Sei sulla pagina 1di 3

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SEK KEB MELAKA PINDAH

BIL 3/ 2018

TARIKH : 16.11.2018

MASA : 11.05 tengahari

TEMPAT : Bilik GP Kokurikulum

KEHADIRAN :

1. En. Mohd Fahmy bin Harun

2. En. Abdul Latif bin Wappu

3. Pn. Nor Zalina binti Jabar

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih atas kehadiran semua AJK Panitia
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
1.2 AJK dimaklumkan agar meningkatkan lebih usaha dalam meningkatkan kualiti proses
pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Tahniah diucapkan kepada semua guru matapelajaran PJK di atas perlaksanaan segala
aktiviti yang telah dijalankan

3 PERKARA YANG DIBINCANGKAN.

3.1 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentakisran ( DSKP ) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah ( KSSR ).Penyediaan bagi tahun depan. Guru matapelajaran pastikan
mengikut segala maklumat sahih dan tepat berdasarkan mingguan.
3.1.1 Semua guru tahun 1 hingga tahun 5 diminta muat turun DSKP sendiri di Laman
web BPK.
3.1.2 Guru-guru tahun 6 yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan diminta
menggunakan sukatan KBSR.

3.2 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani.


3.2.1 RPH mestilah berdasarkan DSKP . Aktiviti yang dirancang hendakah
berfokuskan kepada murid dan mesti ada penilaian daripada guru.
3.3 Rancagan Pengajaran Harian Pendidikan Kesihatan.
3.3.1 Semua guru diminta merujuk atau memuat turun RPH di lama Web BPK.

3.4 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ).
3.4.1 Program segak berfokuskan kepada murid tahap 2 terutama yang mengalami
obesiti. 3.4.2 Program SEGAK telah dilaksanakan pada bulan Mac dan
September dan pengisian data telah selesai dilaksanakan

3.5 Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah ( PBD ).

3.5.1 Semua guru hendaklah merujuk buku teks untuk membuat PBS. Penilaian boleh
dibuat bila-bila masa.

3.6 Penilaian ( Peperiksaan ).

3.6.1 Pada tahun 2019, pembahagian markah untuk pendidikan jasmani akan dipecahkan
kepada 50% peperiksaan dan 50% dipadang, manakala pendidikan kesihatan pula 100 %
peperiksaan. Penggubal soalan diminta menghantar satu salinan beserta dengan skema
jawapan kepada KP dan SU peperiksaan.

3.7 Stor, peralatan dan keceriaan.

3.7.1 Bagi tahun 2019, En Abdul Latif ditugaskan untuk menjaga stor sukan. Semua
peralatan yang akan digunakan akan direkodkan oleh beliau di dalam buku yang disediakan.
3.7.2 Semua guru mestilah mengutamakan keselamatan semasa mengambil peralatan di
dalam stor sukan. Pastikan guru mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar
peralatan stor sukan. Hanya 2 orang murid sahaja yang boleh mengambil dan menghantar
alatan .
3.7.3 Semua guru hendaklah memastikan peralatan suka disimpan dengan baik dan ditempat
yang sepatutnya setelah digunakan.

3.8 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani.


3.8.1 Semua guru dan murid diminta memakai pakaian sukan yang lengkap semasa
proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Jasmani di padang.

4 HAL-HAL LAIN

4.1 Pernambahan program iaitu senamrobik akan dilaksanakan sekali dalam setiap bulan bagi
tahun 2019. Encik Mohd Fahmy bertanggungjawab sebagai pasilitator senamrobik.

5 PENANGGUHAN MESYUARAT

5.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 12.20 petang dengan ucapan
terima kasih kepada semua yang hadir.
Disediakan oleh , Disemak oleh ,

………………………………………… ……………………………………

( En. Mohd Fahmy bin Harun) ( Puan Suriati binti Ahmad )

Ketua panitia, Guru Besar

Panitia Pend. Jasmani dan kesihatan.

Potrebbero piacerti anche