Sei sulla pagina 1di 15

1.

Pembentukan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Tajuk: Hubungan Makanan Antara Hidupan (Tahun 5)

Bil Tajuk Aras Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Jumlah Wajaran
item

Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta

1. Hubungan 1,3,7 4,6,8 2,5,9 10 10 10


makanan
antara
hidupan
Jumlah 3 3 3 1 10 100
2. Menganalisis Skor Murid

Jumlah murid = 25 orang murid

Skor murid

60 70 50 50 40

50 40 70 60 50

20 70 40 50 60

40 60 50 50 70

50 20 60 70 20

Skor tertinggi = 70
Skor terendah = 20

Julat , Skor tertinggi – Skor terendah

= 70 - 20
= 50
3. Menganalisis Item Aneka Pilihan

a.) Indeks Kesukaran Item,


𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙
ꝓ=
𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑

Item A B C D Pengiraan Indeks


Kesukaran
Item
No. 1 *20 2 2 1 20 0.80
25
No. 2 *2 14 8 1 2 0.08
25
No. 3 7 3 *13 2 13 0.52
25
No. 4 *2 4 10 9 2 0.08
25
No. 5 2 *19 4 - 19 0.76
25
No. 6 12 3 5 *5 5 0.20
25
No. 7 *11 2 2 10 11 0.44
25
No. 8 1 1 *23 - 23 0.92
25
No. 9 1 *10 2 12 10 0.40
25
No. 10 4 - *21 - 21 0.84
25
b.) Indeks Diskriminasi Item, 𝑅𝐴 −𝑅𝐵
d=1
(𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑅𝐴 𝑑𝑎𝑛 𝑅𝐵 )
2

No Murid Skor No Item


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1 Sokthy 70 1 0 1 0 1 0 1 1 1 1
2 Amelya 70 1 0 1 0 1 0 1 1 1 1
3 Iffah 70 1 0 1 0 1 0 1 1 1 1
4 Hanis 70 1 0 1 0 1 0 1 1 1 1
5 Ammar 70 1 0 0 1 1 0 1 1 1 1
6 Adly 60 1 1 1 0 1 0 0 1 0 1
7 Divindran 60 1 0 1 0 1 1 1 1 0 0
8 Imanuddin 60 1 0 1 0 1 1 0 1 0 1
9 Ainur 60 1 0 1 0 1 0 0 1 1 1
10 Aliya 60 1 0 1 0 1 1 0 1 0 1
11 Dharvishan 50 1 0 0 0 1 0 0 1 1 1
12 Syairul 50 1 0 0 0 1 0 0 1 1 1
13 Darwisy 50 0 0 0 0 1 1 1 1 0 1
14 Sofea 50 1 0 0 0 1 0 1 1 1 0
15 Marsya 50 1 0 0 0 1 1 0 1 0 1
16 Aleeya 50 1 0 1 0 0 0 1 1 0 1
17 Shahera 50 1 0 1 0 1 0 0 1 0 1
18 Putri 50 1 0 1 0 1 0 0 1 0 1
19 Navitha 40 0 1 1 1 0 0 0 1 0 0
20 Syafikah 40 0 0 0 0 1 0 1 1 1 0
21 Shafiq 40 1 0 0 0 1 0 0 1 0 1
22 Darin 40 0 0 0 0 1 0 1 1 0 1
23 Pavitreesh 20 1 0 0 0 0 0 0 0 0 1
24 Dahlia 20 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1
25 Haikal 20 1 0 1 0 0 0 0 0 0 0

7−3 4
Indeks diskriminasi bagi item no. 1, d = 1 = 7 = 0.57
(7+7)
2

1−1 0
Indeks diskriminasi bagi item no. 2, d = 1 =7=0
(7+7)
2

6−2 4
Indeks diskriminasi bagi item no. 3, d = 1 = 7 = 0.57
(7+7)
2

1−1 0
Indeks diskriminasi bagi item no. 4, d = 1 =7=0
(7+7)
2

7−3 4
Indeks diskriminasi bagi item no. 5, d = 1 = 7 = 0.57
(7+7)
2

1−0 1
Indeks diskriminasi bagi item no. 6, d = 1 = 7 = 0.14
(7+7)
2

6−2 4
Indeks diskriminasi bagi item no. 7, d = 1 = = 0.57
(7+7) 7
2
7−5 2
Indeks diskriminasi bagi item no. 8, d = 1 = 7 = 0.29
(7+7)
2

5−1 4
Indeks diskriminasi bagi item no. 9, d = 1 = 7 = 0.57
(7+7)
2

6−4 2
Indeks diskriminasi bagi item no. 10, d = 1 = 7 = 0.29
(7+7)
2
4. Mod, Median, Min dan Sisihan Piawai

a.) Mod

Bil. Skor Kekerapan

1. 70 5
2. 60 5
3. 50 8
4. 40 4
5. 20 3

Skor paling kerap = 50

b.) Median

20, 20, 20, 40, 40, 40, 40, 50, 50, 50, 50, 50, 50, 50, 50, 60, 60, 60, 60, 60, 70, 70,
70, 70, 70
50
Median = = 25
2
∑ 𝑓𝑥
c.) Min, 𝑥̅ = ∑𝑓

Selang Kelas Titik Tengah (𝑥́ ) Kekerapan (𝑓) 𝑓𝑥́

20 - 29 24.5 3 73.5
30 - 39 34.5 0 0
40 - 49 44.5 4 178.0
50 - 59 54.5 8 436.0
60 - 69 64.5 5 322.5
70 - 79 74.5 5 372.5
Jumlah - 25 1382.5

1382.5
Min, 𝑥̅ =
25

= 55.3
∑ 𝑓(𝑥− 𝑥̅ )2
d.) Sisihan Piawai, σ=√
𝑁

Selang Titik Kekerapan 𝑥́ − 𝑥


̅ (𝑥́ − 𝑥̅ )2 𝑓(𝑥́ − 𝑥̅ )2
Kelas Tengah (𝑓)
(𝑥́ )
20 - 29 24.5 3 -30.8 948.64 2845.92
30 - 39 34.5 0 -20.8 432.64 0
40 - 49 44.5 4 -10.8 116.64 466.56
50 - 59 54.5 8 -0.8 0.64 5.12
60 - 69 64.5 5 9.2 84.64 423.2
70 - 79 74.5 5 19.2 368.64 1843.2
Jumlah 25 5584

5584
Sisihan Piawai, σ =√
25

= 14.95
5. Analisis Keseluruhan Item

Pada 26 Mac yang lepas, saya telah mentadbir ujian sains kepada 25 orang murid tahun
5 Elit di Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang. Ujian tersebut mengandungi 10 item objektif
yang bercirikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berdasarkan aras kognitif taksonomi
Bloom. Topik yang dipilih adalah Hubungan Makanan antara Hidupan di bawah tema Proses
Hidup Haiwan Tahun 5. Melalui Jadual Spesifikasi Ujian yang telah digubal, saya telah
menggunakan nisbah 1:3:1 merujuk kepada mengaplikasi : menganalisis, menilai : mencipta.
Proses analisis item bagi soalan tersebut dilaksanakan dengan menganalisis indeks
kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item. Selain itu, analisis ini juga melibatkan
kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. Oleh yang demikian, daripada 25 orang murid, saya
telah memilih 7 orang murid sebagai kumpulan tinggi dan kumpulan rendah berdasarkan 27%
murid yang mendapat skor tertinggi dan terendah (Wiersma & Jurs, 1990).

MOD, MEDIAN, MIN DAN SISIHAN PIAWAI

Jadual 1: Rumusan Nilai Ukuran Kecenderungan Memusat


Ukuran Kecenderungan Memusat Nilai

Mod 50
Median 25
Min 55.3
Sisihan piawai 14.95

Daripada skor yang diperolehi daripada murid Tahun 5 Elit, nilai median iaitu nilai
tengah sesuatu taburan skor yang disusun secara menaik adalah 25 dan nilai mod sebanyak
50 menandakan kekerapan tertinggi markah yang diperolehi oleh responden dalam ujian ini.
Nilai sisihan piawai pula adalah 14.95 menandakan skor sangat berbeza antara satu sama
lain kerana taburan skor adalah lebih luas (heterogen). Menurut Boon P. Y., Lee, L. H. &
Lawrence (2017), nilai sisihan piawai yang besar menunjukkan bahawa pencapaian murid
sangat berbeza. Julat skor juga agak besar antara murid berpencapaian tinggi yang mendapat
70 markah dan murid berpencapaian rendah yang mendapat 20 markah menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan skor dalam kalangan murid.
ANALISIS INDEKS KESUKARAN ITEM

Indeks kesukaran (IK) menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada
sesuatu item itu mudah dijawab atau sukar dijawab. Pengukuran IK bertujuan untuk mengenal
pasti konsep yang perlu diajar semula iaitu apabila iaitu apabila guru mendapati item yang
dibina sukar dijawab oleh sebahagian murid serta melaporkan kekuatan dan kelemahan
bahagian-bahagian kurikulum (Grolound, 1998). IK dikira dengan menggunakan nisbah murid
yang menjawab dengan betul daripada jumlah keseluruhan murid. Semakin tinggi bilangan
murid menjawab sesuatu item dengan betul, maka semakin mudah item tersebut (Boon P. Y.,
Lee, L. H. & Lawrence, 2017). Julat kesukaran item yang ideal adalah item yang nilai IK berada
dalam linkungan 0.2 hingga 0.8. Jika nilai IK kurang dari 0.2 maka ini bermakna item tersebut
merupakan item yang sukar manakala jika nilai IK lebih dari 0.8 bermakna item tersebut
adalah item yang mudah dan perlu diubah agar tahap kesukarannya dapat ditingkatkan.

Jadual 2: Analisis IK item no. 1


Item no .1 Pilihan
A* B C D
7 murid kumpulan Tinggi 7 0 0 0
7 murid kumpulan 3 2 1 1
Rendah
T+R 14
Indeks Kesukaran (IK) 0.71

Jadual 2 menunjukkan ringkasan hasil analisis indeks kesukaran item nombor 1. Analisis yang
dibuat mendapati bahawa item 1 di dalam kategori sederhana iaitu dalam linkungan indeks
0.2 < IK > 0.8. Maka, tindakannya, item ini boleh diterima dan dikekalkan dalam bank soalan.
Jadual 3: Analisis Keseluruhan Indeks Kesukaran Item

Item Bilangan murid Indeks Tafsiran Keputusan


yang betul kesukaran
1 20 0.80 Sederhana Terima
2 2 0.08 Terlalu sukar Ubahsuai
3 13 0.52 Sederhana Terima
4 2 0.08 Terlalu sukar Ubahsuai
5 19 0.76 Sederhana Terima
6 5 0.20 Sederhana Terima
7 11 0.44 Sederhana Terima
8 23 0.92 Terlalu Ubahsuai
mudah
9 10 0.40 Sederhana Terima
10 21 0.84 Terlalu Ubahsuai
mudah

Jadual 3 menunjukkan analisis keseluruhan indeks kesukaran item. Jadual tersebut boleh
dirujuk pada jawapan yang diberi oleh murid. Berdasarkan jadual tersebut, didapati bahawa
sebanyak 6 item di dalam kategori sederhana iaitu dalam linkungan indeks kesukaran 0.2 <
IK < 0.8. Selain itu, terdapat 2 item dalam linkungan indeks kesukaran IK > 0.8 iaitu item terlalu
mudah dan perlu diubahsuai. Manakala terdapat 2 item juga dalam linkungan indeks
kesukaran IK < 0.3 yang ditafsirkan sebagai item terlalu sukar dan perlu diubahsuai.

ANALISIS INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Indeks Diskriminasi (ID) pula digunakan untuk membezakan pencapaian antara


murid kumpulan tinggi dan murid kumpulan rendah. Mehrens dan Lehmann (1991),
berpendapat bahawa item yang baik dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara
murid berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Julat indeks diskriminasi boleh
berada dalam linkungan -1.00 hingga 1.00. Diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa
item tersebut boleh dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi tetapi ramai murid kumpulan
rendah yang tidak dapat menjawabnya dengan betul. Diskriminasi yang negatif pula
menunjukkan bahawa item tersebut tidak dapat dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi
tetapi kumpulan rendah pula yang boleh menjawabnya. Analisis ID sesuatu item adalah
penting bagi mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula serta bagi melaporkan kekuatan
dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum yang tidak dikuasai.
Jadual 4: Analisis ID Item No.1
Item no .1 Pilihan
A* B C D
7 murid kumpulan Tinggi 7 0 0 0
7 murid kumpulan 3 2 1 1
Rendah
T-R 4
Indeks Kesukaran (IK) 0.57

Berdasarkan Jadual 4, analisis yang dapat dibuat mendapati bahawa item nombor 1 ditafsir
dalam kategori item yang mempunyai diskriminasi positif yang tinggi di mana ID > 0.2. Ini
menunjukkan item tersebut boleh diterima dalam bank soalan.

Jadual 5: Analisis Keseluruhan Indeks Diskriminasi Item

Item Kumpulan Kumpulan Indeks Tafsiran Keputusan


Tinggi yang Rendah yang Diskriminasi
Betul Betul
1 7 3 0.57 Diskriminasi Sesuai
positif yang Diterima
tinggi
2 1 1 0 Diskriminasi Tulis item
sifar semula
3 6 2 0.57 Diskriminasi Sesuai
positif yang Diterima
tinggi
4 1 1 0 Diskriminasi Tulis item
sifar semula
5 7 3 0.57 Diskriminasi Sesuai
positif yang Diterima
tinggi
6 1 0 0.14 Diskriminasi Tulis item
positif yang semula
rendah
7 6 2 0.57 Diskriminasi Sesuai
positif yang Diterima
tinggi
8 7 5 0.29 Diskriminasi Sesuai
positif yang Diterima
tinggi
9 5 1 0.57 Diskriminasi Sesuai
positif yang Diterima
tinggi
10 6 4 0.29 Diskriminasi Sesuai
positif yang Diterima
tinggi

Jadual 5 menunjukkan analisis keseluruhan indeks diskriminasi item. Jadual tersebut boleh
dirujuk pada jawapan yang diberi oleh murid. Berdasarkan jadual tersebut, didapati bahawa
sebanyak 7 item yang sesuai diterima di dalam kategori diskriminasi positif yang tinggi iaitu
dalam linkungan indeks diskriminasi 0.2 < ID < 0.8. Manakala terdapat 1 item dalam linkungan
indeks diskriminasi positif yang rendah ID < 0.2 yang perlu diubahsuai serta terdapat 2 item
dalam linkungan indeks diskriminasi sifar ID = 0 yang perlu juga diubahsuai.

ANALISIS PENCAPAIAN MURID DALAM ITEM KATEGORI TERLALU SUKAR

Melalui pengiraan nilai indeks kesukaran, saya telah mendapati item nombor 2 dan
4 adalah item di bawah kategori terlalu sukar dan perlu diubahsuai. Hal ini berikutan, hanya 2
orang sahaja daripada 25 orang murid berjaya menjawab kedua-dua item ini dengan betul.
Tambahan lagi, indeks diskriminasi bagi kedua-dua item ini juga di bawah kategori
diskriminasi sifar menyebabkan item ini perlu diubahsuai kerana tidak dapat membezakan
tahap kognitif di antara murid berpencapaian tinggi dengan murid berpencapaian rendah. Item
nombor 2 berkenaan cara pembinaan rantai makanan berdasarkan situasi yang diberi di mana
memerlukan murid menilai satu per satu pilihan jawapan yang betul. Manakala item nombor
4 memerlukan murid menganalisis berapakah bilangan haiwan omnivor dalam siratan
makanan yang diberikan. Berdasarkan analisis dapatan ini, menunjukkan murid-murid dalam
kelas 5 Elit masih lagi belum menguasai pembinaan rantai makanan apabila item diberikan
dalam bentuk simbol perkataan tanpa gambar mahupun nama hidupan.
ANALISIS PENCAPAIAN MURID DALAM ITEM KATEGORI TERLALU MUDAH

Melalui pengiraan nilai indeks kesukaran, saya telah mendapati item nombor 8 dan
10 adalah item di bawah kategori terlalu mudah dan perlu diubahsuai. Hal ini berikutan, 23
orang dan 21 orang daripada 25 orang murid berjaya menjawab item 8 dan 10 dengan betul.
Walaubagaimanapun, kedua-dua soalan ini tidak menghadapi masalah dalam indeks
diskriminasi item berikutan ramai murid berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan ini
berbanding murid berpencapaian rendah. Item nombor 8 mengkehendaki murid menganalisis
apakah yang akan berlaku sekiranya semua padi habis dituai berdasarkan satu siratan
makanan yang diberikan. Manakala, item nombor 10 mengkehendaki murid mencipta satu
rantai makanan berdasarkan empat jenis hidupan yang berbeza. Berdasarkan analisis
dapatan ini, menunjukkan murid-murid dalam kelas 5 Elit menguasai pembinaan rantai
makanan apabila item diberikan gambar ataupun nama. Justeru, saya mungkin boleh
memperbaik soalan dengan menggunakan simbol bagi item nombor 8 dan meminta murid
membina siratan makanan bagi item nombor 10.

ANALISIS PENCAPAIAN MURID DALAM ITEM NOMBOR 6

Item nombor 6 memerlukan murid menganalisis apakah yang akan berlaku


sekiranya bilangan ular bertambah berdasarkan satu rantai makanan yang diberi. Walaupun
item ini diterima melalui nilai indeks kesukaran sebanyak 0.20, tetapi nilai indeks
diskriminasinya adalah positif yang rendah iaitu 0.14. Hal ini berikutan, bilangan murid
berpencapaian tinggi yang berjaya menjawab adalah rendah apatah lagi bagi murid
berpencapaian rendah. Oleh yang demikian, item ini turut perlu diubahsuai supaya kedua-dua
murid berpencapaian tinggi dan rendah dapat menjawab.

Kesimpulannya, hampir kebanyakan item boleh diterima dan dimasukkan ke dalam


bank soalan berikutan mencapai standard yang ideal bagi kedua-dua indeks kesukaran dan
indeks diskriminasi. Walaubagaimanapun, saya menyedari bahawa kebanyakan murid
menghadapi masalah untuk menjawab item KBAT di bawah aras taksonomi menganalisis dan
menilai apabila muncul simbol tanpa nama dan gambar haiwan. Selain itu, saya juga perlu
banyak melatih diri dalam membina soalan KBAT agar mendidik murid supaya rajin berfikir
untuk menyelesaikan masalah.
RUJUKAN

Boon P. Y., Lee, L. H. & Lawrence. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan. Selangor: Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

Grolound, N. E. (1998). Assessment of Student Achievement. Needham Heights, MA: Allyn &

Bacon.

Mehrens, W.A. & Lehmens, I. J. (1991). Measurement and evaluation in education and

psychology. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Wiersma, W. & Jurs, S. G. (1990). Educational Measurement and Testing. Boston, MA: Allyn

& Bacon
LAMPIRAN

Potrebbero piacerti anche