Sei sulla pagina 1di 1

SITI MUNIRAH BINTI RAZALI 246364

MOVIE ADNAN SEMPIT (KESAN KEPADA PEKERJA DAN ORGANISASI)

Kesan kepada pekerja syarikat akibat daripada isu pertukaran CEO yang baru iaitu Adnan
Sempit yang tidak mempunyai latar pendidikan yang bagus menyebabkan sukar bagi Adnan untuk
memberi arahan kepada orang bawahannya. Hal ini kerana, CEO syarikat merupakan ketua dalam
organisasi dan memerlukan seorang yang bijak dan pandai menguruskan organisasi supaya setiap
masalah organisasi dapat diselesaikan dengan baik. Berikutan daripada pertukaran CEO yang tidak
mempunyai kelayakan yang sebenarnya sebagai CEO menyebabkan orang bawahan akan mula
memandang rendah tentang kemampuan Adnan dalam mengurus syarikat tersebut manakala hal
ini memberi implikasi yang buruk kepada rakan kongsi syarikat tersebut. Orang di sekeliling akan
mempersoalkan kewibawaan Adnan itu kerana Adnan tidak mempunyai pendidikan yang
bersesuaian untuk bergelar seorang CEO dan merupakan seorang mat rempit. Perubahan drastik
ini memberi kesan yang buruk kepada sesebuah organisasi.

Selain itu, imej yang buruk akan timbul tentang ‘bias’ atau pilih kasih bapa mertua Adnan
yang menyuruh Adnan mengambil alih tempatnya sebagai CEO. Hal ini jelas dilihat pilih kasih
kerana Adnan tidak mempunyai kelayakan yang sesuai dan kerjaya yang dahulunya iaitu mat
rempit sangat ketara dengan profesion seorang CEO. Perkara ini akan memberi tanggapan yang
buruk kepada kakitangan syarikat tersebut dan mungkin akan timbul perasaan tidak menghormatI
Adnan sebagai CEO syarikat itu. Orang luar juga mungkin ragu-ragu untuk berurusan dan menjadi
rakan kongsi syarikat ini kerana tidak yakin dengan kemampuan Adnan sebagai CEO syarikat
disebabkan latar pendidikan dan kerjayanya yang dahulu.

Seterusnya, Adnan tidak mempunyai pengalaman dalam berunding sedangkan kerjaya


CEO ini memerlukan rundingan dengan rakan kongsi dari dalam negara dan juga luar negara malah
perlu mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan isu – isu syarikat. Dari aspek bahasa
pula, Adnan tidak mahir bertutur dalam bahasa inggeris dan bahasanya lebih kepada bahasa mat
rempit. Perkara ini memberi kesan dan contoh yang tidak baik kepada kakitangan bawahannya.
Perundingan dengan syarikat luar negara juga akan jelas gagal ekoran daripada kegagalan
menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan dengan syarikat daripada luar negara.
Perkara ini akan memberi impak yang buruk kepada perjalanan syarikat ini. Sepatutnya Adnan
perlu memperbaiki dahulu latar belakang pendidikannya dengan menguasai semua perkara yang
bersesuaian untuk menjadi seorang CEO barulah memegang jawatan tersebut.

Potrebbero piacerti anche