Sei sulla pagina 1di 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA

71200 RANTAU
NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA
PWTC DAN PETROSAINS

ANJURAN :
PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN UNIT KAUNSELING
DENGAN KERJASAMA PANITIA SAINS SEKOLAH
KEBANGSAAN SEGA

TARIKH : 02 APRIL 2019


HARI : SELASA
SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA, 71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN
KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE PESTA BUKU PWTC DAN PETROSAINS KLCC
ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN UNIT KAUNSELING DENGAN KERJASAMA
PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA TAHUN 2019

1.0 Pengenalan

Program lawatan sambil belajar merupakan aktiviti di hujung


m i n g g u y a n g memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti
sekolah. Program ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan
pegawas Pusat Sumber Tahun 4, 5, dan Murid tahun 6 Cemerlang. Aktiviti lawatan
ini juga termasuk dalam perancangan aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah,
Panitia Sains dan Pengawas PSS 2019. Suasana pembelajaran dan proses
mendapatkan ilmu bermanfaat tidak terhad di dalam kelas semata-mata sahaja.
Sehubungan dengan itu, untuk proses pembelajaran yang lebih luas dan
menyeluruh, Pesta Buku Antarabangsa PWTC dan Petrosains KLCC telah dipilih.

2.0 Matlamat

Matlamat program ini dapat melahirkan pelajar SK Sega yang cemerlang dalam
pencapaian akademik dan gemilang dalam kegiatan kurikulum.

3.0 Objektif

3.1 Menjanakan kecemerlangan akademik dan kokurikulum


3.2 Memberikan pengetahuan baru kepada kumpulan sasaran berkaitan sains
dan teknologi.
3.3 Melahirkan pelajar yang bermaklumat dalam menghadapi apa jua masalah
yang datang dalam kehidupan rutin.
3.4 Mewujudkan perkongsian pintar antara aktiviti akademik dengan aktiviti
kokurikulum.
3.5 Mengisi waktu senggang dengan cara yang berfaedah.

4.0 Sasaran ( Peserta)

4.1 Bilangan
44 orang ( 40 pelajar + 4 guru )

4.2 Tahun/Kelas
Seramai 40 orang pelajar yang terdiri pelajar Tahun 4, 5 dan 6 SK Sega.

4.3 Ahli/Terbuka
Terbuka kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah, ahli Persatuan Matematik
dan Sains juga murid Tahun 6 Cemerlang.
5.0 Tarikh, Hari dan Masa

Program ini dilaksanakan pada 02 APRIL 2019 (hari SELASA) dan dijangka
rombongan ini akan bertolak dari SK Sega pada pukul 7.30 pagi dan dijangka
kembali semula ke Rantau, Negeri Sembilan pada pukul 6.30 petang.

6.0 Tempat

6.1 Pesta Buku Antarabangsa, PWTC Kuala Lumpur


6.2 Petrosains, Suria KLCC, Kuala Lumpur

7.0 Pengangkutan

7.1 Jenis : Bas Sekolah


7.2 Bilangan : 1 buah

8.0 AJK Tindakan

8.1 Penyelaras Lawatan : ROZASIMA BINTI RAZALI


8.2 Pengurus Peserta : NORAZILA BINTI MUHAMAD
(Guru Perpustaaan dan Media)
8.3 Dokumentasi dan Jurugambar : SITI FATIMAH BINTI KASMAN
(Guru ICT)
8.4 Makanan dan Keselamatan : JUNAIDAH BINTI KAMARUDIN
(Ketua Panitia Sains)

9.0 Atur Cara/Jadual

7.30 pagi Bertolak dari SK Sega, Rantau.


9.30 pagi Lawatan Pesta Buku Antarabangsa, PWTC
1.00 ptg Bertolak ke Petrosains, Suria KLCC
2.00 ptg Lawatan Petrosains, Suria KLCC
4.30 ptg Bertolak balik ke Rantau, Negeri Sembilan
6.30 ptg Tiba di SK Sega, Rantau, Negeri Sembilan.

10.0 Anggaran Perbelanjaan

Pengangkutan RM 800.00
Yuran Masuk Akuaria, KLCC RM 800.00
Makanan RM 600.00
JUMLAH RM 2200.00

11.0 Kekurangan RM 2200.00


12.0 Harapan/Penutup

Permohonan ini diharapkan dapat dipertimbangkan dan diluluskan kerana ianya


dapat menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti luar bilik darjah.

Disediakan oleh:- Disahkan oleh:-

........................................................ .........................................................................
(ROZASIMA BINTI RAZALI) (FARIDAH HANUM BINTI HARON)
Penyelaras Lawatan GPK Kurikulum
Tarikh : Tarikh :

Diluluskan oleh:-

………................................................................
(EN. MAT NORDIN BIN MUSTAFA)
Guru Besar
SK Sega, Rantau.
Tarikh :