Sei sulla pagina 1di 7

SJK (T) SARASWATHY,

JALAN TIONG, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

KALI KETIGA BAGI SESI 2018

TARIKH : 18.07.2018 (Rabu)

MASA : 11.30 pagi

TEMPAT : Bilik Frog Vle

KEHADIRAN : Jumlah hadir : 10/10 orang

Senarai Guru Hadir :

1. En.S.Selledorai (Guru Besar)

2. Pn.V.Selvanayagi (Penolong Kanan Pentadbiran)

3. En S.Jayasangar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

4. Pn S.Kogila (Penolong Kanan Kokurikulum)

5. Pn G.Geetha (Penolong Kanan Petang)

6. Pn.P.Tulasi (Setiausaha Hal Ehwal Murid)

7. PnL.Anita (Penyelaras Kantin)

8. Pn.K.Gomathi

9. Pn.K.Gavita

10. Pn.R.Kala Devi


Ucapan Aluan Pengerusi

1. En.S.Selledorai selaku Guru Besar mengalu-alukan semua ahli jawatankuasa kantin


SJK(T) Saraswathy ke Mesyuarat Pengurusan Kantin kali ketiga bagi sesi 2018.
2. Beliau berharap keceriaan kantin dapat dipertingkatkan lagi.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
3. Penolong kanan HEM mengharapkan apa jua perkara yang diminitkan tindakan perlu
diambil dengan segera.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Membincang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

4. Minit mesyuarat Pertama sesi 2018 telah dibentangkan dan disahkan dengan:
Dicadang oleh : Pn.K.Gomathi
Disokong oleh : Pn.K.Gavita
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Perkara -perkara Berbangkit.

5. Penolong Kanan HEM memberitahu bahawa keceriaan dan kebersihan kantin masih di
tahap yang sama, diharap ada penambahbaikan.
6. Beliau juga menyarankan guru bertugas setiap minggu menitikberatkan kebersihan kantin.
7. Beliau berharap guru bertugas berada di tempat bertugas pada watu yang tepat bagi
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Makluman: Pengusaha Kantin dan Ahli Jawatankuasa Kantin
8. Penolong Kanan HEM menyatakan bahawa guru mingguan bertugas kantin harus lebih
prihatin dan bertanggungjawab terhadap tugas masing masing.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
9. Setiausaha HEM Pn Thulasi, menyatakan disiplin kantin selepas waktu rehat harus
diutamakan terutamanya pada waktu rehat sesi petang.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
10. Guru Besar meminta guru yang bertanggungjawab unit RMT dan Kantin harus memeriksa
kebersihan kantin termasuk dapur dan stor dan menulis laporan di buku laporan mingguan.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
Senarai Harga Makanan Murid & Guru

11. Penolong Kanan Hem menyatakan bahawa terdapat banyak aduan daripada pihak PIBG
mengenai harga makanan kantin. Oleh itu, pihak kantin harus diminta untuk memaparkan
harga makanan setiap hari mengikut menu yang dimasak. Harga makanan yang dijual
kepada murid terutamanya nasi lemak adalah tidak berpatutan. Guru guru bertugas dan
AJK kantin diminta memantau penjualan makanan kepada murid kerap kali.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
12. HEM juga menytakan bahawa pihak kantin harus memastikan murid menerima baki
selepas membeli makanan. Ini kerana, terdapat beberapa aduan dari PIBG bahawa murid
membayar lebih dan tidak mendapat baki mereka.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
13. Guru Besar memberitahu pengusaha kantin harus mengikut harga makanan tender
sepertimana ditandatangani pada awal tahun. Sebarang perubahan menu dan harga pihak
kantin harus memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu.
Makluman:Pengusaha Kantin dan Ahli Jawatankuasa Kantin
14. Setiausaha Hem juga menyatakan terdapat aduan bertulis daripada guru tentang harga
makanan kantin.
Makluman:Pengusaha Kantin dan Ahli Jawatankuasa Kantin
15. En.S.Jayasangar meminta penyelaras kantin dan ahli jawatankuasa kantin untuk
memastikan harga makanan dan minuman murid selaras dengan harga makanan dan
minuman murid yang dinyatakan dalam perjanjian kantin 2017/2018.
Tindakan : Penyelaras Kantin

Laporan Guru Bertugas Kantin

16. Pn.L.Anita menyatakan buku laporan kantin ditulis setiap minggu dan guru yang
bertanggungjawab memantau kebersihan dan keadaan kantin setiap minggu. Namun,
laporan yang ditulis tidak menunjukkan sebarang ketidakpuasan dan aduan tentang pihak
kantin.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin
17. En. Jayasangar meminta guru yang bertanggungjawab menulis buku laporan harus menulis
setiap perkara yang dipantau. Ini, kerana buku laporan ini penting jika timbulnya sebarang
aduan terhadap pihak kantin. Beliau meminta buku laporan harus ditulis dan diserahkan
kepada HEM pada setiap hari Khamis.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin
18. Mengikut pemantauan yang dilakukan, kawasan mencuci pinggan mangkuk kurang
memuaskan kerana sistem aliran paip yang tersumbat dan berbau busuk. Ini menyukarkan
pihak kantin menjalankan aktiviti harian mereka di kantin.
Tindakan : Pengusaha Kantin
19. Penolong Kanan Hem menyatakan kebersihan, keselamatan dan kemudahan kantin harus
dititikberatkan oleh pihak kantin.
Tindakan: Pengusaha Kantin
Keceriaan Kantin

20. En.S.Jayasangar memberitahu bahawa ahli jawatankuasa pengurusan kantin patut


mengambil langkah untuk menambahkan keceriaan di kawasan kantin. Guru-guru juga
patut melawat ke kantin sekolah lain untuk mendapatkan idea yang baik.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin
21. Setiausaha Hem menyatakan murid murid sesi petang harus dipantau oleh guru bertugas
mingguan supaya tidak merosakkan alas meja makan kantin terutamanya pada waktu rehat.
Guru bertugas pada setiap minggu harus menjelaskan kepada murid mengenai makanan
berkhasiat dan adab makan yang baik kepada murid.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin
22. En. Jayasangar memberitahu bahawa guru-guru harus mengambil inisiatif bagi memberi
pendedahan mengenai disiplin murid terutamanya pada waktu rehat. Beliau juga
menegaskan murid –murid harus berkelakuan sopan semasa membeli makanan di kantin.
23. Beliau juga menyatakan setelah beberapa kali ditegur, murid murid sesi petang kini lebih
berdisiplin semasa membeli makanan namun terlalu bising semasa makan.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin

Pakaian Pengusaha Kantin

24. Penolong Kanan Hem menyatakan bahawa pengusaha kantin harus memakai topi, apron
dan kasut semasa memasak dan menghidangkan makanan di kantin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
25. Beliau juga menyatakan kebersihan pakaian, makanan, perkakasan, lantai dan dinding
perlu dititikberatkan. Ini kerana pemantauan dari Kementerian Kesihatan akan
menitikberatkan perkara-perkara ini.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin

Jadual Waktu Rehat

26. En. Jayasangkar menyatakan jadual waktu telah diedarkan kepada pihak kantin pada awal
tahun dan sebarang perubahan di jadual akan disampaikan kepada pihak kantin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
27. Beliau juga telah meminta guru-guru yang bertanggungjawab harus memberitahu pihak
kantin lebih awal jika terdapat perubahan dalam waktu masa rehat.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Teguran Ibubapa
28. Penolong Kanan Hem menjelaskan bahawa sebarang teguran dan aduan daripada ibubapa
terhadap pengurusan kantin perlu direkodkan secara bertulis. Pihak sekolah tidak akan
mengambil tindakan jika aduan dan teguran tidak dibuat secara bertulis.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
29. Beliau juga menyatakan kali ini pihak sekolah telah menerima banyak aduan mengenai
harga makanan murid terutamanya nasi lemak daripada pihak ibu bapa. PK Hem berharap
selepas ini pihak kantin akan mengikut senarai harga makanan seperti di tender.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
30. Setiausaha HEM meminta guru bertugas kantin setiap minggu harus merekodkan
sebarang aduan ibu bapa dalam buku kantin tugasan migguan.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Laporan Kesihatan Pekerja


31. Setiausaha kantin menyatakan laporan kesihatan setiap pekerja telah dikumpul dan
disimpan di dalam fail kantin.
Tindakan: Penyelaras Kantin
32. Penolong Kanan Hem juga menyatakan pekerja baru harus diberi suntikan sebelum masuk
kerja. Jika pihak kantin gagal memberi surat kesihatan tentang suntikan kepada pihak
sekolah maka pihak sekolah berhak memberhentikan pekerja tersebut dengan serta merta.
Tindakan: Penyelaras Kantin
Laporan Pemantauan Kantin Pejabat Pelajaran Daerah KMY
33. Penolong Kanan Hem berharap guru-guru akan mencadangkan idea-idea yang bernas dan
berkesan bagi meningkatkan kualiti kantin SJK (T) Saraswathy supaya mandapat mencapai
tahap cemerlang dalam Laporan Pemantauan Kantin Pejabat Pelajaran Daerah KMY pada
tahun ini.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
34. Beliau juga memberitahu pegawai kesihatan akan datang ke sekolah pada bila bila untuk
melakukan pemantauan.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Hal-hal Lain
35. Penolong Kanan Hem juga menyatakan bahawa disiplin murid pada masa rehat
memuaskan. Guru bertugas mingguan dan ahli jawatankuasa pengurusan kantin harus
berkerjasama antara satu sama lain supaya bertugas di kantin pada waktu rehat di kantin
sekolah.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
36. Guru Besar meminta pihak kantin mengadakan satu pameran makanan kepada para ibu
bapa, guru dan murid supaya mereka tahu tentang harga makanan dan kuantiti makanan
yang dijual. Ini secara langsung akan mengeratkan hubungan di antara pihak kantin dengan
ibubapa, guru dan murid dan dapat menyelesaikan sebarang perselisihan faham.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
37. Penolong Kanan Hem menegaskan bahawa sebarang perkara berkaitan kantin harus
berurusan dengan En. Pathamah Kannan kerana beliau ialah pengusaha kantin yang
menandatangani perjanjian kantin dengan pihak sekolah. Pekerja kantin tidak harus
bercampur tangan dalam urusan kantin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
38. Penolong Kanan Hem juga menyatakan program kantin bagi tahun ini dijalankan seperti
yang dirancang. Beliau juga berharap semua ahli jawatankuasa kantin sekolah dapat
merancang aktiviti-aktiviti yang baik dan melaksanakannya secepat mungkin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________________ ___________________
(Anita Letchimoney) (En.S.Jayasangar)
Penyelaras Kantin Penolong Kanan HEM
SJK(T) Saraswathy SJK(T) Saraswathy

Potrebbero piacerti anche