Sei sulla pagina 1di 2

PK 17/ 2

SK TAMAN NUSA PERINTIS 1, 81550 GELANG PATAH


JOHOR BHARU, JOHOR

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK KALI PERTAMA 2019

Tarikh : 17 Januari 2019


Hari : Khamis
Masa : 1.30 tengah hari
Pengerusi : En. Muhammad Amirul Amin Bin Zailani (Ketua Panitia)
Tempat : Bilik Muzik SKTNP1

Kehadiran : 13/13

1. Aluan pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-fatihah. Pengerusi sejurus
itu mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran.
1.2 Pengerusi berharap semua guru-guru dapat memberikan tumpuan
sepenuhnya supaya maklumat dapat disampaikan.

2. Pemakluman Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)


2.1 Pengerusi memaklumkan perlaksanaan PLC dalam 3 bentuk, iaitu
Lesson Study, Teacher Sharing Session dan Learning Walk.
2.2 Pengerusi sudah menyenaraikan guru-guru yang terlibat dalam
program tersebut.
2.3 Semua guru terlibat dalam perjalanan program tersebut.
Makluman : Semua Guru

3. PBS/PBD – Perlaksanaan
3.1 Perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah penting. Semua guru harus
bertindak mengeluarkan lembaran kerja bersesuaian silibus terkini
terutama bagi tahun 1, 2 dan 3.
3.1.1 Lesson Study akan diadakan untuk matapelajaran
Pendidikan Kesenian tahun 2. Ini bagi tujuan penyelarasan
Rancangan Pengajaran Harian dan penggunaan lembaran kerja.
1
PK 17/ 2
3.1.2 Kesemua borang pentaksiran bilik darjah mestilah
dikemaskini sebaik murid-murid itu menguasai kemahiran yang
termaktub dalam silibus.

Tindakan : Semua Guru Panitia

4. Keceriaan Bilik Muzik.


4.1 Bilik Muzik perlu sentiasa dimaksimumkan penggunaannya untuk
aktiviti matapelajaran tersebut dan Kelab Kesenian Kebudayaan.
4.2 Gotong-royong keceriaan Bilik Muzik akan diadakan pada tarikh
yang akan dimaklumkan dalam bulan Februari.
Makluman : Semua Guru
5. Hal-hal lain
5.1 Pembelian alat bantu mengajar. Bakal diperolehi dengan kos mencecah
RM750 bagi Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 1,2 dan 3.

5.2 Penyenaraian semula alatan-alatan dan senarai semak aset panitia akan
dimulakan secara berperingkat-peringkat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………
………………………………………

SAMIAH BINTI SUGIMIN BIN AHMAD

Setiausaha Panitia Muzik Penolong Kanan Pentadbiran

SK Taman Nusa Perintis 1 SK Taman Nusa Perintis 1

Potrebbero piacerti anche