Sei sulla pagina 1di 3

Minit Disediakan : 31Januari 2018

Minit Disemak : 8 Januari 2019


Minit Diedarkan : 9 Januari 2019

SK PERBANDARAN SIBU NO.4


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB 1/2019

Tarikh : 31 Januari 2018


Masa : 10:00 pagi
Tempat : Bilik Agama
Pengerusi : En. Hasdy bin Iaidee
Kehadiran : 1. Puan Nursuriaty bt Ling

Agenda Mesyuarat
1. Kata-kata aluan Pengerusi
1.1 Ucapan alu-aluan “Assalamualaikum” dan kesyukuran akan pertemuan untuk
mesyuarat Panitia Bahasa Arab kali pertama untuk tahun 2019 ini. Juga mengalu-
alukan kehadiran ustazah Nursuriaty untuk matapelajaran Pendidikan Islam.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Pengerusi meneliti dan menyemak minit mesyuarat Panitia Bahasa Arab ke
2/2019 bersama-sama Puan Nursuriaty sebelum disahkan :
Pencadang : En. Hasdy bin Iaidee
Penyokong : Puan Nursuriaty bt Ling

3. Perutusan Pengerusi
3.1 Perkara berkaitan Pelaksanaan Program Sepanjang Tahun 2019.
3.1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Pendidikan
Islam yang turut serta dalam menjayakan program Panitia Bahasa Arab
2019.

3.2 Perancangan Program Panitia Bahasa Arab Tahun 2019.


3.2.1 Berikut merupakan perancangan Program Panitia Bahasa Arab tahun
2019 yang bakal dilaksanakan mengikut tarikh yang telah dipersetujui
bersama:

Nama Program Tarikh Pelaksanaan


MINGGU BAHASA ARAB 3-4 April 2019

Tindakan : Makluman Guru


3.3 DSKP,RPT dan RPH.
3.3.1 Pengerusi mengingatkan guru menggunakan format RPH yang selaras
bagi memudahkan semakan dan pemantauan.
3.3.2 RPT dan DSKP terkini untuk semakan Tahun 1,2 dan 3 hendaklah
digunapakai dan guru perlu mengemaskini fail RPT dan DSKP untuk semakan
GB atau PK1 pada 2 minggu selepas sesi persekolahan.
3.3.3 Softcopy RPT dan DSKP boleh didapati di internet ataupun boleh
diambil daripada Panitia Bahasa Arab.
Tindakan : Makluman Guru

3.4 Kelas dan PDPC Bahasa Arab.


3.4.1 Jadual kelas Bahasa Arab mestilah mengikut jadual yang telah
ditetapkan oleh sekolah. Mana-mana murid yang tidak hadir ke kelas
tersebut, mestilah dipanggil dan dimaklumkan kepada guru kelas mahupun
guru Pendidikan Moral ketika itu.
3.4.2 PDPC guru mestilah mengikut kriteria yang terdapat di dalam SKPMG2
bagi memudahkan pemantauan dan penentuan markah untuk PDPC guru
tersebut.
3.4.3 Jumlah masa Bahasa Arab 18 masa untuk tahun 1 sehingga tahun 6.
Tindakan : Makluman Guru

3.5 Kelas Tasmik


3.5.1 Semua murid Islam mesti menghadiri kelas Tasmik yang diadakan pada
waktu pagi, jam 700-730 (1 masa). Kelas ini merupakan salah satu daripada
program Jqaf KPM yang membantu dalam kelancaran murid membaca Al-
Quran agar cepat mereka untuk Khatam Al-Quran di tahun 6 nanti. RPH dan
rekod bacaan perlu juga perlu disediakan dan diisi oleh guru Tasmik setiap
kali kelas Tasmik berjalan.
Tindakan : Makluman Guru
3.6 Perkara berkaitan Buku kerja Bahasa Arab
3.6.1 Buku aktiviti Bahasa Arab yang digunakan adalah seperti berikut :

TAHUN TAJUK BUKU

Modul Aktiviti Pintar Cerdas Bahasa arab


TAHUN 4
Tahun 4
Modul Aktiviti Pintar Cerdas Bahasa arab
TAHUN 5
Tahun 5
Modul Aktiviti Pintar Cerdas Bahasa arab
TAHUN 6
Tahun 6

Tindakan : Makluman Guru Bahasa Arab

Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan perhatian yang diberikan
sepanjang mesyuarat Panitia Bahasa Arab dan selamat maju jaya untuk usaha
memantapkan lagi program dan pengajaran Bahasa Arab dalam diri semua anak murid yang
belajar Bahasa Arab di sekolah ini. Semoga komitmen yang jitu dari semua pihak dapat
meningkatkan prestasi Matapelajaran Bahasa Arab khasnya dan amalan Islam dalam
kehidupan harian murid dan guru amnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh

…………………………………… ……………………………………..
En. Hasdy bin Iaidee Puan Mary Shu Ngiik Ling
Panitia Bahasa Arab, Penolong Kanan 1
SK Perbandaran Sibu No.4 SK Perbandaran Sibu No.4

Potrebbero piacerti anche