Sei sulla pagina 1di 9

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG KEDAH

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KESENIAN DAN MUZIK

SK KAMPONG KEDAH BIL 1 / TAHUN 2018

TARIKH : 4 FEBRUARI 2018

MASA : 1.30 PETANG – 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK ERAKAN.

PENGERUSI : PN ZANARIAH BT ABU ABAKAR

KEHADIRAN :

1. PN AZIZAH BT AU BAKAR ( 1A)


2. PUAN NORSIAH ZAINAI
3. PUAN FARIDAH BT ABDUL RAHMAN (1B)
4. ENCIK CAKRAWARTY A/L GOPALAN
5. PUAN NORAKMAR BT ABD TALIB (6A)
6. PUAN ZARHANA BINTI SIDEK
7. ENCIK FARIZAL BIN OTHMAN

Hadir Bersama (Jika ada) : TIADA

Tidak Hadir : TIADA

Urus Setia/Setiausaha :

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat Panitia Pendidikan Kesenian Dan
Muzik kali pertama untuk sesi 2018.

Tindakan: Pengerusi

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit Mesyuarat Bil 3/2017 dicadangkan pengesahannya oleh Puan Andik Raden @ Andik
Emiliza selaku Penolong Kanan Kurikulum disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan: Semua ahli

3. PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Perkara 3.2 pada minit Bil 3/ 2017 muka surat 2 : Minggu Panitia Seni. Minggu Panitia akan
diadakan pada 1 hingga 4 September 2018 dan melibatkan aktiviti mewarna bagi tahap 1 dan
tahap 2.
Tindakan: Semua ahli
4. KSSR / Kurikulum

4.1 Rancangan Pengajaran Tahunan : Semua guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran
Tahunan dan perlu mengajar mengikut silibus yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran
Tahunan tersebut.

4.2 Semua guru perlu menghantar buku rekod pengajaran dan mengemaskini e-rph kepada
pentadbir untuk disemak pada setiap Khamis tanpa gagal.

Tindakan: Semua ahli

5. PELAKSANAAN PDPC

4.1 Pdpc yang dijalankan perlu berinspirasikan Pembelajaran Abad ke-21. Guru perlu sentiasa
bersedia dengan teknik-teknik yang berkesan dan tidak hanya menggunakan kaedah “Chalks And
Talks” sahaja.

4.2 Setiap guru perlu memperuntukkan waktu untuk membuat persediaan mengajar supaya pdpc
yang dirancang adalah berfokus dan berjaya mencapai objektif. Guru perlu mahir dan mempunyai
pemahaman yang mendalam terhadap isi kandungan subjek / tajuk yang bakal diajar.

Tindakan: Semua ahli

6. PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) OFFLINE

6.1 Semua guru harus menjalankan penilaian PBS kepada murid-murid KSSR dan KSSR SEMAKAN
dari darjah 1 hingga 6 secara offline iaitu pada bulan April, Julai dan Oktober. Guru juga perlu
mencetak Rekod Perkembangan Murid dan perlu ditampal pada bahagian belakang buku
rancangan mengajar. Sebagai rujukan berkaitan penilaian PBS, guru boleh merujuk Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.

Tindakan: Semua ahli

7. KEEWANGAN PANITIA
7.1. Ketua panitia menyatakan bahawa duit panitia perlu digunakan pada tahun semasa dan
tidak boleh dibawa kepada tahun seterusnya. Justeru guru-guru boleh memberi cadangan /
pandangan untuk pengurusan keewangan panitia.

Tindakan: Makluman
8. ALAT DAN BAHAN UNTUK PDP
8.1. Setiap guru diminta menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan untuk bahan bantu
mengajar padi sesi pdpc 2018 bagi memudahkan ketua panitia untuk membeli barangan
tersebut menggunakan peruntukkan keewangan panitia yang disediakan. Guru-guru boleh
menyenaraikan bahan keperluan / BBM untuk pdpc masing-masing secara bertulis. Setelah
itu senarai itu perlu diserahkan kepada ketua panitia.

Tindakan: Semua ahli


9. PROGRAM PANITIA

9.1. Semua guru perlu berganding bahu untuk meningkatkan bagi mata pelajaran kesenian dan
muzik dengan mengadakan aktiviti melukis dan mewarna poster, bengkel mewarna
menggunakan teknik catan juga aktiviti menceriakan bilik seni. Selain itu, murid perlu diberi
pendedahan secara berterusan dalam aktiviti mengolah, melukis dan mewarna setiap kali
kelas seni berlangsung.

9.2. Bagi matapelajaran muzik, bengkel nyanyian lagu kebangsaan , lagu negeri, lagu ekolah dan
lagu pendidikan Terengganu perlu diadakan bagi murid tahap 1 secara berperingkat.
Program “Bintang Kecil” juga perlu diwujudkan untuk mengasah dan mencungkil bakat
murid.
Tindakan: Semua ahli

10. HAL HAL LAIN

10.1 Minggu panitia peringkat akan diadakan pada bulan akhir bulan Ogos sehingga minggu
pertama bulan September bersama Bulan Kemerdekaan. Antara aktiviti yang bakal dijalankan
sepanjang tahun ialah :

10.1.1. Mewarna poster kemerdekaan


10.1.2. Melukis poster kemerdekaan atau diorama kemerdekaan
10.1.3. Pertandingan Lagu Patriotik Kelas / Individu

Tindakan: Makluman

11 PENUTUP

11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan oleh,

…………………....................................................

( PUAN ZARHANA BINTI SIDEK )

Setiausaha

Panitia Pendidikan Kesenian Dan Muzik

Tarikh: 5 Februari 2018.


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUALKALI KEEMPATSMK. SIERRAMAS(BIL 4 /
2014)

Tarikh : 20 November 2014

Masa : 2.30 – 4.00 Petang

Tempat : Bilik Seni

Kehadiran : 1. Pn. Zeti Mazlina Bt. Zainuddin (Ketua Panitia Pend. Seni Visual)

3. Pn. Noor Ashikin Bt. Mohd. Sukri

4. Pn. Mazwila Bt. Che Othman

Tidak Hadir : Pn. Armi Royani Bt. Muhamad Aris (CTR)

Urus Setia Mesyuarat : Pn. Noor Ashikin Bt. Mohd. Sukri

AGENDA MESYUARAT

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Kata alu-aluan

Pn. Zeti mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi meluangkan

masa dan menghadiri mesyuarat.

2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat

2.1 Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Bil 3/2014 disokong oleh Puan Mazwila

dan disahkan oleh Puan Noor Ashikin.

3.0 Perkara-perkara berbangkit

3.1 Pembelian Buku Amali Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 dan 2

Pn. Zeti menyatakan bahawa duit panitia telah habis digunakan. Sebahagian

besarnya adalah untuk barangan folio dan kerja kursus projek arca murid yang

mengambil peperiksaan SPM 2014 iaitu murid 5 PSV 1 dan 5 PSV 2. Oleh sebab

itu, pembayaran buku yang masih tertunggak sejumlah rm600 akan dijelaskan pada
tahun hadapan. Pembelian buku amali juga tidak akan dilakukan lagi.

Tindakan : Guru-guru PSV Tingkatan 1 dan 23.2 Pembelian barang Pendidikan Seni Visual

Pn. Zeti memaklumkan bahawa pembelian barangan pada tahun hadapan, masih

dikhususkan untuk murid tingkatan 5. Alat tulis dan barangan akan dibeli melalui

pembekal yang sama untuk memudahkan urusan.

Tindakan : Ketua panitia Pendidikan Seni Visua

4.0 Pembentangan kertas kerja / isu / laporan

4.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Tujuh bab berikut yang terkandung dalam Pelan ini akan mengkaji dan menangani

isu, serta menggariskan langkah yang boleh diambil untuk masa depan. Bab itu

ialah:

Bab 1

menggariskan aspirasi baharu untuk keseluruhan sistem pendidikan Malaysia,

termasuk aspirasi setiap murid;

Bab 2

mengandungi analisis terperinci tentang keberhasilan murid Malaysia dan

menetapkan prestasi semasa sistem pendidikan negara;

Bab 3

mengkaji pembelajaran murid dalam sistem pendidikan Malaysia, dengan mencari

penyelesaian dalam melaksanakan perubahan yang perlu bagi mencapai aspirasi

tersebut. Bidang yang diberikan tumpuan ialah kurikulum dan pentaksiran,

pengukuhan pembelajaran Matematik dan Sains serta penguasaan kemahiran

berbahasa, intervensi ke arah peningkatan prestasi sekolah, pendidikan khas,

pendidikan kumpulan peribumi dan minoriti lain, dan pendidikan murid pintar

cerdas;

Bab 4

mengkaji peranan guru dan pemimpin sekolah yang merupakan barisan hadapan
sistem pendidikan negara, dengan memberi tumpuan kepada cara meningkatkan

kualiti dan sokongan untuk guru dan pemimpin sekolah;

Bab 5

meneliti cara Kementerian dapat dibangunkan supaya dasar dan inisiatif Pelan ini

dilaksanakan secara terbaik, termasuk mentransformasi pendekatan asas

Kementerian terhadap sumber manusia dan kewangan bagi menambah baik

keupayaan penyampaian dan produktiviti sumber;

Bab 6

mengkaji struktur sistem pendidikan dan memberikan tumpuan kepada peringkat

pendidikan, mewujudkan pelbagai laluan pendidikan untuk disesuaikan dengan

spektrum minat dan kebolehan murid yang lebih luas, memperkembang

pendidikan prasekolah serta memperkukuh pelibatan ibu bapa, komuniti setempat,

dan sektor swasta; dan

Bab 7

menggariskan keseluruhan program transformasi, termasuk menyusun inisiatif

mengikut tahun pelaksanaan antara 2013 hingga 2025 berdasarkan objektif akhir

untuk menambah baik keberhasilan murid, meningkatkan kualiti profesional guru

dan pemimpin sekolah, serta menyusun semula struktur Kementerian dan sistem

pendidikan negara. Bab ini juga merangkum keperluan penyampaian bagi

memastikan kejayaan pelan ini

Makluman

4.2 Audit Akademik

4.2.1.1 Modul Perekodan bagi murid tingkatan 1 dan 2 didapati tiada masalah

kerana ‘Modul offline’ tersebut boleh didapati di laman web KPM. Guru

hanya perlu memuat turun dan mengemaskininya. Guru juga perlu

mencetak untuk dimasukkan dalam Fail PBS Murid

4.2.1.2 SAPS juga berjalan lancar dan semua markah murid telah dimasukkan
sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

4.2.1.3 Hasil ‘Post Mortem’ yang dijalankan, didapati murid tingkatan 4 dan 5

masih berada pada tahap lemah. Sehubungan itu, beberapa perancangan

akan diadakan

4.3 Perancangan 2015

Pn. Zeti memaklumkan bahawa berapa aktiviti Panitia Pendidikan Seni Visual

akan dilaksanakan iaitu:

4.3.1 Lawatan Sambil Belajar ke Kolej Intra, Balai Seni Visual Negara dan

Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 24 Jun 2014

(usahasama kaunseling) dan melibatkan murid tingkatan 5 PSV 1 dan 5

PSV 2. Didapati guru pengiring tidak mencukupi iaitu seramai tiga orang

sahaja. Namun begitu, lawatan ini akan diteruskan pada tahun hadapan

dengan penambahan seorang lagi guru pengiring. Antara tempat yang

dirancang untuk lawatan ialah:

4.3.1.1 Pusat Kraf Tangan, Rawang

4.3.1.2 Balai Seni Lukis, Kuala Lumpur

4.3.1.3 Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Seksyen 24, Shah Alam

4.3.2 Kelas tambahan Pendidikan Seni Visual untuk tingkatan 5 akan terus

dilaksanakan bagi membimbing murid menyiapkan kerja kursus dan juga

bengkel atau teknik menjawab soalan kertas 1 Pendidikan Seni Visual

SPM

4.3.3 Pameran Seni oleh murid tingkatan 5PSV 1 dan 5PSV2 akan terus

dilaksanakan memandangkan mendapat pujian dari banyak pihak

terutamanya pentaksir berdasarkan hasil seni murid yang kreatif.

4.3.4 Projek Kain Rentang untuk majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah

seperti Maal Hijrah yang melibatkan murid daripada semua tingkatan.

4.3.5 Projek Mural untuk murid yang selesai menduduki PT3 akan tetap
diteruskan

4.4 Penyediaan Rancangan Pembelajaran Tahunan (RPT)

4.4.1 Rancangan Pembelajaran Tahunan (RPT) Tingkatan 1 akan disediakan oleh

Puan Noor Ashikin.

4.4.2 Rancangan Pembelajaran Tahunan (RPT) Tingkatan 2 juga akan disediakan

oleh Puan Noor Ashikin.

4.4.3 Rancangan Pembelajaran Tahunan (RPT) Tingkatan 3 akan disediakan oleh

Puan Mazwila.

4.4.4 Rancangan Pembelajaran Tahunan (RPT) Tingkatan 4 akan disediakan oleh

Puan Zeti.

4.4.5 Rancangan Pembelajaran Tahunan (RPT) Tingkatan 5 juga akan disediakan

oleh Puan Zeti.

4.4.6 Rancangan Pembelajaran Tahunan (RPT) Peralihan akan disediakan oleh

Puan Mazwila.

4.5 Modul MMI (Bahan Relief)

Akan disediakan oleh guru mengikut RPT. Jika guru tersebut membuat RPT

Tingkatan 1, maka Modul MMI juga disediakan oleh guru tersebut. Modul MMI

tersebut perlu diletakkan pad arak yang akan ditetapkan oleh pihak pentadbir.

Setiap guru dikehendaki menyiapkan kira 10 hingga 15 helai.

Tindakan : Ahli panitia Pendidikan Seni Visua

5. 0 Hal- hal Lain

5.1 Guru diingatkan supaya menegaskan kepada murid bahawa telefon bimbit dilarang

sama sekali untuk dibawa walaupun ke kelas tambahan.

5.2 Murid juga hanya dibenarkan memakai pakaian sekolah atau pakaian sukan

sekolah sahaja untuk ke kelas tambahan atau sebarang aktiviti sekolah terutamanya

yang melibatkan panitia seperti Projek Kain Rentang dan lain-lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang


Disediakan oleh,

…………………………………….

(NOOR ASHIKIN MOHD SUKRI)

Urusetia

Panitia Pendidikan Seni Visual

Potrebbero piacerti anche