Sei sulla pagina 1di 1

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

08400 MERBOK
KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-4430025 Emel : kea3122@moe.gov.my

Ruj. Kami : KEA3122-600-10 ( 71 )


Tarikh : 11 Februari 2019

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir
Pengkalan Bujang
08100 Bedong
Kedah Darul Aman

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN LALUAN SEKOLAH BAGI AKTIVITI


KHIDMAT MASYARAKAT DI MASJID AL-HUSNA DAN DEWAN ORANG RAMAI
KAMPUNG PENGKALAN BUJANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah akan mengadakan Kem Kepimpinan Perdana
2019 bagi murid berkeperluan khas yang terlibat dalam kepimpinan sekolah. Salah satu
daripada aktiviti yang akan dijalankan sempena kem tersebut adalah Aktiviti Khidmat
Masyarakat Bersama Komuniti Penduduk Kampung Pengkalan Bujang. Aktiviti tersebut
melibatkan kawasan Masjid Al Husna dan Dewan Orang Ramai Kampung Pengkalan Bujang.

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran untuk menggunakan laluan
SK Haji Omar Tahir untuk urusan parking kenderaan dan logistik barangan berkaitan aktiviti
khidmat masyarakat yang akan dijalankan di sana. Aktiviti tersebut akan diadakan seperti
ketetapan berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 16 Februari 2019
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Masjid Al-Husna dan Dewan Orang Ramai Kampung

Pengkalan Bujang

3. Di sini kami sertakan lampiran aturcara aktiviti kem untuk rujukan pihak tuan.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh menghubungi Pn. Nur
Rawaidah Rahmat di talian 012-9684360 untuk maklumat lanjut. Sokongan dan kerjasama
daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

..........................................................
(SUHAINI BIN SHAARI)
Pengetua
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok,
Merbok, Kedah Darul Aman.

s.k.: 1. Bahagian Pendidikan Khas

Potrebbero piacerti anche