Sei sulla pagina 1di 9

Jubin anak Tila,

Pengerusi JKK Kampung,


Sungai Semuntie,
Pedanum,
96510 Pakan.
___________________________________________________________________________

Pegawai Pengurus,
Jabatan Bekalan Air Luar bandar Sarikei,
Tingkat 2, Meranti Office,
Jalan Meranti,
96100 Sarikei, 15 Oktober 2019

Tuan,

PERMOHONAN PENYAMBUNGAN BEKALAN AIR BERSIH TERAWAT


Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara di atas, saya Jubin anak Tila selaku ketua kampung Sungai
Semuntie, Pedanum, Pakan ingin membuat permohonan penyambungan baru bekalan air paip
terawat ke kampung kami. Permohonan ini dibuat memandangkan sambungan terdekat dari
paip utama di Rumah Budom, Tubai Buah hanyalah beberapa kilometer sahaja.

3. Untuk makluman pihak Tuan juga, gangguan bekalan air yang berlaku sejak sekian
lama telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk kampung ini. Antara masalah
tersebut ialah kesukaran untuk mendapatkan air bersih bagi kegunaan harian seperti mandi,
membasuh, memasak dan banyak lagi urusan harian yang lain. Bekalan air tidak dirawat yang
disalirkan dari empangan kecil yang dibina sendiri oleh penduduk kampung sejak 20 tahun
lebih tidak dapat menampung jumlah penduduk kampung yang semakin bertambah.

4. Oleh sebab kesukaran mendapatkan air bersih dan faktor empangan mini yang akan
kering sewaktu musim panas, penduduk kampung ini terpaksa menggunakan sumber air
alternatif yang tidak dirawat seperti air sungai dan air hujan untuk dijadikan air minuman dan
pelbagai urusan harian yang lain. Selain menyusahkan mereka, punca-punca air ini juga tidak
terjamin daripada segi kesihatan. Ini kerana lokasi kampung ini yang berhampiran dengan
kawasan pertanian yang boleh menyebabkan pencemaran air berlaku.

4. Sejak akhir-akhir ini, penduduk kampung seringkali mengeluh kerana terpaksa


mengangkut air dari sungai dan pelbagai penyakit telah menyerang mereka kerana keletihan
dan faktor air sungai yang mungkin tercemar. Antara penyakit tersebut ialah muntah dan sakit
perut, sakit lutut dan badan. Saya bimbang keadaan ini berpunca akibat keletihan melampau
dan penggunaan air yang telah tercemar oleh sisa pertanian.

Saya sebagai wakil penduduk kampung ini amatlah berharap agar pihak tuan mengambil
tindakan segera untuk mengatasi masalah yang dikemukakan ini. Kerjasama daripada pihak
tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...................................
( JUBIN ANAK TILA )
Pengerusi JKK Kampung,
Sungai Semuntie,
Pedanum, 96510 Pakan.

Sk :
Ahli Parlimen P209 Julau
Ahli DUN N.47 Pakan
Pegawai Daerah Pakan
Jubin anak Tila,
Pengerusi JKK Kampung,
Sungai Semuntie,
Pedanum,
96510 Pakan.
___________________________________________________________________________

Seroji Bin Ludin


Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah Pakan,
96510 Pakan,
Sarikei. 15 Oktober 2019

Tuan,

PERMOHONAN SOKONGAN PENUH BAGI PENYAMBUNGAN BEKALAN AIR


BERSIH TERAWAT
Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara di atas, saya Jubin anak Tila selaku ketua kampung Sungai
Semuntie, Pedanum, Pakan ingin memohon sokongan penuh Tuan bagi permohonan
penyambungan baru bekalan air paip terawat ke kampung kami. Permohonan ini dibuat
memandangkan sambungan terdekat dari paip utama di Rumah Budom, Tubai Buah hanyalah
beberapa kilometer sahaja.

3. Untuk makluman pihak Tuan juga, gangguan bekalan air yang berlaku sejak sekian
lama telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk kampung ini. Antara masalah
tersebut ialah kesukaran untuk mendapatkan air bersih bagi kegunaan harian seperti mandi,
membasuh, memasak dan banyak lagi urusan harian yang lain. Bekalan air tidak dirawat yang
disalirkan dari empangan kecil yang dibina sendiri oleh penduduk kampung sejak 20 tahun
lebih tidak dapat menampung jumlah penduduk kampung yang semakin bertambah.

4. Oleh sebab kesukaran mendapatkan air bersih dan faktor empangan mini yang akan
kering sewaktu musim panas, penduduk kampung ini terpaksa menggunakan sumber air
alternatif yang tidak dirawat seperti air sungai dan air hujan untuk dijadikan air minuman dan
pelbagai urusan harian yang lain. Selain menyusahkan mereka, punca-punca air ini juga tidak
terjamin daripada segi kesihatan. Ini kerana lokasi kampung ini yang berhampiran dengan
kawasan pertanian yang boleh menyebabkan pencemaran air berlaku.

4. Sejak akhir-akhir ini, penduduk kampung seringkali mengeluh kerana terpaksa


mengangkut air dari sungai dan pelbagai penyakit telah menyerang mereka kerana keletihan
dan faktor air sungai yang mungkin tercemar. Antara penyakit tersebut ialah muntah dan sakit
perut, sakit lutut dan badan. Saya bimbang keadaan ini berpunca akibat keletihan melampau
dan penggunaan air yang telah tercemar oleh sisa pertanian.

Saya sebagai wakil penduduk kampung ini amatlah berharap agar pihak tuan dapat memberi
sokongan penuh untuk mengatasi masalah yang dikemukakan ini. Kerjasama daripada pihak
tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...................................
( JUBIN ANAK TILA )
Pengerusi JKK Kampung,
Sungai Semuntie,
Pedanum, 96510 Pakan.

Sk :
Ahli Parlimen P209 Julau
Ahli DUN N.47 Pakan
Pegawai Daerah Pakan
Jubin anak Tila,
Pengerusi JKK Kampung,
Sungai Semuntie,
Pedanum,
96510 Pakan.
___________________________________________________________________________

Yang Berhormat,
Tuan Larry Sng Wei Shien,
Ahli Parlimen P.209 Julau,
Lot. No. 2 New Pakan Bazaar,
1st Floor, Jalan Pakan Bazaar,
96510 Pakan, 15 Oktober 2019

Yang Berhormat,

PERMOHONAN SOKONGAN PENUH BAGI PENYAMBUNGAN BEKALAN AIR


BERSIH TERAWAT
Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara di atas, saya Jubin anak Tila selaku ketua kampung Sungai
Semuntie, Pedanum, Pakan ingin memohon sokongan penuh Yang Berhormat bagi
permohonan penyambungan baru bekalan air paip terawat ke kampung kami. Permohonan
ini dibuat memandangkan sambungan terdekat dari paip utama di Rumah Budom, Tubai
Buah hanyalah beberapa kilometer sahaja.

3. Untuk makluman pihak Yang Berhormat juga, gangguan bekalan air yang berlaku
sejak sekian lama telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk kampung ini. Antara
masalah tersebut ialah kesukaran untuk mendapatkan air bersih bagi kegunaan harian
seperti mandi, membasuh, memasak dan banyak lagi urusan harian yang lain. Bekalan air
tidak dirawat yang disalirkan dari empangan kecil yang dibina sendiri oleh penduduk
kampung sejak 20 tahun lebih tidak dapat menampung jumlah penduduk kampung yang
semakin bertambah.
4. Oleh sebab kesukaran mendapatkan air bersih dan faktor empangan mini yang akan
kering sewaktu musim panas, penduduk kampung ini terpaksa menggunakan sumber air
alternatif yang tidak dirawat seperti air sungai dan air hujan untuk dijadikan air minuman dan
pelbagai urusan harian yang lain. Selain menyusahkan mereka, punca-punca air ini juga tidak
terjamin daripada segi kesihatan. Ini kerana lokasi kampung ini yang berhampiran dengan
kawasan pertanian yang boleh menyebabkan pencemaran air berlaku.

4. Sejak akhir-akhir ini, penduduk kampung seringkali mengeluh kerana terpaksa


mengangkut air dari sungai dan pelbagai penyakit telah menyerang mereka kerana keletihan
dan faktor air sungai yang mungkin tercemar. Antara penyakit tersebut ialah muntah dan sakit
perut, sakit lutut dan badan. Saya bimbang keadaan ini berpunca akibat keletihan melampau
dan penggunaan air yang telah tercemar oleh sisa pertanian.

Saya sebagai wakil penduduk kampung ini amatlah berharap agar pihak Yang Berhormat
dapat memberi sokongan penuh untuk mengatasi masalah yang dikemukakan ini. Kerjasama
daripada pihak Yang Berhormat kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...................................
( JUBIN ANAK TILA )
Pengerusi JKK Kampung,
Sungai Semuntie,
Pedanum, 96510 Pakan.

Sk :
Ahli Parlimen P209 Julau
Ahli DUN N.47 Pakan
Pegawai Daerah Pakan
Jubin anak Tila,
Pengerusi JKK Kampung,
Sungai Semuntie,
Pedanum,
96510 Pakan.
___________________________________________________________________________

Yang Berhormat,
Tan Sri William Mawan Anak Ikom,
Ahli Dewan Undangan Negeri N.47 Pakan,
Pejabat Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri Sarawak,
Petra Jaya, 93502 Kuching, 15 Oktober 2019

Yang Berhormat Tan Sri,

PERMOHONAN SOKONGAN PENUH BAGI PENYAMBUNGAN BEKALAN AIR


BERSIH TERAWAT
Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara di atas, saya Jubin anak Tila selaku ketua kampung Sungai
Semuntie, Pedanum, Pakan ingin memohon sokongan penuh Yang Berhormat Tan Sri bagi
permohonan penyambungan baru bekalan air paip terawat ke kampung kami. Permohonan
ini dibuat memandangkan sambungan terdekat dari paip utama di Rumah Budom, Tubai
Buah hanyalah beberapa kilometer sahaja.

3. Untuk makluman pihak Yang Berhormat Tan Sri juga, gangguan bekalan air yang
berlaku sejak sekian lama telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk kampung
ini. Antara masalah tersebut ialah kesukaran untuk mendapatkan air bersih bagi kegunaan
harian seperti mandi, membasuh, memasak dan banyak lagi urusan harian yang lain. Bekalan
air tidak dirawat yang disalirkan dari empangan kecil yang dibina sendiri oleh penduduk
kampung sejak 20 tahun lebih tidak dapat menampung jumlah penduduk kampung yang
semakin bertambah.
4. Oleh sebab kesukaran mendapatkan air bersih dan faktor empangan mini yang akan
kering sewaktu musim panas, penduduk kampung ini terpaksa menggunakan sumber air
alternatif yang tidak dirawat seperti air sungai dan air hujan untuk dijadikan air minuman dan
pelbagai urusan harian yang lain. Selain menyusahkan mereka, punca-punca air ini juga tidak
terjamin daripada segi kesihatan. Ini kerana lokasi kampung ini yang berhampiran dengan
kawasan pertanian yang boleh menyebabkan pencemaran air berlaku.

4. Sejak akhir-akhir ini, penduduk kampung seringkali mengeluh kerana terpaksa


mengangkut air dari sungai dan pelbagai penyakit telah menyerang mereka kerana keletihan
dan faktor air sungai yang mungkin tercemar. Antara penyakit tersebut ialah muntah dan sakit
perut, sakit lutut dan badan. Saya bimbang keadaan ini berpunca akibat keletihan melampau
dan penggunaan air yang telah tercemar oleh sisa pertanian.

Saya sebagai wakil penduduk kampung ini amatlah berharap agar pihak Yang Berhormat Tan
Sri dapat memberi sokongan penuh untuk mengatasi masalah yang dikemukakan ini.
Kerjasama daripada pihak Yang Berhormat Tan Sri kami dahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...................................
( JUBIN ANAK TILA )
Pengerusi JKK Kampung,
Sungai Semuntie,
Pedanum, 96510 Pakan.

Sk :
Ahli Parlimen P209
Ahli DUN N.47 Pakan
Pegawai Daerah Pakan