Sei sulla pagina 1di 2

PK01 – Pengurusan Panitia

PK01/3

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS (PETANQUE)


Peringkat Daerah Kota Tinggi

1. Nama Program : Program Karnival Permainan Petanque

2. Tarikh : 15 April 2015

3. Hari / Masa : Rabu (8.00 pagi – 5.00 petang)

4. Tempat : Gelanggang Petanque, Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor

5. Objektif : - Melakukan kemahiran motor asas dengan corak pergerakan


yang sesuai dengan lakuan yang betul
- Memahami taktik permainan dan menunjuk cara permainan
dijalankan.
- Memperkembangkan bakat dan potensi murid berkeperluan
khas dalam semua bidang kurikulum dan kokurikulum.

6. Sasaran : 4 orang murid Pendidikan Khas.

7. Butiran aktiviti :
i. Guru mengelolakan dan membuat pendaftaran setiap
peserta murid Pendidikan Khas mengikut acara
pertandingan.
ii. Murid mengambil tempat pertandingan yang telah
disediakan.
iii. Murid memulakan acara pertandingan balapan dan padang.
iv. Pertandingan tamat.
v. Murid menjamu selera yang disediakan.
vi. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah dilaksanakan.
vii. Majlis bersurai.

1 Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

8.1.1 Acara pertandingan dapat berjalan lancar iaitu acara sebelum


pertandingan dan semasa pertandingan.
8.1.2 Mendapat kerjasama daripada guru-guru di aliran perdana dan
pembantu pengurusan murid dalam melaksanakan acara pertandingan
tersebut.
8.1.3 Murid-murid berasa seronok mengikuti pertandingan dan mendapat
hadiah yang telah diberikan.

8.2 Kelemahan Program :

8.2.1 Sebahagian murid masih tidak memahami dan mengikut peraturan-


peraturan acara pertandingan dengan betul

8.3 Cadangan Penambahbaikan :

8.3.1 Murid perlu diberikan latihan khusus dan diberikan penerangan taktik dan
tunjuk cara sebenar bagi setiap acara yang dipertandingkan iaitu teknik
larian, lompatan dan lontaran yang betul.

9. Dokumentasi Bergambar : Lihat Lampiran 1

Disediakan Oleh : Disahkan oleh :

………………………………...…… ……………………………………..
(xxxxx)
Guru Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran

2 Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Potrebbero piacerti anche