Sei sulla pagina 1di 13

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 LAPORAN KAJIAN KES MAKLUMAT PERSATUAN


2.1 NAMA PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN 3

2.2 SEJARAH DAN PROSES PENUBUHAN 3

3.0 AKTIVITI YANG DILAKUKAN 4

4.0 PERBANDINGAN PERKHIDMATAN DENGAN PERSATUAN LAIN 4


5.0 STRATEGI MENJANA SUMBER KEWANGAN 4
6.0 ISU-ISU BERBANGKIT 5
7.0 ANALISIS SWOT PENJANAAN KEWANGAN KELAB BAHASA INGGERIS
7.1.1 STRENGTH (KEKUATAN) 6
7.1.2 WEAKNESS (KELEMAHAN) 6
7.1.3 OPPORTUNITY (PELUANG) 6
7.1.4 THREATS (ANCAMAN) 7

8.0 RUMUSAN 8

9.0 RUJUKAN 9
10.0 LAMPIRAN 10

1 |MPU3081
1.0 PENDAHULUAN

Kokurikulum merupakan wadah paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks kemenjadian murid yang seimbang dari
aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dalam konteks ini, pembentukan
sumber manusia berkemahiran tinggi dikembangkan dengan pelbagai modul pendidikan di
Malaysia. Secara dasarnya, pendidikan di Malaysia dibahagikan kepada dua bahagian bentuk
program dikenali sebagai kurikulum dan kokurikulum. Menurut Mohd Zulfadli Rozali (2014),
kokurikulum merupakan salah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang
terancang dan sistematik. Kegiatan kokurikulum yang digerakkan adalah seperti aktiviti sukan,
persatuan, kebudayaan dan pasukan badan beruniform.

Dalam sesebuah persatuan atau kelab, kemahiran generik perlu diterapkan dalam
aktiviti yang dijalankan (Esa, 2005). Antara kemahiran generik yang disarankan seperti
bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan hubungan
komunikasi. Oleh itu, sebuah kajian kes telah dilaksanakan bagi melihat pengurusan dan cara
penubuhan sesebuah persatuan. Dalam kajian kes ini, saya telah memilih sebuah persatuan
yang ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Larkin (Satu), Johor Bahru, Johor iaitu Kelab
Bahasa Inggeris dan sekolah tersebut merupakan sekolah kakak saudara saya.

Pelbagai jenis persatuan telah ditubuhkan di sekolah tersebut. Antara kelab yang aktif di
sekolah tersebut ialah Kelab Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Keselamatan Jalan Raya,
Tunas Seni Budaya dan Kelab Komputer. Rentetan daripada itu, saya telah mengkaji
Persatuan Bahasa Inggeris memandangkan kelab tersebut disarankan oleh kakak saudara
saya yang merupakan guru pembimbing Kelab Bahasa Inggeris di sekolah tersebut.

Daripada kajian kes yang dilaksanakan, sebuah laporan kajian kes telah disediakan.
Oleh itu, perbincangan seterusnya akan lebih berfokuskan kepada laporan berkait dengan
maklumat penubuhan persatuan serta laporan tentang aktiviti penjanaan kewangan bagi
persatuan dengan berpandukan SWOT.

2 |MPU3081
2.0 LAPORAN KAJIAN KES MAKLUMAT PERSATUAN

2.1 NAMA PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN


Nama sesuatu persatuan merupakan salah satu simbolik utama dalam
sesebuah penubuhan. Keunikan nama sesebuah persatuan akan menarik minat orang
yang bukan ahli untuk mengetahui hala tuju persatuan itu. Dalam kajian kes yang telah
saya laksanakan, nama Kelab Bahasa Inggeris telah menunjukkan ciri-ciri persatuan
yang berfokuskan kepada bahasa dan kecenderungan ahli-ahli kelab tersebut adalah
terarah kepada bahasa Inggeris iaitu bahasa kedua. Setakat hari ini, rata-rata sekolah
masih menggunakan istilah Kelab Bahasa Inggeris kerana persatuan seperti ini yang
akan menjadi penggerak kepada hidupnya amalan berbahasa inggeris pada peringkat
awal.

2.2 SEJARAH DAN PROSES PENUBUHAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2014), persatuan ialah keadaan
bersatu. Dalam sesebuah persatuan, sejarah dan proses penubuhan persatuan
adalah berbeza. Proses penubuhan mempunyai pelbagai cara dan sudah pastinya
terdapat kekangan dan kelebihan yang akan dihadapi sepanjang proses penubuhan
sesebuah persatuan. Proses penubuhan persatuan perlu dimulai dengan peringkat
menghasilkan kertas kerja. Kertas kerja yang dihasilkan perlu menyediakan pelbagai
elemen penting untuk menubuhkan persatuan. (Rujuk Lampiran surat kelulusan tubuh
persatuan Kelab Bahasa Inggeris).

Kelab Bahasa Inggeris telah ditubuhkan oleh guru Bahasa Inggeris di SK


Larkin (Satu) sebagai salah satu inisiatif meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
di sekolah tersebut. Memandangkan sekolah tersebut salah sebuah sekolah
transformasi TS25 1.0, guru-guru di sekolah tersebut sangat aktif dalam membentuk
murid-murid yang berketrampilan dan versatile. Status persatuan hanya dalam
peringkat sekolah sahaja.

3 |MPU3081
3.0 AKTIVITI YANG DILAKUKAN

Kelab Bahasa Inggeris mempunyai takwin aktiviti yang akan dijalankan bagi setiap minggu
perjumpaan. Namun, dalam setiap bulan akan diadakan beberapa aktiviti dijalankan
antaranya aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun 2019 ialah 1 student 1 word bertujuan
menggalakan murid-murid ahli kelab untuk menggunakan kamus bagi mencari perkataan
baru, reading activity sebagai cara untuk melahirkan tabiat membaca apa-apa bahan
berbentuk ilmiah mahupun cerita dalam bahasa inggeris, movie synopsis dimana ahli kelab
akan menonton filem dan menulis sinopsis bagi filem tersebut untuk meguji kefahaman
mereka, action song, poetry recitation(bacaan puisi) dan karnival permainan, kuiz Bahasa
Inggeris, Spell it Right!, Vocabulary Game dan Oh My English. Aktiviti sebegini dapat melatih
murid agar berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

4.0 PERBANDINGAN PERKHIDMATAN DENGAN PERSATUAN LAIN

Perbezaan persatuan ini adalah aktiviti dari segi akademik. Segala aktiviti di bawah subjek
Bahasa Inggeris akan dilakukan oleh persatuan ini. Aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan
ini secara dasarnya untuk memperkembangkan bahasa Inggeris. Sementara itu, persatuan
lain menyediakan perkhidmatan khidmat masyarakat, kemahiran dan sukan.

5.0 STRATEGI MENJANA SUMBER KEWANGAN

Persatauan ini mengerakkan tabung untuk mengadakan aktiviti yang hendak diadakan di
sekolah ataupun peringkat daerah. Persatuan ini juga memperoleh sumber kewangan
daripada kutipan guru-guru penasihat persatuan ini yang mana setiap bulan perlu dikiutip
sebanyak RM30. Selain itu, sumbangan daripada pihak PIBG yang telah banyak membantu
serba kekurangan dari segi kewangan dan tenaga pengajar. Seterusnya, persatuan ini juga
aktif dalam menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan bukan
kerajaan. Hadiah kemenangan yang peserta telah memangi disumbangkan sedikit ke tabung
persatuan bahasa Inggeris.

4 |MPU3081
6.0 ISU-ISU BERBANGKIT

Isu yang sering timbul dalam persatuan ini antara yang menjadi perbualan antara guru
dan pihak pengurusan sekolah. Sekolah Kebangsaan Larkin (Satu) mempunyai masalah
kekurangan tenaga pengajar bahasa Inggeris dan ada segelintir guru juga tidak mempunyai
sijil yang sesuai untuk mengajar bahasa Inggeris. Jadi sehubungan dengan itu, persatuan ini
mempunyai masalah untuk mengajar apabila sesetengah guru perlu bertugas di luar. Jadi,
aktiviti untuk persatuan itu akan tertangguh dan perlu dilaksanakan apabila guru yang terbabit
boleh beri komitmen.

7.0 ANALISIS SWOT PENJANAAN KEWANGAN KELAB BAHASA INGGERIS.

Kelab Bahasa Inggeris di SK Larkin (Satu) mempunyai masalah dalam memperoleh


sumber kewangan bagi kelab tersebut. Guru penasihat menyatakan bahawa masalah
pengurusan pendidikan di Malaysia masih berlaku sehingga kini. Kenyataan ini juga disokong
oleh National Union of Teaching Profession (NUTP) melalui pembentangan memorandum
mengenai penambahbaikan sistem pengurusan pendidikan nasional serta profesion guru
(Richard, 2013).

Sehubungan dengan itu, masalah utama yang dihadapi oleh Kelab Bahasa Inggeris
adalah melibatkan kekangan sumber kewangan. Hal ini menyebabkan pelbagai aktiviti yang
lebih menarik dan mencabar tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Sumber kewangan
utama kelab ini adalah bergantung kepada peruntukan yang diterima daripada pihak sekolah
dan pihak PIBG. Kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan adalah tidak menggunakan kos yang
besar dan hanya menggunakan bahan sedia ada. Namun begitu, guru penasihat mengambil
langkah yang berbeza untuk mendapatkan sumber kewangan. Antara cara mendapatkan
kewangan adalah melalui penjualan hasil projek ahli persatuan seperti roti sosej dan penanda
buku. Dengan cara ini, Kelab Bahasa Inggeris dapat meningkatkan sumber kewangan kelab
tanpa bergantung peruntukan daripada pihak sekolah sahaja.

5 |MPU3081
7.1 STRENGTH (KEKUATAN)

Kekuatan yang terdapat pada persatuan ini jumlah pelajar yang ramai. Kelab ini
merupakan kelab yang mempunyai ahli kedua paling ramai di SK Larkin (Satu). Jumlah
keseluruhan ahli kelab seramai 150 orang dgn jumlah purata murid setiap tahun seramai 50
orang. Berbekalkan jumlah murid seramai ini, guru pembimbing akan mengutip yuran setahun
RM 10 untuk setiap murid bagi melaksanakan program-program besar seperti Karnival
Permainan.

Maka jumlah total RM 1500 secara kasarnya menjadi dana utama kelab. Sebanyak RM
200 duit kutipan yang terawal akan dijadikan sebagai dana untuk menjana kelab duit kelab.
RM 200 digunakan untuk membuat jualan kecil persatuan seperti menjual sosej. Jualan akan
dilaksanakan secara mingguan hanya pada hari rabu pada waktu rehat di sekolah. Baki
kutipan yang tinggal sebanyak RM 1300 akan digunakan semasa program besar dengan
mencampur jumlah total perniagaan sepanjang tahun.

7.2 WEAKNESS (KELEMAHAN)

Kelemahan yang terdapat dalam menjana sumber kewangan persatuan ialah jumlah
untung tidak menentu. Jumlah kerugian kadang kala boleh mencapai RM 50 dua minggu
kerana para pembeli jemu dengan menu yang sama. Maka pihak kelab perlu membuat
senarai menu yang selalu mendapat perhatian pembeli. Selain itu, jumlah ahli yang sepatut
bertugas kadang kala kurang dari jumlah yang sepatut menyebabkan gerak kerja jualan
sedikit tergendala.

7.3 OPPORTUNITY (PELUANG)

Peluang yang terdapat bagi menjana pendapatan kelab ini ialah jumlah pembeli paling
ramai murid sesi petang. Murid sesi petang merupakan pembeli paling ramai berbanding
murid sesi pagi. Jualan pada murid sesi petang sedikit berbeza dengan sesi pagi kerana murid
sesi petang sudah mengisi perut makan tengah hari, maka mereka akan membeli makanan
yang lebih ringan. Makan kami telah memilih menjual cendawan goreng, satu cawan dengan
harga RM 1.

6 |MPU3081
7.4 THREATS (ANCAMAN)

Ancaman yang dihadapi oleh kelab ini ialah pembeli sesi pagi suka mencuri. Perkara
ini telah disahkan oleh beberapa murid dan disahkan bahawa mereka suka mencuri ketika
juruwang sedang sibuk mengurus duit masuk ketika jualan berlangsung. Beberapa ahli kelab
dilantik untuk mengawasi telah diberi upah untuk menjaga barisan murid supaya beratur

7 |MPU3081
8.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, penubuhan sesebuah persatuan atau kelab memberikan pelbagai impak


yang positif terutamanya dalam pembentukan modal insan yang berkualiti. Bagi peringkat
sekolah, guru penasihat perlu menitikberatkan aspek pekeliling yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Hal ini bertujuan
untuk menjaga nama profesionalisme keguruan dan menjaga keselamatan murid yang
terlibat. Oleh itu, setiap aspek pengurusan dalaman perlu dipelajari agar tahap penganjuran
majlis dan penubuhan persatuan terus cemerlang dan mencapai tujuan yang sebenar.

8 |MPU3081
9.0 RUJUKAN

Ahmad, C. N., Osman, K., & Halim, L. (2014). Persekitaran pembelajaran: aspek fizikal dan

psikososial.

Hyerle, D., & Yeager, C. (2017). Thinking Maps: A Language for Learning, 2nd Ed.

Itkonen, E. (2005). Analogy as Structure and Process: Approaches in Linguistics, Cognitive

Psychology, and Philosophy of Science. Amsterdam, Netherlands: John Benjamins

Publishing.

Pustaka, D. B. (2014). Kamus dewan Bahasa dan pustaka: Bahasa Malaysia.

Rozali, M. Z. (2014). Keterlibatan pelajar secara aktif dalam kokurikulum (sukan) terhadap

peningkatan kemahiran generik.

9 |MPU3081
10.0 LAMPIRAN

Surat kelulusan penubuhan Kelab Bahasa Inggeris

10 |MPU3081
11 |MPU3081
Borang laporan aktiviti Kelab Bahasa Inggeris

12 |MPU3081
Carta organisasi Kelab Bahasa Inggeris

Takwim Kelab Bahasa Inggeris

13 |MPU3081

Potrebbero piacerti anche