Sei sulla pagina 1di 6

SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT,

JALAN 5/56 AU3,54200 KUALA LUMPUR

1
1.0 PENGENALAN

Setiap kali bermula sesi persekolahan yang baru sudah pasti setiap guru akan
mendapat jadual untuk mengajar dengan jumlah waktu mengajar yang telah
diputuskan oleh pihak pentadbir.

Jika kita layari secara atas talian, terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan
untuk membina jadual waktu mengajar dengan mudah.

Pembinaan jadual waktu perlu dibuat satu persatu dan mungkin terdapat kekerapan
pengubahsuaian jadual waktu kerana ada akan ada pertembungan waktu dan perlu
diselesaikan secara manual dengan jumlah masa yang banyak kerana bilangan guru
yang ramai..

Apa yang menariknya tentang ASC Timetable ini, paparan antaramukanya yang
ringkas dan mudah sangat membantu penggunanya menjana jadual dengan mudah.
Terdapat beberapa ciri menarik yang ditawarkan olah ASC Timetable, antaranya
pilihan kelas bergabung, pilihan untuk kekangan guru dan pelbagai lagi.

2.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini ialah memohon peruntukkan sekolah bagi membeli perisian ini
bagi memudahkan urusan sekolah dalam penjanaan jadual waktu persekolahan.

3.0 RASIONAL
Antara sebab sekolah memerlukan sistem perisian ASC TIMETABLES ialah :
a. Guru yang mempunyai pengalaman dan kepakaran tinggi dalam
menggendalikan perisian lama iaitu SPJS V5 telah pun berpindah ke sekolah
lain atas sebab kenaikan pangkat.

2
b. Perisian SPJS V5 tidak mesra pengguna kerana walaupun telah memasukkan
data namun dan di susun oleh komputer secara automatik namun masih lagi
perlu menyusun secara manual dengan bilangan baki waktu yang terlalu
banyak dan memerlukan tempoh masa yang agak lama bagi guru jadual waktu
yang baru menyelesaikannya dan dikhuatiri tidak dapat disiapkan dalam
tempoh yang dikehendaki kerana penyelesaiannya yang berbentuk ‘puzzle’
c. Guru baru yang mengambil alih baru sahaja belajar dan mengambil masa yang
terlalu lama untuk menyiapkan jadual waktu baru tersebut.
d. Perisian SPJS v5 hanya boleh dipasangkan ke komputer riba yang mempunyai
spesifikasi 32 bit sahaja sedangkan komputer riba sekarang kebanyakkannya
mempunyai spesifikasi 64bit ke atas.
e. hanya boleh digunakan dalam satu komputer sahaja.

4.0 KELEBIHAN ASC TIMETABLES TULEN


ASC TIMETABLES mempunyai pelbagai faedah. Antaranya ialah :
a. Lesen Seumur Hidup
b. Boleh digunakan lebih dari satu komputer
c. Fungsi penjanaan jadual automatic
d. Ketepatan mengenalpasti konflik
e. Kemasukan data yang mudah ringkas
f. Paparan jadual waktu di telefon mudah alih
g. Memudahkan mengimport data dari luar
h. Menyokong kemudahan pelbagai tempat, kelas dan bangunan
i. Senang diubah-ubah pelbagai bentuk
j. Jadual bagi guru ganti yang lengkap
k. Fungsi atas talian

3
5.0 KEKUATAN
Antara kekuatan untuk membeli perisian ini ialah:
a. guru yang ada mempunyai pengalaman dalam menggunakan perisian ASC
TIMETABLES.
b. tempat rujukan meluas seperti guru dari sekolah lain serta jurulatih dari wakil
jualan ASC TIMETABLES sendiri.

6.0 KOS PERBELANJAAN

Seperti di Lampiran 1

7.0 PENUTUP

Kami sangat-sangat menghargai sekiranya permohonan ini mendapat peruntukkan dan


ini sekaligus dapat menyumbang kearah memajukan lagi sistem pendidikan negara kita.
Diharap dengan pengggunaan perisian ini dapat dimanfaatkan oleh semua warga
sekolah SK AU Keramat.

4
Disediakan oleh,

………………………………………………..
(NORAFIDA BINTI ABDULLAH AZIZ)
Setiausaha Jadual Waktu,
SK AU Keramat. Tarikh: ……………………………………….

Disemak oleh,

………………………………………………..
(NORFOUWIZA BINTI JALANI)
Penolong Tadbir & Kurikulum,
SK AU Keramat. Tarikh :……………………………………….

Disahkan oleh,

……………………………………………….
(NORZAN BINTI HJ DIN)
Guru Besar,
SK AU Keramat. Tarikh:……………………………………….

5
LAMPIRAN 1

Potrebbero piacerti anche