Sei sulla pagina 1di 1

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

08400 MERBOK
KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-4560306
Faks : 04-4560328 Emel : kea3122@moe.edu.my

Ruj. Kami : KEA3122-600-10 ( 41 )


Tarikh : 19 April 2018

Dr. Hamzah Fansuri Hassan


Timbalan Rektor HEP
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor

Tuan,

MEMOHON SEWAAN TEMPAT PENGINAPAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan Program Kembara Ilmu


Pengawas Pusat Sumber SMPKVM 2018 (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018)
pada 2 – 4 Mei 2018. Antara lokasi yang akan dilawati adalah bertempat di Bandaraya Shah
Alam. Untuk makluman pihak tuan, peserta program ini terdiri daripada murid – murid
berkeperluan khas berumur sekitar 16 hingga 20 tahun.

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membenarkan
kami menginap selama semalam seperti ketetapan berikut :

TARIKH / HARI : 3 Mei 2018 (Khamis)


WAKTU CHECK - IN : 6.00 pm
BILANGAN PESERTA : 42 orang (10 guru, 32 murid)
: - 18 murid lelaki, 14 murid perempuan
- 5 guru lelaki 5 guru perempuan
PILIHAN : Bilik Beserta Set Cadar / Sarung Bantal

4. Sekiranya ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh menghubungi Pn. Nur
Rawaidah Rahmat di talian 012-9684360 untuk maklumat lanjut. Sokongan dan kerjasama
daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

..........................................................
(SUHAINI BIN SHAARI)
Pengetua
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok,
Merbok, Kedah Darul Aman.

Potrebbero piacerti anche