Sei sulla pagina 1di 4

LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI

PANITIA BAHASA MALAYSIA 2017


SJKC BATANG KALI
Kampung Bukit Chandang
44300 Batang Kali, Selangor
_______________________________________________________________________________

A. Program / Fokus : Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia UPSR


2017
B. Bidang Keutamaan : Bahasa Malaysia
C. Aktiviti : Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia UPSR
2017
Tajuk : Ceramah Ke Arah Kecemerlangan Bahasa Melayu
Objektif : a. Meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Malaysia murid-
murid.
b. Meningkatkan prestasi murid-murid dalam kertas bahasa
Malaysia pemahaman dan penulisan.
Tarikh : 24 OGOS 2017
Masa : 8.00 – 10.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat SJKC Batang Kali
Anjuran : Panitia Bahasa Malaysia SJKC Batang Kali
Sasaran Peserta : 68 orang murid
Bilangan
: 68 orang murid
Kehadiran
Kos Perbelanjaan : TIADA

D. Kekuatan : a. Ceramah disampaikan oleh Cikgu Mat Ariffin sendiri.


b. Penceramah menunjukkan cara menjawab kertas
penulisan bahagian A mengikut kategori murid iaitu
murid cemerlang dan murid halus.
c. Perbandingan soalan dan tajuk kertas bahasa Malaysia
UPSR di antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis
kebangsaan.
d. Menyenaraikan sasaran tajuk karangan 2017 yang
boleh digunakan untuk latihan dan ulangkaji.
e. Teknik menjawab yang digunakan ringkas dan mudah
difahami.

E Isu / Kekangan : Tiada. Bengkel berjalan dengan lancar.

F. Cadangan : Untuk penambahbaikan bagi aktiviti ini, Panitia Bahasa


Penambahbaikan Malaysia mencadangkan aktiviti seperti ini bukan sahaja
dijalankan untuk murid Tahun 6 tetapi penglibatan murid
Tahun 4 dan 5 juga amat digalakkan. Hal ini bertujuan
supaya murid-murid dapat menguasai teknik menjawab
soalan pemahaman dan penulisan sejak dari peringkat
awal lagi. Tambahan, jika pihak sekolah melaksanakan
program ini bermula dari Tahun 4, hal ini mungkin dapat
meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Malaysia.
G. Kesimpulan : Secara keseluruhannya, bengkel ini berjalan dengan
lancar. Murid-murid memberi kerjasama yang baik dan
menunjukkan disiplin yang tinggi. Kerjasama daripada
para guru juga amat menggalakkan. Program seperti ini
harus diteruskan di masa akan datang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

_____________________ ______________________
Nama : NUR ANATI BINTI AZIZAN Nama :
Jawatan : SETIAUSAHA PANITIA BAHASA Jawatan :
MALAYSIA

Tarikh : 25 OGOS 2017 Tarikh :


LAPORAN BERGAMBAR
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MALAYSIA UPSR 2017
LAPORAN BERGAMBAR
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MALAYSIA UPSR 2017

Aktiviti berkumpulan : Perbincangan dalam kumpulan

Potrebbero piacerti anche