Sei sulla pagina 1di 1

Rencana dalam surat berita kakitangan

PASUKAN GLOBAL MENDAPAT TEMPAT KEDUA

Kekuatan dan stamina tiga orang kakitangan Global telah diuji apabila mereka menyertai
pusingan akhir Pertandingan Tech-stars peringkat Asia yang diadakan di Bali, Indonesia.

Global Holding telah dijemput menyertai pertandingan akhir Asia ini setelah memenangi acara
saringan kawasan yang berlangsung di Kuala Lumpur dan sebagai naib juara bagi pusingan akhir
Malaysia.

Semua peserta disyaratkan sebagai pekerja dalam bidang teknologi maklumat dan pasukan
Global sering menyertainya setiap tahun semenjak 1985 apabila mereka telah melangkah ke
peringkat akhir Asia. Pertandingan tahun ini mengandungi lapan buah acara tahan lasak dan
berasaskan olahraga dalam satu hari, yang mana 3 daripada 5 ahli kumpulan terpaksa
bertanding.

Namun begitu, akibat daripada komitmen cuti, pada tahun ini pasukan Global bertanding tanpa
dua orang atlet utamanya. Hanya Ahmad Mukri, Tan Hwee Ming dan Sarban Singh yang
bertanding dalam acara ini. Setelah mengharungi halangan sepanjang hari, pasukan ini terpaksa
pula menghadapi acara 2000 meter lari berhalangan, dan semua ahli pasukan menunjukkan
prestasi yang mantap.

Keputusan akhir, pasukan Global telah mempamerkan persembahan yang membanggakan dan
memperoleh tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada mereka!

Potrebbero piacerti anche