Sei sulla pagina 1di 3

BAHAGIAN B

1. Terangkan dengan contoh persediaan bagi pelan perancangan pengurusan bilik


darjah.

Perancangan memainkan peranan penting untuk memnentukan kejayaan dalam sesebuah


bilik darjah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan
efisien. Dua perkara pertama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam membuat
perancangan ialah persekitaran pembelajaran dan komuniti murid yang diingini. Antara
proses-proses yang terlibat dalam persediaan perancangan pengurusan bilik darjah ialah
komponen persekitaran fizikal, komponen pengajaran dan pembelajaran, hubungan guru
murid, komponen pengurusan disiplin dan komponen intervensi guru.

Komponen persekitaran fizikal merujuk kepada pelan kedudukan murid, bentuk


susunan, ruang aktiviti P&P, kedudukan murid mengikut kebolehan, kedudukan yang
fleksibel, pencahayaan dan pengudaraan. Sebagai contoh, guru perlu menyediakan pelan
kedudukan murid-murid berdasarkan tingkah laku murid dan cara aktiviti P&P yang
dijalankan. Guru digalakkan membuat pelan susunan meja kerusi mengikut gaya
pembelajaran abad ke-21, iaitu berpusatkan murid. Ini bermaksud susunan meja kerusi
perlulah menggalakan komunikasi pelbagai hala, iaitu guru dengan murid, murid dengan
guru dan murid dengan murid. Susunan meja kerusi yang berkesan juga merujuk kepada
susunan yang menggalakkan murid menjalankan aktiviti secara berkumpulan dan secara
hands on. Misalnya, meja kerusi disusun dalam bentuk ladam kuda. Susunan sebegini telah
memudahkan murid-murid untuk berbincang dalam kumpulan. Jika diperlukan, murid-murid
juga senang untuk menumpukan perhatian kepada guru semasa guru sedang mengajar di
tengah-tengah. Oleh itu, komponen persekitaran fizikal yang baik akan melancarkan proses
P&P di dalam kelas.

Komponen kedua yang terlibat dalam persediaan pelan perancangan pengurusan


bilik darjah ialah komponen pengajaran dan pembelajaran. Komponen ini melibatkan
pengetahuan sedia ada murid, pendekatan dan strategi pengajaran, kaedah pengajaran dan
rancangan mengajar. Sebagai contoh, dalam rancangan mengajar, guru perlu menyediakan
aktiviti yang sesuai dengan tahap perkembangan setiap murid di dalam kelas. Setiap kelas
perlu dimulakan dengan set induksi yang menarik dalam pelbagai bentuk, seperti bercerita,
permainan dan nyanyian. Tujuan set induksi adalah untuk merangsang minat murid untuk
belajar. Dalam rancangan mengajar, objektif eksplisit perlu ditentukan sebelum memulakan
sesuatu pengajaran. Selain itu, guru sepatutnya memberikan maklum balas kepada murid
pada masa yang sesuai. Sebagai contoh, guru boleh memberikan ganjaran dalam bentuk
hadiah atau pujian semasa murid melakukan sesuatu yang baik. Ini adalah sebagai
peneguhan kerana murid akan berasa lebih yakin dan akan meneruskan usahanya. Dalam
rancangan pengajaran, pengujian dan penilaian juga amat penting. Pengujian boleh
dijalankan dalam bentuk formatif dan sumatif. Pengujian dijalankan untuk memberikan guru
gambaran yang jelas tetang kefahaman murid dalam sesuatu topik. Penilaian pula boleh
dilakukan dalam bentuk pemerhatian. Melalui pemerhatian, guru akan mengetahui
perubahan tingkah laku murid-murid. Oleh itu, komponen pengajaran dan pembelajaran
telah memainkan peranan yang amat penting dalam penyediaan pelan pengurusan bilik
darjah.

Komponen yang seterusnya ialah komponen hubungan guru dan murid. Komponen
hubungan guru dan murid merujuk kepada hubungan guru dengan murid, hubungan murid
dengan murid, corak komunikasi dan interaksi, hubungan dengan ibu baoa, strategi
membina kemahiran bersosial, strategi membina kemahiran menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan serta strategi membina kemahiran pengurusan kendiri. Bagi
mengekalkan hubungan baik dengan murid, guru perlu melengkapkan diri dengan
kemahiran mendengar. Guru tidak sepatutnya bersifat autokratik dan hanya menyuruh murid
mendengar apa sahaja yang dia cakap. Tindakan sebegini akan menyebabkan murid lebih
menjauhkan diri daripada guru. Kemahiran mendengar akan membolehkan guru memahami
keadaan murid dan cuba untuk membantu murid. Apabila diperlukan, guru perlu membuka
ruang untuk murid menceritakan masalah dan meluahkan perasaan mereka. Maklum balas
seperti anggukan, senyuman, mengerutkan muka dan pergerakan badan perlu diberikan
kepada murid pada masa yang sesuai. Oleh itu, komponen hubungan guru dan murid yang
baik akan meningkatkan keberkesanan pengurusan bilik darjah.

Komponan yang keempat ialah komponen pengurusan disiplin. Komponen


pengurusan disiplin adalah untuk menyelia tingkah laku murid dan menentukan corak
pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Komponen pengurusan disiplin merangkumi
peraturan bilik darjah, rutin dan prosedur, corak pengurusan disiplin yang akan digunakan,
jenis kepimpinan guru, model pengurusan yang akan digunakan, strategi mengukuhkan
disiplin di dalam bilik darjah serta akibat melanggar peraturan dan rutin bilik darjah. Dari
aspek penggunaan model pengurusan yang sesuai, guru perlu memilih model yang sesuai
berdasarkan keadaan setiap murid di dalam kelas dan jenis aktiviti yang akan dijalankan.
Model Disiplin Asertif, Model Akibat Logikal, Model Pengurusan Kelompok, Model
Pengurusan Disiplin Thomas Gordon dan Model Beyond Discipline merupakan model yang
boleh diguankan oleh guru. Ketujuh-tujuh model ini memberikan panduan kepada guru cara
menguruskan disiplin dan tingkah laku dengan menggunakan pendekatan yang berbeza.
Seorang guru sepatutnya bermula dengan kawalan tingkah laku secara luaran, iaitu
menggunakan peneguhan secara ekstrinsik dan kemudian beransur kepada kawalan
intrinsic, iaitu murid bermotivasi dan mampu mengawal tingkah laku sendiri. Oleh itu,
komponen pengurusan disiplin adalah penting dalam proses menyediakan pelan
pengurusan bilik darjah bagi mengekalkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Komponen yang terakhir ialah komponen intervensi guru atau komponen


pencegahan. Komponen pencegahan berfokus kepada corak intervensi bagi menangani
tingkah laku bermasalah, teknik modifikasi tingkah laku serta bimbingan dan kaunseling.
Dari aspek corak intervensi bagi menangani tingkah laku bermasalah, guru perlu memikirkan
car melatih murid menguasai rutin dan amalan. Latihan rutin dan peraturan yang dirancang
perlu dilaksanakan pada hari pertama persekolahan supaya murid akan mengingatinya.
Murid perlu tahu tatacara serta peraturan yang terlibat dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Pengetahuan awal ini membantu menyediakan persekitaran yang berstruktur, lebih terurus
dan mengupayakan guru untuk meneruskan pelaksanaan aktiviti dalam bilik darjah dengan
lebih kemas dan teratur. Sekiranya guru tidak membina komponen intervensi, maka guru
mungkin berdepan dengan keadaan yang tidak terurus pada hari pertama.

Secara kesimpulan, untuk menyediakan pelan pengurusan bilik darjah, guru perlu
kreatif dalam mencipta suasana pembelajaran yang terbaik untuk murid-muridnya. Guru
boleh melakukan pembacaan tambahan bagi mendapatkan idea yang boleh diaplikasikan.
Walau bagaimanapun, idea-idea tersebut perlu disesuaikan dengan kumpulan murid yang
diajar. Tidak semua idea yang baik untuk satu kumpulan murid juga berkesan terhadap
kumpulan murid yang lain. Oleh itu, guru perlu mengambil sikap mengkaji kumpulan murid
yang diterima supaya pelan yang dibina sesuai untuk kumpulan murid tersebut.

Potrebbero piacerti anche