model ini
menekankan kepada empat (4) tahap penilaian yang digunakan sebagai pengkaedahan
untuk menilai sesuatu program iaitu ;

i. Tahap I - Penilaian konteks : memfokuskan syarat-syarat awal dan keperluan


yang wujud bagi mengadakan program latihan. Peringkat ini amat sesuai bagi fasa
penggubalan sesuatu program latihan (Reeves 1994). 
ii. Tahap II - Penilaian input : menyediakan maklumat tentang kekuatan dan kelemahan
bagi pemilihan sesuatu strategi dan reka bentuk program latihan yang dilaksanakan.
iii. Tahap III - Penilaian proses : akan membekalkan maklumat untuk memantau strategi
atau prosedur yang dilaksanakan agar kekuatan dapat dikekalkan dan kelemahan
program latihan dapat dikurangkan.
iv. Tahap IV - Penilaian produk : akan membekalkan maklumat tentang tahap pencapaian
objektif, kesesuaian strategi atau prosedur yang telah dilaksanakan.

KESIMPULAN

Penilaian terhadap pelaksanaan Program Guru Penyayang bertujuan untuk melihat


kekangan yang wujud di peringkat sekolah sehingga menyebabkan pelaksanaan program
ini dilihat begitu suram dan kurang berkesan dipraktikkan oleh guru dan murid di sekolah.
Justeru, program ini wajar dilihat secara lebih teliti dan menyeluruh melibatkan semua
guru dan murid di sekolah agar impaknya dapat diperolehi oleh semua pihak.

RUJUKAN

Aiken, LR, Psychological Testing and Assesment (Ninth Edition), Boston: Allyn and
Bacon, 1997. Anita E. Woolfolk dan Larrai
Eftah Hj Abdullah & Abd Aziz Abd Shukor (2014). Pentaksiran Prestasi & Pentaksiran
Rujukan Standard Dalam Bilik Darjah : Apakah Yang Pendidik Perlu Tahu?. Ipoh :
Syarikat Harkam Interprise.
Daniel L. Stufflebeam, et.al., (1977), Educational Evaluation and Decision Making
(Illino-is: F.E Peacock Publishers Inc.)
Goebel, B. L.; Brown, D. R. (1981). “Age differences in motivation related to Maslow’s
need hierarchy”. Developmental Psychology 17: 809–815.
Hoffman, E. (1988). The right to be human: A biography of Abraham Maslow. Jeremy P.
Tarcher, Inc.
Mardapi, D. 1999. Pengukuran, Penilaian, dan Evaluasi. Makalah disajikan dalam
Penataran Evaluasi Pembelajaran Matematika SLTP untuk Guru Inti Matematika di
MGMP SLTP, PPPG Matematika Yogyakarta, Yogyakarta, 8-23 November.

651
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Maslow, A. H. (1943). A Theory of Human Motivation. Psychological Review, 50(4),


370-96.
Maslow, A. H. (1970a). Motivation and Personality. New York: Harper & Row.
McLeod, S. A. (2007). Maslow’s Hierarchy of Needs. Retrieved from http://www.
simplypsychology.org/maslow.html
Oriondo, L. L., dan Antonio, E. M. D. 1998. Evaluating Educational Outcomes (Test,
Measurment, and Evaluation). Florentino St: Rex Printing Company.
Popham, W, James. 1995 Classroom Assessment: What Teacher Need to Know.
Massuchusett: Allyn & Bacon.
Raka Joni, T, (1981), Penilaian Program Pendidikan (Jakarta: P3G Depdikbud).
Wirawan. 2011.Evaluasi: teori, model, standar, aplikasi, dan profesi. PT.
RajagrafindoPersada: Jakarta.

652
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PERSEPSI PRESTASI KERAJAAN MENJELANG PRU-14: ANALISIS


SEGMEN B40 DI SELANGOR

Muhammad Shamshinor Abd Azzis, 2Mansor Mohd Noor, 3Muhammad Asri Mohd Ali, 4Ahmad
1

Rizal Mohd Yusof, 5Mohd Mahadee Hj. Ismail, 6Arvin Tajari, 7Najiha Zainuddin
1
Institut Kajian Sosial Selangor (IKSAS), Universiti Selangor
2,4
Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia
3
Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.
5
Jabatan Pengajian Ketamadunan dan Kenegaraan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra
Malaysia
6
Jabatan Komunikasi dan Pengajian Umum, International Open College
7
Kolej Damansara Utama

Abstrak
Kajian ini menganalisis persepsi pengundi berdaftar yang berpendapatan rendah
(B40) terhadap prestasi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor. Persepsi
dari segmen ini adalah signifikan dalam menilai tren pengundian menjelang PRU-14
kerana golongan B40 adalah segmen pengundi terbesar di Malaysia dari segi pecahan
pendapatan isirumah. Dengan menggunakan rekabentuk sequential exploratory dalam
metodologi campuran (mixed method), kajian ini memfokuskan kepada prestasi
pemerintah persekutuan & negeri Selangor melalui analisis 10 domain polisi serta
isu semasa. Dapatan kajian menghujahkan kelemahan prestasi kerajaan persekutuan
berbanding kerajaan negeri serta elemen ekonomi sebagai pertimbangan dominan yang
mendasari persepsi B40.

PENGENALAN

Dalam perspektif politik nasional, penguasaan terhadap kepimpinan politik Selangor adalah
signifikan. Selaras dengan itu, keputusan Pilihanraya Umum ke-13 pada 2013 telah menunjukkan
kelangsungan kuasa kerajaan pimpinan Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan
konsistensi kuasa kerajaan negeri kepada pimpinan parti PKR, PAS dan DAP yang dikenali
sebagai Pakatan Rakyat. Dalam konteks kajian ini, Selangor yang merupakan negeri termaju
di Malaysia dan jumlah penduduk paling ramai serta mempunyai populasi yang menyerupai
demografi Malaysia telah memperlihatkan kepelbagaian tren persepsi dalam kalangan pengundi
berdaftar di Selangor. Kajian ini memfokuskan persepsi segmen masyarakat yang utama di
Selangor berdasarkan pendapatan isi rumah iaitu segmen B40.
Kajian ini mengutarakan pola persepsi pengundi berdaftar di Selangor berkaitan prestasi
kerajaan, isu semasa serta jangkaan keputusan PRU 14 berdasarkan tren pengundi pada suku
terakhir 2015. Kesemua informasi persepsi tersebut seperti keberkesanan program kerajaan
dari kedua-dua peringkat kerajaan (persekutuan dan negeri) adalah elemen yang mendasari dan
mempengaruhi pola pengundian di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Justeru, persepsi pengundi pendaftar di Selangor adalah signifikan untuk dianalisis bagi menilai
penerimaan pengundi terhadap program serta isu yang berkaitan.
Dari segi limitasi kajian, faktor etnik tidak menjadi fokus kajian ini sekalipun isu etnik
sering menjadi ruang dan peluang parti politik di Malaysia untuk mempengaruhi pola pengundian.
Tambahan pula,senario politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian etnik
dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk menjadi
penyebab kemenangan dalam pilihanraya. (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi
Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar dan Mohd Azmir Mohd Nizah 2016:137). Justeru, yang
menjadi prioriti pengundi adalah kemampuan calon dari segi implementasi manifesto. Selain
itu, faktor karisma pemimpin, kawalan terhadap isu serta integriti adalah perkara yang perlu
653
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

diberi perhatian (Paimah Atoma et al 2013: 135). Justeru, kajian ini akan menganalisis persepsi
terhadap prestasi kerajaan persekutuan dan negeri serta isu yang mendasari perkembangan
politik semasa di peringkat nasional mahupun negeri Selangor.

METODOLOGI

Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif iaitu metodologi campuran
(Creswell 2009:203). Metodologi jenis ini membolehkan pengkaji menggunakan pelbagai
alat kajian dalam pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk memantau perkembangan yang
berlaku dalam tempoh kajian ekonomi politik melalui penggunaan pendekatan kualitatif
untuk meningkatkan kualiti data soal selidik (Bamberger 2000:7-19; Chung 2000:43-44).
Rekabentuk kajian yang digunakan adalah sequential exploratory design; iaitu melaksanakan
kaedah kualitatif terlebih dahulu; dan diikuti oleh kaedah kuantitatif selepas itu.
Kajian ini turut menggunakan kaedah pengumpulan data yang kedua iaitu diskusi
kumpulan fokus dan soal selidik untuk mendapatkan data primer. Pengumpulan data melalui
kaedah temubual ini dilakukan dengan menemu bual dua kumpulan fokus iaitu pemimpin
UMNO dan pemimpin PAS diperingkat negeri. Temu bual intensif dengan responden yang
berkait rapat dengan aspirasi dan pelaksanaan gerak kerja parti politik di peringkat negeri
Selangor adalah penting dalam mencapai objektif kajian ini. Kaedah temu bual dalam sesebuah
kajian dijalankan dalam pelbagai cara seperti pertemuan secara langsung atau secara tidak
langsung melalui media telekomunikasi seperti voice-over-internet-protocol (VOIP), mel
elektronik dan telefon (Pierce 2008:118). Bentuk temu bual yang digunakan dalam kajian ini
bagi mendapat maklumat dari tokoh yang ditemu bual adalah temu bual semi-struktur. Dalam
sesebuah kajian politik yang melibatkan golongan elit, bentuk temu bual jenis ini adalah yang
paling banyak digunakan (Pierce 2008:118). Soalan yang dikemukakan telah distruktur kepada
topik yang berkaitan dengan kajian serta melibatkan penyediaan soalan tambahan.
Kaedah temu bual yang melibatkan elit adalah penting kerana ia merupakan sumber
maklumat utama dalam sesebuah kajian politik (Pierce 2008:85). Elit ini tergolong dalam
kalangan individu yang mempunyai pengaruh besar kepada perkembangan dan strategi
parti politik masing-masing; khususnya di Selangor. Menurut Pierce (2008:119), elit politik
merangkumi menteri, ahli parlimen, ketua pegawai eksekutif, jurnalis atau kumpulan pemikir.
Metodologi kuantitatif dijalankan melalui soal selidik yang melibatkan 438 orang
responden (yang dipilih secara rawak) bagi menjadi sampel yang mewakili populasi penduduk
yang menggunakan bekalan air di Selangor. Populasi dalam kajian ini difokuskan kepada
pengundi berdaftar yang menetap di Selangor. Kaedah mendapatkan data melalui soal selidik
bertujuan membuat generalisasi terhadap populasi dari segi latar belakang, sikap, pengetahuan
dan pendapat berkaitan sesuatu isu (Carlson & Hyde 2003:223). Kaedah persampelan adalah
penting dalam sesebuah kajian kuantitatif kerana adalah sukar untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan dari setiap unit kajian dalam populasi. Kaedah sampel rawak mudah yang berada
dalam kategori probability sample digunakan supaya setiap elemen dalam populasi mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel, terutamanya jika melibatkan populasi kajian
yang sangat besar (Carlson & Hyde 2003:198; Pierce 2008:93). Dari segi jumlah sampel, dengan
menetapkan tahap keyakinan yang bersesuaian dengan kajian sains sosial iaitu 95%, maka
267 sampel dan ke atas adalah memadai (Carlson & Hyde:216). Rasional pemilihan jumlah
sampel yang kecil ini dan kaedah sampel rawak mudah bagi mewakili populasi Selangor yang
ramai adalah berasaskan kepada kaedah central limit theorem yang menunjukkan perkaitan di
antara min populasi dan min sampel yang sekata dan normal. Kaedah central limit theorem ini
menunjukkan catatan min sampel secara rawak yang lebih dari 30 dan diambil secara berulang
kali dari populasi akan menghasilkan graf sebaran yang normal walaupun populasi tersebut
tidak mempunyai sebaran yang normal (normal distribution) (Pierce 2008:199; Matthew &
Sutton 2004). Bagi menganalisis hubungan antara pemboleh ubah, aras signifikan yang dipilih
adalah berpadanan untuk kajian sains sosial iaitu 0.5.
654
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

ANALISIS PERSEPSI SEGMEN B40 DI SELANGOR

Faktor pendapatan isirumah adalah kriteria utama pembahagian segmen B40 dalam kajian
ini. Segmen B40 dalam kajian ini adalah merujuk kepada responden yang berpendapatan
isirumah dibawah RM 3000 dan juga merupakan pengundi berdaftar. Persepsi responden dari
segmen ini adalah penting kerana golongan ini merupakan kumpulan terbesar dalam kalangan
pengundi berdaftar di Selangor. Justeru, persepsi dan penilaian B40 ini mampu mencorakkan
tren pengundian dalam PRU 14 kelak.

Jadual 1: Persepsi responden B40 di Selangor keadaan ekonomi pada 2015 dan jangkaan pada
2016 dan terhadap keluarga

Dapatan kajian menunjukkan majoriti komponen masyarakat dari segmen B40


mempunyai persepsi bahawa ekonomi makro Malaysia adalah dalam situasi ‘teruk’ pada tahun
2015. Namun, persepsi ini berkembang ke arah yang lebih positif bagi ekonomi negeri dan
keluarga. Selain itu, responden turut menunjukkan persepsi yang positif dari segi harapan
terhadap persepsi ‘baik’ prestasi ekonomi Malaysia untuk tahun hadapan iaitu dari 22.8%
pada 2015 kepada 34.3% untuk tahun 2016; peningkatan sebanyak 11.5% dari responden.
Tren persepsi yang positif untuk ekonomi tahun 2016 berbanding tahun 2015 turut dinyatakan
oleh segmen masyarakat B40 untuk ekonomi diperingkat negeri dan keluarga. Senario ini
menunjukkan harapan segmen B40 agar kepimpinan kerajaan; samada persekutuan atau negeri
mengambil inisiatif dan melaksanakan strategi yang mampu membantu golongan berpendapatan
rendah ini.Jsuteru, kepimpinan yang cekap yang menjadi faktor penting persepsi yang positif
sekalipun sesebuah negara berhadapan dengan krisis ekonomi (Chiozza & Manzetti 2015:458).
Selain itu, persepsi segmen B40 di Selangor terhadap prestasi kerajaan persekutuan
pimpinan Barisan Nasional turut menjadi fokus kajian ini kerana penilaian prestasi kerajaan
persekutuan adalah signifikan dalam mencorakkan tren pengundi pada PRU14. Umumnya,
konsep kerajaan mempunyai beberapa pengertian asas, yang umumnya merujuk kepada kuasa
dan pengawalan dalam sesebuah wilayah yang dikaitkan dengan negara. Sity (2003:18-19)
pula mengklasifikasikan negara kepada tiga perspektif utama iaitu sebagai sebuah wilayah
berkedaulatan, sistem kerajaanan dan sekumpulan elit yang berkuasa. Ini kerana kerajaan
mempunyai kuasa kawalan untuk menentukan halatuju pembangunan, sama ada ke arah
kemajuan atau kemunduran yang berorientasikan autoriti politik dalam wilayah tertentu
655
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

(Leicht & Jenkins 2010:43). Justeru, kerajaan persekutuan dalam kajian ini dirujuk sebagai
elit kerajaan persekutuan yang mempunyai kuasa kawalan dalam pelaksanaan sesuatu polisi.
Walaupun agenda globalisasi dan fahaman neoliberal telah melangkaui ke sempadan negara di
seluruh dunia, namun campur tangan kerajaan adalah tetap signifikan.

Jadual 2: Persepsi Responden B40 terhadap Prestasi Kerajaan Persekutuan

Berdasarkan kenyataan di atas, Jadual 2mengutarakan hujah bahawa majoriti


(iaitu 60.5%) segmen B40 dalam masyarakat telah membuat penilaian bahawa prestasi
Kerajaan Persekutun adalah ‘tidak berkesan’. Penilaian negatif ini didorong oleh
beberapa isu yang signifikan dalam kalangan masyarakat seperti pelaksanaan cukai
barang dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga barang yang tidak terkawal dengan
baik oleh Kerajaan Pusat. Bagi segmen masyarakat yang berpendapatan rendah seperti
B40 khususnya, persepsiprestasi kerajaan pusat yang negatif ini didominasi oleh faktor
yang bersifat ekonomi.Pola yang menunjukkan kelemahan kerajaan ini seharusnya diteliti
oleh kerajaan pusat kerana ia merupakan penggerak utama kepada perancangan dan
pelaksanaan sesuatu polisi untuk rakyat dalam wilayah kekuasaannya; khususnya ekonomi.
Justeru, kerajaan pusat dilihat oleh segmen B40 sebagai organisasi sosial dan politik yang
signifikan serta bertanggung jawab kepada pelaksanaan aspirasi pembangunan (Castells
1996:7; Weiss 2003:30) bagi membantu golongan B40 ini. Dalam kerangka pilihanraya,
kuasa dan kawalan kerajaan pusat dalam menggubal dan melaksanakan sesuatu program
pada 2016 pasti mempengaruhi pola pengundian kelak.
Pengurusan isu yang efisien di pihak kerajaan berupaya mempengaruhi pola
pengundian berdasarkan penerimaan masyarakat terhadap keberkesanan sesuatu program
yang dijalankan. Perkembangan persepsi ini akan membentuk kecenderungan masyarakat
untuk mengundi parti yang berkemampuan menangani pelbagai isu dalam kehidupan
seharian rakyat. Justeru, program yang dilaksanakan kerajaan berupaya membentuk dua
senario yang bertentangan; peluang kepada kerajaan yang didasari gelombang sokongan
dari pengundi atau menyebabkan arus penolakan pengundi akibat kelemahan dalam
pelaksanaan program.
Selaras dengan itu, tren ketidakpuasan hati yang dihujahkan dalam Jadual
3didahuluididahului oleh 3 isu dominan iaitu pelaksanaan GST (94.5%), harga barang
(92.8%) serta kelemahan prestasi kerajaan pusat dalam menangani kejatuhan nilai RM
iaitu 81.4%. Manakala 3 isu yang menunjukkan prestasi kerajaan pusat yang paling baik
(berdasarkan peratusan terendah ketidakpuasan hati responden) adalah penyediaaan
perumahan mampu milik (60.8%), mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
(57.8%) dan memperkukuhkan perpaduan kaum (55.1%). Justeru, dapatan ini perlu
656
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

diberi perhatian serius dengan merujuktren pengundi yang cenderung membentuk pola
pengundian berdasarkan persepsi kemampuan pemimpin untuk menangani isu dominan
dalam kehidupan seharian masyarakat (Muhammad Shamshinor et al. 2016).Jadual 3di
bawah menunjukkan persepsi segmen B40 terhadap 10 isu semasa yang mengimpak
kepada penilaian prestasi terhadap kerajaan persekutuan.

Jadual 3: Persepsi Segmen B40 di Selangor terhadap isu-isu semasa

Dapatan di atas menunjukkan hubungkait yang jelas antara isu sosioekonomi


dengan pola pengundian. Berdasarkan ulasan literatur, Ser Kuang Keng (2012) dan Junaidi
et. al. (2011) yang menghujahkan faktor peralihan dan peningkatan undi majoriti kepada
Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada tahun 2011
adalah didorong oleh pelbagai bentuk janji ekonomi oleh kerajaan pusat. Strategi Barisan
Nasional menjanjikan projek Perumahan Warga FELDA bagi Gugusan Sungai Dusun,
bantuan RM 90,000 untuk Perkuburan Kwang Tung Ulu Yam selain pelbagai program
pembangunan infrastuktur seperti kumbahan, perparitan, jalan dan tempat rekreasi
telah mengimpak kepada pola pengundian yang cenderung terhadap Barisan Nasional.
Manakala di pihak Pakatan Rakyat, strategi pemberian geran sebanyak RM 205,000 untuk
7 buah sekolah Tamil di Hulu Selangor dan RM 190,000 untuk sekolah Cina (Ser Kuang
Keng 2012: 133) menunjukkan penawaran sesuatu program kerajaan turut dilaksanakan
oleh kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya.
Justeru, pertembungan strategi oleh kedua-dua parti ini menunjukkan bahawa aplikasi
program ekonomi oleh kerajaan dalam mempengaruhi pola pengundian adalah signifikan.
Sehubungan itu, Jadual 4 pula menunjukkan persepsi segmen B40 dalam
masyarakat terhadap prestasi Kerajaan Negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan
majoriti responden iaitu 63.3% berpandangan bahawa kerajaan negeri Selangor telah
menjalankan peranan dengan berkesan. Senario ini didorong oleh peningkatan prestasi
dan strategi kerajaan negeri dalam menambahbaik sekaligus mengurangkan kelemahan
dalam beberapa isu yang mendominasi persepsi pengundi Selangor.

657
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Jadual 4: Persepsi responden B40 terhadap prestasi kerajaan negeri

Jadual 5 dibawah pula menunjukkan persepsi penilaian pengundi berdaftar di


Selangor dari segmen B40 terhadap isu-isu diperingkat negeri. . Kepelbagaian isu ini
telah meliputi berbagai aspek seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya.
Kewujudan isu-isu ini adalah sebahagian daripada proses pilihanraya dan ianya telah
mendapat perhatian daripada parti-parti politik yang bertanding. Isu-isu pilihanraya ini
adalah untuk mendapatkan sokongan pengundi bagi menyokong sesebuah parti politik.
Oleh itu parti Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Pakatan Rakyat dan PAS telah
menggunapakai pelbagai isu piliharaya ini dengan strategi saling ‘serang & bertahan’
dalam kepelbagaian isu yang menyumbang ‘kredit politik’ dan sokongan dari pengundi
semasa pilihanraya.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa isu perumahan merupakan isu yang paling
banyak menyumbang kepada ketidakpuasan hati pengundi iaitu 52.4%; diikuti oleh isu
kesesakan lalu lintas (52.4%). Kedua-dua isu ini perlu diberi perhatian khusus oleh BN
dan Pakatan Rakyat kerana penyelesaian isu ini mampu mendekatkan sokongan pengundi
B40 yang mendambakan bantuan dari parti politik masing-masing. Secara umumnya
pelbagai isu yang telah mewarnai perjalanan pra PRU 14 di peringkat negeri Selangor.

Jadual 5: Persepsi Responden B40 tentang Penilaian terhadap isu-isu negeri

658
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Seterusnya, pengurusan air dan pengurusan sampah merupakan dua isu positif yang
dominan yang memberikan kelebihan pada kerajaan negeri Selangor. Data menunjukkan
bahawa hanya 32.9 % responden B40 yang tidak berpuas hati terhadap pengurusan air
Selangor. Isu air di negeri Selangor adalah merupakan isu dominan dalam PRU-13 yang lalu.
Hal ini adalah berdasarkan kepada liputan media massa sama ada media cetak ataupun media
alternatif yang meluas dan lontaran pendapat oleh tokoh politik terhadap isu ini. Pengurusan
dan perkhidmatan air di negeri Selangor telah memberi kesan secara langsung kepada pengguna
air dan juga kepada pengundi di Selangor. Sub-isu yang berkaitan dengan air seperti bekalan
air terputus, air percuma, pengagihan air yang tidak sistematik, loji ‘Langat 2’, penstrukturan
air, tarif air dan kualiti air adalah antara isu yang membelenggu pengundi di Selangor. Oleh itu
isu-isu berkaitan air ini telah dipergunakan oleh ahli-ahli politik bagi mendapatkan sokongan
pengundi baik oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan PR dan juga BN.
Seterusnya, pengurusan sampah menjadi isu yang kedua terbaik dalam persepsi golongan
B40 iaitu hanya sebanyak 35.2% responden beras ‘tidak puas hati’. Isu pengurusan sampah
ini bermula dsri Pengambilalihan pengurusan sisa sampah oleh kerajaan negeri menerusi
majlis-majlis tempatan daripada Alam Flora yang didakwa telah mengakibatkan pengurusan
pengambilan sampah menjadi tidak teratur dan kesannya adalah berlaku persekitaran yang
kotor dan busuk di kawasan-kawasan perumahan. Situasi ini juga telah mendapat liputan
yang meluas oleh media massa arus perdana terutamanya melalui televisyen dan surat khabar.
Kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) telah berusaha menyakinkan
penduduk tentang permasalahan sampah ini adalah terkawal dan jadual pengutipan sampah
telah diwujudkan bagi mengatasi masalah ini.
Justeru, persepsi terhadap isu semasa dalam perkembangan politik mutakhir di
Selangor menuntut suatu kesungguhan yang padu oleh parti-parti politik yang bertanding untuk
memenangi hati pengundi dan seterusnya mendapat tampuk kekuasaan di negeri termaju di
Malaysia ini. Oleh yang demikian, walau apapun pelaksanaan program kerajaan dan isu semasa
di Selangor, adalah penting untuk kedua-dua parti menunjukkan sifat dan tahap kematangan
yang tinggi dan produktif. Hal ini adalah signifikan agar setiap program pemerintah dan isu
semasa yang mendasari politik dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya dan
setiap isu mendapat fakta dan penjelasan yang sewajarnya.

KESIMPULAN

Pilihanraya merupakan satu amalan demokrasi yang penting dalam sesebuah negara. Persepsi
segmen majoriti dalam masyarakat seperti B40 adalah signifikan dalam mencorakkan
keputusan dalam PRU14. Prestasi selaku pemerintah (diperingkat persekutuan atau negeri)
dan isu semasa yang bergelintar di peringkat nasional dan negeri menunjukkan faktor ekonomi
adalah elemen dominan yang mendasari persepsi. Oleh itu perkembangan politik mutakhir ini
di Selangor menuntut suatu kesungguhan yang padu oleh parti-parti politik yang bertanding
untuk memenangi hati pengundi dan seterusnya mendapat tampuk kekuasaan di negeri termaju
di Malaysia ini. Oleh yang demikian, walau apapun pelaksanaan program kerajaan dan isu
semasa di Selangor, adalah penting untuk kedua-dua parti menunjukkan sifat dan tahap
kematangan yang tinggi dan produktif. Hal ini adalah signifikan agar setiap prestasi pemerintah
dan isu semasa yang mendasari politik dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya
dan setiap isu mendapat fakta dan penjelasan yang sewajarnya.

RUJUKAN

Bamberger, M. (pnyt.). 2000. Integrating Quantitative and Qualitative Research in Development


Projects. Washington: The International Bank for Reconstruction and Development.

659
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Chiozza, G. & Manzetti, L. 2015. Perception of Competence and the European Economic
Crisis: A Micro Level Analysis. Political Research Quarterly. 68(3):457-473.DOI:
10.1177/1065912915595629
Castells, M. 1996. The Rise of the Network Society. Malden: Blackwell.
Chung, K. 2000. Issues and Approaches in the Use of Integrated Methods. Dlm. Bamberger, M.
(pnyt.). Integrating Quantitative and Qualitative Research in Development Projects, hlm.
37-46. Washington: The International Bank for Reconstruction and Development.
Creswell, J. W. 2009. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods. Edisi
Ke-3. California: SAGE Publications Inc.
Dewan, K. (2014). Kamus Dewan. Kamus Dewan. Retrieved January 08, 2015, from http://
prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=manifesto
Junaidi, A. B., Mohd Fuad, M. J., & Mohd Faidz, M. Z. (2011). Kajian Budaya Politik Melayu
dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Selangor. Jurnal Melayu, (8), 153–172.
Leicht, K.T., Jenkins, J.C. (pnyt.). 2010. Handbook of Politics. State And Society in Global
Perspectives. New York: Springer.
Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd
Azmir Mohd Nizah. 2016. Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. Dlm. Muhamad Takiyuddin
Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu,
Kekentalan Politik Lama. Hlm. 121-140.Sintok:UUM Press.
Mohd. Azmir Mohd. Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd. Azri Ibrahim. 2016.
Selangor Voters Perception Towards Issues in 13th Malaysian Election. Mediterranean
Journal of Social Sciences.7(1):44-51.ISSN 2039-9340. http://dx.doi.org/10.5901/
mjss.2016.v7n1s1p44
Paimah Atoma, Adenan Mat Junoh, Adibah Sulaiman@Mohamad, Mohd Azmir Mohd
Nizah, Khairulneezam Mohd Nor, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2013. Persepsi
Pengundi Terhadap Isu yang akan Mempengaruhi Keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan.
Dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (pnyt.).PRU-13: Siapa Pilihan
Pengundi?, hlm. 122-139.Bangi:Institut Kajian Etnik,UKM.
Pierce, R. 2008. Research Methods in Politics – A Practical Guide. London: SAGE
Robertson, D. (2004). The Routledge Dictionary of Politics (3rd ed.). London: Taylor & Francis
e-Library.
Ser Kuang Keng, Kuek 2012. P94 Hulu Selangor, Selangor (April 17-25, 2010). Dlm. Wong
Chin Huat & Soon Li Tsin (pnyt.). Democracy at Stake? Examining 16 By-elections in
Malaysia, 2008-2011. hlm. 125 – 140. Petaling Jaya: SIRD.
Sity Daud. 2003. Negara pembangunan Malaysia: dari Dasar Ekonomi Baru kepada Dasar
Pembangunan Nasional. Tesis Ph.D. University Kebangsaan Malaysia.
Streb, M. J. (2008). Rethinking American Electoral Democracy. New York: Routledge.
Weiss, L. (pnyt.). 2003. States in the Global Economy: Bringing Domestic Institutions Back In.
Cambridge: Cambridge University Press.

660
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PEMUPUKAN PATRIOTISME MENERUSI PENDIDIKAN SEJARAH


DARI PERSPEKTIF PEMIMPIN POLITIK MALAYSIA

Norhayati Ishak, Fathilah Akmal Ismail, Fiqkha Akma Mohd Hussein, Mohd Mahzan Awang &
Abdul Razaq Ahmad
Fakulti Pendidikan, Universiti kebangsaan Malaysia

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan semangat patriotisme melalui
Pendidikan Sejarah daripada sudut pandangan ahli politik.Tumpuan khusus diberikan
kepada pemimpin politik daripada parti pembangkang iaitu DAP dan PKR. Ia
menggunakan kaedah kualitatif secara temubual melibatkan tiga orang pemimpin
politik iaiatu dua orang Ahli dewan Undangan Negeri dan seorang ahli parlimen. Soalan
temubual adalah berkisar kepada konsep patriotisme dan peranan pendidikan Sejarah.
Hasil temubual di análisis secara deskriptif. Dua tema yang berkaitan dengan konsep
patriotisme daripada kajian ini adalah “Patriotisme sebagai proses penjiwaan bukan
sekadar simbolik” dan “”Patriotisme adalah menifestasi tingkah laku yang mengarah
kepada unsur cintakan negara”. Kesemua ahli politik dalam kajian ini menyatakan
kepentingan pendidikan Sejarah untuk memeupuk patriotisme. Kesimpulannya adalah
pendidikan Sejarah dilihat sebagai satu mata pelajaran penting kepada pembentukan
semangat patriotsime.

Kata kunci: patriotisme, pendidikan sejarah, ahli politik, negara bangsa.

PENGENALAN

Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri.
Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya
menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara
(Nik Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun, sejak kebelakangan ini, semangat patriotisme
kelihatan agak longgar dalam kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar.
Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar dalam pasukan
beruniform, sambutan bulan kemerdekaan yang agak hambar, penglibatan dalam jenayah
dan isu-isu yang menyentuh kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh seperti
isu Pulau Batu Putih dan penambakan laut oleh negara jiran (Affifuddin Omar: 2002).
Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak memahami nilai-nilai patriotisme dan
menghayatinya.

KONSEP PATRIOTISME

Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud fellow
countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country,
iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada
di hadapan dalam usaha membela tanah air. Seorang patriot dikatakan sebagai seorang
yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankannya.
Patriot bermaksud orang yang mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak
tanah air atau pembela negara (Kamus Dewan dan Oxford English Dictionary). Patriot
juga bererti orang yang cinta tanah airnya dan akan melakukan apa saja demi untuknya
(New Webster’s Dictionary).
Patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan yang
menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok tersebut menghuni.
661
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Ianya juga melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan pengaruh yang kuat terhadap
tingkahlaku manusia. Ianya sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan
seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan
dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan
kepada negara (Nordin Kardi: 2003).Bagi Doob (1964), beliau menjelaskan patriotisme
itu ialah ‘as the more or less conscious conviction of a person that his own welfare and
that of the significant groups to which he belongs are dependent upon the preservation or
expansion (or both) of the power and culture of his society’.
Patriotisme juga boleh diertikan sebagai semangat cinta kepada tanah air atau taat
kepada negara, melepasi perasaan kepada negara. Negara mempunyai lambang-lambang atau
institusi-institusi tertentu yang boleh digunakan untuk membentuk semangat patriotisme
ini misalnya, bendera kebangsaan (Jalur Gemilang), lagu kebangsaan (Negaraku),
konsep raja sebagai institusi atau lambang kedaulatan Negara (Raja Berpelembagaan),
perlembagaan Negara dan sistem undang-undang Negara (Hassan,2001).
Ukuran patriotisme pula cukup subjektif dan amat luas ertinya. Patriotisme bukan
isu politik atau gimik dan tidak sekadar semangat. Ia lebih bersifat spiritual, rasa kecintaan
yang kekal dan tebal kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai kesungguhan,
keyakinan, keberanian dan kesinambungan. Pendek kata, patriotisme bukan hanya di bibir
sahaja. Ia harus lahir secara semulajadi sebagai sesuatu yang dirasai dan ditafsir daripada
degup jantung dan di jiwa setiap rakyat Malaysia.
Walaupun patriotisme adakalanya diseiringkan dan disamakan dengan nasionalisme,
tetapi kedua-duanya mempunyai kelainan (Saifuddin Abdullah: 2002). Haruslah
dinyatakan secara jelas bahawa disebabkan ciri-ciri, sifat nasionalisme itu sendiri adalah
berbagai-bagai, manakala fenomena nasionalisme pula boleh muncul dengan rupa bentuk
yang sama sekali berlainan, atas sebab dan faktor yang juga berbeza, maka menyamakan
konsep patriotisme dengan nasionalisme adalah satu langkah yang kurang tepat dari segi
keilmuannya (Mohamed Mustafa Ishak: 2000). Menurut Doob (1964), perbezaan antara
nasionalisme dan patriotisme, nasionalisme ialah ideologi tentang kelebihan bangsa sendiri
dan berkait rapat dengan unsur-unsur ras, bahasa dan adat. Manakala patriotisme ialah
sentimen cintakan negara dan berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan
negara, institusi politik dan undang-undang daripada dicerobohi oleh kuasa asing.
Nilai-nilai semangat kenegaraan harus ditekankan terhadap golongan belia
supaya kemajuan dan kemahiran di dalam bidang yang diceburi tidak terlepas ke negara
luar. Semangat kenegaraan ini akan menyuburkan perasaan cintakan tanah air, secara
tidak langsung akan mewujudkan kesanggupan golongan belia utuk berkorban jiwa dan
raga. Golongan belia adalah pewaris negara seterusnya bakal menyambung teraju dan
perjuangan pemimpin terdahulu. Apabila sampai masanya pemimpin yang ada pada hari
ini akan berundur dan tibalah barisan muda mengambil alih. Sewajarnya bagi memastikan
kesinambungan perjuangan diteruskan, pemimpin muda perlu mengisi dada dengan
ilmu dan kemahiran kepimpinan serta menanam semangat cintakan negara (patriotisme)
sebelum mengorak langkah memegang tampuk pemerintahan.

PEMUPUKAN PATRIOTISME MENERUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Setelah kajian literatur dijalankan terdapat banyak kajian tentang patriotisme telah
dilakukan. Bagi artikel yang pertama iaitu sebuah jurnal yang bertajuk “Pemupukan
Patriotisme Melalui Pendidikan Multikultural Dalam Pendidikan Sejarah di Malaysia”
pengkaji telah membincangkan tentang pendekatan multikulturisma dalam pendidikan
sejarah untuk memupuk patriotisme dalam kalangan pelajar yang merupakan pelapis
Negara. Selain itu, pengkaji juga ada menyatakan tentang pendidikan multicultural ini
dapat memupuk perasaan persamaan antara kaum yang berbeza dari segi agama, bangsa,
etnik dan sebagainya.
662
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Kajian literatur seterusnya dilakukan menggunakan Jurnal yang bertajuk “Pemupukan


Semangat Patriotisme Dalam Mata Pelajaran Sejarah”. Artikel ini membincangkan
mengenai kurikulum sejarah yang merupakan pendidikan yang berperanan untuk
membentuk dan membina semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Selain itu,Malah,
artikel ini juga menekankan mengenai prinsip asas untuk memupuk patriotisme dalam
kalangan pelajar dan seterusnya untuk membentuk semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat.
Artikel seterusnya merupakan Artikal yang bertajuk “Pemupukan Patriotisme
Dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan Satu”. Yang dikaji oleh Haminah Binti Suhaibo. Bagi
artikel tersebut, pengkaji telah meninjau peranan pendidikan Sejarah dalam memupuk
semangat patriotism dalam kalangan pelajar tingkatan 1 yang menggunakan kurikulum
baru yang telah disemak semula. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan didapati
bahawa guru perlu memahami konsep patriotism bagi membolehkan proses pemupukan
patriotism dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, hasil daripada kajian tersebut
juga mendapati bahawa guru yang merupakan responden untuk kajian tersebut didapti
tidak mampu mmemilih objektif patriotism yang sesuai dengan tajuk yang diajar serta
menggunakan kaedah yang bersesuaian semasa merancag pengajaran. Dari segi aspek
pelaksanaan pula, hanya objektif yang dipilih dari Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
sahaja dipupuk. Hasil daripada kajian juga turut mendapati bahawa minat dan semangat
guru terhadap pengajaran mata pelajaran Sejarah banyak menyokong usaha pemupukan
patriotisme.
Seterusnya ialah Jurnal yang bertajuk “Penghayatan dan Kesedaran Patriotisme
Dalam Kalangan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara” yang telah ditulis oleh Mohd
Hairul Anuar Razak, Jayum A. Jawan, Adlina Abd. Halim, Mohd Mahadee Ismail dan
Siti Aishah Misri. Kajian ini memfokuskan kepada pelatih Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN). Dapatan kajian menunjukkan, majoriti daripada responden mempunyai
tahap pengetahuan yang tinggi terhadap patriotisme (83.5%), manakala persepsi yang
tinggi terhadap patriotisme (98.7%) serta pemahaman yang tinggi terhadap patriotisme
(83.1%). Kajian juga mendapati wujud perbezaan pengetahuan, persepsi dan pemahaman
bagi setiap bangsa Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak terhadap
penghayatan patriotisme. Kajian juga mendapati tidakwujud perbezaan antara jantina
iaitu lelaki dan perempuan terhadap penghayatan patriotism.
Artikel jurnal seterusnya merupakan hasil penulisan daripada Hussein Haji Ahmad
dan Haneza Ab. Hamid yang bertajuk “Kesedaran Generasi Muda Terhadap Patriotisme dan
Perpaduan Nasional di Malaysia”. Dalam artikel ini, pengkaji membincangkan tentang hal
yang berkaitan factor yang menyumbangkan kepada kesedaran golongan muda terhadap
nilai, perpaduan nasional dan semangat patriotism . Pengkaji mendapati bahawa nilai
patriotisme dan perpaduan nasional sudah mula kendur. Oleh hal yang demikian, kajian
ini mengaitkan masalah tersebut faktor tertentu seperti faktor ekonomi, pendidikan, tahap
umur serta tahap keselamatan negara untuk mencari punca dan cara penyelesaian kepada
masalah tersebut.
Kajian pustaka yang seterusnya dilakukan terhadap jurnal yang bertajuk
“Kepentingan Pendidikan Patriotisme Terhadap Warganegara Malaysia”. Jurnal ini
membincangkan tentang kepentingan pendidikan patriotisme kepada warganegara
Malaysia. Pendidikan patriotism bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada anggota
masyarakat iaitu melalui pendidikan patriotisme semangat dan nilai patriotisme dapat
dipupuk. Dalam artikel yang bertajuk “ Pemahaman dan Penghayatan Rukun Negara
Dalam kalangan Belia Bandar di Semenanjung Malaysia” pegkaji membincangkan tentang
keperluan belia untuk memahami serta menghayati rukun Negara yang merupakan garis
panduan yang perlu dijadikan teras kepada masyarakat di Malaysia.
Dalam Jurnal “Peranan dan Cabaran Mahasiswa Melestarikan Gagasan
1Malaysia”, pengkaji menjelaskan mengenai gagasan 1Malaysia berserta dengan tujuan
663
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

pelaksanaannya. Fokus utama kajian tersebut adalah membincangkan peranan mahasiswa


untuk membantu kerajaan mencapai gagasan 1Malaysia.Mahasiswa menjadi utama
di dalam artikel ini. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetahui
tahap pemahaman, penghayatan, perasaan hormat menghormati serta interaksi golongan-
golongan mahasiswa ini di dalam bilik kuliah mahupun di luar daripada kawasan
pengajian. Selain itu, artikel ini turut membincangkan tentang kelebihan yang ada dalam
diri mahasiswa untuk melestarikan gagasan 1Malaysia.
Akhir sekali, jurnal yang bertajuk “ Patriotisme: Konsep dan Pelaksanaannya Di
Malaysia” yang telah ditulis oleh Nazri Muslim dan Jamsari Alias mengfokuskan kepada
faktor-faktor yang menyumbang kepada kebejatan sosial dalam masyarakat mutakhir
ini khususnya generasi muda. Selain itu, jurnal ini juga turut melibatkan nilai-nilai
patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni dijadikan sebagai
amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi
kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali masyarakat
majmuk.
Dapatan kajian oleh Haminah Suhaibo (2010) menyatakan bahawa kebanyakkan
guru sejarah juga kurang mampu memilih objektif patriotisme yang sesuai dengan
tajuk yang diajar serta tidak menggunakan kaedah yang bersesuaian semasa merancang
pengajaran. Anuar (2001) dalam kajian perlaksaanaan patriotisme dalam kalangan guru
Sejarah di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan mendapati 76% guru tidak bersedia
untuk melakukan penerapan unsur patriotisme semasa pengajaran walaupun menyedari
kepentingannya. Mereka lebih suka memilih nilai-nilai murni yang lain berbanding unsur
patriotisme kerana dikatakan senang untuk diaplikasikan.
Oleh itu, kajian tentang sejauhmana penerapan semangat patriotisme melalui
Pendidikan Sejarah dirasakan perlu kerana Pendidikan Sejarah dianggap elemen utama
dalam membina warganegara yang bersatu padu dan cintakan negara. Malah tanpa
semangat patriotisme, jati diri masyarakat Malaysia akan lenyap ditelan arusglobalisasi.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meneroka konsep patriotism dan peranan pendidikan sejarah dalam
pemupukan patriotism daripada perspektif ahliu politik.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kajian tinjauan yang ingin meninjau sejauh mana
penerapan semangat patriotisme melalui Pendidikan Sejarah daripada sudut pandanganahli
politik. Untuk mendapatkan data kajian, kaedah yang digunakan merupakan kaedah kualitatif
iaitu dengan menjalankan temu bual.Persampelan secara purposif digunakan untuk memilih
responden bagi kajian ini. Disebabkan objektif kajian ialah untuk mendapatkan pandangan
ahli politik tentang penerapan semangat patriotisme melalui Pendidikan Sejarah daripada
sudut pandangan ahli politik. Sampel kajian untuk ini ialah seramai 3 orang wakil daripada
tiga pemimpin di peringkat Parlimen Seremban, Negeri Sembilan. Responden yang pertama
ialah (R1) yang merupakan ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), responden yang
kedua ialah (R2) yang merupakan ADUN Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan reponden
yang ketiga (R3 ) Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP).Untuk menjalankan
kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kaedah kualitatif. Oleh hal yang demikian, hanya
beberapa jenis instrumen sahaja yang digunakan untuk menjayakan kajian ini. Secara umum
temu bual adalah perbualan yang terbimbing dan berfokus dan merupkan pertemuan antara
penyelidik dengan peserta kajian, dengan penyelidik bertanyakan soalan yang relevan dengan
fokus kajian (Ackroyd & Hughes 1992: 100). Data daripada kaedah temu bual, di mana temu
bual digunakan untuk mendapatkan data diskriptif dari responden agar apa yang difahami,
664
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

difikirkan dan dirasakan oleh responden dapat dikembangkan. Dalam kajian ini, temu bual yang
dijalankan adalah secara interaksi bersemuka dan formal menggunakan empat soalan temu bual
separa berstruktur. Data temu bual dianalisis melalui analisis kandungan iaitu menggunakan
pengekodan data dan tema. Kaset perakam akan digunakan untuk merakam perbualan.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian dibentangkan mengikut objektif utama:

Konsep Patriotisme
Dalam menghuraikan konsep patriotisme terdapat dua tema utama yang berkaitan dengan
konsep patriotisme iaitu:

Tema 1: Patriotisme adalah tingkah laku yang mengarah kepada unsur cintakan negara
Kesemua responden mengatakan bahawa patriotisme ialah perjuangan yang menjiwai
kepentingan bangsa dan negara. Ia menonjolkan semangat juang yang tinggi dalam mendaulatkan
kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara. Dapatan temu bual juga mendapati
bahawa para pemimpin sememangnya berhasrat mahukan rakyat yang berjiwa merdeka dan
sayangkan negara dalam semua agenda pembangunan negara dan sanggup berkorban demi
mempertahankan negara yang tercinta.

“Patriotisme merupakan satu ungkapan yang sering kita dengar dan diwar-warkan
apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan. Patriotisme  merupakan satu semangat
kecintaan dan ketaatan seseorang kepada negaranya sendiri. Patriotisme merupakan
sesuatu yang abstrak  dan ia tidak dapat diukur secara metrik tetapi semangat patriotisme
ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku, perbuatan atau perlakuan seseorang
itu. Jika seseorang itu patriotik, segala tindakan dan amalan yang dilakukannya mesti
menepati ciri-ciri patriotisme.”(R1)

“Patriotisme ialah perasaan sayangkan negara dengan sepenuh hati tanpa mengira
latar belakang, agama mahupun bangsa. Apabila kita bergelar sebagai rakyat Malaysia,
maka sekaligus kita wajib menanam sifat cintakan negara sendiri dan berjuang demi
mempertahankan negara ini dari serangan musuh luar.” (R2)

“Jika sekiranya rakyat negara ini mengamalkan sikap egoistik dan saling bercakaran
antara satu sama lain, tidak mustahil negara luar akan menyerang Malaysia tidak
kiralah melalui serangan berbentuk fizikal, malahan mereka mampu melakukan
serangan secara psikologikal.”(R3)

Tema 2: Patriotisme adalah proses penjiwaan bukan sekadar simbolik


Hasil kajian mendapati bahawa kesemua responden bersetuju menyatakan semangat patriotisme
adalah berkaitan dengan penjiwaan dan bukannya satu perkara yang abstrak dan simbolik.

“Semangat patriotisme perlu dijiwai, bukan sekadar simbolik semata-mata.”(R3)


“Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak   dan ia tidak dapat diukur secara
metrik”(R1)

Pemupukan Patriotisme menerusi Pendidikan Sejarah


Kesemua responden berpendapat bahawa kepentingan mata pelajaran sejarah sebagai satu
mekanisme utama dalam proses pembinaan semangat patriotisme dan nasionalisme. Pendidikan
sejarah juga dianggap sebagai tunjang bagi mengukuhkan kesinambungan pembinaan sebuah
negara. Bagi melengkapkan proses tersebut, saluran terbaik untuk merealisasikannya ialah
665
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

melalui pendidikan sejarah. Lantaran itu, pihak Kementerian Pendidikan perlu mengambil
satu inisiatif yang terbaru dalam sistem pendidikan Malaysia, iaitu pendidikan sejarah di
mana subjek ini mula diperkenalkan sejak tahun empat di peringkat sekolah rendah. Walaupun
terdapat mata pelajaran kajian tempatan diajar pada tahap dua sekolah rendah namun orientasi
pembelajaran tidak memberi penekanan terhadap pemahaman sejarah yang sebenarnya. Pelajar
seharusnya didedahkan dengan asas sejarah sejak di peringkat akar umbi walaupun pada tahap
yang paling minima. Ibarat kata pepatah, melentur bulu biarlah dari rebungnya.

“Pendidikan sejarah dianggap sebagai wahana utama membentuk perpaduan


masyarakat dan seterusnya mencorakkan pembentukan semangat patriotisme. Mata
pelajaran ini sebenarnya bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat
setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui
pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar yang berkatan,
pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan
sejarah luar” (R1)

“Pendidikan sejarah ibarat guru kepada seluruh manusia untuk memahami,


mempelajari dan mengambil iktibar dari kejadian masa lampau.”(R2)

“Melalui pendidikan sejarah, membolehkan kita bersifat yakin pada diri sendiri serta
berbangga terhadap bangsa dan negara.”(R3)

Tuntasnya, pendidikan sejarah merupakan proses mendidik melalui kaedah dan proses
pembinaan sejarah sebagai satu disiplin ilmu melalui alat, prosedur dan kaedah tertentu.
Seterusnya ilmu ini akan meneliti, memahami, menghurai, menginterpretasi dan seterusnya
membina keseluruhan mengenai sesuatu perkara, kejadian atau fenomena yang berkatan
dengan kehidupan manusia pada zaman lampau.

PERBINCANGAN KAJIAN

Patriotisme bukan sekadar semangat tetapi lebih dari itu dan ia merupakan sesuatu yang agung
melibatkan soal kesetiaan, kewarganegaraan, jati diri, keyakinan, keberanian, kemerdekaan dan
kedaulatan (Raja Ruslan, 2008). Maka dengan itu perancangan kerajaan dengan menggunakan
pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu dengan acuan tersendiri untuk disesuaikan kepada
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Kajian yang dijalankan telah meneroka tema utama yang diperoleh iaitu berkaitan
dengan semangat patriotisme, pengertian patriotisme dari sudut pandangan politik, serta peranan
Pendidikan Sejarah dalam usaha memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa kepentingan semangat patriotisme di kalangan masyarakat
dalam membina negara dan bangsa. Pernyataan ini dapat dibuktikan melalui penjelasan dari
ketiga-tiga responden yang mengatakan bahawa tanpa wujudnya semangat patriotisme dalam
diri warganegara, sukar bagi para pemimpin untuk meneruskan hasrat menjadikan negara
Malaysia sebuah negara yang maju dan cemerlang dalam pelbagai aspek. Sehubungan dengan
itu, adalah menjadi satu perkara penting bagi seluruh warga Malaysia khusunya generasi
baharu untuk menghayati erti kemerdekaan. Penghayatan kemerdekaan tidak hanya sekadar
menyanjung pengorbanan wira-wira negara semasa menuntut kemerdekaan tetapi apa yang
lebih utama ialah untuk mempertahankan kemerdekaan yang dinikmati selama ini.
Justeru itu, salah satu usaha dalam proses mempertahankan kemerdekaan negara, soal
pembentukan masyarakat perlu diutamakan agar wawasan negara untuk membentuk negara
bangsa Malaysia akan wujud dan menjadi kenyataan dalam realiti kehidupan masyarakat
Malaysia. Hal ini kerana jaminan masa depan negara terletak di tangan generasi remaja hari ini.
Lumpuh generasi remaja hari ini maka gelaplah masa depan negara dan begitulah sebaliknya.
666
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Lantaran itu, adalah wajar sekiranya pihak pemerintah meneruskan dan memantapkan lagi
pelbagai program dan membaiki penyampaian maklumat serta menambahbaikan sistem
pendidikan sejarah demi kesejahteraan dan masa depan negara dalam konteks membangunkan
golongan remaja masa kini dengan nilai-nilai murni satu Malaysia sebagai persediaan di hari
muka yang penuh mencabar.
Oleh yang demikian secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa elemen asas
yang perlu diberi perhatian dalam usaha membina negara bangsa ialah pemupukan semangat
patriotisme dalam kalangan seluruh rakyat tidak kira tua muda, kecil besar mahupun miskin
atau kaya. Usaha ini memerlukan pendekatan menyeluruh supaya seluruh anggota masyarakat
khususnya generasi baharu menghayati semangat ini dalam jiwa mereka dan membentuk jati
diri yang utuh serta mantap. Semangat patriotisme ini umpama perisai bagi kedaulatan sesebuah
negara. Begitu jua sejarah, tanpa mempelajarinya manusia akan hilang pedoman ibarat kapal
tanpa nakhoda di tengah-tengah lautan maha luas. Justeru itu, kepentingan sejarah khususnya
mata pelajaran sejarah merupakan mekanisme penting dalam proses pemupukan semangat
patriotisme sekaligus pembinaan negara bangsa Malaysia. Penekanan pendidikan sejarah yang
mana lebih tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi dan juga kepekaan masyarakat untuk
berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara.

KESIMPULAN

Generasi muda hari ini hendaklah sentiasa memupuk semangat setia dan patriotisme dan tidak
akan melakukan sesuatu yang boleh merugikan bangsa dan negara. Sikap berpuak-puak dan
bermusuhan sesama sendiri akan menghancurkan semangat patriotisme. Oleh itu, mereka
perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata,
manakala kepentingan negara juga hendaklah diambil kira bersama. Hal ini kerana kepentingan
negara akan membawa kepada kebaikan yang lebih baik kepada diri sendiri.
Sewajarnya nilai-nilai patriotisme perlu ditanam dalam jiwa pelajar ketika dalam usia
remaja kerana pada peringkat remaja ini pelajar masih dalam proses menuju dewasa. Patriotisme
dapat mengajar pelajar untuk mendisiplinkan diri mereka. Disiplin yang utuh akan membantu
mereka mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Negara memerlukan generasi yang
berdisiplin dan produktif kerana ia menjadi kemudi kepada pembangunan dan kepimpinan
negara pada masa akan datang.
Oleh itu, berdasarkan pandangan dan pendapat ahli-ahli politik yang telah ditemubual,
dapatlah dirumuskan bahawa mereka bersetuju dengan pernyataan bahawa pendidikan Sejarah
berupaya untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan masyarakat.
Walau bagaimanapun, menurut mereka elemen asas yang perlu diberi perhatian dalam usaha
membina negara bangsa ialah pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan seluruh rakyat
tidak kira tua muda, kecil besar mahupun miskin atau kaya. Usaha ini memerlukan pendekatan
menyeluruh supaya seluruh anggota masyarakat khususnya generasi baharu menghayati
semangat ini dalam jiwa mereka dan membentuk jati diri yang utuh serta mantap.
Kesimpulannya, agenda patriotisme perlu disemarakkan dalam kalangan rakyat Malaysia
dan bukan hanya bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka tanggungjawab
mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat. Semangat patriotisme perlu dihayati
kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu suburkan kembali jiwa
patriotik yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi kini, kita perlu bergerak
maju dan pada masa yang sama menghapuskan saki-baki penjajah yang masih lagi bersarang
dalam jiwa masyarakat. Semoga negara dan bangsa Malaysia akan terus maju dengan semangat
patriotisme sejati.

667
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

RUJUKAN

Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Konsep Patriotisme dan Nasionalisme. Abdul Latiff Abu
Bakar dalam Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Affifuddin Omar. (2002). Dasar bahasa dan budaya Malaysia tidak konsisten. Berita Harian,
22 Ogos: 9.
Ahmad Ahmad Rusdi. (2002). Permasalahan Pelaksanaan Unsur Patriotisme Dalam Mata
pelajaran Kajian Tempatan: Punca Daripada Guru Sendiri. Alor Setar: Institut Penguruan
Darulaman.
Ahmad Fawzi Mohd. Basri. (2002). Patriotisme dan Ketahanan Nasional: Suatu Pandangan
tentang Kesignifikannya Sebagai Agenda Negara. Kertas Kerja dibentangkan di Kongres
Patriotisme Negara, di Institut Latihan keselamatan Sosial KWSP, anjuran B i r o
Tatanegara dan Universiti Utara malaysia, Bangi pada 22 - 28 Oktober 2002.
Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah. (2008). Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah
di Malaysia dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia;
Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris. 2008.
Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Anuar Ahmad. (2010). Warganegara Patriotik, Masyarakat Sivil dan Pendidikan
Sejarah. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sejarah Ke Arah Pembentukan
Warganegara Patriotik. Pusat Perkembangan Kurikulum dan Persatuan Sejarah
Malaysia. Kuala Lumpur: 8-12 Oktober.
Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd. Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah.(2009).
Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah danHubungannya dengan Pencapaian
Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1) (2009): 53 –
66, Fakulti Pendidikan. UKM.
Awang Had Salleh. (1995). Patriotisme dan Globalisme Alam Konteks Pergerakan Bahasa
dan Sastera Kebangsaan. Kertas kerja yang dibentang di Persidangan Hari Sastera
pada 26-28 May 1995.Melaka.
Doob, Leonard.( 1964). Patriotism and Nationalism: Their Psychological Foundations. New
Haven: Yale University Press.
Fahda Nur A. Kamar. (1995). Semangat Patriotisme di Kalangan Remaja. Dewan Siswa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Haminah Binti Suhaibo. (2010). Pemupukan
Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan Satu.Jurnal Penyelidikan IPG KBL,Jilid
9,2010.
Jamil Mukmin. (2005). Patriotisme dalam Konteks Pembinaan Bangsa Malaysia. Belia dan
Patriotisme Malaysia dalam Hussain Mohamad. Melaka: IKSEP.
Ku Hasnita dan Mohd Haizam Mohd Nor. (2011). Kepentingan Pendidikan Patriotisme
Terhadap Warganegara Malaysia. Selangor.
Maharom Mahmood. (2001). Kurikulum Sejarah ke Arah Memperkukuhkan Usaha Pendidikan
Sejarahke arah pembentukan warganegara patriotik. 8-12 Oktober. Kuala Lumpur.
Nathanson, Stephen. (1993). Patriotism, Morality and Peace. Lanham: Rowman and
Littlefield.
Nazrim Muslim dan Jamsari Alias.(2013). Patriotisme dan Pelaksanaannya di Malaysia.
Jurnal Pendidikan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nordin Kardi. (2003). Konsep patriotisme. http://www.btn.gov.my/kp.
Siti Hawa Abdullah dan Aini Hassan.(2007). Empati Sejarah Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sejarah.Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22,61-74, 2007. Malaysia.

668
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PENDEKATAN EKLEKTIK DALAM MEMAHAMI KEPELBAGAIAN,


ETNISITI DAN BUDAYA KORPORAT DI SYARIKAT AUTOMOTIF
NASIONAL

Azlina Abdullah
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Eklektisme merupakan pendekatan konseptual yang tidak rigid kepada satu paradigma
sahaja sebaliknya menggabungkan beberapa teori bagi mencapai tujuan saling
melengkapi, atau menggunakan teori-teori yang berbeza mengikut kes. Analisis
empirikal eklektik umumnya menganggap menganggap bahawa pelbagai perspektif
teori adalah penting untuk menjelaskan apa yang ingin dijelaskan. Kajian yang
mengkaji organisasi dan etnik di tempat kerja dengan tujuan meneroka pengalaman
warga kerja dan memahami pelbagai persoalan di tempat kerja khususnya yang
berkaitan dengan kepelbagaian, etnisiti dan budaya organisasi, aplikasi beberapa
teori dianggap sesuai kerana ia tidak terikat kepada satu paradigma sahaja. Gabungan
beberapa teori berguna bagi mencapai tujuan saling melengkapi, dan menggunakan
teori-teori yang berbeza mengikut kes. Justeru itu, kajian ke atas organisasi automotif
nasional Malaysia merupakan sebuah kajian organisasi yang menumpu kepada
organisasi dan persekitarannya yang muncul dalam sebuah masyarakat yang sedang
menjadi moden, dan pada masa yang sama merupakan kajian etnik yang meneliti
kepelbagaian dalam konteks sub-etnik, serta penelitian ke atas pertembungan
antara budaya tradisi dan moden. Teori Modenisasi digunakan untuk menghuraikan
penubuhan syarikat yang merupakan salah satu daripada projek modenisasi negara, dan
menerangkan tanggungjawabnya sebagai syarikat automotif nasional. Teori organisasi
sistem terbuka digunakan bagi menghuraikan sifat organisasi yang mempunyai budaya
organisasi tersendiri, dipengaruhi oleh faktor ekonomi-politik negara, dan tuntutan
imperatif nasional dan imperatif komersil. Teori pengurusan kepelbagaian digunakan
bagi menghuraikan ciri kepelbagaian yang wujud dalam organisasi, dan interaksi
sosial yang berlaku di tempat kerja, serta pengaruhnya terhadap budaya kerja. Teori
strukturasi pula digunakan untuk menghuraikan hubungan sosial, tindakan atau reaksi
warga kerja dan organisasi dalam interaksi mereka dengan kepelbagaian yang wujud.
Pendekatan eklektik tidak semestinya digunakan untuk kajian lain kerana kemungkinan
konteksnya berbeza dan tidak sesuai untuk diaplikasikan.

PENGENALAN

Penyelidikan tentang organisasi industri yang menumpu kepada organisasi dan para pekerjanya
telah banyak dijalankan oleh ramai sarjana Barat, Asia mahupun Malaysia. Menurut Ouchi dan
Wilkins (1985), kajian tentang organisasi mula mendapat perhatian apabila pertumbuhan firma
Jepun pada akhir 70-an dan awal 80-an yang mempunyai ciri-ciri pengurusan yang superior.
Namun kajian-kajian awal lebih menumpu kepada struktur formal organisasi, dan dikatakan
gagal melihat sebarang perbezaan antara firma Jepun dan Barat. Kesannya sarjana mula
meneliti kemungkinan perbezaan budaya nasional yang boleh diresapi oleh korporat moden.
Kajian-kajian kontemporari tentang budaya organisasi banyak dipengaruhi oleh
tradisi pandangan dan metod yang digunakan ahli antropologi seperti Radcliffe-Brown
dan Malinowski yang melihat kumpulan atau masyarakat sebagai keseluruhan dan melihat
bagaimana amalan, kepercayaan dan lain-lain elemen budaya berfungsi mengekalkan struktur
sosial (Jaffe 2001). Dalam organisasi, sarjana organisasi cuba meneliti elemen budaya seperti
kebiasaan atau budaya pekerja, budaya korporat, dan sejarah syarikat di bawah tema struktural-
669
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

fungsional. Selain itu, pola jawatan antara organisasi di samping elemen bahasa, ritual, dan
struktur sosial. Kajian-kajian organisasi didapati bersifat inter-disiplin yang boleh melibatkan
pendekatan psikologi, sosiologi, sains politik, ekonomi, geografi, pengurusan, sejarah dan juga
biologi, dengan tumpuan kepada organisasi itu sendiri, memahami bagaimana dan mengapa
organisasi berfungsi. Bagi perspektif sosiologi, organisasi dilihat mempengaruhi tingkah laku
melalui peranan dan norma yang berkaitan dengan kedudukan berbeza individu yang berada
dalam sesebuah organisasi.
Daripada hasil kajian kepustakaan yang menyorot kajian-kajian empirikal yang
pernah dijalankan oleh pengkaji tempatan dan luar negara didapati ada kelompangan dalam
bidang kajian organisasi dan kajian etnik. Secara umum, kedua-dua bidang kajian ini adalah
terpisah mengikut tumpuan kajian masing-masing. Bidang kajian organisasi menumpu kepada
persoalan berkaitan organisasi secara ekslusif sama ada bersifat intra-organisasi atau inter-
organisasi. Manakala bidang kajian etnik pula menumpu kepada pelbagai persoalan dalam
masyarakat khususnya yang berkaitan dengan hubungan inter-etnik dan intra-etnik. Justeru itu,
kajian tentang kepelbagaian, etnisiti dan budaya di tempat kerja merupakan sebuah kajian yang
menggabung jalin kajian organisasi dan etnik dalam satu kerangka. Kajian yang dijalankan
ke atas warga kerja di Perusahaan Automobil Nasional Malaysia (PROTON) yang bercirikan
kepelbagaian dan merupakan organisasi korporat yang mempunyai tuntutan nasional dan
tuntutan komersil, maka sudah tentu memerlukan beberapa pendekatan dalam usaha memahami
organisasi, warga kerja dan persekitarannya. Kajian penerokaan pengalaman warga kerja dan
memahami pelbagai persoalan di tempat kerja khususnya yang berkaitan dengan kepelbagaian,
etnisiti dan budaya organisasi, aplikasi beberapa teori dianggap sesuai kerana ia tidak terikat
kepada satu paradigma sahaja.
Umumnya, teori digubal untuk menerangkan, meramal, dan memahami fenomena,
dan dalam banyak kes juga bertujuan mencabar dan memperluaskan pengetahuan sedia
ada dalam andaian limits of critical bounding (Swanson 2007). Kerangka teori merupakan
struktur yang boleh memegang atau menyokong teori kajian, seterusnya memperkenalkan dan
menerangkan teori yang dapat menjelaskan mengapa permasalahan kajian wujud. Eklektisme
merupakan pendekatan konseptual yang tidak rigid kepada satu paradigma sahaja sebaliknya
menggabungkan beberapa teori bagi mencapai tujuan saling melengkapi, atau menggunakan
teori-teori yang berbeza mengikut kes. Analisis empirikal eklektik umumnya menganggap
menganggap bahawa pelbagai perspektif teori adalah penting untuk menjelaskan apa yang
ingin dijelaskan.

OBJEKTIF KAJIAN

PROTON merupakan sebuah penciptaan modeniti negara yang bertujuan memenuhi agenda
nasional dan pada masa yang sama moden dari segi teknologi dan produksinya serta mesti
berdaya saing. Selain itu, ia wujud dalam wadah masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik
dan rencam sosialnya, manakala budaya dan agama pula sangat berperanan penting dalam
kehidupan masyarakatnya. Oleh kerana tuntutan peranan nasional, serantau dan juga global
yang digalas PROTON, maka bagaimanakah pertembungan antara tradisi dan juga modeniti
dapat ditangani oleh organisasi. Bagaimanakah organisasi menyulam pertembungan ini dalam
konteks mengurus kepelbagaian di tempat kerja dan juga memenuhi matlamat organisasi
sebagai global player. Objektif kajian yang digariskan adalah mengenal pasti pola kepelbagaian
budaya dan etnisiti serta budaya korporat organisasi, menghuraikan dan menganalisis faktor-
faktor utama daripada pola kepelbagaian warga kerja yang mempengaruhi pemupukan budaya
korporat dan budaya kerja, dan menilai sikap dan pandangan warga kerja terhadap kepelbagaian
di tempat kerja dan kemampuan organisasi sebagai global player..
PROTON merupakan entiti perniagaan, maka sudah tentu matlamat utamanya adalah
memperoleh keuntungan dan memastikan syarikat berdaya saing. Namun bagi PROTON,
di samping mencipta keuntungan dan menjadi global player dalam industri automotif, pada
670
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

masa yang sama syarikat membawa panji nasional dengan menonjolkan kepakaran profesional
dan juga pekerja pengeluaran yang majoritinya Bumiputera Melayu. Selain itu, organisasi
PROTON dari segi operasi dan perkembangan syarikat dipengaruhi oleh faktor persekitaran
ekonomi dan politik domestik, serantau dan juga antarabangsa. Kewujudannya juga selaras
dengan kepentingan industri automotif kepada negara yang merupakan industri penting dalam
menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Oleh kerana PROTON sebuah
organisasi korporat dan juga entiti nasional yang mempunyai tuntutan peranan yang berlapis,
syarikat wujud dalam wadah masyarakat yang pelbagai dan sedang menjadi moden, dan
perniagaan dipengaruhi faktor persekitaran domestik, serantau dan global yang berubah-ubah,
maka kajian ke atas organisasi PROTON dan warga kerjanya adalah sangat signifikan.
Dalam kajian ini, teori modenisasi digunakan untuk menghuraikan penubuhan syarikat yang
merupakan salah satu daripada projek modenisasi negara, dan menerangkan tanggungjawabnya
sebagai syarikat automotif nasional. Teori organisasi sistem terbuka digunakan bagi
menghuraikan sifat organisasi yang mempunyai budaya organisasi tersendiri, dipengaruhi
oleh faktor ekonomi-politik negara, dan tuntutan imperatif nasional dan imperatif komersil.
Teori pengurusan kepelbagaian digunakan bagi menghuraikan ciri kepelbagaian yang wujud
dalam organisasi, dan interaksi sosial yang berlaku di tempat kerja, serta pengaruhnya terhadap
budaya kerja. Teori strukturasi pula digunakan untuk menghuraikan hubungan sosial, tindakan
atau reaksi warga kerja dan organisasi dalam interaksi mereka dengan kepelbagaian yang
wujud. Pendekatan eklektik tidak semestinya digunakan untuk kajian lain kerana kemungkinan
konteksnya berbeza dan tidak sesuai untuk diaplikasikan.

METODOLOGI

Kajian dijalankan ke atas 265 orang responden yang terdiri daripada warga kerja diperingkat
eksekutif dan bukan eksekutif. Responden dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan
dengan memilih sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sebagai responden
kajian berdasarkan keperluan skop dan objektif kajian. Kajian menggunakan pendekatan
kaedah campuran yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menjalankan
tinjauan menggunakan soal selidik. Manakala temubual mendalam dijalankan bersama
lima orang informan utama, pemerhatian tidak ikut serta di tempat kerja, dan perbincangan
kumpulan berfokus (Focus Group Discussion, FGD) yang melibatkan empat orang dalam satu
siri FGD. Kerangka kajian kaedah campuran adalah satu prosedur yang melibatkan pengutipan
dan analisis data serta mencampur aduk data kuantitatif dan kualitatif dalam sebuah kajian.
Kerangka kaedah ini dikatakan sangat bagus digunakan sekiranya pengkaji mahu menghasilkan
kajian dengan menggunakan kekuatan kedua-dua data kuantitatif dan juga kualitatif. Malah
kaedah ini juga menawarkan maklumat yang berguna sekiranya kajian melibatkan jumlah
responden yang besar (Creswell 2003: 510).
Gabungan kedua-dua kaedah dalam mengutip data tidak hanya terhad kepada
penggunaan soal selidik, temu bual dan pemerhatian tidak ikut serta, malah melibatkan sumber
sekunder yang terdiri daripada data yang sudah sedia ada seperti statistik rasmi, laporan tahunan
syarikat, laporan media, hasil kerja penyelidik lain, rekod sejarah dan kontemporari serta
sumber-sumber lain yang berkaitan dengan kajian turut menyokong data daripada soal selidik.
Justeru dengan kelebihan yang ada dalam kedua-dua kaedah ini, maka analisis mendalam
terhadap realiti tempat kerja yang diletakkan dalam konteks sejarah perkembangan syarikat
dapat dilakukan.

DAPATAN

Pembangunan dan pemodenan di Malaysia melalui pelbagai proses dan antaranya adalah
pemodenan dalam aspek fizikal yang sangat berkait rapat dengan proses perindustrian,
perbandaran dan usaha peningkatan kekayaan ekonomi negara sejak merdeka. Pembangunan
671
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

yang mahu dicapai adalah berlandaskan pemikiran falsafah mengenai pentingnya keseimbangan
antara kaum dan perpaduan nasional dengan melaksanakan prinsip pertumbuhan dan pengagihan
supaya dapat mewujudkan keharmonian dan kestabilan masyarakat (Abdul Rahman 2003: 30).
Sejarah perkembangan dan transformasi masyarakat Malaysia menunjukkan peranan
penting yang dimainkan oleh pihak pemerintah dalam merencana dan melaksana pelbagai
projek pembangunan yang menghasilkan pertumbuhan pesat ekonomi khususnya melalui
pengenalan pelbagai dasar negara lebih-lebih lagi sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) pada 1970. Menerusi DEB dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-
1990); isu kemiskinan mula diberi perhatian serius oleh pihak pemerintah lebih-lebih lagi
selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Pelbagai program dan projek pembangunan
dilaksanakan secara berterusan dengan bermatlamat membasmi kemiskinan dan mengurangkan
jurang pendapatan antara kaum, wilayah dan kumpulan pendapatan, seterusnya matlamat akhir
mencapai perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai
etnik, budaya dan bahasa.
Strategi perindustrian negara yang diperhebat dari tahun 1981 hingga 1990 menerusi
Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP) 1989 dan Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi
Perindustrian (PTPTP) 1990 merangkumi gabungan dasar perindustrian bersumberkan
eksport, memajukan industri penggantian import terpilih pusingan kedua dan industri berat
tertentu, memajukan industri berasaskan sumber, meninggikan keupayaan teknologi, dan
memudahkan pemindahan teknologi (Fatimah Said 1999: 255). Manakala Dasar Pandang
Ke Timur diperkenalkan pada Februari 1982 dan serentak dengannya dilancarkan dasar
perindustrian berat negara dengan tujuan menarik syarikat multinasional Jepun ke Malaysia
bagi mempercepat dan memperluas pemindahan teknologi dari Jepun, seterusnya memastikan
kelangsungan Malaysia dalam menghadapi persaingan ekonomi global.
Galakan utama kepada usaha industrialisasi negara adalah menerusi pembinaan
kerjasama antara syarikat-syarikat Jepun dengan firma Malaysia khususnya melalui kerjasama
HICOM (dengan 70% daripada modal permulaan sebanyak RM150 bilion), MNC besar Jepun
seperti Mitsubishi Motors Corporation (MMC) dan Mitsubishi Corporation (dengan pegangan
15% setiap satu) yang sekali gus menandatangani perjanjian menerusi pelancaran kereta nasional
PROTON. Kemudian, sebagai langkah mengurangkan kebergantungan teknologi PROTON
terhadap Mitsubishi, pada Oktober 1996 PROTON mengambil alih 64% ekuiti dalam Lotus
International Group British, pengeluar berprestasi tinggi sukan kereta yang bertujuan untuk
membenarkan akses kepada teknologi PROTON kejuruteraan yang diperlukan dan kapasiti R
& D.
Berasaskan idea teori modenisasi, manusia berubah ke arah peningkatan, pemodenan
membawa kesedaran tentang perubahan dan inovasi khususnya dalam teknologi pengeluaran.
Seterusnya mendorong peralihan dari masyartakat pra-industri kepada masyarakat perindustrian,
kemudian dari industri kepada pasca-industri. Pencapaian intelek manusia khususnya dalam
sains yang terserlah dalam kawalan teknologi yang semakin meningkat ke atas mekanikal,
kimia, elektronik, dan biologi merupakan faktor utama yang membawa perubahan dalam
masyarakat.Kemudian perubahan-perubahan sosial yang dimulakan oleh perubahan teknologi
ini membawa pelbagai kesan besar kepada masyarakat seperti pertumbuhan sumber manusia
secara besar-besaran, kewujudan pelbagai pekerjaan, pembezaan organisasi, pertumbuhan
kapasiti negeri dan aktiviti lanjutan negeri, penglibatan politik besar-besaran, dan rasionalisasi
dan sekularisasi.
Justeru itu, teori modenisasi khususnya modenisasi pelbagai (multiple modernities)
adalah sesuai digunakan bagi menerangkan perubahan negara dan masyarakat Malaysia daripada
bercirikan tradisional kepada moden, desa kepada bandar. Ini bermaksud proses modenisasi
yang berlaku tidak bersifat seragam dan modenisasi tidak semestinya menghapuskan tradisi.
Malah perubahan dan peningkatan yang berlaku bukan sahaja dalam aspek ekonomi bahkan
pendidikan, sains dan teknologi sehingga telah melahirkan kumpulan kelas menengah merentas
etnik. Penubuhan PROTON merupakan sebuah penciptaan modeniti negara yang selaras dengan
672
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

usaha kerajaan mewujudkan MPPB dan telah berjaya membuka peluang pekerjaan kepada ramai
Bumiputera khususnya Melayu ke dalam sektor industri automotif. Peluang pendidikan dan
latihan sama ada di peringkat pengajian tinggi mahupun sijil kemahiran telah mencipta ruang
kepada anak muda menempatkan diri mereka dalam industri ini. Sehingga hari ini, PROTON
masih menonjolkan kepakaran yang diperoleh dan dilaksanakan oleh profesional bumiputera
sama ada di peringkat pengurusan atasan atau pertengahan, jurutera, dan kepakaran-kepakaran
lain, termasuk pekerja pengeluaran yang terlatih.
Bagi organisasi seperti PROTON yang mana ia disusun dalam cara yang paling
sesuai dengan persekitaran di mana ia berada, dan terdapat persekitaran yang terdiri daripada
organisasi lain yang mengenakan pelbagai kuasa yang bersifat ekonomi, politik, atau sosial,
perkembangan dan kelangsungan syarikat jelas sangat bergantung pada hubungannya dengan
persekitaran. Nilai-nilai masyarakat dan kepercayaan disulam dan dinyatakan dalam struktur
organisasi, dan pada sudut lain, organisasi dilihat menyesuaikan diri dengan persekitaran
seperti mana yang ditentukan oleh pembekal sumbernya. Keadaan ini bersesuaian dengan apa
yang dijelaskan oleh teori organisasi sistem terbuka - merupakan organisasi yang mengandungi
banyak ketua yang wujud untuk menerima maklumat, membuat keputusan, dan melakukan
tindakan langsung. Begitu juga adanya individu dan kumpulan kecil yang membentuk dan
meninggalkan pakatan. Masalah muncul dalam perkara berkaitan penyelarasan dan kawalan.
Selain itu, sempadan sistem dilihat sebagai amorphous (bentuk dan struktur yang tidak jelas)
dan sementara; tindakan atau tugasan aktor sama ada kepada organisasi atau kepada persekitaran
didapati berubah-ubah dan berbeza-beza bergantung kepada aspek fungsi sistemik yang sedang
dipertimbangkan. Semua sistem dicirikan oleh satu himpunan atau kombinasi bahagian yang
berhubungan antara satu sama lain dan menyebabkan mereka saling bergantung.
Dalam soal hubungan antara agensi struktur dan agensi pula, Giddens (1997)menyatakan
bahawa kehidupan sosial adalah selari dan bersilang urutan dengan agensi yang dikekang dan
dibolehkan oleh keadaan sosial tertentu (struktur) yang mengandungi pelbagai kandungan
dan kombinasi hubungan kuasa, norma dan makna. Ia seterusnya menarik agensi ke dalam
konteks struktur mereka dalam menghasilkan tindakan yang secara kolektif bergabung untuk
menghasilkan bentuk struktur seterusnya, dan sebagainya. Agensi memanfaatkan konteks ini
melalui kemahiran dan pembawaan yang mereka peroleh daripadanya, dan melalui sumber-
sumber kuasa yang disediakan. Jelas di sini bahawa aktor manusia merupakan elemen yang
mampu mencipta dan mengubah struktur dengan mencipta nilai dan norma, atau diperkuat
melalui penerimaan sosial. Namun, pada masa yang sama aktor dibatasi oleh struktur sosial.
Struktur adalah peraturan dan pada masa yang sama adalah sumber yang digunakan oleh aktor.
Agensi manusia berada dalam struktur yang ditentukan untuk mereka, dan ia diterima dengan
sukarela. Struktur dan agensi tidak dapat dipisahkan kerana mereka berhubung dan berinteraksi
antara satu sama lain.
Dalam konteks organisasi PROTON, penelitian ke atas pembinaan budaya korporat
dan budaya kerja PROTON jelas menunjukkan struktur dan agensi yakni warga kerja adalah
saling mempengaruhi antara satu sama lain. Organisasi PROTON merupakan satu sistem sosial
yang dibina oleh aktornya. Budaya organisasi dan budaya kerja merupakan budaya rasmi yang
dibina oleh struktur, namun ia hasil daripada perundingan dan disepakati bersama oleh setiap
anggota. Setiap individu di PROTON mempunyai sumber yang merangkumi semua potensi
yang mereka miliki seperti pengetahuan, keahlian, kecekapan dan pengalaman. Manakala
organisasi pula memiliki sumber daya material dan bukan material seperti teknologi, peranti,
bangunan, sistem, aturan, norma dan nilai. Justeru itu, kedua-duanya saling mempengaruhi dan
menyumbang kepada kedua-duanya. Dalam hal ini, kualiti organisasi PROTON ditentukan oleh
kualiti tindakan setiap individu warga kerjanya, sedangkan kualiti individu itu pula ditentukan
oleh kualiti organisasi PROTON.
Daripada temu bual yang dijalankan, informan menyatakan bahawa pihak pengurusan
didapati memahami dan mengambil berat tentang nilai dan budaya masyarakat Melayu yang
sangat kukuh ikatan kekeluargaan mereka. Selain itu, mengambil kira proses mengurus
673
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

perkara-perkara berkaitan perkahwinan, kelahiran dan kematian dalam menentukan jumlah cuti
yang diberikan. Begitu juga faktor jarak rumah dan tempat kerja dengan kampung halaman.
Bagi warga kerja PROTON, pertimbangan majikan dalam pemberian cuti ihsan ini adalah
sangat relevan dan bertimbang rasa. Malah daripada pemerhatian tidak ikut serta di kilang
pemasangan kereta Shah Alam mendapati wujud pemupukan amalan agama Islam secara rasmi
dan tidak rasmi dalam kalangan warga. Begitu juga dapatan daripada temu bual dan FGD yang
dijalankan turut mendapati bahawa pihak pengurusan ada menerapkan aspek-aspek berkaitan
Islam dengan tanggungjawab kepada pekerjaan dan syarikat.
Warga kerja dinasihatkan agar bekerja bukan sahaja untuk mendapatkan kepuasan
ekonomi semata-mata terutama gaji, ganjaran dan insentif lain, tetapi bekerja kerana agama
Allah. Setiap tindakan di tempat kerja seperti disiplin, kualiti dan komitmen kepada kerja
dikaitkan dengan tuntutan agama Islam. Daripada pemerhatian pengkaji, terdapat beberapa
petikan ayat al-Quran beserta terjemahannya seperti dari surah al-Baqarah, surah al-Mulk, dan
surah Hud ditampal di dinding kilang, di samping kalimah Allah, Muhammad dan Bismillah.
Kesemua ini bertujuan memberi ingatan kepada pekerja tentang kepentingan mempunyai
integriti dalam bekerja yang juga merupakan tuntutan dalam Islam.
Penelitian tentang kepelbagaian dalam organisasi pula, penemuan kajian mendapati
kepelbagaian di tempat kerja PROTON dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu kepelbagaian
warga kerja dari dalam yang dicirikan oleh pekerjaan, dan ciri kepelbagaian yang dibawa dari
luar masuk ke tempat kerja. Kepelbagaian warga kerja PROTON dari segi pekerjaan ialah
majoriti warga kerja PROTON sama ada di peringkat eksekutif atau bukan eksekutif adalah
dalam kalangan etnik Melayu. Daripada jumlah keseluruhan 265 responden, 31% adalah
berjawatan eksekutif dan 69% bukan eksekutif dengan sebahagian daripada mereka memiliki
ijazah dan sebahagian lagi memiliki sijil. Kategori umur muda, 76% berumur 20 tahun hingga
40 tahun. Manakala warga kerja berpengalaman, 24% berumur 41 tahun ke atas. Pendapatan
kasar yang diperolehi di PROTON mengikut kategori pekerjaan dan lama berkhidmat, dengan
majoriti 80% memperoleh RM1000 hingga RM4000. Dari segi tempoh lama berkhidmat,
sebahagian responden, 55% sudah berkhidmat lebih 10 tahun hingga lebih 25 tahun, manakala
sebahagian lagi 45% bekerja kurang dari 10 tahun perkhidmatan.
Manakala kepelbagaian warga kerja yang dibawa dari luar adalah dari segi kepelbagaian
sub-etnik Melayu dan juga asal negeri. Warga kerja terdiri daripada lebih 30 sub-etnik seperti
Banjar, Bugis, Jawa, Kerinchi, Mandailing, Peranakan dan pelbagai lagi,lahir dan dibesarkan di
pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia hinggalah Sabah dan Sarawak. Mereka juga berasal
dari pelbagai negeri di Malaysia dengan majoriti berasal daripada Perak, Selangor dan Kuala.
Sepertimana takrifan autoriti terhadap Melayu yang diwarisi daripada pemahaman kuasa kolonial
adalah merujuk kepada satu kumpulan etnik yang memiliki ciri-ciri yang hampir seragam dari
segi bahasa, agama dan kebudayaan. Namun, menurut pemahaman harian masyarakat Melayu,
mereka terdiri daripada pelbagai keturunan Melayu seperti Jawa, Minangkabau, Bugis, Banjar,
Boyan, Peranakan dan banyak lagi yang dicirikan dengan kepelbagaian budaya masing-masing
seperti dicirikan dengan perbezaan asal usul daerah dan wilayah, dialek bahasa, adat resam dan
budaya tradisional yang tersendiri.
Selain kepelbagaian sub-etnik Melayu itu, agama Islam juga sangat penting dan
berpengaruh dalam kehidupan masyarakat Melayu. Di negara-negara pasca-kolonial seperti
Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, agama dan budaya, budaya tradisional
telah tersulam dalam kehidupan harian termasuk di tempat kerja. Namun hakikat sesebuah
organisasi, ia tidak mengenal etnik dan perbezaan budaya ahli-ahlinya kerana falsafahnya
menggariskan nilai-nilai utama, misi dan visi serta prinsip-prinsip operasi bagi mencapai
matlamat organisasi. Justeru itu, penelitian etnisiti di tempat kerja, pertembungan antara
budaya tradisi dengan budaya moden, dan interaksi antara organisasi dengan warga kerja
yang bercirikan kepelbagaian khususnya etnik Melayu dan sub-etniknya yang pelbagai dalam
organisasi korporat seperti PROTON adalah sangat menarik untuk dikaji.

674
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Daripada kajian yang dianlankan, warga kerja PROTON sama ada eksekutif mahupun
bukan eksekutif, kesemuanya bersetuju bahawa kepelbagaian yang wujud dalam kalangan
warga kerja di PROTON perlu difahami supaya wujud rasa hormat antara satu sama lain. 92%
eksekutif dan 81% bukan eksekutif positif dalam meraikan kepelbagaian di tempat kerja. Selain
dapat mewujudkan rasa hormat di antara satu sama lain, meraikan kepelbagaian turut dianggap
sebagai faktor penyumbang kepada kejayaan syarikat. Warga kerja PROTON juga didapati
positif kepada tuntutan kepelbagaian dalam organisasi khususnya kepelbagaian etnik. Lebih
60% warga kerja eksekutif dan bukan eksekutif bersetuju bahawa kejayaan sesuatu perniagaan
di Malaysia mesti melibatkan pelbagai etnik. Malah 82% eksekutif bersetuju mengatakan
bahawa ‘PROTON bukan milik satu etnik’, dan 69% bukan eksekutif yang turut sependapat.
Pola yang sama juga ditunjukkan pada kenyataan bahawa pihak pengurusan perlu belajar
tentang perbezaan budaya di kalangan pekerja kerana ia merupakan salah satu cara bagaimana
perniagaan dijalankan di negara ini.
Dalam konteks kepelbagaian di tempat kerja ini, pengurus didapati memainkan peranan
penting dalam mengenalpasti perbezaan yang wujud dalam kalangan warga kerja dan belajar
memanfaatkannya, bukan menolak perbezaan atau membiarkan perbezaan menjadi penyebab
kepada timbulnya masalah yang disebabkan oleh perbezaan. Lebih dari itu, pengurus harus
berfikir bagaimana cara untuk menghormati perbezaan di tempat kerja, dan bagaimana mahu
bekerja bersama-sama mereka, seterusnya dapat memaksimumkan sumbangan setiap pekerja.
Sepertimana dalam pendekatan sinergi yang percaya dan menerima bahawa ‘cara kami
dan cara mereka berperilaku dan mengurus adalah berbeza, dan tidak ada siapa lebih baik
daripada yang lain’ boleh menjadi pendekatan yang sesuai untuk mengatur dan mengelola
warga kerja yang bercirikan kepelbagaian. Masalah yang mungkin berlaku dalam mengurus
kesan kepelbagaian budaya akan mampu dilaksanakan tanpa menggunakan pendekatan
mengurangkan kepelbagaian. Pengurus akan mampu memaksimumkan potensi keuntungan
tanpa mengabaikan kepelbagaian yang wujud, malah pengurus dan pekerja secara tidak langsung
dilatih memastikan kewujudan perbezaan budaya dan pada masa yang sama menggunakan
perbezaan untuk mencipta keuntungan kepada organisasi.

KESIMPULAN

Teori merupakan elemen penting dalam penyelidikan kerana teori memandu pemikiran dalam
penyelidikan. Bagi kajian tentang kepelbagaian budaya dan etnisiti di tempat kerja, untuk
memahami pengalaman warga kerja dan menerangkan pelbagai situasi di tempat kerja yang
berkaitan dengan kepelbagaian budaya tersebut, pendekatan eklektik sangat sesuai digunakan.
Pendekatan eklektik dari segi pemilihan beberapa teori dianggap sesuai kerana ia tidak terikat
kepada satu paradigma sahaja. Gabungan beberapa teori berguna bagi mencapai tujuan saling
melengkapi, dan menggunakan teori-teori yang berbeza mengikut kes. Pendekatan seperti ini
tidak semestinya digunakan untuk kajian lain kerana kemungkinan konteksnya berbeza dan
tidak sesuai untuk diaplikasikan.

RUJUKAN

Abdul Rahman Embong. 2003. Pembangunan dan Kesejahteraan: Agenda Kemanusiaan Abad
Ke-21. Bangi: Penerbit UKM.
Alvin, Y. So. 1990. Social Change and Development: Modernization, Dependency, and World-
system Theories. Newbury Park: SAGE Publications.
Asma Abdullah. 1996. Going Glocal: Cultural Dimensions in Malaysian Management. Kuala
Lumpur: Malaysian Institute of Management.
Creswell, J.W. 2003. Research Design Qualitatitative, Quantitative & Mixed Methods
Approaches Edisi ke-2. Thousands Oaks: SAGE Publications.

675
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Eisenstadt, S. N. 2000. Multiple modernities. American Academy of Arts & Sciences. 129(1):
1-29.
Harrison, D. 1997. The Sociology of Modernization and Dvelopment. London: Routledge
Taylor & Francis Group.
Jaffe, D. 2001. Organization Theory: Tension and Change. New York: McGraw Hill.
Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. 2006.
Hubungan Etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall.
Ouchi, W.G. &Wilkins, A. L. 1985. Organizational culture. Annual Review Sociology. 11:
457-485.
Ritzer, G. & Ryan, J.M. 2011. The Concise Encyclopedia of Sociology. Chicester: Wiley-
Blackwell.
Swanson, R.A. 2007. Theory Building in Applied Disciplines. San Francisco, CA: Berrett-
Koehler Publisher.

676
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

PEMELIHARAAN DIGITAL BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA


ILMU: MEREALISASI IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Firdaus Hamdan & Shamsul Amri Baharuddin

Abstrak
Usaha memelihara dokumen yang menjadi sumber utama bacaan dan rujukan oleh
sesebuah institusi atau organisasi sentiasa dilakukan. Oleh kerana kebanyakkan
dokumen dicetak di atas kertas, faktor keselamatan dokumen tersebut sering menjadi
isu dan masalah ini memerlukan suatu kaedah saintifik bagi melindungi dokumen
tersebut. Dengan menggunakan kelebihan yang ada dalam bidang teknologi maklumat,
pemeliharaan digital merupakan suatu pendekatan terbaik bagi memastikan kelansungan
akses dan capaian pengguna terhadap dokumen tersebut. Berbekalkan kepada
kelebihan ini, Pemeliharaan Digital Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu merupakan
suatu projek pembangunan pangkalan data yang bertujuan untuk mendaulatkan ilmu
dalam dunia Melayu melalui Bahasa Melayu. Gabungan kefahaman terhadap bidang
sains social dan teknologi maklumat menjadi asas utama bagi melaksanakan projek
murni ini. Dengan menggunakan tiga komponen asas, iaitu membina kefahaman
terhadap Bahasa Melayu, memahami sejarah pembinaan dan perkembangannya, dan
mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi maklumat, projek ini telah
dijalankan dan sehingga kini ia telah berjaya mencapai beberapa tahap penting yang
disasarkan. Analisis terhadap kajian ini juga turut memberi peransang dan motivasi
bagi meningkatkan lagi projek ini di masa hadapan. Melalui semangat dan iltizam yang
tinggi, projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat dan pada masa yang
sama, ia dapat memberikan suatu lagi sumbangan besar kepada UKM sebagai peneraju
utama dalam pembinaan dan perkembangan ilmu dalam Bahasa Melayu.

PENGENALAN

Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh kebanyakkan institusi awam dan swasta adalah
pemeliharaan dokumen untuk bacaan dan rujukan di masa hadapan. Hal ini disebabkan
kebanyakkan dokumen yang bersifat tekstual mudah terdedah kepada kerosakan dan
memerlukan kaedah yang terbaik bagi memastikan kualitinya sentiasa berada dalam keadaan
selamat. Perpustakaan, muzium, arkib, galeri seni dan juga pusat sumber merupakan lokasi utama
penyimpanan dokumen seperti fail, artikel, kertas kerja, laporan, buku, manuskrip, lukisan,
rekod-rekod lama, dan sebagainya. Pelbagai kaedah telah diguna bagi melindungi bahan-bahan
tersebut seperti membuat salinan kedua melalui fotostat dan mikrofilem, menggunakan ruang
khas dengan dikawal suhunya, dan juga menggunakan bahan kimia yang bersesuaian untuk
melindungi dokumen daripada serangan kulat dan parasit. Namun demikian, walaupun kaedah
ini masih lagi relevan dan dapat membantu memudahkan proses pemeliharaan, ia sebenarnya
mencipta pelbagai lagi masalah seperti yang dijelaskan oleh Harris & schur (2006) melalui
kajian mereka. Salah satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah melalui
pendekatan kepada pemeliharaan digital.
Menurut Hirtle 2006, pemeliharaan digital merupakan suatu konsep yang dibangunkan
di perpustakaan. Ia merupakan suatu alternatif bagi memelihara bahan-bahan atau dokumen
untuk memudahkan akses dan capaian oleh pengguna. Biasanya pemeliharaan digital
melibatkan suatu pembangunan aplikasi secara atas talian atau tanpa talian. Pembangunan
aplikasi ini merujuk kepada pembangunan pangkalan data, iaitu ruang penyimpanan digital
dokumen tersebut (Rizal 2013). Corrado & Moulaison (2014) pula menjelaskan pemeliharaan
digital merangkumi beberapa proses lain seperti merancang, mengurus, mengimbas, menguji
dan menyelenggara bahan-bahan yang berpotensi untuk didigitalkan. Proses peemeliharaan
677
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

digital ini sebenarnya lebih fleksibel, iaitu bergantung kepada matlamat dan keperluan sesuatu
institusi untuk mengimplemen kaedah pemeliharaan yang bersesuaian terhadap bahan-bahan
yang disimpan sama ada ia berbentuk tekstual, visual, oral, dan sebagainya. Pemeliharaan
digital telah pun dimulakan seawal tahun 1960an lagi. Cox (2000) menjelaskan terdapat dua
institusi yang telah melakukan proses pemeliharaan secara digital, iaitu di Arkib Nasional
USA di Washington dan di Universiti Michigan. Kemudian pada tahun 1990, Perpustakaan
Universiti Cornell menggunakan pendekatan secara pemeliharaan digital bagi melindungi
bahan-bahan media analog yang disimpan di perpustakaan Universiti Cornell. Sehingga kini,
pemeliharaan digital telah digunakan oleh sebilangan besar instiitusi seperti arkib, muzium,
galeri seni dan sebagainya. Oleh kerana pemeliharaan digital ini melibatkan teknlogi maklumat
terutamanya proses pembangunan aplikasi dan perisian, konsep ini turut ditransformasi kepada
perpustakaan digital, arkib digital, muzium digital dan galeri seni digital.
Di Malaysia, proses pemeliharaan digital telah dimulakan sekitar tahun 1990an oleh
Perpustakaan Negara Malaysia, PNM. Pihak PNM turut menyediakan Dasar Pendigitalan
Koleksi Perpustakaan bagi memudahkan proses pemeliharaan dilakukan seterusnya mematuhi
garis panduan yang ditetapkan. PNM turut mewartakan dasar ini bagi memudahkan proses
pendigitalan dilakukan di masa hadapan. Sebenarnya, usaha yang dilakukan oleh PNM ini adalah
berasaskan kepada kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan oleh institusi pengajian tinggi
awam yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti
Putra Malaysia. Di UKM sebagai contoh, proses pemeliharaan digital ini dapat dijelaskan
sebagai pembangunan pangkalan data secara atas talian bagi memudahkan capaian dan akses
kepada pengguna. Pembangunan pangkalan data ini menjadi asas kepada pembangunan portal,
perpustakaan digital dan juga pembangunan aplikasi lain yang bermatlamatkan kepada akses
dan capaian pengguna terhadap dokumen secara digital. Portal Malaycivilization.com, My
Gemilang PTSL, Portal E-Warga dan sebagainya merupakan contoh aplikasi yang dibangunkan
bertujuan untuk memelihara dokumen secara digital bagi memudahkan akses dan capaian oleh
pengguna. Ketiga-tiga portal tersebut merupakan suatu bentuk pemeliharaan digital di UKM.
Portal Malaycivilization.com dibangunkan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
melalui pengarah kesembilannya. Portal ini dibangunkan bertujuan untuk memperluas dan
mendalami Pengajian Alam Melayu. Di antara pangkalan data yang terkandung di dalamnya
adalah Pangkalan Data Alam Melayu atau PADAT. Pangkalan data ini menyimpan artikel,
kertas prosiding, kertas kerja, yang berkait dengan Alam Melayu. Terdapat juga pangkalan
data lain yang menyimpan artikel sahaja seperti Jurnal Sari dan Pangkalan Data Koleksi N.A.
Halim yang mengandungi imej-imej digital kawasan bersejarah di Malaysia. Selain itu pihak
Perpustakaan Tun Seri Lanang turut membangunkan pangkalan datanya yang dikenali sebagai
My Gemilang. Pangkalan data ini menyimpan sejumlah besar koleksi buku, jurnal, artikel,
tesis dan sebagainya, yang berkait dengan kajian dan penyelidikan di UKM. Portal E-Warga
pula merupakan ruang utama para kakitangan universiti mendapatkan berita terkini mengenai
universiti dan juga di dalam portal ini terkandung pelbagai pangkalan data lain seperti Sistem
Maklumat Kakitangan atau SMK. Pangkalan data ini berfungsi untuk merekod segala hal yang
berkait dengan maklumat peribadi kakitangan UKM seperti gaji, cukai, latar diri dan sebagainya.
Selain itu terdapat banyak lagi pangkalan data yang terdapat di dalam Portal E-Warga ini dan
portal ini dibangun dan diselenggara oleh Pusat Teknologi Maklumat, PTM.
Ketiga-tiga portal yang dibangunkan di UKM merupakan suatu bentuk pemeiharaan
digital. Usaha ini merupakan suatu inisiatif yang sangat baik demi melonjakkan nama UKM
sebagai pendaulat amanah negara. Sejak penubuhan UKM pada tahun 1970 sehingga kini,
Bahasa Melayu merupakan medium utama komunikasi dikalangan pelajar, kakitangan
university, dan juga pihak luar. Penggunaan Bahasa Melayu yang meluas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, kajian dan penyelidikan, seminar dan persidangan, penerbitan
dan sebagainya memberi kelebihan kepada UKM untuk muncul sebagai satu-satunya university
yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu. Bertitik tolak daripada keadaan ini,
timbul satu motivasi dan iltizam yang tinggi untuk mengangkat dan memartabatkan Bahasa
678
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

Melayu sebagai Bahasa ilmu. Usaha ini sekaligus dapat memudahkan pemeliharaan digital
dilakukan disamping memberi manfaat yang banyak kepada proses pembinaan dan perembangan
ilmu pengetahuan melalui Bahasa Melayu. Bagi merealisasikan impian menjadi kenyataan,
kajian ini untuk membangun sebuah pangkalan data yang dapat menyimpan sejumlah besar
tesis yang telah ditulis di dalam Bahasa Melayu oleh pelajar sarjana dan PhD dalam pelbagai
displin dan bidang pengajian di UKM. Pangkalan data ini akan berumah di PTM, UKM dan
diselenggara dengan menggunakan kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh sarjana dan
intelektual di UKM, iaitu sekumpulan penyelidik dari Insitut Kajian Etnik, KITA. Menyedari
akan kepentingan Bahasa Melayu sebagai suatu alat komunikasi utama untuk kesepaduan
social, tanggungjawab yang bakal digalas ini akan membantu meningkatkan lagi nama UKM
sebagai pendaulat amanah negara.

SEKILAS PANDANG

Kajian ini mempunyai hasrat menggunung tinggi seluas lautan yang dalam sejauh mata
memandang untuk melaksanakan impian menjadi kenyataan. Pemeliharaan digital Bahasa
Melayu sebagai Bahasa ilmu ini akan dibangunkan melalui pembangunan pangkalan data
digital yang mampu memenuhi impian dan keperluan. Ringkasnya tiga matlamat telah
diletakkan sebagai sendi utama kepada pembangunan pangkalan data ini. Pertama, pangkalan
data ini berhasrat untuk mendaulatkan ilmu dalam dunia Melayu melalui Bahasa Melayu. Oleh
kerana kandungan utama pangkalan data ini adalah tesis yang didokumenkan dalam Bahasa
Melayu, proses pembinaan dan perkembangan ilmu pengetahuan akan menjadi lebih mudah.
Ia sekaligus dapat memenuhi hasrat dan impian negara dalam memenuhi agenda kebangsaan
melalui pendidikan. Kedua, memposisikan semula bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di
peringkat global. Pangkalan data ini mampu membuka ruang dan peluang yang baru dalam
memartabatkan semula peranan Bahasa Melayu sebagai komunikasi utama dalam penyampaian
ilmu pengetahuan. Ketiga, menjadikan UKM sebagai peneraju dalam Bahasa Melayu. UKM
sejak ditubuhkan sehingga kini memiliki sejumlah besar tesis, buku dan artikel yang ditulis
dalam Bahasa Melayu. Dengan terbangunnya pangkalan data ini, peranan serta tanggungjawab
UKM dapat dimantapkan sekaligus menjadi peneraju terhadap pembinaan dan penyampaian
ilmu pengetahuan melalui Bahasa Melayu.
Bagi memudahkan pembangunan dilakukan, suatu tinjauan telah dilakukan terhadap
tiga kajian yang dijalankan oleh penyelidik di National Library of China (NLC), Centre
‘Traditio Litterarum Occidentalium’ (CTLO) dan Perpustakaan Alexandria di Mesir. Beixin
(2002) telah menjelaskan tentang pembangunan pangkalan data di Perpustakaan Kebangsaan
China. Sebagai timbalan presiden kepada perpustakaan berkenaan, beliau menjelaskan peranan
perpustakaan sebagai tempat untuk menjalankan kajian, penyelidikan, merekod data penting
dan sebagainya. Perpustakaan ini telah menjadi pusat utama untuk pengunjung terutamanya
para penyelidik dalam dan luar negara yang menjalankan kajian dan penyelidikan yang
berkait dengan Alam China. Sehingga kini, terdapat 23 juta siri manuskrip yang disimpan di
perpustakaan ini dan proses timbun tambah koleksi setiap tahun direkodkan sekitar 600,000
hingga 700,000. Untuk memenuhi tuntutan dan keperluan semasa disamping permintaan
pengguna yang sangat tinggi, suatu pangkalan data bibliografi dibangunkan dan ia bertujuan
untuk memudahkan capaian dan akses oleh pengguna. Selain itu, pangkalan data ini juga dapat
memudahkan pencarian dilakukan terhadap manuskrip yang disimpan di dalam perpsutakaan
tersebut. Kemudian Furui (2006) telah menghuraikan dengan terperinci proses pendigitasian
manuskrip serta dokumen di dalam Bahasa Mandarin untuk memudahkan pengguna mengakses
dokumen tersebut. Seterusnya pembangunan perpustakaan teks Latin oleh Centre ‘Traditio
Litterarum Occidentalium’ di Belgium oleh Profesor Em. Paul Tombeur telah memudahkan
akses dan capaian pengguna untuk mendapatkan pelbagai bahan dan manuskrip yang berkait
dengan Bahasa Latin. Pangkalan data yang mengandungi dua bahagian utama iaitu LLT-A dan
LLT-B melibatkan suatu proses pembangunan yang sangat kompleks kerana koleksi manuskrip
679
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

yang dikumpul melibatkan suatu jumlah yang sangat banyak. Pangkalan data ini beroperasi
secara atas talian dan berhasrat untuk membantu memudahkan proses pengajaran, pembelajaran,
kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap Bahasa Latin. Kemudian al-Said (2014)
telah melaporkan tentang Perpustakaan Alexandria, sebuah perpustakaan tertua dan terulung
di dunia yang menyimpan sejumlah besar teks khat, manuskrip arab dan sebagainya. Oleh
kerana kebanyakkan manuskrip ditulis dalam Bahasa Arab, Persia, Hebrew dan Mesir Kuno,
keperluan untuk memenuhi tuntutan semasa terutamanya dalam dunia digital amat mendorong
pembangunan perpustakaan digital sebagai suatu kaedah memelihara koleksi asal daripada
kerosakan. Sistem pangkalan data yang dibangunkan telah memudahkan akses dan capaian
oleh pengguna terhadap koleksi yang disimpan di Perpustakaan Alexandria. Begitu juga dengan
Begitu juga dengan pangkalan data yang menyimpan teks khat dan inskripsi dikenali sebagai
The Digital Library of Inscriptions and Calligraphies. Sistem tersebut menyimpan rekod digital
tulisan khat dan inskripsi dengan satu sinopsis maklumat, tulisan, gambar dan satu rekod.
Maklumat berada dalam kedua-dua bahasa Arab dan Inggeris.
Daripada ketiga-tiga kajian tersebut, jelaslah menunjukkan bahawa pemeliharaan digital
melalui pembangunan pangkalan data digital sangat relevan digunakan. Ia mampu memberikan
manfaat yang penting terutamanya dalam menyokong proses pembinaan dan perkembangan
ilmu pengetahuan. Berkait dengan itu, pangkalan data Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu akan
menggunakan pendekata-pendekatan melalui kajian yang dijelaskan tadi bagi memudahkan
proses pendigitalan dilakukan. Untuk memudahkan pemahaman, bahagian seterusnya akan
menerangkan secara terperinci komponen utama dalam proses pembangunan pangkalan data
Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu atau ringkasnya Pangkalan data BMBI.

MENGGENGAM BARA BIAR SAMPAI MENJADI ABU

Untuk memudahkan proses pembangunan dilakukan, terdapat tiga komponen utama yang akan
dijadikan sebagai kerangka pembangunan dalam merealisasikan matlamat kajian ini. Rajah 3.1
berikut menunjukkan ketiga-tiga komponen utama dalam kajian yang dijalankan.

Rajah 3.1 Kerangka Pembangunan Pangkalan Data BMBI

Komponen yang paling utama dalam kajian ini adalah komponen UKM. Dalam
komponen ini, kajian secara terperinci akan dilakukan terhadap UKM berdasarkan
680
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kepada sejarah penubuhan dan perkembangannya sehingga kini. UKM sudah berusia
45 tahun dan dalam waktu yang panjang ini, pelbagai sumbangan telah diberikan oleh
sarjana, intelektual, pelajar mahupun kakitangan pentadbiran terhadap pembinaan dan
perkembangan melalui Bahasa Melayu. Kalau ditinjau dengan lebih dekat terhadap
sejarah UKM, ianya bermula melalui perkembangan pendidikan Melayu dan dasar
pelajaran kebangsaan yang banyak menyumbang kepada tuntutan dan keperluan terhadap
perlunya sebuah university yang dapat memenuhi agenda pendidikan negara pada ketika
itu. Melalui dasar pelajaran juga, permintaan untuk sebuah institusi pengajian tinggi bagi
mengumpul sarjana dan melahirkan graduan yang memenuhi aspirasi negara akhirnya
terlaksana. Hal ini banyak dibincangkan oleh Mohd Ali (2006) melalui tulisan beliau
tentang sejarah penubuhan UKM. Analisis terhadap sejarah UKM melalui kajian yang
dijalankan oleh Mohd Ali (2006) juga turut akan dilakukan. Usaha ini akan memudahkan
lagi penjelasan mengenai proses pembinaan dan perkembangan ilmu melalui Bahasa
Melayu yang menjadi bahagian kedua dalam komponen ini.
Seterusnya komponen kedua pula akan mengkhusus kepada pengisian dan
kandungan pangkalan data ini iaitu tesis sarjana dan Phd untuk semua displin akademik.
Dalam hal ini, kajian ringkas terhadap tesis yang dikeluarkan oleh 12 fakulti (Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Farmasi, Fakulti
Pengajian Islam, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti
Undang-Undang, Fakulti Pergigian, Fakulti Pendidikan, Fakulti Perubatan, Fakulti
Teknologi dan Sains Maklumat dan UKM-GSB Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan) dan
12 institut penyelidikan (Institut Sel Fuel (SELFUEL), Institut Informatik Visual (IVI),
Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik
(IMEN), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Institut Kajian Malaysia
dan Antarabangsa (IKMAS), Institut Perubahan Iklim (IPI), Institut Penyelidikan Tenaga
Suria (SERI), Institut Islam Hadhari (HADHARI), Institut Kajian Etnik (KITA), Institut
Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan Institut Perubahan Molekul UKM (UMBI))
akan diperincikan sebagai sumber utama bagi pengisian terhadap pangkalan data yang
akan dibangunkan nanti.
Komponen teknikal merupakan tiang sari utama dalam kajian yang dijalankan
ini. Dalam komponen ini, terdapat tiga bahagian yang terkandung di dalamnya iaitu
pengurusan data, pembangunan web dan pembangunan pangkalan data. Bahagian
pengurusan data akan melibatkan empat lagi proses utama yang akan dilaksanakan bagi
memastikan kandungan pangkalan data dapat diintegrasi ke dalam pangkalan data yang
dibangunkan. Rajah 3.2 berikut menunjukkan proses yang terlibat.

Rajah 3.2 Proses Pengurusan Data

Proses pertama melibatkan pengumpulan data. Data pula terdiri daripada senarai
tesis sarjana dan Phd yang telah dikeluarkan oleh fakulti dan institut. Dalam sebuah tesis,
hanya abstrak dan maklumat seperti nama penulis, bidang kajian, tahun dikeluarkan,
tajuk tesis dan fakulti atau institut sahaja yang akan dipaparkan. Untuk permulaan
hanya tesis sarjana dan phd dari tahun 2010 hingga 2014 sahaja yang akan dikumpul.
Seterusnya proses pengimbasan akan dijalankan terhadap abstrak tesis. Pengimbasan
akan menggunakan pengimbas dengan resolusi yang tinggi serta menggunakan format
pdf. Seterusnya proses kemasukan data ke dalam pangkalan data akan dilakukan secara
681
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

berperingkat. Akhir sekali pengujian kebolehtahanan data akan dilakukan terhadap sistem
pangkalan data yang telah dibangunkan.
Seterusnya bahagian pembangunan web merupakan platform utama yang akan
mengoperasikan pangkalan data secara atas talian. Suatu pendekatan baru akan digunakan
untuk pembangunan web yang lebih sistematik dan efisyen. Penggunaan konsep Interaksi
Manusia-Komputer atau human computer interaction, HCI akan digunakan. Konsep ini
telah diperkenalkan oleh Card, Moran & Newell (1983). HCI merupakan suatu bidang
yang berkait dengan perancangan dan rekabentuk interaksi di antara manusia dan
computer. Ia sentiasa dianggap sebagai suatu gabungan di antara bidang sains computer,
sains kelakuan, linguistic, sosiologi, etnografi, psikologi, kejuruteraan, rekabentuk,
semiotik dan penjenamaan. Konsep HCI merupakan suatu pendekatan terbaik kerana ia
melibatkan pelbagai faktor dan pertimbangan untuk membangunkan laman web yang
dapat memenuhi permintaan pengguna. Rajah 3.3 berikut menunjukkan rajah hubungan
entiti atau ERD pembangunan web (Tokranova 2013).

Rajah 3.3 ERD HCI (Sumber: Tokranova 2013)

Berdasarkan kepada Rajah 3.3, terdapat lima faktor utama yang dijelaskan oleh
Tokranova (2013) sebagai asas dalam HCI iaitu kekangan, hubungan, paparan, model
konsepsual dan pemetaan. Kelima-lima faktor ini berhubung antara satu dengan yang lain
dan setiap satunya dipecahkan lagi kepada beberapa sub-bahagian, iaitu pertimbangan
yang dapat memudahkan proses pembangunan web dijalankan. Dengan menggunakan
pendekatan ini, pembangunan web untuk Pangkalan Data BMBI akan menjadi lebih
mudah.
Akhir sekali bahagian pembangunan pangkalan data merupakan peringkat terakhir
dalam komponen teknikal. Proses pembangunan pangkalan data akan menggunakan
lima tahap dalam prinsip pembangunan perisian iaitu analisis keperluan, rekabentuk,
implementasi, pengujian dan penyelenggaraan. Analisis keperluan akan menjelaskan
keperluan utama pembangunan pangkalan data berasaskan kepada matlamat utama
kajian. Rekabentuk akan dibangunkan berdasarkan kepada analisis keperluan tersebut.
Rekabentuk terdiri daripada dua bahagian, rekabentuk sistem pangkalan data dan
rekabentuk rajah hubungan entiti ataupun entity relationship diagram, ERD. ERD ini
akan menentukan hubungan di antara entiti yang dikenalpasti dalam pangkalan data yang
682
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

dibangunkan. Implementasi pula melibatkan proses pengekodan dengan menggunakan


bahasa pengaturcaraan yang sesuai. Seterusnya proses pengujian terhadap system yang
dibangunkan perlu dijalankan bagi menjamin ia dapat berfungsi dengan baik. Akhir sekali
adalah penyelenggaraan iaitu pemantauan dan penyeliaan sistem yang telah dibangunkan.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci, Rajah 3.4 berikut akan menunjukkan
rekabentuk ERD pangkalan data yang dibangunkan.

Rajah 3.4 Rekabentuk ERD pangkalan data

Rekabentuk ERD untuk pangkalan data yang dibangunkan terdiri daripada tujuh entiti,
iaitu pengguna, admin, tesis, simpan tesis, rekod tesis, hapus tesis dan edit tesis. Kesemua entiti
ini mengandungi attribut iaitu ciri-ciri yang mewakili entity. Attribut yang mewakili entity
pengguna dan admin berbeza dengan attribut yang mewakili tesis serta proses-proses yang
terlibat dalam pangkalan data. Dalam system ini, admin merupakan pentadbir system utama
kerana admin berkuasa penuh untuk mengawal pengguna, melakukan proses penyimpanan,
perekodan, penghapusan dan pengeditan tesis. Admin juga boleh mencapai dan mengakses
tesis dalam pelbagai keadaan.

683
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

SEMANIS KATA SEINDAH BICARA

Daripada penjelasan yang telah dilakukan terhadap proses pembangunan Pangkalan Data
BMBI, suatu analisis menyeluruh telah dilakukan melalui perbincangan secara konstruktif.
Analisis ini mengambil kira isu, cabaran dan jangkaan di masa hadapan terhadap pangkalan data
BMBI. Pertama, bagi memastikan projek ini berjaya mencapai matlamatnya, kepakaran dan
kemahiran yang tinggi terhadap teknologi maklumat terutamnya yang berkait dengan bidang
kejuruteraan perisian, pembangunan perisian, pengurusan maklumat, keselamatan aplikasi,
rangkaian dan sebagainya sangat diperlukan. Suatu strategi dan gerak kerja khusus diperlukan
bagi menyokong kerja-kerja teknikal yang dijangkakan mengambil masa yang panjang. Dalam
masa yang sama, aspek sumber manusia juga perlu diwujudkan bagi memudahkan kerja-kerja
teknikal dijalankan. Sokongan dari pihak UKM melalui Perpustakaan Tun Seri Lanang dan
Pusat Teknologi Maklumat sangat diperlukan. Ini disebabkan pangkalan data yang dibangunkan
akan berumah di UKM dan pada masa yang sama, bantuan dari kedua-dua pihak terlibat sangat
diperlukan. Aspek teknikal juga perlu mengmbil kira polisi dan peraturan sedia ada yang dapat
melindungi bahan-bahan yang akan didigitasi. Selain itu, sistem yang dibangunakan nanti
perlu juga dipatenkan. Ini bagi menjamin keselamatan daripada sebarang masalah yang tidak
diundang.
Seterusnya kajian ini sedang berjalan dan akan siap dalam tempoh yang terdekat.
Dalam melalui perjalanan yang berliku ini, pelbagai masalah dan cabaran telah dihadapi, iaitu
dari aspek birokrasi dan pengurusan. Aspek birokrasi ini lebih terfokus dalam proses mengutip
data, iaitu mendapatkan tesis dari fakulti dan institut. Memang ia merupakan suatu kerja yang
mudah tetapi sangat remeh kerana melibatkan pelbagai pihak dengan pelbagai kerenah. Untuk
menangani masalah ini, bantuan dan sokongan daripada pihak pengurusasn tertinggi UKM
sangat diperlukan. Ini bagi memudahkan proses pengumpulan tesis dilakukan sekaligus ia
dapat menjimatkan masa dan memastikan pengisian untuk pangkalan data sentiasa dilakukan.
Dalam aspek pengurusan pula, projek ini sebenarnya memerlukan bantuan daripada pembantu
penyelidik beserta dengan peruntukan kewangan yang kukuh bagi meneruskan lagi proses
timbun tambah serta pemantapan aspek teknikal pangkalan data. Untuk menangani hal ini,
bantuan daripada pengurusan tertinggi UKM sangat diperlukan. Bantuan melalui pengurusan
tertinggi UKM dijangkakan dapat memudahkan proses pelantikan pembantu penyelidik dan
penyaluran dana untuk meningkatkan lagi tahap pembangunan pangkalan data BMBI.
Akhir sekali projek pangkalan data BMBI ini berpotensi besar untuk mengangkat dan
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu. Ia bukan sahaja dapat memberikan ruang
dan peluang kepada para penyelidik, ahli akademik, sarjana dan intelektual, malah ia dapat
memberikan manfaat yang besar kepada seluruh masyarakat dunia amnya. Selain itu, projek ini
juga bakal melonjak nama UKM di persada akademik local dan global. Dengan berbekalkan
kepada semangat dan iltizam yang tinggi, projek ini sebenarnya memerlukan suatu strategi
menyeluruh untuk memastikan ia sentiasa dilestari dari masa ke semasa. Strategi ini perlu
dirangka dan dibincang dengan pihak UKM. Ini penting bagi memastikan kelansungan projek
ini dapat diteruskan walaupun kepemimpinan tertinggi UKM bertukar. Pemerhatian terhadap
beberapa kajian dan penyelidikan di UKM dapat memberi motivasi terhadap jatuh bangunnya
sesuatu projek kajian dan penyelidikan yang telah membawa nama UKM ke tahap yang
tertinggi. Oleh itu dengan merangka dan merancang suatu strategi baru bersama-sama dengan
pihak tertinggi UKM, pangkalan data BMBI ini akan terus segar mekar di persada akademik
local dan global.

KESIMPULAN

Pembangunan pangkalan data Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu menjadi suatu bukti usaha
bersungguh untuk memelihara bahan-bahan akademik yang memiliki nilai yang sangat tinggi.
Melalui kajian ini, proses pemeliharaan digital melibatkan tiga usaha besar, iaitu membina
684
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4)
ISBN 978-967-2084-17-4

kefahaman terhadap Bahasa Melayu, memahami sejarah pembinaan dan perkembangannya,


dan mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi maklumat. Berbekalkan kepada
ketiga-tiga elemen asas ini, maka pembangunan pangkalan data Bahasa Melayu sebagai Bahasa
ilmu dapat direalisasikan. Gabungan ketiga-tiga elemen ini juga sebenarnya memberi suatu
bukti kukuh bahawa perlunya sinergi di antara ilmu sains social dan tekologi maklumat dalam
membangun sesuatu aplikasi. Ini sebenarnya dapat mencapai matlamat kerencaman bidang
dalam displin akademik secara umum dan perlu dilakukan bagi memberikan hasil yang sangat
membanggakan. Pangkalan data BMBI ini juga bukan sahaja dapat memberikan kelebihan
kepada UKM sebagai peneraju dalam penjanaan ilmu, malah ia dapat meletakkan UKM
sebaris dengan universiti terkemuka di dunia yang telah mencapai kejayaan yang tertinggi
dalam usaha mengangkat dan memartabatkan peradaban dan tamadun masing-masing. Semoga
pangkalan data BMBI ini menjadi nadi utama dalam melestarikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu secara global sekaligus membuktikan kepada masyrakat dunia peranan UKM
sebagai pendaulat amanah negara.

RUJUKAN

Ahmad Rizal Mohd Yusof. 2013. Dunia Digital Pengajian Alam Melayu. Kuala Lumpur: UM
Press.
Al-Said, I. (2014, April 6). Library of Alexandria enters digital age. Al-Monitor: pp 12.
Beixin, S. (2002). The Development of Authority Database in National Library of China.
Workshop on Authority Control among Chinese, Korean and Japanese Languages.
Card, S.K., Moran, T.P. & Newell, A. (1983). The Psychology of Human-Computer Interaction.
New Jersey: CRC Press.
Corrado, E.M. & Moulaison, L.H. (2014). Digital Preservation for Libraries, Archives and
Museums. Plymouth: Rowan & Littlefield.
Cox, R.J. (2000). The Failure or Future of American Archival History: A Somewhat Unorthodox
View. Library History Research in America, pp. 141-154.
Furui, Z. (2006). The National Library Of China In Prospect. Journal of East Asian Libraries,
pp. 1-6.
Harris, K.E. & Schur, S.E. (2006). A Brief History of Preservation And Conservation At The
Library Of Congress. Washington: Library of Congress.
Hirtle, P.B. (2006). The History and Current State of Digital Preservation in the United States.
Turner, T.P. Metadata and Digital Collections, hlm. 121-140. Cornell: Cornell University
Press.
Library of Latin Texts. 2009. Centre ‘Traditio Litterarum Occidentalium’. Brepolis Publisher.
Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (2010). Dasar Pendigitalan Koleksi Perpustakaan.
Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia
Mohd Ali Kamaruddin. 2006. Universiti Kebangsaan Malaysa: Sejarah Penubuhan. Bangi:
UKM Press.
Tokranova, D. 2013. Foundations of Human-Computer Interaction. C-Map 1. https://darjaimke.
wordpress.com/2013/02/08/foundations-of-human-computer- interaction-c-map-1/

685
View publication stats

Potrebbero piacerti anche