Sei sulla pagina 1di 14

1.

0 PENGENALAN

Pada awal tahun 1960an, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah


memperkenalkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ke dalam sistem
persekolahan di Malaysia. Pada ketika itu perkhidmatan ini lebih terarah kepada
bidang bimbingan dan kerjaya sahaja dan kini bidang perkhidmatan tersebut telah
diperkembangkan lagi sehingga menjadi sebuah perkhidmatan yang amat
diperlukan di sekolah. Setelah beberapa pembaharuan berkaitan perkhidmatan ini
dibuat, Guru Bimbingan dan Kaunseling telah dilantik. Sejajar dengan itu, pihak
kementerian telah memperkenalkan kod etika bagi GBK untuk menjadi
pemudahcara bagi melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini adalah kerana setiap
bidang profesional memerlukan kod etika yang tersendiri untuk menunjukkan
bahawa ia merupakan satu bidang yang profesional dan beretika.

Menurut Francis (2009) etika memainkan peranan penting dalam


menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal
adalah untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi. Maksud
perkataan etika dari segi bahasa didefinisikan sebagai nilai atau perkara yang
berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Manakala
etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan
dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi
mengukuhkan lagi tahap profesional mereka. Kod etika yang telah dicipta adalah
berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi
penekanan kepada pelbagai aspek. Hal ini kerana profesion kaunseling sendiri yang
telah mengutamakan nilai-nilai murni di dalam perkhidmatan yang disediakannya.
Berdasarkan Malek Muhamat Said (2007) kod etika kaunselor telah terbahagi
kepada lima bahagian termasuklah bahagian perihal tanggungjawab profesional.
Tanggungjawab profesional merupakan satu tuntutan yang perlu dipatuhi oleh setiap
individu apabila menjawat jawatan bagi sesebuah profesion sebagai contoh
profesion Guru Bimbingan dan Kaunseling. Tanggungjawab profesional bagi GBK
terbahagi kepada beberapa bahagian termasuklah tanggungjawab terhadap rakan
profesional. Melalui tanggungjawab profesional terhadap rakan akan menjadikan
GBK lebih bersemangat untuk menjalankan tugasnya kerana mempunyai rakan
seperjuangan yang bersama-sama berusaha untuk membantu individu yang
memerlukan bantuan sekaligus mewujudkan persaingan sihat dikalangan mereka.

1
2.0 TUGASAN PROJEK 1 :

KEPENTINGAN KOD ETIKA KEPADA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING


(GBK) DI SEKOLAH.

Secara umumnya memang terdapat banyak pengertian yang boleh diberikan


kepada perkataan etika. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi
Ketiga,2002), etika ialah prinsip atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang
atau dengan maksud lain sebagai garis panduan yang harus dipatuhi oleh
seseorang dalam menjalankan tugas mereka. Manakala Maznah & Zainal (2003),
menyatakan kod etika ditakrifkan sebagai satu sistem tingkah laku bagi sesuatu
pekerjaan (Zuraidah,1997). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah satu
bidang profesional yang amat ditekankan di sekolah. Hal ini kerana perkhidmatan
tersebut ialah merupakan salah satu perkhidmatan menolong yang sangat
diperlukan oleh murid di sekolah. Oleh itu, kod etika juga telah diwujudkan untuk
menjadi garis panduan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Setiap golongan professional mempunyai kod etika yang perlu mereka patuhi
dan ianya akan memberi kepentingan daripada pelbagai aspek kepada semua pihak
termasuklah kepentingan kepada diri mereka sendiri. Di dalam kaunseling, etika
terbahagi kepada dua bahagian iaitu etika terhadap kaunseling itu sendiri dan juga
etika sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kerahsiaan juga ialah
merupakan etika di dalam kaunseling. Bukan itu sahaja, kod etika juga ialah
merupakan satu peringatan sama ada ianya baik untuk dilakukan ataupun
sebaliknya. Secara ringkasnya kod etika Guru Bimbingan dan Kaunseling ialah satu
garis panduan atau peraturan yang telah termaktub kepada profession GBK.
Menurut Durkheim (1961) etika terdiri daripada suatu sistem peraturan yang telah
ditentukan terlebih dahulu tentang bagaimana seseorang itu mesti bertindak dalam
sesuatu situasi tertentu (Nordin & Fadzil, 2003).

Pada pandangan saya terdapat pelbagai kepentingan kod etika bagi Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di sekolah yang dapat dilihat, pertamanya ialah
kod etika ini menjadikan martabat profesion GBK akan dapat dipelihara. Hal ini
kerana, seorang GBK boleh mengawal dan menilai dirinya sama ada telah mematuhi
etika yang telah termaktub di dalam kod etika Guru Bimbingan dan Kaunseling
ataupun sebaliknya dan seterusnya mampu mencuba untuk meningkatkan tahap

2
profesionalisme di dalam diri mereka. Misalnya, apabila seorang GBK hendak
melaksanakan sesuatu sesi, maka GBK perlu diingatkan perihal kod etika melalui
prinsip kaunseling dan juga penstrukturan setelah selesai melaksanakan sesi
tersebut, GBK hendaklah mengukur kembali sejauh mana kepatuhan beliau
terhadap kod etika yang telah disediakan. Sebagai contoh, sekumpulan murid telah
membuat temujanji untuk mendapatkan bantuan GBK bagi menjalani kaunseling
kelompok dan kelompok tersebut terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan juga taraf
pendidikan yang berbeza. Oleh itu, ketika sepanjang sesi tersebut berlangsung
ianya boleh dilihat melalui sikap GBK itu sendiri adakah mereka bersikap adil dan
menerima tanpa syarat ketika memberi layanan terhadap klien-klien tersebut.
Apabila seseorang GBK tersebut bersikap adil dengan menerima semua kliennya
tanpa syarat dan menganggap setiap klien yang mengalami isu yang sama berhak
menerima layanan yang sama seterusnya tidak membeza-bezakan perbezaan yang
ada pada diri klien tersebut. Hasilnya, klien akan dapat melihat dan menerima
profesion kaunseling dengan lebih terbuka dan percaya kepada peranan GBK dalam
proses menolong.

Di samping itu, ia boleh disokong melalui salah satu prinsip yang terdapat di
dalam kod etika GBK iaitu keadilan dengan berlaku adil dan saksama kepada semua
individu. Di samping itu, prinsip kod etika yang menekankan perihal keadilan adalah
kerana semua individu diberi peluang untuk memperolehi sesuatu yang sama rata
tanpa mengambilkira perbezaan yang terdapat pada diri mereka. Mizan Adilliah
(1996) menyatakan bahawa perhubungan kaunseling adalah berkait rapat dengan
personaliti kaunselor, diantaranya ialah menerima tanpa syarat dengan melayan
klien sebagai manusia yang bermaruah dan kaunselor perlu berpandangan terbuka
serta mengelakkan daripada mempunyai pandangan negatif kepada kliennya. Oleh
itu, sebagai seorang GBK, kod etika ini perlulah dipatuhi agar martabat profesion
GBK terus terpelihara dan disanjung tinggi orang ramai seterusnya mampu menarik
kepercayaan individu yang memerlukan bantuan daripada GBK. Tetapi sekiranya,
GBK melanggar kod etika yang telah ditetapkan, klien juga boleh mendakwa GBK
berdasarkan kod etika yang telah termaktub. Bukan itu sahaja, GBK akan lebih
berhati-hati dan berwaspada ketika melakukan sesuatu perkhidmatan.

Secara keseluruhannya telah diketahui bahawa setiap manusia mempunyai


maruah yang perlu dihormati begitu juga dengan sesuatu profesion yang mempunyai

3
martabatnya yang tersendiri. Oleh itu, untuk dihormati oleh pihak lain, setiap orang
perlu memainkan peranan yang tersendiri untuk menjaga nama baik sesuatu
profesion. Namun begitu, usaha daripada pelbagai pihak diperlukan untuk bersama-
sama menjaga nama baik sesuatu profesion. Sesuatu perkara tidak akan dapat
dicapai tanpa kerjasama semua pihak. Jika terdapat seorang GBK yang tidak
menjaga martabat profesion kaunseling akan merosakkan nama baik GBK yang lain
seperti kata pepatah melayu kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Seterusnya, kod etika juga penting kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
di sekolah adalah kerana ianya akan berfungsi sebagai penyelesai kepada setiap
isu yang akan terjadi di dalam sesuatu perkhidmatan. Hal ini kerana, sekiranya
terjadi perkara yang tidak diingini, GBK boleh merujuk kepada kod etika yang telah
disediakan untuk menyelesaikan hal tersebut. Sebagai contoh, jika terdapat seorang
klien iaitu murid tahun 5 menceritakan permasalahan tentang keluarganya iaitu ibu
dan ayahnya sering bergaduh dan klien tersebut tidak sanggup untuk melihat ibunya
terus menerus dipukul oleh ayahnya sendiri lantas membuat keputusan dengan
mengugut untuk membunuh ayahnya kerana terlampau tertekan dengan masalah
tersebut. Oleh itu, GBK perlu mengambil inisiatif dengan memberitahu pihak yang
berwajib untuk menyelesaikan hal tersebut. Misalnya dengan memberitahu Guru
Besar sekolah tentang isu klien yang mengugut ingin membunuh ayahnya. Hal ini
kerana ia merupakan pendekatan krisis di mana GBK dibenarkan memberitahu
pihak berwajib sebelum mengambil tindakan yang seterusnya. Oleh yang demikian,
sekiranya klien tersebut merasa tidak puas hati terhadap GBK yang cuba
menghalang niatnya dan seterusnya mendakwa bahawa GBK sendiri tidak
berpegang kepada etika kerahsiaan yang telah ditekankan pada awal sesi dengan
memberitahu Guru Besar tentang isu tersebut. Justeru itu, seorang GBK boleh
melindungi dirinya dengan menyatakan kembali perjanjian di awal sesi iaitu tentang
persetujuan termaklum berkaitan prosedur asas yang akan dilalui sepanjang proses
kaunseling. Kepentingan ini juga selaras dengan pandangan oleh Zuraidah Abdul
Rahman (1997) mengenai persetujuan termaklum iaitu satu pernyataan yang
digunakan untuk memberi kefahaman kepada klien sebelum menjalani sesuatu sesi
kaunseling dan sekiranya klien tersebut bersetuju dengan perjanjian tersebut sesi
akan dijalankan.

4
Sehubungan dengan itu, melihat kepada prinsip etika berkaitan non-
maleficence iaitu tidak membawa sebarang kemudaratan kepada diri klien sendiri
atau orang lain juga akan dapat melindungi GBK daripada didakwa oleh klien kerana
setiap perkara yang memerlukan pendekatan krisis perlu dilaporkan segera kepada
pihak berwajib. Hal ini dibuktikan juga dengan penyataan yang terdapat di dalam
buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan
Menengah di Malaysia iaitu GBK hendaklah menghormati privasi klien dan
merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa sesi kaunseling dijalankan
melainkan maklumat yang disampaikan tersebut membahayakan diri klien itu sendiri
atau orang lain dipersekitarannya. Secara umumnya, berdasarkan kod etika tersebut
ianya telah dapat membantu GBK dalam menghadapi situasi dakwaan klien seperti
tersebut. Menurut Othman Mohamed seseorang kaunselor atau GBK perlu prihatin
dalam mengatur sesebuah proses kaunseling agar tidak mendatangkan sebarang
bahaya atau risiko kepada dirinya, klien dan juga masyarakat di sekeliling (Sapora &
Ruhaya, 2012).

Umumnya diketahui, setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaian dan


cara atau kaedah yang terbaik akan dipilih untuk menyelesaikan sesuatu isu
tersebut termasuklah isu yang berlaku diantara klien dan kaunselor juga boleh
merujuk kepada kod etika sebagai salah satu jalan penyelesaian yang terbaik.
Walaubagaimanapun, seorang GBK tidak seharusnya menyekat kebebasan diri
mereka dengan terikat sepenuhnya kepada kod etika tersebut, namun GBK masih
lagi boleh menggunakan budi bicara mereka di dalam menghadapi situasi tersebut.

Hujah yang ketiga pula ialah berkaitan tentang kod etika tersebut adalah
penting untuk menjadi inspirasi dan panduan kepada profesion itu sendiri. Hal
ini kerana, kod etika tersebut boleh mengawal tingkah laku seseorang GBK. Menurut
Ibrahim Ismail (1995) menyatakan bahawa kod etika disediakan untuk mengawal
tingkah laku GBK sama ada baik atau buruk. Misalnya, ketika menjalankan sesi dan
klien tersebut didapati bertindak kasar dengan mengeluarkan kata-kata kesat
kepada GBK, namun begitu sebagai seorang yang profesional, GBK perlu mengawal
diri dengan tidak terlampau mengikut perasaan dalam menangani situasi tersebut.
Kawalan kendiri adalah sangat penting untuk memastikan nama baik GBK dapat
dipelihara dan seterusnya mengekalkan kepercayaan klien terhadap Guru
Bimbingan dan Kaunseling. Hal ini kerana, klien bertindak sedemikian adalah

5
mungkin kerana masih lagi tidak mempunyai hubungan yang baik diantara klien dan
GBK sebagai contoh klien masih lagi tidak mempercayai GBK. Justeru itu, melalui
penggunaan kod etika tersebut boleh menjadi satu landasan kepada profesion itu
sendiri sama ada perkara tersebut adalah baik untuk dilakukan ataupun tidak.

Bukan itu sahaja, jika dilihat pada sudut rasional kod etika ini ditulis kerana ia
juga boleh membantu GBK untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih baik
kerana pada pandangan masyarakat GBK telah dilihat sebagai satu model sosial
yang baik. Hal ini bersesuaian dengan prinsip perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang terdapat di dalam buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling iaitu perkhidmatan ini adalah untuk semua murid dan semua murid diberi
peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang kaum, agama
atau kepercayaan. Oleh sebab itu, sebarang permasalahan yang disebabkan oleh
GBK akan merosakkan nama baik GBK sebagai model sosial kepada masyarakat.
Ketidakcekapan GBK dalam melaksanakan perkhidmatan akan mengubah
tanggapan masyarakat terhadap kredibiliti seseorang GBK.

Tambahan pula, bagi permasalahan yang berlaku akibat daripada sikap


segelintir GBK yang tidak bertanggungjawab dalam mematuhi kod etika yang
ditetapkan telah menyebabkan profesion GBK dipandang serong oleh orang ramai.
GBK hendaklah sentiasa berusaha untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan,
kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Selain itu juga, GBK juga
hendaklah sentiasa membuat self-evaluation terhadap perkara-perkara yang telah
dilakukan agar senantiasa dapat menilai diri dan memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada yang memerlukan.

Secara amnya diketahui bahawa self-evaluation adalah amat penting bagi


setiap kerja yang dilakukan agar segala permasalahan yang telah berlaku dapat
dielakkan serta ditambah baik. Walaubagaimanapun, dalam memastikan tidak
berlaku sebarang permasalahan, perkhidmatan yang disediakan oleh GBK juga
mestilah dinilai dan diawasi oleh pihak Nazir sekolah yang dilantik oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia.

6
3.0 TUGASAN PROJEK 2 :

SEJAUHMANAKAH GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAPAT


MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN PROFESIONAL DI
SEKOLAH SELARAS DENGAN KOD ETIKA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Konvesyen Nasional Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2008


yang lalu telah diadakan di Institut Aminudin Baki Kuala Lumpur, Menteri Pelajaran
pada ketika itu telah menyatakan bahawa kecemerlangan dan kemajuan sesebuah
negara di dunia mempunyai perkaitan dengan kemantapan sistem pendidikan. Oleh
itu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2020 telah diperbaharui
dengan mempunyai matlamat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan bertaraf
dunia di Malaysia supaya dapat melonjakkan Malaysia ke arah salah satu negara
maju. Berdasarkan perkara tersebut, ia dapat melahirkan modal insan yang
berketrampilan dan mempunyai minda kelas pertama. Oleh yang demikian, bagi
memastikan kejayaan matlamat tersebut, komitmen dan kerjasama semua pihak
diperlukan. Setelah dibincangkan bersama, banyak pihak yang perlu memainkan
peranan mereka sendiri untuk berusaha mencapai matlamat tersebut. Salah satu
perkhidmatan yang berkepentingan ialah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Hal ini kerana, berdasarkan salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia ialah ingin melahirkan murid yang berketrampilan
dari segala aspek.

Oleh itu, di dalam usaha tersebut, pihak kementerian telah menekankan salah
satu aspek penting yang perlu ada di sekolah iaitu dengan wujudnya Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di sekolah. GBK memainkan peranan yang sangat
penting bagi bersama-sama guru lain untuk membantu murid menjadi seorang yang
berketrampilan dari semua aspek. Justeru itu, bagi meningkatkan keprofesionalisma
seorang GBK, pihak Kementerian telah mewujudkan beberapa kod etika yang perlu
dipatuhi dan menjadi satu garis panduan kepada semua GBK. Salah satu
kandungan yang terdapat di dalam kod etika tersebut ialah tanggungjawab GBK
terhadap rakan profesional.

Banyak pengertian tentang istilah tanggungjawab yang secara zahirnya


kelihatan mudah tetapi realitinya adalah susah untuk melaksanakannya.

7
Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, tanggungjawab bermaksud sesuatu
tugas atau kerja yang mesti dilakukan iaitu kewajiban yang dipikul oleh seseorang.
Manakala pengertian bagi rakan profesional pula ialah teman atau rakan sekerja
iaitu seseorang yang berkait di dalam bidang profesion yang sama. Salah satu
kandungan kod etika yang menekankan tanggungjawab GBK terhadap rakan
profesion adalah amat penting bagi seorang GBK, hal ini kerana terdapat banyak
kelebihan yang boleh didapati jika terdapat perkongsian diantara rakan-rakan
profesion.

Selaras dengan kod etika perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah
diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, telah didapati bahawa
tanggungjawab GBK terhadap rakan profesional di sekolah adalah amat
penting untuk mereka saling berusaha dalam meningkatkan kecekapan
profesionalismenya bersama. Hal ini kerana, melalui kebersamaan tersebut, GBK
boleh membuat penambahbaikkan terhadap setiap isu yang berlaku. Menurut Malek
Muhamat Said (2007), Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu membantu diri sendiri
dalam mempertingkatkan kompetensi diri daripada segi pengalaman, keilmuan dan
kemahiran melalui penyertaan persatuan guru bimbingan dan sebagainya. Definisi
jalinan kerjasama ini adalah sebagai suatu usaha yang dijalin manakala kerjasama
pula didefinisikan sebagai usaha kerja bersama-sama atau saling bantu-membantu
antara dua ataupun beberapa pihak. Jalinan kerjasama juga turut membawa maksud
koloborasi, permuafakatan dan perkongsian. Pandangan ini selaras dengan
pendapat oleh Rutter et. al (1979) yang menyatakan bahawa koloborasi dan kerja
berpasukan adalah sangat penting dalam kesatuan matlamat (Siti Hajar, 2011).

Tambahan pula, contoh yang paling jelas ialah melalui kewujudan persatuan
guru bimbingan. Persatuan tersebut boleh menganjurkan bengkel-bengkel seperti
cara untuk menghadapi klien yang mempunyai masalah krisis dan juga perihal
penggunaan teori-teori untuk melaksanakan sesuatu sesi kaunseling. Seorang GBK
yang berpengalaman akan mencurahkan ilmu yang ada pada dirinya kepada ahli
kumpulan persatuan yang lain untuk meningkatkan kecekapan profesionalisme
bersama demi menjaga nama baik profesion bimbingan dan kaunseling.
Perbincangan tersebut akan meliputi teknik yang paling berkesan untuk menghadapi
semua situasi yang akan berlaku. Selain itu juga, melalui perkongsian tersebut
pelbagai ilmu baru akan diperolehi untuk kegunaan bersama dan keberkesanan

8
sistem perkongsian tersebut akan dapat memastikan bahawa sebarang maklumat
yang diperolehi ketika perkongsian tersebut dapat dimanfaatkan oleh semua GBK
untuk meningkatkan kecekapan mereka.

Amnya diketahui bahawa perkongsian dapat mengurangkan kekurangan yang


ada kerana setiap daripada ahli perkongsian dapat memberikan pandangan dan
idea mereka tersendiri. Menurut satu penyataan yang dinyatakan oleh Esah
Sulaiman (2003), Pembelajaran Koperatif ialah satu proses pembelajaran yang
melibatkan beberapa ahli yang belajar dalam kumpulan kecil dan setiap ahli dalam
kumpulan ini dikehendaki bekerjasama unutuk memperlengkapkan dan
memperluaskan pembelajaran diri sendiri dan juga ahli yang lain (Siti Hajar,2011).
Konsep yang sama turut diguna pakai kepada setiap bidang profesional.
Berdasarkan kandungan kod etika yang menekankan tentang tanggungjawab
kepada GBK kepada rakan profesional sebagai contoh melalui perkongsian untuk
sama-sama berusaha meningkatkan kecekapan profesionalisme mereka. Namun
begitu, perkongsian ini dianggap tidak bernilai sekiranya ada diantara ahli kumpulan
yang hanya bersikap sebagai penumpang dengan tidak memberi sebarang respon
terhadap perkongsian tersebut.

Hujah yang seterusnya ialah, seorang GBK hendaklah melaksanakan


tanggungjawabnya terhadap rakan profesion dengan menunjukkan sifat
menghormati, adil dan juga terbuka. Hal ini kerana setiap individu mempunyai
harga diri dan maruah yang perlu dihormati. Menurut Zuraidah (1997), setiap orang
berhak dihormati dan bermaruah. Oleh itu, GBK hendaklah menghormati cara atau
pelaksanaan yang digunakan oleh rakan profesionalnya. Misalnya, jika di sebuah
sekolah terdapat tiga orang GBK dan ketiga-tiga Guru Bimbingan dan Kaunseling
tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza di dalam menangani sesebuah sesi.
GBK A & B mungkin menggunakan satu pendekatan yang sama iaitu dengan
menggunakan satu teori tetap ketika melaksanakan sesi. Sebagai contoh teori
pemusatan insan, namun begitu, bagi GBK C kaedah atau pendekatan yang
dilakukannya adalah berbeza jika dibandingkan dengan GBK yang lain iaitu dengan
lebih terarah kepada penggunaan pendekatan integratif. Justeru itu, GBK A&B tidak
dibenarkan untuk mengkritik kaedah tersebut yang berlainan dengan kaedah yang
digunakan kerana setiap GBK mempunyai cara pendekatan mereka yang berbeza.

9
Tetapi GBK hendaklah menghormati kaedah yang digunakan oleh GBK C selagi
mana kaedah tersebut tidak melanggar kod etika yang telah ditetapkan.

Bukan itu sahaja, jika seseorang GBK merasakan bahawa dirinya tidak dapat
membantu klien tersebut menangani isu yang dihadapinya dan berpendapat bahawa
rakan profesionalnya mampu untuk mengambil alih isu klien tersebut. Hal ini
menunjukkan GBK tersebut bersikap terbuka dengan menerima kelemahan yang
ada pada dirinya dan untuk tidak mengeruhkan keadaan GBK lebih percaya untuk
menyerahkan sesi tersebut kepada rakan profesionalnya yang lebih berpengalaman.
Zuraidah (1997) yang menyatakan melayan rakan profesional dengan hormat,
bersopan, adil dan penuh kepercayaan akan meningkatkan imej kecekapan
seseorang yang profesional. Berdasarkan penyataan tersebut jelaslah bahawa
dengan bersikap menghormati diantara satu sama lain dapat meningkatkan imej
profesional GBK dan sekaligus memenuhi tuntutan kod etika iaitu bertanggungjawab
terhadap rakan profesion.

Umumnya diketahui bahawa seorang yang profesional adalah seorang yang


bertindak mengikut arahan dan panduan yang telah disediakan dengan tidak
melanggar mana-mana kod etika yang telah tertulis dan jika berlaku sebarang
permasalahan akan terus merujuk kepada kod etika tersebut. Namun begitu, GBK
perlu diingatkan bahawa jika berlaku sebarang isu, sebagai contoh isu kaedah
pendekatan yang dilakukan oleh rakan profesionalnya adalah bertentangan dengan
kod etika yang telah sedia ada, maka GBK perlu mengingatkannya kembali agar
dapat mengelakkan sebarang permasalahan serius berlaku.

Selain itu juga, tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)


terhadap rakan profesional juga perlu dititik beratkan dari aspek pencegahan
sifat GBK yang tidak beretika serta memperbetulkan perlakuan tersebut. Hal ini
kerana, sifat tersebut boleh mencemarkan nama baik profesion. Setiap salah laku di
dalam sesuatu profesion akan menyebabkan sesuatu profesion dipandang serong
oleh pihak luar. GBK yang melakukan salah laku akan menghilangkan kepercayaan
klien terhadap bidang profesion perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Sapora &
Ruhaya, 2012). Berdasarkan penyataan tersebut, contoh situasi yang paling jelas
ialah dengan melihat kepada keadaan suasana tempat sesuatu sesi tersebut
dijalankan. Jika seseorang GBK mendapati bahawa rakan profesionalnya telah

10
menjalankan sesi kaunseling di tempat yang gelap dan bertutup. Bagi tempat yang
tidak mempunyai sistem pencahayaan dan pengudaraan yang baik akan
mengganggu sesuatu proses sesi kaunseling daripada berjalan dengan lancar. Oleh
yang demikian GBK perlu mengambil inisiatif untuk menegur perbuatan yang
dilakukan oleh rakan tersebut demi mengelakkan berlaku sebarang fitnah pada
masa hadapan. Di samping itu juga, jika terdapat klien yang menjalani sesi bersama
GBK berlainan jantina di dalam keadaan bilik yang sebegitu dan jika klien tersebut
mempunyai niat tidak baik dengan ingin menarik perhatian orang lain, klien akan
mendakwa GBK melakukan perkara yang tidak baik terhadap dirinya disebabkan
keadaan bilik yang mencurigakan setiap mata yang memandang.

Tanggungjawab rakan profesional untuk memberi teguran berkaitan tentang


keadaan tempat sesuatu sesi dijalankan sebelum terjadi sesbuah perkara yang tidak
diingini adalah amat dituntut. Hal ini kerana untuk menjalankan sesuatu sesi
kaunseling, keadaan sesuatu tempat tersebut hendaklah tempat yang kondusif dan
teraputik serta mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Bukan itu
sahaja, tempat yang tersorok juga adalah salah satu penyebab kenapa klien tidak
mahu merujuk sesuatu isu yang dihadapi mereka kepada GBK ialah kerana
berpendapat bahawa tempat tersebut hanyalah untuk klien yang bermasalah. Mizan
Adilliah (1996) menyatakan bahawa tempat yang sesuai merupakan salah satu
kemahiran membina hubungan. Selain itu juga, keselesaan klien juga hendaklah
diambil kira. Sekiranya seorang GBK melakukan sesi kaunseling di tempat yang
gelap dan tertutup ia akan menjadikan klien berasa terancam dan seterusnya tidak
mahu memberikan kerjasama kepada sesi tersebut serta klien juga akan
menyebarkan ketidakselesaan beliau berada di dalam sesi kaunseling kepada orang
luar dan seterusnya imej profesion GBK akan tercemar. Bagi mengelakkan perkara
sebegini berlaku, maka pada ketika ini lah tanggungjawab terhadap rakan profesion
yang terdapat di dalam kod etika Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu diberi
penekanan. Selaras dengan itu dapat memenuhi piawaian kod etika yang telah
termaktub.

Secara amnya telah diketahui bahawa GBK mempunyai kod etika yang perlu
dipatuhi agar tidak berlaku sebarang permasalahan diantara klien dan GBK. Setiap
permasalahan adalah perlu dielakkan dan sebagai seorang rakan profesional yang
baik hendaklah menegur apabila melihat rakan seperjuangannya tersasar dari kod

11
etika yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, jika GBK telah mengikuti kod
etika yang ditetapkan, namun ada diantara klien atau mana-mana pihak lain yang
telah mendakwa perkara yang tidak benar kepada GBK dengan niat untuk
menjatuhkan imej profesion tersebut, maka GBK boleh merujuk kod etika sebagai
penyelesai kepada isu yang terjadi.

Hujah yang seterusnya ialah, GBK boleh melaksanakan tanggungjawab


beliau kepada rakan profesional dengan senantiasa bersedia untuk membela dan
membantu rakan profesionalnya yang teraniaya kerana dituduh melakukan
perkara yang tidak beretika. Hal ini kerana, membantu rakan profesional adalah
merupakan salah satu kandungan yang terdapat di dalam kod etika Guru Bimbingan
dan Kaunseling. Sejajar dengan prinsip etika GBK iaitu tidak mempunyai niat yang
jahat. Menurut buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling juga
menitikberatkan perihal GBK hendaklah sentiasa menjalankan tugasnya dengan
penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.
Sebagai contoh, apabila situasi seorang rakan profesion telah dituduh melakukan
perkara yang melanggari etika oleh seorang klien iaitu apabila klien tersebut
menyatakan bahawa pihak sekolah telah mengetahui isu yang dihadapinya iaitu
ketagihan pil khayal dan dadah akibat daripada terpengaruh oleh jiran di sebelah
rumahnya. Klien menjadi berang kepada GBK kerana GBK telah memanjangkan isu
tersebut kepada Guru Besar sekolah sebelum tindakan yang sepatutnya diambil.
Pada ketika ini, sebagai seorang GBK hendaklah mempertahankan rakan profesion
tersebut dengan menerangkan kembali perihal isu krisis yang telah dihadapi oleh
klien tersebut. Berdasarkan buku mengurus khidmat bimbingan & kaunseling
sekolah yang telah ditulis oleh Malek Muhamat Said (2007), menyatakan terdapat
beberapa orientasi di dalam bidang bimbingan dan kaunseling dan salah satunya
ialah orientasi krisis dimana orientasi tersebut adalah ketika GBK berhadapan
dengan masalah krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian
dan tindakan segera oleh mana-mana pihak yang berwajib.

Secara amnya telah diketahui bahawa di dalam persetujuan termaklum telah


tertulis berkaitan prosedur yang akan dihadapi oleh seorang klien ketika
menjalankan sesi. Bukan itu sahaja, melalui langkah penstrukturan juga telah
menerangkan tentang etika kerahsiaan klien dan juga GBK dan setiap perkaitan
yang diketahui umum adalah merupakan kesalahan klien itu sendiri dan bukannya

12
dari GBK. Oleh yang demikian, rakan profesion yang baik akan memperingatkan
kembali kepada penuduh berkaitan perihal tersebut untuk mempertahankan maruah
rakan profesionnya. Selain itu juga, perkara tersebut akan diselesaikan dengan baik
jika mempunyai bukti dan sokongan yang kukuh untuk terus menjaga maruah GBK.
Namun begitu, hal seperti ini tidak boleh dipertahankan sekiranya, GBK mendapati
bahawa rakan profesionnya telah melakukan sesuatu perkara yang telah melanggar
kod etika yang telah ditetapkan walaupun setelah ditegur olehnya. Perkara sebegini
akan memalukan profesion bimbingan dan kaunseling sekaligus memperlihatkan
kekurangan yang ada pada diri GBK tersebut.

13
RUJUKAN

Lee Keok Cheong et al. (2012). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.


Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Malek Muhamat Said. (2007). Mengurus khidmat bimbingan & kaunseling sekolah.
Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Nordin Kardi & Mohamad Fadzil Che Din. (2003). Falsafah, prinsip & etika
kaunseling. Selangor: Universiti Pertahanan Malaysia.

Sapora Sipon & Hapsah Yusof. (2013). Pengenalan kepada profesion kaunseling
Edisi Kedua. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2012). Teori kaunseling dan psikoterapi.
Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa melayu 1 edisi kedua


Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

See Ching Mey. (2009). Pendekatan kaunseling. Kuala Lumpur :


Lembaga Kaunselor

Zuraidah Abdul Rahman. (1997). Bimbingan dan kaunseling perkembangan.


Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

14

Potrebbero piacerti anche