Sei sulla pagina 1di 4

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SEK KEB MELAKA PINDAH

BIL 2/ 2019

TARIKH : 03.07.2019

HARI : Rabu

MASA : 12.05 tengahari

TEMPAT : Bilik GPK Kokurikulum

KEHADIRAN :

1. En. Mohd Fahmy bin Harun

2. En. Abdul Latif bin Wappu

3. Pn. Zalina binti Jabar

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih atas kehadiran semua AJK Panitia
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Surah Al-Fatihah
1.2 Tahniah diucapkan di atas perlaksanaan aktiviti yang dijalankan

2. UCAPAN PIHAK PENTADBIR


( PUAN ZALINA BINTI JABAR –PK KOKURIKULUM)

2.1 Beliau mengucapkan juga ribuan terima kasih kehadiran guru matapelajaran dan
mesyuarat kali ke-2 yang dijalankan.
2.2 Beliau mengucapkan tahniah di atas aktiviti yang telah dijalankan dalam tahun ini
mengikut perbincangan dan pemilihan aktiviti dalam mesyuarat kali ke-1 sebelum ini.

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

3.1 Minit telah dibentangkan oleh En. Mohd Fahmy bin Harun selaku Ketua Panitia PJK.
Minit dicadangkan untuk disahkan oleh : En. Abdul Latif bin Wappu
Cadangan telah disokong oleh : Puan Zalina binti Jabar

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Kerosakan peralatan antaranya trampolin perlu dibaik pulih, kekurangan skital perlu
dibuat penambahan, dan bilngan bola perlu dipelbanyakkan kerana ia merupakan
antara peralatan penting yang diguna pakai dalam PDPC PJ.
4.2 Segelintir murid dalam kelas 3 Intelek antara murid yang telah dikenalpasti 3 orang
murid sentiasa tidak menyiapkan kerja sekolah dan sentiasa juga kehilangan buku
latihan.

5. LAPORAN KEWANGAN

5.1 Baki wang berakhir 2019 sebanyak RM 900 peruntukan terkini dimana pembentangan
dan makluman oleh Guru Besar dalam mesyuarat pengurusan 4/7/2019
( Jumlah sebenar masih belum dapat dikenalpasti ) dan belian peralatan masih belum
dipergunakan lagi.
5.2 Panitia membincangkan untuk membeli peralatan dengan lebih menumpukan kepada
peralatan PDPC PJK, antaranya seperti penambahan skital, tilam besar gimnastik,
penambahan raket, bola sepak dan bola softbol. Semua belian tertakluk kepada jumlah
harga sebenar setiap peralatan

Tindakan dan makluman : Ketua Panitia PJK – En. Mohd Fahmy bin Harun

6. PERKARA YANG DIBINCANGKAN.

6.1. Belian peralatan tertumpu kepada peralatan PDPC PJK.

6.1.1 Bagi Pendidikan Jasmani :


(anggaran perbelanjaan dan jumlah bilangan peralatan) – Skital ( 4 unit ), Tilam
besar gimnastik ( 1 unit ), Raket ( 2 batang ), Bola softbol ( 2 biji ) dan bola
sepak ( 3 biji ), bola tampar ( 2 biji ).
6.1.2 Bagi pendidikan kesihatan :
Carta kesihatan mengikut sukatan dan modul setiap tahun

Tindakan dan makluman : Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

6.2 Pemantauan Jabatan Pelajaran Melaka/Pejabat Pendidikan Daerah Alor


Gajah/Nazir Persekutuan /Unit Perkhidmatan KPM

6.2.1 Pemantauan pegawai daripada PPD dalam bulan Mei adalah berkaitan dengan
penumpuan perlaksanaan PDPC yang lebih berkesan berteraskan KBAT,
pelaporan PBD, RPH 2019 yang terkini dan susulan DSKP dalam PDPC
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
6.3 Rancagan Pengajaran Harian Pendidikan Kesihatan.

6.3.1 Semua guru Matapelajaran wajib menggunakan DSKP dan Panduan / Modul
dalam rujukan perlaksanaan PDPC setiap hari.

Tindakan dan makluman : Semua Guru Matapelajaran PJK

7. PERANCANGAN AKTIVITI 2019

7.1 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ).

7.1.1 Program segak berfokuskan kepada murid tahap 2 terutama yang mengalami
obesiti.
7.1.2 Program SEGAK 1 penggal 1 telah selesai dilaksanakan dan data rekod
maklumat segak setiap murid telah diisikan dalam Online Segak dan Buku
PAJSK.

Tindakan dan makluman : Guru matapelajaran tahap 2

7.2 Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah ( PBD ).

7.2.1 Guru matapelajaran perlu mengisikan pelaporan PBD secara ofline dan mengikut
kemahiran dan kriteria penguasaan murid dengan tepat.

Tindakan dan makluman : Guru matapelajaran PJK

7.3 Penilaian ( Peperiksaan ).

7.3.1 Dalam peperiksaan PKSR 1 –

1. Bagi tahun 6 - Gred A : sebanyak 23 orang peratusan


67.64%, Gred B : sebanyak 9 orang peratusan 26.47%, Gred C : sebanyak 1 orang
peratusan 2.94% dan Gred D : 1 orang peratusan 2.94% dengan keseluruhan
menguasai 100% GPMP 1.41.

2. Tahun 5 Inovatif : Gred A : 1 orang peratusan 5.00%, Gred B : sebanyak


4 orang peratusan 20.00%, Gred C : sebanyak 5 peratusan 25.00% dan Gred D : 10
orang peratusan 50.00% dengan keseluruhan menguasai 100% GPMP 3.20.

3. Tahun 5 Intelek : Gred A : tiada rekod, Gred B : tiada rekod, Gred C : sebanyak 7
peratusan 43.75% dan Gred D : 9 orang peratusan 56.25% dengan keseluruhan
menguasai 100% GPMP 3.56
4. Tahun 4 : Gred A : sebanyak 2 orang peratusan 8.00%, Gred B 4 orang peratusan
16.00%, Gred C 10 orang peratusan 40.00% dan Gred D sebanyak 9 orang peratusan
36.00% dengan keseluruhan menguasai 100% GPMP 3.04.

Tindakan dan makluman : Guru matapelajaran PJK

7.4 Stor, peralatan dan keceriaan.


7.4.1 Bagi tahun 2019, Peralatan dikemaskini , peralatan yang rosak telah diasingkan,
diperbaiki dan akan ditambah dengan peralatan yang baru.
7.4.2 Semua guru mestilah sentiasa mengutamakan keselamatan semasa mengambil
peralatan di dalam stor sukan. Pastikan guru mengiringi murid semasa mengambil dan
menghantar peralatan stor sukan. Hanya 2 orang murid sahaja yang boleh mengambil
dan menghantar alatan .
7.4.3 Semua guru hendaklah memastikan peralatan sukan disimpan dengan baik dan
ditempat semasa PDPC PJK dan waktu Kokurikulum.

Tindakan dan makluman : Guru matapelajaran PJK dan Semua Guru SKMP

7.5 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani.


7.5.1 Guru matapelajaran dan murid memakai pakaian yang lengkap dan betul mengikut
pekeliling Jabatan Pelajaran Melaka ( pemakaian sukan dalam PDPC PJK )

Tindakan dan makluman : Guru matapelajaran PJK


8. HAL-HAL LAIN
8.1 Program senamrobik telah dilaksanakan dan dilakukan sepanjang minggu 4 setiap bulan
daripada bulan Januari hingga Jun bagi penggal 1 dan diteruskan bagi penggal 2 daripada
bulan Julai hingga Disember.

Tindakan dan makluman : Semua guru panitia PJK

9. PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 1.35 petang dengan ucapan
terima kasih kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

………………………………………… ……………………………………

( En. Mohd Fahmy bin Harun) ( Puan Zalina binti Jabar )


Ketua panitia, GPK Kokurikulum
Panitia Pend. Jasmani dan kesihatan.

Potrebbero piacerti anche