Sei sulla pagina 1di 2

SEKOLAH KEBANGSAAN UNICO DESA

Peti Surat 62427


91128 Lahad Datu

Tel / Fax : 089-880832


Ruj. Kami : XBA 3150/800/10( )
Ruj. Tuan :
Tarikh : 18 Oktober 2019
Kepada:

Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN MENYERTAI PERTANDINGAN HOKI PSKPPS


PERINGKAT NEGERI SABAH BAGI PASUKAN HOKI PSKPPS DAERAH LAHAD DATU

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa PSKPPS Daerah Lahad Datu akan menyertai Pertandingan Hoki
PSKPPS Peringkat Negeri Sabah yang akan di adakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 28 Oktober 2019 – 1 November 2019


Tempat : Stadium Hoki, Kompleks Sukan Sandakan

03. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak puan kiranya dapat menghulurkan
bantuan/sumbangan ikhlas agar pasukan Hoki PSKPPS Daerah Lahad Datu dapat menyertai pertandingan
tersebut. Dengan ini dilampirkan kertas kerja untuk menyertai Pertandingan Hoki PSKPPS Peringkat Negeri
Sabah sebagai rujukan pihak puan.

04. Kerjasama daripada pihak puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah.

RAZAK BIN MINLUNG


Guru Besar,
SK. Unico Desa,
merangkap Pengurus Pasukan Hoki,
PSKPPS Daerah Lahad Datu.

s.k -Fail

Potrebbero piacerti anche