Sei sulla pagina 1di 8

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

(MENGIKUT FORMAT EPRD)

Bahagian Proses/Penerangan Contoh Penulisan


Halaman Kandungaan ⮚ Ditulis dalam satu muka surat Isi kandungan
Muka surat

Penghargaan

Abstrak

1.0 Refleksi P & P yang lalu


1
2.0 Isu Keperihatinan
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am
3.2 Objektif Khusus
4.0 Kumpulan Sasaran
5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan masalah
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.3 Tindakan yang dijalankan
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan
Pemerhatian
5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1
5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2
5.5 Refleksi Kajian
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Bibliografi

Lampiran
Penghargaan ⮚ Pihak yang terlibat dengan
kajian tindakan terutamanya
di peringkat sekolah

Abstrak ⮚ Hendaklah mengandungi : Kajian ini dilaksanakan


1. Tujuan adalah kerana kesedaran
2. Kumpulan sasaran pada diri sendiri untuk
3. Fokus kajian tindakan membantu
4. Tinjauan awal menyelesaikan masalah
5. Perlaksanaan kajian penguasaan Jawi
6. Dapatan dikalangan murid tahun
2. Masalah ini sering
⮚ Ditulis dalam satu perenggan dihadapi oleh diri saya
dan satu muka surat dan dan rakan-rakan dalam
single spacing. mengajar Jawi. Cara
⮚ Dicadangkan menggunakan alternatif perlu dicari agar
Font 9/10 dan jenis tulisan objektif pdp akan
Arial/Tahoma tercapai dengan
jayanya. Tinjauan awal
telah dilakukan dengan
menggunakan kaedah
pemerhatian dan ujian
Diagnostik. Sikap negatif
yang ketara ialah sikap
’malas’. Ini mungkin
disebabkan mereka
kurang menitikberatkan
bacaan Jawi dalam
kehidupan.
1. Refleksi Pengajaran dan
Pembelajaran Lalu Seperti di dalam kertas cadangan Seperti di dalam kertas cadangan

2. Isu /Keperihatinan
/Masalah Kajian Seperti di dalam kertas cadangan Seperti di dalam kertas cadangan

3. Objektif Kajian
Seperti di dalam kertas cadangan Seperti di dalam kertas cadangan
a. Objektif Am
b Objektif
Khusus
4. Kumpulan Sasaran
Seperti di dalam kertas cadangan Seperti di dalam kertas cadangan

5. Pelaksanaan Kajian 5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan


Sebanyak empat aktiviti telah
5.1 Tinjauan Masalah dirancang untuk membantu
⮚ Huraikan secara terperinci meningkatkan masalah
cara-cara anda mengumpul penguasaaan jawi dalam
maklumat. Maklumat kalangan murid-murid kumpulan
mungkin telah diperoleh sasaran saya. Aktiviti-aktiviti
melalui pemerhatian dalam tersebut ialah:
bilik darjah semasa AKTIVITI 1
murid/pelajar memberi “Perlaksanaan Kaedah ‘4M’”
5.2 Analisis Tinjauan Masalah respons kepada soalan-
soalan anda, pemeriksaan 4M bermaksud :
buku latihan, sesi temu bual,
melalui soal selidik atau ujian M1 – Menyebut : Iaitu menyebut sukukata
pra dan lain-lain mudah yang mempunyai huruf-huruf
bersambung
5.3 Tindakan Yang ⮚ Semua data yang terkumpul M2 – Memadan : Iaitu memadankan
Dijalankan dimasukkan dalam jadual perkataan-perkataan yang dipisahkan
mengikut tajuk-tajuk yang sukukatanya.
ditetapkan tetapi bukan M3 – Mengeja : Iaitu mengeja semula
semua maklumat dapat secara berulang kali, perkataan-
diguna pakai dalam kajian. perkataan yang telah disambung
sukukatanya.
⮚ Tuliskan semua aktiviti, bahan- M4 – Menulis : Iaitu menulis semula sambil
bahan dan cara anda mengeja perkataan-perkataan yang
membuat pemerhatian untuk telah disambung sukukatanya.
menguji keberkesanan
tindakan/aktiviti yang anda
telah jalankan ke arah AKTIVITI 2
meningkatkan kemahiran ”Rakan Bantu Rakan”
pelajar bagi menangani
masalah yang anda sedang Teknik pertama yang dilakukan dalam
kaji. kaedah ini ialah dengan mengenal
pasti kebolehan pelajar-pelajar di dalam
kelas. Pelajar yang dikenal pasti
mempunyai penguasaan Jawi yang lebih
baik akan dilantik menjadi ketua. Dalam
kaedah ini, ketua yang dilantik akan
diberikan tugas. Tugas tersebut adalah
memastikan arahan yang disampaikan
oleh guru difahami dan dikuasai
sepenuhnya oleh anak buah mereka.
Sebagai seorang ketua, mestilah
bertanggungjawab akan melaporkan
prestasi dan hasil daripada setiap aktiviti
yang dijalankan yang mana merangkumi
a) Penggunaan buku Kaedah Cepat Jawi
1&2
b) Penggunaan buku Kaedah
Mudah Jawi

o Pelaksanaan ⮚ Huraikan cara 3.0 Seperti yang terdapat di dalam


Tindakan pelaksanaannya kertas cadangan tetapi cara
dan penulisan diubah dengan
Pemerhatian menggunakan ayat pelaporan.
/ Penilaian Langkah-langkah hendaklah diterangkan
secara terperinci
i. Pemerhatian
Pelaksanaan ⮚ Sediakan jadual pemerhatian
Aktiviti 1 dan/atau huraikan apa-apa
yang dapat dilihat dari segi
perubahan sikap dan repons
pelajar terhadap aktiviti 1,
dan perkara-perkara lain
yang mungkin anda
jangkakan.

ii. Refleksi
⮚ Huraikan apa-apa yang
difikirkan guru dari segi
Pelaksanaan keberkesanan aktiviti 1 atau
Aktiviti 2 kegagalan aktiviti dan sebab-
sebab keadaan ini terjadi

i. Pemerhatian

a) Anda boleh membuat jadual


pemerhatian dan/atau huraikan apa-
apa yang dapat dilihat dari segi
perubahan sikap (respons) pelajar
terhadap aktiviti 2, respons guru dan
perkara-perkara lain yang mungkin
anda jangkakan.

ii. Refleksi

5.5 Refleksi Kajian b) Huraikan apa-apa yang difikirkan


guru dari segi keberkesanan aktiviti
atau kegagalan aktiviti 2 dan sebab-
sebab ini terjadi

c) Huraian dalam bahagian ini


bergantung kepada jumlah aktiviti
yang telah dijalankan

i. Refleksi Kajian Terhadap Pelajar


a ) Huraikan keberkesanan tindakan
anda dengan menggunakan
data/maklumat yang telah anda
kumpulkan (seperti ujian pasca atau
ujian-ujian lain)
b) Terangkan perubahan tingkah laku
pelajar melalui pemerhatian.
c) Terangkan perubahan emosi
pelajar yang telah dikumpul melalui
temu bual & soal selidik (sekiranya
ada)

ii. Refleksi Kajian Terhadap Guru


1.0 Huraikan perasaan guru
terhadap keberkesanan
kajian yang telah dijalankan.

iii. Refleksi Tentang Proses P & P Yang


Telah
Dijalankan Secara Keseluruhan
2.0 Tuliskan rumusan anda.
6. Cadangan Kajian Ditulis dalam bentuk perenggan Kajian tindakan seterusnya yang akan
Seterusnya i. Cadangkan saya jalankan ialah berkaitan dengan isu
isu seterusnya ………
yang anda
akan kaji. Atau :

Oleh sebab kajian yang telah saya


jalankan tidak berjaya, maka saya akan
menggunakan tindakan / aktiviti-aktiviti
lain untuk menangani isu ini.
Bibliografi ⮚ Bahan rujukan yang anda 1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan
gunakan hendaklah Jawi dan Hubungannya dengan Minat
dicatatkan pada ruangan ini. dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan
⮚ Menyusun senarai bahan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik
rujukan mengikut abjad. dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
2. Hassan Basri. 1991. Laporan
Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah
Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-
QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di
Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan.
Universiti Malaya.
4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998.
Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-
Sekolah Menengah. Kajian IRPA. Universiti
Malaya.

Lampiran i. Soal selidik


atau bahan-
bahan
sokongan
yang
digunakan
dimasukkan
di dalam
ruangan ini.
KAJIAN TINDAKAN TERHADAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

Oleh
Rohayati Binti Muhamad
Sekolah Kebangsaan Tun Aminah 2
Johor Bahru

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan adalah kerana kesedaran kepada diri sendiri untuk membantu
menyelesaikan masalah penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan murid tahun 2 Berlian.
Masalah ini sering dihadapi oleh diri saya dan rakan-rakan guru yang mengajar dalam bahasa
inggeris. Pelbagai alternatif perlu dilakukan agar objektif pdp dapat dicapai dengan jayanya
sekaligus melahirkan pelajar yang petah berbahasa inggeris. Tinjauan awal telah dilakukan
dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan ujian Diagnostik. Sikap negatif yang ketara
saya dapati adalah kerana sikap ’malas’ dan juga kerana murid memikirkan bahasa ibunda
sudah cukup bagi mereka sedangkan bahasa inggeris adalah bahasa pertama di dunia.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sebagai Guru Bahasa Inggeris SKTTA2, saya dapati masih terdapat ramai murid kurang
mahir dalam menulis rumi atau mengeja. Jadi, perkata ini lebih mencabar kerana pengusaan
bahasa inggeris memerlukan kemahiran asas yang kuat seperti mengeja dan menulis. Setelah
itu, daripada pemerhatian saya juga, penguasaan dan perkataan di dalam bahasa inggeris juga
sangat rendah. Ini menjadikan pencapaian mereka dalam matapelajaran Bahasa inggeris sangat
lemah.

Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan guru dan buku aktiviti bahasa
inggeris sahaja kurang berkesan kerana murid tidak boleh menguasai kemahiran menulis dan
membaca dengan betul.

Keputusan ujian PKSR Bahasa Inggeris bulan april 2019 telah menjadi bukti, dimana
terdapat ramai murid yang tidak dapat menjawab soalan dalam bahagian ini dengan betul dan
tepat.

Kesan daripada kelemahan tersebut, saya membuat keputusan untuk cuba melakukan
sesuatu supaya dapat memberi panduan serta kefahaman kepada murid agar mudah
menguasai bahasa inggeris dengan memberikan pembelajaran lebih efektif dan menarik agar
ianya menjadi mudah dan ringan kepada murid.

2. Fokus Kajian

Cadangan kajian ini adalah sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua murid
SKTTA2 menguasai pembacaan dan penulisan bahasa inggeris menjelang 2023. Cadangan kajian ini
juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P, kesediaan pelajar, motivasi untuk setiap pelajar
dan sukatan pelajaran sedia ada.

Cadangan kajian ini adalah sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris bagi memastikan penguasaan bahasa inggeris
dalam kalangan pelajar lebih baik dari sebelumnya untuk kemudahan mereka ketika memasuki
universiti sekaligus ketika berada di alam pekerjaan.

Diharapkan cadangan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan bahasa inggeris
dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah 2, Johor Bahru dan akan
menjadikan SKTTA2 sebagai sekolah mahir menulis dan membaca dalam bahasa inggeris menjelang
2023.
Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan bahasa inggeris di peringkat
sekolah rendah dan ditekankan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan murid tahu betapa
pentingnya bahasa inggeris untuk masa akan datang.

3. Objektif Kajian

a. Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah berkesan untuk meningkatkan
penguasaan menulis dan membaca dalam bahasa inggeris dalam kalangan generasi
baru.

b. Objektif Khusus
Objektif khusus yang hendak dicapai di dalam cadangan kajian ini ialah :
i. Meningkatkan tahap penguasaan mengenalpasti perkataan perkataan
mudah yang digunakan dalam kehidupan seharian dalam kalangan
murid Tahun 2.
ii. Meningkatkan tahap kemahiran menulis dan mengeja bahasa inggeris
dalam kalangan murid-murid Tahun 2.
iii. Meningkatkan tahap penguasaan murid Tahun 2 menulis perkataan dan
membaca dalam bahasa inggeris.
iv. Mengenalpasti punca-punca murid-murid Tahun 2 tidak dapat
menguasai bahasa inggeris dengan sempurna.

4. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid Tahun 2 Berlian Sekolah Kebangsaan
Taman Tun Aminah 2 (SKTTA2) yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 6 orang murid
perempuan. Murid-murid ini mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam konteks membaca dan
menghafal perkataan dalam bahasa inggeris serta menulis dengan sempurna.

5.Pelaksanaan Kajian

c. Tinjauan Masalah
i. Pemerhatian
Sepanjang pemerhatian saya terhadap murid Tahun 2 Berlian, mereka
kurang berminat mempelajari Bahasa Inggeris. Bagi mereka, tulisan Jawi
sukar untuk disebut dan memandang ringan dengan tidak mempelajarinya
dengan bersungguh-sungguh.
ii. Ujian
Keputusan Ujian PKSR murid 2 Berlian kurang memberangsangkan,
terutama bahagian menulis dan membaca.

d. Analisis Tinjauan Masalah

i. Pemerhatian
Semasa saya menyuruh murid mengeja sukukata, murid kurang berani
untuk
menyebut kerana dibimbangi salah. Apabila diminta menulis, mereka keliru
kerana mengeja dalam bahasa inggeris berbeza dengan Bahasa Melayu.
Sebagai contoh huruf k dan c. Contoh perkataan ‘clever’.

ii. Ujian
Markah Ujian terutamanya bahagian menyusun huruf dalam bahasa Inggeris
menunjukkan murid tidak mahir dalam mengeja, menyambung, dan
membaca dengan baik. Hasil analisis menunjukkan murid bermasalah dalam
menentukan ejaan yang betul.
e. Tindakan Yang Dijalankan

Berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh murid tahun 2 Berlian


terhadap
penguasaan Bahasa Inggeris, terdapat 2 aktiviti pilihan yang dilaksanakan.
Aktiviti 1 : Perlaksanaan Kaedah ‘4M’
Aktiviti 2 : Rakan Bantu Rakan (R&R)

Aktiviti pertama ialah : “Perlaksanaan Kaedah ‘4M’

4M bermaksud :

M1 – Menyebut : Iaitu menyebut sukukata mudah


M2 – Memadan : Iaitu memadankan perkataan-perkataan yang dipisahkan
sukukatanya.
M3 – Mengeja : Iaitu mengeja semula secara berulang kali.
M4 – Menulis : Iaitu menulis semula sambil mengeja perkataan yang mudah.

Aktiviti kedua ialah : “Rakan Bantu Rakan”.

Teknik pertama yang dilakukan dalam kaedah ini ialah dengan mengenal
pasti kebolehan pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar yang dikenal pasti mempunyai
penguasaan bahasa inggeris yang lebih baik akan dilantik menjadi ketua. Dalam
kaedah ini, ketua yang dilantik akan diberikan tugas. Tugas tersebut adalah
memastikan arahan yang disampaikan oleh guru difahami dan dikuasai sepenuhnya
oleh anak buah mereka. Sebagai seorang ketua, mestilah bertanggungjawab akan
melaporkan prestasi dan hasil daripada setiap aktiviti yang dijalankan yang mana
merangkumi :
a) Penggunaan buku Kaedah Penguasaan Bahasa Inngeris 1&2
b) Penggunaan buku Kaedah Mudah membaca perkataan Bahasa Inggeris

f. Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian

Pelaksanaan Aktiviti 1 :“Perlaksanaan Kaedah ‘4M’

4M bermaksud :

M1 – Menyebut : Iaitu menyebut sukukata mudah


M2 – Memadan : Iaitu memadankan perkataan-perkataan yang dipisahkan
sukukatanya.
M3 – Mengeja : Iaitu mengeja semula secara berulang kali.
M4 – Menulis : Iaitu menulis semula sambil mengeja perkataan yang mudah.

Murid 2 Berliam diminta menyebut sukukata yang berada pada papan putih.
Setiap murid menyebut sukukata berbeza. Kemudian, 10 orang murid tersebut perlu
memadankan perkataan-perkataan yang dipisahkan sukukatanya pada lembaran
kerja yang diedarkan. Setelah selesai, mereka diminta mengeja semula secara
berulang kali perkataan-perkataan yang mudah itu. Murid diminta mengeja sukukata
yang telah bersambung di hadapan guru. Sekiranya sukukata yang disebut betul,
murid dikehendaki menulis semula sambil mengeja perkataan-perkataan yang telah
disambung.

Hasil pemerhatian, didapati bahawa 4/10 orang murid gagal menguasai dengan
betul. Cara mengeja berulang kali sehingga betul dapat dikuasai oleh murid dengan baik.
Kaedah pengulangan mengeja membantu murid untuk lebih fokus dan meneliti cara sebutan
yang betul. Murid menulis dengan baik sukukata yang disebut oleh mereka.
Pelaksanaan Aktiviti 2 : ”Rakan Bantu Rakan”

Teknik pertama yang dilakukan dalam kaedah ini ialah dengan mengenal
pasti kebolehan pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar yang dikenal pasti mempunyai
penguasaan Bahasa Inggeris yang lebih baik akan dilantik menjadi ketua. Dalam
kaedah ini, ketua yang dilantik akan diberikan tugas. Tugas tersebut adalah
memastikan arahan yang disampaikan oleh guru difahami dan dikuasai sepenuhnya
oleh anak buah
mereka. Sebagai seorang ketua, mestilah bertanggungjawab akan melaporkan
prestasi dan hasil daripada setiap aktiviti yang dijalankan yang mana merangkumi :
a) Penggunaan buku Kaedah mudah baca Bahasa Inggeris 1&2
b) Penggunaan buku Kaedah mudah mengeja Bahasa Inggeris

Hasil pemerhatian menunjukkan murid gembira belajar dengan rakan mereka


yang bertindak sebagai ketua. 8/10 orang murid 2 Berlian meningkat dari segi
pencapaian menguasai bahasa Inggeris.

g. Refleksi Kajian

Aktiviti 1 :“Perlaksanaan Kaedah ‘4M’

Hasil pemerhatian, didapati bahawa 4/10 orang murid gagal menyambung perkataan
Bahasa Inggeris dengan betul. Cara mengeja berulang kali sehingga betul dapat dikuasai oleh
murid dengan baik. Kaedah pengulangan mengeja membantu murid untuk lebih fokus dan
meneliti cara sebutan yang betul. Murid menulis dengan baik sukukata yang disebut oleh
mereka.
Dapatan daripada aktiviti yang dijalankan, murid perlu sentiasa didedahkan dengan
perkataan Bahasa Inggeris supaya mereka tidak keliru untuk menyambung huruf dengan betul.
Latihan mengeja secara berterusan membantu murid untuk lebih cenderung memperbaiki
kelemahan yang sedia ada.

Aktiviti 2 : ”Rakan Bantu Rakan”

Hasil pemerhatian menunjukkan murid gembira belajar dengan rakan mereka


yang bertindak sebagai ketua mereka. 8/10 orang murid 2 Intan meningkat dari segi
pencapaian membaca dan mengeja perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.
Dapatan daripada aktiviti yang dijalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini
berjaya membantu murid menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Namun, kaedah
yang pelbagai perlu difikirkan bagi menarik perhatian murid supaya lebih
bersemangat bahasa pertama dunia ini.

h. Cadangan Kajian Seterusnya


Oleh sebab kajian yang telah saya jalankan tidak mencapai 100% berjaya,
maka saya akan menggunakan tindakan / aktiviti-aktiviti lain untuk menangani isu ini.

i. Bibliografi

1. Manjin Gill, Matishwar Kaur & Kan Yuet Yee. (2003). English Year 2 Sekolah
Kebangsaan Textbook. Dewan Bahasa Dan Pustaka
2. Manjin Gill, Matishwar Kaur & Kan Yuet Yee. (2003). English Year 2 Sekolah
Kebangsaan Activity Book. Dewan Bahasa Dan Pustaka

Potrebbero piacerti anche