Sei sulla pagina 1di 2

LENCANA JAYA

J1 TUGASAN J1 (CITA-CITA PENGAKAP)


Objektif Tugasan (Assignment Outcome) J1 adalah :
Dapat
1. Mengetahui organisasi Ibu Pejabat PPM, Asia-Pacific Region dan WOSM
2. Mengetahui Sejarah tertubuh Malaysia.
3. Mengenai dan mengetahui Jata Kebangsaan dan Jata Negeri Melaka.
4. Mengetahui Dewan Undangan Negeri.
5. Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Langkah dan Kaedah anda menyelesaikan tugasan


1. Mencetakkan file ini
2. Membuat catatan kertas A4 dengan kemas.
3. Mencari maklumat berkenaan daripada sumber yang benar.
4. Mencatatkan dengan tepat ke dalam catatan anda berdasarkan keperluan
tugasan-tugasan di bawah.
5. Mempraktikkan dengan tepat berdasarkan keperluan tugasan-tugasan di
bawah.
6. Melengkapkan borang.
7. Menghantar kesemua tugasan J1 kepada pemimpin sebaik sahaja selesai
atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

Tugasan-tugasan
1. Anda dikehendaki melukiskan carta organisasi Ibu Pejabat PPM, Asia
Pasifik dan WOSM.
 Anda juga dikehendaki menerangkan sejarah tertubuhnya WOSM dan
dimanakah Ibu Pejabat WOSM sekarang.
2. Anda dikehendaki menerangkan sejarah tertubuhnya Malaya sehingga ke
Malaysia.
3. Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai Jata Malaysia dan Jata
Negeri Melaka daripada mana-mana sumber seperti laman web, buku teks,
buku rujukan, panduan kerajaan dan catatkan maklumat.
 Anda juga dikehendaki melukis dan mewarnakan kedua-dua jata
dalam catatan anda.
4. Anda dikehendaki menerangkan dan mencatatkan fungsi dan tugas Dewan
Undangan Negeri dan bagaimana ia berfungsi.
5. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat daripada Pemimpin atau melayari
Internet untuk mengenali nama penuh Ketua Pengakap Negara dan nama
penuh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
1 [Tugasan J1]
Untuk edaran dalaman Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-49 (Terbuka) Kota Lelayang sahaja
 Anda dikehendaki mencatatkan dan melampirkan portrait orang
yang berkenaan ke dalam catatan anda.

Untuk Rujukan Ahli Sendiri (Check List)


Langkah Perkara Tarikh
1 Dimuat turun, dicetak dan mulakan catatan
2 Selesaikan dan lengkapkan tugasan
3 Tugasan dihantar kepada pemimpin
4 Terima balik daripada pemimpin dan pembetulan (jika tiada
pembetulan, terus ke terakhir)
5 Pembetulan dan hantar semula kepada pemimpin
6 Pembetulan disemak dan diterima
7 Lulus J1 dan disimpan

Tandatangan Calon:

( ) Tarikh: ____________

2 [Tugasan J1]
Untuk edaran dalaman Pergerakan Pengakap Kumpulan Ke-49 (Terbuka) Kota Lelayang sahaja

Potrebbero piacerti anche