Sei sulla pagina 1di 8

TATA CARA SOLAT JENAZAH

Cara solat jenazah yang lengkap adalah mudah. Ia terdiri daripada langkah berikut.

1. NIAT

Setiap orang yang ikut bersama solat jenazah, wajib berniat di dalam hatinya di
permulaan takbir, bahawa ia melakukan solat jenazah kerana Allah.

Lafaz niatnya adalah seperti berikut:


2. TAKBIR PERTAMA DIIKUTI BACAAN AL-FATIHAH

Angkat takbir pertama seperti solat biasa dan teruskan dengan bacaan Al-Fatihah.

3. TAKBIR KEDUA DIIKUTI SELAWAT

Membaca selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir yang kedua.

“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda”
Selawat yang panjang dan sempurna dan yang lebih afdal ialah Selawat Ibrahimiah
seperti berikut:
4. TAKBIR KETIGA DIIKUTI DOA

Mendoakan jenazah ini dilakukan selepas takbir yang ketiga.

Doa jika jenazah itu lelaki ialah:

Doa jika jenazah itu perempuan ialah:

Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah
dosa dan kesalahannya”

5. TAKBIR KEEMPAT DIIKUTI DOA

Selepas membaca doa ditakbir yang ketiga, hendaklah diiringi dengan takbir yang
keempat pula dan membaca doa.

Doa bagi jenazah lelaki ialah:

Doa bagi jenazah perempuan ialah:

Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami (jangan
engkau meluputkan kami akan pahalanya) dan janganlah engkau memberi fitnah
sepeninggalannya, dan ampunilah kami dan dia.”
6. MEMBERI SALAM

Memberi salam seperti dalam solat fardhu iaitu memalingkan muka ke kanan dan kiri,
cuma dalam keadaan berdiri.

7. MEMBACA DOA SELEPAS SOLAT JENAZAH

Setelah selesai salam dan berakhirnya solat jenazah tadi, afdalnya diikuti dengan
membaca doa pula.

Jika jenazah itu lelaki doanya ialah:


Jika jenazah itu perempuan, doanya ialah:
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT JENAZAH
Sunat menyembahyangkan jenazah sebagaimana yang berikut:

1. Imam hendaklah berdiri bertentangan dengan kepala jenazah lelaki dan berdiri
bertentangan dengan pinggang jenazah perempuan atau khunsa.
2. Kepala jenazah lelaki hendaklah diletakkan di sebelah kiri imam. Kepala jenazah
perempuan dan khunsa diletakkan di sebelah kanan imam. Menurut
kebiasaannya kepala jenazah lelaki itu juga diletakkan di sebelah kanan imam.
3. Hendaklah jenazah itu disembahyangkan di masjid.
4. Makmum hendaklah berdiri berbaris tiga barisan (tiga saf).
5. Mengangkat kedua belah tangan waktu mengucapkan takbir takbir yang empat
dan meletakkan kedua tangan di atas pusat di bawah dada sebagaimana
sembahyang-sembahyang yang lain.
ِ ّ ‫( أَع ُْوذُ ِب‬A’uzubillah) sebelum membaca Al-Fatihah.
6. Membaca ‫اَلل‬
7. Memperlahankan (tidak nyaring) semua bacaan walaupun di waktu malam.
BANYAK HIKMAH SOLAT JENAZAH
Banyak kelebihan Solat Jenazah antaranya memberi penghormatan terakhir kepada
jenazah, melahirkan rasa keinsafan, mengingatkan kita kepada kematian, dan
memohon rahmat kepada jenazah.

Potrebbero piacerti anche