Sei sulla pagina 1di 4

Mesyuarat yang akan dibuat biasanya mesyuarat setiap unit, Pentadbiran, Hal Ehwal Murid,

Kokurikulum, Panitia dan beberapa unit lain yang penting.


Di sini dikongsikan hasil tulisan Sisc Azura beberapa perkara penting yang boleh dibincangkan
dalam mesyuarat panitia.

1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA


Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras
mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.

BIL NAMA GURU KELAS


1 NOR FAIEZA BINTI MOHD FAZLI 6 ZUHAL
5 MUSYTARI
4 MUSYTARI
2 BAMAVATHY A/P MARIMUTHU

3 RANISWARY A/P NARASUMAN

4 AZURA BINTI ABDUL AZIZ

2. AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA


Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu
membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping pemakluman
tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan
kegunaan semua ahli panitia.

BIL SENARAI KEPERLUAN KUANTITI

3. PASCANILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PT3/PPSR


Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3/UPSR perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk
makluman dan tindakan semua ahli.

4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA


Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang
dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada
perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop
latihan/program.

5. PENGGUBALAN RPT
Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu
dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah.
Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.

6. FAIL/BUKU REKOD MENGAJAR


Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu dibincangkan
dalam Panitia.

7. PENULISAN RPH
Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam
mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa.

8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN


Jumlah buku latihan perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi
tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama.

BIL TAHUN BIL BUKU TULIS TAJUK


1 TAHUN 1
2 TAHUN 2
3 TAHUN 3
4 TAHUN 4
5 TAHUN 5
6 TAHUN 6

9. AGIHAN LATIHAN
Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah
latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu
mempunyai 12 latihan penulisan.

BIL TAHUN JENIS LATIHAN BILANGAN


10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN
– Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan latihan
murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat pertama dan
kedua setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.
– Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat
jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia.

11. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN


Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan dan skop
soalan serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan dalam
mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama.

BIL UJIAN / NAMA GURU TAHUN KERTAS


PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN
1 UJIAN BULAN MAC TAHUN 5 KERTAS 1
KERTAS 2
TAHUN 6 KERTAS 1
KERTAS 2
2 PPT TAHUN 5 KERTAS 1
KERTAS 2
TAHUN 6 KERTAS 1
KERTAS 2
3 PAT TAHUN 5 KERTAS 1
KERTAS 2
TAHUN 6 KERTAS 1
KERTAS 2
12. PENCERAPAN
Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli
panitia.

13. ULBS/PBS
Gerak kerja (prosedur) untuk ULBS dan PBS mesti dibincangkan untuk makluman semua ahli.
Borang yang digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.

14. PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA


Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap ahli panitia.

* Perkara lain yang dirasakan sesuai boleh dibincangkan dalam mesyuarat panitia pertama.
Semua ini dikongsikan semasa TAKLIMAT PENYELARASAN PANITIA BAHASA MELAYU WILAYAH
KERAMAT TAHUN 2019 yang berlangsung pada 19 November 2018, BILIK MESYUARAT SERI
KERAMAT PPWK.
CREDIT TO: SISC AZURA

Potrebbero piacerti anche