Sei sulla pagina 1di 3

KERTAS KERJA LAWATAN KE PESTA BUKU SELANGOR 2019

1.0 PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah ‘Jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka
SK Pandamaran Jaya telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Pesta
Buku Selangor. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program
yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara
langsung kepada murid-murid. Melalui program ini juga, diharapkan agar murid-murid dapat
mempelajari cara memilih buku, menguruskan wang perbelanjaan,mendapat maklumat yang
jelas mengenai pengarang, penerbit serta isi kandungan sesebuah buku.

2.0 RASIONAL

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid
sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan
masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti
sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid
tentang teknik pemilihan bahan buku yang terbaik.

3.0 OBJEKTIF

3.1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada


murid-murid membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.
3.2. Dapat membuka minda murid-murid SKPJ dengan suasana dan pengalaman
yang baharu.
3.3 Dapat membantu murid-murid membuat keputusan dalam pemilihan buku serta
pengurusan perbelanjaan yang bijak.

4.0 DESTINASI

Pesta Buku Selangor,SACC Convention Centre.

5.0 PELAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 28 Februari 2019


Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi – Bertolak pergi ke SACC
2.00 petang – Bertolak pulang ke SKPJ
Pengangkutan : Bas A

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi aktiviti ini adalah terdiri daripada 40 orang


murid Tahun 4 dan 5, diiringi oleh 4 orang guru pengiring.

1
KERTAS KERJA LAWATAN KE PESTA BUKU SELANGOR 2019

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Pengangkutan Bas (YKS) 1 x RM600.00 RM 600.00
2. Makanan Peserta (Sendiri) 44 X RM 6.00 RM 264.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 864.00

8.0 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn.Hjh Noorkedah Binti Mohd Yusof


(Guru Besar SK Pandamaran Jaya)

Naib Pengerusi : Pn.Salina Binti Zainuddin


(Pen.Kanan Pentadbiran)
Setiausaha : Pn.Norazlina Binti Jamil
(Guru Perpustakaan & Media)
Bendahari : Pn.Siti Surayani Bt Suppian
(P.Tadbir Kewangan)
AJK Pengangkutan : Pn.Haslina Binti Hashim
AJK Dokumentari/Dokumentasi : Pn.Norazlina Bt Jamil
AJK Makanan dan Minuman : Pn.Hasnida Bt Abu Hassan
AJK Disiplin /Keselamatan : En.Mohd Ikhwan Haiqal B.Ismail
Semua Guru Pengiring

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

1. Setiausaha :
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat
dengan program lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib
Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat
follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

2. Bendahari :
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

3. AJK Pengangkutan :
Menghubungi pihak bas – sebuah bas, bayaran, memastikan
bas mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan
pelajar semasa di dalam bas.

4. AJK Makanan & Minuman :


Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

5. AJK Dokumentasi/dokumentari :
Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-
cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

2
KERTAS KERJA LAWATAN KE PESTA BUKU SELANGOR 2019

6. AJK Disiplin :
Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.

7. AJK Keselamatan & Kebersihan :


Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan.
Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan
kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan.

9.0 TENTATIF LAWATAN

8.30 Pagi : Taklimat Keselamatan


9.00 Pagi : Murid Bertolak ke Pesta Buku, SACC Shah Alam.
10.00 Pagi : Murid diberi penerangan mengenai teknik pemilihan bahan
buku dan pengurusan kewangan.
: Melawat dan membeli-belah Pesta Buku Selangor.
12.00 Tengah Hari : Paper Magic Craft Bersama Abang Bush
2.00 Petang : Bertolak pulang ke SKPJ

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini berjalan lancar, mendapat sambutan dan
dan kerjasama daripada pelbagai pihak. Selain itu, diharap program ini juga memberi
manfaat kepada murid-murid untuk mencapai objektif lawatan yang disasarkan.

Disediakan Oleh , Disemak dan Diluluskan Oleh,

............................................... ......................................................

(PN NORAZLINA BT JAMIL) ( PN NORAZIAN BT YUSOFF)


Guru Perpustakaan & Media, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Pandamaran Jaya. SK Pandamaran Jaya.

Potrebbero piacerti anche