Sei sulla pagina 1di 20

ASSESSMENT COVERSHEET

Attach this coversheet as the cover for your submission. All sections must be completed.

Section A: Submission Details


: Bachelor Of Engineering Technology (Quality Engineering) With
Programme Honours (BIL19/3)
: MPU 3333
Course Code & Name Isu-isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Course Lecturer(s) : Fahrul Irfan bin Ishak
Submission Title : Individual Assignment (Ulasan Buku)
Deadline : Day 20 Month Oct Year 2019 Time 0000
Penalties :  5% will be deducted per day to a maximum of four (4) working days, after which
the submission will not be accepted.
 Plagiarised work is an Academic Offence in University Rules & Regulations
and will be penalised accordingly.

Section B: Academic Integrity

Tick (√) each box below if you agree:


√ I have read and understood the UniKL’s policy on Plagiarism in University Rules & Regulations.
√ This submission is my own, unless indicated with proper referencing.
√ This submission has not been previously submitted or published.
√ This submission follows the requirements stated in the course.

Section C: Submission Receipt


(must be filled in manually)

Office Receipt of Submission

Date & Time of


Student Name(s) Student ID(s)
Submission (stamp)

IZZATI HUSNA BINTI NAZA BADI 57217119193

Student Receipt of Submission

This is your submission receipt, the only accepted evidence that you have submitted your work. After this is
stamped by the appointed staff & filled in, cut along the dotted lines above & retain this for your record.
Date & Time of Submission Student ID(s)
Course Code Submission Title
(stamp) & Signature(s)
MPU3333 INDIVIDUAL 57217119193
ASSIGNMENT

FM/TL/012-R0
PENDAHULUAN

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia
yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.Setiap
orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah
sama.Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada
Allah hendak tambah iman atau hendak uji sejauh mana keimanan diri ini.Dan kerana sesuatu ujian
itulah yang membuka mata hati insan, yang mendidik diri supaya jangan mudah putus asa dalam
kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat
mematangkan seseorang.

Kadang-kadang tertanya-tanya di benak pemikiran, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa


diberi ujian yang berat sebegitu sekali? Sehingga menjadikan insan terlupa pada siapa yang perlu
mengadu segala masalah ini, pada siapa harus minta kembali kekuatan. Betapa lemahnya iman dan
hati ini dalam mengharungi ujian yang Allah telah berikan. Manusia selalu tidak redha dalam
menghadapi ujian yang Allah beri terhadap dirinya. Jika masih menganggap diri ditimpa musibah
yang besar, hendaklah dingati bukan diri sendiri sahaja yang mengalaminya. Mungkin ada sahabat-
sahabat atau saudara seakidah yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau
lebih besar dari diri ini.

Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan
sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu hambaNya kuat dalam
menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri mereka. Di sini dapat dilihat betapa
sayang dan kasihnya Allah kepada hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci
kepada mereka tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada hambanya yang taat dan sabar.

Sebagai pelajar yang menetap di universiti yang penuh dengan pelbagai kemudahan. Hargailah
dan bersyukur lah kerana tak semua orang dapat merasai kenikmatan seperti ini. Malah ada yang
tidak dapat menyambung pelajaran. Sesungguhnya di waktu inilah sudah banyak ujian perlu dilalui
apatah lagi bila sudah melangkah kea lam pekerjaan di mana setiap insan perlu berdikari dan
berusaha mencari jalan sendiri tanpa bantuan kewangan mahupun pembimbing lagi.

i
KATA-KATA ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha


Penyayang, saya Izzati Husna Binti Naza Badi ingin melahirkan rasa syukur kerana telah berjaya
untuk menyempurnakan tugas yang diberikan oleh pensyarah saya, Ustaz Fahrul Irfan Bin Ishak
bagi kursus Isu – Isu Kotemporari Muslim Di Malaysia yang di hantar pada 20 Oktober 2019.

Alhamdullillah, setinggi penghargaan saya panjatkan buat pensyarah kursus ini, Ustaz Fahrul
Irfan yang telah memberi tunjuk ajar dari segi penerangan serta panduan dalam menyiapkan
tugasan ini serta bantuan kepada saya sepanjang melakukan tugasan ini.

Setinggi penghargaan juga buat rakan-rakan saya yang telah banyak membantu terutama ketika
mencari bahan-bahan bagi menyiapkan tugasan ini. Selain itu, ucapan ini untuk kawan-kawan
seperjuangan yang telah banyak memberi idea, sokongan dan dorongan di saat saya buntu .

Sesungguhnya saya berasa amat bersyukur kerana tidak menghadapi sebarang kesulitan
sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Akhir kalam, saya berharap tugasan ini dapat
memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan sekali lagi saya panjatkan rasa syukur dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat. Sekian, terima kasih.

ii
BIODATA PENGULAS

Nama diberi Izzati Husna Binti Naza Badi, Saya dilahirkan pada 4 November 1998 di Hospital
Kuala Lipis, Pahang. Saya merupakan anak jati yang Pahang yang membesar dan dilahirkan
Pahang. Merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Ibu bapa kedua-duanya
merupakan seorang guru di Daerah Kuala Lipis. Saya mempunyai pelbagai jenis minat untuk di
muatkan dalam masa lapang, antaranya seperti membaca novel fiksyen, membaca jurnal politik,
mengembara atau bermain permainan di dalam telefon pintar.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jeram Landak, Kuala Lipis dari umur
7 tahun hinggalah 12 tahun. Pada peringkat menengah pula, saya menyambung di Sekolah
Menengah Agama Al Ittihadiah, Relai, Pahang sehinggalah tingkatan tiga. Di dalam menenngah
atas, saya menyambung pelajaran dalam aliran sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit,
Kuala Lipis. Seterusnya saya menyambung pelajaran pada peringkat diploma di Universiti
Malaysia Perlis, Pauh dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan selama tiga tahun. Dan kini, saya
sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur, Pasir Gudang dalam bidang Ijazah
Kejuruteraan Kualiti.

Saya turut mempunyai visi dan misi dalam kehidupan iaitu untuk berjaya menjadi hamba
Allah yang taat di samping menjadi anak yang solehah. Saya juga berpegang kepada satu
peribahasa inggeris iaitu ‘Just go With the Flow’ yang menjadikan saya kuat dan redha dalam
menghadapi apa jenis masalah dan tekanan dalam kehidupan ini.

iii
KANDUNGAN

PENDAHULUAN .............................................................................................................. I

KATA ALUAN ................................................................................................................. II

BIODATA PENGULAS ................................................................................................. III

ISI KANDUNGAN ............................................................................................................. .

1.0 BIODATA PENULIS ...................................................................................................... 1

2.0 ULASAN BAB ....................................................................................................... 2 - 11

3.0 KOMENTAR DAN PENAMBAH BAIKAN ..................................................................... 12

4.0 KESIMPULAN ........................................................................................................... 13

RUJUKAN ....................................................................................................................... 14

APPENDIKS ................................................................................................................... 15
1.0 BIODATA

Buku ‘Tuhan Sedang Menguji Kita’ ini dikarang oleh Al Fadhil Ustaz Mohamad Kazim Elias Al
Hafiz, yang juga merupakan pengasa dan pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah, Kampung
Mnjol, Ipoh. Merupakan anak jati Perak yang dilahirkan pada 28 November 1972. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tok Sajak, Batu Karau dan kemudian di Sekolah
Kebangsaan Sei Besout, Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak. Pada peringkat menengah pula,
beliau bersekolah di salah sebuah sekolah agama di Batu Karau juga, iaitu Sekolah Agama
Syubbaniah. Setelah berjaya menamatkan pelajaran di peringkat sekolah, beliau menyambun
pelajaran di Maahad Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Masjid Negeri Perak dalam Diploma Tahfiz Al-
Quran.

Ustaz Kazim Elias atau lebih mesra dipanggil UAE ini merupakan salah satu penceramah
yang popular pada masa kini. Sering kali akan dilihat di rancangan-rancangan televisyen dan juga
sitcom-sitkom sebagai cameo. Antara rancangan televisyennya adalah seperti ‘Tanyalah Ustaz’,
‘Kalau dah Jodoh’, ‘Forum Perdana’, dan elbagai lagi. Selain muncul di kaca-kaca televisyen,
beliau juga sering di panggil untuk berceramah di masijid-masjid, surau, mahupun di acara-acara
majlis rasmi seperti Sambutan Maal Hijrah, Maulidurasul dan lain-lain.

Al Fadhil Ustaz telah menubuhkan Pusat Pendidikan Al Barakah di Kampunh Manjoi


,Perak pada tahun 2005. Namun begitu, sebelumnya beliau pernah perkhidmat sebagai guru di
Maahad Tahfiz al-Quran ad-Din Kampung Tualang Sekah dari 1993 hingga 1994. Beliau juga
pernah menyandang jawatan pensyarah di Pusat Perkhidmatan Keluarga cawangan Perak bermula
1996 sehingga 1998. Di temapat yang sama juga pada tahun 2000, beliau di naikkan pangkat
sebagai Pengurus di tempat tersebut yang mana bertahan selama empat tahun.

‘Tuhan Sedang Menguji Kita’merupakan salah satu dakwah beliau dalam mengajar umat
islam di Malaysia untuk menjadi seorang mulimn yang tabah dan sabar dalam mengahadapi ujian.
Buku ini juga banyank menceritakan kisah-kisah yang dihadapi oleh nya sendiri dalam perjalanan
nya sebagai seorang pendakwah bebas. Pelbagai ujian demi ujian dikarangkan di dalam buku ini
semenjak beliau dilahirkan sehingga lah sekarang.
1
2.0 ULASAN BAB

Buku ini mempunyai enam bab yang secara umumnya membincangkan tentang ujian yang akan
dihadapi oleh seseorang individu sesuai dengan tajuknya. Dalam membincangkan dan menghurai
isu-isu tersebut satu persatu, penulis membawakan hujah, maklumat dan data ilmiah melalui
persembahan dan gaya bahasa yang cukup mudah difahami oleh setiap lapisan pembaca dan
menarik untuk dibaca. Gaya penulisan yang ditunjukkan dalam buku ini lebih kepada motivasi
ringan iaitu ‘simple writing’. Buku ini juga mengajar pembaca untuk proaktif , kritis dan berfikir
di luar kotak. Walaupun dengan gaya bahasa yang santai tapi terdapat suatu kata yang tersirat
untuk difahami. Kenanm-enam topik yang telah disampaikan adalah dengan subtopik berbentuk
cerita ,pemberitahuan ,dan contoh-contoh yang mempunyai kaitan dengan kehidupan kita.

Dalam tajuk yang pertama, iaitu Musibah Mendidik Kesabaran. Terdapat lapan subtopik yang
diterangkan. Dalam bab ini, ia lebih menumpukan kepada faedah manhupun manfaa yang akan
dihadapi oleh orang yang diuji oleh musibah mahupun ujian. Antara tajuknya adalah ‘Indahnya
Sabar’. Dalam bab ini, penulis menekankan bahawa jiwa seorang hamba tidak akan pernah
terlepas daripada ujian. Berbeza diri seseorang, berbeza pula ujian yang dihadapi. Ada orang yang
diuji pada harta mereka. Ada pula yang diuji pada tubuh badan mereka. Sama ada ujian itu berada
dalam bentuk kesusahan sama ada kesenangan. Janganlah kita lihat, walaupun orang itu hidup
mewah di dunia ,tidak semestinya dia tidak diuji.
Sering kali disebut oleh orang bahawa kesabaran itu adalah kunci kejayaan. Namun dalam
menuju kejayaan itu, Allah pasti akan memberi ujian kepada hambanya agar apabila mereka telah
berjaya, meraka tidak akan melupakan agama da nasal usul serta pertolongan yang telah Allah
kurniakan. Tetapi masih juga lagi ada yang tergelincir dan tekandas dengan berputus asa lantas
terus dihasut dengan bisikan syaitan untuk memusnahkan diri dan menyalahkan qada’ danqadar
Allah. Dalam buku ini juga, penulis memberi contoh ‘Allah sendiri memuji perkataan dengan
menyatakan bahwa kesabaran itu aadalah cantik. Lebih menarik, al-Quran juga merakamkan
kepadaa kita kisah-kisah kesabaran para Nabi dan Rasul dalam menghadapi pelbagai ujian
sehingga digelar sebagai Ulul Azmi, iaitu yang banyak sekali ujiannya. Oleh kerana itulah

2
disusunkan, diaturkan susunan Rasul itu, nabi yang paling tinggi maqam dan maratbatnya adalah
Nabu Muhammad s.a.w. Diikuti oleh Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Nuh. Kelima-
lima merea inilah yang di[anggil nabi-nabi Ulul Azmi iaitu paling banyak ujian. Merekalah yang
paling banyak diuji oleh Allah. Maka, gambaran kesabaran itu terletaknya pada kesabaran nabi-
nabi Ulul Azmi in dan nabi-nabi yang lain’(m/s14). Begitulah kehidupan, tidak semua manusia di
uji dengan perkara yang sama, kerana itulah Allah letakkan kepada kita kesabaran yang tinggi.
Kata orang untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan itu amatlah susah tapi
melakukannya amatlah senang. Ramai muslimin dan muslimat bercita-cita untuk menjadi
hambanya yang taat. Tetapi perlu diingatkan setiap perkara mempunyai ujian nya yang tersendiri.
Jika seseorang itu sabar dalam keadaan yang taat maka Allah akan memberi ganjaran
kepadanya.itulah maknanya sabar dalam ketaatan. Kesabaran ini menuntut kepada pengorabanan
dan penghayatan yang mendalam.
Dalam subtopik yang kedua pula, penulis menceritakan tentang ‘Manisnya Ujian Allah’.
Dalam surah Al-Baqarah, ayat 155 hingga 156 yang bermaksud:

“Demi sesunguhnya! Kami akan mengujinkamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda
dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada yang sabar; (Iaitu) orang yang
apabila ditimpa oleh Sesutu kesusahan, mereka bekata, “sesunguhnya kami adalah kepunyaan
Allah dam kepada Allah jualah kami akan kembali”.

Ayat ini menceritakan, agar berdoa apabila ditimpa musibah dan bahawasanya setiap ujian
akan dibalas dengan kebaikan. Sabar adalah senjata yang besar bagi seorang mukmin dalam
menghadapi ujian. Semuanya adalah antara musibah yang menutut agar sentiasa bersabar.
Kehadirannya tidak pernah diduga. Namun ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya Menjadi
peringatan dan pengajaran kepada orang yang mahu berfikir.
Kemurungan adalah satu penyakit yang melibatkan gangguan perasaan. Iaitu seperti
kekurangan tenaga, perasaan bersalah setiap masa, kekurangan daya yakin diri, gangguan tidur
dan makan. Kemurungan ini selalunya hadir disebakan kebimbangan yang melampau dalam suatu
perkara. Hampir satu juta nyawa hilang disebabkan kes bunuh diri yang mana membawa kepada

3
purata 3000 kematian dalam sehari. Dalam setiap satu kes, lebih kurang 20 cubaan bunuh diri yang
berjaya. (WHO,2012).
Bagi menghadapi saat sukar seperti ini, perkara pertama yang perlu buat adalah menerima
hakikat dan redha dengan ujian yang telah diberi. Bersifatlah lapang dada, agar kita dapat
menerima reality yang terjadi. Jadi, apabial gagal menerima satu hakikat, maka hanya akan
menyebabkan berlakunya kemurungan.
Allah menjanjikan setiap ujian ada kesakitan dan kesusahannya. Walaupun pahitnya
kesakitan itu, sesunguhnya Allah sedang menguji hambanya samada masih sabarkah hambanya
melakukan ibadah dan ketaatan kepadaNya. Kerana dalam keadaan sihat masih ada yang
melakukan ubadah kepadanya, tetapi adakah ketika sakit masih melakukannya. Sepatutnya makin
kita ditimpa ujian, makin kuat lah hubungan dan pergantungan kita kepada Allah taala. Kesakitan
bukanlah satu halangan untuk melakukan ibadah.
Bab 3 pula bertajuk ‘Kasihnya Allah Kepadamu Wanita’. Dalam bab ini, banyak
menceritakan kisah kesabaran wanita dalam pelbagai aspek mahupun rohani, fizikal dan mental.
Wanita atau kaum hawa tercipta dari rusuk kiri Adam, diciptakn agar sentiasa dilindungi dan juga
menjadi pelindung kepada hati dan jantung. Tanggungjawab dan amanah, yang telah diberikan
kepada wanita sangatlah menguntungkan dan istimewa kerana kasih sayang Allah terhadap kaum
wanita adalah antara yang teragung. Tiada perkara yang sia-sia dalam, setiap suruhannya terhadap
kaum wanita. Namun begitu, setiap suruhan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam ketaatan
melakukannya. Antara contoh yang dapat dilihat adalah suruhan dalam menutup aurat. Firman
Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan


mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara
mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau

4
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu
Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

Ayat tersebut menjadi bukti bahawa Allah kurniakan hati wanita, sebuah hati yang tinggi
kesabaranya dalam menutup aurat jika dibandingkan dengan lelaki. Berbeza dengan kaum lelaki,
mereka tidak perlu memakai stoking, tudung, dan pelbagai lagi peraturan. Bagi kaum wanita
apabila Allah uji mereka dengan sabar, maka kesabaran itu paling mulia. Penulis juga menekankan
betapa besar pengorbanan seorang wanita dalam menjaga kebajikan keluarganya, menyusun atur
kehidupan anak-anak dan suami, dan juga melahirkan serta membesarkan anak-anak. Di situ lah
ruang untuk mereka memperolehi pahala yang luas. Bayangkan betapa besarnya pahala sang ibu
dalam melahirkan seorang insan ke dunia ini. Betapa betuahnya makhluk bernama wanita ini yang
dilimpahi kasih saying daripada Allah.
Namun begitu, masih ada lagi yang tidak yakin dengan janji Allah yang itu, masih ada lagi
tidak boleh sabar. Memberi pelbagai alasan seperti tuntutan kerja ataupun menganggap tidak ‘up
to date’. Sesunguhnya surahan dan janji Allah itu pasti.hanya kesabaran yang diperlukan untuk
memastikan pahala dan ganjaran itu berjalan. Allah juga telah memberi ganjaran lagi di dunia
dengan ‘cuti’ tanpa perlu mengganti solat.
Bab ini juga ada menceritakan kisahnya menjawab soalan seorang lelaki tentang lafaz talak
tiga yang telah diucapkan kepada isterinya. Penulis menerangkan bahawa, lafaz yang dikatakan
itu telah menyebabkan terjatuhnya akhlak walaupun dalam keadaan gagap mahupun tanpa niat.
Kerana itulah, beliau menekankan dan meperingakan kepada lelaki mahupun wanita untuk berfikir
sebelum melakukan sebarang keputusan. Janganlah disebabkan emosi dan nafsu, habis segala
kewarasan dan membawa kepada penyesalan. Maka terapkanlah dalam diri untuk sentiasa berada
dalam keadaan positif dan tenang walau dalam apa keadaan sekali pun.
‘Kita Lupa Ketika Senang’, antara tajuk yang dihuraiakan oleh penulis dalam bab ini.
Dalam bab ini, beliau mengingatkan bahawa ujian tidak hanya datang bertandang dalam bentuk
musibah, kesakitan dan kepayahan. Yang membawa erti dimana ramai yang kuat dan gagah dalam
melayari ujian berbentuk kepayahan. Tapi tewas dalam ujian yang berbentuk kesenangan (m.s 36).

5
Perlu diingati segala kemewahan, kejayaan dan kebahagian yang di rasai adalah sebagai tanda
keteanangan hidup. Sebaliknya, lihat lah dengan hati dan kefahaman yang tinggi. Setiap kejayaan
yang dilalui bukan lah semudah ‘makan kacang’. Terdapat berlakunya penipuan, kesakitan dan
kepayahan. Tetapi masihkah manusia tidak akan melupakan Dia walaupun dalam keadaan bahagia
dan senang. Begitulah ujian yang akan dihadapi oleh hambanya tidak kira dalam apa keadaan
sekalipun. Janganlah takut untuk menerima ujian dariNya, kerana itu lah tanda Allah menyayangi
hambanya.
Sesungguhnya dalam zaman yang penuh kemodenan ini, semua orang mahu menjadi kaya.
Semua berebut peluang untuk memajukan diri agar lebih kaya harta. Namun tidak semestinya kita
melupakan apa malamat untuk menjadi kaya dan tujuannya. Adakah untuk berjihad dan berdakwah
dalam agama ataupun hanya untuk mencapai syurga dunia. Tetapi masalahnya sekarang ni,
manusia lebih bersifat pelupa, seperti dalam cerita ‘Ali Baba Bujang Lapok’. Apabila kekayaan
tercapai, segala kesan sanggup dihadapi. Sepatutnya menjadi seperti resmi padi semakin berisi,
semakin menunduk. Contoh yang dapat diketahui adalah pada zaman Rsulullah SAW, Abdul
Rahman bin Auf yang sangat permurah dan menggunakan hartanya sebagai jalan dakwahnya.
Walaupun dengan kekayaannya itu, beliau masih lagi bersifat tawaduk dan murah hati.
Allah menurunkan nabi dalam kalangan manusia untuk mudah menjadi contoh kepada
umat manusia sekalian alam. Oleh itu, janganlah membuat alasan untuk tidak bersifat sabar dalam
ujian dan ibadah. Sebagai contoh, sekiranya kita merasakan diri kita begitu daif hingga tidak
sempat beribadat, hilangkan lah perasaan tersebut. Hal ini kerana jika nak dibandingkan dengan
kita, Nabi Isa lebih miskin berbanding manusia yang lain.(ms 42). Oleh itu, janganlah mudah
mengeluh dalam apa-apa keadaan sekalipun samada dalam keadaan kaya mahupun miskin. Ini
kerana bahawasanya Allah akan sentiasa ada dengan orang yang bersabar.
Sudah Tertunaikah Solat Anda? Penulis menerangkan tentang kehebatan solat dalam
kehidupan insan. Solat boleh menjadi penenang, ubat mahupun penunjuk kepada ujian yang
dihadapi. Terdapat beberapa kesan yang diterangkan juga dalam bab ini. Antara nya perasaan
gundah gulana, bimbang berpanjangan dan rasa gelisah yang melanda. Tiada ketenangan yang
dirasai melain kacau bilau jiwa yang berterusan. Kebencian akan terus-menurus. Namun bagi
seorang yang menjaga solatnya, walaupun ditimpa pelbagai masalah, musibah dan kesulitan
mereka masih lagi tenang menghadapinya. Hal ini kerana apabila melakukan solat, itu

6
membuktikan kebergantungan hambaNya. Allah sangat mencintai hamba yang meminta dan
memohon pertolongan dariNya,
Setiap ujian yang Allah berikan kepada hambanya adalah mungkin juga sebagai kifarah
dosa yang telah dilakukan dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita perlulah bersifat menyesali dan
bersyukur dengan ujian yang diturunkan. Sekurang-kurangnya kita tahu Allah masih sayangkan
pada diri ini. Perlulah apabila dilanda masalah, renunglah dan ingat kembali. Hendaklah kita
bersabar dan tabah. Kerana mungkin juga Allah memberi ujian untuk menaikkan darjat di syurga
kelak. Disamping Allah ingin menghapuskan dosa hambaNya.
Apa yang dilihat dan dilakukan mugkin kelihatan senang dan seperti ‘tonggang tongek’
sahaja. Tetapi apabila benar khusyuk solat tersebut, ia umpama suatu perbuatan yang
menenangkan dan rehat kepada jiwa dan minda kita. Dalam surah al-Baqarah, ayat 45
“Dan Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya
yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk”
Solat merupakan tiang agama yang tak akan berhenti hingga ke hujung hayat. Samada ketika
senang atau susah mahupun sakit apatah lagi bila sihat. Solat tetap wajib perlu dilaksanakan tanpa
sebarang alasan sekalipun. Rasulullah s.a.w sendiri yang telah dijamin syurga sekalipun tidak culas
dalam meunaikan solat dan tetap bersabar menjalankan ibadahnya dalam pelbagai keadaan
seklaipun. Sungguhpun begitu, dalam mengejar dunia perlulah diingati bahawa semuanya itu milik
Allah. Manusia hanya dipinjam kan dengan rahamt dan rezeki darinya.
Dalam menuju untuk mendapat kekhusyukan dalam solat, manusia pati akan mengalami
masalah was-was dalam segala perbuatan yang dilakukan ketika solat. Dari sudut biologi, otak
manusia dikatakan mengandungi neuron yang mesti berhubung antara satu sama lain supaya badan
manusia boleh berfungsi dengan baik. Neuron ini sebenarnya berhubung melalui signal elektrik.
Dalam hal ini, sejenis bahan kimia iaitu neurotransmitter berfungsi untuk menolong menggerakkan
mesej elektrikal dari satu neuron ke satu neuron (Dokita, 2016). Menurut pandangan Davidson &
Neale (2001) dalam Fausiah & Widury (2008), beliau menjelaskan bahawa salah satu faktor yang
mungkin berkait dengan OCD adalah keterlibatan neurotransmitter di otak, khususnya kekurangan
jumlah serotonin (Fuadah, 2016).
Apabila melibatkan dalam islam pula, ia sebenarnya lebih dikaitkan dengan bisikan syaitan
di mana mereka mempengaruhi akal, hati dan nafsu. Menurut Abduh (1999) dalam tafsir
Juz’amma, beliau mengatakan bahawa terdapat dua jenis bisikan (was-was) dalam hati manusia.

7
Pertama adalah jin, iaitu sejenis makhluk yang tersembunyi yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar, tetapi mempunyai pengaruh ke dalam hati melalui bisikan dan rayuan. Apabila bisikan dan
rayuan itu menyesatkan, ia datang daru makhluk yang lain iaitu syaitan. Kumpulan kedua pula
adalah manusia sendiri di mana pengaruhnya dapat mendatangkan keraguan kepada manusia lain.
Pengaruh manusia yang menyesatkan juga datang daripada syaitan. Begitu liciknya syaitan dalam
mempengaruhi jiwa-jiwa manusia untuk wujudnya was-was terutama sekali ketika beribadah dan
wudhuk. Penulis juga ada menyampaikan cerita dimana walaupun solat hanya melihat tempat
sujud, pergerakan tidak melebih atau boleh dikatakan “hmm, hari ini aku khusyuk solat. Tak ingat
apa-apa pun” Tetapi sebenarnya dia telah tertipu. Ketika dia berkata-kata di dalam hati itulah tanda
nya bahawa dia tidak khusyuk di dalam solat. Mereka ini lah yang telah dipermainkan oleh syaitan.

Bab seterusnya yang disampaikan oleh penulis adalah ‘Tika Ujian Menyapa’. Di dalam bab ini,
mengandungi lima subtopik untuk menghuraikannya. Penulis memulakan subtopik pertama
dengan surah al-Ankabut, ayat 2 ingga 3 yang membawa maksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya!
Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang
demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman,
dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
Secara ringkasnya ayat tersebut menerangkan bahawa ujian merupakan tahap keimanan manusia
terhadap Allah s.w.t.Kerana itu jugalah Allah menurukan al-Quran untuk menjadi sakinah dimana
ia dapat menjadi rahmat dan ubat kepada diri mahupun jiwa. Terdapat pelbagai kelebihan yang
berada di dalam al-Quran.
Al-Quran seharusnya menjadi pendamping di dunia dalam apa keadaan sekalipun terutama
ketika menghadapi ujian. Ia dapat membantu merawat dan mengubati hati yang sedang kacau
bilau. Sesungguhnya ada ujian yang kita tak mampu hadapi, tetapi kebergantungan pada Allah
amatlah penting. Alunan dan kata-kata daripada bacaan al-Quran boleh menteteramkan jiwa yang
berbolak balik tersebut.
Ingatlah bahawasanya Allah kenal siapa yang dianatara hambanya yang yang benar
ataupun berdusta. Maka apabila kita mengetahui mengapa Allah menurunkan ujian kepada
hambaNya, mudah-mudahan manusia akan lebih kuat dan berusaha untuk memajukan diri dalam

8
memantapkan hati dan menguatkan diri dari segala kesakitan, ujisn dan musibah yang melanda
diri. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang melalaikan, berdosa dan menyektukan Allah.
Hal ini kerana, ia bukanlah jalan yang terbaik untuk menangani masalah yang dihadapi. Teruskan
lah mencari redhanya dari segala aspek secara rohani mahupun jasmani. Dalam sabda Rasulullah
s.a.w, “ Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat
baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin, jika mendapat nikmat ia
bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila mendeita kesusahan ia bersabar, maka
sabar itu lebih baik baginya” (Hadis Riwayat Muslin)
Subtopik yang kedua dalam bab ini adalah ‘Nikmatnya Kemenangaan’. Penulis memberi
contoh yang paling mudah iaitu pada bulan Ramadhan. Di dalam bulan ini, umat islam dituntut
untuk berpuasa dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari dan setelah berjaya menamatkan
28 atau 29 hari berpuasa umat islam akan menyambut Hari Raya untuk meraikan kemenangan
dalam menunaikan rukun islam yang ke tiga. Begitulah juga ujian, dalam menempuhi ujian yang
diberikan pasti akan ada manis nya setelah berjaya mengharungi segala cubaan. Kerana
sesungguhnya ujian akan datang walau apa bagai jenis bentuk sekalipun.
Kemenangan dalam menangani ujian merupakan suatu perkara yang sangat indah. Namun
begitu ia bukanlah penghujung kepada perjuangan kita selama ni. Ketaatan perlulah sentiasa dijaga
dengan istiqamah yang tinggi agar tidak terpesong ke jalan yang salah. Janganlah sesekali lalai
kerana Allah sentiasa memerhati hambaNya.
Salah sebuah topik yang menarik juga dalam buku ini adalah ‘Jagailah Akhlakmu’. Dalam
bab ini, penulis menekankan isu-isu dalam menjaga akhlak mahupun dari segi rohani, emosi dan
jasmani. Daripada Siti Aisha, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Di antara tanda-tanda
kesempurnaan iman seseorang Mukmin, ada pada dua benda. Yang pertama adalah yang paling
baik akhlaknya dan yang lembut dengan ahlinya.” Akhlak ini datangnya dari tiga bentuk, iaitu
yang pertama datangnya dari wajah. Kedua dari tutur kata, dan seterusnya perbuatan. Dinyatakan
bahawa, yang pertama adalah wajah. Dimana wajah yang dikatakan ‘manis’ memainkan peranan
dalam masyarakat untuk mentafsir diri seseorang individu. Wajah yang disirami senyuman adalah
wajah yang seri. Sering digambarkan dalam qasidah mahupun zanji, bahawa muka Rasulullah
s.a.w sering ceria dan bersinar-sinar serinya kerana akhlak yang dimiliki oleh baginda adalah
sangat yang terbaik. Namun begitu, janganlah pula wajah yang ditonjolakan tidak seiring dengan
akhlak-akhlak yang lain. Penulis juga menekankan kepada para wanita supaya menjaga akhlak

9
kerana wanita telah dianugerahi dengan rupa paras yang menarik. Tonjolkanlah seri wajah itu
dengan sifat-sifat yang terpuji sebagai seorang hamba yang sentiasa mematuhi segala suruhaNya.
Antara akhlak terpuji yang lain adalah mengungkapkan tutur kata yang baik dan berguna.
Kata orang, kata-kata yang berisi hikmah dan bijaksana mampu melembutkan hati tatkala
mendengarnya. Pepatah arab ada mengatakan, “Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang”. Oleh
itu, setiap tutur kata perlulah di fikir sebelum di luahkan kerana tidak semua orang mempunyai
hati yang keras dan memahami. Dalam sebuah hadis ada menyebut diriwayatkan daripada Aisyah
r.a telah bersabda “ Bahawasanya daripada yang sempurna orang mukmin pada imannya ialah
yang lebih elok mereka itu pada perangainya dan lemah lembut mereka itu dengan ahlinya” .
Rasulullah sering mengelarkan Aisyah dengan gelaran-gelaran yang lembut dan mesra seperti
Humairah dan Muwaffaqah.
Seterusnya, akhlak yang perlu di jaga adalah dari segi kemarahan. Sejauh manakah
kemarahan seseorang bila mengahadapi ujian. Rasulullah menganjurkan kepada umatnya untuk
tidak suka marah dalam apa perkara yang berlaku. Tapi tidak bermakna tidak boleh untuk marah,
namun haruslah kena pada tempat dan keadaan. Terdapat empat ciri-ciri marah sesorang. Yang
pertama adalah orang yang cepat marah dan lambat reda. Kemudian, orang cepat marah dan cepat
reda. Seterusnya, orang yang lambat marah dan lambat reda. Dan akhir sekali orang yang lambat
marah dan lambat reda. Dalam ujian, manusia seringkala marah dan menganggap Allah tidak adil
pada hambaNya. Namun begitu, bisikkanlah pada hati bahawa ujian Allah beri ini adalah untuk
menguji dan meningkatkan tahap keimanan supaya umatnya mendapat syurga idaman. Terapakan
lah dalam hati untuk sabar dan tidak menidakkan takdir. Redha perlulah dilengkapkan dalam
menghadapai ujian.
Dalam mengaharungi ujian, ada antara ujian yang lebih berat iaitu ujian dalam berdakwah.
Dakwah dan perjuangan jalannya luas dan seiring. Namun perlulah wujud kesanggupan,
pengorbanan, dan kesungguhan dalam memperjuangkan syiar Islam. Dakwah adalah satu
perkerjaan yang tak akan terhenti hinggalah mata hari terbit di belah barat. Setiap orang
mempunyai langkah dakwah yang bebeza dan kemampuan yang tidak sama. Sesungguhnya usaha
dalam memperjuangkan islam sangatlah berat. Lihatlah bagaimana Rasulullah berjuang dalam
berdakwah, dicaci, dimaki, dibaling tahi, malah di ugut bunuh. Namun masih tegak dan kuat
meneruskan perjuangan. Dalam konteks pada zaman sekarang, kita boleh lihat adalah Dr Zakir
Naik, dimana beliau telah dilarang untuk menjalankan dakwahnya di beberapa buah negara kerana

10
dianggap akan mendatangkan masalah kepada negara tersebut. Agama Islam juga sering kali
dikaitkan dengan ‘Islamophobia’ yang menjadi khabar angin yang buruk terhadap penganut agama
Islam. Perkataan ‘Islamophobia’ pertama kali digunakan pada 1991 yang ditakrifkan di dalam
laporan “Runnymade Trust” ( Runnymade Trust Commision on British Muslim and Islamophobia,
1997) sebagai tuduhan yang tidak berasas terhadap islam dan menyebabkan ketakutan atau
ketiadaan minat terhadap kebanyakan Muslim.

11
3.0 KOMENTAR DAN PENAMBAH BAIKAN

Penulisan yang ditonjolkan dalam buku ‘Tuhan Sedang Menguji Kita’ adalah sangat bersis
dan bermanfaat. Penulis berjaya menarik minat pembaca dengan gaya penulisan yang santai dan
bersahaja. Umpama penulis sedang berada depan pembaca. Walaupun penggunaan ayat yang tidak
formal, tetapi isi yang cuba disampaikan oleh penulis sangat memberi kesan. Contoh yang
diberikan oleh penulis kebanyakannya berkisar dengan kehidupan masyarakat Islam Malaysia
yang boleh dikaitkan dalam kehidupan seharian. Penulis juga berjaya mengajak pembaca untuk
berfikir secara kritis dan luar kotak. Penulis turut menunjukkan kredibiliti yang tinggi terhadap
kandungan penulisan penulis. Ini kerana setiap hujjah penulis disertakan dengan sokongan ayat-
ayat al-Quran dan Hadis, bukti-bukti amalan dan siri-siri kejayaan yang meyakinkan. Bagi
pemabaca penulis berjaya menyakinkan pembaca dengan kredibiliti dan ketepatan kandungan
yang dikemukakan ini.

Melalui penulisan ini, pengarang sangat mengambil berat dan teliti dalam menyedari
kepentingan isi tanpa memesong dari tajuk dan juga sebuah corak penulisan yang matang.
Penulisan buku ini mempunyai banyak kekuatan memandangkan penulis banyak menggunakan
pengalaman beliau sebagai penceramah bebas dan seorang ustaz yang mengkaji tentang agama
dan kehidupan muslim di negara ini. Pengarang berjaya membawakan kesedaran kepada pembaca
tentang ujian yang diturunkan oleh Allah supaya mereka lebih bersifat terbuka dalam menerima
ujian, tanpa unsur paksaan, ‘sentap’ atau kekerasan. Penulisan beliau diberi setuhan kasih saying
dan kelembutan yang dapat dirasa melalui pembacaan.

Cadangan penambah baikkan yang boleh dilakukan oleh penulis adalah dari segi
penceritaan semula pengalaman yang kadang bercampur aduk denga nisi yang ingin di sampaikan.
Selain itu, penulis boleh juga menambah baik dengan menambah baik dari segi perkaitan antara
tajuk agar lebih jelas dan menyeluruh. Sebagai contoh, dalam buku ini turut banyak menceritakan
tentang wanita, tapi dalam pelbagai bab yang berbeza. Pada pendapat pembaca, ia mungkin
menyebabkan sedikit kekeliruan di situ dalam bentuk isi yang ingin disampaikan. Namun begitu,
buku ini masih mudah difahami dan sangat sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

12
4.0 KESIMPULAN

Daripada tugasan yang telah disiapkan ini, terdapat banyak kelebihan dan ilmu baru yang menjadi
pembuka mata kepada umat islam bahawa setiap musibah dan bala yang dihadapi bukanlah kerana
Allah membenci mahupun ingin merendahkan diri. Ia adalah kerana DIA sangat kasih kepada kita.
Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi
ujianNya. Allah turut mngetahui kemampuan hambaNya, kerana Dia tidak akan menguji seseorang
melebihi kemampuan. Hakikatnya, manusia perlulah sedar bahawa dalam kita selesai dengan
kipas, kereta, gajet dan sebagainya masih ada lagi manusia yang hidup dalam kesusahan dan
dihimpit kesusahan yang berlipat kali ganda.
Ingatlah bahawa setiap ujian hanya akan diberikan kepada hamba-hamba yang terpilih
sahaja. Bersyukurlah kerana Allah menurunkan nikmat ujian kepada diri sendiri. Ujian yang
diturunkan kepada diri ini juga boleh menjadi petanda untuk sentiasa mengingati akhirat kerana
mungkin hambaNya telalu leka dibuai bahagia di dunia yang menyebabkan mereka melupakan
akhirat. Jadi Allah memberi ujian tersebut.
Disamping memberi kesedaran kepada hambaNya, Allah ingin menaikkan darjat mereka
satu langkah ke atas. Manusia perlulah sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian walaupun
di saat yang sangat kritikal. Hal ini kerana pertolongan Allah sangatlah luas. Muslim juga perlu
berikhtiar dan berusaha supaya ujian yang dihadapi itu berlalu dengan lancar. Percayaalah pada
qada’ dan qadar Nya.
Peringatan kepada manusia, segala yang dimiliki sama ada harta, kuasa atau cinta, ia
hanyalah sementara. Allah SWT berhak mengekalkannya atau ditarik bila-bila masa. Oleh itu,
sentiasa bersedia dengan hakikat kehidupan ketika mendapat nikmat atau sedang diuji oleh Allah
SWT. Perkara penting yang menguasai perlakuan kita adalah pemikiran dengan menetapkan dalam
minda bahawa setiap ujian adalah untuk meningkatkan darjat kita di sisi-Nya. Di samping
meyakini bahawa setiap dugaan yang didatangkan itu akan ada bersamanya hikmah.

13
RUJUKAN

Datuk Mohamed (Disember,2017) Sukar Khusyuk Dalam Solat , harian metro 7 disember 2018
Dimuat turun pada 11 Oktober 2019
https://www.hmetro.com.my/addin/2018/12/401332/sukar-khusyuk-dalam-solat)

World Health Organization (2016) Depression. Dimuat turun pada 10 Oktober 2019
https://www.who.int/mental_health/management/depression/en/
ZIZAN, Ahmad Hisham; SA'ARI, Che Zarrina. Terapi Solat Dalam Menangani Penyakit Gelisah
(Anxiety) Menurut Perspektif Psikoterapi Islam. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 29, p. 1-43,
june 2009. ISSN 0128-0708. (12OCT2019)
“Obsessive Compulsive Disorder (OCD)”, laman sesawang Dokita, dicapai 17 Mei 2016,
Dimuat turun pada 12 Ogos 2019 dari http://dokita.co/blog/obsessive-compulsive-
disorder-ocd/
Fuadah Fakruddiana, Penghayatan Zikir dan Surah an-Nas untuk Mengurangi Gejala Obsessive
Compulsive Disorder (OCD). Dimuat turun pada 12 Oktober 2019 dari
http://eprints.uad.ac.id/2667/1/Penghayatan_%26_Zikir_Annaas_Fuadah_Fakhruddiana.
Pdf (12OCT2019)
Abduh, Muhammad Tafsir Juz ‘Amma, Jakarta: Mizan, 1999 (12OCT2019)
Alshammari, D. (2013). International Journal of Humanities and Social Science (15th ed., Vol.
3). New Britain, CT, USA: School of Education & professional Studies Central
Connecticut State University.
AL Qardhawi, Yusuf. SABAR MENURUT PANDANGAN ISLAM. Translated by ISMAIL
KAMUS, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 1995. ISBN 983-042-012-4
(16OCT2019)
Yusof, A. S. (2018). Ujian penentu darjat insan di sisi-Nya. Berita Harian. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/02/389213/ujian-penentu-darjat-insan-
di-sisi-nya

14
APPENDIKS

15

Potrebbero piacerti anche