Sei sulla pagina 1di 1

Kebaikan dan Keburukan Internet

Internet merupakan sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat dari seluruh dunia.Sistem ini
boleh diperoleh melalui komputer atau sebagainya.Kini internet boleh dilayari menerusi telefon
bimbit.Internet mempunyai kebaikan dan keburukan.

Antara kebaikan internet ialah kita akan menerima maklumat dengan cepat.Minda kita akan sentiasa
terbuka dan terkini.Dalam keadaan tertentu,kita boleh bersedia jika kita menghadapi sesuatu
masalah.Internet akan memudahkan lagi kerja-kerja seharian kita.

Seterusnya,kita boleh mendapatkan maklumat hanya hanya dengan menggunakan hujung jari
sahaja.Sebelum ini,jikakita ingin mengetahui tentang ubat-ubatan,kita terpaksa pergi ke hospital.Menerusi
teknologi ini,kita dapat menjimatkan masa,duit dan tenaga.

Namun begitu,keburukannya tetap ada terutama bagi mereka yang berfikiran negatif,mereka akan
melihat laman web yang tidak baik.Hal ini boleh mengganggu perasaan kita sebagai seorang
pelajar.Akibatnya,kita akan terpengaruh dengan budaya kuning yang kita lihat itu.

Bagi pelajar-pelajar yang malas,mereka akan berterusan.Fenomena ini akan menyebabkan kita malas
mengulang kaji pelajaran.Apabila pelajar melayari internet,semua masa lapang akan digunakan untuk
melayari internet sahaja.Akibatnya badan menjadi tidak sihat apabila tidak keluar beriadah.

Natijahnya,walaupun terdapat kebaikan dan keburukan,internet memang penting kepada kita,lagi-lagi


kepada yang bekerja di pejabat.Teknologi moden ini perlu dipelajari oleh setiap murid supaya tugasan yang
diberikan dapat diselesaikan denga cepat.Jadi marilah kita berusaha mempelajari cara menggunakan
computer terlebih dahulu.Internet adalah untuk memudahkan kerja,bukan untuk melayari perkara-perkara
yang tidak bermoral.

Potrebbero piacerti anche