Sei sulla pagina 1di 2

SEK KEB (2) SIMPANG LIMA, KLANG

MINIT MESYUARAT TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


BIL : 1/ TAHUN :2019

Tarikh :29 Disember 2018

Masa :10.00 pagi

Tempat : Bilik Gerakan SK (2) Simpang Lima, Klang

Kehadiran :

1. En. Mohd Fairuz Bin Mohamad Sahid


2. En. Mohd Muazzin bin Simon
3. Pn. Muliati Sofa Binti Mohd Hafid
4. Pn. Jeyanthi a/p Ramasamy
5. Pn Jamilah Binti Md Din

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 En. Mohd Fairuz sebagai Ketua Guru Penasihat SK 2 Simpang Lima 2019
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana hadir pada mesyuarat
Badan Beruniform TKRS 2019 kali pertama.

1.2 En. Mohd Fairuz menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah bagi pihak guru besar
dan barisan pentadbir kepada semua guru penasihat TKRS sekolah kerana buat
pertama kalinya pasukan TKRS sekolah ini mendapat kejayaan memenangi Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum daerah Klang di SJK (C) Kong Hoe selaku Pasukan
TKRS Terbaik PPD Klang.
Tindakan : semua guru penasihat TKRS

2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Pencadang : Pn. Muliati Sofa


2.2 Penyokong : En. Mohd Muazzin

3.0 Perkara Berbangkit

Tiada

4.0 Perkara Baharu

4.1 Pengerusi memaklumkan secara ringkas tentang Perancangan Strategik dan Pengagihan
Tugas Guru Penasihat bagi tahun 2019.
Tindakan : Setiausaha & semua guru penasihat
4.2 Guru-guru boleh merujuk takwim dan tuagsan 2019 untuk maklumat yang lebih lanjut.

Tindakan : Setiausaha & semua guru penasihat

4.3 Guru Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan kerjasama semua guru semasa
aktiviti dijalankan supaya semua murid dapat melibatkan diri secara aktif.

Tindakan : semua guru penasihat

5.0 Hal-hal lain

5.1 Pengerusi memohon kepada semua guru penasihat TKRS untuk bersama-sama mencari
kelemahan dan menambah baik daripada Projek Khas sedia ada iaitu Program “Ahli Aktif”
supaya dapat menarik lebih ramai Tunas Kadet untuk hadir dalam setiap aktiviti yang
disediakan.

Tindakan : semua guru penasihat

6.0 Penutup

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari

Disediakan oleh,

……………………………………

( JEYANTHI A/P RAMASAMY )


Setiausaha Guru Penasihat,
Tunas Kadet Remaja Sekolah,
SK (2) Simpang Lima, Klang.

Disahkan oleh,

………………………………………………

( MOHD FAIRUZ BIN MOHAMAD SAHID )


Ketua Guru Penasihat,
Tunas Kadet Remaja Sekolah,
SK (2) Simpang Lima, Klang.

Potrebbero piacerti anche