Esplora E-book
Categorie
Esplora Audiolibri
Categorie
Esplora Riviste
Categorie
Esplora Documenti
Categorie
1.0 PENGENALAN.................................................................................................................................1
2.0 LATAR BELAKANG (SEJARAH) HIPSTER.................................................................................2
3.0 PENYEBARAN BUDAYA HIPSTER DI MALAYSIA.................................................................. 7
4.0 CIRI-CIRI HIPSTER......................................................................................................................... 8
4.1 Ciri-ciri Budaya Hipster di Luar Negara....................................................................................8
6.2 Sosial........................................................................................................................................24
6.3 Kesihatan..................................................................................................................................30
6.4Gentrification (Gentrifikasi)............................................................................................. 36
7.5 Kerajaan...................................................................................................................................40
8.0 RUJUKAN.......................................................................................................................................42
9.0 LAMPIRAN.....................................................................................................................................44
9.1 Soalan soal selidik....................................................................................................................44
1.0 PENGENALAN
Hipster adalah satu budaya atau trend yang menjadi popular di kalangan masyarakat
Malaysia semenjak ini dan mendapat sambutan yang meriah daripada orang ramai
terutamanya generasi muda zaman Y dan Z ini. Walaubagaimanapun, permahaman
masyarakat Malaysia terhadap definisi ‘hipster’ ini adalah jauh berbeza dari makna
sebenarnya. Kebanyakan masyarakat di Malaysia menganggap budaya hipster ini sebagai
satu trend yang menggambarkan gaya hidup yang hebat, mewah, artistik dan mengikut trend
fesyen terkini. Contohnya, seorang wanita yang telah memuat naik gambar beberapa individu
sedang memotong kek dan menggunakan lampin pakai buang bagi menggantikan pinggan
telah menjadi viral di media sosial. Gambar tersebut telah mendapat banyak reaksi atau
pandangan yang berbeza di kalangan masyarakat Malaysia. Ada sebahagiannya mengatakan
perlakuan mengunakan lampin pakai buang sebagai pinggan adalah artistik, malah ada juga
di kalangan masyarakat Malaysia mengecam dan mengeji perlakuan itu. Mereka mengatakan
makanan yang di hidangkan atas lampin itu adalah salah satu gaya hidup hipster. Disebabkan
permahaman masyarakat Malaysia terhadap hipster sangat rendah, mereka telah menganggap
segala perbuatan atau kelakuan yang mempunyai ciri-ciri artistik, membazir dan kemewahan
telah dicopkan sebagai gaya hidup hipster.
Apakah yang dimaksudakan hipster? Hipster adalah bukan satu trend tetapi
merupakan ‘counter-culture movement’, iaitu satu pergerakan di mana seseorang individu
mempunyai pandangan atau cara permakaian yang berbeza dari masyrakat yang lain. Orang-
orang hipster ini mempunyai ideologi dan falsafah mereka tersendiri. Selain itu, hipster juga
adalah ‘urban bohemian‘ yang juga membawa maksud seseorang yang berasal dari bandar
mempunyai tabiat sosial yang tidak formal dan tidak konvensional, contohnya artis atau
penulis. “Hipster” pertama kali diaplikasikan pada tahun 1940-an. Ia dipertuturkan bagi
menggambarkan sebuah cabang kebudayaan tertentu yang telah berkembang di Amerika
seiring dengan populariti era muzik Jazz pada tahun tersebut. Namun, istilah hipster tersebut
mula rancak digunakan pada tahun 1990-an dan menjadi terkenal pada 2000-an dan awal
2010-an.
1|Page
2.0 LATAR BELAKANG (SEJARAH) HIPSTER
Istilah hipster ini telah kian lama wujud di dalam budaya orang barat. Perkataan ‘hep’
atau ‘hip’ mempunyai asal-usul yang tidak menentu dengan pelbagai teori yang dicadangkan.
Istilah hipster dicipta semasa zaman era jazz, apabila ‘hip’ digunakan sebagai kata sifat untuk
menggambarkan para penggemar di suatu tempat kejadian yang popular. Namun, ada yang
mengatakan ‘hip’ adalah terbitan daripada ‘hop’, yang merupakan istilah untuk sejenis dadah
(opium). Ada juga yang mengatakan ia berasal daripada perkataan hipi di Afrika Barat, yang
bermaksud untuk membuka mata seseorang. Maksud utama ‘hip’, yang disahkan seawal
tahun 1902 adalah didefinisikan sebagai "sedar" atau "yang mengetahui". Sebaliknya, ‘unhip’,
iaitu antonim kepada ‘hip’ bermaksud orang-orang yang tidak menyedari persekitaran mereka
termasuk mereka yang menentang hipness.
Pada hari awal-awal zaman jazz, perkataan ‘hip’ telah berkembang menjadi perkataan
‘hipster’ yang digunakan untuk merujuk kepada golongan penggemar jazz. Hipster atau boleh
dikenali juga sebagai ‘hepcats’ menerapkan gaya hidup pemuzik jazz termasuk beberapa
perkara seperti berikut: pakaian, slang, penggunaan ganja dan ubat-ubatan, sikap santai,
jenaka yang menyindir dan kod seksual bebas. Hipster dikatakan mula berubah dan
membentuk satu komuniti yang menjadi perhatian di kalangan anak muda. Golongan pertama
yang mempelopori budaya hipster ini belia kelas pertengahan kulit putih di Amerika Syarikat
yang ingin mencontohi gaya hidup pemuzik jazz, di mana sebahagian besarnya adalah
berkulit hitam.
2|Page
Komuniti hipster ini mula terbentuk disebabkan beberapa faktor iaitu menentang
peperangan, tidak menyokong dasar pengasingan kaum yang diperkenalkan golongan
pemerintah dan gaya kehidupan mewah. Ketiga-tiga faktor itu secara tidak langsung
bertentangan dengan ideologi mereka yang berkonsepkan ringkas, spontan dan menyokong
keamanan. Malah, dalam esei Norman Mailer yang berjudul “The White Negro”, beliau
mencirikan hipsters sebagai ‘American existentialists’, iaitu seseorang yang menyokong teori
falsafah eksistensialisme yang menekankan kewujudan individu, kebebasan dan pilihan.
Mereka akan menentang apa sahaja dirasakan tidak betul sama ada dalam soal politik,
kehidupan, ekonomi, dan sebagainya. Selain itu, menurut Jack Kerouac, beliau menyifatkan
hipster pada tahun 1940-an sebagai peningkatan dalam perayauan America, ‘hitchhiking’ di
mana-mana dan mempunyai watak-watak kerohanian yang khas.
Disebabkan ideologi dan memegang falsafah tersebut, mereka lebih tertumpu untuk
menikmati kehidupan semasa. Contohnya, komuniti hipster ini memberi keutamaan tentang
dunia muzik dan melakukan sesuatu perbuatan yang berbeza daripada orang lain. Secara
tidak langsung, kehidupan seorang hipster agak sukar untuk dijangka kerana mereka boleh
berubah mengikut keadaan semasa.
Pada tahun 1950-an, hipster pula dikenali dengan ‘beat generation’ atau pun dikenali
sebagai ‘beatniks’. Komuniti beatnik ini menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap
3|Page
masyarakat Amerika pada masa itu. Golongan beatnik ini sendiri berasal dari kalangan
seniman ‘bohemian’ yang tinggal di San Francisco, Los Angeles, Venice West dan
Greenwich di New York. Komuniti beatnik menjadikan kafe-kafe sebagai tempat mereka
menyuarakan pendapat dan mencipta karya-karya dalam bentuk puisi atau muzik.
Gambar rajah 2.3: Fesyen atau cara pemakaian beatnik pada tahun 1950-an.
Kemudiannya, pada tahun 1960-an, komuniti hippies yang juga dikenali sebagai
‘flower generation’ terbentuk untuk menentang semua bentuk perancangan dan berharap
adanya perubahan dalam bidang sosial dan politik. Hipster pada zaman itu dinamakan ‘flower
generation’ kerana mereka ingin hentikan keganasan tetapi berlawan dengan kelembutan.
Secara etimologi, istilah ‘hippies’ berasal dari kata hipster. Kaum hippies mudah dikenali dan
dikesan dari fesyen yang mereka kenakan. Biasanya, mereka akan menggunakan pakaian
yang berwarna-warni dengan warna yang menonjol. Penggunaan warna yang menarik ini
terjejas apabila mereka cenderung menggunakan pelbagai jenis dadah seperti marijuana,
mushroom, dan sebagainya. Pakaian mereka sendiri diilhamkan daripada pakaian penduduk
asli Amerika, Asia, India Afrika dan Amerika Tengah. Mereka akan memakai seluar ‘baggy’
atau ‘cut bray’, ikat kepala atau bandana bagi lelaki dan bandana panjang ala peramal hippy
4|Page
bagi wanita. Komuniti hippies mempunyai pola hidup yang tidak teratur. Mereka cenderung
menyendiri dan tinggal bersama komuniti mereka sahaja. Hal ini dianggap sebagai ‘counter
culture’ terhadap kehidupan formal dan budaya meterialistik pada zaman itu. Mereka juga
mengamalkan rawatan alternatif dan hidup sebagai vegetarian.
Gambar rajah 2.4: Fesyen atau cara pemakaian hipster @ hippies pada tahun 1960-an.
Selepas itu, budaya hipster telah mengalami perubahan dari masa ke semasa. Budaya
hipster generasi pada tahun 2000-an ni lebih fokus kepada kehidupan masing-masing atau diri
sendiri. Contohnya, mereka lebih mengutamakan aspek penampilan diri dan menghargai
budaya alternatif sama ada tentang filem, muzik atau seni. Sementara masyarakat arus
perdana tahun 2000-an tengah menyibukkan diri mereka dengan realiti televisyen, teknologi-
teknologi dan media sosial, gaya hidup hipster yang lama dilupakan seperti pakaian, bir,
rokok dan muzik telah menjadi popular kembali. Mereka mahu diiktiraf berbeza dengan
orang lain kerana ingin menyimpang dari ‘mainstream culture’ dan mengukir niche budaya
diri mereka sendiri. Bagi generasi baru ini, fesyen-fesyen atau gaya pemakaian mereka blh
didapati di ‘thrift shop’ atau dibuat sendiri.
5|Page
Gambar rajah 2.5: Fesyen atau cara pemakaian hipster pada tahun 2000-an dan 2010-an.
Kesimpulannya, dari tahun 1940-an sehingga ke 1980-an, budaya hipster ini pada
asasnya menggambarkan seseorang yang tidak sesuai dengan cara kaum mereka befikir dan
cara pemakaianya. Oleh itu, mereka mengatakan hipster sebagai frasa dikhaskan untuk
pemberontak kerana mereka sering menentang apa jua pembentukan ataupun pandangan dari
kaum mereka sendiri kerana mereka mempunyai cara permikiran yang berbeza dari orang
sekelilingnya. Walaubagaimanapun, budaya hipster pada tahun 2000-an dan 2010-an pula
lebih fokus kepada kepentingan diri mereka masing-masing dengan menonjolkan diri mereka
dari segi penampilan dan gaya hidup mereka.
6|Page
3.0 PENYEBARAN BUDAYA HIPSTER DI MALAYSIA
Jelas sekali, budaya hipster boleh dianggap sebagai satu fenomena baru yang semakin
berkembang pada hari ini dan ia kini sudah membentuk sebuah komuniti baru dalam
masyarakat di Malaysia. Media sosial memainkan peranan penting dalam menyebarkan
budaya hipster di Malaysia. Facebook, Twitter dan Instagram adalah contoh aplikasi yang
sering digunakan oleh generasi muda sekarang. Aplikasi tersebutlah yang meyebarkan
budaya hipster daripada negara barat ke Malaysia. Contohnya, cara pemakaian hipster
disebarkan di Instagram yang menyebabkan generasi-generasi muda di Malaysia ingin
mencontohi cara pemakaian yang unik sebegitu.
Selain itu, siaran rancangan televisyen yang disiarkan di Malaysia juga salah satu
faktor penyebaran budaya hipster di Malaysia. Contohnya, Astro banyak menyiarkan
rancangan atau filem negara barat. Kadang-kala filem-filem negara barat ini juga
menunjukkan atau mempersembah budaya hipster mereka. Melalui ini, budaya hipster
tersebar di Malaysia kerana masyarakat Malaysia kerap menonton filem-filem negara barat.
Pengaruh dan tekanan dari rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor yang
menyebabkan budaya hipster ini tersebar luas di Malaysia. Contohnya, Ali mempergayakan
atau menukarkan cara pemakaiannya kepada hipster kerana ingin diterima oleh kawan-
kawannya. Ini disebabkan kawan-kawan tersebut tidak mahu menerimanya jika cara
pemakaianya tidak sama seperti mereka.
Di samping itu, pelajar-pelajar yang belajar di negara barat atau mana-mana luar
negara Malaysia juga boleh dijadikan salah satu faktor yang menyebarkan budaya hipster ke
Malaysia. Pelajar-pelajar tersebut mungkin mengikuti dan meminati fesyen hipster dan
membawa cara pemakaianya sebegitu ke Malaysia. Disebabkan fesyen hipster adalah unik
sehingga dapat menarik perhatian orang ramai, masyrakat sekelilingnya juga mulai
mempelajari untuk mempergayakan pemakaian hipster itu di Malaysia. Justeru itu, budaya
hipster pun mula disebarkan secara perlahan-lahan di Malaysia dari segi pemakaian
sehinggalah ke gaya hidup hipster.
7|Page
4.0 CIRI-CIRI HIPSTER
Hipster adalah suatu kata yang menggambarkan seorang anak muda, yang
keadaan ekonomi dirinya berada di kelas menengah atas dan “anti mainstream”.
Untuk pengetahuan umum, hipster bukan satu trend tapi ‘counter-culture movement’.
Mereka ada ideologi dan falsafah tersendiri. Mereka tidak mainstream dari segi filem,
muzik, fesyen dan rakan-rakan. Istilah Hipster biasanya diberikan kepada orang yang
sering tampil unik atau yang suka memilih untuk berjalan sendiri.
Hipster akan membuat dirinya seunik mungkin dari segi penampilan, rambut
dan gaya berpakaian. Anehnya golongan Hipster ini, jika mereka sudah popular,
mereka akan menukar gaya mereka yang popular tersebut dan mencari gaya yang
lain yang belum banyak diketahui orang lain.
1. Lihat Gaya Rambut dan Pakaian - Lelaki Hipster biasanya sering tidak menyikat
rambut mereka dan tidak ingin dilihat kemas dan bagi perempuan pula, mereka
sering memakai tight kemana-mana. Inilah yang sering membuat Hipster itu
terlihat Hipster kerana kita sentiasa dapat melihat mereka dari segi gaya rambut
dan pemakaian mereka.
3. Muzik mereka ‘rare’ - Golongan Hipster ini unik, anti-mainstream jadi wajarlah
muzik mereka kita tidak pernah dengar.
4. Memilih untuk mengayuh basikal atau menaiki bas atau paling mudah berjalan
kaki untuk mana-mana destinasi. Basikal pula mungkin nampak lain dari yang
lain, lebih baik tanpa pelekat, tanpa brek.
5. Golongan Hispter suka membaca label, dan mereka mudah teruja dengan produk
yang mempunyai label sumber organik, atau berasaskan sumber alam semulajadi.
8|Page
6. Seorang Hipster tidak ambil kisah mengenai kalori dalam pemakanan, tetapi
mereka mementingkan berapa jumlah aktiviti untuk bakar kalori tersebut. Dan
kebanyakkan aktiviti riadah seorang Hipster adalah yang mencabar dan
memerlukan keberanian.
7. Mereka bertemu janji menggunakan teks. Kalau bab bertemu janji, mereka suka
cara lama. Mereka jenis santai dan melakukan aktiviti yang mengujakan.
8. Golongan Hispters lebih suka minum kopi. Jika mereka minum teh, mereka akan
memilih teh hijau, dan suka sangat akan smoothies. Manakala bekas minuman
pula mesti unik, lain dari kebiasaan orang.
10. Antara ciri seorang Hipster ialah mereka suka menyelamatkan haiwan liar dan
suka menyumbang sesuatu kepada pembangunan masyarakat.
11. Mereka lebih suka perabot buatan tangan, dan tempat tinggal mereka banyak
dekorasi melibatkan bingkai gambar. Kebanyakkan hiasan dalaman tempat
tinggal seorang Hipster akan dipenuhi barangan dan perabot yang agak unik dan
jarang ditemui.
12. Golongan ini lebih suka mencari alternatif kepada sesuatu. Jika dilihat sesuatu
perkara yang dilakukan itu telah menjadi satu amalan kebiasaan dalam sesebuah
masyarakat, maka mereka mula dengan secara kreatifnya mencari cara dan
kaedah lain yang tidak popular.
13. Ramai orang menyangka bahawa seorang Hipster dianggap sebagai peminat tegar
gajet-gajet terbaru. Sebenarnya sangkaan itu tidak benar dan komuniti ini lebih
gemar mencari alternatif lain yang jauh lebih murah jika menginginkan sesuatu
benda termasuklah peralatan elektronik.
14. Hipster, mereka sebenarnya anti terhadap makanan segera. Secara tidak langsung
ia bertentangan dengan ideologi mereka dan menganggap makanan seumpama itu
ialah makanan kapitalis. Disebabkan itu, komuniti ini gemar mengunjungi kedai-
kedai biasa atau pun memasak sendiri di rumah.
9|Page
4.2 Ciri-ciri Budaya Hipster Di Malaysia
Tambahan pula, terdapat segelintir mereka yang mencuba untuk menjadi Hipster.
Mereka cuba untuk menerima muzik dan filem yang disukai oleh golongan Hipster,
walaupun genre tersebut bukan kesukaan mereka.
Hipster di Malaysia sangat berbeza dengan Hipster yang sebenar. Jika Hipster
sebenar, mereka mempunyai konsep hidup berbeza, mereka memilih untuk menjadi
berbeza daripada orang lain bukan kerana ingin menjadi popular atau dipandang
tinggi, tetapi mereka mengikut naluri hati sendiri. Namun, di Malaysia, terdapat
segelintir Hipster yang menjadi Hipster hanya untuk dipandang tinggi dan menjadi
popular, kerana budaya ini pada ketika itu adalah trend. Disebabkan oleh perkara
tersebut, terdapat beberapa ciri budaya Hipster yang anti-mainstream telah menjadi
mainstream. Di mana tidak menggambarkan definisi Hipster yang sebenar. Berikut
merupakan ciri-ciri budaya Hipster yang telah menjadi trend dan menjadi
mainstream dalam masyarakat Malaysia:
10 | P a g e
c) Minum kopi dalam gelas besar.
f) Tangkap gambar terus auto siap cuci - tak perlu hantar kedai.
g) Wanita berkulit gelap dianggap lebih seksi dari wanita berkulit cerah.
h) Tonton video atau filem daripada saluran tv internet, kurang tonton filem dan
drama dari saluran tv media arus perdana.
11 | P a g e
Carta 2: Hasil tindak balas bagi soalan kedua.
12 | P a g e
Carta 3: Hasil tindak balas bagi soalan ketiga.
13 | P a g e
Carta 6: Hasil tindak balas bagi soalan keenam.
Merujuk pada carta 3 hingga carta 7, menunjukkan carta bar bagi tindak
balas mengenai cara kehidupan Hipster. Pemberi tindak balas kebanyakan nya
mengetahui mengenai cara kehidupan Hipster yang sangat aktif di media sosial.
Namun cara kehidupan positif Hipster seperti menyayangi haiwan, suka
membuat kerja kebajikan, suka mengamalkan cara hidup yang sihat serta suka
melakukan aktiviti artistik tidak diketahui oleh kebanyakan pemberi tindak balas.
Daripada 101 pemberi tindak balas, hanya 9 orang yang benar-benar memahami
cara kehidupan sebenar seorang Hipster. Di mana, kita dapat lihat pemahaman
anak muda Malaysia mengenai budaya Hipster adalah terpesong daripada
budaya Hipster yang sebenar.
14 | P a g e
5.0 ELEMEN UTAMA BUDAYA HIPSTER
Sebagai seorang Hipster, selain daripada sering mengamalkan cara kehidupan yang
berbeza, seorang Hipster juga selalunya akan memiliki beberapa elemen yang dapat
menggambarkan dirinya sebagai seorang Hipster. Elemen yang dimaksudkan adalah seperti
berikut:
Budaya Hipster selalu dikaitkan dengan fesyen dan cara pemakaian seseorang.
Pemakaian seorang Hipster adalah unik dan jenis pemakaian yang tidak pernah dilakukan
oleh orang lain. Terdapat beberapa fesyen yang sering menggambarkan seorang Hipster.
Gambar rajah 5.1 di bawah menunjukkan beberapa jenis cara pemakaian seorang Hipster,
di mana sebelum ini, tidak ramai yang berpakaian seperti itu, namun kini, jenis
pemakaian tersebut tidak lagi menjadi unik disebabkan ramai telah berpakaian seperti
seorang Hipster.
15 | P a g e
Selain daripada fesyen, kecantikan juga merupakan salah satu elemen yang sering
dikaitkan dengan budaya Hipster ini. Walaupun sebenarnya, kecantikan bagi Hipster
adalah tidak penting dan mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai kecantikan.
Hipsters menolak pandangan umum masyarakat arus perdana yang berkenaan dengan
keutamaan utama mencari kekasih pilihan dan kriteria tradisional mengenai tarikan
fizikal iaitu paras rupa.
Namun, setelah budaya Hipster ini tersebar secara meluas, pengambilan supplement
bagi memperoleh kulit yang putih dan licin tersebar dan sering dikaitkan dengan budaya
Hipster. Tambahan pula, pelbagai produk kecantikan yang menggunakan Hipster untuk
menarik perhatian pembeli. Sedangkan jamu dimana ia merupakan ubat secara
tradisional menggunakan konsep pembungkusan seperti Hipster. Gambar rajah 5.2 di
bawah menunjukkan beberapa produk yang menggunakan konsep pembungkusan
Hipster bagi menarik perhatian pembeli.
Teknologi dan seni juga merupakan elemen yang menggambarkan budaya Hipster.
Hal ini adalah kerana, seorang Hipster mempunyai cita rasa yang unik dan berseni.
Kebiasaannya, seorang Hipster selalunya akan terlibat dalam bidang pekerjaan dan
16 | P a g e
aktiviti seni sebagai contoh jurugambar, penulis, pelukis dan sebagainya. Disebabkan
inilah, teknologi sering dikaitkan dengan budaya Hipster.
Teknologi yang selalu dikaitkan adalah kamera, hal ini adalah kerana, Hipster suka
mengambil gambar yang berseni dengan menggunakan kamera yang dimiliki. Kamera
yang dimiliki oleh seseorang Hipster bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang unik,
bahkan dapat mengambil gambar yang berkualiti tinggi. Namun, seorang Hipster
sebenarnya tidak mengikut perkembangan trend semasa guna gadget canggih seperti
iPhone. Mereka selagi boleh akan cari alternatif murah.
Gambar rajah 5.3 berikut menunjukkan teknologi yang dimiliki oleh seorang Hipster.
Selain daripada kamera, teknologi yang dimaksudkan adalah sosial media. Antara
salah satu ciri-ciri budaya Hipster adalah aktif dalam aktiviti sosial media. Oleh itu, ia
termasuk dalam elemen teknologi bagi budaya Hipster. Antara sosial media yang selalu
dikaitkan dengan Hipster adalah Instagram. Instagram merupakan salah satu applikasi
rangkaian sosial yang dibina untuk membolehkan manusia berkongsi detik-detik dalam
kehidupan mereka melalui gambar. Melalui applikasi ini, seluruh dunia dapat
dihubungkan melalui foto sahaja. Hal ini adalah kerana, melalui Instagram, seorang
Hipster dapat menunjukkan bakat seni mereka melalui cara sebuah gambar itu diambil.
Gambar yang mereka kongsikan dalam applikasi ini selalunya sangat berseni dan unik.
Gambar rajah 5.4 menunjukkan beberapa contoh gambar yang telah dikongsikan oleh
Hipster di laman Instagram.
17 | P a g e
Gambar rajah 5.4: Gambar yang dikongsikan oleh Hipster
Antara pekerjaan seorang Hipster adalah penulis, pelukis, jurugambar dan lain-lain
pekerjaan yang boleh dikaitkan dengan kreativiti dan seni. Disebabkan oleh ciri-ciri
seorang Hipster yang adalah seorang yang kreatif dan berseni, elemen seni sering
dikaitkan dengan budaya Hipster. Seni adalah bidang yang meluas, terdapat pelbagai
aktiviti manusia yang boleh dinyatakan sebagai seni, antaranya adalah aktiviti yang
mewujudkan visual, auditori atau melaksanakan artifak, dan menyatakan kemahiran
imaginatif atau teknikal pengarang. Gambar rajah 5.5 dan 5.6 berikut menunjukkan seni
yang dkaitkan dengan budaya Hipster.
18 | P a g e
Gambar rajah 5.6: Seni yang berkaitan dengan Hipster
Musik juga merupakan salah satu aspek seni yang dapat dikaitkan dengan
budaya Hipster. Cita rasa musik bagi seorang Hipster adalah unik, tidak popular dan
tidak pernah didengari oleh orang kebiasaan. Gambar rajah 5.7 di bawah
menunjukkan gambar album musik yang menjadi pilihan Hipster.
Dari segi makanan pula, elemen ini dikaitkan dengan Hipster setelah budaya ini
berkembang dan menjadi trend. Makanan dan minuman sering diubah suai bagi
mencapai ciri-ciri budaya Hipster bagi menarik perhatian pelanggan. Gambar rajah 5.8
berikut dapat menunjukkan ciri-ciri makanan yang dikaitkan dengan budaya Hipster ini.
19 | P a g e
Gambar rajah 5.8: Makanan dan minuman yang bercirikan Hipster
Diet merupakan salah satu elemen Hipster setelah budaya ini berkembang dan
tersebar secara meluas. Konsep androgini dan feminisme telah sedikit sebanyak
mempengaruhi budaya hipster, dimana lelaki hipster kebanyakannya tubuh badan mereka
lebih kurang kurus macam kekasih mereka. Manakala, ideal lelaki berbadan sado dan
bertubuh sasa tidak dianggap menarik oleh gadis hipster kerana mereka menganggap
imej sedemikian ianya melambangkan chauvinisme lelaki, ‘sexism’ dan ‘misogyny’.
Disebabkan oleh maklumat inilah, individu yang ingin menjadi seperti Hipster
mengambil ubat diet bagi mendapatkan tubuh badan yang ramping serta menarik.
Melihat kepada yang telah dijelaskan sebelum ini, banyak kesan dan isu yang dapat
dikaitkan dengan budaya Hipster. Kesan dan isu boleh terbahagi kepada baik dan buruk.
Dalam bab ini, kesan dan isu berkaitan Hipster akan dibincangkan merangkumi ekonomi,
sosial, kesihatan dan gentrification.
i. Ekonomi
ii. Sosial
iii. Kesihatan
iv. Gentrification
20 | P a g e
6.1 Ekonomi
Sektor makanan adalah salah satu sektor yang menyumbang kepada kadar
peningkatan pertumbuhan ekonomi negara. Perkhidmatan sektor ini dapat dilihat
melalui serakan dan pecahan sektor makanan yang kecil, sederhana dan besar seperti
di pasar, restoran, hotel dan lain-lain (Siti Noraishah Dollah@ Abdullah et al. 2012).
21 | P a g e
Gambar rajah 6.1: Ciri-ciri Dekorasi Kafe Hipster
22 | P a g e
Gambar rajah 6.2: Food Truck Hipster Malaysia
Dalam tahun 2016 saja rasanya sudah banyak yang membuka kiosk
menjual kopi dengan harga RM5 ini, pelanggan yang datang pun tak putus.
Mesti ada yang tertanya boleh laku ke buka bisnes begini? Tapi bisnes ini
memang tak rugi untuk dicuba dan ianya tak rumit seperti yang disangka.
Kalau nak cakap pasal peluang untuk membuka kiosk begini, memang
boleh dan tak memerlukan modal yang tinggi, dalam lingkungan bawah
RM5000 saja sudah boleh cuba menjinakkan diri membuka booth sendiri. Dari
mesin bru kopi, blander, serbuk kopi, meja, payung, banner dan barangan lain,
untuk permulaan memang cukup. Dari segi pilihan minuman memang banyak,
pelbagai jenis kopi, coklat, vanila dan teh hijau yang di blended dan dihias
dengan whipped cream.
23 | P a g e
6.2 Sosial
Satu lagi ciri utama Hipster adalah bahawa mereka mempunyai (atau
fikir mereka mempunyai) beberapa potensi kreatif yang tidak terkawal
menunggu untuk diterokai. Dedikasi ini kepada seni bermakna lebih banyak
minat dan perhatian telah diberikan kepada institusi kebudayaan. Lakonan,
galeri, pameran dan lain-lain semua telah berkembang biak sejak minda
hipster menjadi norma. Walaupun memang benar bahawa bacaan puisi dan
pertunjukan seni telah diwujudkan berdasarkan kepada budaya New York
selama beberapa dekad sekarang, status yang diiktiraf secara meluas
rancangan ini telah pasti meningkat dan ia kini lebih daripada biasa, bahawa
mereka adalah "Perkara yang cool" untuk dilakukan.
24 | P a g e
6.2.2 Fesyen dan Cara Berpakaian
Jika dilihat dari aspek positif, keyakinan diri dapat ditingkatkan dalam
diri remaja. Lantaran itu, remaja dapat tampil lebih yakin untuk berkomunikasi
dengan rakan-rakan tanpa perlu khuatir akan cercaan orang ramai tentang cara
pemakaian mereka setelah memakai produk berjenama. Dari sudut psikologi,
warna boleh meningkatkan mutu emosi pemakai dan orang yang melihatnya.
Perkara ini terjadi apabila masyarakat moden kini mempunyai persepsi yang
tinggi terhadap produk berjenama berbanding produk yang dijual di pasar
malam. Remaja pula lebih mengambil endah tentang tanggapan pertama
masyarakat terhadap diri mereka sendiri supaya mereka tidak dipulau dan
disisih oleh rakan sebaya. Remaja berpendapat jika mereka berpegang kepada
prinsip alah membeli menang memakai akan membuatkan mereka popular dan
dikagumi oleh golongan remaja.
Pernyataan ini boleh disokong berdasarkan kaji selidik yang telah kami
jalankan ke atas 100 orang responden yang berumur dari 13 hingga 35 tahun.
Hasil kaji selidik tersebut boleh di lihat pada Carta 8 sehingga Carta 11.
25 | P a g e
Carta 8: Fesyen Topi
26 | P a g e
Carta 9: Fesyen Kaca Mata.
27 | P a g e
Carta 10: Fesyen Kasut
28 | P a g e
Carta 11: Fesyen Seluar
Gambar rajah 6.7: Seluar "Jeans" Gambar rajah 6.8: Seluar jenis "Skinny
Jeans"
"
29 | P a g e
6.3 Kesihatan
Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian para saintis perubatan dalam
kajian mereka. Terdapat satu kes diluar negara yang mana seorang wanita
berusia 35 tahun yang kaki telah bengkak dengan teruk dan yang pergelangan
kaki telah menjadi begitu lemah yang menyebabkan dia tidak boleh berjalan.
Di hospital, doktor terpaksa memotong seluar beliau bagi mengeluarkan seluar
tersebut dari kaki beliau yang telah bengkak akibat daripada sindrom
terkurung, satu keadaan yang terhasil daripada peningkatan tekanan dalam
ruang badan terkurung, seperti, daripada memakai seluar jeans jenis “skinny”.
30 | P a g e
Gambar rajah 6.9: Kesan Pemakaian Seluar Jeans Ketat "Skinny"
31 | P a g e
6.3.2 Kopi Hipster
Tabiat minum kopi di kalangan rakyat Malaysia ini bermula dari sejak zaman
dulu lagi. Dulu kopi juga sinonim dengan kopitiam iaitu bisnes kedai kopi yang
dijalankan oleh peniaga keturunan Cina Hainan dan Hokkien di pekan-pekan dan
warung kopi di kampung-kampung. Kini, budaya kopi bukan lagi sekadar di kopitiam
dan warung kopi. Kewujudan kedai kopi moden bercirikan mewah dan
gaya funky telah menjadikan budaya kopi ini sebagai satu urban lifestyle di bandar-
bandar besar terutama di kalangan generasi muda hari ini.
Kopi adalah makanan antioksidan tinggi, atau dalam kes ini, minuman, untuk
secawan kopi mengandungi sejumlah besar antioksidan yang melawan keracunan dan
melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas. Penyelidikan yang diterbitkan
dalam Jurnal Pertanian dan Makanan Kimia menunjukkan bahawa kopi mengandungi
antioksidan lebih radikal bebas melawan daripada koko, teh hijau, teh hitam dan teh
herba. Antara kebaikan kopi adalah seperti meningkatkan prestasi mental dan fizikal,
tinggi Anti-oksidan dan mempunyai keasidan rendah.
Namun begitu, ada sejenis kopi bercirikan hipster telah diperkenalkan iaitu
“Nitro Coffee”. Nitro Coffee dibancuh sejuk, dimasukkan ke dalam tong dan
kemudian diadun bersama dengan gas nitrogen. Ia dihidangkan terus dari paip, sama
seperti bir sejuk, dan ianya berbuih dan seperti berkrim lembut. Bonus besar bagi
pengguna adalah bahawa tidak ada gula, susu atau alkohol dalam kopi nitro, dan ia
mengandungi kira-kira 30 peratus lebih kafein per auns daripada kopi biasa. Kopi ini
mula diperkenalkan di Austin, Texas pada tahun 2012 tetapi Malaysia pada tahun
2015.
32 | P a g e
Produk minuman ini masih mengekalkan khasiat kopi. Namun
begitu, terdapat juga kesan yang boleh memudaratkan kesihatan seseorang jika
meminum kopi ini. Antara mudarat yang di dapati adalah seperti berikut:
33 | P a g e
6.3.3 Makanan Organik
34 | P a g e
Gambar rajah 6.11: Logo-Logo Makanan Organik Yang Sah
35 | P a g e
6.4 Gentrification (Gentrifikasi)
Sebut sahaja Hipster, tiada istilah lain yang terpacul di benak minda selain
gentrifikasi. Melalui carian di internet juga, hipster sering dikaitkan dengan isu
gentrifikasi ini. Gentrifikasi adalah satu proses pengubahsuaian kawasan bandar
merosot dengan cara kemasukan penduduk lebih mewah. Ini adalah satu topik yang
biasa dan kontroversi dalam politik dan dalam perancangan bandar. Gentrifikasi
biasanya hasil daripada minat yang meningkat dalam persekitaran tertentu. Pada
mulanya, mungkin dimiliki oleh artis berpendapatan rendah atau masyarakat Boheme
yang meningkatkan daya tarikan dan bakat dalam sesuatu suku tertentu. Langkah-
langkah seterusnya adalah peningkatan pelaburan dalam komuniti dan infrastruktur
yang berkaitan dengan perniagaan hartanah pembangunan, kerajaan tempatan, atau
aktiviti masyarakat dan menyebabkan pembangunan ekonomi, peningkatan tarikan
perniagaan dan kadar jenayah yang lebih rendah. Selain daripada manfaat yang
berpotensi, gentrifikasi boleh membawa kepada penghijrahan penduduk. Berikut
merupakan beberapa kebaikan dan keburukan isu gentrifikasi ini:
36 | P a g e
7.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESAN NEGATIF BUDAYA
HIPSTER
Seperti yang dijelaskan dalam bab sebelumnya yang mana salah satu
daripada punca penyebaran budaya Hipster ini adalah melalui rakan sebaya.
Pilihlah rakan yang mempunyai peribadi yang baik, berjati diri yang kukuh
dan berdisplin dalam semua aspek. Hal ini bagi memastikan kita dapat
menjadikan mereka sebagai idola dan suri teladan. Kata orang, kalau memilih
untuk berkawan dengan tukang besi, kita akan terkena asapnya manakala
kalau memilih untuk berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan
terkena wanginya. Jadi, ‘tepuk dada, tanya selera’.
37 | P a g e
b) Menasihati Rakan
Sama ada yang baru mahu terlibat atau yang telah terlibat dalam
kancah sosial. Dalam hal ini, kita perlu berhati-hati umpama ‘menarik rambut
dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak’ bagi mengelakkan ada
rakan yang terguris hati. Kita perlu menceritakan keburukan dan akibat jika
terlibat dalam masalah sosial seperti menggelapkan masa depan, terdedah
dengan risiko tindakan tatatertib dan dicemuh oleh masyarakat.
38 | P a g e
b) Mengawasi pergerakan anak-anak
Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di
sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian
kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan
menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar. Jika rakan
sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja yang setahun jagung dan darah
setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka.
Era ini, arus modenisasi dan globalisasi tidak dapat dielakkan oleh masyarakat
dari berbagai aspek kehidupan. Berbagai tanggapan dan kecenderungan perilaku
masyarakat dalam menghadapi arus modernisasi dan globalisasi ini. Sikap positif
menunjukkan bentuk penerimaan masyarakt terhadapa arus ini adalah seperti berikut:
39 | P a g e
c) Tidak meninggalkan unsur-unsur budaya asli
Pihak media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi
permasalahan remaja. Umum mengetahui tentang keberkesanan media massa dalam
mempengaruhi hati dan minda seseorang. Media elektronik dan media cetak perlu
menayangkan program yang dapat meningkatkan harga diri remaja. Contohnya seperti
penyebaran maklumat seperti memainkan iklan kebaikan tanaman organik dan
keburukan tanaman yang menggunakan bahan kimia.
7.5 Kerajaan
a) Isu Gentrifikasi
Seperti yang kita tahu, gentrifikasi adalah proses mengubah suai sesuatu
kawasan yang merosot dengan kedatangan golongan kelas tengah untuk
memajukan kawasan tersebut. Antara kesan negative daripada isu gentrifikasi
ini adalah kehilangan perumahan yang mampu milik. Kerajaan dalam Dasar
Perumahan Negara (DRN) mempunyai obejektif dalam meningkatkan
keupayaan dan aksesibiliti rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah.
b) Isu Ekonomi
40 | P a g e
Menyediakan system pendidikan yang membolehkan setiap rakyat
mendapat ilmu dengan mudah. Dengan ilmu, setiap insan akan mendapat
kebebasan yang sebenar daripada pelbagai sudut. Menyediakan kemudahan-
kemudahan yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan mengekalkan
kebahagiaan dan maruah diri. Ini bermakna, adalah menjadi tanggungjawab
Kerajaan untuk memastikan kesejahteraan hidup setiap rakyat dan memastikan
tiada diantara mereka yang taraf hidupnya daif. Untuk tujuan ini, Kerajaan
perlu menyediakan kemudahan yang sekurang-kurangnya kesejahteraan
kebendaan yang minimum untuk membolehkan mereka mengekalkan maruah
diri, menikmati kebebasan yang sebenar dan membangunkan taraf hidup
masing-masing.
Dalam isu kesihatan pula, bagi rakyat mengamalkan hidup sihat dan
memakan makanan organik, kerajaan boleh sahaja mengimplikasikan
langkah – langkah menyeru petani untuk menggunakan kaedah organik dengan
memberi subsidi untuk petani bagi menyokong petani menuju ke kaedah
penanaman organic.
c) Isu Sosial
Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana
mempunyai kuasa sumberkewangan dan boleh menggubal undang-undang.
Beberapa program untuk remaja perlu dirangka dandilaksanakan secara
berterusan agar nilai-nilai murni dapat diamalkan oleh golongan
remaja.Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu
program yang baik kepada remaja diMalaysia. Bagi remaja yang melanggar
undang-undang negara, tindakan tegas hendaklah diambil oleh pihak kerajaan
bagi membendung perlakuan negatif tersebut.
41 | P a g e
8.0 RUJUKAN
42 | P a g e
MARK GREIF. (12 November, 2010). The Sociology of the Hipster. Retrieved 23 April,
2017, from The New York Times:
http://www.nytimes.com/2010/11/14/books/review/Greift.html
Memela, W. (2015). Coffee in the City: An analysis of the hipster culture’s influence on
urban regeneration in inner city Johannesburg . Johannesburg : University of
Witwatersrand.
News, P. R. (11 May, 2016). Are Hipster Really That Bad? Retrieved 25 April, 2017, from
Kerouax: http://kerouax.co/blog/arehipstersreallythatbad
Rider, H. (01 March, 2017). DI SEBALIK BUDAYA HIPSTER. Retrieved 01 May, 2017, from
Ijazah Syariah Sem 6:
http://mpw2043syariahkias.blogspot.my/2017/02/disebalikbudayahipster.html
Simpson, I. (29 January, 2015).
Pro and Con: Is it Screwing up Los Angeles and Hurting the Poor? Or Making Life B
etter? Retrieved 30 April, 2017, from L.A Weekly:
http://www.laweekly.com/news/isgentrificationruininglosangelesorsavingitpickaside5
342416
Touboul, J. (2014). The hipster effect: When anticonformists all look the same. Paris:
Coll`ege de France .
43 | P a g e
9.0 LAMPIRAN
44 | P a g e
45 | P a g e
46 | P a g e
47 | P a g e
48 | P a g e
49 | P a g e
50 | P a g e
51 | P a g e
52 | P a g e