Sei sulla pagina 1di 3

SK KERUBONG

KM 16, KAMPUNG KERUBONG, MELAKA

LAPORAN
MESYUARAT/SEMINAR/ BENGKEL DAN LAIN-LAIN

A. Butiran Laporan

1. Tajuk Minit Curai


2. Mesyuarat/Seminar/Bengkel Kursus Pelaksanaan Penataraan Kokurikulum
Bahasa Inggeris Tahun 3 Sekolah- Sekolah Peringkat
Daerah Melaka Tengah Tahun 2018
3. Pengerusi Pegawai Bahasa PPD Melaka Tengah,
Hj. Ali Azizan Bin Abdul Aziz
4. Tarikh 15 - 19 Oktober 2018
5. Masa 8.30 Pagi – 5.00 Petang
6. Tempat Bilik Tayang, Sk Tun Syed Ahmad Syahabudin,
Ayer Keroh, Melaka.
7. Anjuran Unit Bahasa, Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendidikan Melaka.
8. Nama Pegawai Pelapor Cik Fakhirah Binti Ab Aziz
9. Pegawai Lain yang Hadir -

B. Perkara yang Dibincangkan

Bil. Perkara

1. Tujuan Mesyuarat / Kursus / Bengkel / Seminar


Kursus ini dihadiri oleh guru-guru Bahasa Inggeris sekolah rendah dari daerah Melaka
Tengah seramai kira-kira 80 orang guru . Tujuan kursus ini adalah untuk menyampaikan
kaedah pelaksanaan buku teks dan kurikuklum baharu bagi murid-murid tahun tiga
mulai 2019 serta penggunaan Common European Framework of Reference atau lebih
dikenali sebagai CEFR dalam PdPc kepada guru-guru Bahasa Inggeris yang akan
menggunakan modul ini sebagai garis panduan pentafsiran aras kemahiran murid-murid
berdasarkan satu rangka standard yang digunakan seluruh dunia.
Bil. Perkara

2 Latar Belakang CEFR


Melalui petikan dari laman sesawang rasmi CEFR, rangka standard adalah seperti
berikut.
“CEFR ( Common European Framework of Reference ) is a framework of reference
and it is designed to provide a transparent, comprehensive and coherent basis of
understanding. It is can be used to design a course, the design of teaching and learning
materials and language profiency level.”

Terdapat 6 peringkat kemahiran berbahasa di dalam CEFR iaitu A1, A2, B1, B2, C1 dan
C2.

A1 & A2 – Basic User


B1 & B2 – Independent User
C1 & C2- Proficient User

Semua guru bahasa Inggeris mestilah memahami dan tahu menggunakan CEFR bagi
merancang aktiviti, menentukan arah tuju murid dan memastikan murid mencapai aras
yang sepatutnya dicapai.

3. Sesi Perbincangan
Kursus telah berlangsung selama 5 hari. Pelbagai aktiviti macro teaching dan
pendedahan keoada aktiviti-aktiviti yang berunsurkan pembelajaran abad ke 21 yang
sesuai untuk dijalankan di dalam kelas bahasa Inggeris tahun tiga seperti permainan
bahasa Hangman, Poisonous Box dan Charade ,Heads Up, Hot Seat, Fan and Pick,
Gallery Walk, Role Play, Inside Outside Circle, Rally Robin, Mix and Match, Think-
Pair-Share dan Find Someone Who.

Para peserta kursus diberi penerangan dan pendedahan penggunaan aktiviti PAK 21 dan
bahan-bahan yang diperlukan seperti Scheme of Work, textbook sample, syllabus dan
training notes sebagai alat garis panduan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan murid mencapai aras kemahiran berbahasa yang seharusnya dikuasai dan
dapat digunakan untuk merancang strategi pengajaran dan pengajaran secara efektif.
Peserta kursus diingatkan supaya lebih fokus pada kemampuan murid dan bukan sahaja
kelemahan mereka.
Bil. Perkara
Pelaksanaan kurikulum CEFR Tahun 3 akan berlangsung pada tahun 2019 bagi semua
murid tahun 3. Buku yang dibekalkan akan diedarkan pada tahun hadapan manakala
bahan-bahan yang diperlukan oleh guru-guru akan disiarrkan di laman web BPK pada
akhir tahun ini. Para peserta turut diingatkan supaya memaklumkan maklumat kursus ini
kepada semua guru yang berkenaan di sekolah masing-masing.

C. Tindakan yang perlu diambil : Latihan dalam Perkhidmatan ( LADAP )


25 Oktober 2018
Bilik Mesyuarat SK Kerubong

D. Tarikh Mesyuarat yang Akan Datang : Tiada

E. Tandatangan Pegawai Pelapor:


..................................................
FAKHIRAH BINTI AB AZIZ
F. Tarikh laporan disediakan: 25 OKTOBER 2018

Potrebbero piacerti anche