Sei sulla pagina 1di 5

SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK

45620 IJOK, BESTARI JAYA, SEANGOR

MINIT MESYUARAT KURIKULUM


BILANGAN 1 TAHUN 2019

TARIKH/HARI : 24 DISEMBER 2018


MASA : 9.00 Pagi
TEMPAT : BILIK MESYUARAT RAFULIN
KEHADIRAN :

Hadir :

1. Encik Aziz bin Ghazali Guru Besar


2. Tuan Haji Zainuddin bin Mahroni PK Pentadbiran
3. Encik Zulkifli Amin bin Jaini PK HEM
4. Encik Azmi bin Ahamad Sah PK Kokurikulum
5. Puan Rahimah bt Kasim Setiausaha
6. Puan Siti Narimah bt Mohd Salleh
7. Puan Norhudha bt Kamil
8. Puan Mai Salama bt Mohidin
9. Puan Masina bt Azad Khan
10. Puan Zahara bt Ramli
11. Puan Rosnah bt Seman
12. Puan Nor Anizah bt Jaini
13. Puan Rosnah bt Abdullah
14. Puan Rohani bt Ismail
15. Puan Ros Idawati binti Manaf
16. Puan Najihah binti Saharoni
17. Cik Norulaini bt Mohd Nawi
18. Puan Rina Iryani bt Ahmad
19. Puan Arnimi bt Ibrahim
20. Encik Mohd Yusof bt Lazim
21. Encik Khazran Nazim bin Mohamed
22. Encik Mohammad Helmi bin Abdul Rahman
23. Puan Hajjah Harlina bt Ghazali
24. Puan Suzie bt Abdullah
25. Puan Zaiton Fatimah bt Abdul Majid
26. Puan Syuhaira bt Khalid
27. Puan Asmira bt Alias
28. Puan Norashikin binti Md Ali
29. Encik Shamsudin bin Che Husin
30. Encik Mohd Tahrin bin Maarof
31. Puan Marieyanti binti Awang
32. Puan Nik Maizatul Akmam binti Nik Adib
33. Puan Hashida binti Sakisan
34. Puan Nor Azira binti Awang
35. Puan Aida Nafisa binti Husin
36. Puan Hartini binti Ismail

1
Tidak Hadir (Bersebab) :

1. Puan Rafidah bt Abd Rahman


2. Puan Junaidah bt Anis

Urus Setia Mesyuarat :

1. Puan Rahimah binti Kasim -Setiausaha Kurikulum

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir ke
mesyuarat kurikulum kali ketiga. Bacaan ummul kitab (Alfatihah)
1.2 Misi SK Ijok “CEMERLANG 2010” tercapai atau tidak.
1.3 Melestarikan kecemerlangan pendidikan berkualiti bagi memenuhi aspirasi
negara.Guru bersama-sama mencorak masa depan anak murid SK Ijok untuk
mencapai misi yang diinginkan.
1.4 Senarai AJK 2019 tidak banyak perubahan. Harap semua guru terima tugasan yang
diberi.
1.5 Target UPSR 2019 (6A – 5 orang, murid potensi 5 orang, bilangan calon UPSR 90
orang dan lulus semua calon 80 orang).

Tindakan : Makluman semua guru

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum bertarikh 14 Ogos 2018 dicadangkan untuk disahkan
oleh Encik Mohd Tahrin bin Maarof. Disokong oleh Puan Siti Narimah bt Mohd
Salleh.

Tindakan : Makluman semua guru


3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

4. PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Pembetulan beberapa kesilapan pada muka surat 23 (penggal persekolahan),


muka surat 61 (pertukaran ketua pantia DSV) dan muka surat 72.

4.2 Guru kelas kenal pasti kedudukan kelas masing-masing sebelum mula
persekolahan. Semak bilangan murid. Pastikan pada hari pertama, 1 murid
mendapat 1 kerusi dan 1 meja. Minta pekerja menyediakan meja dan kerusi
sekiranya tidak mencukupi.

2
4.3 Kelas PA 21. Semua kelas perlu mewujudkan kelas Pendidikan Abad ke 21.
Wujudkan satu kelas Pendidikan Abad ke 21 yang serba lengkap untuk setiap
aliran. Adakan perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa murid setiap
aliran untuk memenuhi keperluan kelas Pendidikan Abad ke 21.

4.4 LINUS. Linus telah dimansuhkan. AJK unit LINUS berpindah ke Unit Pemulihan
Khas.

4.5 PEPERIKSAAN. Peperiksaan pertengahan dan akhir tahun dimansuhkan untuk


Tahap 1 (Tahun 1 – Tahun 3). Cara menilai murid-murid adalah berdasarkan PBD
(Penilaian Bilik Darjah).

4.3 BUKU REKOD MENGAJAR. Bermula 2019,Buku Rekod Mengajar adalah


berbentuk fail. Jangan lupa masukkan Objektif Pembelajaran dan Kriteria
Kejayaan seperti mengikut format untuk TS25.

4.4 RPT. Semua ketua panitia perlu mengumpulkan sukatan pelajaran tahunan,
rancangan pelajaran harian dan diserahkan kepada unit kurikulum untuk
simpanan fail.

4.5 WAKTU PERSEKOLAHAN. Hari Isnin Tahap 1 (7.30 pagi – 12.50 tgh), Tahap 2
(7.30 pagi – 1.20 tgh), hari Selasa –Khamis, Tahap 1 (7.30 pagi – 12.20 tgh),
Tahap 2 (7.30 pagi – 12.50 tgh), hari Jumaat (7.30 -11.50 pagi). Sesi persekolahan
SK Ijok selama 39 minggu.

4.6 JUMLAH MASA MENGAJAR. Jumlah masa mengajar dikurangkan untuk


beberapa subjek. Bahasa Inggeris menjadi 9 masa (270 minit ), Matematik 5
masa (150 minit),dan Sains 3 masa (90 minit).

4.7 PROGRAM KURIKULUM. Pastikan semua program kurikulum 2019 yang


dirancang dapat dijalankan dengan baik.

4.8 SASARAN UPSR 2019. Seramai 5 orang Tahun 6 disasarkan untuk mendapat 6A
untuk UPSR tahun 2019.

4.9 JADUAL WAKTU. Jadual waktu untuk semua guru masih dalam proses. Jadual
waktu dihasilkan dengan perbincangan dengan guru-guru.

4.10 RELIEF. Mohon maaf jika ada guru yang tidak berpuas hati dengan relief pada
tahun 2018. Maklumkan awal jika tidak hadir ke sekolah kerana menghadiri
kursus, mesyuarat dan sebagainya. Jika ada yang tidak mampu masuk kelas relief,
maklumkan awal.

4.11 PANATIA. Rancang dan laksanakan program yang telah dirancang. Maklumkan
sekiranya ada mesyuarat. Bincangkan program dan aktiviti panitia, kelemahan
dan kekuatan setiap program dan aktivti.

3
4.12 BORANG KEBERHASILAN. Mohon guru lengkapkan borang keberhasilan. Isi
selengkapnya bahagian tugas guru dan sebagainya.

4.13 PENCERAPAN. Jadual pencerapan sudah dinyatakan di dalam Buku Pengurusan


Sekolah. Pencerapan bermula pada bulan April dan diadakan 2 kali setahun.
Pencerapan boleh berlaku secara formal dan tidak formal.

4.14 SEMAKAN BUKU KERJA. Semakan buku kerja diteruskan seperti biasa. Pastikan
guru-guru menyemak buku kerja murid. Serahkan 10 buah buku murid kepada
pentadbir untuk di semak, sekiranya di minta.

4.15 PAPAN KENYATAAN. Pastikan papan kenyataan panitia dan unit-unit khas di
sudut-sudut sekitar sekolah dikemaskini mengikut tahun semasa.

4.16 FAIL PANITIA. Fail panitia juga perlu dikemaskini mengikut tahun semasa.

4.17 CUTI GURU-GURU. Maklumkan awal kepada pentadbir sekiranya ada mengambil
cuti atau ada menghadiri temujanji di hospital.

4.18 LADAP. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada Penyelaras LADAP kerana
mendapat anugerah baru-baru ini. Susun jadual untuk penuhi keperluan LADAP.

4.19 Terima kasih kepada semua guru SK Ijok yang telah bertungkus lumus sepanjang
tahun 2019.

Tindakan : Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 PROGRAM TRANSISI. Program transisi Tahun 1 akan dijalankan pada 2 – 18 Januari 2019.
Jadual dan modul transisi akan diedarkan kepada semua pentadbir dan guru-guru Tahun 1,
sebelum penggal persekolahan 2019 bermula. Guru-guru perlu menggunakan modul yang
telah disediakan.Setiap hari ada 2 latihan yang perlu disiapkan sebelum dan selepas rehat.
Waktu rehat untuk murid-murid tahun 1 diawalkan pada pukul 9.50.

5.1.1 KSSR. Guru-guru tahun 3 perlu menghantar satu Salinan DSKP dan satu Salinan RPT
mengikut takwim dan ada 39 minggu dan laporan in-house training Kursus SEMAKAN KSSR
tahun 3 juga perlu diserahkan kepada Puan Norhudha dan juga kepada Puan Rina iryani
untuk simpanan fail LADAP.

4
5.1.2 PBS. Guru-guru perlu menghantar laporan pentaksiran dan masukkan ke dalam fail PBS
yang telah disediakan. Penyelaras akan menghadiri taklimat atau kursus berkenaan dengan
pelaksanaan PBD bagi tahun 2019. (Puan Norhudha binti Kamil)

5.2 MMI. Guru-guru yang masuk dalam kelas jangan lupa untuk mengisi rekod MMI. Isi
maklumat yang perlu. Penyelaras MMI perlu menghantar laporan ke PPD. (Cik Norul Aini
binti Mohd Nawi)

5.3 Dialog Prestasi Kali 1/2019 akan diadakan pada 12 Januari 2019. Semua pentadbir diharap
dapat menghadiri program ini. Mesyuarat gotong-royong PA 21 bagi aliran Tahun 6 juga
akan diadakan pada tarikh tersebut juga. Ikrar AKUJANJI oleh murid-murid Tahun 6 juga akan
diteruskan.

5.3.1 Ada masalah murid yang selalu tidak hadir sekolah seperti Intan Nurliyana dan
Farouk Amri dari kelas 6 USIM. Berharap Unit Bimbingan dan Kaunseling dapat mengambil
tindakan sewajarnya untuk menangani masalah tersebut.

5.4 Maklumkan sekiranya ada program UPSR di sekolah-sekolah yang lain yang bersesuaian,
agar dapat dijalankan di sekolah ini. Mencadangkan agar kad pelaporan murid diwujudkan
semula supaya murid-murid UPSR dapat memantau pencapaian markah mereka. (Puan
Zaiton Fatimah binti Abdul Majid).

5.5 Kelas tambahan masih mengikut cara lama. Ubah cara kepada cara yang baru
contohnya;membuat kelas tambahan dengan kumpulan murid yang lebih kecil. (Encik
Zainuddin bin Mahroni).

Tindakan : Makluman
6. UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat memberikan
pandangan di dalam perbincangan kali ini. Mesyuarat ditutup dengan surah Al-Asry dan
ditangguhkan pada pukul 11.20 pagi

Urus Setia
Unit Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Ijok

Tarikh : 24 Disember 2018

Potrebbero piacerti anche