Sei sulla pagina 1di 5

PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

SK PULAI
09100 BALING, KEDAH
__________________________________________________________________________

Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kali Pertama 2019

Tarikh : 17 Januari 2019


Hari : Rabu
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Wawasan, Sekolah Kebangsaan Pulai.

Kehadiran :

1. Encik Mohd Taufik Bin Alias (Ketua Panitia)


2. Puan Safinah Binti Md Isa (Setiausaha)
3. Encik Farid Azizi Bin Noh (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

Agenda :
1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara berbangkit
4. DSKP dan RPT tahun 4 hingga 6
5. Format RPH
6. Perancangan Tahunan/Aktiviti
7. Analisa peperiksaan akhir tahun dan PBS.
8. Peruntukan Kewangan Panitia
9. Hal-hal lain
10. Ucapan Penangguhan

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Tuan pengerusi mengucapkan salam
sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan semua guru atas kesudian menghadiri Mesyuarat
Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi kali yang pertama ini.

1.2 Tuan pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang masih kekal dalam
jawatankuasa Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada tahun ini.

1.3 Tuan pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang telah
menjalankan tugas dengan baik selama ini.
1.4 Meminta supaya semua guru memberi komitmen terhadap tugas walaupun TMK
bukanlah mata pelajaran wajib untuk peperiksaan UPSR.

1.5 Perlantikan AJK baharu untuk tahun 2019

1.5.1 Senarai AJK adalah seperti berikut:

Ketua Panitia : Encik Mohd Taufik Bin Alias

Setiausaha : Puan Safinah Binti Md. Isa

1.6 Ketua Panitia merangkap pengerusi mengucapkan tahniah kepada yang telah dilantik.

Tindakan: Makluman semua AJK

2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

2.1 Tiada

Tindakan: Makluman semua AJK

3.0 Perkara berbangkit


Tiada

4. 0 DSKP dan RPT tahun 3 hingga 6

4.1 Pengerusi memaklumkan DSKP dan RPT untuk semua tahun ada dalam simpanan
panitia TMK.

4.2 Diharap semua guru mempunyai DSKP dan RPT yang terkini.

4.3 Pengerusi juga mengedarkan silibus TMK untuk tahun 4 hingga 6 untuk dijadikan
panduan pengajaran.

Tindakan: Makluman semua AJK

5.0 Format RPH

5.1 Rancangan pengajaran tahunan berdasarkan format terkini dan telah diedarkan kepada
semua guru yang mengajar subjek RBT.
5.2 Format untuk rancangan pengajaran harian juga diselaraskan.
Tema:……………..
Tajuk:………………….
Standard Kandungan:…………………………
Standard Pembelajaran:……………………….
Objektif/Hasil pembelajaran:…………………….
Aktiviti:………………………..
EMK:………………………….

Refleksi:………………………….

5.3 RPT dan RPH boleh dimuat turun daripada internet seperti laman web sistemguruonline,
sumber pendidikan dan sebagainya.

5.4 Buat perubahan dan pengemaskinian jika perlu.

5.5 Tahap penguasaan dijadikan objektif pembelajaran.

Tindakan: Makluman semua AJK

6.0 Perancangan Tahunan/Aktiviti

6.1 Guru yang mengajar TMK mengikut kelas:

i) Tahun 4 dan 6 diajar oleh: Encik Mohd Taufik Bin Alias


ii) Tahun 5 diajar oleh: Puan Safinah Binti Md. Isa

6.2 Projek yang akan dilaksanakan :

Tahun Projek
4 Multimedia
5 Pangkalan Data
6 Animasi (Scratch)

6.4 Projek tersebut boleh dilaksanakan pada penggal ke dua.

6.3 Pembudayaan Frog VLE melalui panitia TMK di sekolah seperti:


i) PdP menggunakan platform Frog VLE

ii) Maklumat kurikulum dan kokurikulum diletakkan di dalam Frog VLE.

6.6 Sudut informasi, minggu TMK, Kuiz TMK, pertandingan mewarna, mencipta poster dan
sebagainya.
Tindakan :Makluman guru

7.0 Analisa peperiksaan akhir tahun dan PBS

7.1 Soalan peperiksaan hanya dibuat dua kali setahun iaitu peperiksaan pertengahan tahun
dan akhir tahun. Satu salinan dibuat untuk simpanan panitia.

7.2 Soalan diselaraskan dengan Bahagian A (Objektif) 30 soalan dengan markah 60 % dan
Bahagian B (Subjektif) 20 soalan dengan markah 40 % dan berjumlah 100 %.

7.3 Semua guru TMK diminta untuk menghantar markah peperiksaan bagi kelas yang
diajarkan pada selepas seminggu peperiksaan dijalankan untuk tujuan perekodan.

7.4 Semua guru TMK perlu merekod tahap penguasaan murid dalam modul pelaporan offline
untuk disimpan dalam fail PBS murid.

Tindakan: Makluman semua AJK

8.0 Peruntukan Kewangan Panitia

8.1 Peruntukan untuk Panitia TMK pada tahun ini ialah RM 254.13.

8.2 Segala pembelian hendaklah berurusan dengan pembantu tadbir.

8.2

Tindakan: Makluman semua AJK

9.0 Hal-hal lain.

9.1 Pengerusi meminta kerjasama semua guru supaya memastikan makmal berada dalam
keadaan bersih, kemas dan ceria.

9.2 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru supaya memastikan murid mematuhi
peraturan makmal. Antara peraturan makmal yang mestikan dipatuhi murid adalah :

I. Tidak dibenarkan membawa masuk beg ke dalam makmal.


II. Menasihati murid supaya datang ke makmal apabila waktu PdP TMK.
III. Meminta kebenaran untuk menggunakan cromebook di dalam makmal.
IV. Memastikan murid menjaga keselamatan diri semasa berada di dalam makmal. untuk
mengelak berlakunya kecederaan dan kemalangan.
9.3 Pengerusi memaklumkan bahawa guru mestilah merekodkan waktu penggunaan makmal,
kelas dan jumlah murid apabila menggunakan makmal di dalam buku rekod penggunaan
bengkel.

9.4 Jadual penggunaan makmal akan ditampal pada papan kenyataan di dalam makmal.

9.5 Minggu genap merupakan minggun untuk mata pelajaran RBT.

Tindakan : Setiausaha Panitia RBT dan TMK

10.0 Ucapan Penangguhan

Mesyuarat Panitia Reka bentuk dan Teknologi kali pertama 2019 ditangguhkan pada jam
2.45 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi majlis.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………… ……………………….
(SAFINAH BINTI MD ISA) (MOHD TAUFIK BIN ALIAS)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia TMK, Panitia TMK,
SK Pulai. SK Pulai.

Disahkan oleh,

………………………….

Potrebbero piacerti anche