Sei sulla pagina 1di 18

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERJANJIAN TAMBAHAN BAGI MEMBEKALKAN


MENU SUSU
DALAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2019

NO. KONTRAK ASAL : (No Perjanjian Asal)

NO. KONTRAK TAMBAHAN : TMS – (No Perjanjian Asal)

TEMPOH PERJANJIAN TAMBAHAN : 10 JUN 2019 – 31 OKTOBER 2019

NILAI PERJANJIAN TAMBAHAN : RM________________________

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA
(DIWAKILI OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

DENGAN

……………………………………………………….
(NAMA PEMBEKAL RMT
BERSERTA ALAMAT)

(NO. PENDAFTARAN: )
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERJANJIAN TAMBAHAN BAGI MEMBEKALKAN


MENU SUSU
DALAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2019

NO. KONTRAK : TMS – (No Perjanjian Asal)

PERJANJIAN TAMBAHAN ini dibuat pada ...............................haribulan.........20.....


(kemudian daripada ini dirujuk sebagai (“Perjanjian Tambahan”)

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud Perjanjian Tambahan ini diwakili oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia yang beralamat di Sekolah ………………..............,
alamat................................................................................................................................
(kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kerajaan”) bagi satu pihak;

DENGAN

……………………………..SDN.BHD. / …………………… ENTERPRISE (No.


Pendaftaran Syarikat / Perniagaan: ………………..) yang ditubuhkan dan didaftarkan di
bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) / Akta Pendaftaran Perniagaan (Akta 197) dan
mempunyai alamat berdaftar di ………………………………………………………………
(kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kontraktor ”) bagi pihak satu lagi.

Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara berseorangan sebagai “Pihak” dan secara
bersama sebagai “Pihak-Pihak”.)

2
BAHAWASANYA –

A. Melalui satu Perjanjian yang telah ditandatangani pada …..…….... antara Pihak-
Pihak (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Perjanjian Asal”), Kerajaan telah
melantik Kontraktor untuk melaksanakan Perbekalan Menu Susu Dalam
Program RMT (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Perkhidmatan”) tertakluk
kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Asal
tersebut.

B. Kerajaan kini berhasrat memasuki Perjanjian Tambahan untuk meminda terma-


terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian Asal mengenai Menu Tambahan
bernilai RM1.50 (Semenanjung Malaysia) (RINGGIT MALAYSIA: SATU DAN
SEN LIMA PULUH SAHAJA) / RM1.80 (Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)
(RINGGIT MALAYSIA: SATU DAN SEN LAPAN PULUH SAHAJA) dan
Kontraktor bersetuju untuk melaksanakan Perkhidmatan tertakluk kepada terma-
terma dan syarat-syarat Perjanjian Tambahan ini.

MAKA ADALAH DIPERSETUJUI OLEH PIHAK-PIHAK SEPERTI BERIKUT:

1. PERJANJIAN TAMBAHAN

1.1 Pihak-Pihak bersetuju bahawa Perjanjian Tambahan ini hendaklah


menjadi tambahan kepada dan dibaca bersekali serta menjadi sebahagian
daripada Perjanjian Asal.

1.2 Tertakluk kepada peruntukan, syarat-syarat dan terma-terma yang


terkandung di dalam Perjanjian Tambahan ini, semua peruntukan, syarat-
syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian Asal
hendaklah kekal sama dan berada dalam kuasa dan kesan sepenuhnya di
antara Pihak-Pihak di sini.

3
1.3 Sekiranya berlaku apa-apa ketidakselarasan antara peruntukan Perjanjian
Asal dan Perjanjian Tambahan, peruntukan Perjanjian Tambahan ini
hendaklah terpakai setakat ketidakselarasan itu.

2. TAFSIRAN

Dalam Perjanjian Tambahan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki


sebaliknya, dan jika digunakan dalam atau berkenaan dengan Perjanjian
Tambahan ini, perkataan-perkataan yang ditakrifkan dalam Perjanjian Asal
hendaklah mempunyai maksud yang sama dalam Perjanjian Tambahan ini.

3. TARIKH KUAT KUASA PERJANJIAN TAMBAHAN

Walau apa pun peruntukan dalam Perjanjian Asal, Perjanjian Tambahan ini
hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada 10 Jun 2019.

4. TEMPOH PERJANJIAN

Pihak-pihak kepada Perjanjian Tambahan ini bersetuju untuk melanjutkan


Tempoh Perjanjian mulai 10 Jun 2019 hingga 31 Oktober 2019.

5. PINDAAN KEPADA PERJANJIAN ASAL

5.1 Nilai Perjanjian yang diperuntukan dalam Jadual C dipinda kepada nilai
baharu dalam Jadual CC iaitu sebanyak RM ……asal……………..
(RINGGIT MALAYSIA …asal……) SAHAJA ditambah sebanyak RM
.tambahan……(RINGGIT MALAYSIA …tambahan……) SAHAJA dalam
Perjanjian Tambahan ini menjadikan nilai keseluruhan perjanjian
sebanyak RM…baharu…(RINGGIT MALAYSIA …baharu….).

5.2 Tempoh Perjanjian yang diperuntukan dalam Klausa 3 dilanjutkan dan


selepas Jadual B yang diperuntukkan dalam sub klausa 3.1 dimaksudkan
dengan Jadual BB berkenaan pelanjutan Tempoh Perjanjian;

4
5.3 Memasukkan selepas Jadual A dengan Jadual AA berkenaan pilihan
syarikat pembekal dan jenama susu UHT berperisa coklat yang
mempunyai Akreditasi Pensijilan Veterinany Health Mark (VHM) daripada
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) atau mempunyai
Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Good
Manufacturing Practice (GMP) daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) serta pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM).

5.4 Memasukkan selepas Lampiran C dengan Lampiran CC berkenaan Surat


Setuju Terima yang baru;

5.5 Tarikh luput susu tidak melebihi dari tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan
sebelum tamat tempoh.

5.6 Kaedah pemberian susu :

5.6.1 Susu yang dibenarkan untuk dibekalkan:


Susu UHT berperisa coklat (kandungan susu 100 peratus susu
segar)
5.6.2 Setiap murid RMT menerima 2 kotak susu (200ml) sebanyak
2 kali seminggu (hari penerimaan susu oleh murid RMT ditetapkan
oleh pihak sekolah) dan perlu mematuhi jadual pemberian susu
yang ditetapkan.
5.6.3 Tempat penyimpanan susu - tanggungjawab sepenuhnya
diserahkan kepada pembekal RMT yang dilantik.
5.6.4 Pihak pembekal RMT dan guru bertugas perlu mematuhi
spesifikasi keselamatan makanan bagi susu UHT yang dinyatakan
oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan ketetapan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.6.5 Jumlah kotak susu yang dipesan oleh sekolah perlu dinyatakan
dalam BORANG PESANAN MINGGUAN : SUSU UHT
BERPERISA COKLAT (Lampiran AA) yang disertakan. Catatan di

5
dalam buku laporan harian RMT perlu dilakukan oleh guru bertugas
pada hari murid RMT menerima susu.

5.7 Kaedah pembayaran:


5.7.1 Pembayaran dilaksanakan setiap bulan bersekali dengan tuntutan
RMT dan dibayar secara berasingan.
5.7.2 Jumlah bayaran bergantung kepada jumlah pesanan mingguan
yang diberikan oleh sekolah kepada pembekal RMT.

5.8 Spesifikasi keselamatan makanan bagi susu UHT;


5.8.1 Skop dan spesifikasi
Perlu mendapatkan bekalan susu daripada pembekal yang
mempunyai Akreditasi Pensijilan Veterinany Health Mark (VHM)
daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) atau
mempunyai Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan
Good Manufacturing Practice (GMP) daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) serta pensijilan halal daripada Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Senarai syarikat pembekal
dikeluarkan oleh MOA.
5.8.2 Keperluan suhu dan jangka hayat produk mengikut kategori:

SUHU JANGKA SARANAN


JENIS
PENYIMPANAN & HAYAT PRODUK
SUSU
PENERIMAAN PRODUK DIBEKALKAN
Ultra High
3 bulan sebelum
Temperature Suhu Bilik > 6 Bulan
tamat tarikh luput
(UHT)

5.8.3 Pemeriksaan fizikal produk semasa penerimaan:


5.8.3.1 Bungkusan dalam keadaan baik tidak kemek, bocor atau
kembung
5.8.3.2 Tiada kesan kehadiran makhluk perosak
5.8.3.3 Tiada kotoran dan habuk pada pembungkus
5.8.4 Pihak pembekal makanan RMT perlu menyediakan ruang/stor
penyimpanan yang sesuai bagi susu UHT yang dibekalkan.
5.8.5 Pendidikan kepada pembekal RMT dan murid
5.8.5.1 Periksa tarikh luput produk susu UHT.

6
5.8.5.2 Sebelum minum susu, guru RMT perlu mengarahkan
murid untuk mengoncang susu terlebih dahulu. Murid
perlu menggunakan konsep LIHAT, HIDU dan RASA
yang disarankan oleh KKM bagi mengelakkan kejadian
keracunan makanan.
5.8.5.3 Susu perlu diminum dan dihabiskan dengan pengawasan
pembekal RMT. Susu UHT yang telah dibuka tidak
boleh disimpan semula. Lebihan susu perlu dibuang
dan pelupusan kotak susu diuruskan oleh pembekal
RMT.
5.8.5.4 Syarat-syarat lain dalam Perjanjian Asal yang tidak
dinyatakan dalam Perjanjian Tambahan ini adalah kekal.

6. KERAHSIAAN

Kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Pihak


yang mempunyai maklumat ataupun disebabkan oleh keperluan undang-undang,
tiada Pihak pada bila-bila masa sekalipun dibenarkan memberitahu,
mendedahkan atau berkomunikasi dengan apa cara jua, kepada orang lain apa-
apa perkara atau maklumat sulit yang diperolehi atau didedahkan di bawah
Perjanjian Tambahan ini.

7. MASA
Masa hendaklah menjadi intipati kepada Perjanjian Tambahan ini.

8. UNDANG-UNDANG
Perjanjian Tambahan ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh
undang-undang Malaysia.
9. KOS DAN DUTI SETEM
Apa-apa penyediaan Perjanjian Tambahan ini dan duti setem yang harus dibayar
hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Kontraktor.

10. MENGIKAT PENGGANTI

7
Perjanjian Tambahan ini adalah mengikat ke atas pengganti, wasi, pentadbir,
wakil dan pemegang serah hak Pihak-Pihak.

11. PINDAAN, TAMBAHAN DAN PERUBAHAN


Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian Tambahan ini
hendaklah dibuat secara bertulis, disahkan dan dipersetujui oleh Pihak-Pihak
dan pindaan, tambahan atau perubahan tersebut hendaklah menjadi tambahan
kepada dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian Tambahan ini.

8
PADA MENYAKSIKAN PERKARA DI ATAS Pihak-Pihak yang diberi kuasa dalam
Perjanjian Tambahan ini telah menurunkan tandatangan dan meterai masing-masing pada
tarikh mula-mula yang tertulis di atas:

UNTUK DAN BAGI PIHAK KERAJAAN MALAYSIA:

Nama :

Jawatan :

No. Kad Pengenalan : .................................


( TANDATANGAN )

DI HADAPAN SAKSI:

Nama :

Jawatan : .................................
( TANDATANGAN )
No. Kad Pengenalan :

UNTUK DAN BAGI PIHAK KONTRAKTOR:

Nama :

Jawatan : .................................
( TANDATANGAN )
No. Kad Pengenalan :

DI HADAPAN SAKSI:

Nama :

Jawatan : .................................
(TANDATANGAN )
No. Kad Pengenalan :

9
JADUAL AA

PILIHAN SYARIKAT/PEMBEKAL DAN JENAMA SUSU


SUSU UHT BERPERISA COKLAT

PILIHAN 1(Dalam Daerah)


NAMA SYARIKAT
JENAMA SUSU
ALAMAT
NO TELEFON
EMAIL

PILIHAN 2 (Pilihan kedua paling hampir)


NAMA SYARIKAT
JENAMA SUSU
ALAMAT
NO TELEFON
EMAIL

Catatan:
1. Penetapan masa:
Susu boleh diberikan kepada murid RMT mengikut kesesuaian masa, sama ada
sarapan pagi atau waktu rehat (untuk sekolah sesi pagi) dan minum petang atau
waktu rehat (untuk sekolah sesi petang). Jawatankuasa Bantuan Sekolah berhak
menentukan masa untuk pemberian susu ini.

2. Pemilihan susu :
Pembekal RMT boleh memilih mana-mana syarikat seperti yang disenaraikan
oleh MOA.

3. Tempoh tarikh bekalan kepada murid : seperti yang dinyatakan dalam klausa 5.2

Jadual BB
[subklausa 3.1]
Butiaran Perkara Tempoh / Tarikh

1. Tempoh perjanjian 10 Jun 2019 sehingga

10
31 Oktober 2019

2. Tarikh berkuatkuasa 10 Jun 2019

3. Tarikh penamatan 31 Oktober 2019

Jadual CC

[subklausa 4.1 ]

11
NILAI PERJANJIAN

Nilai Perjanjian RINGGIT MALAYSIA


Asal
(dalam perkataan)

Nilai Perjanjian RM 2500.00 SAHAJA


(dalam angka)

Nilai Perjanjian RINGGIT MALAYSIA


Tambahan
(dalam perkataan)

Nilai Perjanjian RM
Tambahan (dalam
angka)

Nilai Baharu RINGGIT MALAYSIA


Perjanjian
(dalam perkataan)

Nilai Baharu RM
Perjanjian (dalam
angka)

Nota : perkataan ”Sahaja” hendaklah dimasukkan di akhir perkataan atau


angka.

LAMPIRAN-LAMPIRAN PERJANJIAN

Lampiran Perkara

12
BORANG PESANAN MINGGUAN : SUSU UHT BERPERISA
Lampiran AA
COKLAT

Lampiran BB CONTOH SURAT KENYATAAN TAWARAN

Lampiran CC CONTOH SURAT SETUJU TERIMA

SPESIFIKASI SUSU KPM DAN DI BAWAH PERATURAN-


Lampiran DD
PERATURAN MAKANAN 1985

Nota : Lampiran-lampiran perjanjian di atas hendaklah disusun mengikut turutan


abjad.

LAMPIRAN AA

13
PERJANJIAN TAMBAHAN RMT

BORANG PESANAN MINGGUAN : SUSU UHT BERPERISA COKLAT

BULAN : ______ MINGGU: ________ BIL MURID RMT: ______

1. Pesanan :

TARIKH PESANAN
TARIKH PELAKSANAAN
BILANGAN KOTAK SUSU
JUMLAH KESELURUHAN
BEKALAN SUSU

2. Pesanan dibuat oleh


Nama :
Jawatan : ( T / tangan & Cap )

Disahkan oleh
Nama :
Jawatan : ( T / tangan & Cap )

3. Borang pesanan diterima oleh pembekal makanan


Nama :
Jawatan : ( T / tangan & Cap )

Tarikh :

(SILA KEPILKAN SALINAN ASAL BORANG INI APABILA MEMBUAT TUNTUTAN


BAYARAN)

LAMPIRAN BB
(Contoh Surat Kenyataan Tawaran)
Kepala Surat Sekolah

Rujukan Kami:……………………..
Tarikh:……………………..
Nama dan alamat Pembekal RMT
Tuan,

14
TAWARAN TAMBAHAN MEMBEKALKAN SUSU UHT BERPERISA COKLAT BAGI
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2019

Saya adalah diarah merujuk kepada perkara di atas dan Perjanjian Pembekalan Makanan Bagi
Rancangan Makanan Tambahan (No. Rujukan: _______) adalah berkaitan.

2. Kerajaan telah bersetuju untuk membekalkan susu UHT berperisa coklat kepada penerima
Rancangan Makanan Tambahan Tahun 2019 dengan kadar RM1.50 (Semenanjung
Malaysia) / RM1.80 (Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) bagi sekotak susu.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan sukacitanya ingin menawarkan kepada tuan
untuk membekalkan susu UHT berperisa coklat kepada murid-murid sekolah ini yang
terpilih sebagai penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan butiran berikut:

Bil Perkara Kadar seorang Bil murid Bilangan setahun Jumlah


sehari/sekotak (B) seorang
(A) (C) (D=AxBxC)
3.1 Bekalan susu RM1.50 (Semenanjung 40 kotak
UHT berperisa Malaysia) / RM1.80
coklat (Sabah, Sarawak dan
W.P. Labuan)

3.2 Anggaran keseluruhan perjanjian adalah seperti berikut:


3.2.1 Anggaran perjanjian asal: RM_________
3.2.2 Anggaran perjanjian tambahan: RM_________
3.2.3 Anggaran keseluruhan perjanjian (asal + tambahan) = RM_____________

4. Dengan ini, tuan diminta untuk melengkapkan Surat Setuju Terima yang dilampirkan dan
kembalikan kepada pihak sekolah dalam tempoh 7 hari daripada tarikh terima surat tawaran
sekolah.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

t.t dan Jawatan GB


LAMPIRAN CC
(Contoh Surat Setuju Terima)
Kepala Surat Syarikat
Rujukan Kami:
Rujukan Tuan: (No. Rujukan Surat Tawaran)
Tarikh:
Guru Besar,
Nama dan alamat sekolah

15
Tuan,
TAWARAN TAMBAHAN MEMBEKALKAN SUSU UHT BERPERISA COKLAT BAGI
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2019

Saya ______________ ( Nama Pembekal) No. Kad Pengenalan: ___________ dengan


ini memberitahu tuan bahawa _________________(Nama syarikat dan No.
Pendaftaran/dikosongkan sekiranya melibatkan individu tanpa syarikat yang dilantik dan
dipersetujui oleh Jawatankuasa Bantuan Sekolah) bersetuju menerima tawaran
tambahan tersebut, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Bil Perkara Kadar seorang Bil Bilangan setahun Jumlah


sehari/sekotak murid seorang
(A) (B) (C) (D=AxBxC)
1.1.Bekalan Susu UHT RM1.50 40 kotak
berperisa coklat (Semenanjung
Malaysia) /
1.80 (Sabah,
Sarawak dan
W.P. Labuan)

1.2. Anggaran keseluruhan perjanjian adalah seperti berikut:

1.2.1 Anggaran perjanjian asal: RM_________


1.2.2 Anggaran perjanjian tambahan: RM_________
1.2.3 Anggaran keseluruhan perjanjian (asal + tambahan) = RM_____________

2. Dengan ini, yang bertandatangan di bawah ini mengakui bersetuju menerima


tawaran ini dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan mematuhi kepada
Perjanjian Pembekalan Makanan Bermasak Bagi Rancangan Makanan Tambahan 2019
dan Perjanjian Tambahan Bagi Pembekalan Tambahan Membekalkan Susu Bagi
Rancangan Makanan Tambahan 2019.

_________________________ ________________
Tandatangan Pembekal RMT Tandatangan Saksi

LAMPIRAN DD

SPESIFIKASI SUSU KPM DAN DIBAWAH PERATURAN-


PERATURAN MAKANAN 1985

Bil. SPESIFIKASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1 Lemak susu, % w/w = 2.0 (min)

16
2 Pepejal susu tanpa lemak, % w/w = 8.0 (min)
3 Protein, % w/w = 2.5 (min)
4 Kiraan Koliform, per ml = Nil
5 Jumlah Kiraan Plat = Nil
6 Ujian Penghomogenan = 10% Variasi

Spesifikasi Susu Di Bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985

JENIS SUSU SPESIFIKASI

Mengandungi tidak kurang


 3.25 % lemak susu
 8.5 % pepejal susu tanpa lemak
SUSU SEGAR Tidak boleh mengandungi
 Air Tambahan
 Aditif makanan yang dibenarkan
 Bahan tambahan lain
 Kesan Bahan Antibiotik

Susu yang telah dikeluarkan lemaknya

SUSU SKIM, SUSU Tidak boleh mengandungi ;


TANPA LEMAK ATAU  Lebih daripada 0.5 % lemak susu
SUSU PISAHAN
Mengandungi ;
 Tidak kurang daripada 8.5 % pepejal susu tanpa lemak

 Susu yang disediakan daripada konstituen susu (susu


tepung skim, susu tepung penuh krim atau campuran)
SUSU CAMPURAN yang dicampur dengan air atau susu atau kedua-duanya.
SEMULA
 Boleh mengandungi garam dan kondisioner makanan
yang dibenarkan.

 Susu yang disediakan dengan menambah air kepada


susu tepung penuh krim.
SUSU BANCUHAN
 Boleh mengandungi garam dan kondisioner makanan
yang dibenarkan.

SUSU BERPERISA
Susu atau susu campuran semula yang telah ditambah bahan
perisa yang dibenarkan dan boleh mengandungi gula atau

17
JENIS SUSU SPESIFIKASI
garam atau kedua-duanya.

Hendaklah mengandungi

 Tidak kurang daripada 2% lemak susu


 8 % pepejal susu tanpa lemak

18

Potrebbero piacerti anche