Sei sulla pagina 1di 12

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DUSUN NYIOR

SEREMBAN NEGERI SEMBILAN


018/1 - SAINS TAHUN 5
UJIAN 1 / 2019

Nama : …………………………………. Tahun 5 : ……………….

Kertas soalan ini mempunyai 40 soalan dan 4 saranan jawapan A,B , C dan D. Pilih satu
jawapan yang paling tepat sahaja.

1. Antara langkah berikut, yang manakah perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum
menjalankan eksperimen?

A Membuat hipotesis C Menentukan pemboleh ubah


B Merancang eksperimen D Menyenaraikan alat dan bahan

2. Rajah 1 menunjukkan bacaan termometer .

Rajah 1
Antara berikut, yang manakah menunjukkan bacaan yang betul ?

A 30oC C 36oC
B 33oC D 38oC

3. Rajah 2 menunjukkan satu situasi di bilik Sains.

Rajah 2

Apakah kemahiran manipulatiif yang di tunjukkan itu ?

A Melakarkan peralatan sains.


B Membersihkan peralatan sains.
C Mengendalikan peralatan sains.
D Menyimpan peralatan sains
4. Jadual 1 menunjukkan hasil pemerhatian seorang murid di dalam suatu eksperimen.

Masa ( minit ) Suhu ( o C )


1 22
2 24
3 26
4 28
Jadual 1

Apakah pola bacaan suhu yang ditunjukkan dalam Jadual 1?


A Menaik C Mengelas
B Menurun D Mendatar dan menurun

5. Jadual 2 menunjukkan bilangan kes demam denggi di empat daerah di Kuala Lumpur
sehingga Oktober 2015.
Daerah Bilangan Kes
P 16
Q 8
R 4
S 4
Jadual 2
Apakah inferens yang boleh dibuat tentang daerah yang mempunyai kes demam
denggi yang paling tinggi?

A Daerah P mencatatkan kes demam denggi tertinggi.


B Banyak tempat pembiakan nyamuk aedes di daerah P.
C Bilangan kes demam denggi semakin meningkat.
D Daerah R dan S mencatatkan bilangan kes demam denggi yang sama banyak.

6. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kemahiran manipulatif semasa


menjalankan eksperimen?

A Merancang eksperimen.
B Mengumpul data.
C Membuat laporan lengkap.
D Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.

7. Antara aktiviti berikut, yang manakah merupakan kemahiran manipulatif yang


diaplikasikan di rumah?

A Melihat televisyen.
B Mengukur panjang langsir.
C Menyusun buku-buku di rak.
D Mengelaskan sampah yang hendak dibuang.

2
8. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peraturan bilik Sains?

A Membawa makanan ke bilik Sains.


B Masuk ke bilik Sains tanpa izin guru.
C Membuang bahan terbakar ke dalam tong sampah.
D Tidak menghidu, merasa dan menyentuh sebarang bahan di dalam bilik Sains
tanpa izin guru.

9. Antara alatan berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menyukat isi padu jus
oren?
A Pembaris C Mikroskop
B Termometer D Silinder penyukat

10. Apakah kesan yang akan berlaku jika murid makan di bilik Sains?

A Murid itu mengalami kecederaan.


B Murid itu mengalami keracunan makanan.
C Bilik Sains akan dipenuhi tikus.
D Bilik Sains tidak selamat digunakan lagi.

11. Antara deria berikut, yang manakah digunakan semasa mengendalikan eksperimen
yang melibatkan bahan berasid, bahan beralkali dan bahan neutral?

A Bau dan penglihatan. C Penglihatan dan rasa.


B Rasa dan pendengaran. D Penglihatan dan pendengaran.

12. Antara aktiviti berikut, yang manakah menggunakan kemahiran mengukur dan
menggunakan nombor?

A C

B D
13. Rajah 3 menunjukkan aktiviti seorang murid di dalam bilik sains?

Rajah 3
Apakah kemahiran proses sains yang dipraktikkan oleh murid tersebut?

A Mentafsir data C Membuat hipotesis


B Memerhati D Mengelas

14.
Sara ditegur oleh gurunya disebabkan dia membiarkan rambut
panjangnya tidak diikat rapi semasa memasuki bilik Sains.

Mengapakah gurunya berbuat demikian?

A Supaya Sara nampak lebih kemas.


B Untuk mengelakkan api penunu Bunsen menyambar rambutnya semasa
menjalankan eksperimen.
C Supaya Sara senang bergerak ke bilik Sains.
D Supaya Sara lebih senang melakukan eksperimen.

15. Fara ingin menjalankan penyiasatan mengenai sifat cecair. Apakah yang perlu
dilakukan oleh Fara sebelum menjalankan eksperimen tersebut?

A Merancang eksperimen. C Mengumpul data.


B Menjalankan eksperimen. D Membuat kesimpulan.

16. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang haiwan dan ciri khasnya?

Haiwan Ciri khas


A Ikan buntal Mempunyai sisik keras
B Sesumpah Menyamar diri
C Tenggiling Memutuskan anggota badan
D Kala jengking Berduri tajam

4
17. Rajah 4 menunjukkan tiga jenis haiwan.

X Y Z

Rajah 4
Antara berikut yang manakah benar tentang ciri khas yang dipunyai haiwan-haiwan ini
untuk melindungi dirinya daripada musuh?

X Y Z
A Menyamar Bertanduk Duri tajam
B Bertanduk Sisik keras Duri tajam
C Bertanduk Duri tajam Sisik keras
D Menyamar Bertanduk Bercangkerang

18. Apakah tingkah laku khas yang dilakukan oleh kerbau bagi melindungi diri daripada
cuaca melampau?

A Berjemur di bawah cahaya matahari.


B Berendam di dalam lumpur.
C Berteduh di bawah pokok.
D Minum air dengan banyak.

19. Rajah 5 menunjukkan sekumpulan ikan .

Rajah 5
Mengapakah ikan itu hidup secara berkumpulan?

A Untuk mendapatkan makanan. C Untuk proses pembiakan.


B Untuk menakluk kawasan. D Untuk melindungi diri dari musuh
20. Rajah 6 menunjukkan satu cara haiwan melindungi diri dari musuh.

Rajah 6

Apakah haiwan lain yang mempunyai tingkah laku yang sama seperti haiwan di atas?

A Ulat gonggok C Kura-kura


B Lipan D Sotong kurita

21. Rajah 7 menunjukkan helang dan kura-kura yang tinggal di kawasan yang sama.

Rajah 7

Apakah tingkah laku khas yang dimiliki oleh kura-kura apabila diancam musuh?

A Hidup dalam kumpulan C Menyamar


B Memutuskan ekor D Memasukkan anggota badan
ke dalam cangkerang keras
22. Rajah 8 menunjukkan dua jenis haiwan.

Rajah 8
Apakah persamaan yang terdapaat pada haiwan-haiwan di atas untuk berlindung
daripada cuaca melampau?

A Mempunyai lapisan kulit yang nipis.


B Mempunyai lapisan kulit yang tebal.
C Bermigrasi ke kawasan lebih sejuk.
D Bermigrasi ke kawasan lebih panas.

6
23. Maklumat berikut menunjukkan beberapa tingkah laku khas yang terdapat pada haiwan.

 Berhibernasi
 Menyamar
 Bermigrasi

Apakah kepentingan tingkah laku khas di dalam maklumat di atas?

A Untuk haiwan membiak. C Untuk haiwan bernafas.


B Untuk haiwan melindungi diri. D Untuk haiwan bergerak.

24. Antara yang berikut, yang manakah tingkah laku haiwan bagi melindungi diri
daripada cuaca panas melampau?

A Berhibernasi C Bermigrasi
B Berendam dalam lumpur D Lemak yang tebal

25. Apakah yang dimaksudkan dengan kemandirian spesies?

A Keupayaan hidupan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau.


B Keupayaan hidupan untuk melindungi diri daripada musuh.
C Keupayaan hidupan untuk mendapatkan makanan untuk anak-anaknya.
D Keupayaan hidupan untuk mengekalkan spesiesnya daripada kepupusan.

26. Antara haiwan berikut, yang manakah menjaga telurnya?

A B C D

27. Haiwan X menjaga anaknya dengan cara membawa anaknya di dalam mulut.

Haiwan X ialah ……………………………………

A Buaya
B Kanggaru
C Sotong kurita
D Gajah
28. Rajah 9 menunjukkan beberapa haiwan yang dikumpulkan kepada dua kumpulan
berdasarkan kategori X.

monyet penyu
kelawar belalang
kanggaru itik

Rajah 9
Apakah kategori X itu?

A Cara haiwan melindungi diri. C Cara haiwan bernafas.


B Cara haiwan membiak. D Cara haiwan bergerak.

29. Berikut adalah maklumat haiwan P.

Haiwan P
 Bertelur banyak.
 Telur diselaputi lendir.
 Telur mempunyai bau yang busuk.

Apakah haiwan P ?

A B C D

30. Rajah 10 menunjukkan satu tingkah laku haiwan.

Rajah 10

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tingkah laku haiwan di atas?

A Penyamaran haiwan C Kepupusan haiwan


B Pembiakan haiwan D Kemandirian haiwan

8
31. Berikut adalah maklumat haiwan Y.

Haiwan Y
 Melahirkan anak.
 Menyusukan anak.
 Menyerang apabila anaknya diserang.

Apakah haiwan Y ?

A B C D

32. Rajah 11 menunjukkan sekumpulan monyet.

Rajah 11

Apakah kepentingan situasi di atas?

A Memastikan kemandirian spesies monyet.


B Memastikan anak-anak monyet sentiasa cergas.
C Memastikan monyet mendapat bekalan makanan yang cukup.
D Memastikan monyet dapat menjaga anaknya.

33. Antara yang berikut, manakah betul menerangkan rantai makanan?

A Gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.


B Interaksi antara hidupan yang sama spesies.
C Hubungan makanan antara hidupan.
D Penghasilan makanan sendiri oleh semua hidupan.
34. Rajah 12 menunjukkan hubungan makanan antara hidupan di sawah padi.

Padi Tikus  Ular Helang

Rajah 12

Apakah persamaan antara ular dan helang?

A Kedua-duanya makan tumbuhan dan haiwan.


B Kedua-duanya makan tumbuhan sahaja.
C Kedua-duanya merupakan pengeluar.
D Kedua-duanya merupakan pengguna.

35. Rajah 13 menunjukkan rantai makanan di suatu habitat.

Daun  Rusa  Harimau

Rajah 13
Apakah habitat itu ?

A Hutan C Sawah padi


B Kebun sayur D Kolam

36. Berikut adalah maklumat hidupan yang tinggal di padang rumput

Habitat : Padang Rumput


 Rumput
 Ulat beluncas
 Burung helang
 Burung pipit
 Ular

Antara rantai makanan berikut, yang manakah boleh dibina daripada maklumat di atas?

A Ular Burung helang Ulat beluncas Burung pipit Rumput

B Burung helang Burung pipit Ulat beluncas Rumput Ular

C Rumput Ulat beluncas Burung pipit Ular Burung


helang

D Rumput Ulat beluncas Burung helang Ular Burung


pipit

10
37. Rajah 14 menunjukkan empat jenis hidupan dalam suatu habitat.

Rajah 14
Berapakah bilangan pengguna dalam habitat di atas ?

A Satu C Tiga
B Dua D Empat

38. Rajah 15 menunjukkan aktiviti bagi dua jenis haiwan.

Rajah 15
Apakah kesimpulan paling tepat tentang aktiviti haiwan tersebut.

A Haiwan tersebut mempunyai cara pembiakan yang sama.


B Haiwan tersebut memberi makan kepada anaknya.
C Haiwan tersebut bersaing sesama sendiri.
D Haiwan tersebut memastikan kemandirian spesiesnya.

39. Rajah 16 menunjukkan satu rantai makanan di suatu habitat.

Rajah 16
Apabila haiwan X muncul di habitat itu, bilangan harimau bertambah, manakala
bilangan kambing berkurang. Apakah haiwan X ?

A Rusa C Helang
B Serigala D Beruang
40. Rajah 17 menunjukkan satu rantai makanan di suatu habitat

Padi  Q  Ular  Helang

Rajah 17
Antara haiwan berikut , yang manakah mewakili haiwan Q.

A Tikus C Belalang
B Beluncas D Kambing

==============================================================

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MARYATI BT MAHAROFF) (NOOR FAZIDAH BINTI HASHIM)


PENGGUBAL SOALAN SAINS KETUA PANITIA SAINS
TAHUN 5

Disahkan,

12

Potrebbero piacerti anche