Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH KEBANGSAAN CATOR AVENUE IPOH

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN DAN KEDAI BUKU

KALI KETIGA TAHUN 2019

Tarikh : 5 OGOS 2019

Masa : 1.30 petang

Tempat : BILIK GERAKAN

Pengerusi : EN. AMIRZAIDI BIN JUBAIDI (PK Hal Ehwal Murid )

Kehadiran(Bilangan) :
1. Pn. Syamsinar Bt. Mohd Hashim
2. En. Tewarajoo a/l Ramasamy
3. En. Mohd Razif B. Md. Nor
4. En. Norhisyam B. Kamaruzaman
5. En. Ahmad Yani Bin Yunus
6. Pn. Rohana Bt. Noordin

1 PERUTUSAN PENGERUSI ( EN. AMIRZAIDI BIN JUBAIDI )


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir dalam mesyuarat unit JK Kantin dan Kedai Buku kali ke-3 bagi tahun 2019.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih serta mengharapkan kerjasama
daripada semua guru dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadangkan untuk disahkan oleh En. Tewarajoo a/l Ramasamy


Disokong untuk pengesahan oleh En. Mohd Razif B. Md. Nor

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Meminta pengusaha kantin membersihkan lantai di mop dua kali sehari
dengan peluntur dengan pencuci lantai.
Tindakan ; Pengusaha kantin
3.2 Pengusaha kedai buku didapati telah memastikan tidak menjual alat tulis
yang berbentuk seperti permainan kanak-kanak. Alat tulis yang dijual
tidak lari dari fungsi asal. Seperti sedia maklum permainan kanak-kanak
adalah dilarang dijual di kedai buku.
Tindakan ; Pengusaha kedai buku

4 AGENDA MESYUARAT

4.1 KECERIAAN KANTIN

4.1.1 Keceriaan kantin perlu ditingkatkan kerana sudah banyak tahun berlalu,
namun masih tiada perubahan.
4.1.2 Bahan bacaan perlu ditambah dan ditempatkan ditempat yang sesuai.
4.1.3 Papan info dikantin perlu ditukar latarbelakangnya supaya tidak nampak
terlalu usang.
Tindakan: JK guru

4.2 TEMPOH PERKHIDMATAN KEDAI BUKU

4.2.1. Tempoh perkhidmatan kedai buku yang sedia ada adalah selama dua
tahun dan akan berakhir pada 30 November 2019. Pihak kedai buku
iaitu Syarikat Bright & Noble Bookstore telah menghantar surat
permohonan kepada pihak sekolah bertarikh 15 Jun 2019 untuk
melanjut perkhidmatan selama 11 bulan lagi.
4.2.2. Jawatankuasa Kantin dan Kedai Buku dalam mesyuarat kali ini telah
memutuskan bersetuju bahawa Syarikat Bright & Noble Bookstore
boleh meneruskan tempoh penyewaan dan pengurusan kedai buku
selama 11 bulan mulai 1 Januari 2020 hingga 30 November 2020.
4.2.3. Persetujuan ini dibuat berdasarkan pergurusan yang cemerlang dan
hubungan yang baik dengan murid,ibubapa dan guru di sekolah ini.
Pihak sekolah juga menyokong penuh atas perlanjutan ini atas usaha
pihak syarikat membuat penambahbaikan yang pantas atas teguran
yang dibuat.
Tindakan: PK Hem
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pihak sekolah juga mendapati perlu penambahbaikan untuk pengusaha


kantin antaranya :-
5.1.1 Pihak pengusaha kantin hendaklah mempelbagaikan menu dengan
menu yang berbeza dalam setiap minggu kepada murid.
5.1.2 Makanan dan lauk pauk yang disediakan hendaklah mencukupi untuk
guru, kerana kadangkala guru kehabisan makanan untuk makan
semasa waktu rehat. Ini adalah disebabkan ada guru yang hendak
membungkus makanan.
5.1.3 Pihak pengusaha kantin juga perlu menyediakan duit kecil untuk
pemulangan duit baki bayaran.

5.2 Menu guru kurang menarik dan tidak istimewa. PK Hem mencadangkan
pihak kantin memasak menu istimewa pada hari-hari tertentu dalam satu
minggu.

Tindakan : Pengusaha Kantin


PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Dicatat oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… .................................………
( PN. SYAMSINAR BT. MOHD HASHIM) ( EN. AMIRZAIDI BIN JUBAIDI )
Setiausaha JK Kantin & Kedai Buku, Guru Penolong Kanan HEM,
SK Cator Avenue SK Cator Avenue
Ipoh Perak Ipoh Perak

Tarikh : 19 OGOS 2019 Tarikh : 19 OGOS 2019

Potrebbero piacerti anche