Sei sulla pagina 1di 7

SK HUTAN PERCHA

78000 ALOR GAJAH, MELAKA.

TARIKH :

19 OKTOBER 2018
SK HUTAN PERCHA, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA.

KERTAS CADANGAN HARI KANAK-KANAK SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959,
setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan
meminta semua Negara meraikannya setiap tahun sebagai“ Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia
dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak ”. Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang
menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan
keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah
turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun. Pada tahun ini, pihak sekolah
meraikan murid-murid bersama aktiviti yang dilaksanakan.

2. RASIONAL

Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran


kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan
perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

3. OBJEKTIF

Objektif utama diadakan program ini :

3.1 Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan menghiburkan
mereka dengan beberapa aktiviti yang dirancang.
3.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan
kanak-kanak.
3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa,
sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
3.5 Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
3.6 Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji, cemerlang, berbakat serta
berwibawa.

4. KUMPULAN SASARAN
Aktiviti –aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan melibatkan :-

4.1 Semua murid- murid, guru,staf sokongan dan pekerja SK Hutan Percha

5. TARIKH PERLAKSANAAN

5.1 : Tarikh aktiviti : 19 Oktober 2018 (Jumaat)

Tempoh aktiviti adalah selama satu hari.

6. STRATEGI PELAKSANAAN

Dijalankan di Dewan SK Hutan Percha bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.05 tengahari.

7. AHLI JAWATANKUASA HARI KANAK-KANAK

7.1 JAWATANKUASA INDUK HARI KANAK-KANAK TAHUN 2018


Pengerusi : Pn. Hjh. Shamsinah bt Jamil (Guru Besar SK Hutan Percha)
Timbalan Pengerusi : En. Khairuzzami bin Osman (GPK HEM)
Naib-Naib Pengerusi : En. Azmi bin Abdul Aziz (GPK 1)
En. Nor Afandi bin Safar (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Norhafiza bt Hanapi
Bendahari : Pn. Noor Hazulizan bt Anuar
Ahli Jawatankuasa :
1. Semua guru SK Hutan Percha
2. Semua Staf sokongan
3. Semua pekerja

8. JAWATANKUASA KECIL DAN JADUAL PELAKSANAAN

Buku Program Pengacara Majlis :

Pn. Norain bt Arbain Guru Bertugas


En. Mohd. Nasir b. Karim
- Mengacarakan majlis
- Menyediakan buku program - Memastikan perjalanan majlis lancar
- Mengedarkan kepada guru-guru
Jurukamera /Dokumentasi : Hadiah

Pn. Norhafiza binti Hanapi Pn. Suzana binti Sulaiman


- Merakamkan peristiwa kejadian. Pn. Mahpuzah binti Mohamed
- Menyediakan laporan.
Disiplin & Keselamatan Sepanjang Hari Kanak-Kanak & Siaraya :
Majlis Perpisahan
En. Syahid b. Sukor
En. Sahri b. Hasan En. Noor Mohd. Azam b. Mohd. Yunus
Pn. Rosmah bt. Mohd. Yusof ←
Semua guru/ staf sokongan - Menyediakan peralatan siaraya.
- Peralatan siaraya perlu disediakan sebelum
- Guru-guru yang lain berada antara murid-murid pukul 8.00 pagi.
untuk memastikan keselamatan dan disiplin - Memastikan peralatan berfungsi.
murid terkawal.

Penyediaan Makanan Minuman Guru/ Murid : Persediaan Tempat/Tirai Latar/Banting :

Pn. Kamaliah bt Ahmad En. Mohd Hakimi bin Hj Abd Rahman


Pn. Zuraily bt Md Zain Ustaz Ramley bin Jamaludin
Pn. Norzita bt. Ibrahim Pn. Rashidah binti Manap
- Menyediakan air minuman untuk guru dan murid. En. Jani bin Daim
Murid-murid Tahun 6

Persembahan Kalam Jamaie Istimewa Koordinator Pertandingan Nyanyian Solo

Pn. Rabiatul Adawiyah bt Ghazali Pn. Masliha bt. Mohd. Nor


Pn. Suhailah bt Md. Zain Pn. Maisurah bt Md Rahim

- Menyediakan murid bagi pertandingan.


- Menyusun murid semasa pertandingan.

Hakim Pertandingan

En. Mustaffa bin Muhamad


En. Sahri bin Hasan
En. Mohamad Yurman bin Mohmad Noor

9. TENTATIF PROGRAM HARI KANAK-KANAK & MAJLIS LAMBAIAN KASIH “SESAAT BERSAMA,
SEABAD TERASA”

9.1 : Pelaksanaan :
Tarikh : 19 Oktober 2018
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 12.05 tengahari
Tempat : Dewan SKHP

9.2 : Atur cara :

7.30 pagi : Semua guru dan murid terlibat dalam bacaan Yasin di Dewan SKHP

8.00 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis.

8.05 pagi : Ucapan Perpisahan dan Perasmian Hari Kanak-kanak oleh

Pn. Hjh. Shamsinah bt Jamil (Guru Besar SK Hutan Percha)

8.20 pagi : Ucapan yang diraikan

Pn. Hjh. Norlaila bt jamal (Mantan GPK HEM SK Hutan Percha)

8.35 pagi : Persembahan Kalam Jamaie Istimewa Untuk Yang Diraikan

8.40 pagi : Penyampaian Hadiah Untuk Yang Diraikan

9.00 pagi : Pertandingan Nyanyian Solo dimulakan.

10.15 pagi: Rehat

10.35 pagi : Aktiviti bersama En. Abdullah Khabir (Badut Jemputan)

11.45pagi : Majlis Penyampaian Hadiah Nyanyian Solo

12.05 tgh : Majlis Bersurai

10. ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH


1. Pertandingan Nyanyian Solo:
Johan RM15.00 RM 39.00
Naib Johan RM 10.00
Tempat Ke-3 RM 8.00
Tempat Ke-4 RM 6.00

2. Pertandingan Bicara Berirama:


Johan RM50.00 RM 140.00
Naib Johan RM 40.00
Tempat Ke-3 RM 30.00
Tempat Ke-4 RM20.00

3. Makanan & minuman murid RM 5.00 x 152 orang RM 760.00

4. Gegantung sambutan RM80 RM 80.00

JUMLAH BESAR RM 1019

11. SUMBER KEWANGAN

11.1 : BKK- Bantuan Kokurikulum


11.2 : PIBG

12. PENUTUP
Diharapkan aktiviti Program Hari Kanak-kanak ini akan dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan program seperti ini
akan dapat diteruskan. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan
memberi manfaat sepenuhnya kepada warga Sekolah Kebangsaan Hutan Percha.

Disediakan oleh,

……………………………..........…...........

(PN. NORHAFIZA BT HANAPI)

SETIAUSAHA HEM

SK HUTAN PERCHA

Disahkan oleh, .

………………………………………...

(PN. HJH. SHAMSINAH BT JAMIL)

GURU BESAR

SK HUTAN PERCHA

Potrebbero piacerti anche