Sei sulla pagina 1di 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) LADANG

BATAK RABIT

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PEMILIHAN LAYAK TAHUN 2 HINGGA 6 (2020)
BILANGAN 1/2020

TARIKH : 6 November 2019


HARI : Rabu
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana dapat
meluangkan masa untuk menjayakan mesyuarat RMT yang pertama.
1.2. Pengerusi menyatakan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan untuk menubuhkan
jawatankuasa dan membuat pemilihan murid-murid Tahun 2 hingga 6 yang layak diberi
RMT bagi tahun 2020.
Tindakan : Makluman

2. Penubuhan/lantikan Jawatankuasa Bantuan Murid/RMT


2.1. Jawatankuasa yang bertujuan untuk membantu melaksanakan dan melancarkan program
RMT dan Perlaksanaan Menu susu dalam Rancangan Makanan tambahan di sekolah
telah ditubuhkan dan adalah seperti berikut :

Pengerusi : En.V.Arumugam (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Pn.Anbalagi (PK HEM)
Setiausaha : Puan.M.Badmani(Penyelaras RMT)

AJK : PT Kewangan
: Penyelaras Tahun 1-6

Tindakan : Makluman
3. Pelaksanaan dan Pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

3.1. Dasar Pemberian Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berikutan Surat Perkeliling
Kewangan Bilangan 2 2016 KPMSP.100-1/7/1 Jld4(94) bertarikh 14 Oktober 2016
3.2. Syarat-syarat Permohonan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah Murid
warganegara Malaysia dari Tahun 2 hingga Tahun 6 di sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan.
3.3. Pendapatan Ketua isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK)
Nasional RM580/RM140. Diperakui oleh JKBM dan dikemaskini dalam Aplikasi
Pengkalan Data Murid (APDM).
Tindakan : Makluman

4. Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Tahun 2020.
4.1. Pelaksanaan ini merujuk kepada surat Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM.100-
1/7/1 Jld.9 (78) bertarikh 16 April 2019.
4.2. Program telah bermula sejak 10 Jun 2019 hingga 31 Oktober 2019 dan masih akan
disambung pada tahun ini tetapi tidak mempunyai sebarang surat tarikh akan dimulakan
bagi tahun 2020.
4.3. PK HEM menyatakan beberapa prosedur untuk menyediakan pesanan bagi menu susu
dan fail yang harus dirujuk kepada Guru RMT baru dan guru kelas tugas mereka untuk
menghantar murid untuk pemberian susu.
Tindakan : Guru RMT/SUSU dan Guru Kelas

5. Pemilihan Murid-murid yang layak mendapat Bantuan Rancangan Makanan


Tambahan (RMT).

5.1. Dengan merujuk kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang telah
dikemaskini. Berikut disertakan murid-murid yang layak menerima RMT 2020.

KELAS MURID LAYAK JUMLAH MURID


Tahun 2 2 orang 17 orang
Tahun 3 8 orang 21 orang
Tahun 4 5 orang 16 orang
Tahun 5 10 orang 26 orang
Tahun 6 4 orang 28 orang

5.2. Program RMT sekolah bermula pada 2 Januari 2020. Murid yang terlibat adalah
daripada tahun 2 hingga tahun 6.
Tanggungjawab jawatankuasa RMT.
a) Borang KP/RMT/A
b) Maklumat murid di dalam borang perlu dilengkapkan.
c) Timbang berat murid di awal tahun hendaklah direkodkan.

Tindakan guru kelas


a) Borang KP/RMT/
b) Kehadiran murid hendaklah direkodkan.
c) Pada akhir bulan hendaklah direkodkan jumlah kehadiran murid yang menyertai
RMT
d) Rekod kehadiran RMT mestilah bersama dengan buku rekod kehadiran murid
bagi memudahkan guru mencatat kehadiran murid.

Tindakan : Guru Kelas

6. Laporan kewangan RMT/ bekalan susu


6.1. Kewangan RMT/ bekalan susu semasa dibentangkan oleh PT sekolah, dimana beliau
menyatakan kewangan RMT mencukupi sehingga akhir persekolahan tahun semasa dan
jumlah baki sebanyak----------. Semua baki akan dibawa ke Tahun hadapan.
Tindakan : Makluman

7. Penyeliaan RMT/ Pelaksanaan bekalan susu


7.1. Guru bertugas mingguan hendaklah mencatat/ membuat laporan harian di dalam buku
pemantauan dan membuat catatan mengenai pemberian susu dan keadaan kotak susu
dalam ruang catatan.
7.2. Guru bertugas boleh menegur pihak pengusaha makanan jika kualiti makanan yang
dibekalkan tidak memuaskan.
7.3. Guru bertugas mingguan hendaklah mencatat/ membuat laporan harian di dalam buku
pemantauan.
7.4. Guru bertugas boleh menegur pihak pengusaha makanan jika kualiti makanan yang
dibekalkan tidak memuaskan

Tindakan : Guru Bertugas mingguan

8. Pelantikan pengusaha/pembekal makanan RMT dan pemilihan menu RMT


8.1. Guru Besar menyatakan bahawa mungkin ada pertukaran dalam pengusaha kantin dan
Pengusaha Kantin baru akan dipilih semula dengan perbincangan petender yang sedia
ada 2019
Tindakan : Makluman
9. Hal-hal lain
9.1. Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat bekerjasama dalam melancarkan
program RMT/bekalan susu sekolah.
9.2. Penubuhan jawatankuasa baru RMT bagi tahun 2020 mengikut cadangan(seperti di
dalam lampiran) .
9.3. Guru bertugas perlu memastikan makanan yang dibekalkan berkhasiat dan segar.
9.4. Perubahan menu mengikut kesesuaian dan selera murid-murid.
9.5. Bekalan susu harus diedarkan seperti jadual yang disediakan oleh puhak KPM yang akan
diedarkan nanti.
Tindakan : Makluman

10. Ucapan Penangguhan


10.1. Tuan Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
sokongan dan pandangan yang membina daripada semua AJK.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 Petang.

Disediakan oleh,

(PN.M.BADMANI)
SETIAUSAHA RMT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SJK(T) LADANG BATAK RABIT
KM1, Jalan Kampung Banjar,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan. Telefon : 05 – 621 0109
Kod Sekolah : ABD5113 Email : ABD5113@moe.edu.my

Tarikh: 5.11.2019

Kepada,

AHLI JAWATANKUASA BANTUAN MURID RMT/ BEKALAN SUSU 2020

Tuan / Puan / Encik / Cik

MESYUARAT PEMILIHAN MURID TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6 RMT BAGI TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk tindakan.

2. Dimaklumkan bahawa mesyuarat yang dinyatakan di atas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 6.11.2019

Masa : 2.00 tengah hari

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

3. Agenda mesyuarat:

3.1. Ucapan pengerusi


3.2. Penubuhan / Lantikan Jawatankuasa Bantuan Murid RMT
3.3. Pelaksanaan dan Pengurusan Rancangan Makanan Tambahan
3.4. Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Tahun 2020.
3.5. Pemilihan Murid-murid yang layak mendapat Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
3.6. Laporan Kewangan RMT
3.7. Penyeliaan RMT/ Pelaksanaan bekalan susu
3.8. Perlantikan pengusaha/ pembekal makanan
3.9. Hal-hal lain
3.10. Ucapan Penangguhan

4. Kehadiran dan kerjasama Tuan / Puan / Encik / Cik sangat diharapkan dan didahului dengan terima
kasih.

Sekian, dimaklumkan.

Saya yang menurut perintah,

________________________
(Pn.M.Badmani)
Guru RMT Sekolah
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SJK(T) LADANG BATAK RABIT
KM1, Jalan Kampung Banjar,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan. Telefon : 05 – 621 0109
Kod Sekolah : ABD5113 Email : ABD5113@moe.edu.my

BORANG KEHADIRAN MESYUARAT


NO NAMA T/T PERKARA/PERIHAL
1. EN.ARUMUGAM A/L VELOO
(GURU BESAR) PERHATIAN KEPADA SEMUA:
2. PN.KOGILAVANI A/P KUMARASAMY AHLI JAWATANKUASA BANTUAN
MURID(RMT)/PELAKSANA BEKALAN
(GURU KANAN) SUSU
3. PN.ANBALAGI A/P SELLAPAN
(GURU HEM) PERKARA:
4. EN.THAMIL SELVAN
(GURU KOKU) MESYUARAT PEMILIHAN MURID
LAYAK RMT 2020
5. EN.RADHAKRISHNAN A/L KANDATH
KUMARAN Tarikh : 6 November 2020
6. PN.VISHTNU KALA A/P SUBRAMANIAM Masa : 2.00 Petang
Tempat : Pusat Sumber
7. PN.VASANTHA Sekian, terima Kasih.

8. PN.SARASWATHY A/P ANNAMALAY “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

9. PN.BADMANI A/P MURUGAN


Saya yang menurut perintah,

10. PN.BAVANI
___________________________
11. EN.VILVANATHAN (PN.M.BADMANI)

12. PN.NOOR FAIEZAH BT ABDUL RAHIN

13. PN.NAGESWARY A/P VELAUTHAM

Potrebbero piacerti anche