Sei sulla pagina 1di 6

(c) Pelbagai Frasa dan Ayat untuk Menutup Surat

Berikut merupakan contoh - contoh ayat yang sesuai digunakan pada penutup surat rasmi:

Dalam masa terdekat ini…


· Dalam masa terdekat ini, sila aturkan…
· Dalam masa terdekat ini, saya ingin memastikan…
· Dalam masa terdekat ini, jika tuan / puan mempunyai pertanyaan, sila hubungi saya melalui
talian…

Jika…
· Jika tuan / puan mempunyai apa - apa pertanyaan berkaitan polisi baru ini, sila datang
berjumpa dengan saya pada bila - bila masa sahaja.
· Jika pada masa akan datang tuan / puan memerlukan bantuan saya, jangan teragak - agak
untuk menghubungi saya.

Jika tuan / puan…


· Jika tuan / puan berminat dengan keluaran kami, sila hubungi kami.
· Jika tuan / puan masih belum menerima barangan kami dalam masa tiga minggu dari
sekarang, sila hubungi kami dengan segera.
· Jika tuan / puan tidak menerima barangan kami pada hari Selasa ini, sila hubungi kami.
· Jika tuan / puan masih mempunyai persoalan tentang masalah ini, sila hubungi kami lagi.
· Jika tuan / puan mempunyai apa - apa pertanyaan pada masa akan datang, jangan teragak -
agak untuk menghubungi kami.
· Jika tuan / puan memerlukan sebarang maklumat berkenaan syarikat kami, sila hubungi kami
melalui talian…

Jika tuan / puan tidak keberatan…


· Jika tuan / puan tidak keberatan, sila maklumkan penerimaan surat ini.
· Jika tuan / puan tidak keberatan, sila aturkan seseorang untuk datang…
· Jika tuan / puan tidak keberatan, sila sahkan…

Kami…
· Kami kesal kerana kami terpaksa menolak tawaran tuan / puan.
· Kami mengucapkan terima kasih sekali lagi atas pesanan daripada tuan / puan dan berharap
agar pada masa hadapan akan menerima lebih banyak pesanan daripada tuan / puan.
· Kami sangat menghargai bantuan tuan / puan dalam menyelesaikan masalah ini.
· Kami amat menghargai sumbangan dan keprihatinan tuan / puan selama ini.
· Kami amat berterima kasih atas sumbangan tuan / puan.
Kami berharap…
· Kami berharap agar masalah ini tidak berulang lagi.
· Kami berharap agar barangan yang dihantar mengikut piawai yang ditetapkan dalam perjanjian
kita.

Kami berharap agar pada masa hadapan…


· Kami berharap agar pada masa hadapan kami dapat menjalinkan hubungan perniagaan yang
baik dengan syarikat tuan / puan.
· Kami berharap agar pada masa hadapan tuan / puan dapat membuat pembayaran mengikut
masa yang telah dipersetujui.
· Kami berharap agar pada masa hadapan tuan / puan akan terus menyokong kami.
· Kami berharap agar pada masa hadapan tuan / puan akan menjadi salah seorang pelanggan
kami.
· Kami berharap agar pada masa hadapan kami dapat berjumpa dengan tuan / puan sendiri.

Maaf…
· Maaf atas kesulitan yang telah berlaku.
· Maaf atas apa - apa jua masalah yang timbul.

Ribuan terima kasih…


· Ribuan terima kasih atas kerjasama tuan / puan.
· Ribuan terima kasih atas bantuan tuan / puan.
· Ribuan terima kasih atas keprihatinan dan perhatian tuan / puan akan masalah ini.
· Ribuan terima kasih atas keluangan masa dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh tuan /
puan.

Salam…
· Salam sejahtera.
· Salam takziah daripada kami semua.

Saya…
· Saya menghargai keprihatinan tuan / puan untuk menulis surat…
· Saya kesal atas segala kesulitan yang berlaku.
· Saya kesal kerana tidak dapat membantu tuan / puan dalam hal ini.
· Saya kesal kerana tidak dapat memulangkan wang tuan / puan sepenuhnya bagi barangan ini.
· Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
· Saya memohon maaf kerana tidak dapat membantu tuan / puan dalam hal ini.
· Saya berharap agar hal ini dapat mengembalikan semula keyakinan tuan / puan kepada kami.
· Saya lampirkan sampul surat bersetem untuk memudahkan tuan / puan menjawab surat ini.
· Saya berbesar hati melampirkan…
· Saya bertegas bahawa mulai hari ini saya diberikan keutamaan dalam…
Saya amat menghargai…berbesar hati…mengambil peluang…
· Saya amat menghargai jika tuan / puan dapat menjelaskan hutang tuan / puan pada akhir
bulan ini.
· Saya amat menghargai jasa dan sumbangan tuan / puan.
· Saya amat menghargai keprihatinan tuan / puan dalam perkara ini.
· Saya berbesar hati jika salah seorang pegawai tuan / puan dapat menghubungi saya…
· Saya berbesar hati jika tuan / puan dapat mengesahkan bukti pembayaran.
· Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan semoga tuan / puan Berjaya pada masa
hadapan.
· Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan ini.

Saya berharap…
· Saya berharap agar hubungan ini dapat memberikan faedah kepada syarikat tuan / puan pada
masa hadapan.
· Saya berharap agar tuan / puan berjaya.
· Saya berharap agar perjanjian ini sesuai dengan tuan / puan.
· Saya berharap agar keterangan ini dapat menjelaskan kedudukan yang sebenar, tetapi jika
terdapat apa - apa keraguan, tuan / puan bolehlah menghubungi saya.
· Saya berharap agar maklumat ini dapat membantu tuan / puan.
· Saya berharap agar penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan antara kita.
· Saya berharap agar masalah yang wujud dapat diselesaikan.
· Saya berharap agar mendapat keizinan untuk berjumpa dengan tuan / puan.
· Saya berharap agar kertas cadangan ini dapat menarik minat tuan / puan.
· Saya berharap agar tuan / puan dapat membantu kami pada masa akan datang.
· Saya berharap agar tuan / puan lebih Berjaya dan maju pada Tahun Baru ini.
· Saya berharap agar tuan / puan bersetuju dengan kertas cadangan yang dikemukakan ini.

Saya berharap agar pada masa hadapan…


· Saya berharap agar pada masa hadapan hubungan perniagaan kita akan lebih berhasil.
· Saya berharap agar pada masa hadapan kami dapat menjalinkan hubungan perniagaan yang
lebih baik dengan syarikat tuan / puan.
· Saya berharap agar pada masa hadapan saya akan menerima pesanan barang daripada tuan /
puan lagi.
· Saya berharap agar pada masa hadapan kita dapat bekerjasama lagi.
· Saya berharap agar pada masa hadapan saya akan dapat berjumpa dengan tuan - puan lagi.
· Saya berharap agar pada masa hadapan tuan / puan akan membantu kami menyelesaikan
masalah seperti ini.
· Saya berharap agar pada masa hadapan tuan / puan akan memberikan maklum balas dengan
lebih awal.
· Saya berharap agar pada masa hadapan menerima jawapan daripada tuan / puan.
· Saya berharap agar pada masa hadapan kelewatan seperti ini tidak akan berlaku.
· Saya berharap agar pada masa hadapan tuan / puan akan terus menjadi pelanggan kami.
· Saya berharap agar pada masa hadapan tuan / puan akan terus menggunakan perkhidmatan
kami.
· Saya berharap agar pada masa hadapan tuan / puan dapat memaklumkan kepada kami lebih
awal agar tidak lagi berlaku masalah seperti ini.

Saya percaya…
· Saya percaya bahawa pada masa akan datang pihak kami akan mengambil tindakan dengan
segera bagi mengatasi masalah ini.
· Saya percaya dengan pelantikan ini akan meningkatkan motivasi dan prestasi kerja tuan /
puan.
· Saya percaya bahawa tuan / puan akan mematuhi terma dan syarat perjanjian kita.
· Saya percaya dengan penerangan ini dapat menjelaskan semua pertanyaan tuan / puan.
· Saya percaya bahawa tuan / puan akan menimbangkan permohonan saya ini.
· Saya percaya bahawa syarikat tuan / puan dapat membantu kami dalam hal ini.

Sila…
· Sila hubungi saya secepat mungkin bagi membolehkan kita mengadakan perbincangan.
· Sila batalkan…
· Sila datang semula berjumpa dengan saya jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi.
· Sila sahkan sama ada masa tersebut sesuai dengan tuan / puan.
· Sila uruskan baki penghantaran secepat yang boleh.
· Sila beri perhatian dalam masalah ini.
· Sila maklumkan kepada saya jika terdapat sebarang masalah yang perlu diambil tindakan
dengan segera.
· Sila hubungi saya jika tuan / puan mempunyai sebarang masalah untuk dibincangkan.
· Sila hubungi saya jika tuan / puan memerlukan maklumat lanjut.
· Sila lampirkan salinan senarai harga barangan seperti yang diminta.
· Sila hubungi saya jika tuan / puan telah menetapkan tarikh mesyuarat.
· Sila hubungi saya jika terdapat apa - apa perkara yang tidak jelas.
· Sila maklumkan kepada saya tarikh dan masa barangan tersebut boleh dihantar.
· Sila pindahkan semua wang baki ke dalam akaun no…
· Sila beri maklum balas secepat mungkin bagi membolehkan kami…
· Sila maklumkan kepada kami jika tuan / puan merasakan bahawa garis kasar perancangan
tersebut tidak sempurna.
Sila maklumkan kepada saya…
· Sila maklumkan kepada saya jika tuan / puan berminat…
· Sila maklumkan kepada saya jika tuan / puan memerlukan maklumat lanjut tentang perkara ini
dan terima kasih diucapkan atas bantuan tuan / puan.
· Sila maklumkan kepada saya keputusan tuan / puan nanti. Saya amat menghormati apa - apa
jua keputusan yang dibuat oleh tuan / puan.

Sekali lagi…
· Sekali lagi, saya memohon maaf atas…
· Sekali lagi, maafkan saya atas…
· Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan atas kesudian tuan / puan memaklumkan kesulitan yang
dihadapi.

Semoga…
· Semoga bahagia!
· Semoga berjaya!
· Semoga berjaya dan mendapat yang terbaik.
· Semoga berjaya dan memperoleh yang terbaik, daripada saya dan kakitangan…
· Semoga Allah memberkati segala sumbangan tuan / puan.
· Semoga roh allahyarham…dicucuri rahmat.

Terima kasih
· Terima kasih sekali lagi atas kerjasama dan semoga tuan / puan lebih berjaya…
· Terima kasih atas minat yang ditunjukkan oleh tuan / puan terhadap syarikat kami.
· Terima kasih atas keprihatinan tuan / puan terhadap masalah ini.
· Terima kasih atas kerjasama tuan / puan…
· Terima kasih atas bantuan tuan / puan dalam menyelesaikan masalah ini.
· Terima kasih atas minat tuan / puan terhadap produk keluaran kami.
· Terima kasih atas keluangan masa dan kesungguhan tuan / puan.
· Terima kasih atas kemurahan hati tuan / puan.
· Terima kasih sekali lagi.
· Terima kasih banyak - banyak atas keyakinan semula tuan / puan terhadap syarikat kami.

Frasa Lain untuk Mengakhiri Surat


· Akhirnya, saya lampirkan borang yang harus dilengkapkan dan ditandatangani oleh tuan /
puan.
· Diharapkan tuan / puan dapat menimbangkan permohonan saya ini dengan sewajarnya.
· Sekian, terima kasih.
· Di sini dilampirkan juga agenda bagi mesyuarat akan datang.
· Maklum balas daripada tuan / puan amat kami hargai.
· Hanya tandakan X di dalam kotak boring bukti pembayaran yang dilampirkan dan kirimkan
semula kepada kami.
· Pada masa akan datang, setiap pesanan akan dikenakan bayaran pendahuluan.
· Segala kerjasama dan perhatian tuan / puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
· Takziah daripada kami semua…
· Segala kesulitan amat dikesali.
· Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.
· Segala tuntutan bolehlah dialamatkan kepada…
· Bersama dengan surat ini saya memulangkan barangan tuan / puan dan mengharapkan
pemulangan wang sepenuhnya…

Potrebbero piacerti anche