Documenti di Didattica
Documenti di Professioni
Documenti di Cultura
1.1 Pengerusi Mesyuarat iaitu Encik Adnan bin Mohamad mengucapkan selamat
datang kepada semua ahli Kelab Doktor Muda pada perjumpaan kali yang
pertama ini.
Tindakan : Makluman
1.2 Encik Adnan bin Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada semua
ahli yang hadir pada hari ini di atas kerjasama yang telah diberikan. Beliau
mengharapkan kerjasama daripada semua untuk menjayakan program dan
aktiviti yang bakal dilaksanakan bersama murid setiap kali perjumpaan
kokurikulum nanti.
Tindakan : Makluman
2.1 Perjumpaaan kali pertama ini bertujuan untuk memilih dan melantik ahli
jawatankuasa Kelab Doktor Muda yang baru bagi sesi 2020.
4. Peraturan Kelab
4.1 Encik Adnan bin Mohamad menerangkan serba sedikit tentang peraturan
kelab iaitu :
Kehadiran adalah diwajibkan pada setiap kali perjumpaan
Setiap ahli diwajibkan berpakaian kokurikulum yang lengkap
Setiap murid mestilah mempunyai buku log untuk catatan.
5.1 Encik Adnan bin Mohamad menerangkan serba sedikit tentang aktiviti yang
akan diadakan pada perjumpaan yang seterusnya.
Tindakan :Guru Penasihat
5. Penutup
5.1 Encik Adnan bin Mohamad mengingatkan sekali lagi tentang aktiviti yang
akan diadakan pada minggu berikutnya. Beliau berharap agar semua guru
dapat memberi komitmen yang tinggi terhadap Kelab Doktor Muda.
Disediakan oleh :
…………………………………...
(NURUL AFZANI BINTI ISMAIL)
Setiausaha,
Kelab Doktor Muda,
SK Sungai Nibong.