Sei sulla pagina 1di 2

LAPORAN

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM


2018

Tarikh : 15 November 2018 hingga 16 November 2018


Tempat: Padang Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Saraswathy,
Sungai Petani, Kedah

Laporan Hari Pertama : 15 November 2018 (Khamis)

Pada jam 2.00 petang murid-murid Tahun 6 telah mendaftar untuk menjalani
program ini. Setelah selesai proses pendaftaran, perasmian perkhemahan telah
disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Pn.S.Kogila. Selepas itu, murid-
murid berkumpul di padang sekolah untuk aktiviti kawad kaki. Selepas itu, murid-
murid dibekalkan dengan khemah dan peralatan-peralatan yang berkaitan untuk
aktiviti mendirikan khemah. Pada jam 3.00 petang, aktiviti mendirikan khemah
dimulakan. Sejam kemudian,semua khemah siap didirikan.
Murid-murid seterusnya diberikan minuman petang pada jam 5.00 petang.
Selepas itu, aktiviti larian halangan telah diadakan. Murid-murid berhenti tepat pada
jam 7.00 petang untuk mandi dan makan malam.
Program disambung semula pada jam 8.30 malam untuk aktiviti malam
kebudayaan. Semua murid mengambil bahagian dengan semangat kerjasama yang
tinggi. Selepas itu, murid-murid telah membuat persiapan untuk aktiviti menyediakan
pakaian pada hari esok. Aktiviti tamat jam 10.00 malam dan murid-murid diberikan
minum malam.
Selepas itu, semua murid balik ke khemah masing-masing untu berehat dan
tidur. Jawatankuasa Keselamatan telah mengambil alih tugas untuk
memastikan keselamatan semua peserta dalam keadaan yang terkawal.
Laporan Hari Kedua : 16 November 2018 (Jumaat)

Aktiviti bermula pada jam 6.00 pagi . Murid-murid bangun dan berkumpul di
padang sekolah untuk aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh En.Nagenthiran.
Selepas itu, semua murid mandi dan bersarapan.
Tepat jam 8.00 pagi murid-murid berkumpul di padang sekolah untuk aktiviti
kawad kaki. Selepas itu, aktiviti Pertolongan Cemas diadakan. Peserta dalam
kumpulan masing masing belajar mengenai beberapa ikatan asas bagi pertolongan
cemas. Pada jam 10.30 pagi, peserta berhenti rehat dan diberi minum.
Pada jam 11.00 pagi, aktiviti permainan telah diadakan. Murid-murid telah
bekerjasama dan bermain dengan penuh semangat dalam setiap permainan yang
dijalankan.
Selepas itu, khemah- khemah diturunkan dan tapak pekhemahan dibersihkan.
Pada jam 2.00 petang, majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah
diadakan. Program tamat tepat pada jam 3.00 petang dan semua murid pulang ke
rumah masing-masing.

Disediakan oleh:

....................................................
ANITA LETCHIMONEY 20.11.2018
Ahli Jawatankuasa
Perkhemahan Badan Beruniform
SJK(T) Saraswathy

Potrebbero piacerti anche