Sei sulla pagina 1di 5

MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS BIL.

/2014

Tarikh : 18 Februari, 2014

Masa : 1.30 tengah hari

Tempat : Pusat Sumber Sekolah, SK Sacred Heart, Semeba.

Kehadiran :

1. En.John Sikos ak Runan (Guru Besar)


2. Puan Munah ak Nyangga (Penolong Kanan I)
3. Cik Rosaline bt Bujang (Penolong Kanan KK)
4. Puan Dayang Norazalina bt Awang Kamarudin (Penolong Kanan HEM)
5. Puan Julia Anyat (Penyelaras SPBT/Bilik BOSS/Setiausaha SPBT)
6. Puan Mary Sanyut Kinchah ( Guru Kelas T.1)
7. En. Jawa ak Melut (Guru Kelas T.2)
8. Puan Salama bt Marni (Guru Kelas T.3)
9. Puan Eleanor John Ganjos (Guru Kelas T.4)
10. Ustaz Amirul Hafidzi ( Guru Kelas T.5)
11. Puan Lucy Ripe (Guru Kelas Tahun 6)
12. En. Suandi b. Hussein
13. En. Gilbert Kaim
14. Puan Samien Akien
15. Pn. Melin Encharang

Tidak Hadir :
1. En. Stanny Peter (bersebab)

Bil. Agenda / Perkara

1. Ucapan Pengerusi.

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih.

1.2 Pengerusi memaklumkan terdapat beberapa program baru yang akan dibincangkan bagi
menambah aktiviti Unit SPBT.

1.1 Pengerusi memaklumkan bilangan murid semasa ialah 231 orang iaitu dari tahun 1 hingga
Tahun 6, mengikut pendaftaran murid pada 23 Disember, 2013. Manakala bagi pertukaran
dalam negeri, murid dibenarkan membawa bersama-sama buku teks.

Tindakan : Untuk makluman semua


2. Pelantikan AJK SPBT 2014.

2.1 Pelantikan AJK Unit SPBT bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:

Pengerusi : En.John Sikos ak Runan (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Pn. Dyg.Norazalina (PKHEM)
Setiausaha :Pn.Julia Anyat (Penyelaras SPBT)
Penolong Setiausaha :Ustazah Norzaishiha
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Kelas

Tindakan : Untuk makluman

3. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.

Disahkan oleh : Puan Mary Sayut Kinchah


Disokong oleh : Puan Munah ak Nyangga

Tindakan : Untuk makluman

4. Hal-hal berbangkit

Tiada

5. Takwim Unit SPBT 2014

(rujuk lampiran 1)

3.1 Pengerusi memberitahu bahawa adalah amat perlu semua AJK dan guru melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang supaya semuanya berjalan dengan lancar dan teratur.

3.2 Pengerusi juga mengesyorkan supaya apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh unit SPBT,
hendaklah dipamerkan di dalam bilik BOSS. Selain untuk menceriakan Bilik BOSS, ia juga
menjadi bukti bahawa Bilik BOSS juga penting kerana ia adalah tempat menyimpan buku
teks.
Tindakan : Penyelaras &AJK SPBT

3.3 Setiausaha SPBT memaklumkan tentang Borang SPBT G yang telah diedarkan kepada AJK
dan haruslah dikemaskini serta dihantar selepas cuti Tahun Baru Cina 2014.

Tindakan : Semua Guru Kelas 2014

3.4 Pemantauan atau ‘Spot Check’ akan dilaksanakan sebanyak 4 kali tahun ini dan ia melibatkan
semua kelas. Pengerusi telah membuat penetapan pada jadual pemantauan. Tujuannya
adalah supaya murid-murid menjaga buku teks mereka dengan sebaik-baiknya dan dapat
digunakan lagi oleh murid yang lain.
Tindakan : Penyelaras & AJK SPBT, semua guru

3.5 Pengerusi memaklumkan tentang kriteria yang akan diambil kira di dalam pemantauan iaitu
membalut buku teks, tiada sebarang contengan, menampal bahagian yang koyak dan menulis
nama dan kelas pada buku dan membawa buku mengikut jadual. Sekiranya terdapat murid
yang tidak mengikut kriteria pemantauan seperti di atas, maka murid tersebut akan diberikan
nasihat dan amaran untuk pemantauan pertama sehinggalah pemantauan ketiga. Pada
pemantauan keempat, bagi murid yang sama yang tidak mengendahkan ketiga-tiga amaran
tersebut, maka ibu bapa akan dipanggil ke sekolah untuk membincangkan perkara tersebut.

Tindakan : Semua guru

3.6 Pengerusi menyatakan bahawa pelupusan buku teks mesti dibuat pada awal tahun 2014
supaya tidak berlaku kesesakan dan lambakan buku teks di dalam Bilik BOSS.

3.7 Pengerusi memberitahu bahawa fail dan buku stok hendaklah dikemaskini supaya senang
untuk membuat pesanan buku teks untuk tahun berikutnya.

Tindakan : Penyelaras & AJK SPBT

4. Keperluan Buku teks 2015 Untuk Pengisian BTBTR190

4.1 Pengerusi menegaskan kepada semua Guru Kelas supaya menghantar SPBT G agar proses
pengiraan stok dapat dilakukan dengan segera dan tepat.

4.2 Penyelaras SPBT perlu mengambil tindakan pro aktif untuk mengemaskini Buku Stok BOSS.

4.3 Penyelaras melaporkan status buku dalam BOSS dan Penyelaras menerangkan tentang buku
yang tahun akhir penggunaan dan senarai buku yang baru

4.4 Buku elektif bagi mata pelajaran elektif adalah tidak perlu kerana menurut Cikgu Munah,
tiada guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Cina dan bagi mata pelajaran Bahasa Iban.
Jadi beliau menyatakan bahawa buku teks bagi mata pelajaran elektif tidak perlu dipesan
untuk tahun 2015.

4.5 Cikgu Munah juga menyertakan sesalinan pekeliling mengenai mata pelajaran elektif di mana
sekiranya tiada guru yang bersedia, maka mata pelajaran tersebut boleh diganti dengan mata
pelajaran teras yang dirasakan perlu ditambah masanya.

4.6 Peratus unjuran bagi kelas Tahun 1 2015 ditetapkan adalah sebanyak 3%. Namun begitu,
enrolmen bagi murid Tahun 1 2015 dianggarkan seramai 45 orang memandangkan pada tahun
2013 telah dianggarkan mengikut peratus yang ditetapkan iaitu 3%, tetapi murid yang
mendaftar tahun 2014 adalah melebihi unjuran tersebut dan berlaku kekurangan buku aktiviti
dan buku teks. Maka pada tahun 2015 , anggaran murid Tahun 1 adalah seramai 45 orang
dan pesanan buku hendaklah berdasarkan anggaran tersebut. Bagi kelas tahun 2 hingga
Tahun 6 2014, unjuran adalah berdasarkan tahun sebelumnya iaitu 2014 dan mengikut
enrolmen bulan Februari 2014.

Tindakan : Penyelaras &AJK SPBT


5. Hal-hal lain

5.1 Pengerusi menyatakan bahawa buku teks hanya dipesan untuk murid sahaja. Manakala bagi
guru-guru yang ingin menggunakan buku teks, mereka hendaklah mendapatkan buku teks yang
diperlukan di kedai-kedai buku. Ini adalah arahan pihak PPD dan juga Bahagian Buku Teks.

Memandangkan tiada perkara lain yang hendak di bincangkan, maka mesyuarat ditangguh pada
jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

________________________ ___________________________

(Puan Julia Anyat ) (Puan Dayang Norazalina Bt Awang


Setiausaha SPBT Kamarudin )
SK Sacred Heart, Semeba Penolong Kanan HEM,
SK Sacred Heart, Semeba

Disahkan Oleh :

_______________________
(John Sikos ak Runan)
Guru Besar,
SK Sacred Heart, Semeba
TAKWIM SPBT / BILIK BOSS 2013

Bil. Perkara Tarikh Tindakan


1. Gotong-royong membersihkan dan 29 Disember, 2012 Semua guru
mengemaskini sudut di dalam bilik SPBT.
1. Serahan fail SPBT-G kepada guru kelas 4Januari, 2013 Guru Kelas
untuk dikemaskini
2. Mesyuarat Unit SPBT kali 1 8 Januari, 2013 Setiausaha SPBT
3. Spot Check Buku Teks Feb, 2013 AJK SPBT
4. Pelupusan buku teks dan aktiviti Feb, 2013 Setiausaha SPBT
5. Kemaskini fail dan stok Feb, 2013 Setiausaha SPBT
6. Spot Check Buku Teks Mac. 2013 AJK SPBT
7. Tempahan buku teks BTBTR190 2013 Mac , 2013 Setiausaha SPBT
8. Spot Check Buku Teks Mei , 2013 AJK SPBT
9. Kemaskini fail dan stok Jun , 2013 Setiausaha SPBT
10. Spot Check Buku Teks Julai, 2013 AJK SPBT
11. Mesyuarat Unit SPBT kali 2 Julai 2013 Setiausaha SPBT
12. Cop dan kemaskini buku teks 2013 Julai 2013 Kelab SPBT
13. Mesyuarat Unit SPBT kali 3 November 2013 Setiausaha SPBT
14. Memungut buku teks 2012 Nov, 2013 Setiausaha SPBT
dan Guru Kelas
15. Penyediaan buku teks 2013 Nov, 2013 Setiausaha SPBT

Potrebbero piacerti anche